Semua artikel adalah pendapat peribadi. Anda berhak untuk tidak meneruskan bacaan atau tidak mengakseskan blog ini serta merta jika anda tidak bersetuju dengan pemikirannya. All the articles written are the personal views. You have absolute rights not to continue reading or to discontinue accessing this blog immediately if you are disagreeable with the personal views.

Sunday, March 25, 2012

Jangan campuri hal ehwal Islam

9:33 PM Posted by RIDHUAN TEE 99 comments

 (Sinar Harian 26 Mac 2012)

Minggu lalu saya telah dijemput oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di bawah kepemimpinan baharu Prof Awang Sariyan. Tahniah! Inilah julung-julung kalinya DBP meraikan pandangan cendekiawan dalam pelbagai bidang. Sebelum ini, ada segelintir pemimpin DBP sibuk berpolitik sehingga lupa tanggungjawab mereka yang sebenar dalam menjaga dan memartabatkan maruah bahasa jiwa bangsa.

Kami diminta memberikan input dari sudut keagamaan, walaupun ini bukanlah bidang kepakaran saya kerana saya bukanlah ustaz seperti yang digelar oleh khalayak. Saya hanya ilmuan kerdil bidang politik dan kerajaan. Itupun saya tidak berani menggelarkan diri saya pakar, kerana hanya kita sahaja tahu kemampuan diri kita sendiri. Berbanding kadangkala segelintir khalayak dengan mudah menggelar dirinya dengan gelaran pakar motivasi, sedangkan ijazah dan kepakarannya langsung tiada. Hanya kerana seseorang itu, termasuk ustaz dan ustazah pandai bercakap, maka mereka menggelarkan diri mereka pakar motivasi atau perunding motivasi. Persoalannya, siapakah yang melantik mereka? Apa kelayakannya? Apa yang nyata, dia melantik dirinya sendiri.

Saya telah membangkitkan beberapa perkara kepada DBP mengenai kedudukan bahasa Melayu daripada perspektif agama. Bahasa adalah mekanisme penting dalam merubah merubah kehidupan Melayu. Melayu asalnya menganut fahaman Buddha-Hindu, sebelum mereka memeluk Islam 600 tahun lalu. Penyebaran Islam dibawa melalui tiga penjuru, Arab, Cina dan India.

Sudah tentu dalam soal ini Islam disebarkan melalui bahasa. Bahasa adalah alat dakwah. Bahasanya sudah tentu bahasa Melayu. Mustahil pedagang Arab, Cina dan India datang ke Alam Melayu terus bertutur dalam bahasa Melayu atau bahasa mereka sendiri. Bagaimana mereka belajar? Bagaimana orang Melayu dapat memahami bahasa asing. Bermakna, orang asing atau orang luar kawasan terpaksa atau mesti berbahasa Melayu untuk menyebarkan dakyah atau dakwahnya. Inilah yang berlaku di Alam Melayu. Bahasa Melayu menjadi bahasa Lingua Franca, dipelajari dan dipertuturkan seluas-luas untuk mencapai matlamat mereka yang mendatangi sesuatu tempat.

Persoalannya hari ini, kenapa bahasa Melayu seolah-olah langsung tidak mendapat tempat di kalangan sebahagian mereka yang datang berhijrah dan tinggal di bumi bertuah ini? Kita terpaksa berdakwah atau menyampaikan maklumat dalam bahasa ibunda mereka, bukan menggunakan bahasa rasmi negara. Dakwah tidak dapat berkembang luas kerana masalah bahasa. Lantaran, mualaf seperti kami disuruh dan dipaksa berdakwah kepada orang bukan Melayu menggunakan bahasa ibunda. Jika perkara ini berterusan, sampai bilakah mereka boleh memahami bahasa Melayu? Tidakkah mereka sepatutnya diwajibkan belajar bahasa Melayu. Akhirnya, dakwah terbantut, sehingga ke hari ini tidak sampai satu peratus bukan Melayu memeluk Islam.

Agak menjelekkan dalam satu seminar baru-baru ini di tempat saya sendiri, hanya kerana terdapat seorang pelajar Korea, secara tiba-tiba kita terus tukar medium bahasa daripada bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris. Kita sanggup korbankan kepentingan nasional/negara, hanya kerana seorang Korea yang berada dalam majlis tersebut. Kenapa perkara ini boleh berlaku dalam negara yang berasaskan kenegaraan Melayu? Ini bukan insiden kali pertama, tetapi telah berlaku berulang-ulang kali. Hina sangatkah bahasa Melayu? Siapa yang sepatutnya belajar bahasa Melayu jika mereka berada dalam sebuah negara Melayu?

Perkara sebegini tidak pernah berlaku kepada negara-negara yang mendaulatkan bahasa kebangsaan mereka. Cuma kita sahaja yang terlalu menjaga hati orang sehingga hati sendiri terluka dan berdarah, langsung tidak dipedulikan. Akhirnya, kaduk naik junjung. Golongan ini menjadi semakin ultra kiasu. Kepentingan bangsa lebih diutamakan daripada kepentingan negara. Kata-kata Malaysian first adalah satu penipuan besar dan lakonan yang amat licik, untuk menutup kelemahan mereka. Malangnya kita terus bersangka baik, kita takut negara tidak membangun, kita takut kehilangan undi, kita takut kehilangan bakat (brain drain). Bolehkah negara membangun jika rakyat tidak mempunyai semangat sayangkan negara atau kepentingan bangsa mengatasi patriotisme? Kita terlalu mengejar pembangunan, sehingga mengenepikan jati diri dan kepentingan nasional. Tidakkah kepentingan nasional dan jati diri ini yang melonjakkan pembangunan sesebuah negara? Kajilah sejarah negara-negara membangun. Jawapannya pasti ada.

Cuba lihat cara akhbar-akhbar ultra kiasu yang tidak faham agenda nasional, undang-undang dan kedudukan agama Islam. Puncanya adalah kerana masalah bahasa. Apabila bahasa tidak dikuasai mereka tidak akan dapat memahami budaya dan cara hidup sesuatu kaum, terutama kaum majoriti. Baru-baru ini seorang penulis biadab akhbar ultra kiasu mempertikaikan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan yang dikatakan bertindak seperti Perdana Menteri dan kabinet yang berkuasa ke atas kerajaan.

Ini berikutan dengan arahan Ahli Majlis Bandaraya Perlis yang mahu menurunkan iklan atau papan tanda perempuan yang mendedahkan aurat. Penulis biadab ini mempertikaikan, pada ayat mana pula di dalam al-Quran yang menyatakan melarang wanita Muslim tidak memakai tudung? Siapa yang menentukan garis panduan menutup aurat? Sedangkan masyarakat Muslim terutama kumpulan pergerakan hak asasi kaum wanita sering mempertahankan hak wanita.

Ternyata ultra kiasu ini amat jahil mengenai kepentingan nasional dan agama Islam walaupun telah tinggal di Alam Melayu sekian lama dari generasi kepada generasi. Orang seperti perlu dihantar balik. Bayangkan jika sikap sosialisasi politik ini terus menerus diamalkan.

Perlu saya ingatkan, perkara berkaitan dengan kedudukan Islam dan adat istiadat orang Melayu berada di tangan Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu. Inilah sistem yang telah kita warisi sejak zaman berzaman apabila negara kita dijajah dan sistem ini kekal sehingga kini. Majlis Fatwa Kebangsaan tidak tertakluk kepada orang bukan Melayu, apatah lagi ultra kiasu. Majlis Fatwa berhak untuk memberikan pandangan berhubung kait dengan kehidupan orang Islam dunia dan akhirat, perkara-perkara yang boleh menimbulkan kontroversi termasuk tarian, latihan yoga dan sebagainya seperti yang dibangkitkan.

Ini hal ehwal umat Islam. Jangan campurtangan. Kami, umat Islam tidak pernah campurtangan dalam kehidupan agama orang bukan Islam. Hormatilah, jangan biadab dan kurang ajar. Ultra kiasu ini sengaja mengundang bahaya.

Saya fikir, toleransi beragama di kalangan pemimpin-pemimpin Islam di negara sudah sampai kepada tahap maksima. Cuma kita mahu lihat sebaliknya, terutama ultra kiasu. Ada kalangan kita sanggup berada dalam majlis agama bukan Islam seperti perayaan Buddha, Thaipusam,  Chinggay dan lain-lain lagi. Untuk melihat ultra kiasu memakai songkok dan baju Melayupun jauh sekali kerana mereka takut dikaitkan atau dilabelkan sebagai Melayu. Negara ini tidak akan kucar kacir dengan adanya Majlis Fatwa kebangsaan kerana Islam amat menghormati hak bukan Islam. Tetapi negara akan kucar kacir sekiranya ada ultra kiasu yang tidak menghormati, tidak berasimilasi dan terus mahu mencampuri hal-hal orang Islam, apatah lagi mengambil haknya.

Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah
Prof Madya
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia

99 comments:

Anonymous said...

Syabas RT... seharus orang2 Melayu malu dengan teguran RT yang terang dan jelas ini.Selagi diri dan minda dijajah orang2 Melayu akan terus lupa diri dan agama akhirnya.Bankitlah dan tentang KEBIADABAN ultra kiasu dan orang2 yang meremehkan dan memperlekehkan Agama Islam dari dilacur.

Buat baik berpada pada...kalau dah kadok nak naik junjung sesekali kena di ajarkan bersopan santun.Hantukkan je kedinding.biar bersireh dahi...

Apa nak kata RT , kalau ada gak Melayu yang malu mengaku Melayu..kuno dan usang katanya..

wallahuwalam.

Anonymous said...

di surau Al-Munir Seri Indah Sri Kembangan juga ada berlaku perkara sebegini.

Bulan lepas sewaktu menantikan masuk waktu jumat tazkirah juga diselang selikan dengan bahasa Hindustan malah kutbah jumaat juga diselang selikan dengan bahasa Hindustan sedangkan khatib itu berbangsa Melayu.

Akhirnya sembahyang jumaat selesai setelah jam 2.30 petang.

Kini saya lebih suka ke surau lain walaupun jauh sedikit kerana disurau Al-Munir selalu lewat dan ceramah berbaur politik selain selalu tidak mengikut teks yang disediakan JAIS terutamanya bila khatib jemputan "berceramah". Terdapat juga risalah menghina dan menuduh kerajaan dan parti UMNO setiap kali jumaat.

Mengharap RedhaMu said...

Penulis biadab ini mempertikaikan, pada ayat mana pula di dalam al-Quran yang menyatakan melarang wanita Muslim tidak memakai tudung? Siapa yang menentukan garis panduan menutup aurat? <<< sebab dia tak baca Al-Quran lah yang menyebabkan dia pandai bicara. Kalau zaman pemerintah Rasulullah dan sahabat...dah kena halau keluar dari negara. Apakan daya pemimpin sendiri pun tak tutup aurat tu pasal depa lantang bercakap. Cuba pemimpin yang menunjukkan tauladan yang baik. Nescaya akan Allah lembutkan hati2 mereka. Ni jua tanda Allah membiarkan Islam itu dihina sebab penganutnya sendiri yang tidak ikhlas padaNya. Maka faham2 sendirilah...kalau nak baik...buatlah yang terbaik untukNya bukan untuk dunia!!

Anonymous said...

Campuri hal ehwal Islam satu hal. Mempolitikkan Islam, cuba memperlekehkan agama Islam, menganggap seolah olah martabat dan maruah agama Islam tidak tinggi mestilah di caci dan di keji.

Menggunakan nama Islam, mempelajari beberapa ayat Qur'an dan Hadith hanya untuk tujuan politik, menggunanya di dalam ucapan ucapan politik dan memakai pakaian Islam hanya untuk meraih undi juga perlu di caci dan di keji.

Mengata mereka parti Islam, masakan mereka hanya parti politik seperti parti parti lain, ada lah membohong rakyat, salah di sisi agama Islam dan keji dari segi moral.

Anonymous said...

Kalau nak tahu ayat tertentu ada atau tidak dalam Al-Quran, elok merujuk mantan PM kita.

Anonymous said...

Tarak guna punya cina mualaf. Hanya tau jadi batu api.

Mengharap RedhaMu said...

Fahamilah ini

“Ketahuilah bahawa agamamu akan hilang disebabkan empat perkara:
1. Kamu tidak mengamalkan apa yang telah kamu ketahui.
2. Kamu mengamalkan apa yang tidak kamu ketahui.
3. Kamu tidak mahu berusaha mengetahui apa yang tidak kamu ketahui, sehingga tetap bodoh.
4. Kamu melarang manusia untuk berusaha mengetahui apa yang mereka tidak mengetahuinya.”

~ Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani

Anonymous said...

11:01 PM mesti terasa panas punya.

Sebelum nenek moyang kau datang sini, tanah ni dah Islam. Masa nenek moyang kau cari rezeki di sini, tanah ni pun Islam.

Alih-alih dah diberi kerakyatan tanah ni, nak pertikai Islam pulak?

Anonymous said...

Cina mualaf, kalau kau begitu handal dan hebat seperti yang kau katakan, pergilah nasihatkan saudara saudara seagama kita di Afghanistan la, pakistan la, negara negara di liga arab, afrika dan baru baru ini di perancis supaya hentikan kekejaman dan pembunuhan sesama umat dan orang biasa. Banyak negara islam yang mengalami perang saudara sekarang. Dan seluruh dunia sedang mengetawakan negara negara islam. Tiap tiap ada pengeboman di sini dan situ. Hampir kesemua itu negara islam.

Anonymous said...

assalamualaikum saudara, terima kasih banyak2 kerana menulis dengan ikhlas, dan meletakkan yang hak pada tempatnya, hanya Allah swt saja yang dapat membalas budi baik saudara sekeluarga. saya sangat setuju dengan pendapat saudara kecuali satu...melayu tanah melayu peluk islam 600 tahun dulu mungkin kurang tepat...batu nisan shaikh abdul kadir ibni husain shah 'alirah bertarikh 972 masihi-sila rujuk muzium negeri kedah darul aman...wallahualam..anak kedah

PEMBANGKANG-DAP said...

Saya setuju dengan Prof Ridhuan,

"Sebelum ini, ada segelintir pemimpin DBP sibuk berpolitik sehingga lupa tanggungjawab mereka yang sebenar dalam menjaga dan memartabatkan maruah bahasa jiwa bangsa."

DBP telah lama tidak memainkan peranan mempromosikan penggunaan Bahasa Kebangsaan seperti di tahun 60an. Di masa itu giat kempen kempen mempertingkatkan kegunaan BM dengan berbagai acara bertemakan Bahasa Jiwa Bangsa, Bahasa Menyatukan Maanusia dsbnya. Di China pun Bahasa Mandarin di jadikan Bahasa Resmi untuk menyatu padukan rakyat Cina yang menggunakan berbagai bahasa ibunda. Di Malaysia BM adalah Bahasa Resmi kita.

Perkara 152 Perlembagaan menyatakan dengan terang kedudukan BM. Bahasa ibunda boleh di gunakan hanya untuk "SELAIN DARI URUSAN RESMI". Sekolah ada lah urusan resmi, maka semua sekolah perlu menggunakan BM sebagai bahasa pengantar.

Sekarang 54 tahun selepas Merdeka, sekolah Cina yang di benarkan di zaman pemerintahan British masih beroperasi lagi. Mereka telah "di kecualikan" dari penggunaan BM sebagai bahasa pengantar. Dahulu Pengarah Pelajaran boleh menarik balik pengecualian itu. DS Najib di masa memegang jawatan Menteri Pelajaran, telah menukarnya melalui Akta Pelajaran. Sekarang kuasa menarik balik pengecualian itu terletak di tangan Menteri Pelajaran.

Kita sedar bahawa DBP adalah badan Kerajaan di bawah Kementerian Pelajaran dan Ketua Pengarah DBP perlu mengikut arahan Menteri Pelajaran. Tetapi bahru bahru ini Menteri Pelajaran TS Muhyiddin telah mengumumkan bahawa Kementerian Pelajaran sedang menjalankan kajian ke atas sistem pelajaran yang ada, yang akan siap di hujung tahun ini, kemudiannya akan di adakan dialog dengan pihak pihak yang berkepentingan dengan tujuan memperbaikki keadaan.

Saya berharapan besar supaya KP bahru DBP akan, semepena itu, memainkan peranan supaya BM di hormati di negara ini dan di manifestasikan melalui sistem sekolah. Perlu ada ha nya satu sistem persekolahan saja di negara ini, ia itu sistem Sekolah Kebangsaan, dan sekolah Cina dan Tamil di serapkan ke dalam sistem Sekolah Kebangsaan menggunakan BM sebagai bahasa pengantar.

DS Najib telah mengatakan diblog 1Malaysia nya, di masa perkara 1Sekolah di bincang dengan hangat di media massa hingga di bawa ke Parlimen, bahawa "Sekolah Satu Aliran akan di laksanakan bila rakyat mahukannya." Sudah di hebohkan di sana sini bahawa rakyat yang mahukannya sekarang, hanya segelintir rakyat Dong Zong yang di sokong DAP mahukan bahasa resmi negeri China, Mandarin, jadi bahasa pengantar di sekolah Cina. Tidak masuk akal.

Mandarin yang bukan pun bahasa ibunda mereka di Malaysia. Mandarin yang mereka di selatan China pun tidak mahu gunakan, berdemo di Canton, Hong Kong dll bila Kerajaan Pusat di Beijing ketatkan penguat kuasaan supaya Mandarin di gunakan di selatan China.

Saya harap DBP di bawah pimpinan bahru Prof Awang Sariyan akan juga memainkan peranan besar menegakkan kegunaan BM. Sudah cuai pihak pihak berkenaan di negara ini, terutamanya bila Pakatan Rakyat memerintah 3-4 negeri. Di Selangor, Exco DAP Ronnie Liu bertanggung jawab di atas kerajaan tempatan, ia itu Majlis Bandaran (yang bertaraf kota) dan Majis Perbandaran (bukan bertaraf kota). Tetapi Majlis Majlis tersebut tidak mengambil tindakan rapi terhadap kedai kedai, bangunan dan pengusaha pengusaha perniagaan yang tidak menggunakan nama nama atau iklan iklan membayangkan kedudukan BM yang wajar.

Sudah ada yang menggunakan 3-4 bahasa sekarang. BM tidak di "prominenkan". Malahan ada yang tidak langsung menggunakan BM. Ini sudah mengarut dan mempersendakan Bahasa Kebangsaan.

DBP boleh melakukan Kempen Bahasa seperti di tahun 60an dahulu, supaya menebus kembali taraf BM sebagai Bahasa Kebangsaan negara ini. Menggerakkan supaya Majlis Majlis Bandaran dan yang sepertinya itu mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang tidak menghormatkan Bahasa Kebangsaan.

Anonymous said...

syabas Dr.RTA,
mana mungkin mereka berani kalau melayu tak memberi lalui untuk mereka menjadi biadap.
jangan salahkan mereka. Demi undi mereka Melayu bergaduh sesama melayu.melayu islam , Islam melayu?

Anonymous said...

Ayoh, DBP. Dapatkan imej baru.

Anonymous said...

Perlembagaan mengatakan Islam ada lah agama negara ini. Dalam bahasa Inggerisnya, "Islam is the religion of this country". Mesti mau di hormati.

Majlis Fatwa Negara ada fungsinya. Sungguh pun fatwa fatwa nya ada lah untuk penganut Islam, ada hubung kait dengan penganut agama lain, sekurang kurangnya dari segi mereka tak boleh mencampuri atau mengata apa selagi mereka ada kebebasan mempraktik agama mereka.

hang tuah said...

Salam...bagi saya mudah saja untuk mengatasi masaalah ini...KDN mansuhkan semua akhbar yang berbahasa china dan india.Ini adalah kerana apabila mereka menggunakan bahasa selain Melayu dan Englis maka mereka berpendapat orang yang berbangsa Melayu ini tidak akan faham apa yang mereka tulis.Kerajaan sekarang ini juga dilihat terlalu berlembut dengan golongan yang sebegini,boleh berlembut tapi ada batasnay.tindakan awal perlu diambil untuk membendung pekara sebegini berulang lagi tapi janganlah terlalu lewat untuk membuat tindakan takut-takut nanti "nasi menjadi bubur".

d said...

Assalamualaikum..

Syabas buat Ustaz yang tidak berputus asa dalam meneruskan dakwah menerusi Media Maya.

Teruskan Perjuangan Ustaz..

http://gelombang-rakyat.blogspot.com/

Anonymous said...

Bukan Ronnie Liu saja yang jadi masalah. Tresa Kok jugak. Suara azan Subuh pun di hebohnya. DAP anti Melayu dan anti-Islam.

Anonymous said...

" Perlembagaan mengatakan Islam ada lah agama negara ini. Dalam bahasa Inggerisnya, "Islam is the religion of this country". "

Who is disputing this fact? nobody is disputing this. Why feel so insecured? Stupid!

PEMBANGKANG-DAP said...

"kenapa bahasa Melayu seolah-olah langsung tidak mendapat tempat di kalangan sebahagian mereka yang datang berhijrah dan tinggal di bumi bertuah ini?"

Sebab mereka jenis yang tidak hormatkan Perlembagaan negara. Tidak hormatkan Perkara 152. Mereka jenis yang ultra kiasu. Pentingkan diri sendiri amat sangat. Tidak pedulikan kepentingan negara. Sudah berkali kali di suruh berhijrah ke negara yang Perlembagaanya mereka boleh hormati. Masih ada di sini lagi. Cuba porak perandakan keadaan. Berdemo tak habis habisan. Kita yang hormatkan Perlembagaan mesti terus mencaci dan mengutuk mereka. Tidak lain dan tidak bukan. Seperti Dong Zong dan DAP.

Menteri Pelajaran TS Muyhiddin perlu di puji membuat keputusan yang baik untuk pembangunan negara. Sejarah di mestikan di sekolah sekolah mulai 2013. Generasi akan datang akan mengtahui sejarah Perlembagaan negara dan mengapa Perlembagaan mesti di hormati dan di patuhi.

Tetapi kesannya kapada masyarakat akan timbul hanya lama lagi. Maka sebelum itu timbul dengan nyata, pihak berkenaan perlu mengambil tindakan supaya semua rakyat menghormati Bahasa Melayu.

Anonymous said...

Stupid 10:01 AM doesn't even know what he is talking about. Never has any valid argument and kurang ajar membuta tuli.

Orang cakap fasal Bahasa Melayu dan dalam Bahasa Melayu, dia cakap dalam Bahasa Inggeris. Ini budak DAP yang kurang ajar, jenis kongsi gelap, penjahat dan gengster.

Aku gunakan Bahasa Inggeris sikit di atas sebab mahu dia fahamkan sepenuhnya apa yang aku kata. Dia dah kata stupid, dia mesti tahu apa makna stupid yang aku kata kapada dia.

Anonymous said...

"mereka menggelarkan diri mereka pakar motivasi atau perunding motivasi."

Yang kelakar pelawak penjenaka, sekali sekala berlakun juga, pun mahu menggelar diri mereka pakar perunding motivasi. Kesian. Mereka tak ada kerja lain, nak cari makan. Tapi lebih kesian lagi rakyat yang di kelentong, di bohong, di salah dakyah dan dipropagandakan.

"siapakah yang melantik mereka?" PAS. "Apa kelayakannya?" Pandai mengipas. Mengipas propaganda supaya Melayu berpecah dan dengan itu ultra kiasu boleh eksploitasi kita lagi. Bedebah punya maanusia.

Anonymous said...

AsSalam... perkara ini berlaku disebabkan oleh org melayu. Org melayu sendiri yg merosakkan melayu. Melayu sendiri yg menjual bangsa melayu. Apakah teguran RTA terhadap golongan Ultra Kiasu boleh dibuat oleh org melayu tanpa apa2 tindakan? kalau org melayu bercakap spt RTA pasti akan dikenakan tindakan, oleh siapa? org melayu sendiri. Org melayu tu siapa? fikir fikirkan..

Anonymous said...

Cuba lihat betapa kurang ajaq jenis DAP dan Dong Zong di laporan ni:

Wee Ka Siong was chased out of a rally organised by the United Chinese School Committees Association (Dong Zong) protesting a lack of Chinese school teachers. It was alleged someone tried to punch the deputy education minister.

The jeers, scuffles and alleged attempted punch from frustrated rally-goers had “shocked” and “saddened” the MCA Youth chief.

After the rally ended, an angry swarm of people chanted for him to resign and it was alleged someone attempted to land a punch on his body before being prevented by a large security detail.

“I can’t say I felt threatened but it was a rude shock to me,” he said in a press conference at a nearby hotel half a kilometre away from the hostile crowd.

