(Sinar Harian 4 Jun 2012)
Perbincangan mengenai PerdanaMenteri (PM) bukan Melayu masih hangat.
Pengerusi parti ultra kiasu menegaskan, selagi hidup, beliau akan terus berjuang
untuk memastikan seorang bukan Melayu menyandang jawatan Perdana Menteri. Walaupun
agak mustahil, semangat ultra kiasunya tidak pernah luntur. Saya memuji sikap seperti
ini. Tetap pendirian dan tidak pernah berputus asa. Adakah sikap ini ada pada kita?
Wahai umatku ambillah iktibar.
Lanjutan itu, presiden parti ultra kiasu parti komponen Barisan Nasional
(ultra kiasu dalam) mencabar ultra kiasu sebenar (luar) dengan berkata,
sekiranya pemimpin ultra kiasu ‘potong’ (masuk Islam) sekalipun, beliau tidak akan
dapat menjadi PM. Nampaknya pandangan ultra kiasu dalam ini lebih ekstrem
daripada ultra kiasu sebenar. Menggunakan istilah ‘potong’ dan memandang rendah
terhadap mereka yang memeluk Islam adalah satu penghinaan.
Saya fikir orang Melayu tidak ada masalah untuk menerima mereka
yang baru ‘potong’ jika ‘sipotong’ ini memahami sejarah dan biasa dengan cara
hidup Melayu. Mengikut pengalaman saya, mereka yang diistilahkan ‘potong’ ini mudah
mengadaptasikan cara hidup mereka dengan perkitaran seperti mengamalkan budaya
Melayu dan berbahasa Melayu sebagai mana termaktub dalam perlembagaan maksud
Melayu itu sendiri, Perkara 160 (2). Walaupun mereka boleh menjadi ‘Melayu’
tetapi rata-rata mereka tidak mahu menjadi Melayu.
Yang menjadi masalah dengan kedua-dua ultra kiasu ini adalah,
mereka langsung tidak mahu dikaitkan dengan Melayu (Islam). Memakai baju Melayu
dan bersongkok adalah haram bagi mereka. Mereka lebih suka memakai pakaian
barat seperti jacket, tie dan sebagainya. Mereka sanggup mendedahkan apa
jua bahagian yang tersurat dan tersirat, asal tidak memakai baju kurung atau dikaitkan
dengan apa jua berkaitan Melayu. Pendek kata, menjadi Melayu walaupun seketika adalah soi (istilah hokkien) bermakna
sial, sebab low class.
Maka tidak hairanlah jika ada perancangan, memastikan orang Melayu
ini tidak ke mana-mana. Pastikan Melayu tidak maju. Jika orang Melayu sudah
pandai berjalan, pastikan orang lain sudah boleh berlari. Maka tidak hairanlah
jika rasuah terus berleluasa. Ultra kiasu akan terus menyuap orang Melayu
dengan wang haram seperti rasuah, supaya Melayu menjadi malas dan mengamalkan
cara hidup mewah (kaya) seketika dengan jalan pintas.
Apabila perkara ini sudah menjadi budaya, maka hancurlah Melayu
satu masa nanti. Saya harapkan orang Melayu sedar akan perancangan ini. Jika
tidak, mereka akan merana di bumi sendiri. Sebab itulah saya mengingatkan
kepada Melayu yang berkuasa, polis, kastam, penguatkuasa dan sebagainya. Jangan
mudah terpedaya dengan rasuah yang nikmatnya hanya seketika. Tindakan tegas
mesti diambil terhadap mereka menjalankan aktiviti haram seperti penyeludupan
dadah, mercun, arak, judi, kelab malam, pelacuran dan sebagainya.
Rata-rata kita lihat, penangkapan
hanya dibuat sekali sekala dengan publisiti diberikan besar-besaran akan
kejayaan menumpaskan sindiket itu dan ini. Sedangkan yang dilepaskan begitu
banyak setelah dirasuahkan. Misalnya, bila penyeludupan dadah itu dilepaskan,
siapakah yang menjadi mangsa. Sudah tentu orang Melayu. Lihatlah sendiri
statistik penagihan dadah di negara kita, siapakah jaguhnya? Jumlah yang
dirasuahkan sudah tentu tidak setimpal dengan keuntungan berkali lipat dengan
terlepas mereka itu melalui perniagaan haram itu. Kita yang dirasuahkan hanya
kaya seminggu atau sebulan, tetapi mereka yang dilepaskan kaya seumur hidup
hingga beberapa generasi.
Beginilah bijaknya
ultra kiasu-ultra kiasu luar dan dalam (Lim dan Chua) berstrategi untuk mencapai
matlamat mereka. Nampak bergaduh, tetapi bersatu dalam senyap. Saya melihat pertikaian
antara kedua-dua ultra kiasu hanyalah
lakonan. Matlamat sebenarnya adalah untuk memberikan mesej kepada Umno
dan mereka yang berkuasa. Bila mana Umno melihat ia sebagai satu ancaman, maka Umno
mulalah memberi. Pemberian Umno itulah kemenangan kepada kedua-dua ultra kiasu
ini.
Pemimpin ultra
kiasu dalam mencabar parti ultra kiasu luar dengan mengemukakan persoalan adakah
mereka akan melantik bukan Melayu memegang jawatan Menteri Kewangan,
Pertahanan, Perdagangan Antarabangsa dan Industri dan Pelajaran sekiranya Pakatan
Rakyat memerintah kerajaan pusat? Untuk siapakah mesej ini. Perkara ini bukan baru.
Ia telah dibangkitkan sekian lama.
Sudah tentu isu-isu
yang didebatkan perlu diambil perhatian oleh kerajaan, tidak kiralah siapapun
menang. Kerana mereka tahu kerajaan sekarang dalam keadaan terdesak. Mengimbau
kembali perdebatan sebelum ini, isunya berkisar kepada isu pendidikan. Saya yakin
selepas ini isu masih sama, cuma ia akan ditambah dengan perjawatan dalam kabinet.
Perjawatan tersebut melibatkan lebih
banyak kuasa.
Saya amat
mengharapkan debat kali ini akan berlangsung dalam bahasa Melayu berbanding
bahasa ibunda. Paling tidakpun menggunakan bahasa Inggeris supaya semua rakyat
Malaysia boleh memahaminya. Apatah lagi kedua mereka bukanlah produk SJKC. Apa
masalahnya menggunakan bahasa Melayu?
Semua sedia maklum
bahawa jawatan-jawatan penting kabinet di atas, telah disandang oleh orang
Islam sejak sekian lama, walaupun tidak dinafikan beberapa jawatan tersebut ada
disandang bukan Melayu selepas merdeka. Mesej semua ultra kiasu ini adalah,
adakah kerajaan akan memberikan posisi jawatan strategi ini kepada mereka melalui
permainan politik ini?
