Semua artikel adalah pendapat peribadi. Anda berhak untuk tidak meneruskan bacaan atau tidak mengakseskan blog ini serta merta jika anda tidak bersetuju dengan pemikirannya. All the articles written are the personal views. You have absolute rights not to continue reading or to discontinue accessing this blog immediately if you are disagreeable with the personal views.

Sunday, January 30, 2011

Manfaatkan Tahun Baru Cina

7:06 AM Posted by RIDHUAN TEE 114 comments
Mingguan Malaysian 30 Januari 2011

Tahun Baru Cina menjelang tiba. Malah, bahangnya begitu dirasai apabila limau mandarin diagih-agihkan ketika kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Tenang sehinggalah hari pengundian pada hari ini.

Ramai yang bertanya bolehkah umat Islam bersama-sama orang Cina menyambut Tahun Baru Cina. Saya ingin menegaskan di sini, boleh. Tidak timbul masalah selagi kita pandai menjaga batas-batas sebagai seorang Islam.

Tahun Baru Cina adalah perayaan budaya, tidak ada kena-mengena dengan agama. Malah digalakkan jika mahu menyambutnya demi dakwah, terutama saudara Muslim Cina yang telah memeluk Islam.

Hari raya orang Cina adalah Tahun Baru Cina. Berbeza dengan Islam, tahun baru Islam dikenali sebagai tahun baru hijrah atau Maal Hijrah, tidak akan kaitan dengan hari raya. Manakala hari raya dalam Islam adalah hari raya puasa dan hari raya kurban. Dari segi signifikannya, sambutan hari raya lebih membawa banyak erti, kerana nasnya jelas, berbanding sambutan tahun baru.

Bagi orang Cina, tahun baru membawa signifikan yang cukup bermakna. Jika mahu melihat orang Cina berhenti bekerja atau cuti rehat, tahun baru akan menyaksikan segala. Selebihnya masa setahun digunakan untuk bekerja. Kerja keras tanpa kenal erti penat. Sikap sebegini perlu dicontohi oleh umat Islam, jika mahu dipandang hebat. Malangnya, ada yang hanya bekerja sehari, mahu hidup sebulan atau setahun, dengan menggunakan jalan pintas seperti mengambil rasuah.

Sebagai Cina Muslim, saya tidak ketinggalan, saban tahun ‘menyambut’ tahun baru bersama-sama ahli keluarga seperti ibu tercinta dan sanak saudara. Matlamatnya tidak lain, dakwah. Sambutan ini penting untuk menunjukkan bahawa apabila memeluk Islam, kita tidak menjadi ekstrim atau meninggalkan cara hidup lama yang tidak bertentangan dengan Islam.

Walaupun menjelang sambutan Tahun Baru Cina, ada upacara sembahyang. Itu hanya sebagai tanda ingatan kepada nenek moyang, tidak ada kaitan dengan agama. Sebagai Cina Muslim, kami tidak campur tangan dalam upacara tersebut.

Dakwah

Pada saya, daripada menyambut tahun baru Masehi, lebih baik kita menyambut Tahun Baru Cina. Kerana impak dakwahnya lebih besar dan bertepatan dengan gagasan 1Malaysia. Lagipun cara sambutannya tidaklah seghairah menyambut tahun masehi yang penuh dengan hiburan.

Tidak dinafikan bahawa tahun masihi dijadikan tarikh utama di dalam kalendar masyarakat antarabangsa. Boleh menyambutnya jika tahu menjaga adab sopan. Apa yang menyedihkan, setiap tahun menjelang masuk tahun baru masihi, berbagai acara sambutan secara besar-besaran diadakan sehingga tidak menampakkan nilai keilmuan dan ketimuran.

Justeru, jika ada pilihan antara dua perayaan ini, saya lebih prefer untuk ‘menyambut’ tahun baru Cina kerana signifikan dakwahnya lebih besar serta menyumbang kepada matlamat gagasan 1Malaysia yang diilhamkan Perdana Menteri.

Sebenarnya cara orang Islam dan orang Cina mengira atau menghitung hari atau tahun baru pendekatan yang hampir sama, walaupun cara sambutan berbeza. Kalendar Islam dan kalendar Cina disebut sebagai kalendar kamari (bulan) atau kalendar lunar, yakni berasaskan kepada peredaran bulan.

Perayaan Tahun Baru Cina lahir dari rasa takut dan mitos. Legenda berbicara tentang binatang liar bernama Nien (juga membawa makna "tahun") yang muncul di akhir setiap tahun di Tanah Besar China suatu ketika dahulu. Nien dikatakan bertindak menyerang dan membunuh penduduk kampung. Cara untuk menghalau dan menakut-nakutkan Nien adalah dengan menggunakan bunyi letupan (mercun) dan cahaya terang benderang (bunga api).

Kejayaan menewaskan Nien ini telah disambut sebagai permulaan kepada tahun baru Cina dengan mengambil kira nama 12 jenis binatang terpilih yang silih berganti setiap tahun. Perayaan yang bersamaan dengan permulaan kepada musim bunga di China adalah permulaan kepada bulan baru dan zodiak baru.

Terdapat berbagai versi cerita bagaimana binatang ini dipilih. Antaranya, lagenda meriwayatkan, bahawa suatu masa dahulu Gautama Buddha telah menjemput semua binatang untuk mengadapnya, tetapi cuma 12 binatang sahaja berkumpul.

Sebagai penghargaan dari Buddha, kesemua binatang ini diberi penghormatan menjadi zodiak yang mulia bagi masyarakat Cina. Binatang-binatang itu ialah anjing, khinzir, tikus, monyet, harimau, kambing, ayam, kuda, ular, naga, lembu dan arnab.

Ada yang percaya mereka yang lahir dalam tahun-tahun ini akan mewarisi sifat dan untung nasib binatang tersebut. Tahun ini pula jatuh pada tahun arnab.

Tidak perlulah saya huraikan sama ada tahun arnab membawa tuah atau tidak, kerana tidak semua mempercayainya, apatah kita sebagai umat Islam. Takdir, ajal maut, susah senang adalah di bawah qada dan qadar Allah. Kita hanya berusaha, Tuhan sahajalah yang menentukannya. Tetapi yakinlah, Allah tidak akan sia-siakan usaha orang yang ingin merubah hidup, tidak kira pada tahun apa sekalipun.

Namun, jika ada orang Cina percaya kepada untung nasib tahun binatang yang silih berganti itu maka hormatilah kepercayaan hidup mereka.

Makan besar

Pada orang Cina, tahun baru melambangkan titik permulaan dalam nasib dan kehidupan. Lantaran itu, permulaan tahun baru disambut pada waktu menjelang maghrib (kalendar kamari) dengan makan besar atau reunion dinner sebagai tanda perjumpaan besar atau persaudaraan.

Makan tradisi akan dihidangkan seperti daging itik, daging salai, sosej, kuih pulut dan limau mandarin. Tidak ketinggalan yee sang dan kuih bakul. Rumah akan dibersihkan dan dihiasi. Bersama-sama dengan warna merah, tanglung, mercun dan pakaian tradisi, yang menjadi simbol tradisi kemeriahan masyarakat Cina. Budaya ini telah diwarisi turun temurun.

Mercun dibakar pada tengah malam bagi menandakan bermulanya tahun baru dan menghalau hantu dan perkara tidak baik. Ucapan Gong Xi Fa Cai atau Kiong Hi Huat Chai (Hokkien) lazim kedengaran maksud tahniah! Semoga bertambah atau dimurahkan rezeki.

Terdapat juga keluarga yang mengundang tarian singa sebagai upacara simbolik untuk menyambut tahun baru sambil menghalau puaka dan musibah dari rumah. Juga tidak dibenarkan menyapu sampah kerana ada yang percaya seolah-olah menolak rezeki atau menyapu rezeki keluar.

Golongan muda pula akan melawat golongan tua dan menerima wang ang pau dalam sampul merah bagi melambangkan nasib baik, yang diberikan oleh orang yang berkeluarga kepada mereka yang masih belum kahwin. Budaya ini juga turut diikuti orang Melayu ketika menyambut hari raya dengan warna ang pau yang berbeza (hijau).

Budaya

Di Malaysia, telah diisytiharkan bahawa dua hari pertama bagi Tahun Baru Cina adalah cuti umum. Namun, hari kesembilan (juga tahun baru bagi orang hokkien) dan kelima belas atau ‘Chap Goh Mei’ tidak kurang pentingnya. Ia adalah hari terakhir bagi bulan penuh, menandakan penutup bagi perayaan ini.

Islam tidak melarang menyambut perayaan budaya ini. Begitu juga memakan yee sang menggunakan sepit, dan makanan yang lain, selagi mana ia halal. Inilah universaliti Islam. Meniru atau mengikut budaya atau cara hidup orang lain tidak salah. Kerana kejadian berbangsa-bangsa ini adalah ciptaan Allah SWT. Selagi mana budaya tersebut tidak bercanggah dengan Islam, selagi itu kita boleh raikan. Termasuk menggantung lampu tanglung.

Jangan pulak jika ada saudara kita Cina Muslim yang menggantung lampu tanglung, kita tuduh mereka tidak Islamik kerana saya belum pernah melihat orang Arab berhari raya menggantung lampu pelita, lampu ketupat dan bulan bintang. Ini adalah hanya budaya bangsa Melayu. Budaya setiap bangsa saling berbeza.

Bangsa Arab ada identiti lampunya tersendiri dan cara menghiasi rumah. Sama juga dengan seni reka bentuk masjid yang berkubah dan tidak berkubah. Kita tidak boleh kata seni reka bentuk Pagoda tidak Islamik. Kerana senibina kubah yang ada rata-rata pada masjid hari ini bukan senibina Arab atau Islam tetapi seni bina Moorish-Indian. Justeru, di manakah senibina Islam? Jawapannya, universaliti Islam menerima segala bentuk budaya dan seni reka selagi tidak bercanggah dengan asas Islam. Dengan sebab itu, Islam tidak ada lambang khusus yang menentukan kita Islamik atau tidak. Yang penting iman dan takwa. Lambang tidak penting seperti orang Yahudi.

Berbangsa-bangsa

Pendek kata, berbangsa-bangsa adalah ciptaan Allah SWT. Allah yang menjadi Melayu, Cina, India, bumi putera Sabah Sarawak dan semua bangsa di dunia ini. Mereka ada cara hidup dan budaya sendiri. Tidak salah mengamalkan jika tidak keterlaluan atau bercanggah dengan Islam.

Cuma satu sahaja saya ingatkan supaya umat Islam tidak terlibat dalam hiburan melalaikan, walaupun tidak salah kita meraikan bersama atas semangat 1Malaysia. Ini digambarkan oleh firman Allah SWT dalam surah Al-A’raf ayat 51 yang bermaksud “Orang-orang kafir itu ialah orang-orang yang menjadikan perkara-perkara agama mereka sebagai hiburan yang melalaikan dan permainan, dan orang-orang yang telah terpedaya dengan kehidupan dunia (segala kemewahannya dan kelazatannya)”.

Ingatan Allah SWT ini amat jelas supaya kita tidak melampaui batas. Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum itu, maka dia dianggap salah seorang dari kalangan mereka” (Riwayat Al-Imam Abu Daud).

Justeru, pada saya menyambut tahun baru Cina tidak salah, kerana ia adalah perayaan 1Malaysia. Tetapi pandai-pandailah menjaga batas-batasnya. Sama juga menyambut Hari raya puasa dan hari raya korban adalah ibadah. Tetapi jika cara kita sambut sehingga terkeluar dari norma-norma Islam, maka ibadah akan bertukar kepada padah. Pahala bertukar kepada dosa. Pendek kata, bukan soal perayaan itu yang menjadi masalah tetapi cara kita menyambut perayaan tersebut. Jika kita isi dengan hiburan yang melalaikan sudah tentu sambutan yang awalnya bersifat ibadah, tidak mendatangkan pahala lagi melainkan dosa dan musibah.

Akidah adalah perkara yang sangat penting dalam agama Islam yang mesti dipelihara dan dijaga dengan sebaik-baiknya oleh semua umat Islam. Oleh itu, sebagai umat Islam kita janganlah terikut-ikut kepada perkara-perkara yang boleh merosakkan akidah kita. Kita juga hendaklah berhati-hati dan berwaspada agar tidak melakukan sebarang perbuatan yang boleh mendatangkan kemurkaan Allah SWT.

Kepada seluruh masyarakat Cina saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Tahun Cina, Gong Xi Fa Cai, maaf dipohon jika penulisan saya selama ini ada mengguris hati kalian.

Dr. Mohd Mohd Ridhuan Tee Abdullah, Pensyarah Kanan, Kumpulan Penyelidik Politik dan Peradaban Islam, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, merangkap Setiausaha Agong, Dewan Perdagangan Islam Malaysia. Penulisan ini adalah pendapat peribadi penulis

114 comments:

tokgaru said...

Selamat Tahun Baru Cina

kepada semua orang2 cina di malaysia tak kira sama ada anda seorang muslim atau bukan muslim.

mudah2an tuhan merahmati dan memberkati segala usha kita. adalah menjadi tanggung jawab kita bersama untuk mempastikan negara ini aman dan damai. bersederhana dalam perhubungan diantara kaum akan menjamin kebahagian dan ketenteraman dapat dinikmati oleh seluruh rakyat malaysia.

tokgaru said...

Nik Aziz Mursyidul Am Pas melabelkan pengundi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang yang tidak menyokong calonnya sebagai orang jahiliah.

Tokgaru nak tambah untuk menguatkan hujah Nik Aziz tu.

Bukan setakat di Tenang saja, dimana2 kawasan yang calon Pas bertanding tapi kita tak bagi undi kpd Pas maka kita semua sebenarnya adalah orang jahiliah.

Saya memang lah seorang jahiliah (tak rasa malu nak mengaku) kerana belum mendapat peluang lagi untuk mengundi calon Pas walau pun dah 6 - 7 kali mengundi. Nak buat macam mana kalau tuhan tak menyediakan keadaan yang membolehkan saya bagi undi kepada Pas.

Rerakan saya ahli Umno memang lah sah dilabel sebagai orang jahiliah. Yang tak ahli Umno tapi sokong Umno pun ramai yang jadi jahiliah.

Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan Karpal Singh juga memang sah jahiliah mengikut tafsiran Nik Aziz kerana mereka tu tak pernah sekali pun undi Pas.

Hendaknya jangan lah junjungan besar kita Nabi Muhamad saw juga dikata jahiliah oleh Nik Aziz kerana baginda tak kenal pun Pas. Masa nabi dulu Pas tak dak Umno pun tak dak.

Mari lah kita membiarkan Nik Aziz dengan fatwa2nya. Dia boleh berfatwa seberapa banyak yang dia mahu. Orang2 Umno dan mereka2 yang pro Umno dah lama tak ambil peduli dengan fatwa Nik Aziz, kerana kita tahu siapa dia Nik Aziz.

Sama2 kita nanti berita jam 8 di tv malam ini. Tuhan akan beri kemenangan kepada pihak yang dia rasa banyak membuat kebaikan di muka bumi ini. Siapa ???? Kita akan tahu malam ni .... siapa yang tuhan suka dan siapa yang tuhan murka !!!!

tokgaru said...

PRK dalam senarai menunggu.

Merlimau di Melaka.... selepas Tenang.

Pelabohan Klang di Selangor .... dah masuk makamah ... entah bila tak siapa yang dapat beri jawapan.

Kota Siputeh di Kedah ... lama dah masuk makamah ... bila agaknya orang kedah nak dapat peluang tunjuk dekat Nik Aziz bahawa di kedah sejak kebelakangan ni semakin ramai orang kedah jahiliah (depa dah tak berapa nok berahi dengan kerajaan negeri pimpinan Pas, tahun 2010 rakyat kedah kena banjir tapi kerajaan pusat (Umno) yang hulur bantuan).

Boneka Tak Sakit said...

selamat tahun baru cina buat ustaz ridhuan tee buat yg lain2 happy apa cuti huhuhu...

Penyokong PAS said...

Kejahilan UMNO terdedah dengan isu menentang keputusan mahkamah dalam isu kalimah Allah. Mahkamah membenarkan majalah Kristian menggunakan kalimah itu bagi menggantikan God. UMNO menentangnya sehingga ada gereja yang dibakar. PAS tidak turut serta dalam kesilapan tafsiran yang dibuat oleh UMNO.

Selain dari isu kalimah Allah, kejahilan UMNO terdedah dengan isu azan, isu kepala lembu, isu babi, isu bahasa, isu khatib mendoakan kesejahteraan untuk Ketua Menteri Pulau Pinang dan isu dua wakil rakyat bukan Islam memasuki surau dan masjid di Selangor.

Parti-parti bukan Islam dalam BN memang elergik terhadap Islam hasil didikan UMNO.

PAS berjaya membawa pemimpin-pemimpin bukan Islam dalam PKR dan DAP memahami Islam. Di samping itu, PAS berjaya menarik kaum Cina dan India menyertai Kelab Penyokong PAS.

Pakatan Rakyat berjuang untuk membentuk sebuah negara mampu memberi keadilan kepada semua kaum tanpa menggugat Perlembagaan Malaysia. Sehubungan itu, merakyatkan kemakmuran negara dijadikan iltizam oleh semua parti dalam Pakatan Rakyat.

Hubungan dalam kalangan umat Islam merupakan hubungan saudara segama. Hubungan antara orang Islam dengan bukan Islam merupakan hubungan sesama insan. Kedua-dua konsep ini akan menjadi pegangan PAS sampai bila-bila. Tidak perlu ada syak wasangka terhadap orang Islam dalam kalangan orang bukan Islam di Malaysia.

Kejahilan UMNO sehingga ke tahap menghalalkan judi bola sepak Piala Dunia!

tokgaru said...

Saudara Penyokong Pas

aku nak tunggu komen kau tentang kuputusan PRK Tenang nanti. menang bagi komen kalah pun serupa juga.

tarapa, besok pagi sini juga kita boleh jumpa. sekarang aku apa pun tak mau komen engkau ini hari punya posting.

aku mau tunggu tuhan punya "choice and favorite" di Tenang.

song said...
This comment has been removed by the author.
song said...

Tok Garu (8.47am),

setuju dan terima kasih atas ucapan anda. have a nice CNY break ahead.

PEMBANGKANG-DAP said...

Saya dah sediakan komen berikut pagi pagi lagi. Sebab dah banyak sangat komen saya dipos yang lalu, kali ini nak poskan kemudian pulak.

Komen saya tu semenggah dan "tame". Termasuk ucapan Tahun Baru kpd PENYOKONG DAP. Rupanya Penyokong PAS berdentum keluar komen memula dengan mengentam UMNO (saya tak ahli apa apa parti) dll. Dimasa orang lain mula dengan mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina.

Pada hal PAS sebantal dengan DAP. DAP kebanyakannya Cina. Dia langsung tak ucapkan Selamat Tahun Baru Cina kapada rakan sebantalnya. Pada hal pos Dr Ridhuan kali ini berkaitan dengan Tahun Baru Cina. Terus off-topic, mengentam. Itulah contohnya beza dia dengan kita. Orang yang mengaku kuat beragama.

Berikut ialah komen saya tulis pagi pagi tadi:

Selamat Tahun Baru Cina kapada kesemua yang menyambutnya, termasuk PENYOKONG DAP.

Marilah kita bersama sama berazam ditahun baru ini bagi menjayakan dan menaikkan Malaysia ketaraf negara yang maju (Advanced Nation) berpandukan dan berdasarkan Perlembagaan negara.

Setuju dengan pendapat Dr Ridhuan bahawa orang Islam boleh bersama sama orang Cina menyambut Tahun Baru Cina asalkan mengikut batas keIslaman.

Ramai orang Cina yang mengambil cuti panjang. Mereka yang diindustri pembinaan, sehingga 2 minggu. Yang diindustri makanan pun kebanyakannya rehat, tutup perniagaan beberapa hari. Mudah-mudahan lebih ramai lagi bangsa lain menceburi industri industri yang perkhidmatannya sentiasa diperlukan supaya tidak terjejas langsung perkhidmatan awam diTahun Baru Cina.

Nyata kita sudah mula begitu, hanya perlu dilebihkan lagi supaya suatu masa nanti akan lebih lancar lagi keadaan dimana Hari Raya Islam, bukan Islam bertugas, Hari Raya bukan Islam, orang Islam bertugas memberi perkhidmatan yang diperlukan oleh semua penduduk dinegara ini.

