Saya diminta oleh rakan-rakan Cina Muslim supaya berhenti menulis dalam kolum ini kerana pada mereka penulisan saya itu merugikan dakwah, yakni menjauhkan orang bukan Islam daripada Islam. Lebih teruk lagi saya dituduh menyamar dalam blog untuk mempertahankan diri daripada diserang oleh ulat-ulat ultra kiasu yang sebenarnya mereka yang menyamar untuk menyerang saya. Terus terang, saya tidak ada masa untuk menyamar sana sini, lagipun saya tidak berminat melayan ulat-ulat ini dengan merendahkan pemikiran saya sama seperti mereka. Terima kasih banyak terhadap mereka memahami perjuangan saya dan terus memberikan suntikan semangat untuk saya terus berkarya.
Cuma izinkan saya untuk menjawab kenapa saya terus menulis dalam akhbar ini dan seterusnya dimasukkan dalam blog saya. Tidak ada manusia yang rasional yang mahu mencari masalah. Kita mahu berkawan dengan semua orang tanpa mengira bangsa dan darjat keturunan kerana kita semua adalah pendakwah. Tanggungjawab berdakwah adalah tanggungjawab semua, bukan tanggungjawab mereka yang bergelar ustaz atau ustazah sahaja. Tidak ada niat langsung untuk menjauhkan bukan Islam daripada Islam. Saya hanya ingin membawa pembaca mengenali diri saya yang lahir dalam sebuah keluarga totok Cina yang tinggal dalam persekitaran Melayu. Keadaan ini tidak menjadikan saya Melayu, apatah untuk menjadi lebih Melayu dari Melayu. Saya tidak pernah lupa asal-usul, apatah lagi untuk mengkhianati bangsa sendiri.
Saya berpegang kepada prinsip berani kerana benar, takut kerana salah. Memang pahit untuk menelan kebenaran, apatah lagi ia menyentuh soal bangsa. Tetapi apa boleh buat, bila berlaku pertembungan antara kepentingan bangsa dan agama dan negara, maka kepentingan agama dan negara mesti diutamakan. Jika apa yang saya katakan itu tidak benar, marilah sama-sama kita buktikan. Jika kumpulan ultra kiasu ini terlalu baik bagi kita, buktikan sifat-sifat kemailakatan mereka? Apakah mereka benar-benar dapat menyelamat agama dan negara kita? Jika ditakdirkan mereka memerintah nanti, apakah agama Islam benar-benar dapat dimartabatkan? Saya tidak mengatakan bahawa keadaan hari ini sudah baik. Tetapi sudah tidak ada jalan lainkah sehingga kita terpaksa berkawan dengan musuh? Musuh yang memang sudah kita kenali sejak dahulu lagi iaitu musuh dalam selimut dan musang berbulu ayam.
Saya tidak menjadi masalah jika kawan sepakatan itu benar-benar ikhlas dan bukan musuh Islam. Tetapi mereka sudah berterus terang sejak dahulu lagi, supaya langkah mayat mereka jika mahu menegakkan Islam. Masih tidak kenalkah lagi musuh itu? Masih kita boleh bersangka baik dengan musuh itu? Musuh kita itu bukan sahaja berada di luar, malah ada juga di dalam.
Lihatlah campurtangan mereka dalam hal ehwal dalam agama kita. Mereka begitu bersatu hati. Kita pula sebaliknya, asyik berpecah dan menyalahkan UMNO. Ada yang sanggup berkata UMNO Laknatullah, UMNO Zionis dan sebagainya. Adakah wajar untuk kita bertindak sedemikian? Seburuk-buruk UMNO, jasa mereka tetap ada selama 52 tahun memimpin kerajaan. Begitu juga dengan peranan pembangkang sebagai check and balance.
Sebagai ahli akademik dalam bidang politik dan kerajaan, saya fikir saya berhak memberikan pendapat sedemikian. Lagipun penulisan saya adalah dalam bidang kepakaran saya. Saya tidak boleh biarkan otak menjadi tumpul dengan tidak diasah atau hanya membaca bahan-bahan akademik sahaja seperti jurnal. Kita perlu tahu perkembangan semasa. Saya tidak mahu menjadi segelintir ahli akademik hanya fokus menulis jurnal sahaja, sehingga mengabaikan tanggungjawab sosial untuk menyedarkan khalayak. Kita sedia maklum bahawa kebanyakan penulisan jurnal langsung tidak dibaca oleh khalayak. Mungkin ahli akademik akan marah kepada saya atas hujah ini. Saya juga menulis dalam jurnal, tetapi penulisan tersebut tidak cukup untuk mengatakan kita adalah seorang ahli akademik hebat. Penulisan jurnal ada kekuatannya tersendiri. Tetapi kita tidak boleh hanya terlalu bergantung kepada jurnal. Tidak semestinya penulisan jurnal itu akademik, di luar jurnal tidak akademik. Ia bergantung sejauh mana penulisan itu dibuat dan sejauhmana kita dapat mengajak khalayak berfikir.
Pada saya, ahli akademik hebat ialah mereka yang dapat membuka pemikiran dan menyedarkan khalayak. Menyedarkan khalayak bangun berjuang terutama dalam pembinaan sebuah negara bangsa. Terlalu banyak menyelidik sehingga tidak tahu apa yang berlaku di luar sanapun tidak boleh juga. Lebih menyedihkan lagi bila penyelidikan dan penulisan tersebut tidak dapat dimanfaatkan. Oleh kerana syarat naik pangkat itu dengan menulis jurnal, maka kitapun menulis secara ekstrim sehingga lupa tanggungjawab yang lain.