Umum mengetahui bahawa
majoriti kerusi parlimen di Malaysia adalah dimenangi oleh Umno dan parti bumiputera
yang lain. Sepatutnya Umnolah yang menguasai majoriti kerusi kabinet. Tetapi
kerusi menteri dan timbalan menteri tetap diberikan kepada bukan Melayu
berasaskan kepada kuota.
Sedangkan kita
tahu kerusi yang dimenangi bukan Melayu komponen BN ditandingi dalam kawasan
majoriti Melayu. Di Kawasan majoriti Cina, parti ultra kiasu akan menang dengan
majoriti besar. Maknanya kemenangan parti komponen BN adalah undi ihsan orang
Melayu. Sepatutnya, mereka lebih turut memperjuangkan sedikit agenda Melayu.
Ini tidak, mereka menjadi juara ultra kiasu. Agenda bangsa menjadi agenda
utama. Bacalah permainan licik ultra kiasu.
43 comments:
Permainan mereka ini sebenarnya sudah diketahui oleh sebilangan besar rakyat Malaysia samada Melayu dan bukan Melayu, namun itulah Melayu selagi belum terhantuk selagi itulah tidak tergadah, nak tunggu tersembam muka ketanah baru masing2 nak bersatu. Pemimpin UMNO tidak tahu ke perkara ini? mereka pun tahu, namun untuk kesejahteraan negara, kesemuanya itu tidak perlu dilayan secara emosional, cuma orang melayu islam perlu lebih berhati hati dan sentiasa peka terhadap perkara ini. Sokongan semua rakyat berbilang kaum adalah perlu untuk membangunkan Malaysia ke hadapan, sebab itu walaupun MCA MIC kalah teruk dalam PRU12 namun Kerajaan masih melantik semua kaum dalam kabinet pemerintahan. itulah contoh kepimpinan yang bertanggungjawab.
menarik ulasan prof. saya bangga adanya umat seperti prof. yg amat mendokong bangsa melayu yang mana prof lebih arif dari mereka yang lahir sebagai melayu. mereka-mereka ultra kiasu ini tidak kira dalam atau luar sebenarnya dalam keadaan 'senang'. mereka inilah yg bakal meracun pemikiran masyarakat kita ini. saya juga percaya peristiwa 13 Mei bakal berulang sekiranya bangsa Melayu tidak bersatu.. saya percaya bila bangsa melayu bersatu, agama Islam akan terbela.. bagi saya baik yg 'potong' dari melayu 'murtad' betulkan saya prof jika saya silap.. betullah juga kata-kata mantan PM kita, Tun Dr. Mahathir yang masyarakat kita masih berada di tahap pemikiran ketiga.. kita memerlukan satu formula untuk mengubah itu semua.. pendekatan secara Islam perlu diketengahkan tetapi ada sebilangan 'Melayu Murtad' menggunakan Islam untuk kepentingan diri sendiri, menyalahguna Islam dan menjadikan agama sebagai taruhan.. Islam kita sudah tidak suci.. Sedihkan prof, saya sebagai Islam Melayu malu dengan perkembangan terbaru ini. bagaimanalah anak cucu kita dapat bertahan dalam tahun-tahun yang mendatang. betulkan saya jika saya silap, selamat berjuang prof.
Saya setuju bahawa kita patut ambil iktibar dari sikap tetap pendirian dan jangan berputus asa. Tetapi saya berbeza pendapat berkenaan pendirian Karpal Singh.
Saya fikir dia membabi buta. Sudah tahu tidak boleh dapat tetapi sengaja mahu hebohkan. Menjadi cengkurik, kata orang. Sengaja mahu mencari helah, menimbulkan isu, mendatangkan prasangka dan rasa tidak senang di antara rakyat. Hingga pengkomen 12:15 AM "percaya peristiwa 13 Mei bakal berulang".
Karpal tidak lama lagi hidup sebab umurnya sudah lanjut. Saya percaya selepas dia mati tidak akan ada lagi orang seperti dia. Saya fikir Lim Guan Eng pun tidak senang hati dengan dia pada masa masanya. Tak lama lalu Karpal di ikat mulut nya (Gag Order) bila tak habis habis menghentam Timbalan Ketua Menteri Ramasamy.
Boss dia ikat mulut dia. Sistem aneh di DAP. Karpal Pengerusi tetapi Guan Eng Setia Usaha Agong
jadi boss dia. Naib Pengerusi di lantik, bukan di pilih. Nama saja Democratic Action Party tetapi banyak perkara yang tidak demokratik dalam DAP. Guan Eng juga jadi boss Naib Pengerusi. Bila boss buat tak betul, Tunku Aziz sembur Guan Eng "biadap".
Karpal juga menentang Hukum Hudud hingga mati. Di ketawakan rakyat kerana DAP heboh menentang idaman PAS, parti "rakan seperjuangan" mereka. Dua kali mintak pucuk pimpinan parti parti komponen Pakatan Rakyat selesaikan isu Hudud. Dua kali tak juga selesai.
Keputusannya sama - "setuju tidak bersetuju", ia itu, PAS boleh kemukakan Hukum Hudud, tapi implementasi perlu di runding lagi.
Tak di pedulikan dek Nik Aziz dan, akhir akhir ini, oleh Hadi Awang. Hadi kata kalau sampai ke Putrajaya akan implementasi Hudud dan pinda Perlembagaan jadikan Islam "addin" atau cara hidup di Malaysia ini. Menggeletar, baran bukan Melayu dengar. Menyinga si Karpal lagi.
Karpal akan mati tercungap cungap tidak dapat melihat bukan Melayu jadi PM sebab tak masuk akal di negara majoriti Melayu. Teorinya benar tapi praktiknya mesti ikut adat atau convention. Ini negara beradat. Negara yang di kenali sebagai Tanah Melayu, Malaya dan Malaysia. Dan Karpal akan mati putih mata sebab bantahannya kapada Hukum Hudud tidak akan di hiraukan, dan PAS akan teruskan pendirian mahu implementasi Hudud jika sampai ke Putrajaya.
Tak mahu potong dia punya pasal. Tak mahu pakai songkok bila di majlis resmi yang memerlukan pakaian seragam seperti pembukaan Dewan Undangan Negeri, perlu di "buang negeri".
Ada lagi ke sistem "Restricted Residence"? Jika ada, mana mana Yang Tidak Berhormat (YTB) yang tak mahu pakai songkok dengan unifom Ahli Dewan Ungangan tu perlu di kenakan penalti begitu.
"Karpal juga menentang Hukum Hudud hingga mati."
Dia juga akan mati tidak melihat PM bukan Melayu.
Mesti hingga mati punya. Sebab orang Melayu tidak akan benarkan bukan Melyu jadi PM sampai bila bila. Orang PAS pun tidak akan hhentikan mahu Hukum Hudud sampai bila bila.