“Suddenly people come and point at you and want to punch you. I am saddened. We are not hooligans. We are a civilised society.”

Ini ada lah depa yang tak hormatkan Perlembagaan dan kurang ajaq.

Anonymous said...

Amacam PAS, laporan Bernama kata "Penang PAS Supporters' Club chief quit Pakatan .. Dr Ooi @ Vellautham has quit Pakatan Rakyat and said he has nothing more to do with the party."

Dr Ooi marah agaknya Jawatan Kuasa PAS Pusat di beritakan mengata kelab itu tak aktif.

"I've been with PAS for over 20 years, working tirelessly for the party but my efforts all this while have not been recognised. If it's true that the club is inactive, let me take the responsibility," he told reporters here today.

Anonymous said...

Apa ada lagi Kelab Sokong PAS sekarang?

Aku ingat yang nakkan Negara Islam & Hukum Hudud kecewa sebab PAS dah buangkannya.

Yang sokong PAS buangkan Negara Islam & Hudud pulak kecewa bila Nik Aziz riuhkan lagi nak laksanakan Hukum Hudud selepas itu.

Orang dah tak caya apa saja PAS buang atau tak buang.

Anonymous said...

Kamu nak berdakwah kepada kami, sampaikanlah dalam bahasa kami! Suruh kami belajar bahasa Melayu untuk didakwah? Sepatutnya kamu yang belajar bahasa Tamil, Iban, orang asli dan Cina untuk berdakwah kepada kami! Hairan sungguh dengan lojik kamu!

Kami nak jual barang kepada Melayu, kami buat iklan dalam bahasa Melayu.

Kamu nak tarik pelancung dari Korea, Jepun atau Europah ke Malaysia, adakah kamu buat iklan dalam bahasa Melayu? Pelik sungguh lojik kamu!

Anonymous said...

Aku percaya kalau PAS buang ........ aaah, tak payah cakap lah ... tau saje lah.......

Anonymous said...

Stupid 10.19am. How much more stupid can you get? Who is disputing that this is an Islamic country?
Real stupid. Just like the other Blogger mentioned earlier, why dont go and advise you brothers and sisters in other muslim countries to stop killing each other and other innocent civilians, instead of continue to be terrorists and laughing stock to the rest of the world.

Anonymous said...

Luckily Pas is much more liberal, have much more wisdom and open minded. Not like umno, goin backwards everyday. Compare with p ramlee's days, the artists look so ugly and stupid these days. Nobody comes near to saloma or sarimah.

Anonymous said...

Semasa kerajaan PR di Perak dulu, kerusi PAS kecil dari DAP, tapi jadi MB. Di Penang dulu, kerusi UMNO lebih dari Gerakan, tapi Gerakan jadi CM.

Anonymous said...

Timbalan Menteri Wee Ka Siong berkata "I will resign now if it can solve Mandarin teacher issue .. if it would solve the shortage of teachers in Chinese primary schools." (Malaysia Star).

Semua ultra kiasu perlu sedar dan sentiasa ingat bahawa ada 1.4 juta rakyat Malaysia dalam perkhidmatan awam. Kebanyakannya orang Melayu, kebanyakannya tidak mahukan sekolah Cina, mahukan rakyat bersatu padu melalui Sekolah Satu Aliran. DAP sentiasa mencari sebab mahu kritik pekhidmatan Kerajaan sebab berpendirian seperti itu. Tidak boleh, tidak akan berkesan. Rakyat kondem mereka balik.

Yang berkhidmat dengan Kerajaan di larang keluarkan suara di media massa tapi mereka yang tidak berkhidmat bebas melawan pencercaan, mempertahankan Perlembagaan. Sekarang, hasil DEB, sudah ramai yang boleh dan sanggup keluarkan suara dan tiap tahun akan bertambah suara mahukan semua rakyat hormatkan dan patuhi Perlembagaan negara.

Di perkhidmatan awam, khususnya di Kementerian Pelajaran, ada

1. Pegawai Tadbir & Diplomatik, yang memegang jawatan pentadbiran Kerajaan umumnya, seperti Ketua Setia Usaha, dua Timbalan KSU, beberapa Ketua Penolong SU dan ramai Penolong Setia Usaha.

2. Pegawai Pelajaran, yang ada sekim perkhidmatannya sendiri, yang memegang jawatan Ketua Pengarah Pelajaran, dua Timbalan KPP, beberapa Pengarah Pelajaran, dan ramai Timbalan dan Penolong Pengarah Pelajaran, di Kementerian dan di tiap tiap negeri di negara ini.

3. Juga ramai Pegawai Pelajaran dalam berbagai jawatan lain, dan berbagai gred, di Kementerian Pelajaran dan di Jabatan Pelajaran peringkat Negeri dan peringkat Daerah.

4. Setaf yang membantu, termasuk Pegawai Kerja (Executive Officers), dll.

Kementerian Pelajaran ada lah antara agensi yang terbesar dan mempunyai begitu ramai Pegawai. Maka majoriti mereka sudah biasa dengan budaya berkerja sebagai kaki tangan Kerajaan, sedar dengan tanggong jawab mereka, biasa dengan dasar dasar Kerajaan sejak Merdeka, dan pada umumnya tidak akan mengkompromi dasar dan pendirian Kerajaan. Berkenaan Sekolah Cina, umpamanya.

Perlu ingat bahawa sistem demokrasi di negara ini bermakna Pegawai Pegawai Kerajaan memikirkan dan menderap dasar dasar Kerajaan, di bawa kapada Menteri, mana yang di setujui akan di laksanakan.

Pada masa masanya, Menteri akan mengarahkan kajian di buat untuk membantunya membuat keputusan di atas sesuatu perkara. Juga ada masanya di mana Menteri meminta Pegawai Pegawai Kerajaan itu mengeluarkan pendapat mereka berkenaan pendirian Kementerian di mesyuarat di dalam Kementerian, kemudian menyediakan Kertas Kabinet (Cabinet Paper) berkenaan pendirian dan syur syur Kementerian yang perlu dibincangkan di peringkat Jemaah Menteri.

Dengan yang demikian, apa yang di kata oleh Timbalan Menteri Wee itu perlu di fahami dari segi sistem kerja yang di terangkan di atas. Tiap tiap satu pendirian atau penukaran pendirian tidak pernah di buat dengan sewenang wenangnya sahaja. Jika demikian, sudah lama Sekolah Cina di hapuskan.

Pegawai pegawai Kerajaan tidak boleh mengsyurkan atau menyokong apa apa cadangan latihan guru dalam bahasa Mandarin kerana sekolah Cina ada lah bertentangan dengan Perkara 152 Perlembagaan. Semua pihak perlu ingat bahawa pendirian mereka yang di panggil birokrasi di dalam Kementerian adalah juga pendirian Kerajaan. Sebab birokrasi ada lah sebahagian dari Kerajaan. Jika mereka di gusar, mereka juga boleh menggusar. Mereka juga ada undi. 1.4 juta undi, sebenarnya.

Anonymous said...

Oooo, budak kecik rupanya 12:50 PM dan yang sebelomnya. Mengata P Ramlee dll tak cantik pulak. Betapa bodohnya tak sedarkan bahawa P Ramlee & Saloma sudah meninggal dunia.

rawang said...

Terlalu banyak sangat polimik dan retorik apabila memperkatakan tentang bahasa melayu.

Kalaulah kerajaan tegas dari dulu lagi dalam perkara ini maka tidak akan timbul masalah yang berlaku sekarang. Hakikatnya sama ada suka atau tidak bahasa melayu telah pun terpinggir.

Sedangkan aku telah berkali-kali mengatakan dan amat yakin bahawa perhubungan antara kaum di malaysia akan lebih harmonis apabila mereka banyak berkomunikasi dalam bahasa Melayu.

Meminggirkan bahasa melayu secara tidak langsung telah menjarakkan hubungan mesra antara kaum dinegara ini.

Kadangkala bila aku mengingatkan kembali pada era 60an sewaktu aku di sekolah rendah,walaupun bersekolah inggeris,terdapat ramai pelajar melayu, cina dan india belajar sama dan kami selesa bertutur dalam bahasa melayu. Malah hubungan kami sangat rapat dan mesra. Waktu itu bahasa melayulah yang telah merapatkan hubungan kami.

Tetapi apabila sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil diperluas dan dibiarkan untuk terus berkembang dengan kelonggaran demi kelonggaran diberikan maka inilah hasilnya kini. Bagaimana kemesraan dalam berkomunikasi dapat diujudkan kalau terdapat pelajar-pelajar produk sekolah vernakular ini bahasa melayunya apabila bertutur seperti mereka ini baru sahaja datang ke Malaysia.

Inilah hakikatnya. Aku percaya keadaan akan bertambah buruk jika kerajaan masih lagi bersikap lunak dalam menangani isu tersebut.

Apakah perlu dan penting sangat ke apabila pelbagai bahasa digunakan hanya sebagai notis awam atau papan tanda jalan.Setelah 54 tahun merdeka, adalah sangat tidak logik dan masuk akal kalau terdapatnya rakyat malaysia yang masih tidak boleh membaca dalam bahasa melayu.lainlah kalau bahasa inggeris digunakan paling tidak pun untuk memudahkan pelancung asing.

Orang-orang bukan melayu dinegara ini masih diberi hak dan kebebasan untuk memelihara dan bertutur dalam bahasa ibunda mereka tetapi apabila ianya melibatkan kepentingan nasional dan untuk negara bangsa maka bahasa rasmi negara mesti didaulatkan barulah kita boleh berbangga menjadi rakyat malaysia yang sebenarnya.

Tersentuh rasa hati apabila melihat bahasa melayu begitu di daulatkan penggunaannya di Bandar Seri Begawan.

Anonymous said...

105 PM tu bukan budak kecik....sudah tua, nyanyok gamaknya.......dulu dia cintakan saloma & sarimah kot ..........hehe

Anonymous said...

Waaah, 105 banding di Perak PAS Nizar dapat jadi “Menteri Besar Sekejap” dengan Penang UMNO & Gerakan. Dia tau ke Nizar di ekor ke mana mana pergi dek Exco DAP Nga & Ngeh hingga ke jamban kot. Nak tentukan Nizar cakap dan buat apa DAP arah.

Toksah cakap pasal PAS besar le, Mamat. Di sembur dek Karpal Singh saja korang. Aku kagum Karpal, aku kagum Karpal, kata Nik Azid. Di semburnya jugak Hukum Hudud orang tua tu.

MB Kedah Jizan pulak pusing U-turn bila Karpal gertak nak saman sebab tutup pusat hiburan di bulan puasa lalu. Tak bace surat khobar ke mike' me'?

Anonymous said...

Selesaikan perkara kecil dahulu satu per satu sebelum nak selesaikan perkara yang lebih rumit dan besar.

Contohnya,mengapa kat Malaysia ada SRJK Tamil padahal kat India Bahasa resmi pun bukan Bahasa Tamil? Adakah kerana ia dikuasai oleh pemimpin MIC maka dibiarkan terjadi?

Mengapa sekolah persendirian yang tidak dapat bantuan penuh atau separuh kerajaan termasuk Sekolah Antarabangsa dan sekolah Agama perlu dipertikaikan kewujudannya? Sesiapa yang mengendalikan sekolah swasta tersebut yang nak dirikan dan mampu mengendalikannya juga menyumbang kepada tenaga mahir negara kan?

Kalau kerajaan mampu mendirikan dan memperbayai semua jenis sekolah, mengapa tak buat? Adakah kerana realitinya kerajaan tak mampu mendirikan san membayai semua sekolah sampai sekarang?

Adakah kerana sekolah-sekolah swasta ni dipegang pengaruhnya oleh componen parti BN dan merupakan suatu sumber memperolehi dan mempengaruhi pengundi-pengundi mereka maka dibiarkan bagitu?

Mengapa kebanyakkan ahli-ahli Dong Zong dsbnya adalah ahli-ahli jugak parti komponen MCA, Gerakan, MIC dsbnya?

Mengapa sekolah-sekolah swasta Sabah dan Sarawak tidak diwarwarkan jugak? Adakah perlembagaan membenarkan mereka terus mengekal guna dua bahasa sebagai hak-hak mereka untuk semua urusan resmi?

Mengapa apabila sebut tentang Bahasa Melayu ia dikiatkan dengan jati diri orang Melayu sahaja dan tidak kepada jati diri lain-lain bumiputera? Lain-lain bumiputera tak penting dan tidak mempunyai kuasa menentkan masa depan negara Malaysia ke?

