Semua artikel adalah pendapat peribadi. Anda berhak untuk tidak meneruskan bacaan atau tidak mengakseskan blog ini serta merta jika anda tidak bersetuju dengan pemikirannya. All the articles written are the personal views. You have absolute rights not to continue reading or to discontinue accessing this blog immediately if you are disagreeable with the personal views.

Thursday, November 18, 2010

Patriotikkah kita?

7:50 AM Posted by RIDHUAN TEE 19 comments
Ahad lalu saya ke KLIA, berpeluang menjemput seorang akademia tersohor dalam bidang keamanan dan konflik dari Universiti Otago, New Zealand, Profesor Kevin Clements. Selain mengikuti syarahan berkaitan Indeks Keamanan Global (Global Peace Index), banyak pandangannya mengenai Malaysia yang patut dikongsi bersama. Melalui kajiannya, Malaysia adalah negara keempat teraman kalangan negara-negara Asian, selepas New Zealand, Australia dan Jepun, meninggalkan Singapura di tempat kelima. Di peringkat dunia pula, daripada 144 negara, Malaysia menduduki tangga ke 22 negara teraman. Bersyukur saya mendengar dan melihat kajian yang dibuat. Orang luar melihat apa yang kita ada dengan begitu baik. Sedangkan kita sendiri tidak pernah bersyukur, mahupun menghargai. Kita asyik mengutuk negara sendiri. Apa yang dilakukan semuanya salah, tidak ada yang betul, sehingga mewujudkan budaya atau rakyat dalam keadaan serba salah. Adakah di situ ada semangat patriotisme?

Buat baik salah, buat jahat sudah tentu salah. Menang pilihan raya salah, kalahpun salah. Membantu mangsa banjir salah, tidak bantu sudah tentu salah. Bantu negeri pembangkang salah, tidak bantu, lagi salah. Tubuhkan inkues salah, tidak tubuhpun salah. Berterus terang salah, tak berterus terang salah. Cakap salah, tak cakap salah. Pendek kata, semua yang dilakukan, salah.

Nampaknya, masyarakat kita hari ini dirundung budaya semuanya salah atau blaming culture, selagi tidak menyebelahi mereka atau datang daripada kumpulan mereka. Pendek kata, orang lain semua salah, mereka sahaja yang betul. Inilah budaya salah menyalah yang tidak ada kesudahan dan membuang masa. Pembangunan negara terbantut. Tidakkah sepatutnya, kita bersangka baik dan boleh menarik nafas lega dan berkata Alhamdulillah.

Kita sepatutnya berfikiran positif, jika betul katakan betul. Jika salah, perbetulkan. Bukannya, menyalahkan yang betul, membiarkan yang salah, terus salah. Tidakkah kita perlu belajar membiasakan yang betul, membetulkan yang biasa. Terbaru, beberapa buah persatuan berasaskan bangsa menyalahkan Finas kerana menerbitkan iklan hari perayaan tanpa mengambil kira sensitiviti agama bangsa tersebut. Kumpulan ini marah, kerana menonjolkan watak bukan Islam yang memeluk Islam. Kenapa tidak sebaliknya yakni orang Islam yang memeluk bukan Islam. Sebenarnya, jika difahami dengan niat baik, iklan itu membawa mesej keamanan, sesuai dengan roh perlembagaan, orang Islam tidak boleh menukar agama. Saya sempat menonton iklan tersebut. Saya tidak nampak adanya niat jahat seperti yang didakwa. Nampaknya semua dilakukan oleh pihak berwajib dengan niat baik atau tidak, semuanya salah. Budaya serba salah semakin menjadi-jadi sejak akhir-akhir ini terutama apabila kerajaan hari ini tidak mendapat dua pertiga.

Contoh lain, apabila Menteri Pertahanan mengatakan orang bukan Melayu kurang mempunyai semangat patriotism kerana bilangan mereka yang menyertai pasukan tentera amat sedikit, tiba-tiba golongan yang makan cili ini terasa pedasnya. Sepatutnya, kita cari punca dan cuba atasi tersebut. Ini tidak, kita terikut-ikut rentak parti ultra kiasu menyalah menteri tersebut tidak tentu pasal. Sama ada kita patriotik atau tidak, Tuhan sahaja yang tahu. Namun, kita juga boleh menilai melalui tindak-tanduk seperti sikap kita. Misalnya, sikap kita terhadap sekolah satu sistem, mendaulatkan bahasa kebangsaan dan lagu kebangsaan, dan sebagainya.

