Semua artikel adalah pendapat peribadi. Anda berhak untuk tidak meneruskan bacaan atau tidak mengakseskan blog ini serta merta jika anda tidak bersetuju dengan pemikirannya. All the articles written are the personal views. You have absolute rights not to continue reading or to discontinue accessing this blog immediately if you are disagreeable with the personal views.

Sunday, May 23, 2010

Bina kekuatan menangi hati Muslim

8:01 AM Posted by RIDHUAN TEE 35 comments
Mingguan Malaysia, 23 Mei 2010

Berbagai-bagai alasan diberikan oleh beberapa parti komponen BN atas kekalahannya dalam pilihan raya kecil parlimen Sibu. Pemimpin MCA secara lantang berkata kekalahan tersebut sebagai pembuka mata atau eye-opener kepada BN supaya mengkaji dasar-dasarnya selama ini. Saya yakin ia ditujukan kepada UMNO. Sepatutnya, MCA diam-diamlah dahulu, buat post-mortem dan muhasabah diri. Ini tidak, asyik menyalahkan orang lain. Pada saya, MCA tidak layak untuk memberi komen sedemikian, cerminlah diri sendiri dahulu. Adakah kita terlalu baik? Adakah benar dasar-dasar hari ini menyisihkan bukan Melayu secara total? Jangan kata dulang paku serpih, mengatakan orang dia yang lebih. Berterus teranglah, MCA lebih suka DAP menang daripada SUPP. Siapapun yang menang, semuanya ibarat adik-beradik.

Parti ultra kiasu dan sekutunya amat yakin bahawa kemenangan ini adalah jalan menuju kepada penguasaan Petrajaya dan Putrajaya. Kita boleh berangan-angan tetapi biarlah berpijak di bumi yang nyata. Jangan seperti Mat Jenin. Akhirnya, bukan sahaja kecewa, tetapi terlepas segala-galanya.

Semua sedia maklum bahawa kawasan bandar yang dipenuhi oleh ramai pengikut ultra kiasu. Bandaraya tetap akan membangun walaupun sesiapa jua ahli parlimennya. Sibu bernasib baik kerana telah dijanjikan peruntukan 18 juta kepada sekolah Cina, begitu juga dengan peruntukan pembangunan lain. Kes yang sama berlaku ketika pilihan raya kecil Hulu Selangor. Maknanya, apapun yang berlaku di bandar, mereka tidak rugi apa-apa walau sedikitpun, malah dapat bertambah banyak.

Saya masih tertunggu-tunggu bantuan untuk sekolah agama dan sekolah kebangsaan di luar bandar seperti Sekolah Kebangsaan Sungai Ranggam dan Kota Stia di Seberang Perak, tanah tempat tumpah darahku. Bila saya balik kampung baru-baru ini, hati begitu hiba. Keadaannya amat daif dan menyedihkan. Bilakah peruntukan akan sampai ke sana? Tunggu pilihan raya kecil? Sekolah tersebut tiada kemudahan komputer, bangunannya seperti hidup segan mati tak mahu. Begitulah beruntungnya tinggal di kawasan bandar. Sedih kadangkala melihat keringat pak tani, berusaha bersungguh-sungguh agar anak mereka menjadi manusia berguna, malangnya keadaan sekolah tidak menimbulkan rasa minat untuk belajar hanya kerana pak tani dan orang kampung berada di luar bandar.

Kadangkala saya terfikir adakah bantuan demi bantuan kepada sekolah berasaskan kaum memainkan peranan besar dalam memperkasakan gagasan 1Malaysia?

Pada hemat saya jika bantuan disalurkan ke kawasan luar bandar, pasti undi tidak lari ke mana. Tetapi jika hanya disalurkan ke sekolah seperti yang berlaku dalam dua pilihan raya kecil yang lalu, belum tentu lagi mereka akan mengundi BN. Pada mereka, masa inilah untuk menambah apa yang telah dapat, namun mengundi BN jauh sekali. Kerana pada mereka, sama ada wakil Sibu BN atau DAP, bandar akan terus membangun.

Saya sudah dapat meramalkan bahawa parti ultra kiasu akan memenangi pilihan raya tersebut, walaupun Zentrum Studies Futures Studies meramalkan BN akan menang tipis. Zentrum perlu lebih mendalami politik selain daripada pengajian media. Pilihan raya parlimen Hulu Selangor adalah bukti kukuh betapa peranan psiki sesuatu bangsa itu perlu difahami sebelum memahami persepsi mereka. Kajian silang budaya amat penting selain daripada melihat persepsi.

Ini kerana, politik bukan hanya berasaskan kepada persepsi semata-mata, politik mesti juga difahami dengan psiki sesuatu bangsa itu dahulunya yang berpegang kepada prinsip more money more say, tetapi sekarang mereka menapak selangkah lagi kepada more power more say. Pada saya itulah hakikat sebenar, sebab politik amat berkait rapat dengan kuasa. Semua orang mahu kuasa dan lebih kuasa, kerana dengan kuasa sahajalah mereka boleh lakukan apa sahaja dan mendapat apa sahaja yang diingini. Kuasa ini jugalah yang menjadi punca manusia sesama bangsa dan berbilang bangsa dalam sesebuah negara dan dunia, hidup dalam berantakan. Sedang kita tahu kuasa sepatutnya digunakan untuk memakmurkan muka bumi ini dan seisi makhluknya.

Pada saya, sama ada MCA, DAP, SUPP atau Gerakan yang menang di Sibu, keadaan tidak akan banyak berubah. Siapa pun yang menang, mereka tetap satu, hanya ada satu, tidak dua atau tiga. Nasib tidak menyebelahi Barisan Nasional disebabkan oleh kita tidak cekap berstrategi dalam menghadapi mereka.

Pada masa sama, isu judi bola sepak yang menjadi sensitiviti umat Islam dan isu merampas kerajaan negeri yang diperintah oleh pembangkang berkumandang. Saya hairan kerana BN begitu beriya-iya ingin merampas kerajaan negeri tersebut, tunggu sajalah dua tahun lagi. Biar rakyat membuat keputusan dan menghakimi. Hormatilah pilihan rakyat buat sementara ini. Gunakan wang dan tenaga untuk memperkasakan yang apa yang sedia ada daripada memujuk parti-parti pakatan rakyat untuk menyertai BN. Apa yang perlu dilakukan oleh BN adalah membina kekuatan dan memenangi hati umat Islam yang menjadi majoriti. Memperkemaskan lagi kedudukan negara Islam sebagaimana yang telah diisytiharkan oleh bekas PM Mahathir Mohamed.

Ini kerana, berasaskan kepada pilihan yang kecil Sibu, PAS mendakwa bahawa ultra kiasu telah menerima konsep negara Islam yang diperjuangkannya yang pada saya jauh panggang dari api. Usahkan tanya ultra kiasu, sekutunya itupun yang diketuai oleh orang Islampun belum tentu akan menyokong idea negara Islam PAS itu. Namun, jika begitulah kedudukannya, sudah sampai masanya UMNO mengetuai BN untuk memahamkan parti-parti komponennya akan hakikat negara Islam dalam konteks negara moden hari ini.

