Semua artikel adalah pendapat peribadi. Anda berhak untuk tidak meneruskan bacaan atau tidak mengakseskan blog ini serta merta jika anda tidak bersetuju dengan pemikirannya. All the articles written are the personal views. You have absolute rights not to continue reading or to discontinue accessing this blog immediately if you are disagreeable with the personal views.

Monday, September 15, 2014

Berhijrah jika mahu derhaka

1:24 PM Posted by RIDHUAN TEE 15 comments
(SH 15.9.14)

Sultan Selangor murka kepada ultra kiasu di atas keingkaran menuruti titah Baginda yang mahukan setiap parti dalam PR mencalonkan 3 nama, untuk dipilih sebagai MB Selangor, kecuali PAS.  

Tindakan PAS menghantar 3 nama, telah menimbulkan kemarahan ultra kiasu kerana tidak mengikuti jejak mereka. PAS dihentam dan dikritik habis-habisan. Setelah lama bersabar, kali ini PAS tidak berdiam diri. PAS membidas, dengan bertanya apakah hak mereka berbuat demikian?

Ternyata, PAS nampaknya semakin matang dalam memahami percaturan  politik negara ini, kecuali segelintir yang pro ultra kiasu yang perlu disingkirkan. Bak kata Mursyidul Am PAS, Nik Aziz, PAS sudah lama dalam politik Malaysia, berbanding ultra kiasu yang ibarat sebagai penumpang yang baharu belajar, terutama parti ultra kiasu Melayu yang berasa dirinya kuat.

Penyerahan kerusi kepada PAS dalam PRK Pengkalan Kubur, bukan bermakna ultra kiasu melakukannya atas  dasar setiakawan. Hakikat sebenar, ultra kiasu sudah menjangkakan keputusannya untuk terus kalah jika bertanding. Bagi menutupi kelemahan, maka kerusi tersebut diberikan. Harap PAS tidak lena dengan gula-gula ini.

Setakat ini, tindakan PAS mendapat pujian kerana tidak menderhaka kepada titah sultan. Ultra kiasu yang ingkar, bukan sahaja derhaka, malah gagal memahami realiti dan adat budaya politik negara ini, serta tidak selayaknya mereka tinggal atau bertanding di Selangor.

Maka, sudah sampai masanya mereka yang bertanding dalam pilihan raya akan datang, dikenakan beberapa syarat yang mesti dipatuhi.

Pertama, telah tinggal sekurang-kurangnya 10 tahun di kawasan negeri yang ditandingi. Ini bertujuan supaya mereka mahir dengan adat budaya setempat.

Orang luar, tidak boleh bertanding secara tiba-tiba seperti berlaku dalam PRK Kajang (langkah Kajang), semata-mata untuk melunaskan nafsu serakah menguasai Putrajaya.

Pilihan raya bukan perkara main-main. Ia melibat amanah rakyat dan menelan belanja jutaan ringgit. Perletakan jawatan tidak boleh diterima untuk memberi laluan kepada PRK, kecuali jika berlaku kematian, seperti PRK Pengkalan Kubur.

Kedua, setiap calon yang mahu bertanding, perlu mempunyai kelulusan minima, iaitu diploma,  bagi memelihara standard dewan (parlimen). Mereka juga perlu diwajibkan mengikuti kursus asas Sains Politik, termasuk kalangan mereka yang mendakwa pakar dalam perlembagaan dan undang-undang.

Ilmu asas politik dan budaya politik Malaysia, berteraskan payung anak watan (indigeous canopy), bertuankan raja, perlu dihadam dan dikhatam, untuk elakkan penderhakaan.

Ketiga, fasih berbahasa Melayu. Calon ultra kiasu yang tidak boleh berbahasa Melayu, perlu diwajibkan mengikuti kursus bahasa sehingga pandai.

