(Sinar Harian 8.9.14)
Sekian
lama saya mengenali dan mengkaji PAS,
parti ini hanya percaya kepada sistem Islam bagi mewujudkan negara Islam.
Demokrasi selalu dilabelkan sebagai sistem kafir atau thaghut (melampaui batas/
menyesatkan).
Dalam
sistem, PAS sentiasa meletakkan Majlis Syura (ulama) pada hiraki yang tertinggi
seperti mana tuntutan Islam itu sendiri. Tiba-tiba dalam kes MB Selangor, Syura
PAS mula diketepikan.
Keputusan
Syura PAS tidak lagi mengikat. Mereka lebih percaya kepada pendapat majoriti, termasuk
Muslimat PAS yang menyokong ultra kiasu menjadi MB Selangor. Walaupun ianya
dinafikan, tetapi ultra kiasu lebih cekap dengan mengeluarkan kenyataan
terlebih dahulu. Muslimat PAS terperangkap.
Apa
sudah jadi dengan PAS? Sejak bila PAS ‘beriman’ kepada sistem demokrasi?
Bukankah sejak dahulu PAS mengatakan ia sistem kufur? Mereka yang menerima
sistem demokrasi adalah kafir. Penyertaan PAS dalam pilihan raya adalah sebagai
wasilah, bukan matlamat atau merelakan demokrasi.
Kedudukan
Presiden semakin tergugat dengan demokrasi yang dipuja oleh segelintir pimpinan
PAS. Undian demokrasi telah menutupi keputusan ulamak. Menunjukkan seolah-olah
ulamak PAS tidak faham tahaluf siyasi.
Ya,
benar, ciri-ciri demokrasi ada dalam Islam, tetapi dalam soal membuat
keputusan, keputusan syura perlu mengatasi demokrasi. Barulah kita berjaya
mengIslamkan demokrasi. Islam berada di atas, demokrasi di bawah. PAS berada di
atas PR, bukannya PR atau ultra kiasu menguasai PAS.
Nasihat
saya kepada PAS, pertama, kembalilah kepada perjuangan asal supaya PAS tidak
dilihat sebagai sebagai parti U-Turn. PAS tidak akan rugi banyak jika tidak
bersama thaghut, iaitu kalangan mereka yang melampau dan mahu menyesatkan.
Kedua,
PAS setakat ini masih dihormati dalam kes kelemut MB Selangor, meskipun di
kalangan ultra kiasu, PAS seolah-olah sudah tidak bermakna. Saya tidak pernah
risau apa ultra kiasu akan kata kepada PAS, kerana ultra kiasu itu penentang
Islam. Paling saya takut, apa yang PAS akan jawab nanti di hadapan Rabbul Jalil
nanti kerana mengenepikan syura ulama.
Ketiga,
PAS mesti mempertahankan maruahnya. Lihatlah betapa lancangnya ultra kiasu
dalam isu PRK Pengkalan Kubur. Meskipun, PAS baharu sahaja mencadangkan untuk
bertanding di sana, ditentang habis-habisan oleh ultra kiasu. Pada ultra kiasu,
itu kerusi mereka, sedangkan kekuatan tidak ada.
Saya
amat yakin ultra kiasu akan kalah dalam PRK Pengkalan Kubur, sebab mereka tidak
kuat. Jika PAS tidak mengundi, pasti mereka akan kehilangan wang deposit. Namun,
jika PAS bertanding, ditakdirkan kalah, selisih undinya pasti tidak banyak.
Keempat,
ahli PAS yang tidak setia dan belot mesti disingkirkan, terutama dua ADUN
Selangor yang mendahului keputusan PAS (Ulama). Mereka ini bernafsu besar.
Mereka yang belot itu, bukan ahli PAS yang sebenar. Mereka dahulunya adalah
kumpulan IRC (Islamic Representative Council) di luar negara. Kumpulan ini juga
yang memporak-perandakan parti PAS suatu ketika dahulu. Ulat-ulat ini cukup aktif
dalam PAS bagi meluaskan pengaruh mereka.
Kelima,
rakyat hari ini amat mengharapkan PAS berperanan besar dalam PR, bukan ultra
kiasu. Ultra kiasu amat licik perancangannya untuk menghancurkan Islam. Mereka
sangat bongkak dan takabbur. Niat mereka hanya untuk menguasai Putrajaya.
Mereka
menggunakan isu UMNO, korupsi dan kroni, bagi memancing hati rakyat. Isu MB
Selangor sangat jelas membuktikan. Benar, Khalid ada kelemahan. Tetapi sudah
tentu lebih banyak kebaikan. Selangor jauh berubah berbanding dahulu.
