Semua artikel adalah pendapat peribadi. Anda berhak untuk tidak meneruskan bacaan atau tidak mengakseskan blog ini serta merta jika anda tidak bersetuju dengan pemikirannya. All the articles written are the personal views. You have absolute rights not to continue reading or to discontinue accessing this blog immediately if you are disagreeable with the personal views.

Monday, September 01, 2014

Akibat jahil tentang Melayu

2:33 PM Posted by RIDHUAN TEE 29 comments

Akibat jahil tentang Melayu (Sinar Harian 1.9.14)

Setiap kali artikel saya keluar dalam Sinar Harian, mesti disalahfahamkan atau sengaja dilakukan. Nampaknya isu babi masih tidak kesudahan. Dalam artikel sebelum ini, terang-terang saya sebut, saya tidak pernah halang untuk sebahagian bukan Islam menternak dan memakan babi, malah menjadi hak mereka. Tetapi biar berpada-pada. Ternak di kawasan mereka, jangan ternak berdekatan kawasan Melayu.  

Jangan sampai Malaysia terkenal dengan negara penternakan dan pengeksportan babi sehingga digelar darul babi, sebab pengguna atau peminatnya tidak ramai.

Oleh pemakan babi tidak ramai, yang lebih ramai adalah pemakan lembu dan kambing, tidakkah lebih baik negara ini menjadi lebih banyak kambing dan lembu daripada babi?

Media sosial ultra kiasu selalu memanipulasikan artikel saya. Suatu hari nanti pasti ada tindakan undang-undang yang akan kena. Tunggu dan lihat. Saudara sebangsa saya, Idham Lim, turut terpengaruh.

Saya ingatkan pembaca, apa yang keluar dalam Sinar Harian adalah artikel yang telah diedit. Untuk mendapat maklumat lanjut, sila layari ridhuantee.blogspot.com. Banyak maklumat di sana.

Dalam ceramah saya, selalu saya katakan, babi tidak bersalah kerana Allah yang memberikan nyawa dan menjadikan babi. Allah tidak jadikan babi dan anjing untuk dihina. Berdosa kita melakukannya. Jangan jadikan babi (anjing) sebagai pemisah hubungan sesama manusia. Babi tidak boleh menjadi penghalang dakwah. Malah, mengambil kira pandangan mazhab lain, tidak perlu samak, jika terkena babi. Isu ini sudah saya jelaskan.

Tetapi ultra kiasu tetap ultra kiasu. Sampai bila-bilapun ultra kiasu tidak akan setuju dengan Islam. Sebab itu, satu baris pendek artikel saya tentang darul babi, ‘digantung’ dalam media sosial mereka berminggu-minggu. Ada aku kisah!

Terbaharu, saya amat teruja dengan laporan sebuah akhbar berbahasa Inggeris melalui temubual dengan Presiden Indonesia, Jokowi. Baca yang tersurat dan tersirat atau psikologi berbalik.

Publisiti muka depan dan dalam. Dalam banyak perkara penting yang disebut Jokowi, yang ditonjolkan (highlight) berkali-kali, pandangan Jokowi tentang Indonesia akan kekal sebagai negara sekular dan kehidupannya yang liberal.

Apa tujuannya? Saya amat yakin sasaran interview adalah untuk rakyat Malaysia. Ultra kiasu mahu kita mencontohi kepemimpinan Indonesia. Menjadi sebuah negara sekular. Memisahkan agama dari kehidupan dan politik. Itulah perjuangan mereka selama ini.

Saya tegaskan, Malaysia tidak akan menjadi negara sekular. Negara ini tetap negara Islam, dan akan terus mendaulatkan Islam, meskipun penganutnya kurang dari 60 peratus, berbanding Indonesia, lebih 85 peratus. Islam dan Melayu, berpisah tiada.

Kenapa? Malaysia dan Indonesia, sejarahnya berbeza. Perlembagaannya berbeza. Malah jika dibandingkan dengan negara Islam yang lain, Malaysia jauh lebih baik.

Mana ada dalam dunia ini, perlembagaan negara yang melindungi umatnya, kecuali Malaysia. Mereka yang berada dalam Islam, mesti kekal, tidak boleh murtad.

Mungkin ada yang negatif. Tetapi saya melihat dalam ruang lingkup yang positif, walaupun mungkin dibenci bukan Islam.

