Sinar Harian 2 Feb 2015
Nomy Nozwir
menulis surat terbuka kepada saya, Tee Chuan Seng, disiarkan laman web ultra
kiasu, pada 24 Januari 2014. Biar saya jawab, agar semua faham, mudah-mudahan
kendur sedikit ultra kiasunya.
Memang nama asal Tee Chuan Seng. Bila
saya memeluk Islam pada tahun 1985, saya terpaksa menurut arahan pejabat agama,
agar hanya mengekalkan surname
sahaja, menjadi Mohd Ridhuan Tee bin
Abdullah.
Tee,
menunjukkan saya Cina. Kini, hasil perjuangan kami, orang Cina atau sesiapa sahaja
yang memeluk Islam, boleh mengekalkan nama lamanya, asalkan tidak ada konotasi
dengan unsur-unsur ketuhanan dan keagamaan mereka. Dalam makna, saya boleh
mengekalkan nama saya dan berbinkan bapa saya.
Namun, perlu juga diingat, tidak salah
meletakkan nama-nama Islamik, malah ianya digalakkan. Berbinkan Abdullah, bukan
bermakna menukar nama bapa, Abdullah itu bermakna hamba Allah. Tidak salah,
kerana bapa saya adalah juga hamba Allah.
Sebaik-baik nama dalam Islam adalah
yang menuruti nama-nama mereka yang disanjungi oleh agama seperti nama para
Nabi, para sahabat atau ulamak atau nama dengan makna-makna yang baik. Dalam
satu hadis yang diriwayat oleh Muslim, nama yang paling disukai oleh Allah
adalah Abdullah dan juga Abdul Rahman. Saya cadangkan saudara tukar nama lebih
baik dari Nomy kepada Karomi. Lebih comel.
Rasulullah sendiri pernah meminta
seorang sahabat yang masuk Islam menukar namanya dari Abd al-Syams bin Sakhr
kepada Abd Rahman bin Sakhr kerana nama Abd Syams bermaksud hamba kepada matahari.
Rujuk e-fatwa.
Apakah kita lupa, apabila orang Melayu
memeluk Islam 600 tahun dahulu, nama-nama mereka yang pelik seperti Buyung,
Melati, Kencana dan sebagainya, telah bertukar menjadi Umar, Osman, Ali, dan
lain-lain. Jika saudara faham Islam, ini bukan soal nama-nama Arab, tetapi
agama kita galakkan. Nama yang pelik-pelik, kadang kala boleh merosakkan akidah.
Nyatakan sekali saudara agak jahil
dalam memahami Islam, undang-undang dan cara hidup di Malaysia. Kami bukan
seperti Indonesia yang boleh menukar agama dan berkahwin dengan bukan Islam
sesuka hati.
Saya labelkan peguam ultra kiasu
sisepet, supaya kita lebih faham siapa yang saya rujukkan. Panggilan ini lebih
mesra daripada ultra kiasu yang menyerang peribadi saya dalam laman sosial
mereka.
Saudara tidak mengenali atau membaca
penulisan saya selama ini. Label ultra kiasu adalah kajian PhD saya merujuk
kepada mereka yang tidak mahu kalah, asyik mahu menang dalam segala hal. Ia
sudah jadi trademark saya.
Saya merujuk kepada mereka yang berada
dalam PKR dan DAP, dan sesiapa sahaja yang menentang Islam, Melayu dan Raja
serta perlembagaan, termasuk mereka yang berada dalam BN. Orang Melayupun boleh
menjadi ultra kiasu jika mereka menentang Islam atau menjadi liberal dan
pluralis.
Mereka ini adalah musuh-musuh Islam dan
mahu menghancurkan Islam. Fakta saya, umat Islam tidak pernah mencampuri hal
ehwal agama lain amat jelas. Tindakan pihak penguasa agama terhadap ultra kiasu
seperti rampasan bible di Selangor
adalah dalam bidang kuasa Jabatan Agama. Baca undang-undang dan peraturan itu.
