Mingguan Malaysia 7 Nov 2010
Desakan ahli Parlimen Bukit Mertajam, mahukan guru Melayu yang mengajar bahasa Melayu di Sekolah Cina (SJKC) mesti menguasai bahasa Cina bagi memudahkan pengajaran dan pembelajaran jelas menunjukkan siapa mereka sebenarnya. Lebih ekstrim lalu, beliau mengambil contoh bagaimana sukarnya guru bahasa Cina mengajar mandarin di sekolah kebangsaan jika tidak memahami bahasa Melayu. Dua isu yang jauh berbeza.
Pertanyaan saya, di manakah negara manakah kita berada sebenarnya? Anak-anak bukan Melayu sepatutnya sejak kecil sudah menguasai bahasa Melayu selaku bahasa kebangsaan. Kenapa perlu perkenalkan guru bahasa Melayu sedemikian rupa di sekolah vernakular? Bahasa Melayu di peringkat sekolah adalah untuk tujuan pemantapan, bukannya untuk belajar mengeja dan belajar bertutur. Tidakkah kita sedar bahawa bahasa Melayu adalah bahasa nombor satu negara yang mesti dikuasai dan dituturkan sejak anak-anak ini masih rebung?
Selaku ahli parlimen yang bertanggungjawab, sepatutnya beliau memberikan input untuk memperkasakan sekolah kebangsaan, bukan sekolah perkauman. Pemantapan masa depan amat penting generasi akan datang. Sekolah perkauman tidak akan menyumbang kepada perpaduan nasional sebaliknya akan menjarakkan lagi hubungan yang sedia ada, jika tidak diperbaiki dan di atasi kelemahan yang sedia ada. Saya teramat sedih melibat kerajaan masih lagi berpolitik dalam isu ini.
Apa yang dicadangkan oleh kerajaan untuk memperkasakan anak bangsa dan rakyat negara ini semuanya ditentang. Semuanya tidak betul. Bayangkan jika mereka memerintah, sudah tentu guru-guru bahasa Melayu, yang kebanyakannya guru Melayu, akan dipaksa untuk memperkasakan sekolah vernakular. Maklum sahajalah guru bukan Melayu tidak mahu mengambil option bahasa Melayu sebab tidak ada nilai komersial. Apakah mungkin sekolah kebangsaan juga akan ‘divernakularkan’?
Persoalannya, susah sangatkah belajar bahasa Melayu? Cuba kita buat perbandingan bagaimana mereka yang datang ke negara kita untuk mencari rezeki seperti pekerja Bangladesh, India dan sebagainya, bagaimanakah mereka dapat menguasai bahasa Melayu dalam masa begitu cepat tidak sampai setahun. Hari ini kita bukan bercakap jangka masa setahun, tetapi sudah lebih 53 tahun negara mencapai kemerdekaan, masih ada, malah ramai lagi rakyat Malaysia yang langsung tidak boleh berbahasa Melayu? Kalau ada yang boleh, cara percakapannya amat meloyakan.
Begitu juga jika kita pergi belajar di negara seperti German, Perancis, Rusia dan negara luar yang lain, kenapa dalam masa setahun kita dapat menguasai bahasa tersebut tanpapun bahasa tersebut diterjemahkan dalam bahasa lain untuk difahami mereka yang mendatang? Logiknya amat mudah, tidak perlu dibahaskan di parlimen, kerana kita ada kepentingan. Kita paksakan diri untuk belajar. Berbeza dengan di sini, kita tidak ada kepentingan, bahasa tidak ada nilai komersial, boleh berbahasa Melayu atau tidak, tidak meninggalkan sebarang kesan atau menjamin apa-apa. Jadi kita mengambil jalan mudah, tidak perlu belajar. Bahasa Melayu tidak ada kaitan dengan semangat patriotism, apatah lagi untuk dikomersialkan.
Mungkin cadangan saya ini nampak ultra kiasu, satu istilah yang saya tidak mahu lagi gunakan untuk golongan ini, tetapi sudah sampainya penguasaan bahasa kebangsaan dikuatkuasakan melalui undang-undang secara paksaan, seperti mana di negara-negara jiran kita amalkan. Jika telah diberi peluang, tidak ada perubahan juga, faham-faham sahajalah apa yang perlu dilakukan.
Parti ini selalu mencanangkan bahawa mereka memperjuangkan kepentingan semua kaum, begitu juga dengan keahliannya. Siapa yang rasis sebenarnya? Semangat patriotism kita berada pada tahap yang begitu rendah. Malang sekali ada juga orang Melayu yang menyertai parti. Lebih malang, mereka langsung tidak bersuara, apabila jatidirinya dirobek-robek. Di manakah maruah kita sebenarnya? Saya menyeru kepada orang Melayu keluarlah daripada parti rasis ini. Ia tidak mendatang kebaikan untuk masa depan, apatah untuk Islam dan bahasa kebangsaan. Bayangkan apabila mereka memerintah nanti, apa akan terjadi kepada guru-guru bahasa Melayu yang akan dipaksa untuk mempelajari bahasa yang bukan optionnya. Saya tidak nafikan menguasai bahasa asing adalah satu kredit, tetapi janganlah terlampau ekstrim, sehingga bahasa negara diketepikan. Orang Melayu yang tidak sedar diri tidak juga kurang bilangannya.
Parti ini terlalu marah kepada mereka yang berkata I am Malay first, sebab pada mereka, sepatutnya I am Malaysian first. Malangnya, tindak tanduk mereka langsung tidak mencerminkan I am Malaysian first. Kita seolah-olah menjunjung langit lain. Jika kita benar-benar Malaysian, mari kita bersama-sama memperkasakan masa depan negara ini, terutama dalam isu bahasa, dan sejarah sistem pendidikan kebangsaan. Kepentingan negara mesti diutamakan, apatah lagi ia yang telah menyinari perlembagaan.
Kenapa kita tidak mahu mengakui kelemahan sekolah vernakular dan sistem yang sedia ada. Kita tidak serius dan langsung tidak mahu bertolak ansur. Sebarang idea kerajaan untuk campurtangan dan memartabatkan bahasa Melayu di sekolah vernakular di anggap sebagai menggugat bahasa ibunda. Misalnya, isu tambahan masa bahasa Melayu, penyeragaman silibus bahasa Melayu dan sebagainya. Saya yakin suara ini bukan suara satu parti ini sahaja. Inilah politik senyap atau bersatu dalam senyap yang tidak ada dalam parti politik orang Melayu yang mendakwa mereka semuanya memperjuangkan Islam.
Sesungguhnya perjuangan memartabatkan bahasa Melayu di bumi sendiri adalah teramat pahit. Apatah lagi sejarah bumi bertuah ini tidak difahami dan mahu diputarbelitkan. Langkah kerajaan untuk memperkasakan dan mewajibkan mata pelajaran adalah amat tepat dan perlu disegerakan tanpa bertangguh lagi. Apatah lagi melayan kerenah-kerenah golongan yang tidak sedar diuntung ini. Mereka tidak mahu sejarah negara ini diceritakan dalam konteks sebenarnya. Pada mereka, sejarah harus menekankan kerjasama dan sumbangan semua, terutama sumbangan ekonomi.
Umum mengetahui bahawa kerjasama erat antara kaum hanya dapat dijalin ketika menjelang kemerdekaan negara. Sebelum itu, kehidupan kita terpisah-pisah berasaskan bangsa, daerah dan kegiatan ekonomi masing-masing. Kesannya masih dirasai hingga ke hari ini. Nama-nama seperti Tan Cheng Lock, Tan Siew Sin dan Sambanthan, hanya kedengaran dan popular ketika tahun-tahun 1950an. Bermakna, sejarah sumbangan kaum ini adalah sebahagian kecil daripada sejarah Tanah Melayu dan kemudian Malaysia, dalam sejarah yang begitu panjang.
Memang tidak dapat dinafikan sumbangan bukan Melayu kepada perkembangan ekonomi negara sebelum merdeka. Tanpa mereka, bandar-bandar utama negara kita hari ini mungkin masih belum membangun sepenuhnya. Tetapi kita perlu sedar juga, mereka turut mengaut keuntungan dan dapat mengubah diri di bumi bertuah ini. Ada timbal baliknya. Bayang jika tidak berlaku penghijrahan, apakah nasib mereka sama seperti apa yang mereka rasai hari ini? Bacalah sejarah faktor-faktor penghijrahan dan keadaan yang berlaku di negara-negara asal-usul mereka ketika itu.
Apa yang berlaku ke atas mereka juga berlaku ke atas keluarga nenek moyang saya. Mereka turut berhijrah bersama, disebabkan tekanan dan kemelaratan yang berlaku. Saya amat bertuah dengan penghijrahan tersebut. Tanpa penghijrahan tersebut, apakah saya masih ada peluang untuk menghirup udara di bumi bertuah ini. Apa yang saya rasai hari ini adalah disebabkan oleh ruang dan peluang serta toleransi pribumi yang menerima kami dan seterusnya membenarkan kami menjadi kaya tanpa ada rasa cemburu. Ini yang menjadikan saya semakin bersyukur, bukannya kufur nikmat.
Saya bersuara bukan kerana saya menentang bangsa saya, sekadar mengajak mereka supaya belajar bersyukur dan berterima kasih, tetapi bukan menjadi pak turut atau ‘yes man’ atau pembodek sehingga tidak dapat membezakan antara baik dan buruk. Tegurlah dan tentanglah kerajaan dan kepimpinan yang ada, jika mereka ada kelemahan dan melakukan kesalahan, serta menyeleweng daripada demokrasi. Cuma satu yang saya pohon, jangan runtuhkan apa yang selama ini kita bina bersama. Meruntuhkan memang mudah, tetapi membina kembali mengambil masa yang begitu lama.
Cubalah fahami sejarah akar negara ini, tanpa mengungkit secara keterlaluan sejarah sumbangan kita. Pada saya, sejarah yang menjadi akar dan tidak kurang pentingnya, adalah sejarah kebangkitan nasionalisme Melayu menentang penjajah. Setelah orang Melayu di jajah ratusan tahun, orang Melayu bangkit berasaskan bangsa sendiri dengan agama Islam yang menjadi pegangan. Mereka sanggup berkorban jiwa dan raga. Berapa ramai yang telah gugur syahid mempertahankan bumi tercinta. Tokoh-tokoh seperti Tok Janggut dan Datuk Maharaja Lela adalah nama-nama besar yang tidak mungkin dalam terpadam dalam sejarah, bagaimana pribumi sanggup menggadaikan nyawa demi ibu pertiwi. Adakah sejarah ini pernah dialami oleh bangsa lain sebelum dan selepas itu? Apa yang saya tahu bangsa lain, mendapat perlindungan daripada penjajah barat demi kepentingan ekonomi mereka. Bangsa yang merana adalah bangsa Melayu. Mereka bangun kerana mereka tidak rela bumi bertuah ini dirobek-robek penjajah, tanpa bermusuh dengan yang berhijrah.
Adakah silibus ini langsung tidak boleh disentuh atau dimasukkan sebagai teras sejarah negara ini? Sedangkan negara lain, silibus seperti ini yang menjadi asas dan teras. Negara Singapura sedang cuba dan telahpun memadamkan asas sebegini. Kenapa parti-parti politik ini tidak memberitahu kerajaan Singapura, jangan padamkan sejarah ini.
Sudah sampai masanya, saya fikir parti-parti politik tidak perlu campur tangan dalam soal akademik. Biar orang akademik yang melakukan mengikut bidang kepakaran masing-masing. Kepada orang politik, pergi jaga kawasan dan kerusi masing-masing, serta laksanakan tanggungjawab mereka terhadap rakyat.
