(Sinar Harian 6.4.15)
Jika
Pas keluar PR, sudah pasti Selangor tidak akan bermenteribesarkan PKR lagi. In shaa Allah, Pas mungkin boleh
terus kekal di Kelantan, meskipun akan kehilangan beberapa kerusi di negeri
lain. Begitu juga ultra kiasu di Pulau Pinang.
Semua
orang tahu, PKR menang banyak kerusi selama ini, bergantung kepada undi Pas,
selain ultra kiasu. Begitu juga kerusi ehsan yang diberikan kepada PKR oleh Pas
di kawasan yang ditandingi Pas selama ini, terutama di Kelantan dan Terengganu.
Negeri lain pun sama.
Rasionalnya,
Pas tidak perlu menyerahkan kerusi yang ditandingi selama ini kepada PKR.
Tetapi, atas dasar sepakatan, Pas rela berkorban. Inilah sifat mulia Pas. PKR
tahu semua itu. Namun, sokongan Pas masih belum mencukupi tanpa sokongan ultra
kiasu untuk kekal berkuasa di Selangor.
Maka
tidak hairan, jika PKR akan terus berusaha untuk memastikan Pas tetap kekal
dalam PR, walaupun telah didesak ultra kiasu agar Pas dikeluarkan.
Melayu
PKR tertekan antara di luah mati emak, ditelan mati bapak. Ultra kiasu PKR
mungkin tidak, kerana bila-bila masa mereka boleh pergi kepada parti ultra
kiasu. Itulah realiti PKR.
Mengenali
Pas sekian lama, Pas sudah kebal, sama ada bersendirian mahupun bersama PR. Parti
Islam ini sudah diuji sekian lama. Tetap bertahan. Kepemimpinan dan ahli
partinya amat komited dengan Islam. Pasma dalam hal ini, tidak ada apa mende
kata orang Terengganu, kerana walak majoriti ahli Pas tetap kepada Pas, bukan
Pasma.
Pendek
kata, bercerai talak tiga sekalipun, Pas tetap survive. Parti lain belum tentu. Sebab itu, paling layak menjadi
ketua pembangkang di Parlimen, adalah Pas. Pastinya ultra kiasu tidak pernah bersetuju.
Timbalan Menteri Besar Kelantan
berkata, Pas pernah melalui zaman sukar selepas keluar daripada BN, namun Pas mampu
bangkit dan menawan Kelantan pada pilihan raya umum ke-8 pada 1990, walaupun
bersendirian.
Sebab itu, Pas tidak pernah takut
apabila parti ultra kiasu sebelum ini mengugut memutuskan hubungan dengan
Presiden Pas berikutan tindakannya yang bertegas mahu melaksanakan hudud di
Kelantan. Ini disusuli tindakan drastik ultra kiasu Sarawak yang mengumumkan
keluar daripada PR negeri itu minggu lalu atas alasan sama. Begitu juga PKR dan
ultra kiasu Sabah.
Kita teruja untuk melihat apakah
PKR Sabah Sarawak mampu untuk bertahan tanpa sokongan Pas. Memandang musuh
hudud terlalu ramai, Pas
sudah sepatutnya keluar dari PR selagi ultra kiasu ada di situ. Ultra kiasu
tidak boleh dianggap sebagai kawan lagi. Jika mereka memusuhi Islam, maka
mereka adalah musuh Pas.
Pas
tidak perlu bersangka baik lagi, bagi tujuan dakwah. Sekian lama berdakwah dan
menerangkan hudud, adakah mereka semakin lembut terhadap Islam dan hudud? Tidak
sama sekali. Malahan sikap negatif dan bermusuhnya semakin menyerlah.
Pas tidak boleh terlalu mengharap.
Ultra kiasu jahat dan licik. Misalnya,
kajian mereka melaporkan 81% responden Melayu-Islam mahukan kerajaan Kelantan
memberi tumpuan kepada usaha pemulihan pasca banjir daripada pelaksanaan hudud.