Kenapa bila sudah masuk Islam tidak boleh keluar? Jawapannya, Islam bukan agama kedai kopi seperti agama lain, yang boleh keluar masuk. Suka masuk, tak suka keluar.

Islam adalah agama yang ada pendirian dan maruah. Tidak boleh dipermainkan sewenang-wenang, walaupun mungkin ada yang keluar secara diam-diam.

Ingatan saya, pertama, jaga sensitiviti orang Melayu, selaku pribumi. Walaupun babi (anjing) itu makhluk Allah, tetapi orang Melayu tetap sensitif dengan makhluk ini. Kalau boleh tak mahu lihat langsung. Ia sudah menjadi sebahagian cara hidup Melayu. Sudah puas diterangkan, Melayu masih sensitif. Disinilah ‘kelemahan’ Melayu, hormatilah pendirian ini.  

Sama juga isu kalimah Allah, Melayu dan Allah berpisah tiada. Sangat sensitif. Saya tidak tentang orang bukan Islam Semenanjung untuk menggunakannya. Tetapi itulah Melayu. Maka hormatilah pendirian ini.  

Lagipun ultra kiasu tidak rugi apa-apa. Mereka tidak akan mati jika kurang ternak babi, atau tidak guna kalimah Allah. Masih boleh makan secara diam-diam sebanyak-banyaknya.

Kedua, jika tidak faham cara hidup dan sensitiviti Melayu, tanyalah saya. Bukan bongkak atau tunjuk pandai. Tetapi saya amat memahami orang Melayu. Saya tidak pernah mengaku saya Melayu dan saya tidak pernah masuk Melayu. Tetapi kita perlu memahami Melayu, kerana mereka pribumi dan majoriti. Melayu ada kelemahan, ada kelebihan. Tetapi saya amat mengkagumi toleransi orang Melayu, ketika bangsa (negara) lain menolak bukan Melayu. 

Ketiga, orang Melayu tidak pernah minta hak orang bukan Melayu. Cuma orang Melayu memohonkan jangan habis dan kikis hak mereka. Kita tetap lakukan, tanpa memahami sensitiviti ini. Hari ini, orang Melayu mula bangkit. Kita tuduh Melayu itu rasis. Sebenarnya, Melayu tidak rasis. Melayu menjadi sedemikian apabila merasa terancam.

Kepada ultra kiasu, saya tetap Cina selama-lamanya. Saya tidak pernah masuk Melayu. Tetapi ingat, saya tetap mengutamakan Hari Raya Puasa (Haji), walaupun turut mengambut Tahun Baharu Cina. Jika tulisan ini mengelirukan, mohon Idham Lim perjelaskan kepada orang Cina.


29 comments:

Anonymous said...

Kalau hormatkan Perkara 3 Perlembagaan yang menyatakan Islam ada lah agama negara ini, agama lain tak di sebutkan nama sikit pun, ha nya di kata boleh di praktikkan dengan aman dan harmoni, maka tidak akan ada isu perkara babi.

Makna nya, berapa banyak membela, di mana membela, bagaimana penyelengaraan membela dan makan babi dsb nya mesti lah mengambil kira Perkara 3 Perlembagaan itu dan sensitiviti penganut Islam.

Siapa yang tak mahu hormatkan Perlembagaan atau hidup dengan Perlembagaan itu sapenuh nya, boleh berhijrah ke negara lain. Bagus untuk yang berhijrah, bagus untuk mereka yang tinggal di belakang.

Unknown said...

KERANA ALLAH KITA BERJUANG BERSAMA..TQ

Anonymous said...

Satu Akidah...

Anonymous said...

Lu bukan cina! Lu anjing UMNO! Pukimak!

aima said...

aiman tak kisah....kita semua ciptaan Allah...cuma ingat buat semua kaum, di mana bumi dipijak disitu langit dijunjung...hormati hak sesama insan,...sikap tamak yang memusnahkan ...

Anonymous said...

5:09 PM,

Lu biadap, kurang ajar, lu jaga -

Home Minister wants AG to act swiftly against those who abuse social media

Home Minister Ahmad Zahid says the trend of insults is the price Umno leaders have to pay for Malaysia’s democratic and liberal stance.

He said his ministry was also monitoring those who had insulted Malays and Islam in other languages like Chinese and Tamil, among others.

