(Sinar
Harian 28 Mei 2012)
Saya menarik nafas lega apabila Mursyidul Am
Pas menyatakan kesediaan untuk bermuzakarah dengan Umno bagi membincangkan isu
yang timbul dalam kalangan umat Islam dengan lebih menyeluruh. Langkah pertama
ini mesti disahut oleh Umno tanpa menoleh lagi. Tidak perlu sindir-menyindir
atau mempertikaikan keikhlasan antara satu sama lain. Tidak ada faedahnya. Berbincanglah
secara baik.
Tiba-tiba beberapa hari selepas itu,
Mursyidul Am Pas mengenakan beberapa syarat yang menghalang untuk memulakan
langkah pertama itu. Presidennya pula berkata tidak ada dialog sebelum PRU 13. Persoalan
saya, kenapa merumitkan keadaan? Bersemukalah dahulu. Hulurkan tangan sebagai
tanda persaudaraan. Kenapa mesti memberi syarat untuk menerima pakatan ultra
kiasu yang jelas-jelas menentang Islam? Bagaimanakah langkah pertama boleh
bermula?
Mengenakan syarat sebegini menampakkan
ketidakikhlasan kita. Sampai bila kita mahu bergaduh dan berpecah, sedangkan
kita adalah satu umat. Tidakkah kita terfikir, orang lain semakin jauh
meninggalkan kita dan ada yang merancang untuk memusnahkan kita. Bacalah kitab adabul ikhtilaf, adab-adab berbeza
pendapat. Berjumpa dahulu, barulah kenakan syarat. Bagaimana suka itu akan
timbul jika tidak berjumpa. Takkan Pas mempercayai orang yang jelas menentang
Islam daripada orang Islam sendiri? Saya fikir pendekatan Pas terlalu keras dan
tidak berhikmah. Musykhil saya tentang asas Islam yang dibawa Pas. Sepatutnya
Umnolah yang mengenakan syarat sebab mereka masih berkuasa, walaupun sedikit
tersepit. Janganlah mengambil kesempatan.
Fahamilah real
politik Malaysia. Ingatlah Parti Melayu Islam (Pas dan Umno) tidak boleh
menang sendirian, jika mereka tidak bersatu, kerana kita hanya ada 50 peratus. Umat
Islam memerlukan antara satu sama lain. Dua parti umat Islam ini sudah cukup
untuk saling memperkukuhkan Islam jika ada kemahuan. Tidak perlu mengharapkan
kepada PKR. Mereka hanya parti nyamuk. Nyamuk-nyamuk ini membawa banyak virus.
Setiap hari kedengaran, ahli-ahli PKR sibuk berebut
mahu menjadi calon menjelang PRU 13. Agenda Melayu Islam entah ke mana. Kerja-kerja
tidak buat juga. Maklumlah, mereka masih lagi membawa ‘perangai lama Umno’.
Lebih kelakar lagi, dalam keadaan demikianpun mereka masih menganggap mereka
kuat. Mahukan kerusi tambahan di setiap negeri sehingga mengenepikan parti
senior seperti Pas. Begitulah sombongnya mereka yang menguasai Selangor hari
ini. Bayangkan jika mereka mendapat
beberapa negeri lagi, bertambah bongkak jawabnya.
Perkara utama yang perlu dijadikan tajuk
perbincangan adalah mengenai perpaduan dan menyelamatkan akidah umat Islam dari
ancaman ultra kiasu. Jangan biarkan orang Melayu menjadi ahli parti ultra
kiasu. Menyertai dan bersubahat dengan parti ultra kiasu adalah isu akidah.
Mereka mahu tukar negara ini kepada negara sekular, mahu menghalalkan LGBT, dan
lain-lain. Sekurang-kurang Umno masih cenderung kepada Islam dan menentang
LGBT. Mana lebih baik untuk bergabung dan berkawan?
Saya ingin menawarkan diri untuk menjadi
orang tengah atau moderator muzakarah ini. Lagipun saya adalah orang Cina Islam
yang kurang kepentingan antara dua parti Melayu ini. Saya bersetuju dengan
pendapat sayap ulama muda Umno, perbincangan itu mesti dilaksanakan dengan
ilmiah, bukannya berlandaskan emosi dan sanggup menerima kebenaran yang
berasaskan kepada al-Quran dan Sunnah, selari dengan petunjuk Nabi Muhammad SAW
dan sahabat Baginda.
Saya yakin selepas muzakarah ini parti ultra
kiasu Cina dan Melayu akan kecut perutnya. Hari ini mereka begitu bongkak. Parti
ultra kiasu amat yakin mereka akan dapat menarik orang Melayu untuk memasuki
parti itu di sebalik perletakan jawatan Tunku Aziz Tunku Ibrahim. Sebagai
ganti, ultra kiasu melantik pensyarah di tempat kerja saya berjawatan profesor
madya, bukannya profesor penuh.
