(Sinar Harian, 11.8.14)
Kenapa ultra kiasu sangat marah kepada MB
Selangor? Jawapannya, mudah. MB hari ini tidak menguntungkan mereka. Sebab itu,
mereka mahu ia segera ditukarkan agar nafsu serakah mereka tercapai.
Sama juga isu Kidex dan Lynas. Kerana mereka
begitu menentang? Kerana yang banyak terlibat adalah mereka.
Bina kubur di kawasan berdekatan dengan mereka tidak
boleh. Tetapi bina kubur berdekat perumahan Islam tidak mengapa. Pergilah
beberapa kawasan negeri Johor. Di situ ada banyak bukti.
Di Masai misalnya, jalan raya terpaksa menjadi
bengkok kerana memberi laluan kepada satu dua kubur ultra kiasu tidak ketahuan
tuannya. Begitu juga dengan rumah ibadat. Keadaan di Melaka, lagi kelakar. Kenapa
jadi sebegini?
Sudah beberapa kali keadaan ini dihadapi oleh umat
Islam. Akhirnya semuanya dialihkan bagi laluan pembangunan. Siapa yang lebih
bertoleransi dalam semua hal ini?
Apa juga yang melibatkan kepentingan mereka akan
ditentang habis-habisan. Tetapi jika kena pada orang Islam, tak de masalah.
Mereka buat tidak tahu.
Setakat ini, Selangor telah ditadbirkan dengan
baik oleh Khalid, lebih baik dari zaman UMNO lagi. Kenapa mereka begitu marah?
Kerana MB hari ini rasional, tidak terlalu berpolitik, tetapi lebih memikirkan
kepentingan rakyat. Inilah negarawan yang sebenar, bukan negasawan.
Jikapun diganti dengan calon lain, sudah tentu calon itu bukan datang dari PKR
tetapi adalah PAS. PAS lebih berwibawa dan layak. Kenapa ultra kiasu langsung
tidak mencalunkan PAS? Adakah kita masih buta?
Terdapat ramai ADUN-ADUN PAS anak Selangor yang
berkaliber untuk menjadi MB Selangor, terutamanya rakan sekampus saya, Salehin
Mukyi. Selangor tidak memerlukan orang luar untuk menjadi MB. Lainlah kalau
anak-anak Selangor tidak layak.
Kenapa saya berkata sedemikian? Pertama, dari segi
bilangan kerusi, kerusi PAS lebih banyak daripada ultra kiasu. Sudah sampai
masanya, amanah ini diserahkan kepada PAS. Persoalannya, kenapa ultra kiasu
tidak mahu berikan? Mereka tidak pernah percaya kepada PAS. Peliknya, kenapa
PAS terlalu mempercayai mereka?
Jangan terlalu bersangka baik, terutama kepada
musuh yang sudah jelas menentang Islam. Tidak mustahil jika suatu hari nanti
mereka menikam dari belakang.
Jangan banding keadaan di Kedah dan Kelantan.
Senario politik dua negeri ini berbeza. PAS sudah lama bertapak di sini.
Ikutkan hati, satu kerusipun tidak perlu diberikan kepada ultra kiasu. Tetapi,
kenapa PAS masih memberi laluan? Sudah tentu atas nama kawan dan sepakatan. Maka
hormatilah keputusan itu.
Kedua, dari segi moral dan akhlak, sudah tentu
orang PAS mempunyai lebih kredit. Calon PAS sudah terkenal dengan akhlak mulia
dan lebih memenuhi ciri-ciri kepemimpinan
Islam berbanding ultra kiasu.
Kebanyakan ADUN PAS jarang yang kontroversi. Latar
belakang mereka baik. Kalau adapun yang sedikit kontroversi, hanya beristeri
lebih daripada satu. Hak lain, boleh dikatakan terkawal. Keluarga mereka
terjaga. Prinsip perjuangan jelas.
Ketiga, PAS adalah parti yang paling kanan dalam
Pakatan ultra kiasu. Parti ini berjaya mentarbiyyah ahlinya supaya jangan
terlalu mengejar dunia. Sebab itu, PAS sukar sekali untuk dibeli.
Berbanding dengan parti lain, jika tidak ada dana
luar yang membantu, sudah lama ia bungkus.
Tanya parti ultra kiasu, berapa banyak sumbangan
yang diterima daripada jutawan mereka? Ini tidak termasuk sumbangan luar.
Berbanding PAS, berbekalkan air liur dan semangat ahlinya, PAS survive. Sehingga
kini PAS jarang goyah, walau apa jua taufan yang melanda.
Sama ada PAS terkeluar daripada Pakatan atau
sokongan pengundi terhakis, bukan saja ia mengancam beberapa MP PAS seperti
Parit Buntar, Kota Raja, Sepang, Pokok Sena dan lain-lain, MP ultra kiasu juga
akan terjejas seperti Kuala Kedah, Gombak, Pandan dan lain-lain.
Menurut Subky Latif, adakah PAS campur tangan atas
urusan rumah tangga PKR? Tidak mudah untuk mengatakan PAS campur tangan dalam
urusan parti lain. PAS tidak kisah apabila PKR menggantikan Khalid sebagai
ketua PKR Selangor atau pemilihan parti itu tidak menyokong Khalid. Tetapi
Menteri Besar adalah urusan bersama. PAS mesti tahu dan dirundingi apabila MB
hendak digantikan kerana di bawah MB itu ada exco PAS. Setakat ini keputusan
itu adalah sebelah pihak. Ia dimaklumkan saja kepada PAS.
Apabila ultra kiasu menolak percubaan PAS hendak
membawa usul persendirian hudud ke Parlimen, maka PAS tetap mengekalkan
sikapnya untuk terus dengan Pakatan dan tidak pernah mencerca penolakan itu.