Buat pada masa ini jika bekalan dipasar atau dikedai runcit berkurangan atau tiada, sebab ditutup rehat, kita terimalah keadaannya dan biarkan rakyat Cina berehat dan beraya diTahun Baru depa. Mudah-mudahan aman, sentosa dan mewah rezeki kita semua.

Anonymous said...

askum..selamat tahun baru cina ustaz

tokgaru said...

saudara pembangkang DAP

memang benar. saya pun mulanya terperanjat juga. tup tup saudara kita penyokong Pas tak pasal2 pi attack Umno. dah tu isu yg dia sentuh itu pun udah basi dan udah bau masam. orang pun udah lupa.

setuju bila anda kata. dia orang memang cam tu lah. saya harap anda dan yang lelain terima lah seadanya bahawa sememangnya tuhan telah menjadikan mereka sedemikian rupa. mereka pun tidak minta di lahirkan ke dunia ini sebegitu rupa.

macam saya. saya dah boleh terima dah resmi si Nik Aziz. asal saja dia terdesak atau tersepit. maka akan berfatwa lah dia. sebab tu lah saya kata berapa banyak dia mau fatwa pun kepada ahli Umno atau mereka2 yang pro Umno tak menjadi masalah.

tertatap saya gambor Nik Aziz shake hand ngan Lee Kuan Yew. Lee Kuan Yew senyum macam nak tak nak saja. tapi Nik Aziz senyum sampai ke telinga siap ngan angkat ibu jari tanda bagus lagi.

sejuk hati aku kalau gambor tu adalah gambor Nik Aziz ngan Najib. kempunan aku nak nengok Nik Aziz bergambor ngan Najib cam mana dia bergambor ngan Lee Kuan Yew.

minta2 bior lah satu hari nanti sebelum aku udah berenti jadi orang dapat juga aku melihat Nik Aziz bergambor ngan Najib cam tu. hendaknya tuhan mendengor lah akan permintaan aku ni.

tokgaru said...

sikit berkenaan isu "jahiliah" yang di fatwakan oleh Nik Aziz.

bila calon Pas berlawan calon Umno, sapa tak sokong calon Pas maknanya dia adalah puak "jahiliah". okey aku boleh terima fatwa macam tu.

bila calon Pas berlawan calon BN (non muslim), sapa tak sokong calon Pas maknanya dia adalah puak jahiliah. okey okey aku tersangat lah bersetuju dengan fatwa semacam tu.

okay lah. sekarang ni Pas berada dalam PR yang ada PKR dan DAP.

kata kan lah, calon PR nama Mr Muru Samy (non muslim) berlawan dengan calon BN nama En Ibrahim Krishnan (muslim).

nak tanya Nik Aziz dan puak2nya, dalam keadaan macam ni sapa yang patut saya sebagai seorang muslim bagi sokongan supaya saya anak beranak tak dilabel sebagai puak "jahiliah" ????

minta sangat lah supaya para tok guru dan ustaz dalam Pas tolong jawab kemusykilan agama dari saya ini.

rasanya ramai lagi yang duk pening macam saya juga.

PEMBANGKANG-DAP said...

Mari kita teruskan berdo'a supaya bersatu, togkaru.

Saya percaya Tuhan akan makbulkan permintaan kita satu hari nanti. Sama ada terpaksa - sebab keadaan mendadak ke, mendesak ke - atau dengan sukarela, kita akan bersatu. Lagi kuat ultra kiasu menekan, lebih cepat kita sampai kesitu.

Kita tak tahu apa sebenarnya yang dibualkan masa "makan malam diKL". Betul kata Nik Aziz tak sopan nak kasi tahu semua orang. Dah "tutup buku" kata dia. Macam orang kata DAP biarkan Karpal Singh berkeras dengan PAS dikhalayak ramai, tapi senyap senyap Lim Kit Siang dan lain lain berkerja keras nak kuatkan perhubungan DAP-PAS. Hanya perbezaan depa begitu kuat, susah nak rapat dengan sebenarnya.

Jadi, kita tak tahu sama ada dalam Nik Aziz keluar "fatwa" kafir mengkafir, jahiliah menjahiliah, diam diam ada dia ke Hadi Awang ke orang orang PAS lain ke yang berhubung dengan orang UMNO nakkan bersatu. Saya tak yaakin 2-3 jam makan malam diKL hanya cakap pasal cuaca saja.

Cakap pasal harga barang naik saja pun mesti sentuh politik. Sebab mesti sentuh depa yang kontrol pengeluaran dan sistem pengagihan berbagai barangan, pendek kata depa yang kontrol ekonomi negara.

Tak salah kita berdo'a supaya bersatu, walau pun mungkin ada orang kata kita hanya "hopeful thinking". Mana tahu, yang tak mahu ucapkan Selamat Tahun Baru Cina akan berpecah dengan penganut penganut depa yang kata "Never" dan "Over my dead body" kapada Hudud, dan mahu sebut Assalamu'alaikum kapada UMNO.

tokgaru said...

" minta sangat lah supaya para tok guru dan ustaz dalam Pas tolong jawab kemusykilan agama dari saya ini " (tokgaru)

" rasanya ramai lagi yang duk pening macam saya juga " (tokgaru)

kalau tak sempat nak jawab la ni pasal duk sibuk dengan Tenang, tak apa. selesaikan dulu masalah di Tenang. insyallah malam ni jam 8 selesai lah dan boleh lah tutup buku bab Tenang tu.

toolooooong lah jawab kemusykilan dari saya ni. saya tak kisah kalau saya sorang saja yang sesat, saya redho. tapi jangan lah bagi ramai orang yang jadi sesat terutamnya yang duduk atas pagar.

saya nak kata satu saja. kalau tak dak sapa yang jawab makna nya " fatwa daripada tok guru hangpa tu ada lah sesat lagi menyesatkan "

Anonymous said...

Tuan guru Nik Aziz Nik Mat mengatakan UMNO dan pengikutnya mengamalkan ajaran sesat sesesat sesatnya, Apakah maksudnya ? Bukankah mereka juga sembahyang, puasa , zakat ,Haji dan mengucap ? Di mana silapnya UMNO sedang tok mufti Perak juga UMNO ?

Apabila cari-cari dalam hadis barulah jumpa nasnya, rupanya UMNO sesat sebab mereka mengamalkan dasar perjuangan SEMANGAT KEBANGSAAN ! rupanya orang yang mengamalkan semangat kebangsaan ini nabi tidak mengakui mereka sebagai umatnya sekalipun mereka ini bersembahyang, mengucap, puasa, haji dan bayar zakat

Hadis Rasullullah s.a.w menyatakan:

ليس منا من دعا الى عصبية، وليسى منا من قاتل على عصبية وليس منا من مات على عصبية

Maksudnya : Bukan dari kalangan kita mereka yang menyeru ke jalan Kebangsaan, dan bukan dari kalangan kita mereka yang berjuang ke jalan Kebangsaan, dan bukan dari kalangan kita mereka yang mati di atas dasar kebangsaan (Hadis riwayat Muslim)

Lalu sahabat bertanya : ما العصبية يا رسولالله (Fahaman kebangsaan itu apa Ya Rasullullah ?) Lalu Rasullullah menjawab: العصبية ان تعين قو مك علي الظلم (Yang di katakan 'asobiyah itu ialah bahawa kamu menolong kaunmu di atas dasar kedzaliman) (Hadis riwayat Muslim)

Patutlah Nik Aziz kata UMNO sesat sesesat sesatnya ! Jika sesat dan nabi tidak mengakui sebagai umatnya patut la ibadat mereka menjadi tidak berguna, walau bagaimanapun untuk menyelesaikan fahaman ini yang paling baik ialah Nik Aziz perlulah berdebat dengan ulama UMNO, takkan nak suruh UMNO bersunat dua kali !

Fahaman kebangsaan ini ialah mereka mengambil semangat pada suku puak itu sebagai dasar perjuangan mereka akan tetapi jika mereka mengambil islam sebagai dasar maka fahaman asobiyah (semangat kebangsaan) itu tentulah gugur dan menjadi O.k

Semangat kebangsaan UMNO menjadi bertambah nyata apabila mereka menaikkan gas kat Thailand dan memberikan peluang pekerjaan pada rakyat Thailand dengan meninggalkan kaum melayu di Kelantan, ini menunjukkan mereka sesat sesesat sesatnya dan itulah di katakan zalim.

Ini baru sedikit jika nak ungkit kepada orang UMNO yang bersemangat kebangsaan, belum lagi ungkit yang lain yang banyaknya bertimbun-timbun apabila mereka melakukan berbagai kezaliman dengan kaum dan puaknya sendiri.

PEMBANGKANG-DAP said...

"Yang di katakan 'asobiyah itu ialah bahawa kamu menolong kaunmu di atas dasar kedzaliman (Hadis riwayat Muslim)"

"Semangat kebangsaan UMNO menjadi bertambah nyata apabila mereka menaikkan gas kat Thailand dan memberikan peluang pekerjaan pada rakyat Thailand dengan meninggalkan kaum melayu di Kelantan" -

Sudah periksa ke syarat syarat "menaikkan gas kat Thailand" itu? Usaha sama ke, apa syarat usaha sama, boleh pakai pekerja tempatan ke kalau "menaikkan gas kat Thailand", dsbnya.

Macam mana dengan hal kawasan kawasan balak diKelantan diberi kapada Cina Singapura? Kalau pakai pekerja tempatan pun, berapa sen orang Kelantan dapat dibandingkan denga ratusan ribu Ringgit yang orang Cina dapat. Bukan Cina Malaysia pulak tu. Cina Singapura, sebuah negara asing.

Bukankah itu anti-kebangsaan yang amat sangat? Bukankah itu asobiyah? Tidak zalim ke itu? Bukankah itu sesat x 8 ke x 10 ke? Cakap tak serupa bikin ke? Ikut cara rakan sebantal DAP ke?

Senang pulak cakap takkan nak suruh UMNO sunat dua kali. Kes beri kawasan balak ke Cina Singapura tu takkan nak suruh PAS sunat 3 kali!

Saya bukan orang UMNO atau apa parti pun. Tapi rasanya UMNO pun ada banyak kes lain hal asobiyah PAS.

anonymous said...

Analisa menunjukkan orang Melayu masih ramai bersama dengan Umno lagi, kecuali di Kelantan. Faktor utama kemenangan PR adalah disebabkan oleh sokongan majoriti pengundi bukan Melayu.

Mengapa pengundi Melayu terus menyokong Umno/BN?

Apakah pengundi Melayu tidak nampak penyelewengan dan kelemahan Umno/BN. Jika pengundi Melayu tak tahu hal ini, maknanya orang Melayu terlalu miskin info politik. Apakah orang Melayu lebih percaya info RTM, TV3 dan Utusan Meloya. Apakah ceramah Pas/PKR masih belum menorobos ke akar umbi orang Melayu.

Atau pengundi Melayu memang tau segala kelemahan dan penyelewengan Umno/BN tetapi tetap menyokong Umno/BN kerana Umno/BN itu parti orang Melayu. Pada mereka biarlah Umno rasuah asalkan orang Melayu yang memerintah.

Jika ini pemikiran pengundi Melayu, maka orang Melayu sedang menganut fahaman asobiyah yang dianggap sesat dalam ajaran Islam!

PEMBANGKANG-DAP said...
This comment has been removed by the author.
PEMBANGKANG-DAP said...

Jangan nak ngata UMNO/BN saja lah. PAS/PR apa bezanya? Pun banyak tahi juga.

Nik Aiz terima pekej Haji untuk keluarga dan setafnya bernilai ratusan ribu Ringgit dari kontrekter Kerajaan Kelantan. Bila dah heboh dia tak jadi pergi Haji musim itu tapi ngaku terima pekej itu.

Korupsi DAP diSelangor pun banyak. DiPenang 2 orang Pegawai syarikat Penang Development Corporation yang dilantik DAP ditangkap SRPM.

Macam macam lagi kes rasuah ada. Tak payah cakaplah. Kata awak semua kuat agama. Berbuat baiklah dengan depa yang seagama. Awat nak cari pasal, nak keji saja.

Sembahayanglah kuat kuat, kasi salam selalu kapada Muslimin sekelian. Bila orang Islam kasi salam, Islam lain kena jawab, mula salitur-rahimlah ummat. Orang yang ngaku kuat Islam, bawa bendera Islam, kena dulukan beri salamlah.

Selamat malam dan assalamu'alaikum wmbwkt.

 mai-naruchan said...

Banyak informasi yang saya dpt,terima kasih. Slamat menyambut thn baru cina dan selamat bercuti =)

PEMBANGKANG-DAP said...

Bukan ke PAS dulu bertanding diMerlimau di2008?

Sekarang PKR pulak nak rebut kawasan tu. Ketua Pemuda PKR dilaporkan Bernama semalam sebagai hendakkkan PKR tanding disitu bagi pihak PR.

Hadi Awang kata PR boleh bincang. Tapi sebut ada banyak calon boleh dipilih. Nyindir kot.

DiTenang dulu pun ada ura ura PR nak letakkan calon Cina DAP. Banyak Cina disana konon. PAS berkeras, calon depa bertanding.

Tapi tak mahu bersalam dengan Cina bila berkempen dipasar. Di politikkan musuh politik. Kalah. Majoriti lawan naik 48%. Itu pun sebab hujan lebat berterusan hingga bah dibanyak tempat kawasan undi. Kalau tak, majoriti lebih dua kali ganda kot.

Kesian PAS. kena siku kiri kanan. DAP dan PKR. Mudah-mudahan dapatlah Melayu bersatu.

Anonymous said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Tuan Guru Nik Abdul Aziz Menteri Besar Kelantan dan juga Mursyidul Am Pas terlepas daripada dakwaan rasuah yang melibatkan tuduhan menerima `suapan' sebanyak RM65,000.00 daripada sebuah syarikat sebagai pakej mengerjakan haji dan umrah pada tahun 2009. Nik Aziz membatalkan tunai haji pada tahun itu. Pejabat Peguam Negara (AG) mendapati tiada bukti untuk didakwa. SPRM menutup kes itu.

Dengan penutupan kes itu Tuan Guru memperoleh kemenangan moral dan pada masa sama menjana pengaruh politiknya sekali. Menang moral bermakna kedudukannya sebagai `Tuan Guru' tidak dicemari dengan perbuatan fasik, manakala mejana pengaruhnya dalam politik bermakna akan lonjakan dalam pengaruhnya di dalam politik dan khususnya Pas.

Abdullah Ngah said...

Dalam majlis tahun baru china ada hidangan arak (dulu, sekarang ini ini saya kurang arif)disamping makanan lain yang disebut oleh Dr.

Bagaimana pula hukumnya jika kita berada dalam majlis yang ada hidangan arak.

Tak ada masalah yang disebut itu adalah jelas tidak waras, kerana sesiapa yang terbabit mikipun tak minum, hukumnya (Haram) berdosa.Apa tah lagi duduk semeja.

Apakah hukmnya jika sengaja menghadiri diri dalam masalah hidangan arak ibu segala kejahatan itu.

Setahu saya sengaja melakukan dosa kecil ia akan jadi dosa besar (menurut Saidina Umar Al Khattab)bagaimana pula sengaja melakukan dosa besar?

PEMBANGKANG-DAP said...

1. Saya tak faham mana yang betul - Tuan Guru ke, Tok Guru ke. Nampaknya saya tak salah tak pakai pangkat yang dianugerah oleh penganut dia. Susah nak gunakan pangkat itu bila dia kata Tuhan pun mencarut.

Siapa kata Nik Aziz "terlepas daripada dakwaan rasuah .. sebab Pejabat Peguam Negara (AG) mendapati tiada bukti untuk didakwa. SPRM menutup kes itu" ? Kes tak tutup, hanya belom sampai masa yang sesuai, beribu kes ada dimeja PN dan SPRM.

Ingat, Nik Aziz sendiri mengaku menerima pekej itu, dah bersedia nak pergi, tapi kensel sebab dihebohkan rakyat. Pulak dia kata tak tahu itu rasuah.

Gitu juga bila rakyat hebohkan dia lantik menantu dia kesuatu perbadanan Kerajaan Kelantan tanpa "due process". Pulak dia marahkan Penasihat Undang Undang Negeri tak nasihatkan dia itu salah. Dia tak tanya, mana orang nak nasihat. Dia bukan budak budak. Dia Menteri Besar. Takkan tak tahu itu semua ada peraturan. Guano lagu tu.

Siapa cakap pekej Haji tu sebanyak RM65,000.00? Dia nak bawak isteri, anak dan pembantu dia pergi bersama.

Siapa cakap kemenangan moral? Sampai sekarang disebut disana sini. Memanglah diKelantan dia diagungi penganut dan penyokongnya. Itu pun ada yang merungut. Tambah lagi diluar Kelantan.

2. Komen pasal majlis tahun baru china ada hidangan arak -

Siapa cakap berkata "Tak ada masalah yang disebut itu adalah jelas tidak waras"? Siapa cakap "yang terbabit mikipun tak minum, hukumnya (Haram) berdosa. Apa tah lagi duduk semeja."?

Duduk semeja pun haram ni amat garang ni. Nik Aziz pun kena bungkus bantal dan tikar, tak boleh sebantal lagi dengan LKS dan DAP kalau ikut "fatwa" kamu. Semua orang mahu keluarkan "fatwa" sekarang. Nanti Nik Aziz akan "fatwakan" kamu mencarut cakap gitu.

Kalau ikut "fatwa" anda, beratus ribu rakyat Islam dinegara ini tak boleh berkerja. Masuk akal ke?

Keluarkanlah firman Allah swt atau Hadith yang sahih baginya. Ingat, interpretasi Al Qur'an dan Hadith pun berbeza beza. Sedar ke kamu bahawa ada berbagai ajaran seperti Sunni dan Syi'ah dan berbagai Imam seperti Ghazali dan Hanafi didunia Islam?

DiMalaysia ini kita ikut ajaran Sunni dan Imam Ghazali. Pun masih ada perbezaan pendapat diantara Muslimin disini. Bila ada perbezaan, kena minta pandangan Jabatan Agamalah kawan. Depa akan uruskan supaya dapat fatwa yang benar benar fatwa. Bukan "fatwa" Nik Aziz Tuhan pun mencarut!

Ada undang undang lah, kawan. Perlembagaan kata Islam agama negara ini. YDP Agong ketuanya. Agong telah menetapkan Sunni dan Imam Ghazali ajaran dan Imam kita. Jabatan Agama mentadbirkannya.

Ikutlah apa depa kata. Tak boleh kata haram, berdosa dll disana sini saja. Jangan ikut Nik Aziz kata Tuhan pun mencarut. Itu dia mengarut.

iddinm said...

Dalam perayaan sebegini kadang2 ada pihak yang mengambil kesempatan dengan memberikan "angpau" kepada org ramai dengan niat yang tersembunyi iaitu untuk PRU akan datang. Ini lah masanya untuk mendapatkan sokongan kepada diri sendiri dan memburukkan orang lain

tokgaru said...

Kepada Seluruh Rakyat Malaysia

hari ini merupakan hari paling gembira kepada aku. semalam adalah hari yang paling ku nanti2kan. aku pun tak tahu kenapa ???

dalam kegembiraan ini. aku ingin ucapkan TAHNIAH kepada Tok Ai dan Umno yang telah menerima amanah dan kepercayaan daripada orang2 Tenang untuk terus menjadi wakil kepada mereka.

tak lupa juga aku ingin ucap terima kasih kepada melayu, cina, india dan orang asli yang masih menaruh keyakinan dan harapan kepada Umno (BN) untuk membawa kesejahteraan kepada mereka. undi anda semua menunjukkan anda yakin dengan janji2 Umno (BN).

kepada Tok Ai dan Umno. jangan rasa besar diri. jangan sombong dan angkuh. sedarlah kamu sebenarnya telah di pilih oleh tuhan untuk membawa kesejahteraan kepada rakyat tak kira bangsa atau agama atau warna kulit. kamu menerima amanah daripada tuhan.

kepada Tok Ai dan Umno. jika anda tidak lupa kepada rakyat. insyallah rakyat tidak akan menjauhkan diri daripada kamu pada PRU 13 nanti.

kepada seluruh orang melayu. buat lah penilaian sendiri. buat lah analisa sendiri. Umno tak pernah riuh bagi tahu orang lain dia nak buat ini islam itu islam. tapi Pas tak berhenti2 berteriak nak buat ini islam itu islam. saya yakin tuhan ada mendengar baik suara Umno mahu pun suara Pas.

tapi akhirnya anda lihat lah sendiri. dalam keadaan tenang di DUN Tenang siapa yang tuhan pilih untuk memikul amanah ????

tokgaru said...

