Jangan kata “Rasakan!
padan muda kau”
Saya
merasa sangat tersentuh apabila menonton video Ketua Menteri Pulalu Pinang
merayu kepada TPM (kerajaan pusat) untuk membantu negeri Pulau Pinang yang
dilanda banjir yang mengejutkan dalam sejarah. Dalam keadaan sebak, beliau bercakap
dan mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada TPM kerana sanggup
menjawab panggilan telefonnya pada jam 3.30 pagi. Alhamdulillah, bantuan segera
telah dihulurkan oleh kerajaan pusat tanpa memilih bulu.
Inilah
sifat negarawan yang selama ini saya nukilkan. Apabila kita dilantik memegang
jawatan sama ada dalam kerajaan negeri atau kerajaan pusat, kita adalah
negarawan. Kita kepunyaan semua, kepunyaan rakyat, bukan hanya terhad kepada
parti politik dan ahli-ahlinya. Jangan ada yang berkata selepas ini dengan
musibah yang menimpa Pulau Pinang dengan kata kata; “rasakan, padan muka kau”.
Sifat
negarawan sebegini turut dikongsikan oleh Menteri Besar Kelantan. Lantas dengan
segera meluluskan peruntukan RM50 ribu dan mengerahkan sukarelawan Pas untuk membantu. Apalah nilai RM50 ribu pada masa
kini. Namun, bukan jumlah yang menjadi sandaran, tetapi keikhlasan manusia yang
bergelar hamba, yang tidak sanggup melihat sesama saudara mereka menderita.
Saya
masih tidak lupa, ketika Kelantan dilanda banjir, ultra kiasu ini datang
membantu, diikuti dengan sindiran tajam dan sinis kepada Pas. Negeri Serambi
Mekah yang menjunjung Islam pun turut menerima musibah? Terfikir juga saya
apakah itu bermakna tidak akan berlaku apa-apa kemalangan di kawasan Kaabah
atau Mekah? Apakah kita sudah lupa tragedi kren jatuh di Masjidilharam Kaabah
September 2015? Ujian Allah boleh berlaku di mana-mana, tidak kiralah sama di
kawasan Serambi Mekah atau tidak atau di dalam kawasan Kaabah itu sendiri.
Nasib
baiklah Menteri Besar Kelantan tidak
memulang paku buah keras. Dalam laman sosial Pas, semua perkara baik-baik
dilontarkan. Pas sanggup melupakan ‘dendam politik’, bantuan kemanusiaan
dikerahkan. Kita adalah sesama insan. Lantas cahaya bulan menyinari di Pulau
Pinang.
Saya
amat yakin umat Islam di negara ini sentiasa berpegang kepada ibrah yang
ditunjukkan oleh Baginda Rasullah s.a.w. Jika dengan Yahudi pun Islam masih
boleh berlembut, masalah isu yang sebegini kita masih memilih bulu. Kita tentu
ingat, peristiwa Rasulullah s.a.w. dengan musuh tegar Islam, Yahudi. Apabila
mayat Yahudi lalu di hadapan Baginda s.a.w. tiba-tiba Baginda bingkas bangun
sehingga para sahabat terpinga-pinga dan bernyata; “Kenapa kamu bangun Ya
Rasulullah, bukankah itu mayat Yahudi, musuh Islam yang selama ini menghina dan
merancang membunuh kamu?”. Baginda menjawab; tidakkah kamu sedar bahawa Yahudi
juga adalah makhluk Allah. Atas dasar itulah Baginda bangun memberikan
penghormatan.
Banyak
lagi kisah bagaimana lunaknya Baginda s.a.w. berhadapan dengan musuh-musuh
Islam. Atas dasar inilah, pimpinan negara tidak mengambil pendekatan membalas
dendam, kerana sifat Islam tidak sedemikian. Malah air mata mengalir apabila
menatap video dan gambar bagaimana umat Islam di sana menawarkan masjid dan
surau untuk mangsa banjir berlindung, tidak kira sama ada Islam atau tidak.
Saya lihat ada yang tidak berbaju, berseluar pendek dan berskirt berada dalam
masjid. Mereka ini semua saudara sebangsa saya. Inilah dakwah yang paling besar
dalam sejarah. Terima kasih umat Islam Pulau Pinang.