Justeru, saya menyeru kepada kita semua agar cuba menjadikan khalayak dapat berfikiran lebih jauh kerana berfikir sejenak lebih baik daripada sembahyang sunat berpuluh-puluh rakaat, itulah janji Nabi. Thinking is the highest form of learning process. Apalah ertinya kita boleh menulis berkajang-kajang dalam jurnal, sedangkan pemikiran itu tidak dimuntahkan kepada khalayak untuk difahami. Terkadang-kadang saya sedih melihat kita seolah-olah syok sendiri, bergerak dalam dunia sendiri. Bahan penulisan tidak dibaca, bila bercakap, bahan yang dibicarakan tidak menarik perhatian dan tidak berjaya menjadikan khalayak berfikir lebih jauh. Mereka dengan dunia mereka sahaja. Saya fikir ini tidak betul. Dengan sebab itu, pangkat profesor di negara kita berbeza sedikit dengan professor di negara maju.
Di negara maju, mereka yang dilantik ke jawatan profesor adalah mereka yang kaya dengan ilmu dan pengalaman yang dapat dimanfaatkan oleh khalayak. Seorang ahli perniagaan yang tidak ada kelayakan akademik, tidak mustahil dilantik menjadi profesor disebabkan kekayaan pengalamannya itu untuk dikongsikan dengan khalayak. University of heart knock atau universiti pengalaman kadangkala lebih banyak manfaatnya kepada sasaran khalayak.
Logiknya memang jelas. Misalnya profesor akademik dalam bidang bisnes. Profesor ini boleh menulis berkajang-kajang dalam jurnal sehingga dilantik menjadi profesor dan profesor jusa A, B dan C atau mungkin turus. Namun professor ini langsung tidak ada pengalaman dalam bidang bisnes. Mungkin juga profesor ini hanya menambah ilmu melalui buku karangan pengalaman ahli perniagaan tersebut. Sedangkan kita sedia maklum, mereka yang hebat adalah mereka yang pernah jatuh bangun dalam perniagaan dengan ciptaan-ciptaan dan rekaan-rekaan yang hebat. Henry Ford, pengasas Ford Motor Co. pengeluar kereta Ford yang dikagumi dunia.
Begitu juga dengan Konosuke Matsushita, pengasas barangan barangan elektrik sehingga berjaya menubuhkan Matsushita Electric Industrial Co. Rata-rata mereka ini tidaklah mempunyai kelayakan akademik yang hebat, tetapi kehebatannya diserlahkan melalui ciptaannya sehingga diakui dan dimanfaatkan seluruh dunia. Sejak kecil lagi mereka sudah menunjukkan minat dalam bidang penyelidikan enjin dan permotoran berbanding perladangan yang diusahakan oleh ibubapanya. Hari ini, ada kalangan mereka yang telah pergi. Mereka bukan sahaja berjaya membuktikan kepada dunia, namanya terus disebut-sebut dalam industri yang diceburi. Mereka layak diangkat menjadi profesor yang sebenar.
Pun begitu, Ford dan Matsushita masih tidak dapat menandingi kehebatan Nabi Muhammad SAW. Begitu juga tokoh-tokoh hebat di dunia. Rasulullah adalah seorang yang tidak tahu membaca dan menulis. Tetapi kehebatan ketokohannya dikagumi dunia. Hatta tidak seorangpun yang boleh menandingi Baginda seperti yang dinukilkan oleh Michael Hart dalam bukunya The 100, a ranking of the most Influential Persons in History. Hart menobatkan Nabi Muhammad SAW sebagai nombor satu mengalahkan Nabi Isa, Nabi Musa, Buddha serta tokoh sains terhebat seperti Isaac Newton, Einstien, Galileo dan sebagainya. Ringkasnya, kita dapat katakan Rasulullah adalah bapak kepada segala profesor. Semua manusia merujuk Quran dan hadis sebagai sumber panduan.
Saya selalu bercakap kepada golongan akademia, kita perlu berpijak di bumi nyata. Misalnya, saya sempat mengenali beberapa professor dalam bidang dakwah kepada non-Muslim. Mereka boleh bercakap dan menulis dalam jurnal berjela-jela panjangnya. Tetapi seorangpun tidak masuk Islam di tangan profesor tersebut. Maknanya ilmu tidak berpijak di bumi nyata atau down to earth, tidak boleh diaplikasikan dalam konteks khalayak. Kenapa? Kerana mereka kurang pengalaman. Syok dengan dunia sendiri. Mereka masuk dan keluar dari hutan orang asli atau berdakwah kepada orang Cina, tetapi mereka tidak dapat menyelami psiki golongan sasaran.
Saya mohon maaf jika ada mereka yang bergelar professor tersinggung dengan tulisan ini, tetapi itulah hakikat sebenar. Saya mengakui, tidak semua profesor sedemikian, saya hanya menyentuh segelintir daripada mereka yang terlalu bersifat akademik sehinggakan penulisan dan percakapan mereka langsung tidak dapat difahami. Mereka hanya boleh berbangga dengan berkata, inilah standard aku. Namun bila mereka berpijak di bumi nyata, berhadapan khalayak, percakapan dan penulisan mereka hambar dan tidak difahami.
Mungkin ada juga yang berhujah dengan mengatakan, penulisan mereka itu adalah untuk golongan tertentu. Jika begitulah keadaannya, ilmu ini hanya untuk golongan tertentu sahaja. Sedangkan kita sedia maklum, Nabi Muhammad SAW mempunyai pengetahuan yang begitu luas bukan untuk orang Islam atau bangsa tertentu sahaja. Tetapi ilmu yang dibawa oleh para anbiya adalah untuk seluruh makhluk yang ada di muka bumi.
Justeru, saya amat tertarik dengan saranan Timbalan Perdana Menteri bahawa kenaikan pangkat mereka ke jawatan profesor tidak hanya semata-mata dinilai dengan penulisan jurnal, tetapi perlu juga dilihat sejauhmanakah mereka dan penulisan serta penyertaan mereka dapat dimanfaatkan oleh khalayak dan menjadi khalayak untuk berfikir lebih jauh.