Setelah 52 tahun merdeka, kita teramat ingin melihat UMNO dapat mempengaruhi parti komponen BN, bahawa negara Islam yang diperjuangkan UMNO berbeza dengan negara Islam PAS yang lebih menekankan undang-undang hudud semata-mata. Saya juga amat teruja untuk melihat ada beberapa anggota kabinet bukan Melayu memeluk agama Islam disebabkan oleh peranan yang dimainkan oleh kita sepertimana kejayaan yang telah ditunjukkan oleh Almarhum Tunku Abdul Rahman, PM pertama.

Jika kita tidak dapat bersetuju dengan konsep negara Islam ala PAS, tidakkah lebih baik kita mulakan dengan mencari persamaan untuk melaksanakan asas-asas kehidupan beragama yang mahukan kebaikan dan menolak kemungkaran. Saya tidak nampak ada satupun agama di dunia ini yang menghalalkan judi, arak, zina, pergaulan bebas dan sebagainya. Semua agama menuntut kita sentiasa membesarkan Tuhan masing-masing dan berakhlak mengikut suruhanNya.

Jika asas ini dapat diterima, saya agak musykil kenapa judi bola sepak boleh menjadi isu, sedangkan kita tahu syarikat yang mendapat lesen judi tersebut adalah seorang yang amat kuat berpegang kepada Kristian. Berikan justifikasi mengikut ajaran Islam, Buddha, Kristian dan Hindu akan pengharaman judi. Saya tidak perlu nyatakan ayat-ayat yang disebut dalam kitab-kitab tersebut kerana sudah terang lagi bersuluh. Jangan sampai kita tidak nampak ianya ada dalam al-Quran sudahlah.

Pandangan Islam soal judi memang sudah terang lagi nyata. Tidak ada mana-mana agama di dunia ini yang boleh menerima sebarang unsur perjudian. Alangkah hina satu-satu agama itu jika mereka menghalalkan judi. Pendek kata, apa pun berkaitan dengan judi adalah haram. Ramai yang bertanya kenapa saya diam membisu tanpa sebarang komen ke atas isu ini?

Saya ingin menyarankan kepada pihak berkuasa supaya membuat kajian terlebih dahulu sebelum melaksanakan sesuatu dasar. Ya, dari satu segi kerajaan mahu mengelakkan judi haram, namun kita perlu timbangkan mudarat yang lebih besar. Cukuplah hari ini kita sudah berserabut dengan masalah umat Islam yang terlibat dalam gejala sosial yang amat menakutkan. Tidakkah dengan bertambahnya lagi pusat judi ini akan menjadikan kita semakin parah. Walaupun kita katakan ia untuk orang bukan Islam, tetapi tidakkah kita membuat kajian bahawa betapa ramai umat Islam yang membeli nombor ekor hari ini walaupun tertulis dengan jelas, umat Islam dilarang masuk di premis tersebut, begitu juga perjudian mereka ke Genting Highland.

Jika kita terus membiarkan kemungkaran ini berleluasan, yang menjadi mangsa bukannya bukan Islam walaupun mereka tidak kisah dengan perkara tersebut, tetapi hakikatnya yang akan menjadi mangsa adalah umat Islam. Saya fikir, sudah sampai masanya, BN patut mengambil pendekatan berani kerana benar, takut kerana salah. Yang putih tetap putih dan hitam tetap hitam, tanpa takut kepada sesiapa. Jika dengan prinsip ini, BN kalah juga, apa nak buat, kita serahkan kepada Allah SWT. Melayu tidak akan berpaling tadah jika UMNO mahukan Islam, walaupun tidak melaksanakan hudud. Saya cukup yakin inilah intipati gagasan 1Malaysia yang berasaskan kepada perlembagaan dan rukun negara ke arah ingin melahirkan masyarakat yang sejahtera. Peranan Islam dan Melayu amat terserlah dalam perlembagaan. Cuma menunggu perlaksanaannya.

Saya masih masih berpegang kepada pandangan selagi UMNO mahukan Islam, selagi itulah sokongan Melayu Islam tidak akan berganjak, malah akan bertambah. Namun, jika sebaliknya, semakin liberal UMNO, UMNO akan kehilangan sokongan Melayu, walaupun mungkin bukan Melayu suka dan pada masa sama belum tentu mereka akan mengundi UMNO. Begitu juga, dengan PAS, semakin liberal PAS, semakin ia mendapat sokongan bukan Melayu, tetapi dia akan kehilangan sokongan Melayu itu sendiri. Jadi, mana satu yang mesti dipilih? Kita mesti pilih yang terbaik antara dua persimpangan ini, sebab kadang kala kita tidak dapat kedua-duanya sekali.

Begitu juga dalam konteks kehidupan politik bernegara. UMNO yang menjadi parti tunjang BN yang memerintah perlu menunjukkan teladan yang terbaik. Malaysia adalah kepunyaan rakyat Malaysia. Gunakanlah segala kekayaan negara untuk memakmurkan rakyat, bukan sibuk mengahwini celebriti. Saya yakin PM mampu melakukan berasaskan gagasan 1Malaysia yang berteraskan perlembagaan. Kita tidak perlu rasa takut jika kita berada di landasan yang benar.

Pada masa sama, bukan Melayu perlu ingat, presiden UMNO adalah juga pengerusi BN dan Perdana Menteri Malaysia, bebannya amat berat. PM perlu memikirkan kebajikan semua rakyat tanpa mengira bangsa. Ini tugas negarawan. Sedangkan parti-parti politik berasaskan kaum hanya memikirkan kaum mereka sahaja. Adalah sesuatu yang tidak adil jika kita menyalahkan BN tanpa muhasabah diri sendiri. Adakah adil jika kita terus mendesak untuk mendapatkan sesuatu yang sebenarnya telahpun kita dapat? Janganlah terlalu memikirkan more money say more power more say. Sudah sampai masa kita bersama-sama memperkasakan agenda membina negara bangsa selaras dengan gagasan 1Malaysia.

Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah, Kumpulan Penyelidik Politik dan Peradaban Islam, UPNM merangkap Setiausaha Agung Dewan Perdagangan Islam Malaysia. Penulisan ini adalah pendapat peribadi penulis

35 comments:

UMMATAUNWASOTO said...

Assalamu 'alaikum.

'Syabas' saya ucapkan kepada Dr. RT. UMNO perlu kaji dan fikir secara serious pandangan Dr. RT kali ini jika ia ingin mengembalikan sokongan orang Melayu/Islam.

Tok Guru Nik Abd. Aziz pernah berkata,'Kalau UMNO laksanakan Islam, PAS boleh bubar.' Malahan beliau juga pernah berkata,'kalau penjajah British melaksanakan pemerintahan Islam, kita tiada hak untuk menghalau mereka.'

