Sinar Harian 27.4.15
Mendengar wakil rakyat ultra kiasu berbahasa
Melayu (BM) di parlimen saya menjadi loya. Berpuluh tahun dan bergenerasi
tinggal di bumi bertuah ini, masih lagi tidak dapat menguasai BM dengan baik. Masih
menggunakan kata-kata “lu” (kamu) dan beberapa perkataan lain seperti
terburu-buru menjadi “terbulu-bulu”, raja menjadi “laja” dan macam-macam lagi
perkataan yang melucukan.
Sebagai orang Cina, saya akui, memang
sukar untuk menyebut perkataan yang ada huruf “R”. Sebutan lori menjadi loli, lari-lali,
rama-rama-lama-lama, durian-lulian, rumah-lumah, ragu-lagu. Haiyaa…ini maciam
pun ada, manyak susah wooo. Bulung-bulung pun telebang di angkasee…
Jika minoriti Cina Terengganu dan
Kelantan boleh menyebut dengan baik, kenapa orang lain tidak boleh. Bukankah
kita bangsa Malaysia. Janganlah dibandingkan dengan Cina di Indonesia dan
Thailand. Mereka jauh lebih baik.
Nak seribu daya, tak nak seribu dalih.
Inilah akibatnya dalam sebuah negara yang mendaulatkan BM sebagai bahasa negara,
ada orang lain yang meletakkan bahasa ibunda lebih tinggi dari yang lain,
seolah-olah tinggal di negara lain. Kumpulan ini sedang membina negara dalam
negara. Perkara tidak pernah berlaku di dunia lain, kecuali Malaysia yang
terlalu bertolak ansur sehingga ditolak beransur-ansur.
Sudah sampai masanya setelah sekian
lama peluang diberikan, kerajaan menggubal undang-undang, mereka tidak boleh
menguasai BM dengan baik perlu diberikan pilihan.
SPR mesti mensyaratkan sesiapa sahaja
mahu menjadi wakil rakyat sama ada peringkat Parlimen mahupun DUN, paling
kurang perlu mendapat kepujian (kredit) BM dalam SPM. Kelayakan minima, ada
diploma. Wakil Rakyat perlu ditemuduga penguasaan BM dan sejarah Kenegaraan, sebelum
dibenarkan bertanding.
Kita tidak mahu perbahasan di dewan
atau parlimen seperti pasar malam. Amat
malu memilih gelagat wakil rakyat hari ini berkelakuan seperti budak-budak.
Setakat ini, mengikut undang-undang sedia ada. Semua warganegara, berumur
21 tahun, bermastautin, sempurna akal, tidak muflis, tidak memegang jawatan
dalam perkhidmatan, tidak disabitkan dengan kesalahan oleh mahkamah, mendapat
pengampunan jika mempunyai rekod jenayah, tidak pernah didenda tidak kurang
daripada RM2000.00,
tidak membuat akuan taat setia kepada negara luar, bertanding atas nama parti atau sebagai calon
bebas dan mengemukakan kertas penamaan calon pada hari penamaan calon dan tidak
pernah dihukum penjara melebihi 12 bulan, layak bertanding.
Saya teringat satu insiden suatu
ketika dahulu apabila TPM ditanya wartawan dalam bahasa Inggeris (BI), maka TPM
jawab dalam BM. Wartawan tersebut tidak faham dan mahukan TPM menjawab dalam
BI. Siapakah mereka? Sudah tentu wartawan ultra kiasu.
Sudahlah wakil rakyat tidak boleh
menggunakan BM dengan baik, wartawan yang melaporkan beritapun sama. Apakah
kualiti berita mereka boleh dipercayai? Sudah tentu tidak.
Justeru, penangkapan beberapa wartawan
kanan laman sosial ultra kiasu baru-baru ini patut menjadi pedoman. Kerja
mereka menipu untuk menjual berita. Inilah realiti sebenar yang berlaku,
termasuk mereka yang memahami BM, pun menipu juga.
Buktinya berita mengenai saya yang
ditahan di lapangan antarabangsa Kuching, gara-gara saya tidak dibenarkan
memasuki Sarawak. Media ultra kiasu tanpa usul periksa memutarbelit berita
tersebut mengatakan saya ditahan. Wal hal saya tidak pernah menjejak kakipun di
tempat tersebut.
Kedua, berita mengenai anak saya yang
dikatakan memalsukan sijil SPM. Wartawan Bernama yang pertama sekali mendapat
berita tersebut, pada 24 November 2014, melaporkan anak saya adalah mangsa
pemalsuan sijil oleh agen. Tiba-tiba keluar dalam The Malaysian Insider (TMI),
beritanya adalah, anak saya terlibat dalam pemalsuan sijil SPM. Saya menjadi
mangsa kutukan dunia, sehingga ke hari ini, untuk mematikan karakter saya.
Menyedari pembohongan itu, wartawan Bernama
menelefon saya mengatakan bahawa beritanya telah diputarbelitkan oleh TMI. Empat
jam selepas itu, berita di TMI bertukar
mengikut apa yang dilaporkan Bernama yakni anak saya menjadi mangsa penipuan. Inikah
kualiti laman sosial yang dipertahankan ultra kiasu?
Saya telah membuat laporan polis
tentang perkara tersebut. Saya bertanya kepada wartawan TMI, kenapa berita mengenai
saya diputar belitkan? Maka jawapannya, itu adalah kerja editor kanan yang
telah mengeditkan berita yang telah dibuat. Editor itu dengan sengaja
menyelewengkan berita itu.