Berlaku Adil Kepada Yang Kalah

tak adil rasanya kalau membiarkan cik gu Mala keseorangan menanggung kepedihan.

dah la berhenti jadi guru (income pun dah tak menentu lagi). terlepas pula cita2 nak jadi YB.

suaminya cik gu Maarof dapat surat MC (cuti sakit) berminggu2. orang sakit patut berehat di rumah. tapi cik gu Maarof sakit cuma tak boleh gi mengajar sahaja, gi sana sini tolong isteri berkempen boleh pula. maka orang pun bercakap tak berenti2. selepas ni banyak lah pihak yang kena jawab ... doktor yang bagi MC kena jawab, guru besar yang terima MC kena jawab, pegawai pendidikan daerah kena jawab, pegawai kesihatan daerah kena jawab, pengarah pendidikan negeri kena jawab, pengarah kesihatan negeri juga kena jawab ... jawab kepada siapa kita tak tahu lah.

cuma satu saja pesanan daripada aku yang jahiliah ini. jika kita sentiasa berkata benar (berkata sakit bila kita betul2 sakit). jika kita berjanji benar (berjanji atas perkara yang kita yakin kita boleh kotakan, bukan berjanji kemudian menambah perkataan "insyallah") ... bahawa tuhan itu lebih mengetahui apa yang ada dalam hati perut kita.

cik gu Mala masih muda. perjalanan anda masih jauh. kalah sekali bukan bererti akan kalah juga pada PRU 13 nanti. kalau orang di Tenang tak mahu, belum tentu lagi orang di Kelantan negeri Nik Aziz nak tolak cik gu Mala.

tokgaru said...

Lagi2 Fatwa

PRK Tenang dah selesai. keputusan dah di ketahui. puak jahiliah (mengikut seperti yang di fatwakan oleh Nik Aziz) di istihar menang.

tapi khabarnya keadaan banjir di Labis semakin buruk kerana hujan tak henti2 sejak mula hari membuang undi lagi.

hendak nya tak adalah siapa2 yang berfatwa pula atas keadaan bencana alam yang terjadi di Labis.

" kalau terlalu kerap sangat duk berfatwa pun lama2 jadi bahan ketawa saja "

jadi Tok Guru pahala boleh dosa pun boleh. jadi Tok Garu tak dapat apa2 lah sebab Tok Garu tak minta pahala tak minta dosa. Tok Garu cuma nak minta melayu bersatu, yang tu saja lah.

tokgaru said...

Saudara ku Penyokong Pas

seperti yang aku kata. aku nak tunggu komen kau tentang keputusan di Tenang.

mana dia ? isu yang dah basi aku tak cukup masa nak layan. isu semasa dan yang masih panas, memang itu kegemaran ku.

come on bro. be gentlement. kalah atau menang itu adat pertandingan.

aku sebenarnya sangat kecewa dengan kau dan puak2 kau. korang hanya pandai berhadis, berfirman dan berfatwa sahaja. tapi bila berhujah menggunakan logik akal awal2 lagi korang dah kantoi.

banyak pertanyaan yang sampoi2 daripada aku tak pernah korang jawab. Nasarudin Tantawi dan Idris Jusoh hanya pandai berhadis, berfirman dan berfatwa sahaja, tapi bila kena soalan yang pakai logik akal membisu seribu bahasa.

hari ini aku ulang sebut soalan aku yang yesterday.

" kata kan lah, calon PR nama Mr Muru Samy (non muslim) berlawan dengan calon BN nama En Ibrahim Krishnan (muslim) "

" nak tanya Nik Aziz dan puak2nya, dalam keadaan macam ni sapa yang patut saya sebagai seorang muslim bagi sokongan supaya saya anak beranak tak dilabel sebagai puak "jahiliah" ???? "

i will stay waiting for the answer. i hope my other friends which are "satu kepala dengan aku" will also eager to hear them answer so that we will not be wearing " jahiliah " label for life because we not voting for Pas.

izam said...

Salam tokgaru..
" kata kan lah, calon PR nama Mr Muru Samy (non muslim) berlawan dengan calon BN nama En Ibrahim Krishnan (muslim) "

Kalau penyokong pas tak jawab biar aku jawab.
Pernahkah ke Pas letak calon bukan Islam untuk lawan calon Islam selama Parti Pas ujud. Kalau ada aku daftar sebagai ahli Umno. Tapi kau nak aku buktikan yang Umno banyak kali letak calon bukan Islam untuk lawan calon Islam???
Aku ada bayak ni...
Kalau kau kata setakat "katakan" aku tak boleh pakai. Nasib kau tak kata "Katakan hukum hudud itu harus bukan wajib "

tokgaru said...

Menarik untuk diketahui

1. mengaku pejuang islam. tapi apakah islam menyediakan ruang2 atau keadaan2 tertentu untuk membolehkan seseorang itu BERBOHONG ????

Fakta : Sijil Cuti Sakit (MC) yang di kemukakan oleh Cikgu Maarof (suami Cikgu Mala).. sila lawat blok Kickdefella.

2. Umno dikatakan menolak islam. atas sebab itu Pas tak boleh bersahabat dengan Umno. Umno dimusuhi oleh Pas kerana Umno menolak islam.

Fakta : Lee Kuan Yew minta umat islam Singapore mengurangkan atau memperlahankan sedikit ketaksuban mereka kepada ajaran islam untuk merealisasikan proses total intergeration di kalangan rakyat Singapore. Adakah PM Najib pernah membuat seruan sedikian rupa untuk merealisasikan Gagasan 1Malaysia ??

Nak lihat gambar betapa Nik Aziz lebih menerima Lee Kuan Yew daripada menerima PM Najib ... sila ke blog Kickdefella.

aku bukan berniat nak attack Pas. aku boleh terima Pas. tapi aku tak boleh terima para pemimpinnya yang kerap kali memiliki karektor seperti seekor "sesumpah" atau "pokke"

additional : sekarang orang di sebelah utara sibuk duk cari binatang pokke kerana harganya mencecah RM30K seekor bagi yang berat tak kurang drp 300 gm.

sgray said...

Selamat Tahun baru..

Peertanyaan ..apakah umat islam sudah tidak mengahayati apa yang tercatat di Al Quran sehingga sewenangnya melabel umat..Apa kiaranya makasud La iqra fiddin pada kta dan mereka..mungkin Dr.Ridhuan dapat memberi penjelasan yang jelas.
Saya kira banyak permasalah antaaaara umat dapat dirungkai seandai mereka memahaminya ..sebagaimana surah AL kafiruun juga begitu jelas.

sekaligus menjawab komen salah saorang saudara kita yang mempertikaikan tentang menyambut sesuatu perayaan dimana terdapat makanan2 atau minuman yang haram disajikan..
Terasa sempitlak dunia nie bila timbul persoalan yang sebegitu..semoga ada teman2 dan tuan blog dapat dan sedia jelaskan .SUpaya lebih cerah wallahu wa'lam

tokgaru said...

Saudara Izam

terima kasih kerana kau respon. aku tahu kau sokong Pas. boleh jadi kau juga macam aku. pro Umno tapi tak jadi ahli Umno.

pertama kau kena faham. aku bubuh perkataan "PR" tu ada sebabnya. bukan suka2 bubuh saja kawan.

PRK Tenang. untuk bagi kau faham. bukan Umno berlawan dengan Pas. kebetulan saja calon Umno bertanding dengan calon Pas. dua2nya melayu. dua2nya muslim. yang bertanding sebenarnya adalah BN berlawan dengan PR. Umno dipihak BN dan Pas pula di pihak PR.

sebab tu lah MCA dan MIC turun berkempen untuk bantu calon BN daripada Umno. dan sebab tu jugalah Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dari DAP dan Anwar Ibrahim dari PKR turun berkempen untuk bantu calon PR iaitu daripada Pas.

jangan jawab secara emosional kawan. jawab guna akal. ini Tok Garu dan bukannya Tok Guru.

izam said...

Sorry bro tokgaru...

Aku tak emosi pun dan kalu boleh lebih baik kalau n.aziz tak keluar kenyataan sebab kenyataan beliau menyebabkan pemimpin pas lain terpaksa menerang secara lebih detail.
Aku tau sangat tak suka dengan n.aziz tapi tak pa, aku rasa servis dia tak sampai PR14. Biar pemuda pas lebih liberal berdepan dengan pemuda Umno(KJ yg tak boleh pakai)

tokgaru said...

saudara izam.

alhamdulillah. kalau macam ni lah gaya kau. aku terima. kita berhujah untuk mencari kebenaran. just guna logik akal pun dah cukup.

nak berfirman, berhadis dan berfatwa aku kurang ilmu dan kurang minat. so at the end of the day tak ada kesan apa2 kepada aku.

kerana nik aziz terlalu banyak sangat berfatwa maka aku pun anggap dia punya fatwa tu sekadar bahan penglipur lara saja (kesian dia), sama macam bila aku pi dengar ceramah politik oleh Mad Sabu dan Mahfuz Omar (aku rasa release tension mendengar lawak jenaka mereka). balik ke rumah aku tetap aku, maknanya tak ada apa yang aku dapat dari ceramah depa.

apa pun aku tetap tak pernah miss ceramah Mat Sabu dan Mahfuz Omar bila mereka datang ke tempat aku. satu masa dulu aku pernah pegang jawatan dalam Umno, dan kerana hobi duk pi ceramah Mat Sabu dan Mahfuz Omar, aku dikatakan musang berbulu ayam, aku kena call-up. tapi bila aku xplain atas capacity aku sebagai pengerusi biro penerangan yang perlu mengutip maklumat daripada berbagai sumber, bos aku boleh terima. hari ini aku dah pencen Umno tapi masih tetap berjiwa Umno (cuma tak xtreme Umno dah sebab tu aku kata aku ni Umno boleh Pas pun boleh).

tokgaru said...

Semuanya Kerana Aku Adalah Seorang "Jahiliah" maka pada pemahaman aku :

- semua muslim adalah bersaudara tak kira bangsa, warna, mazhab atau imam, sunni atau syiah.
- semua muslim adalah jujur dan tidak pandai berbohong apa lagi menipu.
- muslim akan berpakat dengan muslim untuk menentang bukan muslim.
- muslim akan meminta bantuan daripada muslim yang lain untuk berhadapan dengan musuh muslim.
- muslim akan berpegang kepada quran dan hadis dalam bentuk yang asal tanpa mentafsir semula mengikut keperluan diri atau kumpulan.
- dan banyak lagi nilai2 baik yang universaly accepted by all religions in this world.

tapi apakah benda2 yang dipamerkan kepada umum oleh sebuah parti politik yang kononnya bergerak atas landasan islam itu sebenar2 mengikut tuntutan islam atau disesuaikan dengan keperluan mereka2 yang memimpin parti tersebut ?????

orang jahiliah macam saya ni biasanya jenis lurus bendul atau betul bendul. orang kata haram saya pun kata haram juga lah. orang kata halal saya pun turut sama kata halal. nak koner2 macam depa yang tak jahiliah tak pandai saya.

Aldan said...

selamat tahun baru cina kpd DRT.
dan tahniah kpd calon BN yang menang.

terima kasih kpd Nik Aziz yg telah mengeluarkan 'fatwa' mengarut beliau utk sekian kalinya..dan seterusnya memberi kemenangan yg ntah ke berapa kali ntah dlm PRK ni..

boring la asyik kalah je wei..

guneva said...

Penukilan Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat;

Kelmarin setibanya saya di rumah selepas berada di Tenang, Johor selama tiga hari, saya dikejutkan dengan satu rombongan bas kaum India dari Hulu Selangor yang siap menunggu ketibaan saya.

Mereka meminta saya untuk berucap sepatah dua kata dan saya menjemput mereka naik ke masjid jika ingin mendengar ucapan saya.

Alhamdulillah, tanpa fobia dan takut, mereka naik ke masjid. Tidak tahulah pula saya jika langkah saya itu boleh menjadi isu kepada pihak-pihak tertentu.

Namun bagi saya, Islam perlu diperlihatkan dengan wajahnya yang sebenar bukan hanya melalui lidah orang-orang Islam sendiri yang jahil tentang Islam.

Hasilnya, biarpun 50 tahun negara merdeka, orang bukan Islam masih belum memahami Islam sehinggalah perkara yang paling asas seperti soal larangan bersalaman antara bukan mahram pun masih dipertikaikan!

Islam adalah rahmat. Sekular pula warisan jahiliyyah.

Ada yang nampaknya memarahi saya apabila saya membangkitkan soal jahiliyyah.

Bahkan ada yang menafsirkan jahiliyyah hanyalah orang-orang Arab yang kafir di zaman Nabi Muhammad SAW.

Sukalah saya ingatkan terhadap satu buku yang dikarang oleh Dr Muhammad Qutb yang bertajuk Jahiliyyah fil Qarnil Isyrin (Jahiliyyah di Kurun ke-20). Ini bukti saya bukannya orang pertama yang menyatakan jahiliyyah wujud di zaman ini.

Sukalah saya ulangi, setiap perkara yang bertentangan dengan Islam ialah jahiliyyah.

Datangkanlah apa jua jenis nama ideologi sekalipun, jika tidak selari dengan Islam, pastinya ia jahiliyyah walaupun tidak memakai nama jahiliyyah.

Ia seperti menggelarkan zina dengan seks bebas, sekalipun nama berbeza dan dilembutkan nadanya, ia tetap zina. Dadah disebut morfin, heroin dan sebagainya, ia tetap dadah.

Arak pula digelar minuman keras dengan pelbagai jenama, hakikatnya ia tetap arak yang diharamkan.

Demikianlah sekularisme, nasionalisme, komunisme, sosialisme dan ism-ism yang diasaskan oleh manusia moden tetap merupakan benih jahiliyyah.

Setiap masa dan saat, kita diberikan dua pilihan, Islam atau jahiliyyah.

Pilih Islam ertinya selamat, menentang Islam bererti memilih jahiliyyah.

Ada yang berkata jahiliyyah hanyalah bermakna bodoh. Ini satu tanggapan yang salah. Tidakkah orang-orang Arab di zaman nabi merupakan orang-orang yang cerdik.
Mereka pakar di dalam perniagaan, pakar peperangan dan pakar bahasa.

Gelaran jahiliyyah bukanlah kerana mereka bodoh tetapi kerana mereka menolak Islam. Justeru Allah SWT berfirman :

أَفَحُكْمَ الْجَاهِلِيَّةِ يَبْغُونَ وَمَنْ أَحْسَنُ مِنَ اللّهِ حُكْمًا لِّقَوْمٍ يُوقِنُونَ

Yang bermaksud : “Apakah hukum jahiliyyah yang mereka kehendaki, dan hukum siapakah yang lebih baik daripada (hukum) Allah bagi orang-orang yang yakin.” Surah Al-Maidah ayat 50.

samb...

guneva said...

samb...

Saya ingin bertanya kepada pemimpin-pemimpin UMNO yang begitu kuat menghentam saya, benarkah perjuangan UMNO berlandaskan Islam?

Jika benar, rujuklah kembali kepada al-Quran dan al-Hadis sebagai dasar.

Hairan saya, Timbalan Perdana Menteri sendiri boleh menakut-nakutkan kaum Cina di Tenang, Johor dengan negara Islam yang diperjuangkan oleh PAS.

Dalam masa yang sama, PAS dituduh sebagai kuda tunggangan DAP. Jika TPM sendiri menyebut PAS tidak pernah menggugurkan agenda negara Islam, UMNO pula bagaimana?

Difahami daripada kenyataan tersebut, UMNO tidak akan membawa Islam sebagai agenda perjuangannya.

Hairan, jika disebut jahiliyyah mereka melenting, tetapi mereka sendiri menolak Islam.

Situasi ini mengingatkan saya kepada bait-bait syair Iqbal, seorang penyair Paskitan ketika mengumpamakan senario umat Islam pada hari ini : Ke bumi tidak jatuh, ke langit tidak naik, sembah berhala pun tidak, sembah tuhan pun enggan.

Islam mengajar selepas mati ini akan nada hidup di akhirat. Sayang sekali, hidup akhirat ini tidak pernah meniti di bibir pimpinan UMNO.

Sedangkan kepercayaan kepada hari akhirat merupakan tonggak kepada rukun iman dan Nabi Muhammad SAW seringkali mengingatkan dalam banyak hadisnya : “Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat……” Islam mengajar dunia ini milik Allah SWT, dipinjamkan kepada manusia sebagai khalifah.

Sekular mengajar bahawa manusia berhak melakukan apa saja yang dikehendakinya apabila berkuasa.

Islam mengajar bahawa setiap perbuatan manusia akan diadili di akhirat, jika baik natijahnya syurga dan jika tidak, natijahnya ialah neraka.

Pernahkah syurga dan neraka disebut di daam ajaran sekular yang didokong oleh UMNO?

Ajaran sekular hanya memikirkan soal bagaimana untuk berkuasa.

Etika dan undang-undang boleh diketepikan apabila tidak berpihak untuk mereka. Lihatlah di Tenang, dijanjikan peruntukan RM30 juta tanpa sedikitpun dijeling oleh SPRM.

Barangkali bagi mereka, pengundi di Tenang boleh dibeli seperti membeli binatang ternakan.

Rasulullah SAW hadir dengan membawa makanan roh bukannya makanan fizikal semata-mata seperti yang diamalkan oleh UMNO.

Rasulullah SAW hadir bukan dengan menjanjikan projek seperti yang diibawa oleh UMNO kerana manusia memerlukan bukan hanya makanan fizikal tetapi juga makanan roh.

UMNO masih beum cukup serik mempermainkan rakyat kerana hanya itu yang termampu dilakukan oleh mereka.

Seruan saya, baliklah kepada Islam.

Islam yang adil, Islam yang membawa rahmat dan Islam yang menjanjikan kemenangan.

Saya ulangi kembali pesanan saya kepada jentera pilihanraya PAS di Dun Tenang, kita bukannya memburu kemenangan di dalam pilihanraya di dunia semata-mata, tetapi kita memburu kemenangan di akhirat.

Hari ini, PAS tewas di Tenang, namun PAS berpuas hati kerana telah melaksanakan tugas amar makruf nahi munkar.

Adapun UMNO, bolehkah perjuangan mereka dibawa ke akhirat?

Fikirkanlah.

Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat,
Kg Pulau Melaka.
Bertarikh : 25 Safar 1432H / 30 Januari 2011M

Aldan said...

masih dgn ceramah lagi?

hahaha..

amal makruf nahi mungkar? MC tp x sakit? siap boleh kempen lebih kuat dr org yg x MC..

hahaha..

cikgu Mala ckp result smlm adalah kemenangan yang tertunda..

yeke? ke kekalahan yg dipercepatkan?

muahhahahahahaha...

PEMBANGKANG-DAP said...

Wahai Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat,
Kg Pulau Melaka.

Saya tahu Tuan Haji takkan baca komen saya ini. Saya tahu yang mengcopy paste ucapan Tuan Haji disini akan baca. Dan munkin ada yang akan sampaikan pesan saya ini kpd Tuan Haji.

Saya ingin katakan bahawa banyak orang berpendapat bahawa jahiliyah itu ialah zaman sebelom Islam. Jahil bermakna sebelom tahu Islam.

Bukan yang menentang Islam. Hanya kebetulan mereka dizaman sebelom Islam tidak tahu Islam dan menentang ajaran Nabi Muhammad saw berkenaan Islam.

Janganlah kata jahiliyah itu orang yang menentang Islam secara umum. Termasuk orang yang interpretasi hal hal Islam berlainan dengan Tuan Haji dizaman ini.

Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka pun mengatakan

jahil = tidak mengetahui (ajaran agama Islam dll), bodoh

jahiliyah = (masa) kebodohan, kelalaian

Itu bermakna masa dulu, zaman dulu.

Kamus DBP langsung takda sebut pasal menentang Islam pun.

Kita cakap Melayu. Ikut Kamus Dewan Bahasa lah, Tuan Haji. Jangan ikut apa yang orang selalu ketawakan dengan istilah "fatwa" yang Tuan Haji selalu keluarkan.

Saya pun tak sedap hati bila Tuan Haji kata jahiliyah bermakna orang yang menentang Islam, atau, yang pendapat atau interpretasi Al Qur'an dan Hadith berbeza dengan Tuan Haji.

Penerangan lanjut ada dikomen saya diatas, berkaitan dengan perbezaan interpretasi dan kuasa YDP Agong, Majlis Agama Negara dan Jabatan Agama.

