Sinar Harian 22 Okt 2012)
Isu komunis bergema kembali apabila
berlaku perbicaraan di mahkamah. Memberikan pengikhtirafan kepada komunis
sebagai pejuang adalah kenyataan yang begitu menyimpang daripada landasan ilmu.
Saya sarankan ahli politik tersebut masuk universiti semula untuk belajar.
Lainlah kalau beliau dari kalangan ahli parti ultra kiasu yang memang asalnya
adalah komunis.
Inilah akibatnya apabila orang yang
tidak pakar, mahu juga bercakap dalam bidang bukan kepakarannya. Akhirnya,
semua menjadi haru biru. Apakah benar komunis itu seorang pejuang kerana
berjuang membebaskan tanahair ini daripada penjajahan British? Untuk memahami
komunis, ia perlu dilihat secara pakej, bukan insiden-insiden tertentu. Jika
begitulah keadaan, sayapun boleh katakan bahawa Hitler itu baik dalam beberapa
aspek tertentu.
Komunis tidak ada pilihan, walaupun
tidak dinafikan bahawa British agak lunak terhadap komunis (PKM) ketika
kependudukan Jepun daripada 1941-1945. British terpaksa memperalatkan komunis
untuk kepentingannya, menduduki semula Tanah Melayu. British mahu membalas
dendam kepada orang Melayu kerana berbaik dengan Jepun dengan menjadi Melayu
sebagai polis untuk menangkap Cina (PKM) yang terpaksa lari ke dalam hutan.
Jika ditakdirkan British tidak masuk
semula selepas Jepun menyerah kalah akibat pengeboman Nagasaki dan Hiroshima,
sudah tentu negara ini di bawah penguasaan PKM. PKM telah menggunakan peluang
sepenuhnya, vakum selama 14 hari selepas mengunduran Jepun untuk menguasai
Tanah Melayu. Berapa ramai orang Melayu telah menjadi korban dendam komunis. Apakah
Naib Presiden PAS lupa?
Nasib baik British segera sampai
selepas tempoh vakum tersebut. Akibatnya PKM terpaksa lari semula ke dalam
hutan dan membuat kacau. Ada apa lagi pilihan kepada PKM selain menentang
British. Menentang British bererti menentang Melayu. Jika British berjaya
ditentang, sudah tentu yang menang akan menguasai orang Melayu dan Tanah
Melayu. Inilah perancangan komunis yang gagal difahami oleh ahli politik
tersebut.
Peristiwa
Bukit Kepong (Muar) 23 Februari 1950, adalah pertempuran berdarah antara pihak
polis dan Parti Komunis Malaya, selepas
darurat diisytiharkan (1948-1960). Pihak Komunis melancarkan serangan gerila ke
Balai Polis Bukit Kepong. Peristiwa tragik berakhir dengan penyembelihan
berdarah, membunuh hampir kesemua pegawai polis yang bertugas di situ. Pihak
PKM mendakwa mereka adalah wira kerana berjaya mengalahkan ‘tali barut’ British
(polis Melayu). Muhammad Indera yang mengetuai
PKM, bersama Goh Peng Tun dalam serangan tersebut dinobatkan oleh PKM dan Naib
Presiden PAS sebagai wira.
Pemikiran komunis sebegini sama
seperti mahu mengiktiraf MPAJA sebagai pejuang kerana mereka menentang Jepun
untuk kemerdekaan negara ini. Maka tugu peringatan MPAJA dibina di Taman
Peringatan Nilai, Negeri Sembilan. Walaupun ditentang oleh banyak pihak, ultra
kiasu terus juga membinanya kerana pada mereka MPAJA adalah wira menentang
Jepun, seperti komunis menentang British.
Ultra kiasu sengaja lupa bahawa
penentangan MPAJA terhadap Jepun, bukan untuk membebaskan Tanah Melayu daripada
Jepun, tetapi disebabkan oleh dendam Cina terhadap Jepun dan begitulah
sebaliknya. Jepun dan China pernah
beberapa berperang sekitar tahun 1890an dan 1937. Dendam kesumat mereka
berlarutan hingga ke hari ini. Justeru untuk mengatakan bahawa MPAJA adalah
pejuang adalah dangkal sama sekali dan tidak memahami sejarah yang sebenar.
Pihak berkuasa tempatan sepatutnya mengambil tindakan terhadap pembinaan tugu
tersebut.
Apakah
mereka yang menyertai PKM dan MPAJA boleh dinobatkan sebagai wira, sedangkan
niat mereka adalah untuk menguasai Tanah Melayu dan membalas dendam terhadap Melayu?
Walaupun ketika itu British agak lembut terhadap PKM, bagi tujuan menghalau
Jepun, tetapi British tetap mengambil pendekatan memusuhi komunis selepas
menguasai Tanah Melayu semula. Kita seolah-olah lupa siapakah yang dikatakan
komunis?
Menurut George
(1991), di China, sistem komunis yang telah diamalkan selama tidak kurang 50
tahun tidak begitu tertera dalam ingatan dan hati orang Cina seperti sistem
nilai yang tertumpu pada keluarga yang lebih lama dan kekal. Pada pandangan
generasi muda, sistem komunis ialah satu ideologi yang gagal. Perasaan hampa
yang dirasakan oleh ramai orang selepas pembunuhan beramai-ramai di
Tiananmen Square pada bulan Jun 1989
telah menyebabkan tidak kurang 50,000-100,000 penduduk China Republik Rakyat
China (PRC) meminta perlindungan politik atau hanya terus tinggal di
negara-negara Barat dan juga Hong Kong (George, 1991).
Dalam Muktamar Alim Ulama seluruh
Indonesia; yang dijalankan pada tarikh
8-11 September 1957 di Palembang, Sumatera Selatan, Indonesia, yang
dihadiri oleh 325 orang Ulama, sebulat suara membuat keputusan bahawa ideologi
komunis mengandungi ajaran atheisme dan anti agama. Komunisme dalam bidang sosial menganjurkan
pertentangan kelas dan perjuangan kelas. Dalam bidang ekonomi, ia menghilangkan
hak perseorangan. Ideologi komunis bukan saja berlawanan dengan
ajaran Islam pada khususnya dan agama-agama lain pada umumnya, akan tetapi
bertentangan dengan kehidupan beragama.
Muktamar tersebut juga memutuskan bahawa ideologi komunis adalah kufur
hukumnya dan haram bagi umat Islam menganutnya. Jika ada orang Islam yang
menganut ideologi dengan keyakinan dan kesedaran, maka kafirlah ia dan tidak
sah menikah dan menikahkan orang Islam, tidak pusaka mempusakai dan
haram jenazahnya diselenggarakan oleh orang Islam. Bagi orang Islam yang
menyertai organisasi atau parti yang berideologi komunis seperti Partai
Komunis Indonesia (PKI), Sentral Organisasi Buruh Seluruh Indonesia(SOBSI),
Pemuda Rakyat (PR), dan lain-lainnya, maka sesatlah ia, dan wajib bagi umat
Islam menyeru mereka agar meninggalkan organisasi tersebut. Haram hukumnya bagi
umat Islam untuk mengangkat atau memilih pemerintah yang berideologi komunis
(Abdul Qadir Djaelani, 2000).
Kepada
Melayu yang menyertai parti ultra kiasu dan mengiktiraf komunis sebagai wira, bertaubatlah,
mudah-mudahan akidah kita terjamin.
62 comments:
Saudara RT
Melayu yang angkat komunis sebagai wira hanya lah Mat Sabu sorang saja. Mat Sabu pada saya hanya lah sorang aktivis Pas yang diperlukan untuk menarik sokongan orang melayu kepada Pas sahaja. Tak lebih daripada itu. Mat Sabu sekadar jadi ayam sabung Pas sahaja.
Dalam politik Pas dia sebenarnya tak ubah macam bola saja. Mat Sabu orang seberang Prai, tapi kenapa Pas tak letak dia bertanding di situ, kenapa di bawa ke Kelantan (kawasan mana saya pun tak berapa beri perhatian). Dengar kata dia sedang melobi untuk bertanding di Kuala Kedah pulak dalam PRU 13 nanti. Mat Sabu diperlakukan macam pengemis menagih kawasan ditempat orang untuk bertanding jadi wakil rakyat. Kenapa dia tak bertanding saja di negeri kelahirannya berdepan dengan calon dari Umno, dan dah tentu orang2 kampongnya akan bagi sokongan padu kepada Mat Sabu.
Kalau ditempat kelahirannya pun tak diberi peluang untuk bertanding, tentu ada benda yang tak kena dengan Mat Sabu ni. Boleh jadi dia ni tak laku kat kampong sendiri sebab orang kampong tahu tembelang dan temberangnya, maka sebab itu lah dia mencari kawasan luar dari Pulau Pinang untuk bertanding. Macam orang jual ubat kuat di tepi jalan, dengan jiran sebelah rumah dia tak berani nak kempen, tapi tempat2 luar dia gah menceritakan kehebatan ubatnya.
Tengok saja dalam senarai kabinet bayangan PR. Mat Sabu tu Timbalan Presiden Pas, tapi haram tak sangkut pun dalam senarai kabinet bayangan. Itulah harga diri Mat Sabu kepada kabinet Anwar Ibrahim.
Mengatakan kominis itu wira negara memang mengarut. Walau pun di zaman sebelom Merdeka. Parti Kominis Malaya di masa itu bertujuan menghalau penjajah tapi menjadikan negara ini di bawah naungan China Kominis.
Selepas Merdeka, sudah nyata kominis kurang ajar, penderhaka, penjahanam dan pengganas. Sebab negara ini ada Perlembagaan yang telah di debat dan diluluskan di Parlimen, di terima oleh rakyat secara demokratik.
Perlembagaan negara ini memilih sistem demokrasi berParlimen cara Westminster Britain. Apa cara pun, itu nyata demokratik. Siapa kata sistem kominis di Russia dan di China itu demokratik? Sistem itu ada lah bertentangan dengan sistem demokrasi.
Jadi, siapa yang mengatakan kominis di negara ini wira atau sebagainya memanglah dangkal.
