Semua artikel adalah pendapat peribadi. Anda berhak untuk tidak meneruskan bacaan atau tidak mengakseskan blog ini serta merta jika anda tidak bersetuju dengan pemikirannya. All the articles written are the personal views. You have absolute rights not to continue reading or to discontinue accessing this blog immediately if you are disagreeable with the personal views.

Tuesday, November 14, 2006

PERSEPSI ORANG CINA TERHADAP ISLAM HADHARI

9:57 PM Posted by RIDHUAN TEE 6 comments
PERSEPSI ORANG CINA TERHADAP ISLAM HADHARI

Mohd Ridhuan Tee Abdullah
Dip. Islamic Studies, UIA, BA (Hons) Sains Politik UKM,
MA Analisis Polisi dan Keselamatan UKM
(Pelajar Ph.D Fakulti Ekologi Manusia, UPM (GS15559)


1. Latar Belakang

Apabila membicarakan soal masyarakat Cina, kita tidak dapat lari daripada menyentuh serba sedikit tamadun mereka yang telah bertapak lebih daripada 4000 tahun dahulu atau 2000 S.M . Menurut Paul Kennedy, tamadun Cina telah diakui dunia adalah antara tamadun terbilang dalam sejarah peradaban manusia terutama ketika pemerintah Dinasti Ming. Antara semua tamadun sebelum zaman moden, tiada ada sebuah pun yang lebih maju, bahkan lebih gagah, daripada tamadun di China . Tamadun antara yang tertua di dunia ini mempunyai keistimewaan tersendiri seperti tahan lama, mempunyai kawasan yang luas dan penduduk yang ramai, pentingkan unifikasi, pentingkan keharmonian dan moral, berinteraksi, dinamik, mendukung ajaran falsafah dan mementingkan penggunaan teknik .

Ajaran Confucius adalah antara yang paling berpengaruh dalam masyarakat Cina . Begitu juga dengan ajaran Buddha dan Taoisme . Ketiga-tiga ajaran ini masih berpengaruh dalam budaya masyarakat Cina walaupun mereka tidak berpegang kepada hanya satu ajaran sahaja. Mereka boleh menerima ketiga-tiga ajaran menjadi pegangan mereka serentak.

Many Chinese will have difficulty in telling you whether a god or a hero is a Buddhist or a Taoist deity, while the Buddhist have admitted a number of gods, originally Taoist, into their pantheon .

Seperti yang dinyatakan dalam bulletin MCA, The Guardian:

…we are interested in the study of Confucianism because this school of philosophy has been an important element in Chinese culture for more than two thousand years. It shape China through a class of bureaucrats or Mandarins steeped in Confucianist learning. Reformers and leaders in the past tried to use Confucianism as a programme for social and political change in China and Southeast Asia. It continues to exercise influence today. Some economic transformation in East Asia in recent years could be linked to Confucianist values .

Kenyataan di atas juga diperakui oleh de Bary

If we were to characterize in one word of the Chinese way of life for the last two thousand years, the word could be ‘Confucian’. No other individual in Chinese history has so deeply influenced the life and thought of his people, as a transmitter, teacher and creative interpreter of the ancient culture and literature and as a moulder of the Chinese mind and character

Pengaruh peradaban dan ketamadunan ini telah bertapak dalam hati masyarakat Cina sejak turun-temurun. Justeru, bukan mudah untuk mengikisnya. Orang Cina memang bangga dengan tamadun mereka. Seboleh-bolehnya mereka cuba untuk mengekalkan tamadun ini walaupun keadaan hidup mereka semakin berubah. Dengan sebab itu penentangan demi penentangan dilakukan terhadap segala dasar terutama yang boleh memudarkan identiti budaya mereka seperti isu bahasa dan sekolah Cina . Sedang semua sedia maklum bahawa hanya di Malaysia sahaja sekolah Cina masih kekal dengan identitinya berbanding negara lain yang mana orang Cina menjadi minoriti. Di Singapura yang majoritinya kaum Cina pun tidak lagi mempraktikkan bentuk sekolah Cina seperti yang ada di Malaysia .




1.1. Islam dan Cina

Islam bukanlah satu agama baru kepada orang Cina sebab berdasarkan kepada sejarah, Islam telah sampai ke Cina beberapa dekad selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW . Di Negeri China, agama Islam dipanggil sebagai “Hui” atau “Qing Zhen”. Agama Islam adalah antara agama yang amat dihormati di sana terutama selepas dasar buka pintu dan reformasi yang dilakukan oleh kerajaan Cina .

Begitu juga dengan pengaruh Cheng Ho sehingga kini masih bertapak dalam hati masyarakat Cina. Cheng Ho adalah seorang sida istana, juga seorang ahli pelayaran yang mahir dan panglima yang cekap. Pelayarannya yang pertama adalah di Malaysia dan Indonesia dalam melebarkan lagi kekuasaan China ketika itu . Beliau dikatakan telah tiba di Melaka dalam tahun 1408 . Beliau juga dikenali sebagai Sam-po-Kong. Sehingga ke hari Sam-po-Kong (Cheng Ho) masih disembah oleh kebanyakan masyarakat Cina sama ada di rumah mahupun di pusat penyembahan. Dalam bahasa Melayu, orang Cina mengistilahkannya sebagai Datuk Keramat. Segala bentuk penyembahan dan mesti menggunakan makanan yang halal dan peralatan yang suci bagi tujuan tersebut . Di Pulau Pinang, Melaka, Terengganu, Sarawak, Singapura, Campa, Jawa Tengah dan Thailand, terdapat patung Sam-po-Kong yang diukirkan khas menjadi penyembahan masyarakat Cina .

Ini bererti bahawa pengaruh Islam kepada masyarakat Cina telah lama bertapak. Malah hubungan baik antara orang Cina dan Islam dari segi kehidupan beragama telah lama terjalin. Cheng Ho adalah seorang Muslim yang taat dan amat menghormati agama orang Cina iaitu Buddha dan Taoism. Beliau tidak melarang anak kapalnya menganut agama Buddha dan Tao walaupun beliau sendiri beragama Islam . Malangnya, tokoh Cheng Ho ini tidak diwar-warkan oleh orang Islam sendiri. Sebaliknya, pengkaji-pengkaji Cina bukan Islam lebih berminat membuat kajian tentang Cheng Ho tanpa mengaitkan sumbangan Islam yang telah dibuat. Akibatnya, Islam tidak bertapak di hati masyarakat Cina. Persepsi mereka terhadap Islam juga tidak melihatkan sesuatu yang positif.