“We have the intelligence to monitor that as well, so don’t think you can escape because we don’t understand your language.”

Zahid promised to give bodies like Jakim and MCMC police assistance in investigations.

Anonymous said...

Islam talah menewaskan tentera kafir dan menguasai seluruh kawasan Timur Tengah, Utara Afrika dan Sepanyol (Spain) di abad 7 dan telah membenarkan serta mengambil kira kepentingan agama agama lain, walau pun musuh besar nya, Yahudi.

Di zaman yang lain (zaman kegemilangan Islam - "the age of Islamic Glory" - ada lah lebihkurang selama 500 tahun), Empayar Islam Ottomon Empire telah menawan Greece, Bulgaria dan Hungary, cuba menawan Austria (Vienna) dan mara ke utara ke negeri Belanda (Holland), walau pun tidak menawan Austria dan Holland. Demikian juga, pemerintah Islam itu telah mengambil kira kepentingan penganut penganut agama lain dalam pentadbiran kawasan yang di tawan mereka.

Tiada sebab penganut penganut agama lain tidak boleh dan tidak mahu menghormati sensitiviti penganut penganut agama Islam, saperti dalam perkara babi, terutama nya di Malaysia yang pemerintahan nya di pimpin oleh orang Islam dan Perlembagaan nya menyatakan bahawa "Islam ada lah agama Persekutuan ini."

Memang patut mereka yang tak mahu hormati dan patuhi Perlembagaan negara ini berhijrah ke negara lain.

Anonymous said...

5:09 PM,

Kamu ada lah binatang DAP masuk sini dengan kata kata kurang ajar dan lucah.

Kamu binatang babi sebab, kalau anjing pun, masih boleh di ajar. Babi ha nya menyodok di sana sini, tak kira apa, tahi pun kamu sodok, masuk mulut, maka demikian busuk saperti tahi lah kata kata yang keluar dari mulut kamu.

Aku juga terasa nak keluarkan kata kata Pukimak! dll kpd kamu spt yang kamu keluarkan di atas ini, tapi biar lah kamu sahaja yang di keji, di caci oleh khalayak pembaca di sini.

Kamu nyata keturunan Cina Bukit jenis ungrateful ingrate DAP yang tidak di ajar, tidak di bimbing sedikit pun oleh emak bapak kamu. Sejak kecil di tinggalkan di rumah dari pagi hingga ke petang, kamu selalu merayap di tepi kandang babi, pada masa masa nya lapar, pungut tahi babi, masuk ke mulut kamu. Maka itu menyebabkan tiap kali kata kata yang keluar dari mulut kamu itu ada lah saperti tahi babi. Demikian juga yang berlaku bagi mereka ahli dan penganut DAP.

Kamu sekor sahaja yang tinggal berbuat demikian di sini. Yang lain sudah mati atau pupus dek masa dan keadaan. Kamu sama orang nya yang masuk di beberapa blog yang juga keluar kata kata saperti tahi babi. Kamu ada lah Red bean DAP. "Istilah Red Bean Army" tidak betul, sebab ha nya ada sekor kamu sahaja lagi.

Bila kamu nak mampus? Sedap tak bila aku keluarkan kpd kamu kata kata spt yang kamu selalu keluarkan?

Tak guna langsung punya manusia. Bukan sahaja sampah masyarakat, kamu tahi babi masyarakat negara ini.

Anonymous said...

Alhamdulillah..

Apabila membaca tulisan Ustaz Ridhuan saya berasa terharu dan sebak. Saya hairan mengapa masih ramai orang di luar sana yang masih buta mata hatinya sehingga tidak dapat memahami hasrat murni yang ingin disampaikan oleh ustaz.

Kepada Ustaz Ridhuan, bersabarlah dalam mengharungi perjuangan untuk menegakkan kebenaran. Semoga Allah memberkati perjuangan Ustaz.

Sesungguhnya Allah beserta dengan orang - orang yang bersabar.

Muhammad Alfatih

Unknown said...

This is a first time i read Mr Ridhuan Tee blog. For what have i understood from Mr Ridhuan blog that his understanding on Islam is very disappointing, reason as below:-

a. Don't insult people, don't talk on sensitive issue which you have poor understanding of the subject.

Please go back to Our Nabi S.W.T teaching and Sunnah. Im also a convert, please don't embrase other convert on your statement.

