PADERI dan ketua menteri ultra kiasu dan ultra kiasu yang lain
mendesak Setiausaha Agung UMNO, Tengku Adnan Tengku Mansor (Ku Nan) memohon
maaf di atas ucapannya di Majlis Kenduri 1 Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur,
yang mengesa gereja untuk tidak menyebarkan perkara tidak benar.
Terdahulu, Ku Nan mendakwa
kenyataannya itu telah disalah tafsir dan sama sekali tidak menyatakan
institusi gereja sebagai tempat menyebarkan fitnah.
Ku Nan tidak perlu memohon maaf
kerana apa yang dikatakan memang terbukti ada kebenaran. Saya telah menulis isu
ini sekian lama agar pihak berkuasa mengambil tindakan. Pada 24 Februari 2014,
saya ada menulis mengenai sebuah gereja di Jalan Klang Lama memberi khutbah
menanamkan api kebencian dan memutarkan belitkan sejarah.
Rakan Kristian saya yang pro
Islam memberitahu, seorang paderi India dari Singapura dijemput menyampaikan
syarahan, bermula pagi hingga tengah hari, yang dihadiri lebih 1,000 Cina
Kristian. Paderi ini kerap kali diundang untuk menyampaikan ceramah di sini.
Syarahan itu penuh dengan emosi
dan memutarbelitkan sejarah Tanah Melayu. Beliau menceritakan bagaimana orang
Cina disembelih di Singapura ketika kependudukan Jepun.
Pastor it menambah, perkara
sebegini tidak mustahil berlaku kepada orang Cina di Malaysia tidak lama lagi.
Pastor itu merujuk kepada penyembelihan yang akan dilakukan oleh orang Melayu
terhadap orang Cina.
Peliknya bagaimana pastor
tersebut boleh memberi syarahan sedemikian rupa di sini, sedangkan beliau
adalah warga Singapura? Sejarah kependudukan Jepun di Tanah Melayu, termasuk
Singapura, perlu difahami secara mendalam, bukan dengan emosi dan kecetekan
ilmu.
Negara Jepun–China mempunyai
sejarah permusuhan yang panjang sehingga ke hari ini. Kedua-dua negara ini
pernah berperang dan saling berdendam. Kesempatan menduduki Tanah Melayu
(1941-1945) telah dipergunakan oleh Jepun sepenuhnya untuk membalas dendam
terhadap orang Cina. Kebetulan mangsanya adalah Cina yang berada di Tanah
Melayu.
Bagi menyelamatkan diri, orang
Cina lari ke hutan dan menyertai parti komunis (MPAJA atau Bintang 3). Jepun
terus memburu Cina. Orang Cina bertindak balas dan Jepun semakin marah. Sebab
itu, sejak dahulu saya katakan, sejarah membuktikan, perjuangan komunis MPAJA
bukan untuk memerdekakan Tanah Melayu. Tetapi membalas dendam terhadap Jepun.
Sejarah ini cuba
diputarbelitkan dengan segelintir Cina yang mengatakan, MPAJA adalah pejuang
kemerdekaan Tanah Melayu dan tugu peringatan MPAJA telah didirikan di Taman
Peringatan Nilai. Malangnya, pihak berkuasa tidak berbuat apa-apa walaupun
ramai pakar sejarah telah bersuara.
Kenyataan paderi tersebut
sekali lagi bercanggah dengan fakta sejarah. Pihak Imigresen mesti bertindak
terhadap orang sebegini, kerana mengancam keselamatan negara.
Berdasarkan pengalaman
berceramah di Singapura yang kini saya diharamkan berceramah di sana, kita
tidak dibenarkan sama sekali menyentuh isu-isu sensitif, sekalipun fakta itu
benar. Misalnya, kekejaman Amerika-Israel, Yahudi, sejarah Singapura-Tanah
Melayu dan kedudukan orang Melayu di sana. Persoalannya, kenapa kita boleh
biarkan orang luar berceramah tanpa garis panduan?
Sudah tentu kita masih ingat
seorang peguam ultra kiasu, bernamakan orang putih, bermata sepet, tidak
semena-mena mengkritik Jakim kerana dikatakan mempromosikan ekstremisme
menerusi penyampaian khutbah, setiap kali ketika umat Islam di negara ini
menunaikan solat Jumaat. Tidak mustahil selepas ini dia akan menuduh Jakim
pengganas (terroris). Malangnya, ada juga ultra kiasu Islam yang menyokong
peguam ultra kiasu ini.
Berapa kalikah dia mengikuti
atau mendengar khutbah yang disediakan oleh Jakim? Tanyalah sesiapapun,
terutama ultra kiasu Melayu. Mereka akan kata teks khutbah yang disediakan oleh
Jakim atau Majlis/Jabatan Agama Negeri, tidak sedap atau tidak power, pro
kerajaan atau mengampu, berbanding khutbah mereka yang lebih ‘berkualiti’.