Walau sebagai "gimmick" nakkan undi pun, PAS akan laungkan Hudud sehingga parti PAS ada hayatnya.
"Apabila perkara ini sudah menjadi budaya, maka hancurlah Melayu satu masa nanti. Saya harapkan orang Melayu sedar akan perancangan ini."
Saya percaya Melayu sudah sedar perancangan itu. Bukan sahaja di peringkat pimpinan parti, juga di khalayak ramai. Hanya ada cilaka setan yang menghalang bersatunya Melayu sekarang.
Ada yang cuba usahakan Melayu bersatu. Seperti makan malam di Istana Trengganu 1-2 tahun lalu. Perlu di cubakan lagi dari masa ke masa. Dan di do'akan moga moga makbul permintaan kita.
Tindakan mereka yang anti-Melayu dan anti-Islam tidak akan menjadi budaya. Kita akan kutuk dan keji sekuat kuatnya dan seterusnya hingga bila bila masa.
Ultra kiasu dalam dan ultra kiasu luar. Ada lagi satu jenis ultra kiasu. Ultra kiasu pinggir. Si Anwar. Nak cuba gembeling tenaga semua ultra kiasu luar bagi menjatuhkan Kerajaan. Walau cara tidak demokratik sekali pun. Seperti di Bersih 3.0.
Tapi bagus lah pihak berkuasa heret dia ke Mahkamah atas tindakanya yang menyebabkan penghimpun memecah halangan dan masuk Dataran Merdeka. Dan menyebabkan rusuhan berlaku.
Selagi ada ultra kiasu pinggir ini selagi itu lah Melayu tidak akan bersatu. Di godehnya PAS. Hingga PAS pun tidak bersatu lagi. Ada puak Erdogan Khalid Samad yang di hasutnya supaya pengaruhi perwakilan PAS di Muktamar Jun 2011 gugurkan konsep Ngara Islam yang merangkumi Hukum Hudud. Berdentum di humban mereka Hukum Hudud. Puak Ulama Nik Aziz pungut semula Hudud. Ada juga yang di katakan "Kuasa Ketiga" dalam PAS sekarang. Begitu sekali pecah PAS di buat dek Anwar.
Parti dia sendiri lintang pukang. Dia busukkan nama Malaysia, mengata tidak ada demokrasi, tapi PKR sendiri tidak demokratik dalam pemilihan pemimpin parti, hingga Zaid Ibrahim cabut lari berdentum keluar dari PKR.
Anwar pulak bertelagah dengan PAS sebab mahu pertahankan keselamatan Israel. Masakan PAS langsung tidak mahu apa apa perhubungan dengan Yahudi Zionis Israel.
Tapi dia tak boleh dan tidak akan jadi PM. Sebab dia calonkan Kit Siang TPM. Mana boleh Melayu terima LKS ambil jawatan PM jika dia masuk penjara akibat rayuan Sodomi II atau sebagainya. PAS pun tidak mahu dia jadi PM. Sebab Hadi Awang pun nak jadi PM kalau PR sampai ke Putrajaya.
Hah, itu lah cerita ultra kiasu dalam, ultra kiasu luar dan ultra kiasu pinggir. Bukan saja tak akan ada PM bukan Melayu. Tapi juga tak akan ada PM bernama Anwar Al Juburi.
Aku tak kisah depa nak cakap potong pun. Aku tau depa kalau potong pun (macam bayi omputih di sunat masa di lahirkan sebab nakkan bersih takda tahi palat - tak lucah ye, istilah ni?), depa masih tak masuk syurga.
Dalam tulisan terdahulu aku menyatakan bahawa selagi masyarakat majmuk dinegara ini berjuang berdasarkan kepada perkauman maka cita-cita golongan ultra kiasu untuk meletakkan seorang bukan melayu sebagai Perdana Menteri hanyalah mitos dan angan-angan Mat Jenin sahaja.
Realitinya selagi kaum melayu majoriti dan bersatu dinegara ini impian itu tetap menjadi angan-angan sahaja. Walaupun begitu golongan ultra kiasu ini amat sedar bahawa walaupun melayu majoriti, mereka masih mempunyai ruang untuk meletakkan bukan melayu sebagai perdana menteri atas tiket demokrasi dengan sokongan dan bantuan dari pemimpin dan orang melayu yang terpengaruh dengan mainan licik mereka.
Kerana itulah makanya golongan ultra kiasu ini akan sentiasa memastikan agar Melayu terus berpecah belah, Islam yang merupakan wadah penyatuan umat dan orang melayu diancam dan dimomok-momokkan dikalangan orang melayu dan bukan melayu. Orang melayu yang mempunyai kuasa dan pengaruh mesti mereka kuasai dengan wang dan harta sebagai umpan agar mereka terus dibuai dengan perasaan dalam dunia mereka sendiri.
Pemimpin Melayu akan dilalaikan agar tidak lagi mempedulikan amanah yang diberkan oleh orang melayu supaya menjaga hak dan kepentingan bangsa mereka di Negara ini. Hak dan kepentingan melayu kini Cuma tinggal untuk dijaga oleh perlembagaan Negara. Itupun kini telah mula terancam dengan mainan licik golongan ultra kiasu dengan bantuan dan dokongan pemimpin melayu yang telah dilekakan tadi.
Manakala pemimpin-pemimpin melayu yang kuat jatidiri dan teguh dalam perjuangan mereka untuk orang melayu dan Islam dijadikan sasaran dan akhirnya hilang lesap entah kemana.
Sama ada kita suka atau tidak dengan apa yang berlaku masakini,kita tetap dan terpaksa menerimanya. Tak ada gunanya kita terus mengeluh,menjerit dan memaki hamun apabila hak dan warisan bangsa melayu di Negara ini terus dirampas,di hina dan diperlekehkan kerana sama ada kita sedar ataupun tidak kita juga turut terlibat sama membiarkannya.
Tetapi maseh belum terlambat untuk kita mengubahnya atau setidak-tidaknya menyatakan pendirian kita dalam PRU yang akan menjelang tiba. Bersatulah dalam perjuangan demi Agama,Bangsa dan Negara. Walaupun berbeda ideologi berpolitik. Aku Yakin Kedaulatan dan kemakmuran Negara ini akan sentiasa terjamin selagi hak dan warisan orang melayu terutamanya kedudukan Raja-raja Melayu, Bahasa Melayu dan sebahagian budaya Melayu terus di martabatkan dan dihormati di Negara ini.
"kerusi yang dimenangi bukan Melayu komponen BN ditandingi dalam kawasan majoriti Melayu ... Maknanya kemenangan parti komponen BN adalah undi ihsan orang Melayu."
Itu pun asyik nak lebih, nak lebih, tak henti henti. Korek sana, korek sini. Kena korek dengan Anwar nanti baru tau.
