(Sinar Harian, 17 Sept 2012)
Saya
begitu teruja untuk mengulas pandangan bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar
bertajuk “anak muda kini tidak patriotik
langsung!” dalam akhbar ini minggu lalu. Beliau menyalahkan orang tua seperti
ibu bapa, kerana tidak menanamkan semangat ini. Saya agak kurang bersetuju
dengan pendapat tersebut, kerana kita semuanya dicorakkan oleh sistem
pendidikan yang dilalui semasa kecil sehinggalah dewasa dan menjadi tua.
Sistem
pendidikan yang bercorak perkauman adalah punca segala-galanya, kerana sistem
inilah melahirkan insan yang bergelar ibu bapa atau orang tua hari ini. Setiap
kaum memperjuangkan pendidikan dan cara hidup masing-masing, tidak ada
kompromi. Sebarang campurtangan akan ditentang habis-habisan. Sekolah perkauman
ini seolah-olah tidak boleh disentuh. Pihak berkuasa pula gentar dengan mereka, kerana takut
kehilangan undi.
Kita
selalu menggunakan alasan, kepelbagaian ini adalah satu kekuatan. Persoalanya,
pernahkah kita membuat kajian implikasi kepelbagaian ini, seperti yang pernah
ditegaskan oleh Perdana Menteri Britain, David Camerons mengenai multiculturalism? Yakinlah! bahawa
kejayaan negara-negara barat hari ini adalah disebabkan oleh mereka begitu tegas
melaksanakan agenda negara atau agenda nasional tanpa kompromi. Mereka yang
menentang agenda negara akan diberikan pilihan, “setuju tinggal, tak setuju
boleh belah!”.
Negara-negara
yang dahulunya dikatakan mundur seperti Thailand, Vietnam, Indonesia dan
lain-lain, sudah mula meninggalkan kita. Mereka mempunyai rakyat yang mempunyai
jati diri yang kental. Sanggup berkorban jiwa raga untuk agama, bangsa dan
negara. Kepakaran dan kekuatan digembelingkan sepenuhnya untuk memajukan negara.
Tidak berlaku brain drain. Usahlah
dibandingkan dengan negara maju. Semuanya bermula dengan memperkasakan sistem
pendidikan, tanpa kompromi.
Negara-negara
ini sedar, semangat patriotik adalah tunggak kekuatan negara. Jika semangat ini
tidak dipaksakan melalui sistem pendidikan, lambat laun agenda negara tidak ada
hala tuju dan menjadi caca merba. Contoh mudah, apabila lagu kebangsaan
dinyanyikan, semuanya berdiri tegak, diam dan begitu bersemangat. Bandingkan
dengan kita, pergilah ke sekolah-sekolah, lihat gelagat anak-anak kita
menyanyikan lagu kebangsaan. Sekolah perkauman usahlah dicerita. Begitu juga
tempat-tempat awam. Mereka buat tidak peduli sahaja.
Kerajaan
negara-negara yang disebutkan tadi, sentiasa mengambil iktibar dan merujuk
kepada cerdik pandai dalam menentukan arah tuju negara. Kajian-kajian para
cerdik pandai diambil kira dan dijadikan dasar negara. Tetapi tidak kita.
Kajian yang telah terbukti benar dan jitu, disimpan di bawah karpet, kerana
takut kehilangan jawatan dan sokongan pengundi. Misalnya, pemansuhan Pengajaran
dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) yang dahulunya
mula flip flop apabila ditentang oleh
ultra kiasu Melayu dan bukan Melayu. Saya harapkan kita tidak akan goyah lagi
dengan ugutan mereka selepas ini.
Saya
ingin menyeru kepada pimpinan negara supaya sensitif dengan kajian sarjana-sarjana sosialisasi politik seperti Hyman (1959),
Almond dan Verba (1963), Greenstein (1965), Hess dan Torney (1967), Dawson dan
Prewitt (1969), Dowse dan Hughes (1972), Dennis (1973), Jaros (1973), Neena
Sharma (1985) dan Kavanagh (1987) meletakkan agen keluarga dan sistem pendidikan
adalah yang paling dominan dalam menentukan persepsi, cara hidup dan masa depan
negara. Semua perkara yang dilalui ini akan diperturunkan dari satu generasi ke
satu generasi. Jika dari awal lagi sudah tidak patriotik, jangan haraplah
generasi seterusnya akan patriotik.