Namun, walaupun China kaya dengan sejarah Islamnya, sehingga hari ini ia masih disalahfahamkan. Dengan sebab itu kita dapati amat sukar untuk orang Cina menerima hakikat sekira anaknya mengambil keputusan memeluk Islam berbanding memeluk agama lain. Bagi mereka memeluk Islam bermakna telah diMelayukan .

Thus, the general rejection of Islam by Chinese Malaysians is not so much a rejection of the religion but disapproval of discarding Chinese identity

Islam disamakan dengan Melayu, Melayu pula disamakan dengan Islam. Inilah proses sosialisasi politik yang telah berlaku sekian lama dan agak kurang langkah diambil untuk memperbetulkan salah faham ini. Hasilnya, tidak sampai 1% (0.4% ) orang Cina yang memeluk Islam di Malaysia. Yang jelas, prejudis pula semakin menebal.







2. Proses Sosialisasi Politik

Sosialisasi politik adalah suatu proses. Menurut Maran, sosialisasi politik adalah suatu proses yang memungkinkan seseorang individu mengenali sistem politik, yang kemudian menentukan persepsinya terhadap politik serta reaksi-reaksi terhadap gejala-gejala politik. Alex Thio dalam buku Sociology: An Introduction juga bersetuju dengan pandangan ini di mana pada beliau sosialisasi politik adalah proses dengan mana individu-individu memperolehi pengetahuan, kepercayaan-kepercayaan dan sikap politik . Bagi Alan R. Ball, sosialisasi politik bukanlah satu proses yang terbatas pada zaman kanak-kanak sahaja, iaitu zaman yang mudah dipengaruhi tetapi ia berterusan sehingga ke zaman dewasa . Bagi Almond dan Verba, ia boleh berlaku sama ada secara langsung atau tidak langsung . Inilah proses yang dilalui oleh setiap manusia yang tidak dapat dielakkan sama sekali. Persoalannya, sejauhmanakah pengaruh proses sosialisasi ini? Bagaimana sesuatu kepercayaan dan persepsi itu dibentuk atau terbentuk? Perkara inilah yang akan dikaji dalam penyelidikan ini. Secara umumnya, proses yang dilalui adalah seperti berikut:

Sosialisasi  Keperibadian  Kepercayaan Politik  Tingkahlaku Individu  Corak Tingkahlaku Berkelompok

Secara umum, masyarakat Cina digambarkan seperti petikan berikut:

The Chinese have always been regarded as most tolerant in matters of religion. We know that they have no scruples about food like the Mohammedan; they have no caste system like the Hindus. We know that they have no special restrictions about entry to their temple, that they frequent them in free and easy undress, and although they adherents of Buddhism, Confucianism, or Taoism, we know that they tolerate the sects they do not belong to and often conform to two or even all three of the cults simultaneously .

Berdasarkan petikan ini, maka jelas sekali bahawa masyarakat Cina adalah mudah dibentuk jika betul cara dan gayanya. Petikan berikut mungkin ada kebenarannya.

About Chinese political culture we do have difficulty making assumptions because they are under new circumstances that greatly differ from those of their homeland. But generally we can say that they are influenced by the Malay political culture beside of course, their own religion, norms and customs .

Tetapi kita perlu faham adakah pengaruh Melayu benar-benar telah memberikan persepsi yang positif terhadap agama Islam dan bangsa Melayu itu sendiri?

The Chinese still have more resistance to their members becoming Muslims than becoming followers of other religions. This is largely due the fact that in Malaysian society, Islam is very much associated with the Malay identity. As Islam becomes less communalized and less politicized it may be expected that more Chinese Malaysians will become Muslim. Nevertheless, Chinese Religion will undoubtedly continue to be the major religious tradition of most Chinese Malaysians

Kenyataan Tan Chee-Beng ini amat tepat. Inilah keadaan sebenar yang berlaku rata-ratanya di kalangan masyarakat Cina. Pengaruh Melayu tidak banyak mempositifkan imej agama yang dianuti oleh orang Melayu, tetapi menjadi mengelirukan lagi apabila agama Islam disamakan dengan bangsa Melayu. Apabila persepsi ini telah bertapak dalam sanubari masyarakat Cina akhirnya sesuatu perkara yang baik dalam agama yang ingin disampaikan kepada mereka tidak kesampaian.

Apatah lagi dengan wujudnya agen-agen lain yang turut mempengaruhi proses sosialisasi seperti yang dikatakan oleh Michael Rush seperti pengaruh rakan sekerja, pekerja dan majikan kesatuan sekerja, pertubuhan-pertubahan sukarela, pertubuhan-pertubuhan sukan, sosial dan sebagainya. Interaksi antara agen-agen ini banyak mempengaruhi pembentukan peribadi dan persepsi seseorang. Pendekatan Stephen A. Douglas dan Mehran Kamrava juga mempunyai kaitan rapat dengan pembentukan persepsi ini. Katanya dalam membuat kajian terhadap sosialisasi politik maka beberapa perkara berikut harus diberi pertimbangan iaitu pengalaman sosialisasi politik yang berlaku, sosialisasi yang berlaku sepanjang hayat seseorang, pengaruh sejarah dan persekitaran yang berubah, interaksi antara agen-agen tersebut dan personaliti seseorang. Kesemua proses ini boleh berlaku secara semulajadi (nature) dan proses pembelajaran (nuture). Mengambil kira pendekatan Piaget, akan berlaku proses kognitif melibatkan tiga perkara utama iaitu asimilasi (assimilation), penyesuaian diri (accommodation) dan keseimbangan (equilibration).




3. Agen Sosialisasi Politik

Terdapat dua agen yang begitu dominan dalam proses sosialisasi politik yang dibincangkan dengan panjang lebar oleh sarjana-sarjana politik dan sosiologi iaitu agen keluarga dan sekolah yang boleh berlaku dari sudut nature dan nurture. Boleh dikatakan kesemua sarjana yang membuat kajian sosialisasi politik bersetuju bahawa dua agen ini asas ini yang membentuk kepercayaan dan persepsi seseorang individu itu. Robert E. Dowse dan John A. Hughes dalam bukunya Political Sosiology membahagikan agen-agen ini kepada dua iaitu utama dan sekunder. Faktor keluarga dan sekolah adalah utama, sementara yang lain-lain adalah sekunder.

