(Sinar
Harian 30 Apr 2012)
Saya
tidak menyangka artikel saya bertarikh 9 Apr 2012, mendapat respon segera
daripada bekas Menteri Besar (MB) Selangor pada hari berikutnya. Saya ucapkan terima kasih. Saya tidak berniat
‘membelasah’ seperti yang didakwanya. Saya masih menghormati beliau dan
bersimpati dengan kes yang menimpa beliau. Ketika hukuman dijatuhkan, terdetik
hati untuk lahirkan simpati, apakan daya saya tidak ada nombor telefonnya.
Mungkin saya akan menerima pelawaannya suatu hari nanti.
Teguran
saya ikhlas. Tidak manis mengkritik parti sendiri melalui laman web anti-establishment
yang kita sudah tahu niat busuk mereka. Laman web ini amat licik. Komen terhadap
mereka diselindungkan, manakala komen menghentam kerajaan disiarkan segera. Saya
amat yakin bekas MB itu tahu latar belakang laman web tersebut. Kenapa masih
melayan mereka?
Saya
menulis dari hati, tidak pernah disuruh oleh sesiapapun, termasuk orang ketiga.
Saya bukan budak kecil yang boleh diperkotak-katikkan. Cuma, saya tidak mahu
kita terperangkap. Lagipun bekas MB tersebut masih muda. Saya kurang pasti
tentang kareer masa depan politiknya. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui. Apa
yang penting adalah memanfaatkan perjalanan hidup semasa masih bernyawa, kerana
belum tentu jasa dikenang selepas mati. Ramai pemimpin yang telah mati,
langsung tidak dipedulikan. Apatah lagi disebut-sebut sebagai tanda mengenang
budinya.
Kecualilah
mereka yang semasa hidupnya benar-benar berjasa dan merakyat, bertunjangkan iman
dan takwa seperti yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW. Keberadaan orang
sebegini amat dinanti dan pemergian mereka begitu ditangisi. Kehilangannya amat
dirasai. Sebaliknya, jika ketika di puncak kuasa, kita lupa diri, keberadaan kita
dibodeki. Selepas itu, pemergiaan kita disyukuri. Rakyat bersorak gembira
yahoo. Sedih juga melihat apabila seseorang pemimpin itu apabila sudah pencen, langsung
tidak dipeduli rakyat lagi. Kehadiran mereka di masjid tidak dinanti.
Menyedihkan lagi apabila tidak lagi didekati dan disalami.
Sebab
itu, janganlah kita terlalu yakin, budi akan dikenangi selepas mati. Ingatan
saya kepada pemimpin hari ini, tidak rugi jika semasa hidup dan berkuasa, kita
ikut resmi padi, makin berisi, semakin merunduk. Jika Umno mahu memenangi
semula Selangor, ramaikan pemimpin seperti ini. Hidup serba sederhana. Rakyat
didahulukan. Pemimpin tidak perlu berebut-rebut projek. Kembalikan kepada
rakyat, kerana saya yakin rakyat yang berjaya, akan membantunya kembali. Ingatlah,
dunia ini hanya sementara. Jadikan ia sebagai alat bukan matlamat.
Pada
saya, Umno tidak perlu tonjolkan lagi siapakah yang bakal menjadi MB jika
berkuasa semula, kerana persaingan akan menjadi bertambah sengit. Apabila
menang nanti, adalah calonnya. Negara kita tidak ketandusan pemimpin. Patah
tumbuh hilang berganti. Siapa sangka bekas MB itu boleh dipilih sebagai MB? Adakah
Perdana Menteri ketika itu menamakan MB Selangor sebelum itu? Semua orang
terkejut apabila Perdana Menteri ketika itu mencadangkannya. Sekiranya bukan
beliau yang dipilih, adakah Selangor tidak akan maju?
Kes
yang sama ketika saya berforum bersama presiden CUEPACS. Dalam sesi
soaljawab, ada peserta bertanya, jika
tidak ada presidennya hari ini, maka gaji kakitangan awam tidak akan naik. Kenyataan
ini kurang tepat. Tanpa CUEPACS pun, gaji kakitangan tetap akan naik kerana sudah
tiba masanya dan banyak persatuan telah
bersuara. Cuma, kebetulan, CUEPACSlah yang paling ramai keahliannya. Begitu
juga dengan persatuan guru-guru. Suara mereka diberi perhatian. Pensyarah
seperti kami belum tentu lagi, kerana kami hanya berjumlah 26 ribu, sedangkan
ahli CUEPACS dan guru hampir 2 juta orang.
Justeru,
saya menyeru kepada pemimpin semua, jangan hanya membelai seseorang untuk
mendapat undinya. Tetapi berjuanglah secara ikhlas. Bantulah mereka yang
memerlukan tanpa mengira berapa bilangan mereka. Nasib kita bukan ditentukan
oleh manusia, tetapi oleh Yang Maha Kuasa. Ikhlaskanlah diri kita, yakinlah
Allah akan bersama.
