Semua artikel adalah pendapat peribadi. Anda berhak untuk tidak meneruskan bacaan atau tidak mengakseskan blog ini serta merta jika anda tidak bersetuju dengan pemikirannya. All the articles written are the personal views. You have absolute rights not to continue reading or to discontinue accessing this blog immediately if you are disagreeable with the personal views.

Monday, April 13, 2015

Umno tetap saudara seagama

7:30 AM Posted by RIDHUAN TEE 12 comments
(Sinar Harian 13.4.15)

Timbalan Menteri Besar Kelantan dan anak bekas Mursyidul Am Pas, Nik Abduh mendedahkan, Tuan Guru Nik Abdul Aziz (TGNA) pernah mengingatkan ahli parti itu agar mewujudkan hubungan baik dengan Umno bagi memudahkan pelaksanaan hudud di Kelantan.

TGNA juga mengingatkan ahli PAS agar tidak mengkritik Umno, kerana parti Melayu itu merupakan pihak yang perlu berurusan bagi membolehkan hasrat kerajaan negeri tercapai. Lakukan demi kebaikan rakyat.

Perkara ini didedahkan kerana timbul isu yang dibangkitkan ahli PAS dengan mendakwa Pas sudah masuk perangkap Umno kerana mengadakan perbincangan bersama mengenai hudud.

Suka atau tidak, Pas perlu sokongan Umno untuk menjayakan agenda hududnya. Dalam keadaan negara yang populasinya, 50-50 antara Islam dan bukan Islam, tanpa sokongan salah satu parti, tidak mungkin agenda Islam dapat dimartabatkan. Justeru, jangan terus berbalah, sehingga terlepas pandang, siapa kawan, siapa musuh.

Jangan menyesal apabila telah menjadi seperti Pulau Pinang. Apabila ultra kiasu memerintah, agenda Islam sudah tidak lagi menjadi keutamaan kepada ultra kiasu. Jangan bincang lagi agenda Melayu. Bermacam cara dilakukan bagi memastikan Melayu tidak berada di pulau, termasuk menawarkan harga rumah yang murah di tanah besar.  

Kenapa perlu memusuhi saudara atau parti seagama melebihi ultra kiasu? Kenapa boleh berkawan dengan musuh ultra kiasu, tetapi tidak boleh berkawan dengan rakan seagama. Apakah rakan seagama lebih bahaya daripada musuh? Musuh tetap musuh, kawan tetap kawan. “Sejahat-jahat’ Umno, tetap saudara kita. Sebaik mana pun ultra kiasu, tetap memusuhi Islam.

Musuh sudah terang-terang menyerlahkan sifatnya sebagai musuh? Mereka tentang hudud hingga ke hujung nyawa. Meskipun ada pimpinan Umno masih berbelah bahagi untuk menyokong hudud, tetapi sekurang-kurang mereka masih tidak menentang secara terang-terangan. Takut terkeluar dari akidah.  

Kita akan terus rugi jika berkawan dengan musuh lebih baik daripada saudara seagama. Nasihat saya, pertama, ditakdirkan sesuatu menimpa negara, negara jatuh ke tangan musuh, kepada siapa kita mahu berharap?

Saya masih teringat apabila sebuah negeri yang jatuh kepada bukan Islam. Boleh dikatakan hampir setiap 1 atau 2 kilometer, kita akan lihat di situ ada rumah ibadat. Dalam maksud, bila orang lain memerintah, mereka akan pastikan agama dan institusinya dimartabatkan.

Kita pula tidak begitu. Kita hanya dirikan rumah ibadat di kawasan majoriti Islam. Kita tidak akan buat rumah ibadat begitu terasing daripada komuniti Islam.

Prinsip kita, apa guna surau dan masjid, jika tidak ada jamaah. Sebab itulah, polisi membina surau masjid, syaratnya, mesti ada jamaah.

Orang lain tidak. Tidak kira ada jamaah atau tidak, rumah ibadat tetap akan dipacak. Apabila mahu dirobohkan bagi tujuan pembangunan, maka heboh satu dunia, Malaysia tidak ada kebebasan beragama.

Kedua, saudaraku seagama, sepanjang Islam memerintah negara mana sekalipun, jarang sekali berlaku penganiayaan kepada bukan Islam. Berlaku sebaliknya apabila bukan Islam memerintah. Ada sahaja kedengaran umat Islam dipinggirkan. Malah, lebih dahsyat ada yang disiksa dan dibunuh. Misalnya, di Nyanmar, Palestin dan sebagainya. Apakah dengan terlaksananya hudud, bukan Islam akan dimangsakan? Tidak.

Maka tidak hairan, jika seorang sami Buddha di Melaka memeluk Islam baru-baru setelah lebih 30 tahun mengkaji pelbagai agama ketika menjadi sami. Inilah realiti agama Islam. Rahmat seluruh alam.

