Bagi saya, ini bukan soal anti pembangunan atau tebal semangat perkauman Melayu. Ini adalah soal maruah dan masa depan bahasa Melayu dalam sebuah Negara berakarkan bangsa Melayu (Tanah Melayu). Terus terang, saya adalah orang bukan Melayu, berbangsa Cina. Namun saya amat prihatin soal pembinaan bangsa Malaysia berakarumbikan bahasa Melayu. Inilah satu-satu caranya untuk mendaulatkan bahasa Melayu dan bangsa Melayu agar tidak pupus ditelan zaman. Adalah suatu yang amat malang apabila sesuatu bangsa atau bahasa pupus di tanahair sendiri. Mengikut sejarah Negara bangsa dunia,,semua Negara ditegakkan berasaskan kepada bangsa dan bahasa yang dijadikan oleh Allah SWT
Cuba bayangkan cantiknya kejadian Allah SWT. Apabila dijadikan atau dikumpulkan orang Cina, maka terbentuklah sebuah Negara yang bernama China. Bangsa India membentuk negara India. Bangsa Arab membentuk negara-negara Arab. Bangsa Melayu membentuk negara Melayu. Begitu juga dengan bangsa-bangsa lain. Pendek kata, sesebuah bangsa itu akan membentuk berasaskan nama bangsa dan bahasa mereka tersendiri. Usaha-usaha diambil oleh negara bangsa ini akan memperkasakan bahasa dan agama mereka dengan sebaik mungkin tanpa diganggugugat oleh anasir-anasir dan pengaruh luar.
Cuba kita kaji, berapa ramaikah orang bukan Melayu hatta menteri kabinet sendiri yang fasih atau boleh berbahasa Melayu dengan baik. Apabila ditanya atau diinterview oleh wartawan, bahasa Melayunya amat meloyakan. Apakah ini pembinaan bangsa Malaysia yang ingin kita jana? Kajian hendaklah dibuat secara serius mengenai penguasaan bahasa Melayu di kampung-kampung baru Cina atau di sekolah-sekolah jenis kebangsaan. Berapa peratuskah yang boleh berbahasa Melayu dengan baik. Mengikut pengalaman saya, ada segelintir yang tidak boleh langsung bertutur dalam bahasa Melayu. Untuk fasih jauh sekali.
Kajian juga mesti dibuat terhadap keputusan UPSR pelajar-pelajar jenis kebangsaan. Rata-rata pelajar-pelajarnya tidak dapat menguasai bahasa Melayu. Untuk makluman, UPSR di sekolah jenis kebangsaan mempunyai 7 matapelajaran, tambah 2 matapelajara bahasa Cina. Sebenarnya tidak ramai yang mendapat 7A. Rata-ratanya 5A. Kerana mereka tidak dapat A dalam 2 matapelajaran bahasa Melayu. Majoritinya gagal dan mendapatkan skor yang amat rendah dalam bahasa Melayu.
Bayangkan, berapa ramai yang boleh menguasai bahasa kebangsaan ini dengan baik?. Berapa banyak kelas peralihan yang terpaksa disediakan untuk membantu mereka ini memahami bahasa Melayu. Itupun tidak banyak membantu kerana bila mereka tidak dapat memahami bahasa Melayu, segala apa yang diajar dalam Melayu di sekolah menengah tidak dapat difahami. Ini mengakibatkan pelajar bukan Melayu ketinggalan dan tercicir..
Pengalaman Negara jiran kita, Thailand sudah cukup memberikan pengajaran kepada kita. Thailand, adalah antara Negara yang paling cepat membangun dengan kekuatan semangat ‘kesiamannya’. Thailand telah menghapuskan sama sekali sekolah berasaskan kaum sejak 1930an, dan yang ada hanya sekolah satu aliran sahaja. Tujuannya tidak lain untuk memperkasakan bangsa dan bahasa Siam itu sendiri. Hasilnya, Thailand amat berjaya melahirkan sebuah negara Siam yang beridentiti dan bermaruah. Walaupun, ada berlaku kudeta, tetapi ia tidak menghalang negara ini untuk terus meningkat maju. Rakyatnya begitu unik sekali, menjunjung bahasa Siam dan agama Budhha. Ini senjata perpaduan nasional yang paling berkesan.