Selangor
akan terus maju, tidak kira siapa yang memimpin. Jika lantik kayu mati
sekalipun, Selangor tidak akan mundur. Janganlah pemimpin ultra kiasu Melayu
hari ini terlalu perasan dan bongkak. Selangor bernasib baik kerana
bersebelahan dengan Kuala Lumpur. Sama juga dengan negeri Johor, yang
bersebelahan dengan Singapura. Percikan kemajuan negara jiran telah menyebabkan kita turut merasainya.
Jika
Selangor dipisahkan dengan lautan seperti Sabah dan Sarawak, belum tentu lagi
Selangor boleh maju seperti hari ini. Lantiklah sehebat manapun pemimpin
tersebut. Saya tidak kata Sabah Sarawak masih mundur. Tetapi untuk memajukan
sebuah kawasan sebesar Semenanjung, bukanlah satu kerja mudah. Sebab itu,
negeri-negeri sebegini memerlukan lebih daripada seorang Ketua Menteri. Jika
kita mengharapkan seorang sahaja, akan berlakulah manipulasi kuasa.
Seperti
juga Kuala Lumpur. Siapapun ahli
parlimennya, Kuala Lumpur akan terus maju, kerana ibu kota ini telah menjadi
nadi pembangunan negara. Maka tidak hairanlah orang Cina memberikan undi kepada
ultra kiasu. Jika sistem pentadbiran Kuala Lumpur sama seperti negeri-negeri
lain, sudah lama Kuala Lumpur berketuamenterikan ultra kiasu. Maka tidak
hairanlah, saban kali ultra kiasu terus mendesak supaya datuk bandar Kuala
Lumpur dipilih melalui pilihan raya, bukan dilantik seperti amalan masa kini.
Justeru,
tidak perlulah Barisan Nasional meletakkan calon atau bertanding di kawasan
parlimen majoriti Cina seperti Kuala Lumpur. Memperhabiskan beras sahaja,
kecualilah kawasan majoriti Melayu. Gunakan wang tersebut bagi tujuan membantu mereka yang memerlukan.
Bekas
MB itu juga berkata, beliau tidak menegur kepimpinan Umno ketika berkuasa,
kerana terikat dengan dasar parti. Budaya politik Umno sebegini mesti berubah.
Tegurlah pemimpin ketika berkuasa. Di situlah baru benar-benar menguji
kepimpinan kita, kerana kita tidak takut hilang kuasa. Jika kita hanya berani
selepas tidak berkuasa atau pencen, nampak sangat niat kita tidak ikhlas, takut
hilang kuasa.
Akhirnya,
kepada para pemimpin, amar makruf nahi mungkar adalah tanggungjawab semua,
menjadi fardu ain, sama ada ketika berkuasa atau tidak. Berdosa, jika kita
tidak melaksanakannya. Pemimpin tertinggi negara atau menteri-menteri
sebenarnya tidak sombong. Mereka yang saya kenali bersifat terbuka. Kita sahaja
yang terlalu takut dan terlalu berprotokol. Lebih menyedihkan lagi, yang banyak
songel bukannya pak menteri, tetapi orang-orang di sekeliling menteri. Lebih
garpu daripada sudu. Inilah yang dikatakan sokong membawa rebah.
Saya akan ulas mengenai Bersih 3.0 minggu hadapan, BERSIH yang menjijikkan,
Prof Madya Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah
Prof Madya Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah
Universiti
Pertahanan Nasional Malaysia
38 comments:
Pemimpin tidak perlu berebut-rebut projek. Kembalikan kepada rakyat, kerana saya yakin rakyat yang berjaya, akan membantunya kembali. <---- termasuk juga diberi kepada kroni2. Bukankah itu tandanya tidak ikhlas bekerja??
hanya beri pada kroni2 sahaja dan mendapat berbagai habuan??
Kepada pemimpin2 jadikanlah dirimu sebagaimana Khalifah Umar abd Aziz, Sultan Suleiman Al-Fatih serta beberapa lagi tokoh yang namanya terkenal malah dikenali dengan sifat ikhlasnya bekerja keranaNYA bukan kerana HARTA DUNIA!!!
Ingatlah wahai pemimpin kalian jua akan ditanya perihal rezeki2 darimana datangnya, wahai pemimpin ingatlah perbetulkan dahulu keluarga kalian kerana kaca mata manusia tertumpu pada kehidupan kalian. Apakah mengikut lunas2 ISLAM kehidupan kalian??
Fikir2kanlah wahai "orang-orang yang Berkuasa".
Ya betul, belum tentu budi dikenang selepas mati. Walaupun banyak berjasa semasa, pemimpin kemudian hari mungkin berlaku khianat.
Saya masih ingat sewaktu di bangku sekolah, cukup bangga dengan ketokohan dan kepimipinan Tunku Abdul Rahman, Bapa Kemerdekaan Malaysia.
Malang sungguh apabila saya menyertai kursus BTN pada tahun 2003 dan 2007, fasilitator2 dan penceramah2 bukan sahaja memperkecilkan sumbangan TAR, tapi turut mencemuh nama baik beliau.
Prof.....teruskan penanya. ramai yang perlu dicelikkan dan dibuka pintu hatinya.....
bersih yang amat KOTOR!!!!!!!
"Janganlah pemimpin ultra kiasu Melayu hari ini terlalu perasan dan bongkak."