Saya masih teringat ketika Tuanku Azlan Shah menerima ijazah kehormat kedoktoran undang-undang daripada Universiti Malaya, semasa menjadi Ketua Hakim Negara kira-kira 30 tahun lalu, baginda ada bertitah bahawa Malaysia ialah sebuah negara berbilang kaum, berbilang bangsa, berbilang agama, berbilang adat dan resam. Tetapi walau bagaimanapun, kita perlu beringat, dan jika tidak ingat, maka seharusnyalah diperingatkan, bahawa dalam negara yang semuanya berbilang itu, mesti ada ada satu asas di mana kita mesti menumpukan perhatian kita. Dalam konteks ini Malaysia telah wujud hasil dari cantuman tiga wilayah Persekutuan Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak. Persekutuan Tanah Melayu pula diasaskan atas tapak kesultanan Melayu Melaka sebelum Melaka dijajah oleh Portugis dalam tahun 1511. Perkataan “Negeri-Negeri Melayu Bersekutu” dan “Negeri-Negeri Melayu Tak Bersekutu” dan “Persekutuan Tanah Melayu” masih wujud dalam undang-undang kita. Dengan lain-lain perkataan, negara Malaysia adalah berteraskan sejarah Melayu, evolusi politik Melayu, nasionalisma Melayu yang hidup subur dalam kepulauan Melayu yang mempunyai sejarah kebudayaan Melayu. Berdasarkan kepada hakikat itulah, maka Perlembagaan Malaysia digubal (Firdaus Abdullah, 24 & 25 Jun 2009)
Dr. Mohd Mohd Ridhuan Tee Abdullah, Pensyarah Kanan, Kumpulan Penyelidik Politik dan Peradaban Islam, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, merangkap Setiausaha Agong, Dewan Perdagangan Islam Malaysia. Penulisan ini adalah pendapat peribadi penulis
Sunday, November 07, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



72 comments:
Salam Dr RT,
Saya SETUJU ! Seperti saya kata, orang cina ni prinsip mereka hanya RM. Semuanya berpaksikan untung, apa untungnya mereka mahir dalam BM ?
Nak shopping, nak bertanya , nak order makan, nak hiburan, malah apasaja keperluan hidup tidak memerlukan mereka berbahasa BM. 1Malaysia !
PM kitapun tak pernah dengar walau sekali beliau menyeru keutamaan Bahasa Kebangsaan, termasuk sepanjang Bulan Bahasa Kebangsaan bulan lepas. Habis nak kata apa ? Bos besar sendiri buat tak kisah, apalagi anak2 buah.
Kita bisa jadi Negara Termaju didunia, penduduk berpendapatan Tertinggi didunia tapi waktu sama kita juga penduduk Paling Tidak Patriotik, Tanpa Jati diri.
We are 1Malaysian ! Apa itu 1Malaysian ? You just name it, we are it. We are WORLD ! Muahahahahahaha ....
salam DR,
saya amat bersetuju dan suka membaca tulisan Dr banyak bagi info.Tahniah
Dalam perjalanan balik dari umrah sempat singgah di Karachi (sebelum kacau bilau) untuk beberapa hari. Di bazaar kain ada yang tahu berbahasa " Mari, kain baju kurung, murah-murah". Di bazaar Mekah pun ramai bertutur begitu. Bahasa Melayu mudah dipelajari dan ada nilai komersial! Di negeri Cina pun ada mata pelajaran Melayu di universiti Beijing.
Orang2 seperti MP itu memang sengaja melemparkan kata2 begitu supaya nak tahu tindakbalas Melayu. Terjawab atau tidak? Kalau dijawab bagaimana hujahnya? Nampaknya RT lah antara mereka yang bernas dan tegas menjawab. Kerap kita dengar (bila hendak membuat sesuatu) "Apa dia orang kata nanti?" Ada pula pemimpin cakap seakan begitu bermakna tidak bijak mematahkan cakap.
Nusantara adalah alam Melayu dan catitan sejarah Cina dahulu pun mengatakan begitu. SAVE sedang mengumpul bibliografi (kini 350 halaman) tentang sejarah dan budaya Melayu Nusantara - Malaysia, Indonesia, Filipina, Thailand (Patani), Brunei, Singapura, Campa yang akan diterbitkan tahun hadapan, Insyallah.
Mungkin sudah sampai masanya Kerajaan melakukan proses "pembersihan" atau "sterilization" kerakyatan.
sesiapa yg gagal dalam ujian kerakyatan perlu ditarik semula kerakyatan. sala satu syarat utama adalah kebolehan berbahasa Melayu. Sesiapa yang gagal perlu dihantar balik ke tempat asal dan dinyahkerakyatan.
Membaca tulisan Dr Ridhuan Tee berjudul: bahasa Melayu dan sekolah vernakular teringat saya akan cerita hala tuju dan matlamat kerajaan Malaysia ketika Tun Mahathir Mohammad menjadi perdana menteri.
Apa dia? Kata kawan saya yang pernah ada dalam mesyuarat mengenai bahasa pengantar disekolah sekolah di negara ini.
perkembangan terakhir bahawa Tun Mahathir mahu supaya bahasa inggeris dijadikan bahasa pengantar disekolah sekolah menengah di negara ini.
Sekarang ini semua universiti milik kerajaan di negara ini bahasa Inggeris adalah bahasa pengantar miskipun melalui naib cancoler ketika berucap di konvokesyen Julai 2010 lalu menyatakan bahawa bahasa melayu adalah bahasa pengantar UKM.
Betul atau tidak itulah cerita kawan saya seorang pensyarah bergelar DR berkaitan yang saya bincang ini.
Mungkin ada yang tak percaya dengan cerita ini, keran mustahil seorang yang pernah mengaku Melayu berhasrat untuk membuang bahasa melayu. lebih lebih lagi bahasa melayu fasal 153 dalam perlembagaan jelas dan nyata sebagai bahasa utama negara ini.
Kata kawan saya itu, hendak ikut Singpapura sebagai langkah untuk perpaduan kaum di negara ini.
Hujjah mereka, bahasa inggeris bukan bahasa orang china bukan bahasa orang India dan juga bukan bahasa orang melayu. maka adalah tersangat wajar dijadikan bahasa pengantar agar antara tiga bangsa ini tidak akan ungkit mengungkit atau dengki mendengki satu sama lain.
Inilah yang dicerita kepada saya. Lojik juga, kerana bahas Inggeris bukan bahasa ketia ketiga kaum dan barangkali mereka boleh tertolak ansur.
Atas sebab itulah orang china membuat pelbagai helah itu dan ini terhadap bahasa melayu, kerana perdana menteri yang memerintah selama 22 tahun itu sendiri yang setuju dan mahu supoaya bahasa melayu dibuang sebagai bahasa pengantar sekolah menengah di negara ini.
Kata kawan saya itu kebanyakan orang melayu tak setuju dengan saranan Tun Mahahtir bersama tiada tolak sansur langsung.
Sebaik tidak mendaapat sokongan dari kebanyakan orang Melayu yang ada dalam mesyuarat itu lantas dicadang supaya mata pelajaran matamatik dan sains diajar bahasa inggeris.
Katanya semua setuju, maka terlaksanalah cadangan itu beberapa tahun lamanya tetapi mendapat tentangan balik supaya dihapuskan dan dikembali semula mata pelajaran matamatik dan sains diajar dalam bahasa Melayu serta pihak kerajaan melalui kementerian pelajaran bersetuju hapuskan pada tahun 2012.
sama betul atau tidak saya tak tahu, tapi itulah cerita dari mulut orang kuat bahasa Melayu yang pernah menjadi anggota atau penal apabila berlaku perbincangan mengenai perkembangan bahasa melayu di negara ini.
Saya percaya cadangan suopaya bahasa inggeris dijadikan bahasa pengantar disekolah sekolah menengah di negara ini semata mata untuk perpaduan antara kaum yang pernah dibangkit oleh puncuk kepimpinan negara.
Mereka mengandaikan bahawa kerajaan Singapura adalah merupakan sebuah kerajaan yang berjaya menyatupadukan kaum melalui bahasa Ingeris sebagai bahasa pengantar disekolah menengah di negara itu maka wajar malaysia juga ikut berbuat demikian, agar perpaduan dapat dijalinkan dengan mantap.
Tuan Dr RT,
Sila baca
http://satdthinks.blogspot.com/2010/11/reply-to-tun-perkasa-post-peruntukan.html , membincangkan perkara yang tetapi lebih meyakinkan utk kita bertindak selanjutnya.
Salam Dr. Tee dan rakan-rakan,
Seruan Dr. Tee boleh ditafsirkan sebagai seruan 'pengacau' yang berpotensi mengganggu gugat politik Pak Najib yang baru saj menang meraih sokongan undi Cina dengan slogan 1MALAYSIA dalam pilihanraya kecil Batu Sapi dan Galas .
Sebelum ini, Pak Najib telah nyatakan mahu pertahankan Putrajaya sehingga titisan darah terakhir. UMNO dan BN tak boleh hilang kuasa pemerintahan! Kenyataan Pak Najib menunjukkan betapa kedudukan kuasa politik UMNO bagaikan telur di hujung tanduk!
Kestabilan politik juga sangat-sangat diperlukan untuk menjayakan Model Ekonomi Baru dan menjadi batu asas Menara Warisan Merdeka 100 tingkat!
Pemimpin UMNO yang berdarah Melayu semakin realistik dan open-minded, tetapi penyokong UMNO dan orang UMNO bawahan pula tidak bersabar-sabar ingin memperkasakan bahasa kebangsaan sehingga masih ghairah membicarakan isu-isu yang 'sensitif' kepada UMNO dan parti-parti BN!
Saya perlu ingatkan anda sekalian sekali lagi, kita hidup di era global, persaingan mengejar kemajuan material dan penguasaan ekonomi semakin senget!
Dalam dunia persaingan yang kompleks ini, semakin banyak bahasa kita kuasai semakin berfaedah kepada kita. Tidak perlu lagi sesiapa untuk membakar semangat memperkasakan bahasa kebangsaan dengan hujah beralaskan 'patriotisma' dan 'perpaduan nasional'. Rakyat biasa dan anak pemimpin negara yang bijak dan pintar akan belajar bahasa-bahasa yang menguntungkan dirinya, bukan menguntungkan orang lain!
Patriotisma dan perpaduan nasional tidak lagi menjadi isu mengikut nada dan citarasa Dr. Tee di bawah wawasan (gagasan) 1MALAYSIA! Pak Najib mempunyai tafsiran 'patriotisme' dan 'perpaduan nasional' sendiri di bawah slogan 1MALAYSIA, sekurang-kurangnya untuk matlamat jangka masa pendek.
Sesetengah orang yang memerhati dan berfikir, 'perkasaaan bahasa kebangsaan untuk patriotisma dan perpaduan nasional' hanyalah slogan untuk mengabui mata rakyat! Rasuah dan penyelewengan oleh 'golongan yang fasih berbahasa kebangsaan' tetap berlaku dan didedahkan setiap tahun oleh Ketua Audit Negara yang diyakini kejujuran dan keikhlasannya berkhidmat untuk agama, bangsa dan negara!
Orang Melayu yang ingin hidup senang, selesa, bermaruah dan mampu bersaing dengan kaum lain di sektor swata perlu berusaha lebih menguasai bahasa Inggeris dan bahasa lain, jika tidak, mereka perlu pintar dan licik membina jaringan pengaruh di kalangan orang politik demi kejayaan bersaing sesama kaum sendiri merebut projek kerajaan yang diperuntukan di bawah ruh Perkara 153 Perlemabgaan Persekutuan.
Ketepikan dulu isu 'patriotisme' dan 'perpaduan nasional', jangan usik ketenteraman dan kestabilan politik UMNO dan BN. Rebutlah apa-apa projek yang dapat direbut di bawah Model Ekonomi BARU dan slogan 1MALAYSIA.
Binalah kekayaan dan kekuatan keluarga kamu melalui kabel politik UMNO atau 'kerjasama' dengan mana-mana taukeh (tak kira dia jenis kiasu atau ultra kiasu) sementara peluang belum dirampas orang lain!
30 tahun akan datang, apabila anak kita telah matang untuk memegang kuasa politik, pengundi Cina pun telah berkurangan kepada hanya 10% saja, buatlah apa yang hendak dibuat dengan saki baki Cina yang masih mahu pertahankan sekolah warisan nenek moyang mereka.
Nabi Nuh berdakwah 950 tahun pun gagal Islamkan anak sendiri. Maka bersabarlah terhadap kaum Cina yang liat ini dan tunggulah hukuman Tuhan jatuh ke atas kepala mereka.