Kenyataan ini bertepatan dengan apa yang diucapkan oleh Perdana Menteri pada 9 Mac 2010, sekiranya terdapat profesor yang amat berwibawa dan tersohor umpamanya, profesor itu boleh memperolehi gred lebih tinggi daripada naib canselor. Ini satu perubahan yang menetapkan kepada penilaian seseorang itu dari segi tahap keilmuan yang ada pada seseorang. Perdana Menteri meletakkan nilai penguasaan ilmu itu dan kemahiran yang ada pada seseorang ahli akademik menjadi tunggak utama penentuan jawatan lebih tinggi. Bagaimanapun ia mesti melalui proses ‘peer review’ dan tidak tertakluk pada anggapan seseorang individu sahaja, sebaliknya mesti ada sistem yang dapat diwujudkan di kalangan mereka yang layak membuat penilaian terhadap seseorang yang bertaraf profesor.
Saya akan mengharapkan Majlis Profesor Negara (MKN) yang ditubuhkan benar-benar dapat merealisasikan hasrat kerajaan untuk mengalirkan ilmu kepada sasarannya, bukan terhad kepada golongan tertentu sahaja. Akademia perlu berkara benar, walaupun ia pahit.
Pendek kata, hari ini semua pihak mesti turun ke bawah tidak kira apa juga taraf dan tahap mereka. Menyelami hakikat dan kehendak khalayak. Tidak perlu kita merendah-rendahkan orang lain dengan mengatakan kita sahaja yang hebat. Sesungguhmya ilmu Allah amat luas ibarat air lautan yang terbentang luas, yang ada pada kita hanya sedikit, mungkin setitis dua. Itulah hakikat kebenaran yang sebenar. Pahit untuk diterima, tetapi manis bila setelah dirasai hasilnya. Itulah yang dinamakan dakwah. Pahit dilalui, manis dirasai.
Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah, Kumpulan Penyelidik Politik dan Peradaban Islam, UPNM merangkap Setiausaha Agung, Dewan Perdagangan Islam Malaysia. Penulisan ini adalah pendapat peribadi penulis
36 comments:
TAHNIAH DR...luahan hati Dr di RTM tadi amat membri makna kepada saya..,terima kasih banyak...mudah-mudahan Allah akan mempermudahkan segala urusan Dr
Assalamualaikum Dr.;
Saya juga menonton RTM sebentar tadi. Terus menitis air mata kerana jarang menghargai ibu-ibu disekeliling saya.
Terima kasih Dr.
Teramat bersetuju dengan tulisan Dr Tee kali ini. Alangkah baiknya jika para ilmuan dan cendekiawan Islam di Malaysia ini bersatu dan agresif dalam usaha menyedarkan masyarakat Islam di Malaysia yang semakin tenat dengan masalah mat rempit, bohsia, buang bayi, sumbang mahram..Kita hanya mengharapkan pendakwah, jabatan agama dalam hal ini. Masing2 leka dengan dunia masing2. Seharusnya kita umat Islam, melayu rasa sedih dengan melihat sebahagian besar pemungut sampah, pemotong rumput, jaga dan sebagainya didominasi oleh org kita. Bukan niat saya merendahkan mereka , tapi kita harus sedar bangsa kita jauh ketinggalan di Malaysia. Ini kerana umat Islam yang berpecah dan tidak bersatu. Lihat sahaja semua parti politik cina tidak berhenti menuntut lebih peruntukan bagi sekolah mereka. Bangsa cina amat mementingkan pelajaran. Bangsa kita? AF, Idola Kecil ,Sure Heboh..
Sekiranya para cendekiawan Melayu Islam bersungguh sungguh menyedarkan masyarakat tentang kepentingan ilmu, tidaklah masyarakat kita kini teruk menjadi kuli bangsa lain. Itulah hakikatnya..walaupun pahit untuk ditelan. Amatlah berbeza manusia berilmu dengan tidak berilmu. Kita umat Islam yang harus bersatu hati memikirka n perkara ini. Malangnya saudara Islam kita lebih suka berdampingan dengan Dap yang terang-terangan memperjuangkan pendidikan akiran mereka. Kasihan sungguh dengan bangsa melayu yang tidak sedar lagi. Hanya kuasa yang menjadi matlamat perjuangan mereka dan bukannya pembentukan ummah..
Tahniah dan tertarik dengan tulisan ide kali ini
saya rasakan dr mesti teruskan menulis... katakan kebenaran...
kebenaran tidak menjauhkan orang dengan kita tetapi mendekatkan mereka dengan sekiranya mereka mahu berfikir...
rasullulah saw dulu berdakwah menyatakan kebenaran walaupun ditentang hebat...
saya menyokong dr dalam hal ini.
Saya sokong sepenuhnya pendapat jihasaramilia diatas ini. Begitu juga dengan pendapat Dr Ridhuan diposnya ini.
"lagipun saya tidak berminat melayan ulat-ulat ini dengan merendahkan pemikiran saya sama seperti mereka" - saya sokong pendiriannya ini. Dr Ridhuan boleh menggunakan masa memikirkan dan mengeluarkan pendapat-pendapat yang bernas saperti dibuatnya diakhbar dan disini.