Inilah jiwa dan pandangan seorang 'alim dan pemimpin berdasarkan ideologi politik Islam.

Orang Melayu memang sayangkan UMNO dan menaruh harapan besar pada UMNO. Tetapi apabila pemimpin UMNO tiada pendirian teguh tentang ajaran Islam, orang Melayu sendiri yang akan menetang UMNO, tak usah kata bukan Melayu.

Saya masih ingat, dalam tahun 80an YB Lim Kit Siang pernah menegur kerajaaan BN di sidang parlimen bahawa kerajaan telah melanggar ajaran Al-Quran dengan mengizinkan terlalu banyak kali cabutan loteri dalam seminggu! Waktu itu kerajaan BN di bawah kepimpinan Tun Dr. Mahathir tengah melaksanakan dasar Penerapan Nilai-Nilai Islam!

UMNO yang merupakan tunjang kerajaan BN mesti berubah sebelum terlewat! Jangan pandang ringan amaran Dr. RT walaupun beliau hanya seorang pensyarah. Amaran Dr. RT juga amaran Al-Quran.

Bila Tuhan sudah tidak meredhai sesebuah kerajaan yang melanggari perintahNYA, pasti DIA akan menggantikan pemerintahnya dengan pemimpin yang BERIMAN DAN BERAMAL SALIH sepertimana yang dijanjikan dalam Al-Quran.

Kita tidak takut Melayu berpecah kerana perbezaan ideologi politik, kita hanya takut pemimpin poltik Melayu membelakangkan niali-nilai dan prinsip Islam yang juga merupakan nilai dan prinsip universal!

Kita tidak bimbang bukan Melayu dan ULTRA KIASU tidak mahu menyokong dasar Islam, kita hanya bimbang pemimpin Melayu/Islam gagal menonjolkan tasawwur dan sifat Islam yang sebenarnya, iaitu menjelmakan ruh Islam dalam kata-kata dan amalannya.

Kita harap Melayu/Islam lebih yakin kepada janji-janji kemukmuran duniawi dan ukhrawi yang disampaikan oleh Tuhan melalui Al-Quran, daripada janji-janji duniawi saja yang diucapkan oleh pemimpin politik yang berpegang kepada fahaman sekular.

Janji-janji Allah dan Rasul mesti diimani dan diyakini untuk membangkitkan potensi Melayu. Kita mesti waspada kepada sistem nilai yang tercampur aduk antara Islam dan Sekular, yang menyimpangkan perjuangan murni Melayu/Islam.

Wake UP! said...

Berikan keutamaan kepada Bumiputera Malaysia.

Majority rules

dino said...

Salam semua.
Masyaallah.Ini menunjukkan Allah itu Maha Besar. Ia sesungguhnya telah membuka hati Dr. Ridhuan Tee seorang Cina yang saban minggu menulis rencana untuk menyedarkan kita Melayu ini.Yang juga saban minggu akan dicaci oleh kaumnya.Orang Melayu belum tentu lagi dapat menulis seperti Dr. Saya doakan Allah memberi kekuatan serta kebijaksaan kepada Dr. untuk meneruskan menyedari orang Melayu didalam penulisannya juga berdoa agar orang Melayu akan sedar dan bangun dari tidor lena mereka.Disamping kita harus juga terima kenyataan walau apa pun kita berbilang kaum harus belajar untuk hidup bersama dan bertoleransi dan tidak tamak haloba ingin berkuasa.Terima kasih dari kami orang Melayu dan harap Dr. akan terus kejutkan kami ini

Nazri Karim said...

Assalamualaikum Dr RT,
Pandangan yg tuan lontarkan amatlah berasas.
Saya sering mengikuti pandangan Dr.
Perpecahan yg berlaku di negara kita ini merupakan satu bala drpd Allah kepada umatnya yg tak mehu berfikir dan belajar.
Banyak negara telah hancur disebabkan tidak bersatu, bigitu juga di negara kita. Ini disebabkan perbezaan pendapat dan mereka ini gagal menghormati pandangan org lain. Sering melakukan tunjuk perasaan dan kemungkaran....

Sedia maklum, ulama-ulama dahulu juga berbeza pendapat antara satu sama lain, akan tetapi mereka boleh menghormati pandangan org lain tanpa memecahbelahkan umat.

Jadi saya amat teruja sekiranya Dr RT dapat menulis tentang "Menghormati Pandangan Orang Lain" demi mencapai perpaduan.

Bersatu Teguh, Bercerai Roboh

song said...

' Gunakanlah segala kekayaan negara untuk memakmurkan rakyat, bukan sibuk mengahwini celebriti. '

good one RT. at least you talk sense for once, once only.

itu bung mokhtar, adalah contoh kualiti calon / wakil BN.

you expect the people to vote for such scumbags? ccan you place your children's future with such people who have no sense of embarassment?

come on lah.

song said...

and integrity?

Anonymous said...

Mengikut UMMATAUNWASOTO:
........"Tok Guru Nik Abd. Aziz pernah berkata,'Kalau UMNO laksanakan Islam, PAS boleh bubar.'"

UMMATANWASOTO,

Sebagai seorang Islam, banyak kenyataan Nik Aziz MELUCUKAN....termasuk sebagaimana yang di quote oleh UMMATANWASOTO.

Kenapa Nik Aziz gunakan ungkapan 'Kalau UMNO laksanakan Islam...'. Apakah selama ini UMNO tidak melaksanakan Islam???

Semua orang Islam tahu bahawa Rukun Islam itu 5 perkara. Apakah UMNO melaksanakan 5 Rukun Islam ini....atau apakah UMNO ada menghalang umat Islam melaksanakannya? Lihat sahaja azan yang berkumandang di menara-menara masjid, malah di peti TV. Bukankah Kerajaan yang menguruskan melihat anak bulan bagi menentukan permulaan berpuasa? Bukankah Kerajaan yang menubuhkan Tabung Haji? Dan, bukankah Kejaan yang menguruskan pungutan Zakat harta?

Kita umat Islam juga percaya kepada 6 rukun iman. Dari bangku sekolah lagi Kerajaan mengajar Rukun Iman. Kerajaan menggalakkan pembelajaran Al-Quran dengan mengadakan pertandingan Al-Quran. Seerah Rasulullah diperingatkan dengan sambutam maulidurrasul.

Itu hanyalah beberapa CONTOH bagi membuktikan kepekaan Kerajaan terhadap perkara-perkara ASAS Islam.

Apakah sebenarnya Islam sebagaimana difahami oleh Nik Aziz dan PAS, sehingga tergamak menuduh UMNO tidak melaksanakan Islam?

Apakah Islam itu terhad kepada perlaksanaan hudud dan melarang perjudian sahaja?

Kalau pun itu yang difahami oleh Nik Aziz dan PAS, apakah pendekatan bekerjasama dengan DAP boleh mencapai matlamat asal PAS untuk melaksanakan hudud?

