Semua artikel adalah pendapat peribadi. Anda berhak untuk tidak meneruskan bacaan atau tidak mengakseskan blog ini serta merta jika anda tidak bersetuju dengan pemikirannya. All the articles written are the personal views. You have absolute rights not to continue reading or to discontinue accessing this blog immediately if you are disagreeable with the personal views.

Sunday, March 18, 2012

Jangan jahil dalam politik

7:26 PM Posted by RIDHUAN TEE 209 comments
(Sinar Harian 19 Mac 2012)

Lanjutan artikel saya yang disiarkan minggu lalu, seorang ahli parlimen di utara Perak yang juga mempunyai doktor falfasah dan juga Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, menuduh saya bodoh dan menjadi penulis upahan Umno. Tuduhan tanpa bukti ini agar sukar untuk saya terima kerana datang daripada seorang pemimpin Pas yang mendakwa memperjuangkan Islam. Islam yang sudah sinonim dengan parti ini, tidak disertai dengan akhlak Islam pemimpinnya. Akhlak sebeginilah sebenarnya yang akan menjahanamkan imej Islam.

Namun, saya tidak hairan akan ketidakmatangannya, kerana beliau hanya mengkhusus dalam bidang kajian organisasi, bukan bidang politik dan kerajaan. Jika dia tuduh saya bodoh, saya yakin dia lebih bodoh. Kejahilan beliau begitu terserlah. Setelah sekian lama menceburkan diri dalam politik, sepatutnya beliau menjadi lebih alim, tetapi tulisannya menserlahkan kejahilannya.

Fokus tulisan saya adalah beza antara parti politik dan kerajaan. Parti politik bersifat sementara, manakala kerajaan akan terus kekal selagi ada negara. Parti politik tidak boleh menjadi kerajaan. Parti politik hanya ruling party kepada kerajaan. Kerajaan telah wujud dalam sebuah negara berdaulat, sebelum wujud parti politik. Tidak ada sebuah parti politikpun yang boleh menjadikan kerajaan itu seolah-olah kepunyaan bapaknya walaupun mungkin parti itu memperolehi majoriti untuk menguasai kerajaan. Asas-asas ini perlu difahami. Jika tidak, sia-sia sahaja menceburi bidang politik. Pemikiran sebegini bukan sahaja tidak layak beliau mentadbir negara, apatah lagi untuk diundikan dalam PRU 13 akan datang.

Inilah sikap sebahagian pemimpin ektrim Islam yang rakus untuk berkuasa. Mereka tidak membaca sepenuhnya artikel yang ditulis. Saya tidak hanya mengkritik Pas, tetapi turut mengkritik Umno dan BN. Saya turut mencadangkan agar Umno dan BN memberikan hak royalti minyak kepada rakyat Kelantan. Namun, beliau mengatakan saya hanya memberikan pandangan sebelah pihak. Saya harap hatinya tidak menjadi buta disebabkan oleh fanatik kepartian. Buatlah lebih banyak pengajian dan penyelidikan supaya tidak menampakkan kebodohan selaku seorang ahli parlimen.

Selaku seorang pemimpin Islam berpengalaman, sepatutnya kita menerima kritikan secara terbuka. Pandangan saya perlu dijadikan muhasabah diri. Ini tidak, pantang dikritik sedikit, ibarat cacing kepanasan. Inikah sikap anak kepada seorang ulamak dan pemimpin tertinggi Pas? Sepatutnya beliau mewarisi sikap lunak perjuangan Allahyarham bapanya. Namun, sebaliknya berlaku. Malang sungguh Pas mempunyai pemimpin seperti ini.

Jika masih tidak faham biar saya ulang. Parti yang menguasai kerajaan hanya berlaku dalam negara komunis. Saya tidak kata Pas itu komunis. Kecuali yang makan cili… Saya hanya persoalkan, kenapa Kerajaan Kedah perlukan Pas sebagai penasihat sedangkan kerajaan Kedah adalah kerajaan rakyat? Jika sudah tidak ada locus standi, kenapa perlu membuang masa dan tenaga? Bukankah semua exco Kedah itu warak-warak belaka? Adakah kita masih tidak mempercayai mereka?

Lagipun kerajaan tersebut adalah kerajaan negeri rakyat Kedah, bukan kerajaan Pas? Apa kata wakil-wakil rakyat lain yang bukan Pas? Jika ahli parlimen Pas tersebut masih tidak faham, biar saya jelaskan. Terdapat beberapa jenis parti politik dunia hari ini yang menjalankan urusan pentadbiran kerajaan. Parti politik tersebut dibahagikan kepada empat jenis iaitu, sistem satu parti (parti komunis), sistem dwi parti (seperti yang diamalkan Amerika dan Britain), sistem pelbagai parti (Malaysia) dan sistem parti dominan (Singapura). Malaysia boleh jatuh dalam dua kategori, sistem pelbagai parti dan parti yang dominan (Umno).