Saya membantah kuat Tuan Haji dikatakan berkata Tuhan pun mencarut. Kalau pun itu interpretasi Tuan Haji, takkan sampai kata begitu kapada khalayak ramai. Bukan kah Tuan Haji ada jawatan penting - Menteri Besar. Perlu bertanggung jawablah.

Tuhan itu yang Maha Kuasa, Maha Bijaksana dan segala pujian baginya. Tak masuk akal dikatakan Tuhan mencarut. Tak bertanggung jawab kata begitu. Walau apa pun tujuan Tuan Haji sekali pun.

Saya baca orang cakap Tuan Haji cakap begitu. Selama ini takda siapa penganut atau penyokong Tuan Haji yang menafikannya. Bermakna betulllah Tuan Haji ada cakap begitu. Sedih. Kesihan.

Saya tahu Tuan Haji tak mahu dengar cakap orang lain. Jaki, geram dan dendam dengan UMNO berpuluh tahun. Sanggup sebantal dengan kafirun. Dulu kata haram atau tak masuk syurga kalau begitu. Pastu cakap lain, buat lain pulak.

Sebab jaki, geram dan dendam, tak fikirkan kepentingan bangsa dijangka masa panjang. Lim Kit Siang kata Tidak, sampai bila bila, kapada Hukum Hudud pun, terima. Karpal Singh kata "Langkah mayat aku dulu" sebelom Hukum Hudud pun, Tuan Haji masih "kagum" dengan Karpal.

Cari masa untuk pikir mendalam sikitlah Tuan Haji. Pikirkan apa yang depa cakap dimasa makan malam diIstana Trengganu tu. Saya tak tahu apa depa cakap tapi saya pikir takkan pasal cuaca, perabot cantik dsbnya saja.

Mudah mudahan Tuhan yang tidak mencarut akan bukakan hati Tuan Haji kapada perlunya Melayu bersatu, tidak lagi berpecah dan dieksploitasi oleh depa lain.

Sekian, dengan ikhlas.

Assalamu'alaikum wmwbkt.

Anonymous said...

NIK AZIZ DAN KWAN YEW

by Dr. Mahathir bin Mohamad, January 31, 2011 at 12:40am

1. Kata Nik Aziz, "Melayu (di Malaysia) tolak Islam lebih teruk daripada Kwan Yew". Ternampak Nik Aziz lebih utamakan peluang untuk memburuk musuh politiknya di Malaysia daripada mempertahankan serangan terhadap Islam dan penganutnya oleh Lee Kwan Yew. Nik Aziz anggap nasionalis Melayu lebih teruk ke-Islaman mereka.

2. Di zaman British ramai pembesar Melayu minum arak dan ada pekerja Melayu yang minum toddy. Masjid pun tidak banyak dan ramai yang tidak sembahyang. Hasil perjuangan nasionalis Melayu negara sekarang diperintah oleh orang Melayu Islam. Mereka mengharamkan arak dalam majlis rasmi Kerajaan, menerap nilai-nilai Islam dalam pemerintahan, membekalkan wang Kerajaan untuk kegiatan-kegiatan agama Islam, memudahkan orang Islam buat kerja haji, mendirikan masjid-masjid, menubuhkan Universiti Islam, Bank Islam, Takaful, badan-badan dakwah, mengharamkan loteri nasional dan berbagai-bagai lagi yang disuruh oleh agama Islam. Teruk sangatkah orang nasionalis ini dalam mengamal ajaran Islam?

3. Sebaliknya apakah yang dilakukan oleh PAS dan Nik Aziz? Hasil yang terbesar ialah memecahbelahkan orang Islam di negara ini. Penubuhan PAS itu sendiri berjaya memecahbelahkan orang Melayu Islam setelah mereka bersatu dalam UMNO untuk memperjuangkan nasib bangsa yang beragama Islam.

4. PAS turut memecahbelahkan orang Melayu Islam di Malaysia sekali lagi apabila PAS mengadakan sembahyang Jumaat dua Imam, larangan terhadap perkahwinan orang PAS dengan orang UMNO, larangan ahli PAS menghadiri kenduri orang UMNO dan pengasingan kubur orang PAS dari orang UMNO, seolah-olah di Akhirat juga PAS ingin pecah belah orang Melayu Islam terus berlaku.

5. Apabila PAS bertanding dalam Pilihanraya 1955 dan seterusnya hingga 1986 ia mendakwa bahawa UMNO yang bekerjasama dengan orang bukan Islam, mereka menjadi kafir. Ini juga memecahkan perpaduan orang Islam di Malaysia.

6. Kemudian PAS bergabung tenaga dengan Semangat 46 dan DAP dalam Pilihanraya 1990 dan 1995. Dengan ini Semangat 46, serpihan dari UMNO mendapat nafas dan orang Melayu Islam terbahagi kepada tiga kumpulan.

7. Alhamdulillah Semangat 46 kembali semula kepada UMNO dan perpaduan orang Melayu Islam dalam UMNO dipulih semula. Tetapi apabila Timbalan Presiden UMNO di keluarkan dari parti, Nik Aziz dengan cepat memberi sokongan kuat kepadanya supaya parti serpihan yang ditubuh boleh menarik keluar sebahagian daripada ahli UMNO dan penyokongnya supaya parti orang Melayu Islam yang terbesar ini menjadi lemah.

8. Hasil daripada sokongan Nik Aziz orang Melayu sekali lagi berpecah tiga. Tidak cukup dengan ini Nik Aziz sanggup bekerja keras dengan DAP untuk menubuh Pakatan. Bahawa dahulu PAS mendakwa kerjasama oleh UMNO dengan orang bukan Islam menjadikan mereka kafir dilupakan sahaja kerana ingin menjadi Pakatan musuh UMNO yang kuat. Dengan cara ini Nik Aziz menentukan kali ini perpecahan orang Melayu Islam kepada tiga pasukan yang lemah menjadi kekal.

9. Inilah sumbangan Nik Aziz kepada Islam di Malaysia ini. Bahawa satu dari ajaran Islam yang penting ialah orang Islam itu bersaudara tidak dihirau oleh Nik Aziz.

10. Sesungguhnya Islam Nik Aziz lebih teruk dari Islam nasionalis. Beliau rela mempertahankan Lee Kuan Yew dengan menganggap cadangan Lee Kuan Yew supaya orang Islam Singapura tidak terlalu kuat berpegang kepada ajaran Islam adalah tidak seburuk dari Islam nasionalis Melayu.

11. Cadangan Lee Kuan Yew ini dianggap oleh Nik Aziz sebagai lebih baik dari segala-gala yang dilakukan oleh nasionalis Melayu di Malaysia. Bayangkan sahaja Islam di bawah pemerintahan Nik Aziz dengan Karpal, Kit Siang, Guan Eng. Jika pendapat rakan bukan Islam Nik Aziz menuntut supaya amalan ajaran Islam dilonggarkan, Nik Aziz mungkin bersetuju kerana Islam nasionalis lebih teruk daripada Lee Kuan Yew.

sgray said...

Anom said..

Gelaran jahiliyyah bukanlah kerana mereka bodoh tetapi kerana mereka menolak Islam. Justeru Allah SWT berfirman :

أَفَحُكْمَ الْجَاهِلِيَّةِ يَبْغُونَ وَمَنْ أَحْسَنُ مِنَ اللّهِ حُكْمًا لِّقَوْمٍ يُوقِنُونَ

Yang bermaksud : “Apakah hukum jahiliyyah yang mereka kehendaki, dan hukum siapakah yang lebih baik daripada (hukum) Allah bagi orang-orang yang yakin.” Surah Al-Maidah ayat 50.

Apa agak2 fahaman Anon tang ayat yang disertakan nie...

Perjuangan Umno menolak Islam ke atau PAS semakin tersasar dari matlamat asal..beri contoh panjang lebar ceramah..isi xde baii

sgray said...

No way Pas to establish Islamic state, says Pas MP
Submitted by aazman on Tuesday, February 1st, 2011

* Islamic state
* Local
* Pas
* Politics

Bernama
Tuesday, February 1st, 2011 00:40:00
There is no way that PAS will set up an Islamic state in Malaysia, said its Kuala Selangor Member of Parliament Dr Dzulkefly Ahmad.

Apa lak pandangan dan kata anon diatas tang kenyataan ini...sedar2 lah selama nie Anda tertipu dek nafsu semata mata ..[mengikuti perjuangan "membabi buta"}

putrarahman said...

"Gelaran jahiliyyah bukanlah kerana mereka bodoh tetapi kerana mereka menolak Islam". TGNA

Perlu dibuat huraian apakah yang dimaksudkan dengan " menolak Islam". Apa itu Islam?

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Pada suatu hari, ketika Rasulullah s.a.w berada bersama kaum muslimin, datang seorang lelaki.
Kemudian lelaki itu bertanya kepada baginda: “Wahai Rasulullah! Apakah yang dimaksudkan dengan Iman?”
Lalu baginda bersabda: “Kamu hendaklah percaya iaitu beriman kepada Allah, para Malaikat, semua Kitab yang diturunkan, hari pertemuan denganNya, para Rasul dan percaya kepada Hari Kebangkitan.”

Lelaki itu bertanya lagi: “Wahai Rasulullah! Apakah pula yang dimaksudkan dengan Islam?”
Baginda bersabda: “Islam ialah mengabdikan diri kepada Allah dan tidak menyekutukanNya dengan perkara lain, mendirikan sembahyang yang telah difardukan, mengeluarkan Zakat yang diwajibkan dan berpuasa pada bulan Ramadan.”

Kemudian lelaki tersebut bertanya lagi: “Wahai Rasulullah! Apakah makna Ihsan?”
Rasulullah s.a.w bersabda: “Engkau hendaklah beribadat kepada Allah seolah-olah engkau melihatNya, sekiranya engkau tidak melihatNya, maka ketahuilah bahawa Dia sentiasa memerhatikanmu.”

Adakah orang UMNO ini tidak ada yang mengabdikan diri kepada Allah dan menyekutukan Allah, tidak bersembahyang, tidak berzakat dan tidak berpuasa di bulan Ramadhan?

Adakah jika seseorang itu dikatakan jahiliyyah jika mereka mengabdikan diri kepada Allah, tidak menyekutukan Allah, mendirikan sembahyang, mengeleluarkan zakat dan berpuasa di bulan ramadhan?

Mereka yang tidak bersembahyang, tidak berpuasa, tidak berzakat tidak kira dari parti mana dan mengundi parti mana.

Janganlah disebabkan semakin tinggi ilmu yang kita ada, maka semakin keliru kita dengan makna Islam. Ramai ustaz cakap Islam itu mudah, tetapi dipayahkan oleh mereka yang mempunyai banyak Ilmu.

izam said...

Salam...

Nampak gaya pas tak boleh menegakkan hukum islam di bumi malaysia ini. Org islam kena mengharapkan Umno untuk tengakkan humkum Allah ni. Tapi bila tu??????????? tahum 3000 asihi, 40000 Masihi @ selepas matahari naik dari barat? semasa musim piala dunia hari tu kalau tak ditentang jawab dia lesen judi telah dikeluarkan. Walaupun gitu Pas juga yg jahat sebab halang niat suci umno..hii..hii

guneva said...

Jelas bahawa Tun Dr Mahathir ialah golongan yang tidak tahu tentang Islam apabila menjuzukkan Islam sebagai Islam Nasionalis dengan Islam Nik Aziz.

Islam itu satu, Islam itu ad-deen, Islam itu satu tatacara hidup.

Apabila kita menyebut "tatacara hidup" agaknya tatacara hidup siapakah yang menepati tacatacara kehidupan Islam? Nik Azizkah atau Mahathir?

Begitu juga dengan sistem berkerajaan. Sistem kerajaan siapakah yang mengikut acuan Islam? NikAzizkah atau Mahathir?

Jangan lupa Mahathirlah merupakan Perdana Menteri yang secara terang-terangan mengakui bahawa beliau menyekat pembangunan di Kelantan kerana Kelantan diperintah oleh PAS.

Jangan lupa Mahathirlah merupakan Perdana Menteri yang telah menghapuskan royalti minyak Petronas Ke Terengganu dan Kelantan setelah pada tahun 1999, Terengganu dan Kelantan jatuh ke tangan PAS.

Tidakkah ciri-ciri pemerintahan TDM itu yang menganiaya dan menindas PAS yang dianggotai 100% umat Islam itu lebih dasyat dari pemerintahan kafir?

PAS tidak semudah itu dapat mengampunkan dosa itu.

Ada yang menyanjung anda begitu hebat kerana adanya Putrajaya, Twin Tower dan lain-lain. Ya memang hebat, sehingga orang terpukau dengan kehebatan itu.

Tetapi ingat dan sedarlah di Mesir, Firaun itu juga hebat yang telah memajukan rakyat di zamannya, malah mempunyai Piramid yang sehingga sekarang masih tegap wujud, tetapi di sisi Allah Firaun itu dilaknat Allah - tercatat di dalam Al-Quran - yang sehingga kini mayatnya tidak diterima bumi!

PEMBANGKANG-DAP said...

Terima kasih sgray memaalomkan bahawa Ahli Parlimen PAS Kuala Selangor Dr Dzulkefly Ahmad itu kata "No way Pas to establish Islamic state".

Sebab itu berita Bernama, boleh dipercayai dia cakap gitu.

Waaaaah, bukan ke ini perang dalam parti pulak? Sudahlah perang dengan DAP Lim Kit Siang kata "Never" dan Karpal Singh kata "Over my dead body" kapada Hukum Hudud.

Sekarang orang kuat PAS (ma'af saya tak tahu jawatan dia dalam parti) dan ada Dr (tak tahu perubatan ke falsafah ke) berpelajaran tinggi pulak berdentum dengan satu pendapat/ pendiriannya. Bukan ke ini boleh menggoncangkan.

Amacam Tuan Haji Nik Aziz atau penganut-penganutnya? Sekular ke tak sekular? Erdogan ke tidak?

Saya tahu depa tak jawab. Tapi ada depa yang baca ni. Kita terus tulih sajalah. Bagi depa tahu.

PEMBANGKANG-DAP said...

Waaaah, kuatlah hujah hujah yang Dr
Dzulkefly keluarkan. Baru baca berita tu sepenuhnya.

Dia kata "the political demography in Malaysia was such that there was no way for PAS to create an Islamic state".

Dia kata lagi, "there (are) 60 per cent Muslims to 40 per cent non-Muslims and PAS did not even have all the 60 per cent support from the Muslims."

Bila seorang peserta forum kata contoh negara Islam ialah Pakistan, Dr Dzulkefly kata negara Islam muncul hanya dizaman Nabi Muhammad diMedina.

Tak tahu jika ada orang kuat PAS nak bidas dia ke tidak. Kot Nik Aziz akan keluarkan "fatwa" baru.

Anonymous said...

KUALA LUMPUR, 19 Jan — PAS menegaskan hasrat untuk mewujudkan sebuah negara Islam tetap menjadi impian parti itu buat selama-lamanya walaupun tidak termaktub dalam Dasar Bersama Pakatan Rakyat.

Pakatan Rakyat meluluskan Dasar Bersama ketika konvensyen pertama pada Disember 2009 dan keluar dengan Buku Jingga pada pertemuan tahunan mereka bulan lalu.

Ahli Jawatankuasa Kerja PAS pusat Dr Dzulkefly Ahmad berkata, parti Islam itu akan sentiasa “mengidamkan" pemerintahan sebuah negara Islam.

“Meskipun atas keinginan kami untuk terus memperjuangkan sebuah pemerintahan negara Islam, izinkan ia jadi impian kami sampai kiamat.

“Tiada halangan, DAP juga tidak dihalang untuk berimpian, kita punyai cita-cita yang tersendiri atas perjuangan PAS.

“Ini adalah permuafakatan yang kita capai dalam Dasar Bersama Pakatan Rakyat. Jangan jadikan ia (negara Islam) cara pecah perintah kami (Pakatan Rakyat)," katanya ketika Forum Janji 100 Hari Pakatan Rakyat di sini malam tadi.

Dzulkefly yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor berkata, PAS lebih selesa bekerjasama DAP dan PKR daripada Umno-Barisan Nasional (BN).

“Kami PAS bekerjasama untuk menegakkan keadilan menentang kezaliman bersama rakan DAP dan PKR.

“Kami ingin bekerjasama dengan sesiapa termasuk DAP walaupun mereka bukan Islam.

“Tapi demi keadilan kami bekerjasama dengan DAP daripada mana-mana pihak yang enggan menegakkan keadilan,” katanya.

Isu negara Islam selama ini menjadi “duri dalam daging” dalam Pakatan Rakyat namun Pengerusi DAP kebangsaan Karpal Singh ketika Konvensyen Pakatan Rakyat bersedia berbincang dengan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagi menyelesaikannya.

Ia juga menjadi modal serangan ke atas PAS yang membentuk Pakatan Rakyat bersama PKR dan DAP.

Forum Janji 100 Hari Pakatan Rakyat turut disertai Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua dan Pengarah Strategik PKR Rafizi Ramli.

Program anjuran Dewan Pemuda PAS pusat itu dihadiri kira-kira 100 orang.

Tambah Dzulkefly, negara yang dipimpin Datuk Seri Najib Razak akan muflis sekiranya gagal menguruskan urus tadbir negara dengan baik.

Beliau berkata kerajaan kini berdepan dengan peperangan untuk mengatasi “hutang dunia”.

“Negara bertanggungjawab untuk mengatasi hutang negara, yang berjaya adalah negara yang mampu uruskan hutangnya.

“Apabila kita perkenalkan program 100 Hari Pakatan Rakyat, Perdana Menteri takut dan mula menakut-nakutkan kalau Pakatan Rakyat memerintah negara akan muflis.

“Mereka (BN) guna kaedah untuk menakutkan rakyat tapi bukan mudah kerana rakyat sudah celik maklumat," katanya sambil menambah, hutang terkumpul negara seluruh dunia berjumlah RM246 trilion dan ia bertambah setiap tahun.

“Seperti kita maklum hutang negara sudah melebihi 50 peratus dari Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) ataupun kira-kira RM250 bilion buat pertama kali dalam sejarah,” tambah Dzulkefly.

sumber : malaysian insider

Anonymous said...

Sementara di dalam forum tersebut, Pua juga berkata melalui Program 100 Hari Pakatan Rakyat negara boleh mengambil alih konsensi lebuh raya tanpa memufliskan negara.

“Mereka (BN) kata pengambilan ambil alih lebuh raya akan memufliskan negara tapi tidak sebaliknya kita boleh membantu rakyat.

“Janji 100 Hari Pakatan Rakyat mementingkan rakyat bukan membebankan,” kata Pua yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara.

Sementara itu, Rafizi berkata, 10 inisiatif dalam program itu diambil untuk ringankan beban rakyat yang dibebankan dengan kadar pendapatan yang rendah.

“Sebab kita buat itu adalah untuk membantu rakyat mengurangkan kos, yang jadi masalah BN menekan rakyat di bawah.

“Kita akan tingkatkan ekonomi dan pendapatan rakyat melalui program 100 Hari Pakatan Rakyat ini,” katanya.

Pada 19 Disember lalu, Pakatan Rakyat menawarkan Program 100 Hari yang terdiri daripada 10 inisiatif jika pihaknya mengambil alih Putrajaya dalam pilihan raya umum ke-13.

Sebagai permulaan kepada reformasi tersebut, dalam 100 hari “kami mendapat mandat rakyat, kami akan melaksanakan 10 program”, antaranya memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), mengarahkan Khazanah Berhad dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan lain-lain badan milik kerajaan yang memiliki konsesi lebuh raya untuk menyempurnakan ambil alih aset lebuh raya oleh kerajaaan dengan tujuan menghapuskan tol.

Lain-lain inisiatif ialah:

— Merombak struktur subsidi negara bagi mengurangkan subsidi kepada pihak swasta seperti subsidi gas sebanyak RM19 bilion kepada penjana bebas dengan memindahkannya bagi menampung perbelanjaan subsidi rakyat

— Menghargai peranan guru sebagai pendidik bangsa dengan menaikkan memperkenalkan imbuhan perguruan sebanyak RM500 sebulan setiap seorang

— Menjadikan air sebagai hak rakyat dengan mengembalikan semua konsesi pengurusan air yang diuruskan swasta kepada kerajaan

— Menyediakan perkhidmatan internet wifi percuma kepada semua rakyat di kawasan bandar dan separa Bandar

— Membatalkan Felda Plantations bagi tujuan membuka ladang-ladang yang kini diuruskannya kepada generasi kedua dan ketiga Felda

— Menaikkan royalti minyak kepada Sabah dan Sarawak kepada 20 peratus

— Menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi memulihkan sistem kehakiman

— Menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyelesaikan kemelut pendatang tanpa izin dan kerakyatan di negeri Sabah

sumber : Malaysian Insider

Anonymous said...