Marilah
wahai saudaraku, terutama ultra kiasu, buang sifat bongkak, mari kita
bekerjasama dalam perkara yang melibat kebajikan negara dan rakyat. Jangan
terlalu beremosi dengan mengeluarkan kenyataan dan sindiran yang menyakitkan
hati. Misalnya dalam isu Oktoberfest
atau pesta arak yang dikaitkan dengan taliban. Saya tidak kata, ini adalah
balasan Allah kerana kelangsungan Oktoberfest. Tetapi, setiap perkara yang
berlaku pasti ada pengajaran tersirat dan tersurat.
Cuma
saya ingin mengimbau semula kata-kata ultra kiasu sebelum ini; Pulau Pinang
tidak ada masalah dengan arak, sebab kami bukan negara taliban. Ultra kiasu turut menawarkan sesiapa yang mahu minum arak
datanglah ke Pulau Pinang. Apakah dengan tidak ada label atau istilah taliban,
keadaan akan menjadi lebih baik? Menghalalkan arak yang diharamkan oleh semua
agama dikatakan tidak taliban. Hari ini negeri yang tidak taliban dilanda
musibah. Apakah negeri taliban sanggup berdiam diri?
Kenapa kita tidak kisah dengan
arak, tetapi amat kisah atau mengambil berat tentang taliban. Sejak bila taliban
menyusahkan kita. Sejak bila taliban wujud di negara ini? Sikit-sikit taliban. Janganlah
kaitkan arak dengan Taliban. Kecil sangat isunya. Jika nak kaitkan dengan
Taliban, cuba buat perbandingan. Siapa yang lebih kejam berbanding taliban? Sesungguhnya
tidak ada taliban di negara kita. Saya masih tidak dapat lupa kata-kata filem
Kurbaan yang dibintangi oleh Vivek Oberoi dan Saif Ali Khan apabila memberikan
kuliah tertajuk jihad daripada kisah benar. Islam dikaitkan dengan terrorisme,
Taliban dan lain-lain istilah negatif yang bercanggah dengan cara hidup Islam.
Klik dialog mereka dalam link berikut. https://www.youtube.com/watch?v=Tv4iBGjJbaw.
Begitu juga Peristiwa 911, siapa
yang membuat serangan ke atas menara berkembar Amerika Syarikat mengorbankan
3000 nyawa dikaitkan dengan perbuatan Taliban yang tidak dapat dibuktikan
sampai sekarang? Jika benar pun perbuatan Taliban, cuba bandingkan dengan
berapa pula nyawa umat Islam yang terkorban apabila Agfhanistan di bom oleh
kuasa besar? Lebih 15,000 terkorban
begitu sahaja. Itu adalah angka yang konservatif. Mungkin selagi ganda lebih.
Lebih kurang lebih 50 tan bahan letupan digugurkan ke atas orang awam Islam
yang tidak berdosa. Perbuatan Taliban kah semua ini?
Taliban adalah ciptaan CIA
Amerika Syarikat untuk menentang Rusia, selain untuk memburuk-burukkan Islam
dan membolehkan mereka campurtangan dalam hal ehwal negara Islam seperti yang telah
mereka lakukan di Iraq. Atas alasan untuk mencari senjata pemusnah di Iraq,
maka ia menghalalkan Amerika untuk campurtangan sehingga memusnahkan sebuah
negara. Berapa ramai umat Islam yang menjadi korban, 500,000, angka
konservatif. Apa kuasa besar seperti Amerika dan Britain respon apabila senjata
pemusnah tidak dijumpai di Iraq? Mereka berkata, maaf. Adalah pembunuhan ke
atas jutaan manusia yang dilakukan oleh bukan Taliban boleh diterima dengan
permohonan maaf. Sehingga kini mereka masih terus menguasai Iraq.
Jika dapat saya lontarkan semula
kata-kata seorang sarjana Muslim di German,
apabila Islam dikaitkan dengan Taliban dan keganasan. Siapa yang menjadi dalang
mencetuskan Perang Dunia I dan II? Siapa pula yang bunuh 20 juta Orang Asli di
Australia? Siapakah yang mengebom Hiroshima dan Nagasaki di Jepun hingga
menjadi padang jarak padang tekukur? Siapakah yang membunuh lebih 100 juta
orang India di Amerika Utara? Siapakah yang membunuh 50 juta orang Red Indian
di Amerika Selatan? Siapakah menghambakan kira-kira 180 juta orang Afrika.
Siapa pula yang mencampakkan 88%
daripada mereka yang terbunuh ke dalam
lautan Atlantik? Adakah semua ini perbuatan umat Islam?
Ini
tidak termasuk lagi kekejaman komunis.