Ini suatu bukti Melayu di kenakan permainan licik ultra kiasu. Bekas Menteri Besar Perak Mohammad Nizar menyindir Siultan Johor membazir wang untuk mendapatkan nombor kereta WWW1. Dia tidak memeriksa sebelom mengkritik. Tengku Mahkota Jphor telah bidas dia menggatakan wang yang di gunakan oleh ayahndanya bukan wang Kerajaan.
Nizar emaknya Cina. Nampaknya Cina jenis ultra kiasu yang membimbing anaknya Nizar jadi ultra kiasu juga. Tidak tahu budaya Melayu dan tidak kisahkan budaya yang tidak boleh menyindir Raja. Bedebah punya maanusia.
Bukan salah dari segi budaya saja. Juga salah dari segi undang undang. Akta Hasutan. Akibat berpuluh llaporang Polis di buat, dia sedang di siasat Polis dari segi Akta Hasutan dan telah di arahkan datang ke Balai Polis membuat kenyataan. Saya harap dia di dapati salah, di heret ke Mahkamah, di sabit kesalahan dan di kenakan hukum yang menyekatkan penyertaan nya dalam politik.
Begitu juga Karpal Singh. Telah di siasat dan saya kurang pasti sama ada telah di heret ke Mahkamah. Ini Benggali bukan Melayu menyindir Raja satu hal. Tapi Nizar separuh Melayu menyindir Raja memang lebih dari biadap.
Nampaknya bukan orang DAP Lim Guan Eng dan Karpal Singh sahaja yang biadap. Orang PAS Nizar pun biadap. Dulu ada yang pakai jubah, ketayap putih, baring di jalan menghalang kereta Raja Muda Perak lalu. Macam mana rakyat nak undi parti parti pembangkan itu? Tak boleh di beri undi.
Berita semalam mengatakan 26 NGO turun ke jalan membantah tindakan Nizar itu. Lebih 500 perserta berarak dari Menara Landmark hingga ke Ibupejabat Polis Johor Baharu Selatan.
Selain dari itu lebih 100 ahli ahli Angkatan Belis 4B Johor dan ahli ahli PERKASA berarak dari Johor Tourism Information Centre (Jotic) ke Istana Besar.
Bagus. Kita mesti tunjukkan mereka yang biadap supaya jangan kurang ajar. Kita jangan beri undi kapada mereka itu. Kalau tidak, parti mereka naik, jahanam negara.
Ultra kiasu sentiasa ambil kesempatan. Eksploitasi keadaan. Apa saja di eksploitasinya. Kita mesti buat macam itu juga. Sekurang kurangnya kita sembur dan keji mereka di sini sana.
Karpal Singh nakkan bukan Melayu jadi PM. Dia tak sukakan Raja Raja Melayu dan kuasa kuasa Raja yang termaktub di Perlembagaan. Dia menghasut Sultan Perak di suatu sidang akhbar di tahun 2009.
Dia kata pembuangan Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar Perak oleh Sultan boleh di perso'alkan di Mahkamah. Akibatnya, dia di dakwa di Mahkamah atas tuduhan menghasut.
Sebenarnya itu pendirian DAP. Karpal yang bisingkannya. Dia loyar konon. DAP memang anti-Melayu dan anti-Islam. Sejak penubuhannya lebih 40 tahun lalu. Mahukan Malaysian Malaysia kononnya.
Mahu sama rata tapi tak mahu akui Kedudukan Istimewa Melayu yang telah ada di negara ini sejak sediakala dan di maktubkan di dalam Perlembagaan Perkara 153. Yang telah di setujui di Parlimen. Yang menjadi Kontrak Sosial - bukan Melayu dapat hak kerakyatan, Melayu dapat Kedudukan Istimewa mereka di sergamkan ke dalam Perlembagaan. Dah ambik hak kerakyatan tak mahu tunaikan tanggong jawab sebagai rakyat pulak. Mana boleh. No deal, man.
Dulu Mahkamah Tinggi dah putuskan dia kena bicara. Karpal cari helah, turun naik Mahkamah, rayu mintak buang kes tak payah bicara. Tapi pada 20 Jan tahun ini, Mahkamah Rayuan buat keputusan dia kena bicara juga.
Sekarang Karpal mohon "to strike out" dakwaan hasutan itu pula. Mahkamah tetapkan July 20 untuk mendengar kes dia. Turun naik Mahkamah lagi le kamu. Tak boleh jalan kita boleh kesiankan. Tapi pemikiran jahat, hati busuk, kita tak boleh kesiankan. Biar jahanam dia - pinjam perkataan Nik Aziz.
Saya setuju pada umumnya dengan pendapat Sdr Rawang.
Tapi saya tak setuju "Sama ada kita suka atau tidak dengan apa yang berlaku masakini,kita tetap dan terpaksa menerimanya." Pada saya, kita tak perlu menerimanya. Kita tidak boleh menerimanya. Kalau kita terima, akan melanda landa mereka ultra kiasu.
Saya fikir Sdr Rawang pun bermaksud begitu. Saya fikir dia hanya menyarankan kita jangan membantah dengan cara melanggar undang undang.
Kita boleh tidak menerimanya. Kita bantah, bangkang, beri tahu mereka, bisingkan selalu, di mana mana sahaja. Asalkan kita tidak melanggar undang undang.
Tidak boleh, mereka tidak boleh melanda landa. Berbeza pendapat tak apa. Menghasut Raja, bangsa Melayu, mengancam keamanan dan keselamatan negara tidak boleh. Langsung tidak boleh. Kita keji, kita caci. Berterusan.
Ultra kiasu licik main politik tapi depa yang lantik Panel Tun Hanif menyiasat Bersih 3.0 bodoh ka tak tanya dulu sanggup ke tak dua ekoq yang tarik diri tu sebelom umumkan lantikan depa. Awat bodoh sangat depa buat lantikan lagu tu?
hahaha.. anwar kuat korek.
Contoh terdekat ialah Republik Indonesia.
dalam lebih 240 juta rakyat Indonesia, sanggup pilih Gus Dur yang buta menjadi Presiden.
KENAPA??? Jawapan mudah kerana dia Jawa.
Walau cerdik macam mana sekalipun Pak Habibie pakar aeronautical enginering, tapi kerana dia anak Bugis dari Makassan, maka yang buta dipilih memimpin rakyat 240 juta nyawa di Republik Nusantara ini.
Samalah dengan perlantikan Megawati waalupun tidak ada pendidikan universiti.
Soalan sekarang ialah BILAKAH Najib nak tunjukkan salinan trancript University of Nottingham dan Scroll Ijazah beliau?
Kita harap dia tidak menipu rakyat dengan cerita ijazah beliau ini..
Di Malaysia isu bangsa da ugama Perdana Menteri tidak timbul.
Yang timbul bila Utusan Malaysia nak disiytihar bangkrap dengan saman puluhan juta yang tak akan mampu dibayar pasca PRU13 kelak.