Forum Janji 100 Hari Pakatan Rakyat - 18 Jan 2011

http://www.youtube.com/watch?v=vwtEymco_4k&feature=player_embedded

Aldan said...

memang patut pun PAS kalah..

mentaliti pembangkang cuma membangkang, bukan memimpin..

jadi la korang pembangkang smpi bila2..

haha..

PEMBANGKANG-DAP said...

Ini anonymous 10.03 tak tahu ke masalahnya ialah perbezaan interpretasi atau tafsiran AlQura’an dan Hadith. Kan ada Sunni dan Syi’ah, berbagai mazhab dan kumpulan didalam Islam. Maka antara Sunni pun ada berbagai Imam – Ghazali, Shafie dsbnya.

Maka Tun Dr Mahathir gunakan istilah Islam Nasionalis dan Islam Nik Aziz bukannya lari dari ajaran Islam. Ia dalam konteks perbezaan tafsiran agama Islam tersebut.

Pasal pendapat dia berkenaan "tatacara hidup", “acuan sistem berkerajaan” dsbnya itu, dah malas nak cakap. Tentulah dia kata dia betul, TDM salah. Nanti dikeluarkannya berbagai firman dan beribu Hadith cuba menunjukkan dia dan PAS betul. Tak kurang pula “fatwa” yang direka Nik Aziz.

Yang lain lain itu hujah hujah politik PAS. Saya tak minat nak bincang politik PAS dan UMNO. Politik PAS dan DAP atau PKR saya minat.

Yang ini saya minat – “Meskipun atas keinginan kami untuk terus memperjuangkan sebuah pemerintahan negara Islam, izinkan ia jadi impian kami sampai kiamat.”

Sedap dengar tu, impian sampai kiamat. Ingat dia praktikal. Tapi nak mimpi. Biarlah, asal jangan tipu rakyat.

Yang ini pulak nampak jauh maknanya – “DAP juga tidak dihalang untuk berimpian, kita punyai cita-cita yang tersendiri atas perjuangan PAS.” Ini yang orang kata tidur sebantal tapi mimpi berlainan. Samapi kiamat pulak tu.

Hmmm, entahlah. Teruklah Melayu.

tokgaru said...

" Hmmm, entahlah. Teruklah Melayu " (Pembangkang DAP)

Ini Tokgaru nak kata :

melayu tak akan jadi teruk kalau bukan kerana Pas. Pas tak akan jadi teruk kalau bukan kerana Nik Aziz.

Tokgaru sendiri dan ramai lagi yang di luar sana yang bersedia untuk bersimpati dengan perjuangan Pas kalau bukan kerana Nik Aziz.

Pas di zaman allahyarham Datok Asri Muda masih boleh saya terima walau pun pada masa itu saya ni masih berhingus.

Pas di zaman allahyarham Ustaz Fazil Noor masih okay lagi pada penerimaan saya khususnya untuk perjuangan survival melayu dan islam walau pun pada masa tu saya sudah berada dalam Umno.

Tapi Pas sekarang ini di zaman Nik Aziz, pada hemat saya tidak akan membawa apa2 kebaikan kepada melayu atau pun islam.

Kesan nyata yang dapat kita orang melayu nikmati hasil perjuangan Pas bersama dengan rerakan dari DAP dan PKR adalah sangat memberangsangkan dan positif :

1. melayu menjadi semakin berpecah.
2. melayu menjadi semakin lemah kuasa politik.
3. kehormatan agama islam sering dicabuli dengan begitu berani sekali oleh bukan islam sbg contoh kalimah Allah dihalalkan oleh Pas untuk diguna pakai oleh penganut agama kristian, pemimpin politik bukan islam dihalalkan oleh Pas untuk memberi tazkirah kepada umat islam di rumah ibadat umat islam, dan banyak lagi (minta pembaca2 lain juga pakat tolong perturunkan dua tiga contoh supaya orang lain pun dapat baca sama).

kesimpulannya. Pas jadi rosak adalah kerana Nik Aziz. Pas semakin dibenci oleh orang Umno dan orang yang pro Umno adalah kerana Nik Aziz. Daaan .... Pas kalah dalam setiap PRK selepas PRU12 adalah juga kerana Nik Aziz (kesian dekat cikgu Mala di Tenang, hilang jawatan hilang pendapatan dan Selamat Menganggur Cikgu Mala).

Pas di zaman Ustaz

tokgaru said...

Masih mengenai Pas.

Kekalahan di Tenang - hanya Nasrudin Tantawi saja yang dapat menerima nya dengan hati terbuka. Pemimpin Pas yang lain, macam biasa lah kerana mereka memang telah ditentukan oleh Allah sejak dari azali lagi sebagai "insan yang tidak boleh menerima kekalahan".

PRK Merlimau - khabarnya Pas sedia beralah untuk beri laluan kepada rerakan lain untuk letak calon. Sebelum ni berkeras sakan nak bertanding, tapi last2 nampak dah kendur sikit. Mungkin Tenang telah mengajar Pas supaya reti "cermin2 diri sendiri".

Syabash kepada Lim Guan Eng kerana berani dan berterus terang. Kata Guan Eng " kerana jentera pilihanraya Pas lemah dan tak tersusun telah menyebabkan PR kalah di Tenang " Guan Eng menambah lagi " jentera pilihan raya Umno dan BN di Tenang adalah jauh lebih baik daripada jentera pilihanraya Pas "

Ulasan Tokgaru : kalau nak urus PRK pun tak berapa nak boleh harap, boleh ke nak pi ganti Umno di Putra Jaya ????

Kah kah kah .... bermimpi lagi nampaknya kawan aku ni. kesiannnnnn.

Orang_MuOr said...

Kepada yg bajet Islam sangat kat sini..

Aku cadangkan hang semua pi negara China,Jepun,Mesir,Arab.Hang buat perbandingan yg mana jahiliyah dgn tidak jahiliyah,yg mana islam dan yg mana tak islam.Aku cadangkn hang pi negara China.Bukak minda sikit dgn merantau di negara org.Kalo dah buat perbandingan,dah pi negara sana..Cuba katakan Aku bangga dgn sedara Islam aq pd masa sekarang :)Aku bangga jd Melayu..Malaysia is very beautiful country!

Hudud tak abis2..Azan dgn khutbah subuh pun tidak kenal nk buat hudud..

tokgaru said...

Kekawan yang sama aliran.

" Sekular mengajar bahawa manusia berhak melakukan apa saja yang dikehendakinya apabila berkuasa " (Nik Aziz)

Tokgaru sangat2 bersetuju dengan Nik Aziz tentang bab ni. Selama 52 tahun Umno pegang kuasa inilah yang dibuat oleh Umno :

1. Umno telah menukarkan tempat2 ibadat orang islam seperti masjid dan surau untuk menjadi gereja, tokong, kuil, pusat judi, pusat maksiat, pusat hiburan dan macam2 jenis pusat lagi.

(Di negeri2 yang bawah perintah Umno nak cari mesjid dan surau untuk menumpang solat pun susah nak jumpa. Tapi di negeri Nik Aziz mesjid ada pada setiap setengah km jalan raya)

2. Umno telah merobohkan rumah2 ibadat orang islam seperti masjid dan surat untuk menghalang umat islam daripada bersembahyang.

3. Umno telah menutup dan meroboh sekolah2 agama rakyat dan sekolah agama bantuan kerajaan untuk menghalang anak orang islam daripada mempelajari ilmu islam.

4. Umno telah mengeluarkan arahan supaya tempat2 sembahyang di jabatan2 kerajaan ditutup untuk mengelak kakitangan membuang masa bersembahyang yang boleh menjejaskan produktiviti jabatan kerjaan.

5. Umno telah memecat dan mengenakan tindakan disiplin kepada kakitangan yang meninggalkan tempat kerja untuk pergi menunaikan solat fardhu.

6. Umno telah menangkap, memenjara dan menyiksa ramai para ulamak yang cuba menyebarkan dakwah islamiah.

.... ddaaannnnn baaaaanyak laaagi kalau nak disenaraikan "jahatnya Umno kepada islam"

Perasaan Tokgaru lah : Agaknya tuhan panjangkan umur Umno ni kerana tuhan nak bagi dia insaf dan bertaubat kot ? Agaknya tuhan duk bagi Umno menang di Galas dan menang lagi di Tenang tu sebagai ujian nak tengok bila dah dapat kuasa berapa banyak lagi Umno nak buat kerosakan kepada islam ?

SAMPAI HATI TUHAN TAK KESIAN DEKAT PAS YANG SELAMA NI DUK KELUPOQ UNTUK ISLAM. Tak pa lah Nik Aziz ooi, banyak2 bersabaq, satu hari nanti tuhan akan dengaq juga rintihan dari hang.

tokgaru said...

Aldan

hang kata " memang patut pun PAS kalah..". awat kata macam tu.

hang patut kata macam ni " memang patut pun Umno menang ".

sebab yang banyak duk undi Pas adalah puak ultra kiasu saja. puak ultra kiasu tertarik dengan janji syurga drp nik aziz.

nik aziz kata dekat depa " lu orang tak masuk isle pun tak pa, boleh masuk syurga tapi kena lah undi Pas ". ini special offer drp nik aziz, bukan senang nak dapat masuk syurga.

orang melayu nampaknya banyak yang undi Umno kerna mereka pun tak heran dengan offer masuk syurga drp nik aziz tu. melayu yang malas buat ibadat tapi nak harap masuk syurga dengan mudah, haa hak jenis tu yang duk undi Pas tu.

tokgaru said...

Analisa Keputusan Di Tenang

Rata2 peti undi boleh kepada Umno. Tapi peti undi kawasan Bandar (majority cina) nampaknya cenderong kepada Pas. Labis - Umno 400 Pas 336. Labis Tengah - Umno 365 Pas 851. Labis Timur - Umno 669 Pas 632.

1. kawasan melayu nampaknya berat kepada Umno. Maknanya orang melayu sudah semakin kembali kepada Umno. Mungkin mereka sudah tak yakin lagi dengan Anwar. mungkin mereka juga sudah mula menyampah dengan Nik Aziz yang terlalu banyak berfatwa. Mungkin juga mereka sudah nampak ke mana melayu nak di bawa oleh Nik Aziz dan Anwar sudahnya

Alhamdullillah itu lah yang Tokgaru sangat2 inginkan.

2. Pas boleh berbangga kerana mereka mutakhir ini semakin diterima oleh orang cina. Pas boleh berteriak memberitahu dunia itu maknanya orang cina sudah boleh menerima perjuangan islam yang mereka bawa. Tapi Pas jangan lupa, kalau Pas tidak berada dalam PR bersama DAP, orang cina hanya pandang sebelah mata saja kepada Pas. Pas jangan lupa, orang cina undi Pas bukan kerana batang tubuh Pas itu sendiri, tapi mereka undi Pas kerana Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng turut berkempen. Pas jangan lupa dalam kempen Lim anak beranak itu, mereka tentu ada bagi tahu kepada orang cina, “kalau lu orang mahu jatuhkan Umno dari Putra Jaya lu orang kena undi Pas, kerana hanya melalui Pas saja kita dapat menghalau Umno (melayu) daripada Putra Jaya”. Dan orang cina yang ultra kiasu yang memang benci kepada Umno melihat ini saja peluang yang ada untuk mereka menghalau Umno (melayu) daripada Putra Jaya.

Pas tahu tapi buat2 tak tahu. Seruan rahsia DAP masa PRU12 “kamu undi MCA atau Gerakan, sama lah seperti kamu undi Umno untuk terus berkuasa di Putra Jaya” telah bejaya menghalau Umno di Penang, di Perak dan di Selangor bila orang cina yang ultra kiasu mengundi seperti yang di arahkan oleh DAP.

Untuk PRK Merlimau dan PRU13, ingatan Tokgaru kepada melayu “kamu undi Pas atau PKR, samalah seperti kamu undi DAP untuk menggantikan Umno (melayu) di Putra Jaya”

izam said...

Salam kawan2..

Kata-kata N.aziz ditakrifkan sebagai fatwa.Itulah kata2 pencacai Umno..
Sejak aku hidup lebih dari 40 tahun ni, tak pernah pun N.aziz kata apa yg dicakapnya ini adalah fatwa. Bagus juga tu Ultrakiasu umno dah akui kata2 umno itu adalah umno, tapi org pas tak kata pun itu adalah fatwa... Skrg dah siapa suka membelit fakta dan fitnah..Dulu kata pas parti menyebar fitnah tapi sekang dah nampak bah dalam ruangan ni dah ada pemfitnah..siapa makan cili dia rasa pedas la..

sgray said...

Tepat sekali uraian TOK GARU tu..saya amat bersetuju kerana kita telah diperingatkan,bukan oleh sebarangan orang ..malah dari SAORANG PEMIMPIN UNGGUL DUNIA...iaitu Muhammad bin Abdullah ..bahawa hancur Islam kelak adalah kerana ummatnya. Begitu juga akan terjadi kepada bangsa Melayu kalau lalai...dan keasyiiikan dalam mimpi spt juak2 PAS yang hidup dalam dunia khayalan sedangkan Nyata terbentang luas didepan mata ....wallahuwa'lam semoga diberikan hidayah keatas mereka2 nie.

sgray said...

Utk saudara Izam..saya kira duduk bertenang dan fikirkan...hujah2 saudara semakin lari dari memperjuangkan ISLAM..meredhai sesuatu yang jelas bertentangan dengan tuntutan Al Quran..jangan di gunakan kitab jingga tu..hampeh jadinya.

Nicky dah mimpin kelantan tu berpuloh tahun..ummat masih gak camtu dan semakin parah ...kira2 100 hari tu utk menjahanamkan ke atau menggadai negara.

Cam kata Pemb..DAP tadi...be praktikal..mimpi dan asyik tu..unsur.kelalaian yang bermazhabkan syaithan..YANG DITANAM ADALAH CITA2 BUKAN IMPIAN..

PEMBANGKANG-DAP said...

Wahai izam,

Bukan Kata-kata N.aziz "ditakrifkan sebagai fatwa". Takdak fitnah memfitnah, kawan ha. Depa hanya mengetawakan Nik Aziz, konon konon dia keluarkan fatwa. Sebab dia ada pangkat Tok Guru, selalu keluarkan pendapat yang luar biasa. Seperti perkara masuk syurga tak masuk syurga.

Tapi saya belom dengar sesiapa menafikan Nik Aziz kata Tuhan pun mencarut. Kalau tak, tolong keluarkan hujah hujah yang boleh buat saya percaya dia tak kata Tuhan pun mencarut.

Saya pun tak terbaca laporan khabar yang mengatakan dia cakap gitu. Kalau sesiapa tahu, tolong beri tahu. Saya akan banyak TK. La ni dengaq orang habaq saja. Banyak orang habaq lagu tu.

Abdullah Ngah said...

Kekalahan di Tenang - membuat Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat Ustaz Nasrudin Tantawi kecut perut dan lemah semangat serta tak yakin dengan calon dari parti PAS.

Kalau dia tak kecut perut dan lemah semangat mana mungkin kerusi DUN Merlimau milik PAS hendak dan akan diserahkan kepada PKR dalam pilihanraya kecil pada 6 February ini.

Mungkin takut kalah lagi dan tak mahu PAS menanggung malu di DUn Merlimau maka kerusi sanggup diserahkan pada PKR wal hal PKR masih lemah dan masih bergantung harap kepada PAS.

Mungkin juga Nasruddin takut dengan calon dari umno yang terdiri dari barisan tokoh seperti Dr. Ibrahim Abu Shah bekas Naib Cancoler UITM yang disebut sebut untuk diletakkan bertanding pada 6 Februari ini.

PEMBANGKANG-DAP said...

Kalau "kecut perut dan lemah semangat serta tak yakin", main diheret dengan tali dihidung oleh DAP sajalah. Kesian. Teruklah Melayu PAS.

Kalau "takut kalah lagi dan tak mahu PAS menanggung malu di DUn Merlimau" hinggakan sanggup serahkan hak calon PAS diMerlimau kapada PKR "wal hal PKR masih lemah dan masih bergantung harap kepada PAS", maka tunggang langganglah Melayu PAS dan PKR. Menjeritlah Lim Kit Siang dan Karpal Singh.

Saya sorakkan saja supaya depa berpecah. Saya tak suka DAP. Tak minat PKR. Kesiankan PAS.

Anonymous said...

Sesuatu (betul atau palsu) bila seringkali diucap berulang2 ia mampu dianggap sebagai kebenaran. Ia lebih kepada kebenaran yang dipaksa/disogok bukan kebenaran yang terbukti.

Satu persoalan yang sering menjadi persoalan kepada saya - Benarkah Pas memperjuangkan Islam ?

Anonymous said...

dinturtle,

Jika PAS tidak perjuangkan Islam, siapakah lagi perjuangkan Islam di Malaysia? UMNO?

UMNO perjuangkan Islam? Ha! Ha! Ha! Ha!

Selamat Tahun Baru Cina saya ucapkan kepada semua, mohon maaf batin dan zahir!

PEMBANGKANG-DAP said...

PENYOKONG DAP,

Selamat Tahun Baru Cina sekali lagi kapada anda.

Truce. Tak ngumpat anda. Mulai malam ini hingga midnite esok. Janji.

Tak komen apa apa kapada kata kata anda "UMNO perjuangkan Islam? Ha! Ha! Ha! Ha!".

Have a good New Year, kawan, my erstwhile opponent.

tokgaru said...

Saudara Sgray

"Nicky" adalah nama yang anda bagi kepada Nik Aziz. ada class lagi. thank u and thank u agian.

aku setuju dengan nama tu. nak minta izin kau lah aku juga mungkin selepas ni akan panggil Nik Aziz "Nicky". so harap kekawan yang lain bila aku sebut "Nicky" tu tahu lah siapa yang aku maksudkan.

"Nicky" adalah wakil kepada tuhan untuk mengeluarkan fatwa2 terbaru di zaman siber.

Nicky juga yang beritahu kita bahawa tuhan pun kekadang mencarut macam kita juga.

Nicky juga yang bagi tahu kita bahawa ada cara short cut untuk kita nak dapat laluan mudah ke syurga iaitu "just dengan mengundi Pas dalam pilihanraya saja".

Sempena tahun baru cina ni aku pun nak ucapkan "Gong Xi Fa Cai" dan salam "1Malaysia" kepada Nicky.

tokgaru said...

Kepada Nasrudin Tantawi

Gong Xi Fa cai dan Salam 1Malaysia.

Syabash ustad. berani mengaku dan menerima kekalahan parti anda. berani mengaku dan mengiktiraf kelemahan parti anda.

tentang pemimpin Pas yang lain2 yang duk berdolak daleh dan duk salahkan pihak lawan atas kekalahan Pas tu, ustad tak payah ikut rentak depa lah.

ustad pi tanya Guan Eng sebab dia yang kata Pas banyak lemah jika di banding dengan Umno. bukan saya kata tau.

setuju dengan ustad. kalau dah rasa di merlimau nanti tak nampak jalan untuk menang, tok sah duk tebiang bubuh calon lah. takut duit parti habis banyak, imej parti semakin diperlekeh dek orang.

kelak orang akan kata "tengok Pas tu" bertanding di Galas kena galas, bertanding di Tenang jiwa jadi tak tenang, bertanding di Merlimau kena mandi limau (mandi buang sial) la nampaknya.

harap2 ustad bersetuju lah dengan saya. Pas semakin dijauhi oleh orang melayu tapi semakin "diharapkan" oleh puak ultra kiasu adalah kerana Nicky.

tentang kenapa puak ultra kiasu "sangat meletakan harapan" kepada Pas biar lah kekawan saya yang lain menghuraikannya.

salamualaikum ustad, saya stop disini. Tokgaru.

tokgaru said...

Saudara Penyokong DAP.

Xin Nian Kuai Le dan Gong Xi Fa Cai

"Jika PAS tidak perjuangkan Islam, siapakah lagi perjuangkan Islam di Malaysia? UMNO?"

ini pertanyaan dari kau.

kau mungkin faham islam kerana kau belajar islam ikut cara Nicky. cara Nicky adalah sesuatu yang ditegah islam dibolehkan jika ianya menguntungkan pihak dia.

contoh :

1. dulu Nicky juga yang kata Umno kafir kerana Umno berpakat nak perintah malaysia dengan cina dengan hindu dari parti MCA, Gerakan dan MIC.