Umum mengetahui, Melayu yang menyertai parti ultra kiasu,
ilmu Islamnya cetek. Jenis yang anti-Islam. Inilah Melayu yang diinginkan oleh
ultra kiasu. Mudah diperalatkan. Pandangan mereka tidak selari dengan Islam. Mereka
mahukan Islam yang liberal. Lihatlah telatah seorang anak muda Melayu, yang
menjadi setiausaha politik pemimpin ultra kiasu di Pulau Pinang. Saya tidak
hairanlah dia berperangai sedemikian, kerana bapa juga dahulu, bukanlah suka
kepada Islam. Akhlaknya sama seperti ultra kiasu, suka minum.
Saya ingatkan umat Islam, berpolitiklah
secara matang. Untuk mengalah ultra kiasu bukan dengan tarian ponggong, jual
burger depan rumah. Perbuatan sebegini tidak mendatangkan faedah, malah
memalukan. Cara kita berhadapan dengan ultra kiasu adalah dengan hujah ilmu
dengan menguruskan negara penuh integriti.
Ingatlah hari ini, cabaran kita semakin hebat.
Ultra kiasu berada di mana-mana hatta dalam rumah sendiri. Minggu lalu, di
Kuantan kumpulan ultra kiasu berdemonstrasi mendesak kerajaan memberikan
kebenaran mendirikan lebih banyak sekolah persendirian Cina di seluruh negara.
Jika kerajaan tunduk kepada tekanan ini, sekolah persendirian akan tumbuh macam
kulat. Mereka tidak ada masalah dari segi kewangan. Jutawan mereka berada di
merata tempat.
Bayangkan selepas tamat sekolah rendah, lebih
ramai akan memasuki sekolah persendirian, bagaimanakah pembinaan negara bangsa
selepas ini?Apakah bentuk perpaduan yang akan kita hasilkan? Benar, pada
peringkat permulaan, mereka tidak perlu bantuan kewangan. Lama kelamaan, bila
sudah banyak, sudah pasti mereka akan mendesak supaya memberikan bantuan
sepenuhnya seperti yang berlaku hari ini. Tidak ada lagi beza antara aliran
kebangsaan dan vernakular. Bantuan yang diberikan hampir sama. Malah melebihi. Saya
langsung tidak lihat bantuan diberikan kepada sekolah agama rakyat.
Dalam demonstrasi tersebut, pemimpin ultra
kiasu mahukan dua resolusi diterima, menyokong sepenuhnya penubuhan sebuah
sekolah persendirian dan mendesak kerajaan mendengar tuntutan rakyat supaya
meluluskan sekolah tersebut. Persoalan saya, siapakah rakyat yang dimaksudkan
itu? Untuk makluman semua, saya difahamkan kerajaan telahpun tunduk, dengan
mengiktiraf sijil UEC dan diterima masuk melanjutkan pelajaran ke maktab
perguruan. Tidak mustahil selepas ini ke semua IPTA. Walaupun beberapa syarat
dikenakan, seperti mendapat kepujian dalam BM, Inggeris dan melalui proses
temuduga, adakah itu cukup dalam pembinaan negara bangsa?
Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah
Ketua Jabatan/ Prof Madya
Jabatan Kenegaraan dan Ketamadunan
Universiti Pertahahan Nasional Malaysia
37 comments:
Salam Dr
Sumbangan Dr untuk menyadarkan orang Melayu untuk kesekian kalinya tentang banyak perkara yg menyentuh masa depan agama, bangsa dan negara. Perpecahan orang Melayu paling ketara bermula dari Presiden parti isle sekarang. Parti yang sentiasa menanam kebencian dan bermusuhan 24jam terhadap saudara seislam serta mengkafirkan sehingga ke hari ini. Perjuangan parti ini hanya untuk menafikan kemenangan Melayu Islam UMNO. Siapa jadi PM waima kafir harbi sekali pun OK asalkan jangan Melayu UMNO. Sudah tentu Sheikh Dr Sulaiman dibenci oleh parti ini.
Setuju "Langkah pertama ini mesti disahut oleh Umno tanpa menoleh lagi." Tapi saya fikir sindir-menyindir, mempertikaikan keikhlasan antara satu sama lain akan timbul sedikit sebanyak. Itu politik. Tiap pihak mahu mengelakkan di tuduh merosakkan perlawaan muzakarah kalau tidak menjadi. Maka mahu "pre-empt" keadaan begitu.
Kita harap dan do'akan Nik Aziz berterusan dengan kata kata dan usaha usaha supaya timbul bukti permulaan muzakarah itu. Dan pihak pihak berkenaan di dalam UMNO membuat respon yang sewajarnya. Kita tidak boleh letakkan harapan yang tinggi. Tidak boleh harapkan semua atau kebanyakan masalah akan selesai. Kita mahukan muzakarah itu bermula.
