(Sinar Harian
15 Okt 2012)
Seorang pensyarah berjawatan
professor madya, yang dilantik oleh parti ultra kiasu
sebagai senator, mengeluarkan pendapat, dalam satu forum bersama tiga panel
ultra kiasu bukan Islam di Pulau Pinang pada 2 Oktober 2012, langsung tidak
mencerminkan watak sebagai seorang intelektual, dan amat naïf ilmunya tentang
Islam, yang disiarkan dalam laman web malaysiakini.
Beliau mempertikaikan kedudukan Sekolah
Agama yang telah wujud sekian lama mengikut lunas Perlembagaan Persekutuan (Perkara
11). Sekolah Agama dikatakan menjadi punca polarisasi kaum, kerana melahirkan pemikiran
pelajarnya tertutup atau jumud, sehingga boleh menimbulkan masalah dalam
masyarakat berbilang kaum. Beliau mendakwa, sekolah ini hanya mendokmakan isu halal
dan haram sahaja serta menjadi sarang kempen hudud dan negara Islam. Persoalannya,
pernahkah beliau membuat kajian dan pergi ke sekolah agama? Bentangkan
dapatannya? Kenapa tidak mempertikaikan sekolah vernakular, sekolah swasta dan
parti yang diwakilinya yang menjadi
sarang perkauman?
Kenapa beliau tidak mempertikaikan
desakan Persatuan Agama Buddha, Hindu, Kristian, Taoisme dan Sikh yang mahukan
sekolah agama-agama lain turut didirikan? Adakah desakan sedemikian tidak menyebabkan
polarisasi? Pembacaan cetek beliau menjadikan saya terfikir layakkan senator
ini mengajar di sebuah universiti tentera?
Adakah George Bush dan Donald
Rumsfeld belajar agama, sehingga sanggup membunuh puluhan ribu umat Islam di
Iraq suatu ketika dahulu? Begitu juga dengan presiden Amerika sebelum dan
selepas itu. Siapakah yang menghalalkan darah umat Islam? Bagaimana pula dengan
golongan pelampau yang ada pada hari ini dari kalangan bukan Islam, adakah mereka
ini datang dari sekolah agama? Kenapa sekolah
agama dan agama Islam yang menjadi sasaran? Lebih pelik lagi kenapa PAS membisu
seribu bahasa? Adakah kerana sepakatan? Ingatan saya kepada PAS, jangan biarkan
Islam dihina. Amaran Shahnon Ahmad memang tepat. Ultra kiasu tidak boleh
dipercayai kerana mereka adalah musuh Islam.
Menghina dan memperkecilkan sekolah
agama yang diibaratkan sebagai ‘time
bomb’ adalah kenyataan amat kurang ajar, apatah lagi jika mengakui dirinya
Islam. Ternyata pengetahuan senator ini terhadap sekolah agama amat cetek,
apatah lagi pengetahuan Islamnya. Lagi pula, sepanjang saya berada di
universiti, saya tidak pernah melihat senator ini pergi ke masjid, apatah lagi
berjemaah. Mungkin beliau sembahyang di dalam bilik sendirian, termasuk solat
Jumaat bersendirian.
Senator ini gagal memahami maksud equity dan equality. Equity bermakna
keadilan, memberikan kepada yang berhak. Manakala equality adalah persamaan yang dijamin dalam perlembagaan kepada
semua warganya. Keistimewaan Islam memang tidak boleh dinafikan sama sekali,
kerana ada timbal balik kepada agama lain jua dari segi hak mereka. Jemputlah
ke kelas saya jika tidak faham.
Tuduhan yang mengatakan sekolah
agama hanya mendokma perkara halal haram menyeleweng sama sekali. Dalam Islam
terlalu banyak isu halal berbanding haram. Bagaimana kenyataan ini boleh keluar
daripada senator mengaku Islam? Saya harap Melayu lain yang berada dalam parti
ultra kiasu menyedari hakikat ini. Keluarlah daripada parti anti Islam seperti
yang dilakukan oleh bekas senator sebelum ini. Parti ini boleh menjejaskan
akidah senator itu. Bimbang nanti, jauh dari syurga.