2. dulu Nikcy juga kata orang perempuan haram jadi calon pilihanraya kerana boleh menimbulkan fitnah.

3. dulu Nicky kata Umno banyak duk bohong rakyat, tapi masa PRK Tenang suami cikgu Mala ambil MC tipu (kata sakit tapi boleh pi ikut bini sana sini berkempen). Nicky tak kata apa pun, aku agak sekarang ni islam yang Nicky perjuangkan tak anggap dosa kut kalau kita tipu dan bohong. tapi islam yang aku belajar dari ustad2 Umno tak macam tu.

satu pertanyaan dari aku kepada kau and the geng.

KENAPA KAU ORANG SEKARANG SOKONG SANGAT PAS, DULU SEBELUM PRU12 SEBELAH MATA PUN KAU ORANG TAK PANDANG PAS ??????

tak boleh jawab sekarang, lepas raya cina kau jawab pun tak apa.

PEMBANGKANG-DAP said...

Syabas tokgaru.

Kita teruskan selalu beri pandangan lain (alternative views) kapada pandangan depa.

Walau pun jika sesekali ada yang kritik kita buat demikian dengan tak baca komen komen kita dan rencana Dr Ridhuan dengan cukup.

Bukan kita tujukan komen kita kapada siapa yang kita tulih namanya saja. Komen kita adalah juga untuk pelawat pelawat blog ini yang masuk sesekali dan yang tak meninggalkan komen.

Tujuan kita untuk dapat bersatu - antara rakyat Melayu dan antara rakyat Malaysia.

Abdullah Ngah said...

PEMBANGKANG-DAP

Saya rasa tak kena berkata "Saya tak suka DAP".

Mengapa tidak? Kan MCA juga china kafir.

Kalau tak suka DAP bermakna tak sukalah dengan MCA.

DAP dan MCA sama saja tiada beza antara dua parti China kafir itu.

Lainlah UMNO dan PAS. Masing masing ada perbezaannya. PAS dasarnya lain berbanding dengan UMNO.

Mungkin ahlinya dan pemimpinnya ada yang sama dan ada yang berbeza satu sama lain.

Kebanyakan orang umno makan riba, makan rasuah minum arak berzina dan berjudi,Orang PAS ada juga tapi tak macam orang Umno yang cuba berlindung disebalik perkataan Islam.

Bila sebut islam saja mereka rasa bebas dari belenggu riba dan rasuah dengan kaedah "akad" pada hal tiada redha dalam riba.

Oleh itu sangat tidak kena apabila berkata saya tak suka DAP, kerana umno juga ada MCA.

Kalau tak suka DAP maka secara tak langsung tak ada redha dengan MCA yang jelas sama saja dengan DAP.

DAP saling bantu membantu dengan MCA dan saling lindung melindung satu sama lain.

Dak macam UMNO. UMNO benci membenci dengan PAS. Bukan setakat saja itu, malah berkhianat dengan kerajaan PAS dan PKR.

Anonymous said...

Orang tanya benarkah Pas perjuangkan Islam, dia pergi tanya balik Umno perjuangkan islam ?

Apa kaitannya ? saya bukan ahli Umno, so soalan tu takde kaitan ngan saya. Anggap saya sebagai pengundi atas pagar ( memang pun ) dan saya sering mendengar seruan2 Islam dari Paskonon Pas memperjuangkan Islam.

Sapapun boleh kata begitu jadi soalan saya , benarkah ?

Sekadar menjawap sedikit , saya lebih tekankan Pas dalam soal ini kerana Pas yang dari mula2 lagi mendabik dada sebagai wakil Islam sedangkan Umno tidak.

Ordinary Joe said...

Saya mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua yang berketurunan Cina berbangsa Malaysia di blog ini. Kepada yang selainnya, selamat bercuti!

Ingin saya berkongsi dengan semua kejayaan anak Malaysia, Jess Lee dari Seremban yang telah memecahkan rekod pertandingan Superstar Highway yang disiarkan kepada 1,300,000,000 penonton berketurunan Cina di serata dunia. Jess telah memecah rekod pertandingan dengan tiga kali mendapat markah penuh dari pengadil. Kepada mereka yang ingin memahami budaya dan budi bahasa orang Cina, tak faham pun, tontonlah video ini dan semoga kita lebih saling memahami.

Pada makluman semua, Jess adalah graduan UKM yang kini sedang melanjutkan pelajaran di sebuah universiti terkemuka di Taiwan iaitu National Taiwan University.

Jess Lee mendendang "Gemilang" - kali pertama lagu Melayu disiarkan ke setiap pelusuk dunia!
http://www.youtube.com/watch?v=rSnZBsHXGdk

Jess Lee: Lagu2 dihari terakhir pertandingan...
http://www.youtube.com/watch?v=0hMBKxO8-G8

Sanggupkah kita mengenepikan perbedaan antara kita meraikan kejayaan anak Malaysia ini yang berketurunan Cina?

tokgaru said...

Saudara Abdullah Ngah

haa ini aku petik semula tulisan kau :

" Kebanyakan orang umno makan riba, makan rasuah minum arak berzina dan berjudi,Orang PAS ada juga tapi tak macam orang Umno yang cuba berlindung disebalik perkataan Islam "

kau gunakan perkataan "kebanyakan" tanpa memahami maksud perkataan itu sendiri.

tak apa aku tulis balik dalam bahasa inggeris yang akan bunyi begini "the majority of Umno people ......... " adakah kau bersetuju ?

patutlah Nicky (Nik Aziz) gelar orang yang sokong dan undi Umno tu "puak jahiliah". sekarang baru aku nampak rasional gelaran itu diberikan kepada mereka2 yang sokong Umno.

kalau macam tu nampaknya chances the majority of Umno people and people who are behing Umno going to stay in heaven looks veru dull and truely black.

kesian dekat orang Umno. penat mereka sembahyang tunggeng terbalik dan berpuasa bagai nak putus tali perut. last2 hapah pun tak dapat.

tau2 puak yang tak berapa nak sembahyang dan puasa berserta dengan puak yang tak pernah mengucap 2 kali shahadah pun yang masuk syurga. bila tanya dekat malaikat yang jaga pintu syurga dia pun jawab " sebab mereka semua sokong dan undi Pas. yang kamu pi sokong dan undi Umno buat apa "

naiya lah kami yang duk sokong Umno tapi tak tinggal sembahyang, puasa, zakat dan tak buat benda2 yang tak baik.

tapi kalau Nicky tak berpeluk dengan Karpal Singh, kami akan lihat balik pendirian kami terhadap Pas. sebab kami juga teringin nak duduk di syurga.

PEMBANGKANG-DAP said...

Abdullah Ngah,

Saya rasa kena benar saya berkata "Saya tak suka DAP" tu, kawan. Sebab saya bebenar tak suka DAP. Tiap orang ada hak suka tak suka. Macam macam sebab saya dah keluarkan mengapa saya tak suka DAP masa yang lalu.

Antaranya, sebab depa rasis (bukan saja ultra kiasu nak lebih, nak lebih dan sebagainya) tapi juga nak kikis hak dan kepentingan Melayu. Tak boleh. Perlembagaan dah tulih Perkara 153 Kededukan Istimewa Melayu. Tak boleh panda walau pun dengan majority 2/3 diParlimen. Mengungkit nya hanya menyakitkan hati orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak, dan salah diAkta Hasutan.

Juga depa cakap tak serupa bikin. Depa kata Malaysia First, Chinese Second. Tapi depa pi taruk nama Sun Yat Sen, pembesar negeri China dulu kapada suatu kemudahan awam diPenang. Bukankah Sun Yat Sen First, China Second lagu tu? Langsong tak masuk Malaysia pun dalam perkiraan depa. Ada banyak makna depa agungkan Sun Yat Sent u. Takkan anda tak Nampak pun?

Ada macam macam lagi dasar dan cara depa yang saya tak suka. Saya tak suka depa bukan pasai depa kafir. Depa kafir boleh diMalaysia ni. Saya ma,pak depa langsung tak mahu runding sikit pun pasai PAS mahukan Hukum Hudud. Kurang kurang katalah mai kita duduk, runding ke hape ke. Pastu baru katalah apa apa yang politik sikit kata orang, diplomatic sikit kata omputih.

Taklah macam menengking saja Lim Kit Siang kata “Never (Tidak, sampai bila bila) dan Karpal Singh jeritkan “Langkah mayat aku dulu”. Bukan ke macam gangster saja tu, Sekurang kurangnya dengaq macam sombong dan angkuh. Hang tak dengaq lagu tu, kawan? Tak taulah. Kot hang jugak “kagum” kat depa, macam Nik Aziz. Nicky kata rakan saya, tokgaru, dan seorang lain yang komen sebelomnya.

Saya tak minat nak cakap pasai MCA, tapi layan sikit komen anda pasainya. Depa tak sama dengan DAP. Jauh beza antara depa. Sebab DAP rasis sangat, MCA pun dah terikut sikit nak kejaq undi Cina – biaqkan satu seminar buat resolusi nakkan sasaran ekuiti Bumiputera dihapuskan. Sampai ada Melayu yang nakkan hak kerakyatan depa juga dihapuskan. Anda tak terasa lagu tu ke?

Juga tak minat nak cakap pasai politik PAS dan UMNO. Tapi nak kata sikit sebab anda ada sebut. Saya sedihkan PAS sekongkol dengan DAP Melayu berpecah dan dieksploitasi DAP. Depa memang sejak 1963 lagi nak ungkit hak dan kepentingan Melayu. Maha Ultra Kiasu Lee Kuan Yew rekakan sepanduk Malaysian Malaysia kononnya. Yang subversive atau mengungkit Kedudukan Istimewa Melayu.

Lepas LKY kena tending keluaq dari Malaysia, Lim Kit Siang dan DAP pikui sepandok tu. Sampai disuatu pilihan raya depa terang terang cakap nak hapuskan Kedudukan Istimewa Melayu. Dulu pernah ada gaduh besar Melayu-Cina di1969, ingat tak?

Pasai “orang umno makan riba, makan rasuah minum arak berzina dan berjudi” tu, anda sendiri cakap, “Orang PAS ada juga (buat gitu).” Anda kalian cuba baikkilah. Orang DAP, PAS pun ada rasuah. Buatlah mana yang patut.

Anda kata, “DAP saling bantu membantu dengan MCA dan saling lindung melindung satu sama lain.” Kenapa PAS tak buat gitu dengan UMNO? Saya ahli apa apa parti pun tidak. Kalau anda ahli, cubalah laungkan dimesyuarat dsbnya. Saya laungkan diblog sajalah.

tokgaru said...

Saudara Abdullah Ngah

sorry. saya masih belum puas nak bersama anda.

" Kebanyakan orang umno makan riba, makan rasuah ......,Orang PAS ada juga tapi tak macam orang Umno yang cuba berlindung disebalik perkataan Islam "

1. aku tabik dengan Nicky. bila Kickdefella dedah dia dan rombongan dapat tajaan pi haji maka serta merta dia batal pemergian hajinya bukan kerana dia tak ada pitih tapi kerana dia tak mahu orang kata dia pi haji atas tajaan seseorang.

tapi terfikir pula aku " macam mana kalau Kickdefella tak dedahkan benda tu " ?

ITU BUKAN RASUAH KE KAWAN ??????

2. kau kata orang Umno yang selalu cuba berselindung disebalik islam. ia ker brother ???? aku harap kau tak tersilap sudah lah.

Ulasan Tokgaru : kawan kalau kau termabuk kerana termakan buah limau mandarin yang masam, tak apa lagi. asalkan jangan kau termabuk kerana terminum yam seng sudah lah.

lain kali selepas tulis kau baca dulu sebelum kau send.

PEMBANGKANG-DAP said...

Nak tambah sikit, tokgaru, nak perkuatkan hujah kita untuk kawan kita Abdullah Ngah.

Nicky Nik Aziz pi ke tak pi Haji pun dia dah rasuah.

Dia sendiri ngaku dah terima pekej Haji tu. Dalam undang undang, bila ada orang beri, dia terima, jadi satu kelakuan (an act). Dalam hal ini, kelakuan jenayah.

SPRM belom ambil tindakan Mahkamah kot sebab depa dan pihak Peguam Negara ada banyak kes lain. Kalau depa kata tutup fail pun, tak bermakna tutup selama lamanya.

Sebab dia ada kes rasuah lain - beri menantu dia jawatan Ketua Eksekutif suatu badan Kerajaan Kelantan tanpa "due process".

Bila masa sesuai, boleh keluaqkan kes rasuah dia lagi.

Ada udang disebalik batu, kata omMelayu. Ada kerongkong didalam gerobok, kata omputih. Ada bangkai dibilik mimpi, kata saya.

abc said...
This comment has been removed by the author.
abc said...

Gong Xi Fa Cai dan selamat tahun baharu - kepada sesiapa sahaja
yang ingin merayakannya. Jangan bimbang, ia bukan perayaan keagamaan.
Kepada tuan punya blog ini, baguslah menziarah kaum keluarga dan sanak saudara saban tahun.
Jangan jadi seperti bekas ketua gerombolan yang menyorok asal usul.

tokgaru said...

Kekawan yang Sekapal.

sila ambil maklum bahawa selepas ini dalam posting saya, saya akan guna "Nicky" merujuk kepada Nik Aziz, saya akan guna "Hardy" untuk merujuk kepada Hadi Awang.

terima kasih kepada sahabat saya Sgray yang mengilhamkan benda ni kepada saya.

Kenapa ?????

1. mereka berdua mungkin bukan melayu so memakai nama melayu kurang sesuai kpd depa. kalau mereka melayu tentu terbit perasaan sayang kepada melayu dalam diri depa. mereka sendiri pun telah mengaku "malu" nak mengaku diri sebagai melayu.

2. nama orang putih ni memang sesuai untuk mereka kerana mereka mati2 mempertahankan tindakan pihak gereja kristian nak guna nama "Allah" dalam percetakan risalah dakwah kristian.

3. nama orang putih juga memang kena kepada mereka kerana mereka sanggup berkongsi tuhan dengan puak kristian. Allah kita kata tuhan orang islam tapi Nicky and Hardy kata Allah juga tuhan kepada orang kristian. maknanya islam mereka dah semakin liberal jauh lebih liberal daripada islam yang dibawa oleh Umno.

aku tak terkejut jika satu hari nanti ada usul untuk membuat penambah baikan kalimah shahadah daripada pihak kristian 2 orang ini (Nicky and Hardy) akan bersetuju :

" AKU NAIK SAKSI TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH dan AKU NAIK SAKSI MUHAMAD DAN ISA (JESUS) ITU PESURUH ALLAH "

mudah2an itu tidak berlaku. aku bimbang cucu aku yang masih kecil yang belajar di tadika orang putih akan balik rumah dan tanya kepada aku :

"hari jumaat tokwan bawa cek pi sembahyang jumaat di mesjid, tapi kenapa hari ahad tokwan tak bawa cek pi sembahyang dekat church kerana kat sana pun ada Allah juga"

macam mana aku nak jawab dekat dia. may be Nick and Hardy can couch me about this if it is raised by this little boy.

di sekolah cikgu dia kata tuhan Allah ada di mesjid dan ada juga di church. bebudak depa lebih dengar cakap cikgu daripada cakap kita.

di rumah aku bagi tahu dekat dia sebagai orang islam kita kena selalu sembahyang sebagai tanda terima kasih kepada Allah.

jadi bila dia ajak pi church untuk sembahyang "he is righ because, there Allah is also waiting for prayer to come"

aku mengalu2kan anda yang nak join perah otak atas isu yang aku bangkitkan.

tokgaru said...

" Sementara itu, katanya, rakyat harus berani bertindak menjatuhkan pemimpin yang mengamalkan rasuah dalam pentadbiran mereka supaya negara tidak terus rosak di tangan golongan itu " (Tun Mahathir - drp Utusan Malaysia)

setuju dengan saranan Tun. undi kita boleh menaik dan menurunkan seseorang. jangan dibazirkan.

harap2 Najib akan letak orang2 yang bersih dan tak sombong dengan rakyat pada PRU13 nanti.

kalau Umno letak yang tak sesuai dengan selera kita, ayuh kita "cantas" untuk musim ke 13, kita bagi kepada pihak lawan pun tak apa asalkan "sekapal" dengan kita walaupun tak "sekepala".

izam said...

Tok garu ...

Aku tabik dengan Nicky. bila Kickdefella dedah dia dan rombongan dapat tajaan pi haji maka serta merta dia batal pemergian hajinya bukan kerana dia tak ada pitih tapi kerana dia tak mahu orang kata dia pi haji atas tajaan seseorang

Tumpang tanya..Kickdefella yg kata pas bagi dia 4juta untuk jatuh pak lah ke..
Aku ada beberapa cerita lucu tentang mamak ni..

1. Bila pemberita tanya mana duit tu..dia jawab duit dah habis beli beli peralatan komputer untuk blog dia. Budak sekolah menengah pun dapat nilai peralatan tu tak sampai 4 juta pun...Penipu ..

2. Bila org tanya duit diberi dalam bentuk apa, cash, cek @ bank transfer dia tak jawab..
kau percaya org macam ni...haa.haa

3. Aku nak bagitau kau Mantan TDM tak perlu RM4 juta pun untuk menulis kelemahan pak lah yg beri kesan lebih besar keatas reputasi pak Lah..

Aku rasa mamak difella ni pelawak politik masa kini.. Aku rasa mungkin pemimpin Pas bawa duit dalam guni RM4 juta beri kat dia dan dia simpan bawah katil duit tu...

Kpd SPRM aku minta depa cepat2 la failkan kes rasuah n.aziz di mahkamah sebagaimana mereka failkan MB Khir toyo.

Kita nak yang telus dan nyata..

tokgaru said...

Analisa Trend Pengudian Di Tenang

membaca aku dalam Utusan hari ini. berbagai pendapat daripada penganslisis politik dan pemimpim politik (MCA) keluar.

isunya : undi melayu memihak kepada Umno (BN) tapi undi cina masih di takok lama.

setakat ini Umno boleh bersyukur kerana dah semakin ramai melayu yang meluat kepada Umno masa musim 12 yang lalu telah kembali ke pangkal jalan. mereka dah semakin sedar.

Umno mungkin heran dan pening :

1. segala yang diminta oleh kaum cina sudah Umno tunaikan tapi kenapa mereka tak juga mahu undi Umno.

2. adakah mereka undi Pas kerana mereka yakin dengan Pas atau ada sebab lain.

setakat ini juga Pas gah mendabik dada "tak heran" dengan undi melayu kerana mereka mendapat sokongan drp undi cina. kepada Pas itu menunjukkan kaum cina sudah boleh menerima perjuangan islam yang di bawa oleh Pas.

Ulasan Tokgaru :

1. betul kata Pas tu. memang kaum cina majoriti bagi support kpd Pas. atas fakta pengundian kaum cina di Hulu Selangor, di Galas, di Batu Kawan dan di Tenang, aku yakin penuh Pas akan menang mudah andai kata mereka berani letak calon di kawasan majoriti cina.

Tokgaru nak tanya : berani ker ????

2. Umno tak usah pening. orang cina bagi undi dekat Pas bukan kerana mereka yakin dengan janji Pas atau perjuangan Pas. mereka undi Pas kerana mereka ada hidden agenda yang Nick and Hardy tak dapat baca. so kpd Umno Tokgaru minta supaya jaga orang melayu elok2, jaga orang Felda baik2, insyallah musim 13 ni Umno akan dekat di hati melayu. dengan Anwar, tak perlu risau because he is nobody to the malay people now, even the indians are slowly running away from him. orang cina juga bagi full support kepada PKR kerana hidden agenda yang serupa seperti yang mereka bagi support kepada Pas. ahli Umno biasa, ahli Pas biasa, melayu PKR biasa dan orang atas pagar macam kami ni .. tahu apa hidden agenda mereka. yang tak reti nak baca hidden agenda itu adalah di kalangan pemimpim Pas dan PKR saja.

Tokgaru ni bukan penganalisis politik yang bertauliah tapi setakat nak jadi pengalisis politik kedai kopi tu boleh lah.

tokgaru said...

Masih dengan berita Utusan lagi.

Zahid Hamidi minta Nicky tutup mulut jangan duk keluar fatwa lagi. takut ramai yang akan tersesat.