Nak menjerit-menjerit konon nak memperjuangkan "Satu Sekolah Satu Bangsa" matlamatnya tetapi secara realiti masalahnya lebih besar jika diperincikan. Adakah dengan matlamat bagitu akan selesaikan segala masalah perpaduan di negara?

Yang kuat menjerit-jerit, apakah matlamat peribadi sendiri sebenarnya? Adakah kerana nak berpolitik dan buatkan sebagai isu-isu politik atau kerana hanya sayangkan negara supaya Malaysia hidup aman dan makmur?

Nak bincang pasal pendidikan anak-anak supaya mereka dapat bersaing dalam dunia yang semakin mencabar atau nak selindungi dibelakang memperjuangkan bahasa demi politik masing-masing?

Agaknya generasi muda yang akan meneruskan hidup lebih panjang dan lama selepas ni dan terpaksa mencai nafkah di merata dunia boleh hidup senang ke?




Patriot Negara.

Anonymous said...

Aiseh, nampaknya Hadi nak lawan Anwar jadi calon PM nih. Dia kata tak mau tanding ADUN Trengganu, mesti nak tanding Parlimen saja

Hadi says won't become Terengganu MB

The Malaysian Insider - ‎

KAJANG, March 25 - Datuk Seri Abdul Hadi Awang said today he is not a Terengganu mentri besar candidate for PAS and will not contest a state seat there in upcoming polls.

Amacam orang Nuar? Apo ko nak kato? Hadi tak mau endorse Nuar sebagai calon PM. Kit Siang aje yang endorse.

Anonymous said...

Orang yang menggunakan nama "Patriot Negara",

Kau tahu ke apa makna patriot negara? Apa asasnya sesorang itu boleh menjadi patriot negara? Aku rasa kau dah di tanya dulu tapi tak di jawab.

Kau mula dengan berkata "Selesaikan perkara kecil dahulu satu per satu sebelum nak selesaikan perkara yang lebih rumit dan besar." Tapi lepas tu kau keluarkan beribu so'alan seolah olah kau mahukan semuanya di selesaikan sekarang. Kau jenis cakap tak serupa bikin ke?

Anonymous said...

Patriot Negara (kononnya),

Menjadi so'al berapa banyak kah dan bagimana kah sekolah persendirian "menyumbang kepada tenaga mahir negara"? Apa kah mereka lulus sekolah itu terus ke pasaran tenaga maanusia? Bukan kah sebalik nya mereka bertentangan dengan Perkara 152 Perlembagaan jika bahasa pengantarnya bukan BM? Bukan kah dengan itu murid murid sejak kecil lagi di ajar menentang Perlembagaan? Mana setianya, mana patriotik nya kapada negara, wahai si polan yang menggunakan nama "Patriot Ngara"?

Kau tak tahu kah bila BM tidak di gunakan sebagai bahasa pengantar, itu bertentangan dengan Perlembagaan? Maka apa so'al mampu tidaknya Kerajaan yang kau timbulkan? Bukan kah tak bijak memikirkan kerajaan tak mampu mendirikan dan membiyai semua sekolah kerana keutamaan dalam budget negara boleh di sesuaikan baginya sebab pelajaran ada lah penting. Tahu lah kamu wahai Mamat bahawa isu nya ialah bertentangan dengan Perlembagaan, bukan so'al mampu tak mampu.

Mengaitkan sekolah-sekolah swasta dengan undi MCA ada lah mengarut. Tak tahu kah kamu bahawa sudah demikian lama Dong Zong bersama DAP?

Aku tak faham hujah kamu "tentang Bahasa Melayu ia dikiatkan dengan jati diri orang Melayu sahaja dan tidak kepada jati diri lain-lain bumiputera".

Kalau "Satu Sekolah Satu Bangsa" tidak boleh menyelesaikan masalah perpaduan negara, kenapa kau tak sebutkan apa yang boleh? Hanya dengan mengaku kau patriot negara itu boleh? Itu hujah yang kudut.

Orang lain "menjerit-jerit" mahukan perpaduan negara pun, sekurang kurangnya ada berusaha. Kau apa usaha? Menuduh orang nak berpolitik saja?

Kau tuduh orang saja tapi tidak pun terangkan bagaimana anak-anak boleh dapat bersaing dalam sekolah yang bertentangan dengan Perlembagaan negara.

Juga kau tak terangkan mengapa mereka "terpaksa mencai nafkah di merata dunia." Kau tak tau ke bahawa ada masa masa bagus berbuat demikian? Asalkan tujuannya baik.

Anonymous said...

Hah, ini DAP nak campur hal ehwal Islam (PAS) di Kedah ke? PAS yang merintah, memimpin Pakatan Rakayat di Kedah, DAP nak sungkit pulak.

Ini bukti DAP ultra kiasu, nak lebih, nak lebih, nak lebih, tak pedulikan orang lain. Nak bergaduh dengan PAS fasal kerusi di Kedah pulak.

Kan jumlah kerusi itu tak bertambah. Kenapa DAP nak lebih kerusi pulak? Bila nak lebih, bukan kah depa nak makan kerusi PAS atau PKR? Tak pedulikan kepentingan "rakan seperjuangan" pun. Pentingkan kepentingan sendiri saja. Cerita lama ultra kiasu tak habis habis. Takkan bertukar tabi'at sampai ke zaman tondan.

The Star kata MB Kedah Azizan semalam berkata DAP tidak akan dapat satu kerusi tambahan pun di PRU13. Nasiblah dia kata begitu. Kalau dia kasi, nampak macam dia takda bola langsung. Terutamanya bila Karpal Singh sudah buli dia nak saman hingga pusing U turn keputusannya mengharamkan pusat hiburan di blan puasa lalu.

Senang saja Pengerusi DAP Kedah cakap - mintak pucuk pimpinan Pakatan Rakayat di Kuala Lumpur putuskan. Semua orang tahu bahawa Nik Aziz dapatkan pucuk pimpinan PR "setuju tak bersetuju" fasal Hukum Hudud tahun lalu pun, tapi Karpal Singh masih bantai dia lagi bila dia cakap fasal Hudud selepas itu.

Azizan kata pembahagian kerusi untuk PRU13 akan ikut masa di PRU12. Fair and square. Tapi ultra kiasu DAP nak lagi, nak lagi, nak lagi. Pemikiran kongsi gelap, perompak dan gengster.

Anonymous said...

BM tak di daulatkan sebab pemimpin tak berani dan tegas. Kena cari pemimpin yang mcm tu.

Anonymous said...

Ini bukan saja mencampuri hal ehwal Isam, ini hal cubaan memurtadkan Islam.

Bekas Pesuruhjaya PAS dan Exco Selangor, Dr Hasan Ali, kata dia akan tunjukkan video membuktikan cubaan puak Kristian memurtadkan penganut Islam memeluk agama Kristian.

Dia memberi tahu pemberita di sidang akhbar di rumahnya bahawa video itu akan di tunjukkan pada hari Isnin depan.

Ktanya, video itu menunjukkan pengakuan seorang Melayu dan isterinya yang telah di "baptised and converted to Christianity." Astaghfirullah.

Kalau betullah begitu, Khalid Ibrahim mesti di gesa letakkan jawatannya sebab dia melulu mintak ma'af kapada Gereja Methodis Damansara Utama (GMDU) walau pun laporan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas siasatan komplen cubaan GMDU berbuat begitu belom siap. Dengan itu dia menggalakkan kegiatan laknatullah itu.

Mari kita tunggu Isnin depan. Dan kutuk Khalid sehabis habisnya kalau nyata sepasang Melayu itu mengaku sudah di Kristiankan.

Dan kita kutuk Kristian yang berkenaan serta pasangan Melayu itu jugak. Itu sudah kerja kurang ajar dan melampau.

Anonymous said...

Dong Jiao Zong: So, What Is The Problem?
By Jolina Tan


After much noise and ‘foot thumping’ by the Dong Jiao Zong over the appointment of non-Mandarin educated teachers in Chinese vernacular schools, it is reported that the 17 teachers involved were only directed to teach Bahasa Malaysia, which is why Mandarin background is not deemed essential.


A friend of mine asked, so what’s the noise and foot-thumping all about? Demonstration of power?


It’s the upcoming election, isn’t it? All the political parties must be made aware of the power of Dong Zong and that whichever party is ready to kow-tow to this organization, would be ‘blessed’ with its support.


Just because the Dong Zong fights for the Chinese, doesn’t mean it represents 100% of us. I am among the few Chinese who is uncomfortable with this unhealthy but upward trend of ‘power-testing’ by our people, championed by Dong Jiao Zong.


We all know that it is important to not lose our roots but aren’t we the ones asking the nation to be Malaysian First, and race second? Naturally, as Malaysian, we must put our Bahasa Kebangsaan first and Mandarin second. But it never seem that way to me and no wonder the Malays are going berserk towards us.


I am one of the many Malaysian Chinese who can’t speak Mandarin and I’m not proud of it. I wish I could, as it is an advantage to know many languages.


But I don’t feel guilty for not being able to speak Mandarin because I believe in being Malaysian First and Chinese Second.


When I go overseas, I hate it when people get confuse of whether I am from Malaysia or China because most of us Malaysian Chinese do not have anything to show that can relate us to Malaysia, except that it is written as so, in our passport. If there is anything that can relate us to our country, it is only our broken Bahasa Malaysia. And yet, we scream if we didn’t get treated as loyal Malaysians.


Whereas, the Thailand or Indonesian Chinese are easy to be recognized when overseas for they usually speak their national language. They also strongly considered the traditional dress and culture of the original Thais or Indonesians as theirs too. For this, the original Thais and Indonesians have no prejudice towards them and accept them as their own.


In fact, in all parts of the world, the immigrants would quickly adopt and practice the original language and culture of the country, in order to blend in and be accepted. Like it or not, only in Malaysia that such cases of ‘alien-citizen’ is common. And I’m pointing out to you that it is as much our fault, as everybody else’s.


I respect Dong Zong for its determination to keep the spirit of our ancestors’ and motherland alive and strong. But I strongly feels that Dong Zong, as an education NGO should help promote unity instead of extremism.


We want the Malays to be Malaysian first and Malay second but are we doing the same? What does it mean to be Malaysian? What is Malaysia, anyway?


I don’t know what the Dong Zong have in mind about Malaysia, but I don’t want to teach my children to lie to themselves about their roots. I want them to accept the fact that even though our ancestors were from China, China is no longer our country.


Our country is Malaysia. Our national language is Bahasa Malaysia, our culture is of a very strong influence of the Malay culture because Malay is the original settlers of this land. Our traditional dress is the baju kebangsaan and all Chinese or Indians just have to accept it or should not claim to be Malaysians. However, as non-Malays, we have the right to uphold our race’s traditional dress too, in respect of our roots.

Anonymous said...

I bring this matter up because I don’t see any solution to the never-ending prejudice among all the races in Malaysia. Everybody is backing up their own races’ arguments but none would admit their wrongs.

We have always complained of being discriminated in terms of education, properties, government projects and all but have we ever tried to look at it from the eyes of others?


With Dong Zong constantly fighting for separation of our race from others, how can we expect the Malays to not have any prejudice and suspicions towards us? How can we expect them to feel secure enough to abolish the policy that discriminate us when we, ourselves, are still aliens to them?


I believe that only when we truly blend in, that the privilege and special rights of the Bumis can be truly abolished. Let’s not be hypocrites and selfish. Let’s truly fight for unity, for a 1Bangsa Malaysia, for our own sake.


Instead of demanding, provoking and threatening, may be Dong Zong should start offering, giving and co-operating in sharing ideas and working towards bringing the races together. Prove that the Chinese too, can truly be Malaysian First and Chinese Second.

Anonymous said...

Saudara-saudari sekalian,

Untuk meengetahui siapa dia yang ultra kiasu di sini senang saja!

Lihat siapa yang tulis komen panjang-panjang, dialah yang ultra kiasu!

Al-Quran ringkas saja! Jauh lebih ringkas dari kitab Taurat dan Kitab Budha!

Mesej dan ajaran Al-Quran clear cut, tidak berbelit-belit!

Sebab itu hari ini hampir 2 billion manusia beragama Islam.

Islam juga akan jadi agama terbesar di Perancis dan England tidak lama lagi!

Tak payah peduli ultra kiasu yang sedikit ini! Islam akan tertegak di bumi Allah ini!