Sebagai
rakyat Selangor, saya tidak nampak Khalid perlu disingkirkan, seperti keputusan
ulama PAS. Tetapi itulah yang terjadi. Kenapa? Jawapannya, mudah. Langkah
Kajang telah gagal.
Ultra
kiasu begitu bernafsu besar melihat duit Selangor yang banyak dikumpulkan
Khalid dan banyak projek tidak jatuh ke tangan mereka. Mereka perlukan duit
untuk jadi kuat.
Saya
akui, PAS mendapat kejayaan terbesar dalam sejarah PRU yang lalu kerana bersama
PR. Persoalannya, adakah kejayaan PAS hanya diukur dengan kejayaan mendapat
banyak kerusi atau menafikan majoriti dua pertiga BN atau marahkan UMNO?
Itu
politik dendam namanya. Adakah PAS berdendam dengan UMNO, sedangkan Islam
mengajar kita memaafkan?
Ingatlah
wahai PAS, kejayaan sesebuah gerakan Islam bukan hanya menang pilihan raya.
Kejayaan lebih besar, adalah mempertahankan hak dan maruah Islam. Hebatnya
Hamas hari ini, bukan kerana pilihan raya yang disertainya, tetapi kejayaan
mempertahankan bumi Palestin dan maruah Islam.
Apa
guna dapat kerusi banyak dan menafikan dua pertiga BN jika Islam tidak didaulat
dan dijunjung. Berdiam diri melihat Islam dipijak dan dienjak. Biar kalah tidak
mengapa, asalnya Islam terpelihara.
Saya
amat takut jika PAS berubah prinsip. Politik mengatasi segala-galanya. Jika itu
yang berlaku, rasa hormat saya dan ramai lagi terhadap PAS akan hilang. PAS
pasti akan menerima akibat dalam PRU akan datang.
22 comments:
Hah, ini cerita sedap. Sejak bila PAS percaya demokrasi.
Mat Sabu tu demokrasi ke? Majoriti rakyat kata pengganasa kominis Mat Indera yang serang dan bakar Balai Polis Bukit Kepong Muar tu pengganas. Dia kata wira negara.
Mengarut punya manusia. Padan muka rakyat tak undi dia di PRU13.
Padan muka juga Mat Sabu dll Anwarista dalam PAS yang sokong Anwarul Al Juburi nakkan bini dia jadi MB Selangor.
Kena sembam dek Presiden PAS, Hadi, yang hantar 3 nama ke istana. Sabo Azizah dan Al Juburi. Mat Sabu nafikan itu sebagai bukan pendirian PAS.
Hadi dah terangkan di Trengganu bahawa mengikut Perlembagaan parti PAS, dia ada kuasa membuat keputusan saperti itu, dan Timbalan Presiden (Mat Sabu), Naib Presiden (Husam) dll perlu hormati.
Pastu, Majlis Syura umumkan sokongan mereka ke atas apa yang Hadi kata. Oleh itu, Mat Sabu perlu taruk muka di kaki.
Nyata Mat Sabu tak demokratik. Dan mengganas pula - panggil sidang akhbar nak lawan apa Presiden PAS Hadi kata. Dah biadap macam DAP.
Aku tak pandai nak komen....cuma aku rasa Pelik dgn pas ni.......kesiaan ahli ahli Pas bawahan di kampung aku...yg masih terhanguk hangguk dgn Pas...Sebenaqq nya depa nampak pas itu Islam..sbb pakai kopiah putih..!
PAS ni asalnya mirip mirip khawarij dan wahabi, pastu bercampur pulak ngan syiah dan liberal. Tengok je la mana yg dominan. Tp to me PAS ni lbh baik takde dr ade.
pas-pegang prinsip la ila haillallah muhammaddarasullullah,jgn takut lain jgn tujuan lain baru betul singkirkan selain itu.
2:52 PM, kalau lah Sdr beri makna apa itu "haillallah muhammaddarasullullah" alang lah baik nya.
Tolong lah kami yang tak ada kelulusan bahasa Arab nih. Boleh tak berikan makna nya salepas ini? Tk.
Aku senang hati bahawa bukan saja Syura Council sokong apa Hadi kata di Trengganu fasal dia ada hak membuat keputusan dan memberi Istana Selangor 3 nama calon MB. Dewan Ulama pun menyokong dia.
Perlembagaan parti PAS membenarkan nya buat gitu. Apa pulak Anwaristas dan Anwarinas dalam PAS nak kondem dia?