Perhatikan lah, wahai ultra kiasu sekelian. Bukan sahaja Cina yang ultra kiasu. Melayu pun ada yang ultra kiasu. Saya setuju dengan pendapat itu.
Ultra kiasu dalam erti kata tidak mahu ketinggalan, tidak mahu kalah, asyik mahu menang sahaja, asyik mahu lagi, mahu lagi dan mahu lagi. Yang sudah dapat jadi MB pun, sudah tewas, di dakwa rasuah di Mahkamah pun, masih tak mahu kalah, mahu menghentam sini menghentam sana. Menghentam parti dia sendiri. Apa daaaaaaaaa.
Wahai pemimpin Melayu sekelian, gunakanlah pendirian ultra kiasu itu secara positif. Lawan pengkhianat negara, yang tak setia pada negara dan sebagainya. Lawan tak habis habis sampai mereka terbenam. Kibarkan bendera Malaysia dan nyanyikan Negaraku supaya berkumandang di seluruh pelusuk negara.
Benamkan bunyi mereka yang nyanyi Negaraku di demo jalanan - Negaraku perlu di beri penghormatan, bukan untuk demo jalanan. Mereka yang niat jahat, yang tidak ikut undang undang dan peraturan. Saya tak sabar menunggu rencana RT berkenaan Bersih di minggu akan datang, ada banyak yang saya nak katakan.
Setuju dengan komen yang pakai nama Aku Sayang Tun Mahathir.
Kalau dia merintah sekarang, tak naik muka si pakai kuning itu.
Benar TDM yang lantik doktor gigi tu ke jawatan MB. Selepas Abu Hassan Omar di beritakan buat hal peribadi rumah tangga dan letak jawatan. Tak tahu lah sama ada orang orang doktor gigi tu yang korek hal peribadi Abu Hassan itu.
Tapi cukup sayang. Di beri peluang jadi MB di usia rendah. Malangnya naik kepala. Nak marah orang pun, jangan lah sampai jatuhkan maruah Pegawai Kerajaan teramat sangat, di arah terima anugerah penyapu, di gambar dan di siarkan. Benar. Tuhan tu kaya. Sombong bongkak kita akan menduga ketenteraman kita di masa kemudian. Doktor gigi itu mesti merasa terduga. Melainkan jika dia tidak ada rasa malu muka atau pernah tinjau semula kesalahan dia.
Ingatlah wahai Melayu yang berkuasa. Kalau kita berpanduan betul, walau bagaimana sibuk dan terdesak untuk mendapat kejayaan pun kita, InsyaAllah tidak akan terbawa bawa kapada tingkah laku yang membawa malapetaka. Kita mesti sentiasa berpandukan kapada nilai nilai murni. Memang, kita senang cakap, buat tak tentu betul. Tapi fikirkanlah sekali sekala. Kalau dah jadi macam doktor gigi dan sekarang ada banyak masa berfikir, mungkin dah terlewat nak tukar panduan.
Nampaknya dia masih tak tukar pun panduan. Masih nak menyalahkan orang lain. Pada hal dia boleh mendapat simpati rakyat jika dia sedar dan bertaubat. Kalau dia merendahkan diri sedikit, mungkin dia menang jawatan Ketua Pemuda UMNO.
Sekarang kita terpaksa rugi itu ini sebab Ketua Pemuda yang ada tidak segiat mereka yang dahulu, yang kuat mempertahankan hak dan kepentingan Melayu dan Islam. Sehingga Perkasa terpaksa timbul memainkan peranan yang Pemuda UMNO sewajarnya lakukan.
Salam PM RT,
UMNO masih tak sedar dan tak bersih lagi. Macamana nak menang selesa PRU nanti. Kalau UMNO kalah jangan salahkan orang lain.
Sedih dan takut memikirkan masa depan kita. Teruskan tulisan anda supaya mereka tersedar dari keenakan duniawi.
Salam PM RT,
UMNO masih tak sedar dan tak bersih lagi. Macamana nak menang selesa PRU nanti. Kalau UMNO kalah jangan salahkan orang lain.
Sedih dan takut memikirkan masa depan kita. Teruskan tulisan anda supaya mereka tersedar dari keenakan duniawi.
12:41
Takda so'al kalah, Insyaallah. Cuma menang besar, menang tak besar aje.
Orang politik jangan harapkan pegang jawatan lama. Melainkan di pucuk pimpinan negara.
Yang di pucuk pimpinan pun, keadaan dah bertukar sejak Tun Dol. Lk 5 tahun saja dia.
Jangan pulak dok ingat nak ambik kesempatan. Asyik merasuah nakkan sokongan atau makan rasuah untuk dapat modal untuk merasuah. Lintah masyarakat. Tiada ma'af bagi mu.
Mari kita ejek, keji, busukkan nama yang terbukti berasuah. Yang kes nya belom selesai, jangan kata dia rasuah. Nanti dia boleh saman kita. Tapi kita boleh sebutkan bertalu talu bahawa dia di dakwa di Mahkamah. Itu fakta. Takda sapa boleh salahkan kita.