Umat Islam PENING KEPALA memikirkan 'Kejahilan dalam Berilmu' PAS.

Premium Business said...

Kadang2 pandangan oleh orang bukan Islam seperti Lim Kit Siang lebih jujur dan boleh dipakai berbeza dengan pandangan Islam yang diputarbelitkan oleh Nik Aziz asal ada keuntungan diri di situ.

Semua perkara sesempurnanya Islam telah mencakupi dalam semua segi termasuk soal judi. Ada hukumnya dan dijelaskan juga sebab2nya. Kita tidak perlu pertikaikan lagi.

Dakwah dan perjuangan kita ialah mematuhi yang disuruh dan menjauhi yang dilarang untuk diri sendiri, keluarga dan masyarakat.

Islam melarang umatnya berjudi di muka bumi ini samada di Malaysia atau di negara lain, samada judi itu berlesen atau judi haram. Itu jelas.

Di Malaysia yang majmuk, perhatian dan perjuangan kita wajib tertumpu kepada penguatkuasaan yang ketat dan hukuman yang berat wajar dilaksanakan kerajaan selaras seperti di Al Quran kepada mana mana orang Islam yang melanggar hukum termasuk perjudian samada yang berlesen ataupun tidak. Haram tetap haram.

Kita asyik tertumpu kepada 'yang dilarang', tertumpu kepada soal 'lesen' tetapi alpa dan buta dalam pendidikan.
Kita menunding jari kepada kerajaan soal lesen tetapi dalam masa yang sama kita membiarkan anak2 merempit, keluar malam, hisap dadah dan tidak solat sebagai tiang ugama.

Terengganu adalah antara negeri yang boleh di anggap jauh dari perjudian dan segala bentuk maksiat tetapi di situlah orang Islam paling ramai hisap dadah?

Kita lupa masjid2 di seluruh negara hanya penuh pada solat Jumaat tetapi sunyi dan sepi pada waktu lain.

Banyak lagi contoh2 lain tetapi kesimpulannya kita banyak membuang masa dan tumpuan kepada perkara2 cabang sedangkan yang utama, punca dan akar kita alpa, seperti perumpamaan, kuman di seberang laut nampak, gajah di depan mata tak nampak.

Ramai orang Islam melatah kerana ia hanya dipolitikkan oleh Ulamak Politik dan Pemimpin Desperado.

n.ajis said...

Al Quran menyeru umatnya berlemah-lembut sesama kaum muslimin dan bertegas dengan golongan kafir yang secara nyata menentang Islam. Tindakan PAS berbeza dengan Al Quran. PAS maki hamun sesama Muslim (atas sedikit perbezaan pendapat, teras aqidah orang UMNO menyembah Allah yang satu) tetapi berbaik sangka dengan musuh dalam selimut DAP yang terang lagi bersuluh menentang Islam dilaksanakan di Msia. Akibat taksub, pengikut fanatik PAS tidak mampu berfikir, lalu mengikut sahaja fatwa tok guru biarpun ternyata salah.

Premium Business said...

Saya ingin memberi contoh dan tanyalah pada diri sendiri dengan jujur:

Apakah diri kita, isteri kita dan anak2 kita yang sememangnya yang boleh kita didik, kawal dan arahkan memenuhi tuntutan solat lima waktu setiap hari dengan cukup dan sempurna ? (Itu baru hal solat, belum lagi bab aurat, bab puasa dll)

Dalam masa yang sama, jiran bukan Islam sebelah kita seronok bermain judi?

Apakah ada kaitan sempurna dan cukupnya tidak solat/ibadat kita dengan aktiviti perjudian itu?

Apakah dalam ketika soal solat/ibadat kita pun tunggang terbalik, kita sebok nak melarang dan menganggu jiran sebelah berrmain judi?

putrarahman said...

Sudah acapkali DR.RT menyatakan tidak ada satu agama pun yang membenarkan pengikutnya terlibat dengan maksiat seperti judi, arak, perempuan, bersekedudukan dan sebagainya.

Namun demikian kalau kita perhatikan hanya Islam sahaja yang dihukum apabila melakukan maksiat. Ini disebabkan adanya Mahkamah Syariah. Contohnya jika orang Islam berjudi, orang Islam itu dihukum kerana Agama Islam melarang perbuatan berjudi itu. Namun apabila seorang pengikut budha atau Kristian berjudi, kenapa tidak ada hukuman dikenakan kepada mereka jika benar Agama Budha dan Kristian juga melarang perbuatan berjudi itu.

Inilah apabila saya katakan apabila pemerintahan tidak menjadikan Agama itu sebagai panduan dalam penetapan dasarnya, maka kita akan lihat banyak berlaku kemusnahan.

Kalau perlu wujudkanlah Mahkamah yang berfungsi sebagaimana mahkamah Syariah untuk setiap agama kat Malaysia ini. Mana aci lagu ni jika nak harapkan Agama Islam sahaja yang mengawal penganutnya, sedangkan agama lain membiarkan penganutnya melakukan perkara-perkara yang bercanggah dengan tuntutan agama mereka. Lama kelamaan Agama Islam pun tidak mampu lagi mengawal penganutnya kerana penganutnya terikut-ikut dengan penganut agama lain.

Bila sudah ada undang-undang yang mengawal perbuatan maksiat bagi setiap penganut agama yang ada kat Malaysia ini, maka tidak ada sebab lagi kenapa perlunya lesen-lesen judi atau lesen-lesen arak dikeluarkan.

UMMATAUNWASOTO said...

warisantmk,

assalamu 'alikum.

Anda telah persembahkan hujah yang baik. Saya syorkan anda buat satu delegasi berjumpa dengan Tok Guru Nik Abd. Aziz untuk bermuzakarah. Setahu saya PAS telah berulang kali mengajak UMNO untuk bermuzakarah tetapi tak pernah jadi.

Kalau muzakarah antara 2 kumpulan Melayu terbesar gagal diadakan, nak harapkan perpaduan Melayu yang macam mana?

Eloklah ada satu badan diketuai oleh ahli akademik seperti Dr. RT untuk menggerakkan muzakarah ini.

UMMATAUNWASOTO said...

Islam bertujuan menyatupadukan semua bangsa di muka bumi untuk kebaikan bersama. Jika Islam gagal menyatupadukan orang Melayu (sebetulnya: Jika Melayu gagal disatupadukan di bawah panji Islam), apakah Islam masih mampu menyatupadukan rakyat pelbagai kaum di bawah panjinya?

Sila baca berita terbaru di bawah yang termuat dalam Harakahdaily.net:

KLANG, 23 Mei: Keterbukaan PAS menerima orang bukan Islam menyertai parti Islam itu melalui Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) membuktikan bahawa PAS sedang menyatupadukan semua kaum di negara ini.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, jika semua kaum dan etnik di negara digabungkan dengan baik, ianya akan menghasilkan natijah yang baik untuk manfaat negara.

