(Sinar Harian 13.4.15)
Timbalan Menteri
Besar Kelantan dan anak bekas Mursyidul Am Pas, Nik Abduh mendedahkan, Tuan
Guru Nik Abdul Aziz (TGNA) pernah mengingatkan ahli parti itu agar mewujudkan
hubungan baik dengan Umno bagi memudahkan pelaksanaan hudud di Kelantan.
TGNA juga
mengingatkan ahli PAS agar tidak mengkritik Umno, kerana parti Melayu itu
merupakan pihak yang perlu berurusan bagi membolehkan hasrat kerajaan negeri
tercapai. Lakukan demi kebaikan rakyat.
Perkara ini
didedahkan kerana timbul isu yang dibangkitkan ahli PAS dengan mendakwa Pas
sudah masuk perangkap Umno kerana mengadakan perbincangan bersama mengenai
hudud.
Suka atau tidak, Pas
perlu sokongan Umno untuk menjayakan agenda hududnya. Dalam keadaan negara yang
populasinya, 50-50 antara Islam dan bukan Islam, tanpa sokongan salah satu
parti, tidak mungkin agenda Islam dapat dimartabatkan. Justeru, jangan terus
berbalah, sehingga terlepas pandang, siapa kawan, siapa musuh.
Jangan menyesal
apabila telah menjadi seperti Pulau Pinang. Apabila ultra kiasu memerintah,
agenda Islam sudah tidak lagi menjadi keutamaan kepada ultra kiasu. Jangan
bincang lagi agenda Melayu. Bermacam cara dilakukan bagi memastikan Melayu
tidak berada di pulau, termasuk menawarkan harga rumah yang murah di tanah
besar.
Kenapa perlu
memusuhi saudara atau parti seagama melebihi ultra kiasu? Kenapa boleh berkawan
dengan musuh ultra kiasu, tetapi tidak boleh berkawan dengan rakan seagama. Apakah
rakan seagama lebih bahaya daripada musuh? Musuh tetap musuh, kawan tetap
kawan. “Sejahat-jahat’ Umno, tetap saudara kita. Sebaik mana pun ultra kiasu,
tetap memusuhi Islam.
Musuh sudah
terang-terang menyerlahkan sifatnya sebagai musuh? Mereka tentang hudud hingga
ke hujung nyawa. Meskipun ada pimpinan Umno masih berbelah bahagi untuk
menyokong hudud, tetapi sekurang-kurang mereka masih tidak menentang secara
terang-terangan. Takut terkeluar dari akidah.
Kita akan terus rugi
jika berkawan dengan musuh lebih baik daripada saudara seagama. Nasihat saya,
pertama, ditakdirkan sesuatu menimpa negara, negara jatuh ke tangan musuh,
kepada siapa kita mahu berharap?
Saya masih teringat
apabila sebuah negeri yang jatuh kepada bukan Islam. Boleh dikatakan hampir setiap
1 atau 2 kilometer, kita akan lihat di situ ada rumah ibadat. Dalam maksud,
bila orang lain memerintah, mereka akan pastikan agama dan institusinya
dimartabatkan.
Kita pula tidak
begitu. Kita hanya dirikan rumah ibadat di kawasan majoriti Islam. Kita tidak
akan buat rumah ibadat begitu terasing daripada komuniti Islam.
Prinsip kita, apa
guna surau dan masjid, jika tidak ada jamaah. Sebab itulah, polisi membina
surau masjid, syaratnya, mesti ada jamaah.
Orang lain tidak.
Tidak kira ada jamaah atau tidak, rumah ibadat tetap akan dipacak. Apabila mahu
dirobohkan bagi tujuan pembangunan, maka heboh satu dunia, Malaysia tidak ada
kebebasan beragama.
Kedua, saudaraku
seagama, sepanjang Islam memerintah negara mana sekalipun, jarang sekali
berlaku penganiayaan kepada bukan Islam. Berlaku sebaliknya apabila bukan Islam
memerintah. Ada sahaja kedengaran umat Islam dipinggirkan. Malah, lebih dahsyat
ada yang disiksa dan dibunuh. Misalnya, di Nyanmar, Palestin dan sebagainya. Apakah
dengan terlaksananya hudud, bukan Islam akan dimangsakan? Tidak.
Maka tidak hairan,
jika seorang sami Buddha di Melaka memeluk Islam baru-baru setelah lebih 30
tahun mengkaji pelbagai agama ketika menjadi sami. Inilah realiti agama Islam. Rahmat
seluruh alam.