Sekiranya masih pelat, mereka tidak layak untuk bertanding. Bagaimana hendak menjadi wakil rakyat, jika tidak boleh berkomunikasi dengan rakyat, apatah lagi dengan istana? Kalau boleh, kita tidak mahu mendengar bahasa asing dipertuturkan atau ayat “dengan izin”, diikuti bahasa lain.

Keempat, mengikut kursus protokol berada di parlimen, agar tidak memakai pakaian belang-belang. Saya begitu teruja sekali untuk melihat, ketika pembukaan parlimen atau istiadat istana (anugerah pingat bertemu raja), semua wakil rakyat memakai pakaian kebangsaan, berbaju Melayu dan bersongkok. Ingat, baju Melayu bersongkok adalah pakaian kebangsaan, bukan pakaian Melayu. Sama juga bahasa Melayu bukan bahasa orang Melayu tetapi bahasa negara.

Hari ini, terlalu sukar untuk melihat ultra kiasu memakainya. Mereka lebih obses dengan pakaian barat dan baju belang-belang. Hina sangatkah jika berpakaian kebangsaan? Orang Jepun yang saya kenali begitu berbangsa memakai baju kebangsaan kita. Tidak pula hilang kejepunannya?

Perkara ini penting agar mereka yang wakil rakyat mempunyai jati diri dan faham akan budaya politik sesebuah negara (negeri). Tindakan dan kenyataan yang dikeluarkan sentiasa berlapik, bukan semborono atau kurang ajar.

Terus terang, sebagai rakyat jelata, patik amat menghormati institusi raja-raja Melayu kerana itulah asal-usul negara tercinta ini. Masa depan Islam (Melayu) berada di tangan raja (dengan izin Allah). Inilah realiti politik Malaysia.

Ada tindak-tanduk yang saya tidak suka. Sebagai rakyat jelata, patik akan diam dan tidak akan menderhaka dengan mengutuk di khalayak. Jika berkesempatan, satu hari nanti pasti patik akan cuba sampaikan.

Dalam kes MB Selangor, Sultan hanya menitahkan 3 nama. Patuhilah. Selesai masalah. Peliknya, kenapa ultra kiasu terlalu obses dengan 1 nama? Semua ini kerana politik, kroni dan kuasa. PAS diperangkap dan terperangkap, serta berada dalam dilema.

Jika saya berada di tempat PAS sekalipun, saya tidak akan setuju dengan satu nama yang dicadangkan itu. Apakah sudah pupus ADUN-ADUN lelaki dalam parti ultra kiasu? Atau sudah kurang kejantanannya sehingga terpaksa mencalonkan seorang wanita sahaja?


Sejak kecil saya dingatkan, jika masuk ke rumah orang, patuhilah peraturan dan adat budayanya. Sekiranya tidak mahu, carilah tempat lain atau berhijrah ke rumah lain yang boleh memberi keselesaan kepada kita. 

15 comments:

Anonymous said...

Apa kah ultra kiasu yang ibarat sebagai penumpang yang baharu belajar itu dahulu nya masuk PAS secara di rancangkan, sebagai acara Anwarul Al Juburi mahu memesongkan PAS kapada menyokong sapenuh nya agenda PKR?

Apa kah Anwarul Al Juburi telah menjanjikan mereka ganjaran jawatan penting dalam Jemaah Menteri, badan badan Kerajaan GLCs dsb nya jika mereka sokong dia dan Pakatun menang PRU?

Tapi, boleh ka si Mat Sabu di janjikan jawatan Menteri? Jika demikian, kelakar benar lah mereka semua.

Anonymous said...

Saya sokong benar seruan "Berhijrah jika mahu derhaka".

Pada saya, yang tak hormatkan dan patuhi Perlembagaan saja, perlu di seru berhijrah.

Kalau ngaku rakyat tapi tak hormatkan dan tak mahu patuhi Perlembagaan negara, apa guna nya tinggal di sini? Silakan, berhijrah lah.

Mana yang biadap dan kurang ajar tu, siuh, berambus lah kamu. Mereka tahu siapa mereka itu. Ha nya takda muka, tak reti malu.