Sekarang Istana, melalui Setiausaha Sulit Tuanku Sultan, dah keluarkan kenyataan akhbar bahawa “Tindakan parti DAP dan PKR ini (degil, tidak mengikut kehendak Tuanku mahukan lebih 2 nama, menghantar 1 nama sahaja) menggambarkan kebiadapan kepada institusi raja dan merupakan satu perbuatan derhaka kepada Sultan Selangor.”
Biadap dan derhaka. Amat besar tamparan itu kapada PKR dan DAP. Dan kapada Anwar sendiri. Mana dia nak taruh muka?
Satu loyar kata tuduhan Istana Selangor bahawa PKR dan DAP itu biadap dan derhaka tak sama kesan nya dengan rakyat yang bantu musuh negara di masa perang dan sebagai nya.
Memang lah dia kata begitu. Dia loyar yang berpendirian Pembangkang. Cuba mendirikan benang basah.
Dia di tonjolkan sebagai pakar Perlembagaan, konon nya. Mana pakar nya dia. Yang di akui pakar perundangan Perlembagaan ha nya satu sahaja di negara ini - Professor Emeritus Shad Saleem Faruqi UiTM.
Dia dah begitu lama jadi professor dan menulis berbagai buku, makallah di berbagai majalah perundangan antara bangsa, di undang memberi ucapan, menjadi ahli forum dan seminar di dalam dan di luar negera tak berhenti henti.
Demokrasi PAS ke, tak demokrasi PAS ke lantak lah depa.
Yang penting nya depa yang kurang ajaq dalam PAS dah kena tampaq dek Presiden PAS. Termasuk Mat Sabu Timbalan Presiden yang nampak tarak kepala. Dia asyik nak cuba dapatkan PAS buat pendirian ikut apa Anwar Al Juburi mau.
Masa pringkt PAS nak beri dua nama kapada istana pun, dia mewakili PAS di mesyuarat pucuk pimpinan PR, konon nya. Pastu dok habaq pemberita PAS ikut keputusan PKR dan DAP nak hantaq satu nama saja bagi calon MB Selangor.
Baguih DS Hadi buat keputusan hantaq tiga nama. Dia ada kuasa buat gitu dalam Perlembagaan parti PAS. Yang ni saya berani kata PAS demokratik - ikut Perlembagaan parti depa.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Islam tidak boleh disamaertikan dengan proses Demokrasi. Kebenaran Islam tidak bergantung kepada ramainya penyokong. Apalagi hukum-hakam dalam Islam, bukanlah subjek yang boleh dipertimbangkan melalui suara majoriti.
Namun, situasi dalam negara demokrasi memerlukan sokongan ramai untuk memastikan Islam berjaya ditegakkan. Maka menjadi tanggungjawab semua umat Islam di Malaysia tidak kira dari parti Umno Barisan Nasional, lebih-lebih lagi dari parti PAS untuk memperjuangkan Islam melalui lunas-lunas demokrasi.
Islam merupakan agama Allah. Ia disampaikan oleh para Nabi dan Rasul, melalui proses yang pelbagai. Namun, ia bukanlah suatu yang boleh dipertimbangkan untuk diterima atau ditolak, sebaliknya menjadi tanggungjawab setiap individu muslim untuk melaksanakan Islam dalam kehidupan.
PAS sebagai sebuah parti politik mengambil bahagian dalam pilihanraya, sebagai tanda penerimaan dan persetujuan bahawa Malaysia sebuah negara yang demokratik.
PAS juga berkeyakinan penuh bahawa melalui jalan demokrasi ini, PAS mampu mencapai matlamatnya memaknakan kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara.
Walaupun bersetuju untuk menyertai proses demokrasi, tetapi PAS perlu kekal sebagai parti Islam yang tulen. Menggabungkan diri dalam perjuangan Islam sahaja sudah cukup indah dan sempurna tanpa menyamakannya dengan mana-mana bentuk ideologi dan pemikiran.
PAS sebagai sebuah parti politik tidak pernah menjadikan Islam sebagai bahan dagangan politik untuk mendapatkan kuasa, apa lagi menjadikan Islam sebagai mangsa demokrasi sehingga isi kandungannya boleh dipisah-pisahkan sesuka hati. Sebaliknya, PAS komited menjadikan Islam sebagai teras perjuangan dan menjadikan Malaysia ini
Negara yang berkebajikan adalah selaras dengan misi ini.
Bahkan Allah Taala melantik seluruh umat manusia, tidak terkecuali walau seorangpun, sebagai khalifah yang menjadi wakil pemerintahan di muka bumi. Bermakna, manusia seluruhnya memikul tanggungjawab untuk memakmurkan dan memelihara dunia ini dengan penuh keharmonian dan keadilan.