Saya juga tertarik dengan pendapatnya' "ahli akademik hebat ialah mereka yang dapat membuka pemikiran dan menyedarkan khalayak. Menyedarkan khalayak bangun berjuang terutama dalam pembinaan sebuah negara bangsa." Tetapi saya curiga kapada sesiapa yang menonjolkan pendapat yang konon-nya "liberal" atau bebas. Yang menyo'alkan hak Melayu diPerkara 153 Perlembagaan. Yang mengatakan Perlembagaan tidak menyebutkan perkataan "hak". Tetapi dia tidak menyatakan apa sabenarnya tujuan 153 jika tidak begitu. Atau kuasa YDP Agong, melalui Kerajaan yang dilantiknya saplepas pilihan raya, menjaga dan memajukan kepentingan orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak, serta kepentingan sah "yang lain-lain (the others)". Lebih mustahak lagi, saya curigakan maksud orang sapeti itu menonjolkan pendapat saperti itu.
Demikian juga maksud mengatakan ada peruntukan Perlambagaan berkenaan kesamarataan dan perkara 153 itu bertentangan denganya. Jika demikian, bukankah timbul perkara ultra vires atau pertentangan peruntukan Perlembagaan yang menyebabkan Perlembagaan itu tidak sah? Adakah mereka saperti itu mengatakan bahawa kita saperti anak haram hidup dengan Perlembagaan yang tidak sah selama ini? Hal bahawa 53 tahun sudah berlalu dengan tidak ada sesiapa yang pakar dalam undang-undang Perlembagaan atau constitutional law mengungkit perkara ini dikhalayak ramai membayangkan ajenda tersembunyi sesiapa yang menimbulkan perkara ini sekarang.
Saya berharap ada penulisan yang menghuraikan makna "liberal" didalam konteks Perlembagaan negara ini. Perkara 153 dilindungi Akta Hasutan. Jika Pemerintah biarkan ungkitkan perkara ini dan ada yang mengungkit, maka orang Melayu dan
Bumiputera Sabah dan Sarawak pun boleh mengungkit kerakyatan cucu cicit bukan Melayu, sebab itu adalah balasan baginya. Maka adakah itu "liberal" maknanya?
Ini yang saya fikir termasuk didalam ungkapan, "segelintir daripada mereka yang terlalu bersifat akademik sehinggakan penulisan dan percakapan mereka langsung tidak dapat difahami."
Saya tidak khuatir sangat jika menonjolkan pendapat kononnya liberal itu hanya bersifat akademik. Saya khuatir itu bersifat ajenda tersembunyi dan boleh mendatangkan keresahan perkauman dinegara ini. Maka itu pendirian yang tidak bertanggung jawab dan mesti dikeji.
Saya sokong "saranan Timbalan Perdana Menteri bahawa kenaikan pangkat mereka ke jawatan profesor tidak hanya semata-mata dinilai dengan penulisan jurnal, tetapi perlu juga dilihat sejauhmanakah mereka dan penulisan serta penyertaan mereka dapat dimanfaatkan oleh khalayak dan menjadi khalayak untuk berfikir lebih jauh." Kata kunci sarananya itu ialah "dapat dimanafaatkan oleh khalayak" secara baik, tidak secara menimbulkan perbalahan perkauman.
Saya tidak bermasalah dengan "proses ‘peer review’ dan tidak tertakluk pada anggapan seseorang individu sahaja" tetapi khuatir jika diantara "peer" itu banyak yang kononnya "liberal" atau pseudo-liberal dan neo-intellectual saperti disebut diatas. Saya berharap pihak berkenaan menentukan mereka yang menjadi "peer" itu terdiri dari mereka yang hormat dan patuh kapada Perlembbagaan negara. Jika tidak, mungkin lingkup Perlembagaan dan negara. Terutama kerana kita berbilang kaum dan pergaduhan kaum saperti 13 May 1969 mesti dielakkan. Kebebasan ada hadnya. Saya fikir akademia pun tidak begitu bebas membincang atau mengajar komunism diuniversiti dinegara ini. Begitu juga liberalism yang mengungkit Perkara 153.
Saya amat setuju dengan pendapat, "Kita sebaliknya mesti ada sistem yang dapat diwujudkan di kalangan mereka yang layak membuat penilaian terhadap seseorang yang bertaraf profesor." Saya juga mengharapkan Majlis Profesor Negara (MKN) yang ditubuhkan "benar-benar dapat merealisasikan hasrat kerajaan untuk mengalirkan ilmu kepada sasarannya, bukan terhad kepada golongan tertentu sahaja".
.: Assalamu'alaikum Ustaz. khairil ni.
Terima kasih Ustaz untuk perkongsian pagi tadi. Ibu saya tidak dapat menahan sedihnya mendengarkan ucapan Ustaz. Benarlah kata kata, Syurga itu dibawah tapak kaki ibu. Seburuk-burk manapun, dialah yang kita inginkan bertemu semula di syurga kelak. mudah-mudahan, Amin.
mohon dibetulkan Ustaz, Majlis Professor Negara apa singkatannya Ustaz. X-(
Kadang, nak memberanikan diri menyebut yang benar amatlah payah. terasa keselamatan diri bagai di hujung tanduk. apa yang mampu dibuat, tawakkal kepada Allah atas segala ketentuanNya. Semoga saya dan saudara-saudara semua berani kerana benar, Amin.
Semoga para professor kita turut duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan rakyat jelata dan pelajar, bukan sesama kalangan professor-professor lain sahaja, ataupun rapat dengan mana-mana menteri lain kerna ingin cepat naik berdasarkan 'peer review' tadi. kongsikanlah ilmu anda, jika kami tidak faham, ajarkan kami hingga faham. jika bahasa anda terlalu tinggi, maka rendahkanlah untuk kami. anda kan professor, bahasa rendah-rendah semestinya terlalu enteng lagi mudah bagi anda bukan? Terima kasih kerana gigih menulis dan mengeluarkan ilmu-ilmu, Syukran Jazilan.
Terima kasih banyak-banyak!~ :-) :.
ambo setuju benar.
Ustaz Ridhuan.
Jangan berenti menulis. Teruskan .. sedarkan lebih ramai lagi.