People are not born with political ideas, nor do we manufacture them: We learn them through a process called political socialization. Beginning in early childhood and throughout our lives we are exposed to a variety of individuals and groups known as agents for political socialization. These individuals or groups teach us about their political opinions and the workings of the political system. Some of these agents have a greater impact on our independent personal beliefs than others. Agents for political socialization include; our families, schools, peer groups, media, and secondary groups .

Secara peribadi, penulis boleh bersetuju dengan pendapat ini, tetapi oleh kerana kajian sosialisasi adalah suatu yang relatif, tidak semestinya agen-agen utama dan sekunder berlaku secara berturutan walaupun secara semulajadinya (nature) ia boleh berlaku sedemikian. Kekuatan pengaruh agen ini mungkin berubah melalui proses pembelajaran (nuture). Ia bergantung kepada sejauhmanakah penerimaan dan pencernaan individu terbabit terhadap proses sosialisasi yang berlaku sepanjang kehidupan terutamanya apabila meningkat dewasa. Justeru, agen-agen lain seperti media massa, elektronik, rakan sebaya, pertubuhan sukarela, pertubuhan sekerja, kerajaan dan agensi-agensinya, parti-parti politik dan sebagainya tidak boleh dinafikan akan pengaruh dan kesan yang akan dibawa.

3.1. Keluarga dan Institusi Pendidikan

Boleh dikatakan semua sarjana politik mencapai kata sepakat bahawa agen keluarga dan pendidikan adalah unit asas dalam membuat kajian terhadap sosialisasi politik. Hyman amat menekan agen keluarga dan pendidikan sebagai faktor yang dominan membentuk orientasi politik dan partisipasi politik dalam proses sosialisasi .
The family, educational system, peers, mass media of communication and important political events all have socializing effects; but the first two of these agencies have had most intensive scrutiny.
The family plays a major role as an agent for political socialization, because it has the earliest access and most influence. Through parents children can feel a sense of belonging to a particular political party. This feeling of belonging can become very resistant to change throughout their adult lives. When parents discuss their political opinions in the home; their children absorb this information and tend to adopt their views.
Faktor ini turut dipersetujui oleh Langton , M. Kent Jennings, Richard G. Niemi, Steven H. Chaffee, Jack M. McLeod dan Daniel Wackman. Namun demikian, Allan R. Ball mempunyai pendapat yang agak berbeza, baginya lebih lama jangka masa pendidikan formal dan lebih tinggi kecerdasan kanak-kanak itu, semakin berkurangan pula pengaruh ibubapa. Ia juga bergantung kepada perhubungan dengan agen-agen sosialisasi yang lain . Dalam konteks masyarakat Cina di Malaysia, isu bahasa telah menjadi tidak boleh dipisahkan apabila memperkatakan soal proses sosialisasi politik terutama dalam konteks keluarga dan pendidikan.
Chinese education and language have been important communal issues to the Chinese in Malaysia just like Islam in tha major issue to the Malays
Menurut Tan Liok Ee, isu pendidikan Cina merupakan isu yang amat sensitif dalam politik Malaysia kerana masyarakat Cina amat mementingkan identiti mereka . Dalam kajian yang dibuat oleh Yew Yeok Kim dalam tesis Sarjana dan Ph.D mengenai pendidikan masyarakat Cina , beliau menemui beberapa finding mengenai sikap dan tingkah orang Cina (pelajar). Terdapat perbezaan sikap (persepsi) antara pelajar Cina yang mendapat pendidikan sekolah Cina dengan pelajar Cina yang mendapat pendidikan Inggeris. Pelajar Cina yang mendapat pendidikan Inggeris kurang identiti nasional, lebih mudah bergaul dengan bangsa lain dan memudahkan proses integrasi nasional. Manakala pelajar yang mendapat pendidikan sekolah Cina adalah sebaliknya. Keadaan menjadi semakin buruk apabila wujudnya parti-parti politik berasaskan kaum yang menjadikan institusi keluarga dan pendidikan dalam mendepani isu ini dan proses sosialisasi yang berlaku.
Politics has mainly been articulated in communal terms. Most political parties have organized along ethnic lines, and have sought to maximize political power and economic benefits for a particular ethnic group, and promote group interests in areas such as language, education and culture. Conflicting demands have been mediated by leaders of the multi-ethnic governing coalition.….. Malay-Chinese rivalry has been the main centre of conflict, but Malay relations with indigenous groups in Sabah and Sarawak have also been difficult .
Insitusi pendidikan masyarakat Cina amat dominan apabila memperkatakan mengenai proses sosialisasi politik. Isu ini dibincangkan panjang lebar oleh Kenneth Langton dan M. Kent Jennings . Pengaruhnya kadang kala ia lebih dominan daripada agen keluarga terutama apabila memperkatakan proses yang dilalui oleh masyarakat Cina. Perjuangan masyarakat Cina terhadap status pendidikan sekolah Cina tidak pernah berubah dari dahulu sehingga ke hari ini. Isu popular ini terus digunakan dalam meraih simpati dan undi masyarakat Cina. Bermula sebelum merdeka, Laporan Barnes dan Fenn-Wu (1951) , dan selepas merdeka, Laporan Razak (1957), Laporan Rahman Talib(1960), Akta Bahasa Kebangsaan(1967) dan sehingga ke hari ini, isu pendidikan bahasa dan Sekolah Cina tidak pernah putus dan sentiasa menjadi ugutan politik kepada kerajaan Barisan Nasional khasnya UMNO. Demi survival politik, kerajaan terpaksa tunduk kepada tekanan-tekanan ini walaupun idea sekolah wawasan yang ingin mengintegrasikan kesemua sekolah berasaskan kaum ini di bawah satu bumbung telah lama juga disuarakan.
Kesannya, sekolah Cina kekal dengan identiti kecinaannya. Integrasi nasional masih lagi jauh untuk dicapai akibat proses sosialisasi ini. Dalam hal ini kata-kata Watson dalam artikel bertajuk “Education and Cultural Pluralism in South-East Asia Special Reference to Peninsular Malaysia” amat tepat sekali. Menurut beliau bahasa adalah persoalan yang merumitkan dalam masyarakat yang berbilang kaum kerana ia boleh menjadi penghalang kepada integrasi jika kumpulan ras dan etnik yang berlainan mahukan pengekalan bahasa-bahasa mereka sebagai alat untuk menyampaikan kebudayaan dan nilai-nilai sosial, dan jika mereka menolak satu konsep bahasa kebangsaan . Walaupun hujah beliau ini tidak boleh dijadikan asas kukuh dalam mengukur keberkesanan integrasi nasional, sedikit sebanyak sistem yang wujud telah menyebabkan jurang interaksi kaum menjadi longgar. Islam masih lagi dianggap suatu yang asing sepertimana yang disebutkan oleh Tan Chee-Beng dalam kajiannya mengenai pandangan orang Cina terhadap agama Islam.
3.2. Media Massa/Elektronik/Budaya Popular
Persepsi masyarakat Cina menjadi semakin serius apabila media memperbesar-besarkan (sensasi) isu-isu yang berhubung kait dengan agama Islam dan bangsa Melayu, terutama pertelagahan politik antara kerajaan (UMNO) dan pembangkang (khasnya PAS dan Keadilan). Isu agama dipergunakan sewenang-wenangnya tanpa memikirkan akibat dan kesan yang akan berlaku terhadap agama dan bangsa. Sekali lagi factor ini menjadikan Islam tidak dapat dimartabatkan dengan sewajarnya.
Thus political socialization is the process by which people form their ideas about political issues and absorb political values. In early life, we are strongly influenced by the family and the educational system. As we grow up, however the influence of our peer groups and of the mass media including television and the newspapers, is stronger .
Schwartz dan Mannella mempunyai pandangan yang agak berbeza berbanding sarjana yang membuat kajian tentang sosialisasi politik (Dawson dan Prewitt, 1969; Dennis, 1973; Greenstein, 1965; Hess dan Torney, 1967; Hyman, 1959; Jaros, 1973) yang meletakkan agen keluarga dan sekolah adalah yang paling dominan dalam proses sosialisasi politik. Sarjana lain yang bersependapat tentang pengaruh media massa adalah Robert G. Meadow , Charles K. Atlan dan David Easton .
Hujah ini turut dipersetujui oleh Steven H. Chaffee, L. Scott Ward dan Leonard P. Tipton yang tidak sependapat dengan sarjana-sarjana klasik yang membuat kajian mengenai sosialisasi politik yang mengenepikan pengaruh pengaruh media massa (elektronik) dan juga budaya popular . Lebih hebat lagi kini dunia telah memasuki era teknologi maklumat (IT) dan komunikasi (ICT).
Sarjana-sarjana klasik sering mengenepikan pengaruh media massa dan budaya popular. Kalau adapun mereka hanya menyentuh sepintas lalu sahaja. Sedangkan agen-agen seperti muzik popular, tayangan gambar, novel, iklan, drama, lawak jenaka atau khabar angin amat berpengaruh dalam proses sosialisasi politik. Banyak kajian membuktikan bahawa hari ini ramai orang terutamanya remaja menghabiskan masa dengan budaya popular ini. Ada bukti yang menunjukkan bahawa muzik popular mengandungi kandungan politik selari dengan apa nilai-nilai politik yang dipegang oleh kebanyakan keluarga dan guru.
Penulis amat bersetuju dengan pandangan Schwartz dan Mannella kerana dalam konteks kajian di Malaysia, unsur-unsur budaya popular merupakan agen yang amat berpengaruh dalam proses sosialisasi politik. Budaya popular ini yang dipelopori oleh media massa dan media elektroknik telah berjaya mempengaruhi daripada peringkat kanak-kanak hingga peringkat usia tua juga. Apatah lagi pada hari ini segala maklumat berada di hujung jari sahaja. Boleh didapati dengan begitu cepat dan pantas. Pengaruh internet sebagai budaya baru dalam proses sosialisasi politik pasti menjadikan kajian teori ini semakin hebat dan tidak berkesudahan. Tidak ketinggalan ia memberikan kesan yang hebat ke atas persepsi orang Cina terhadap Islam dan Melayu.
4. Analisis Kajian Persepsi Orang Cina