Kalau mana-mana ada saham dalam Utusan Melayu cepat2 lah jual sebelum menjadi nilai surat khabar lama.
Wahai rakan-rakan sekalian, janganlah kamu disesatkan oleh fahaman-fahaman kebangsaan dan feudalisma.
Jangan kamu mati melainkan sebagai Muslim.
Ambillah pelajaran drpd ulama Islam, berhati-hati dengan saranan ahli akademik yang pandai mengambil hatimu dan membakar semangatmu tetapi menyimpang dari ruh Islam yang sebenar.
http://www.youtube.com/watch?v=M2xWasGXQo4
http://www.youtube.com/watch?v=4r25iDCQdaU
Kalau ada saham dalam Harakah, Suara Keadilan atau Roket tak payah jual. Sebab tak ada nilai walau pun tak kena saman, hehehe.
Sebelum Karpal nak impikan bukan Melayu menjadi PM, dia kena pastikan diri dia tu patuh ajaran agama dia. Dia anak beranak sepatutnya pakai serban singh dia tu. Itu pun tak sanggup pakai ke? Kalau tak nak pakai songkok semasa sidang dewan sebab pakai serban tu masih boleh diterima.
Oooi Mamat, bukan kah Utusan rayu keputusan Mahkamah itu? Bukan kah boleh rayu sampai Mahkamah tertinggi di negara ini? Bukan kah boleh sampai banyak tahun bahru boleh sampai Mahkamah tertinggi? Dan keputusan boleh bertukar pada penghabisnya.
Kau tanya lah Karpal Singh. Pakar pemintak tangguh Mahkamah. Pakar melambatkan bicara, melambatkan keputusan Mahkamah. Kes dia sendiri menghasut Sultan Perak dah 3 tahun pun belom bicara lagi. Macam macam helah dia pakai.
Kau tak baca ke dia guna cara yang sama nak melambatkan kes Sodomi II Anwar? Nasib Anwar menang (jangan kata pulak Mahkamah negara ini tak adil), tapi Pendakwa Raya dah rayu. Tengoklah keputusannya nanti. Aku harap dia masuk penjara sebelom PRU13.
Undilah parti yang tidak memakan rasuah dan mempunyai pemimpin yang kaki poya dan perempuan.
9:14 PM,
Kamu faham ke apa makna "fahaman-fahaman kebangsaan dan feudalisma" tu? Kamu anarkis atau kominis ke? Kominis pun dah jadi feudalisma dan tak berjaya - Russia dan China dah jadi kapitalis.
Setuju, Jangan kamu mati melainkan sebagai Muslim. Ikut lah ajaran Islam yang sebenar. Jangan kafir mengkafir dan jahanam menjahanamkan orang macam Tok Guru Nik Aziz.
Dan jangan sekali kali ikut Anwar Ibrahim. Dia mahu pertahankan keselamatan Yahudi Zionis Israel.
Hahaha 9:40 PM, kot dia orang pakai serban bila naik motorsikal.
Selagi hidup mahukan bukan Melayu jadi PM. Langsung tak pedulikan kan keadaan majoriti Melayu di negara ini.
Konon dia peguam dia tahu Perlembagaan tidak melarang bukan Melayu jadi PM. Saya bukan peguam tapi saya tahu yang tidak hormatkan ta'at setia kapada Perlembagaan sepatutnya tidak boleh jadi rakyat di negara ini. Jadi, yang DAP sokong sekolah Cina, tidak hormatkan Bahasa Kebangsaan di Perkara 152 itu adalah bukti tidak hoormatkan dan ta'at setia kapada Perlembagaan. Mereka patut pindah ke negara lain.
Begitu juga DAP tidak hormatkan Perkara 153 Perlembagaan berkenaan Kedudukan Istimewa Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak. Hendakkan sama rata tapi tidak akui sepenuhnya Kedudukan Istimewa itu. Sejak penubuhan DAP lebih 40 tahun lalu. Ungkit Kedudukan Istimewa itu. Hingga mencetuskan pergaduhan kaum 13 Mei 1969. Mereka patut di nyahkan dari negara ini.
Majoriti bukan Melayu terima, hormati dan patuhi Perlembagaan negara. Kita anggap mereka sebagai sesama rakyat dengan kita. Ultra kiasu DAP tidak. Anti-Melayu dan anti-Islam. Songkok, suatu simbol agama Islam di negara ini, pun mahu di abaikan. Pada hal agama Islam terccatit di Perlembagaan sebagai agama negara ini.
2:11 AM,
parti yang makan rasuah termasuk PAS dan DAP. parti yang mempunyai pemimpin yang kaki poya tu DAP dan PAS.
parti yang pemimpin kaki perempuan tu PKR - Anwar Ibrahim di kaitan dengan bini Azmin Ali, pastu ada video sex dengan pelacur. Dan dia kaki jantan jugak - main belakang. 2 Hakim Mahkamah Rayuan Sodomi I catitkan dia menyondol. Kes dia menyondol di Sodomi II sedang di rayu.
Lebihkurang saja dengan Umno. Tapi Umno dah merintah 54 tahun, dah banyak jasa. Kau tengoklah bangunan mencakar langit di sana sini di Malaysia. Menara Petronas satu masa dulu yang tertinggi di dunia. Nampaknya kau kena undi Umno lah camtu.
2:11 AM,
Anwar PKR tak rasuah ke? Cuba baca laporan FMT ini - laporan pihak Pembangkang tu:
"Perkasa: Set up RCI to probe Anwar and RM3b
Free Malaysia Today - 21 hours ago
KUALA LUMPUR: Perkasa president Ibrahim Ali today urged the government to establish a royal commission to investigate an allegation that Opposition Leader Anwar Ibrahim held RM3 billion in his personal accounts in the 1990s
Mahu Perdana Mnteri bukan Melayu? Di Fiji kaum pendatang dapat jadi majoriti pun tak dapat kaum mereka jadi PM. Menang pilihan raya pun tak dapat pegang kuasa. Askar rampas kuasa.
Kerusi menteri dan timbalan menteri diberikan kepada bukan Melayu berasaskan kepada kuota. MCA dan MIC kalah teruk di PRU12. Mereka mesti berkerja kuat dan bersungguh sungguh untuk mendapatkan semula kerusi mereka yang hilang itu. MIC nampaknya mencuba kuat. Tapi MCA tak nampak begitu.
Selepas PRN Sarawak yang lalu, MCA kata mereka tidak akan menerima kerusi di kabinet jika masyarakat Cina tidak mengundi mereka dengan memuaskan. Pulak begitu pendirian mereka. Sepatutnya mereka menggembelingkan tenaga dengan berganda ganda dengan tak payah bising. Pergi ke seluruh pelusuk negara cuba memujuk pengundi Cina mulai dari sekarang.