Islam menghormati semua bangsa, kaum, warna kulit dan bahasa. Semua ini dicipta oleh Allah s.w.t. dan merupakan tanda kebesaran dan kebijaksanaanNya.

Salahsatu keindahan masyarakat manusia ialah apabila manusia yang berbeza warna kulit dan bahasa boleh berkasih sayang dan bersatupadu tanpa curiga! Tetapi hanya pemerintah yang adil dapat mewujudkan suasana sebegini!

Tanggungjawap bersama kita yang utama ialah berpakat memilih manusia yang bertaqwa, bersifat adil, jujur, amanah untuk mengendali urusan kita.

Jika tersalah memilih pemimpin yang pilih kasih dan amalkan nepotisme, rakyat akan berpecahbelah dan bermusuhan.

Anonymous said...

Hahaha, jangan tulis panjang, nanti jadi ultra kiasu!

Anonymous said...

"‘power-testing’ by our people, championed by Dong Jiao Zong." -

Bukan power testing. Hanya mahu eksploitasi keadaan supaya dapat apa mereka mahu. Bukan kah itu ultra kiasu?

Anonymous said...

"When I go overseas, I hate it when people get confuse of whether I am from Malaysia or China because most of us Malaysian Chinese do not have anything to show that can relate us to Malaysia, except that it is written as so, in our passport. If there is anything that can relate us to our country, it is only our broken Bahasa Malaysia. And yet, we scream if we didn’t get treated as loyal Malaysians."

Perenggan di atas boleh di ulang berkali kali. Saya bangga dengan pendirian Jolina Tan ini.

Anonymous said...

Jolina Tan kata,

"I bring this matter up because I don’t see any solution to the never-ending prejudice among all the races in Malaysia. Everybody is backing up their own races’ arguments but none would admit their wrongs."

Jawapannya ada di perenggan yang dia dah kata,

"In fact, in all parts of the world, the immigrants would quickly adopt and practice the original language and culture of the country, in order to blend in and be accepted. Like it or not, only in Malaysia that such cases of ‘alien-citizen’ is common. And I’m pointing out to you that it is as much our fault, as everybody else’s."

Terimalah sistem Sekolah Satu Aliran. Hormatilah Perlembagaan. Gunakanlah Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar di sekolah sekolah.

Sekolah Cina tidak perlu di tukar fisikalnya. Hanya tukar bahasa pengantar dan karikularnya. Latih semula guru gurunya. Sesuaikan di sini sana kapada sistem SK.

Anonymous said...

"Jika tersalah memilih pemimpin yang pilih kasih dan amalkan nepotisme" -

Ya, jangan pilih DAP, sebab ada nepotisme - Lim Kit Siang dan anaknya Lim Guan Eng.

Atau PKR - sebab PKR di kelolakan Anwar, isterinya Azizah dan anaknya Nurul Izzah.

Atau PAS, sebab ada Nik Aziz dan menantunya apekenama yang di letaknya jadi Ketua Eksekutif suatu perbadanan kerajaan negeri Kelantan.

Anonymous said...

Sekolah Cina sekarang ada semata mata di atas bijaksana (discretion) Menteri Pelajaran, yang selama ini telah membenarkan pengecualian penggunaan Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar. Keadaan ini berlaku sejak DS Najib anjurkan Akta Pelajaran semasa dia menjadi Menteri Pelajaran dahulu.

Akan timbul di suatu masa nanti pemimpin yang tegas dan berani menarik balik kebenaran itu supaya sistem Sekolah Satu Aliran di mulakan.

Jika Dong Zong, DAP dll cuba membuat kekacauan dan keresahan, mungkin akan timbul Pemerintah yang akan laksanakan integrasi secara Thailand, Philippines dan Indonesia. Jika itu berlaku, bermakna hilang pemerintahan demokrasi kita.

Mari lah kita elakkan kehilangan hak kebebasan kita seperti itu, dan kutuk, caci, seru dan gesa Dong Zong, DAP dll itu supaya berpatutan, hormatkan Perlembagaan dan terima BM sepenuhnya. Ini negara Malaysia, semua rakyat mesti hormatkan Perlembagaannya. Jika tidak, boleh pergi ke negara lain.

Anonymous said...

Dong Zong akan lenyap satu hari nanti. Atau pendiriannya akan bertukar. Menerima BM sebagai bahasa pengantar di sekolah sekolah. Harap berlaku dengan tidak di paksa. Atas kesedaran mereka. Pentingnya mematuhi Perlembagaan negara.

Anonymous said...

614

nak cakap pasal nepotisme?

Pak lah dan KJ?
Mahathir mohamed dengan Mukhriz?

nepotisme ke?

cakap tak serupa bikin! pergi mampus la kau, melayu umno bodoh.

Anonymous said...

Pak Lah sudah tak lagi dalam gomen. KJ takda jawatan dlm gomen pun. Kau memang bodoh.

Tun Mahathir pun dah tak korje lagi. Kau bukan bodoh saje. Bangang pun ye.

Kau tak payah mampus, budak Cina DAP. Kau pergi naik tongkang balik tongsan aje.

Anonymous said...

Cakap pasal cronisme dan nepostime, siapa boleh chelen BN.

NFC 250juta - sampai pemilik gedung beli belah menendang keluar pasaraya milik keluaga pompuan jahanam sebab duit pelaburan itu puncanya haram. Mencuri dari rakyat Malaysia.

Komisyen kapal selam 540juta - bukan cronisme ke?

Nepotisme, cronisme, siapa yang paling hebat? Tentulah barisan pencuri national.

Anonymous said...

Anon 6:14 AM:

Nepostisme yang saya maksudkan ialah perilaku yang ada kepentingan duniawi untuk diri dan ahli keluarga, tidak termasuk perjuangan ikhlas yang mengorbankan keselesaan untuk kepentingan rakyat.

Nik Aziz tidak ada kepentingan duniawi, itu jelas!

Adakah Karpal Singh perolehi apa-apa kepentingan seperti projek, kontrak kerajaaan untuk anaknya dan ahli keluarganya? Persoalan ini penting.

Adakah Nurul Izzah atau suaminya dapat kontrak kerajaan negeri Selangor? Ini juga penting kita soalkan.

Yang jelas ialah perilaku ahli keluarga Shahrizat dapat soft loan kerajaan pusat tanpa kelayakan pengalaman industri ternakan padahal Syahrizat adalah Ketua Wanita UMNO dan menteri kabinet.

Perbezaan ini hendaklah kita akui tanpa prejudis. Kita semua adalah muslim yang percaya bahawa Allah tahu niat dan gerak hati kita! Orang yang sengaja tutup kebenaran selepas menerimanya adalah bersifat 'kafir'! (Sila baca pengertian perkataan 'Kafir' dalam buku Abu 'Ala Maududi "Basic of Islam")

"Ya Allah, janganlah Engkau pesongkan hati kami (menjadi kafir) setelah Kamu memberi hidayah kepada kami!" Ini doa mukmin.

Anonymous said...

Mengenai Dong Jiao Zong, tak payah quote Jolina Tan. Tulisan Professor Ridhuan Tee sudah memadai.

Mesej Al-Quran mesti disampaikan kepada semua rakyat Malaysia kerana ia merupakan rahmat Allah untuk seluruh alam!

Cuba fikir, tanpa rahmat Allah, mungkinkah manusia berkasih sayang?
Tanpa rahmat Allah, mungkinkah rakyat berbagai kaum bersatupadu?

Tengok, Allah telah cabut sebahagian rahmat daripada orang Melayu sehingga mereka BERPECAHBELAH dalam soal politik!

Percayalah apabila orang Melayu membelakangkan ajaran Al-Quran, Allah pasti cabut rahmatNya!

Apabila Allah dah cabut rahmat, kamu datangkan 100 profesor pun tidak akan dapat selesaikan masalah!

Kesimpulan: hanya dengan tegakkan ajaran Al-Quran barulah muslim dapat selesaikan masalah mereka.

asyMok_Aambo said...

Secara jujur, kita mesti rasional. Buang emosional.

Jika si A adalah Pemimpin, tidak salah jika dia mengambil bapa mertua atau menantu sebagai penasihat atau ahli pejabat ASALKAN ada KELAYAKAN atau Pakar@Ahli dalam bidang masing-masing.

Secara Persepsi, ya.. isu NFC bakal menjahanamkan prospek undi Kerajaan Najib di Kawasan Urban.

Dalam pada itu, Kerajaan Negeri Kelantan, Selangor dan Kedah perlu menyemak Pelan Tindakan mereka bagi memikat pengundi yang DINAMIK.

Namun ingat Wahai Barisan Pembangkang semasa...

CACI HINA MAKI anda sekalian kepada rosmah mansor boleh men DIVERT mood PENGUNDI ATAS PAGAR.

Roda itu berputar.

Hari ini adalah hari rosmah mansor. Esok lusa kita tak tahu...

Bersederhanalah dalam men CACI MAKI HINA.

Selamat Berperang!

Anonymous said...

Kementerian Penerangan & Bernama -

Kalau Datuk Seri Najib Tun Razak kena mintak semua Pegawai Pegawai Kementerian Penerangan dan agensi agensinya membantu menerangkan dasar dasar Kerajaan (lihat berita Bernama), apa maknanya? Bukan kah sudah tugas mereka, tak payah di minta lagi? Apa kah mereka tak buat kerja itu dengan memuaskan?

Saya memang tak puas hati dengan mereka itu semua. Jarang dengar apa yang mereka buat. Menterinya dulu selalu di dengari fasal berita tak sedap, termasuk menyaman blogger. Nampak macam Kementerian Penerangan, RTM, Bernama dll berjalan dengan bersendirian, takda acara dan sasaran yang di rancang bersama dan berkoordinasi.

Menteri Penerangan Rais Yatim tahu pentingnya mengelakkan rakyat dari di kelirukan oleh dakyah dan propaganda pihak Pembangkang berkenaan dasar dasar Kerajaan. Tapi di masa heboh kes murtad yang di kaitkan dengan Gereja Methodis Damansara Utama dahulu, di masa MB Selangor Khalid meminta maaf kapada GMDU walau pun sebelom laporan JAIS siap, dan melepaskan isu itu kapada Sultan Selangor memutuskannya, saya tidak terbaca apa pendirian Kerajaan Federal berkenaan dengannya.

Bukan kah Pegawai Pegawai Jabatan Penerangan boleh aturkan dan pemberita pemberita Bernama boleh interbiu Menteri i/c agama di JPM, atau ahli ahli Fatwa Negara, atau 'alim ulama bijak pandai sebanyak mana yang ada, dan keluarkan penerangan penerangan yang selaras dengan pendirian Kerajaan Federal, atau sekurang kurangnya kedudukan Islam di Perlembagaan negara.

Tapi bahru sekarang Rais kata Kementerianya akan menyediakan bahan, akan mengecap dan mengagehkan 50,000 naskah buku kecil berkenaan hal hal semasa kapada Pegawai Pegawai Kementerian Penerangan dan agensi agensinya.

Dia dan Pegawai Pegawainya seperti Ketua Pengarah Penerangan, Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan tidak terfikir ini semua dahulu lagi ke? Malang, sungguh malang.

Mereka sepatutnya sudah lama menyediakan penerangan yang lanjut dalam bentuk fakta fakta dan hujah hujah yang baik berkenaan Lynas, penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH), pertukaran saham Malaysia Airlines-AirAsia, NFC, kenaikan harga barangan, tuduhan rasuah, tingkah laku Dong Zong dsbnya.

Kementerian Penerangan perlu ada sasaran yang sistematik dan berko-ordinasi melawan tuduhan tudahan Pembangkang melalui Pegawai Pegawai dan kaki tangan Kementerian Penerangan dan Jabatan Jabatan Penerangan yang ada di tiap negeri. Juga melalui Pegawai Pegawai dan kakitangan agensi agensi Kementerian itu seperti Bernama, Special Affairs Department (Jasa) dan RTM.

Bahru lah sekarang nak cakap “We will get ready the booklets as soon as possible for distribution to the urban and rural areas,” kata Rais.

Bersambung ..

Anonymous said...

Sambungan ..

Kementerian Penerangan & Bernama -

Bernama pun telah lama menjadi tanda so'al. Berita beritanya tidak boleh di salin copy paste cara biasa. Apekedarahnya nak buat duit sepuluh dua puluh sen dari rakyat jelata yang boleh tolong menyebarkan berita berkenaan Kerajaan yang mereka keluarkan. Amat cetek pemikiran mahukan rakyat awam "pay for Government news".