Kerajaan Thailand berjaya ’mensiamkan’ rakyatnya yang terdiri dari berbilang kaum, tidak kira Cina atau Melayu. Semua orang melayu dan Cina fasih berbahasa Siam. Selain dari sistem pendidikan mereka berteraskan bahasa Siam, semua urusan seharian mesti berakarumbikan bahasa Siam. Semua iklan, produk (barangan), drama dan filem dari luar akan dialihbahasakan ke dalam bahasa Siam termasuk cerita-cerita Bollywood dan barat. Tetapi, apa jadi dengan Negara kita?. Adakah bahasa Melayu didaulatkan? Kita menerima semua filem daripada luar, tanpa dialih bahasakan ke dalam bahasa Melayu. Lebih menyedihkan lagi, stesen-stesen TV dan radio kita kadangkala beroperasi seolah-olah kita tidak berada di Malaysia tetapi berada di Hong Kong, di Amerika atau negara lain.
Lebih menyedihkan lagi, kita membenarkan sekolah berasaskan kaum ini beroperasi dengan penuh semangat perkauman sebelum dan selepas merdeka tanpa dipantau dengan bersungguh-sungguh. Sekarang ini merebak kepada universiti perkauman (Universiti Tunku Abdul Rahman - MCA dan Universiti Terbuka Wawasan –Gerakan). Dasar ini amat merbahaya dan ancaman kepada perpaduan nasional. Kenapa kita tidak bangunkan Malaysia dengan semangat ’kemalaysiaan’ berakarumbikan bahasa Melayu. Kalaulah sekolah dan universiti perkauman sudah menjadi dasar kerajaan, maka pemantauan hendaklah dilaksanakan tanpa kompromi. Bahasa Melayu mesti didaulatkan dan diperkasakan ditempat-tempat sebegini.
Mengikut kefahaman saya, yang menganut berbagai agama sebelum memeluk agama Islam, tidak ada satupun agama didunia ini yang menolak untuk mempelajaran bahasa asing. Apatah lagi agama Islam. Tuntutan Islam mengenai perlunya mempelajari bahasa lain amat jelas. Nabi Muhammad SAW amat menuntut umatnya menuntut mempelajari bahasa lain sebagai mesej dakwah hatta sampai ke negeri China sekalipun. Tetapi janganlah sampai keghairahan mempelajari bahasa lain sehingga bahasa sendiri di kesampingkan. Kita mesti ingat, bahasa ini adalah anugerah Allah SWT. Setiap bangsa yang dijadikan oleh Allah SWT mempunyai kekuatannya tersendiri. Kita tidak boleh memperlekehkan bahasa atau agama sendiri. Kerana ia anugerah Allah. Apatah lagi jika ada yang sanggup mengatakan ‘saya kelihatan bodoh (stupid) jika bercakap dalam bahasa Melayu’.
Kita mesti ingat bahawa, Malaysia dari segi sejarahnya adalah sebuah negara Melayu. Malaysia berasal dari akar kata Tanah Melayu. Ini kerana kejadian asalnya. Allah kumpulkan orang Melayu di kepulauan Melayu, maka terbentuklah sebuah negara bangsa bernama Tanah Melayu. Malangnya, semua dasar negara kita tidak berasaskan Melayu malah berbau perkauman yang ketara, sekolah perkauman, universiti perkauman, parti perkauman, surat khabar perkauman, stesen radio dan tv perkauman, NGO perkauman dan berbagai contoh lagi.
Saya tidak kisah sama ada kementerian yang menjaga bahasa Melayu ini diletakkan di bawah menteri Melayu atau bukan Melayu, apa yang penting ktia mesti mempunyai DASAR yang mesti dipatuhi oleh semua kaum dan pihak. Tidak ada gunanya kita letakkan Menteri Melayu menjaga bahasa Melayu, jika orang ini tidak ada roh untuk mendaulatkan bahasa Melayu.
10 comments:
huk huk huk, tersedak, terbatuk sat bila ada orang bodoh berbahasa Melayu... hmm, cuba tanya "mantri" kita. Hehehehe
Artikel ini cukup bagus. Kita boleh ambil contoh negara jiran kita Indonesia yang mana telah menekankan bahasa Indonesia walaupun masyarakatnya juga berbilang kaum.
Ramai di Malaysia yang tidak mempunyai identiti kerana tidak wujud rasa taat kepada negara. Bak kata pepatah Bahasa Jiwa Bangsa.Bila ramai yang tidak fasih maka tidak ramailah yang sebenarnya memiliki perasaan cinta pada negara, malahan setakat menceduk keuntungan yang dapat dikaut di negara yang didatangi nenek moyang .
Kebebasan penggunaan bahasa bukan bahasa Melayu juga banyak menghasilkan golongan "I look stupid when i speak in Malay". Bukan salah mereka, ini kerana mereka dibesarkan dalam suasana yang begitu kaya dengan pengaruh barat melalui media.
PPSMI takkan melunturkan semangat Bahasa Kebangsaan.
orang2 dulu yg berpangkat sekarang pun belajar dlm English. tp bertalu2 against PPSMI.