Berita ini juga turut dipetik oleh
akhbar Cina kerana geramnya mereka terhadap saya. Begitulah jahatnya ultra
kiasu yang mendakwa diri mereka telus dalam pemberitaan, sebagai berita alternatif.
Peliknya, apabila pengarang tersebut
ditangkap untuk disoal siasat berhubung dengan pemalsuan berita mengenai hudud
dan raja-raja Melayu, wakil rakyat ultra kiasu pakat-pakat berpakaian hitam di
parlimen dan DUN, sebagai tanda protes, membelakangkan raja Melayu.
Inilah kebobrokan ultra kiasu. Mereka
semua betul, kita semua salah. Saya sendiri pernah bercakap dengan wartawan
kanan berbangsa Melayu yang ditangkap itu. Kenapa saya sentiasa menjadi target
berita. Jawapannya, itu memang kerja mereka, kerana saya adalah target, public
figure. Nasihat kepada semua, jangan bertindak ‘terbulu-bulu’ (terburu-buru).
45 comments:
bukan salah cina kerajaan kita baik sangat bagi manyak longgar boleh pilih 3 bahasa cthnya mesin atm pilih mana satu bahasa mau pakai nama jalan pun pun ada 3 bahasa malah masuk tandas pun ada manyak bahasa.
Salah nya pada Tengku A Rahman. Dia longgarkan syarat mengeluarkan sijil kerakyatan salepas Merdeka. Sehingga ujian bahasa Melayu di ketepikan. Naik tocang le depa.
Salah nya juga pada pemerintah salepas nya. Tak ambil langkah yang gigih dan tegas bagi mendapatkan semua rakyat boleh berbahasa BM dengan sempurna.
Sya menunggu timbul nya pemimpin yang berani, gigih dan tegas bagi mengimplementasi sistem sekolah satu aliran di negara ini.
Sokong cadangan supaya SPR mensyaratkan calon wakil rakyat Parlimen ke ADUN ke lulus paling kurang kepujian (kredit) BM dalam SPM. DAN boleh brtutur BM dengan baik - apa salah nya adakan ujian bagi mereka di masa pencalonan?
Benar, amat malu melihat telingkah wakil rakyat hari ini berkelakuan seperti budak-budak. Speaker Parlimen atu DUN mesti kawal dengan tegas. Masalah nya bila timbul Speaker dari DAP saperti Hananah Yeo. Bukan ke dia yang masuk masjid tak tutup aurat dulu? Tak hormat tempat ibadat Muslimin pun.
Biadap.
Tolong Prof pesankan kepada Tun & koncunya supaya jangan bertindak 'terbulu-bulu' menurunkan pemimpin.
Bersabarlah sebagai umat Islam untuk Ketua Audit Negara melakukan audit yang komprehensif. Selepas audit selesai, barulah bertindak.
Kalau bertindak 'terbulu-bulu' saya yakin Prof tak akan bagi 3.85 CGPA kepada mereka.
Macai macai Najib perlu ingat bahawa PRU14 ha nya 2 tahun saja lagi. Sekelip mata dah pilihan raya.
Kalau rakyat terbeliak beliak mata nakkan tahu apasal RM42 bilion punya hutang tak di beri penerangan yang memuaskan, dan tak ada kaitan dengan Rosmah dan anak tiri Najib jadi alih alih kaya, maka mcm mana nak dapat menang di PRU14.
Takda siapa yang berani kata Ketua Odit Negara boleh siap odit nya dalam 1-2 bulan dan PAC boleh seslesaikan kerja nya dalam 1-2 bulan juga. Lihat lah bahawa PAC termasuk parti pembangkang, wakil nya Tony Pua DAP.
Membisu semacam saja taknak beri penerangan benar tidak nya syarikat yang di kaitkan dengan Joh Low, kawan baik Rosmah dan anak nya, ada terima US$900 (RM3+ billion) dari syarikat Petro Arab yang ada berurus niaga dengan 1MDB itu.
Dan megapa bayaran kapada konsultan Goldman Sachs sahaja ada lah pada kadar 10% jumlah bond yang di keluarkan, pada hal biasa nya ha nya 6% sahaja. Beza nya itu hampir RM500 juta. Ada kaitan ke dengan anak Rosmah itu menjadi kaya dengan alih alih sahaja, beli harta di New York berharga RM100 juta dsb nya.
Mamat 8:04 AM,
Coba ko bayangkan berapa lama audit tu boleh siap? Tolong kasi tau siapa buat anggaran tuh. Dapat le kita congakkan boleh ke pengundi puas hati sabelom mengundi nanti.
Dah dekat PRU14 ni ha.
saudara golongan agamawan dipergunakan dr mahathir. bukankah jika dlm islam
bukankah dlm islam, klau mahu menuduh mesti siasat terlebih dahulu.
Saya setuju dengan kiasfansuri.
Jangan bertindak 'terbulu-bulu' sebelum siasatan dilakukan.
Kalau pemimpin dihukum tanpa bukti yang sahih, itu namanya kejam.
Tindakan yang 'terbulu-bulu' membawa padah.
Apa nama odit itu membawa maksud apa? Yang akan melakukan odit bukan sebarangan orangnya tapi ialah Ketua Odit Negara.
Kalau masih sangsi pada Ketua Odit Negara, apa pasal ada nama jawatan sebegini?
3:29 PM;
Bolehkah kita buat keputusan dangan hanya bayangan?
Keputusan berasaskan bayangan adalah suatu tindakan yang 'terbulu-bulu'.
Apakah anda sanggup menerima odit yang komprehensif atau yang 'terbulu-bulu'?
kiasfansuri 3:50 PM,
Beri lah hujah bagaiamana "saudara golongan agamawan dipergunakan dr mahathir" mcm kamu kata tuh.
kiasfansuri 3:52 PM,
Kamu pulak menuduh Tun Dr Mahathir tak siasat sabelom menuduh.