Jika "ahli politik" tersebut pernah mendengar atau membaca kisah Perang Batu Pahat atau Perang Parang Panjang yg berlaku selepas Perang Dunia Kedua tentu beliau tidak akan menyokong komunis. Di mana seorang kiyai mengetuai sekumpulan org kampung menentang komunis dgn hanya bersenjatakan parang panjang dan berjaya menghalang komunis bermaharajalela di negeri Johor. Penduduk Batu Pahat amat arif dgn kisah ini. Diharap semua umat Islam di negara ini tidak tertipu dgn kisah2 dongeng yg mengatakan komunis adalah wira negara.
"Kepada Melayu yang menyertai parti ultra kiasu dan mengiktiraf komunis sebagai wira, bertaubatlah .."
Dia orang tak akan bertaubat punya. Kepala sudah senget. Yang sorang tu masalah kehilangan wang Tabung Mamali pun tak selesai lagi. Wang rakyat derma untuk masa kematian di Mamali dulu pun nak sebat.
Ada pulak cerita sebat bini orang - nama Normah, di Bilik 121, Hotel Perdana.
Bila ratib, dia ratib, baca Yassin, dia baca Yassin, tapi pikiran dah senget. Mana tak pengganas kominis Mat Indera pun dia kata wira. Astaghfirullah.
Yang sorang lagi tu nakkan kepala pengganas Kominis Chin Peng di benarkan masuk Malaysia.
Chin Peng bukan rakyat pun. Professor Khoo Kay Kim dah selidik di Jabatan Pendaftaran negara ke mana, dapati dia ada mohon, tapi tak datang interbiu kecekapan Bahasa Kebangsaan dsbnya, jadi, permohonan tak di teruskan. Orang "stateless" le dia.
Beretan ada rekod pengganas Chin Peng dan gerombolannya membunuh, menyebabkan anggota Polis, Tentera dan orang orang awam hilang nyawa dan cedera, menjahanamkan kemudahan awam, merosakkan dan menyekat perkembangan ekonomi negara ini.
Kalau jenis itu di sanjung tinggi dan mahu dibenarkan masuk ke negara ini, memang dangkallah maanusia itu. Boleh di kata subversif dan anti-nasional juga.
11:33 AM,
Saya pernah baca kisah Perang Parang Panjang tu, tuan.
Kisah Kiyai Salleh dsbnya.
Sayangnya Mat Sabun mana ada baca itu semua. Mat Indera pun kisah yang salah di baca atau didengarnya.
Politik punya pasal, apa saja jadi kapada orang macam dia. Sabun memang licin, kata orang. Harap Sabun jatuh ke lantai, terus ke longkang di PRU13.
10:13 AM,
Terima kasih maklumat Mat Sabu tak laku di tempat lahirnya dan tak masuk buku orang Anwar bila menyediakan Kabinet bayangan.
Saya tak tahu fasal dia macam pariah di kampong halamannya sendiri, dan tak sedar nama dia tak masuk pun dalam Kabinet itu. Saya tak baca sangat fasal pembangkang, terutama fasal Mat Sabu yang saya tak ada hormati langsung. Mana nak hormat kalau kominis Mat Indera pun dia kata wira. Gila cakap macam tu.
Saya juga hairan macam mana dia dapat jadi Timbalan Presiden PAS. Katanya ramai ahli Perwakilan di Muktamar PAS 2011 itu di pengaruhi oleh Erdogan jongos jongos Anwar Al Juburi, sehingga dapat humbankan Nnegara Islam dan Hudud.
Tapi hairan pulak menagapa kalau puak Anwar nakkan dia jadi Timbalan Presiden, tak pulak masukkan dia dalam Kabinet bayangan. Kot dia orang sengaja nak goncangkan PAS biar lemah, PKR boleh naik. Taktik kominis ke tu?
Prof,
UMNO yang diresapi komunis
Allah, UMNO ada hubungan dengan Parti Kominis China pun kau kata di resapi kominis.
Ko tak tahu ke diaorang dah ikut cara free enterprise atau demokrasi Amerika sejak 1-2 dekad yang lalu. Ko dok di mana selama ini?
Dah ketandusan modal ke ko, maanusia yang nak membohong rakyat?
Kamon lah, cari modal yang menasabah sikit lah. Kata kau bodoh kang, kau marah. Tapi fikir lah sikit, bole?
Mat Sabu tak layak duduk dalam kabinet Anwar. Tak ada tokoh langsung nak jadi sorang menteri. Jadi menteri kenalah jaga pesonality sebagai seorang menteri. Tapi kalau atas bangku dekat stesen keretapi pun dia boleh tidur (gambar pernah keluar dalam blog) .. memang layak kalau Mat Sabu diberi portfolio Menteri Gelandangan.
Orang gelandangan mana dapat membezakan diantara komunis dengan pejuang. Pejuang kemerdekaan dikatanya komunis, manakala komunis dikatanya pejuang kemerdekaan. Murtad lagi sesat si Mat Sabu nih ...
Jikalau Presiden MCA si Pelakon Filem Lucah itu mengeluarkan kenyataan menghina Hukum Islam di negara Timur Tengah (Mesir, Iran, Iraq, Turki dan sebagainya), lu orang agak2 berapakah jumlah "Reward" yang akan ditawarkan untuk menceraikan kepala dari badannya...????
Kepada Kerajaan Malaysia dan Menteri2 yang bertanggung-jawap serta Menteri Agama, lu orang sanggup melihat dan membiarkan Hukum Agama lu orang di injak dan di hina oleh seorang berbangsa Cina yang tiada maruah dan rendah moralnya. Perghhhh... lu orang semua lebih jijik dan kotor daripada si penghina tersebut...!!!!
Prof Ridhuan,
Saya minta prof perjelaskan apa yang Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek telah berkata, iaitu lapan daripada 11 negara yang melaksanakan hudud dianggap sebagai antara negara paling korup, tidak stabil dan tidak selamat.
Adakah ini satu penghinaan terhadap hukum hudud atau bukan?
Dr. Mohd Ridhuan Tee,
pemimpin Cina DAP lebih ikhlas dalam menjalini hubungi dengan orang Melayu menerusi Pas dan PKR. Bukan itu saja mereka juga memahami budaya dan ajaran agama Islam. Lim Guan Eng misalnya menelaah akan budaya dan juga ajaran agama Islam demi mendekatkan bukan saja pentas politik tetapi hati politik antara Cina dengan Melayu. Menerusi penelaaan itu Guan Eng cuba memahami aspirasi orang Melayu dan bukannya memprejudis seperti mana Chua Soi Lek. Dalam erti kata lain Cina DAP mengenali Pas dengan hati manakala Cina MCA mengenali Pas dengan memandang dari jauh di samping terus menerima bisikan "syaitan" Umno. Umno pula double standard dalam hal ini boleh menerima MCA tetapi mengecam DAP.
Contohnya mengenai hukum hudud, pemahaman pemimpin DAP jauh berbeza dengan pengetahun atau apa yang ada dalam kepala pemimpin MCA. MCA melihat hudud itu satu hukum zalim dan kejam bakal menyusah dan merugikan orang Cina, sebaliknya DAP tidak melihat sehuduh itu. DAP melihat hudud membantu orang Cina untuk hidup dalam sebuah negara yang adil dan saksama. Mereka (DAP) mulai menerima dan merasai akan keadilan Islam apabila Pas berjaya menunjukkan ciri-ciri itu di Kelantan.
Mengapa tidak begitu tamadun sekali Soi Lek dalam memahami hidup secara bernegara dan berpelembagaan? Saya rasa sia-sia beliau mempunyai ilmu kedoktoran, belajar di universiti tetapi tidak atau masih belum faham mengenai perlembagaan negara. Untuk mengatakan beliau jahil mengenai Islam, rasanya tidak kerana ... mata pelajaran Islam sudah diajar di sekolah sekolah sejak lama dahulu, tetapi cukup kalau dikatakan beliau tidak atau masih belum reti perlembagaan negara.
Anihnya pendapat atau kata-kata seperti itu tidak terdengar oleh saya keluar dari mulut Cina DAP, seperti Lim Kit Siang, Guan Eng atau Tan Seng Geok? Mereka tidak pernah mempersoalkan agenda atau matlamat Pas dalam soal hudud. Mereka mengambil sikap terbuka dan cuba memahami hudud dengan mempelajarinya secara ikhlas. Di sini saya mengira pemimpin DAP lebih terbuka, lebih tolenrasi dan lebih memahami akan kehidupan secara majmuk di negara ini.
Apa yang kita ketahui sebelum ini bahawa MCA pernah dikuasai oleh para samseng dan gengstar mungkin akan hidup kembali. Ia tidak mustahil apabila Soi Lek tidak dapat menanggalkan hubungan fizikal DAP dengan Pas dan PKR secara provokasi, cara kekerasan akan digunakan. Yang penting baginya mahu memastikan DAP tidak akan membantu bentuk kerajaan Pakatan Rakyat.
Haiyah 5:14PM
Apa pasal bising sama hudud?
Bukankah UMNO yang merupakan parti Melayu telah menentang hudud kerana Najib sudah berjanji selagi BN memerintah, BN tidak akan melaksanakan hukum hudud dan UMNO tidak akan langsung tegur tentangan MCA terhadap hukum Allah SWT itu.
Kasi sokong sama DAP sebab DAP sudah memberikan pendirian untuk menghormati agama lain terutamanya agama Islam sebagaimana Islam menghormati agama lain.
Kesimpulan dari situ ialah DAP tidak akan menghalang PAS dan orang Melayu untuk melaksanakan hudud dan pendirian ini lebih baik daripada pendirian UMNO itu sendiri!
Tuan,
Kalau UMNO dianggap ‘Melayu’, maka si pensabotaj parti juga bolehlah kiranya dianggap pengkhianat Melayu. Tak begitu tuan?
Tapi, nama saja parti Melayu taklah juga bermaksud orang Melayu terbela, hidup senang, mewah dan berumah sendiri. Ramai saja Melayu yang merempat di bawah kerajaan parti Melayu UMNO.
Sudah berjuta-juta PATI mendarat di Malaysia, baru sekarang nak buat pemutihan. UMNO dah terlambat apalagi mereka telah masuk era senja.
Apalah sangat punya kad ahli UMNO? Nak ditayang tak dipeduli orang, nak diguna buat isi petrol tak laku juga. Buat ahli biasa, habis-habis dapat pinjaman Tekun, dapatlah kontrak potong-potong rumput.
Soalnya, kalaulah ada mana-mana orang kuat UMNO berceramah di pentas oposisi, atau bersama-sama menganjurkan aktiviti, tidak bolehlah terus dipecat. Nampak dayus.