Menurut mereka lagi, dengan mendengar
perbualan ibubapa ketika bersarapan, anak-anak mula membentuk corak pemikiran
mereka. Pendek kata, jika keluarga dan sistem pendidikan bersifat ultra kiasu,
maka akan lahirlah ramai ultra kiasu. Realiti inilah yang sedang berlaku di
Malaysia dari dahulu hingga kini. Semakin kita tunduk kepada ultra kiasu,
bermakna semakin ramailah ultra kiasu.
Pendidikan
berasaskan kaum, melalui kewujudan sekolah vernakular, sekolah persendirian dan
sekolah swasta, yang tidak terkawal, dilihat gagal untuk menanamkan semangat
patriotik, tetapi lebih kepada memperkaya individu tertentu dan memperhebatkan bangsa
sendiri. Lebih malang lagi, kerajaan terpaksa tunduk kepada tekanan-tekanan
puak ultra kiasu ini, agar sekolah sebegini diperbanyakkan dan dibiayai dengan
percuma. Malangnya, sebarang penambahbaikan terhadap bahasa Melayu akan
ditentang kerana ia akan menjejaskan penguasaan bahasa ibunda.
Kita
sebenarnya sedar betapa besarnya peranan bahasa dalam pendidikan sebagai tunggak
kepada pembentukan semangat patriotisme.
Sebab itulah, di negara lain, isu bahasa tidak ada kompromi. Jika bahasa negara
ditolak, mereka akan dihalau keluar. Negara tidak memerlukan orang-orang
sebegini. Biarlah berlaku brain drain,
asalkan rahsia dan keselamatan negara terjamin. Semangat patriotik lebih
penting daripada brain drain. Inilah
prinsip negara-negara yang telah maju dan sedang mahu maju.
Bagaimana
semangat patriotik boleh disemai jika rakyat Malaysia tidak sayang kepada
bahasa kebangsaan atau tidak boleh berbahasa kebangsaan? Dasar-dasar negara
tidak dapat difahami. Pendek kata, semua perkara mesti diterjemah ke dalam
bahasa ibunda, sedangkan kita sudah ada bahasa rasmi.
Sistem
pendidikan negara kita telah mengalami transformasi demi transformasi. Saya
tidak pasti, berapa banyak wang yang telah dihabis. Jika bertukar menteri
pelajaran, maka bertukarlah polisi dan dasar. Transformasi telah berlaku
berkali-kali, namun asasnya masih sama. Tembok perkauman masih tidak dapat
dipecahkan. Kita tidak bertegas dalam memperkasa agenda negara. Kita akan terus
gagal jika masalah asas ini tidak diatasi.
Berbanding
generasi terdahulu, sanggup bergadai nyawa, bergolok bergadai, demi
mempertahankan maruah agama, bangsa dan negara. Saya yakin, jika negara kita
berhadapan dengan saat-saat kritikal seperti yang sedang berlaku antara China
dengan Jepun hari ini, berapa ramaikah yang sanggup berkorban jiwa raga? Atau
mungkin kita jual raga-raganya sekali?
21 comments:
Apa maksudnya teriakkan "Bangsa, Agama dan Negara"?
Setelah mendengar Menteri Pendidikan jelaskan apa maksud bangsa sebenarnya maka masing-masing pun untuk Bangsa sendiri, Agama sendiri dan Negara acuan sendiri. Yang kesiannya rakyat kat Malaysia Timur (Sabah & Sarawak)yang tak berapa faham maksudnya. Mereka masih ingat bangsa tu bererti bangsa Malaysia yang didukung oleh ahli-ahli politik negara.