Apa juga program Islam yang dilaksanakan oleh kerajaan tidak mendapat gambaran positif daripada orang Cina kerana ia berkait rapat dengan persepsi yang telah wujud sekian lama. Ini kerana gambaran mereka terhadap Islam dari awal telah disalahfahamkan.

The government’s educational policy, which is biased towards expanding opportunities for educational advancement of Malays, has created a certain degree of frustration and disillusionment among non-Malays. The availability, or lack thereof, of educational opportunity could well be a critical factor shaping the political attitudes of a younger generation .

Mahathir Mohamed dalam buku Malay Dilemma mengatakan:

What went wrong? Obviously a lot went wrong. In the first place the Government started off on the wrong premise. It believed that there had been racial harmony in the past and that the Sino-Malay co-operation to achieve Independence was an example of racial harmony. It believed that the Chinese were only interested in business and acquisition of wealth, and that the Malays wishes only become Government servants. These ridiculous assumptions led to policies that undermined whatever superficial understanding there was between Malays and non-Malays

Bila berlaku perkara sebegini, interaksi semakin kurang. Ini sudah tentu menebalkan lagi persepsi antara kaum. Lebih malang lagi, Islam selalu digambarkan dalam media massa dan elektronik barat sebagai agama yang negatif, mundur, menentang perubahan dan pemodenan dan sebagainya. Memburukkan lagi keadaan dengan tindakan segelintir badan-badan NGO dan individu Islam yang sengaja memutar belitkan Islam sehingga menyebabkan agama Islam disalahfahamkan oleh bukan Islam.

Misalnya, isu serbuan JAWI ke atas kelab malam the Zouk . Adakah tindakan itu betul atau tidak? Kenapa ramai sangat yang menentang tindakan amar makruf nahi mungkar ini, sedangkan ia adalah isu semua agama? Begitu isu samak yang tidak ditangani dengan betul . Komen yang dibuat oleh penulis rencana tersebut, Astora Jabat ada kebenarannya. Peristiwa menyamak salah sebuah restoran di Kuala Lumpur dengan menggunakan air Lumpur pekat adalah sesuatu yang amat merugikan dakwah dan imej Islam di negara kita. Ia jelas memperlihatkan betapa susah dan rigidnya agama Islam. Sedangkan banyak pendekatan berhikmah lain boleh diambil dengan mengambil kira pandangan mazhab lain dalam menyelesaikan isu ini. Kenapa ia perlu diperbesar-besar sehingga semua media cetakkan mendedahkan perkara ini secara meluas. Pendek kata, apabila persepsi ini telah bertapak dalam sanubari masyarakat Cina, akhirnya sesuatu perkara yang baik dalam Islam yang ingin disampaikan kepada mereka tidak kesampaian.