Kaum Cina yang liat ini memang susah hendak dibetulkan fikiran mereka untuk difahamkan erti 'patriotisme" dan "perpaduan nasional"! Maka tinggalkanlah yang keruh dan ambil yang jernih! Betulkan Melayu yang 100% beragama Islam itu: UMNO, PAS, PKR dan PERKASA!
Orang PAS asalnya daripada UMNO!
Orang PKR juga asalnya UMNO!
Ketua PERKASA asalnya UMNO juga!
Sebelum DSAR ditangkap oleh komando pada tahun 1998, saya nampak Dato Zaid Hamidi, Naib Presiden UMNO sekarang, berucap di rumah DSAR. Dato Zaid pun hampir-hampir menjadi ahli PKR!
Kenapa orang Melayu berpecah dan berpisah daripada UMNO? Pembahagian 'harta rampasan' kurang adil?
Dr. Tee dakwa kaumnya 'bersatu dalam senyap'. Apakah orang Melayu tidak 'bersatu dalam senyap' dalam mengecapi nikmat DEB?
Selain Dr. Tee, siapakah lagi di kalangan Cina yang tidak 'bersatu dalam senyap' dengan kaumnya?
Yang nyata, Dr. Tee bersatu secara 'terang-terang' bersama Melayu, kerana cinta dan persaudaraan Islam mengatasi batasan kaum!
Jika cinta dan persaudaraan Islam mengatasi batasan kaum, kenapa pula heboh sangat tentang perpecahan orang Melayu?
Orang Arab yang lebih asal Islam yang sama keturunan dengan Nabi Muhammad pun berpecah berhadapan dengan musuh Islam no.1, iaitu Yahudi dan Amerka Syarikat!
Orang Iran, Iraq, Turki dan orang Pakistan juga berpecah berhadapan dengan Amerika!
Buktikan kepada golongan ultra kiasu negara ini, di manakah contoh 'patriotisme' dan 'perpaduan nasional' di dunia orang Islam!
Tak usahlah ajar golongan ultra kiasu tentang 'patriotisme' dan 'perpaduan nasional'! Jangan jadi ketam yang cuba mengajar anak berjalan lulus!
Dr..
Org melayu yg bodoh sebenarnya, saya yg duduk di Germany ni akui bahawa di negara ini bahasa German adalah bahasa utama...sekiranya berurusan di pej.pej. kerajaan kalau tak boleh berbahasa German ..sila lah balik jgn datang selagi tak boeh nak berbahasa mereka (kecuali dlm situasi2 tertentu). Di sini ia diterima pakai oleh semua org yg bermaustautin, bekerja, belajar di sini...tidak kiranya kamu dari China, India, US, UK etc..tetapi apa yg berlaku di Malaysia...pemimpin sangat lemah, nak memperkuasakan bahasa Maaysia pun sampai nak berlutut-lutut dengan kaum minoriti...sampai ada kes Polis pun boleh diambil tindakan sebab nak menguatkuasakan bahasa Malaysia bila ada bangsa cina Malaysia yang di saman tak tahu berbahasa Malaysia....
Sungguh lemah pemimpin melayu kita hari ini!!
Assalamualaikum & Salam..
Tahniah untuk semua penulisan Dr. dalam blog Dr. dan Mingguan Malaysia selama ini. Islam itu agama sejagat & suci. Pejuang Melayu di Tanah Melayu zaman penjajahan adalah Melayu Islam yang berpegang teguh pada ISLAM. Mana pergi Melayu cucu-cicit Tok Janggut, Mat Kilau, Datuk Bahaman, Kiayi Salleh dan ada banyak lagi pejang-pejuang Melayu Islam yang sekarang cucu-cicit mereka seharusnya terus memperjuangkan Islam & Tanah Melayu. Saya bukan rasis tetapi semak semua Akta Tanah Melayu - Hilang Melayunya, Akta Surat Kelahiran - Hilang Tanah Melayunya..semuanya dihakis dan terhakis secara halus..dan banyak lagi yang sedang dihakis dan dibuang dari Akta & Perlembagaan. Politik Melayu UMNO & PAS perlulah benar-benar memperjuangkan Islam & Melayu tanpa rasa takut dan serbasalah. Perjuangkanlah Hak Orang Melayu & Tanah Melayu..dan hebatkanlah syiar Islam di Tanah Melayu merujuk kepada pejuang-pejuang zaman penjajahan terdahulu. Malaysia kini sedang dijajah dengan teruk dari segi struktur ekonomi & politik..(harap faham)
Usul saya tentang runtuhnya akhlak Melayu Islam - Pemimpin Melayu Islam perlu mengambil tindakan tegas dengan menyusun strategi yang tidak perlu takut dipertikaikan oleh parti politk bukan Islam dan bukan Melayu.. TAMBAHLAH PEGAWAI-PEGAWAI DIJABATAN AGAMA ISLAM..BIARLAH SERAMAI POLIS & TENTERA BAGI MEMANTAU SEGALA GEJALA PERJUDIAN..PELACURAN..MAKSIAT..GANGTERISME..RASUAH..KUATKUASAKAN UNDANG-UNDANG ISLAM DENGAN MERANCANG, MENTADBIR DAN MELAKSANAKAN UNDANG-UNDANG ISLAM SECARA DIPLOMASI TETAPI ISTIQAMAH.WUJUDKANLAH UNIT ISLAM DISEMUA PERINGKAT JABATAN KERAJAAN..KERANA ISLAM SYUMUL & SEJAGAT TIDAK BOLEH DIPISAHKAN DARI POLITIK, EKONOMI, PENTADBIRAN DAN SOSIAL. BERBELANJALAH UNTUK NEGARA DEMI MENEGAKKAN SYIAR ISLAM.INGATLAH PEJUANG MELAYU ISLAM TERDAHULU MENJADIKAN ISLAM AGAMA RASMI YANG DIPATUHI & DIANUTI DENGAN TENANG DI TANAH MELAYU. SEKARANG LAUNGAN AZAN DIMASJID & SURAU PUN SUDAH DIPERTIKAIKAN!!! MANA PERGI MELAYU ISLAM!! WASALAM.
Sustainable Living Institute (SAVE),
Saya hanya sempat mengesyurkan Sdr membaca buku "Tamadun Alam Melayu" oleh Mohd Arof Ishak, diterbitkan Persatuan Sejarah Malaysia, 2009.
Dan "The Malay Civilization" oleh pengarang dan penerbit yang sama, 2007.
Persatuan Sejarah Malaysia itu adalah suatu pertubuhan sejarah yang ulung, bermula dimasa pemerintahan British lagi, bagi mengeluarkan pendapat dan pandangan orang tempatan, diPengerusikan seorang Pegawai tinggi Melayu diMalayan Civil Service. Ia coba menyeimbangkan pendapat dan pandangan ekspatriat yang biasanya dikeluarkan diRoyal Asiatic Society yang menerbitkan Journal of the Malayan Branch of the RAS pada masa itu.
Ahli-ahli Persatuan Sejarah itu termasuk para akedemik yang terkenal, seperti Professor sejarah Tan Sri Khoo Kay Kim, Professor pengajian Melayu Dato Mohd. Taib Osman, Professor sejarah Dato Zainal Abidin Wahid.
Buku buku tersebut boleh didapati dibanguan persatuan itu diJalan Tun Razak atau diMuzium Negara. Sekian, dengan ikhlas.
Sustainable Living Institute (SAVE),
Tambah sedikit -
Buku itu menyatakan ada lebih dari 1,000 Bahasa Melayu diNusantara ini. Digunakan Rumpun Melayu yang telah menjelajah, melalui kemahiran mereka membina kapal dan mengemudi (ship building and navigational skills), hingga ke Madagascar, Afrika Selatan (dimana ada kaum Melayu disitu hingga sekarang), Australia dan New Zealand, Kepulauan Lautan Pacific hingga ke Hawaii, kebenua Asia (kaum Melayu masih ada sekarang diKompong Cham (Champa Malays) diCambodia, dan juga diVietnam.
Istilah Bahasa Melayu yang dikatakan hingga 1,200 banyaknya itu adalah hasil kajian pakar sains dan kaji bahasa (linguists) sejak zaman Captain Cooke diabad 19, diteruskan diabad 20, bertambah giat diseparuh kedua abad 20.
Buku itu menyatakan kajian berpuluh pakar kajian bahasa (linguists), kaji maanusia (anthropologists), kaji purba (archeologists) dll.
Istilah Proto Malays (Orang Asli), Deutero Malays (Constitutional Malays, Indonesians, Filipinos etc), Malayo-Polynesians and Austronesians merujuk kapada Keluarga Besar Melayu yang berasal diGugusan Pulau-Pulau melayu (the Malay Archipelago).
Bahasa Melayu telah menjadi lingua franca dirantau ini. Nyata digunakan dizaman Kesultanan Melayu Melaka.
Bahasa-bahasa yang digunakan penduduk yang dipanggil "natives of Sabah and Sarawak" didalam Perlembagaan pun adalah serumpun dengan Bahasa Melayu.
Wpun Malaysia adalah negara yg mengamalkan sistem demokrasi bparlimen dan kebebasan bersuara, tetapi kelantangan YB Chong Eng (Ahli Parlimen Bukit Mertajam & Ketua Wanita DAP) sememangnya agak terlampau dan keterlaluan. Erti kata lain nak tunjuk berani tak btempat, pentingkan diri dan sentimen perkauman.
Ucapan sbegini tidak sepatutnya kluar dr mulut seorg pemimpin.
Silap2 senjata makan tuan. Kata orang `tlajak perahu boleh undur, tlajak kata buruk padahnya`. Begitu juga dgn ucapan ikon xxx (MCA) Chua So Lex yg secara terbuka mempersoalkan isu sensitivi org Melayu/Islam.
Kesudahannya...tiada tindakan pun yg diambil. Sebab, bila MCA cakap kurang ajar, BN back-up. DAP cakap lepas, PKR+PAS cover. Tapi bila org Melayu/Islam yg mempersoalkan isu sensitif, kompom kena hentam.UMNO hentam PAS, PAS+PKR hentam UMNO, DAP+MCA tambah perisa + batu api + tepuk tangan. Lastly, team ultra kiasu dpt apa yg dituntut (wpun x smuanya), Melayu/Islam berpecah,bergaduh, bertengkar tak habis2, keistimewaan terhakis, rakyat marhean terima padah.
HANGPA TANYA, DEPA JAWAP:
KONGSI RAYA:
Keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan yang menyatakan perbuatan merayakan perayaan agama lain boleh memesongkan akidah umat Islam dan membawa kepada kesyirikan (The Star, 16 Jun 2006).
"Mereka yang beranggapan sambutan itu tidak boleh diadakan saya anggap itu pemikiran sempit dan kami sedia bertelagah dengan mana-mana pihak berhubung isu itu," kata Rais Yatim (Berita Harian, 16 Oktober 2006).
HIBURAN:
"Adalah disyorkan karnival itu (Sure Heboh TV3) dihentikan sebagai merealisasikan konsep negara Islam Hadhari. Ini bukan masalah emosi tetapi kehormatan agama dan maruah bangsa. Budaya seperti ini terang-terang mencabuli budaya Melayu dan Islam," kata Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria.(Berita Harian, 3 Ogos 2004).
"Saya tidak nampak penganjuran konsert TV3 Sure Heboh ini salah. Tiada salahnya mengadakan sedikit hiburan untuk keluarga selepas mereka penat bekerja," kata Menteri Penerangan, Dato' Paduka Abdul Kadir Sheikh Fadzir, (Berita Harian, 4 Ogos 2004)
DEPA HABAQ, KITA DENGAQ + PIKIAQ:
ISU AGAMA:
'Melarang penyiaran atau persembahan hiburan ketika waktu solat serta larangan penggunaan istilah dan penulisan lirik yang bercanggah dengan Islam atau yang dianggap melalaikan pendengar'-Pelaksanaan cadangan garis panduan hiburan yang dicadangkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)dan Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan.
(Berita Harian, 25 Mei 2005).
