Kristian ultra kiasu kurang ajar mesti diajar
Nampaknya kebelakangan ini segelintir Kristian ultra kiasu semakin kurang ajar dengan Islam, meskipun mereka tahu tindakan mereka itu tidak betul dari segi undang-undang.
Sisepet ultra kiasu ini apabila mereka masuk Kristian, mereka ini bertindak lebih Kristian daripada Kristian. Tindakan ini mesti dihentikan sebelum terlambat. Bukan kerana kita takut, kerana saya tidak pernah takut berhadapan dan berhujah dengan mereka, tetapi perlindungan Islam dan umatnya dijamin dalam perlembagaan.
Lagipun tindakan sepet ultra kiasu Kristian ini turut tidak disukai oleh majoriti orang Cina yang rata-rata menganut fahaman Buddha dan Toaism. Kehadiran mereka turut memporak-peranda keluarga tradisi Cina.
Sepatutnya mereka tidak berani dan menikus, terutama dalam dakyahnya kepada orang Islam kerana bertentang dengan Perkara 11 (4) Perlembagaan Persekutuan, orang bukan Islam tidak boleh mendakyahkan agama mereka kepada orang Islam.
Persoalannya, kerana mereka begitu berani? Jawapan mudah, kita lemah. Kita berpecah. Inilah masa yang sesuai untuk mereka bertindak.
Sebab itu mereka sudah menjadi terlebih kurang ajar. Mereka ini mesti diajar. Mereka ini jugalah yang ramai terdapat dalam pimpinan parti ultra kiasu. Mereka juga adalah Kristian Evangelis sedang memporak-perandakan penyatuan politik orang Melayu agar saling bermusuhan sesama sendiri, tuduh-menuduh, salah-menyalah, bagi memudahkan ultra kiasu ini menguasai.
Minggu lalu, lima warga Nigeria ditahan di Pulau Pinang kerana mengedar majalah ‘Rhapsody of Realities’ yang dipercayai mempunyai kaitan dengan agama Kristian.
Kegiatan itu turut dikesan di negeri sama, apabila tiga atau empat individu lelaki berbangsa Cina berusia 40-an dan 50-an mengedarkan Bible kepada pelajar di sebuah sekolah di Bukit Mertajam.
Selang beberapa hari, lebih 30 penduduk di sekitar kawasan Taman Kuala Bekat, Penaga, Kepala Batas, turut menerima risalah berkaitan Kristian bertajuk ‘How To Know God’ yang diletakkan dalam peti surat rumah mereka pada awal pagi, 10 November, lalu.
Kedah turut menjadi sasaran apabila beberapa individu mengedar kitab Bible kepada penduduk Kampung Sungai Mas, dekat Kota Kuala Muda. Tidak hanya diletakkan di peti surat dan halaman rumah, kitab Bible berkenaan turut ditemui dalam perkarangan masjid Kota Raja, Kuala Muda.
Terbaharu, sekumpulan individu warganegara asing dilihat mengedarkan risalah Kristian dan Bible di kawasan perumahan di Puchong.
Kegiatan yang sangat kurang ajar ini mesti dihentikan demi menjaga maruah Islam yang dilindungi perlembagaan. Dalam keadaan dilindungi pun Kristian ultra kiasu sepet ini begitu berani, apatah lagi jika selepas ini ratifikasi ICERD dilaksanakan, terutama apabila tidak ada lagi perlindungan terhadap Islam.
Justeru, saya memohon seluruh umat Islam bersatu, menentang tindakan kurang ajar Kristian Evangelis sisepet ultra kiasu ini sebelum kaduk naik junjung. Mereka tahu kita lemah, kerana berpecah sesama sendiri. Saat inilah ketika mereka ada kuasa, berada dalam tampok pemerintahan negara, maka peluang digunakan dengan sepenuhnya.
Kenapa kita begitu buta dalam melihat dan menganalisis perkara ini? Malah sangat defensif. Sedih yang teramat sangat.
Sebenarnya, saya sudah mengesani dakyah ini sekian lama. Saya turut didekati oleh mereka dengan beberapa mereka risalah tahun lalu. Maklumlah muka saya muka Cina. Sudah tentu ultra kiasu ini mengagak saya bukan Islam.