Pandangan senator ini tidak
mencerminkan bahawa beliau pernah membuat kajian tentang sekolah agama yang
mengajar soal tauhid, akidah, syariah, muamalah dan banyak lagi cabang ilmu.
Ini tidak termasuk gabungan antara ilmu agama dengan ilmu sains, yang dikenali
sebagai kesepaduan ilmu (integrated
knowledge) yang sedang berlaku di sekolah agama.
Inilah berjayanya ultra kiasu
mempergunakan orang Islam untuk menghentam dan menghina agama Islam sendiri. Kajian
demi kajian oleh beberapa sarjana menunjukkan pelajar Islam sekolah agama Islam
lebih terbuka dan tidak ada masalah langsung untuk berinteraksi dengan orang
bukan Islam. Malah, mereka dengan mudah menerima kehadiran sekolah vernakular. Berbanding
produk sekolah vernakular dan sekolah swasta yang amat sukar sekali untuk berinteraksi
dengan orang Melayu dan menerima kehadiran sekolah agama.
Kerana apa? Jawapannya, dalam Agama
Islam, kita diajar menghormati agama bukan Islam dan hak mereka. Sehingga dalam
peperangan sekalipun, Islam mengajar kita menjaga hak mereka. Kita hanya
berperang dengan orang yang menyerang. Kita tidak dibenarkan membunuh dengan
sewenang-wenang seperti orang tua, wanita, kanak, rumah berhala, merosakkan
alam sekitar dan sebagainya, walaupun tidak seagama.
Sejarah membuktikan bahawa orang
Melayu begitu mudah menerima penghijrahan besar-besaran orang bukan Melayu ke
negara ini, ketika negara-negara Asia Tenggara menolak? Tanyalah orang Siam,
Nyanmar, Indonesia, Filipina dan sebagainya, kenapa bilangan bukan bangsa
mereka terlalu sedikit, berbanding bukan Melayu di negara ini? Jawapannya, faktor
agama Islamlah yang menjadi Melayu lembut dan begitu bertoleransi menerima
kehadiran mereka.
Jika ditakdirkan orang Melayu tidak
memeluk Islam, masih lagi menganut ajaran bukan Islam, sudah lama bukan Melayu
yang datang berhijrah telah dihalau lebih awal lagi? Kenapa tidak menghargai
toleransi Melayu Islam? Kenapa Islam dimangsakan? Ternyata, senator ini amat
jahil dan tidak tahu betapa mulianya
agama Islam dalam meraikan orang lain.
Tidakkah beliau sedar bagaimana
peranan golongan agama memerdekakan tanah air tercinta ini? Adakah nama-nama
seperti Tok Kenali, Tok Janggut dan sebagainya datang dari sekolah di Amerika?
Jika produk sekolah agama itu yang menjadi masalah kepada masyarakat dan
negara, sudah tentu orang agama atau para mufti yang kebanyakan produk sekolah
agama mengisytiharkan perang terhadap bukan Islam yang berhijrah ke negara ini.
Kenapa sikap para mufti dan para ulamak begitu lunak dengan bukan Islam?
Saranan kepada senator tersebut,
jika jahil belajarlah. Masjid terlalu dekat dengan bilik beliau. Berkunjunglah
ke masjid. Sekurang-kurang tidaklah gagap membaca al –Quran dan dapat memahami
isi kandungannya. Jika bukan kita mempertahankan Islam dan hukum Islam, nak
harap siapa lagi?