Bukankah dia dah siasat, dia terangkan beberapa projek 1MDB yang di ketahui nya kos nya, berjumlah lk RM14 bilion. Tapi tak dapat maklumat bagi yang lk RM27 bilion itu lagi.
Bukan kah dia selalu bertanya di mana dia wang itu pergi. Dia tak menuduh wang itu di songlap dek sesiapa pun.
Kamu cuba le siasat, beri keterangan, kalau ada fakta nya. Aku pun minat nak tahu.
Saya setuju Najib perlu membisu. Apapun jawapan dari beliau gerenti tidak akan memberi kepuasan kepada yang menanya.
Audit komprehensif oleh Ketua Audit Negara adalah jawapan kepada segala pertanyaan yang telah timbul.
Mengenai PRU 14, Najib masih mempunyai budi bicara yang terakhir untuk membubarkan parlimen.
10:43AM
Justifikasinya dari mana?
Sarawak Report? Kalau gitu, mengapa mesti ada juruaudit negara?
Adakah beliau beritahu bagaimana siasatan dibuat? Tanyalah beliau dahulu.
Minda Tun M semakin mudah lupa , begitu sinonim dengan puisi yang beliau deklamasikan di Perhimpunan Agong UMNO suatu masa dahulu.
Apa pun jawapan, setepat mana pun jawapan, panjang lebar bagaimanapun jawapan, atau sejelas mana pun jawapan yang diberikan, Tun M tak akan faham dan terima jawapan tu. Biar pun beliau sebenarnya faham, jelas dan tepat dengan jawapan tu, Tun M akan buat-buat tak faham selagi matlamatnya tak kesampaian.
Isu pasal 1MDB telah diterangkan kepada umum dan satu siasatan spesial forensik audit telah diarahkan. Sekiranya terdapat bukti yang mengaitkan Najib dengan isu 1MDB tu, apakah Najib akan mengarahkan siasatan secara teliti dibuat? Cara pentadbiran Tun M dahulu, selalunya skandai macam ini akan ditutup rapat , bukan? Nahaslah siapa yang membukanya , bukan?
Soalnya, apakah isu ini begitu mudah dijelaskan dalam beberapa perenggan saja? Apakah Tun M memandang rendah tahap pemikiran rakyat Malaysia di zaman kini untuk menerima bulat-bulat jawapannya yang memberi alasan tentang pasal risiko untung rugi berniaga? Itu penjelasan standard untuk menyelamatkan diri saja.
Dari mana Tun M dengar Najib rapat dengan Jho Low? Dari pembangkang? Atau media asing? Sejak bila Tun M percaya pada laporan media asing? Atau di usia senja ni Tun M beralih kepada pro-media barat?
Menyentuh soai nilai matawang ringgit, apakah Tun M mahu memaksa Najib membuat tambatan ringgit macam yang penah beliau buat? Lain padang, lain belalangnya , tidak semestinya Najib perlu mengulang tindakan Tun M berkenaan nilai ringgit itu. Apakah Gabenor Bank Negara dan pihak-pihak yang bertanggungjawab menjaga kepentingan ekonomi negara tidak tahu menghadapi kejatuhan nilai ringgit?
Menyebut pasal Jho Low yang dituduh Tun M sebagai member rapat Najib, bolehkah Tun M menjelsaskan juga tentang member-member rapatnya sewaktu bergelar Perdana Menteri? Siapa dia agaknya Ananda Krishnan, Eric Chia, Robert Kuok, Vincent Tan dan ramai lagi ahli-ahli bisnes yang tersenarai sebagai individu paling kaya di Malaysia? Apakah ada di kelompok yang tersenarai sebagai paling kaya bukan merupakan member-member rapat Tun M?
Kononnya anak-anak Tun M berjaya di dalam politik adalah disebabkan kesungguhan diri sendiri. Soalnya, benarkah dakwaan Tun M tu? Masa Mukhriz bertanding Ahli Parlimen Jerlun dahulu, siapa dia agaknya yang turun padang berjumpa dengan tokoh-tokoh agama pro-PAS dan rakyat di sekitar parlimen tu merayu mereka beri laluan dan memberi undi pada anaknya?
Untuk menjaga KPI anak selaku menteri Besar Kedah, siapa dia pulak yang membawa pulang pelaburan berbilion ringgit? Terima kasihlah membantu jumlah pelaburan di Kedah, tapi mengapa perlu meletakkan bayang-bayang sendiri pada Mukhriz? Kalau tidak mengutamakan KPI Mukhriz di negeri Kedah, mengapa tidak membantu pelaburan di negeri-negeri lain? Kami di negeri bukan Kedah pun mahukan penambahan jumlah pelaburan sebagaimana di Kedah.
Anonymous 10:38 AM,
Ini cakap Mahathir ketika merasmikan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Gombak;
1. Sikap terlalu mementingkan ilmu agama untuk bekalan akhirat adalah punca sebenar umat Islam masih jauh ketinggalan berbanding bangsa-bangsa yang lain.
2. Sejak kecil lagi, umat Islam sudah tidak digalakkan menuntut ilmu-ilmu yang bukan berbentuk keagamaan kerana ilmu seperti itu dianggap sebagai sekular. Malahan ibu bapa mendesak anak-anak mereka menuntut ilmu agama kerana mereka juga akan mendapat ganjarannya.