Kebiasaannya, parti-parti politik bertanding dan mendapat majoriti akan menguasai kerajaan. Parti politik yang mempunyai majoriti di parlimen atau DUN berkuasa untuk melantik menteri atau exco kerajaan negara/negerinya. Menteri/exco yang dilantik berkuasa untuk menentukan hala tuju kementerian dalam kerajaan yang diterajuinya.

Begitu juga terdapat perbezaan antara parlimen dan kerajaan. Parlimen juga bukan kerajaan. Insitusi Parlimen mewakili rakyat. Wakil rakyat yang dipilih rakyat hanya menjalankan urusan kerajaan. Namun, jika sesebuah parti tidak mendapat majoriti dalam parlimen, mereka mesti menghormati parti-parti politik lain yang turut dipilih rakyat dan membentuk kerajaan campuran. Dalam kata lain, wakil rakyat hanya mengisi kerusi di Parlimen bagi memboleh urusan kerajaan berjalan.

Pemimpin kerajaan adalah Perdana Menteri. Perdana Menteri akan memilih jawatan kuasa atau kebinet yang akan membantunya. Kerajaan juga berbeza dengan mereka yang memenangi pilihan raya mewakili parti politik. Berasaskan kepada hujah-hujah inilah saya masih bertegas, jawatankuasa yang diwujudkan tidak ada hak untuk memantau atau memberi nasihat kepada kerajaan negeri.

Minggu lalu, Pas telah melantik seorang pemimpin berasal dari Kelantan untuk mengetuai panel lima orang dalam jawatankuasa pemandunya bagi memantau pelaksanaan manifesto di negeri-negeri yang dipimpin Pakatan Rakyat. Menurut Pas, jawatankuasa berkenaan tidak mencampuri urusan negeri dan hanya akan memberi teguran kepada pemimpin negeri tersebut mengikut saluran parti. Antara isu yang akan ditekan jawatankuasa berkenaan ialah sikap kerajaan Kedah dalam isu Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU). Persoalan saya, adakah Pas kekurangan cerdik pandai dan ulamak kalangan orang Kedah untuk mengetuai jawatankuasa tersebut? Tidakkah orang Kedah lebih faham keadaan politik negeri Kedah?

Persoalan siapakah yang memberikan mandat atau legitimasikan kepada jawatankuasa pemandu ini untuk memberi nasihat kepada kerajaan yang diwakili oleh wakil-wakil rakyat terdiri dari pelbagai parti dan latar belakang berbeza? Ia hanya boleh berlaku jika hanya satu parti yang berkuasa seperti yang berlaku dalam kerajaan komunis.

Justeru, saya menyeru kepada pimpinan Pas supaya berfikir dua kali. Jika kita mengatakan orang lain tidak betul, maka tunjukkanlah bezanya antara kita dengan orang lain itu. Tidak rugi sebenarnya melakukan muhasabah dan mengakui kelemahan sendiri. Kecualilah jika terlalu taksub, kita hanya yang betul, orang lain semua salah.

Prof Madya Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia

209 comments:

«Oldest   ‹Older   201 – 209 of 209   Newer›   Newest»
Anonymous said...

Tak dapat jawab lepai tu panggil orang budak kecik?

Mungkin mak bapak hang miskin masa hangpa kecik dulu dan takde masa nak ajar hangpa. Itu sebab utama kenapa hangpa tak erti hormat orang lain dan sebaliknya kurang ajar dan biadap.

Anonymous said...

Salam 9:13 AM,

Sedap dengar komen Sdr. Sila lah masuk selalu dan tinggalkan komen. Bersama kita membina masyarakat yang berguna.

Anonymous said...

Sekarang mari kita lihat sama ada PAS jahil dalam politik ke tidak dari segi berada dalam Pakatan Rakyat.

PAS kata DAP dan PKR sokong PAS kerana Islam. Mana betulnya. Mereka hanya cakap sokong PAS kerana politik PAS menentang UMNO dan BN, bukan kerana sokong Islam. Kalau mereka sokong PAS kerana Islam, sudah tentu ramai bukan Islam dalam DAP dan PKR sudah menganut agama Islam.

Bila Tengku A Rahman tubuhkan PERKIM, beribu orang Cina dan India menganut Islam. Tapi kalau PAS dakwa DAP dan PKR sokong PAS kerana Islam, berapa ramai orang DAP dan PKR sudah menganut Islam? Takda. Illek. Sebab DAP dan PKR sokong PAS kerana politik, bukan kerana Islam.