Begitu juga dengan konsep perlaksanaan program-program atau aktiviti-aktiviti yang berbeza-beza yang semakin mengelirukan. Misalnya, di Terengganu, oleh kerana kawasan tersebut adalah merupakan kubu kuat pembangkang, maka program-program yang dilaksanakan dibuat secara berhati-hati agar tidak bertentangan dengan Islam kerana ditakuti ia akan dijadikan bahan kempen pembangkang untuk merampas kembali negeri tersebut. Program hiburan yang dijalankan berligar di sekitar persembahan lagi nasyid dan nyanyian berunsur ketuhanan dan patriotik.

Ini dibuktikan melalui kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Komunikasi Negeri, Wan Hisham Wan Salleh pada 26 Februari 2005. Dalam kenyataannya sebagai wakil Kerajaan Terengganu, beliau menafikan sama sekali telah memberi kebenaran kepada stesen televisyen swasta, TV3 bagi menganjurkan program berbentuk hiburan, Karnival TV3 Sure Heboh di negeri tersebut. Kerajaan negeri katanya tidak pernah dan tidak akan membenarkan karnival berkenaan atau yang seumpamanya, dibuat di negeri itu kerana ia mengandungi beberapa aktiviti seperti konsert oleh artis tempatan yang tidak menepati ciri-ciri Islam Hadhari. Sebaliknya, tambah beliau, kerajaan negeri telah membuat kerjasama dengan stesen televisyen itu bagi menganjurkan satu program Islam Hadhari yang bertujuan memberi kefahaman kepada rakyat negeri itu mengenai konsep Islam Hadhari. Beliau seterusnya menambah bahawa kerajaan tidak pernah beri kelulusan untuk adakan (Karnival TV3) Sure Heboh di Terengganu, bahkan kita telah ‘menghadharikan’ TV3 dengan menganjurkan Karnival Islam Hadhari yang akan diadakan di negeri ini pada 25 hingga 27 Mac depan dengan kerjasama stesen televisyen itu . Nama Karnival TV3 Sure Heboh digantikan dengan Perkampungan Hadhari.

Berlainan pula di negeri-negeri lain, konsep Karnival TV3 Sure Heboh dikekalkan. Program hiburan yang dijalankan sama berlainan sekali dengan apa yang berlaku di Terengganu. Mufti Perak secara terang-terang menyatakan bahawa Konsert Sure Heboh TV3 adalah haram dan bertentangan dengan nilai-nilai Islam (termasuk juga program TV yang lain seperti Malaysia Idol, Akademi Fantasia dan Persembahan Bakat Warga Tua). Kenyataan ini telah mendapat reaksi dan publisiti meluas dalam media. Mufti Perak dikecam dengan hebat akibat kenyataan tersebut, sedang Mufti itu sendiri adalah salah satu Jabatan dalam kerajaan dan digajikan juga oleh kerajaan .

Apakah makna semuanya ini? Islam mana satukah yang hendak dipamerkan? Di Terengganukah atau lain-lain negeri di Malaysia. Ini bermakna, Islam Hadhari mempunyai dua versi. Versi pro agama di Terengganu dan versi yang agak longgar di negeri yang lain. Imej sebegini sudah tentu tidak banyak mengubah persepsi orang Cina terhadap Islam. Banyak lagi contoh lain yang boleh diketengahkan boleh menimbulkan persepsi yang negatif.

Masyarakat Cina tidak boleh disalahkan apabila kekeliruan ini timbul kerana di kalangan orang Islam itu sendiri, terlampau banyak kekeliruan yang didedahkan. Dalam konteks politik, PAS Secara terang menolak konsep Negara Islam dan Islam Hadhari yang telah diutarakan oleh UMNO. PAS mengambil pendekatan menentang habis-habisan konsep Negara Islam dan Islam Hadhari UMNO melalui buku karangan presidennya, Hadharah Islamiyyah dan Bukan Islam Hadhari .

Presiden PAS dalam kenyataannya bertarikh 18 April 2005 mengatakan PAS tidak menerima konsep negara Islam yang dicanangkan oleh Umno kerana dianggap tidak mempunyai ciri-ciri sebenar sebuah negara Islam. Menurutnya lagi, bagaimana PAS mahu menerima Malaysia sebuah negara Islam sedangkan dalam masa yang sama pemimpin mereka melindungi amalan rasuah, melakukan kezaliman dan bersifat tidak adil kepada rakyat sendiri. PAS akan terus berjuang dengan untuk menegakkan Islam tanpa berganjak sedikit pun daripada matlamat asal. . Begitu juga UMNO menolak konsep Negara Islam yang dibawa oleh PAS.

Pada umumnya, orang Cina juga mempunyai tanggapan yang sama walaupun tidak keseluruhannya bersikap sedemikian. Dalam konteks politik Malaysia, ia dibuktikan melalui penentangan yang berterusan oleh DAP terhadap konsep Negara Islam yang dibawa oleh UMNO (BN) mahupun pembangkang (PAS). DAP yang majoriti partinya diwakili oleh orang Cina bukan sahaja tidak bersetuju malah akan membawa perkara ini ke mahkamah. Bagi mereka Malaysia harus kekal sebagai sebuah negara sekular. Mereka memetik kata-kata Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj pada tahun 1983 sebagai hujah utama untuk menolak sebarang perkataan Negara Islam ke atas negara Malaysia. “Don’t’ turn Malaysia into Islamic State” . Itulah kempen yang terus menerus digunakan sebagai senjata dalam kempennya kepada masyarakat Cina. DAP melancarkan kempen ‘No to 911, No to 929, Yes to 1957’ sebagai membantah keras sebarang usaha menubuhkan negara Islam. Lebih tegas lagi DAP membuat andaian, jika sekiranya Tunku Abdul Rahman, Tun Hussein Onn, Tun Fuad Donald Stephens dan Datuk G.S. Sundang masih hidup, mereka juga akan turut menyokong kempen tersebut dan menentang konsep negara Islam.

Former Prime Minister, Tun Dr. Mahathir Mohamad announced at the Gerakan national 30th delegates’ conference on 29th September 2002 (929) that Malaysia was an Islamic state. This 929 declaration constituted a tectonic shift in Malaysian nation-building, jettisoning the fundamental constitutional principle and nation-building cornerstone in the 44-year 1957 Merdeka “social contract” agreed by our forefathers from the major communities that Malaysia is a democratic, secular, multi-religious, tolerant and progressive nation with Islam as the official religion but is not an Islamic state .

Masyarakat Cina tidak boleh disalahkan apabila kekeliruan ini timbul kerana di kalangan orang Islam itu sendiri, terlampau banyak kekeliruan yang didedahkan. Apatah apabila mereka tidak dapat membezakan antara Melayu dan Islam.