Cilaka dan pergi jahanam mereka yang rasuah. Kepentingan Melayu banyak tergadai akibat gejala rasuah. Tapi bukan Melayu saja. Semua bangsa ada. Yang pakai sistem kongsi gelap, penjahat dan gengster kurang ramai yang di dedahkan atau di tangkap. Lebih celaka mereka. Kepala "Geng Mamak" yang curi emas berjuta juta Ringgit di Lapangan Terbang Subang sampai sekarang belom di penjarakan sebab sistem gengster. Di tangkap, di bicara tapi saksi penting alih alih lenyap.
Tak tahu lah berapa banyak orang politk DAP gunakan kongsi gelap, penjahat dan gengster. Kita tahu gengster ada masuk campur di pergaduhan kaum 13 Mei 1969 yang di cetus oleh DAP.
Belom terdengar politikus Melayu gunakan gengster. Harap tidak, sebab kalau ada, kamu tidak akan berbudi, jika ada buat apa baik pun tidak akan dikenang selepas mati. Yang di kenang hanya lah kamu pakai gengster dan ramai yang akan mengharap kamu mampus cepat.
Nik Aziz dah 21 tahun MB Kelantan. Keluar fatwa macam macam. Kafir mengkafir, jahanam menjahanamkan orang. Boleh di kenang selepas mati ke dia?
Ada baiknya kalau tak tonjolkan siapa calon MB UMNO Selangor. Biar diorang compete buktikan kerja lebih keras nak harapkan jadi MB.
Aku cuma takut org undi protes terhadap UMNO lebih je sebab bilangan peminat UMNO ramai..
Buat tak betul budi di kenang selepas mati? Tak usah harap lah. Tengku A Rahman beri Singapore kpd Lee Kuan Yew dengan percuma di tahun 1965, nasib baik dia di kebumikan di pusara Mesjid Negara, kalau tak, dah kena kencing kubor dia kot.
"tidak menegur kepimpinan Umno ketika berkuasa, kerana terikat dengan dasar parti."
Bukan tak boleh menegur, boleh. Buat masa mesyuarat tertutup atau dalam perbincangan empat mata ke apa ke. Jangan sekali kali tegur di media massa. Jadi anjing menyalak lah macam tu. Silap silap di baling batu. Atau di ketuk kepala.
Kena beri laluan kapada orang lain. Terutamanya bila sendiri di dapati cacat. Walau pun Mahkamah belom putuskan. Orang boleh nampak rumah anda berharga yang gaji anda tak boleh membelinya.
Mahkamah orang ramai (public opinion) sudah buat keputusan. Hingga jatuh berdentum BN di Selangor di PRU12.
Terima lah keadaan, Cik Abang. Masa kegemilangan anda sudah berlepas. Jangan hasad dengki kapada orang yang mengambil jwatan anda sebagai Ketua Pembangkang. Biarlah dia buat apa saja. Kita do'akan moga moga berjaya menumbangkan PR di PRU13 pulak.
Rasa nya ada peluang baik PR jatuh di Selangor di PRU13. Ramai rakyat sudah bosan dengan mereka. Masalah sampah pun tak boleh selesai. Masalah bah di Klang sebab longkang tak di bersihkan. Masalah air pun ada. Masalah pasir dan korapsi juga ada. Hingga Raja Petra Kamarudin dari Malaysia Today pun hentam Pakatan Rakyat Selangor kebelakangan ini.
MB Selangor sekarang kan kerja bagus berbanding dahulu dan lebih mesra rakyat serta kakitangan kerajaan.
Buta apa lah nak memilih antara perompak dan perasuah UMNO untuk jadi MB baru?
Bodoh tak pemikiran macam tu?
Tak yah pening-pening sangat. Undilah sambung lagi 5 tahun akan datang .
Nak MB Mesra Rakyat
Membaca komen komen kritik Pembangkang, terutama Anwar Ibrahim, di masa masa sebelom Tun Dr Mahathir meletak jawatan, nampak ramai orang biasa pun mula tak sukakan dia. Hingga ada yang menagatakan dia menangis di suatu Perhimpunan UMNO pun sebagai lakunan saja. Termasuk saya sendiri juga.
Tapi bila lihat kucar kacir negara di zaman Tun Abdullah sehingga sekarang, TDM nampak sebagai hero. 22 tahun dia merintah, tak pernah pembangkang di beri muka dan naik muka. Di buatnya undang undang sehingga Sultan pun boleh di persalahkan bagi kelakuan peribadi mereka. YDP Besar Negeri Sembilan di bawa ke Mahkamah dalam perkara hutang bank. Bank dapat wang mereka yang berjuta di beri pinjam. Penanam modal di negara ini rasa lega dan senang menanam modal dengan undang undang yang adil dan saksama. Ekonomi negara maju.
Sementara itu dia tidak benarkan sesiapa memperso'alkan kedudukan Raja Raja Melayu dan Kedudukan Istimewa Melayu. Di kenakan Akta Hasutan. Atau ISA bagi mereka yang subversif dll.
Di masa 22 tahun dia memerintah kekayaan korporat orang Melayu/ Bumiputera naik hingga 21%. Turun menjadi 18% akibat Asian Financial Crisis. Di atasinya masalah ekonomi negara akibat krisis kewangan antarabangsa itu dengan tidak mengikut desakan Bank Asia yang di mahukan oleh Anwar Ibrahim, Menteri Kewangan di masa itu.
