Semua artikel adalah pendapat peribadi. Anda berhak untuk tidak meneruskan bacaan atau tidak mengakseskan blog ini serta merta jika anda tidak bersetuju dengan pemikirannya. All the articles written are the personal views. You have absolute rights not to continue reading or to discontinue accessing this blog immediately if you are disagreeable with the personal views.

Monday, July 21, 2014

Bila Kuala Lumpur mahu berubah?

9:54 AM Posted by RIDHUAN TEE 13 comments


(Sinar Harian 21.7.14)

Ketika kerajaan negeri Terengganu sedang sibuk dengan program transformasi, tertanya-tanya saya, bilakah lagi Kuala Lumpur? Adakah cukup dengan bangunan yang melata dan melakar langit? Bagaimana dengan aktiviti-aktiviti mendidik jiwa manusia?

Jika sebelum ini kita mahukan bersihkan Kuala Lumpur daripada pengemis, bagaimanakah dengan pembersihan maksiat?

Bandaraya Kuala Lumpur hidup 24 jam, tanpa mati. Berbanding di barat, negara bukan Islam, kebanyakan bandaraya mereka mati pada waktu malam. Tidak banyak aktiviti. Jika adapun, hanya pada hari minggu. Ketika itulah, mereka melepaskan ‘nafsu dan geram’.

Tetapi Kuala Lumpur tidak sedemikian, setiap hari kita melepaskan nafsu dan geram. Kenapa jadi sebegini? Tidakkah sepatutnya bandaraya kita perlu menjadi lebih Islamik selaras dengan konsep negara Islamik yang kita canangkan selama ini?

Apakah identiti Kuala Lumpur sebenarnya? Lebih barat daripada barat? Saya masih tercari-cari.

Jika di terengganu, terpampang sebesar-besarnya kata-kata “Allah Peliharakanlah Terengganu”. Bagaimana dengan Kuala Lumpur? Bilakah kita mahu gantung atau pampangkan kata-kata “Allah Peliharakanlah atau Selamatkanlah Kuala Lumpur”.

Saya fikir ramai yang akan bersetuju. Apatah lagi, orang bukan Islam yang mahu kita benarkan penggunaan kalimah Allah, terutama penganut Kristian. Jika mereka benar-benar ikhlas, saya tidak fikir bukan Islam akan menentang.

Ayuh! kita pampangkan nama Allah sebesar-besarnya di tempat-tempat tinggi bandaraya Kuala Lumpur. Paling baik dan cantik di menara KLCC, Menara Kuala Lumpur dan kawasan-kawasan bukit yang strategi seperti Bukit Bintang.

Biarkan Kuala Lumpur di kelilingi kalimah Allah. Saya amat yakin, ia dapat sedikit sebanyak mendidik dan menakutkan jiwa manusia. Ini amat penting, sebagai salah satu cara, mengingatkan manusia kepada Tuhan.

Jadikan Kuala Lumpur bandaraya berindentiti jawi. Jika tidak, kita tidak banyak bezanya dengan barat. Malah lebih barat dari barat. Saya tidak nampak ada sepatahpun huruf jawi di Kuala Lumpur seperti Kelantan dan Terengganu. Kebanyakannya semua huruf roman. Inikah identiti kita? Belajarlah dari Siam (Thailand), bagaimana mereka ‘menyiamkan’ rakyatnya.

Kerja kita hanya menyerbu pelaku maksiat. Kenapa kita tidak berusaha untuk didik mereka daripada melakukan maksiat? Justeru, sudah sampai masanya, beberapa berikut diambil perhatian.

Pertama, matikan Kuala Lumpur pada waktu malam, jika kita mahu ikut cara barat, jangan jadi lebih barat dari barat. Kita akan menjadi keparat.

Kedua, hiasi Kuala Lumpur dengan identiti negara ini yang bertunjangkan agama Islam Kita tidak perlu takut, kerana Islam adalah agama persekutuan.

Ketiga, hidupkan Kuala Lumpur dengan program ilmu, bukan hiburan yang melampau. Lambakan pusat-pusat hiburan mesti dihentikan. Aktiviti maksiat inilah yang menghidupkan Kuala Lumpur. Siapakah yang menjadi mangsa kalau bukan orang Melayu? Ultra kiasu hanya memperalatkan kita untuk mendapatkan keuntungan lumayan.

Keempat, cantikkan sungai-sungai dan longkang-longkang Kuala Lumpur yang kotor dan tersumbat. Jika di barat, sungai dan longkang yang merentasi bandaraya, airnya begitu jernih, spesis air seperti ikan dapat dilihat dengan jelas, berenang-renang ‘kegembiraan’. Tetapi tidak di Kuala Lumpur, juga bandaraya seperti Pulau Pinang. Spesis air pening kepala, malahan kadangkala, lebih menyedihkan bayi atau mayat tersangkut.

Keenam, perbanyakkan pusat-pusat ilmu di Kuala Lumpur, seperti perpustakan mini di tengah-tengah bandaraya. Biarkan pejalan kaki, merehatkan badan dan minda mereka dengan membaca. Cuba tiru apa yang dilakukan oleh Darul Arqam di Singapura. Pusat ini menjadi singgahan pejalan kaki untuk berehat. Kesannya, ramai yang memeluk Islam.

Ketujuh, adakan program untuk mendidik golongan LGBT dan anak muda. Jika tidak, Kuala Lumpur akan dipenuhi dengan golongan ini pada waktu malam yang meriah itu.

Kelapan, kembalilah kepada agama. Negara-negara barat hari ini mula sedar, mereka harus kembali kepada agama. Agama sahaja yang boleh menyelamatkan manusia daripada kehancuran. Kuala Lumpur tunggu apa lagi!