Salam Dr,
Serangan melampau Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek terhadap PAS, hudud dan Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah menimbulkan keresahan dalam Umno sehingga Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak tidak boleh berkata apa-apa dalam isu ini.
Siapakah yang benarkan Chua serang Nik Aziz. Orang Melayu di kampung terfikir bagaimana seorang ulama dan hukum hudud boleh dibiarkan dihina Chua yang pernah dirakam video seksnya?
Walaupun Umno tidak menyukai Nik Aziz dan menyerangnya daripada sudut isu-isu di Kelantan dan kerjasama dengan DAP, akan tetapi Umno tidak pernah sesekali berani mengutuk peribadi beliau sebagai agamawan.
Macam mana orang Melayu boleh membiarkan orang Cina yang moralnya tercalar seperti Chua untuk menyerang seorang ulama bertaraf Nik Aziz tanpa berkata apa-apa?
Saya berharap agar Dr juga jangan hanya membisu apabila Islam dihina sebegitu.
Hukum Hudud di hina dek DAP sejak banyak tahun dulu.
Lim Kit Siang kata "Never", Karpal Singh kata "Over my dead body" kapada Hukum Hudud.
Bahasa kuat tu. Amat keras. Kasar.
tuan,
saya berasal dari keturunan kg kiyai salleh.
atok saye seguru dengan kiyai bersama menuntut ilmu agama dan ayat 4.
warisan salempang merah masih kekal.
paklong sye masih mewarisi..
toksah nak cita panjang sye ingin katakan.
kaji la sejarah wahai tuan-tuan. sejarah dunia.
kita juga tak boleh hanya tangkap muat sahaja segala maklumat yg kita terima.
ketika zaman komunis itu, orang melayu masih tiada ilmu pengetahuan. begitu cetek ilmunya.
termasuk la nenek moyang saya.
kalau diiukutkan kita kaji balik,ketika empayar dunia mahu meluaskan pengaruh. samaada DUNIA ini akan tunduk pada sistem kapitalis ATAUPON komunisme yang memperjuangkan KESAMARATAAN. hasil kekayaan adalah sama bahagi! bukan seperti sekarang. manusia tamak!
BRITISH sudah menang dan konco2 negara kristian juga sudah menang menundukkan orang islam mengikut acuan ekonomi mereka! komunis memperjuangkan hak sama rata.
tapi silapnya ketika mereka di Tanah Melayu, british telah mengadu domba kepada orng melayu bahawa komunis jahat,komunis jahat. dan bermacam propaganda mereka.Sehingga melayu terpedaya. seperti ketika jepun memperdayakan orang melayu ketika mereka memperjuangkan, hak orang asia dan mcm2 lagi propaganda sekiranya tuan2 ingat.
cara itu jugak lah yg british guna ketika mempergunakan orang melayu kita ketika itu!
memperdayakan orang melayu seperti mana orang jepun telah lakukan! kita percaya pada british. Akhirnya,orang komunis telah berubah haluan dan visi mereka. orang cina juga telah merosakkan minda orang melayu.
panjang ceritanya kalau kita nak kaji.
saya setia pada kerajaan, dan saya rasa ,tak elok kita mengaibkan orang dan memburuk2kan mat sabu.
kenyataannya dah diputar belitkan.
sebelum kita mengulas apa2 isu,kita perlu kaji dulu sejarah.
jangan hanya berpandukan sejarah sekolah dan universiti sahaja.
pendapat saya, niat komunis pada mulanya sememangnya baik. tetapi telah terpesong ideologi mereka di tanah melayu .
atok saya juga pernah bersama-sama dato onn jaafar keluar sebagai ahli umno . kerana umno telah membuka keahlian kepada semua kaum untuk merdeka. ini juga adalah propaganda british. ketika itu,semua membenci dato onn jaafar, seolah-olah beliau seorang yg pentingkan kuasa. ketika itu orang melayu sudah begitu dahagakan KEMERDEKAAN. begitu bodohnya bangsa kita. Padahal dato onn jaafar sememangnya sudah lama kenal dengan perangai pihak british. dan sudah tahu apa propaganda british untuk memberikan kemerdekaan pada orang melayu. itu sebab beliau menentang! tetapi penentangan beliau hanya sia-sia. orang melayu tidak peduli langsung!
masakan tidak,beliau sudah membesar dan sekolah bersama orang putih sekian lama. dan kesultanan johor juga telah begitu rapat dengan mereka.
Ada sorang cyber trooper Pakatan Rakyat di sini sejak beberapa hari yang lalu.
Sorang saja. Dia masukkan berbagai komen letak nama mengiklankan blog pihak pihak Pakatan Rakyat. Blog blog yang kebanyakannya orang tak masuk, 0 Comments.
Tak tahu lah dia cyber trooper yang di bayar atau bergaji. Ligat juga nampaknya dia.
Aku cyber trooper juga. Tapi tak bergaji, tak berbayar. Aku tak setuju politk diorang. Rela jadi cyber trooper dengan sukarela.
arjuna,
Saya minat dengan komen Sdr dan cara Sdr keluarkan pendapat. Berhemah. Bagus lah. Walau pun saya tak setuju dengan beberapa pendapat Sdr, saya alu alukan Sdr keluarkan pendapat Sdr selalu di sini. Boleh kita berbincang, berdailog, tukar fikiran.
Bagus lah Sdr setia dengan Kerajaan. Semua rakyat perlu setia dengan Kerajaan. Sebab telah di pilih oleh rakyat secara demokratik. Boleh tidak setuju, atau "dissent". Tapi dengan cara yang tidak betul. Tidak secara demo jalanan atau demo haram. Demo yang ada permit tak apa. Di tempat tempat yang dibenarkan. Supaya tidak menysahkan rakyat lain cari makan dsbnya.
Saya cuba beri pendapat kapada perkara perkara yang Sdr keluarkan yang saya berpendapat berlainan, satu per satu, selepas ini. Harap kita bersama sama dapat meluaskan pandangan dari pendapat masing masing, terima kasih.
arjuna,
Saya sedikit keraguan dengan kata kata Sdr "kapitalis ATAUPON komunisme yang memperjuangkan KESAMARATAAN. hasil kekayaan adalah sama bahagi!"
Memang benar teori komunisme berdasarkan sama rata. Tapi pada praktiknya, tidak ada sama rata dapat di capai. Sudah terbukti di Russia dan Cina. Di katakan tanah dan harta benda semua di punyai oleh rakyat jelata, ada sistem "commune" dan sebagainya, dan rakyat hidup sama rata, kononnya.
Tapi boleh lihat di dalam sejarah, penulisan, gambar dan footage filem mana yang ada, bahawa mereka yang pegang jawatan dalam Kerajaan dan dalam parti komunis di negara negara itu ada lebih hak - tidak sama rata. Contoh nya, "party cadres" atau penggerak parti, di beri kemudahan, wang untuk beli basikal, atau keutamaan untuk membelinya, walau di kampong kampong pun, di masa rakyat jelata merana, naik kereta lembu atau kerbau (di China tak ada sistem guna kuda), berjalan kaki berbatu batu, sejuk mengokul di musim sejuk, menggigil, tungkus lumus hidup.
Menanam padi, gandum, jagong dsbnya di ladang yang di katakan kepunyaan semua rakyat. Hasil Pemerintah ambil, rakyat di beri seberapa sahaja. Kain untuk buat baju dan seluar seperi Mao Zedong pakai di catukan (rationing) hanya untuk 2 helai SETAHUN. Banyak di rekod di dalam sejarah hal seperti itu. Sejarah kegagalan dasar ekonomi Mao Zedong yang di panggil "The Great Leap Forward" telah menyebabkan tak cukup makanan, ramai mati kelaparan, ramai yang mati bergaduh sebab makanan, hampir menjadi perang saudara, mengakhiri dengan sejumlah 30 juta rakyat China mati.
Sistem "commune" atau ladang rakyat komunis di China tidak membenarkan rakyat bercucuk tanam di belakang rumah pun. Mana yang di benarkan, di paksa memberi kapada Pemerintah hasil bahagian yang besar, boleh simpan hanya sedikit sahaja. Jual simpan wang nak beli basikal pun tak cukup, mana yang ada cukup, tidak boleh, sebab tak cukup jumlah basikal yang di keluarkan di seluruh negara.
Di zaman Mao Zedong di China, basikal rakyat nak beli pun tak ada. Wakil rakyat ADUN Selangor di beritakan di benarkan pergi melawat saudara maranya di China di masa itu, mahu belikan basikal untuk saudaranya, 2-3 hari cari, tak dapat. Sebab yang beberapa buah yang ada di kedai di kata kan di khaskan untuk "parti cadres".
Ekonomi dalam sistem komunisme itu tak boleh maju, tak menggalakkan daya nak berkerja lebih, sebab hampir kesemuanya jadi kepunyaan "commune". Hingga pengeluaran basikal pun tak cukup untuk keperluan rakayat jelata.
Lebih dari setengah abad rakyat kominis di China dan Russia menderita. Akhirnya mereka tukar sistem kominis itu kapada sistem "free enterprise" atau kapitalisme. Lihat betapa majunya China sekarang. Dalam 1-2 dekad yang lalu, ekonomi China naik melambung tinggi, hingga menjadi ekonomi yang kedua terbesar di dunia sekarang.
Jadi, kesamarataan hanya ada pada teorinya sahaja, gagal pada praktiknya. Di China, di Russia dan beberapa negara kominisme yang lain. Di Cuba, yang masih komunisme pun, rakyatnya masih kesusahan, tak cukup itu ini, kereta Amerika buruk jenis besar besar seperti Chevrolet, Dodge dsbnya tak ada alat ganti pun, sebab sistem komunisme mereka tidak membenarkan impot, atau negara luar sekat ekspot barangan mereka. Sekarang Cuba pun di laporkan sudah juga mula mempraktikkan beberapa aspek kapitalisme.
Saya akan menulis lagi bila lapang. Sekian sahaja dulu.
Catatan Senja,
Nama tu membayangkan temph dah nak habis?
Siapa cakap "pemimpin Cina DAP lebih ikhlas dalam menjalini hubungi dengan orang Melayu menerusi Pas dan PKR"?
Kan banyak orang kata DAP anti-Melayu dan anti-Islam.