Mereka banyak wang, boleh dapat sumbangan dari towkeh towkeh besar. Mereka sepatutnya mengadakan sistem cadre - memilih mereka yang benar benar bersemangat MCA, berdedikasi, bayarkan dengan lumayan untuk pergi ke sana sini menerangkan dasar dasar MCA dan memujuk mereka mengundi MCA di PRU 12.
Jika tidak, saya fikir biar lah mereka tak ambil tempat dalam kabinet. Cina di parti parti lain boleh di lantik mewakili kaum Cina di negara ini.
Lagi satu jenis politik ultra kiasu - saman menyaman. Malaysia tak lama lagi di kenali sebagai Malaysia Darul Saman.
Kali ini ADUN DAP Komtar merangkap Setia Usaha Politik Lim Guan Eng, Ng Wei Aik, ugut nak saman. Mintak ma'af fasal mengata aku atau aku saman, kata dia. Tapi yang dia ugut nak saman tu dua orang loyar. Mana jalan punya.
Loyar Khoo Chye Beng dan Baljit Singh kata, nak saman saman lah. Khoo pulak sedang mikirkan nak saman dia kembali - counter sue. Hah, padan muka.
Kerajaan ultra kiasu - Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor - keras kepala tak mahu keluarkan Development Order bagi projek membawa air dari Pahang ke Selangor.
Kerajaan Prsekutan sudah membuat kajian yang melibatkan pakar pakar berkenaan dan merancangkan memindahkan air dari Sungai Semantan Pahang ke Sungai Hulu Langat Selangor. Ini melibatkan pembinaan terowong 44.6 km melalui Pergunungan Titiwangsa. Kerajaan ultra kiasu itu tidak setuju dan mahu tunjukkan mereka ada kuasa, tidak mahu keluarkan apa yang di panggil Developmen Order.
Pakar pakar berkenaan pembekalan dan penggunaan air kata kalau tidak di buat, Selangor akan merana dengan keadaan kekurangan air mulai tahun 2014.
Akibatnya sekarang sudah 138 buah projek perumahan di Selangor tersekat rancangan pembinaannya kerana pemaju pemaju berkenaan tidak dapat jaminan bahawa akan ada air yang cukup jika mereka mulakan binaan.
Di situ sudah nampak kerugian rakyat Selangor akibat pendirian tak munasabah kerajaan ultra kiasu PR Selangor.
Kerajaan ultra kiasu itu kata boleh fikirkan pemindahan air dari Perak ke Selangor pula. Tidak ada sebut dari mana ke mana. Belom ada kajian di buat. Kajian yang melibatkan beberapa jenis pakar berkenaan akan makan masa bertahun. Kerja kerja pembinaan bagi memindahkan air itu juga akan makan masa bertahun. Pada hal Selangor akan merana kekurangan air di tahun 2014 - 2 tahun sahaja lagi.
Lihat lah betapa ruginya dan betapa susahnya rakyat Selangor akibat kerajaan ultra kiasu Selangor itu bermain politik fasal air. Air pun nak di politiknya.
Ini lagi satu permainan politik ultra kiasu:
Pakatan Rakyat ultra kiasu juga mempolitikkan pelajaran anak anak muda kita. Dakyah dan propagandakan pelajaran percuma (free education) kononnya. Dengan tidak fikir dari mana wangnya datang untuk membiyai segala kemudahan termasuk pembinaan bangunan, penyediaan alat alat dan tenaga pengajar. PTPTN pun tak perlu sebab penuntut semuanya percuma, kata mereka.
Kerajaan ultra kiasu Pakatan Rakyat Selangor telah membina dan menyediakan kemudahan pelajaran tinggi di Universiti Selangor atau Unisel. Maka, untuk melihat sama ada betul atau tidak boleh adakan pelajaran percuma itu, PTPTN telah di hentikan untuk penuntut bahru di Unisel. Menggelapar Menteri Besar Selangor. Riuh penuntut penuntut dan emak bapak berkenaan.
Masih keras kepala lagi kerajaan ultra kiasu PR Selangor. MB Khalid kata akan jual harta Unisel untuk menampong pelajaran penuntut penuntut itu. Lihat lah sejauh mana mereka boleh buat begitu. Sehingga terjual Unisel? Kalau terjual, pembelinya akan jadikannya kilang? Kilang memperoses otak ultra kiasu Pakatan Rakyat yang kata boleh adakan pelajaran percuma?
Itu lah jadinya bila rakyat tersalah pilih pemimpin. Di Selangoor dah macam macam yang tak senonoh berlaku. Masalah air, masalah sampah, masalah merecupnya rumah urut, hotel murah di guna untuk maksiat dan macam macam lagi.
Ini Abdul Kadir Sheikh Fadzir satu jenis ultra kiasu ke, dia "frustrated" ke, atau dia terpengaruh dek puak puak ultra kiasu lain?
Dia memang jenis yang senang terpengaruh. Keturunan asalnya India, hidup cara Melayu, Bahasa Melayu seharian, pakaian Melayu dsbnya. Di masa mudanya asyik mahu menunjukkan dia suka lagu Melayu lama, bangsawan dan sepertinya. Tidak ada masalah dia mengaku dirinya Melayu, sebab dia pun memenuhi kriteria definasi Melayu dalam Perlembagaan.
Dapat jadi Menteri (Budaya dan Sukan) di zaman Tun Dol. Pastu kena sidelined kot, tak jadi apa pun lagi. Mula baran, mengkeritik UMNO dan Kerajaan. Walau pun dia kata 55 tahun jadi ahli UMNO. Ikut Tengku Razaleigh, jadi Timbalan Presiden Angkatan Amanah Merdeka, suatu NGO.
Dah dapat jadi Mnteri, dah dapat Tan Sri, masih tak puas hati. Cakap tak senonoh, agaknya orang tak pedulikan dia langsung, tak di jemput ke majlis itu ini. Pergi ceramah ke majlis majlis anjoran pihak PR. Mangkin marah dia nampaknya, hingga sanggup mengata UMNO bayar wang kapada pengundi, dia sendiri lihat, kononnya. Alamak, kalau dia kata dia lihat, bukankah dia sendiri buat? Atau "condone"kan tindakan itu? Kenapa dia tak laporkan kapada ACA masa tu atau BPR kemudiannya? Dah jadi ular ke dia?
Sekarang tubuhkan Parti Ikatan Bangsa Malaysia dengan tujuan menyatukan rakyat menjadi suatu Bangsa Malaysia. Dari segi perjuangan mereka di Kempen SSS (sila google perkataan itu jika mahu tahu selanjutnya), bagus lah mahu menubuhkan suatu Bangsa Malaysia. Tapi cara cara dia belom kita ketahui. Hanya setakat ini nampaknya mengeji UMNO dan di katakan bersimpati dengan Pakatan Rakyat.