Abdullah

Anonymous said...

Supaya kita jangan lemah semangat bila di bidas, di caci dll nya oleh musuh Islam, kita perlu sedari bahawa masyarakat mana pun ada pait maung nya dalam sejarah manusia di dunia ini.

Malahan, ada beberapa masyarakat yang hapus langsung di muka bumi ini. Contohnya, Aztecs, Incas dan Mayas di Amerika Selatan.

Ingat lah bahawa Yahudi pun telah hampir luput sejak merapong di merata dunia selama beribu tahun, di keji, di benci, di gas dll nya dek Hitler dan puak Nazi di Germany. Israel timbul hanya di tahun 1950an dan merana, sentiasa khuatir di serang, di ancam dsb nya dek negara negara Islam di Timur Tengah, malahan di dunia ini.

Yahudi Zionis bahru bermaharaja lela di Israel sebab kekuatan nuklear nya tetapi Islam telah bergelora dengan kuasa dan pengaruh nys selama 500 tahun sehingga di serang dek kuasa Mongol di abad 13. Dan beberapa pemimpin Monggol telah menganuti Islam, saperti yang menawan India memakai nama Akbar the Great, dsb nya.

Dan Pakistan sudah mempunyai senjata nuklear juga.

Orang Cina juga sudah 3,000 tahun tamadun nya semenjak sejarah bertulis. Namun demikian, China telah mundur, membohong dan menipu mengaku mereka "Middle Kingdom" yang bertamadun, yang lain semua nya "barbarians", konon nya. Tapi sudah lama di buktikan tidak betul dan di akui oleh professor professor sejarah, termasuk Professor Wang Gung Wu yang sekarang di Singapura.

Sejarah China penuh dengan azab sangsara, rakyat merana selalu kebuluran dalam sejarah nya, di serang, di perang, di tawan dan di perintah dek kuasa asing beratus ratus tahun - Hong Kong di pulangkan oleh Britain kapada China ha nya di tahun 1990.

Demikian azab sangsara rakyat China walau pun jumlah nya paling ramai di dunia, sehingga sistem kominis dapat bertempat. Merana lagi rakyat nya, mundur mandir, ha nya 1-2 dekad yang lau ekonomi nya maju menjadi nombor 2 terbesar di dunia.

Kita di Malaysia tidak begitu maju tetapi tidak begitu merana bila di banding dengan sejarah kaum Yahudi dan kaum Cina di China. Oleh itu, bersyukur lah kita dan berusaha lah kita supaya sentiasa mempertahankan dan memajukan hak dan kepentingan bangsa dan agama kita. Ingat, Islam tertera di Perlembagaan negara ini sebagai "agama Persekutuan", tiada agama lain di sebut begitu.

Kita mesti bisingkan bila terdengar ada pihak lain yang cuba majukan kepentingan agama lain melebihi kepentingan agama Islam di negara ini. Ikut contoh Ridhuan Tee, biar di keji dan di maki, asalkan kita terus mempertahankan dan memajukan kepentingan agama Islam kita. Dan kita sokong dia sapenuh nya, caci dan keji mereka yang cuba mengeji nya.

Anonymous said...

Abdullah Abdul Rahman,

Difficult to believe you are a convert. Because usually Muslim converts carry the name "Bin Abdullah". You don't. But I'll take you as a Muslim all the same.

You should read RT blog more often. And read the very many comments that praise him, too.

He is an Associate Professor of Uinversity Pertahanan Nasional. Read his profile on the main page. He writes on subjects that touch on defence. And internal political situation affects the defence of the country as well.

Who are you? What do you know about Islam? When you don't know much, don't criticize others. Especially an Associate professor who knows what he is talking about.

Yes, you continue to read more the interpretation of the Qur'an and the commentaries by renowned personalities. Especially those by the Lecturer of Greek History, Abdullah Yusuf Ali.

If you go to the Cultural Section of the Saudi Arabian Embassy in Kuala Lumpur with a letter asking for a copy of the Qur'an with interpretation and commentaries, you might get one copy FOC - they did that many years ago. Abdullah Yusuf Ali's commentaries are good and make one understand much better than the others'.