Ekonomi negara ini pulih dengan kita tidak terikat dengan hutang berlarutan kapada Bank yang di modalkan oleh negara negara maju seperi Amerika yang mengaut untung setiap tahun dan sentiasa mahukan Malaysia jadi peminjam sebab rekod bayaran balik hutang Malaysia amat bagus. Yahudi Neo-Con Amerika menyokong dan membantu Anwar Ibrahim, Bersih, dll, mengatakan Malaysia tidak demokratik dsbnya.
Maka walau pun Anwar yang sudah di pecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri menghentam TDM bermacamm macam cara dan berterusan sehingga sekarang, saya fikir budi TDM akan di kenang sampai bila bila. Dia tidak ada melepaskan seinci pun Tanah Melayu dan Malaysia ini kapada sesiapa, tidak seperti Tengku A Rahman memberi Singapore kapada Lee Kuan Yew dengan percuma. TDM tidak nampak pernah mengkhianati bangsa dan negara seperti Anwar Ibrahim lakukan, dan mungkin seperti bekas MB Selangor itu ada lakukan bila menghentam UMNO selepas tidak pegang jawatan Ketua Pembangkang.
10:00 AM,
Siapa nak undi Pakatan Rakayat di Selangor lagi? Melainkan orang PR saja. 3-4 tahun merintah pun dah nampak bermacam lemlah dan bencana. Termasuk rasuah pasir dllnya.
Masalah sampah pun tak boleh atasi. Masalah banjir longkang tak di bersihkan. Masalah air sebab paip paip lama bocor belom di ganti dah berpuluh tahun, tekanan air tak boleh kuat, takut paip pecah di sini sana.
Sapa cakap MB Selangor sekarang kerja bagus? Kalau masalah sampah, longkang dan air pun tak boleh atasi, apa bagusnya?
Isu murtad pun dia tak berani ambil tindakan. Melatah dan gagap melulu pergi mintak ma'af kapada Padri Gereja Methodis Damansara Utama walau pun laporan siasatan JAIS belom di siapkan. Di ekor dek Exco DAP Teresa Kok dan Ronnie Liu (yang macam gengster "banging doors" pejabat SPRM dan bilik mayat Hospital Klang di masa Teoh Beng Hock mati) - sehingga gagap minta ma'af kapada padri itu. Buta ke engkau tak baca berita di masa itu?
Pakatan Rakyat takda "perompak dan perasuah" ke? Buta ke engkau tak baca apa Raja Petra Kamarudin blog pembangkang Malaysia ToDay kata?
Macam macam di katanya Azmin nak gulingkan Khalid Ibrahim sebab nakkan jawatan MB sejak PRU12 lagi.
Jangan khuatir beb, perkara itu tak jadi isu lagi di PRU13. Rakyat akan pilih BN sebab dah meluat dengan tindak tandok Pakatan Rakyat.
siapa kata khalid mb mesra rakyat? gagap macam mana nak mesra rakyat. gagap biasa takpa, itu kuasa tuhan. tapi gagap merusakkan kepentingan rakyat tak boleh.
mula pegang jawatan saja pun dah tak mahu ikut titah raja. bangkah lantikan setausaha kerajaan yang sultan dah perkenankan ikut sistem biasa.
pastu nak pinda perlembagaan negeri selangor pulak. tahu tak cukup kaki nak pinda, tapi nak tunjuk dia besar konon. satu hapah pun tak boleh tukar. malu muka saja.
mana ada budi nak di kenang selepas dia mati? budi kpd teresa kok dan ronnie liu orang dap yang anti-melayu dan anti-islam tu siapa nak kenang.
Rimau mati meninggalkan belang. Maanusia mati meninggalkan temberang. Pembangkang mati meninggalkan kerang. Kerang busuk.
Ini cerita bekas MB juga - bekas MB Trengganu, dan sekarang Presiden PAS, Hadi Awang.
Karpal Singh selalu gaduh dengan Nik Aziz, pasal Hudud. Kali ni dia gaduh dengan Hadi pulak, pasal Hadi semalam kata di Kuala Trengganu, kalau Pakatan Rakyat sampai ke Putrajaya, nak pinda Perlembagaan negara - tak mahu kata Islam sebagai agama resmi, tapi sebagai suatu cara hidup negara ini. Nak pakai perkataan Addin, atau the way of life.
Karpal kata meminda Perlembagaan saperti itu salah. Kata kata Hadi bukan pendirian Pakatan Rakyat, kata dia. Bila Hadi cakap itu, Hadi tidak mewakili Pakatan Rakyat, tambahnya.
Waah, perang di dua medan nampaknya DAP dan PAS. Dengan Nik Aziz pasal Hudud, ni dengan Hadi pulak pasal cara hidup.
Tapi Karpal yang tak mahukan Hudud sampai mati budinya akan di kenang dek DAP dan bukan Muslim. Sama ada Nik Aziz dan Hadi yang biarkan puak Erdogan dalam PAS buangkan Negara Islam dan Hukum Hudud akan di kenang juga budinya oleh ahli ahli dan penyokong tegar PAS, tak tahu lah.