Berkaitan supaya masuk ke gereja hanya
untuk mendapat maklumat. Bagaimana maklumat boleh diperolehi, jika tidak
berbuat demikian. Selama ini maklumat diberi oleh kawan Kristian saya yang pro
Islam.
Ultra kiasu tidak perlu menyamar masuk
masjid kerana mereka boleh ikuti khutbah JAKIM secara langsung di TV. Bukankah
Islam agama persekutuan.
Ultra kiasu yang mengatakan khutbah
JAKIM ekstrem, sila nyatakan bila dan di para mana. Biar saya jelaskan sama ada
ia ekstrem ke tidak. Setakat mana ilmu Islam dia ada, untuk mengatakan khutbah
tersebut ekstrem. Dari cara saudara berhujah, Nampak sangat pengetahuan saudara
tentang Islam amat cetek. Elok juga saudara datang belajar dari saya.
Sejak dahulu saya sudah tulis, saya
tidak pernah membenci bukan Islam atau kaum saya. Bagaimana Islam boleh berkembang
jika kita bermusuh. Musuh saya adalah ultra kiasu yang menentang Islam dan
undang-undang negara ini.
Negara ini asal usul dan akar umbinya
berasaskan Islam. Sebab itu, agama Islam mendapat tempat dalam perlembagaan.
Maka tidak salah, jika Islam dilebihkan sedikit berbanding agama lain. Tetapi realitinya
tidak berlaku. Rumah ibadat Islam ada 50 ribu, bukan Islam ada 500 ribu.
Jika saya membenci bukan Islam bermakna
saya membenci ciptaan Allah SWT. Saya Cuma benci sikap dan perangai mereka yang
tidak pernah bersyukur.
Saya tidak pernah mendakwa saya orang
Melayu atau menghina bangsa dan keturunan saya. Saya dilihat seolah-olah lebih
Melayu dari Melayu, kerana orang Melayu sendiri takut untuk bersuara, hanya
kerana untuk kuasa politik.
Prinsip saya, apabila berlaku
pertembungan antara agama vs bangsa. Maka, agama mesti diutamakan, berbanding
bangsa. Sebangsa tidak segama vs seagama tidak sebangsa, pilihan saya adalah seagama
tidak sebangsa. Saya minta saudara dan ultra kiasu yang lain menulis surat
terbuka kepada pelukis Cina ultra kiasu yang menterbalikkan pemimpin tertinggi
negara, tugu negara dan keris. Jika tidak, saudara tidak ada bezanya dengan
musuh saya. Setakat ini ultra kiasu senyap sepi. Adakah mereka tidak jahat?
22 comments:
Semoga Prof. Ridhuan Tee terus istiqomah dlm mempertahankan agama...saya kadang malu bangsa Melayu pun tak berani mempertahankan agama dan bangsa yg sering di hina kebelakangan ini. Saya doakan Prof Dr. Ridhuan akan sentiasa dilindungi Allah dlm penjuangan Dr.
Benar saudara,
lslam wadah perjuangan, bangsa adalah hanya latar belakang. Asas susur galur kembali kepada adam a.s. takbeer....
Benar saudara,
lslam wadah perjuangan, bangsa adalah hanya latar belakang. Asas susur galur kembali kepada adam a.s. takbeer....
Mereka ni sebenarnya hidup dengan penyakit hati yang amat dahsyat. Orang Melayu dan Islam tak ganggu mereka tapi tak habis-habis nak provokasi dan menghina.
Sampai isteri bekas pemimpin ultra kiasu di sebuah republik di selatan tanah air sebelum nazak sempat berpesan agar tidak percaya kepada Melayu.
Harap pakar psikologi Muslim dapat beri pencerahan bagaimana mereka menjadi begitu.
Ibarat orang yang hina nabi Muhammad sedangkan dia sendiri tak tahu apa yang Rasulullah buat kepada mereka dan mereka tahu Rasulullah tak pernah sakiti mereka kerana baginda telah lama wafat.