"Melaksanakan peraturan keagamaan seperti 'apa yang boleh dan tidak boleh dibuat', bertentangan dengan Artikel 8(a) Perlembagaan Persekutuan berkaitan prinsip kesaksamaan semua rakyat dalam undang-undang,"kata Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Datuk Seri Dr Rais Yatim (Berita Harian, 28 Mei 2005).
PELACURAN:
`Wanita dibolehkan melacur jika terdesak. Jika dilakukan dalam suasana darurat terlepas daripada hukuman biasa. Dalam keadaan biasa, memang melacur itu haram. Tetapi jika terdesak dan darurat, ia dimaafkan` kata Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri (kini Timbalan JPM)- Dr Mashitah Ibrahim,
(Harian Metro 21 Jun 2005).
salam Dr...
Satu cara mudah untuk dijadikan alasan "cikgu melayu tak reti bahasa cina mcm mana nak mengajar sekolah cina"...tempias ini juga turut terasa dalam sektor pekerjaan.
Bayangkan dimasa depan apabila alasan yg sama diberi utk kerjaya polis, doktor atau profesion lain..org melayu akhirnya hanya akan ditemui dikampung-kampung.
hello RT,
kalau hang wira sekolah kebangsaan, NAK TANYA NI, KENAPA ANAK ANAK HANG DIHANTAR KE SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA?
JAWAB KEPADA PENGIKUT PENGIKUT HANG!
TUNJUKKAN KEPADA DEPA MACAM MANA NAK JADI SORANG MUNAFIK PUNYA USTAZ!!
Song,
Just for renungan.
Budi bahasa budaya kita.
Bahasa melambangkan bangsa.
Kita seagama btuhankan Allah yg Esa dituntut ehsan sesama manusia.
Nabi tidak mengajar ummatnya bersikap biadap.
Alangkah indahnya jika soalan yg diajukan itu blapik dan lemah lembut.
hantu,
mungkin hang boleh jawab untuk dia?
Song,
Skadar pendapat peribadi,
Skolah SRJK (Cina) didapti lebih efektif dr segi pengajaran/ pembelajaran. Kbyakkan sepupu saya (4 org) blajar di SRJK. Hanya dlm ms 1 tahun mereka boleh mguasai bahasa cina disamping subjek lain terutama matematik. Agak mgagumkan bbanding bdak2 yg blajar disekolah biasa. Cara pgiraan matematik di SRJK agak dinamik & sistematik, jd tidak hairanlah kbykkan plajar2 bbangsa cina bijak dlm ilmu hisab.
Sepatutnya kmenterian pelajaran membuat kajiselidik tentang sistem pembelajaran yg sedia ada, then gabungkan serta membuat penambahbaikkan. Bukannya dipolitikkan.
Mempelajari bhs cina di SRJK hanyalah satu bonus utk org Melyu (yg bminat). Ilmu bahasa dpt digunakan dikemudian hari terutama jika berurusan mengenai perniagaan. Sy sendiri pun akan mengajak sepupu yg memahamai bhs cina jika berurusan dgn pengusaha/ peniaga cina utk mgelakkan dr blakunya penipuan. Sebarang dialog/ pcakapan antara mereka dpt difahami.
hahaha..
sejak bila dap (dan penyokongnya) mendokong aspirasi Pak najib?
haha..
buat penyokong Dap,
x usah byk bunyi la..kalau x mampu berbahasa melayu (mungkin org lain, bukan anda) sila la pergi.. x perlu putar sana pusing sini nak munasabahkan kenapa x perlu menguasai bahasa..
apa perumpamaan anda yg tidak tahu bebahasa melayu? ya, spt kucing, anjing, kambing, lembu dll..mereka juga telah bergenerasi tinggal di bumi bertuah ini dan masih tidak boleh berbahasa melayu..hanya tahu bahasa mereka shj..
jadi teruskan lah dgn sifat kebinatangan ini..
Zendra,
Saya ambil nota atas input anda dan terima kasih. Sejarah membuktikan asal-usul Malayo-Polynesia-Austronesian juga dari alam Melayu. Banyak perkataan2 di Kepulauan Pasifik yang sama dengan kita seperti niur, mata. Tempat mudah untuk bersua dengan orang Cham Vietnam ialah dimasjid2 Ho Chin Minh.
Mengumpul bibliografi menjadi "forte" saya dan telah menerbitkan 3 buah buku berkenaan pertanian dan tumbuhan.
Historiografi Alam Melayu ini luas, saban hari ada juga maklumat diperolehi. Hanya mereka yang tidak mengetahui sejarah mengatakan kita pendatang.
Salam Dr,
Saya mengimpikan sistem satu sekolah, tiada SRJK C) atau SRJK (T)...yang ada cuma sekolah kebangsaan...barulah satu Malaysia. Kenapa perlu ada sistem sekolah macamni. Tak Malaysia kan?
Kekadang meluat membaca isu agama yang dilontarkan.
Umpamanya mengenai pelacuran yang diketengahkan.
Tahun 2005 pulak dijadikan isu pada hari nie sedangkan jawapan telah dibagikan tapi sengaja memberikan soalan aje.
Apakah ada agenda politik di sebaliknya mengungkit persoalan sebegitu?
Apakah itu caranya parti lawan berpolitik?
Cuba baca jawapan yang telah diketengahkan waktu dulu dulu lagi...(hakikatnya, adalah berdosa sengaja ungkit soalan tanpa memberi jawapan yang telah sedia ada)
Assalamualaikum Dato! Saya terdapat sedikit kekeliruan mengenai jawapan dan komentar Dato berdasarkan isu boleh melacur jika seseorang itu terdesak di dalam Harian Metro.
Saya merasakan perkara ini kurang jelas untuk difahamkan kepada umum. Jadi saya minta Dato perjelaskan dengan lebih lanjut!
Jawapan
Terima kasih kerana ikhlas bertanya saya tentang isu ini secara terbuka. Sebenarnya saya telah menjawab soalan dalam ruangan 'Anda Musykil Dr Mashitah Jawab' ( METRO) yang mempersoalkan apakah hukumnya ibu tunggal yang terpaksa menjual diri untuk membesarkan anak-anak, adakah anak yang sudah mengetahui pekerjaan ibunya tetapi
masih menggunakan wang itu akan turut berdosa? , dan apakah hukumnya wang itu dizakatkan?
Berdasarkan jawapan saya, hukum dikeluarkan berbeza-beza mengikut keadaan atau zuruf.
Dalam keadaan biasa saya menjelaskan bahawa melacur itu tetap haram di sisi Islam.
Namun ketika dalam darurat ia di maafkan. Di sini apa yang ingin saya sampaikan bukan bermakna jika keadaan terdesak dan terpaksa perempuan dibolehkan melacur.
Sebaliknya hanya dalam keadaan benar-benar darurat.
Contoh paling mudah ialah khinzir : di sisi Islam ia haram dimakan namun ketika darurat (tiada langsung makanan ) khinzir boleh dimakan.
Jadi dalam keadaan ini melacur dimaafkan ketika dalam darurat sahaja. Masyarakat sendiri lebih memahami apakah maksud darurat di
Malaysia.
Persoalannya adakah di negara kita sudah sampai tahap darurat?
Tidak, jadi saya cuba mengajak masyarakat dan insan yang bertanya berfikir secara rasional.
Adakah dengan menjadi ibu tunggal sudah sampai tahap darurat?
Malah ingin membayar zakat fitrah lagi?
Sedangkan kita ada Kementerian Pembangunan Wanita dan Masyarakat serta pelbagai organisasi yang akan membela nasib para ibu tunggal.
Justeru, saya tetap menyatakan
dalam kes soalan itu sebagai haram seorang ibu tunggal melacurkan dirinya.
Begitu juga, saya telah memberi penekanan kepada perkataan terpaksa yang bermaksud kemungkinan seseorang wanita itu ditipu dan diperangkap lalu dilacurkan.
Maka dalam hal ini, wanita tersebut tidak bersalah kerana bukan atas kehendaknya sendiri tetapi orang yang menjadi Bapa Ayam itulah yang terpaksa menanggung dosa besar wanita tersebut.
Saya juga suka untuk mengingati masyarakat yang terkeliru berdasarkan kenyataan akhir
jawapan saya, mengenai isu ini yang jelas telah mengkategorikan masalah ini bukan darurat.
Di mana ibu tunggal ini ingin membayar zakat?
Lalu saya menjawab : orang yang terdesak dan darurat tidak mungkin mampu membayar zakat bahkan dia tergolong dalam asnaf yang
layak menerima zakat.
Oleh itu, jelas menunjukkan kepada semua, pekerjaan ibu tunggal
yang melacur tadi adalah haram kerana ia terkeluar dari darurat.
Selain itu, dalam ruang tersebut saya sebenarnya telah menjawab dengan panjang lebar tetapi telah dipendekkan kerana kapasiti untuk bahagian menjawab soalan tadi adalah agak terhad.
Maka, jawapan saya secara mendalam dan menyeluruh tidak berpeluang dihidangkan kepada pembaca sepenuhnya.
Waakhiran, saya berharap agar jawapan saya tidak disalah ertikan oleh masyarakat kerana ia akan mengeruhkan keadaan sahaja.
Dan ini juga hanya jawapan saya dalam ruang soal jawab berdasarkan ilmu yang telah dipinjamkan oleh Allah kepada saya bukannya satu fatwa baru.
Yang penting kita jangan cepat melatah.
ucapan ekstrimis umno yang dilemparkan pada AGM yang lalu mendapat sokongan daripada pengikut-pengikut yang bersefahaman.
perkataan mp chong eng yang ingin mempertahankan kaum cina di bumi yang kaya dengan kepelbagaian kaum pula dihentam kuat-kuat.
mana slogan 1 malaysia??? lebih baik tukar kepada 1 melayu saja.
bukan melayu tetap dianggap pendatang walaupun sudah berkurun-kurun hidup di sini, walaupun dilahirkan di sini.
Andai negara ini dijajah kembali...
Berapa ramai tali barut yang akan muncul??
Andai kata negara ini dijajah oleh negara China..Adakah kaum cina akan mempertahankan kedaulatan negara ini....Kalau ada,berapa ramaikah???
Agak lucu jika kenyataan ini dikeluarkan. Tapi ingat negara kita ini mahal di mata dunia. Banyak tangan yang ingin menguasai negara ini...
Apakah rakyat yang bertelagah dan dipenuhi unsur-unsur rasis boleh mempertahankan negara ini hingga titisan darah terakhir???
Ingat sejarah telah membuktikan pertelingkahan dalaman menjatuhkan empayar banyak negara...
Sudah-sudahlah dalam bertelagah,kita bertuankan negara ini dan apakah kita tergamak untuk melihat perpaduan negara jatuh???
Orang india ada negara India,orang cina ada Negara China,apakah bahagia jika india dan cina Malaysia pulang ke negara asal nenek moyang mereka???
Ingat kita yang merasai kemanisan dan peluang untuk berjaya tanpa sekatan di Malaysia...Mereka di luar tidak tahu...
Patriotisme rakyat Malaysia menjadi realiti dengan hanya melupuskan semangat ultra kiasu dan rasis..
Seperti siam dan indonesia yang bangga dengan negara mereka dan sudah tidak muncul isu-isu kaum-kaum dan isu-isu rasis....
Bila akan muncul bangsa Malaysia???
Tepuk kepala tanya minda....
Kepada penyokong DAP, komen yang anda berikan adalah tidak kena pada tempat dan lebih tertumpu untuk mempertahankan golongan ultra kiasu .
Apakah kamu ingat bahasa Kebangsaan itu terlalu jijik untuk dituturkan di negara kita dengan alasan mudah mahu bersaing mengejar kepentingan material sahaja? Dimana tanggungjawab kita sebagai rakyat Malaysia yang sepatutnya mempertahankan bahasa Kebangsaan negara kita dan bukannya membela golongan yang memang tak faham bahasa Melayu (ultra kiasu). Bahasa Kebangsaan itu sendiri melambangkan identiti dan kedaulatan sesebuah negara serta rakyatnya. Semua rakyat tanpa mengira kaum wajib mempertahankan Bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan seperti mana kita sumpah taat setia kepada negara dan bukannya kita melihat bahasa Melayu ini untuk orang Melayu sahaja.