Berkenaan laman web yang licik - apa pasal Google News page memuatkan begitu banyak sekali apa yang di panggilkan "berita", pada hal apa yang di keluarkan oleh "news portal" (kononnya) seperti Malaysiakini bukannya berita. Banyak yang berupa pendapat pembaca.
Pendapat bukannya berita melainkan dari orang kenamaan negara. Pendapat yang di keluarkan oleh orang ramai di M'kini biasanya mengandungi dakwaan dan tuduhan liar sahaja.
Apakah dasar Google memuatkan Google News page itu? Siapa kah yang menentukan apa yang di muatkan? Ada kah di buat olah orang di Malaysia atau di lain tempat? Ada rakyat Malaysia ke yang bertugas di situ? Google lah Bersih dan lihat begitu banyak sekali pendapat yang di katakan "berita" dari laman web Pembangkang.
Pihak bekuasa perlu hubungi Google untuk mendapat penjelasan dan cuba dapat "fairness" dari mereka supaya jumlah berita dan pendapat yang di keluarkan di Google News page itu berpatutan bila di banding dengan jumlah berita yang mewakili Establishment. Juga Bernama, agensi berita nasional, kononnya. Apa kah yang mereka telah lakukan ke arah ini?
Orang orang di keliling para Menteri, termasuk PM dan TPM, ramai juga yang menghilangkan undi atau menyebabkan undi lari. Banyak sungutan dan rungutan dari khalayak ramai tak sampai pun kapada Menteri atau PN & TPM.
Nasib lah wakil wakil pekerja MAS di beri peluang meluahkan perasaan tak senang hati mereka terus kapada PM. Sehingga di tukar keputusan MAS-Air Asia share swap yang di aturkan oleh Khazanah dan TV3 malam tadi mengumumkan Air Asia Tony Fernandez dan Kamarudin Meranun telah tarik diri dari MAS BOD.
Banyak lagi kesah yang para Menteri tidak dapat dengar rungutan orang ramai sebab tidak di benarkan berjumpa dengan Pak Menteri. Memanglah Pak Menteri hanya ada 8 jam sehari di pejabat. Tapi orang politik pun biasa menemui rakyat di luar masa pejabat. Isu nya ia lah kegunaan bijaksana dan budi pekerti mereka yang di keliling Pak Menteri menentukan mana yang patut di beri keutamaan. Dan mendengar penerangan yang berkenaan itu bagi memolehkannya menentukan keutamaan.
"mengkritik parti sendiri melalui laman web anti-establishment"? Kan dia ada laman web dia sendiri. Dah fras benor dia agaknya.
Ni lagi nak mengharap budinya di kenang - di kenang dek Bersih konon.
"Bar Council’s constitutional law committee chairman Syahredzan Johan said the court order only convered the grounds of the historic square. “The court order was not breached when protesters broke through the barricades. It only covered the grounds of Dataran Merdeka,” he added.
Mana dia tahu orang orang tu tak masuk tijak padang Dataran Merdeka tu? Polis ada gambar lah. Apa bodohnya dia ingat Polis yang ada beribu orang di situ tak tahukan mana sempadan, takkan Polis nak tembak air & gas kalau dia orang tak cecah padang.
TMI kata "Australian Senator Nick Xenophon, a known associate of Datuk Seri Anwar Ibrahim". Padanlah, nama pun bunyi macam pembangkang, pembantah.
Amacam Menteri Besar sekejap Nizar? Ada lagi "disebut-sebut sebagai tanda mengenang budinya" ke?
"Sedih juga melihat apabila seseorang pemimpin itu apabila sudah pencen, langsung tidak dipeduli rakyat lagi."
1-2 dekad lalu tidak begitu sangat. Hanya yang buat salah besar seperti rasuah dan masuk penjara, atau membunuh seperti Menteri Kebudayaan Mokhtar Hashim, atau memberi Singapore kapada Lee Kuan Yew, ia itu, Tengku A Rahman.
Tetapi, sejak Anwar Ibrahim di singkirkan dari Jema'ah Menteri kerana nak jatuhkan Perdana Menteri, banyaklah yang mula memegang nilai nilai busuk seperti tidak menghormatkan ketua, cuba menggulingkan mereka yang pegang kuasa, gejala katak lompat dan sebagainya.
Maka sejak itu ramailah apa yang di panggil "pemimpin" (sebenarnya tidak) hilang penghormatan dari rakyat dan tidak di pedulikan bila bersara atau di siungkirkan dan tidak lagi pegang apa apa jawatan.
Anwar, contohnya, bukan di hormat oleh khalayak ramai. Hanya di pegang ekornya dek pengikut pengikutnya yang mengharapkan dapat sesuatu jika dia sampai ke Putrajaya. Tapi majoriti pengundi tidak akan membenarkannya.
MB yang RT sokong sebenarnya kotor. Saya kerja di restoran milik family dia. Restoran itu 95% waktu kosong. Hanya tempat MB ini biasa ambil wang dari busines-man ultra kiasu.
RT berpelajaran tinggi dari saya tapi tidak bermakna lebih tahu.
"Maka tidak hairanlah orang Cina memberikan undi kepada ultra kiasu."