Saya doakan agar Ustaz dan seluruh ahli keluarga diberikan nikmat dan rahmat yang tak terhingga oleh Allah swt.
Seperti kata ustaz, ramai yang syok sendiri dengan menulis dalam journal. Ustaz telah berjaya menyedarkan saya dan ramai lagi.
Ustaz. Pada saya walaupun anda seorang bangsa cina, tapi pandangan dan buah fikiran anda tentang masa depan dan survival melayu di tanah melayu ini jauh lebih baik dan praktikal banding dengan mereka yang dipanggil ustaz, tokguru dan ulamak dikalangan orang melayu.
Saya selesa baca penulisan anda daripada mengikuti penulisan oleh melayu2 yang saya sebut tadi.
Teringat saya kisah dulu2. Dulu saya sangat selesa mengadap tv mengikuti ceramah Ustaz Hussain Yee kerana segala penjelasan oleh beliau sangat mudah difahami dan praktikal tanpa perlu sebut nas dan hadis yang berbelit2.
Tapi sayang, entah kemana beliau membawa diri, sampai sekarang tiada berita tentang Ustaz Hussain Yee.
Alhamdulillah,syukran ya Ustaz, moga allah s.w.t sentiasa memberikan hidayatnya kepada Ustaz. saya sentiasa mengikuti dan membaca tulisan-tulisan ustaz,Saya sokong sepenuhnya pendapat jihasaramilia dan lain-lain yang sealiran.
Akhirnya kepada allah kita kembalikannya.sesungguhnya hanya allah yang berhak memberi hidayah kepada siapa yang di kehendakinya, marilah kita mengandakan usaha berdakwah ke jalan yang lurus,jadikan sirah rasul sebagai panduan.
begitu juga tesis2 dan kajian di institusi, universiti, kolej sekadar kajian demi kajian dan jadi rujukan bermutu, bacaan bermutu , tidak ada perubahan selepas kajian, ia hanya untuk kelulusan sahaja; pada hal kehebatan Al-Quran dan Assunnah sudah nyata pun ramai yang tidak ikt dan ambil iktibar.Inikan jurnal, tesis. I
asalamulaikum...
sayer masih student lagi dan tertarik tulisan dr mengenai perkmbgn bangsa , negara dan plg utama agama. baru2 nie sy cb memperkenalkan tulisan dr kpd rakan2 krn pcayer dgn keiklhsan penulisan tersebut..tapi dissbkan mereka msh muda mlah masih belajar mrk tidak begitu mgambil berat ttg hal2 seperti ini...sy rasa mgkin mrk msh muda dan tll mgutakan hiburan yg mudah didapati diseklling.. jadi saya berpendapat algkh baik sejak awal lg kalu mrk didedahkan bender 2 spt ini...bak kater ppth melentur buluh dari rebungnya..alagkah bagus nya kalu dr dapat mmebuat sesuatu spy mmberi impak khasnya bagi pelajar 2 dan penuntut u yg masih mentah ini seperti saya juga.dan alagkh baiknya kalu sasaran orang yg muda kerna kamilah bakal generasi akan datang...mgkin sekarang kami xtau aper diperlukan oleh kami tetapi saya percaya mcegah selalunya lbh baik dari mengubati..apa berlaku hari ni bukan salah orang terdahulu seratus peratus barangkali cuma mereka kehilangan panduan atau pemimpin yg cemerlang ataupun tiada guru sebaik dr.saya cuma harap negara ini satu ari bukan cuma kerajjan boneka seperti berlaku di turki semasa kjatuhan islam..malah saya tau maksud adil sendiri bagi orang islam tidak sama sekali dgn owg bukan islam.bagi saya saya menerima kritikan dr sebagai dorongan dan semangat utk bergerak lbh maju kerna saya percaya ..dr adalah orang yang bersifat adil dan meletakkan sesuatu pada tempatnya pendapat adalah ikhlas. cuma tiada orang yg dapat menerima kritikan sejujurnya...tapi saya berharap penulisan dan kritikan yg bernas nie berterusan bukan sahaja di blog2,surat khabar, di tv malah sebarkn dakwah semangat ukhuwah nie di pentas2 akademik ,ruang luas universiti ...kami berharap kami semua akan bersatu bukan bawah nama politik parti,bkn bawah bangsa tapi bawah AG DAN NGARA.
Salam Ustaz,
Artikal kali ni memang tepat pada masanya.
Saya tak berani nak cakap, tunggu ustaz cakap dulu hahaha...
Saya memang dah perhatikan dari dulu sampai sekarang.
Saya sambung belajar di pusat pengajian tinggi, setiap kali peperiksaan semester bermula, ramai murid murid yang duduk di atas lantai membaca buku nota mereka dan menghafal.
Saya hairan kenapa perkara ini berlaku?
Saya masa dulu, di fahmkan kalau masuk U mesti berbeza jawapan daripada Pensyarah, mesti berani membawa perubahan dalam memberi hujah. Kita di U bukan di Sek Menegah dan Rendah. Kenapa nak takut beri jawapan yang berbeza daripada Pensyarah?
Apa yang di perkatakan oleh Ustaz dan Prof Emeratus Koh Kam Kee (kalau tak silap saya), graduan yang kita hasil ini, cuma tahu hafal, tidak tahu maksud dan apa tujuan sesuatu perlembangaan di wujudkan....tidak tahu akar, tahu dahan aje...tidak tahu latar belakang apa yang kita berlajar. Tahu copy dan paste.
Mereka tidak menghayati!.
Saya sedih Ustaz. Betul kata Ustaz, ada pensyarah yang apabila bercakap tidak keluar ilmu yang keluar, hanya keliru.
Saya teringat cerita Indina Jones 4...Indiana Jones cakap kat anak murid dia " kalau nak jadi akilogis / pengkaji sejarah, MESTI KELUAR daripada Perpustakaan..." Betul cakap dia, walaupun ianya hanya movie.