Ukuran patriotisme agak subjektif dan amat mendalam pengertiannya. Patriotisme menuntut kesungguhan, keyakinan, keberanian dan kecintaan kepada negara. Kepentingan negara mesti diutamakan bagi melindungi nyawa, agama dan maruah. Semangat ini mesti dipupuk agar kestabilan dan keamanan negara terus terjamin. Rakyat kita mesti diajar untuk berkorban jiwa raga demi negara tercinta. Jika semangat patriotisme tidak dipupuk, lambat laun perasaan cintakan negara akan terus lenyap dan mereka suatu hari nanti akan hilang identiti dan sudah tidak tahu siapa sebenarnya diri mereka. Inilah maksud yang cuba diketengahkan Menteri Pertahanan. Namun, segelintir daripada kita cuba mengambil kesempatan dengan menyalah kenyataan ini yang pada saya mempunyai kaitan langsung dengan semangat patriotisme. Malangnya, mereka yang makan cili itu terasa pedasnya.

Dalam hal ini, saya memuji sikap masyarakat Jepun. Pariotisme mereka amat tinggi. Walaupun mereka tidak Islam, tetapi budaya yang betul itu betul, yang salah itu salah, telah berjaya membawa negara ini ke tahap negara maju. Hatta, bukan itu sahaja, sikap rakyat mereka turut membantu mereka menjadi mereka lebih hebat. Bukan setakat itu sahaja, rakyat Jepun sanggup berkorban jiwa raga untuk kepentingan negara dan masa depan. Berapa banyak syarikat milik individu, dimiliknegarakan untuk rakyat Jepun secara keseluruhan. Individu keluarga tersebut hanya mengambil sebahagian sahaja yang mereka cari selama ini. Pada rakyat Jepun, diri mereka tidak penting, yang lebih penting adalah negara dan rakyat Jepun secara keseluruhan. Adakah kita berfikir dan bertindak sedemikian? Hari ini kita lebih kepada membina empayar keluarga dan bangsa sendiri. Segala kekayaan tidak disimpan di negara ini, tetapi disalurkan dan disimpan di negara luar. Patriotikkah kita?

Jepun juga telah meluluskan undang-undang yang mewajibkan semua sekolah Jepun mengajar murid mereka untuk menjadi lebih patriotik ketika berhadapan dengan remaja mereka yang rata-rata tidak mempedulikan rentetan sejarah negara mereka. Malaysia haruslah belajar daripada strategi dan amalan negara ini apabila berhadapan dengan masalah semangat patriotik, jati diri dan kekentalan jiwa rakyat mereka luntur. Maka tidak hairanlah negara Jepun menjadi contoh terbaik sebagai sebuah negara yang telah berjaya membentuk pemikiran rakyat mereka yang membolehkan setiap ancaman dan tohmahan ditepis dengan begitu mudah. Jati diri rakyat mereka diasuh dengan begitu teliti dan bersistematik bukan hanya pada hari sambutan kemerdekaan tetapi juga melalui program sepanjang tahun bermula dari sekolah rendah hinggalah ke peringkat seterusnya. Rakyat Jepun menerima seadanya tanpa salah menyalah.

Tidak seperti kita, asyik-asyik menyalahkan orang lain tanpa mahu mengkoreksi diri. Sebelum ini kita pernah mendengar insiden yang berlaku pada 4 September lalu. Seorang wanita bukan Melayu membuat aduan polis kerana tidak berpuas hati dengan tindakan polis yang mengeluarkan kenyataan ‘balik negeri’ kerana tidak boleh menulis report dalam bahasa Melayu dan bertutur dalam bahasa Melayu. Wanita tersebut telah meminta pertolongan anaknya. Malangnya anakpun tidak dapat bertutur dan menulis dalam bahasa Melayu dengan baik. Maka report tersebut ditulis dalam bahasa Inggeris. Maka keluarlah kata-kata yang tidak sepatutnya.