35 comments:
Memang sedih umat islam sendiri yg mengkritik sekolah agama.saya sebagi seorang guru di sekolah agama betapa merasai kedamaian dan ramai rakan2 yg mengajar di SMK berebut nak mengajar di sek agama
Memang sedih umat islam sendiri yg mengkritik sekolah agama.saya sebagi seorang guru di sekolah agama betapa merasai kedamaian dan ramai rakan2 yg mengajar di SMK berebut nak mengajar di sek agama
Melayu terlalu mengalah sehingga kita dikalahkan. Melayu terlalu bertolak ansur sehingga kita ditolak beransur2.
Untuk menegakkan islam pun kita bergantung kepada bantuan bukan islam. Betapa hina nya bangsa melayu. Pernah kah penganut agama lain menadah tangan meminta bantuan orang melayu untuk agama mereka.
Ulamak besar lagi tersohor orang melayu sendiri mengaku dia memerlukan pertolongan dan bantuan bukan islam untuk menegakkan islam di bumi malaysia (laksana Hudud dan tubuh negara islam).
Siapa itu ulamak ???
Dr apa ni..tak kan ada rakan kerja yang x sependapat dia tu jadi musuh...biasalah..orang lain dah pandai, dapat gelaran senator, nama dah up...
yang masih macam katak dalam perigi tu cemburu sangat kah...
kalau ada saja x sependapat theory dia ni...cukup handal dr.tee nak maki habis habisan...
orang macam ni seumur hidup pun x dapat survive di arena politic diMalaysia...
Fikiran sempit, x globalization , psychopath behavior ....
Seorang Professor Madya menjual bangsa dan agama? Dia tak sebut ke SJKC dan SJKT?
Saya bahru baca sikit saja ni, tapi tak sabar nak cemohkan si hamba Allah tu.
Saya tak tahu sama ada pendirian Hamba Allah tu dah macam itu sejak lama dahulu. Atau di merengkannya kebelakangan ini sahaja bagi menyesuaikan kapada pendirian dan politik puak Pembangkang bila nampak ada kosong jawatan Senator selepas Naib Pengerusi DAP Tunku Aziz cabut keluar berdentum dari DAP mengata Lim Guan Eng biadap.
Jika demikian, laknatullah lah dia.
Tak masuk akal seorang ahli akademik tak dapat lihat bagaimana pincangnya masyarakat akibat sekolah Cina yang murid muridnya tidak di kawal emak bapak, sehingga tidak bergaul dalam masyarakat, terutama kaum yang menjadi majoriti di negaraini.
Dan lepasan sekolah sekolah itu bertingkah laku kera sumbang berbagai cara, ramai yang terlibat dengan maksiat, tindakan haram, kongsi gelap, penjahat dan gengster. Tidak hormatkan Perlembagaan, tidak pedulikan adab sopan santun seperti rakyat jelata.
Jika dia hanya menyasar sekolah agama, nampak benar lah pincangnya pemikiran dia. Nyata sudah di sesuaikan pendirian dan pemikiran dia dengan pendirian parti chauvinis dan rasis itu.
Oleh itu dia perlu di kutuk dan di keji sebanyak mana yang boleh.
3:50 PM,
Kamu sekolah mana? Tak faham ke bahawa jadi senator tu tak bermakna sipolan tu pandai.
Kamu tak tahu ke ada peruntukan jawatan senator yang di beri kapada parti Pembangkang. Seperti jawatan yang di penuhi oleh Naib Pengerusi DAP Tunku Aziz sehingga dia cabut keluar menyembur Lim Guan Eng sebagai bidap?
Dan jawatan seperti itu di beri kapada si Mamat pensyarah UPM yang di umpan dek DAP itu. Pensyarah itu nampaknya menyesuaikan pendiriannya kapada pendirian DAP, maka di lantik ke jawatan Senator yang di peruntukkan kapada DAP itu.
Nampaknya kamu yang "masih macam katak dalam perigi" tak tahu menahu tapi mulut berbulu. Nyata kamu politik Malaysia pun tak tahu, peruntukan jawatan Senator pun tak faham tapi cuba mengata orang lain "Fikiran sempit, x globalization" konon. Budak kecik kamu nih.