Dan tidak perlu cara resmi, di bangku meja, mesyuarat dengan gendang gedapi. Buat diam diam sahaja dulu. Siapa sahaja, apa peringkat sahaja. Cari jalan, cari persamaan pendirian, cari pertemuan antara pendirian pendirian itu. Hingga sampai keperingkat yang boleh meluruskan buku buku yang timbul di talian persahabatan, persaudaraan, talian sama bangsa itu.
Saya do'akan. Pihak berkenaan di PAS dan UMNO mengusahakan. Tuhan menentukan. Mudah-mudahan bahagia dan ceria nasib bangsa Melayu. Ameeen.
Lihatlah maanusia yang menggunakan nama "myi" itu. Orang menyeru perpaduan, dia keluar kata kata yang memecahkan. Apa jenis maanusia macam ini. Jangan hiraukan apa kata dia. Tak guna punya orang.
Mengata PAS "Parti yang sentiasa menanam kebencian dan bermusuhan 24jam terhadap saudara seislam serta mengkafirkan sehingga ke hari ini." Kemudian keluarkan kata kata busuk "Siapa jadi PM waima kafir harbi sekali pun OK asalkan jangan Melayu UMNO." Pada hal Tok Guru Nik Aziz sudah kata PM negara ini mesti beragama Islam. Tak tahu lah jika "myi" itu bukan Islam, menyamar sebagai Islam.
Mungkin dalam komen saya terdahulu dari ini saya salah tafsir pendapat dan pendirian "myi".
Jika dia bermaksud "Siapa jadi PM waima kafir harbi sekali pun OK asalkan jangan Melayu UMNO" itu kata kata atau pendirian "parti Isle", saya tarik balik komen saya itu. Jika tidak, komen itu berdiri teguh.
Mungkin jika dia terangkan siapa Sheikh Dr Sulaiman yang di sebutnya itu tidak akan timbul keraguan. Saya tidak tahu siapa dia si penama itu dan saya fikir ramai pembaca lain pun begitu juga. Wassalam.
Prof,
Apabila Lim Guan Eng mengambil alih Pulau Pinang daripada UMNO dan Gerakan, beliau mewarisi hutang hampir RM 700 juta dan selepas hanya 4 tahun, hutang dikurangkan kepada RM 30 juta. Beliau telah menyeimbangkan bajet dan Pulau Pinang telah muncul sebagai negeri dengan pelaburan FDI yang terbesar. Beliau menawarkan masa depan yang lebih baik bagi orang-orang di Pulau Pinang.
Apabila Khalid Ibrahim yang gugup mengambil alih Selangor, beliau telah mewarisi rizab sebanyak RM 800 juta. Selepas 4 tahun, Tan Sri Khalid Ibrahim telah meningkatkan rizab tunai kepada lebih RM 2 bilion, menyeimbangkan bajet dan menerima pelaburan FDI yang kedua terbesar. Khalid menawarkan masa depan yang lebih baik bagi orang-orang Selangor dan mempunyai rekod yang lebih baik berbanding dengan Najib.
Apabila Nik Aziz, orang kampung yang dicerca oleh UMNO sebagai ustaz sebuah kampung yang hanya bersarung dan tidak boleh mentadbir sebuah negara yang mengambil alih Kelantan, beliau mewarisi suatu hutang melebihi RM 600 juta. Kini Kelantan tidak mempunyai hutang persekutuan lagi. Nik Aziz juga menawarkan Kelantan masa depan yang lebih baik.
Begitu juga apabila Ustaz Azizan mengambil alih Kedah, beliau mewarisi sebuah negeri yang lebih dikenali bagi kerugian yang berleluasa dalam perolehan dengan ekstraksi balak. Di bawah pentadbiran beliau, hasil daripada kayu dan pembalakan telah meningkat berlipat ganda. Kedah kini adalah antara 5 negeri teratas yang menerima pelaburan FDI tertinggi. PAS terbukti menawarkan masa depan yang lebih baik kepada warga Kedah.
1:32 PM,
Kenapa kau kata Khalid Ibrahim "gugup" yang Kamus kata bermakna 1. riuh, gegak, hiruk pikuk. 2. gagap, bingong, sangat terburu buru, kehilangan akal. Khalid Ibrahim semua itu ke?
Biasa orang kata Khalid "gagap" yang Kamus kata bermakna 1. tertahan tahan atau terhenti henti kalau bercakap 2. mencari sesuatu dengan meraba raba (tak tahulah apa yang Khalid raba).
Kesian lah dia. Cakap dia gagap saja sudah lah, sudah nasib dia ada masalah kesihatan. Tapi janganlah sebutkan masalah politik dia - gugup, riuh, gegak, hiruk pikuk, bingong, sangat terburu buru, kehilangan akal. Alamak, sampai kehilangan akal sekali kau kata dia.
Melampau lah kau ni.
1:32 PM,
Aku suka perkataan "kupra worak" yang sekali sekala di gunakan di sini tu. Apa makna, aku sama kau saja yang tahu.