Memang kata-kata tersebut tidak wajar, tetapi cerminlah diri sama, di mana kesilapan kita juga. Ini tidak, wanita tersebut terus memanipulasikan isu tersebut dan membuat aduan kepada sebuah parti politik kiasu untuk memperbesarkan isu ini. Sekali lagi isu ini dimanipulasikan. Yang salah adalah polis, wanita tersebut langsung tidak bersalah dan dianggap sebagai juara. Patriotikkah kita setelah 53 merdeka, dasar kebangsaan ini masih tidak difahami dan dipedulikan? Justeru, cadangan untuk mewajibkan mata pelajaran sejarah sudah tepat pada masanya.

Baru-baru ini juga dilaporkan, beberapa persatuan bukan Melayu mahukan kerajaan memberi tanah bagi tujuan membina lebih banyak lagi sekolah menengah vernakular untuk menampung permintaan yang semakin bertambah daripada 60 buah sekolah menengah vernakular yang sedia ada. Menurut mereka sekolah menengah vernacular yang ada di Kuala Lumpur dan Selangor, tidak dapat menampung lagi permintaan yang begitu banyak.

Persoalan saya, kenapa kita perlu salah orang lain. Apakah sekolah menengah kebangsaan yang sedia ada begitu haprak sehingga kita tidak mahu menghantar anak kita ke sana? Kenapa akhirnya kerajaan juga yang salah kerana tidak dapat menampung pendidikan perkauman di peringkat menengah? Tidak cukupkah lagi pendidikan vernakular di peringkat rendah? Siapa yang patut disalahkan? Patriotikkah kita dengan perjuangan sekolah perkauman ini? Di manakah kita boleh cari sekolah vernakular seumpama ini di dunia lain? Apakah ukuran patriotisme sebenarnya?

Kita selalu bertindak seperti kisah Lukman Hakim, anaknya dan keldai, menuju ke satu destinasi. Lukman Hakim menaiki keldai manakala anaknya berjalan di belakang. Orang ramai yang memandang menyalahkan sibapa tidak bertimbangrasa kerana membiarkan anaknya berjalan sedangkan dia menaiki kaldai. Maka Lukman Hakim pun berjalan, dan anaknya menyuruh anaknya menaiki keldai. Berkata pula orang lain, menyalahkan anaknya kerana membiarkan bapanya berjalan manakala si anak menaiki keldai. Maka Lukman Hakim dan anaknya sama-sama menunggang keldai itu. Namun, masih ada juga orang menyalahkan kedua-dua anak beranak ini kerana bertindak kejam tergamak menunggang keldai yang kecil itu sehingga terseksa. Akhirnya kedua-duanya berjalan bersama-sama dengan keldai itu. Orang lain pun berkata juga, kebodohan kedua beranak itu kerana tidak menunggangi keldai tersebut. Inilah contoh budaya serba salah yang masih berleluasa.

Kisah Lokman bin Hakim mempunyai kaitan rapat dengan kisah alam Melayu mengenai cerita lagu bangau oh bangau kenapa engkau kurus? Bagaimana aku tak kurus, ikan tak mahu timbul. Menuding jari disebabkan si bangau kurus sahaja, akhirnya berterusan hinggalah kepada punca masalah iaitu ular yang berani mengaku katak adalah makanannya. Kenapa ular begitu berani? Jawapannya, semua pihak tahu, terutama bangau tidak mahu berfikir jauh sedikit, apabila ikan tidak timbul. Bangau malas berusaha untuk mencari ikan di tempat lain atau lubuk yang banyak ikan, dengan kemudahan sayap yang membolehkan ia terbang. Jalan paling mudah adalah dengan menyalahkan ikan. Ikan pula salahkan rumput. Rumput salahkan kerbau dan seterusnya. Apakah kita terus mahu melihat ular terus bermajarajalela, sedangkan bangau masih terus dibuai mimpi?

Justeru, budaya salah menyalah ini hendaklah dikurangkan atau dihentikan, dalam usaha untuk memacu negara menjadi sebuah negara maju. Ambillah peluang keamanan yang wujud hari ini untuk kita terus bergerak ke hadapan, menjadi sebuah negara yang lebih aman. Malaysia perlu menjadi juara keamanan di peringkat Asian. Seterusnya terus meningkat hingga ke peringkat dunia. Profesor Kevin Clements begitu yakin kita mampu melakukannya. Jika kita berjaya membuktikannya, kitalah negara pertama di dunia, yang mana majoriti-minoriti yang kaumnya tidak besar (60-40), tetapi berjaya menjaga rakyatnya hidup aman damai. Namun, ianya perlu bermula dengan sikap tidak saling salah menyalah dan mempunyai semangat patriotism yang tinggi.

