Semua artikel adalah pendapat peribadi. Anda berhak untuk tidak meneruskan bacaan atau tidak mengakseskan blog ini serta merta jika anda tidak bersetuju dengan pemikirannya. All the articles written are the personal views. You have absolute rights not to continue reading or to discontinue accessing this blog immediately if you are disagreeable with the personal views.

Monday, August 22, 2011

Siapa yang untung lebih?

4:00 PM Posted by RIDHUAN TEE 233 comments
(Sinar Harian, 22 Ogos 2011)

Pada 10 Ogos 2011 saya tersentak membaca berita 41 pelajar mendapat biasiswa Sun-MAPCU (The Malaysian Association of Private Colleges & Universities) bernilai RM4.5 juta. Saya merasa amat pelik, kenapa tidak ada seorangpun penerimanya adalah dari kalangan orang Melayu (Islam)? Adakah tidak ada permohonan? Atau tidak ada yang layak? Atau pun memang polisinya hanya untuk pelajar bukan Melayu kerana mungkin ada yang beranggapan bahawa orang Melayu (Islam) telah dibantu kerajaan?

Malangnya, tidak ada pertubuhan Melayu atau orang Melayu yang bersuara atau mendesak atau bertanyakan kenapa tidak ada pelajar Melayu yang mendapat biasiswa tersebut? Bayangkan jika semua pelajar Melayu mendapat biasiswa tersebut, apakah reaksi bukan Melayu? Sudah dapat dijangkakan. Heboh satu dunia.

Inilah sifat Melayu yang saya puji, jarang sekali kiasu, apatah lagi menjadi ultra. Kiasu ini ada baik dan buruk. Jika langsung tidak ada kiasu, bagaimana kita mahu bersaing dengan orang lain. Buruknya pula, jika kiasu sampai kepada peringkat ekstrem, ia akan menimbulkan pelbagai masalah seperti yang berlaku pada hari ini. Pendek kata, kiasu perlu ada dalam diri kita, tetapi perlu digunakan pada tempatnya. Jika terus menerus kiasu sehingga menjadi ultra, kontroversi dan masalah tidak akan selesai.

Misalnya, kontroversi biasiswa JPA terus berlaku saban tahun. Apabila senarai penerima biasiswa dikeluarkan, suara ultra kiasulah yang paling lantang. Mereka akan menyediakan senarai panjang calon-calon mereka yang dikatakan layak tetapi tidak tersenarai. Mereka tidak sedar, masih ramai pelajar Melayu yang layak juga tidak tersenarai. Jarang pula saya dengar ada NGO Melayu bertindak seperti ultra kiasu. Apakah benar nasib pelajar Melayu telah terbela?

Tidak cukup dengan itu, biasiswa yayasan-yayasan negeri yang ditawarkan turut menjadi rebutan, terutama Yayasan Selangor. Ultra kiasu semakin mendesak supaya mereka juga diberikan peluang yang sama. Saya tidak nafikan hak setiap warganegara, tetapi biarlah berpada-pada, berpandukan kepada ‘formula’ dan garis panduan yang ada.

Jika ada kalangan ahli mereka yang layak tidak dapat atau tercicir, maka hebohlah satu dunia, dengan mengatakan bahawa hak bangsanya dinafikan oleh agensi-agensi tersebut. Mereka akan mencanangkan berlaku diskriminasi. Kenapa perlu ada sistem kuota? Pendek kata, ini tidak adil, itu tidak adil, semuanya tidak adil selagi tidak berlaku fair and square. Tidak lama lagi, jika kerajaan mengiktiraf UEC (Unified Examination Certificate), yakni sijil yang dikeluarkan oleh sekolah persendirian Cina, perebutan dan persaingan akan menjadi semakin sengit, walaupun ada kalangan mereka yang tidak boleh bertutur dalam bahasa Melayu, tetapi mendapat pangkat yang baik dalam peperiksaan.

Isu ini sengaja dipolitikkan oleh ultra kiasu untuk mendapatkan sokongan walaupun hakikatnya pemberian biasiswa JPA adalah terjemahan kepada apa yang terkandung dalam kontrak sosial dan perlembagaan negara yang telah dipersetujui oleh semua kaum. Akibat tekanan dan desakan ini, ditambah pula kepentingan politik, kini pemberian biasiswa tidak lagi mengira kuota, tetapi berasaskan kepada merit peperiksaan semata-mata. Temuduga yang cuba dilakukan oleh JPA ditentang habis-habisan, kerana mereka tahu apa kelemahannya.

