Berpolitik secara taktikal (Isma Web 8.1.18)
Ketua
Wanita ultra kiasu PKR nampaknya begitu bongkak mengeluarkan kenyataan, sanggup
meninggalkan kawasan yang dimenangi, Parlimen Ampang, mahu beralih bertanding di kawasan
yang dimenangi Pas sebelum, iaitu Parlimen Hulu Langat. Nasihat saya, tidak
payah susah-usah pergi ke kawasan lain. Fokus sahaja di kawasan Parlimen Ampang
telah dimenangi selama dua penggal. Manalah tahu mungkin ketua wanita tersebut
boleh bertembung dengan saya, dengan syarat, Pas dan Umno jangan bertandinglah,
bagi laluan kepada saya. Gurau sahaja.
Saya
hairan, wanita ultra kiasu ini begitu yakin di mana sahaja beliau bertanding,
dia akan menang. Tidakkah beliau sedar bahawa di Parlimen Ampang yang
ditandingi sebelum ini, undi Pas telah banyak memberikan kemenangan kepadanya? Begitu
juga jawatan Menteri Besar Selangor dan lain-lain? Kenapa mudah lupa diri
setelah mendapat kawan baharu? Kuat sangatkah PKR hari ini, termasuk Parlimen
Ampang? Kawasan Ampang adalah tempat tinggal saya selama hampir 30 tahun. Saya
sudah masak dengan politik di sana.
Kebelakangan
ini, sejak Pas berpecah, kumpulan serpihan Pas menubuhkan PAN, PKR menjadi
semakin berani dan bongkak. Sebelum itu, cakap mereka agak berlapik. Kini,
tidak lagi. PKR nampak begitu celupar dan amat yakin dengan undi Cina dan PAN
yang memihak kepada mereka, maka akan menanglah ia. Ingatan saya, belum tentu
lagi.
Ini
terpulanglah kepada strategi Umno dan Pas. Saya ingin mengulangi apa yang saya
cadangkan sebelum ini. Umno dan Pas, salah satu, mesti mengundur diri supaya hanya
berlaku pertandingan dua penjuru. Jika bukan pun dalam bentuk kerjasama,
pendekatan saling faham memahami perlu dilakukan atau pendekatan faham-faham sahajalah. Saya fikir itu
adalah lebih baik demi masa depan negara ini daripada jatuh kepada ultra kiasu
atau musuh Islam.
Umno
tidak perlu kacau kawasan yang telah dimenangi Pas dan Pas tidak perlu kacau kawasan
yang dimenangi Umno. Lagi pun Umno hari
ini sedang tenat dilanda kontroversi, termasuk terbaharu isu Felda. Tidak ada
sesiapa yang boleh menyelamatkan Umno pada hari ini, melainkan Pas. Umno jangan
ingat atau terlebih perasan, dengan berpecahnya Pas, memberi keuntungan kepada
mereka. Pun belum tentu lagi. Sebaliknya, berpolitiklah secara matang sebelum
terlambat.
Pilihan Raya Umum 14 (PRU14),
adalah PRU untuk kita melakukan muhasabah diri. Berpolitik secara matang
seperti yang dilaung-laungkan oleh Pas. Lupakanlah apa yang telah berlaku,
lihatlah ke hadapan, mendepani masa akan datang. Masa depan agama dan negara
lebih besar daripada parti.
Dulu lain, sekarang lain.
Politik mengambil kesempatan di atas kelemahan rakan dan musuh politik hendaklah
dilupakan. Apatah lagi sebangsa dan seagama. Fikirkanlah bersama apakah jalan
terbaik untuk menyelamatkan agama, bangsa dan negara. Jika PKR dan PAN tidak
berfikir ke arah, parti lain yang dianggotai majoriti umat Islam seperti Umno
dan Pas mesti berfikir ke arah itu. Sama ada diterima rakyat atau tidak,
sebenarnya kita tidak ada pilihan, kerana majoriti-minoriti antara Islam dan
bukan Islam tidak besar seperti di Brunei dan Indonesia.
Jika
MCA dan Gerakan pun boleh bersama atas nama bangsa Cina baru-baru ini, kenapa
kita sesama Islam, sebangsa dan seagama, tidak boleh? dan terus membiarkan
perpecahan ini menghantui kita? Apabila saya menggunakan perkataan kita, itu
bukan bermakna saya orang Melayu. Tetapi saya sayangkan Melayu itu sebab kita
seagama.
Saya
akui, Umno bukanlah pilihan yang terbaik dengan kontroversi yang melanda sejak
kebelakangan ini, tetapi kita tidak mempunyai banyak pilihan. Pilihan terbaik
masih lagi Umno dan Pas. Jika tidak Umno pun, maka alternatifnya adalah Pas,
tetapi bukan PKR dan PAN yang sangat nyata menjadi tunggangan ultra kiasu DAP.