Ultra kiasu sisepet ini terus mendakati saya dan menjalankan tanggungjawab dakyahnya. Tetapi apabila saya beritahu, saya beragama Islam, dia mula mengelabah. Dia mahu mengambil semula risalah tersebut kerana kata ultra kiasu ini ia bertentangan dengan perlembagaan. Maknanya, dia tahu tindakan itu salah.
Tetapi saya tidak marah kepada mereka, saya katakan, sebenarnya ultra kiasu ada tanggungjawab untuk mendakyahkan agama mereka sesiapa sahaja. Seperti mana kita yang beragama, ada tanggungjawab menyebarkan agama Islam, begitulah juga mereka.
Pada masa sama, saya mahu menunjukkan, takkan dengan membaca risalah tersebut, saya akan tergoda kepada Kristian. Nampak rapuh sangatlah anutan Islam saya itu.
Sepatutnya apabila membaca bahan-bahan selain Islam, seperti Hindu, Buddha, Kristian dan sebagainya, termasuk melawat rumah ibadat mereka, iman kita makin kuat dan kukuh. Kerana pasti kita dapat membuat perbandingan antara agama mereka dengan agama Islam kita yang bersifat syumul.
Lantaran itu, saya biarkan sahaja mereka berdakyah dan mengambil bahan yang diberikan sehinggalah mereka berlalu.
Jika begitu keadaannya, pembaca mungkin bertanya, kenapa saya menentang tindakan mereka berdakyah jika kita umat Islam tidak perlu takut dan goyah dengan dakyahan mereka?
Pertama, kerana ia bertentangan dengan perlembagaan, Perkara 11 (4). Mereka sengaja mencabar kita.
Kedua, pegangan umat Islam terhadap Islam hari ini boleh dikatakan agak rapuh. Lahir sahaja Islam, tetapi tidak tahu dan tidak beramal dengan Islam. Bayangkan jika ultra kiasu sepet ini mendekati, apakah jiwa yang kosong tidak akan tergoda?
Ketiga, mengenali dan menyedari akan kejahatan Kristian Evangelis sepet ultrakiasu, sudah tentu kita tidak boleh memberi muka. Taiwan dan Korea Selatan yang dahulunya begitu kuat dengan pegangan Buddha, hari ini majoriti sudah menjadi Kristian. Bukan kerana agama ini bagus sangat sehingga boleh menarik begitu ramai orang, tetapi kerena mereka rajin dan buat kerja.
Mereka sanggup merentas onak duri, berhujan dan berpanas untuk menyebarkan dakyah agama mereka. Mereka turut dibayar. Gerakan mereka turut aktif di hospital dan kawasan orang Asli.
Keempat, mengikut pengalaman, apabila seseorang itu telah bertukar kepada Kristian, memang sukar untuk mereka berpatah balik, kerana Kristian telah memberikan mereka kelainan, termasuk bantuan wang ringgit.
Keenam, apabila sisepert ultra kiasu menjadi Kristian terutama yang Evangelis, mereka akan menjadi lebih Kristian daripada Kristian. Kerana mereka ada perancangan mahu mengambil alih negara ini. Menjadikan negara ini negara Kristian.
Persoalan selalu ditanya, bolehkah Malaysia menjadi Kristian, sedangkan perlembagaan meletakkan kedudukan Islam dan dilindungi, lagi pula raja kita Islam, pemimpin tertinggi negara juga Islam? Jawapannya, mengikut sejarah, ia adalah tidak mustahil. Jika negara anak komunis seperti Taiwan pun boleh ditembusi, begitu juga di Filipina dan Indonesia, masakan kita tidak boleh.
Apatah lagi dengan proses pemodenan dan pembaratan serta pengsekularan serta budaya hedonisme yang begitu mencengkam. Apakah kita ada kekuatan akidah untuk menahan tatkala jiwa kosong? Fikirkanlah...
Kesimpulannya, patutkahkita berdiam diri. Melihat saya Kristian Evangelis seperti ultra kiasu bermaharajalela? Bangunlah wahai saudaraku. Sahut cabaran ini sekiranya kita masih ada maruah? Kita mesti tentang Kristian Evangelis sepet ultra kiasu ini secara habis-habisan kerana sengaja mencabar kita.
0 comments:
Post a Comment