Bukan kah mereka agensi berita nasional? Ambil monthly subscription dari syarikat syarikat, badan badan Kerajaan dan NGOs dalam dan luar negara cukup lah.

Apa kah ini dasar seorang Cina yang menjadi Pengurus Besar atau boss Bernama? Penyebaran berita Kerajaan, menerangkan langkah langkah pembangunan yang di ambil Kerajaan di nilai dengan wang ringgit ke? Atau tidak pedulikan kepentingan Islam, agama negara ini ke?

Bernama boleh mainkan peranan yang penting. Jangan tunggu "news to happen" bahru laporkan. Hantar pemberita pemberita dengan so'alan so'alan tertentu menginterbiu, atau menanya so'alan so'alan pendek di mana mana saja, asalkan di karang dan di reka bagi mengeluarkan penerangan menjawab, mematahkan dan membidas tuduhan tuduhan Pembangkang. Paling paling kurangnya memberi penerangan. Contohnya, sama ada geran geran tanah FELDA akan di gadai bagi penyenaraikan FGVH atau tidak.

Nampaknya takda sesiapa di Kementerian Penerangan atau Bernama yang pedulikan hal bahawa Google Malaysia selalu tonjolkan apa yang di panggil "berita" dari "news portal (kononnya)" kepunyaan Pembangkang seperti Malaysiakini, Malaysian Insider, Selangorkini, Selangor Times dsbnya.

Pernahkan Bernama atau sesiapa yang bertanggung jawab menemui mereka di Google Malaysia menarik perhatian mereka supaya beri keutamaan kapada berita berita Kerajaan yang memerintah negara ini? Atau mintak Google Malaysia sekurang kurangnya bertindak adil dan keluarkan berita dari agensi Kerajaan dan media arus perdana sama banyak dan di letak bergeliran di permulaan muka surat Google News Page itu.

Anonymous said...

1150

Haha "Nik Aziz tidak ada kepentingan duniawi"

Ada kepentingan undi wi?

Anonymous said...

Adakah Karpal Singh perolehi apa-apa ..? Upah loyar dari Anwar banyak besat lorr.

Adakah Nurul Izzah atau suaminya dapat kontrak kerajaan negeri Selangor? Tak perlu. Bapak dia sudah ada banyak wang. Pembantunya dahulu ada di laporkan mengata Anwar mengumpul RM1-2 billion di masa dia Menteri Kewangan dulu. Rumah dia di Segambut saja di katakan bernilai RM8 juta.

Fasal Shahrizat, belom ada bukti setakat ini dia terlibat dalam kelulusan pinjaman wang itu. Apa had pun, lia sutak resign lorr. Apa lu mau malah dia tak habit habit?
Lia punya lak1 & anak sutak kena charge di Mahkamah meh.

Lu ciakap "Kita semua adalah muslim yang percaya bahawa Allah tahu niat dan gerak hati kita!" Lu punyia niat amacam ha? Boleh kasi tau lu punyia hati belapa busuk ha?

Wa sokong lu do'a "Ya Allah, janganlah Engkau pesongkan hati kami (menjadi kafir) setelah Kamu memberi hidayah kepada kami!" Wa ingat lu ciakap pasat lu sengkili lorr.

Anonymous said...

Bersederhanalah dalam men CACI MAKI HINA.

Selamat Berperang!

12:23 PM

Sokong! akhlak Islam mesti dijaga dalam perjuangan.

Caci, maki dan hina bukan cara orang Islam, walaupun terhadap orang bukan Islam!

Anonymous said...

Berperang ke, berjuang? Kalau berjuang, kira akhlak. Kalau berperang ... bcalah sejarah Islam.

Anonymous said...

Malaysian First macam mana kalau Lim Guan Eng resmikan bangunan bernama Sun Yat Sen di Penang, menunjukkan dia Sun Yat Sen First, China Second, Malaysia tak masuk langsung dalam kiraan dia?

Anonymous said...

"Akhirnya, kaduk naik junjung. Golongan ini menjadi semakin ultra kiasu." -

Ultra kiasu DAP banyak membohong, memutar belit. Mereka menuduh orang lain bermacam macam penyelewenagn kononnya, Lim Guang Eng mendakwa tenderkan projek sPICE beratus juta Ringgit, tapi tidak keluarkan butiran tender, tidak dapat menjawab berbagai tuduhan yang di buat beberapa pihak baginya.

Akhbar Cina mengatakan LGE "bulldoze" keputusan projek itu dan kroni dia, Presiden Persatuan Perdagangan Cina Penang, di beri projek itu. Menuduh di sana sini, tapi mereka sendiri yang buat. Cakap tak serupa bikin.

Tanah Kerajaan Pulau Pinang di Bayan Mutiara di jual kapada pemaju, juga di katakan mmelalui tender, tetapi pemaju itu memberi tahu Bursar Saham mereka ada membuat rundingan dengan Penang Development Corporation (PDC) dan Chief Minister Incorporated (CMI). Mana ada tender jika ada rundingan?

Apa pulak kena mengena dengan PDC dan CMI? Bukan kah Pegawai Kewangan Negeri mewakili negeri di semua negeri di Malaysia ini? Jika ada rundingan, mengapa tidak dengan pihak "professional", ia itu Pegawai Kewangan Negeri? Ada udang di sebalik mee ke?

Anonymous said...

Azmin Ali, Timbalan Presiden PKR, pun membohong juga.

Dia kata, "In Selangor, we have done our open tenders and (Selcat) Selangor Select Committee of Competency, Accountability and Transparency .." Mana ada butir butir tender yang dijanjikan di dedahkan di mesyuarat DUN kali ini? Mana ada butiran tender tender buang sampah pun, yang riuh di komplenkan seperti di katakan oleh Perstauan Pengguna Shah Alam dan Subang Jaya itu?

Tapi yang ini nampaknya dia tak membohong. Dia mahukan Selangor adakan pilihan raya di penghujung penggal, tidak bersama Federal, yang dijangka Jun ini. Sebabnya, kata dia, Pakatan Rakyat belom majukan ekonomi Selangor - "we need to develop the economy .. For example, the Selangor state investment centre (SSIC) targeted RM8 billion investment this year and 70,000 jobs. We need time to ensure we deliver this,” dia beri tahu MI. Belom "deliver" pun.

MB Khalid Ibrahim dan Exco DAP mesti menyinga dengar Azmin cakap macam ini. Dia orang semua kata Selangor dah maju, mengalahkan Amerika, gamaknya. Ramai orang kata selepas PRU12, Azmin mengharapkan jawatan MB Selangor tapi Anwar beri kapada Khalid.

Anonymous said...

Mentaliti yang selalu kena eksploit - accomodating. Ada sorang pelajar Korea pun tukar cakap ke bahasa Inggeris. Sedar lah wahai Melayu!

Anonymous said...

aiya, buat apa asyik dok bising dekat sini. jalankan tanggungjawab sebagai rakyat kau. lapor kepada sprm yang DAP ada menyeleweng. biar sprm buka fail dan siasat.
ini tidak, tiap tiap hari menyalak kat sini bagai anjing gila tapi tak ada action. tak guna punya melayu umno. pandai menyalak saja, tapi tak ada bukti.

fitnah memfitnah bukan cara islam. kau beragama islam ke?

Anonymous said...

Hasan Ali awarded contracts without open tender, says Khalid

http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/hasan-ali-awarded-contracts-without-open-tender-says-khalid

pecahlah sekarang tembelang hasan ali. padan muka si hasan yang mimpi dan berangan nak jadi MB selangor.

Anonymous said...

Lu kilija night shift ke sikalang? Pukut 3 lebeh pagi lu masuk komen. Lu culi boss punya time bikin blogging ka? Macam itu DAP Hannah Yeoh bikin fb masa DUN Selangor meeting on. Manyiak jahat lu olang DAP.

(Ajukan cakap mcm orang Cina ni boleh, sebab nak masukkan pesanan ke dalam kepala hotak budak Cina ultra kuasu nih).

Anonymous said...

Sedarlah semua orang, bahawa Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor menyeleweng. Hasan Ali pada masa "tidak mengeluarkan open tender" itu ada lah sebahagian dari Kerajaan Pakatan Rakyat.

MB Khalid telah memberi tahu mesyuarat DUN Selangor bahawa Hassan Ali telah mendapatkan kebenaran seorang Pegawai di Pejabat Pegawai Kewangan Negeri bagi cara dia mengeluarkan kontrak membaik pulih jalan raya. Tidak mendapatkan kebenaran Pegawai Kewangan Negeri sendiri atau kebenaran MB. Apa hal pun, cara Pakatan Rakyat memerintah nyata lintang pukang.

Rosak negeri Selangor jika PR di benarkan berterusan merintah. Ramai yang telah mengatakan PR akan tewas di PRU13.

Anonymous said...

Free Malaysia Today mengeluarkan suatu analisa mengatakan Pakatan Rakyat Selangor akan tewas di PRU13.

Rencana itu berkenaan strategi Umno untuk menawan Selangor yang ditadbir Pakatan Rakyat. Beliau mendakwa, empat kaedah digunakan oleh Umno dengan bantuan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

“Dengan bantuan SPR dan JPN, Umno telah berjaya menukar puluhan ribu pengundi-pengundi Pakatan Rakyat dari Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing dan mendaftar pendatang asing sebagai pengundi yang sah.

Menurut analisa itu, "pada ketika ini Umno/BN yakin boleh memenangi 35 kerusi DUN berbanding 21 kerusi Pakatan dan menjelang pilihanraya yang dijangka diadakan dalam bulan Jun bilangan kerusi yang bakal dimenangi BN adalah 43 berbanding Pakatan, 13."

Dia kata Pakatan Rakyat tidak terdaya mengatasi masalah ini dengan banayk. Sebab kos nya tinggi - RM10 untuk penukaran semula alamat bagi tiap satu nama. Ini bayaran yang telah di tetapkan oleh SPR sejak dulu lagi.

Pakatan Rakyat Selangor tidak mampu membantah dengan banyak, katanya.

Anonymous said...

Tuduhan UMNO bersubahat denga SPR dan JPN serta menggunakan pengundi asing itu mengarut. Tapi nyata menunjukkan Pakatan Rakyat sangat khuatir tidak merintah selepas PRU13.

Anonymous said...

Padan lah jalan banyak berlubang lubang di Selangor. Lihat saja di Petaling Jaya. Yang baru di baikki pun, tak lama dah pecah semula. Bahan yang di guna tak baik. Masa menuap, suhu panasnya tak di jaga. Kalau dah seju baru di tuap ke muka bumi, mana nak lekat.

Pakatan Rakyat pun yang sejuk di tuap ke negeri Selangor, mana nak lekat.

Rupanya 80 lebih nama konterkter main di beri kontrak membaik pulih jalan. Mana boleh pulih. Tak kisah lah Hasan Ali ke siapa. Kira Pakatan Rakyat punya kerja.

Macam kontrek kontrek pungut sampah juga. Persatuan pengguna Petaling Jaya dan Shah Alam dah hebohkan komplen penyelewengan dari berbagai pihak. Dah laporkan kapada SPRM. Masih bersepah sampah pokok dan dahan di sana sini juga lagi.

Nampaknya Pakatan Rakyat sekarang seolah olah sampah. Yang in charge berkaitan sampah ia lah Exco DAP Ronnie Liu. Yang dulu mengetok dengan deras (banging) pintu SPRM dan Bilik Mayat, Hospital Klang, macam gengster, masa Teoh Beng Hock mati.

Macam mana PR nak lekat di Selangor. Dah longgar, nak pecah berborai. Macam jalan yang tak di jaga oleh PR - tak di buat betul. Sombong bongkak. Tuduh menuduh pihak lain. Tapi cakap tak serupa bikin. Tak boleh merintah. Tak boleh di biarkan berterusan.

Anonymous said...

ooik, padan muka, 2 komen pembangkang kena 5 komen anti-pembangkang

PEMBANGKANG-DAP said...

Pemikiran nak menyenangkan orang lain, bertukar kpd bahasa Inggeris bila ada seorang pelajar Korea saja pun, yang di panggil "accomodating mentality" itu -

Orang kampong kata "bagi can (chance) lah". Yang dah diam di bandar pun masih ada lagi yang asyik bagi can saja.