Jika
bukan PKR dan PAN, termasuk PPBM, tidak boleh diharap untuk mempertahankan Melayu dan Islam? Apa pilihan
yang ada, melainkan Umno dan Pas? Jika ada yang lebih baik, sudah tentu saya akan
pilih selain daripada keduanya, tetapi inilah pilihan yang ada.
Saya
teringat pepatah orang putih, the lesser
of two evils atau a choice between
two evils. Kita dapat lihat dengan mata kepala sendiri. Ya, tidak dinafikan
bahawa kerajaan Selangor (PKR), Pulau Pinang (DAP) dan Kelantan (PAS), sedikit
baik integritinya berbanding dengan kerajaan negeri lain.
Namun,
bagaimana dengan nasib Melayu dan Islam di Pulau Pinang? Saya tidak kata,
nasib Melayu dan Islam terjaga dengan
baik di negeri yang lain. Sekadar memberikan peruntukan yang lebih kepada
masjid, surau, sekolah agama dan institusi agama Islam yang lain oleh kerajaan
ultra kiasu, itu tidak bermakna pembangunan Islam menjadi lebih baik?
Ultra
kiasu terpaksa melakukan sedemikian rupa bagi memikat hati orang Melayu Islam
untuk mengundi dan menyokongnya pada masa akan datang dari segi strategi.
Bayangkah setelah dapat kuasa, mereka terus memingkirkan orang Melayu Islam,
sudah tentu Melayu Islam akan mengamuk marah. Namun, ultra kiasu sangat
memahami psiki Melayu Islam. Maka dibelai dan digula-gulakan Melayu Islam untuk
melembutkan hati mereka. Kita pun tergoda dan mudah lupa.
Saya
ingin mengingatkan orang Melayu Islam, bantuan itu adalah hak yang sepatutnya
Melayu dan Islam dapat. Sudah termaktub di dalam perlembagaan. Jika tidak
termaktub pun, pada saya, itu masih dalam lingkungan hak mereka kerana ini
negara asal usul mereka. Hak Melayu Islam tidak boleh disamaratakan dengan
bukan Islam.
Seperti
yang saya kerap ulangi, menyamaratakan bantuan kepada Sekolah Kebangsaan dan
Sekolah Agama dengan Sekolah Jenis Kebangsaan adalah tidak adil. Sekolah
Kebangsaan dan Sekolah Agama itu adalah hak, berbanding dengan Sekolah
Vernakular yang sekadar hanya ehsan.
Dalam
makna, jika kerajaan memberikan bantuan kepada sekolah vernakular, itu adalah
toleransi yang tidak ada tolok bandingnya, kerana itu bukanlah hak tetapi
sekadar ehsan. Berterima kasihlah, kerana tidak ada kerajaan di dunia ini yang
melakukan sedemikian, melainkan Malaysia yang tercinta ini.
Sama
juga bantuan kepada agama-agama lain tidak boleh disamaratakan dengan bantuan
kepada agama Islam. Untuk Islam itu adalah hak kepada yang berhak, untuk agama
lain, adalah ehsan dan toleransi. Jika tidak ditunaikan pun kepada bukan Islam,
itu masih lagi berada dalam ruang lingkup adil.
Buatlah
perbandingan dengan negara lain. Misalnya di India, pembinaan rumah ibadat dan
penyelenggaraan dilakukan oleh individu. Kerajaan hanya memberikan bantuan pada
tahap yang terlalu minima. Bandingkan dengan kerajaan Malaysia hari ini. Bukan
Islam amat beruntung, dua-dua belah pihak makan, bantuan kerajaan negeri dapat
dan kerajaan pusat pun dapat. Bertambah moncah apabila kerajaan pusat melalui
agensi negeri (ICU dan JPP) turut membantu rakyat bagi negeri di bawah kerajaan
pembangkang. Masih tidak bersyukur lagi atau mahu saya buktikan satu persatu?
Justeru,
saya mohon seluruh rakyat Malaysia terutama, Melayu Islam, berfikirlah secara
matang dan jangan terlalu beremosi. Tolak PKR dan PAN yang terlalu bongkak
dengan undi Cina yang mereka terlalu yakin berpihak kepadanya dalam mencapai
kemenangan PRU 14. Sebaliknya, berpolitiklah secara matang untuk survival
agama, bangsa dan negara.
Untuk
Umno dan Pas, gunakanlah taktikal politik atas dasar saling memahami supaya hak
Melayu dan Islam terjaga. Politik Umno dan Pas amat penting dalam mendepani
hasrat anak-anak muda Melayu. Berpolitiklah secara matang.
0 comments:
Post a Comment