Dia kata, ".. at this particular point, we seem to have more in common with PR, especially in its call for free and fair elections.” Dia di laporkan menyertai himpunan Bersih 3.0. Mengambil kesempatan (eksploit, macam ultra kiasu selalu buat) sentimen anti-Establishment kot.
Cakap besar, belom berdaftar pun dah yaakin akan dapat satu juta ahli dalam setahun. Tanyalah Zaid Ibrahim, dia loyar juga, berapa ketul ahli dia dapat untuk parti yang dinamakan Kita, yang sekarang kita hampir tak dengar berita.
The Sun melaporkan pendapat Professor Emeritus Khoo Kay Kim
PM must be a Malay, says historian -
Sila baca di link berikut
http://www.thesundaily.my/news/400362
Laporan itu juga di petik oleh blog Kempen SSS. Sila baca di link berikut:
http://satusekolahuntuksemua.wordpress.com/2012/06/07/malaysia-as-the-malay-states/
Amat bagus Bernama dapatkan pendapat dan keluarkan kata kata Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim bahawa Perdana Menteri Malaysia mesti Melayu Muslim, walau pun tidak Perlembagaan tidak melarang yang lain memegang jawatan itu.
Kata katanya harus berkumandang di pelusuk negara dan perlu mendesingkan telinga singa tua Karpal Sngh dari parti ultra kiasu DAP itu.
Kata katanya, "everyone must accept the reality that Malays were the natives of Tanah Melayu, Malaysia’s name before independence, and that the Malays formed the majority in the country." Bravo, Professor.
Saya fikir majoriti rakyat sudah tahu tapi hal bahawa kata kata itu datang dari Professor Sejarah seharusnya menutup mulut Karpal Singh. Bukan saja Lim Guan Eng boleh menutup mulut (gag order) dia, tapi Professor Sejarah lebih tepat orangnya bagi membuat begitu.
Professor itu menambah, “Even the British recognised Malaysia as the ‘Malay states‘ before it achieved independence ... From a historical perspective, the highest rulers of the land before independence were the Malay kings who were Muslims,” he said.
Dia bercakap dengan pemberita selepas menjadi tetamu di rancangan "In The Special Radar (Dalam Radar Khas) programme titled “Democracy in Malaysia: Non-Malay Prime Minister” by Bernama Radio24 in collaboration with news portal AntaraPos.com".
Karpal kata dia akan timbulkan isu bukan Melayu sebagai PM sehingga dia mati. Saya setuju dengan pendapat bahawa tak lama lagi dia akan mati, sebab dia dah tua baka.
Ketua Pergerakan Pemuda Keadilan Shamsul Iskandar Mohd Akin pun ada di rangangan itu. Dia kata, "the Malays should not be worried about the veteran member of parliament’s passing remarks." Saya pulak nak kata kita pun tak perlu hiraukan Karpal Singh's "passing" bila sampai masanya.
Karpal Singh dok bisinkan perkara bukan Melayu sebagai PM mungkin sebab nak menebus namanya dah jatuh di kalangan DAP akibat bertempik teriak dengan Timbalan Ketua Menteri II Ramasamay 2-3 bulan lalu.
Dia berperang dengan Ramasamy fasal nakkan kuasa, fasal nakkan orang puak depa naik, termasuk jadi calon DAP di PRU13. Tak habis habis hingga boss dia (aneh DAP ni, Karpal Pengerusi tapi Lim Guan Eng Setia usaha Agong jadi boss!) sindirkan kononya Karpal akan memutuskan pencalonan DAP di PRU13.
Tapi tak lama selepas itu boss dia umumkan bahawa Wakil Rakyat DAP Cheras akan mengetuai DAP bagi PRU13, bukan Karpal. Malu betul muka Karpal. Tambah pulak kena perintah diam, kena tutup mulut (gag order) oleh Lim Guan Eng.
Jadi, nak tebus nama dan muka punya fasal, dia cari fasal lain supaya orang orang DAP sokong dia. Maka dia timbulkan isu PM bukan Melayu ni. Hamsat punya cerita.
Betul pun diorang nak buktikan saja Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor tak ada upaya nak beri pelajaran percuma kapada rakyat. PR cakap saja tapi kes pelajaran pecuma untuk penuntut prnuntut Unisel pun tak boleh buat. Cakap tak serupa bikin.
Bila di bekukan saja PTPTN untuk Unisel sampai nak jual harta Unisel PR Selangor. Tak ada jalan lain nak beri penuntut penuntut Unisel teruskan berlajar percuma macam diorang cakap kapada rakyat.
Kerajaan Fderal BN dah tarik semula pembekuan PTPTN. Seperti berita berikut:
PTPTN Lifts Freeze On Study Loans To Unisel Students
KUANTAN, June 8 (Bernama) -- The National Higher Education Fund (PTPTN) has lifted its freeze on issuing study loans to students of Universiti Selangor (Unisel) with immediate effect.
cakap saja nak beri rakyat pelajaran percuma. bukan mereka kira pun duit masuk berapa duit keluar berapa. hasil berapa perbelanjaan berapa. bukan mereka tahu berapa duit nak pakai untuk lain lain hal - buat jalan, buat hospital, baikki jalan, baikki hospital dan seribu satu lain.
Bila sudah di asak di sana sini akibat berani keluarkan bendaalah PM bukan Melayu, bahru mereka tahu marahnya kaum Melayu akan perkara itu.
Sekarang keluar pulak ultra kiasu yang cuba mengatakan "ailing Umno exploits issue to alarm innocent Malays", kononnya. Di tulis oleh bendaalah bernama Moaz Nair, di Malaysia Chronicle.
Apakedarahnya cakap "to alarm the innocent Malays." Melayu tidak gobra berkenaan perkara ini. Hanya marah sebab biadap - pinjam perkataan bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Aziz, bila marahkan Lim Guan Eng.
Siapa ada kata Perlembagaan menghalang bukan Melayu jadi PM. Tapi biadap mengeluarkan perkara bukan Melayu sebagai PM. Sebab sebabnnya telah banyak di perkatakan - di rencana Professor Ridhuan Tee di atas, di laporan berkenaan pendapat Professor Emeritus Sejarah Khoo Kay Kim, dan di komen komen di atas.
Bagus, dia mengatakan "No Chinese or Indian is ambitious to become the Prime Minister." Itu sebab Karpal Singh hanya "gatal", sengaja "cari fasal", bila mengeluarkan perkara itu. Sekarang dia tahu, betapa bodohnya dia buat begitu. Betapa di keji orang. Berapa ramai yang kata "Langkah mayat aku dulu", seperti dia kata begitu kapada Hukum Hudud impian PAS. Itu fasal orang Melayu kata DAP anti-Melayu dan anti-Islam.