Sebab ultra kiasu meemujuk dan menarik mereka scara rasis. Mendakwa mereka tidak dapat sama rata dan sebagainya. Tapi tidak mahu akui bahawa tidak ada sama rata dalam bidang ekonomi dan dalam bidang professional di negara ini. Mahu sama rata yang sebenarnya tak rata sebelah. Tinggi di sebelah mereka. Itu sebab mereka di panggil ultra kiasu.
Orang seperti bekas MB itu perlu sedar jika tidak bersatu, bantu membantu di suatu barisan yang sama, ultra kiasu di Selangor pun akan naik muka berterusan. Tidak boleh di benarkan.
Nasib baik gabungan mas dan airasia tu dipecahkan. Kalau tidak harga saham air asia tidak boleh terbang ke tahap yang sepatutnya. Biarlah mas kuburkan mereka sendiri. Satu satunya badan milikan separuh kerajaan yang tak guna yang cuma pandai menghisap dana wang rakyat ekoran penyalahgunaan kuasa oleh pihak pengurusan dan tahap produktiviti pekerja yang amat rendah dan malas.
Memang bukan semua Cina ultra kiasu dan bukan semua Cina sokong ultra kiasu. Baca lah berita berikut:
DAP wrong to assume all Chinese would automatically support the opposition ...
Malaysia Star - 4 minutes ago
By ZORA CHAN This is the message from MCA president Datuk Seri Dr Chua Soi Lek to certain quarters who might have written off SUPP following its worst polls defeat at the hands of DAP in the last state election.
Di Selangor ultra kiasu DAP dapat bersama yang lain merintah dah 3-4 tahun. Tapi tak ada budi yang nak di kenang. Kasi air free sikit tapi masalah air, sampah dan bah sebab longkang tak di cuci tak habis habis. Dah senget nak rebah. Bekas MB Selangor itu patut tolong rebahkan ultra kiasu dan geng mereka itu.
Ini bekas Timbalan Perdana Menteri pulak yang tak tahu budinya di kenang ke tidak selepas dia mati .. dalam politik ke apa ...
Orang banyak kata dia pengkhianat bangsa dan negara. Kalau macam tu, mana dia ada budi nak di kenang.
Rais Yatim pun kata Anwar dah tak kesahkan bangsa Melayu & agama Islam. Baca lah apa Sin Chew Jit Poh tulis ni:
Anwar no longer cares about Malays, Islam: Rais
Sin Chew Jit Poh - 17 minutes ago
GUA MUSANG, May 3 (Bernama) -- Information Communication and Culture Minister Datuk Seri Dr Rais Yatim said the statement by opposition leader Datuk Seri Anwar Ibrahim that he was willing to be a tool of the DAP shows that he no longer cares for the Malays (and Islam)
Masih banyak lagi berita berkenaan Bersih sekarang. Ini kesah bekas pensyarah UIA pulak. Dr Aziz Bari.
Tak tahu apa budi dia yang boleh di kenang. Selalu mentafsirkan Perlembagaan dan mengeluarkan pendapat yang menyebelah kapada Pembangkang. Kerana pendirian seperti itu, dia mendapati tekanan dari berbagai pihak sehingga meletak jawatan Professor nya di UIA.
Sekarang dia berkempen di sana sini untuk Pembangkang. FMT melaporkan dia jadi ahli panel bekenaan Bersih di foram di Dewan Perhimpunan Cina KL. Tempat dia berforam pun membayangkan di mana letak sokongan dia.
Dia mengatakan akan berlaku “media war” in the coming days", di mana ada pihak pihak akan mengalihkan perhatian daripada "Bersih’s core demand", kononnya. Tetapi tidak bijak dia mengatakan Bersih ada lah untuk "free and fair election". Nyata di sana sini sudah di katakan bahawa Bersih ada lah cubaan menjatuhkan Kerajaan dengan cara tidak demokratik - tidak melalui undi. Mereka mahu lawan pihak berkuasa, masuk ke Dataran Merdeka, tunggu di ditu beberapa hari, mahu tunjukkankan rakyat kononnya Polis tidak dapat menguasai mereka, harap lebih ramai keluar menyokong, jatukah Kerajaan melalui kerenah di jalan raya. Tun Dr Mahathir sudah kata begitu. Dato Seri Najib pun kata begitu dua hari lalu di Gua Musang.
Tapi sedih bahawa hanya 100 orang hadzir di foram itu. Di katakan "packed" pula. Siapa nak bukti, baca lah http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2012/05/04/stick-to-bersihs-true-cause/
Pada hal dewan itu boleh muat sekurang kurangnya 800 orang. Anggaran 100 orang itu pun yang telah di lebih lebihkan, seperti Malaysiakini kata tempat letak kereta Pasar Seni KL boleh muat 10,000 orang. Mengarut.
Padan lah mengarut. Sebab Pengarang Malaysiakini, Fathi Aris Omar, ada di foram itu dan melaporkannya.
Macam mana orang nak kenang budi Aziz Bari bila dia, yang di katakan pakar undang undang Perlembagaan, kata Polis "was no longer interested in maintaining public safety ... The police have now become an Umno security apparatus,” kata dia.