Namun demikian, perlu di siuhkan selalu.

Anonymous said...

Setuju, tindakan PAS mendapat pujian kerana tidak menderhaka kepada titah sultan.

Saya fikir, jika ada pilihanraya di Selangor sekarang dan PAS dan PKR bertanding bersaingan, PKR akan merudum jumlah kerusi nya, PAS akan dapat beberapa kerusi yang PKR pegang sekarang.

DAP Ultra kiasu memang sudah lama di kenali sebagai anti-Malay dan anti-Islam, tapi kali ini nyata mereka bukan sahaja ingkar kapada kehendak Sultan, tapi derhaka kerana, salepas di minta secara resmi dan tertentu, tidak memperdulikan nya. Tapi hal mereka mohon ma'af nyata menunjukkan mereka sedar kesalahan itu. Biadap punya kerja.

Pengundi Cina yang tegar menyokong ultra kiasu DAP akan terus dengan mereka. Tapi yang mengundi dalam rangka tsunami Cina akan balik ke pangkuan BN. Ramai Cina marah kpd BN di PRU13 tapi hormatkan Perlembagaan dan institusi Raja. Ha nya ultra kiasu DAP dan penyokong tegar mereka yang tidak. Mereka di siuhkan berhijrah dari negara ini.

Anonymous said...

kenapa ultra kiasu terlalu obses dengan 1 nama?

Ini politik degil, keras kepala, terdesak, desperate, penuh dengan frustrasi.

DAP Lim Kit Siang memang sudah lebih 40 tahun terkenal sebagai kepala batu, di heret ke Kemunting tahanan ISA pun masih bertutur dan bertindak secara yang boleh di kenakan ISA lagi. Tapi celaka, ISA sudah di mansuhkan.

Tapi Anwar Al Juburi, amat terdesak dan penuh frustrasi. Umur dah 66 tahun, kena 5 tahun penjara lagi, rayuan Sodomy II nya mungkin menggandakan tempoh itu ke 10 tahun, sebab ini repeat offence - rayuan Sodomi I nya di benarkan tapi Hakim Hakim berkenaan ada mencatitkan bahawa Anwar ada menyondol.

Kalau 5 tahun penjara saja pun, sudah 71 bila dia kleuar. Kalau naik ke 10 tahun, dah 76 tahun, bengkok dan bongkok dia masa keluar penjara, beb.

Dia mengharap tak di tambah tempoh penjara nya dan mahukan bini dia jadi MB Selangor walau apa pun. Supaya dia boleh puppetkan buat itu buat ini, melebihkan peluang dia jadi MB/PM apabila keluar penjara, konon nya.

Kurang ajar, beb, kurang ajar pendirian tak hormatkan dan menderhaka kapada Sultan Selangor itu. Perlu di halau bertalu talu. Supaya dia berhijrah ke Peranchis atau mana mana.

Anonymous said...

Saudara RT

Saya perhatikan MB TSKI semenjak kebelakangan ini dia lebih rapat dengan kerajaan pusat, banyak memberi kerjasama kepada kerajaan pusat dan banyak beri perhatian kepada kebajikan agama Islam. Dulu dia tak bebas nak buat seperti itu kerana terpaksa mengikut telunjuk Anuar dan Lim Guan Eng.

Kalau macam itu lah pendekatan TSKI betul lah kata TGHH beliau rasa krisis MB Selangor ini hanya akan selesai jika TSKI terus jadi MB.

Sekarang jelas TSKI adalah MB Rakyat kerana tak berparti. Beliau BETUL BETUL BEBAS. Tengok lah, walau pun beliau sedar yang beliau tak lama lagi nak duduk di kerusi MB tapi cara beliau bekerja seolah tidak ada apa2 yang akan berlaku kepada beliau. Masyallah. Saya tabik dengan TSKI.

Pakngah.

Anonymous said...