Ni belum kepincangan dalam sistem peperiksaan jawatan kerajaan...lagi pincang dan lagi membosankan... Saya berani cakap, apapbila saya nak jawapan daripada JPA - macamana jawapan yang di tulis, yang di katakan betulpun, JPA tak nak bagi, bahkan kata "keputusan adalah muktamat". Saya sedih...macam inikah percambahan ilmu?
Ohhhh yeee sebelem saya terlupa, saya terdengar suara Ustaz di radio, Ustaz menangis kerana ibu ustaz tidak masuk Islam , tetapi betul kata ustaz, salahkah Ustaz sayang ibu? Ibu tetap ibu, tak kira agama, bangsa dan negara. Ibu tetap Ibu.
Saya doakan Ibu ustaz akan terbuka hatinya memeluk agama Islam, Yakin lah Ustaz, dengan contoh terbaik yang ustaz tonjolkan, Ibu ustaz tetap bahagia dan bersyukur pada Tuhan nye...bahawa " aku berjaya mendidik Ustaz jadi anak yang baik bahkan terpuji"...
Selamat Hari Ibu Ustaz.
Kembali kepada artikal Ustaz tu, memang betul....walaupun mamat itu tidak berpindidikan tinggi, kerja pasar malam aje, sekurang-kurangnye dia tahu kira duit, buat duit dan masuk duit dalam bank. Tak macam graduan sekarang, nak ada buku akaun pun tak ada. Nak pinjam duit baru nak buka buku akaun bank dan simpanan yang lain. Itu belum lagi tulis buku cek, kalau suruh tulis entah macam mana lah...
Sedih cara pendidikan zaman sekarang! Tidak utamakan kualiti cuma utamakan kuantiti.
Ustaz, kiritikan itu biasa, mencarut itu biasa, maki hamun itu biasa, dan label itu jugak biasa. Biasalah hidup di dunia.
Tetapi tak sangka mereka cukup cetek ilmu dan cetek pengetahuan. Inkah bakal peimpin kita nak di jadikan contoh? Lupakan ajelah...kalau artikel yang simple kita dah melintang tak payahlah jadi pemimpin. Takut2 lebih dahsat dari komunis. Inilah Ustaz, golongan yang kurang membaca dengan hati terbuka...
Biarkan mereka dengan bahasa kasar mereka ustaz, tulis BI pun bercelaru! Buat malu aje...
Ustaz, saya doakan Ustaz dalam keadaan sihat dan teruskan perjuangan, jangan berhenti, biar sampai titisan darah yang terakhir!
Salam Ustaz, somoga Ustaz dan keluarga di lindungi Allah s.w.t.
Assalamualaikum Dr... Tahniah di atas keikhlasan dalam mengupas pelbagai isu... termasuk isu hari ini..
semoga Dr diberi kekuatan untuk meneruskan perjuangan menegakkan kebenaran...
Doa saya moga Dr dan keluarga sentiasa diberkati dan dilindungiNya...
salam Dr..teruskan menulis..
salam Dr...teruskan bermujahadah..
Tahniah Dr RT. Selama saya membaca artikel Dr memang telah membangkitkan semangat Islam. Perjuangan dalam berdakwah tidak akan habis selagi mana ada manusia yang perlu didakwahkan. Istiqomah Dr dalam menyedarkan umat Islam sangat memberi ransangan kepada orang Islam sendiri. Keberaniah hujah Dr juga diharap dapat membantu bukan Islam memahami dan seterusnya tertarik dengan Islam. Ayuh umat Islam bersatulah kita.
sesekali cuba baca disini http://limguaneng.com/ supaya tak marah orang kerana prasangka..
Dr Ridhuan...Menyatakan kebenaran merupakan dakwah. Pendakwahan....telah lama merupakan 'tool' dan strategi yang amat penting untuk menjamin kesejahteraan ummah manusia. Semua manusia perlu tahu bahawa mereka yang berdakwah adalah mereka yang berjuang atas dasar menyatakan kebenaran yang hakiki. Beruntunglah mereka yang telah diberikan hati yang dapat 'melihat' (cahaya iman), dan tangan yang dapat berkata-kata (menulis perihal kebenaran). Di sebalik itu... kita perlu percaya, masih ramai manusia yang perlu didakwah (kerana mereka alpa,leka,lalai,naif atau masih tidak tahu). Teruskan menulis dan berkata-kata...semuga kebenaran berdiri tegak dan semua dapat melihatnya.
assalam allaik..Ustaz,memang itulah yang terjadi apabila kita nak menyampaikan sesuatu yang benar,membaiki yang herot,tentangan dari pelbagai sudut,atas,bawah,tepi,kiri kanan...mashaAllah..saya rasa Ustaz mampu menghadapinya,...jalan yamng kita pilih adalah jalan kebenaran...kita dah berada di landasan yang betul...insya Allah kejayaan akan muncul..jangan berputus asa,mengalah..teruskan perjuagan berdakwah itu...
Jazakallah...ameen..
Tuan,
Teruskan penulisan tuan kerana ianya adalah jihad ilmu yang ingin kita sampaikan. Dengan kehadiran dunia IT memberikan kita lebih ruang untuk berkongsi dan lebih bebas untuk bersuara. Kebebasan ini haruslah dipergunakan sebaik-baiknya kerana sekiranya ia disalahgunakan maka kitalah yang akan menanggung risikonya.
Ramai orang akan merasa terancam kedudukan dengan cara kita menulis. Orang seperti ini adalah orang yang takut kepada bayang-bayang mereka sendiri. Oleh itu saya berharap tuan meneruskan perjuangan ini.
aku yang bingai
e-Direktori Bloggers Malaysia
Assalammualaikum Dr.
ieta tertarik dengan keterangan dan luahan yang diberikan.