Kan Lim Kit Siang kata "Tak boleh selama lamanya" dan Karpal Singh kata "Langkah mayat aku dulu" kapada Hukum Hudud.
arjuna,
"samaada DUNIA ini akan tunduk pada sistem kapitalis ATAUPON komunisme yang memperjuangkan KESAMARATAAN. hasil kekayaan adalah sama bahagi! bukan seperti sekarang. manusia tamak!"
Mana ada lagi hasil kekayaan di sama bahagi lagi, kawan?
Di People's Republic of China dan di Persekutuan Russia semua sudah ikut sistem kapitalis, kawan.
Tak baca kah dalam 1-2 dekad yang lalu pemimpin China menggalakkan rakyat China berniaga, mengambil risiko, mengambil untung. Dalam sistem free enterprise atau bebas berusaha/ berniaga. Berdentum konomi mereka naik sampai kalah negara Jepun, kawan.
Sistem kominis dah tak laku lagi. Tak boleh jalan. Tak maju negara. Terkenal dengan pimpinan kuku besi. Tak boleh bersuara, tak ada hak asasi maanusia. Sikit sikit sumbat ke penjara.
Sdr arjuna,
Saya tak faham maksud Sdr dan kalau boleh tolong terangkan bagaimana "BRITISH sudah menang dan konco2 negara kristian juga sudah menang menundukkan orang islam mengikut acuan ekonomi mereka!"
Saya tak setuju dengan kata kata Sdr "komunis memperjuangkan hak sama rata". Saya fikir teori kesama rataan yang di pegang komunis lebih 100 tahun dahulu tidak lagi di utamakan. Negara negara komunis sudah menjadi kapitalis. Baca lah berita berita bertulis atau lihat lah berita berita CCTV di Astro dan sebagainya. Nyata sistem kapitalis sudah berlaku di sana sini di China sudah sekian lama.
Begitu juga dengan Russia. Jutawan jutawan Russia ada beratus, malahan beribu, di Russia dan di luar negara. Bacalah fasal kelab bola Chelsea yang termasyhor dan pemunya kelab itu (Agromovich apekenamanya) yang punya beribu juta Pound Sterling (6-7 kali ganda Ringgit Malaysianya). Dia sudah kaya jutawan seblom tinggal di England lagi. Tidak akan boleh ada ramai jutawan timbul jika Russia berpegang kapada sistem komunisme.
Pendek kata, hampir seluruh dunia sudah tahu bahawa sistem komunisme tadak lagi di praktikkan di Russia, China dan beberapa negara yang dulu komunis. Sistem komunisme itu tidak boleh di praktikkan jika mahukan negara maju dan rakyat tidak azab sangsara dan merana.
Umno meminta Mca menentang sekeras kerasnya Hudud sebab kalau berjaya dilaksanakan, 99% orang umno akan kehilangan sepasang tangan.
Maka MCA pun ikutlah perintah UMNO.
Siapa yang menghina Islam? Umno atau PR?
Komen 2:18 PM lah contoh orang Pakatan Rakyat yang tak ada pemikiran mendalam, tak tahu berdailog, bertukar fikiran.
Hanya menuduh secara liar, tak ada bukti, tak ada alasan, tak ada hujah, walau penerangan pun.
Macam mana rakyat nak pilih Pakatan Rakyat macam tu?
arjuna shah kata "sebelum kita mengulas apa2 isu,kita perlu kaji dulu sejarah." Saya setuju sepenuhnya.
Dia juga kata "jangan hanya berpandukan sejarah sekolah dan universiti sahaja." Juga setuju. Nak tambah: Mesti lah beri keutamaan kapada Sejarah yang di ajar di sekolah dan di universiti. Sebab itu sejarah yang telah di akui di dunia antara bangsa. Contohnya, MPAJA memang dikatakan mahu Jepun di halau. Tapi bila masuk pengganas komunis, haluan gerombolan melawan Jepun itu sudah pegi ke lain. Jadi, kalau di kata komunis itu pejuang negara, sudah keluar dari apa yang di akui di dunia antara bangsa.
Saya fikir niat komunis di negara ini tidak baik sebab Chin Peng mahu keluarkan penjajah dan bawa negara ini di bawah naungan komunis China. Mungkin benar "telah terpesong ideologi mereka di tanah melayu", tetapi niat mereka sudah tentu tidak baik. Kita mahukan negara ini merdeka. Tidak di bawah naungan sesiapa.
arjuna shah kata "sebelum kita mengulas apa2 isu,kita perlu kaji dulu sejarah." Saya setuju sepenuhnya.
Dia juga kata "jangan hanya berpandukan sejarah sekolah dan universiti sahaja." Juga setuju. Nak tambah: Mesti lah beri keutamaan kapada Sejarah yang di ajar di sekolah dan di universiti. Sebab itu sejarah yang telah di akui di dunia antara bangsa. Contohnya, MPAJA memang dikatakan mahu Jepun di halau. Tapi bila masuk pengganas komunis, haluan gerombolan melawan Jepun itu sudah pegi ke lain. Jadi, kalau di kata komunis itu pejuang negara, sudah keluar dari apa yang di akui di dunia antara bangsa.
Saya fikir niat komunis di negara ini tidak baik sebab Chin Peng mahu keluarkan penjajah dan bawa negara ini di bawah naungan komunis China. Mungkin benar "telah terpesong ideologi mereka di tanah melayu", tetapi niat mereka sudah tentu tidak baik. Kita mahukan negara ini merdeka. Tidak di bawah naungan sesiapa.
2:18 PM,
Bukan kah kalau Hudud di laksanakan, Anwar akan hilang anu nya?
Kau pujuk lah DAP dulu kalau nakkan Hudud, Mamat wei.
Kalau tak dapat pujuk, kau pelangkong diaorang. Pelangkong secara lisan saja, tau. Nanti perang besar aku tak mahu tanggong jawab, sebab aku suruh sembur saja.
7:20 PM,
Kau marah Chua Soi Lek, tak marah Karpal Singh apasal. Kan Karpal yang bertalu talu hentam Hudud. Fua kali mintak Anwar selesaikan isu itu. Kali terakhir Anwar Pengerusikan mesyuarat top-level Pakatan Rakyat sampai lewat malan tak selesai juga.
Nik Aziz sebut lagi Hudud. Karpal bantai lagi Hudud.
Apa pulak tanya "Siapakah yang benarkan Chua serang Nik Aziz"? Lau tanya Karpal dulu lah. Apasal hentam Hudud tak habis habis. Tanya camtu. Amacam, bole?
Hanisha 7:08 PM,
UMNO punya kad. PAS ada pinya kad ke? Kekeke.
Jangan membohong bulat bulat lah kau 6:24 PM,
Cakap pulak "Kasi sokong sama DAP sebab DAP sudah memberikan pendirian untuk menghormati agama lain," konon. Habis tu apasal DAP asyik dok tenyeh Hudud?
Berkenaan Mat Sabu mengatakan Mat Indera yang mengetua pasukan pengganas kominis menyerang Balai Polis Bukit Kepong, Muar, membunuh anggota Polis, membakar Balai Polis itu di katakan wira negara, kononnya -
1. Kominis di merata dunia cuba ambil kuasa melalui kekerasan, pertempuran, revolusi, anarki, kegunaan senjata, porak peranda, masyarakat lintang pukang, maanusia tunggang langgang. Di Russia, di China, di Amerika Selatan.
2. Komunis di Malaya, kemudian di Malaysia, cuba begitu juga. Tidak berjaya. Mereka tidak dapat menggerakkan rakyat supaya menentang Kerajaan secara besar besaran, mengangkat sejata, mengamok di sana sini. Tetapi dalam cubaannya itu, tercatit dalam sejarah bahawa mereka mengganas
- membunuh beribu orang tentera dan menyebabkan kematian beribu rakyat biasa yang tidak berdosa
- berpuluh tahun mengadakan huru hara, tembak sana, bakar bas sini, di Pahang, di Perak, di Johor dll, dimana saja yang ada hutan besar, mereka lari ke hutan, keluar membuat ambush atau serangan terperanjat, terhadap Polis, Tentera, walau pun rakyat biasa
- Negara di istiharkan pemerintahan dharurat (Emergenncy Rule) di kawasan kawasan berkenaan, sekatan keluar rumah (curfew) di kenakan bagi mengawal pergerakan pengganas kominis itu, hingga susah rakyat nak cari makan berpuluh tahun di sesetengah kawasan
- Pengganas kominis ugut rakyat biasa supaya jangan beri maklumat di mana mereka bergerak dsbnya, paksa beri mereka makanan dan wang untuk keperluan mereka bila keluar dari hutan, mana yang tidak ikut kemahuan mereka bunuh
- Mana pengganas kominis yang takut keluar menyerang tentera dan pasukan pasukan Polis, mereka serang pokok getah. Mereka takuk pokok pokok di tempat toreh supaya rosak pokok itu. Begitu kejam sekali
- Kerana pengganas kominis lakukan kacau bilau, ekonomi negara terencat. Rakyat susah mencari makan. Berlarutan berpuluh tahun
- Di ajak bersama dalam pembangunan negara di dalam suatu rundingan di Baling, Kedah. Chin Peng keluar menjumpai Tengku A Rahman berunding, tapi nyata keras kepala, mahukan kuasa dan merintah cara dia, tak mahu cara demokrasi, masuk semula ke hutan, meneruskan keganasan mereka
Jadi, dengan itu semua, dan banyak lagi cara cara mereka mengganas di negara ini, bagaimana nak kata mereka itu wira negara?
Maka, bila Mat Sabu kata pengganas kominis Mat Indera yang menyerang, membunuh dan membakar Balai Polis Bukit Kepong itu wira, tentulah nampak mengarut dan tidak tahu sejarah dia.
6:57 PM
Apa pasal Najib senyum aje bila Chua Soi Lek bantai hudud?
Ini pemimpin Melayu negara. Kenapa beliau langsung tak tegur dalam ucapan beliau?
Inikah pemimpin Melayu?
Bukan mengganas saja. Membuas juga. Buas macam binatang.
Mana tak buasnya bila rakyat biasa di dera. Bermacam cara. Sebab depa dah kebulur tak makan dalam hutan.
Lama dalam hutan, jadi binatang lah depa.
Prof,
Mat Sabu kata ego Presiden MCA sudah melambung hingga ke peringkat tidak takut apa-apa pun lagi untuk mengutuk dan menghina Islam.
Apa kata prof?