Dr. Mohd Mohd Ridhuan Tee Abdullah, Pensyarah Kanan, Kumpulan Penyelidik Politik dan Peradaban Islam, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, merangkap Setiausaha Agong, Dewan Perdagangan Islam Malaysia. Penulisan ini adalah pendapat peribadi penulis

19 comments:

Aldan said...

kenyataan menteri pertahanan tersebut memang munasabah dan masuk akal. tp sayangnya beliau tidak punya keberanian utk tegas dgn kata2 beliau sendiri hingga sanggup meminta maaf. begini seorang menteri pertahanan?
biar lmbt dari tiada langsung, kita mulakan skrg pendidikan patriotisme bermula dr subjek sejarah..
tentang 'balik negeri', sy juga telah byk kali ucapkan 'kata2 aluan' yg sama..jelasnya sy dan anggota polis tersebut berkongsi kesimpula yg sama.

aku said...

salam,
mungkin pak menteri risau kalau terlepas cakap, sian bos dia nak kena cover. Tapi memang tak dinafikan yang masyarakat Melayu khususnya, masih kekurangan pemimpin yang lantang bersuara di peringkat atasan.
TK

Langkelana said...

Saya amat meminati tulisan Dr. Ridhuan Tee.
Mohon izin untuk disiarkan dia Facebook saya.
http://www.facebook.com/note.php?note_id=160507537323600
Sekian, terima kasih.

Anonymous said...

Saya fikir perlu dibezakan dan diterangkan apa itu patriotisme, nasionalime dan ta'at setia kapada negara.

Saya fikir tidak ada patriotisme selagi tak ada ta'at setia. Dan ta'at setia mesti diukur dari segi hormat dan patuh kapada Perlembagaan negara. Bukan dengan berkata saya cintakan negara ini 1,000 kali atau menggunakan nama blogging seperti "Malaysian", "I am Malaysian", "Malaysian Heart", atau melaungkan saya diperanakkan disini dan membayar cukai, dan sebagainya, sebab buruh asing pun membayar cukai dalam bentuk "levi".

Setiap rakyat MESTI ta'at setia kapada negara. PERLU nationalistik dan patriotik.

Mengikut Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka,

Ta'at = 1. Sentiasa menurut perintah (tuhan dll), tidak menigkari, patuh; 2. Tidak berlaku curang, jujur, setia (ta'at setia)

Setia = 1. Teguh hati (dlm hal perkahwinan, persahabatan dll), tetap hati; 2. berpegang teguh (kapada janji dll), patuh, ta'at;

Nationalisme = 1. perasaan cintakan bangsa (bangsa negara, spt bangsa Malaysia), perasaan mencinta negara sendiri 2. pergerakan membebaskan negara (ekonomi) dari kuasa asing

Patriotisme = perasaan cinta yang kuat terhadap tanah air

Patriot = orang yang mempertahankan (memperjuangkan) kebebasan atau hak tanah air, pembela negara

Maka dimana ada ta'at setia jika --

- tidak hormat kapada Perlembagaan negara termasuk peruntukan-peruntukan sensitif seperti Perkara 152 Bahasa Malaysia dan 153 Kedudukan Istimewa Melayu dan Bumipuera Sabah dan Sarawak dan peruntuka berkenaan kerakyatan

- churang (tidak jujur, tidak lurus (tulus) hati) terhadap Perlembagaan

- berpegagang teguh kapada apa yang telah dipersetujukan oleh pemimpin dimasa sebelom Merdeka (Kontrak Sosial) dan dirakamkan diPerlembagaan

(Bersambung)

Anonymous said...

(Sambungan)

Nasionalisme atau "perasaan mencinta negara sendiri" perlu berpusat kapada perkataan "negara sendiri". Ini bermakna tidak lagi ada perasaan bangga kapada negara asal seperti China atau India. Tidak lagi mengagung-agungkan meningkatnya kuasa ekonomi China dan India.