Proses sosialisasi yang dibincangkan banyak mempengaruhi persepsi orang Cina terhadap Islam. Apatah lagi, masyarakat Cina percaya kepada perkara-perkara seperti apa yang telah berlaku pada masa lalu, masa kini dan masa depan seperti yang dinukilkan dalam Kitab Kuan Tzu yang berbunyi, “bagi orang yang meragui tentang masa kini, amatilah masa lampau. Bagi orang yang tidak memahami yang akan berlaku, lihatlah apa yang telah berlaku . Persepsi ini merangsang kepada tradisi pemujaan nenek moyang, satu ciri penting masyarakat Cina yang juga menjadi penggalak kepada kegiatan menulis, mencatat dan meriwayat. Dengan sebab itu, apa yang berlaku kepada masyarakat Melayu dahulu, kini dan akan datang sentiasa menimbulkan sensitiviti dalam membentuk persepsi mereka.

4.1. 10 Prinsip Islam Hadhari - Nilai Bersama

10 perkara Islam Hadhari bukan suatu perkara yang baru. Ini kerana semua nilai yang digariskan itu adalah prinsip umum yang terdapat dalam agama-agama lain juga. Oleh kerana masyarakat Cina percaya kepada ajaran Confucius maka pendekatan ini boleh digunakan dalam mengukur kepercayaan Cina terhadap agama mereka. Pada keseluruhannya, kesemua perkara ini ini disentuh oleh Confucius. Ini bermakna bahawa prinsip-prinsip Islam Hadhari ini bukanlah suatu yang asing kepada masyarakat Cina. Tetapi penerangan perlu dibuat dalam memberikan kefahaman kepada mereka bahawa apa yang ingin dilaksanakan adalah nilai-nilai yang dikongsi bersama, bukan hanya terhad kepada orang Islam sahaja. Berdasarkan kepada soal selidik dan respondan yang telah ditemui, kebanyakannya bersetuju bahawa 10 prinsip tersebut adalah nilai bersama dalam semua agama. Cuma sejauhmanakah perlaksanaannya, itu yang pertikaikan oleh mereka dan pihak-pihak lain.

10 Prinsip Islam Hadhari ialah:

1. Keimanan dan Ketaqwaan Kepada Allah/Tuhan
2. Kerajaan Yang Adil dan Amanah
3. Rakyat Berjiwa Merdeka
4. Penguasaan Ilmu Pengetahuan
5. Pembangunan Ekonomi Seimbang dan Komprehensif
6. Kehidupan Berkualiti
7. Pembelaan Hak Kumpulan Minoriti dan Wanita
8. Keutuhan Budaya dan Moral
9. Pemeliharaan Alam Semulajadi
10. Kekuatan Pertahanan

Perdana Menteri sendiri menegaskan bahawa 10 Prinsip Islam Hadhari relevan dan sesuai untuk semua golongan masyarakat dan setiap orang dan bukannya untuk orang Islam sahaja bagi memacu kejayaan rakyat dan negara. Usaha yang berterusan akan dilakukan untuk menerangkan kepada orang bukan Islam. Menurut Perdana Menteri sendiri bahawa beliau telah menerangkan kepada orang Cina iaitu ahli-ahli MCA dan mereka tidak mempunyai masalah untuk menerima konsep tersebut .

10 perkara tersebut banyak diperkatakan oleh Confucius apabila beliau membincangkan soal the three powers of the universe (sancai): tian (heaven), di (earth) and ren (humans)

These three powers work together in an organic cosmos so that ‘Heaven, Earth and humans are the origin of all things. Heaven generates them, Earth nourishes them and humans perfect them’.

The Confucian discussion of Heaven lays down a solid foundation for its metaphysical view of the world, its understanding of Earth links the present to the past, and its approach to humankind seeks the full realization of human potentiality .

Ini bukan bermakna saya hendak mengatakan kerajaan mengambil 10 prinsip ini daripada ajaran Confucius, tetapi apa yang ingin saya ketengahkan ialah nilai-nilai ini adalah nilai universal yang boleh dikongsi oleh segenap lapisan bangsa di negara kita.

Dengan sebab itu agenda atau program kerja Islam Hadhari sebenarnya bukan sahaja untuk orang Islam, tetapi sasaran hendaklah sampai kepada orang Bukan Islam terutamanya masyarakat Cina dalam mengubah persepsi mereka. Kejayaan Islam Hadhari sebenarnya bergantung kepada sejauhmanakah masyarakat Cina yang merupakan majority kedua terbesar dapat memahaminya. Islam Hadhari akan menemui kebuntuan sekiranya orang Cina tidak menyokong konsep murni ini . Mereka perlu disedarkan akan kepentingan hidup di bawah naungan Tuhan seperti yang banyak disebut oleh Confucius dan Buddha. Inilah hasil analisis soal selidik yang telah dijawab oleh respondan yang telah ditemui. Islam Hadhari perlu menyedarkan bahawa manusia perlu kembali kepada hidup beragama kerana itulah asas kejadian manusia. Ini bermakna segala perkara-perkara yang bertentangan dengan agama hendaklah didokongi secara bersama walaupun ia mungkin bertentangan dengan system demokrasi. Jangan biarkan demokrasi menghancurkan hidup beragama. Keruntuhan telah jelas berlaku dalam masyarakat barat.
Islam Hadhari bukanlah program untuk memujuk orang bukan Islam supaya menerima dasar tersebut. Ataupun mahu menunjukkan bahawa agama Islam lebih baik dan mesra, tetapi sebenarnya Islam adalah agama yang memang sesuai dengan peredaran zaman dan hakikat tidak boleh dinafikan sama sekali.

Islam Hadhari (Civilisational Islam) is not an approach to pacify the West or to seek approval from non-Muslims for a more friendly and gentle image of the religion…It is compitable with modernity and yet firmly rooted in the noble values and injunction of Islam. It is an approach that values substance and not form

Islam Hadhari in Malaysia will provide a way in which the government hopes to administer to the well-being of the country and welfare of its multi-racial and multi-religious population


5. Kesimpulan - Mencipta Kegemilangan

Oleh kerana Islam Hadhari telah menjadi satu dasar negara, maka mahu tidak mahu kesemua pihak perlu menerima. Sekiranya ada kelemahan dan kecacatan, maka adalah menjadi tanggungjawab semua pihak jua untuk memperbaikinya.