Di katanya pulak Perintah Mahkamah melarang masuk Dataran Merdeka itu "lacked the judicial clout to deliberate on a matter related to the Federal Constitution, which guarantees the right to freedom of assembly." Kononnya dia seorang sahaja yang pandai undang undang Perlembagaan. Ultra kiasu dia.
Pada hal ada pakar pakar undang undang Perlembagaan lain, seperti Professor Shad Faruqi. Dan, apa hal pun, Mahkamah tertinggi yang membuat keputusan berkenaan undang undang Perlembagaan di negara ini - Aziz Bari langsung tidak ada kuasa membuat keputusan.
Biarlah dia dengan 50-60 orang yang hadzir di foram Pak Sako itu - 100 kata Pengarang M'kini, hahaha.
Ada lagi kes yang tak tahu budi akan di kenang oleh rakyat Selangor atau tidak.
NST melaporkan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kena marah oleh lain lain pemimpin PKR sendiri pasal gambar gambar kelakuan sex yang di kaitkan dengan Ketua PKR Selangor dan Timbalan Pengerusi PKR, Azmin Ali.
Bila di tanya pemberita, Khalid kata "no comment". Sebenarnya dalam politik, dalam keadaan begitu, "no comment" itu banyak maknanya, besar komennya. Tentu lah, sebab Azmin musuh Khalid - Azmin nakkan jawatan MB Selangor bila menang PRU12 dulu, tapi Anwar Al Juburi beri kpd Khalid.
Maka Ketua Wanita PKR Zuraidah Kamaruddin kata dia kecewa Khalid cakap begitu. Takut orang tafsirkan macam macam. Betul kata dia, banyak boleh di tafsir memandang kapada gelotan kuasa antara mereka.
Bukan main lagi Zuraidah. Dia cakap begitu di sidang akhbar oleh Wakil Wakil Rakyat dan Ahki Ahli DUN PKR serta pemimpin pemimpin PKR peringkat negeri dan bahagian di Ibupejabat PKR kelmarin. Besar tamparannya itu kapada Khalid.
Kesian Khalid. Dah lah orang tua tu gagap. Cakap "no comment" pun kena marah. Gelotan kuasa semua tu. Mcm tu nak pergi ke Putrajaya ke? Nak harapkan budi di kenang selepas mati ke?
Zuraidah akui "there could be some misunderstandings between leaders within the party". Bergelot lah kamu semua. Tengoklah jika rakyat nak kenang budi kamu sekelian di PRU13.
Budi kapada kumpulan minoriti tentu kabus berbanding dengan budi kapada kumpulan majoriti. Sebab yang majoriti memerintah. Mesti lah, sebab majoriti biasanya betul, minoriti tidak.
Najib kata cadangan Hadi Awang nak pinda Perlembagaan perkataan Islam sebagai agam resmi tu tukar kapada 'Addin' sebagai "mere political talk". Salah apa Najib cakap tu. Sebenarnya itu "gibberish".
Stattistik anda silap.
Kakitangan Awam (KA) hanya sekitar 1.2 juta orang. dan ini pun termasuk tentera dan polis.
dan kebanyak negara termasuk Indonesia dan Thailand. tentera dan polis tidak dikira perkhidmatan awam kerana mereka adalah tulang belakang negara yang tidak boleh mengadakan union atau sebarang kesatuan kerja.
Pensyarah universiti sebenarnya sebahagiand ari kelompok guru. Di Amerika Syarikat dikenali sebagai College teachers.
Di Malaysia gura sahaja melebihi 300 ribu. INi kelompok paling besar.
Situasi ini ebrbeza dengan kebanyakan negara dunia kerana semua gaji KA dikawalselia oleh kerajaan pusat dan BUKAN kerajaan lain seperti local government dan state government.
lebih malang lagi gaji KA ini terlalu besar jurang yang tinggi dan terendah.
Situasi ini diburukkan lagi segolongan PA dan dalam politik yang mempunyai pelbagai elaun yang tidak munasabah HANYA kerana menjadi Ahli Majlis Ahli jawatankuasa.
Presiden CUEPACS sekarang ini jauh lebih baik dari sebelumnya.
kepada mereka yang tidak tahu atau tidak pernah wujud sebelum tahun 70an tidak akan faham kenapa Dato Osman Presiden ini berjaya.
Satu hal penting yang telah dilakukan setiap tahun ialah tuntut elaun dan gaji lebih munasabah.
Kalau nak harap PTD, KSN dan segala KSU termasuk lah majlis Naib Canselor, kalau mati pun aku tak peduli.
Sebab orang macam ni dah kaya.
Sebab itu mereka yang dah gaji besar tak heran dengan Presiden CUEPACS.
Tapi bagi yang gaji kecik macam aku, emmang CUEPACS hari ini berjasa berbanding dulu.
DAN tindakan MB lama Selangor yang hadiahkan penyapu kepada semua LOcal government adalah sikap memang kurang ajar dan dia telah rasai penangannya.
Kalau tak percaya tunggu PRU13, nama Ex MB tidak tersenarai lagi.
Mungkin Ridhuan Tee akan dipilih Najib di kerusi negeri Perak? Siapa sangka yer.
Post a Comment