Semua artikel adalah pendapat peribadi. Anda berhak untuk tidak meneruskan bacaan atau tidak mengakseskan blog ini serta merta jika anda tidak bersetuju dengan pemikirannya. All the articles written are the personal views. You have absolute rights not to continue reading or to discontinue accessing this blog immediately if you are disagreeable with the personal views.

Tuesday, November 28, 2006

Melayu mesti ‘kiasu’ untuk berjaya

9:59 AM Posted by RIDHUAN TEE 16 comments
Melayu mesti ‘kiasu’ untuk berjaya
Pendapat




SAYA amat tertarik dengan syarahan Profesor Diraja Ungku Aziz, di Universiti Malaya minggu lalu. Beliau menyarankan orang Melayu supaya mempunyai sikap ‘kiasu’ untuk berjaya seperti mana amalan orang Cina.

Kiasu adalah perkataan Hokkien (Cina) bermaksud takut kalah. Kiasu boleh diaplikasikan dalam berbagai keadaan aspek hidup. Takut kalah dalam sebarang persaingan atau pertandingan atau peperangan. Dalam konteks ini, sudah tentu persaingan dan pertandingan yang sihat dalam perkara kebaikan. Dalam konteks Melayu, kiasu dengan bangsa lain dan mahu hidup gagah, dipandang hebat di bumi sendiri.

Sebenarnya, budaya hidup orang Melayu telah lama tersemat dengan sikap kiasu sejak mereka menerima Islam 600 tahun lalu. Terbukti, orang Melayu pernah berjaya mentadbir dan menguruskan negara sendiri iaitu kerajaan Melayu Islam Melaka sehingga terkenal seantero dunia, termasuk menjadi tarikan kerajaan negara China.

Tamadun Melayu pernah mengalami pasang surut. Melayu pernah hidup mewah dan pernah hidup susah. Pernah tinggal di bandar dan tidak kurang di kampung-kampung, pernah berniaga dan pernah mengusahakan hasil tani.

Pengalaman yang dilalui telah menjadikan mereka mempunyai semangat kental. Kita jangan lupa, siapa yang mengusir penjajah keluar kalau bukan orang Melayu. Inilah sikap kiasu. Takut kalah di bumi sendiri. Takut dijajah di bumi sendiri.

Inilah perkara yang cuba dibawa oleh Ungku Aziz. Tamadun Melayu Islam menjadi hebat juga disebabkan oleh ilmu. Kekuatan ilmu ini yang telah mencorakkan sikap Melayu untuk berdaya saing. Kekuatan ilmu telah menjadi orang Melayu mahu berfikir lebih jauh ke hadapan. Mereka tidak mengambil jalan singkat, tetapi sentiasa berjuang demi agama, bangsa dan tanah air. Penjajah demi penjajah datang, akhirnya berjaya mereka halau.

Cuma hari ini, mereka mulai lupa jerit pahit tok nenek moyang mereka. Mereka menjadi manusia yang malas berfikir, tetapi mahu hidup mewah. Akhirnya mencari jalan pintas.

Semangat kepahlawanan telah hilang. Semangat bendahara dan hulubalang telah lunyai. Mereka hanya berbangga menjadi ‘tuan’ negara ini. Mereka sudah lupa bagaimana ‘ketuanan’ itu wujud sebelum ini.

Budaya berfikir sudah tidak wujud lagi seperti sabda nabi, berfikir seminit lebih baik daripada sembahyang sunat berpuluh-puluh rakaat. Berfikir adalah proses yang paling tinggi dalam pembelajaran. Ada yang suka membaca tetapi tidak mahu berfikir. Sekadar membaca tidak cukup kerana membaca tanpa berfikir tidak akan memberikan kesan. Inilah konsep generasi ulul albab yang diperbahaskan dengan panjang lebar dalam Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini. Sebenarnya kerajaan negeri Terengganu di bawah pimpinan Datuk Seri Idris Jusoh telah lama mempelopori istilah ini. Saya sering kali ke sana memberikan penerangan mengenai istilah ulul albab. Sebenarnya istilah-istilah dalam al-Quran, penuh dengan semangat kiasu. Cuma kita sahaja yang tidak mahu mencungkilnya.