Kupra worak kau lah mengatakan Lim Guan Eng mengurangkan "hutang hampir RM 700 juta selepas hanya 4 tahun". Bukan "mengurangkan", hanya "menghilangkan" secara silap mata. Dia ingat rakyat semua bodoh. Sebenarnya dia yang bodoh. Biadap, kata Tunku Aziz, bekas Naib Ppengerusi DAP.
Memang lah bodoh dan biadap mengaku demikian. Sebab hutang Kerajaan Federal RM600 juta lebih dahulu itu ia lah bagi kemudahan kemudah air yang Kerajaan Federal serahkan kapada kerajaan Pulau Pinang. Timbalan Menteri Kewangan (orang MCA) ada memberi penerangan itu. Tapi penipu Guan Eng masukkan dalam kira kira sebagai "pembelian asset" secara bayaran ansoran, jadi tidak di tulis sebagai hutang. Di katanya dia telah "kurangkan" hutang sebanyak RM600 juta lebih. Di tipunya kita rakyat bulat bulat. Bedebah. Amacam, rhyme dengan biadap tak?
Macam itu tak payah dengor lagi lah cakap kamu. Pembohong belaka. Mana boleh nak pergi ke Putrajaya? Pembohong dan penipu tak boleh di benarkan ke Putrajaya. Jahanam negara.
Dah baca ke apa Tunku Aziz kata fasal Pakatan Rakyat tak akan boleh merintah sebab asyik bergaduh antara mereka, sampai sekarang pun tak boleh adakan "Shadow Cabinet" atau Jemaah Menteri Bayangan. Hanya boleh bayangkan LKS sebagai calon TPM sebab Anwar nakkan Pakatan Rakyat calonkan dia sebagai PM. Tapi PAS pun tak setuju. PAS kata kalau dia orang dapat banyak kerusi di PRU13, Hadi Awang lah nak jadi PM.
Anonymous,
Apakah kriteria yang perlu kita gunakan untuk mengukur kejayaan PAS? Apakah hebat sangat cerita PAS boleh kurangkan hutang????...sedangkan PAS telah MENGENEPIKAN matlamat penubuhan Negara Islam setelah bersekutu dengan DAP...
Dan apakah kriteria pengurangan hutang juga begitu penting di dalam menilai kejayaan DAP Pulau Pinang???...amat dangkal pertimbangan saudara. Apakah saudara tidak nampak DAP Pulau Pinang begitu ghairah membawa masuk pembeli-pembeli hartanah warga asing..menyebabkan harga hartanah melambung....umat Islam dan Melayu tidak mampu beli...dan terpaksa 'lari' ke Seberang Perai. Dari penilaian kaum Cina, yes, DAP berjaya. Apakah ini kejayaan bagi Melayu dan Muslim??
Aku amat sangsi dengan 'figures' yang dikemukakan, baik untuk Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan. Apakah ini berdasarkan kandungan ceramah SYAITAN BESAR Anwar Ibrahim...apakah rujukan sdra?? Setahu saya, satu-satunya 'kejayaan' PKR di selangor ialah pertumbuhan RUMAH URUT seperti cendawan. Kalau sdra anggap ini satu kejayaan...neraca pertimbangan kita adalah berbeza.
Bukan Hadi Awang nak tujuk dia besar, atasi kata kata Nik Aziz, kata tidak akan ada dialog sebelom PRU13.
Dia hanya nak ambik hati puak Erdogan yang di ketuai oleh Khalid Samad, yang di ketahui orang Anwar dalam PAS. Hadi binatang politik (political animal - jangan marah ye, translasi literal), dia nak lama pegang jawatan. Dulu di Muktamar PAS Jun 2011, puak Erdogan dapat pengaruhi perwakilan perwakilan hingga terhumban impian Negara Islam dan Hukum Hudud yang Anwar tak mahu PAS hayunkan, sebab menakutkan bukan Melayu nak undi PR.
Sengit keadaan, bermuram muka dengan puak Ulama yang impikan Hudud sejak berpuluh tahun. Selepas Muktamar tu, Hadi di laporkan berkata dia "neutral". Kan pandai dia nak hidup.
Ini pulak dia nak ambik hati puak Erdogan le, yang tak mahukan PAS bersama UMNO sebab habis lah peluang dia orang nak naik. Kalau dengan Anwar dan PR, banyak lah peluang mereka naik sebab PR ketandusan pemimpin yang berwibawa dan yang ada track record.
Tapi tingkah laku Hadi itu saya rasa akan menemplak muka dia. Saya fikir Nik Aziz bukan keseorangan yang mahu bermuzakarah dengan UMNO. Ada ramai lain yang belom tunjuk muka atau keluarkan suara. Kita tunggu lah perkembangan nya nanti.
Nik Aziz letak macam macam syarat itu sebab dia tak serius. Dia main wayang saja. Nak dapat undi, tunjukkan dia dah buat cadangan bermuzakarah konon.
Tapi rakyat umum nampak niat dia tak ikhlas, nak main main sahaja. Rugi dia, sebab yang atas pagar pun silap silap lari dari PAS.