Berbanding kajian Jawatankuasa Teknikal Hudud (JTH) negeri tahun
lepas, membuktikan 91% rakyat Kelantan bersetuju dengan hudud. Kajian siapa
yang betul? Logiknya sudah tentu kajian JTH lebih tepat, kerana responden tidak
bias. Semua orang Kelantan.
Jika bertanya kepada musuh
Islam, sudah tentu jawapannya sudah diketahui. Orang Islam sendiri ada yang
menjadi penentang tegar hudud, terutama yang menganut fahaman sekular dan
sosialis. Justeru, saya tidak pernah ambil kisah kajian ultra kiasu. Awal-awal
lagi telah bias.
Eloklah renungkan
kata-kata bekas Ketua Hakim Negara Tun
Abdul Hamid Mohamad. Hasrat kerajaan negeri Kelantan untuk melaksanakan hukum
hudud tanpa meminda Perlembagaan Persekutuan boleh dicapai jika sedia bermula
dengan kesalahan terletak di bawah Senarai Negeri.
Beliau berkata antara
kesalahan yang terkandung dalam Senarai II (Senarai Negeri), Jadual Kesembilan,
Perlembagaan Persekutuan ialah kesalahan melakukan zina, menuduh seseorang
berzina, meminum minuman memabukkan dan murtad. Bagaimanapun, Parlimen perlu
terlebih dahulu meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 untuk
membolehkan Badan Perundangan Negeri berbuat demikian. Undang-Undang itu adalah
di bawah Senarai Negeri, terpakai hanya kepada orang Islam dan ditadbir oleh
Mahkamah Syariah.
Dalam
PRU 14 akan datang saya cadangkan Pas ikut strategi ahli-ahli Gerakan dan MCA.
Pakat-pakat mengundi ultra kiasu, mempermainkan BN. Sebab itu, di kawasan Bandar,
Terengganu, kenapa PKR boleh menang?
Pas
pun boleh melakukan perkara yang sama. Sama ada kekalkan atau tidak dalam PR,
pastikan selepas ini Pas tidak mengundi ultra kiasu. Berikan undi kepada orang
Islam yang tidak menentang hudud, meskipun dia Umno. Tidak mustahil jika Umno menambah
kerusi di Selangor, kerusi Menteri Besar mungkin menjadi milik Pas.
15 comments:
Setuju sangat dengan pendapat dr. Pas mesti menyatakan pendiriannya dengan JELAS.
Jika PAS keluar PR, jumlah ADUN PAS + UMNO + Khalid Ibrahim boleh tumbangkan Azmin Ali. Ha nya tentukan 2 ADUN PAS yang sokong PKR dalam isu calon MB Selangor dulu itu ta'at setia kpd PAS.
Khalid pun nampak nya mengentam Azmin sekarang.
Memang tak rugi jika PAS bersendirian. PKR macam mana pun nakkan orang dia jadi PM. Bermatia-matian nakkan Anwar di lepaskan. Bila dah takda jalan halal, pergi demo jalanan.
Apa hal pun, depa nak harapkan Anwar aktif lagi salepas 5 tahun di penjara. Sementara waktu, kalau depa tak ada orang PKR yang boleh di terima sebagai calon PM pun, kalau terpaksa sokong orang PAS pun, mereka aka calonkan Mat Sabu. Sebab dia Anwarista.
DAP pulak dah calonkan Nurul Izzah sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen. Mana PAS boleh terima. Kalau pencalunan itu bermakna mungkin sebagai calon PM juga, lagi PAS tak setuju. PAS mahukan Hadi sebagai PM. Terang terang depa cakap di Muktamar depa yang lalu. Tak mahu sebut pun Anwar sebagai calon PM sehingga la ni.
Pusing kiri, pusing kanan, walau macam mana pun, lebih baik PAS bersendirian, keluaq dari PR.
Pas tak rugi.
Pemimpin Melayu amano, Kroni dan PENGEDAR JET pun tak rugi.