Tentang patriotisma Negara pulak, cuba tanya sendiri "Patriotik sangat ke seseorang tu kalau dah tau tapi masih berpura-pura tak nampak perbuatan-perbuatan keji seperti rasisme, rasuah, penipuan, tidak bermoral dan perangai hipokrit. Mengapa tak bangun perangi gejala seperti ni yang akan menghancurkan negara?"
Ahli-ahli politik perlu buat Transformasi pendidikan masing-masing dahulu sebelum nak ajar rakyat dan anak-anak mereka cara-cara nak berpatriotik.
Dengan izin Dr ,
http://dinturtle.blogspot.com/2012/09/dongzong-mahu-demo-lagi-kempen-926-apa.html
Sampai bila pemimpin2 politik dari SEMUA PIHAK mahu letakkan kepentingan PERPADUAN rakyat didepan ?
Kita perlukan satu political will dan sayangnya, 'will' itu tidak ada baik pada Umno, Pas, Dap, Mca atau mana2 parti politik.
Semuanya meletakkan undi didepan.
Ada lah nyata kapada kita semua bahawa menyemai nilai nilai baik bukan sahaja di sekolah sekolah, juga di rumah. Tanggung jawab baginya ada lah di kedua dua pihak - ibu bapa dan guru guru.
Sebenarnya, lebih kapada ibu bapa. Sebab anak anak ada di rumah dalam masa yang lebih lama dari di sekolah.
Tanggung jawab utama mesti lah ibu bapa sebab mereka ada lah ibu yang melahirkan anak dan bapa yang menjadi ketua keluarga kapada anak anak itu.
Kebanyakan ibu bapa sekarang sudah mempunyai sedikit sebanyak pelajaran, ada mnghadziri sekolah, melainkan mungkin ada sedikit di antara Orang Orang Asli di Semenanjong dan di kawasan pendalaman di Sabah dan Sarawak. Biasanya ibu bapa tahu dan boleh menyampaikan nilai nilai baik kapada anak anak.
Tetapi kerana kemajuan teknoloji, ada nya Internet, globalisasi, dan ibu bapa di kota kota mengejarkan kemajuan kerja, kedua duanya berkerja, masa terbuang di jalan raya sebab sesak lalu lintas tiap hari, maka amat kurang lah masa ibu bapa bersama dengan anak anak yang selalu lekat di computer dan di kaca TV bersendirian.
Kebebasan yang Pemerintah mahu tunjukkan kapada rakyat dan kapada negara luar, membebaskan penggunaan Internet (melainkan sekali jauh sekala, contohnya, menyekat Utube 14 minit mempersendakan Nabi Muhammad SAW 1-2 hari yang lalu), kurang kawalan di atas apa yang anak anak baca dan lihat di Internet, itu semua membawa kapada keadaan yang Tun Hanif Omar kata “anak muda kini tidak patriotik langsung!”
Bukan sahaja tidak tahu apa makna patriotik, juga makna ta'at setia kapada negara. Di harap itu semua di ajar di mata pelajaran Sejarah yang di mestikan di sekolah sekolah mulai tahun hadapan. Dan Pemerintah adakan acara acara menerangkan dan menyemai perasaan ta'at setia dan patriotik itu di media massa juga.
Selagi sekolah sekolah tidak di satukan di dalam stau aliran, susah mahu timbul rasa ta'at setia (loyalty) dan sayangkan kapada negara (patriotik).
Mesti berdasarkan Perlembagaan negara. Kalau tidak gunakan BM sebagai bahasa pengantar, melanggar Perkara 152 Perlembagaan, mana boleh timbul ta'at setia kpd negara? Kalu tak ta'at setia, mana boleh timbul perasaan cinta kpd negara?
Sekolah Satu Aliran atau Satu Sekolah Untik Semua (SSS) sahaja caranya.
Jangan mudah terperdaya oleh si pengkhianat ini! Lama lama orang Melayu di jual si Apek nih! Kononya mahu melindungi hak Melayu! Negara kita semakin mundur kerana kerajaan kita korup! Wang negara semua di songlap mereka. Undang undang negara dipesong mereka.