Jika benar 10 prinsip Islam Hadhari mahu dilaksanakan berlandaskan kepada maqasid syariah, maka sudah tiba masanya umat Islam perlu mencipta kegemilangan tersebut. Jangan biar fahaman sempit politik mengganggu perjalanan Islam Hadhari. Fahaman politik perlu diketepikan untuk mencapai matlamat yang lebih besar. Kalau orang bukan Islam boleh menerima kesemua prinsip Islam Hadhari itu, kenapa kita sebagai umat Islam masih mempertikaikannya.

Dalam mencipta kegemilangan, hendaklah pada masa yang sama mengurangkan orang-orang bebal (bebalisme) dan pandir . Istilah bebalisme dan pandir ini digunakan oleh Syed Hussein AlAtas merujuk kepada orang yang tidak mempunyai daya antisipasi dan biasanya mereka hanya bertindak balas terhadap peristiwa setelah kejadian – mereka akan membuka payung hanya sesudah hujan membasahi tubuhnya . Tidak menghormati ilmu pengetahuan dan pandangan ilmiah merupakan ciri utama bebalisme. Ciri utama yang menonjol adalah tidak adanya kehalusan pekerti. Dia tidak merasa malu dengan kesalahan yang dilakukan kerana kebodohannya. Dia tidak takut dengan kekurangan intelektualnya. Bila orang ini menonjol maka ia akan menjadi bahan rujukan dan ikutan sehingga akhirnya merosakkan nilai-nilai baik yang cuba dibawa oleh orang lain.

Justeru, golongan bebal sebegini mesti dikurangkan penyertaan dan pembabitan dalam sebarang keputusan besar yang dibuat oleh negara dan kerajaan. Kata-kata ini amat tepat dalam usaha mencipta kegemilangan:

The Muslims are equal as the teeth of a comb. Nobody is better than anyone else except in the consciousness of God. The Islamic society is open to all and the opportunities for development and earning a living are equal for all its members. There are no social differences: a poor man was never prevented from marrying a rich women, nor was a weak man ever prevented from rising the highest post in the nation or the highest rank in the leadership of the society. There is no class which could prevent any of its members from rising further. If the Islamic society had been destined to continue its scientific and civilizing progress, and to lead humanity today, the advantages of Islam for building a strong society based on mutual love and support, and not on hatred and conflict which only result in destruction, would have become clear

Mengambil kata-kata Prof Khoo Kay Kim, yang mengatakan bahawa rata-rata masyarakat tidak faham konsep Islam Hadhari, apatah orang bukan Islam sebab tidak ada penerangan bersungguh-sungguh yang dibuat. Orang bukan Islam hanya memahami beberapa perkara umum sahaja seoertu tidak boleh minum arak, tidak boleh makan babi, sehingga perkataan babipun takut digunakan dan digantikan dengan perkataan khinzir. Bagaimanakah hendak melaksanakan Islam Hadhari, sekiranya orang bukan Islam tidak faham pengertiannya? . Justeru, katanya orang Islam perlu berbahas dan berbincang. Jangan anggap semua perkara sebagai kebenaran. Kalau mereka melakukan sesuatu, mereka perlu memberikan penjelasan kerana setiap sesuatu yang haram dan halal asa sebab musababnya. Hal inilah yang perlu dijelaskan kepada umum. Janganlah kita menakut-nakutkan orang dengan Islam. Dunia sekarang dikawal oleh kuasa barat yang maju dari sudut sains dan teknologi, dan Islam perlu menyahut cabaran dan saingan ini. Islam sekarang berada diambang keserosotanm terutama apabila sesetengah ulama tidak mahu menerima perubahan.

Inilah rata-rata jawapan dalam soal selidik yang diedarkan kepada para peserta. Islam Hadhari hanya difahami dengan lebih lanjut setelah mereka sendiri mengikuti seminar yang dianjurkan oleh Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) baru-baru ini. Sebelum itu, gambaran hanya diperolehi melalui media massa, dan ucapan-ucapan politik.

Kata-kata Prof. Khoo memang tepat dengan apa yang cuba diutarakan oleh Ninian Smart:

Islam established its main outline very rapidly, partly because it had a single founder, namely Muhammad, partly because it had foundation document, namely the Qur’an, and partly because in having a political aspect it had to take rapid decisions on organization in view of its great success. The story of the religion turns of course very considerably on the life of the Prophet, and with we begin.

Justeru, dalam usaha untuk mengubah persepsi ini penerangan secara serius dan bersungguh-sungguh mesti dibuat melalui seminar-seminar, media elektronik dan media cetak serta risalah-risalah dalam pelbagai bahasa.

Perdana Menteri mengatakan:

The approach of Islam Hadhari will bring excellence, distinction and glory to all Malaysians

Sekurang-kurangnya kerajaan telah berjaya meletakkan perkataan “Islam” dalam satu-satu program yang boleh diterima oleh masyarakat bukan Islam. Kalau dahulu perkataan Islam itu sendiri telah menimbulkan fobia dan kebimbangan kepada bukan Islam, tetapi kini perkataan itu bukan sahaja diterima tetapi nilai-nilai yang terkandung di dalamnya juga diterima sebagai prinsip sejagat. Ini kelebihan dan kekuatan Islam Hadhari. Namun, penerimaan mereka bukanlah semudah yang disangka sekiranya orang Islam masih jahil dengan agamanya. Menurut Khoo Kay Kim, sebelum Islam Hadhari dijadikan ideology, semua rakyat Malaysia perlu mengetahui tentang sejarah perkembangan Islam di negara ini terlebih dahulu. pada awal abad ke-20, pernah wujud satu gerakan untuk memodenkan pemikiran orang Islam dan kemudiannya gagal. Sekiranya, hal ini tidak dijadikan pengajaran, mungkin Islam Hadhari akan mengalami nasib yang serupa .

Perdana Menteri juga mengatakan:

Islam Hadhari is also consistent with democracy because it is about living in peace with and respecting each other in society. It is certainly an exhortation to the Muslims to treat well and fairly their non-Muslim fellow citizens in all their dealings

Kita perlu menerima hakikat bahawa sesiapa jua yang memerintah, perkara yang baik hendaklah diberikan perhatian dan diperbaiki jika terdapat sebarang kelemahan atau kesilapan dan bukan dengan pendekatan mengkritik dan menghentam. Perbuatan mengkritik dan menghentam tidak ada kesudahan malahan ia memburukkan lagi imej Islam.

