Semua artikel adalah pendapat peribadi. Anda berhak untuk tidak meneruskan bacaan atau tidak mengakseskan blog ini serta merta jika anda tidak bersetuju dengan pemikirannya. All the articles written are the personal views. You have absolute rights not to continue reading or to discontinue accessing this blog immediately if you are disagreeable with the personal views.

Monday, August 18, 2014

PAS perlu bersama MB Selangor

8:09 AM Posted by RIDHUAN TEE 20 comments


PAS perlu bersama MB Selangor (Sinar Harian, 18.8.14)

Ketika berbual dengan orang PAS mengenai politik negeri Selangor, mereka berkata, “walau apapun berlaku dalam Pakatan Rakyat, PAS takkan keluar, jika PAS keluar, UMNO akan menang”.

Sama ada PAS mahu berada ataupun keluar pakatan, itu hak PAS. Persoalannya, kenapa setiap kali memberikan jawapan, mangsanya adalah  UMNO? Jahat sangatkah UMNO ini, lebih jahat daripada orang kafir atau ultra kiasu?

Adakah kewujudan PAS selama ini semata-mata kerana UMNO?  Bukanlah PAS wujud atas dasar prinsip dan tanggungjawab mahu menegakkan Islam? Janganlah terlalu bermusuh dengan UMNO, tidak ada untungnya kepada Islam.

Kewujudan Hamas di Palestin juga begitu. Hamas ditubuhkan atas dasar prinsip dan tanggungjawab. Yahudi Zionis boleh datang dan pergi. Tetapi Hamas perlu wujud untuk mempertahankan Islam.

Saya tidak fikir Hamas wujud kerana Yahudi Zionis semata-mata. Kita perlu jelas dalam hal ini. Apakah PAS dan Hamas akan dibubarkan selepas tumbangnya UMNO dan Yahudi Zionis?

Bertindaklah atas prinsip apa yang benar, apa yang salah, dari sudut kaca mata agama. Bukannya siapa benar, siapa salah. Jika ada kebaikan UMNO, terimalah hakikat. Begitu juga sebaliknya, jika UMNO salah, tegurlah dan lawanlah. Tetapi jangan terus wujudkan blaming culture. Ini amat tidak sihat.

Jangan kerana UMNO, kita menjadi gelabah. Musuh sebenar PAS adalah ultra kiasu, bukan UMNO. Ultra kiasu awal-awal sudah menentang Islam dan perjuangan Islam PAS. Mereka sudah memberikan amaran, jika PAS menerima Khalid (MB Selangor) sebagai ahli parti, PAS adalah pengkhianat dan tidak bermaruah.

Apakah PAS tidak faham mesej ini? Ultra kiasu kini bukan sahaja anti Islam, pada masa sama sangat bongkak dan sombong. Tidak boleh dikritik langsung, serta-merta mereka mahu saman, seperti yang berlaku kepada Ketua Pemuda PAS. Sepatutnya PAS jawab, “ada aku kisah, nak saman, samanlah”. Jangan bagi muka sangat kepada ultra kiasu. Mereka sudah pijak kepala dan sampai tahap melenyekkan kepala.

Pesta bogel baru-baru ini adalah cabaran kepada PAS dan umat Islam. Ultra kiasu nampaknya tidak begitu serius untuk memeranginya, kerana mereka adalah penyokong tegar hak asasi manusia, seperti LGBT. Lagipun memakai pakaian pendek, ketat dan seksi sudah jadi budaya mereka, termasuk kita juga. Jika bogel itu dibenarkan, saya kira ramai yang akan berbogel nanti, termasuk di jalanan.
Saya sangat teruja dengan pemimpin di India. Sila baca  berita bertajuk “Indian minister calls for Goa beach bikini ban” lebih sebulan lalu. Menteri di sana mahu mengharamkan pemakaian bikini kerana ia penyumbang kepada maksiat, cabul dan rogol. Pemakaian seksi sebegini juga mahu diharamkan di pusat-pusat hiburan. Jika negara India begitu berani mempertahankan jati dirinya, kenapa tidak kita?