Sebaliknya, jika mereka telah mendapat sebahagian besar bantuan tersebut, maka isu ini disenyapkan. Pada saya, jika mereka benar-benar ikhlas memperjuangkan hak semua kaum, kenapa mereka tidak bersuara apabila tidak ada orang Melayu (Islam) tidak tersenarai sebagai penerima biasiswa Sun-MAPCU tersebut.

Inilah strategi yang amat licik, biasiswa mereka, untuk mereka sahaja. Manakala biasiswa orang lain hendaklah dikongsi. IPTS untuk mereka sahaja (walaupun terbuka), IPTA mesti dikongsi bersama. Syarikat mereka untuk orang mereka sahaja, manakala syarikat kerajaan mesti dikongsi bersama. Dalam kata lain, hak orang lain mesti dikongsi, manakala hak sendiri untuk bangsa sendiri.

Trend sebegini tidak akan berhenti setakat ini sahaja, ia akan bertali-temali dalam segala sektor dan profesion pekerjaan. Kesan jangka panjang amat tidak menguntung kita jika tidak ditangani dari sekarang. Syarikat-syarikat bukan Melayu (sektor swasta) akan mengambil graduan-graduan IPTS kepunyaan kaum tertentu. Manakala dalam sektor awam pula yang dikatakan dipenuhi oleh orang Melayu, perlu dibuka kepada semua kaum.

Setiap parti politik berasaskan akan menjadi mata dan telinga atau watch dog dalam jabatan kerajaan. Mereka akan melihat segala ruang dan peluang untuk memberikan yang terbaik kepada kaumnya. Jika ada yang pincang, mereka akan keluar sebagai jaguh. Jika ‘formula’ ini terus dibiarkan berjalan, akhirnya nanti, siapa yang untung, siapa yang rugi? Janganlah dibincangkan keuntungan dalam jangka masa panjang.

Saya amat yakin, apabila dicampur tolak nanti, keputusannya tidak banyak berpihak kepada Melayu dan bumiputera. Puncanya kerana kita tidak menguasai ekonomi. Akibatnya, pribumi terpaksa berpaut atau bergantung kepada kerajaan. Justeru, kerajaan perlu melihat perkara ini dengan serius. Kepentingan jangka pendek tidak akan kekal lama berbanding kepentingan jangka panjang. Justeru, hari ini kita perlu bangkit, apa yang menjadi hak kita, mesti diperjuangkan, kita boleh senyap atau mengalah sahaja. Memang sifat ini baik, tetapi untuk berhadapan dengan ultra kiasu, kita mesti juga turut agresif.

Sebenarnya, saya tidak mahu melakukan tolak campur ini, tetapi perkembangan mutakhir ini menjadi saya begitu teruja. Lebih serius lagi hari ini kebanyakan ahli-ahli perniagaan, dan jutawan bangsa-bangsa tertentu mencurahkan segala derma dan sumbangannya kepada IPTS berasaskan bangsanya yang sahaja. Mereka juga mendapat pengecualian cukai.

Akhirnya nanti, cukai pendapatan akan menjadi semakin kurang. Sudah tentu ia akan meninggalkan kesan kepada IPTA. IPTA-IPTA yang begitu banyak terpaksa berkongsi peruntukan kerajaan. Sedangkan IPTS mendapat bantuan mencurah-curah daripada hartawan dan jutawan berasaskan kaum.

Saya yakin, dalam jangkamasa panjang, IPTA tidak akan mampu bersaing dengan IPTS berasaskan kaum. Tidak perlulah saya berbicara soal IPTA antarabangsa, sudah tentu kabelnya lebih besar.