Kalau Nik Aziz serius nak muzakarah dengan UMNO, bagi syarat sebab nakkan puak puak lain dalam PAS setujukan cadangan dia, lepas itu Hadi Awang kata tidak akan ada dialog sebelom PRU13, apa makna nya?
Maknanya mungkin ada muzakarah selepas PRU13? Kalau Pakatan Rakyat tak bersetuju itu ini antara mereka parti komponen selepas PRU13? Tunku Aziz, bekas Naib Presiden DAP pun bahru cakap bahawa Pakatan Rakyat ada banyak lagi isu yang mereka tak bersetuju di antara mereka. Nak buat Shadow Cabinet pun tak boleh kerana tak boleh dapat persetujuan.
Semua pemimpin parti komponen PR nak jadi PM. Anwar Al Juburi dah tentu. Hadi Awang pun nak. Sekarang Karpal Singh pun nak untuk orang DAP. Nik Aziz dah cakap kena sunat dulu.
Mana tahu kalau Hadi Awang fikir lepas PRU13 kalau tak dapat jadi PM, PAS boleh kerjasama dengan UMNO, dapat jadi Menteri saja pun cukup lah. Amacam, masuk akal tak?
"di Kuantan kumpulan ultra kiasu berdemonstrasi mendesak kerajaan memberikan kebenaran mendirikan lebih banyak sekolah persendirian Cina di seluruh negara. Jika kerajaan tunduk kepada tekanan ini ..."
Kerajaan tak boleh tunduk kapada mereka. Mesti jangan tunduk. Kita akan keji tak habis habis jika buat demikian. Kita akan gesakan rakyat jangan undi Kerajaan jika buat demikian.
Sekolah Cina melanggar Perkara 152 Perlembagaan berkenaan Bahasa Kebangsaan dan tidak selaras dengan Akta Bahasa Resmi. Sekolah ada lah urusan resmi mana mana negara pun.
Kerajaan tidak boleh tunduk kapada Dong Zong yang di ketuai oleh Yap, orang yang pakai PhD palsu. Di beli melalu internet. Seperti di laporkan di akhbar di masa Dong Zong buat perhimpunan di Kajang tak lama dulu.
Melampau sangat ultra kiasunya. Bukan satu, dua PhD palsu dia pakai. Bukankah bodoh dan melampau orang macam itu. Mana boleh Kerajaan tunduk kapada yang bodoh dan melampau. Nanti akan merecup pulak puak puak pelampau.
Prof,
Masih ingat tentang pembohongan Umno mengenai dakwaan palsu terhadap anak muda Lim Guan Eng yang berumur 16 tahun tentang salah laku jenayah?
Kemudian dengan pembohongan "Datuk Trio" dan diikuti dengan pembohongan terhadap Azmin.
Mahathir juga bohong dalam buku beliau iaitu polis yang bertanggungjawab untuk Operasi Lalang.
Pembohongan Umno sudah banyak terserlah dalam internet.
Ini 7:52 AM sengaja nak dakyah dan propaganda. Tuduh liar tanpa justifakasi yang pihak Pembangkang selalu buat.
Dia nak menegakkan benang basah. Lim Guan Eng dah kena sembur, di kata biadap, oleh Tunku Aziz bekas Naib Pengerusi DAP. Semalam hamba Allah 7:52 AM ini kata Guan Eng kurangkan hutang Penang sebanyak RM600 juta kononnya. Pembohong besar sebab Guan Eng tak masukkan hutang gomen Federal serahkan kemudahan kemudahan air ke gomen Penang dulu. Dia anggap itu pembelian secara bayar ansuran tiap tahun, tidak di masuk ekaun sebagai hutang. Bedebah pembohong besar.
Sekarang si Mamat ni nak cuba pertahankan nama busuk Lim Guan Eng itu lagi. Aduuuh, kesian.
Yang bahagia RT,
Agama Islam adalah agama yang mementingkan keamanan dan kesejahteraan sesama manusia tidak kira sama ada yang beragama Islam ataupun bukan Islam.
Islam tidak membenarkan keganasan dilakukan kepada sesiapa pun. Islam menggalakkan pengikut-pengikutnya sentiasa menghormati orang lain, bersifat adil kepada semua manusia dan tolong-menolong di antara satu dengan yang lain.
Islam mewajibkan kita untuk berusaha maju dalam semua bidang seperti ekonomi, keselamatan, pertahanan, ICT, sains serta teknologi, aerospace pendidikan dan sebagainya.
Persoalannya ialah kenapa kerajaan tidak mahu bermuzakarah dengan Dong Zong?
Bolehkah yang bahagia RT menawarkan diri untuk menjadi orang tengah atau moderator bermuzakarah dalam hal ini?
Salam Dr,
Saya telah memerhatikan beberapa siri kejadian yang tidak disangka-sangka oleh ramai rakyat Malaysia yang aktif memerhatikan gelombang politik tanah air muttakhir ini.