Seperti yang dikatakan oleh Akram Diya al Umari, kasih sayang adalah asas kepada masyarakat bertamadun . Justeru, sekiranya Islam Hadhari itu hendak juga dirujuk kepada istilah masyarakat Madani yang juga merujuk kepada Civil Society, maka mahu tidak mahu asas kasih sayang, saling hormat menghormati, memang tidak boleh dielakkan. Justeru, umat Islam perlu menciptakan balik kegemilangan dengan mengenepikan fahaman politik.

Akhirnya, cuba kita hayati kata-kata cendekiawan British yang amat terkenal, George Bernard Shaw yang berbunyi:

“I have always held the religions of Muhammad in high estimation because of its wonderful vitality. It is the only religion, which appears to possess that assimilating capability to the changing phases of existence which can make itself appeal to every age. I have prophesied about the faith of Muhammad that it would be acceptable tomorrow as it is beginning to be acceptable to the Europe of today. Medieval ecclesiastics, either through ignorance or bigotry, painted Muhammadanism in the darkest colors. They were, in fact, trained to hate both of the man Muhammad and his religion. To them Muhammad was anti-Christ. I have studied him, the wonderful man, and in my opinion far from being an anti-Christ he must be called the savior of Humanity. I believe that if a man like him were to assume the dictatorship of the modern world he would succeed in solving the problems in a way that would bring it the much-needed peace and happiness. Europe is beginning to be enamored of the creed of Muhammad. In the next century it may go still further in recognizing the utility of that creed in solving its problems, and it is in this sense that you must understand my prediction”

6 comments:

Anonymous said...

Confucianism is a religion Although Confucianism may include ancestor worship, sacrifice to ancestral spirits and an abstract celestial deity, and the deification of ancient kings and even Confucius himself, all these features can be traced back to non-Confucian Chinese beliefs established long before Confucius and, in this respect, make it difficult to claim that such rituals make Confucianism a religion.

Anonymous said...

Hello Mr Tee,
I have watched you on television and I know that you are a very active Muslim. You as a Chinese among the many Chineses have found your truth in Islam. Other Chineses have found their truth in other religions. Confucius was a great teacher, so great that he is worshipped these days. The other day, my colleagues who are Muslims and I had a brief chat about converted Muslims not having to follow the Abdullah's name but they have to retain the Bin or Binti. I think this is a move to more Islamic truth because in many parts of the world, people believe in Islam but their names are their original names. They do not necessarily need the Abdullah's name nor do they need the Bin or Binti. Religion is a personal choice. Like you, you choose to believe in Islam. So it is a matter of the heart and the brain to make a choice; a choice that is true to you. Everyday's actions count. Like what is the point of doing all the rituals if there is no goodness in the heart ? What is the point of having a Haji, a Hajiah or going for Umrah but coming back and having another identity that is not only unislamic but also so bad to another ordinary human being ? Yes, I myself have seen what an Islamic Malay person can do after performing all the Hajiah ritual. Islam Hadhari is put forth by our P.M. Does he know that his staff; all the government officers under him are not all fairly treated ? Does he know that Islamic officers can be deadlier than the other officer who is not a Muslim ? Or may be, is the government trying to give everything to the Muslims Malays or Muslims of other races and do not care about the well being of those who are not Muslims ? If Islam Hadhari is any good, it should not be good only to the people of the same faith, but also to people of other faiths and also Islam Hadhari should not be used as a method of converting people to Islam. Just because other races live in Malaysia does not mean that they have to become Muslims just because the country's official religion is Islam. If this is the case, Malaysia would be something like Indonesia once upon a time ago whereby the government there forced all non Muslims to disregard their own original names and forbid them to practise their traditions, customs and all that.

Anonymous said...

Dr Tee,
I have read many research papers. I must say this was written poorly. With your mindset, your students will only be misled.

Unknown said...

saya amat menyokong sekiranya tuan bertindak menyaman suratkhabar atau mana-mana pihak yang mengatakan tuan adalah pengkhianat, tuan perlu mengajar mereka apa itu maksud 'pengkhianat'.

I think... said...

Assallammualaikum Saudara Dr.Ridhuan,

Saya telah membaca artikel saudara dan menyokong apa yang dikatakan oleh saudara amat betul dan tepat.
Saya ada bertanyakan salah seorang pekerja berbangsa cina yang bekerja di The Cina Press mengenai isu yang hangat diperkatakan mengenai saudara dan kebanyakan ramai yang marah dengan saudara disebabkan artikel yang saudara tulis.
Mereka mengatakan saudara tidak menghomati mendiang Teoh serta keluargannya. Katanya lagi, Orang cina sekarang bukan orang cina kuno(kononnya).Cina sekarang adalah orang cina yang berfikiran moden(berfikiran barat). Mereka tidak kisah sekirannya anak lelaki atau anak perempuan yang tidak berkahwin tinggal sebumbung.
saya bertanya lagi,tidakkah tuhan akan marah dengan perbuatan itu?..
Katanya,mana ada tuhan!! Jawapannya amat mengejutkan saya.
Saya percaya mereka salah menterjemahkan bahasa melayu ke bahasa cina.. Kebanyakkan pekerja China Press berpendidikan sekolah aliran cina.Tidak ada satu pun kamus bahasa melayu ke bahasa cina.Saya amat yakin kerana kejahilan mereka menguasai bahasa kebangsaan menjadi punca maksud sebenar dalam artikel saudara Ridhuan disalah ertikan.Mereka juga mungkin tergamak menulis artikel yg menghentam saudara kerana didorong perasaan marah mereka terhadap saudara yang menghentam sebilangan kaum cina kerana kesalahan mereka terhadap kaum melayu,walaupun saudara juga berasal dari kaum cina.di sini lah titik yqng menampakkan saudara kelihatan sebagai individu yang lebih cenderung kepada kaum melayu.Bagaimana pun,saya amat berterima kasih kepada saudara,kerana sekurang2nya masih ada yang prihatin dan membela nasib kaum melayu yang semakin dianaktirikan di tanah orang melayu.Dan terima kasih kerana cuba membuka mata kaum melayu yang masih tidak sedar2 lagi ..

MooN said...

I just want to say....don't talk like you understand the Chinese so much...the moment you have converted to become a Muslim, 90% of your Chinese has extinct...with this such mindset, have you asked yourself how many readers have been misled by you? If you cannot embrace the Chinese culture, how can you talk like you understand the Chinese?
To the commenters here, if you perceive a Chinese is representing all Chinese in this world, how would you like if a Muslim representing all Muslims in this world? When the terrorists are identified as Muslims, you say the terrorists does not represent Muslims...so please use the same logic not only towards Chinese, but other races and religions...