Jangan biarkan ultra kiasu bermaharajalela dengan program maksiatnya. Nanti akan turun bala dari Allah SWT. Sangat meloyakan apabila melihat pakaian paramugari tambang murah yang begitu seksi, manakala pakaian paramugara, begitu menutup sekali. Dunia sudah terbalik.

Justeru, PAS perlu sensitif dengan isu sebegini. Ultra kiasu sudah tidak kenal halal haram. Mereka hanya pentingkan duit. Haram pada kita, halal pada mereka. Misalnya, projek penternakan babi bersepadu, bernilai RM100 juta yang masih belum dilaksanakan, juga antara faktor penyebab utama mereka begitu marah kepada Khalid.

Tidak cukupkah lagi kita sudah dikenali sebagai antara pengeksport babi terbesar di Asia? Jika mahu sangat ia diternak, buatlah di bandaraya Pulau Pinang dan kawasan perumahan yang paling ramai ultra kiasu. Mereka boleh melihat babi dan makanan kesukaannya setiap hari. Tetapi bukan di Selangor, tempat mastautin kami.  

Saya bimbang, jika projek ini dibenarkan, Selangor akan dikenali sebagai darul babi. Terlalu banyak ladang babi di Selangor, selain Seberang Prai, Perak, Melaka dan Johor, yang telah menimbulkan ketidakselesaan penduduk, terutamanya berhampiran kawasan orang Islam.

Suka ternak dan makan, tetapi memangsakan umat Islam. Adakah kita sudah lupa virus nipah (JE), yang telah mengorbankan nyawa manusia? Ultra kiasu ternak, yang kena bahaya dan tempiasnya orang Islam

Memang menjadi hak bukan Islam untuk makan babi. Tetapi berpada-padalah menternaknya. Setakat ini, sudah lebih dari mencukupi, eksport lagi. Maklumlah babi beranak 2 kali setahun, sekali beranak lebih 10 ekor. Bukan kaya lagi, kayap.   

Setakat ini kita mengeluarkan 235,000 tan babi setahun, dengan tambahan 1.8 juta anak babi, belum termasuk yang dieksport. Justeru, saya bersetuju dengan idea Khalid, Kerajaan Selangor boleh terus ditadbir, walaupun hanya dengan 4 exco PAS. Keluarkanlah exco ultra kiasu.

Mereka ini tidak ada fikir benda lain, melainkan hal ehwal mereka sahaja. Dalam kepala mereka hanya fikir soal duit, judi, arak dan babi, kerana inilah perniagaan yang paling menguntungkan.

Kerajaan Selangor boleh berjimat dengan mengurangkan exco. Sudah tentu beban PAS akan bertambah. Baru buat kerja namanya. Saya amat yakin, PAS, selepas PRU13, bersetuju ADUN PKR menjadi MB Selangor dahulu disebabkan Khalid yang menjadi pilihan.  Justeru, berkhidmatlah di bawah Khalid demi Selangor tercinta. Tidak perlu menyalahkan UMNO lagi.

20 comments:

Anonymous said...

PAS tidak fikir semua itu tuan. Merrka telah letak maruah mereka jauh di bawah dan boleh dipijak2 oleh ultra kiasu. Sia-sia PAS ada ahli2 di kalangan ulama dan professional tetapi tak ada telor.

Anonymous said...

hahaha....babi ckp pasal babi...melayu celup...puuiiii

Anonymous said...

Perjuangan PAS dah tergelincir dari niat asal penubuhan... skrg perjuangan dan matlamat utama PAS cume utk mnjatohkan umno yg di anggotai oleh org2 Melayu / bputra yg hakikatnya di Malaysia Melayu adalah Islam...wlpon dgn bersekutu dgn kafir atau pon syaitan spt yg di dakwa oleh mursyidul am PAS..