3. Di Malaysia, terdapat golongan profesional yang telah melahirkan rasa kesal mereka kerana memilih satu bidang kerjaya sedangkan mereka sepatutnya menuntut ilmu agama. Untuk menebus apa yang mereka anggap sebagai dosa itu, mereka telah menghantar semua anak mereka ke sekolah agama atau untuk menjadi hafiz iaitu orang yang menghafal al-Quran.
Dalam hal ini Mahathir masih lagi cuba menyempitkan pemikirannya dengan maksud memisahkan agama dalam urusan dunia. Ketika waktu dahulu Mahathr pernah berang kepada pelajar yang bangun malam mengerjakan Qiamullail kerana katanya ia boleh mengganggu aktiviti pembelajaran di kampus. Mahathir masih lagi tidak memahami hakikat kekuatan rohani perlu disepadukan dengan kekuatan jasmani. Kita hidup bukan untuk dunia sahaja tetapi untuk selama-lamanya di akhirat.
8:32 AM, April 29,
So'al menghukum tidak timbul. Tun Dr Mahathir ha nya menanya.
Perkara odit - ada yang mengata bahawa odit oleh Ketua Jabatan Odit ha nya berupa "internal audit", bukan "external audit" yang di lakukan oleh pihak yang tidak ada kaitan dengan gomen.
2:14 PM, April 29,
Mengapa tak cuba, jangan memikir "Apapun jawapan .. tidak akan memberi kepuasan kepada yang menanya."
Cuba lah beri jawapan ke mana pergi RM27 bilion itu. Kalau ada jawapan, mungkin saya pun boleh terima dan meminta yang lain pun buat demikian.
Mengenai PRU 14, "budi bicara .. untuk membubarkan parlimen" ha nya setakat lk 2 tahun lagi - tak boleh lebih 5 tahun dari PRU13.
5:56 PM, April 29,
Punca bagi projek projek yang di katakan berjmlah RM14 bilion itu - tak kira lah dari Sarawak Report, ke mana ke. Yang penting nya, ada cubaan mendapatkan maklumat yang nampak nya masuk akal atau boleh di percayai.
Tapi mengapa 1MDB diam sahaja? Tak nafikan atau beri penerangan yang sahih. Terutama nya berkenaan yang RM27 bilion lagi tuh.
Bukan sesikit wang, kawan ha. RM42 bilion. Melibati gerenti Kerajaan, wang rakyat dan asset saperti tanah bekas Lapangan Terbang Lama yang rakyat ada kepentingan bagi nya. Itu bukan hak persendirian.
7:01 PM, April 29,
Semua orang mudah lupa, terutama yang tak mahu jawab atau beri penerangan yang di minta. Bukan susah, arahkan saja setaf di 1MDB itu. Bila tak beri penerangan, berbagai spekulasi timbul.
Tak payah panjang lebar jawapan nya. Cuba lah, saya yakin Tun M akan faham. So'al terima atau tak, itu takda siapa boleh gerenti, tapi cuba lah beri jawapan atau peneragan tu.
Keterangan yang di perlukan bukan nya fasal "siasatan spesial forensik audit", tapi penerangan ke mana pergi RM27 bilion itu. Tak payah banyak, penerangan pedek saja pun jadi lah.
Bukan so'al "mengaitkan Najib dengan isu 1MDB tu", tapi penerangan untuk mengelakkan spekulasi kemana RM27 biion itu pergi.
Tak payah lah cerita "Cara pentadbiran Tun M dahulu, selalunya skandai macam ini akan ditutup rapat ..". Bukti nya tidak ada, tak ramai yang bising nakkan penerangan. Sekarang ramai yang nakkan penerangan berkenaan 1MDB, cuba lah beri, rasa nya tak susah benar, sebutkan saja projek itu sekian banyak, projek ini sekain banyak, untuk bayar apa dan saperti nya.
Mengapa susah sangat, tak boleh "dalam beberapa perenggan saja"? Bila tak mahu cuba langsung, lagi rakyat curiga. Di zaman TDM merintah, Bank Negara rugi banyak bilion, tapi dia terangkan sebab serangan mata wang dek Yahudi Zionis George Soros yang kemudian terbukti nyata dengan Asian Financial Crisis yang negara negara lain pun alami.
Setahu saya TDM tak pernah kata "Najib rapat dengan Jho Low". Tapi laporan Euromoney - yang Khairi Jamaludin meradangkan itu - Jho Low kata dia kenal Rosmah dan rapat dengan anak nya Riza Aziz yang jadi kaya raya dengan cepat, beli harta di New York RM100 juta dsb nya.
Kalau kaya raya tak ada kaitan dengan 1MDB, nyatakan le. Yang di sebut berkaitan dengan harta pesaka DS Najib, 4 adik adik nya dah keluarkan kenyataan bertulis (dan di tanda tangan mereka) bahawa ayah nya, Tun A Razak, bukan orang yang kaya raya yang membolehkan anak anak-nya termasuk Najib dapat banyak juta Ringgit tiap seorang.
Tolong lah, kawan. Dapatkan jawab atau penerangan bagi mengelakkan pengundi memikir macam macam lagi berkaitan 1MDB itu. Saya sokong UMNO/BN dan mahukan nya memerintah berterusan. Kalau membisu, nak suruh pengundi tunggu odit yang tak tau bila siap, takut banyak undi akan lari. Masakan PRU14 tak lama lagi.
6:42 AM,
Tidak setuju dgn endapat anda bahawa Tun Dr Mahathir "masih lagi cuba menyempitkan pemikirannya dengan maksud memisahkan agama dalam urusan dunia."
Saya tidak nampak langsung dia ber"maksud memisahkan agama dalam urusan dunia." Dia mahukan perseimbangan. Jangan berlebihan kpd agama sehingga ketinggalan "urusan dunia". Nampak nya anda yang menyempitkan pemikiran anda.