Dr Ridhuan,
Bung Mokhtar anggap Bank Negara TIDUR
Tidak ada KESAMARATAAN selagi ada Perlembagaan merakamkan Perkara 153 Kedudukan Istimewa Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak.
Tun Dr Mahathir kata begitu dan saya sokong kata katanya sepenuhnya. Sudah tentu DAP yang chauvinis dan rasis tidak senang hati dengannya, dan DAP sudah lama dikatakan anti-Melayu dan anti-Islam.
Dan peruntukan Perlembagaan itu tidak boleh di pinda atau di tukar. Di lindung oleh Akta Hasutan yang masih ada lagi tersergam, tidak di pinda - tidak saperti ISA, walau pun ISA ada gantinya.
Ini bermakna Kedudukan Istimewa Melayu dan Bumiputera itu tidak boleh di bincang, di ungkit atau di perso'alkan pun. Jauh sekali di cuba pinda apa pun. Tiada ma'af bagi sesiapa yang cuba.
Balasan bagi menyergamkan Kedudukan Istimewa Melayu itu di dalam Perlembagaan di masa Merdeka ada lah Melayu menyetujui hak kerakyatan bagi bukan Melayu, yang juga di rakamkan di dalam Perlembagaan. Jika Kedudukan Istimewa itu di ungkit, hak kerakyatan itu juga akan di ungkit, dan itu tidak baik bagi sesiapa.
Perkara 153 itu juga ada lah punca bagi kuasa menggubal Dasar Ekonomi Baru (DEB) untuk memajukan kaum Melayu dan Bumiputera. Depa ketinggalan jauh di belakang akibat dasar ekonomi penjajah British yang membina hanya sekolah Melayu 4 tahun pelajaran di kampung, sekolah Melayu berbelas batu antara kampung. Seksa merana anak anak Melayu nak dapat 4 tahun pelajaran saja pun sehingga selepas Merdeka.
Di bandar yang ramai penduduknya kaum Cina, British sediakan bukan sahaja sekolah rendah dan sekolah menengah, tetapi juga sekolah Inggeris, paspot bagi kejayaan di zaman British.
Selepas pergaduhan kaum 13 Mei 1969, di dapati tak berapa ketul sahaja Melayu di bidang professional seperti arkitek, jurutera, peguam, doktor dll. Di tahun 1970 hanya ada 5% Melayu di bidang professional. Bermakna, tiap 10 ada hanya 1/2 Melayu - tak sampai seorang pun! Maka DEB telah mula menukar keadaan itu.
Penjajah British selama lebih 100 thaun telah membantu kaum Cina dalam perniagaan. Sejajar dengan dasar depa mahukan barang mentah di keluarkan di Malaya, di hantar ke kilang kilang depa di England yang giat bercambah di zaman Revolusi Industri atau Industrial Revolution mulai tahun 1850an. Maka British memberi kaum Cina berbagai tongkat untuk mengeluarkan hasil bijih timah, getah dsbnya. Tanah pajak untuk melombong, lesen melombog, tanah untuk menanam getah dengan besar besaran, lesen berniaga getah, lesen judi berbagai jenis yang orang Cina boleh dapat untung dengan senang, boleh meluaskan perniagaan dan mencebur dalam berbagai perniagaan lain.
Melayu dan Bumiputera tidak ada budaya berniaga, tidak ambil risiko, tidak jual beli barang dengan ambil untung dan mengumpul kekayaan. Tamadun Melayu hanya "berdagang", ia itu bertukar barangan keperluan harian, atau "barter trade" (yang masih berlaku di separuh kedua abad 19). Tamadun itu ada di terangkan di dalam buku, "Tamadun Alam Melayu", di terbitkan oleh Persatuan Sejarah Malaysia, boleh di beli di Wisma Sejarah, depan IJN, Jalan Tun Razak, KL.
Kaum Cina jadi terkaya dan menguasai ekonomi negara ini demikian lama, kaum Melayu dan Bumiputera ketinggalan jauh di belakang. DEB juga mula menukarkan keadaan.
Demi kepentingan harmoni dan keamanan negara ini, tidak boleh itu semua di tukar langsung.
Saya khuatir masih ada lagi mereka yang memegang kapada fahaman komunis di negara ini. Saki baki dari mereka yang dah lari ke Betong Salient, selatan Siam, selepas persetujuan Hadyaai di tahun 1980an.
Atau mereka yang membaca penulisan komunis dan tertarik dengan apa yang di dakwa kesamarataan dan sebagainya. Tetapi sudah banyak penerangan di beri di atas, di harap dapat meyaakinkan depa bahawa teori komunis itu tidak dapat di praktikkan dengan berjaya.
Antara lain, ekonomi tak bergerak, jahanam, macam di komunis China seblom depa tukar kpd sistem kapitalis yang depa dok hentam selama lk satu abad.
Komunis percayakan "collectivism", semuanya hak rakyat, kononnya. Tapi sistem itu tidak menggalak rakyat kerja kuat, bertungkus lumus, sebab berapa kuat kerja pun, yang malas atau tak kerja kuat dapat sama banyaknya.
Yang lain percayakan "free enterprise", bebas nak berniaga apa saja, siapa kerja keras, dapat lebih boleh simpan sendiri, jadi kaya raya, macam di Amerika. Dan di Malaysia.
Jadi, sistem komunis tidak ada tempat di negara ini. Tidak mendatangkan apa apa faedah.
7:24 AM,
"pemimpin Melayu negara .. langsung tak tegur dalam ucapan beliau (Cua Soi Lek)" sebab akui bebas bersuara.
Pemimpin korang tak hentam Karpal Singh sembur Haudud sebab itu jugak ke?
Sebab takda bola le, kekekeke
7:41 AM,
Aku tak tahu apa Prof kata.
Tapi aku kata Mat Sabu mengarut.
Kalau dah Mat Indera pun dia kata wira, mana tak mengarutnya dia.
8:20 AM,
Bukan Bank Negara tidur. Anwar yang dulu arahkan Bank Negara buat macam fasal mata wang, spekulasi mata wang luar, macam macam lagi.
Kalau Anwar tak lawan tokeh, dah jadi PM 10 tahun sejak TDM letak jawatan, entah entah dah lingkup negara.
Soalan paling kao dari Ustaz Kazim Elias kepada pemimpin dan ulamak tersohor Pas. Saya jumpa dalam satu blog.
" Sebusuk2 orang yang kamu kata kafir .. tapi dia masih mahu bina sekolah agama. Sebusuk2 orang yang kamu kata sesat .. tapi dia masih mahu bina masjid. Sebusuk2 orang yang kau kata sekular .. tapi dia masih mahu bina maahad tahfiz quran. Cuba tanya diri kamu .. mesjid mana yang kamu dah bina, berapa biji dah mesjid yang kamu bina "
Hanya orang yang tak nyanyuk dan ada harga diri saja yang akan rasa terpukul dengan soalan macam tu punya kao ...
tuan,
terima kasih kerana melontarkan pandangan . dan mungkin juga saya ada silapnya.
saudara kata "Saya fikir niat komunis di negara ini tidak baik sebab Chin Peng mahu keluarkan penjajah dan bawa negara ini di bawah naungan komunis China. Mungkin benar "telah terpesong ideologi mereka di tanah melayu", tetapi niat mereka sudah tentu tidak baik. Kita mahukan negara ini merdeka. Tidak di bawah naungan sesiapa.
adakah anda pasti kita merdeka tanpa naungan sesiapa?
adakah benar landasan ekonomi kita adalah yg terbaik?
adakah tidak semakin tunduk kepada sistem kapitalis?
saudara juga kata"Mesti lah beri keutamaan kapada Sejarah yang di ajar di sekolah dan di universiti. Sebab itu sejarah yang telah di akui di dunia antara bangsa. Contohnya, MPAJA memang dikatakan mahu Jepun di halau. Tapi bila masuk pengganas komunis, haluan gerombolan melawan Jepun itu sudah pegi ke lain. Jadi, kalau di kata komunis itu pejuang negara, sudah keluar dari apa yang di akui di dunia antara bangsa"
boleh sdr terangkan siapa yg mengiktiraf sejarah negara kita mengenai komunis? 'antarabangsa'
dan soalan yang menglirukan saya,mahukah antarabangsa mengiktiraf sistem ekonomi islam adalah yg terbaik didunia? mahukah mereka iktiraf pejuang-pejuang islam? ataupon mereka akan menggelar 'pengganas'?
kawan,
kawan kata,
"Di People's Republic of China dan di Persekutuan Russia semua sudah ikut sistem kapitalis, kawan.
Tak baca kah dalam 1-2 dekad yang lalu pemimpin China menggalakkan rakyat China berniaga, mengambil risiko, mengambil untung. Dalam sistem free enterprise atau bebas berusaha/ berniaga. Berdentum konomi mereka naik sampai kalah negara Jepun, kawan."
terima kasih ngan pendapat kawan.
saya setuju ngan pendapat kawan,ya. sememangnya china juga telah mengamalkan sistem kapitalis.
saya tidak terkejut dengan perkara itu, kerana apa?
seluruh dunia telah didominasi oleh barat . apalah daya mereka ingin mengikut acuan mereka sendiri.
sedangkan negara islam juga telah tunduk kepada pengaruh barat.
rusia, dan Cuba juga telah mengikut cara kapitalis.
hakikatnya, semua sistem ekonomi sudah tundok kepada sistem kapitalis. saya tetap berpendapat komunis mempunyai intipati yang lebih baik dari kapitalis.
kalau begitu, mengapa kita tidak mempertikaikan sistem gunapakai negara islam? yang dahulunya mempunyai pegangan asas yang lebih makmur untuk digunakan dunia? dimana zaman kegemilangan orang islam? tidakkah mereka juga tundok pada ekonomi kapitalis?
saudara2 sekalian,mengapa kita tidak mempertikaikan teori yang digunapakai oleh orang islam? tetapi pada praktiknya barangkali TERABAI?
saudara,
"Lebih dari setengah abad rakyat kominis di China dan Russia menderita. Akhirnya mereka tukar sistem kominis itu kapada sistem "free enterprise" atau kapitalisme. Lihat betapa majunya China sekarang. Dalam 1-2 dekad yang lalu, ekonomi China naik melambung tinggi, hingga menjadi ekonomi yang kedua terbesar di dunia sekarang.