Bagus juga Moaz kata "The reality in Malaysia is that it has always been that the Prime Minister comes from the majority race – the Malay." Ini semua orang juga sudah tahu. Tapi elok di katanya lagi.
Namun demikian, bodoh hujjahnya mengatakan masaalah timbul bila PM Melayu itu banyak kelemahan atau buat salah. Bodoh sebab bukan ada seorang saja pemimpin Melayu, tetapi ada ramai. Bila Tun Dol lemah, UMNO sendiri nyahkan dia, gantikan dengan Najib. Jika Najib di dapati lemah, ada Muhyiddin. Dan berikutnya, lain lain pemimpin di Majlis Tertinggi UMNO.
Bagus juga dia sebutkan "Historically and traditionally though for the past 55 years since Merdeka, Malaysia has always worked on convention or tradition. And the norm is that a Prime Minister has been a Malay-Muslim". Dan juga di sebutnya "The Malay-majority Malaysia". Tidak lain dan tidak bukan.
Dan saya senang hati sedikit bila dia kata "Actually there is no issue on this matter as far as the political parties are concerned." Hanya Karpal Singh nak buat bising sebab orang India yang ahli dan penyokong DAP marahkan dia bila bergaduh dengan TKM Ramasamy beberapa bulan yang lalu. Saya setuju dengan pendapat bahawa Karpal nak cuba naikkan semula nama dia yang sudah rebeh di kalangan orang India ahli dan penyokong DAP di negara ini.
Jika UMNO mengeksploitasi perkara ini - seperti di kata penulis itu - bukanlah kerana mahukan Melayu curigakan bukan Melayu, tetapi hanya untuk Melayu takutkan Karpal dan DAP dan jangan undi mereka. Akan jahanam dan porak peranda negara di buat mereka.
Haha, memakai pakaian barat seperti jacket, tie dan sebagainya. Dulu pakai tocang. Baju slit depan, pakai butang di buat dari kain.
Mula mula sampai di negara ini dulu, paki tocang. Sampai abad 20 pun masih pakai tocang. Berhenti pakai tocang bila Maharaja Manchu terakhir di China, Pu Yi, tak mahu lagi pakai tocang. Orang lain di China ikut potong tocang. Cara itu merayap ke luar, meresap ke masyarakat Nanyang dan diikuti Cina di Penang dll pada awal abad 20.
Kan boleh tukar cara kalau mahu, macam tu.
Karpal pulak potong tocang juga. Hingga buang serban langsung. Boleh tukar cara, bila mahu. Tapi di Malaysia yang majoriti Melayu, yang dah berzaman di perintah Melayu, nakkan PM bukan Melayu pulak. Apa daaaaaaaaa lu Karpal. Tarak boleh punya, lu tau tak?
Dah takda tocang, jangan lah nak naik tocang.
Saya setuju 100% RT atau anak-anak dia dapat jadi PM suatu hari nanti. Boleh tak?
Melayu ke dia?
Badut
Melayu dan Muslimin tidak bersatu di negara ini. Itu sebab Karpal Singh berani keluarkan perkara bukan Melayu jadi PM.
Melayu dan Muslimin PAS tidak mahu bersatu dengan Melayu dan Muslimin UMNO. Mahu bersama dengan kafirun DAP. Pada hal Karpal sendiri yang bantah idaman Hukum Hudud PAS. Tak mahukan Hudud sampai dia mati. Sekarang nak kemukakan perkara bukan Melayu sebagai PM sampai dia mati juga.
Cari fasal sahaja Karpal ni. Saya khuatir ramai orang do'akan dia mati cepat. Tapi omputih kata "The good die young". Kot Karpal tahan lama lagi. Takda yang bagus saya tengok dia buat. Gaduh sana, gaduh sini. Dengan PAS dia gaduh, dalam DAP pun dia gaduh. Gaduh dengan Timbalan Ketua Menteri Ramasamy sampai kena ikat mulut dek Lim Guan Eng. Tersenyap dia.
Lim Guan Eng saja nampaknya yang boleh mengajar dia. Sayangnya, LGE pun penjanggak DAP. Anwar kot yang boleh tutup mulut Karpal selama lamanya. Tapi Anwar pakai Karpal sebagai ketua pembela dia di kes Sodomi II. Dulu Karpal suruh Anwar bertaubat. Sekarang bela dia pulak. Hai, entah lah, dah lintang pukang keadaan nampaknya.
"Bila mana Umno melihat ia sebagai satu ancaman, maka Umno mulalah memberi. Pemberian Umno itulah kemenangan kepada kedua-dua ultra kiasu ini" (RT)
Saya setuju dan sokong apa yang saudara sebut itu. Ini lah yang sedang berlaku mutakhir ini.
Memang benar puak ultra kiasu adalah pihak yang menang dan pihak yang mendapat apa yang diminta2 selama ini.
Mereka minta 10, Umno tunaikan 5 pun sudah dikira bagus. Kemudian mereka cari 5 permintaan yang baru, ditambah kepada 5 yang belum ditunaikan maka jadilah ia 10 semula.
Maka dengan itu permintaan mereka pada setiap masa kekal 10. Katakan Umno tunaikan 2, maka baki 8 itu ditambah dengan 2 permintaan yang baru lalu menjadikan ianya 10 semula.
Itu lah kelicikan puak2 ultra kiasu. Sedarkah para pemimpin parti2 melayu akan hal ini. Saya percaya mereka sedar tapi buat2 tak sedar kerana masing nak berebut kerusi dan meja (meminjam kata2 Nik Aziz sebagai menjawab teguran Tan Sri Datok Harussani Mufti Perak)
Kalau lah umat melayu ini bersatu suara bersatu hati atas nama islam yang praktik dan sederhana .. tak akan ada lah suara2 kurang ajar dari puak ultra kiasu yang mencabar dan menghiris hati umat melayu.
Saya sudah letih dan muak dengan seruan perpaduan melayu. Terasa meloya (melugai) bila terbaca saranan Nik Aziz nak muzakarah dengan Umno. Kalau Nik Aziz kata nak mu"zakar" dengan DAP .. saya percaya dah lama berjaya.
Dari pemerhatian saya, dalam perhubungan diantara Pas dengan DAP, sukar nak dinafikan bahawa DAP telah berjaya men"zakar"kan Pas, dan sukar nak dinafikan bahawa Pas memang ketagih "zakar" DAP bila melihat kepada tindak tanduk Tuan Guru Nik Aziz dan Tuan Guru Hadi Awang (saja panggil depa tuan guru kerana Karpal Singh juga layak pakai gelaran Tuan Guru, Najib juga layak dipanggil Tuan Guru) yang banyak kendur kepada DAP.
Sekalung tahniah kepada Tan Sri Datok Harussani yang ngajak Nik Aziz bincang pasal perpaduan melayu sambil pekena teh tarik. Nampak kelakar tapi penuh bermakna.
Post a Comment