The Black Book of Communism, which came out in
1997, estimated that some 95 million people were either killed or made to
starve to death in the communist attempt to create an egalitarian paradise on
earth. Current research puts
the number of victims of communism anywhere between 43 million and 162 million.
As such, the original 100 million figure remains a remarkably accurate midway
point. It is, also, a figure so large that people may have difficulty
comprehending it without additional context. Leaving the (rightly) well-known
example of the Holocaust aside, let us look at some other bywords for human
cruelty (Marian L Tupy, 2017)
Pernahkah
Taliban yang dikatakan dipelopori oleh orang Islam melakukan kezaliman
sedemikian rupa? Saya memohon ketua ultra kiasu supaya tidak bersangka buruk
dengan Islam. Hari ini, ‘taliban-taliban’ inilah yang datang berbondong-bondong
ke Pulau Pinang untuk membantu atas dasar Islam. Mereka membuka surau dan
masjid untuk mangsa banjir berlindung. Bantuan Islam merentasi agama, bangsa
dan warna kulit.
Ingin saya tegaskan
bahawa Islam adalah agama yang indah. Pernah
memerintah dua pertiga dunia dengan membawa kebaikan dan rahmat kepada seluruh
alam. Bermulanya di Madinah, seterusnya berkembang ke seluruh Tanah Arab, benua
Afrika, sebahagian Eropah, Asia Tengah, China dan Asia Tenggara. Buktinya,
pergilah seluruh ceruk rantau, di situ pasti ada orang Islam. Ketika dunia
berada dalam keadaan kegelapan (dark ages), dunia Islam bercahaya dengan ilmu
sains dan teknologi.
Cahaya ini jugalah yang
menyinari Andalusia, Cordoba, Sepanyol suatu ketika dahulu. Kotanya bermandikan
nur kasih Islam yang begitu menakjubkan. Sehinggakan masyarakat Eropah berhampiran
mengagumi Islam. Mereka datang menimba ilmu dengan ilmuwan Islam dalam pelbagai
bidang ilmu pengetahuan.
Tidak ketinggalan, ada
datang dan sanggup bernaung di bawah kerajaan Islam untuk mengelakkan kezaliman
kerajaan Rom dan Parsi. Kenapa mereka begitu mempercayai Islam? Jawapannya
mudah. Islam adalah agama hikmah. Islam tidak zalim dan menzalimi. Kedatangan Islam
membawa hikmah. Justeru, kurangkan bersangka buruk terhadap Islam. Pasti
keberkatan datang menghampiri.
Kenapa hari ini Islam
dimusuhi hanya kerana Islam tidak dapat duduk bersama mereka yang engkar
terhadap ajaran agama mereka sendiri. Islam mengharamkan arak, agama mereka
juga sama mengharamkan. Kenapa Islam dilabelkan dengan taliban? Menurut M.
Najhan (2017), Islam tidak perlu menempel atau ditempelkan dengan sistem
atau isme lain untuk menjadi kuat dan berupaya. Ia tidak perlu
diprogresifkan untuk kononnya menjadi lebih berupaya. Ia tidak perlu
disekularkan untuk menjadi lebih maju. Ia tidak perlu ditalibankan untuk
memberi keberkesanan pada amalinya. Ia tidak perlu didemokrasikan untuk
menjadikannya lebih demokratik. Jika diamati secara mendalam, segala yang ingin
dicapai seperti maju, demokratik, berpandangan jauh, bertamadun dan berdaya
saing, semuanya sudah ada dalam Islam. Hanya mereka yang jahil Islam
sahaja tidak menemuinya, sehingga terpaksa meminjamkannya daripada agama lain
dan pegangan lain yang tersasar daripada prinsip Islam.
Pendek kata, Islam tidak pernah
bersetuju dengan tindakan taliban, jika pun benar mereka yang lakukannya. Jika
Islam mengharamkan arak, judi, seks bebas dan kemungkaran yang lain, yakinlah
bahawa agama lain pun bersependapat. Mana mungkin Islam mengharamkan, agama
lain menghalalkan. Jika begitu maksud agama, terlalu hina agama itu.
Justeru,
insaflah wahai semua, kita hanyalah hamba. Kita tidak mampu untuk melawan
kehendak Pencipta meskipun sehebat mana pun kita. Jangan terlalu bongkak, pasti
satu hari Allah akan turunkan ujian untuk kita. Jika di dalam Kaabah, Mekah pun
ada ujian, inilah mereka yang tinggal di serambi, apatah lagi yang jauh
daripada serambi.
0 comments:
Post a Comment