Tokgaru nak bagi tahu Pak Zahid. Nicky dia nak keluar satu hari 10 fatwa pun biar lah. fatwa yang orang pakai yang keluar sesekali itu pun oleh pihak berkuasa agama saja.

kalau ada lagi orang melayu yang duk pakai dan percaya dengan fatwa oleh Nicky, apa yang boleh Tokgaru kata adalah :

"ISLAM MEREKA BELUM CUKUP MASAK LAGI. MEREKA JADI ORANG ISLAM YANG BOLEH DI REMOTE CONTROL"

haa jenis macam tu boleh lah di pengaruhi oleh fatwa dari Nicky.

untuk pengetahuan Pak Zahid, the majoriti of the malay people anggap fatwa Nicky sebagai bahan jenaka saja. kalau Pak Zahid tak percaya pi lah singgah dengaq depa bersembang dekat kedai2 kopi.

tokgaru said...

Saudara Izam

tentang RM4 juta yang hang kata tu aku tak tau.

tapi yang aku tahu. bila kick dedah pasal tajaan haji. Nicky mengaku dan dia kata dia tolak tajaan tu untuk elak di fitnah.

kalau kick tak buat riuh, dah tentu Nicky duk ada buat haji di mekah dah.

aku akui kick buat silap. dia patut dedah selepas Nicky dah buat haji. mungkin boleh membantu SPRM.

amacam. puas hati dengan jawapan ini.

izam said...

Salam

Analisis aku pula..

1. Org Cina bagi Undi kpd Pas tak boleh kerana ada udang di sebalik batu tapi undi kpd Umno tak pa sebab geng MCA dan MIC.

2. Pas tak boleh rapat dgn Dap tapi Umno boleh berkawan dgn MCA(walau pun perangai 2 x5)bahkan mesti beri apa yg MCA minta hanya melayu bongok saja yg kata MCA boleh dipercayai.

3. MCA boleh mempersenda calon Pas tak bersalam dgn dan bukan muhrim. (Umno jadi bisu sebab geng dia buat hal)

4. Peguam cina yg suruh perlahankan azan di Pantai Dalm tempoh tu dan PM najib arah perlahankan azan.Siapa peguam tu ahli DAP ke MCA? Anda boleh check sendiri ...siapa jadi lembu cina pemimpin Pas ke Pemimpin Umno?

Ha..ha.. aku tak heran kalau pemimpin kita ditarik hidung oleh bangsa asing sebab penyokongnya lebih bodoh dari pemimpin tu...

izam said...

Tok garu..

Pernah ke N.ziz kata apa yg dikeluarkan dari mulutnya adalah fatwa?
Aku tengok yg beriya-iya mengakui kenyataan n aziz adalh fatwa pemimpin umno dan pencacainya.
Tak da pun pengikut kata itu adalah fatwa.
Kalau pemimpin dah tak tau nak beza fatwa dan cakap politik, pengikut lagi tak tau..

Aku saran pergi rujuk dgn Jakim beza fatwa dan cakap politik..

Setuju tak??

tokgaru said...

Rerakan Sekapal dan Sekepala

aku kadang2 heran dengan perangai orang melayu ni. masa duk kerja dengan gomen dia support gomen. tapi bila dia dah pencen, dia tokak gomen balik. dia tokak tangan yang duk suap makanan kepada dia dan anak bina dia selama ini.

sedangkan dia jadi senang, hidup mewah, pakai kereta besar, duduk rumah banglo, pasang bini dua tiga ... semua tu hasil dari duk makan gaji dengan gomen lah.

aleh2 bila dah pencen semua yang gomen buat guna duit haram. maknanya selama dia duk makan gaji dia duk makan duit haram la. tapi dia telan anak bini dia telan dia pi haji pun dengan duit tu lah, awat tak hukum haram pada masa tu.
munafik sungguh orang macam ni.

sapa lah yang ajar depa jadi munafik macam tu. ustad Umno ker atau ustad lain kot ?

dalam paper hari ni, di Merlimau yang bakal diletak jadi calon parti yang memperjuangkan islam adalah jeneral bersara.

entah2 dia makan duit haram dari gaji sebagai askar gomen daripada pangkat prebet sampai jadi jeneral, agaknya dah menyesal sangat lah tu. sebagai nak tebus dosa tu yang dia nak masuk jadi calon parti yang memperjuangkan islam sambil2 nak menjahanamkan melayu.

Pak Zahid, pasai apa depa jadi lagu tu haaa ?

tokgaru said...

Izam

hang tau dak. cakap orang yang bergelar Tok Guru ni tak boleh buat main2. orang pakai cakap dia. orang terima cakap dia sebagai hukum. orang terima para Tok Guru ni sebagai pewaris nabi.

kalau Nicky kata tahi kambing tu boleh jadi ubat siap dengan hadis dan dalil sekali, sure orang berebut2 nak buat bisness tahi kambing.

sebab tu orang yang bergelar Tok Guru bila dia bercakap pasai hukum orang jahil macam aku ni anggap itu adalah fatwa.

tapi fatwa drp Nicky tak laku lah dekat aku. aku tahu fatwa dia fatwa cari makan untuk politik.

hee hee hee. jangan marah. Gong Xi Fa Cai.

Abdullah Ngah said...

Cakap memang boleh, tapi praktisnya mustahil.

kenapa? pasal mereka tak dapat pertunjuk daripada Allah.

Kebanyakan Pertunjuk, ialah pertunjuk iblis.

Bagi saya pilihanraya tak boleh menjatuhkan pemimpin jahat dan tak boleh menaikkan orang baik.

Lihat Tun Mahathir Mohammad. Berapa lama jadi perdana menteri, sedangkan dialah punca orang Melayu hidup dalam kegelapan.

Membangun negara tak seimbang dengan kadar pendapatan rakyat.

Habis tanah milik Melayu d ibu ibu kota diambil untuk tujuan pembangunan konon, tapi melayu dipinggirkan.

Lihat Kuala Lumpur, lihat Johor Baru lihat Pulau Pinang Lihat Ipoh, lihat Alor Star lihat seremban lihat Kuantan, lihat Melaka,Lihat Kuala Terengganu.

Apa sudah jadi pada orang melayu, Siapa puny angkara? pasti Tun Mahathir dan kucu kucunya. Atau leihat jelas Umno/BN.

Saya tegaskan bahawa pilihanraya tak boleh jatuhkan pemimpin yang jahat dan juga tak boleh naikkan pemimpin yang baik. Lebih lebih lagi peratus orang jahat lebih ramai berbanding orang baik.

Yang paling malang sekali perkara baik dianggap buruk dan perkara buruk dinggap baik.

Inilah pertunjuk iblis.

oleh itu kita kena ingat dengan ayat Allah yang berbunyi" Wallahu la yahdi qauman fasikin, zolimin, munafikin dan kafirun.

putrarahman said...

Saya ingin mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina, Gong Xi Fat Chai kepada Dr. Ridhuan sekeluarga dan semua pembaca blog Dr.Ridhuan.

PEMBANGKANG-DAP said...

"mereka tak dapat pertunjuk daripada Allah .. Kebanyakan Pertunjuk, ialah pertunjuk iblis."

Sedaplah Abdullah Ngah. Nampaknya dia dan kumpulan dia saja yang dapat petunjuk dari Allah. Dia tak cakap pun apa petunjuk yang dia dapat.

Dia kata "Lihat Tun Mahathir Mohammad. Berapa lama jadi perdana menteri, sedangkan dialah punca orang Melayu hidup dalam kegelapan." -

Kegelapan macam mana pun dia tak cakap. Dr Mahathir dah ngaku buat silap. Seperti memilih Anwar dan Abdullah Badawi. Tapi Nik Aziz dah cerahkan Kelantan ke? Tentulah dia cakap sudah. Nik Aziz dah keluarkan macam macam "fatwa".

Nik Aziz dah bangunkan Kelantan "seimbang dengan kadar pendapatan rakyat" Kelantan ke?.

"Habis tanah milik Melayu d ibu ibu kota diambil untuk tujuan pembangunan konon, tapi melayu dipinggirkan." -

Bagi bukti atau butir butir lanjut sikitlah. Tak boleh sebut nama bandar bandar saja. Kena sebut satu dua contoh kawasan mana, lot berapa, berapa ekar, bila, kapada siapa diberi dsbnya. Kalau tidak, orang lain pun boleh cakap habis balak hutan Kelantan diberi Nik Aziz kapada Cina Singapura.

izam said...

Ha..ha Tokgaru

Aku nak bagi tau kau..sepatutnya Pas yg boleh katakan kenyataan sebagai fatwa..ini tidak org umno macam kau anggap sebagai fatwa...Memang patut pengikut umno macam kau selalu kena tipu oleh pemimipin kau. Tak tau membeza antara fatwa dan kenyataan politik..aku kesian tengok kau dan mereka yg setongkang dgn kau.

Bahkan harakah lidah rasmi pas pun tak pernah isytihar ia sebagai fatwa..aku syorkan kau pergi ke mais ke,jais ke @ badan2 islam tanya mereka itu fatwa ke..kalau mereka kata fatwa aku masuk umno tapi kalau bukan fatwa kau pas ..amacam setuju?? Aku yakin kau takkan nak sebab kau taksub umno sampai dalam usus...hihi..jangan marah nanti kena jual

izam said...

Sambung...

Saranan aku pada kaum cina dan India, kamu boleh mintak macam2 dari pemimpin umno melalui mca, gerakan dan Mic.Kamu boleh minta sekolah cina, sekolah tamil, tanah,lesen2 perniagaan..macam lagi mereka bagi punya lepas sebab umno nak undi kamu. Soal penyokong umno nak melalak ke nak menjerit ke, kamu jangan bimbang mereka tak akan bantah pemimpin mereka kalau nak confirm tanya tokgaru.
Aku bagi beberapa cth:
1. Bila kamu mintak tambah
peruntukan SJKC PM najib terus setuju, kamu jangan bimbang penyokong umno takkan durhaka pada PM Najib.
2. Bila ahli Mca minta perlahankan azan, Pm Najib akur kamu ada dengar penyokong umno marak pada Pm najib? Tak da kan..
3. Bila Novel Interlok didesak untuk revise beberapa patah perkataan didalamya, umno tundukkan..ada kamu tengok penyokong umno marah?? tak da kan..
4. Bila kamu mintak kemasukan ke IPTA DAN PEMBERIAN BIASISWA berdasarkan merit, umno tunduk walau mereka sedar anak melayu tak mampu bersaing dgn bangsa kamu. Penyokong umno ada tak berarak membantah perbuatan pemimpin mereka? tak adakan..

Oleh itu kamu mintak macam-macam lagi.Mereka akan bagi punya lah dan soal penyokong umno kamu jgn bimbang, mereka takkan berani membantah..

INI SEMUA KERANA PENYOKONG UMNO DAH DICUCUK HIDUNG DGN DUIT OLEH PEMIMPIN MEREKA..

abc said...
This comment has been removed by the author.
abc said...

Ahli-ahli politik kita semua sama sahajalah. Mereka mengamalkan realpolitik, matlamat menghalalkan cara. Taktik yang biasa digunakan untuk mencapai tujuan, antaranya:

1. Fitnah-mengfitnah
1.1 Liwat-meliwat
1.2 Rogol-merogol
1.3 Rasuah-merasuah
2. Kafir-mengkafir/Jahil-menjahil
3. Fatwa-mengfatwa
4. Tikam-menikam
5. Tohmah-menohmah
6. Api-mengapi
6.1 Agama
6.2 Kaum
6.3 Ketuanan ??????
6.4 Raja
7. Beli-membeli
8. Lompat-melompat
9. ISA-mengISA
10. Sumpah-menyumpah
11. Korek-mengorek (kisah silam)
12. Tipu-menipu (rakyat)
13. Hidup-hidup siasat sampai mati
14. FRU-mengFRU
15. Undi Pos-pos
16. Membesar-besarkan
Walau apapun, negara kita taklah seteruk negara-negara Afrika. Bersyukurlah...
Tak payahlah nak berdebat siapa lebih islamik siapa lebih kafir...

Anonymous said...

TGNA: Jawapan Saya Untuk Tun Mahathir

Saya gembira apabila Tun Dr. Mahathir memberikan ulasan berkenaan pandangan saya tentang nasionalisme.

Bagi saya, ini membuktikan kesediaan beliau untuk mendengar pandangan dan berhujah. Ia baik untuk percambahan minda masyarakat agar masyarakat segar dengan hujah dan tidak bergantung kepada seringgit dua habuan menjelang pilihanraya semata-mata.

Jawapan saya ini bukan hanya untuk Tun Dr. Mahathir sahaja, tetapi juga merupakan jawapan yang saya cadangkan untuk dijawab pada hari di mana saya, Tun Mahathir dan manusia keseluruhannya berdiri di hadapan Allah SWT satu masa nanti.

Ini kerana saya beriman dengan hakikat bahawa setiap apa yang dipertuturkan di dunia ini akan diadili di akhirat nanti.

Setiap kenyataan yang keluar melalui televisyen, akhbar bahkan blog sekalipun direkod oleh malaikat-malaikat yang ditugaskan oleh Allah SWT untuk dibentangkan di hari yang kita tidak lagi mempunyai kuasa ke atasnya. Firman Allah SWT :

يَوْمَ تَشْهَدُ عَلَيْهِمْ أَلْسِنَتُهُمْ وَأَيْدِيهِمْ وَأَرْجُلُهُم بِمَا كَانُوا يَعْمَلُونَ

Yang bermaksud : Pada hari (ketika), lidah, tangan dan kaki mereka menjadi saksi atas mereka terhadap apa yang dahulu mereka kerjakan. – Surah al-Nur, ayat 24

Hakikatnya saya sebenarnya diajak untuk menari dengan irama yang gendangnya dipalu oleh UMNO.

Saya diajak untuk turut sama mengutuk Lee Kuan Yew seperti pimpinan UMNO. Padahal, apa yang berlaku di seberang sini jauh lebih dahsyat daripada apa yang dilakukan oleh Lee Kuan Yew.

Pertama saya ingin nyatakan kepada Tun Mahathir bahawa asas Islam tidak sama dengan nasionalisme. Di dalam ajaran nasionalisme, tidak pernah dinyatakan apakah tujuan hidup ini.

Tidak pernah saya terdengar sepatah kata dari pimpinan UMNO yang menghuraikan berkenaan tujuan hidup seorang manusia di muka bumi.

Jikapun ada, hanya sebaris dua dari menteri yang dimanahkan menjaga hal ehwal agama. Adapun pemimpin utama UMNO, tujuan hidup ini seolah-olah tidak menjadi agenda penting sehingga tidak pernah sedikitpun terkeluar isu ini dari bibir mereka.

Islam meletakkan bahawa tujuan hidup untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT. Justeru, manusia dihidupkan untuk diuji oleh Allah SWT siapakah di kalangan mereka yang terbaik amalannya. Firman Allah SWT :

الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا وَهُوَ الْعَزِيزُ الْغَفُورُ

Yang bermaksud : Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amal dan aktivitinya ; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat) (Surah al-Mulk, ayat 2)

Apabila tujuan hidup untuk mengabdi kepada Allah SWT, dan hidup sendiri merupakan ujian untuk menguji siapakah yang beramal soleh, justeru manusia perlu bersyahadah dengan maksud sanggup menjadi saksi untuk menyatakan ketuhanan Allah SWT dan kenabian Nabi Muhammad SAW.

Jika syahadah manusia pada lafaznya, maka syahadahnya pertubuhan ialah pada dasarnya.

Ingin saya bertanya kepada Tun Mahathir, apakah dasar perjuangan UMNO?

Di celah manakah UMNO meletakkan Islam setelah dasar kebangsaan dijadikan sebagai dasar perjuangannya?

Dari sudut praktikalnya, adakah perjuangan UMNO merupakan satu amal soleh?

Adakah pada saat UMNO yang menjadi tulang belakang kerajaan mengeluarkan lesen judi itu merupakan amal soleh?

Adakah pada saat UMNO menghapuskan tulisan jawi pada tahun 1968 sehingga melahirkan generasi yang buta al-Quran itu merupakan amal soleh?

Adakah pada waktu Tun Mahathir menarik balik peruntukan perkapita untuk sekolah agama rakyat itu merupakan amalan soleh?

Anonymous said...

samb...

Kedua, Tun Mahathir melabelkan saya dan PAS sendiri sebagai punca pecah belah orang Melayu.

Barangkali kerana sayalah yang menyebabkan parti UMNO diharamkan pada tahun 1987 yang membawa kepada penubuhan Semangat 46.

Barangkali sayalah juga penyebabnya sehingga terpecat Timbalan Presiden UMNO pada tahun 1999 yang membawa kepada penubuhan parti Keadilan dan kini dikenali sebagai Parti Keadilan Rakyat.

Saya bimbang, Tun Mahathir sudah dijangkiti penyakit Melayu Mudah Lupa yang pernah disebutnya satu ketika dahulu.

Suka saya jelaskan. Islam meletakkan bahawa pecah belah ialah satu perkara yang pasti berlaku di kalangan masyarakat manusia. Allah SWT berfirman :

وَقُلْنَا اهْبِطُوا بَعْضُكُمْ لِبَعْضٍ عَدُوٌّ وَلَكُمْ فِي الأَرْضِ مُسْتَقَرٌّ وَمَتَاعٌ إِلَى حِينٍ

Yang bermaksud : “..dan Kami berfirman: "Turunlah kamu! Sebahagian dari kamu menjadi musuh kepada sebahagian yang lain dan bagi kamu semua disediakan tempat kediaman di bumi, serta mendapat kesenangan hingga ke suatu masa (mati)". – (Surah al-Baqarah, ayat 36)

Perpecahan telah digazetkan oleh Allah SWT di dalam al-Quran lama sebelum PAS ditubuhkan lagi. Ia berlaku apabila ada yang memilih hidayah dan ada yang menolaknya.

Nabi Muhammad SAW datang membawa hidayah daripada Allah SWT dan ditolak oleh kaum yang sebangsa dengannya.

Utbah bin Rabiah yang mewakili gerakan nasionalis Quraisy pada zamannya, bangkit dengan tegar melabelkan bahawa Nabi Muhammad SAW sebagai pemecah belah dengan kata-katanya :

فرقت به جماعتهم!

Yang bermaksud : Dengan agama yang kamu bawa, kamu telah memecahbelahkan kesatuan mereka!

Adakah benar baginda merupakan pemecah belah? Tentu sekali tidak, tetapi itulah natijahnya apabila membawa kebenaran seperti yang dilakukan oleh Rasulullah SAW.

Dari zahirnya kelihatan Tun Mahathir sebagai seorang yang sangat cintakan perpaduan Melayu.

Sedarkah Tun Mahathir bahawa UMNOlah selama ini yang menzalimi orang-orang Melayu?

Pada tahun 1961, siapakah yang menculik ADUN-ADUN PAS di Terengganu yang menyebabkan akhirnya kerajaan PAS pimpinan Allahyarham Daud Samad digulingkan dari pintu belakang?

Di Kelantan, mereka juga menculik lima wakil rakyat PAS dengan tujuan menggulingkan kerajaan yang dipimpinan oleh Allahyarham Dato Asri Muda namun usaha mereka gagal.

Ini boleh disahkan oleh bekas wakil rakyat Tanah Merah Timur yang masih hidup sekarang ini, Che Omar Mohamad yang turut menjadi mangsa.

Siapakah yang bertanggungjawab melakukan perbuatan tidak demokratik ini kalau bukan UMNO?

Episod-episod kezaliman ini masih segar di ingatan pejuang-pejuang PAS.

Bukan untuk menyemarak api permusuhan lama jauh sekali menyimpan dendam, tetapi sekadar untuk memperkukuhkan fakta sejarah buat generasi muda yang saya bimbang terbuai dengan dodoi Ketuanan Melayu yang ditaja oleh UMNO.

samb...

Anonymous said...

samb...

Di zaman Tun Mahathir, siapakah yang bertanggungjawab melakukan persempadanan pilihanraya pada tahun 2003 yang menafikan pertambahan kerusi parlimen dari negeri yang majoritinya orang Melayu kalau bukan UMNO di zaman Tun Mahathir?

Siapakah yang bertanggungjawab mengarahkan pembunuhan beramai-ramai Ibrahim Libya di Memali bersama pengikut-pengikutnya yang kesemuanya terdiri daripada orang Melayu tanpa sebarang sebab yang munasabah kalau bukan UMNO di zaman Tun Mahathir?