Sekali lagi kepada penyokong DAP, anda sekarang berada di negara mana,kalau merasakan peranan bahasa Melayu terlalu rendah,anda sebenarnya langsung tidak patriotik dan anda patut ditarik balik kewarganegaraannya.
Majoriti rakyat di Malaysia adalah rakyat Malaysia yang boleh berbahasa Melayu (lainlah kalau kamu pendatang) dan saya tidak nampak apa kurangnya Bahasa Melayu.
Semuanya adalah soal untuk memperkasa dan memantapkan penggunaan bahasa Melayu dalam setiap aspek bukan sahaja dalam majlis-majlis formal tetapi dalam pendidikan,perniagaan mahupun institusi yang melibatkan pihak swasta.
Saya hanya tersenyum melihat negara-negara maju yang boleh maju seperti korea dan jepun yang menggunakan Bahasa Kebangsaan sendiri.Sesiapa yang mahu belajar di negara tersebut perlu menguasai bahasa kebangsaan mereka dahulu ataupun sedia dipulau oleh masyarakat negara itu.Inikan pula Malaysia!!!
Salam Dr,
As much as the articles are your personal opinions, well here's mine.
I disagree mostly on your published articles, be it mostly on the points you raised and as much on your verbal articulation skills.
One of the most raised issue is, why do you write as though you are a Malay? I understand you have converted to Islam, but does that make you in any way a Malay? Please do not take it as a compliment that 'you are more Malay than a Malay', because you are not. You are a Muslim, all respect to that. At the end of the day, you are a Chinese, so please realign your stand point by at least encompassing your ethnic view, or else you will continuously sound like having personality disorder issue, or worst, delusion.
You mentioned ultra-kiasu liberally in your articles, but I can't help to feel that you resorted to less-than-gentleman behavior of name-calling and deriding behaviors you don't agree with.
You are turning our language proficiency into a political matter. What I disagree most is your poor rhetoric which relies heavily on borderline inflammatory word choice that will incite emotions that you hope for. As a phd holder, shouldn't you be presenting arguments more articulately, in a more neutral and constructive manner?
I am a Chinese, and speaks fluently Malay with pride. I know many who have the same ability, and many more as you pointed out, have poor grasped of the language. And I must point out, I have many Malay friends who can't speak proper Malay by design or choice. Whatever the reason, it goes beyond simplistic argument that you have presented.
I agree that all citizen of Malaysia must be able to speak Malay, no doubt about that. But you as the academician, can't you suggest more constructive manners to achieve that, rather than frame your widely-publicized articles in a biased and 'holier than thou' finger pointing ways?
Dave,
this so called ustaz and his stupid and blind followers are the true hypocrite or munafik.
dont expect anything but useless ideas from them.
until today, this ustaz still cant answer my question. why is he sending his children to SRJK (C) when many times over in his article, he is championing sekolah kebangsaan or sekolah wawasan!!
hence a true hypocrite. but there are stupid followers who think this ustaz is championing them.
and they even dare to associate other races with animals.
example,
by Aldan @the animal (9.35pm):
" apa perumpamaan anda yg tidak tahu bebahasa melayu? ya, spt kucing, anjing, kambing, lembu dll..mereka juga telah bergenerasi tinggal di bumi bertuah ini dan masih tidak boleh berbahasa melayu..hanya tahu bahasa mereka shj..
jadi teruskan lah dgn sifat kebinatangan ini.."
so Dave, no need to give face. just whack these animals especially Aldan@the animal@ the barbarian as where and when you like!!!
song,
whatever aldan said, it's more amusing than malicious...in line with RT warped style of argument...
but i want to comment on this:
n.ajis said...
sesiapa yg gagal dalam ujian kerakyatan perlu ditarik semula kerakyatan. sala satu syarat utama adalah kebolehan berbahasa Melayu. Sesiapa yang gagal perlu dihantar balik ke tempat asal dan dinyahkerakyatan
Balik tempat asal? But where? I was born in Hospital Besar KL...that was and is my tempat asal...
But did he mean my ancestry? If that's the case, we all have some sort of tempat asal...Jawa, anyone?
The fact that after independence we are all granted citizenship, and that made Malaysia our tanah tumpahnya darahku...
You can revoke anyone's citizenship according to law, but please don't ask me to go back to tempat asal, coz the implication is I do go back to Loke Yew everyday, few km from where i was born
Mengenai cadangan B.I. dijadikan bahasa rasmi di P. Pinang, berdasarkan Kes Mark Koding, bukankah usul ini seditious?
Salam saudara Nazrin Zakaria,
Kritikan dan teguran saudara diterima dengan kesan mendalam jiwa saya. Benar! Sebagai rakyat kita harus menghurmati bahasa kebangsaan dan mempelajarinya dengan bersungguh-sungguh demi kebaikan diri, masa depan diri, keluarga dan anak cucu.
Tugas memperkasakan bahasa kebangsaan bukan tugas rakyat biasa, apatah lagi rakyat bukan keturunan Melayu. Tugas ini dipikul oleh mereka yang pakar dalam pengkajian bahasa dan peminat bahasa Melayu, tidak kira ia orang Melayu atau tidak, contohnya ialah Dr. Mohd Ridhuan Tee dan Prof. Khoo Kay Kim.
Saya ingin bertanya saudara, apakah tugas memperkasakan agama Islam menjadi kewajiapan setiap muslim? Pada teori semua orang Islam wajib memperjuang dan menegakkan Islam, betul tidak? Tetapi pada hakikatnya betapa ramai orang Islam malahan pemimpin mereka menentang dan menyekat perkembangan Islam?
Antara Islam dan patriotik kepada negara, mana satu lebih penting? Jika saudara kata sama-sama penting, saya ingin pula bertanya kenapa begitu ramai orang Melayu Singapura berhijrah ke Malaysia atas alasan suasana, kehidupan dan pendidikan Islam di Singapura tidak sebaik di Malaysia.
Kenapa ramai orang Islam lari dari Burma dan Rohinya? Sepatutnya mereka taat setia kepada pemimpin negara dan terima segala dasar negara walaupun tidak sama bangsa dan keturunan.
Di belakang cinta seseorang pada ibu bapa, isteri, orang lain, bahasa atau negara terdapat sebab-sebab yang mendorongnya berbuat demikian. Yang pastinya ialah tiada manusia yang tidak sayang pada dirinya.
Bahasa ialah alat komunikasi. Dr. Tee dan Prof. Khoo Kay Kim sangat faseh berbahasa Melayu tetapi tidak erti berbahasa Cina. Sudah tentu mereka lebih minat memperjuangkan bahasa Melayu daripada bahasa yang mereka tidak erti.
Orang yang dilahirkan di keluarga UMNO, dibesarkan dengan jasa UMNO, tamat pengajian universiti juga kerana jasa UMNO, tidaklah hairan jika dia sokong UMNO.
Bagaimana pula bagi mereka yang tidak dapat tempat belajar di universiti kerana dia bukan dari keluarga UMNO atau kerana bukan keturunan Melayu, apakah ia akan sayang UMNO dan memperjuangkan cita-cita UMNO seperti berjuangnya orang UMNO?
Komen ini ditujukan kepada Dave,
Salah ke kalau beliau menyuarakan pendapat beliau (Dr.Ridhuan Tee) atas suara Melayu dan Islam. Sekurang-kurangnya beliau mempunyai tahap kesedaran yang tinggi kalau nak dibandingkan dengan kamu(Dave) mengaku sebagai warganegara Malaysia. Beliau sendiri lebih tahu artikel yang ditulis adalah realiti sebenar yang berlaku pada ketika ini. Apabila mana-mana pihak yang berani mempertahankan kepentingan orang Melayu,bahasa Melayu dan Islam (yang termaktub dalam perlembagaan), automatik akan dituduh racist? Manakala kalau golongan bukan Melayu(sesetengahnya) secara terang-terangan memperjuangkan idea cauvinis yang langsung tidak berpaksikan latar belakang prinsip kenegaraan tidak digelar racist malah dikatakan atas nama kebebasan bersuara?
Slogan 1Malaysia sendiri telah diputarbelit oleh golongan ultra kiasu sehingga makna terasnya sudah lari dari idea sebenar.Apa ertinya semua ini?? Lee Kuan Yew pernah mencabar beberapa pemimpin Malaysia supaya membubarkan sekolah vernakular dan digantikan dengan sekolah satu aliran seperti di singapura.Sedangkan di negara kita sendiri, ada pihak yang masih menangguk di air keruh mahu mempertahankan sekolah vernakular pasca zaman kolonial British dan kononnya mahu mempertahankan bahasa ibunda. Dalam banyak-banyak negara di dalam dunia ini, tidak ada negara yang seadil Malaysia memberi ruang dan tolak ansur yang tinggi kepada golongan minoriti(bukan Melayu)yang memberi kebebasan kepada mereka mengamalkan budaya,agama dan bahasa ibunda masing-masing.Apakah kontrak sosial tidak membuktikan tolak ansur bangsa Melayu terlalu besar? Dan apa balasan yang bangsa Melayu dapat sehingga sekarang? Iktibar peristiwa 13Mei seharusnya membuka mata semua pihak apabila orang Melayu(golongan majoriti) langsung tidak dihargai pengorbanannya. Pembahagian ekonomi di Malaysia memperlihatkan bangsa majoriti hanya menguasai sebahagian kecil hasil kekayaan negara sementara yang minoriti mengaut dan memonopoli sebahagian besar ekonomi negara. Apakah ini yang dikatakan keadilan sosial?
Baru sentuh mengenai cadangan sekolah satu aliran, mereka(ultra kiasu) sudah bising macam anjing menyalak bukit.Seolah-olah mereka yang paling berkuasa dalam negara ini.
Kenn
Nasihat saya jangan senang-senang dperdayakan oleh atau mempercayai blog yang cuba memutar-belitkan berita.
berkali-kali pihak pembangkang (UMNO) cuba memanipulasikan perkataan yang dikeluarkan oleh kerajaan pulau pinang. Seumpamanya, UMNO mendakwa "wang ikhsan yang diberi oleh kerajaan PP adalah derma daripada kelab lumba kuda."
namun segala penjelasan ada di sini:
http://limguaneng.com/index.php/2010/11/01/tidak-benar-sekali-dakwaan-umno-bahawa-kerajaan-negeri-membayar-duit-judi-sumbangan-kelab-lumba-kuda-kpd-orang-islam/
jelas sekali pembangkang PP cuba menimbulkan benci rakyat terhadap kerajaan PP dan ketegangan antara kaum juga tercetus.
Namun begitu, saya tidak menyalahkan siapa-siapa (mahupun penyokong umno ke, melayu ke, Muslim ke) atas salah faham terhadap kerajaan PP kerana anda semua juga telah ditipu oleh media yang tidak bertangungjawab.
akauntabiliti dan integriti kerajaan PP dapat dilihat melalui laporan audit yang baru dipaparkan. ramai sudah kenal dengan muslihat pembangkang PP yang cuba memusnahkan keamanan dan kemajuan yang dicapai PP.
relax la song..
kalau saudara boleh berbahasa melayu, saudara x perlu terasa..
atau memang saudara rasa terasa? sbb yang makan cili yg rasa pedas..
Saudara Nazrin Zakaria,
Saya ingin respon kepada post saudara pada jam 7.23pm:
1.Kata saudara: "Dalam banyak-banyak negara di dalam dunia ini, tidak ada negara yang seadil Malaysia memberi ruang dan tolak ansur yang tinggi kepada golongan minoriti(bukan Melayu)yang memberi kebebasan kepada mereka mengamalkan budaya,agama dan bahasa ibunda masing-masing. Apakah kontrak sosial tidak membuktikan tolak ansur bangsa Melayu terlalu besar?"