Kenapa tiba-tiba si sepet ultra
kiasu ini boleh mengatakan Jakim promosikan ekstremisme? Berapa dalam
pengetahuannya terhadap agama Islam? Pernahkah dia mendengar khutbah negeri
yang dikuasai Pakatan Rakyat? Jika tidak tahu, mari sini biar saya tunjukkan.
Sepet ajar sepet, sayangnya saya tidak ada nama orang putih.
Ternyata, ultra kiasu ini dan
kuncu-kuncunya semakin berani dan kurang ajar mencampuri urusan agama Islam.
Sedangkan kita tidak pernah mencampuri urusan mereka. Pernah saya mencadangkan
supaya kita menyamar masuk ke gereja dan dengar khutbah mereka pada hari Ahad.
Tetapi dikritik ultra kiasu habis-habisan.
Sama juga, jika Jakim
mempromosi ekstremisme, sudah tentu orang bukan Islam tidur tak lena. Mereka
akan dipulaukan dan sebagainya. Tetapi, keadaan berlaku sebalik. Bukan Islam
tinggal di kawasan majoriti Melayu hidup dengan aman, tidurnya lena, lebih lena
dari umat Islam sendiri.
Sebenarnya, toleransi dan
kerjasama umat Islam terhadap bukan Islam amat tinggi nilainya. Maka hargailah,
sebelum mereka hilang sabar.
Berkaitan dengan isu ini juga,
saya turut bersetuju dengan apa yang dikatakan Naib Presiden Persatuan
Muafakat, A Karim Omar iaitu pihak gereja sengaja melanggar peruntukan yang
melarang penyebaran agama bukan Islam kepada orang yang menganuti agama Islam.
Saya tidak pasti laporan Mufti Perlis, yang mengatakan anak pastor menyerah
diri kepadanya untuk diIslamkan. Elok juga Mufti Perlis berterus terang.
Katanya, ultra kiasu ini kerap
juga menyerang institusi Islam serta memperlekehkan beberapa kenyataan yang
dikeluarkan oleh agensi Islam, termasuk mempertikaikan khutbah Jumaat kita.
Memang jelas terbukti bahawa gereja sememangnya partisan kepada Pakatan Harapan
(PH).
Benar seperti kata Ku Nan
jangan bawa berita tidak benar mengenai kerajaan, jadi persoalannya kenapa
pihak berkenaan masih tidak mahu mengaku? Menurut beliau lagi, ramai pelampau
evangelis Kristian yang menyebar video dan bahan kempen DAP dalam FB mereka,
sebagai contoh, ramai mereka yang berkempen untuk perhimpunan politik BERSIH
yang turut mempunyai agenda dan maksud tersirat evangelis Kristian.
Menurut A Karim lagi, Gerakan
Radikal Evangelis for Christian State (RECS) adalah satu fenomena baru yang
sedang mengancam negara. Fahaman Dominionisme RECS ini bermatlamatkan bahawa
orang Kristian akan memerintah dunia. Mereka merancang menggerakkan usaha
merampas tujuh bidang atau sektor kehidupan yang disebut sebagai ‘Mandat Tujuh
Gunung’ (Seven Mountains Mandate) merangkumi perniagaan, agama, kekeluargaan,
media, hiburan, pendidikan dan kerajaan.
Di Malaysia, golongan ini
percaya bahawa mereka sudah hampir menguasai ke semua enam bidang dan hanya
tinggal satu lagi bidang yang perlu mereka rampas iaitu, kerajaan. Sebab itu
mereka gagal menyanggah fakta-fakta yang diketengahkah dua buku hasil karya Ian
Buchanan, ‘The Armies of God’ and ‘Sang Nila Utama and The Lion of Judah’.
Sudah sampai masanya pihak
berkuasa mengambil tindakan terhadap anasir-anasir yang boleh mengganggu
kedaulatan agama Islam. Kita tidak boleh menjadi negara yang terlalu bebas. Contohilah
negara jiran kita, seperti Thailand. Mereka sangat bertegas dalam perkara yang
boleh mengganggu kedaulatan Raja, Buddha dan Siam. Itulah akar negara mereka.
Apakah akar itu tidak ada dalam
sejarah negara kita. Melayu, Islam dan Raja. Buat baik berpada-pada, jangan
sampai ultra kiasu naik kepala. Nanti musnah negara. Ketika itu menyesal pun
tidak berguna. Bertindaklah… Jangan terlalu kemarukkan undi, kelak nanti kita
akan dikutuk oleh generasi akan datang. Jika tidak percaya, pergilah menyamar
ke gereja.
Prof
Dr Ridhuan Tee Abdullah
Profesor Fakulti Pengajian Umum dan Pendidikan Lanjutan (FUPL)
Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
Profesor Fakulti Pengajian Umum dan Pendidikan Lanjutan (FUPL)
Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
0 comments:
Post a Comment