Saya fikir orang DAP tak berani masuk sini lagi. Sebab bila masuk, kena kutuk. Kena kerumun.
Dulu ada yang tak berajor, masuk dengan kata kata kotor dan lucah, takda hujah hujah, hanya mencacah.
Ada pulak yang menyamar, pakai nama orang yang sudah pakai buat komen di sini.
Itu tak begitu masalah, tapi ada yang hacking, yang "abuse" the "No Moderation" mode, msukkan begitu banyak komen sepatah dua, c&p berkali kali. Ha kau, kena moderated semuanya. Sekarang yang jahat dan kurang ajor tak keluor lagi.
Tapi depa yang nampak ada hujah sikit pun dah tak berani komen nampaknya. Kesian juga. Bila ada, komen depa di keluarkan, nampaknya. Ada kebebasan tak bersetuju atau "dissent" di sini.
Saya nak tunggu jika depa ada hujah cuba pertahankan pensyarah jadi senator tapi nampak tak faham banyak atau pesongkan pandangan dia ke atas sekolah agama tu.
Orang PAS tak payah saya cakap lah. Dah kena cucuk di hidung, di heret dek DAP. Mana berani nak tenyeh DAP fasal depa bantah Hudud pun. Ni pulak pasai sekolah agama. Depa akan sengap saja di sini kot.
Saya dok tunggu saja. Depa keluaq, saya pun keluaq juga. Saya tak setuju sangat politk depa.
Tidak pernah di lihat pergi ke masjid, tidak pernah sembahayang berjemaah. Dia liberal, kononnya. Itu pasal DAP ngurat dia. Macam Arif Sabri si Mongkol. Lebih liberal dari Mongkol kot. Mongkol tak dapat pun jawatan Senator tu.
Takda Melayu liberal sebenarnya. Ada yang liberal olok olok. Di panggil pseudo liberal.
Saudara Pembangkang DAP.
Rasa lega saya bila ADUN Gaal dari Pas (nama dah lupa) cakap dalam Persidangan DUN Kelantan, dia minta Nik Aziz berundur kerana dah tua, dah tu selalu sakit2 pulak, cuma dia tak lah kata orang tua tu dah nyanyuk.
Dia kata jangan lah nak serah baton kepada orang lain disaat kita dah tak mampu meneruskan perlumbaan, di saat kita dah lembik terduduk di tepi trek .. naya lah orang yang terima baton pada ketika itu sebab kalah menang team akan di letak atas bahu orang terakhir yang membawa baton hingga ke garisan penamat.
Entah faham atau tidak Nik Aziz dengan sindiran dari ADUN Gaal tu .. Saya percaya orang tua tu tak akan faham.
Apa pun taniah kepada ADUN Gaal kerana anda berani. Berani mencadangkan kepada Umno supaya meletakkan lebih ramai Ustaz untuk berlawan dengan calon Pas pada PRU 13 nanti. Ini satu cabaran yang positif dan ikhlas.
Sdr tokgaru,
Sedap dengaq tu. TK memberi tahu. Saya miss yang tu, tak terbaca.
Klau lah ramai antara depa yang mintak dia undur sebab dah tua dll, alang kah baiknya. Saya fikir dia suatu penghalang besaq bagi Melayu bersatu.
Saya fikir Nik Aziz faham. Nyanyok tak nyanyok pun, tentu ada orang kasi tahu dia, terangkan kpd dia. Malangnya dia keras kepala, saya rasa. Dia nak mati tercacak di atas kerusi MBnya.
Fikir lah, jadi MB orang pedulikan dia. Lee Kuan Yew datang jumpa dia, sampai berlendir ... ketiak dia ... salam banyak kali ... pegang tangan LKY macam berhala.
Kalau DS Najib dapat letakkan "calon boleh menang" (winnable candidates, bukan winning candidates), dan tarak kecoh antara depa yang di "rehatkan", saya fikir BN boleh menang Kelantan di PRU13.