Kenapa ultra kiasu begitu bernafsu apabila PAS tidak bersetuju dengan tindakan
mereka?
Akhirnya, jika ditakdirkan ultra kiasu berjaya ke
Putrajaya, apakah PAS akan diberikan jawatan Perdana Menteri atau Timbalan
Perdana Menteri? Jauh panggang dari api. Ultra kiasu tidak pernah percaya
kepada mereka yang memperjuangkan Islam untuk memerintah.
Peliknya, PAS nampak bahaya itu. Kenapa masih
berada dalam Pakatan? Inilah realiti politik. Sesuatu yang sukar dijangka...
12 comments:
Bukan setakat buat tanah kubur mesti berdekatan penempatan orang Islam, saiz satu kubur dia boleh buat 4/5 kubur orang Islam; dah mati nak tunjuk bear lagi. Kubur mesti nak atas bukit. Lepas tu boleh pulak cakap tanah kubur tak cukup. Maaf selama ini orang Islam tak pernah soal pun. Orang Islam mula persoal apabila segala-galanya dibuat untuk kepentingan sendiri tanpa mengambilkira yang orang Islam telah lama bertolak-ansur.
Baguslah bila Datuk Razali Ibrahim kata kerajaan tak perlu lagi buat SMJKC. Tidak menyumbang kepada perpaduan negara, tidak mengikut perlembagaan dan menghabiskan peruntukan kewangan untuk melebarkan lagi jurang perkauman dan menambah lagi penghinaan terhadap asas Negara sendiri tempat mereka mendapat kelebihan.
Tunggu keazaman dan ketegasan kerajaan sahaja supaya cukuplah dengan bilangan SJMK yang ada.
Ini semua terjadi sebab semua pihak meletakkan politik di hadapan dan bukannya agama, bangsa dan tanah air di hadapan. PAS takut hilang undi bukan Melayu jadi suka atau tidak dia perlu bersama sama dengan DAP dan PKR.
Politik demokrasi tidak pernah menguntungkan perjuangan Islam. Apalagi apabila melulus atau menggagalkan terlaksananya hukum Allah berada di tangan manusia, di tangan sekumpulan ultra kiasu yang secara jelas memusuhi Allah dan Rasul.
Sdr.RT, bukankah sudah sampai masanya untuk menubuhkan Kerajaan Perpaduan Melayu pada masa ini? Kerajaan ini boleh dihasilkan dengan mewujudkan Kerajaan BN + 1(PAS) yang dengan sendirinya akan melenyapkan kamelut menghina Islam dan Melayu sejak kebelakangan ini. Perpaduan ini boleh dihasilkan dengan memberi ruang kepada Parti2 yang kini menyatakan memperjuangkan Islam dan Melayu membuktikan dan melaksanakan cita2 masing2.
Pinhai.
Anonymous 10:17am
Bagi orang Islam, mayat wajib dikapan dan dikuburkan.
Bagi orang Cina, kubur tidak wajib. Ramai mayat yang dihantar ke "incinerator", dibakar, dan cuma serpihan tulang sahaja disimpan dalam "cremation urn"
http://upload.ecvv.com/upload/Product/20087/China_Cremation_Urns2008710905516.JPG
"Cremation urns" ini disusun rapi dan bertingkat dalam bilik sembahyang di tokong. Dalam satu bilik kecil (5m x 5m), mungkin disimpan lebih daripada 500 cremation urns.
Anwar sepatutnya minta lim guan eng letak jawatan dan lantik bini anwar jd ketua menteri penang.
Betul Sabri Yaacob..!
RT pura-pura sokong PAS sebenar nak pakatan hacur
Konsep dan praktik kepemimpinan dalam Islam sangat penting untuk menjaga umat agar tetap satu suara, satu langkah dan satu visi untuk mewujudkan tata kehidupan yang lebih membahagiakan di dunia dan akhirat. Di samping kepemimpinan juga sangat penting untuk menjaga keutuhan serta harmoni kehidupan seluruh umat manusia.
Dalam konteks kehidupan bernegara misalnya, konsep kepemimpinan yang terejawantahkan dalam sebuah bentuk pemerintahan yang modern dan demokratis, diharapkan mampu membawa rakyatnya menuju masyarakat sejahtera yang aman, berkeadilan dan tentu saja berke-Tuhanan.
Atau dengan kata lain, konsep dan praktik kepemimpinan dalam konteks kenegaraan pada gilirannya diharapkan mampu mewujudkan apa yang disebut sebagai welfare state atau al-madinah al-fadhilah sebagaimana pernah diintrodusir oleh al-Farabi.
Oleh karenanya, untuk merealisasikan hal tersebut penting untuk menjadi dan/atau memilih pemimpin-pemimpin yang kredibel dan berkualitas, yang mampu mengantarkan masyarakat yang dipimpinnya sampai pada tujuan yang berkebahagiaan dan berkemakmuran.
Menurut Al-Farabi, pemimpin yang dapat mewujudkan hal itu adalah pemimpin yang memiliki karakter seperti halnya Nabi dan para filsuf. Karakter itu antara lain: adil, shiddiq, amanah, fathanah, tabligh, mampu berjihad dan berijtihad, peduli terhadap rakyat kecil dan lain-lain.
http://bit.ly/1AaHaHv
Pas perintah semua hancur dan mundur
Pas tak layak jadi MB atau PM. Very risky because they like to make U TURN.
Marah le kamu kpd PAS, ngata U turn dsb nya.
Kamu orang PKR ke DAP ke, geram kat PAS tak mau ikut pendirian kamu ye?
Kamu tak fikir ke bahawa pendirian PAS itu ada bijaksana nya? Cuba kamu renong sikit, fikirkan baik baik.
Post a Comment