9:07 AM,
"manusia seluruhnya memikul tanggungjawab untuk memakmurkan dan memelihara dunia ini dengan penuh keharmonian dan keadilan."
Saya fikir PKR tak buat gitu. Khalid Ibrahim simpan RM3 billion di dana Kerajaan Selangor, tak gunkan buat projek projek bagi "memakmurkan" rakyat Selangor.
Tub tub, Khalid umumkan naik gaji dan elauns dia, Exco dan ADUN2 Selangor. Bukan main tinngi naik nya. Sampai gaji dia lebih dari gaji PM Malaysia. Yang merintah 13 negeri, masakan Khalid merintah ha nya 1 negeri.
Saya juga tak pasti sama ada Pakatan Rakyat "memikul tanggungjawab untuk memakmurkan dan memelihara dunia ini dengan penuh keharmonian dan keadilan."
Di negeri Selangor sahaja, Kerajaan Pakatan Rakyat tidak ambil tindakan sewajar nya ke atas Gereja Methodist Damansara Utama mengajak 12 perempuan Islam "berbuka puasa" di gereja di suatu bulan puasa yang lalu.
Gila, mana keharmonian macam itu? Pastu MB Khalid Ibrahim minta ma'af kapada Paderi gereja itu walau pun Jabatan Agama Islam Selngor belom siap laporan nya ke atas peristiwa itu.
Pastu biarkan pulak puak Kristian mahu gunakan kalimah Allah. Ultra Kiasu DAP naik muka hingga di beritakan cuba ususlakn Kristian jadi satu dari agama resmi negara ini. Mana boleh, Perkara 3 Perlembagaan jelas mengatakan Islam ada lah agama negara ini. Agama lain tak di sebut dengan nama pun.
Camtu, camna nak kata Pakatan Rakyat bertanggungjawab "memelihara dunia ini dengan penuh keharmonian"? Di Selangor pun tidak, apa tah lagi di dunia.
RT kata, "Paling saya takut, apa yang PAS akan jawab nanti di hadapan Rabbul Jalil nanti kerana mengenepikan syura ulama."
Puak dalam PAS yang di gelar Anwarista itu bukan peduli pun itu semua. Depa masuk PAS dengan tujuan memesongkan PAS kapada haluan yang di kehendakki Anwarul Al Juburi. Mat Sabu ada lah orang yang pertama memberi gelaran "Al Juburi" kpd Anwar sabelom Pakatan timbul dahulu. Sekarang dia menjunjung Al Juburi.
Anwar main belakang, Mat Sabu di katakan main bini orang. Di tangkap berkhalwat di Hotel Perdana, Kota Bharu, tapi lepas dari bicara mungkin pengaruh Tok Guru Nik Aziz sebagai Menteri Besar Kelantan.
Pengganas kominis Mat Indera yang bakar balai Polis Bukit Kepong Muar pun di katanya wira negara. Dia di katakan masih jadi Pengarah suatu badan Kerajaan Penang menguruskan air untuk rakyat Penang yang berpunca di Kedah yang di perintah PAS di masa itu. Tapi sekarang pun masih Pengarah dan terus makan wang Kerajaan DAP Penang walau pun Kedah di perintah BN sekarang.
Mana jenis itu fikirkan menjawab Rabbul Jalil nanti. Sampai masa nya, Anwar Al Juburi pun tak di jawab nya. Dia ikut angin tiup. Saya harap dia di tiup ke medan perang di Syria, Iraq dsb nya dan habis cerita di sana.
Assalamualaikum Prof Dr Ridhuan,
Saya ingin menghubungi Prof mengenai dengan jemputan Prof sebagai panel penceramah.
Saya telah menghantar email kepada Prof melalui ridhuantee99@yahoo.com.
Saya amat bebesar hati jika sekiranya Prof dapat membaca email yang saya hantar.
Sekian terima kasih.
Nik Abduh, anak bekas MB Nik Aziz dan Ahli Jawatan Kuasa Pusat PAS, bidas PKR dan DAP. Keras kata kata nya.
Dan hentam 2 orang pengkhianat dalam PAS - 2 ADUN yang sokong Azizah. Dia juga hentam PKR menerima hal itu.
Dia mempertahankan Presiden PAS, A Hadi. PAS dah buat keputusan hantar 2 nama. 5-6 jam kemudian, "Pimpinan Pakatan" buat mesyuarat, Mat Sabu hadzir, buat keputusan nak hantar satu nama saja.
