Di mana kekuatan MCA? (Sinar Harian 5.9.16)
Bulan
kemerdekaan makin dirasai. Lebih seminggu sudah kita menyambut Hari Kemerdekaan
ke-59 dan diikuti Hari Malaysia ke 53. Ultra kiasu yang merupakan Ahli Majlis, Majlis
Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) berkata “kita tidak boleh paksa patriotisme ...
Jika kamu sayang negara, kamu akan melakukannya (kibar bendera) tanpa paksaan”.
Setelah
59 tahun merdeka di bumi tercinta, apakah masih lagi tidak boleh dipaksa
semangat patriotisme ini? Inilah dilema Malaysia. Kita lebih sayangkan bangsa
daripada negara.
Jika
berlaku sesuatu kepada negara ini, apakah kita rela berkorban jiwa raga? atau tinggalkan
raga?
Patriotisme
berasal daripada kata akar patriot bermakna pejuang. Semangat perjuangan itu
disebut sebagai patriotisme, iaitu sanggup mati untuk negara. Semangat ini
mesti ada dalam jiwa setiap rakyat.
Mengibarkan
jalur gemilang hanyalah satu cara. Patriotisme bukan setakat kibaran bendera. Ia
melibatkan hati. Hati yang cintakan negara lebih daripada dirinya sendiri,
bangsa atau parti.
Lihat pula, MCA, belum
apa-apa lagi sudah memuktamadkan calonnya bagi PRU14. MCA mendesak Umno
memulangkan semula tiga kerusi Parlimen milik mereka yang ‘dipinjamkan’ kepada
Umno iaitu Kuantan, Gelang Patah dan Wangsa Maju. Sejak bila pula kerusi ini
menjadi milik bapak MCA?
Apakah MCA mampu untuk
merampas kerusi Kuantan (60% Melayu) daripada PKR. Calon MCA kalah dalam PRU
12. Pemimpin MCA berkata, majoriti yang mereka menangi lebih tinggi daripada
Umno. Ketawa beruk saya. Masalahnya MCA tidak mengundi Umno ketika Umno
bertanding. Sebaliknya, undi Umno solid kepada MCA. Siapa tipu siapa? Masih
tidak kenal MCA? Perkara yang sama berlaku di Gelang Patah.
MCA tidak perlu bercakap
banyaklah. Buat kerja, kurangkan cakap. Jangan sakiti Umno. Jika Umno tidak
mengundi MCA, nanti hilang wang deposit. Ini akibatnya apabila Umno gagal untuk
mentarbiah MCA supaya tahu dek untung. Terbaharu, MCA minta tambah kerusi di
Sabah.
Apakah MCA tidak sedar
bahawa kerusi mereka yang di kawasan majoriti Melayu selama ini semuanya
dipinjamkan? Kerusi tetap MCA, termasuk Gerakan dan MIC adalah di kawasan
majoriti Cina.
Bila masa pula kerusi majoriti
Melayu mahu dikembalikan. Misalnya, Ayer Hitam, Alor Setar, Kapar, Alor Gajah,
Simpang Renggam, Lumut, Tanjung Malim, Tebrau dan lain-lain lagi.
Saya tidak boleh terfikir
bagaimana Parlimen Grik yang dihuni lebih 70 peratus Melayu boleh diberikan
kepada Gerakan PRU 12, dikembalikan kepada Umno PRU 13. Apakah layak Gerakan meminta
Umno kembali kerusinya pada PRU 14 nanti?
Sama juga di Kelantan,
apakah parti nyamuk PAN layak diberikan kerusi. Memberikan kepada PKR itupun
satu tolak ansur yang sudah tidak ada tolok bandingnya oleh PAS. Kasihan,
setiap kali parti baru muncul, PAS terpaksa berkorban.
MCA boleh ambil kesemua
kerusi di kawasan majoriti Cina. Tetapi jangan kacau kawasan majoriti Melayu.
Setakat ini hanya Melayu sahaja terima MCA, Cina sudah lama tolak. Jangan
perasan kuat.
Saya menulis sebegini
seolah-olah saya talibarut atau dibayar Umno. Tidak. Tetapi sebagai rakyat
marhaen dan penganalisis politik, saya mesti berkata benar, walau pahit.
Jika MCA sudah bersedia,
lawanlah ultrakiasu di Bagan, Bukit Mertajam, Bukit Bendera, Tanjong, Jelutong,
Bukit Gelugor, Ipoh Barat, Ipoh Timur, Batu Gajah, Seputeh, Kepong, Bukit
Bintang, Cheras dan kawasan bandar. Biarlah Umno bergasak dengan Pas kawasan
majoriti Melayu.
Jika MCA kacau, sudah tentu
undi akan pergi kepada pembangkang. MCA, MIC dan Gerakan tidak perlu bimbang,
jika kalah, jawatan senator, kemudian dilantik sebagai menteri dan timbalan
pasti menanti.