Mengikut kajian dan jangkaan Pew Research Center (April 2015), berpengkalan di Amerika Syarikat, pada tahun 2050, bilangan umat Islam akan menjadi hampir sama dengan bilangan penganut agama Kristian. Jumlah umat Islam akan meningkat secara drastik kepada  2.8 bilion (30% populasi dunia) dan Kristian 2.9 bilion (31%). Sehingga tahun 2070, agama Islam akan menjadi agama paling popular di dunia, berbanding agama lain.

Setakat ini, berasaskan kepada statistik 2010, umat Islam di seluruh dunia berjumlah 1.6 bilion, menduduki tempat kedua, manakala Kristian 2.1 bilion, tempat pertama. Seterusnya diiikuti agama lain.

Pew mengakui agama Islam begitu cepat berkembang dan mendapat sambutan berbanding agama lain. Walaupun Islam hari ini ditekan dan dihina, serta dilabelkan dengan pelbagai imej negatif seperti pengganas, ekstremis dan lain-lain, ia tetap mendapat tempat di hati manusia. 

Saya amat teruja apabila membaca berita terkini mengenai perkembangan artis luar negara seperti Liam Neeson (UK) mengatakan hasratnya untuk memeluk Islam. Begitu juga Nook Suthida, artis terkenal Thailand yang telah pun memeluk Islam. Ini tidak termasuk, pemain football terkenal Amerika, Dominique Easley. Pensyarah perbandingan agama Universiti Hawaii, James Frankel. Jessica Rhodes (Norway), Noordeen Wilderman (Belanda)  dan ramai lagi.


Justeru, bersangka baiklah sesama Islam. Pastikan agenda Islam dapat dilaksanakan dengan jayanya. Yakinlah, Islam turun membawa kebaikan. Bukan Islam tidak perlu takut kerana sejarah membuktikan mereka dapat hidup senang lenang dalam sebuah negara Islam. Pokoknya, jangan nak semua. Sokonglah apa jua agenda Islam kerana ajaran Islam tidak menzalimi orang lain. Mudah-mudahan kerajaan perpaduan antara Umno-Pas dalam direalisasikan. 

12 comments:

Anonymous said...

"negara yang populasinya, 50-50 antara Islam dan bukan Islam .."

Bukan kah Melayu sahaja 58% negara ini dan, kerana semua Melayu di anggap Islam, maka populasi nya hampir 60-40 antara Islam dan bukan Islam.

Anonymous said...

Ha nya DAP laknatullah sahaja yang mahukan Melayu berpecah, menukul batu pasak kapada perhubungan UMNO-PAS.

Sekarng DAP sudah berpisah dengan DS Hadi dan di anggap dengan parti PAS juga, maka giliran kita menukul batu pasak kapada DAP itu sekuat mana yang boleh.

Bukan dengan PAS sahaja, DAP pun nampak nya tak kisah sangat dengan Anwarul Al Juburi, dan dengan itu, mungkin dengan keseluruhan PKR. Lim Guan Eng tak mahu MP dan ADUN DAP keluar dari Penang, mahukan mereka menghadziri acara Warga Emas di Penang, pada hari demo KitaLawan nak membebaskan Anwar di KL, bermakna buat apa nak pedulikan Anwar lagi dah kena 5 tahun di penjara.

Lim Kit Siang telah mencadangkan suatu pakatan baru dan menamakan beberapa bakal PM selain dari Anwarul Al Juburi. Mmaka itu juga bukti bahawa DAP sudah "abandon" Anwar dan PKR. Apa yang DAP sekarang kata fasal kerjasama di Permatang Pauh tidak lagi menunjukkan jalinan perhubungan yang jauh.

Anonymous said...

Memang Melayu PAS dan Melayu UMNO tetap bersaudara seugama. Walau pun Nik Aziz pernah berkata dia buke' Melayu, Isle' je. Dia cakap begitu bila geramkan sesuatu keadaan, tidak semestinya menggambarkan hati sanubarinya secara semula jadi.

PAS pernah berkerja sama dalam suatu barisan pemerintah di zaman Tun A Razak. Presiden PAS, Asri Muda, menjadi Menteri Pembangunan Luar Bandar di masa itu. Itu sebab ramai ahli PAS di rancangan FELDA di sana sini.

Perlu berkerjasma lagi. Sama ada bersama dalam perkara implementasi Hudud di Kelantan, lain kira. Penting nya ia lah sebab DAP sudah biadap dan kurang ajar kpd PAS sekarang. PKR pun begitu juga - mencuri ta'at setia 2 ADUN PAS masa nakkan sokongan kpd pencalonan Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor.

Anonymous said...

"Tidak kira ada jamaah atau tidak, rumah ibadat tetap akan dipacak. Apabila mahu dirobohkan bagi tujuan pembangunan, maka heboh satu dunia, Malaysia tidak ada kebebasan beragama."