Siri kemasukan ramai nama-nama besar melayu (terpulang kepada persepsi pembaca) ke dalam Parti Tindakan Demokratik (DAP) akhir-akhir ini menimbulkan persoalan, apakah tuduhan dan serangan UMNO selama ini terhadap parti tersebut tidak berjaya mempengaruhi orang melayu?
Saya membaca beberapa keluhan dan rasa resah dalam kalangan rakan-rakan saya dan komen-komen pembaca mengenai berita ini, dengan menganggap mereka yang menyertai DAP sudah lupa asal usul, terpengaruh dengan ideologi komunis, dasar tidak mengenang budi dan sebagainya.
Bagi saya, ini lumrah dunia politik. Orang akan mengecam segala 1001 perkara yang mereka tidak suka. Tambahan pula, apabila perkara itu berlawanan dengan kebiasaan mereka.
Kini, orang melayu mula menyertai DAP secara berjemaah! Untuk pengetahuan Dr, saya sendiri pun ingin menyertai DAP. Saya mahu mendidik masyarakat di sekitar saya bahawa DAP bukan komunis. DAP bukan cina. DAP bukan anti-Melayu. DAP bukan chauvinist. DAP bukan anti-Islam. DAP bukan semua tanggapan kolot di atas.
DAP adalah parti politik yang sah di sisi Perlembagaan Malaysia. Tiada beza taraf DAP dan UMNO dari sudut perundangan. Cuma bezanya antara dua parti itu ialah DAP cuba mencerdikkan rakyat dan UMNO sudah sekian lama menipu rakyat.
11:44 AM.
Macam mana nak muzakarah, di beri peluang duduk di Jawatan kuasa Kementerian pun, Dong Zong angkat kaki, cabut lari.
Orang beasr lah konon, Pengerusinya Yap ada 2 PhD. Tapi PhD tipu, di beri di Internet seperti telah di terangkan berkali kali di sini.
Jadi, kalau pemikiran menipu, apa nak di harapkan? Godam saja lah. Namun demikian, TPM & Menteri Pelajaran hanya kata tak mengapa mereka cabut lari, sebab ada wakil dari beberapa pihak lagi di JK itu.
Kepada Anon 11:44 AM, May 29, 2012,
Muzakarah apakah yang hendak diadakan dengan Dong Zong itu?
Apa dan siapa Dong Zong itu hingga begitu besar penghormatan hendak dibagi?
Sila bagi penjelasan.
Terima kasih.
Rakyat marhaen
531
Justifikasi angkat kaki mana? Tak baik buat fitnah kata cabut lari. Mana buktinya mau kasi muzakarah?
Orang yang bertamadun banyak kasi hormat satu sama lain.
Menuduh liar tanpa justifikasi seperti 5:31PM adalah sesuatu kelakuan yang sungguh tidak bertamadun. Kalaulah dalam blog sebegini yang mana muka tidak bersemuka sudah boleh berkelakuan biadap, maka bermuzakarah bermakna membuang masa sahaja.
2:50 PM,
Siri? Apa itu siri?
"kemasukan ramai nama-nama besar melayu ke dalam DAP? Mengarut kamu. Bukan besar pun, Mamat. Itu pun hanya 1-2 ketul saja.
Yang keluar tu besau, Mat. Tunku Aziz, Naib Pengerusi.
Kau baca beberapa keluhan dan rasa resah? Kau salah tempat baca. Banyak yang bertepuk tangan sebenarnya.
"orang melayu mula menyertai DAP secara berjemaah"? Apa maknanya? Tidak pun berduyun ye? Seketul sana, seketul sini jenis kucing kurap, apa nak di banggakan. Kau pun ingin menyertai DAP? Silakan. Kalau ia pun, kau siapa?
Mana boleh kau bafikan bahawa DAP tu komunis, cina, anti-Melayu, chauvinist, anti-Islam? Sebab masyarakat Melayu dah lama tahu. 46 tahun sejak DAP ditubuhkan dulu.
Prof,
Orang Melayu yang tidak pernah diajar untuk berfikir, akan cuma pandai bertempik dengan semangat kemelayuannya yang akhirnya pak menteri bina rumah banglo bertingkat-tingkat, rakyat yang diperbodohkan miskin merempat.
Masyarakat yang matang politiknya akan mampu berfikir secara rasional, tidak terpengaruh dengan sentimen perkauman, sedar akan hak mereka untuk berfikir dan memilih secara bebas tanpa dikongkong, tidak terperangkap dengan sindrom bahawa kerajaan pemerintah adalah kuasa segala-galanya tetapi insaf bahawa merekalah sebenarnya penentu siapakah yang akan menjadi pemimpin kepada mereka sendiri.
Salam RT,
Setelah negara digemparkan oleh Umno/BN apabila terbongkarnya kisah bahawa sebahagian besar ekspot minyak kelapa sawit negara dihantar ke Israel, kini Najib dan Isa Samad pula mempelawa syarikat Yahudi Louis Dreyfus memiliki saham FGV (Felda Global Venture).