Sekekping hati kalo dah hitam berkarat busuk bernanah mnyebabkan keseluruhan jasad dan jiwa mnjadi pendendam dan di kuasai oleh 'syaitan'..mmg umno xsempurna tp dlm ketidaksempurnaan itulah syiar Islam gah di Malaysia...

Kalo PAS sgp merendahkan sikit EGO mrk insyaAllah umat Islam boleh bersatu...sy lihat umno sentiasa terbuka dan berlapang hati utk bekerjasama dgn PAS.. namun sanggahan serta kejian juga hinaan yg keterlaluan dr penganut taksub PAS thdp umno melukakan...

yg sadisnya kalo PAS betol mmpraktikkn Islam nape dgn saudara seagama mrk begitu berkeras, sikit pon xboleh bertolak ansur malah setiap huluran tangan dr umno di lihat dgn penoh syak wasangka...tp kalo dgn musuh Islam kemain lg lembut lidah hinggakn wl di hina hingga PAS kelihatan spt pengesat kaki atau tisu pengesat taik PAS ttp beralah dan redho jer...

Sudah2lah PAS....kalo bencikan umno pon fikirkan tentang masa depan generasi Islam / Melayu/ bputra di masa depan...sanggupkan anda melihat zuriat kite nnt di masa depan terpinggir di bumi sendri spt yg terjadi pd Melayu Spura...jgn di ulangi sejarah Othman Wok dan rakan2 .....

Anonymous said...

PR dah jadi macam zionist israel tuan. Mereka yang cari pasal, mereka yang tak betul, disalahkan palestin.

Dalam hal ni. PR yang tak betul, disalahkan umno/bn.

Apa boleh buat. Ketuanya, penyokong tegar segala tindakan untuk memastikan security israel terpelihara.

Anonymous said...

Sudah lama sedih dgn kepimpinan PAS. NIAT awal penubuhan mberi impak positif atau negatif. Sedih bila ulama2 PAS menyentuh peribadi Nabi Muhammad SAW secara tidak berhemah, mengkafirkan saudara seagama, mengeluarkan fatwa utk kepentingan mereka, membela AI serta DAP demi ABU, mendakwah utk kepentingan & kelansungan politik, pemimpin2 serta ahli2 PAS tidak bersikap terbuka bila ditegur walhal utk kebaikan umat lslam... Setuju, sia-sia sahaja PAS mdakwa ahli2 mrk terdiri d kalangan ulama dan professional tetapi KETAKSUBAN MELAMPAU MENUTUP MATA HATI UTK MELIHAT APA YG BERLAKU D DEPAN MATA dgn positif... Mbangkang dan mbangkang wpun apa yg dbuat kerajaan utk kebaikan & manfaat bersama... Byk kalangan mrk mjd KOLONI ANAI-ANAI yg mrosak institusi kerajaan dr dlm dgn mjd dalang umpama MUSUH DLM SELIMUT, MUSANG BERBULU AYAM, GUNTING DLM LIPATAN, DURI DLM DAGING dan mcm2 lg... Sedih sgt2...

Ztol said...

Sikit2 umno najib dan rosmah yg salah mmg xde modal lain,, senang2 mainkan sentimen untuk mendapat modal politik,, ingatlah kita sendiri belum tentu dapat masuk syurga untuk mengatakan org lain jahat dan masuk neraka.. Adakah kita mahu segala pahala amalan solat, puasa, zikir, qiam, sedekah terpaksa diserahkan kepada org2 yg kita umpat dan fitnah dan menjadi muflis di akhirat yg kekal abadi? Insaflah pak pak lebai sekalian,, ingatlah Allah maha adil,, sebesar zarah pun akan ditimbang di akhirat kelak,, astaghfirullah,,, Ya Allah,, ampunkan dosa kami semua

Anonymous said...