"PAS cuba menyatupadukan seluruh kaum di negara ini dengan membuka pintu kepada orang bukan Islam menyertai PAS.

"Ini terbukti apabila Kelab Penyokong PAS dinaiktaraf sebagai Dewan Himpunan Penyokong PAS," katanya.

Beliau berkata demikian sewaktu merasmikan pelancaran DHPP di Klang hari ini.

Sebagai gimik pelancaran, beliau menyentuh sebuah glob bertulis DHPP.

Terdahulu dalam ucapannya beliau juga berkata, apa yang boleh menyatukan kaum ialah keadilan dan saling menghormati antara satu kaum dengan kaum yang lain, dan ianya sedang dibuktikan oleh PAS.

Mengulas lanjut beliau memberitahu, PAS mengambil langkah proaktif sewaktu memerintah Terengganu apabila mencadangkan supaya orang bukan Islam dilantik sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun).

"Ini membuktikan bahawa PAS tidak mengenepikan orang bukan Islam," katanya lagi.

Turut hadir Timbalan Presiden, Nasharuddin Mat Isa, Naib Presiden Datuk Mahfuz Omar dan Salahudin Ayub, Bendahari, Dr. Hatta Ramli, Ketua Penerangan, Ustaz Idris Ahmad.

UMMATAUNWASOTO said...

Satu lagi berita dari Harakahdaily.net

KOTA BHARU, 23 Mei: Umno akan menggunakan wang yang diperolehi daripada hasil cukai lesen perjudian bagi menjalankan operasi politiknya, justeru adalah menjadi perangai pemimpin Umno apabila mengenal pasti wang diperolehi menerusi perjudian, maka mereka akan meluluskan lesennya.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Husam Musa (gambar) berkata, orang Kelantan yang menjadi Timbalan Menteri Kewangan, yang pertama di Dewan Negara, mengisytiharkan Kerajaan Malaysia pimpinan Umno BN meluluskan lesen judi bola sepak.

Beliau berkata, semasa Datuk Najib menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan apabila menjawab soalan Parlimen ketika itu bahawa judi baru sudah ditambah 12 lesen.

“Kini apabila menjelang perlawanan bola sepak Piala Dunia, tiba-tiba kerajaan mengumumkan memberi lesen perjudian kepada Berjaya Gorup,” katanya.

Beliau menambah bahawa pemilik syarikat judi yang sama pernah pada 2008 menghantar surat kepada Kerajaan Kelantan sebaik saja selepas tiga bulan PAS memerintah, namun permohonannya untuk lesen Empat Nombor Ekor itu tidak dilayan dan tidak diluluskan.

“Nasib baik kita menang Pilihan Raya Umum 2008, tetapi kalau timbalan menteri itu yang pada suatu masa didakwa bakal menjadi Menteri Besar Kelantan dari Umno itu menang dan menjadi Menteri Besar Kelantan, tentu sah hidup semula judi tersebut,” katanya.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri bercakap pada Majlis Cakno Rakyat anjuran Urusetia Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan Negeri di Kampung Kedai Buloh dekat sini malam tadi.

Menurutnya, sekiranya Umno BN hendak menunjuk cerdik di hadapan Allah SWT, tetapi janganlah melanggar larangan Allah yang terang disebut larangan judi di dalam Al-Quran.

“Orang kampung mengerti hukum judi itu, tetapi kalau menteri tidak mengerti ayat Al-Quran (maka) ‘gong benarlah’, dan itulah menyebabkan berlaku kemurkaan dan bala banyak di negara ini oleh banyaknya maksiat dilakukan.

“Sedangkan Ketua Pemuda DAP dari Pakatan Rakyat yang juga Ahli Parlimen Rasah, Loke Siew Fook sendiri menyatakan tidak bersetuju lesen judi bola itu diluluskan, diikuti tidak bersetuju ialah anak Allahyarham Tun Ghafar Baba, Datuk Tamrin, bahkan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi juga menyatakan tidak bersetuju.

“Pak Lah berkata, persoalan lesen judi bola sepak itu mestilah kerajaan mendengar apa rakyat mahu,” katanya.

Husam berkata, pemimpin Umno mestilah menarik balik lesen judi bola itu dan kalau Umno tidak mahu mendengar kenyataan bekas presiden mereka, maka apatah lagi hendak mendengar ayat Al-Quran.

UMMATAUNWASOTO said...

Satu lagi berita baik untuk dimanfaati bersama:

SHAH ALAM, 23 Mei: Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (Jim) berusaha memberikan kefahaman bahawa syariat Islam adalah penyelesaian terhadap segala masalah sosial yang sedang melanda masyarakat hari ini.

Yang Dipertua Jim Selangor, Mohd Kamal Mohd Rathi (gambar) berkata percaya pelaksanaan syariah Islam yang syumul memastikan segala perkara yang makruf digalakkan manakala jalan-jalan maksiat dan kemungkaran ditutup dan dicegah.

Menurutnya, usaha-usaha mengajak kepada kebaikan harus berjalan seiring dengan langkah-langkah mengelakkan kemungkaran.

Katanya lagi, setiap ahli masyarakat pula seharusnya mempunyai kesedaran dan mengambil tanggungjawab di dalam aspek menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran sebagaimana yang digariskan oleh Islam.

“Sesungguhnya objektif atau maqasid syariah bertujuan memelihara dan melindungi lima perkara dalam kehidupan iaitu agama, nyawa, akal, harta dan keturunan,” ujarnya pada sidang media sempena Seminar Menangani Isu-isu Islam (SeMI) 2010 bertajuk Gejala Sosial: Syariah Jalan Penyelesaian di Dewan Auditorium Sirim di sini, hari ini.

Selain Jim Selangor, SeMI 2010 dianjurkan dengan kerjasama Sekretariat Menangani Gejala Sosial Jais yang turut dianggotai Abim Selangor, Unit Mubalighat Jais, Yayasan Amal Malaysia, Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Pertubuhan Mawaddah Malaysia, Unit Hidayah Mafaa dan Persatuan Pelajar Islam Selangor.

Jelasnya, seminar itu diadakan bertujuan untuk memberikan pendedahan sebenar mengenai syariah Islam, penjelasan mengenai pelaksanaan syariah sebagai jalan penyelesaian kepada gejala sosial yang berlaku dan membetulkan beberapa salah faham dan salah tanggapan berkaitan pelaksanaan syariah.

Mohd Kamal menambah, bersempena SeMI 2010 itu, pihaknya berazam bekerjasama dalam memacu usaha-usaha memberi kefahaman sebenar mengenai syariah dan pelaksanaannya dalam masyarakat, mempertingkatkan aktiviti menghalang merebaknya gejala sosial serta menggalakkan peluang dan ruang bagi ahli masyarakat untuk melakukan perkara makruf dan mencegah kemungkaran.