11:23 AM,
Orang Melayu dah kena jual oleh penjanggak mcm kamu. Jenis Anwar atau Nik Aziz memecahkan persatuan orang Melayu. Jenis Lim Kit Siang dan anak dia Guan Eng mengasak batu pahat di tempat yang retak. Neraka jahanam punya jenis.
Ambo buke Melayu, Isle je, kata Nik Aziz. Orang tua tak tahu lain dari nak pegang jawatan MB sampai dia mampos. Liat pulak nyawa dia. The good die young kata omputih. Nyata tak masuk Nik Aziz dan sekutunya.
Negara kita semakin mundur kerana di kacau dan kemajuan di halang dek Pakatan Rakyat, membangkang apa saja asalkan bangkang, tak kira tak tentu arah, tak ada dasar, tak ada perinsip, tipu helah, putar belit di sana sini.
Kerajaan PR Selangor bahru umur 3-4 tahun dah korap begitu banyak. Exco DAP disiasat hingga saksi MACC, Teoh Beng Hock mati bunuh diri. Wang rakyat di songlap masuk ke Talamgate dsbnya. Tanah Penang di jual komisen berpuluh juta. Projek turn-key sPICE beribu juta tak tahu berapa persen masuk saku DAP. Orang tua Nik Aziz pun nak rasuah. Ambik pakej Haji bernilai RM500,000 untuk keluarga dan pembantu dia.
PAS nak tukar Undang undang negara konon. Nak implementasi Hudud, katanya. Kepala tahi ni, kata bebudak. Karpal Singh sorang pun tak boleh lawan. Di tengkeng Karpal, terdiam. Lagikan DAP sebagai satu parti.
11.23am,
Saya sokong komen anda. Tiada sebab benda Allah sebegini boleh dipercayai. Dia sering mengutuk kewujudan sekolah vernakular tetapi anak anak dia pula dihantar ke sekolah vernakular. Ustaz jenis apa ni, ya Allah.
Siapa yang sebenarnya tak mahu umat islam bersatu. Adakah DAP atau Pas ?
Umno jelas tak ketepikan Pas bila ajak Pas sama2 buat demo kerana Muhamad itu adalah nabi kepada orang Umno dan pada masa yang sama nabi juga kepada orang Pas. Bila nabi Muhamad di hina, orang Umno tak boleh terima. Kita tahu orang Pas juga tak boleh terima.
Umno nak tunjuk kepada orang bukan islam. Jika nabi kami dihina atau agama kami dihina kami Umno dan Pas akan bersatu tanpa mengira perbezaan politik kami. Tapi sayang sekali niat Umno itu tak kesampaian kerana Pas takut nak bersama Umno. Pas bimbang dituduh belot kepada PR oleh DAP.
DAP memang tak mahu ada komunikasi langsung diantara pemimpin Pemuda Umno dan Pemuda Pas. Bayaha. Bahaya kepada kestabilan PR.
Nasrudin Tantawi sepatah pun tak jawqab pelawaan Khairy Jamaludin. Masyallah, kenapa sampai macam tu sekali. Tak berani nak jawab " yes ". Tak berani juga nak jawab " no ". Nasrudin Tantawi takut kpd siapa sebenarnya ... takut Allah murka atau takut syaitan murka atau takut DAP murka ????
Harun Taib Ketua Dewan Ulamak Pas sekurang2nya berani menunjukkan belangnya bila dia kata, " tak payah lah nak buat demo bersama2, Umno buat demo sendiri2, Pas pun akan buat demo sendiri2 ".
Seolah2 bila ulama Umno kata kepada Pas, " oleh kerana kita berada dalam mesjid yang sama, meh kita sembahyang secara berjemaah, kalau awak tak mahu saya jadi imam, tak apa, saya tak kisah kalau awak nak jadi imam ". Pas pun jawab, " tak payah lah, kita sembahyang sendiri2 sudah lah, sembahyang sendiri pun tuhan terima juga ".
Ini lah dia belang yang Harun Taib nak tunjukkan kepada kita. Harun Taib nak beritahu kepada kita, " walau atas apa alasan sekali pun, sama ada kerana melayu, sama ada kerana islam, dunia akhirat kami tak akan bersama dengan Umno ".