Dulu di panggil "tak apa lah". Orang Inggeris panggil "tidak apathy". Entah entah perkataan Inggeris "apathy" (insensibility to suffering, indolence of mind) itu datangnya dari bahasa Melayu "tidak apa lah" itu, seperti perkataan "amok" yang sekarang ada di dalam Kamus Inggeris itu datangnya dari bahasa Melayu "mengamok".

Kita mesti tukar watak bangsa kita "accomodating" itu, tukar pendirian kita jangan selalu sangat atau tidak memasal "accomodating" sahaja. Kita jangan "insensitive to suffering" atau "be indolent of mind".

Sudah teruk kita di buat dek ultra kiasu sejak depa masuk ke Larut, Perak, di abad 19, membawa kongsi gelap, penjahat dan gengster. Mencetuskan Perang Larut berturut turut I, II, III dan IV. Penghabis nya Kapitan Cina di Larut dengan 44 gengster telah menanda tangi suatu petition meminta British di Penang masuk ke Perak menolong mereka mendapatkan semula lombong lombong bijih timah yang di tawan oleh suku kaum lawan. Mereka datang ke Larut dari Penang yang di tadbir British pada masa itu.

Petition itu telah di gunakan oleh British sebagai alasan masuk negeri Perak, masuk campur dalam pemerintahan Perak, hingga memerintah sebagai penjajah selama hampir 80 tahun, berikutan Perjanjian Pangkor yang di tanda tangani "under the barrel of a gun". Bedebah Kapitan Cina dan 44 gengster itu. Tiada ma'af bagi depa.

Jenis kongsi gelap, perompak dan gengster itu masih ada lagi sekarang - turun temurun yang tidak mengubah pemikiran dan pendirian. Ramai seperti itu sebagai ahli dan penyokong DAP. Lihat sahaja cara pemikiran, hujah hujah dan tindak tanduk depa di sana sini.

Sekarang kita mesti berdiri tegak dan laungkan hak dan kepentingan kita. Kita mesti tepis dan tangkis ultra kiasu DAP dll tiap kali depa meroyan. Yang dah dapat kerakyatan tapi tidak kormatkan Kontrak Sosial kita bedal. Yang tidak hormatkan dan hidup mengikut Perlembagaan negara kita dera. Secara lisan.

Asalkan jangan melanggar Akta Hasutan. Mempertahankan hak dan kepentingan kita serta menepis dan menangkis hujah hujah dan usaha usaha jahat DAP dll bukannya menghasut. Itu bermakna "standing up for our rights and interests". Tidak lagi asyik accomodating mentality.

PEMBANGKANG-DAP said...

Lihat lah, bukan kah ini jenis kongsi gelap, penjahat dan gengster? Menuduh liar tak berhenti henti:

DAP Lim Guan Eng kata dalam blognya:

DAP to "step up campaign to expose BN’s 3Ds - deficit, debt and deceit of the federal government", kononnya.

Membohong tak habis habis dan menuduh BN yang buat begitu. DAP Lim Guan Eng tuduh rakyat tak faham BN “has to borrow money to give the people”. Mendakwa DAP mengurangkan hutang RM 600 juta dalam 3 tahun merintah. Tak masuk akal. Dia menganggap rakyat semua bodoh.

Timbalan Menteri Kewangan dulu menyatakan Kerajaan Penang perlu membayar sejumlah 600 juta untuk kemudahan air yang telah di serahkan kapada Penang. Tetapi LGE anggapkan itu sebagai belian kemudahan air secara ansuran (hire purchase), gunakan cara menyediakan ekaun negeri itu dengan tidak menunjukkan "hutang" itu. Sebab belian ansuran tidak dianggap mereka sebagai ansuran. Pada hal mereka perlu membayar "hutang Kerajaan Federal" itu sejumlah RM600 juta.

Maka di hebohkannya DAP telah menghilangkan hutang RM600 juta dalam tempoh 3 tahun merintah. Cuba main silap mata punya Ketua Menteri. Membohong, menipu rakyat, sebenarnya.

Tapi LGE sedar kemungkinan BN naik semula. Lim kata "BN may regain its lost electoral ground and parliamentary two-thirds majority" dan buat kempen menuduh BN dan menipu rakyat itu.

“Not only we will fail to capture Putrajaya but BN may even win back its two-thirds majority ..,” kata Lim. Dia sudah rasa begitu nampaknya.

Aneh pulak dia sebut "the election team will be headed by national vice-chairman and Cheras MP Tan Kok Wai." Tapi bahru saja beberapa hari dia cakap Karpal Singh akan mengetuai pilihanraya DAP. Banyak ahli DAP kaum India telah gembira dan menyorak kenyataan itu. Dia kata begitu di masa mengumumkan masalah Karpal dan Timbalan KM Ramasamy "sudah selesai".

Cakap tak serupa bikin lagi kah? Tentu merah padam muka Karpal bila membaca hal ini. Tak selesai masalah DAP di peringkat atasan nampaknya. Akan bising lagi penyokong Karpal kapada pemimpin DAP rasanya.

Macam macam lah Lim tuduh BN dalam blognya itu. Seperti biasalah jenis ini menuduh liar saja.

Anonymous said...

Lekat tak lekat selangor di tangan PR nanti kita saksikan. Kita semua tahu yang najis dah kata, by hook or by crook, dia nak tawan selangor. Jadi tak hairan la kalau berlaku penipuan dengan bersubahat dengan spr dan jpn.
Masakan umno memang pakar dalam bidang CURI dan TIPU wang dan hak rakyat. Macam baru baru ini, lepas 250juta, umno mencuri tanah untuk adun umno di trengganu. Kalau nak bukti, tanya rpk. Dia ada senaraikan maklumat dari pejabat tanah di laman web nya.

Anonymous said...

Pas Terengganu di masa berkuasa di Terengganu pernah meluluskan tanah seluas 130 ekar (50.8 hektar) untuk salah seorang wakil rakyat mereka.

Mereka yang dimaksudkan ialah Sulaiman bin Abdullah di alamat, Jalan Ibrahim, Bukit Besar dan isteri Che Hamidah Che Abdul Kadir.

Kedua-kedua mereka adalah doctor perubatan dan pergigian.

Dr.Sulaiman waktu itu adalah merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kawasan Ladang.

Nama syarikat kedua suami isteri yang diberikan tanah seluas itu ialah Imbasan Padu Sdn.Bhd, di alamat Jalan Air Jernih Kuala Terengganu.

Tanah yang diberikan kepada Dr.Sulaiman ialah Lot PT 914, Mukim Rassau, Daerah Dungun, tanah bertaraf pertanian. No fail: PTG.TR.02/15/0105.

Anonymous said...

Anwar kata "GE13 a class war .. PR fighting a class war on behalf of the lower classes". Yang kena sodok belakang (ada juga yang dia sodok depan) tu masuk kelas apa?

Anonymous said...

Aaaa, Zaid KITA kata Azmin Ali mesti bukak mulut di mana dia dapat wang beli saham di katakan bernilai RM8.5 juta. (NST)

Anonymous said...

MB Selangor Khalid mula cakap fasal tender, tapi bukan di mesyuarat Dewan Undangan Ngeri macam dia janjikan, hanya selepasnya, pulaknya.

Dia kata "amalan secara rundingan terus dalam pemberian tender dan kontrak semakin menurun sejak Pakatan Rakyat memerintah negeri pada Mac 2008." Perhatian: Bukan di hentikan, hanya berkurangan.

Di tahun 2011 lalu pun amsih ada lagi kontrak rundingan terus kerajaan negeri beri - sebanyak 21 kontrak, bernilai RM4.75 juta.

Dia kata statistik atau penerangan berkenaan tender tidak dibentangkan dalam sidang Dun seperti yang diumumkan sebelum ini kerana kekurangan masa. Boleh caya ka? Mana boleh. Dia tak berani nak keluarkan segala butir tender sebab tender pungut sampah saja ada bermacam komplen, seperti di katakan oleh Persatuan Pengguna Petaling Jaya dan Shah Alam. Cakap tak serupa bikin lagi.

Pada 2008, sebanyak 60 lantikan terus dilakukan yang bernilai RM60 juta, 2009 (64) RM24 juta, 2010 (23) RM27 juta dan 2011 (21) RM5 juta.

Banyak pun kontrak lantikan terus. Tuduh pihak lain macam macam, tapi begitu banyak diorang sendiri buat. Mana boleh percaya Pakatan Rakyat merintah. Menuduh orang lain tapi mereka buat juga apa yang di tuduh.

Anonymous said...

Ini semua masalah Melayu utra kiasu!

Melayu normal (fikir normal, makan normal, kahwin normal, sembahyang normal, baca Quran normal, ambil upah/gaji normal)tak ada masalah macam Melayu ultra kiasu.

Cina muslim normal juga tak ada masalah macam Cina muslim ultra kiasu!

Anonymous said...

Ya, Melayu ultra kiasu mcm Anwar Al Juburi (pangkat Mat Sabu beri).

Jalan normal, makan normal, fikir tak normal, kahwin normal, seks tak normal ...

Anonymous said...

Bukti Lim Guan Eng lidah bercabang:

KUALA LUMPUR, March 27 (Bernama) -- Penang Chief Minister Lim Guan Eng was chided for his sudden change of heart on contributions made by former Petronas chief executive officer (CEO) Tan Sri Hassan Marican, whom he had once lambasted.

Minister in the Prime Minister's Department Tan Sri Nor Mohamed Yakcop said he was happy that Lim (DAP-Bagan) finally showered praises on Hassan's stewardship of Petronas, the man he had once looked upon with disdain.

Lim had criticised the federal government for failing to retain Hassan within its ranks, saying that the former Petronas CEO's appointment in multinational companies abroad .. as Conoco Philips director in the United States and a company board member in Singapore, etc ...

Anonymous said...

Bukan kah ini Khoo Kay Peng orang kuat atau sokong kuat DAP? Tapi nampaknya dia hentam DAP dalam rencana dia yang di keluarkan oleh Malaysian Insider.

Ini dia sedutannya:

Penang World City: DAP’s policy relapse risks cancelling out all its goodwill — Khoo Kay Peng

MARCH 28 — DAP-led Penang state government risks cancelling out all its goodwill with the current Bayan Mutiara land deal.

The state government has been giving out several social grants ranging from RM100 for those who are above 60-year old to RM1000 for those who are facing bereavement in their family. However, such tokenism will not help to alleviate escalating property prices and cost of living on the Penang island.

DAP has made several key policy decisions which do not appear to include the socio-economic considerations of lower middle income group in Penang. One of its most controversial decisions is the sale of Bayan Mutiara land to a private developer for the development of a mega project, Penang World City (PWC).

Anonymous said...

apa jua, kita tetap undi apa apa parti asalkan bukan BN.
undi Bn hanya akan menggadaikan masa depan sendiri dan keluarga.
dan, memberi peluang untuk orang macam pompuan jahanam itu mencuri lebih banyak lagi wang rakyat.

Anonymous said...

Hal yang di beritakan di NST ini ada tanda tanda Lim Guan Eng mencampuri hal ehwal Islam, malahan cuba mengiris kepentingan Islam.

Di tanah lk 100 ekar di Bayan Mutiara yang di jual kapada pemaju swasta itu di katakan termasuk sekeping yang sejak dahulu telah tandakan untuk pembinaan mesjid.

Sekarang Presiden Penang Malay Congress (PMC) Rahmad Isahak menggesa Ketua Menteri Lim Guan Eng memberi keterangan kapada rakyat Islam Penang kedudukan tanah Bayan Mutiara yang di maksudkan untuk mesjid itu.

Rahmad juga meminta Pengerusi Jawatan Kuasa Hal Hal Agama dll, Abdul Malik Abdul Kassim (orang PAS/PKR?), menjawab tuduhan tuduhan bahawa tanah itu telah di tukar di jadikan "a places of worship site (tapak rumah ibadat)" di bawah Chief Minister Incorporated. Ini akan menjadikan tanah itu di bawah kategori untuk "non-Muslim places of worship."

Sepatutnya tanah itu di serahkan atau di letak di bawah Majlis Agama Islam Penang sebelom jualan di buat.

PMC juga menggesa Umno mendapatkan "judicial review of the sale and purchase agreement inked between the DAP-led state government and the developer." Permohanan undang undang perlu di buat oleh Umno terhadap persetujuan jualan tanah Bayan Mutiara berharga RM1.7 billion yang penuh kontroversi itu.

"We are apolitical and we are bringing this up as it involves religious matters of our people. There is no compromise," Rahmad kata di suatu sidang akhbar di Komtar semalam.