Syabas saudara RT
Anda terbaeeekkkk. Jika mahu harap kepada ilmuan Islam bangsa melayu , melayu tidak akan sedar. Kerana demi kuasa politik ilmuan Islam melayu (semua orang tahu siapa dia) sanggup bersubahat dengan puak kafir untuk menjatuhkan pemerintahan Islam yang membawa banyak kemajuan kepada Islam di Malaysia. Astaghfirullah.... mudahan orang itu sempat bertaubat sebelum Izrail datang membuat kunjungan hormat kepaadanya.
SAM
Prof. adalah suara kebenaran baik untuk orang Melayu ataupun orang Cina. Orang Cina sentiasa mengelak pekung di dada dan menyalahkan orang lain mengenai masalah dalam kaum mereka sendiri. Syabas, Prof berani bercakap kebenaran. Kalau dengan kata-kata yang baik orang Cina tidak sengaja tidak mahu terima kelemahan mereka, kata-kata yang tegas membuat mereka marah dan mengenali kelemahan mereka.
Bangsa Cina kini tiada arah tujuan.
1. Adat istiadat Cina ditolak digantikan adat istiadat Mat Salleh/Yahudi. Contohnya masa kahwin pakai putih dan hitam (tanda berkabung)
2. Selesa dengan nama orang putih.
Nak jadi Peter dan bukan Ah Seng tapi kalau nama Abdullah oh tak boleh.
3. Cakap orang tak pandai tapi budak Cina sekarang, Melayu tak boleh, Inggeris tunggang langgang dan bahasa Cina - pun bahsa pasar. Orang Penang, Hockien sebenar tak tahu, Mandarin (yang bukan bahasa ibunda tunggang langgang)
4. Banyak sangat alasan sebab malas
Kata kedai tutuo kerana GST... soalannya bukankan matematik sekolah Cina terbaik?
Kalau tak ada pekerja Indon (yang mereka pukul), porak poranda keluarga Cina sebab orang Cina kini tak pandai hal ehwal rumah tangga.
5. Egosentrik
Kena tau Mandarin, kalau tidak banana. Tapi kalau nak maju, belajar lebih dari 3 bahasa.
Orang Melayu, belajalah Mandarin dan semua bahasa dan anda akan maju.
Kung Fu Cina cuma setakat ini saje. Tau melayu sikit, Inggeris lebih sikit dan Mandarin tunggang langgang lebih-lebih. Tapi belajar Jepun, Arab dll. (Melayu You better learn)
Ingatnya orang Melayu. Jangan terikut sangat kebudayaaan Cina. Sifat Ultra Kiasu sedikit sebanyak menjahanamkan bangsa mereka.'
Apabila orang Melayu tak mengaku bangsa Melayu, apabila agama Islam menjadi agama isle... Inilah jadinya!
Datuk Jacky Chan yang tak pernah jadi rakyat Malaysia pun tahu hormat protokol dan hormat DYMM Agong.
Ni pendatang sama bangsa dengan dia, dah dapat macam-macam di Malaysia pun masih tak sedar diri tak hormat raja-raja Melayu sebagai ketua negeri dan negara.
Ada yang buat pameran tunjuk potret belakang DYMM Agong; tapi penakut, buat di sarang kiasu singapura.
Dah puas hina ketua negara, boleh pulak balik negara semula. Melayu yang ada kuasa pulak takut ambil tindakan.
Daripada fb Amzarul Yuzrin Bin Mohd Yusof January 29 at 11:49pm ·
Realiti itu menyakitkan. Gua baca pun da rasa menyakitkan...
10 SOALAN MENGENAI CHINESE SINDROME : Sesiapa ada jawapan sila komen dibawah...
Why do I need to live in with Chinese in this country?
The first thought in my mind since my childhood was why do I need to live in with Chinese in this country.
It is still the same question I ask over and over, and it has never been an easy question to answer.
1. Perhaps, that question is supposed to be a question for the Chinese, by reverting it to give a clear view to answer “why do the Chinese need to live in with Malays” in Malaysia.
2. They have own country, own language and own culture, and if I were a Chinese I would definitely go home to my home country as soon as possible.
3. Or perhaps, if I were not going home, I would assimilate into the local culture and respect the local’s traditions.
4. I would also like to use local language daily and communicate with the local in any way not to harm them or by giving false hope in the relationship.