Louis Dreyfus adalah sebuah syarikat gergasi Yahudi yang berpusat di negara Switzerland. Louis Dreyfus Global mempunyai pejabat di lebih 300 buah negara diseluruh dunia. (http://www.realjewnews.com/?p=161)
Peneroka hanya boleh memiliki 2.5 peratus saham FGVH sementara syarikat yahudi Louis Dreyfus boleh memiliki jauh lebih banyak saham dari itu!
7:44 PM & 7:52 PM,
Susah lah nak bercakap dengan orang macam ko. Berita pun tak baca, pastu nak tuduh orang buat fitnah.
Ko tak baca ke fasal Wakil Dong Zong keluar dari mesyuarat Jawatankuasa Kementerian Pelajaran berkenaan penempatan guru guru di sekolah Cina?
Ko bertamadun dan banyak kasi hormat satu sama lain ke bila ko menuduh orang? Apa daaaaa ko.
Ko jugak cari fasal saja tak mahu bermuzakarah ke?
Timbalan Perdana Menteri selaku Menteri Pelajaran yang sendiri mempunyai sikap tidak apa dan tidak mahu bermuzakarah. Beliau sendiri berkata, "Tak apa. Jikalau Dong Zong tak ada, ia boleh membantu menyelesaikan masalah. Jikalau dia ada, ia mengusutkan lagi masalah,"
Kalau pemimpin sendiri tidak pandai bermuzakarah, hantarlah wakil yang berkebolehan.
11:33 PM,
Orang macam kau yang tidak pernah diajar untuk berfikir, cuma pandai menuduh liar macam Pembangkang biasa, tiada siapa yang percaya, melainkan kuncu kuncu Pembangkang saja.
Menteri Pembangkang tak ada bina rumah banglo bertingkat-tingkat ke, kau tak baca pasal Lim Guan Eng buat bungalo peribadi ke? Masakan rakyat Penang seperti di Kg Buah Pala diperbodohkan miskin merempat.
Kepala kau taruk di kaki ke, mengata yang matang politiknya akan mampu berfikir secara rasional, tidak terpengaruh dengan sentimen perkauman, masakan kau bahru saja mengata kaum Melayu. Itu bukan perkauman ke?
Kau nakkan siMongkol Arif Sabri jadi pemimpin ke? Dia di humban BN, tak guna punya Wakil Rakyat, menghentam bangsa sendiri, tidak bertanggung jawab kapada anak bini dia pun, macam mana kau nak dia jadi pemimpin? Dah ketandusan pemimpin Melayu ke sejak Tunku Aziz kata Lim Guan Eng biadap dan campakkan DAP dan jawatan Naib Pengerusi.
11:41 PM,
Siapa cakap "minyak kelapa sawit negara dihantar ke Israel", kenapa kau tak beri linknya, nak tahu sama ada punca maklumat kau itu betul ke atau penipuan macam Lim Guan Eng tipu fasal kurangkan hutang negeri P Pinang, kononnya.
Berniaga stau hal, Anwar Al Juburi mahu pertahankan keselamatan Yahudi Zionis Israel, kau tak sedar ke?
Kau sekolah mana menghasut "Peneroka hanya boleh memiliki 2.5 peratus saham FGVH" dengan tidak menyebut punca maklumat atau menerangkan operasi penyenaraian syarikat di Bursa Saham di mana saham saham boleh di jual beli tiap hari dan yang penting ia lah keuntungan darinya.
Itu bukan maklumat atau fakta, hanya "pendapat" saja. Pendapat yang tidak di dampingi fakta yang boleh di percayai ada lah saperti tahi di tepi jalan. Bau bosok dan nampak kotor!
Aku dah agak tu. Najib suka menjual dan gadai harta rakyat negara ini. Sekarang kes Felda. Dulu kes tanah KTM di singapura. Memang sial betul. Kita tidak akan lupa pengkhianat bangsa dan negara ini.
8:45 AM,
Macam mana ko main "agak" saja pulok nyo. Kalo ko tak beri penerangan macam mana yang ko kata "Najib suka menjual dan gadai harta rakyat negara ini", ko lah yang
"sial betul".
Kes Felda tu tanah di gadai ke? Sapa kasi tau ko? Anak Aliman ke (jangan marah aku dah lupa nama dia) yang cakap? Boleh caya ke cakap dia?
8:45 AM,
Apa hal pulak dengan kes tanah KTM di singapura? Ko kasi penerangan sikit le. Kalo tak sapa nak caya ke? Main "agak" saja macam ko cakap, mana boleh.
Ko pulak jadi "pengkhianat bangsa dan negara" sebab mahu porak perandakan kedaan degan tuduh liar, tipu helah. Macam Lim Guan Eng. Kena le,par "biadap" sebiji dari Tunku Aziz, jamtu Naib Presiden DAP.
"Tidakkah kita terfikir, orang lain semakin jauh meninggalkan kita dan ada yang merancang untuk memusnahkan kita."