“Kami ingin menyeru seluruh lapisan masyarakat tidak mengira bangsa atau agama termasuk pihak berkuasa agar mengambil perhatian serius dan memberikan sokongan padu ke atas usaha-usaha ke arah membentuk negara Malaysia yang bukan sahaja maju dari segi ekonomi malahan cemerlang dari aspek morak dan akhlak,” ujarnya.

andik79 said...

Salam Ustaz

Saya tertarik dengan penjelasan bagi menyedarkan orang UMNO ini. Mereka masih dibuai mimpi indah. Hanya tunggu pemimpin tertinggi turun padang baru nak kerja.

Yang paling saya tertartik adalah artikel yang ditulis oleh Mufti Perak di kolum atas Ustaz pada hari itu.

Mufti menrungkaikan apa perbezaan ilmu politik dan poltik di masjid.

Penjelasan Mufti cukup jelas dan nyata. Di harap penulis-penulis blogs Ustaz Tee baca sekali artikel itu. Di harap dengan penjelasan Mufti, sudah tidak timbul lagi politik di Masjid yang more to membawa perpecahan dan perbalahan dan berkata yang bukan-bukan.

Arahaan Sultan sebagai pemimpin , sebagai payung rakyat dapatlah di taati dan di patuhi tanpa sangka buruk dan sifat-sifat kepolitikan yang menlangpau dan akstrim.

Jangan lah perbezaan poltik punya pasal, habis sifat cinta pada saudara seagama sesama kita menjadi keruh dan pada satu tahap tidak boleh memberi salam dan senyuman. Ini sudah menjadi terlambat. Yang untung hanya musuh yang cuba menanguk di air keruh.

Jangan asyik bercakap pasal poltik sahaja...orang Melayu suka tajuk ini. Dari pagi sampai malam bercakap aje!

Marilah kita cakap pasal fizik, biologi, sains, matematik, dunia perniagaan, dunia saham,ilmu perubatan, ilmu bintang, ilmu muzik dan menabung anak-anak kita dan banyak lagi yang mampu memberi faedah pada generasi kita.

Kita tak rugi sedikit pun kalau melupakan sekejap pasal politik ini. Dah cukup 5 tahun, parlimen di bubarkan, pada masa itu cakaplah pasal poltik. Jangan berhenti! Jangan berdiam! Teruskan cakap, cakap si anu dan si ani dan pelbagaikan pelbagai tajuk yang karut marut di surat khabar, email, web, sms dan sepanduk dan macam-macam lagi. Masa itu bubuh lah racun kebencian pada anak-anak muda, saudara mara, anak beranak, dan sepupu sepapat dan sesama jiran. Lakukan atas nama demokrasi...cakap kuat-kuat kami perjuang kebebasan bersuara!

"Dah bubar parlimen suka hati emak bapak aku lah nak cakap ape!".

"Orang melayu bodoh ada aku kisah!"

"Orang melayu berpecah ada aku kisah!"

"Pergi mampuslah si anu itu!"

"Keluaga ko tak masuk syurga!, perga jahanamlah dengan parti mereka!".

Cakap-cakap sampai sedap mulut!

Tidak kah orang Melayu Islam cukup hebat dalam bab itu!

Ustaz, Bangsa Melayu ini kalau cakap politk lagi hebat, tapi jumpa bangsa lain terus cair!

Banyak istilah, banyak dengar itu dan ini..."ada sesetengah orang" kalau dah setengah mana boleh percaya, kita mesti kaji PENUH!

Pening Ustaz, ajar orang Melayu ni.

Suruh masuk pernigaan terus bangkrap! lemah semangat! lupa diri! mudah putus asa! jangan kerja rajin-rajin atau cari kekayaan dunia ini, dunia ini adalah pinjaman (tapi buat pinjaman PTPTL DAN BANK TAK BAYAR), Dunia ini hanya sementara...foyooooo pandai cakap!

Sedih kan...

Salam Ustaz.

Ismail bin Omar said...

Assalamualaikum,Ustaz. Satu pandangan yang ikhlas,telus dan penuh integriti.Straight from the horse's mouth,kata pepatah Inggeris.

asyMok_Aambo said...

paling UMMPPHH adalah membina Kekuatan MUKMIN Memenangi Hati non-Muslim (kalau tak keberatan, boleh baca sebagai Usaha BULAN membawa ROKET ke.....)

putrarahman said...

"paling UMMPPHH adalah membina Kekuatan MUKMIN Memenangi Hati non-Muslim (kalau tak keberatan, boleh baca sebagai Usaha BULAN membawa ROKET ke MARIKH Langsung tak balik-balik KE BUMI kerana sosat.

Ambo jangan marah, gurau je. -:)"

asyMok_Aambo said...

:)

Unknown said...

Sedih... kenapa pemimpin melayu susah nak faham kehendak melayu islam itu sendiri...sudah selesa sangatkah mereka di atas sana sampai lupa anak bangsa. bagi pemimpin bukan melayu tu ingatlah asal usul. kita ni saling kebergantungan. jalankanlah tanggungjawab dengan jujur dan ikhlas.

satria mivec said...

pada saya sape pon yang menang tetap sama. tiada manfaat kepada orang melayu. semua peruntukan tidak diberikan kepada orang melayu. sedangkan jika kita pikir pemimpin BN adalah seorang melayu dan juga islam. tetapi langsung tidak membela nasik kaum dan juga agama sendiri. pada pandangan Dr. adakah kita patut terus menyokong beliau?isu judi bola jelas menununjukan umno lagsung tidak memikirkan tentang orang melayu dan juga islam. jadi kenapa kita mesti pertahankan orang ini? sudah banyak skandal melibatkan beliau dengan rasuah dan sebagainya. duait berjuta juta diberikan kepada orang bukan melayu. jadi ape salahnya klu diberikan kepada PR utk memerintah. berikan 5 tahun untuk melihat perubahan. sekurangnya pemimpinnya juga seorang melayu dan juga islam. mana lah tahu ada perubahan yang lebih baik.

reflective pen said...

Tuan blogger yg dihormati,

terus terang saya sebagai anggota kaum yg tuan rujuk sebagai ultra kiasu itu sungguh terguris bukan dengan 'fakta' yg tuan lampirkan , tetapi dgn cara tuan membawa konsep 'kita' dan 'mereka'.Sy telah membaca beberapa rencana tuan dan mendapati tuan merujuk diri sebagai Melayu, dan pada tuan Melayu telah dipijak oleh kaum lain.'Mereka' pula diperlihatkan sbg rakus dan ingin merampas hak Melayu.

Tuan,
Pd hemat saya,tuan telah membuat overgeneralization yg akan meracuni bangsa Melayu.Sekadar menegur ke arah memperkasakan jati diri tidak memerlukan tuan untuk memecahbelahkan bangsa Malaysia.Jika tuan merujuk 'kami' sbg kaum 'ultra kiasu',tidakkah tuan bagai kacang lupakan kulit?Tuan dr kaum 'kami' juga.Jika terdapat Cina & India rakus, ada juga Melayu yg rakus.Jika ada Melayu yg baik,ada juga golongan 'kami' yg baik.