Abdullah Yusuf Ali said the Qur'an is in ancient Arabic language. Almost impossible to just "translate". So the correct thing to do is to "interpret". Even so, he has to write thousands of pages of commentaries to get a clear picture of God's commandments in the Qur'an. So, do read his translation/ interpretation and commentaries.

rakyat Malaysia said...

bab Agama, pandai pula mereka kata tengiklah Indonesia. Kenapa tak ikut mereka?


Bab rakyat sana berBahasa Melayu Indonesia, sekolah satu aliran; mereka tak pula nak ikut

Anonymous said...

Saudara Abdullah

Awak nampaknya baru mengikuti blog ini. Awak masih cetek pemikiran untuk mengerti pemikiran Ridhuan Tee. Kalau mengikuti penulisan Ridhuan awal awak akan faham apa yang dimahukan oleh beliau.

Untuk bsgi awak mudah faham Ridhuan hanya mahu bangsa lain menghargai dan membalas baik akan kemurahan hati dan toleransi orang melayu sejak sekian lama.

Says melayu. Maka says nak bagi awak fahsm bahawa kami orang melayu tak tamak nak ambil hak bangsa lain tapi yang berlaku adalah bangsa lain yang merampas hak kami. Yang tak habis-habis dan tak jemu-jemu mengacah kesabsran kami adalah bangsa ultra kiasu.

Ana Muslim

Anonymous said...

Saya sokong penuh apa yang di tulis di rencana blog ini.

Banyak yang di perkatakan itu ada kaitan nya dengan Akta Hasutan. Hak dan kepentingan orang Islam ada tercatit di Perkara 3 Perlembagaan - Islam ada lah agama negara ini.

Tapi saya tak faham mengapa dan risau bahawa Akta Hasutan mau di bubar oleh Najib. Dan saya tak faham macam mana dia pilih mereka yang menderap Akta Harmoni yang di cadang menggantikan nya.

Dan saya tak faham apa kah derap itu akan menjadi dasar penggubalan akta yang di cadangkan itu? Ada kah bermakna, phak berkenaan yang membuat gubalan sabenarnya (sama ada Parliamentary draftsmen atau Attorney General's Chambers atau sesiapa yang bekenaan) akan ambil derap itu, pinda sana sini sahaja, kemudian bentang di Parlimen?

Sesiapa yang tahu, tolong beri penjelasan. Terima kasih.

Abu

Anonymous said...

Jangan buang Akta Hasutan. Buang Najib saya sokong 100%. Tengok lah apa jadi sekarang bila Najib buang ISA.

Muhyidin dengan Mukhriz ..... gandingan yang mantop.

Anonymous said...

8:05 PM,

Saya senang hati bila membaca komen orang orang lain mahukan Najib di ganti. Terutama atas alasan Najib mahu buang Akta Hasutan. UMNO perlu buang sesiapa yang mahu buang Akta Hasutan.

Saya sokong penuh apa Tun Dr Mahathir kata. Tanpa Akta Hasutan, pendatang, terutama nya Cina Bukit DAP, akan melanda landa mengungkit segala isi kandungan Perlembagaan negara yang sensitif yang sekarang di lindungi oleh Akta Hasutan itu. Mesti menghiris, menyakit hati orang orang Melayu.

Dan memanaskan hati Bumiputera Sabah dan Sarawak juga. Sebab Kedudukan Istimmewa Melayu di Perkara 153 Perlembagaan itu telah di pinda dan meliputu kaum Bumiputera Sabah dan Sarawak di masa Malaysia di tubuhkan. Itu sebab UiTM dan sebagai nya sekarangada kaum Bumiputra Sabah dan Ssarawak, walau pun yang bukan beragama Islam.

Mari lah kita cakapkan selalu perkara ini. Laungkan supaya Najib jangan hapuskan Akta Hasutan. Dan kita minta UMNO hapuskan dia jika dia teruskan rancangan nya itu.

Anonymous said...

Saya tak kisah sangat siapa yang mengganti Najib.

Asalkan bukan yang membongkok kpd pendatang tak habis habis. Asalkan jangan cakap mau hapuskan Akta Hastan, apa tah lagi buat rancangan menghapuskan nya.

Tiada ma'af bagi sesiapa yang mahu buat begitu. Bermakna dia sanggup menjual hak dan kepentingan Melayu yang UMNO pertarungkan sejak lebih 60 tahun dahulu.