Rakyat Kelantan dah bosan dengan Nik Aziz & PAS, saya rasa - hinggakan air bersih pun takda. BN buat program pam air bersih, PAS marah pulak, sindir itu ini.
Mai lah kita teruskan pukul canang supaya Nik Aziz "rehat selama lama" dari politik. Dalam masa yang sama kita sebat sekutu dia DAP yang dok cekut 1-2 Melayu nak tunjuk depa "parti berbagai kaum" konon. Melayu yang tak sedar daratan sperti pensyarah yang tersebut dalam rencana di atas.
Senang aja jalannya jangan undi parti pembangkang.. sebab parti DAP anti ISLAM DAN MELAYU.
Yang kononnya intelektual tapi tak nampak agenda nasional, atau ikut agenda yang anti-nasional, atau nampak nyamuk di luar tapi tak nampak gajah menggeledah di sana sini dalam rumah, apa daaaa ..
Hebohkan fasal sekolah agama, tak kondem SJKC dan SJKT, mengarut punya orang.
Saya sekolah di Malaysia. Sekolah kebangsaan aje bukannya macam ada yg sekolah kat international school di ampang.
Bukannya tak faham pasal senator. Yg aku tak faham senator ezam kata umno bodoh tapi masih dalam umno. Yang aku tak faham, ada nyanyuk kata umno rosak sampai usus tapi masih mau masuk kat dalam usus. Yang aku tak faham ada pemimpin kata Bersih Cekap dan Amanah tapi setelah 22 tahun masih negara tak bersih, tak cekap dan langsung tak amanah. Lagi tak faham ialah lu sendiri berpura-pura tak faham.
Bukannya tak tahu sebab orang melayu buat tak tahu bila jenayah dan rasuah berleluasa. Bukannya tak tahu umno jual negara untuk selamatkan diri. Bukannya tak tahu kalau umno kalah, Melayu juga yang menggantikan nya. Bukannya tak tahu membanggakan keturunan dan asal usul itu adalah perangai Iblis.
Janganlah hanya menyesuaikan keadaan kesalahan dan kemungkaran hanya kerana pelaku nya Melayu. Jangan hanya mendiamkan diri apabila RM 250juta duit rakyat dikebas oleh keluarga menteri untuk memewahkan kehidupan mereka. Kena adil bila berhujah kerana Allah.
Nampaknya nak pakaiguna ubat kudis buta jadikan ubat mata. Butalah mata. Tu sebab orang Melayu yang ngaku Islam dah buta mata!
Pendapat pendapat yang disiarkan dalam laman web malaysiakini ada lah suspek. Sebab web itu ada lah anggota kegunaan Neocons, Yahudi dan Zionis Amerika Syarikat dll.
Mkini telah mengaku menerima wang dari badan yang di biayai oleh George Soros. Dia seorang billionaire khas membuat sepekulasi dalam mata wang asing.
Mereka gunakan alasan memajukan demokrasi. Maju demokrasi kepala hotak mereka. Anwar yang aturkan bantuan wang itu jalankan parti politiknya PKR macam parti keluarga - dia boss, bini dia Presiden, anak dia Naib Presiden. Mana demokrasi nya?
Yang Pensyarah di UIA Aziz Bari dulu pun terima bantuan dari Konrad Adeneaur Foundataion, sebuah badan German yang memajukan demokrasi konon. Demokrasi kepala hotak bila mikirkan Adolf Hitler menjahanam hak asasi maanusia, mengganas, menjahanam begitu teruk di Perang Dunia II. Promosikan demokrasi di Germany saja sudah lah. Apa nak sibuk hal luar negara, terbitkan buku Aziz Bari dsbnya.
Btw, apahal Aziz Bari? Takda dengar berita sekarang. Dapat imbuhan dari PKR ke? Kerja apa dia selepas berhenti dari UIA bila masuk lubang panas kerana keluarkan pendapat sumbang?