Tidak munasabah dia "tidak memahami hakikat kekuatan rohani perlu disepadukan dengan kekuatan jasmani." Dia tak pernah kata ketepikan agama sama sekali. Ha nya perlu perseimbangan atau "balance".
Setuju kata kata anda "Kita hidup bukan untuk dunia sahaja tetapi untuk selama-lamanya di akhirat." Tapi jangan abaikan atau kurangkan kejaran kpd urusan dunia, melebihkan sangat urusan akhirat. 60-70 tahun hidup amat lah lama jika bangsa kita merana. Terutama di dunia yang berbagai bangsa dan agama dan sentiasa bersaing sekarang ini.
ä½ ä»–å¦ˆçš„!!
Saya, sebagai seorang warga Malaysia, berbangsa Cina, saya mempunyai keputusan BM terbaik di sekolah and antara yang terbaik di kalangan semua rakan-rakan saya yang majoritinya berbangsa Melayu. Kamu boleh mempersendakan sesiapa sahaja, terutamanya ultra-kiasu ke, mega-ultra kiasu ke, saya ingin mengingatkan kamu: selain mereka yang BM mereka tidak lah begitu fasih, tetapi ramai juga antara golongan ultra-kiasu (konon-nye) yang boleh bertutur, berbicara and menulis BM lebih baik daripada golongan "bukan ulra-kiasu". Sekian.
Jumlah yang hilang sudah berubah dalam masa tidak sampai dua minggu daripada RM 42 Bilion kini tinggal 27 Bilion. Tun Mahathir juga tidak lagi menyebut bahawa wang hutang 1MDB tersebut sebagai wang rakyat.
Program bicara negara Tun Mahathir pada mula disangkakan satu program untuk memperjuangkan kepentingan negara seperti mana yang dilaungkan beliau sejak awal tahum ini. Kita semua menyangka Tun Mahathir akan memperkatakan tentang dasar pentadbiran PM Najib Razak lebih jelas dengan pembuktian yang lebih kukuh susulan daripada beberapa dakwaan di dalam artikel di blog beliau.
Malangnya di dalam program bicara negara itu, tidak banyak pembuktian yang lebih kukuh dipertunjukan. Segala dakwaan adalah dakwaan berulang sahaja. Cuma kali ini jumlah yang dikatakan lesap itu telah menyusut daripada RM 42 billion kepada RM 27 billion.
Amat dikesalkan apabila seorang tokoh negara yang dihormati tidak sabar menunggu laporan jawatankuasa audit awam atau PAC yang juga dianggotai oleh pihak pembangkang yang sedang mengkaji kes 1MDB ini.
Kita juga kesal dengan keterdesakan yang agak luar batasan ditujukkan oleh Tun Mahathir sehingga sanggup mengeluarkan kenyataan sinis dan penghinaan yang menjurus kepada perkara berkaitan peribadi PM Najib.
Anehnya, dalam kes surat Wan Azizah kepada Tun Mahathir, beliau menegaskan bahawa apa yang perlu diketahui tentang Anwar telah diketahui rakyat dan tidak perlu di dedahkan lagi bagi menjaga aib orang. Tetapi di dalam kes PM Najib, beliau tidak pula berpendirian seperti mana dalam isu surat rahsia itu.
Amat jelas disini, pendirian Tun Mahathir tidak konsisten dan beliau dengan nyata bersikap amat selektif dalam membuat teguran.
Tun Mahathir tidak lagi bercakap atas dasar perjuangan untuk kepentingan negara. Tetapi ia amat jelas menggambarkan kebencian dan kemarahan beliau yang terarah kepada dendam peribadi.
Kita akur dengan kelemahan PM Najib tetapi kita tidak dapat bersetuju untuk menghalalkan dan menyokong cara yang digunakan seorang tokoh negara yang amat kita hormati dan sanjungi.
Kita harus menolak perbuatan menghina tahap melampau keatas Presiden UMNO dan juga Perdana Menteri Malaysia dengan cara yang tidak sesuai dan tidak sihat ini.
Mungkin ada sebab kenapa Tuhan jadikan Mahathir seorang doktor, bukan Hakim kerana dia terbukti gagal dari segi menjalankan keadilan seperti yang dituntut agama.
MB ONLINE
4:59 PM,
Kamu biadap dan kurang ajar, macam Lim Guan Eng, spt kata Niab Pengerusi DAP, Tengku Aziz kata masa dia cabut keluar dari DAP dulu.
Aku tak faham apa kamu cakap. Tapi aku anggap itu kata kata kusut. Aku nak pulangkan paku serpih kpd kamu - nah
ä½ ä»–å¦ˆçš„!!
Rais Yatim, bekas Menteri Federal dan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, di laporkan setuju dengan cadangan supaya di syaratkan bagi calon calon pilihanraya mempunyai kredit dalam BM.
Dia ada PhD dalam bidang Undang Undang dari Universiti London, di perolehi nya salepas tidak lagi menjadi Menteri. Bermakna, pendirian nya lebih bermakna dan mungkin lebih berkesan dari rakyat biasa.
Cadangan ini amat bagus. Akan membikin mereka yang minat mengambil bahagian aktif dalam bidang politik lebeh menghemahkan BM. Saya sokong penuh.
Jika Tun mempunyai maklumat atau dokumen, mengapa tidak kemukakan kepada pihak berkuasa bagi membantu siasatan daripada hanya bermain politik dan mencari publisiti murahan?