Penghakimamn tuan terhadap 'kami' menunjukkan kemanusiaan tuan telah hilang.Adakah warna kulit penentu sifat sesuatu bangsa?Adakah pilihan parti politik peribadi mencerminkan betapa kasihnya warganegara terhadap negaranya?

nampaknya tuan sapu habis parti pembangkang sbg 'musuh negara'.Mengapa berlaku tsunami politik sekarang?Bukannya rakyat membenci kerajaan sedia ada tapi rakyat tidak mahu pemimpin politik tempatan yg sekadar duduk dan kurang membantu rakyat.Tiada pencapaian apa2.

akhir kata,jika sy tersilap tafsir tulisan tuan,sy memohon maaf.

Unknown said...

betul kata Dr RT!!

parti komponen BN seharusnya muhasabah diri dan buat post-mortem bagi sebab-akibat kehilangan sokongan pengundi, bukannya menuding jari pada dasar yang dilaksanakan UMNO sebagai punca kegagalan partiparti komponen tersebut.

Apabila kita sendiri tidak mencapai kejayaan, mundur dan ketinggalan, kita seharusnya insaf sendiri, bukannya menyalak di sana-sini, menyalahkan orang lain.

Anonymous said...

Tuan tolong gerakkan satu usaha untuk memohon bantuan untuk adik Muhammad Danial Hakimi yang memerlukan bantuan perubatan.

Sila HUBUNGI Puan Mas Inzati,ibu kepada adik Danial di no. ini: 017 372 9230 dan terus ke Kg Bukit Lanchong untuk berjumpa sendiri dengan Puan Mas Inzati.

Mohon tuan mengesa wakil rakyat ISLAM terutamanya UMNO dan PAS dan semua insan yang berkemampuan untuk sama-sama membantu Adik Muhammad Danial Hakimi.

Beritahu semua YB jgn sibuk berpolitik tetapi terlupa akan RAKYAT yang susah dan yang memerlukan bantuan.

Saya dan rakan dah berjaya mengumpul RM3,000 untuk adik Danial.

HArap tuan dapat membantu usaha murni ini.

semoga Allah memberkati semua.

tokgaru said...

Salam Ustaz Ridhuan

Saya kagum dengan gaya penulisan anda. Saya respek dengan anda kerana anda berani kritik pemimpin BN. Yang Umno kena sebiji. Yang MCA pun pernah kena sebiji. Cuma yang saya tak pernah terserempak adalah anda sentuh MIC.

Dalam keadaan Samy Vellu duk terkam dan mencakar orang2 dia sana dan sini ... rasanya elok juga kalu anda cuit sikit2.

Yang paling menarik kali ni. Bila anda kata pemimpin Umno yang ada kedudukan dan kuasa duk kira nak kejar celebriti. Depa pun nak tumpang glamour celebriti juga la tu.

Bila duk gila kejar celebriti, mana ada cukup masa nak fikir pasal nak jaga kebajikan rakyat.

Tau2 bila tiba pilihanraya, duk ingat boleh menang, rupa2nya "terbungkus" ..... Duk ingat rakyat termakan budi dengan bantuan berjuta2 dan berbillion2 yang datang tah dari mana masa nak mengundi. Masa tak dak pilihanraya berbuih mulut rakyat minta, tak di layan pun. Masa nak mengundi minta lah apa saja hatta bulan dan bintang sekali pun. BN pasti akan tunaikan, sanggup hantar roket naik ke langit, bawa turun bulan dan bintang, janji sanggup bagi undi kepada BN.

Harap2 Umno (BN) dah mula celik kerana rakyat lebih dulu celik. Nak bagi bantuan kami ambil. Bodoh lah kami kalu orang nak bagi kami tolak. Itulah sifat pengundi hari ni.

Kesian dekat Umno (BN) yang telah "terkena main" dengan para pengundi bandar dalam PRK Hulu Selangor dan Sibu. Curah macam2 bantuan kepada pengundi bandar, tapi sudahnya "terbungkus" juga. Pengundi luar bandar " melayu " bagi sikit2 pun depa undi BN juga, kalu tak bagi langsung pun depa tetap undi BN juga. Sebab tu la dalam setiap kali pilihanraya kecil kita sering dengar kerjaan memberi bantuan berjuta2 dan berbillion2 kepada SRJKC dan SRJKT. Sebab nak tarik undi kaun cina dan india. Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Agama, bagi 5K - 10K tu dah kira banyak dah. Kalu tak bagi sekupang pun tak apa, melayu dijamin sokong BN. Buktinya, bila peti undi kawasan melayu dikira, majoriti pangkah dacing.

Sedangkan bila peti undi kawasan bukan melayu dikira, undi banyak pergi kepada PR daripada yang datang kepada BN. Kesian kepada Umno (BN), segala bantuan yang diberi ibarat mencurah garam ke laut atau ibarat mencurah air di daun keladi.

So dengan itu maka terjawab lah akan rintihan Ustaz Ridhuan Tee berkenaan sekolah kebangsaan dan sekolah agama di tempat lahir beliau yang tidak mendapat pembelaan dari pemerintah.

Nasihat Tokgaru ... " tiada gunanya ustaz merintih dan meratapi nasib, berserah dan bertawakkal lah kepada allah "

Semuga ustaz tak merasa jemu menulis untuk menyedarkan sedara sesama seagama walaupun mereka tak sebangsa dengan ustaz. Kerana kalu nak harapkan seorang ustaz yang sebangsa dan seagama dengan mereka menulis seperti yang ditulis oleh ustaz, saya rasa mustahil akan ada yang berani dan sejujur-ikhlas macam ustaz.

Syabash Ustaz Mohd Ridhuan Tee Chuan Seng. As a malay and a muslim, I really salute you. I hope there will be some malay ustaz joining in to share view and mind in your blog.

BUDAK LEKIR said...

Untuk memenangi hati Muslim maka kesedaran yang paling utama ialah menyedarkan semua muslim bahawa mereka sepatutnya menjadi contoh kepada umat lain selari dengan konsep Islam Adalah Cara Hidup.

Bagaimana Muslim hendak diangkat kiranya masih ramai muslim yang masih membudayakan barat, menjadikan artis sebagai pujaan, menjadikan hiburan sebagai teman setia.

Kerana berpolitik Muslim masih belum sepakat dalam isu agama. Isu kalimah Allah masih tidak menunjukkan kekuatan Muslim.

Kerajaan berusaha menerapkan nilai-nilai Islam kedalam semua urusan namun jika tersasar terus dihentam tanpa belas.

Kerajaan tidak pernah mengabaikan kepentingan syiar Islam walaupun tidak digembar-gemburkan kerana urusan kabaikan bukan untuk dihebohkan.

pohon subur said...