Jika dia buat begitu, saya fikir sejarah akan mencatitkan dia sebagai pengkhianat bangsa. Dan juga pengkhianat negara, sebab Melayu ada lah 60% dan, bersama dengan Bumiputera Sabah dan Sarawak yang juga akan tergadai Kedudukan Istimewa nya, ada lah 70% penduduk negara ini.

Anonymous said...

Babi ada lah makanab yang paling di keji oleh Islam. Bukan sahaja di haramkan oleh agama Islam, juga oleh agama Yahudi.

Rasional di zaman pengharaman itu ia lah babi itu kotor, membawa penyakit.

Walau pun sains telah berkembang dan dapat mengatasi penyakit yang di bawa oleh babi, pengharaman itu tidak boleh di tukar. Sebab itu ada lah firman Allah SWT.

Mereka yang tak fahamkan itu dan cuba mengabaikan sensitiviti Muslimin kapada hal babi, dan tidak menghormati Perkara 3 Perlembagaan negara berkenaan kedudukan Islam di negara ini, perlu berhijrah ke negara lain.

Anonymous said...

Babi ada lah makanan yang paling di keji oleh Islam. Bukan sahaja di haramkan oleh agama Islam, juga oleh agama Yahudi.

Rasional di zaman pengharaman itu ia lah babi itu kotor, membawa penyakit.

Walau pun sains telah berkembang dan dapat mengatasi penyakit yang di bawa oleh babi, pengharaman itu tidak boleh di tukar. Sebab itu ada lah firman Allah SWT.

Mereka yang tak mahu terima keadaan itu dan cuba mengabaikan sensitiviti Muslimin kapada hal babi, dan tidak menghormati Perkara 3 Perlembagaan negara berkenaan kedudukan Islam di negara ini, perlu berhijrah ke negara lain.

Anonymous said...

Kenapa nak jahil tentang Melayu? Datang ke sini dah ada Sultan, dah ada sistem perintah, sistem tadbir, ada adat resam Melayu. Tak nak respek? Tak boleh lah.

Lepas Merdeka, Perlembagaan dah kata Islam ada lah agama negara ini. Tak nak repsek? Tak boleh lah.

Nanti orang kata berhijrah lah korang, nak marah. Tak boleh lah.

Dah tu nak adakan polis sendiri, askar sendiri apekenama nya. PPS kata depa. Mana boleh?

Di beri tahu ha nya Kerajaan Pusat saja yang boleh adakan Polis dan tentera, nak chelen IGP. Mana boleh?

Aku tak reti lah DAP. Kenapa tak betul sangat pemikiran dia orang. Nak maki, tak boleh, aku kena respek law.

Jadi, aku sokong kuat kuat dan aku melaung lah mintak IGP tangkap dia orang dan bawak ke Mahkamah. Akta Hasutan ke, undang undang lain ke.

Md. Lazim

Anonymous said...

Yang jahil tentang Melayu perlu sedar bahawa Melayu bertindak mempertahankan dan memajukan hak dan kepentingan Melayu bila terancam.

Cina Bukit DAP dan pengikut nya mahukan Akta Hasutan di buang. Jika di buang, Perkara Perkara sensitif dalam Perlembagaan berkenaan Raja Raja Melayu, Ketuanan Melayu, Kdudukan Istimewa Melayu dll tidak lagi di lindung oleh Akta itu. Tapi UMNO sekarang mengeluarkan suara. Baca lah berita Bernama ini -

Shahidan Kassim: Umno divisions want Sedition Act, ISA

KOTA BARU: Umno divisions nationwide have asked the government to retain the Sedition Act and restore the Internal Security Act (ISA), said Supreme Council member Datuk Seri Shahidan Kassim.

According to a survey by Umno, 161 out of the total 191 Umno divisions have been voicing the matter.

“We have made a survey of the Umno division heads nationwide and they want the Sedition Act retained and the ISA restored.

“This number is expected to increase,” he told reporters at the Sultan Ismail Petra Airport.

Shahidan said there was a suggestion that the Sedition Act be amended to ensure stiffer penalties were imposed.

Anonymous said...

Yang 30 lagi bahagian bahagian UMNO dari jumlah 191 bahagian itu perlu bersuara sekarang.