Teknologi 'remote control' Boeing 2006 tu kira lewat la daripada teknologi remote control PAS dari tahun 1998.

azman naim said...

Bukan hendak menyindir, tapi seperti PAS masih tidak berani dan cukup tekad untuk berdiri di atas tapak kaki sendiri untuk berjuang menegakkan Syiar dan keadilan.

PAS terpaksa bersama dengan golongan yang rasanya mereka tahu akan perjuangan dan sikap DAP & PKR untuk semata-mata mengalih tampuk kepimpinan negara dan turunkan UMNO...

saya sedih kerana perkara sedemikian terjadi,,,saya menyokong perjuangan PAS dan UMNO..kerana saya sedar negara perlukan bangsa sendiri untuk membela nasib bangsanya...perlu terima hakikat...Islam adalah menjadi panduan dan pegangan dalam petadbiran negara.

Anonymous said...

to anon 9:08pm

melayu celup ni lah yg lebih mulia dr melayu pas,,,puii

KHALIFAH ALLAH said...

Tuan profesor,

Bukankah semua manusia itu adalah makhluk ciptaan Allah yang Maha Agung? Mengikut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, manusia ialah makhluk yang mempunyai akal budi.

Jika diperincikan lagi maksudnya, akal daripada aspek manusia bermaksud dapat berfikir, manakala budi pula bermaksud kebijaksanaan.

Manusia itu adalah makhluk yang dapat berfikir dengan bijaksana.

“Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia daripada suatu sari pati berasal daripada tanah. Kemudian Kami jadikan sari pati itu air mani yang disimpan dalam tempat yang kukuh rahim. Kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah, lalu segumpal darah itu Kami jadikan segumpal daging, dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang-belulang, lalu tulang-belulang itu Kami bungkus dengan daging. Kemudian Kami jadikan dia makhluk yang berbentuk lain. Maka Maha Sucilah Allah, Pencipta Yang Paling Baik.” – Surah Al-Mu’minun: Ayat 12-14

Tuan profesor perlu ingat bahawa “Sesungguhnya penciptaan langit dan bumi lebih besar daripada penciptaan manusia akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.” – Surah Al-Mu’min: Ayat 57

Maka, mengapa tuan profesor perlu sombong? Sombong dalam segala aspek kehidupan, daripada segi harta, keluarga, pangkat dan kekuasaan dan ilmu sehingga memusuhi ciptaan Allah?

Apakah tuan profesor begitu mudah lupa bahawa "Yang membuat segala sesuatu yang Dia ciptakan sebaik-baiknya dan Yang memulai penciptaan manusia daripada tanah. Kemudian Dia menjadikan keturunannya daripada saripati air yang hina. Kemudian Dia menyempurnakan dan meniupkan ke dalamnya roh ciptaan-Nya dan Dia menjadikan bagi kamu pendengaran, penglihatan dan hati; tetapi kamu sedikit sekali bersyukur.” - Surah As-Sajadah: Ayat 7-9

Janganlah tuan profesor memusuhi ciptaan Allah kerana “Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi. Mereka berkata: Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau. Tuhan berfirman: Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui.” – Surah Al-Baqarah: Ayat 30

Adakah tuan profesor masih lebih memerlukan pangkat, harta dan segala jenis keindahan di dunia melebihi rahmat dan penjagaan Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang?

“Apakah manusia mengira, bahawa ia akan dibiarkan begitu saja tanpa pertanggungjawabkan?” – Surah Al-Qiyaamah : Ayat 36

“Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia daripada setitis mani yang bercampur, yang Kami hendak mengujinya dengan perintah dan larangan, kerana itu Kami jadikan dia mendengar dan melihat.” – Surah Al-Insaan: Ayat 2

Tuan profesor perlu ingat bahawa Allah perintah agar tetap berpegang pada Al-Quran dan As-Sunnah dan tidak membuat keputusan berdasarkan logik yang terdorong oleh hawa nafsu semata-mata terutama mengenai prinsip-prinsip Islam termasuk dari segi struktur pemerintahan, perundangan, pendidikan, sistem kemasyarakatan, ekonomi dan kerohanian.