Bahasa Melayu memang perlu dipertahankan. Satu bangsa satu bahasa satu Malaysia.
Keybordbaru
Sebenarnya PPSMI ni agenda guru-guru pemalas...mereka yang malas belajar bahasa Inggeris.Belajar pun dalam bahasa malaysia macamana nak mengajar dalam bahasa Inggeris. Mereka ni lah yang merosakkan anak bangsa.Kem.Pelajaran harus kaji kefahaman guru2 dalam bahasa Inggeris.Anak2 saya dah semakin mahir dgn bahasa inggeris kerana guru2 mereka bijak menguasai bahasa Inggeris.
saya ada tulis artikel macam ni, tapi, dikecam oleh orang-orang Melayu sendiri, yang berstatus bakal guru pun ada!
kelakar, saya dituduh prejudis apabila membangkitkan isu bahawa sekarang, kalau nak cari kerja bagus dengan swasta, mesti boleh berbahasa Cina. ada komen kata, company diorang, suka hati diorang la. itu, komen daripada seorang berbangsa Melayu Malaysia. mereka bidas tanpa pedulikan tentang bahasa rasmi negara ni. kalau saya ni rakyat india, saya pasti menggunakan bahasa kebangsaan negara india!
bila saya cakap, pelajar-pelajar cina di sekolah yang saya ajar dulu bencikan cikgu-cikgu Melayu, datang dari sekolah jenis kebangsaan cina dan tamil dan langsung tidak pandai berbahasa Melayu, datang sekolah untuk dapatkan sjil berhenti sekolah yang begitu penting sebagai tiket dapat kerja, saya dituduh rasis.
kalau orang melayu sendiri dah berpikiran sambalewa, nak buat macam mana lagi..
salam..saya pernah terbaca tentang satu kajian yang membincangkan tentang sistem pendidikan di Malaysia dan Indonesia..menurut kajian tersebut, sistem pendidikan di Malaysia berasaskan tolak ansur manakala sistem pendidikan di indonesia berteraskan asimilasi..jadi sistem pendidikan di Malaysia sangat susah untuk ditadbir kerana perlu menjaga sensitiviti banyak pihak...
Salam..Orang2 Melayu sekarang memang tidak sedar hak dan keistimewaan sendiri di Tanah Melayu, ada yang tahu tapi buat2 tak tahu malah ada yang sanggup menggadaikannya. Sebab tu wujudnya insan2 MELAYU yang sanggup menentang tentang isu pemansuhan PPMSI. Kita sibuk belajar bahasa Inggeris, berusaha memperbaiki grammar kita, tapi tatabahasa kita hancur. Sedangkan seseorang itu tidak layak bergelar seorang Melayu apabila dia tidak fasih berbahasa Melayu. Kenapa tidak saja kita ambil contoh negara2 membangun dan berkuasa besar seperti Jepun dan China. Penguasaan Bahasa Inggeris penduduk Jepun dan China sangat teruk tapi tidakkah kita nampak mereka itu mampu menjadi sebuah negara yang maju dan disegani? Saya tidak faham dan tidak mampu untuk berkata apa-apa kerana bilangan rakyat yang berbangsa Melayu yang INGIN mempertahankan KEMELAYUAN kita adalah minoriti. Saya hanya mampu berdoa semoga pepatah "Tidak Melayu Hilang di Dunia" akan benar-benar berlaku.
Salam..Orang2 Melayu sekarang memang tidak sedar hak dan keistimewaan sendiri di Tanah Melayu, ada yang tahu tapi buat2 tak tahu malah ada yang sanggup menggadaikannya. Sebab tu wujudnya insan2 MELAYU yang sanggup menentang tentang isu pemansuhan PPMSI. Kita sibuk belajar bahasa Inggeris, berusaha memperbaiki grammar kita, tapi tatabahasa kita hancur. Sedangkan seseorang itu tidak layak bergelar seorang Melayu apabila dia tidak fasih berbahasa Melayu. Kenapa tidak saja kita ambil contoh negara2 membangun dan berkuasa besar seperti Jepun dan China. Penguasaan Bahasa Inggeris penduduk Jepun dan China sangat teruk tapi tidakkah kita nampak mereka itu mampu menjadi sebuah negara yang maju dan disegani? Saya tidak faham dan tidak mampu untuk berkata apa-apa kerana bilangan rakyat yang berbangsa Melayu yang INGIN mempertahankan KEMELAYUAN kita adalah minoriti. Saya hanya mampu berdoa semoga pepatah "Tidak Melayu Hilang di Dunia" akan benar-benar berlaku.
dr,
kalau dr bertanding sebagai mana2 kawasan, saya pasti medokong sepenuhnya.
Post a Comment