BN nampaknya sedang berusaha bersungguh-sungguh untuk menang di Sibu. Untung betul sekolah-sekolah Cina selepas RM3 juta, dapat lagi RM18 juta. Sepanjang tahun ini, tak pernah saya dengar bantuan diberikan kepada sekolah Melayu. Bilakah sekolah Melayu dan sekolah India nak terima bantuan dari BN pula. Takkan nak tunggu PRK dulu kot. Oleh itu, kerajaan hendaklah berlaku adil kepada semua jenis sekolah, janganlah disebabkan hendak menang undi kaum Cina, maka bantuan diberikan kepada mereka tanpa mempedulikan perasaan kaum-kaum lain. Belum tentu mereka sokong BN kerana itu bukan caranya jika hendak memenangi hati kaum Cina yang memang dah banyak duit. Sekolah mereka kalau tak bantu pun masih berduit dan kaya raya hasil kutipan derma daripada tokey-tokey yang memang menyokong penuh kemajuan pendidikan bangsa Cina. Kesianlah kepada sekolah Melayu dan India yang sentiasa tak cukup duit. Ada sekolah di Kinrara yang saya dengar terpaksa mengenakan pelbagai denda daripada murid-muridnya untuk mencari duit. Kesian kepada murid dan mak bapak pelajar. Kuku panjang di denda, rambut panjang di denda, lambat ke sekolah di denda dan pelbagai denda lagi dikenakan kerana nak cari duit.
Apa-apa pun memang benar berkata benar itu sesuatu yang sukar terutama apabila melibatkan mereka yang sentiasa tidak mahu kalah dan berkuasa. Hnaya mereka yang berjiwa besar dan tidak ada kepentingan dunia sahaja seperti Majnum yang menegur Khalifah Harun Al Rasyid dan juga Imam-imam besar di zaman penguasaan kerajaan Bani Umaiyah dan Abbasiah dahulu.
Cakap dan tulis tentang kebenaran memang pahit, menegakkan kebenaran lagi pahit!
Oleh kerana Piala Dunia, syarikat kroni BN diberi lesen perjudian! Berjaya siapa punya? Kalau bukan Ultra Kiasu, siapa pula dia? Kerajaan BN dari dulu lagi tunduk kepada Ultra Kiasu!
Hari ini di kedai 4D, yang berbaris ialah orang Melayu (yang Islamnya entah ke mana)! Taukeh Ulra Kiasu yang miliki lesen, pelanggannya Melayu/Islam!
Kita tunggu dan lihat, beberapa tahun kemudian, orang Melayu/Islam yang ramai berjudi dengan bola atau Cina dan India!
Cakap dan tulis tentang kebenaran pahit, memperjuangkan kebenaran lagi pahit! Terpaksa bermusuh dan berhadapan dengan pihak berkuasa yang bersekonggol dengan taukeh Ultra Kiasu.
Melayu/Islam yang diamanahkan kuasa pemerintahan di bumi yang subur, kaya dengan perbagai sumber alam, tetapi kita tak erti bersyukur kepada Tuhan yang mengurniakan begitu banyak nikmat, kita tetap melanggar perintahNya, menghalalkan perkara yang haram. Di manakah konsep amar maaruf, nahi mungkar?
Memang ramai prof. boleh berdakwah dengan berpidato menyeru para pendengar untuk amar maaruf, nahi munkar, tetapi beberapa kerat di kalangan prof. sanggup turun ke padang memimpin rakyat biasa menentang kemunkaran?
Cakap dan tulis tentang kebenaran memang pahit, menegakkan kebenaran lagi pahit!
Bilangan professor di Malaysia memang ramai. Ada yang telah menjabat professor mahu pangkat lagi - asyik mengejar gelaran Dato'/Datuk pula. Ini melibatkan mainan politik dan menggeselkan bahu dengan orang-orang kenamaan. Ia menggunakan nama dan fasilitas institusi sebagai batu loncatan.
Apabila bergelar professor dato/datuk ia terus syok berpolitik dalam dan luar institusi. Ia tahu orang tidak berani sentuh dia walaupun prestasi, output atau kelakuannya menurun.
Sebuah institusi terkenal masih menyimpan professor bergelar dato' yang pernah ditangkap basah sebagai dekan kampus cawangan. Apa VCnya buat? Pentadbiran sebegini akan memudaratkan institusi dan tauladan yang salah kapada semua pihak termasuk ahli akademia, kakitangan, pelajar dan khalayak ramai.
Firman Allah s.w.t. dalam surah al-Maidah, ayat 90 yang bermaksud, “Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan”.
Tuhan perintahkan supaya perbuatan syaitan seperti berjudi dijauhkan. Tetapi kerajaan BN yang ditunjangi oleh pemimpin Islam memberikan lesen satu demi satu! Di manakah suara mufti-mufti?
Cakap Islam senang, buat susah!
Kebenaran memang pahit? Tapi apakah kebenaran? kebenaran di pihak Dr Tee mungkin berbeda denagn kebenaran di pihak lain.
Pasal lesen judi bolasepak piala dunia, jangan harap Mufti Perak Harussani akan buka mulut. Adakah kebenaran begitu pahit untuk Harussani? Apa kat orang JAKIM dan UMNO sendiri?
Saya menyokong pendapat dan komen daripada Ummataunwasoto. Perjudian adalah pekara yang ditegah di dalam Islam dan saya fikir semua agama pun melarang keras tentang perkara ini.
Kita dapat lihat di mana-mana negara yang melaksanakan dasarnya pemerintahannya secara sembrono dan tanpa mengambil panduan agama sebagai asas didalam penetapan dasarnya, akhirnya kita dapat lihat apa akan jadi. Nilai-nilai kemanusiaan para penduduknya runtuh, negara akan porak peranda dan akhirnya tamadun akan hancur.