5. Why do I need to become what the Chinese were doing now, i.e, be in a separate society and build a nation within my nation.
6. Why do I need to work aggressively in controlling the economy, and why do I need to seek only one SRJK China in a country which is predominantly Bumiputera and Malays country.
7. Why do I need to steal the local interest in al things, landed property and movable property so much so I have deprived the local of their need as well.
8. Why do I need Kampung Baru which were stolen from the Malays?.
9. Why must I be hard on the local who had given all their support to their Sultans when they the Sultans agreed and had given me the right as the citizen of Malaysia?
10. Why am I so racist when selecting workers for my firms?.
In the end, you know, it is a waste of my energy to think of an answer to that question.
In the end, Jawapan tepatnya: KENAPA MELAYU PERLU BERKONGSI TANAH MELAYU DENGAN BANGSA ASING?...
Tak ada Melayu yang berani seperti saudara, syabas harap Allah akan beri kekuatan kepada anda membela Islam khasnya, saya sendiri malu kepada setengah Melayu yang sanggup jadi hamba dan barua kepada gologan kafir, saya akan sentiasa sokong saudara dalam memperjuangkan roh Islam.
semoga dipermudahkan Allah. blog TR tersisip dalam blog saya.
Terbaik...
Saya tetap sokong perjuangan Doktor.
Saya kurang puas hati dengan ustaz2 melayu yang mengajar agama disurau dan mesjid. Mereka celik hukum tapi buta ekonomi. Saya tidak pernah jumpa ustaz melayu yang menyentoh hal2 berkenaan mempertingkat ekonomi umat Islam. Yang mereka pakar pasal hukum itu hukum ini. Adakah mereka tidak sedar jika umat Islam lemah ekonomi, sekuat mana iman, sealim mana pun ... kerja jadi kuli cina juga akhirnya individu itu.
Dimana maruah umat Islam kalau nak berperang dengan orang kafir kita terpaksa meminta bantuan kewangan dan senjata dengan orang kafir. Keadaan yang sedang berlaku di bumi Arab tidak berupaya membuka minda dan kepala para ustaz kita yang mempunyai ribuan pengikut.
Cukup lah wahai ustaz2, anda hebat menakut2kan pengikut dengan cerita tentang Kemunculan Dajjal, tentang Kedatangan Tanda2 Kiamat. Saya nampak seolah ustaz2 ini sedang membantu agenda puak kafir dalam menjadikan umat Islam mundur dan ketinggalan ekonomi. Bila umat Islam miskin, maka jadi lah seperti umat Islam Rohingnya atau umat Islam di Kemboja.
Adakah para ustaz kita tidak sedar tentang petkara ini. Cukup lah ustaz, tolong lah beri kesedaran ekonomi juga kepada ribuan pengikut anda, dan tolong beri juga peringatan tentang pentingnya ribuan pengikut anda bersatu mempertahankan kerajaan melayu Islam yang ada. Saya tidak minta ustaz sokong Umno dan tidak juga sokong Pas. Saya nak minta ustaz sedarkan pengikut (ada Umno dan ada Pas) supaya bersatu mempertahankan kerajaan melayu/Islam dibumi Malaysia ini walau apa keadaan sekali pun.
Kalau setakat ungkapan BERPEGANG LAH KEPADA TALI ALLAH, dah basi seruan semacam itu.
SAM
Saya kurang puas hati dengan ustaz2 melayu yang mengajar agama disurau dan mesjid. Mereka celik hukum tapi buta ekonomi. Saya tidak pernah jumpa ustaz melayu yang menyentoh hal2 berkenaan mempertingkat ekonomi umat Islam. Yang mereka pakar pasal hukum itu hukum ini. Adakah mereka tidak sedar jika umat Islam lemah ekonomi, sekuat mana iman, sealim mana pun ... kerja jadi kuli cina juga akhirnya individu itu.
Dimana maruah umat Islam kalau nak berperang dengan orang kafir kita terpaksa meminta bantuan kewangan dan senjata dengan orang kafir. Keadaan yang sedang berlaku di bumi Arab tidak berupaya membuka minda dan kepala para ustaz kita yang mempunyai ribuan pengikut.