Mengikut kajian dan jangkaan
Pew Research Center (April 2015), berpengkalan di Amerika Syarikat, pada tahun
2050, bilangan umat Islam akan menjadi hampir sama dengan bilangan penganut
agama Kristian. Jumlah umat Islam akan
meningkat secara drastik kepada 2.8
bilion (30% populasi dunia) dan Kristian 2.9 bilion (31%). Sehingga tahun
2070, agama Islam akan menjadi agama paling popular di dunia, berbanding agama
lain.
Setakat ini, berasaskan kepada
statistik 2010, umat Islam di seluruh dunia berjumlah 1.6 bilion, menduduki
tempat kedua, manakala Kristian 2.1 bilion, tempat pertama. Seterusnya diiikuti
agama lain.
Pew mengakui agama Islam begitu cepat
berkembang dan mendapat sambutan berbanding agama lain. Walaupun Islam hari ini
ditekan dan dihina, serta dilabelkan dengan pelbagai imej negatif seperti pengganas,
ekstremis dan lain-lain, ia tetap mendapat tempat di hati manusia.
Saya amat teruja apabila membaca
berita terkini mengenai perkembangan artis luar negara seperti Liam Neeson (UK)
mengatakan hasratnya untuk memeluk Islam. Begitu juga Nook Suthida, artis
terkenal Thailand yang telah pun memeluk Islam. Ini tidak termasuk, pemain football terkenal Amerika, Dominique
Easley. Pensyarah perbandingan agama Universiti Hawaii, James Frankel. Jessica
Rhodes (Norway), Noordeen Wilderman (Belanda)
dan ramai lagi.
Justeru, bersangka baiklah sesama Islam. Pastikan agenda Islam dapat dilaksanakan dengan
jayanya. Yakinlah, Islam turun membawa kebaikan. Bukan Islam tidak perlu takut
kerana sejarah membuktikan mereka dapat hidup senang lenang dalam sebuah negara
Islam. Pokoknya, jangan nak semua. Sokonglah apa jua agenda Islam kerana ajaran
Islam tidak menzalimi orang lain. Mudah-mudahan kerajaan perpaduan antara
Umno-Pas dalam direalisasikan.
12 comments:
"negara yang populasinya, 50-50 antara Islam dan bukan Islam .."
Bukan kah Melayu sahaja 58% negara ini dan, kerana semua Melayu di anggap Islam, maka populasi nya hampir 60-40 antara Islam dan bukan Islam.
Ha nya DAP laknatullah sahaja yang mahukan Melayu berpecah, menukul batu pasak kapada perhubungan UMNO-PAS.
Sekarng DAP sudah berpisah dengan DS Hadi dan di anggap dengan parti PAS juga, maka giliran kita menukul batu pasak kapada DAP itu sekuat mana yang boleh.
Bukan dengan PAS sahaja, DAP pun nampak nya tak kisah sangat dengan Anwarul Al Juburi, dan dengan itu, mungkin dengan keseluruhan PKR. Lim Guan Eng tak mahu MP dan ADUN DAP keluar dari Penang, mahukan mereka menghadziri acara Warga Emas di Penang, pada hari demo KitaLawan nak membebaskan Anwar di KL, bermakna buat apa nak pedulikan Anwar lagi dah kena 5 tahun di penjara.
Lim Kit Siang telah mencadangkan suatu pakatan baru dan menamakan beberapa bakal PM selain dari Anwarul Al Juburi. Mmaka itu juga bukti bahawa DAP sudah "abandon" Anwar dan PKR. Apa yang DAP sekarang kata fasal kerjasama di Permatang Pauh tidak lagi menunjukkan jalinan perhubungan yang jauh.
Memang Melayu PAS dan Melayu UMNO tetap bersaudara seugama. Walau pun Nik Aziz pernah berkata dia buke' Melayu, Isle' je. Dia cakap begitu bila geramkan sesuatu keadaan, tidak semestinya menggambarkan hati sanubarinya secara semula jadi.
PAS pernah berkerja sama dalam suatu barisan pemerintah di zaman Tun A Razak. Presiden PAS, Asri Muda, menjadi Menteri Pembangunan Luar Bandar di masa itu. Itu sebab ramai ahli PAS di rancangan FELDA di sana sini.
Perlu berkerjasma lagi. Sama ada bersama dalam perkara implementasi Hudud di Kelantan, lain kira. Penting nya ia lah sebab DAP sudah biadap dan kurang ajar kpd PAS sekarang. PKR pun begitu juga - mencuri ta'at setia 2 ADUN PAS masa nakkan sokongan kpd pencalonan Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor.
"Tidak kira ada jamaah atau tidak, rumah ibadat tetap akan dipacak. Apabila mahu dirobohkan bagi tujuan pembangunan, maka heboh satu dunia, Malaysia tidak ada kebebasan beragama."