TS Muhyiddin telah menasihatkan ahli ahli Umno supaya bersuara sekarang -

The Star Online – ‎9 minutes ago‎

TANGKAK: Umno members should not remain quiet when the royal institution, special privileges of the Malays and the Islamic religion are being questioned by certain groups, said Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Anonymous said...

Pemimpin UMNO yang kedua tertinggi, TS Muhyiddin, telah menasihatkan ahli ahli UMNO bersuara bila hak dan kepentingan UMNO terjejas. Dlam keadaan sekarang, ini boleh bermakna dia mirip kapada Akta Hasutan di teruskan.

Pemimpin UMNO yang ke-tiga tertinggi, DS Ahmad Zahid (dia Naib Presiden yang dapat undi tertinggi di pilihan pemimpin UMNO) nyata mahukan Akta Hasutan di teruskan. Polis yang di bawah Kementerian Dalam Negeri, sekarang giat menggunakan Akta Hasutan, menunjukkan perlu nya Akta itu.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, DS Shahidan Kassim, berkata 161 dari jumlah 191 bahagian bahagian UMNO mahukan Akta Hasutan di teruskan dan ISA di kembalikan.

Saya fikir, Najib sepatut nya mengundur diri sekarang.

Saya harap Tun Dr Mahathir ulangkan kata kata nya berkenaan penting nya Akta Hasutan dan ISA sekarang.

Anonymous said...

Sekarang Hishmuddin, sepupu Najib, kata tak perlu ISA, undang undang yang ada dah cukup, ha nya perlu di pinda, kata nya.

Tak faham ke bahawa yang orang mahukan ia lah ISA - tangkap dan tahan tak payah bicara, tempoh ikut bijaksana pihak berkuasa. Macam USA masih buat di Guantanamo Bay.

Kalau cakap pinda saperti itu, boleh lah. Tapi bukan kah baik hidupkam semula saja ISA? Pendek saja resolusi Parlimen -

"Dengan ini Parlimen menghidupkan semula ISA" .. gunakan perkataan undang undang le. Tak payah berkajang kajang kertas membentangkan pindaan kpd SOSMA ke apekebende nye.

Anonymous said...

Sedarkah anda semua bagaimana freemason n illuminati bertindak?
Mereka memang pakar memecahbelahkan umat islam. Supaya hilang kekuatan. Saya yakin mereka memasang ejen di dalam kerajaan dan pembangkang. Penyelesaiannya mudah.. rujuk Al quran dan sunnah sebenar - benarnya anda pasti tidak tersesat. Bukannya taat membabi buta pada tok guru, ustaz dan lain2.. Sekiranya kepimpinan Jemaah menyimpang tegur! nasihat! tidak mahu dengar? keluarlah cari Jemaah yang lebih ikhlas. Saya juga dulu menyokong pas pada zaman ustaz fadhil noor.. Tapi kini mereka telah menyimpang jauh dari landasan ... Redha manusia yang dicari bukan Allah swt. Buktinya jelas.. Apa yg PKR N DAP cakap PAS angguk jer!

Anonymous said...

Pemimpin Umno yang blacklisted oleh ahli Umno tulin adalah NAJIB RAZAK & SEPUPUNYA HISHAMUDIN HUSAIN. Ahli Umno tulin mahu UMNO DITERAJUI OLEH 2M.

Boleh kah anda teka apakah 2M ?????

Umnomisma.

Anonymous said...

That is a great tip especially to those new to the blogosphere.
Simple but very accurate information… Many thanks for sharing this one.

A must read post!

Here is my webpage τραπεζαριες

Anonymous said...

Khinzir banyak di ternak di kawasan melayu - pergilah ke Banting dan susuri jalan turun tepi pantai ke Sepang. Buka tingkap dan anda akan saksi sendiri.

Berita ini pernah masuk Aduan Rakyat, dan wartawan ada temuramah Dr Xavier (exco Selangor), but it stops there.

Najis khinzir disalur secara terbuka ke Laut Luas, dan jenayah ini dah berlaku lebih 40 tahun.

Kawasan sepang dan bukit pelandok merupakan kawasan pembiakan khinzir yg sgt besar dan najis2 nya di buang ke Laut.

Rumah2 org islam yg tersepit, terkadang ada jumpa khinzir yg (mungkin sengaja) terlepas dari kandang nya, bertujuan untuk tanah itu di jual dan perluas ladang haram dan kotor itu (cry mode)

Ya Allah bantulah ya Allah!