“…Untuk tiap-tiap umat diantara kamu, Kami berikan aturan dan jalan yang terang. Sekiranya Allah menghendaki, nescaya kamu dijadikan-Nya satu umat saja, tetapi Allah hendak menguji kamu terhadap pemberian-Nya kepadamu, maka berlumba-lumbalah berbuat kebajikan. Hanya kepada Allah-lah kembali kamu semuanya, lalu diberitahukan-Nya kepadamu apa yang telah kamu perselisihkan itu, dan hendaklah kamu memutuskan perkara di antara mereka menurut apa yang diturunkan Allah, dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka iaitu orang yang bersepakat membuat hukum sendiri dan meninggalkan Al-Quran dan As-Sunnah.” – Surah Al-Maa’idah: Ayat 48-49

KHALIFAH ALLAH

warmerah said...

Sabarlah, Dr. Sebab politik ini tidak boleh dibaca pada zahir, di sana ada kandungan kandungan yang tidak jelas, hanya matlamat dan sejarahnya adalah natijah.

Anonymous said...

Perjuangkan syiar tiada tapi perjuangan syiah ada!

Anonymous said...

Saudara RT

Pas tak lekat dihati lagi. Dulu ada jugalah sikit tapi sekarang sudah kosong. Pas parti munafik yang tak boleh dipercayai.

Anonymous said...

Pernahkah anda terfikir dan tertanya-tanya
KENAPA DAP YANG BERIA-RIA SANGAT MAHU WAN AZIZAH GANTI KHALID. Ada agenda tersembunyi DAP yang tidak mampu dibaca oleh pemimpin-pemimpin melayu dalam PAS dan PKR.

Anonymous said...

KHALIFAH ALLAH...Apakah sebenarnya yg nak tuan sampaikan?

Anonymous said...

9:08 AM, August 18,

Kamu sekor saja yang masuk dgn sebaris dua komen yang biadap kangor, selalu nya dgn "hahaha....babi ckp pasal babi...melayu celup...puuiiii"

Givap le, Mamat, kamu takda guna dlm dunia ni, satu sen pun takda guna. Komen takda isi pun, ha nya cuba menyakit hati pembaca.

Bagus kalau kamu terjun ke dlm Lautan Cina Selatan.

Anonymous said...

10:53 AM, August 18,

Berok sekor yang mengata Melayu celup tu bukan nya PAS, tapi Cina Bukit DAP keturanan the hill tribes of southern China, biadap dan kangjor macam Naib Presiden DAP Tengku Aziz mengata Lim Guan Eng masa dia cabut berdentum keluar dari DAP 1-2 tahun yang lalu.

Dia selalu masuk dengan 1-2 patah, menyakit hati, cakap takda berisi. Perlu di halau keluar dari negara ini.

Anonymous said...

8:06 PM, August 23,

Saya pun tertanya tanya jugak - Apakah sebenarnya yg KHALIFAH ALLAH nak sampaikan?

Dia mengarut saja nampak nya.

Boleh kah dia mengaku diri nya sebagai KHALIFAH ALLAH? Khalifah takda maruah agak nya.

Anonymous said...

5:21 PM, August 23,

Senang saja jawapan nya KENAPA DAP YANG BERIA-RIA SANGAT MAHU WAN AZIZAH GANTI KHALID -

Depa tak mahukan PAS naik, nanti keluar Hudud di Selangor/ Malaysia.

Depa tak berterima kasih PAS tak mintak orang depa jadi MB. DAP memang ungrateful ingrate ultra kiasu pun.

Anonymous said...

Dia syok sendiri bro. Perasannnnn....