Ini pemerhatian yang tepat. Perlu di hebahkan di sana sini.
Dan pertekankan bahawa Islam ada lah agama negara ini. Tertera di Perkara 3 Perlembagaan.
Orang politik kekadang nampak macam takda bola. Mahu berlemah lembut, bertolak ansor sesangat. Pada hal penganut agama lain tak peduli apa.
Sepatut nya, salepas berkali kali di beritahu supaya alihkan pacakan mereka itu, jika tidak di buat juga, bawa pasukan Polis dan trekter, robohkan shaja. Siap dengan salinan surat surat pemberi tahuan itu. Berikan kpd pemberita yang mungkin ada.
Ameen... Mudah-mudahan Umat Islam semakin kuat
Free Malayia Today says PAS Khalid Samad criticized Prof Ridhuan Tee after the Professor "urging PAS to embrace Umno as a friend and to shun non-Muslims as enemies”.
The professor was quoted as saying, “All kinds of things are being done to ensure that the Malays get out of the island, including offering them cheap houses on the mainland”.
In an article appearing in The Rakyat Post, Khalid said "Tee had a warped understanding of the country’s political landscape. He also said Tee’s thinking was far removed from the country’s political reality."
Looks like it's Khalid who has warped understanding. He took issue with the Professor's statement, “Therefore, end the enmity, which can be carried so far that you may lose sight of who is a friend and who is a foe.”
Khalid said Islamic unity in Penang was “far better now under Pakatan Rakyat’s rule” compared to when Gerakan ruled the island." Of course he'd say those. He is a Pakatan man and an Anwarista.
And he would cast aspersion on UMNO's sincerity, saying, “How can PAS work with Umno if we can see clearly that they are not doing the right thing? If Umno is sincere with its religion, Islam, it will implement hudud for the sake of Islam, not because of its Opposition”.
Even before the Hudud Bill is discussed in Parliament he already said "we can see clearly that they (Umno) are not doing the right thing". Talking under the influence .. of ultra kiasus.
Jika UMNO sokong Hudud bermakna mereka perlu berhentikan lesen judi dan arak kerana boleh merosakan kesucian Hudud. hahahaha...Ingat perniagaan judi dan arak adalah sumbungan besar kpd UMNO utk terus dpt kuasa politik
Let PAS,..UMNO,..and all that is relevant to the Malays burn,.let all the Fanatics..all the cronies raze to the ground with their worthless leaders..lets pray from the ashes rises someone who has Islam,..Malay and Malaysia in his heart..
Adakah PAS lebih perlu pertolongan Allah atau UMNO? Jelas sekali Hudud PAS adalah untuk politik
8:07 PM,
Apa bukti kamu mengatakan "perniagaan judi dan arak adalah sumbungan besar kpd UMNO utk terus dpt kuasa politik"?
Kamu Oppo Hippo ultra kiasu yang biasa nya membuat "wild, unsubstantiated and unjustified allegations"?
".. memusuhi saudara atau parti seagama melebihi ultra kiasu" -
Saya fikir yang melebihi dalam perkara ini sekarang ia lah PKR. Tak berhenti henti depa memusuhi UMNO. Kata kata depa spt Rafizi, Nurul Izzah, Surendran dan Tian Chua terhadap UMNO pada masa masa nya amat menjijikan.
Benar PKR ada bukan Melayu sebagai ahli. Tapi ha nya segelintir. Masih di anggap sebagai parti Melayu juga. Sebagaimana DAP di anggap sebagai parti Cina ultra kiasu.
Nik Aziz yang begitu marah kpd UMNO suatu masa dahulu kata anak nya Nik Abduh telah reda pendirian nya terhadap UMNO di tahun tahun pengakhir nya. Tapi Anwarul Al Juburi akan benci UMNO sampai mati. Saperti Karpal Singh bencikan Hudud sampai mati. Dan sekarang sudah mati.
Maka keluarga Al Juburi dan kuncu kuncu nya lantang menghentam UMNO dan pemimpin nya hingga keluar batas. Rafizi telah di saman dek DS Najib dan isteri nya. Kalau sabit kesalahan dan di tuntut ganti rugi sampai Rafizi bangkrap pun, rasa nya ramai yang bertepuk tangan.
Macam itu macam mana nak bersatu? Kalau Rafizi dah bangkrap, hilang kerusi dan peranan politik nya, akan menyumbang besar kpd persatuan Melayu/ Islam.
PAS lebih percaya pertolongan UMNO berbanding dgn Allah. Bermakna UMNO lebih berkuasa daripada Allah. Ini semua permainan politik memperalat agama untuk kuasa politik
Post a Comment