Cukup lah wahai ustaz2, anda hebat menakut2kan pengikut dengan cerita tentang Kemunculan Dajjal, tentang Kedatangan Tanda2 Kiamat. Saya nampak seolah ustaz2 ini sedang membantu agenda puak kafir dalam menjadikan umat Islam mundur dan ketinggalan ekonomi. Bila umat Islam miskin, maka jadi lah seperti umat Islam Rohingnya atau umat Islam di Kemboja.
Adakah para ustaz kita tidak sedar tentang petkara ini. Cukup lah ustaz, tolong lah beri kesedaran ekonomi juga kepada ribuan pengikut anda, dan tolong beri juga peringatan tentang pentingnya ribuan pengikut anda bersatu mempertahankan kerajaan melayu Islam yang ada. Saya tidak minta ustaz sokong Umno dan tidak juga sokong Pas. Saya nak minta ustaz sedarkan pengikut (ada Umno dan ada Pas) supaya bersatu mempertahankan kerajaan melayu/Islam dibumi Malaysia ini walau apa keadaan sekali pun.
Kalau setakat ungkapan BERPEGANG LAH KEPADA TALI ALLAH, dah basi seruan semacam itu.
SAM
Bagus prof..sy tetap menyokong prof...hanya yang ultra kiasu sahaja yang sakit hati sbb prof. bercakap perkara yg betul....jgn kita mengaku kalah dgn mereka...Allah SWT ada bersama kita..
Ini hanya pendapat kerdil dari hamba Allah
yang kerdil.
Orang yang bebangsa Cina (atau India & sebagainya) tak semua jahat dan tak semuanya baik. Namun begitu juga bangsa Melayu atau mana-mana bangsa yang ada. Dalam semua bangsa ada kelemahan ada orang jahat ada orang baik.
Cuma yang paling malang adalah apabila terdapat manusia (atau kelompok majoriti) itu yang telah diberi 'hadiah' Islam tetapi tidak menjadi 'saksi' kepada akhlak ajarannya. Apa-apa nilai buruk dari penjajahan (colonization) bukan saja berlaku pada dimensi - Barat menjajah tanah-tanah jajahan, secara ketenteraan dan juga melalui perluasan mana-mana budaya buruk mereka - tetapi yangg juga hadir dari beratus tahun 'jajahan' dalam dimensi 'persepsi' dalam bangsa itu sendiri yang dibudayakan dalam kepercayaan dan percakapan (bahasa) harian. Neraca kepada nilai baik bukan pada 'bangsa' tetapi adalah apabila manusia itu percaya kepada Tuhan yang satu dan punya akhlak yang baik dan mulia, baik dia itu Melayu, Cina, Indian, Jawa, Bugis, Minang, Dusun, Iban, Mat Salleh, Orang Kulit Hitam, Orang Kulit Coklat. Janganlah orang Islam memeriahkan dan meneruskan bahasa dan persepsi 'mangsa' (victim mentality) ini kerana ia merosakkan nilai kita sebagai manusia yang diberi hadiah Islam. Kita kena jadi lebih bijak dari ini. Kita kena menjadi 'saksi' kepada kebaikan agama ini dalam dunia yang dipenuhi dengan kepelbagaian yang Allah telah cipta dan izinkan ada dan berlaku.
Betul sebangsa tidak seugama. Kenyataan viral DS Ismail Sabri telah mendedahkan tembelang yang mca sanggup bersolidariti dengan evangelis dap dalam isu yang membuat mereka rasa terancam.
Mereka semua bersolidariti dalam menindas rakyat Malaysia melalui permainan harga barangan. Dengan memanipulasi harga, mereka cuma pula menguasai politik Malaysia.
Ni barulah asobiyah yang pas selalu gembar-gemburkan. Ingat Islam tolak isle!
Jangan Jadi Kaldai Lagi ...