Saya tidak mampu menyangkal kenyataan saudara di atas kerana saya belum lagi membuat kajian terhadap dasar-dasar pemerintahan dan pentadbiran negara-negara demokrasi yang maju terutamanya di dunia barat untuk membuat perbandingan dengan negara kita. Jika benar hakikat menepati kata-kata saudara, maka saya mengucapkan tahniah kepada kerajaan kita yang diketuai oleh pemimpin politik dan pentadbir Melayu kerana berjaya mengamalkan ajaran yang paling penting dituntut oleh agama Islam, Kongfuzi, Budha dan Kristian .
Bagaimanapun saya terasa layanan yang diberikan kerajaan kita terhadap kaum-kaum pribumi minoriti di Sabah dan Sarawak dan Orang Asli di Semenanjung amat ketara tidak seimbang dengan layanan yang diberikan kepada kaum Bumiputra di Semenanjung. Bagi saya, kaum-kaum minoriti yang daif ini yang bertapak di Tanah Melayu lebih awal dari kita semua tidak dilayani dengan cukup adil! Cuba bandingkan taraf ekonomi dan pendidikan mereka dengan kita!
Apakah kontrak sosial Malaysia tidak merangkumi mereka? Jika ada, apa pula bukti kita melaksanakan kontrak sosial itu dengan jujur?
Kaum Cina dan India yang ‘lebih gagah’ di bidang ekonomi, pendidikan dan politik diberi layanan yang lebih baik daripada kaum pribumi dan Orang Asli kerana 2 kaum ini mempunyai kekuatan ekonomi dan kuasa politik yang lebih kuat untuk 'bargain' dengan orang Melayu.
Apa yang kita perolehi hari ini adalah hasil daripada rundingan politik antara kaum secara bertolak ansur. Jasa almarhum Tunku Bapa Kemerdekaan hendaklah sentiasa dikenang!
Sehingga hari ini politik rundingan secara bertolak ansur dan bertimbang rasa masih diamalkan oleh BN. Bagaimanapun oleh kerana kuasa negatif di pihak UMNO berkembang melampau, rakyat telah bangkit dan membentuk kuasa Pakatan Rakyat untuk membetulkannya. Jika UMNO dan BN gagal untuk membetulkan diri, pasti rakyat akan melakukan perubahan demi menyelamatkan negara dan bangsa!
(bersambung)
2. Kata saudara: "Dan apa balasan yang bangsa Melayu dapat sehingga sekarang? Iktibar peristiwa 13Mei seharusnya membuka mata semua pihak apabila orang Melayu (golongan majoriti) langsung tidak dihargai pengorbanannya. Pembahagian ekonomi di Malaysia memperlihatkan bangsa majoriti hanya menguasai sebahagian kecil hasil kekayaan negara sementara yang minoriti mengaut dan memonopoli sebahagian besar ekonomi negara. Apakah ini yang dikatakan keadilan sosial?"
Pada pendapat saya, ‘pembahagian ekonomi di Malaysia’ hendaklah jangan dikonsepkan sama seperti ‘pembahagian harta pusaka mengikut faraid’, kerana harta-harta dan peluang ekonomi di atas muka bumi Tanah Melayu pada asalnya bukan hak milik mutlak kaum Melayu.
Saya terbelajar dari seorang ahli Kelab Jutawan perempuan Melayu di majlis penerangan perniagaan MLM semalam yang menyebut Prof. Hamka pernah berpesan bahawa ‘peluang datang tiba-tiba, peganglah dan hargailah peluang yang akan pergi tiba-tiba’.
Pepatah Inggeris juga menyebut bahawa ‘peluang hanya datang kepada mereka yang telah bersiap sedia menyambutnya’ dan bahawa ‘peluang hanya wujud bagi mereka yang menghargainya’.
Di bawah Dasar Ekonomi Baru, yang dijalankan sejak tahun 1970 sehingga sekarang, kerajaan kita telah merancang dan memberikan pelbagai peluang ekonomi kepada orang Melayu. Malangnya orang Melayu belum bersiap sedia untuk menyambut peluang-peluang ini dan sebahagian peluang emas ini pula disia-siakan oleh mereka yang ‘membolot’ terlalu banyak peluang untuk diri dan puak.
Bagi saya, banyak peluang ekonomi telah disia-siakan oleh golongan Melayu yang kurang jati diri. Orang Melayu yang ada jati diri pula kurang mendapt peluang-peluang ini kerana pendirian politik.
Peluang telah diberikan melalui tangan kerajaan berulang kali tetapi disia-siakan! Apakah kerajaan kita masih tidak cukup bermurah hati kepada orang Melayu?
Jika masih tidak berpuas hati dengan kerajaan sekarang, gantikannya pada pilihanraya akan datang!
(bersambung kemudian, waktu untuk masuk pejabat)
wahai aldan@the anim*l,
pada saya, bahasa kebangsaan bukan problem. malahan saya boleh bertutur dan menulis dalam b kebangsaan, b inggeris dan b cina.
selain bertutur dalam dialek dialek b melayu dan cina.
hang bolehkah?
Sdr Nazrin,
I respect your opinion, where certain points I don't think I am qualified (nor have unadulterated information)to debate with you. The last thing we need is another gung-ho post.
About RT, he is a Chinese convert, and at the end of the day, he is Chinese. If I profess Hinduism, that wouldn't make me an Indian etc. Yes, I can still fight for the rights of the Indians, same as RT for the Malays, but the bottomline is RT is borderline delusional to argue as though he has become a Malay. He is a Muslim, again all respect to that. But he will never be a Malay. He can defend the rights of the Malay, and so should all of us, since we are a big family. But my contention with RT is he seems to think HE IS A MALAY after converting, shedding any shred of his own race, which is a totally different thing.
On his awareness being presumably higher than mine, I hope that is true as he holds a phd in politics and government, and a senior lecturer no less. But to say his sense of reality is 'real', let the whole country be the judge of that.
To 'merpertahankan' and to 'menuduh' is different. Tell me in just one word, is he not inciting with his rhetoric and phrases? Are there absolutely no better ways for an educated, informed and esteemed figure to argue his points?
I won't touch on 1Malaysia, because until now, I really do not know what exactly it is...enlightened me? Not in a nutshell, but in comprehensive blueprint with vision, mission, thrusts, kpi, etc...
Sdr Nazrin, it's hard to argue about our emotions, as we wish the best for our people, but have different opinion on how to achieve that. We are who we are today, thanks and no thanks to past events, but let work together to have a prosperous future, together.
The last thing we need is having someone flaming one side destructively, misusing his god-given talent for such a cause.
Bahasa melayu adalah bahasa kebangsaan. Siapa tak tahu bahasa melayu bermakna ianya tidak tahu bahasa kebangsaan. Siapa yang tidak tahu bahasa kebangsaan bermakna sepatutnya dia tidak layak menjadi warganegara.
putrarahman
lu tak lah baik kasi kelentong.
Def : Kewarganegaraan (bahasa Inggeris: citizenship) merupakan keahlian kepada sebuah komuniti politik (iaitu, sebuah bandar pada asalnya, tetapi kini lebih biasa merupakan sebuah negara) yang membawa hak-hak penyertaan politik.
Seorang individu yang mempunyai keahlian ini dipanggil warganegara.
Biasanya, kewarganegaraan bersepadan dengan kerakyatan (bahasa Inggeris: nationality).
Bagaimanapun, kedua-dua istilah ini harus dibezakan. Seorang warganegara mempunyai hak-hak untuk menyertai bidang politik negerinya, seperti mengundi ataupun menjadi calon pilihan raya, sedangkan seorang rakyat tidak seharusnya mempunyai hak-hak tersebut, walaupun biasanya mereka mempunyainya.
Kewarganegaraan berasal daripada hubungan di sisi undang-undang dengan sebuah negara.
Sebaliknya, kerakyatan biasanya berasal daripada tempat kelahiran, iaitu jus soli) dan, kekadangnya daripada keetnikan, iaitu jus sanguinis).
Tambahan pula, kewarganegaraan boleh diserahkan melalui penyerahan kewarganegaraan dan diperolehi melalui pewarganegaraan.
Ada kemungkinannya bahawa seorang individu mempunyai kerakyatan tanpa kewarganegaraan (iaitu, dia ditakluk oleh undang-undang negara serta berhak menerima perlindungan tetapi tidak mempunyai hak-hak penyertaan politiknya).
Ada kemungkinan juga bahawa seorang individu mempunyai hak-hak politik tanpa menjadi warganegara negara itu; umpamanya, seorang warganegara dari negara Komanwel yang menetap di United Kingdom mempunyai hak-hak politik yang sepenuhnya di negara itu tetapi tidak mempunyai kewarganegaraan United Kingdom.
Kewarganegaraan seringnya melibatkan usaha untuk kebaikan masyarakat melalui penyertaan, kerja sukarela, dan usaha untuk memperbaiki kehidupan semua warganegara.
Dalam konteks ini, sekolah-sekolah di England seringnya memberikan pelajaran mengenai kewarganegaraan; di Wales, model yang digunakan ialah "Pendidikan Peribadi dan Sosial".
song
"pada saya, bahasa kebangsaan bukan problem. "
memang awak boleh menulis dlm bm..tapi tengokla, mcm itik belajar berkokok..
sy mmg x boleh berbahasa cina..
jadi?
aldan,
ya ke? sila tunjukkan macam mana itik belajar berkokok? atau talk kok?
suka hati engkau lah. anyway, whats the big deal about bahasa kebangsaan?
faham dan fasih bertutur cukup lah. buat apa nak master it. bukannya boleh cari makan dengan bahasa ini.
janji faham apa yang traffic police dan pegawai kerajaan cakap sudahlah.
lain lain tu tak ada kegunaannya lagi.
Kepada penyokong DAP,
Yang pertamanya adalah saya anggap anda kurang penghayatan terhadap sejarah negara. Kontrak sosial yang saya maksudkan adalah jasa bangsa Melayu dan raja-raja Melayu bersetuju untuk memberi taraf kewarganegaraan (kerakyatan jus soli) kepada orang bukan Melayu dengan SYARAT mereka mengiktiraf kedudukan istimewa orang Melayu dalam perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu sebelum kemerdekaan Tanah Melayu.Dalam artikel 153 perlembagaan Malaysia,kedudukan istimewa itu merujuk kepada Bumiputra Melayu,Orang Asli dan penduduk bumiputera Sabah dan Sarawak yang ketiga-tiga tergolong dalam senarai kaum bumiputera(Orang Asal) di Malaysia.Komen anda yang mengatakan kaum bumiputra minoriti(Orang Asli disemenanjung)tidak mendapat layanan yang adil daripada kerajaan.Ini merupakan suatu pendapat yang sangat dangkal dan tidak munasabah seolah-olah dalam tempoh 50tahun,Kerajaan mendriskiminasikan mereka.Saya mengakui mereka agak ketinggalan dalam pendidikan dan taraf hidup,tetapi kerajaan sendiri tidak pernah mengabaikan kebajikan mereka sama seperti bumiputera Melayu yang lain.Kerajaan melalui Jabatan Hal Ehwal Orang Asli Malaysia yang ditubuhkan pada tahun 1953 di bawah undang-undang baru yang dinamakan "Aborigional Peoples" Ordinance No. 3, 1954. Ia dibentuk bagi melindungi Orang Asli dan cara hidup mereka dari kepesatan perkembangan tamadun dan eksplotasi, di samping menyediakan kemudahan-kemudahan untuk pendidikan dan pembangunan yang sesuai bagi mereka.Jabatan Hal Ehwal Orang Asli Malaysia(JHEOA) diletakkan dibawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah menerima peruntukkan yang besar dalam,tidak silap saya dalam Rancangan Malaysia ke-9 dan Belanjawan negara yang diluluskan yang sebelum ini. Antaranya Projek Perumahan Rakyat Termiskin(PPRT)yang dibina di kawasan perkampungan Orang Asli di semenanjung dan juga kawasan Sabah dan Sarawak.Ia juga dilengkapi dengan segala kemudahan asas bekalan air paip dan elektrik.Selain itu, tidak silap saya,Kerajaan melalui JHEOA menawarkan kemudahan pembelajaran percuma kepada anak-anak orang asli yang belajar di sekolah yang disediakan kerajaan. Sebenarnya sudah cukup banyak program yang disediakan Kerajaan untuk membanteras kemiskinan tegar penduduk Orang Asli.Begitu juga dengan pelan pembangunan bumiputra Sabah dan Sarawak,seperti baru-baru ini Program Transformasi Kerajaan melalui makmal bumiputra Sabah dan Sarawak yang dikendalikan oleh ICU JPM sebagai urusetia kepada jawantankuasa Kabinet mempunyai tugas tertentu.