Islam diperlekehkan di pentas MCA. MCA secara terang menentang hudud dari awal lagi serta mengeluarkan beberapa tohmahan sebelum ini.
Umno sanggup melakukan apa sahaja walaupun memperjudikan Islam demi undi untuk mereka dan orang agama di dalam Umno sekarang ini pun sanggup menggadaikan maruah mereka demi sokongan MCA.
Umno mengambil sikap kerdilkan diri kerana terlalu takutkan MCA, sehingga sanggup berdiam diri walaupun secara terang kenyataan MCA itu menggugat kesucian hukum Allah.
Umno telah dicucuk hidung oleh MCA sebab itu apa yang dikatakan oleh MCA tentang Islam, Umno tidak pernah membantah.
Pak Pandir,
Tak salah sekolah kebangsaan aje, boleh maju, boleh luas pemandangan, boleh menyumbang banyak kapada negara. Tapi nak kena tahu lah apa agenda negara, pandir.
Yang Penysarah unibarsiti pun bukan semuanya geliga. Kalau tak berpandukan perinsip perinsip yang tersemat dalam Perlembagaan negara, mana boleh geliga. Kalau fahamkan atau interpretasikan Perlembagaan ikut pendirian Pembangkang, mana boleh geliga, pandir ha.
Umpamanya, Perlembagaan kata bahasa ibunda boleh di gunakan hanya SELAIN DARI UNTUK KEGUNAAN RESMI. Sekolah ada lah urusan resmi mana mana negara pun. Jadi tak boleh lah ada sekolah Cina dan Tamil sebab gunakan Mandarin atau Tamil sebagai bahasa pengantar.
Pembangkang macam DAP tak hormatkan Perlembagaan, terutama fasal Bahasa Melayu dan Kedudukan Istimewa Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak. Sampai mencetuskan pergaduhan kaum 13 Mei 1969.
Takpa sekolah kebangsaan saja, pandir. Tapi jangan bercampur degan kumpulan yang tak betul. Amacam, boleh?
Pak Pandir
Aku tau kau faham pasal senator. Yg kau jadi tak faham tu sebab kau pusingkan, putar belitkan apa senator ezam kata.
Dia tak kata macam kau kata tu. Tapi sebab kau jenis memesongkan dan membelit apa orang kata, nak beri penerangan kpd kau pun tak guna, aku rasa. Kau hardcore, jenis kepala batu, aku rasa. Jadi aku cemoh kau saja di sini jadi le.
Abu Bakar,
Yang di cucuk hidung tu PAS. Oleh DAP. Dah 4 tahun rakyat tahu. Apa DAP cakap saja, ikut. Hudud di sembur dek Karpal Singh pun, sengeh saja.
Azizan MB Kedah haramkan pusat hiburan di bulan puasa 2 tahun lalu. Di marah dek DAP, berterabur pigi tukar keputusan itu. Cheh, cheh, cheh.
KUALA LUMPUR - Malaysia adalah satu-satunya negara di luar China yang mengiktiraf pendidikan Cina sebagai sebahagian daripada sistem pendidikan kebangsaan, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perdana Menteri yang menggambarkan ia sebagai kepentingan besar, berkata tiada satu pun negara di rantau ini, sebagai contoh, mengiktiraf pendidikan Cina.
"Kita adalah satu-satunya negara di luar China yang mempunyai pendidikan Cina sebagai sebahagian daripada sistem pendidikan kebangsaan. Kita telah mengiktiraf pendidikan Cina di Malaysia, dan saya fikir ia adalah besar, mempunyai kepentingan yang besar.
"Sila lihat dalam konteks itu, dalam perspektif bahawa kita telah mengiktiraf pendidikan Cina sebagai sebahagian daripada sistem (pendidikan) kebangsaan, katanya semasa sejam diwawancara oleh penyampai radio Melody FM, stesen radio Astro berbahasa Cina kedua, di sini hari ini.