Contohnya, bila menyebut perlunya mengambil kesempatan mengeksploitasi perhubungan Malaysia dengan negara-negara itu, perlu ditekankan ekspot lebih dari impot supaya imbangan perdagangan (balance of trade) menjadi baik bagi negara kita. Atau mengelakkan impot barangan atau perkhidmatan yang tidak baik - sampai masa mutu dan teknologi barangan dinegara-ngara tersebut diakui baik diantara bangsa. China, contohnya, mengeluarkan komputer yang paling laju didunia sekarang, tetapi menggunakan computer chip Amerika. Pengkilangan barangan makanannya banyak menggunakan bahan yang memudharatkan kesihatan - lihat rencana blog Kennvoices.Blogspot.

Patriotisme memerlukan "perasaan cinta yang kuat terhadap tanah air" dan orang yang mahu "mempertahankan (memperjuangkan) kebebasan atau hak tanah air, pembela negara". Ini termasuk kesanggupan mengangkat senjata dan memerangi musuh bila diperlukan seperti dimasa perang yang tidak diistiharkan atau "undeclared war", dipanggil "Confrontasi" dengan Indonesia diawal 60an.

Maka bagaimana mahu nampak patriotisme masakan jumlah yang sanggup berkhidmat diAngkatan Tentera dan Polis DiRaja hanya segelintir sahaja diantara bukan Melayu. Wal hal, ada pulak yang mengaku rakyat Malaysia tetapi bila ditanya rakyat asing diluar negeri, mereka mengatakan mereka Cina. Dan bila Kempen SSS mencadangkan suatu Bangsa Malaysia yang kukuh dan bersepadu berasaskan satu bahasa, satu sekolah untuk semua, Dong Zong dll.nya membantah dan mengeluarkan kata kata mengarut "a nation within a nation" , "multi-nation state" dan sebagainya.

Maka Kerajaan, khasnya Kementerian Penerangan dan Media Massa (atau apa pun namanya sekarang yang kerap ditukar) perlu memberi penerangan sepenuhnya kapada rakyat. Perlu diadakan kempen menyedarkan rakyat tentang ta'at setia, nasionalisme dan patriotisme. Sekurang-kurangnya, konsep-konsep tersbut perlu diserapkan didalam pelajaran Sejarah apabila Sejarah dimestikan disekolah-sekolah mulai 2013.

HantuKampung said...

Puak2 ultrakiasu ni..

Jgnkan kata nak amik tahu/faham maksud Patriotisme dan Nasionalisme.
Rukunegara pun diaorang xtau apabende?

Kalo dah ada yg langsung tak boleh bcakap/menulis dalam B.Melayu.
mcmana diaorang nak tahu prinsip2 rukunegara. Kalo bab rukunegara pun diaorg dah failed, apatah lagu negaraku.

RIDHUAN TEE said...

Salam eidul adha Sdri Zendra, satu pandangan yang amat baik. InsyaAllah, saya akan gunakan pendapat sdri dalam penulisan akan datang di Mingguan Malaysia. Jangan pulak kata saya plagiat. Sila baca respon MCA dalam buletinnya yang terbaharu, Salam hormat saya.

Anonymous said...

Salam eidul adha, Dr Ridhuan.

TK diatas pandangan Sdr itu. Isu plagiat tidak timbul langsung. Saya sendiri menghormati pandangan-pandangan Sdr dan minat membuat sumbangan kapada perbincangan diblog Sdr ini.

Amat baik rancangan Sdr menulis berkenaan patriotisme, nasionalisme dan ta'at setia kapada negara diakhbar sebab VP MCA itu pun nampaknya tidak fahamkan istilah-istilah tersebut.

Salam hormat.

Alhamdulillah said...

saya setuju dengan kenyataan menteri pertahanan, ramai orang bukan melayu tidak patrotik, tidak sanggup mati berkorban tuk negara, jadi polis pun tak ramai...
tapi ramai ultrakiasu mempunyai sifat suka merompak hak2 negara...sedarlah...

Abdullah Ngah said...

Saya difahamkan bahawa malaysia ini belum lagi milik orang china.

Malaysia adalah milik Melayu, sebab patriotik tidak tertanam dalam diri bangsa mereka untuk negara ini.

Jika malaysia jadi negara milik mereka macam Singapura sudah pasti patritisme wujud secara automatik yang mereka minat jadi anggota keselamatan, termasuk tentera untuk mempertahankan negara dari ancaman.

Ini juga punca berlaku serba salah yang wujud dalam diri sebagai ragaman manusia yang pelbagai bangsa tujuan untuk kenal mengenal satu sama lain.