Antaranya:
1.Menyelaras, memantau dan menilai dasar, strategi pelaksanaan pembangunan Bumiputera di Sabah dan Sarawak yang holistik,
2.Memastikan sistem penyampaian yang lebih efektif dan berkesan; serta
3.Menyelesaikan sebarang isu yang melibatkan dasar atau jentera kerajaan berhubung Bumiputera Sabah dan Sarawak.
Apakah semua yang saya sebutkan semua ini tidak cukup bagi membuktikan kerajaan memberi layanan yang adil untuk semua kaum dari segi pelaksanaan projek pembangunannya?
Polemik kedua yang cuba anda (penyokong DAP) timbulkan seperti yang anda kata:
"Harta-harta dan peluang ekonomi di atas muka bumi Tanah Melayu pada asalnya bukan hak milik mutlak kaum Melayu".Ini satu lagi pendapat yang sangat songsang.Buktinya adalah dalam
wasiat yang disampaikan semasa raja-raja Melayu menurunkan tandatangan persetujuan pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957 salah satunya adalah seperti berikut:
Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, Tanah simpanan Melayu sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.
Apakah ini bukan harta hakmilik kekal bangsa Melayu di dalam negara ini?( di dalam negeri-negeri Melayu).
Dalam perlembagaan persekutuan Malaysia berdasarkan Perkara 89 menyebut mengenai tanah simpanan bagi bangsa Melayu disamping undang-undang tanah Rizab Melayu yang melarang sama sekali urusniaga persendirian
yang melibatkan hakmilik tanah pegangan Melayu di antara orang Melayu dan BUKAN Melayu.
Bahasa Melayu/bahasa kebangsaan sbenarnya terhasil dari gabungan hahasa2 lain didunia ini. B.melayu mengalami transformasi dan evolusi dari masa ke semasa mengikut peredaran zaman. Oleh sebab itu terdapatnya pkataan melayu yg lahir dari bahasa arab, inggeris, portugis, india dan sebagainya.
Sekarang pun kita dpt melihat/ menemui perkataan baru B.Melayu yg jarang2 @ x pernah kita dengar dan ada diantaranya langsung x wujud dlm kamus B.Melayu DBP. Ianya dilihat fenomena biasa yg berlaku dimana2 negara mengikut kesesuaian pggunaannya dan pemahaman semua pihak. Tanpa pnggunaan/pinjaman perkataan/gabungan perkataan berbagai bangsa mungkin B.Melayu itu pun tidak akan wujud.Logiknya, perkataan melayu asli sbenarnya hanya ada 4 sahaja iaitu "paku,padi,besi dan babi" (sejarah kuno). Perkataan2 B.Melayu yg lain kbanyakkannya dipinjam dari pedagang2 ketika zaman kegemilangan kesultanan Melaka. Hasil gabungan perkataan2 ini kemudiannya dipanggil bahasa Melayu (kerana terhasil ditanah Melayu)dan dijadikan sebagai bahasa kebangsaan
Tidak ada gunanya kita menjadikan soal bahasa sbg isu politik. Sepatutnya kita berbangga kerana bila mggunakan bahasa kebangsaan, secara tidak lgsung/tidak sedar kita sbenarnya bercakap dlm byk bahasa.
Orang Biasa. nak kelentong apanye.
Jadi kamu tak kesahlah jika seorang warganegara itu tidak boleh berbahasa kebangsaan?
Sebagai warganegara yang cintakan negara dan tanah air, bukankah kita sepatutnya berbangga dengan bahasa kebangsaan kita.
Ataupun kamu tidak bangga dengan bahasa kebangsaan pasal ianya bahasa melayu?
putrarahman
apa la lu nie?
mana ada gua kata gua tak la kisah?
macam mana lu boleh kasi bikin kesimpulan gua nie tak la bangga sama bahasa kebangsaan?
tak la baik bikin andaian yang bukan bukan.
gua dah pesan tak lah baik kasi kelentong.
masalah kita hari nie ialah banyak orang macam lu.
tak mengerti membaca walaupun kasi tulis dalam bahasa yang mudah faham.
minda sangat mudah salah tafsir.
song,
mcm mana?
macam ayat awak la.. sumbang.
"faham dan fasih cukuplah"
fasih ke apanya..tengok teresa kok, LGE, LKS ckp mcm mana..atau awak x tau makna fasih tu apa?
"whats the big deal about bahasa kebangsaan?....bukannya boleh cari makan dengan bahasa ini."
terserah.. ayam, itik, kucing, kambing dan lembu juga x cari makan dgn bahasa ini..ikut je la..
Orang Biasa, ini bermakna setuju jika saya katakan bahawa kamu seorang yang akan menyokong segala usaha untuk memertabatkan bahasa kebangsaan termasuk untuk memperkasakannya dalam semua bidang terutama dalam bidang pendidikan.
Jika ramai lagi warganegara bersikap seperti kamu ini, maka usaha-usaha untuk memertabatkan bahasa kebangsaan ditempat sepatutnya akan menjadi mudah dan juga, segala usaha-usaha untuk meminggirkan bahasa kebangsaan akan menjadi sukar dan mendapat tentangan.
Bahasa kebangsaan adalah bahasa perpaduan bagi negara kita ini. Sebagai bahasa perpaduan, saya fikir setiap warganegaranya yang cintakan perpaduan patut menggunakan bahasa kebangsaan apabila berhubung sesama mereka, baik cina, india, melayu, iban kadazan dan sebagainya. Oleh itu, jika seseorang itu tidak tahu berbahasa kebangsaan, adakah wajar dia menjadi warganegara?
putrarahman
gua sudah tolong cari dan kasi lu itu definasi warganegara.
tapi lu punya minda hanya mau terima diri punya definasi.
apa lagi gua mau cakap?
lagi banyak cakap, lagi banyak bising lor!
itu orang putih ada cakap, itu tin kosong memang bising punya.
Salam saudara Nazrin Zakaria,
Terima kasih saya ucapkan atas penjelasan saudara. Saya akan kembali berbicara pada waktu lapang.
untuk pemyokong DAP
saya rumus kan anda cemburu dan benci dengan orang melayu. cukup-cukup memang benar kata anda pengagihan ekonomi bukan milik mutlak orang melayu dan saya setuju bahwa masih ramai orang melayu yang mensia-sia kan peluang yang kerajaan beri untuk orang melayu. kata kamu rebutla peluang kalau sudah bersiap sedia. terbuktila tindakkan kerajaan sekarang yang memberi peluang untuk orang melayu yang baru belajar untuk memajukan diri. berbanding orang cina yang telah lama bersiap sedia merebut peluang. salah kah melayu berbuat demikain. anda buat lah kaji di sektor swasta dimana kedudukan orang melayu.......tolong buat kajian dengan jujur dan ikhlas... semoga Allah memberi NUR kepada anda
nastaghfirullahalaziim.
ridhuan tee,
anda terus berlegar-legar Menggelecek di Kawasan Anda sendiri.
Itu Hak Anda.
herman che mok
JKMJB
Hadapan Sekolah Foon Yew
Sebelah Jab. Kesihatan JB & RTM Johor
Persimpangan Jln. Abdul Samad-Jln Tasek Utara
80100 Johor Bahru
JOHOR DARUL TAKZIM
daulat tuanku ibrahim
ALLAHUAKBAR!
Maka Izam pun berkata ...
" Aku juga setuju bila Tokgaru kata Pas tertinggal beberapa langkah dibelakang Dap, tapi aku juga nak tanya adakah Umno/Bn tak tinggal beberapa langkah ke belakang dengan Singapura? "
" Setiap kali berlaku perundingan dari perjanjian air hinggalah perjanjian tanah KTM di Tanjung Pagar aku tak nampak pun kita lebih untung dari singapura "
Pertama. Nak ucap terima kasih kerana setuju dengan saya.
Kedua. Anda kata selagi Umno duk pegang tampuk kuasa, maka selama itulah malaysia berada di pihak yang sentiasa rugi dalam apa2 pejanjian dengan Singapore.
Ketiga. Nak tanya Izam, kalau BN (Umno) jatuh kemudian naik PR (DAP), apa kah anda fikir pada waktu itu baru lah malaysia akan tidak rugi lagi bila menanda tangani apa2 perjanjian atau persefahaman dengan singapore ?
Keempat. Saya juga nampak macam mana anda nampak jika PR (DAP) naik jadi kerjaan, hubungan malaysia dengan singapore akan berada dalam situasi win-win (menang-menang).
Kelima. Saya nak minta awak berdiri depan cermin dan bercakap kepada bayang awak yang ada dalam cermin. saya yakin bayang awak dalam cermin tu akan bagi tahu, " aku (malaysia) tak rugi apa2, tapi kamu (melayu) yang duk berdiri memerhatikan aku tu bagai mana ? "
Sorry lama juga menghilangkan diri. Perlis kena banjir, saya turut tenggelam tapi tak lah sampai kena hanyut ke laut. Masih lagi boleh join anda semua dalam blog DRT ni.
Kepada Penyokong DAP
Saya rasa Joe betul. Orang melayu selama ni tak kisah pun kalau orang cina nak pegang 70% atau 99 % atau 119% kuasa ekonomi di malaysia ni.
Orang melayu tak pernah ada rasa iri hati dengan orang cina.
Orang cina jadi kaya, orang melayu sendiri boleh terima dengan senang hati walau pun cina itu jadi kaya kerana duit judi atau duit aktiviti2 yang kurang baik atau duit rasuah. Orang melayu ambil pendirian, ada mata tengok, ada telinga dengar dan ada mulut tutup sehingga dunia kiamat.
Tapi bila ada orang melayu sendiri jadi kaya, macam2 yang orang melayu lain korek dan cakap, " kaya kerana duit rasuah, kaya kerana tipu sana tipu sini, kaya kerana kena loteri atau kena ekor ".
Dan untuk pengetahuan awak, orang Pas duk dengki kepada pemimpin Umno pun kerana benda2 macam ni lah sebenarnya. Kepada pemimpin MCA, MIC dan Gerakan yang jadi kaya raya, depa pemimpin2 Pas tak ambil peduli pun. Tapi jangan, kalau pemimpin Umno yang jadi kaya raya, adeeer saja yang tak kena....
Apa nak buat tuhan dah tentukan nasib gua punya bangsa memang itu macam. Teriiiimaaaa ajer la......
Orang biasa, saya puji kamu pun tak ucap terima kasih. Malah cakap saya kelentong pulak. Apa lagi saya mahu cakap hah?
Baiklah, dua soalan saya mahu tanya kamu.
1. Adakah kamu merasakan bahawa Bahasa Kebangsaan tidak wajar dikaitkan dengan warganegara seseorang itu?
2. Adakah kamu bersetuju jika saya katakan bahawa bahasa kebangsaan semakin dipinggirkan oleh bangsa Cina dan India dalam kegunaan seharian mereka, malah mungkin ramai warganegara Cina dan India yang tak pernah berbahasa kebangsaan dalam tempoh satu tahun.