Kini isu 1MDB adalah melalui pelbagai teori dan spekulasi yang dilontarkan terhadap rakyat umum di mana ianya bertujuan agar isu ini menjadikan debat politik dan bukan lagi untuk mencari kebenaran.
Pengkritik tidak sabar menunggu Jabatan Audit Negara menyiapkan kerja dan ia sesuatu yang tidak adil.
Mana ada asasnya dengan memberi pandangan hanya berdasarkan kepada Sarawak Report dan tuduhan individu-individu berkepentingan?
Bolehkah kita tunggu dahulu hasil laporan berkenaan dan jangan mempolitikkannya?
Bagi saya adalah tidak adil untuk mengadili Najib hanya dengan desakan pembangkang ataupun seruan Tun Mahathir.
Bagi pandangan saya, orang Melayu sengaja di kelirukan oleh pimpinan supaya tidak berdaya memilih dengan betul. Tidak ada sesiapa lagi yang mampu berbuat apa-apa untuk menghidupkan kembali maruah orang Melayu.
Nabi Muhammad saw kata buat begini, Mahathir Mohamad pula kata buat begitu. Rakyat keliru dan terus dikelirukan. Pemutusnya buatlah apa yang masing-masing suka, tepuk dada tanyalah selera.
Pilihlah satu di antara dua ajaran dan seruan yang ada di hadapan mereka. Mereka boleh memilih Nabi Muhamad (saw) atau Mahathir Mohamad (Tun). Saya seorang yang jahil segala-galanya tetapi saya memilih untuk berusaha mengikut seruan Muhamad (saw).
Seorang yang beragama dan bertuhan akan akur bahawa tiada pilihan selain dari memilih seruan dan anjuran Muhamad (saw).
The best LEADER is one who has sense enough to pick good people to do what he wants done, and self-restraint enough to keep from meddling with them while they do it.
Harus diingat, kejatuhan Pak Lah dan kekalahan UMNO/BN dibeberapa negeri yang dikuasai oleh PR ketika ini bukan atas kelemahan pentadbiran Pak Lah. Beliau telah dijatuhkan oleh regim Mahathir kerana tidak ikut nasihat Mahathir.
Saya setuju. Semasa pertama kali menjejakkan kaki di bumi UK pada 2011 saya dapat merasakan kepuasan kerana dimana-mana saja boleh memahami percakapan orang sekeliling berbanding di negara sendiri yang bahasa Melayu yang dicanangkan sebagai bahasa kebangsaan tapi majoriti masyarakatnya tidak boleh bercakap Melayu. Pendek kata, rasa seperti gelandangan di tanah air sendiri.
Anonymous 11:30 AM,
Apakah mengerjakan Qiamullail berlebihan kpd agama?
Apakah kekuatan rohani akan menyempitkan pemikiran?
Al Qur’an telah memperjelaskan bahawa kehidupan di dunia berlangsung dengan catatan ke atas semua gerak zahir dan batin yang akan menentukan nilai setiap indivdiu di alam akhirat nanti?
Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya. Kemudian jika dia dipanjang umur sehingga tua atau menyalahgunakan kelengkapan itu, Kami kembalikan dia ke serendah-rendah peringkat orang-orang yang rendah, Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, maka mereka beroleh pahala yang tidak putus-putus. - Surah At-Tiin 95:4-6
Anonymous 11:30 AM,
Anda risau dengan bangsa kita yang akan merana.
Allah berfirman di dalam Al-Qur’an bahawa tujuan manusia dihidupkan di muka bumi ini tidak lain adalah untuk beribadah kepadaNya.
Aku tidak menjadikan Jin dan Manusia melainkan untuk beribadah kepadaKu (Surah Adz-Dzaariyaat Ayat 56)
Dan sesungguhnya Kami telah muliakan anak-anak Adam, Kami angkut mereka di daratan dan lautan, Kami beri mereka rezeki yang baik dan kami lebihkan mereka dengan kelebihan yang sempurna di atas makhluk lain yang telah kami ciptakan. (Surah Al Israa Ayat 70)
Anonymous 11:30 AM,
Apakah bila adanya tuduhan yang "terbulu-bulu", maka staf boleh diarahkan sebegitu untuk menjawab?
Setiap tuduhan yang dilemparkan perlu disiasat. Dan siasatan perlu dilakukan oleh pihak yang berwibawa. Apakan anda masih curiga dengan perlantikan Ketua Odit Negara & PAC membuat siasatan?
Setiap siasatan yang komprehensif memerlukan masa. Sudah pasti anda tidak ingin siasatan yang "terbulu-bulu"?
11:30 AM
Allah Swt menciptakan dunia ini berdasarkan keseimbangan, ajaran agama Islam pun berlandaskan keseimbangan dan keadilan. Bahkan akal dan hati nurani manusia diciptakan Allah Swt selaras dengan ajaran-ajaran agama. Di sana didapatkan spirit keseimbangan.
Rasulullah Saw dan Ahlul Baitnya adalah contoh sempurna keseimbangan dalam agama. Rasulullah Saw sebagai manusia sempurna, menjalani kehidupan individu dan sosial, secara seimbang, baik saat perang maupun damai. Ia juga bersikap adil dalam beribadah dan berpolitik. Pada intinya, Rasulullah Saw adalah manusia yang seimbang dan tidak terjebak pada sikap ekstrim.
Dalam ajaran Islam, menjaga keseimbangan dan keadilan adalah prinsip utama.
Ibadah disebut sebagai jalan menuju spritual dan kebahagiaan akhirat. Untuk itu, Allah Swt mengajarkan kepada hamba-hambanya supaya tidak bermalas-malasan dalam beribadah.