Anonymous said...

Kalau "undi Bn hanya akan menggadaikan masa depan sendiri dan keluarga", undi PR akan menjualkannya. Undi PR bahana lebih besar.

Anonymous said...

Syabash saudara RT

Tadi pagi (28.3.2012) saya tengok paper Utusan Malaysia. Tulisan anda keluar dalam paper UM. Ada yang menarik berkenaan persepsi anda berkaitan Ultra Kiasu.

Saya sangat bersetuju bila anda sebut yang maksudnya lebih kurang begini bunyinya, " kerajaan berilah sebanyak mana pun, kerajaan tunai lah sebanyak mana pun tuntutan puak ultra kiasu, belum tentu lagi mereka akan undi Umno (BN)".

Saudara sedar, saya juga sedar. Tapi adakah Tok Najib dan Tok Muhyidin sedar. Mereka berdua nampaknya terlalu ghairah memberi dan beri dan beri dan beri apa saja yang di tuntut oleh ultra kiasu. Mungkin pada mereka berdua itu saja cara untuk nak bawa balik undi ultra kiasu kepada Umno (BN).

Adakah Tok Najib dan Tok Muhyidin tidak sedar bahawa ultra kiasu sedang bermain wayang sebenarnya. Dan dalangnya tak lain dan tak bukan adalah DAP, manakala patung2 kulit yang membawa watak dalam penceritaan itu adalah MCA dan Gerakan. Manakala audience paling ramai yang bertepuk sorak kegembiraan di hadapan skrin adalah orang-orang Umno.

Kasihan mereka mereka yang menjadi audience.

The Observer.

Anonymous said...

Lagi berkenaan tulisan saudara RT dalam UM pada 28.3.2012.

Benar sekali kata2 anda. Saya nampak SRJKC dan SRJKT ini seolah2 udah menjadi wirid harian Tok Najib dan Tok Muhyidin, asal saja ada function turun padang kedua2 pemimpin ini maka akan jadi tidak sah jika mereka tidak menyebut SRJKC dan SRJKT.

Malang sungguh bagi SK dan SAR, seolah2 dah tak ujud lagi dalam kepala Tok Najib dan Tok Muhyidin.

Kerana saya selalu bercampur dengan kawan2 yang ultra kiasu maka saya sikit sebanyak dapat baca hati perut mereka bila mereka berkata, " itu BR1M kerajaan kasi sebab pilihanraya sudah mau datang, kerajaan bagi kita mesti ambil punya ". Saya faham, tapi adakah pemimpin2 Umno seperti Tok Najib dan Tok Muhyidin boleh faham dan boleh baca maksud yang tersirat.

The Observer.

Anonymous said...

kuatkan undi umno bn najib kurang sebab nak kejar undi cina india

Anonymous said...

Malangnya ultra kiasu Melayu pun ada. Yang lebih 50 tahun tak pernah menang, nak menang. PAS. Nak rasa Putrajaya, kononnya.

Tapi rakan seperjuangan depa, DAP, keji Hukum Hudud depa. Puak Ulama PAS kalah dengan puak Erdogan, buang Negara Islam di Muktamar tahun lalu, tapi Nik Aziz pungut semula Hukum Hudud. Kena sembur dek Karpal Singh tak habis habis.

Ahli ahli & penyokong PAS yang berpuluh tahun impikan Negara Islam & Hukum Hudud marah puak Erdogan. Jugak meradang dengan DAP kata "Never" dan "Over my dead body" kpd Hukum Hudud. Mana nak sampai ke Putrajaya. Mana boleh merintah sebab asyik bertelingkah.

Anwar & PKR? Tak masuk buku pun. PKR parti keluarga - Anwar, isterinya Azizah & anaknya Nurul Izzah. Anwar di jangka masuk penjara bila selesai bicara rayuan Sodomi II. Rakyat dah tak kisah sangat dah dengan depa. Ultra kiasu juga. Sebab kalau pilih depa, DAP lah yang naik dan akan melanda landa.

Anonymous said...

Orang bodoh sekalian! Inilah fakta yang sebenarnya:

1) Kontrak sosial yang anjing UMNO selalu bisingkan itu adalah dicedok dari kontrak sosial berhaluan kiri iaitu yang bekerjasama dengan pihak komunis. Silalah baca buku Mustapha Hussain!

2) Kalau DAP dituduh komunis, PAP pimpinan LKY adalah komunis. Bukankah Singapura bekerjasama erat dengan Israel? Kalau macam tu Israel juga komunis? Kalau Israel komunis, US juga adalah komunis?

3) Kalau sekolah Cina dihapuskan, akan terjadi satu aliran penghijrahan besar-besaran pemuda Cina keluar dari negara ini ke Taiwan, Singapura. Bolehkah Malaysia bertahan kalau trend penghijrahan ini berterusan? Atau korang memang suka dengan pendatang dari Bangladesh, Indonesia, Pakistan, Indiadan Afrika ? Tepuk dada tanyalah selera! Mungkin korang suka sangat menjadi mundur?

4) Mengapa encik Tee sendiri tidak mengikut Datuk Wee untuk mendengar sendiri perhimpunan yang dianjurkan oleh DOng Zong? Mengapa bersikap berat sebelah dan membutakan mata serta memekakkan telinga? Siapa yang kiasu sebenarnya?

5) Islam sepatutnya membawa kepada perubahan yang baik tetapi nampaknya encik Tee sendiri sudah hitam hatinya tidak menerima hakikat Islam sebenarnya dan hanya tahu menangguk air yang keruh dengan sengaja mewujudkan sentimen syok sendiri dan pembantaian antara kaum!

6) Malang sungguh UPTN mendapat pensyarah yang bergelar Profesor Madya tetapi akal fikiran yang jumud tetapi amat takut untuk berfikiran secara terbuka. Adakah Islam menyuruh umatnya untuk bersikap sedemikian?

7) Encik Tee, kamu terasa bila ada yang menegur dan berselindung di belakang nama agama Islam untuk mempertahankan diri. Mengapa sekarang kamu mencampuri urusan bangsa yang kamu sendiri sudah benci?

8) CUba tanya diri encik Tee, mengapa masyarakat Cina kini boleh menyokong PAS dan bukannya UMNO? Bukankah ini yang paling ditakuti oleh UMNO? Budaya takut-takut ini sememangnya diasaskan oleh penjajah British yang lebih dikenali sebagai divide and rule? Untuk pengetahuan encik Tee, dasar tersebut sudah pun lapuk dan tidak boleh dipakai lagi.

9) encik Tee, tahukah anda yang Malaysia ini sebenarnya adalah satu cadangan dari satu kertas kerja di Universiti Cambridge pada tahun 1899. Cubalah cari buku tersebut yang diulang cetak pada tahun 1937. Kalau tak dapat cari, Universiti Malaya mempunyai beberapa salinan buku tersebut. Terang-terang nama MALAYSIA telah dicetak pada buku itu.

10) encik Tee, tahukah anda yang bendera Malaysia ini hanyalah satu perubahan dari bendera syarikat Hindia Timur di mana lambang Union Jack itu telah di tukar dengan bulan dan bintang?

11) encik Tee, tahukah anda yang lagu kebangsaan Negaraku itu dicedok dari lagu rakyat Mamula Moon?

12) Tolong yang tahu membaca di sini, apakah identiti Malaysia sebenarnya?
Keris, lagu rasa sayang adalah kepunyaan Indonesia. Songkok berasal dari Pakistan. Baju Melayu sendiri datang dari Indonesia. Satay dari tanah Jawa yang dicedok dari negara China. Roti canai atau asalnya roti poratha dari India. Jadi sila terangkan mana dia identiti Malaysia asli?

13) Jadi boleh disimpulkan negara Malaysia ini direka dan segala identitinya dicedok dari negara lain oleh British. Jadi siapa sebenarnya pengkhianat bangsa? Sudah tentu UMNO!

14) UMNO sendiri direstui oleh British dalam penubuhannya untuk mengelakkan desakan puak berhaluan kiri!

Jadi janganlah nak banggakan sangat ciptaan British dan penulis upahan UMNO ini!

Anonymous said...

islam2..asal masuk blog mesti islam,bagus sangat kah agama kamu ini.dalam politik pun islam,tidak bertamadun langsung matang2kan lah fikiran sikit oi.benci saya lihat.orang melayu lagi satu ini bangga sangat dengan kaumnya,kaum melayu lah yang selalu timbulkan masalah di malaysia.terlampau bau perkauman betul.1 malaysia konon,maki2 orang saja tau.tak sedar2 kah.langsung tidak meneriama pendapat dari kaum lain.MALAYA PEOPLE IS SUCK PEOPLE AFTER ALL,EVIL PEOPLE IN THIS COUNTRY ALWAYS BULI OTHER RACE AND RELIGON.

Anonymous said...

Prof, rasa-rasanya, dalam soal agenda nasional, BM dah tak releven, cukuplah sekadar lulus peperiksaan umum dan pergi pasar membeli belah,lepak kat warung...siapa peduli? sebab rohnya memang dah lama hilang, yang kita lihat sekarang hanyalah hasil gubahan '"pioneer" dulu mempertonjolkannya sebagai bahasa gagah perkasa, bahasa perpaduan Malaysia. Power !tapi jika dikaitkan dengan Bahasa Indon, kita pula naik angin kan? Mat Salleh pula terpingga-pinga, apa tidaknya, sebab huruf Roman dia kenal, sebut pula tak kena.. Ultra kiasu pula, Bahasa dan tulisan macam petak bersegi-segi, otak dia orang boleh tahan ligatnya. tak paham lah..Hakikatnya, selalu nampak bahasa mereka dimana-mana. dari Hulu Sungai Manau Brazil hingga Pulau Tongga. Bosan juga s. BM dimana? Dapat kredit dalam dah cukuplah

Anonymous said...

wahai si anon yang pandai segala dengan fakta yang maha betul segala...sedikit pembetulan...orang cina bukan sokong pas over umno tetapi sokong dap over everything else..aku besaq kat penang aku kenal sangat psyche depa ni...keris bukan asal indonesia tolong baca balik buku sejarah dengan kamus dewan, mungkin hang kurang paham! yang lain hang bagi tu terlalu remeh budaya bangsa melayu yang beribu tahun lamanya sangat kompleks daripda roti paratha segala! songkok pun bukan asal pakistan tolong baca buku sejarah asia, sebelum mat nepal mengamuk ala gurkha, sebenarnya malas aku nak bagi klu kat orang bodo sombong macam hang!
betul negara ini acuan penjajah sebab, lagu negaraku lagu saduran dll lain lain fake pasal negara ni and fyi semua ni perancangan setan-setan nak jajah bumi bertuah, depa dah rancang lama, buktinya seperti buku yang hang sebut tadi, memang survanabhumi ni dah lama menjadi buah mulut warga dunia, lagi lama daripada tarikh tu semua, vamsa dan krajaan kami jadi charita warga dunia...kalau tak bertuah hang pun tak mai sini jangan nak tipu, mungkin hang pun dah pi taiwan (dekat sikit), tapi the fact is tok nenek hang pilih tanah malayu over everything else kalau tak tentu hang dah jadi aussie, bila dah kena jajah bila nak merdeka macam2 la setan british yahudi letak segala pra syarat, kalau aku, aku tak akan setuju,mahathir pun tak setuju dulu, dia berpendapat biar malaya lambat merdeka asalkan kampung tak tergadai, tapi pcyshe bangsawan lain skit dengan orang kebanyakkan, hidden hands pun sangat berperanan (yang ni aku tau hang tak akan paham!) lalu projek setan british yahudi pun menjadi, hang pun dapat warganegara, aku generasi lepas merdeka,celik2 semua ni dah ada aku terima negara ini seadanya, depa kata lagu ni lagu negaraku, sayangkan negara aku pun nyanyi, depa kata bendera ni bendera negara aku, aku pun hormat,simple...apa yang aku boleh bantu perbetulkan aku buat dalam semangat malaysia, tapi kiasu macam hang mana nak paham ni semua, u are what u eats! kalau makan binatang tu perangai pun jadi sama...ini fakta sains, tak percaya, sila baca, baca dan baca lagi...

Anonymous said...

Islam diperalatkan oleh manusia untuk kuasa politik. Manusia mencipta agama menyebab perselisihan antara manusia. Agama tidak penting untuk manusia tetapi pemimpinlah yang menyebabnya penting.