Haiyah putrarahman
gua hanya orang biasa.
lu puji gua atau tak lah puji, gua tak lah heran.
gua sudah bilang gua orang biasa.
apa pulak tanya soalan pelik pelik macam itu?
lu kasi soalan macam gua dalam bilik majistret kena kasi soal oleh loyer lah!
apa pasal lu nie tak mau kasi periksa sama itu google?
cuba pergi ke http://www.coe.int/t/dg4/linguistic/Source/StarkeyEN.pdf (Thus, although citizenship is often closely associated with nationality, it is a .... democracy and cultural diversity within the framework of national ... should not be to the detriment of the official languages and the need to ...)
oleh sebab dulu gua tolong kasi cari itu definasi warganegara, lu masih mau tekan sama gua buat research bagi lu.
haiyah, lu tok sah buang masa manipulasi sama gua lah.
lu ingat semua pembaca itu bodoh kah?
salam semua,
kadang2 aku pelik tengok sesetengah orang yang suka merendahkan bahasa kebangsaan, dah duduk dalam malaysia ikut je la perlembagaan...kalau ko tak suka sekali pun bahasa kebangsaan, jangan lah perlekehkan, bangga sangat dengan bahasa ibunda terpulanglah...tapi jangan nak menghina bahasa kebangsaan..sebagai bahasa rasmi..kalau ko nak cakap tak ada nilai komersial pun, ikut la..aku pun sebagai orang melayu, tak pernahpun nak mengatakan bahasa lain tu tak bagus...kalau dah duduk di malaysia, apa lah salahnya berbangga dengan bahasa kebangsaan..ko nak cakap dalam bahasa asal usul ko pun aku tak kisah...ni tidak, keluarlah macam2 fakta yang berbelit2 seolah2 nak menegakkan benang basah, nak jugak paksa orang lain terima pendapat ko yang tak menyanjungi bahsa kebangsaan...aku rasa kerajaan kita akan menangani bangsa2 kurang kesedaran diri ni secara halus.. biarlah kiasu2 ni nak melalak setinggi langit, aku pasti setakat generasi dia sahaja tak lebih hingga ke 2-3 generasi...so kutuk lah bahasa kebangsaan sepuas2 hati sekarang selagi ko masih hidup...bagi aku, aku tak rugi apa2..cuma rugi masa aku nak melayan orang2 yang berani dalam blog sahaja...TQ
Bahasa Melayu.
Yang aku nampak dan dengar yang selalu duk kecoh pasal isu ini hanyalah orang pemimpin umno, orang2 umno dan mereka2 yang pro umno saja. Yang melayu bukan umno, seperti Pas dan PKR, aku tak pernah terdengar pun dalam muktamar agung mereka ada yang bersuara tentang isu bahasa melayu ini.
Nampak sangat bahawa mereka semua sebenarnya tak berapa kisah apa yang nak jadi kepada melayu.
Yang sedihnya, ramai pula melayu yang boleh sokong perjuangan parti yang semacam itu.
Apa punya melayu pun tak tahu lah aku nak kata. Ada akal tapi tak mahu guna.
Kelmarin keluar dalam paper.
1. Ada suara yang minta Pas terajui PR. Sekarang ini yang kita nampak DAP yang duk pegang teraju DAP. Tapi DAP tak mahu mengaku, bukan apa, DAP takut PKR dengan Pas terasa mereka ni kecil dalam PR. Dalam hal ni aku tabik kepada DAP, Kit Siang lu manyak pandai jaga hati kawan lo.
Cuba anda semua congak baik2. Kita ada 222 kawasan parlimen. Kalau nak jadi kerajaan Pas kena menang at least di 112 kawasan. Kalau Pas nak pegang teraju PR, Pas kena menang at least di 75 kawasan.
Soalannya. Boleh kah Pas, kalau tak menang di 112 parlimen, menang di 75 parlimen pun cukup lah ? Kita tak harap Pas bentuk kerajaan yang kuat (menang 2/3), menang dengan simple majority pun jadi lah. Boooollllleeeeeeehhhhh kaaa ?
Kita juga tak nampak bahawa PKR akan menang 75 parlimen. So Anuar mungkin pi mai pi mai duk di Permatang Pauh tu la sampai pencen.
Yang kami orang2 tak berparti ni nampak, dalam PR yang duk berebut nak pegang teraju PR adalah diantara DAP dengan Pas. Cuma buat masa ni sapa pun tak mahu mengaku, baik Pas mahu pun DAP. Nak jaga hati kawan la kata kan.
Yang semua dalam PR mengaku adalah siapa yang majoriti menang parlimen maka dia lah akan pegang teraju PR.
Ini adalah analisa politik cara orang bodoh politik macam aku ni. Aku tak nampak peluang kepada PKR sebab PKR is slowly rotting down now ... macam2 isu timbul. Aku tak berapa yakin dengan Pas yang ada pada hari ni, nampak sangat "lembek macam batang keladi atau lebih tepat lagi lembik macam serban" kalau macam batang pisang tak apa juga la. Aku lebih kepada DAP yang semakin lama semakin keras seperti kerasnya "batang pinang".
Jadi kalau PRU 13 diadakan, dan PR berjaya membuang Umno(BN) maka peluang Kit Siang nak ganti Najib adalah lebih berbanding dengan peluang Hadi Awang dan Anuar Ibrahim.
Itu pendapat aku. Tak tahu lah pula pendapat kekawan yang lain2.
Pembetulan.
Sekarang ini yang kita nampak DAP yang duk pegang teraju DAP.
Yang sebenarnya adalah :
Sekarang ini yang kita nampak DAP yang duk pegang teraju PR.
Terima kasih.
Hubungan Pas - DAP.
Pas terima DAP sebagai sahabat kerana Pas nampak peluang untuk meraih sokongan pengundi bukan melayu di kawasan yang DAP tidak bertanding. Undi Pas bermakna undi PR.
DAP sanggup berkawan dengan Pas (kerana DAP tidak pernah bersetuju dengan negara islam yang dimahukan Pas) kerana DAP nampak peluang untuk meraih undi melayu di kawasan yang Pas tidak bertanding. Undi DAP bermakna undi PR.
Sayang sekali. Tak ramai pemimpin Pas dan orang Pas yang nampak siapa sebenarnya yang bakal mendapat menfaatnya.
Pas berdepan dengan Umno untuk merebut undi melayu di kawasan melayu. Undi bukan melayu boleh berubah mengikut keadaan, jika Umno dapat beri apa yang mereka minta, BN jadi pilihan. Dan Umno kerana nak menang akan tunai sedaya mungkin permintaan pengundi bukan melayu. Disini kita nampak bahawa peluang Pas jadi kabur.
DAP akan berdepan dengan sama ada MCA atau Gerakan atau MIC di kawasan bukan melayu. DAP memang popular di kalangan pengundi bukan melayu selepas PRU 12. DAP juga akan mendapat undi daripada pengundi2 melayu orang Pas dan PKR. Peluang menang DAP cerah.
Jadi anda sendiri boleh nampak, diantara DAP dengan Pas siapa yang punyai peluang menang pilihanraya yang lebih cerah. Anda juga boleh nampak siapa yang bakal jadi dominan dalam PR selepas PRU 13.
Atas sebab itu lah maka DAP sanggup menghulur tangan persahabatan kepada Pas (sedangkan mereka menentang keras penubuhan negara islam dan perlembagaan islam yang diperjuangkan oleh Pas, Kit Siang tak cakap, Guan Eng juga berdiam, tapi Karpal dengan tegasnya berkata "langkah mayat saya dulu") dan Pas menyambut tangan DAP dengan suci hati sesuci embun di pagi hari atau sesuci hati Nik Aziz.
Pas nampak peluang. DAP pun nampak peluang itu. Tapi kepada siapa peluang itu memihak, dah terlambat jika kita tunggu sampai PRU 13 selsai. "Terlajar kereta boleh di undur, tapi terlajak pangkah akan menyesal selagi ada umur".
salam semua,
aku nasihatkan jangan dilayan sangat mangkuk2 yang suka perlekehkan bahasa kebangsaan. Berbuih2 fakta dan sebab kita beri, mereka tak akan terima punya. Aku gerenti, kelantangan mereka ni setakat generasi mereka sahaja. Lepas puak-puak ni ke lubang kubur, akan senyap lah salakan-salakan mereka yang bijak pandai memutarbelit...geng-geng lawyer kot!!
TQ
Bahasa Melayu.
Yang mahukan bahasa melayu adalah mereka2 yang cinta dan yakin dengan kemampuan bahasa itu sahaja. Parti politik yang gigih bersuara memartabatkan bahasa melayu hanya lah Umno sahaja.
Sedangkan pak2 Junk-Goat (janggut) dan tok2 Junk-Goat dalam Pas tak merasakan bahasa melayu itu bahasa datuk nenek mereka. Mungkin kah mereka adalah manusia yang dicampakkan ke dunia ini tanpa diketahui asal usulnya (tanpa bangsa atau kaum) dan tak punya bahasa ibunda sepertimana kita orang melayu.
Kita ingin bertanya kepada puak Junk-Goat, apa bahasa pertuturan harian mereka ?
Kita juga ingin bertanya kepada geng Junk-Goat, apa budaya dan warisan mereka ?
Kita juga ingin merakamkan kepada Dr RT, anda seorang cina tapi anda lebih diterima dikalangan kami yang berfikiran sederhana. Kami lebih rela memeluk dakap anda sebagai tanda kita bersaudara islam daripada memeluk dakap para pemimpin puak Junk-Goat walau pun mereka seagama dengan kami.
Terima kasih Dr RT. Syabash Dr RT. Kami memerlukan lebih ramai insan yang semacam anda, daripada memiliki beberapa ekor Junk-Goat yang sanggup bersekongkol dengan puak yang anti islam sebenarnya dan anti melayu juga sebenarnya.
Mudah2an Allah lanjutkan usia anda dengan kesihatan yang baik supaya anda dapat terus menyumbang untuk kesejahteraan hidup di bumi malaysia ini. Amin ...
ambil kesempatan menzahirkan salam aidiladha kepada DRT dan semua.
TQ
Assalamua'laikum kepada semua pengunjung blog,
Pada kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Eidul Adha. Semoga kita memahami erti sebenar pengorbanan. Salam hormat saya.
Assalamualaikum..
Tahniah Dr kerana membawakan isu ini dalam kupasan kali ini. Ada beberapa perkara yang ingin saya sentuh...semua pokok pangkal adalah kawalan dari pihak kerajaan yang perlu komited di dalam memperkukuh dan memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan seterusnya menjadi sekolah kebangsaan sebagai satu sekolah utk rakyat Malaysia dan tidak perlu wujud sekolah vernakular yang menjadi asas kepada perkauman.
Berbalik kepada apa yg kerajaan telah lakukan..dulu ada isu utk mengadakan Sekolah Wawasan di mana dihimpunkan 3 sekolah dan berkongsi padang permainan dan kantin... nampaknya idea ini entah tak ke mana....
satu lagi kerajaan terpaksa mengadakan bulan kebangsaan bulan okt. kenapa perlu bulan bahasa sebab sepatutnya sepanjang tahun dan sepanjang masa rakyat Malaysia tidak kira apa bangsa perlu tahu dimanakah bumi yg mereka pijak!
satu lagi isu yang sangat saya nampak lemahnya dasar sedia ada adalah isu bancian rakyat malaysia... masih ada rakyat Malaysia yang tidak boleh memahami peri pentingnya bancian dan apabila pegawai banci datang utk menemuduga langsung tiada diberikan kerjasama..ada juga yang kata tidak tahu bahasa Melayu... kenapa pemimpin pemimpin Melayu langsung tidak bersuara...
Saya nampak hal memperjuangkan bahasa Melayu dan sekolah kebangsaan adalah sangat penting bagi memberikan pendidikan kpd warga Malaysia tidak mengira bangsa.
Tidak banyak Blogger yang berani menulis hal seperti ini, Dr tidak boleh bergerak sendirian... mana lagi pemimpin pemimpin Melayu yang berani memperjuangkan satu sekolah di Malaysia iaitu Sekolah Kebangsaan dan tidak perlu wujud sekolah vernakular di Malaysia ini. Sekolah vernakular adalah punca perpecahan kaum.
Tidak ada yang lebih memalukan daripada fenomena rakyat sendiri yang tidak boleh bertutur dalam bahasa kebangsaan. Bangla jaga pump station pun boleh cakap Melayu. Kemudian minta supaya diwujud persaingan samarata, tapi bila nak disatukan bawah sekolah satu sistem, tak mahu. "Oh, nanti habislah generasi kami tak tahu cakap cina..". Apa masalahnya, ambillah kelas bahasa. Setengah orang masih hidup dalam nostalgia. Dia lupa sekarang warganegara mana, masih dengan nostalgia nenek moyang.
Post a Comment