Najib merupakan tetamu stesen radio itu untuk segmen 'Melody FM Morning Boss' bersama penyampai Chui Ling dan Jentzen Lim. - Bernama
Ada sikit orang disini dulunya sembur ezam kuat kuat. Sikarang panggil dia " senator " pulak. Woi, tolonglah sikit. Mana otak kau? Dah kena mad cow disease ke? Dah ikut " senator " tu masuk usus bangkai umno kot. " senator " kaprak hotak kau!
Ini 5:24 PM main salin copy paste seluruh laporan Bernama apa hal? Tak reti nak komen apa apa ke. Tak boleh ambik petikan saja, kemudian komen ke?
Kalau orang lain buat begitu juga, apa hal? Boleh penuh berita busuk Pembangkang kat sini.
5:57 PM,
Kau tak suka ezam ke? Tak suka orang panggil dia "senator" ke? Aku tak kisah. Kalau dia dah senator, senator lah. Tapi sapa ckap tak betul, aku nak sekel kepala. Dan sokong sapa yang sekel kepala orang yang cakap tak betul.
Kau puak Rafizi ke? Yang selalu cakap pasal lembu. Sampai kau cakap pasal mad cow disease pulak. Kesian kau. Jangan banyak cakap fasal lembu ye, nanti tak baik baik sakit kau.
5:24 PM,
Kau tak tahu ke politik Malaysia. Nakkan undi sesangat cakap begitu. Tapi ada hadnya, bukan?
Aku percaya satu hari nanti akan timbul pemimpin yang tegas dan berani melaksanakan sistem sekolah satu aliran. Sekarang ada tiga aliran, mengarut. Tak boleh timbul perpaduan yang kukuh macam tu.
Hanya penyokong Pas yang telah dipukau oleh Nik Aziz sahaja yang tak nampak Pas lemah kepada DAP.
Penyokong2 Pas yang waras aqal awal2 lagi dah nampak Pas lemah kepada DAP bila DAP berani mengugut Pas kalau awak nak tubuh negara islam dan laksana Hudud awak kena langkah mayat saya dulu.
Pas akan lingkup kerana Nik Aziz. Hadi Awang jadi Presiden tapi tak berkuasa penuh.
Nampak gayanya selagi Najib menjadi PM, selagi itulah sekolah cina ( dan melaluinya pengasingan murid2 mengikut kaum dan perlekehan Bahasa Kebangsaan ) akan diteruskan dan terbela.
7.29 AM, Ok aku balas
Ramai kekawan yang beritahu saya, pastikan BN menang dulu .... lepas tu kita main isu satu sekolah pula. - Boleh pakai lagi ke pelan itu ?
Saya lihat pendirian pro Sekolah cina ini adalah PENDIRIAN NAJIB dan tidak semestinya merupakan pendirian Umno.
Soalan utama saya - Tidak bolehkah kita hentam Najib tapi tetap sokong Umno ?
Juga ..... Tidak bolehkah kita SUARAKAN bantahan kita tapi waktu sama kita tetap sokong BN ? Dan mereka yang pro pembangkang yang sepandangan juga ambil pendekatan yang sama - bersuara dalam isu satu sekolah dan Bahasa Kebangsaan tapi waktu sama tetap menyokong PR ?
Pemimpin Melayu SEMUA sudah tidak ada TELOR ! Semua hanya pentingkan kuasa politik semata-mata. Kepala SEMUA bodek cina, yang bawah pula bodek kepala.
Apakah orang Melayu akan TEWAS jika tidak menyokong Sekolah Cina ?
tokgaru,
Kalau dari segi Nik Aziz berkeras kepala nakkan Hudud dan DAP bantai dia tak habis habis, biarkan dia. Biar bertegang sentiasa. Sampai bila bila.