Kesembilan, pembangunan Kuala Lumpur mesti seiring dengan pembangunan insan. Jika tidak, Kuala Lumpur akan hancur dan pasti tenggelam suatu hari nanti. Jangan fikir Genting Highland yang terletak di puncak bukit tidak akan tenggelam. Kuasa Allah mengatasi segala-galanya.

Kesepuluh,  pembangunan perumahan kos rendah di bandaraya, biarlah untuk didiami manusia, bukan binatang. Jika dahulu, satu bilik, sekarang tiga bilik. Tetapi bilik-biliknya langsung tidak mesra pengguna. Keadaan yang sempit, menjadikan warganya tidak mahu duduk lama di rumah. Tidak wujud konsep rumahku syurgaku. Melaburlah untuk manusia, pastinya manusia ini akan mengimarahkan Kuala Lumpur. Di Singapura, kawasan terhad, rumah flatnya besar. Di sini, tanahnya luas, rumahnya sempit.

Saya amat yakin, jika semua ini dapat dipraktikkan, bandaraya kita akan mendapat keberkatan dan peliharaan Allah SWT. Ingatlah! Jangan sampai Allah murka sehingga turun bencana yang akan menenggelamkan Kuala Lumpur. Maklumkan Kuala Lumpur kini telah menjadi pusat tumpuan LBGT. Allah Selamatkanlah Kuala Lumpur.


13 comments:

Nurhaziq Abdul Hafiz said...

Saya bersetuju dengan pendapat Prof sementelahan saya adalah penduduk di Kuala Lumpur.

abjay said...

assal mualaikum sdr Redhuan tee,amat benar kata kata mu itu. teringin saya nak jumpa dirimu. masih belum terlambat lagi

Anonymous said...

saya setuju dgn pandangan Prof. kenapa rumah flat mesti dibina begitu sempit? hanya layak untuk orang bujang sahaja. Diharap pihak berwajib dapat menerima pandangan Prof untuk dijadikan panduan untuk urban planning di masa kini dan juga pada masa hadapan.

Anonymous said...

Tidak hairan apa yang berlaku sekarang akan terus berlaku seperti sekarang sekiranya kawasan spt bkt bintang masih lagi dikuasai oleh dap.

Anonymous said...

Kuala Lumpur, Pulau Pinang ni besar sangat bandarayanya. Lagi pon, bilangan lain Bangsa lebih ramai Dan Mungkin sukar sikit.

Kenapa tak mulakan dengan Alor Setar ke, Kuantan ke, Johor Bahru ke, Seremban ke, Melaka ke?

Kan senang sikit.

Anonymous said...

Rocky de Hardo Biggo Dilado says: ana pernah nak kasik pecah muka anta mase kat UKM dulu .. kikikikikiki cdm 25 kikiki... tapi mase dah berubah.. KLCC tu bukan kata nak letak nama "ALLAH", nak tukar cucur atap pintu masuk Suria guna motif Melayu pun tak mase ubahsuai hari tu.. sedeh betul

Anonymous said...

Salam saudara Ridhuan

Says sokong sangat dengan permintaan anda supaya Bandaraya KL dihias indah dengan kalimah Allah disetiap bangunan pencakar langit. Biar warga KL dan pelancong merasa kagum dan terpegun dengan kebesaran Allah. Maksud saya asal saja mereka mendongak memandang bangunan tinggi maka disitu mereka terlihat kebesaran Allah.

Masyallah akan terasa betepa hebatnya KL. Allah ada dimana mana memerhati tingkah laku warga KL dan mungkin dengan cara itu akan timbul perasaan takut dalam diri mereka untuk melakukan maksiat. Saya fikir ini adalah satu cara halus kita mendakwahkan warga KL supaya takutkan Allah.

Dan dipihak kerajaan yang memerintah jika pak menterinya benar benar mahu kepada Islam kita harap mereka berani menyahut cabaran sempoi daripada Ridhuan Tee. Najib tak perlu takut kepada bantahan daripada penganut Kristian kerana Allah juga tuhan mereka.

Kita cabar Najib jika nak jadi PM lagi selepas PRU 14 ... SILA SAHUT CABARAN RIDHUAN TEE.

Pak Ngah


Anonymous said...

Setuju pasang kalimah Allah disemua bangunan tinggi di KL dan ibu negeri disetiap negeri. Barulah orang bandar ada rasa takut nak buat maksiat.

Anonymous said...

jangan harap,kate macai umno. Nanti pelancong matsaleh lari...

Anonymous said...

Sangat setuju dengan cadangan Prof, saya akan terus sokong Prof walau apa pun orang lain fikir tentang Prof sprt golongan ultra kiasu khusunya. Teruskan dengan hujah mantap Prof, saya akan doakan kejayaan Prof. Assalamualaikum

Anonymous said...

Well done sdr Riduan Tee, saya harap pihak berwajib insaf dan bertindak ke aah kebaikan. Ini bukan sekadar teori akademik, ianya perlu direalisasikan dan dipraktik.

Anonymous said...

Berani kah Najib nak hiaskan KL dengan kalimah Allah. Sampai kucing bertanduk pun kalimah Allah tidak akan kelihatan dimana-mana bangunan pencakar langit di KL.

Anonymous said...

Apek CIna yang sakit jiwa nak nasihatkan kita pasal KL? Podah! Kalau nak tutup KL, padamkan semua lampu dan potong bekalan air dan elektrik pada waktu malam! Lepas tu bila orang nak merusuh kita suruh datang kat rumah apek Cina nie! Gerenti apek cina nie punya kepala butoh mesti kena potong sekali lagi!