Jadi, kesamarataan hanya ada pada teorinya sahaja, gagal pada praktiknya. Di China, di Russia dan beberapa negara kominisme yang lain. Di Cuba, yang masih komunisme pun, rakyatnya masih kesusahan, tak cukup itu ini, kereta Amerika buruk jenis besar besar seperti Chevrolet, Dodge dsbnya tak ada alat ganti pun, sebab sistem komunisme mereka tidak membenarkan impot, atau negara luar sekat ekspot barangan mereka. Sekarang Cuba pun di laporkan sudah juga mula mempraktikkan beberapa aspek kapitalisme."
saya hormat pada pandangan saudara. pandangan yang bernas dan sarat dengan ilmu.
tapi saudara pasti tahu, negara islam2 yang masih mahu dengan pegangan ekonomi islam lebih jauh mundur nak dibandingkan dengan sistem komunis. mengapa ye?
seluruh dunia juga tahu, ekonomi dunia didominasi oleh Amerika .
tidakkah kita rasa, mereka bila2 masa sahaja,dan tidak punyai mslh untuk menjatuhkan sesebuah negara samada melalui alam nyata ataupun secara dalam diam .
cara penjajahan mereka sekarang lebih teliti dan lebih halus.
negara malaysia juga hanya pada teori juga kan? mengamalkan sama rata, islam dan sebagainya. pada praktiknya? bukankah begitu banyak bertentang dengan syarak? mengapa boleh terjadi sebegitu?
DAN begitu jugak lah sistem komunis. semua ini adalah hasil rancangan orang barat.
saya harap boleh terus berkongsi pendapat dengan saudara.
disini,agak susah saya ingin menerangkan satu persatu fakta yg perlu diketahui orang ramai.
kesimpulan pendapat saya mengenai SISTEM2 EKONOMI DUNIA.
-sekiranya orang islam ingin mengubah sejarah dunia, dan memakmurkan kembali kegemilangan islam. orang islam perlu berani mengubah dunia mengikut acuan sendiri.
-Persidangan OIC memainkan peranan penting. jangan hanya memperbincangakan mengenai bantuan orang islam dan sebagainya. seharusnya membuat suatu kerjasama yang lebih erat sesama negara islam berlandaskan al quran dan hadis.LEBIH BERANI juga penting!
jihad adalah penting. contohilah AHMADINEJAD,pemimpin IRAN
sering kali kita dengar bukan? dan kita ketahui?
negara mundur dan negara membangun kebiasaannya majoriti adalah negara islam?
tidakkah kita terfikir?
bukankah kita sudah terpesong?
kita sudah tidak ikut istilah "kemajuan" dari segi islam. bukan kemajuan mengikut pengiktirafan negara kafir. mengapa kita perlu terus mengikut acuan mereka.
sekiranya saudara-saudara ingin tahu lebih lanjut ,ikuti lah bahas yusof al-qardawi. ulama tersohor.
seterusnya , bagi saya .jangan hanya pikir, negara China ekonomi kedua dunia, mereka akan menjadi termasyur selama2nya .
mereka yang mengamalkan ekonomi seperti mereka pasti akan kecundang jua. tetapi bukan lah dalam seratos tahun .
tetapi mungkit berdekad-dekad akan datang.
tetapi bermulanya dari sini lah untuk mengubah dunia mengikut acuan islam.
sebelum dunia didominasi barat selepas islam,mereka juga beratus-tahun mengambil masa untuk berubah.
seharusnya negara islam sekarang juga perlu berani berubah seperti mana mereka lakukan dahulu.
"jihad tetap jihad"
"maju tetap maju,tetapi biarlah mengikut landasan islam"
mengapa malaysia perlu takut untuk menjalinkan ekonomi lebih rapat dengan negara2 islam yang ekonomi mereka telah disekat amerika?
mengapa?
mengapa negara Iran berani menentang amerika?
pabila ada sahaja negara menentang amerika, seluruh dunia akan dibohongi bahawa negara yang menentang amerika itu tidak baik. pengganas.
iran juga telah dipandang sinis oleh negara islam .walhal dia adalah pejuang . jihad!
kawan atau saudara sekalian,
saya tidaklah sehebat mana , dan saya hanya mengkritik secara sederhana. saya tidak berniat untuk mengagungkan komunis .yang burok dtg dari saya, yang baik segala2nya terserah pada yg esa.
ada pendapat tuan iaitu mengenai sejarah sekolah perlu diberi keutamaan- saya setuju dengan pendapat saudara.
sejarah malaysia perlulah lebih jelas. dan jangan hanya sebahagian sahaja yang diterapkan dalam buku sekolah. itu akan mengelirukan rakyat malaysia.
sejarah juga perlu lebih detail dari zaman arab,zaman islam. barulah orang paham. sejak zaman perang salib juga lebih penting. dan hal2 setelah barat mendominasi dunia. dari situ kita akan paham mengenai agenda komunis dan sewaktu dengannya. perjalan mereka sehingga ke tanah melayu. akhirnya malaysia. barulah kita tahu kan? MERDEKA KAH KITA?
sekian sahaja. saya pasti akan ada kekeliruan mengenai fakta saya. tapi takpa. saudara2 boleh hadir pada sesi dialog saya dengan mem pm saya
As Salam,
PAS bantah kebiadaban Soi Lek; UMNO bila lagi?
Insya Allah, saya harap Dr Ridhuan juga akan membantah di dalam penulisan yang akan datang. Jangan pula ikut Dr Hassan ataupun membisu aje, ok?
Salam Aidul Adha.
Besok kita akan sambut aidul adha. Kita dituntut supaya berkorban. Siapa yang akan pasti terkorban .. dah tentulah para lembu dan kambing.
Siapa yang akan pasti menjadi mangsa korban .. dah tentulah para lembu dan kambing.
Bila sebut saja korban yang terlintas dalam kepala kita adalah .. menyembelih lembu atau kambing.
Tapi pernahkah para pemimpin melayu kita dan para ulamak politik melakukan korban yang lebih bermakna kepada bangsa dan agama. Kalau setakat nak sembelih lembu dan kambing .. walau 100 ekor sekali pun tak menjadi kudis kepada mereka kerana mereka punya uang dan harta untuk menyembelih binatang ternakan sebanyak itu.
Tapi yang kita tuntut adalah mengorbankan kepentingan diri dan puak emi kesejahteraan umat melayu dan islam. Sangupkah mereka melakukan pengorbanan ini ? Pengorbanan yang tak menuntut wang ringgit. Pengorbanan yang tak menjadikan haiwan ternakan sebagai mangsa.
Kita hanya minta mereka mengorbankan nafsu politik masing2. Kita takut kerana nafsu serakah politik mereka boleh berkesudahan dengan kita umat melayu dan islam pula akan menjadi mangsa korban sebagai menggantikan lembu dan kambing.
Hari ini kita berpesta menyembelih lembu dan kambing. Takut dan bimbang satu hari kelak akan ada pihak yang berpesta melaksanakan ibadah korban dengan menyembelih anak cucu kita umat melayu dan islam.
Rayuan saya kepada pemimpin Umno dan pemimpin Pas .. tolong lah fikirkan bahawa berkorban untuk menyatupadukan orang melayu juga sebagai satu ibadah yang di tuntut .. kalau setakat mengorbankan lembu dan kambing untuk diberi makan kepada umat melayu dan islam tidak membawa sebarang kesan kerana hari ini umat melayu dan islam tak lah sesengkek (daif) umat islam di negara2 lain. Hari2 nak makan daging pun orang melayu mampu. Hari2 nak makan KFC pun orang melayu mampu. Hari2 nak makan Pitza Huts pun orang melayu mampu.
Wahai Najib. Wahai Nik Aziz. Berkorban lah untuk kesejahteraan umat melayu dan islam. Hanya anda berdua saja yang mampu menyatukan orang melayu.
Sdr arjuna,
Bagus Sdr terus mengeluarkan pendapat dan pandangan. Tidak ada salah baginya, mungkin berlainan pendapat sebab mungkin pendapat Sdr berdasarkan maklumat maklumat yang tidak di anggap "universal" atau di terima oleh masyarakat umum, atau masyarakat antarabangsa.
Sila teruskan mengeluarkan pendapat pendapat Sdr. Dan sebanyak mana so'alan dan kemiskhilan yang Sdr ada. Saya minat dalam perkara ini dan dan saya rasa banyak juga membaca berkenaan komunisme ini. Secara pengtahuan saja, tidak secara ilmiah atau kajian mendalam. InsyaAllah akan saya beri pendapat saya bagi so'alan so'alan Sdr itu dari masa ke masa.
Memang masyarakt antarabangsa pun ada perbezaan pendapat, terutamanya anatara Amerika dan Eropah yang dah kapitalis begitu lama, dan Russia dan China yang bahru sahaja menggunakan sistem kapitalis.
Di Amerika pun, di antara pemimpin mereka ada pebezaan pendapat yang besar. Presiden Barrack Obama, yang saya fikir "moderate" atau berpendirian sederhana, sudah tidak lagi begitu bermusuh dengan Russia seperti dizaman Soviet Russia dahulu. Tapi sekarang petanding dia, calon Presiden parti Republican, yang kuat menyokong dan mempertahankan Neocons, Yahudi dan Zionis Israel, mengata Russia ada lah musuh Amerika nombor satu. Tidak benar dan tidak wajar.
Sekian.
Sdr atjuna,
Saya pasti bahawa kita merdeka, tanpa naungan dari mana mana kuasa asing.
Dalam beberapa tahun selepas Merdeka, kita bergantung kapada perjanjian pertahanan, pada suatu masa dengan British, dan dengan Australia dan New Zealnd, di panggil perjanjian pertahan ANZUS ke apanamanya. Tidak bermakna naugan, kerana ke empat empat buah negara adalah negara merdeka dan tersendiri, menjadi ahli dengan penuh suara, dan sama suara antara satu dengan yang lain.
Bila Indonesia dibawah perintah diktator Sukarno yang suatu masa dahulu di pengaruhi Parti Komunis Indonesia (PKI, di bawah pimpinan D.N Aidit) cuba serang atau "Ganyang" Malaysia secara perang tidak di istiharkan atau "undeclared war" yang di panggil "Konfrontasi", di tahun 1960an, tentera Malaysia melawan mereka dengan bantuan tentera British, Australia dan New Zealand. Jika tidak, kita mungkin di bawah tawanan Indonesia, atau di perintah Indonesia sekarang, tidak ada maruah (sovereignty) atau identiti sendiri.