Hadi terpaksa gunakan kuasa nya sebagai Presiden, hantar lebih dari 2 nama saperti yang Istana mahukan. Hadi buat demikian nak jaga nama Pakatan, kata Nik Abduh. Hadi tidak pun tarik PAS keluar dari Pakatan. Ha nya nakkan semua yang berkenaan patuhi kehendak Sultan.
PKR dah setuju PAS bertanding di Pengkalan Kubor, PKR tak bertanding.
Pahal pun, di pilihanraya lalu, PKR kalah, UMNO menang kerusi itu. PAS memang kuat di Kelantan. Tapi di PRU13, jumlah kerusi PAS di negeri itu dah kurang.
Tak tahu lah sentimen orang Kelantan tehadap lintang pukang Pakatan di Selangor, yang juga melibatkan PAS. Mungkin UMNO boleh retain kerusi itu, atau dapat lebih undi akibat Pakatan celaru di Selangor.
Demokrasi dalam PAS itu ada, bila di banding dengan PKR dan DAP. Lihat pemilihan parti PKR dan pemilihan CEC DAP. PKR punya sampai 6 bulan bahru siap. DAP punya dah lebih 2 tahun sejak 2012 belom seslesai - CEC nya masih haram, tak di perakui Registrar of Societies.
Demokrasi konon nya ada dalam PAS, sehingga "the Clown" Mat Sabu boleh mengambil tindakan menukar pendirian parti hantar dua nama ke Istana kapada hantar satu nama bila dia mewakili PAS ke mesyuarat kepimpinan Pakatan, 5-6 jam slepas PAS buat pendirian hantar dua nama itu. Dan Mat Sabu tak di balun, tak di kenakan tindakan disiplin dsbnya. Bebas dia, konon nya.
Begitu juga Khalid Samad, Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor. Melakukan tindakan dan mengeluarkan kata kata yang bercanggah dan bertentangan dengan pendirian parti. Juga Tak di ambil tindakan. Dan 2 orang ADUN PAS menyokong pencalonan Azizah, bertentangan dengan pendirian parti juga.
Tak di ambil tindakan membayangkan mereka bebas bersuara atau bertindak songsang. Tapi kalau sesiapa kata itu bukan bukti demokrasi dalam PAS, saya tak bangkang. Saya pun selalu meluat dengan pendirian PAS ini. Mengarut nak bersekongkol dengan DAP yang terang terang ludahkan acara Hukum Hudud mereka.
Yang sokong Mat Sabu dan sukakan kelakar dia boleh masuk PASma. Dia mengatun semata di sana.
Nampak nya OK demokrasi dalam PAS bila beberapa pemimpin dan unit guaman parti itu di Trengganu sokong Hadi dan hantam bureau guaman kebangsaan parti itu yang mengatakan Hadi bertindak melebihi kuasa nya bila dengan sendiri nya menghantar 3 nama kapada Sultan Selangor.
Ini berita nya dari Bernama -
Several PAS leaders and the party’s legal unit in Terengganu have disagreed with their national legal bureau (LUHAM), insisting president Datuk Seri Abdul Hadi Awang and the Syura Council had not acted beyond their constitutional powers in unilaterally naming the candidates for Selangor mentri besar to the Sultan.
Kita menyeru KALAU PAS ADA MARUAH KELUAR LAH DARI PAKATAN. Nak bersatu atau tidak dengan Umno itu isu nomor dua. Bila PKR pujuk 2 ADUN Pas sign SD sokong Wan Azizah jadi MB itu adalah perbuatam TIKAM PAS DARI BELAKANG. Nak tunggu apa lagi dalam Pakatan Rakyat. Pergi mampus lah dengan Tahaluf Siasi berat sebelah tu.
Pakngah
Nik Aziz dah nyanyuk bila kata ORANG AGAMA BUKAN SYARAT NAK JADI CALON di PRK Pengkalan Kubor. Sebab calon Pas hanya lah KONTRAKTOR sedangkan calon Umno merupakan seorang USTAZ. Pas oh Pas ..... munafik diharuskan jika keadaan memerlukan.
Setuju dengan apa Pakngah kata.
PAS dah lah di main dek DAP, ludahkan PAS punya Hukum Hudud. Ni PKR pulak, buat hal dengan 2 ADUN PAS.
Kalau PKR jujur sebagai rakan saperjungan, pujuk lah pucuk pimpinan PAS untuk nak pakai dua SD ADUN PAS tuh. Ni diam diam saja, cepat cepat terima, nak buktikan ada 30 yang sokong Jijah. Mana boleh camtu.
Post a Comment