Dalam Al-Quran disebutkan bahwa semua agama ilahi mengajak perdamaian dan kemufakatan pada sisi-sisi yang sama. Meski demikian, Islam tidak dapat menerima kezaliman dan penindasan dan mengajak ummatnya untuk menghadapi segala bentuk penindasan dan kezaliman.
Islam berpandangan bahwa jalan kebahagiaan dan hidayah tidak dapat ditempuh manusia tanpa bersikap adil.
Saya ingin tanya anonymous 11:30 AM mengenai cakap Tun ‘lama-lama semua orang Islam tidak ada tangan’. Adakah beliau berniat menghina hukum hudud atau cuma berseloroh atau menyindir konsep hudud parti PAS atau beliau amat takut terhadap implementasi hukuman yang beliau anggap zalim amat sangat dan boleh memusnahkan umat Islam di negara ini?
Anonymous 11:30 AM,
Islam meletakkan bahawa tujuan hidup ialah untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT. Justeru, manusia dihidupkan untuk diuji oleh Allah SWT siapakah di kalangan mereka yang terbaik amalannya.
Firman Allah SWT yang bermaksud : Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup kamu - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amal dan aktivitinya ; dan Ia Maha Kuasa membalas amal kamu, lagi Maha Pengampun, bagi orang-orang yang bertaubat (Surah al-Mulk, ayat 2)
Apabila tujuan hidup untuk mengabdi kepada Allah SWT, dan hidup sendiri merupakan ujian untuk menguji siapakah yang beramal soleh, justeru manusia perlu bersyahadah dengan maksud sanggup menjadi saksi untuk menyatakan ketuhanan Allah SWT dan kenabian Nabi Muhammad SAW. Jika syahadah manusia pada lafaznya, maka syahadahnya pertubuhan ialah pada dasarnya.
Apakah dasar perjuangan Tun? Di celah manakah Tun meletakkan Islam setelah dasar kebangsaan dijadikan sebagai dasar perjuangannya? Dari sudut praktikalnya, adakah perjuangan Tun merupakan satu amal soleh?
Islam tidak akan sempurna tanpa iman. Al-Quran sering menyebut Wahai orang-orang yang beriman tetapi al-Quran tidak menyebut Wahai orang-orang Islam. Ini kerana seorang yang mengerjakan rukun Islam sahaja belum layak dipanggil orang yang beriman jika hatinya tidak beriman dengan yakin kepada Allah SWT.
Alangkah baiknya sekiranya kebijaksanaan Tun digunakan untuk Islam?
Jika saya ditanya adakah saya telah mengajak Tun Mahathir dan rakan-rakan sealiran dengannya agar meninggalkan aliran nasionalis sekular dan menerima Islam yang syumul, saya Insya-Allah akan menjawab : (Ya Allah, aku telah menyampaikan..)
Saya keliru dengan komen pada 11:30 am.
Mahathir pernah mengecam hukum hudud dengan menyifatkan hukum potong tangan akan menyebabkan orang Islam dipandang hina oleh agama lain kerana hukum itu mengakibatkan ramai yang kudung tangannya.
Beliau juga pernah menganggap amalan menyimpan janggut bukan sebahagian Sunnah Rasulullah dan menyifatkan ianya menjadi amalan ketika dahulu hanyalah kerana ketika itu belum dicipta alat pencukur atau Gilette.
Mahathir juga pernah menyindir amalan pemakaian jubah dengan mengatakan ia sebenarnya bertujuan untuk mengekang nafsu syahwat bangsa Arab yang dianggapnya mempunyai nafsu seks yang besar.
Sehingga kini Mahathir masih statik dengan pegangannya berhubung hukum potong tangan, amalan menyimpan janggut oleh Rasulullah serta pemakaian jubah. Tidak pernah terdengar beliau menarik balik atau memohon maaf berkenaan dengannya.
Tentunya kita ingin tahu sama ada pendiriannya sama atau sudah berubah sekarang ini.
Wahai 11:30 AM,
1. Adakah sebuah negara maju itu diukur hanya dengan teknologi canggih, bangunan indah yang tinggi-tinggi, golongan-golongan korporat yang ramai sahaja? Jika dilihat contoh di Amerika sendiri, mereka yang melarat, ‘homeless’, keganasan di kalangan muda-mudi, seks bebas, penipuan, kronisme, nepotism merata-rata tanpa batasan.
2. Di negara kita, sebuah negara yang sedang membangun, bangunan-bangunan yang indah dan tinggi sudah ada, bandar multimedia telah wujud, golongan korporat memang ramai, infrastruktur telah ada LRT, KLIA, dll. Malah negara kita telah ada bangunan tertinggi, lapangan terbang terbesar, mahligai tercantik, pulau yang terindah yang begitu membanggakan.
3. Kenapakah ada rakyat yang masih tak ada rumah yang selesa? Kenapakah ramai anak-anak muda yang makin jauh dari adat resam orang timur? Kenapakah terjadinya banyak jenayah kebelakangan ini? Rompakan, pembunuhan dan semua ini adalah penyakit masyarakat. Tidak ketinggalan pula pergaulan yang bebas dikalangan muda-mudi. Dan tak boleh nafikan, semakin ‘maju’ negara kita, semakin jauhlah rakyat Malaysia dengan agamanya.
4. Kepada siapakah kita nak salahkan, jika Malaysia betul-betul telah maju tetapi nilai-nilai etika keinsanan rakyatnya tidak ada? Siapakah nak kita salahkan jika anak-anak kita nanti makin lama makin tiada nilai ketimurannya di alaf baru ini? Kita sendiri boleh menilai sejauh mana telah terpesongnya anak-anak muda sekarang, melalui surat khabar, internet, kita sendiri tahu.