Tetapi perjanjian pertahanan tidak bermakna naungan. Kalau begitu, maka seluruh Eropah di naungkan oleh Amerika, atau sebaliknya, sebab ada perjanjian pertahanan NATO, atau North Atlantic Treaty Organization yang di ahlikan oleh negara negara Eropah Barat dan Amerika.
Sdr arjuna,
Saya fikir landasan ekonomi kita adalah yg terbaik, tidak tunduk kepada sistem kapitalis. Kita praktikkan konsep bebas berusaha atau "free enterprise", yang bertentang dngan sistem komunis, yang tidak membenarkan rakyat bebas berniaga.
Lihat sahaja Russia dan China. Berdentum maju ekonominya, selepas hanya 1-2 dekad pemimpinnya tukarkan sistem "state enterprise" kapada "free enterprise". Fikirkanlah, bahawa China komunis yang selama 100 tahun sebelomnya di anggap sebagai negara pariah oleh negara negara Barat, 30 juta rakyatnya mati kelaparan, kebuluran, pergaduhan akibat kekurangan makanan, kekurang pekerjaan, telah menjadi ekonomi yang ke dua terbesar di seluruh dunia sejak hanya 1-2 dekad yang lalu. Telah mengambil tempat negara Jepun.
Bagi menjawab pertanyaan Sdr, yg mengiktiraf sejarah negara kita mengenai komunis ada lah bijak pandai di negara ini, kemudian di akui oleh bijak pandai 'antarabangsa'.
Kita perlu akui bahawa bijak pandai kita ada lah terdiri dari professor professor yang telah berlajar di bawah mereka yang juga bijak pandai, dan lebih pengtahuan dan pengalaman mengajar, menganalisa dan merumus pendapat. Sama ada di dalam negara atau di luar negara. Universiti Malaya telah terbina di awal tahun 1960an. Universiti universiti lain seperti UKM, tak lama selepasnya.
Saya kurang faham berkenaan sistem ekonomi islam. Oleh itu saya tak dapat memberi pendapat yang bermakna dalam perkara ini. Tetapi jika Sdr mahu keluarkan pendapat mengatakan sistem ekonomi Islam itu adalah lebih baik dari sistem antarabangsa yang ada sekarang, saya sanggup mendengarnya. Tetapi sila lah berikan hujah hujah dan contoh contoh baginya.
Perkara menggelar pejuang Islam sebagai 'pengganas' ada lah isu politk antarabangsa. Politik Yahudi, "Neoconservatives" atau condong kapada Israel, dan Zionist Israel yang banyak mempengaruhi Amerika sejak lama dahulu. Mereka juga telah mempengaruhi badan badan bukan Kerajaan atau NGOs di negara ini.
Banyak sudah di perkatakan bahawa NGO bernama Open Society yang di ongkosi oleh Yahudi George Soros telah memberi wang kapada NGOs Malaysia itu. Soros telah di keji oleh Tun Dr Mahathir bila cuba menjahanamkan ekonomi negara ini dengan spekulasi mata wang beribu juta dolar di masa TDM merintah dulu. Dia dendam kapada TDM dan cuba membantu Anwar Ibrahim yang juga dendam dengan TDM sebab dia di buang dari Jumaah Menteri dan di penjarakan kerana dihakim salah sodomi dan korapsi.
Juga banyak telah di perkatakan penyelewengan Anwar yang tak sabar menunggu giliran, jika tidak dia sudah menjadi PM lk 10 tahun hingga sekarang.
arjuna 2.17 AM,
"seluruh dunia juga tahu, ekonomi dunia didominasi oleh Amerika" -
Istilah dominasi itu begitu luas. Perlu kita perincikan.
Yang nyata ia lah dahulu US yang pertama, Jepun yang kedua terbesar ekonomi di dunia. Sekarang China kedua, Jepun ke tiga terbesar.
Sejauh mana mereka dominasi boleh di bincang. Tapi, selagi tidak "protective" sehingga tak benarkan barangan kita masuk negara mereka, atau memberi banyak subsidi kapada syarikat syarikat mereka sehingga syarikat syarikat kita tak dapat bertanding harga dsbnya di dunia antarabangsa, saya fikir tak khuatir sangat.
Contohnya, kalau di berinya begitu banyak bantuan wang dsbnya kapada pengeluaran minyak kacang soya atau minyak jagong negara mereka, sehingga kelapa sawit tak boleh nak tanding di negara mereka atau di pasaran antara bangsa, itu mesti di bantah. Ada pertubuhan seperti World Trade Organization bagi menyuarakan perkara perkara seperti itu.
"cara penjajahan mereka sekarang lebih teliti dan lebih halus." -
Kalau boleh, tolong beri penjelasan ke atas kata kata tersebut.
Juga, tolong beri penjelasan serta contoh contoh kapada kata kata "negara malaysia .. teori .. sama rata .. pada praktiknya bukankah begitu banyak bertentang dengan syarak?"
Boleh kita terus berdailog bila dapat penjelasan, contoh dsbnya itu.
Alo alo Mista pembatu api 3:52 AM,
Cuba kau jawab dulu, macam mana DAP Lim Guan Eng boleh kata sokong Hudud masakan Karpal Singh menyinga tak habis habis membantai Hudud?
tok garu,
saya bersetuju dengan pendapat saudara.
umno-pas. itulah yang terpenting sekiranya kita mahu menjadi negara yg terulung. dan melayu islam menjadi kuat!
pendapat sdr adalah bernas.
harap2..dato seri najib dan nik aziz berbuat sesuatu..
insyallah...
saudara,
saya bersyukur dpt berkongsi pendapat dgn saudara. saya pasti anda seorang yang bijak pandai..
"Bila Indonesia dibawah perintah diktator Sukarno yang suatu masa dahulu di pengaruhi Parti Komunis Indonesia (PKI, di bawah pimpinan D.N Aidit) cuba serang atau "Ganyang" Malaysia secara perang tidak di istiharkan atau "undeclared war" yang di panggil "Konfrontasi", di tahun 1960an, tentera Malaysia melawan mereka dengan bantuan tentera British, Australia dan New Zealand. Jika tidak, kita mungkin di bawah tawanan Indonesia, atau di perintah Indonesia sekarang, tidak ada maruah (sovereignty) atau identiti sendiri.
Tetapi perjanjian pertahanan tidak bermakna naungan. "
sekadar berkongsi.
apa yang saya lihat, indonesia mempunyai sebab yang munasabah untuk menjajah malaysia.
rakyat malaysia tidak mengetahui apa punca2 nya. yang saya pelik,mengapa kerajaan masih berdolak dalih. mengapa mereka tidak berterus terang dengan fakta yang ada.
perlu diketahui umum.
universiti-universiti di indonesia mempunyai banyak arkib2 penulisan ulama2 disana. dan bukti2 kewujudan freemason-iaitu perancangan yahudi untuk jangka masa panjang. mereka menentang kerana mereka tidak mahu sebahagian nusantara ini dinaungi oleh bangsa yahudi dan eropah.
tetapi stelah universiti negara kita membuat kajian,akhirnya mereka temui kesahihan fakta. walaupun sedikit kebelakang dari negara indonesia.
sila rujuk dokumen malaysia: A study in direct and indirect rule ( terbitan 1937)
mengenai artikel yang dibentang oleh Rupert Emerson hasil pebentangannya di HARVARD university. Rupert Emerson adalah penasihat luar amerika ketika itu.
malangnya dokumen rahsia amerika telah dibuang oleh website rasmi arkib amerika syarikat setelah artikel mengenainya telah diterbitkan oleh universiti teknologi mara.
bukti lain,seperti artikel di akhbar the British North Borneo Herald(BNBH) bertarikh 1julai 1929. mengenai nama malaysia.
Sebenarnya nama Malaysia ini telah wujud lama.Malaysia adalah salah-satu dari rancangan masa panjang Freemason.Pertubuhan rahsia dajjal yang ingin menghapuskan pengaruh Islam dan mengawal sosial politik sesebuah negara.Selapas kejatuhan empayar teakhir umat Islam iaitu kerajaan Turki Uthmaniah.
sebenarnya inilah perjalanan ekonomi dan politik kita.
yahudi sudah lama membuka tapak di negara kita.
markas pertama freemason di penang adalah pada tahun 1927
malah arkib simpanan di universiti malaya pernah merujuk nama malaysia sudah wujud sejak tahun 1880 lebih something.
saya hanya bergelak sekiranya pemimpin mendabik dada mengatakan kita merdeka secara rundingan,berdamai,perpaduan. tanpa peperangan. ini semua sudah menjadi agenda orang putih dan sekutunya.
banyak cara british telah memperdayakan pemimpin terdahulu, supaya orang melayu tidak menganggap british sebagai musuh, malah menjadikan mereka sebagai role model dalam pentadbiran.
saya ingin memetik kata-kata dari dato onn jaafar. pejuang kemerdekaan sebenar bagi saya.
“Oleh kerana saya mempunyai beberapa peluang dapat melihat sesuatu gerak langkah, sesuatu perbuatan atau cadangan yang hendak dijalankan di Tanah Melayu ini; langkah-langkah dan perbuatan yang mendatangkan kebimbangan kepada diri saya sendiri.
Saya dapat peluang itu oleh kerana dapat melihat tempat-tempat yang tidak dapat dimasuki kebanyakkan orang. Melihat gerak langkah dan cadangan-cadangan yang hendak didatangkannya ke atas Tanah Melayu ini.
Malang mulut saya tertutup, malang saya berkata mulut saya ini tertutup tidak dapat menzahirkan kepada umat Melayu Semenanjung ini apa yang diketahui oleh saya dalam masa menyempurnakan pekerjaan-pekerjaan dan tanggungan saya itu…“
Ucapan terakhir Dato Onn Jaafar sebagai Yang DiPertua UMNO pada 26 Ogos 1951:
arwah datuk saya adalah pengikut setia beliau .dan Panglima salleh yang tekenal sebagai pahlawan Melayu itu juga menyokong beliau.
banyak pandangan2 beliau mengenai dasar2 yang ingin diketengahkan menjadi pentadbiran islam tanpa dinaungi oleh sesiapa telah dilenyapkan. dalam bahasa kasarnya, dah dinyahkan! bagaimana generasi mahu ketulenan sesuatu fakta sejarah.
ulama-ulama tersohor di indonesia ketika itu adalah diantara bijak pandai di nusantara,malah terkenal ke negara arab. mereka tahu apa perancangan barat. perpecahan di nusantara menjadi beberapa negara juga adalah suatu muslihat mereka yang menjadi.
apa yang tetulis dan diajar di sekolah :
-tunku abdul rahman telah memperkenalkan nama Malaysia setelah kemasukan sabah dan sarawak.