Mufti - mufti pro UMNO dah resign atau bercuti?....setengah setengah negeri rakyat tak kenal pun siapa muftinya...pelik-peliiik!

UMMATAUNWASOTO said...

Assalamu 'alaikum.

Alhamdu lillah! Kerajaan negeri P. Pinang yang diperintah oleh bangsa ULTRA KIASU mendahului negeri-negeri lain mengisytihar negeri itu mengharamkan judi sukan bola!

Ini contoh Pimpinan Melalui Teladan!
Bukan Pimpinan Cakap Tak Serupa Bikin!

Beberapa Majlis Daerah kerajaan tempatan yang diperintah oleh sekutu ULTRA KIASU juga mengharamkan premis niaga untuk tujuan perjudian sukan!

'Tahniah' dan 'Terima kasih' saya ucapkan kepada puak ULTRA KIASU dan sekutunya! Semoga Tuhan Maha Esa terus memberikan hidayah kepada kamu dan meneguhkan pendirian kamu menentang kemungkaran. Amin Ya Rabbal 'Alamin.

UMMATAUNWASOTO said...

Sesiapa yang Allah memberikan hidayah maka dialah yang terbimbing, dan sesiapa yang Allah sesatkan maka tiadalah sesiapa boleh membimbingnya!

Semoga Allah kekalkan kita di atas jalan Islam sehingga akhir hayat.

yasin said...

Alhamdulilah,saya tergerak hati untuk membaca tulisan2 Dr yang terbaru dan sebelum ini. memang kebanyakkan pendapat Dr berbentuk ilmiah di samping luahan hati tentang fenomena politik tanah air.
Namun saya kurang senang apabila Dr memuji-muji Parti UMNO dan Perdana Menteri yang ada sekarang. untuk apa menghargai seorang yang secara terang terlibat dengan pelbagai salah laku,rasuah,dan sebagainya. mengapa kita hendak menutup menyelimutkan bangkai gajah yang mati dengan sehelai daun pisang yang kecil, sedangkan bau busuknya telah menusuk ke hidung. mungkin pendapat saya tidak disertakan dengan fakta dan bukti, namun begitu lah hakikatnya. bagi saya UMNO/ BN hanya parti yang menyusahkan rakyat. kerangka pemikiran yang telah dibina BN sejak 52 merdeka telah berjaya memerangkap masyarakt malaysia. mereka walaupun melihat kejahatan dan kemungkaran yang dibuat oleh pemimpin2 BN ,namun masih menanggap dasar atau keputusan yang dibuat oleh kerajaan dalam sesuatu perkara itu masih baik.

Pepecahan yang berlaku di dalam masyarakat malaysia bagi pendapat saya adalah kerana amalan politik perkauman yang disuburkan oleh parti2 komponen BN yang sememangnya mengharapkan sokongan kaum masing-masing melalui tiupan sentimen perkauman. hinanya strategi sedemikan demi terus berkuasa.

Namun proses kematangan berpolitik telah berkembang, masyarakat beranjak ke satu lagi tahap, cuba meninggalkan politik perkauman kepada politik baru yang lebih bersifat sejagat. hal-hal keadilan,kemanusian,ketelusan,hak sama rata dan sebagainya dititik beratkan. jadi masyarakat melihat kerajaan sekarang gagal untuk memenuhi konsep politik baru yang mereka inginkan.

kemenangan pakatan rakyat dalam pru ke 12 dan beberapa prk selepas itu menggambarkan hegemoni BN semakin terhakis. walaupun begitu, BN tidak pernah menggambil iktibar,sebaliknya terus membebankan rakyat dengan pelbagai masalah daripada sekecil-kecil isu hingga sebesar-besarnya. semuanya dengan 1 alasan yang tidak munasabah "kerajaan tidak dapat menanggung beban lagi"
Jadi buat apa jadi kerajaan. meraka sanggup belanja 77 juta setahun untuk apco "zionis" tapi tidak sanggup memberi sedikit nafas dan keselesaan buat rakyat...

Apabaila wang rakyat habis dijoli,maka mereka mula melaksanakan pelbagai peraturan dan langkah baru bagi menggikis kocek rakyat. Adakah pemimpin macam ini masih lagi hendak dipuji walaupun urus tadbir kerajaan tidak dilaksanakn dengan amanah sejak 52 tahun sehingga memberi kesan kepada pepecahan orang melayu islam dan orang bukan islam di malayasia...

walaupun UMNO tidak harus dipersalahkan 100 %, namun UMNO lah punca segalanya.....UMNO tidak inginkan Islam,mereka hanya menggunakan islam dan orang melayu untuk terus berkuasa..sejarah telah membuktikan UMNO adalah parti tinggalan penjajah yang dibenarkan untuk terus berkusa takkala lain2 parti diharamkan suatu masa dulu, dan mereka tidak pernah berubah walaupun pemimpin silih berganti..

nurmisnan said...

salam salam
apa yang penting kerjasama...

kalau masing2 pentingkan parti dan pangkat untuk menang tanpa berfikir apa kehendak rakyat, jangan harap parti2 lain akan bubar..

saya bercakap bukan berpihak pada parti A B C @ C. kalau nak menang mcm2kempen dibuat. tak kira le pertolongan apa pun. selepas menang adakah mereka ambil kisah?? kes ni pernah terjadi di Kota tinggi.. Dan yang berkempen pun bukan calang2 VIP.

tak percaya??? sendiri mau ingat

Unknown said...

Menghalalkan sesuatu yang haram (judi) untuk memerangi perkara haram tersebut. Suatu konsep yang menarik. Tidak lama lagi, lesen akan dikeluarkan untuk pelacur supaya mereka boleh menjual tubuh secara sah.

Unknown said...

Apabila parti pembangkang atau parti ultra kiasu (parti yang sangat dibenci Dr tee) membangkitkan sesuatu isu yang berkait dengan agama dan moral, mereka yang bergelar "golongan alim" seperti Dr tee lantang bersuara dengan prinsip berani kerana benar, menentang habis-habisan, nak lancarkan perang jihad dan bla bla...Apabila kerajaan BN hendak mengeluarkan lesen judi bola, golongan ini hanya mendiamkan diri, tiba-tiba menjadi cacat:pekak, bisu, buta dan jadi kiasi. Sungguh melucukan dan menyedihkan. Golongan ini dipanggil " spesies harimau tikus".

dino said...

Ada golongan yang akan cepat mengambil kesempatan keatas isu yang boleh diputar belit seperti oleh saudara Soon tu yang sudah pasti selalunya komen yang akan selalu menyebelahi puaknya kerana puaknya tiada halalnya dan tiada haramnya.Senang untuk berkata mencemuh, membidas cuma belum samapai ketahap kurang bahasa dalam tapak blog ini seperti rakan rakan diblog blog yang menggodam sesuatu puak. Memang senang melontar kata tanpa berfikir. Memang kalau membaca rencana Dr. T. akan terasa lah pedas sesiapa yang makan cili.....