5. Pada rakyat Malaysia, khususnya yang Muslim baliklah kepangkal jalan, baliklah kembali ke Islam. Jadikan Islam cara hidup kita dalam apa segipun, pentadbiran, ekonomi, politik, pendidikan dan semuanya. Ingatlah kita sebagai khalifah di muka bumi ini. Islam adalah syumul. Kepada mereka yang tidak mahu balik kepangkal Islam, masih memisahkan agama daripada kehidupan seharian, masih menganggap ulama itu hanya berhak mengajar agama sahaja, tinggalkan mereka. Semoga Allah akan membukakan hati mereka satu hari nanti.
12:28 AM, May 01, 2015,
Susah nak memastikan anda terbaik dlm BM di sekolah.
Terima lah hakikat bahawa ramai yang tak boleh berbahasa BM dengan baik. Pergi lah ke Chinese New Villages di sana sini dan tempat tempat yang mereka pindah berkumpul di rancangan perumahan moden salepas itu.
Bagus lah bahawa Suruhanjaya Pilihanraya telah mengumumkan sedang menimbangkan cadangan RProfessor Ridhuan supaya mensyaratkan BM kpd calon calon pilihanraya akan datang.
7:46 AM, May 01,
Bukan so'al "tidak sabar menunggu laporan jawatankuasa audit awam atau PAC yang juga dianggotai oleh pihak pembangkang yang sedang mengkaji kes 1MDB ini."
an bukan "kebencian dan kemarahan beliau (TDM) yang terarah kepada dendam peribadi."
So'ak nya ha nya lah hendakkan penerangan kpd 1MDB. PRU14 tak lama lagi.
Walau bagaimana pun, mari lah kita bincang dalam pos yang lain. Sebab pos ini sudah di atasi dengan pos bahru yang pembaca selalu nya menumpu.
Beberapa komen di atas (mungkin dari orang yang sama) mengatakan Allah SWT befirman tujuan makhlok nya di jadikan ia lah supaya menyembah nya.
Benar. Tapi jangan lah interpretasi secara kuno. Takda sesiapa kata maanusia perlu beribadat sahaja, tak buat kerja lain. Atau 10 jam beribadat, 8 jam berkerja, 6 jam tidur.
Perseimbangan di perlukan. Balance. Proper balance. Perseimbangan yang semenggah.
9:10 AM
Tugas utama manusia sebagai khalifah di bumi ini, iaitu beribadah kepada Allah.
Allah turunkan manusia dengan segala fasiliti yang telah disediakan, tentunya bukan hanya untuk dipergunakan begitu saja, melainkan juga untuk dijaga, dirawat, dilestarikan, dan dimanfaatkan.
Manusia adalah makhluk yang paling sempurna dibanding makhluk ciptaan Allah yang lain. Manusia diberikan Allah fikiran dan dapat memikir dengan akal.
Menyembah hanya kepada Allah dan beribadah kepadanya adalah satu kewajiban kita sebagai khalifah. Kita hanya harus menyembah dan berserah diri kepadanya dan mengikuti aturannya serta menjauhi larangannya.
Menyembah kepada Allah ertinya hanya Allah tempat kita berbakti, tempat kita meminta, dan memohon bantuan, serta tempat kita berkeluh kesah.
Menyembah kepada Allah tidak hanya dengan melaksanakan solat, puasa, zakat,dan naik haji, tetapi sebagai khalifah di bumi ini Allah telah memberikan perintah kepada kita untuk menjaga, memelihara, dan memakmurkan bumi ini.
Ibadah ‘ammah (umum), iaitu pengabdian yang dilakukan oleh manusia yang diwujudkan dalam bentuk aktiviti dan kegiatan hidup yang dilaksanakan dalam konteks mencari keridhaan Allah SWT.
Wahai 9:10 AM,
Maksud keseimbangan dalam beribadah adalah ibadah yang dilakukan oleh seorang mukmin ialah keseimbangan antara harapan dan ketakutan.
Allah yang disembahnya adalah Allah yang telah menciptakannya dengan penuh kasih sayang, memberi rezeki kepada segenap umat manusia, mendidik dan memelihara makhluk-Nya juga dengan penuh kasih sayang, bahkan menegurnya pun atas dasar rasa sayang.
Cinta Allah kepadanya, dan cintanya kepada Allah membuat seorang hamba takut. Ibadah bererti berdo’a dan meminta, dan perlu dilakukan dengan rasa takut dan penuh harap.
Rasa takut di sini maksudnya, merasa takut jika ibadahnya tidak diterima atau lambat dijawab. Maka, seseorang akan beribadah dengan penuh kesungguhan.
Namun, rasa takut ini tidak menimbulkan rasa keputusasaan, kerana dia tetap yakin Allah selalu memberikan harapan dan mengampuni dosa-dosanya.
Allah SWT berfirman : Dan janganlah kamu membuat kerosakan di muka bumi, sesudah Allah memperbaikinya dan berdoalah kepada-Nya dengan rasa takut (tidak akan diterima) dan harapan (akan dikabulkan). Sesungguhnya rahmat Allah amat dekat kepada orang-orang yang berbuat baik. (Surah al-‘Araf ayat 56)
Tidak ada yang perlu ditakuti kecuali Allah itu sendiri. Takut kepada Allah adalah harus, sedangkan takut kepada manusia hanyalah akan menyusahkan diri sendiri.
Bila ibadah yang dilakukan, dengan sikap ikhlas dan penuh ketaatan, maka pengharapan dan ketakutan akan selalu berjalan seiring dan seimbang.
Post a Comment