-.Pada tahun 16 September 1963. Singapura, Tanah Melayu (dikenali sebagai Malaya), Sabah dan Sarawak bersama-sama menubuhkan Malaysia.Tarikh asal ialah 31 Ogos 1963(ditunda kerana “konfrontasi Indonesia”).
-Tanah Melayu(semenanjung) merdeka pada 31 Ogos 1957
-Malaysia antara negara yang mendapat kemerdekaan tanpa berperang(melalui rundingan).
-31 Ogos 1957 Tarikh rasmi Malaysia merdeka.
-16 September 1963 Tarikh rasmi Malaysia.
saya rasa kementerian harus menggubal balik kandungan buku sejarah.
kita juga perlu tahu biodata antara penentang2 penubuhan malaysia.
iaitu seperti Zahari , gabungan putera ,AMCJA , DR,burhanudin al-hemy.
malam presiden indonesia juga menentang sekeras2nya kemerdekaan malaysia.
kita perlu selidik kembali.
jangan hanya mengkaji sejarah berpandukan bahan asas,ataupun kajian asal dari orang barat.
dato onn jaafar awal2 lagi sudah dapat menghidu niat jahat british ketika itu. malangnya, kita tertewas. saya pasti , masih ada rahsia-rahsia yang belum diketahui orang ramai mengenai pentadbiran negara kita.
Saudara Arjuna Shah.
Terima kasih kerana anda bersetuju dengan saya. Itu lah saya yang sebenarnya. Tak reti nak maki. Tak reti nak mencarut. Tak reti nak puji melampau kepada Umno. Tak reti nak kutuk habis terhadap Pas.
Bagi saya. Umno itu melayu, Umno juga Islam. Bagi saya. Pas itu melayu, Pas juga islam. Cuma saya amat2 tak faham kenapa walau pun ada persamaan bangsa-agama pemimpin kepada kedua2 pertubuhan itu gagal mensatukan para pengikut mereka. Mereka boleh berkongsi tuhan dan rasul tapi mereka tidak boleh berkongsi matlamat perjuangan untuk melayu-islam. Nafsu serakah ingin berkuasa menyebabkan pemimpin Umno-Pas tergamak " persetankan tuhan dan nabi mereka ". Mereka tak ucap begitu dihadapan orang melayu tapi barangkali itu lah yang ada dalam benak mereka .. " ahhhh go to hell with you God Allah and Prophet Mohamad ".
Semuga kita orang melayu tahu memilih apa yang baik untuk menjamin masa depan melayu dan islam ... " ahhhh go to hell with our malay leaders be it ulamak or non ulamak ".
Sdr arjuna,
Saya bukan seorang yang bijak pandai, hanya banyak membaca, dan baca dari buku buku atau penulisan yang di tulis oleh bijak pandai. Kita perlu berhati hati dengan Wikipedia - tidak semuanya boleh di gunakan sebagai maklumat pegangan atau sebagai rujukan. Sebab hampir sesiapa saja boleh menulis di Wikipedia, selalu terlihat penyunting (Editor) minta rujukan atau alasan atau maklumat tambahan.
Dan maklumat di Wikipedia selalu bertukar akibat nya. Ada masa masanya salah langsung. Mungkin di tulis oleh mereka yang cuba menukar sejarah negara ini. Seperti yang mengatakan Parti Komunis Malaya itu nasionalis atau wira negara, konon. Atau mereka yang mahukan sejarah Malaysia bermula hanya selepas mereka datang ke negara ini, atau selepas Merdeka. Dan ada yang cuba mengata parti DAP tidak mencetuskan pergaduhan kaum 1969.
Malahan, saya sendiri pernah membaca suatu rencana di Wikipedia yang mengatakan kaum Melayu menyebabkan Perang Larut yang melarut hingga peringkat I, II, III dan IV di tahun 1860an. Pada hal puak Ghee Hin dan Hai San yang di bawa masuk oleh Menteri Larut Ngah Ibrahim untuk memajukan perusahaan lombong bijih di kawasan yang di perintahnya. Mereka membawa kongsi gelap, penjahat dan gengster dari Penang. Persaingan hangat mendapat kekayaan. Berbunuh dan menawan lombong pihak lawan hingga mencetus Perang Larut berkali kali.
Tetapi sila lah terus mengeluarkan apa apa pendapat berkaitan pos yang di keluarkan RT. Boleh berterusan di pos yang bahru yang nampaknya keluar seminggu sekali, ada masa dua kali. Bersama sama lah kita meluaskan pandangan.
Sdr arjuna,
Bagus kalau Sdr dapat terangkan bagaimana "indonesia mempunyai sebab yang munasabah untuk menjajah malaysia." Dan bagaimana "kerajaan (Malaysia) masih berdolak dalih ... tidak berterus terang dengan fakta yang ada."
Memang banyak sudah di perkatakan perancangan Yahudi untuk jangka masa panjang dan idaman mereka menguasai dan menaungi kita melalu proxy atau wakil wakli mereka yang di bayar dan di bantu dari luar negara.
Mungkin apa yang telah berlaku tentang nama dan pembentukan Malaysia kita ketepikan. Sebab sudah menjadi realiti dan kita ada tugas ayang penting mempertahankan maruah dan identiti kita sekarang. Maka perlu kita pusatkan perhatian kapada apa yang berlaku dan yang perlu kita lakukan sekarang. Dan cuba elakkan, bantutkan dan basmikan apa yang Yahudi impikan di nusantara ini dan di lain lain negara Islam.
Sekarang kita perlu awaskan pengaruh Yahudi yang di namakan Neoconservatives atau Neocons, dan Zionist (Yahudi yang ada niat jahat politik mendominasi pihak lain) di Amerika, Israel dan negara negara Eropah. NGOs di negara ini seperti Suaram, Malaysiakini dll telah mengakui menerima wang dari NGOs Amerika dan pertubuhan Open Society kononnya, yang di ongkosi oleh George Soros, Yahudi billionaire yang pernah cuba jatuhkan ekonomi negara ini melalui spekulasi mata wang secara besar besaran.
Kita mesti selalu keji dan caci NGOs Malaysia yang menjadi proxi kapada Yahudi melalui NGOs Amerika dll bagi melemahkan negara ini. Seperti mereka telah lakukan kapada negara Islam di Timur Tengah seperti Mesir, Libya dan Syria.
Dalam hal ini saya ingin syurkan Sdr baca "The Israeli Lobby" yang di tulis oleh seorang professor Harvard University (yang terkemuka di US) bersama dengan seorang professor di Chicago University - boleh di Google. Suatu badan Yahudi Neocons dan Zionist di America "with unmatched power", kata dua professor itu. Melalui wang, pelajaran dan kepandaian, mereka telah pengaruhkan pemimpin Amerika, hingga nampak seperti mencucuk hidung Presiden George Bush dan mengeheretnya supaya mengebom Iraq, atas tipu helah weapons of mass destruction yang sehingga hari ini tidak di jumpai.
Sekarang Israel menyiku nyiku Amerika supaya mengebom Iran pulak. Atas dakwaan Iraq membina senjata nuklear. Jadi, kita mesti awasi mereka yang menggunakan NGOs seperti Suaram, Malaysiakini dll itu cuba melemahkan negara ini supaya proxi mereka boleh mendapat kuasa. Kita perlu ingat bahawa Anwar Ibrahim sudah berkata bukan sahaja boleh ada hubungan dengan Israel, malahan mahu "pertahankan keselamatan Israel." Yang PAS telah jawab bahawa mereka tidak mahu ada apa apa perhubungan dengan Israel langsung.
Melayu sudah berpecah tiga akibat Anwar menarik sebahagaian kapada PKR, PAS juga menarik sebahagian kapada mereka. Maka, lagi berpecah Melayu, lagi lemah Melayu, lagi besar peluang proxi Yahudi mendapat kuasa dan lebih banyak peluang Yahudi menguasai negara ini melalui proxi mereka.
"Melayu yang menyertai parti ultra kiasu dan mengiktiraf komunis sebagai wira, bertaubatlah .."
Setuju. Ingat, komunis tidak akui agama, tidak galakkan rakyat mempraktik agama apa pun. Kristian dll di Russia terpaksa sembahayang cara curi curi. Begitu juga di China.
1-2 dekad lalu tukar kpd sistem free enterprise. Sekarang rakyat Russia dan China bebas. Boleh praktikkan agama semula. Jadi, cara kominis dah lapok, tak boleh pakai.
Sdr arjuna,
Saya setuju Dato Onn ada lah pejuang negara, nasionalis dan wira. Hanya dia berbeza pendapat tentang cara mendapatkan kemerdekaan dari British. Tetapi dia tidak menjahanamkan apa apa seperti komunis lakukan. Dan tidak ada niat mahu bawa negara yang merdeka ke bawah naungan sesiapa.
So'al mengakji semula sejarah - saya filir perlu berdasarkan keperluan dan tujuan.
Saya fikir setiap pengkajian mesti lah bertujuan murni. Seperti Pofessor Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim mengkaji sama ada ketua Pengganas Komunis Chin Peng rakyat Malaysia atau tidak. Kerana pembangkang Lim Kit Siang mahukan Kerajaan benarkan Cin Peng masuk Malaysia.
Tujuannya mungkin membuktikan Chin Peng bukan rakyat. Betul. Dari rekod di Jabatan Pendaftaran dll di dapatinya Chin Peng ada memohon kerakyatan tapi tidak hadzir interbiu kecekapan bahasa dsbnya, maka permohonannya tidak di peroses selanjutnya. Jadi, dia tidak ada hak sedikit pun untuk masuk ke Malaysia.
Dan dia masih terumbang ambing di Thailand. Saya sokong jangan benarkan dia masuk. Biar dia mati tidak berkerakyatan di negara orang. Betapa ganasnya dia dan gerombolannya selama berpuluh tahun, menyebabkan kematian beribu rakyat di negara ini, mendatangkan azab sangsara dan membantutkan pertumbuhan ekonomi negara ini. Tiada ma'af baginya.
Post a Comment