IAMMUSLIM said...

If you attend Chinese primary school, you are not patriotic enough.

To be considered patriotic, you must send your children to sekolah kebangsaan instead of chinese school!

It is implied in the Holy Federal Constitution that the products of chinese schools will not become patriotic Malaysia! To be patriotic, you must join sekolah kebangsaan!

To be patriotic, you must also speak Bahasa Kebangsaan, not only at the public place, but also at home!

IAMMUSLIM said...

Patrioticism means you must speak certain language, study at certain school, read certain books, fufilling the wishes of the Holy Federal Constitution.

Patrioticism also means that if you belong to the minority group, you should sacrefice your own taste and follow the taste of the majority in the country.

Always be mindful, you should forever be grateful to the Malays who granted the citizenship to your grandfather, otherwise you will never be a citizen of this rich and fertile land of Malaysia.

If you are not grateful to the Malays, you are not patriotic!

IAMMUSLIM said...

Always remember, this is Tanah Melayu, the Malay Land. If you do not want to bow down to the owner of this land, please go back to your origional motherland of India or China, or Pakistan if your grandfathers are from there.

IAMMUSLIM said...

"Apakah sekolah menengah kebangsaan yang sedia ada begitu haprak sehingga kita tidak mahu menghantar anak kita ke sana? Kenapa akhirnya kerajaan juga yang salah kerana tidak dapat menampung pendidikan perkauman di peringkat menengah? Tidak cukupkah lagi pendidikan vernakular di peringkat rendah? Siapa yang patut disalahkan? Patriotikkah kita dengan perjuangan sekolah perkauman ini? Di manakah kita boleh cari sekolah vernakular seumpama ini di dunia lain? Apakah ukuran patriotisme sebenarnya?"

Listen, all MCA, Gerakan and MIC members and leaders! All of you are not patriotic till you support SSS!

Anonymous said...

assalamualaikum dr...
saya sudah mengikuti tulisan sejak dulu dan bersetuju dengan banyak hal yang dr. utarakan.
saya tidak tahu adakah tulisan dr. ini ada diterbitkan juga ditempat lain selain di utusan Malaysia.
ini kerana, saya khuatir golongan sasar yang sepatutnya kena membetulkan sikap dan persepsi seperti yang dr. katakan itu, tidak mencapai akses kepada maksud yang sebenar.
bagi kita yang memahami bahasa melayu ini, tentu tidak sukar. tapi bagaimana dengan mereka yang menjadi rakyat Malaysia tapi tidak memahami bahasa melayu?
jangan kata hendak menghayati jatidiri dan budi pekerti..., hendak memahami bahasa dan budaya melayu yang asas pun terkial-kial.
sekiranya telah ada usaha mendokumentasikan serta mempermudahkan artikel-artikel dr. ini untuk sampai kepada mereka, saya ucapkan terima kasih.
sekiranya belum, saya harap ada pihak yang berkemampuan dan berkelayakan dapat mengusahakannya.

Kak Mahh said...

Saya amat BERSYUKUR berada di MALAYSIA....amat perit rasanya kalau berada luar dari MALAYSIA.

Unknown said...

cakap tak serupa bikin. Dr pula menghantar anak ke sekolah vernakular.

lebih-lebih lagi, sekolah vernakular walaupun berlandaskan bangsa, tetapi sekolah vernakular tidak pernah menghalang kaum lain untuk belajar di sana, sebaliknya semakin ramai ibu bapa kaum lain menhantar anak mereka ke sekolah vernakular untuk menerap sistem dan budaya pembelajaran yang berbeza.

JANGANLAH MEMPERKAUMKAN SEKOLAH VERNAKULAR.



kalaulah kata DAP parti yang rasis, tapi dapat dilihat parti tersebut terdiri daripada ahli pelbagai kaum. Bagaimana pula UMNO yang hanya mempunyai ahli dari satu-satu bangsa??? siapa yang rasis???

nadia said...

ustz,sy mohon share artkl2 ustz di fb sy..

Semenyih Baru said...

Ustz Dr Ridhuan,
Syabas memberikan pandangan yang sangat baik. Diharap Bangsa Malaysia boleh berubah kepada bansga yang tidak lagi salah-menyalah. Jadikan tarikh sambutan kemerdekaan 2011 sebagai titik mula.