PAS kata nak menegakkan ajaran Islam. Apa sebenarnya yang PAS ada buat? Berapa buah sekolah PAS sudah bina untuk ajaran Islam? 20 tahun merintah Kelantan pun hanya sebiji Mesjid saja di bina. Pulaknya pakai rekabentuk Cina. Namakan Mesjid Cina. Pada hal majoriti besar penduduk Kelantan ada lah orang Islam yang terdiri dari Melayu.

PAS nak dirikan Hulum Hudud pun di bantah oleh bukan Islam DAP, rakan seperjuangannya. PAS sepatutnya perjuangkan Islam secara persendirian seperti sebelom 2008 dahulu, tak payah nampak jahil sangat, percayakan boleh berkerja sama dengan parti parti lain yang menjadi penghalang kapada impian PAS yang berpuluh tahun itu. Hingga terhumban impian Negara Islam dan Hukum Hududnya kerana rakan seperjuangannya.

Anonymous said...

Sekarang cuba cakap macam mana PAS nak tegakkan Islam di Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.

Dulu ada Dr Hassan Ali, hantar JAIS pergi siasat 12 orang Islam "berbuka puasa" di bulan puasa di Gereja Methodis Damansara Utama. PAS pulak pecat dia. Menteri Besar Khalid pulak ambik alih tugas dia.

Khalid pulak jenis yang laporan JAIS belom siap pun dah melulu minta ma'af kapada Pastor Ho, GMDU. PAS diamkan saja.

Hasan Ali dah geram. Cuba baca berita berikut:

Hasan Ali Ticks Off MB Over Apostasy Issue

SHAH ALAM, March 21 (Bernama) -- Former Selangor PAS commissioner Datuk Dr Hasan Ali Wednesday took to task Selangor Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, claiming Abdul Khalid was trying to "wash his hands" on the apostasy issue by saying this was a matter for the apostate and his/ her family to resolve.

Kan ke nak gila punya pendirian Khalid nih. Perlembagaan kata agama negara ini ia lah Islam. Ada berbagai badan agama seperti JAIS dan MUIS di bawah Pakatan Rakyat. Appasal pulak cakap biarkan keluarga orang yang di murtadkan itu selesaikan isu cubaan murtad itu?

Nak dirikan Islam macam mana, wahai PAS? Kamu sebahagian dari Pakatan Rakyat. Apa kamu nak buat? Diamkan saja ke? Takutkan DAP macam Khalid ke? DAP & PKR Exco banyak yang Kristian ke? Habis apa korang cakap nak pertahankan Islam, tegakkan Islam, kata orang Islam lain kafir, tak kuat Islam dan mcm mcm lagi?

Mcm mana rakyat Islam nak sokong PAS & PKR mcm itu?

Anonymous said...

Jarang jarang sekali DS Najib hentam musuh besar dia, Anwar Ibrahim.

Bernama laporkan Najib kata Anwar tidak layak memimpin ngara kerana "he has lost his credibility even among his supporters." Orang yang rapat dengan dia pun dah tak sokong dia lagi.

Najib kata, "founder of PKR, Dr Chandra Muzaffar, who had left Anwar, had even said that it would be disastrous for the country if the latter (Anwar) was to be the prime minister."

“Kalau kita pasang papan iklan dan letak gambar gambar mereka yang dah tinggalkan dia, perlulah suatu papan yang amat besar kerana begitu ramai yang dah tinggalkan dia, dari Dr Chandra Muzaffar kapada Setia Usaha Sulitnya Ezam Mohd Nor, kapada Setia Usaha Akhbarnya Anuar Shaari dan peguamnya Zulkifli Nordin,” kata Najib.

Anonymous said...

Jangan marah nak sebut apa yang di keluarkan di Utusan Malaysia ye?

Penghakiman Mahkamah Rayuan Sodomi I, yang mendapati bahawa Anwar Al Juburi ada menyodok di Villa Tivoli:

“To summarise our judgment, .. reading the appeal record, we find evidence to confirm that the appellants were involved in homosexual activities and we are more inclined to believe that the alleged incident at Tivoli Villa did happen .."

Anonymous said...

To summarize our judgement, it is better to have a PM who is a gay rather than having a PM and his cabinet who are extremely corrupted.
Who cares whether he is a gay or not. So long he never swallow 250 million or being a backdoor minister who was rejected by the voters.

Anonymous said...

Amacam orang PAS? Sanggup ke korang "have a PM who is a gay"?

Kami tau korang tak setuju Anwar calon PM. Hadi Awang dah cakap.

Anonymous said...

2X5,5X2... SAMA JE DUA-DUA PROF NIH...

«Oldest ‹Older   201 – 209 of 209   Newer› Newest»