Kita tidak mahu pemerintah kita membelakangkan agama sebagai panduan di dalam penetapan dasar pemerintahannya. Agama itu adalah panduan hidup dan agama yang terbaik untuk dijadikan panduan adalah Islam.
Sesuatu yang ditegah oleh agama itu tidak sepatutnya dibenarkan ataupun diluluskan untuk beroperasi di dalam sistem negara. Contohnya arak dan berjudi, mana ada agama yang membenarkan perlakuan dua perkara ini. Namun disebabkan pemerintahan yang tidak menjadikan agama sebagai panduannya, maka perkara ini berlaku. Saya bukan cakap di negara kita sahaja, tetapi boleh dikatakan diseluruh dunia kerana dimana-mana negara sekalipun, sudah pasti ada agama disitu. Agama sentiasa memandu para pengikutnya ke arah kebaikan. Oleh itu kenapa kita menolak kebaikan dan mencari kehancuran dengan sikap menolak panduan agama dalam kehidupan.
Negara itu diumpamakan seorang manusia. Jika seorang manusia itu tidak menjadikan agama sebagai panduan di dalam kehidupannya, kita boleh nilaikan adakah seorang manusia itu akan menjadi seorang yang baik ataupun akan menjadi seorang yang menghala ke arah kehancuran?
Kali ini komen pendek sahaja - setuju dengan pendapat Sustainable Living Institute (SAVE).
Keruntuhan akhlak dinegara ini sekarang berleluasa. Yang dikatakan pandai ada yang menjadi pseudo-liberal dan neo-intellectual. Mereka menjadi konon-nya pandai. Mengeluarkan pendapat-pendapat yang luar biasa hingga memperso'alkan isu-isu sensitif diPerlembagaan.
Blog Kempen SSS diposnya yang bahru lalu membidas seorang peguam yang mengatakan kononynya tidak ada Kontrak Sosial dinegara ini - https://satusekolahuntuksemua.wordpress.com/
Assalamu 'alaikum.
Zendra,
Segala-galanya ditentukan politik semasa!
Dalam blog ini terdapat seruan SSS, tetapi di Sibu, PM memberikan cek RM18 juta kepada sekolah-sekolah Cina.
PM berpandangan jauh, berpijak pada realiti, dapatkan sokongan rakyat semua kaum, kukuhkan kuasa pemerintahan dulu baru olah langkah kepada pembaharuan dan perubahan. Tanpa sokongan rakyat semua kaum, tanpa kuasa pemerintahan yang kukuh, tidak mungkin membawa perubahan.
Memberi bantuan kepada sekolah Cina akan memperolehi sokongan undi Cina.
Memberi lesen judi bola kepada Kumpulan Berjaya juga salah satu langkah mengukuhkan kuasa pemerintahan.
Menyokong SSS akan mengugat kestabilan kerajaan, BN mahupun PR tidak akan lakukan.
Tunggu 30 atau 50 tahun lagi, apabila bilangan Melayu menjangkau 80% pengundi, SSS mungkin boleh direalisasikan. Buah SSS walaupun enak dimakan, tetapi ia belum masak, perencah pun belum disediakan.
Agenda utama orang Melayu ialah ekonomi. Bahasa mana yang dapat membantu menjana ekonomi orang Melayu, ianya harus dipelajari dan dikuasai. Bahasa Inggeris masih ditempat pertama untuk tujuan business. Bahasa Cina dan Mandarin juga dapat membantu dan sangat penting jika berhasrat menembusi pasaran yang dimonopoli oleh orang Cina.
UMMATAUNWASOTO
Saya biasanya tidak minat menjawab komen anda dan yang sejenis dengannya sebab tidak akan boleh mendapat perbincangan yang mengikut topik, setimpal dan berfaedah. Namun demikian, saya akan menjawab komen anda yang ditujukan kapada saya ini sekali sahaja.
Contoh perbincangan yang tidak mengikut topik dan setimpal: saya bercakap fasal seorang peguam yang mendakwa Kontrak Sosial diblog Kempen SSS. Anda mengeluarkan hujah hujah berkenaan SSS.
Saya tidak minat menjawabnya kerana jika berpanjang lebar pun anda akan mengeluarkan pendapat pendapat yang tidak relevan kapada topik atau perbincangan.
Saya hanya menyokong pendapat Sustainable Living Institute (SAVE) berkenaan Professor yang mengejar pangkat Dato dsbnya dan menambah berkenaan orang yang mendakwa adanya Kontrak Sosial diblog Kempen SSS.
Anda boleh mengeluarkan pendapat anda berkenaan SSS diblog Kempen SSS itu. Saya lihat ada banyak yang boleh menjawabnya disitu.
Malaysia kini dalam keadaan tenat mencari semua punca dana negara. Sambil itu masih senang2 beri 2 telaga minyak kapada negara lain. Dimana kepentingan negara boleh digadaikan!
Bapak borek anak rintek. Dulunya bapaknya beri 1Genting kapada Lim Goh Tong untuk hub judi. Kini anaknya beri lesen judi kapada iMalaysia.
Income dari hub judi Genting dan lesen judi bola akan bercampur-aduk dengan pendapatan negara yang halal. Yang halal akan berbaur haram tanpa boleh dipisahkan. Masihkah kita mengaku kita negara Islam? Kepentingan bukan Islam lebih penting hingga lupakan bala dari Allah.
assalamualaiku..
saya sangat setuju dengan pandangan DR.
Assalamu 'alaikum,
Saudara Zendra,
Saya memohon maaf kepada anda kerana tidak membalas mengikut topik yang anda bawa. Anda seorang ahli fikir yang saya hormati.
saya setuju dengan Ridhuan Tee Abdullah .
Post a Comment