Dulu2 kita orang Umno jika BN bukan Umno berlawan dengan Pas di kawasan melayu majority kita dengan rela hati undi calon BN bukan islam. Bukan kita sorang sahaja malah kita pesan isteri dan anak2 supaya undi calon BN dan jangan undi calon Pas. Kita buat kerana kita orang Umno dan atas semangat setiakawan BN. Maka menang lah calon BN yang bukan melayu dan bukan islam , dan kita orang Umno atas semangat setiakawan bersorak giller selepas keputusan diumumkan di Pusat Pengumpulan Peti Undi. Dan calon Pas seorang melayu bergelar ustaz yang kita juga adalah seorang anak muridnya ... beliau melangkah lemah meninggalkan Pusat Pengumpulan Peti Undi.
Dalam hati berkata " apa nak buat orang islam mahu orang bukan islam jadi wakil mereka walau pun pengundi melayu 60% ".
Tetapiiii....
Bila bapa kita mati , siapa yang datang urus jenazah ? Adakah orang2 YB simata sepet ? Siapa yang datang sembahyang jenazah ? Adakah orang2 YB simata sepet ? Siapa yang turunkan jenazah bapa kita kedalam kubur ? Adakah orang2 YB simata sepet ? Siapa yang baca talqin atas kubur bapa kita ? Adakah YB simata sepet ?
Kawan2 Sekalian....
Bila bapa kita mati , yang urus jenazah bapa kita semua orang melayu yang pakai kopiah hitam ada , yang pakai kopiah putih berserban & berjubah pun ada , yang sembahyang jenazah bapa kita adalah beratus2 orang pondok yang menjadi anak murid ustaz calon Pas yang kita tolak , yang menjadi imam sembahyang jenazah bapa kita juga ustaz itu lah , yang sambut jenazah dalam kubur orang kampong sendiri ada Umno dan ada Pas , yang mambaca talqin atas kubur bapa kita juga ustaz itu lah.
Pertanyaan saya ...
Kenapa tidak penggil YB simata sepet menjadi iman sembahyang jenazah bapa kita ? , kenapa minta orang2 pondok yang pro Pas tolong sembahyang jenazah bapa kita ? , kenapa tidak minta YB simata sepet baca talqin atas kubur bapa kita ?
Saya faham ....
Kalian Umno , saya juga Umno malah saya Umno karat hijau , saya celik politik hanya nampak Umno. Jika Umno lawan Pas , saya wajib undi Umno kerana saya orang Umno. Tetapi kalau calon BN bukan dari orang melayu dan bukan dari kalangan orang islam lawan calon Pas SAYA WAJIB UNDI PAS kerana calon Pas satu agama dengan saya.
Ini lah cara memilih wakil yang selamat kepada bangsa melayu dan agama islam. SAYA TAK SANGGUP MENJADI KALDAI LAGI.... INSYALLAH PRU14 KITA PAKAT RAMAI2 KELUAR DARI KANDANG KALDAI ... MUDAH-MUDAHAN MELAYU TERUS BERKUASA DI MALAYSIA & ISLAM KEKAL MENJADI KUAT.
Al Mukmin
PRU14 , tiada lagi undi until BN.
Yang menjadi pilahan ialah ... Calon mesti melayu , calon mesti islam.
Contoh , Saudara RT , walau pun dia cina tetapi orang islam wajib undi dia kerana satu agama dengan orang melayu ... kalau bertanding atas ticket Umno atau Pas atau PKR.
Jika BN letak calun bukan Melayu di kawasan majoriti Melayu, pangkah PAS. Tapi PAS ikut bontot PKR dan DAP yang x menyokong Islam apa maknanya? Bukan ke anda akan menyokong mereka yang x islamic tu? Lagi haru.... jika begitu bagaimana nak pastikan UMNO letak calun Melayu di kawasan majoriti Melayu?
Assalamualaikum Professor.
Sebuah penulisan yang amat membuka mata dan jelas. Saya amat suka dengan phrase;
"Setakat mana ilmu Islam dia ada, untuk mengatakan khutbah tersebut ekstrem." Cukup dalam dan reflektif.
Semoga Professor terus istiqamah dan kuat dalam memartabatkan agama Allah S.W.T
Post a Comment