Selain istilah ulul albab, ada satu lagi istilah yang membawa makna mengalahi kiasu ialah ulil absar, orang yang memiliki pandangan atau wawasan.

Dalam konteks ini, orang yang memiliki pandangan atau wawasan yang jauh ke hadapan. Orang yang memiliki fikiran dan wawasan jauh ke hadapan akan tetap kiasu.

Kalau kita bandingkan dengan orang Cina di negara kita, sejak awal-awal lagi mereka kiasu. Takut kalah di bumi orang. Takut merempat di bumi orang.

Sebab itu istilah Cina seberang laut, berbeza dengan Cina di tanah besar. Cina seberang laut, boleh dikatakan lebih berjaya daripada orang Cina di negeri China. Cina seberang laut mempunyai semangat kiasu luar biasa sehingga dapat membentuk sebuah negara sendiri iaitu Singapura yang asalnya sebuah negara Melayu. Kenapa perkara ini boleh berlaku? Kerana mereka percaya kepada ‘satu Cina’ walaupun terdapat berbagai kumpulan atau istilah Cina, mereka tetap kiasu. Ke mana pun mereka pergi, mereka tetap Cina walaupun apa juga nama, kumpulan, bahasa, dan ideologi.

Berbeza dengan orang Melayu. Semua yakin bahawa Melayu itu Islam, Islam itu Melayu. Hanya ada ‘satu Melayu’ iaitu mereka yang beragama Islam. Tetapi Melayu Islam ini dipecah-pecahkan mengikut semangat kedaerahan, kumpulan, bahasa, parti politik dan ideologi. Tidak pada orang Cina, walaupun kita lihat di kalangan orang Cina itu sendiri ada berbagai-bagai agama seperti Buddha, Confucius, Toaism, Kristian dan Islam (ini tidak termasuk kelainan bahasa, dialek dan sebagainya) tetapi mereka berpegang kepada semangat ‘satu Cina’.

Sebenarnya, orang Melayu lebih mudah, sebab mereka hanya ada satu, ‘Melayu itu Islam dan Islam itu Melayu’ iaitu Melayu Islam. Jika mereka mempunyai pemikiran dan wawasan berjuang atas nama ‘satu Islam’ maka banyak masalah yang boleh diselesaikan.

Satu Islam untuk semua manusia, tak kira apa bangsa sekalipun. Kita hanya ada satu kiasu. Tetapi semangat satu kiasu tidak tertonjol kerana kita membesar-besar perbezaan, lebih-lebih lagi perbezaan pendapat dan latar belakang politik.

16 comments:

Kaklong Syikin said...

Salam Bro. Ridhuanm

baru tau apa makna kiasu tu. tq for the info

Anonymous said...

Askm,..
Kiasu.. Semangat tu memang bagus. Tapi bukan untuk orang melayu sahaja. Ia sepatutnya untuk umat islam sedunia.. tq 4 the explaination

petrokoxi said...

先生你好,谢谢,你告诉对了,我希望马来人在马来西亚 明白,再见... ”恭喜,恭喜发大财,新年快乐.....

Anonymous said...

ali imran:146. Dan berapa banyaknya nabi yang berperang bersama-sama mereka sejumlah besar dari pengikut (nya) yang bertakwa. Mereka tidak menjadi lemah karena bencana yang menimpa mereka di jalan Allah, dan tidak lesu dan tidak (pula) menyerah (kepada musuh). Allah menyukai orang-orang yang sabar.

Anonymous said...

hidup islam!!!!

Anonymous said...

hello Dr. Ridhuan Tee, since I converted everyone is introduce about you and your life to me. Indeed i also get impressed of islam and still finding the real true side of Islam. thanks for all of your info, it's very informative for me

D'Rimba said...

Allah Maha Besar. Salam ustaz yang dirahmati Allah. Saya amat kagum dengan ustaz selama ini hanya Allah yang tahu......Berilah kami tunjuk ajar supaya kami terus mencintai Islam sedalamnya....

mr edz said...