Prof,
PAS perlu yakin dengan Allah dan Quran.
Ingat...Allah Telah mengunci mati hati mereka Kerana kekafiran mereka. Kerana itu mereka tidak beriman kecuali sebahagian kecil dari mereka.(Surah An-Nisa ayat 155)
9:42 AM,
Mcm mana pemimpin UMNO nak rugi. Mereka tak menghasut, tak membohong, tak subversif, tak menyodom, jadi tak kena tangkap, tak kena bicara, tak masuk penjara.
Pemimpin PAS pun gitu juga, melainkan Mat Sabu saja yang kena tangkap dan di tuduh di Mahkamah. Yang lain tak rugi.
BN hari-hari ketawa kerana kedegilan dan kebodohan Hadi asyik nak hudud menyebab Pakatan berpecah-belah. Hadi bukan pemimpin yg bijak kerana dia pentingkan agama drp pentingkan menyelesai masalah banjir, ekonomi dan pembangunan.
Hadi bukan degil, bukan bodoh, Bang 7:52 AM.
Itu di panggil politik. Muktamar di bulan Jun ada pemilihan pemimpin party. Anwarista Mat Sabun di tanding dek Tim MB Kelantan. Bagus.
Ingat, ramai orang percaya implementasi Hudud ada lah reaksi dan akibat DAP biadap dan kurang ajar. PAS tak rugi. Ramai yang sokong PAS lagi. Di Kelantan semua ADUN UMNO pun sokong Hudud.
Saya harap PAS akan keluar Pakatan. Biarkan PKR terkontang kanting sendirian. Sampai mati katak. Atau mati kering.
DAP pun dah abandon PKR. Kerana Anwarul Al Juburi dah kena penjara 5 tahun, Tokong Lim tak kasi MP dan ADUN DAP ambil bahagian dalam demo jalanan KitaLawan anjuran PKR. Tak beri arahan pun bagi ahli biasa DAP hadziri KitaLawan. Dah tak melawan, tak nak sokong usaha usaha nak bebaskan Al Juburi .
Bila Al Juburi tak dapat ampun, bapak Tokong Lim, Kit Siang, cadangkan di adakan pakatan baru, sebutkan beberapa nama lain sebagai calon PM, tak lagi Anwarul Al Juburi. Habis lah riwayat politik Al Juburi.
Salepas Anwar masuk penjara, PKR sudah tidak ada kepala. Azizah terhegeh hegeh, orang tak kisah apa. Cakap apa pun, ahli, penyokong dan pengundi pun tak peduli apa. PAS sendiri pun tak sokong dia. Tak dapat jadi MB, jadi macam patong, tak boleh kata apa.
Masa Bang Non belom masuk penjara, Bang Non yang keluorkan kata kata. Salepas Bang Non masuk penjara, dapat jumpa ha nya sebulan sekali atau sekali sekala. Jadi nak keluarkan kata kata yang bernas macam mana?
PAS dah baran sangat dengan PKR, tiada siapa boleh buat apa. Mat Sabu ha nya boleh jenaka. Anwarista dalam PAS pun dah tak bergelora. Tengok lah Muktamar PAS di bulan Jun apa depa kata. Silap slap puak Anwarista lingkup, Timbalan MB Kelantan naik jadi Timbalan Ketua. Dan, entah entah, Muktamar PAS buat resolusi keluar dari Pakatan, apa nak kata.
Adun UMNO sokong hudud buat wayang je.. yg penting adakah semua BN sokong? Hadi bodoh dan degil jika PAS tak bersama dgn Pakatan macam mana dia nak berharap dapat sokongan dari luar negeri. Jelas sekali Hadi berotak Low IQ tak sesuai jadi peminpin akan merosakan parti dan negara. Dia lebih sesuai jadi anjing kpd Raja Saudi
9:03 AM,
Yang buat wayang tuh hak mutlak Anwarul Al Juburi. Sakit belakang. Bila masuk penjara aje, sakit belakang. Nakkan dapat masuk Hospital Wing Penjara Sg Buluh. Air cond kot, berak pakai toilet duduk. Bukan main putar belit dia.