Siapakah yang memperkenalkan pengajian Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris yang kemudiannya ditolak sendiri oleh UMNO kalau bukan Tun Mahathir?

Hari ini, UMNO masih lagi menjuarai amalan tidak demokratik.

Di Perak, mereka gulingkan kerajaan dari pintu belakang.

Di Selangor, mereka melantik Setiausaha Kerajaan tanpa sedikitpun perbincangan dengan Menteri Besar.

Peliknya, juara Ketuanan Melayu inilah pula yang menentang usul mengembalikan kuasa sultan di Selangor.

Tidak malukah mereka kepada DAP yang mereka dakwa sebagai parti cauvinis Cina?

Di Kelantan, mereka nafikan royalti minyak serta menubuhkan Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP). Jika begini, demokrasi pun tidak, federalism pun tidak, Islam jauh sekali!

Apa yang lebih penting, Islam tidak akan sempurna tanpa iman. Al-Quran sering menyebut Wahai orang-orang yang beriman tetapi al-Quran tidak menyebut Wahai orang-orang Islam.

Ini kerana seorang yang mengerjakan rukun Islam sahaja belum layak dipanggil orang yang beriman jika hatinya tidak beriman dengan yakin kepada Allah SWT.

Jika Tun Mahathir berkata bukti UMNO berjasa kepada Islam dengan membina masjid, maka Abdullah bin Ubay di zaman Rasulullah SAW lebih dahulu membina masjid yang dikenali sebagai Masjid Dhirar.

Jika Tun Mahathir menyatakan bahawa UMNO berjasa kepada Islam dengan membina sekolah agama, maka di Thailand juga wujud sekolah-sekolah agama.

Bahkan jika Tun Mahathir berkata bahawa jasa UMNO ialah arak tidak dihidangkan di majlis rasmi kerajaan, maka apakah bezanya jika arak tetap diberikan lesen secara besar-besaran dan judi pula terus dinikmati sekalipun bertentangan dengan nilai-nilai Islam dan kemanusiaan.

Pertanyaan saya pula kepada Tun Mahathir, sebutkan apakah yang saya lakukan di Kelantan yang bertentangan dengan Islam. Jika tidak ada, maka untuk apa kami dilawan?

Akhir kata, saya akui Tun Mahathir seorang yang bijak, dan alangkah baiknya kebijaksanaannya digunakan untuk Islam.

Nasihat saya kepada Tun Mahathir, sebelum terlambat marilah sama-sama berfikir untuk menempuhi hari pengadilan yang dijanjikan oleh Allah SWT.

Jika saya ditanya adakah saya telah mengajak Tun Mahathir dan rakan-rakan sealiran dengannya agar meninggalkan aliran nasionalis sekular dan menerima Islam yang syumul, saya Insya-Allah akan menjawab : اللهم قد بلغت (Ya Allah, aku telah menyampaikan..)

Sekian.

HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT
Kg. Pulau Melaka, Kota Bharu.

PEMBANGKANG-DAP said...

Saya nak cuba “fatwa” sikit berkenaan "Jawapan Nik Aziz Untuk Tun Dr Mahathir." Jawapan itu mungkin diderapkan oleh Setia Usaha Akhbar (tak athu siapa ganti kickdefella) atau Setia Usaha Politik dia:

Menyindir dia bila berkata “tidak bergantung kepada seringgit dua habuan menjelang pilihanraya semata-mata.” Tapi gambar gambar diPRK Galas yang menunjukkan dia beri wang kertas besar RM50 kapada pengundi Orang Asli itu bukan serringgt dua! Berpuluh ringgit! Tahu, ada orang beri lebih, tapi nak jawab sindiran seringgit dua dia.

Dia kata dia “beriman dengan hakikat bahawa setiap apa yang dipertuturkan di dunia ini akan diadili di akhirat nanti.” Tapi dia kata orang lain beri habuan seringgit dua, pada hal dia beri puluhan Ringgit.

Cakap tak serupa bikin ke? Dah ikut cara DAP ke? DAP kata Malaysian First Chinese Second, tapi sebenarnya depa Sun Yat Sen First, China Second, sebab depa namakan suatu kemudahan awam diPenang ikut nama pemimpin negara China Sun Yat Sen.

Dia keluarkan Firman Allah, kita ambil perhatian, tidak perso’alkan Firman itu. Tapi bila dia keluarkan “fatwa”, kita tentu pertikaikan kalau seperti “fatwa”nya “Tuhan pun mencarut.”

Waaaah, bagus, dia ngaku Lee Kuan Yew pun ada kelemahan. Dia kata, “apa yang berlaku di seberang sini jauh lebih dahsyat daripada apa yang dilakukan oleh Lee Kuan Yew.” Kita tahu dia selalu "kagum". Kagum kat Karpal Singh, kagum kat LKY.

Tapi dia tidak kagumkan hal bahawa bila Melayu bersatu dulu, Melayu tidak dieksploitasi orang, tidak diheret hidung, tidak selalu "kagum" dengan orang yang nak kikis Kedudukan Istimewa Melayu, seperti LKY dengan apa yang dia panggil "malaysian malaysia", dan Karpal yang kata "Over my dead body" kapada Hukum Hudud.

Tak tahu apa dia maksudkan bila berkata, “Di dalam ajaran nasionalisme, tidak pernah dinyatakan apakah tujuan hidup ini.” Tapi, apakah nasionalisme bergantung kapada “tujuan hidup”? Bukan ke “tujuan hidup” disesuaikan dengan perasaan sayangkan negara?

Nasionalisme berdasarkan kapada pendirian rakyat terhadap Perlembagaan negara dimana agama Islam dinyatakan sebagai agama negara ini. Pentadbirannya dilakukan oleh Jabatan Agama Islam yang mewakili Majlis Fatwa Negara yang pula mewakili YDP Agong, yang Ketua Agama diseluruh negara. Maka tujuan hidup mesti berpandukan kapada Perlembagaan negara dan fatwa fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Negara. Bukan “fatwa” yang dikeluarkan oleh Nik Aziz!

Lagi dia dah ikut DAP. Bantah apa saja. Buat “fatwa” sendiri, tidak ikut Fatwa Majlis Agama Negara. Sampai Tuhan dia kata mencarut. Nasionalisme dan tujuan hidup hape yang dia maksudkan itu, beb?

Benar, Islam mahukan hambanya mengabdikan diri kepada Allah SWT. Kita tahu itu, tak payah dengan mengeluarkan Firman Allah SWT. So’alnya ialah perbezaan ta’arif atau interpretasi bagaimana “mengabdikan diri kapada Allah SWT” itu.

Dia patut tahu ada banyak ta’arif dan interpretasi selama lebih 1,400 tahun ini, sehingga ada ajaran Sunni, ajaran Syi’ah dan sehingga Islam ada lk 70 mazhab, Imam dan kumpulan kumpulan kecil (sects and sub-sects).

Akan komen lagi “Jawapan” dia bila lapang.

PEMBANGKANG-DAP said...

Pengtahuan agama saya tidak seperti Nik Aziz. Tapi saya yaakin perkara soleh atau tidak perjuangan UMNO ke perjuangan PAS ke bergantung kapada ta’arif perkataan soleh itu.

Bergantung kapada siapa cakaplah. PAS cakap mesti perjuangan PAS yang soleh, yang lain tidak. Itu jadi subjektif. Susah nak tetapkan mana satu, Tok Guru. Cari hujah hujah lain lah, selain dari soleh ke tak soleh.

Menghapuskan tulisan jawi tidak semestinya mmerupakan amal tak soleh. Generasi buta al-Quran timbul bukan semata mata kerana tak ada tulisan jawi. Ada sebab sebab lain. Pernah dengar “globalisasi” ke?

Orang Arab dengan bahasa Arab siang dan malam pun ada yang tonggak arak, main judi, main pompuan. Tanyalah depa yang pi masuk kasino diLondon dsbnya. Orang kata diGenting pun ada. Depa pi kasino bila melawat Malaysia. Semua Arab soleh ke? Tulisan Jawi boleh buat orang Islam soleh ke?

Saya setuju Tun Mahathir melabelkan Nik Aziz dan PAS memecah belah orang Melayu. Tak nafikan kelakuan yang menyebabkan UMNO diharamkan pada tahun 1987 dan penubuhan Semangat 46, kemudian penubuhan Parti Keadilan Rakyat, juga memecahkan Melayu.

Tapi tindakan bersekongkol dengan DAP, dimana DAP mengeksploitasi kedudukan Melayu dengan rancangan malaysian malaysianya yang mahu mengikis Kedudukan Istimewa Melayu, disokong oleh PAS secara mendiamkannya, telah menukul pahat sehingga perpecahan itu begitu ketara.

Sehinggakan PAS membenar, malahan menggalakkan, perempuan kafir DAP masuk masjid tanpa menutup aurat, berdiri dan berucap diatas tempat Imam sujud. Tak usah cakap soleh tak soleh lah, Tok Guru. Tak usah keluar “fatwa” lagi, kononnya nak dakyahkan Islam. Bukan dakyahkan Islam, pompuan kafir tu nak dakyahkan propaganda DAP!

Aldan said...

@ izam..

sedihla dgn ko.. ko ingat kitaorg bodo sgt ke nak terima nick aziz ckp tu fatwa?

kitaorg saje sebut 'fatwa', kata lain bg kalimah yg keluar dr seorang yg bergelar mursyidul am.
kitaorg pun tau dia x layak pun bg fatwa..
dia bukan mufti pun, x lebih dr seorg political animal..
mcm politician lain jgk..

jd toksah la mengarut lebih2 lg lepas kalah kat Tenang tempohari. kalau boleh amik MC 20 hari lps tu pegi berkempen, jgn salahkan pengundi jahil ke ape ke..

sendiri mau ingat la pandai ke x pandai calon dan kroni calon ko tue..

haha..bloodyf..

PEMBANGKANG-DAP said...

Ini anonymous tak sebut pun dari mana dia copy & paste “Jawapan Nik Aziz”. Sebutlah, supaya pembaca tak ragu itu “fatwa” Nik Aziz ke, atau anon tu reka sendiri. Di blog semua orang boleh tulis nama Nik Aziz ke sape ke. Inilah susahnya nak berdailog dengan jenis depa ni.

Dia sebut lagi Firman Allah SWT pasal maanusia berpecah belah. Tak beri hujah hujah pun cuba tunjuk perhubungan PAS dengan DAP tu tidak memecah belah kaum Melayu. Dia keluarkan Hadith pulak. Dia keluarkan lagi cerita lama pasal “culik menculik” ADUN-ADUN PAS di Terengganu ditahun 1961. Pada hal orang cakap pasal PAS pecah memecah kaum Melayu zaman sekarang.

“terbuai dengan dodoi Ketuanan Melayu yang ditaja oleh UMNO”, kata dia. Sebab ditaja oleh UMNO, jadi Nik Aziz PAS bangkanglah. Dah betul macam DAP lah. Apa saja yang Melayu dominan atau sarankan atau pertahankan, hentam saja. Melayu apa macam ni? Tak fikir panjang pun masa depan Melayu. Tak sedar pun depa dieksploitasi DAP. Asyik dengan “kagum” kapada Lee Kuan Yew, Lim Kit Siang dan Karpal Singh. Teruklah Melayu dibuatnya.

“amalan tidak demokratik”, katanya. Di Perak, gulingkan kerajaan dari pintu belakang, tambahnya. Tapi dia tak sebut rakan seperjuangannya Anwar (sebenarnya, Anwar perjuangkan dirinya sendiri saja!) ada main belakang. Dari segi fisikal dan dari segi bahasa kiasannya!

Nik Aziz tak ingat ke janji nak rampas kuasa 16 September 2009 Anwarul nak buat melalui katak lompat? Cakap tak serupa bikin lagi ke? Ke Anwarul dan PKR tak masuk dalam buku PAS? Sejak Anwarul kata Lim Kit Siang calon TPM, kot. Tak sebut langsong apa jawatan penting untuk PAS jika dapat ke Putrajaya!

Ke PAS tak masuk dalam buku Anwarul dan LKS dalam mimpi depa ke Putrajaya. LKS diam saja, tak cuba sbutkan PAS dapat jawatan apa. LKS naik hidung sekaki bila Anwarul kata LKS calon TPM. Tersengeh sengeh Nik Aziz kata LKS kena masuk Islam dulu. Kita tahulah apa LKS akan jawab. Hanya kali ini dia tidak jawab dikhalayak ramai "Never"! Tapi kita boleh teka apa LKS jawab masa bersama gerombolannya.

izam said...

ha..ha..
Aldan @ asshole marah kat aku nampak..jangan nanti kena jual.

Kat Tenang memang dah dijangka Umno menang tapi jangan Majoriti 5000 undi oleh TPM tak kesampaian nampaknya.
kalau kau dah tau yg n.aziz tak layak nak kelarkan fatwa.. kenapa kau masih dok kata kenyataan dia fatwa? Kau nak bodohkan mereka yg melawat blog DRT ke?
Jika dah dibodoh oleh pemimpin kau jangan cuba nak bodoh og lain pulak..

Mother F...

Sukenics said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Perpecahan Melemahkan Bangsa Melayu – Dr Mahathir

KUALA LUMPUR, 1 Feb — Masa depan bangsa Melayu akan terus lemah dan malap sekiranya kaum Melayu terus berpecah hanya semata-mata fahaman politik yang berbeza, kata mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata bangsa Melayu kini dilihat berada dalam kedudukan yang lemah kerana sudah berpecah kepada tiga kumpulan politik iaitu UMNO, PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyebabkan agenda untuk memajukan masa depan mereka sukar dilaksanakan, walaupun kerajaan kini di bawah kepimpinan orang Melayu.

“Kita lihat sekarang Melayu lemah kerana sudah berpecah kepada tiga dan kerajaan yang dipimpin orang Melayu juga menjadi lemah dan tidak dapat bertegas dalam menyusun langkah dalam majukan masa depan kita.

.. katanya ketika berucap pada wacana 'Bangsa Melayu dan Masa Depannya’, anjuran Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak).

Dr Mahathir berkata kali pertama perpaduan Melayu di negara ini teruji ialah apabila berlakunya perpecahan yang menyaksikan wujudnya PAS, sebagai parti serpihan UMNO.

“Tetapi kita masih mampu menguasai keadaan politik di dalam negara, tetapi sepertimana yang kita tahu, kemudiannya ramai daripada orang-orang yang kecewa (daripada UMNO) telah menubuhkan parti dan kita lihat serpihan-serpihan lain berlaku seperti Semangat 46 dan PKR,” katanya.

“Masa kita miskin, lemah, tidak ada kedudukan, kita tahu hanya perpaduan yang akan memberi kita kekuatan. Tetapi hari ini, bila kita kaya sikit, ada yang perpendapat perpaduan tidak perlu lagi, kita lawan sesama kita,” katanya.

Katanya ada juga orang Melayu yang sudah terlalu yakin mempunyai keupayaan untuk berdiri sendiri sehingga menolak sebarang usaha kerajaan termasuk menerusi Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang diwujudkan untuk membantu mereka.

“Kita begitu sekali menganggap diri kita berkeupayaan, ada yang kata apa perlu ‘identify’ diri kita dengan Melayu, kita orang Malaysia, boleh tolak usaha untuk bantu kita. Kita hendak buang ‘tongkat’, hendak jalan atas kaki sendiri, tetapi kita tidak sedar kaki masih tempang,” katanya.

Apa yang lebih menyedihkan, kata Dr Mahathir, ada orang Melayu yang terlalu asyik meminta sokongan kaum lain sehingga sanggup menyerahkan apa sahaja kepada kaum lain tanpa memikirkan implikasinya kemudian hari.

Dalam pada itu Dr Mahathir yakin Malaysia akan selamat daripada kekuasaan asing sekiranya semua rakyatnya benar-benar memahami dan menerima konsep 1Malaysia atau 1bangsa yang diuar-uarkan kerajaan selama ini.

Untuk itu, katanya, kaum-kaum lain di Malaysia harus melupakan kaitan mereka dengan negara asing, sebaliknya menerapkan keyakinan bahawa mereka merupakan rakyat negara ini.

Bila kita kata kita adalah orang yang ada kaitan dengan sebuah Negara asing, maka itu adalah pengakuan kita adalah kaum pendatang. Jadi kita harus lupa negara mana kita datang. Jika ada yang masih anggap mereka datang dari negara lain, maka tidak akan dapat wujud satu bangsa Malaysia.

“Tetapi sehingga sekarang, tidak ada kesanggupan untuk mengakui mereka bangsa Malaysia …” katanya.

Sementara itu, menjawab kepada satu soalan mengenai bagaimana untuk menyatu-padukan orang Melayu yang sudah berpecah tiga, Dr Mahathir berkata:”Cara mudah, ketuk kepala Nik Aziz dan Anwar kerana penyakit itu semua datang daripada mereka”.

Beliau juga menyifatkan usaha menyatu-padukan orang-orang Melayu itu menemui jalan buntu kerana tidak adanya keinginan daripada kedua-dua pemimpin berkenaan untuk ke arah itu.

“Niat mereka hanya untuk mendapat tempat. Anwar dengan dasarnya untuk sampai ke Putrajaya dan Nik Aziz adalah seorang opportunist. Tidak ada niat mereka ini untuk berkhidmat untuk agama, bangsa dan negara, itu yang susah hendak berbaik dengan mereka,” katanya.

Dr Mahathir berkata dalam keadaan kepercayaan kepada Umno juga goyah, orang Melayu kini diletakkan dalam keadaan serba-salah untuk memilih parti yang boleh dipercayai, justeru menyifatkan kaum Melayu kini dalam “Malay Dilemma 2′.

......... said...

apa pendapat tuan?

http://ruangbicarapriamalaya.blogspot.com/2010/10/biadap-demi-kuasa-najib-sanggup-sokong.html

tokgaru said...

Hai Izam

selamat jumpa balik. aku nak rehat2kan kepala. sambil tu nak lah menanti "apa pula kata orang2 di Melimau"

kata orang2 di Galas aku tahu dan kau pun tahu bukan ? Cam tu jugalah dengan mesej orang2 di Tenang, sudah terang lagi bersuluh bukan ?

andik79 said...

"Saya berani mengatakan bahawa majoriti Cina tidak mengundi BN. Tidak perlu buat kajian, lihat jumlah undi yang diperolehi oleh BN di kawasan bandar selama ini. Kenapa DAP terus dan begitu mendominasi?"

Ustaz, sy kagum , ustaz berani tulis ni ...hahaha, memang betul pun.

syababussolihin said...

Salam....
Saya minta menggunakan ruang ini untuk mencadangkan satu idea berkenaan cina muslim...
Saya kagum dengan orang cina muslim kerana mereka memeluk islam dengan sepenuh hati dan keikhlasan...
Tapi satu perkara yang menyedihkan ialah bilangan orang cina yang memeluk islam masih lagi kurang di Malaysia iaitu sekitar 60,000 dari penduduk cina berjumlah 7 juta di Malaysia iaitu kira2 0.01 peratus.
Saya merupakan orang melayu dan sangat gembira bila mendegar orang cina memeluk islam. Jadi saya terfikir beberapa idea untuk menyebarluaskan agama islam kepada orang cina. Pertama saya mencadangkan supaya diwujudkan satu laman web yang bertajuk "ask anything about islam" yang berbahasa mandarin sepenuhnya... memandangkan ramai anak muda sekarang yang menggunakan internet sebagai media utama, cara ini amat sesuai... ramai diantara mereka yang tidak berpeluang untuk bertanya kerana kebanyakan rakan2 mereka yang melayu ini tidak memahami islam sepenuhnya dan mereka tidak dapat menerangkan islam dengan cara yang berhemah... jadi dengan wujudnya kotak chat box dan online communication dalam bahasa mandarin ramai orang cina berpeluang untuk bertanyakan soalan berkenaan islam. mereka tidak perlu malu2 kerana tidak perlu berjumpa face to face.. mereka tentunya dengan senang hati membuka laman web tersebut dan bertanyakan soalan.... saya sekarang masih mencuba belajar bahasa mandarin tetapi masih diperingkat permulaan tapi ia mungkin memakan masa yang lama untuk memahami tulisannya..
Mungkin dr Ridhuan boleh mencadangkan kepada rakan2 lain supaya mewujudkan laman web ini dan menyebarkan kepada rakan2 lain....
Keduanya saya mencadangkan lebih banyak buku yang berbahasa melayu dan inggeris diterjemah kedalam bahasa mandarin supaya mereka mengenal islam adlah untuk semua bukan untuk bangsa melayu je....