Islam untuk semua.. tak kira apa bangsa..

Anonymous said...

Siapalah anda untuk mengelaskan seseorang itu sebagai anak luar nikah? Adakah anda itu lebih mulia dari Tuhan? Hanya kerana anda telah masuk Islam? Janganlah menghina seseorang sedemikian!

Anonymous said...

Kalau keluarga Teoh menerima tunangnya serta mengiktiraf sebagai isterinya yang sah dan anak yang dikandungnya adalah anak Teoh, siapalah saudara untuk menggelarkannya anak luar nikah? Adakah anda lebih baik dari anak luar nikah itu? Bermuhasabah diri saudara sebelum menggelarkan seseorang itu anak luar nikah. Mungkin saudara sendiri adalah anak luar nikah, siapa tahu?

Anonymous said...

Mungkin saudara ini dari jenis yang buta dan tuli! Kalaulah Cina di tanah Cina tidak sehebat dari Cina seberang laut masakan kini Cina menjadi begitu kuat! Apakah bodoh menggunakan si pemikir tersebut!

20e said...

Salam ustaz,

Kebetulan terjumpa post ni yg berkenaan asal usul nama Malaysia kat Yahoo Answers. Nk bwk perhatian ustaz pada komen si penanya yg berbunyi:
"Thanx as I'm dumbfounded how the Malaysia's name
arrives.
And I thought the Malay people were selfish to put their
names first and being used for a MULTIRACIAL country
as diverse as ours.
And I so wish that our generation's people would know
about it as it is much more important than the flag itself."

Sampai hati si penanya kata org Melayu pentingkan diri sendiri bila menamakan tanah tumpah darah mereka sbg Malaysia, mungkin dia lupa sejarah negara w/pun pernah belajar masa tingkatan 1 smp 5 kat sekolah dulu.Malang bila lupa sejarah..Huhu

URL lengkap post tersebut:
http://malaysia.answers.yahoo.com/question/index?qid=20090804025633AAniaYE

Terima kasih.

kekwa66 said...

Saudara,

Adakah saudara pandai membaca tulisan cina?! mungkin yang salah faham saudara kot!!

suparjo@blogspot.com said...

Salut, teruskan perjuangan dan memang ada mehnah di mana-mana. Akan sampai masanya kelak orang seperti anda mengepalai umah apabila yang diberi amanah telah melupakan amanah. Pahit, tapi itulah yang bakal berlaku jika keadaan terus-terusan dan kian memburuk.

Ridzuan said...

Salam ustaz..

Saya ingin komen sedikit dari saudara senegara kita seorg ni.

"Kalau keluarga Teoh menerima tunangnya serta mengiktiraf sebagai isterinya yang sah dan anak yang dikandungnya adalah anak Teoh, siapalah saudara untuk menggelarkannya anak luar nikah? Adakah anda lebih baik dari anak luar nikah itu? Bermuhasabah diri saudara sebelum menggelarkan seseorang itu anak luar nikah. Mungkin saudara sendiri adalah anak luar nikah, siapa tahu?"

so dia tya siapakah saudara untuk
mengelarkannya anak lura nikah.

skarang saya nak tanya pemunya komen ni.
1-Adakah anda pernah menghadiri mana-mana majlis perkahwinan yang tak ada pengantin/calon lelakinya.
2-Adakah terjadinya pendaftaran perkawinan (sah)mana-mana kaum di Malaysia kalau calon lelakinya tiada.FYI Jika dalam islam salah satu rukun nikah sudah tiada (so tidak boleh terjadinya perkahwinan).

Saya rasa dan yakin sebelum komen sebegini diberikan adalah perlu berfikiran waraf/tenang (jangan sampai komen kita menampakan kejahilan ilmu kita).
Saya sangat bersutuju dengan uztas
hidup mesti berpandukan law.

Anonymous said...

saudara anonymous ni memang macam2 la... "anak luar nikah" bahasa mudahnya ialah terjadinya anak dalam rahim sebelum ijabkabul/nikah. susah sangat ke nak faham?.. pikir la sendiri..