Ini pemerhatian yang tepat. Perlu di hebahkan di sana sini.

Dan pertekankan bahawa Islam ada lah agama negara ini. Tertera di Perkara 3 Perlembagaan.

Orang politik kekadang nampak macam takda bola. Mahu berlemah lembut, bertolak ansor sesangat. Pada hal penganut agama lain tak peduli apa.

Sepatut nya, salepas berkali kali di beritahu supaya alihkan pacakan mereka itu, jika tidak di buat juga, bawa pasukan Polis dan trekter, robohkan shaja. Siap dengan salinan surat surat pemberi tahuan itu. Berikan kpd pemberita yang mungkin ada.

Anonymous said...

Ameen... Mudah-mudahan Umat Islam semakin kuat

Anonymous said...

Free Malayia Today says PAS Khalid Samad criticized Prof Ridhuan Tee after the Professor "urging PAS to embrace Umno as a friend and to shun non-Muslims as enemies”.

The professor was quoted as saying, “All kinds of things are being done to ensure that the Malays get out of the island, including offering them cheap houses on the mainland”.

In an article appearing in The Rakyat Post, Khalid said "Tee had a warped understanding of the country’s political landscape. He also said Tee’s thinking was far removed from the country’s political reality."

Looks like it's Khalid who has warped understanding. He took issue with the Professor's statement, “Therefore, end the enmity, which can be carried so far that you may lose sight of who is a friend and who is a foe.”

Khalid said Islamic unity in Penang was “far better now under Pakatan Rakyat’s rule” compared to when Gerakan ruled the island." Of course he'd say those. He is a Pakatan man and an Anwarista.

And he would cast aspersion on UMNO's sincerity, saying, “How can PAS work with Umno if we can see clearly that they are not doing the right thing? If Umno is sincere with its religion, Islam, it will implement hudud for the sake of Islam, not because of its Opposition”.

Even before the Hudud Bill is discussed in Parliament he already said "we can see clearly that they (Umno) are not doing the right thing". Talking under the influence .. of ultra kiasus.

Anonymous said...

Jika UMNO sokong Hudud bermakna mereka perlu berhentikan lesen judi dan arak kerana boleh merosakan kesucian Hudud. hahahaha...Ingat perniagaan judi dan arak adalah sumbungan besar kpd UMNO utk terus dpt kuasa politik

Cf said...

Let PAS,..UMNO,..and all that is relevant to the Malays burn,.let all the Fanatics..all the cronies raze to the ground with their worthless leaders..lets pray from the ashes rises someone who has Islam,..Malay and Malaysia in his heart..

Anonymous said...

Adakah PAS lebih perlu pertolongan Allah atau UMNO? Jelas sekali Hudud PAS adalah untuk politik

Anonymous said...

8:07 PM,

Apa bukti kamu mengatakan "perniagaan judi dan arak adalah sumbungan besar kpd UMNO utk terus dpt kuasa politik"?

Kamu Oppo Hippo ultra kiasu yang biasa nya membuat "wild, unsubstantiated and unjustified allegations"?

Anonymous said...

".. memusuhi saudara atau parti seagama melebihi ultra kiasu" -

Saya fikir yang melebihi dalam perkara ini sekarang ia lah PKR. Tak berhenti henti depa memusuhi UMNO. Kata kata depa spt Rafizi, Nurul Izzah, Surendran dan Tian Chua terhadap UMNO pada masa masa nya amat menjijikan.

Benar PKR ada bukan Melayu sebagai ahli. Tapi ha nya segelintir. Masih di anggap sebagai parti Melayu juga. Sebagaimana DAP di anggap sebagai parti Cina ultra kiasu.

Nik Aziz yang begitu marah kpd UMNO suatu masa dahulu kata anak nya Nik Abduh telah reda pendirian nya terhadap UMNO di tahun tahun pengakhir nya. Tapi Anwarul Al Juburi akan benci UMNO sampai mati. Saperti Karpal Singh bencikan Hudud sampai mati. Dan sekarang sudah mati.

Maka keluarga Al Juburi dan kuncu kuncu nya lantang menghentam UMNO dan pemimpin nya hingga keluar batas. Rafizi telah di saman dek DS Najib dan isteri nya. Kalau sabit kesalahan dan di tuntut ganti rugi sampai Rafizi bangkrap pun, rasa nya ramai yang bertepuk tangan.

Macam itu macam mana nak bersatu? Kalau Rafizi dah bangkrap, hilang kerusi dan peranan politik nya, akan menyumbang besar kpd persatuan Melayu/ Islam.

Anonymous said...

PAS lebih percaya pertolongan UMNO berbanding dgn Allah. Bermakna UMNO lebih berkuasa daripada Allah. Ini semua permainan politik memperalat agama untuk kuasa politik