Dato Ahmad Zahid, Menteri Dalam Negeri, kata siapa yang tak mahu terima sistem demokrasi kita saperti di nyatakan dalam Perlembagaan negara, berhijrah lah. Dia tujukan kapada Anwarul Al Juburi bila benda Allah itu tak habis habis demo jalanan tak ngaku kalah PRU13.

Tan Sri Khoo Kay Kim, Professor Emeritus Sejarah, kata siapa yang tak sukakan negara ini, tak hormatkan bendera negara dsb nya, berhijrah lah. Dia tujukan kapada mereka yang tak senonoh tabi'at nya masa di Dataran Merdeka di malam Merdeka beberapa tahun lalu.

Sejak itu, ramai rakyat dah kata siapa yang tak hormatkan dan patuhi Perlembagaan negara, berhijrah lah. Saya sokong penuh seruan itu. Terutama nya ultra kiasu DAP yang cuba ungkit perkara perkara sensitif di Perlembagaan negara. Yang di lindung oleh Akta Hasutan. Dan sekarang mereka hebohkan mahu Akta Hasutan di hapuskan.

Bedebah mereka.

Anonymous said...

Ada yang dah berhijrah ke Hong Kong dengan kekayaan melimpah ruah yang didapati dari Malaysia tapi masih mahu memegang passport Malaysia. Malah masih lagi mahu menguasai ekonomi di Malaysia. Jenis tak sedar diri! Tahu pulak tak mahu jadi warga People Republic of China, tempat asal usul keturunan.

Anonymous said...

Professor,

Kelulusan calon bertanding pilihanraya, atau jawatan dalam parti pun, tak begitu penting berbanding dengan didikan dan bimbingan emak bapak sejak kecil.

Begitu ramai yang takda "upbringing", terutama nya di kalanagan ultra kiasu Cina Bukit DAP. Porak peranda negara akibat nya. Negara ini tidak akan aman, kukuh dan bersatu padu selagi mereka ada sedemikian rupa.

Lebih mengkhuatiri sekarang ia lah pengaruh Internet menyebabkan lebih ramai yang tak di bimbing. Tambahan pula, gejala mengejar kemajuan, mahukan taraf negara maju pada tahun 2020.

Rakyat terikut, emak berkerja mengejarkan kejayaan kebendaan. Pemerintah perlu menampar masalah ini. Akta Hasutan mesti di teruskan. Buang orang yang mahu buang Akta Hasutan itu.

Anonymous said...

Obses dgn satu nama sebab nakkan bini dia saja jadi MB supaya senang dia arah itu ini dari penjara. Jadi puppet kata oang.

Anonymous said...

Sangat Bernas idea dan pandangan saudara Ridhuan Tee..Setuju 100%

Anonymous said...

Kalau dah dapat hak kerakyatan, salepas 150 tahun nenek moyang depa tidak ada kerakyatan di negara ini, tak berterima kasih, tak hormatkan balasan bagi nya, ia itu Kontrak Sosial atau hormatkan Kedudukan Istimewa Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak, pastu nak derhaka kpd Sultan pulak, memang lah patut di halau keluar berhijrah dari negara ini.

Yang bukan pendatang itu pulak gilakan kuasa tidak terhingga, tak kira apa, sanggup abaikan kedudukan istimewa itu, ketepikan penghormatan kpd Raja, memang lah patut di halau juga.

Anonymous said...

hoi cinapek kau nak dapat title datuk ke? pitih ade?

Anonymous said...

hoi ultra kiasu 2:02 AM kau ungrateful ingrate Cina Bukit pendatang DAP ke?

Anonymous said...

AL Juburi dengan kuncu-kuncunya patut berambus dari Malaysia ini, menyemak negara saja. Teruskan perjuangan Ustaz, walau hanya dihujung pena, jangan gentar menghadapi para munafik laknatullah ini...

Anonymous said...

Ustad ridhuan tee amat ikhlas.semoga allah menambah banyak orang2 mcm ni..semoga allah memberi merahmati ustad ridhuan.