Nak kena selalu ingatkan pihak Penjara jangan kasi dia selalu mcm tuh. Kena periksa, jangan guna pakar yang asyik kasi rekomen dia masuk wad tuh. Dan keluarkan bila tak "life threatening".
Yang bodoh dan degil tuh kamu. Tak sedor yang PKR curi loyalty 2 ADUN PAS Selangor supaya sokong Jijah calon MB yang akir nya tak jadi. DAP buat taik, asyik dera PAS pasal Hudud. Bila PKR dan DAP dah biadap dan kangjor, mcm mana Hadi nak layan dan PAS nak cabut.
Kamu punya IQ agaknya separuh dari orang biasa. Kau jadi anjig DAP, tak payah ada otak IQ pun. Salak sini, salak sana, satu masa nanti gila. Bahaya bila kau jadi rabies, tau.
Aku tak le sokong PAS sangat. Tapi bila kau cakap menggila, aku sokong Hadi dan PAS.
"Tidak mustahil jika Umno menambah kerusi di Selangor, kerusi Menteri Besar mungkin menjadi milik Pas."
Mungkin keadaan genting ini yang Tokong Lim DAP sentiasa khuatir, jangan Wakil Rakyat nya kena tangkap, kena penjara dan hilang kerusi. Anwarul Al Juburi (pangkat Mat Sabu beri) dah hilang kerusi Parlimen nya.
Salepas Al Juburi masuk penjara dan bila PKR adakan demo jalanan KitaLawan, Tokong Lim mengarahkan MP dan ADUN DAP jangan keluar dari Penang, perlu jumpai warga tua serhkan wang sumbangan. Ini bermakna mereka tak boleh menghadziri demo jalanan Kita Lawan di KL. Menyinga PKR, pendam dalam hati.
Benar, jika DAP atau PKR hilang 1 kerusi di DUN Selangor, UMNO akan neyetujui PAS pegang jawatan MB dan gulingkan Azmin Ali. Sekarng Nik Nazmi PKR dah kena dakwa di Mahkamah. Kita lihat jika sabit kesalahan dan di penjara bagi tempoh yang menyebabkan dia hilang kerusi DUN nya.
1. SIAPA ARAHKAN SIRUL UNTUK BUNUH ALTANTUYA?
2. MANA WANG RM45 BILLION 1MDB PERGI?
3. APA JADI DENGAN PENUMPANG DAN ANAK KAPAL MH370?
4. MENGAPA MH17 DITEMBAK JATUH?
5. SIAPA PEREMPUAN DALAM HELIKOPTER YANG TERHEMPAS ITU?
Mamat 10:06 PM,
Apa tujuan kamu menulis begitu? Mengguna huruf besar pulak tu. Anarkis ke kamu? Orang bincangkan tajuk lain, kamu mengeluarkan so'alan so'alan yang takda kaitan.
Hingga perempuan yang mati di dalam heikoptar terhempas tu nampak nya kamu nak kaitkan dengan yang tidak berkaitan. Kamu tak baca ke bahawa Polis Selangor telah menyiasat di rumah nya dan dapati dua teket kapalterbang ke Langkawi di atas nama nya dan nama pilot itu, dan lain lain bukti menunjukkan dia ada hubungan cinta dengan pilot itu.
Kamu DAP ke? Atau PKR ke? Atau PAS yang marah blog ini bincangkan PAS sekarang ni ke? Jangan kolot le, Mamat, have an open mind sikit le.
Jangan mengarut, Mamat. Boleh nak komen membangkang, tapi ikut tajuk pos le. Dan jangan macam biadap saja keluarkan Altantuya, MH17, MH370, helikopter terhempas pulak. Dengan takda hujah atau fakta langsung. Bunyi macam ultra kiasu DAP saja.
Post a Comment