Saya fikir politik dalam masyarakat demokratik tidak memikirkan perkara ketinggalan jauh dan sebagainya. Di dalam masyarakat autokratik atau diktator, pemimpinnya fikirkan memajukan kumpulan dia sahaja. Seperti Adolf Hitler.
Di masyarakat demokratik di Malaysia ini, orang orang politik fikirkan undi, macam mana mahu dapat undi sahaja. Bangsa dan negara boleh di ketepikan. Mengakui Perlembagaan tapi perkara perkara penting Perlembagaan pun kadang kadang di ketepikan. Terutamanya di sa'at genting, di dalam keadaan desperado.
PAS sudah lebih 50 tahun wujud, tidak pernah merasa merintah negara. DAP sudah lebih 40 tahun wujud, pun begitu juga. Bila dapat lebih kerusi di PRU12, merasa begitu ghairah, sekarang merasa begitu genting keadaan bagi mereka dapat mencecah Putrajaya.
PKR bahru sahaja, tapi Anwar sudah mencecah kuasa Timbalan Perdana Menteri, hilang jawatan, tapi apabila parti parti pembangakang dapat lebih kerusi di PRU12 (Pakatan Rakyat belum timbul di masa itu), merasa gerombolan mereka sudah begitu dekat mencapai idaman ke Putrajaya dan dia menjadi PM. Maka dia sudah desperado.
Maka semua mereka tiada memikirkan orang lain semakin jauh meninggalkan kita dan ada yang merancang untuk memusnahkan kita. Yang penting dapat undi, tak kira apa. Sayang. Sedih. Tapi saya fikir, majoriti rakyat tidak sokong mereka yang hanya fikirkan undi sahaja.
Salam.
Sekali lagi saya ucapkan terima kasih kepada ustaz kerana menunjukkan keprihatinan kepada masalah perpaduan Melayu walaupun ustaz keturunan Cina.
Sebenarnya permasalahan Melayu mudah diselesaikan jika pemimpin2 termasuk raja-raja Melayu ikhlas kepada Allah dan sudi menuruti ajaran Islam!
Saya kagum dengan kelantangan dan keberanian ustaz menegur ahli-ahli politik. Saya syurkan juga ustaz mencontohi ketinggian hikmah dan keilmuan dan keberanian DR.MAZA untuk menegur golongan raja!(sila lihat: http://www.malaysiakini.com/news/199625)
Saya berharap ustaz satu hari nanti menegur raja-raja kita dalam rencana ustaz!
12:42 AM,
Kamu menulis lewat malam tu pemikiran masih bagus ke? Tak ngantok ke? Masih boleh fikiran siuman ke?
Macam mana cara "ikhlas kapada Allah dan sudi menuruti ajaran Islam" tu? Kamu ikhlas ke? Boleh tolong buktikan ke? Siapa kata "pemimpin2 termasuk raja-raja Melayu (tidak) ikhlas kepada Allah dan sudi menuruti ajaran Islam? Macam mana tidak ikhlasnya dan tidak mengikut ajaran Islam tu? Aku khuatir kau mimpi dan menulis di lewat malam dalam mimpi lah.
Siapa dia DR.MAZA? Apa keduudkannya mahu "menegur golongan raja"? Tahu kah kamu bahawa ada Akta Hasutan dan siapa yang mencerca Raja Raja boleh di dakwa di Mhkamah. Tapi kau tak cakap macam mana dia "menegur" Raja Raja. Betul lah, aku ingat kau menulis dalam mimpi lewat malam.
Siapa nak lihat malaysiakini? Itu blog pembangkang. Blog yang pelampau. Bukan berita pun yang di keluarnya. Ha nya dakyah dan propaganda politik. Selalunya takda fakta pun, hanya tuduhan liar dan mengarut. Baca sekali dah tak mahu baca lagi. Sori lah, wa bo main mlaysiakini, dong. Wa baca berita serius pinya.
UMNO & PAS bertemu ke tak bertemu, habis lah peluang Anwar nak jadi PM.
Hadi Awang kata PM mesti dari kaum terbesar di negara ini. Dia tak maksudkan Anwar kalau PR sampai ke Putrajaya. Dia maksudkan diri dia sendiri. Itu pasal dia tak mahu cakap Anwar calon PM bagi PR. Hanya Lim Kit Siang & DAP saja cakap.
12.42am,
Saudara, tidak payah kita melayan 9.56pm tu. Dia memang suka bertindak bagai datuk samseng ikan bakar sekinchan tu. Malu betul bangsa kita dengan umat biadap jenis ini. Kaki pompuan, berpoya poya dan suka memfitnah memang tabiat umat jenis ini.
Dan jika ada dua golongan dari mereka yang beriman itu bertelagah hendaklah kamu damaikan antara keduanya." (Surah al-Hujuraat, 49: 9)
Dan jika ada dua golongan dari mereka yang beriman itu bertelagah hendaklah kamu damaikan antara keduanya." (Surah al-Hujuraat, 49: 9)
Post a Comment