Formula lapuk menjadi sesuatu
kawasan bapak dia yang empunya perlu difikirkan semula, jika Umno mahu menang
PRU 14. Biar MCA melalak. Perangai MCA sama seperti DAP, ultra kiasu. Saya
cabar Cina DAP bertanding kawasan majoriti Melayu.
MCA, MIC, Gerakan dan termasuk
PAN, tahu mereka ini tidak kuat, tetapi pandai daripada segi psywar dan psyop,
seolah-olah mereka kuat.
Laman web ultra kiasu
membesar-besar ucapan PM Singapura mengenai jaminan kepada etnik minoriti bahawa
jawatan Presiden Singapura akan diberikan kepada mereka. Kenapa tidak PM?
Ada apa dengan jawatan Presiden
berbanding Perdana Menteri? Singapura sepatutnya menyelesaikan masalah minoriti
Melayu di buminya sendiri. Beri kepercayaan minoriti menjadi PM, Panglima
tentera, Ketua Imigresen dan Ketua Polis. Selagi sikap sangsi dan sangka buruk
ini wujud, selagi itulah masalah kaum tidak dapat diselesaikan. Ingat!
Singapura tidak dapat dipisahkan daripada sejarah kenegaraan Melayu.
Sekurang-kurangnya keadaan kita
jauh lebih baik. Etnik minoriti diberikan jawatan tinggi walaupun bilangan
sedikit. Ramai yang dilantik menjadi Menteri, Duta, KSU, Ketua Polis Negeri dan
sebagainya.
Sempena Kemerdekaan ke 59,
marilah kita meletakkan kepentingan negara di hadapan, berbanding kepentingan
bangsa, parti dan diri. Tangkaplah lagi perasuah dan pengkhianat, meskipun dia
Melayu, kerana negara tidak memerlukan mereka yang tidak patriotik.
Dr.
Mohd Ridhuan Tee Abdullah,
Profesor,
INSPIRE/FUPL, UniSZA
10 comments:
Betul....saya sangat2 bersetuju atas kenyataan prof ni...sedarlah wahai pm...pentadbir...kita perlu berubah...tiada toleransi...sudah banyak kita berlembut...ubahlah
Di mana kah Kekuatan MCA??
Di Keris nya ka??
Di Nama nya kah??
Jawapannya...... Jeng jeng jeng...
Di Dedak Lanun Bugis Mappadulung Marangprabu Kebunden Barang Sekeper!!!
Wahkahkahkahkahkah....
MCA ternyata dipimpin oleh mereka yang TAK SEDAR DIRI!
UMNO pula dipimpin oleh mereka yang TAK SERIK SERIK DITIPU BULAT BULAT oleh MCA!
Rubbish Tee betul otak ada masalah kerana mengaku sendiri adalah Cina tapi percakapan dan kelakuan langsung tak macam Cina. Rasa Rubbish Tee adalah anak haram menjadi otak dia tak tenteram. Mungkin penjahat itu adalah penyamun ya...
Itulah perangai ultra kiasu. Penakut dan pengecut.
MCA memang kawan baik DAP. Pasai tu, tindak-tanduk sebiji macam ultra kiasu DAP.
bani jawi dah lama makan hati..
anak2 bani jawi kini memendam dalam diam..
orang asing yang datang dahulunya..
meminta belas dan simpati..
diterima dan diberi nyawa lagi..
tetapi..
madu yg dahulunya dihulur..
dibalas racun kini..
khawatir amat..
barang yang dipendam terlalu lama itu bakal meledak..
tanah-tua..
entahlah apa yng bakal berlaku nanti..
dahulu para ahli politiknya sering beraksi bagaikan badut..
tetapi kini..mereka benar2 berjiwa dan bertubuh badut..
badut yang bertuhankan WANG.HARTA DAN PANGKAT..
sayang teramat sayang..
Menyokong MCA ibarat melepaskan anjng tersepit. Contoh terbaik Wee Ka Siong, yang menang di kawasan majoriti melayu tapi menentang isu isu hak Melayu atau Islam . Sedarlah wahai pengundi melayu Islam Akan musuh dalam selimut
Berita baik dimana Rubbish Tee kena BAN BAN BAN....hahaha
salam tuan..sekadar berkongsi kisah..
"..Tetapi selama beberapa dekad kita semua percaya bahawa salah seorang pegawai Cawangan Khas Cina adalah “ejen talam dua muka” (sebenarnya, orang nombor dua dalam PKM adalah ejen talam dua muka) dan Cina ini telah mengkhianati kerajaan. Dan itulah sebabnya orang Melayu tidak pernah mempercayai Cina di dalam perkhidmatan tentera atau khidmat perisikan.Kenyataannya anda tidak tahu Cina akan berada di sebelah pihak mana.."
mohon beri sedikit komen tuan..
Post a Comment