Kepada Ngeh Koo Ham si anjing DAP tu hendaknya dengan response Harun Taib tadi tu, lu tak perlu lagi la nak menyalak panjang, lu sudah boleh tidur lena sebab lu sudah nampak bahawa Pas tak akan bersama dengan Umno walau pun atas sebab islam sekali pun.
Kepada Khairy dan Umno, buat lah demo sebagai tanda kita membantah penghinaan ke atas nabi junjungan besar kita Muhamad. Kalau Pas nak ikut, dia ikut lah. Kalau Pas tak mahu ikut, Allah tetap akan beri ganjaran kepada anda dan Umno atas ikhtiar mempertahankan rasul pilihannya.
Saya sebenarnya amat keciwa dengan sikap para pemimpin Pas. Saya rasa akar umbi Pas juga senada dengan saya. Sebenarnya demo Innosence of Muslim ini bakal menjadi isyarat keras kepada non muslim bahawa " kami Umno dan Pas tetap akan bersatu jika agama kami dan nabi kami di hina ". Tapi apa nak buat Allah tak mengizinkan ianya terjadi ...
Wallahulam
Tidak rugi ada brain drain mereka yang tak hormatkan Perlembagaan negara.
Negara akan lebih maju jika takda mereka. Takda penghalang, penyekat pembangunan.
Masyarakat sudah tidak ada disiplin, bendera negara pun di persendakan. Jepun negara kecil, tidak begitu ramai maanusia, tapi dapat menawan negara China yang begitu besar dan jauh lebih ramai penduduk, di masa perang, sebab masyarakatnya kuat disiplin.
Keadaan rosak di masa pemerintahan Tun Dol. Kerajaan sekarang perlu tegas, gunakan Akta Hasutan kapada mereka yang menghasut. Luas bidang kesalahan yang di liputi oleh Akta tersebut.
Bukan saja tujuan juga implementasi pendidikan mesti ke arah membina masyarakat Malaysia yang ta'at setia dan bersatu padu. Mesti berdasarkan Perlembagaan negara yang telah di setujui oleh wakil berbagai kaum dan di lulus di Parlimen yang mewakili kesemua etnik.
Mana yang tak mahu hormati Perlembagaan perlu di halau keluar dari negara ini.
Anak anak di sekolah kita tidak khuatir sangat. Sebab Sejarah di mestikan mulai tahun depan. Mesti berlajar fasal latar belakang Perlembagaan. Boleh timbul fahaman, penerimaan penuh Perlembagaan dan ta'at setia kapada negara.
Tapi yang sudah lepas bangku sekolah ni yang degil. Dong Zong dan pengikutnya. Kalau ketuanya Yap dah jenis penipu - pakai 2 PhD tipu, beli di Internet - mana nak betul pendirian mereka, mengarut dengan "multi-nations within a nation", masakan PM Britain dah kata, "Multi-culturalism is dead", di laung juga oleh pemimpin beberapa negara EU.
Oleh itu, jenis Yap PhD tipu perlu di halau keluar dari negara ini. Seperti kata Professor Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim, siapa yang tak sukakan negara ini (persendakan bendera negara dan sepertinya), "berhijrahlah". Nak tambah sikit: yang tak suka negara ini dan memecah belahkan rakyat berambuslah kamu semua.
sayang kepada bahasa kebangsaan?
Jangan cakap sayang, pedulinya pun tidak. Tengok lah berapa ramai yang tak tahu cakap Melayu.
Saya harapkan timbulnya pemimpin yang tegas dan berani, ambil langkah langkah yang perlu bagi mereka hormatkan BM dll.
Saya fikir akan muncul. Saya harap tidak dalam suasana terdesak atau genting atau akibat keadaan tumpah darah.
Macam mana nak patriotik, pendirian parti pun tunggang langgang, antara parti sama seperjuangan pun nak lempang melempang.
PAS nak laksanakan Hudud yang takda sebut pun dalam Qur'an. DAP bantah, melenting benkeng tiap kali PAS bising.
The star.com baru saja laporkan Karpal Singh kata, “The warning to me by PAS not to interfere in its internal affairs is clearly misplaced and unwarranted.”