Masa Muktamar PAS 2011 baling Negara Islam dan Hudud berdentum keluar - kerja puak Erdogan bawah Khalid Samad - Hadi kata dia "bebas, neutral". Hadi tak ada tulang belakang, main nak hidup punya maanusia, takda perinsip.
Dari segi itu, kalau biarkan kapada Hadi saja, PAS dah buang serban, baling ketayap putih, silap silap kain pelikat pun.
Mungkin dua dua tu yang akan buat PAS lingkup. Dan Khalid Samad juga yang ada Anwar di belakangnya, nakkan PAS liberal sikit. Tapi tahu lah apa jadi bila Anwar ada di belakang!
"Saranan kepada senator tersebut, jika jahil belajarlah."
Dia tak akan mahu berlajar. Dia fikir dia dah pandai. Memikir cara DAP. Cari saja apa yang boleh kondem. Korek sana, korek sini. Kondem.
Dah dapat jawatan senator, tambah angkuh. Lebih kuat lah dia mengorek hal hal yang boleh caci. Dia caci. Nanti sampai dia terasa Lim Guan Eng biadap. Tak tahan, akan meletup, menyembur Guan Eng kurang ajar pulak, kot, cabut keluar berdentum macam Naib Pengerusi DAP, Tunku Aziz, tak lama lalu.
Kalau Tunku Aziz, begitu gentleman punya orang, tak tahan dengan Guan Eng, rasanya senator baru ini pun tidak. Melainkan dia takda maruah.
Agama tidak penting kepada manusia tetapi pemimpinlah menjadi ia penting untuk kuasa politik dan kekayaan. Tuhan tidak pernah menolong manusia yang manusialah tolong manusia. Agama adalah ajaran kuno sudah tidak sesuai dizaman ini. Dunia ini jika tiada agama masalah pergaulan tidak akan wujud lagi.......
Apa kau cakap ni, Mamat 11:10 PM.
Kau masih di zaman Jahiliah ke? Atau kau liberal kolot ke? Tak liberal lah kalau main bontot, tak mahu agama, cakap keluar dari hidung. Mengarut kamu.
Kau ke yang orang panggil pseudo liberal? Liberal olok olok. Macam budak kecil, suka main olok olok. Pretending.
Kau tak tahu ke berapa peratus maanusia dalam dunia ni yang pegang kapada agama? Aku rasa 99.9%. Jenis kau ni segilintir saja. Melukut di tepi gantang. Jika semua jenis korang boleh hilang masalah pergaulan? Mengarut.
Yang kata Free Thikners tu pun sebenarnya ada agama. Religion is a way of life. Kau takda way of life ke? Anarkis ke? Sebenarnya kera sumbang.
Aaaaah, sudah lah, buang masa saja cakap dengan orang macam kau ni. Aku bukan nak cakap dengan kau. Nak menghamput kau saja cakap macam tahi di dalam negara yang Perlembagaannya ada mengikrarkan agama. Agama Islam.
Setuju, Kita hanya berperang dengan orang yang menyerang.
Bila dia serang agama Islam, kita serang dia balik lah.
7.37am,
Memang bersyukur kita dengan kewujudan penyokong umno jenis kau ini. Sifat kau yang sangat angkuh dan suka menuduh Blogger lain yang bukan bukan lah yang akan menjadikan keadaan makin susah bagi umno. nampaknya kini kaum bukan melayu lebih selesa dengan nik aziz dari pak jib.
Memang satu situasi yang menyenang hati.
6:20 AM,
Tak betul. Bukan Melayu cabut lari dari Pakatan Rakyat sebab Nik Aziz. Hudud dah di humban dek Muktamar PAS 2011, dia pungut semula, kena sembur Krapal ber talu talu, tersengeh saja.
Aku kagum Karpal, aku kagum Karpal, Nik Aziz ada kata satu masa dulu. Takda maruah ke korang?
RT, sememangnya bangsa engkau kuat, dinamik. mustahil untuk hapuskannya.
Post a Comment