Saya harap Sejarah yang di ajar di sekolah mulai 2013 akan masuk perkara ta'at setia dan perkara patriotik.
Sekarang dah ada alat menterjemahkan suara dalam berbagai bahasa lain apabila pergi melancung.
Kerajaan harus belikan untuk rakyat yang masih tak dapat berbahasa kebangsaan supaya alat tu dapat bertutur dalam Bahasa Melayu atau bahsa apapun apabila perlu.
Tak payah pun nak bina sekolah dan paksa semua orang pi sekolah kebangsaan lagi. Jimat lagi dari segi wang rakyat juga.
Sekarang dunia dah global dah. Patriot pada negara macam hidup zaman dinosaur dah.
Bila pekerjaan tak de, duit kat kocek kosong, hidup mendeita nak cari sesuap makan, patriot tu tak bererti langsung dah. Tak kan nak duduk tunggu orang suapkan seumur hidup? Berapa lama lagi agaknya sebelum rakyat semua faham ertinya antara cakap-cakap kelentong dan hidup nyata?
1 perkara yg tak berapa ultra kiasu.. cuba prof. kaji kenapa restoran mamak dikunjungi hampir semua bangsa.. Terima kasih.
Terima lah hakikat.
Apa yang dilakukan oleh Ngeh Koo Ham telah di atur oleh Allah swt. Ada mesej yang jelas dari Allah swt yang nak di sampaikan kepada kita orang melayu/islam.
Mesej nya adalah : JANGAN PERCAYA KEPADA DAP KERANA DAP TETAP DAP YANG TIDAK AKAN MEMIHAK KEPADA ISLAM SAMPAI BILA-BILA.
Dengan mesej yang sebegitu rupa ADALAH AMAT MALANG KEPADA ORANG MELAYU/ISLAM JIKA ADA MELAYU/ISLAM YANG MENGIDAM NAK MEMBERIKAN UNDI KEPADA DAP DENGAN HARAPAN ALLAH SWT AKAN MENOLONG PAS UNTUK MENGUASAI PUTRAJAYA.
Percaya lah. Perjuangan Pas tak akan ke mana2. Yang akan meraih kejayaan adalah DAP.
DAP mungkin tidak boleh membentuk kerajaan. TETAPI yang pasti wakil rakyat mereka di DUN dan DR akan bertambah pada PRU 13 nanti. Maknanya suara mereka akan menjadi semakin kuat, dan suara melayu islam semakin lemah.
Masih boleh diterima jika anda tidak undi Umno. Tetapi teramat pedih untuk diterima jika anda mengundi DAP hanya kerana marahkan Umno.
DAP akan kekal pada kedudukannya atau akan balik kepada keadaan sebelum PRU12 andai kata orang melayu tidak mengundi parti itu.
TETAPI. DAP akan menambah wakil rakyatnya dalam DUN dan DR pada PRU 13 andai kata melayu islam menyokong parti itu pada PRU 13 nanti.
Hanya itu ingatan dari saya kepada melayu/islam yang masih belum nampak belang sebenar DAP.
Saya amat pasti tentang ini.
Cuba lihat jenis yang mesti di halau keluar dari negara ini -
"Patriot pada negara macam hidup zaman dinosaur dah."
Tak guna punya haramjadah buat komen di 6:56 PM.
"Persoalanya, pernahkah kita membuat kajian implikasi kepelbagaian ini, seperti yang pernah ditegaskan oleh Perdana Menteri Britain, David Camerons mengenai multiculturalism? Yakinlah! bahawa kejayaan negara-negara barat hari ini adalah disebabkan oleh mereka begitu tegas melaksanakan agenda negara atau agenda nasional tanpa kompromi. Mereka yang menentang agenda negara akan diberikan pilihan, “setuju tinggal, tak setuju boleh belah!”.
Dr. ridhuan dah banyak kali quote hadis (kata-kata) Perdana Menteri Britain, David Camerons mengenai multiculturalism! agaknya David Cameron telah dianggap sebagai nabi!
Post a Comment