Pengajaran yang lalu perlu diambil sebagai iktibar. Ia amat dituntut dalam Islam. Misalnya, kedudukan Bahasa Melayu. Saya telah pergi ke sebuah bank yang baharu sahaja melakukan penggabungan. Polisi bank tersebut, adalah pertama bahasa Inggeris, kedua bahasa Mandarin dan ketiga lain-lain bahasa. Petunjuk atau papan tanda dalam bahasa Melayu dalam bank tersebut hampir tiada, kecuali dua atau tiga orang pekerja kaunter sahaja yang berbangsa Melayu. Itupun mereka begitu berlagak menggunakan bahasa lain. Tidak lama lagi bahasa Melayu akan pupus.

Justeru, di manakah slogan Malaysian first seperti yang dicanangkan. Apabila ada di antara kita yang berkata Malay first, heboh satu dunia menuduh orang ini rasis orang itu rasis. Tetapi apabila mereka mengenepikan agenda nasional, mengutamakan bangsa sendiri, itu bukan rasis namanya. Politik rimba apakah ini? Jangan jadi kura-kura dalam perahu, pura-pura tidak tahu.

233 comments:

«Oldest   ‹Older   201 – 233 of 233   Newer›   Newest»
Anonymous said...

melayu bodoh umno - pendokong gejala rasuah dan politik wang di malaysia. penyamun2 wang rakyat malaysia.

Anonymous said...

Dah memang biasa lah. Budak Cina ultra kiasu DAP cakap lagu tu.

Dia tak ada modai, tak ada hujah. Hanya kata Melayu bodoh. Dah banyak diceritakan diatas bahwa Melayu lebih lama sejarah dan budaya dari bangsa Cina pun. Biaq pi lah dia melalak dan menyalak. Tiap kali dia keluaq lagu tu, lagi benci orang kat DAP.

Anonymous said...

" Hanya kata Melayu bodoh. Dah banyak diceritakan diatas bahwa Melayu lebih lama sejarah dan budaya dari bangsa Cina pun. Biaq pi lah dia melalak dan menyalak. Tiap kali dia keluaq lagu tu, lagi benci orang kat DAP.

10:53 AM "

SUDAH BANYAK KALI KATA JUGA. 7000 TAHUN MASIH NAK MINTA TONGKAT? HEBAT JUGA MELAYU BODOH UMNO!!!

Anonymous said...

10.55am,

bukalah mata kau. aku tak kata melayu bodoh. aku kata MELAYU BODOH UMNO. UMNO.....
FAHAM? BODOH?

JANGAN PUTAR BELIT DAN FITNAH.
TAPI ITULAH MELAYU BODOH UMNP. BIADAP, BODOH DAN SUKA MEMFITNAH.

Anonymous said...

melayu benci DAP? wait and see in pru13, melayu bodoh UMNO!

Anonymous said...

Orang-orang Melayu mesti disedarkan bahawa ancaman sebenarnya terhadap mereka ialah Umno sendiri.

Parti yang mengapi-apikan perkauman supaya orang-orang Melayu membenci kaum lain bukan sahaja membahayakan kaum yang menjadi sasaran kebencian mereka, malah sebenarnya membahayakan orang-orang Melayu sendiri apabila mereka diapi-apikan supaya membenci kaum-kaum lain yang dipalitkan dengan imej sebagai musuh yang mencabar dan mahu menyerang orang-orang Melayu.

Orang-orang Melayu membahayakan diri mereka sendiri dan seluruh rakyat Malaysia jika membiarkan diri mereka diperdayakan oleh perkauman melampau yang diapi-apikan oleh Umno.

Umno hanya bersandarkan perbuatan mengapi-apikan perkauman untuk menyambung nyawanya dan ia akan mati jika tidak mengapi-apikan perkauman serta menyalahgunakan kuasa.

Umno hanya hidup dengan mengapi-apikan perkauman melampau serta membuat cerita bohong di sana-sini kononnya orang-orang Melayu dicabar dan diserang.

Umno terpaksa melakukan itu semua untuk menyembunyikan pengkhiantannya dari terdedah dengan lebih meluas kepada orang-orang Melayu.

Siapa yang bertanggungjawab terhadap kepupusan 44 peratus tanah rezab Melayu sepanjang pemerintahan Umno? Siapa yang menzalimi setinggan-setinggan Melayu seperti di Kampung Berembang? Siapa yang menghalang pertambahan kerusi Melayu serta mencincang-cincang kawasan majoriti Melayu dalam persempadanan semula kawasan pilihan raya dalam tahun 2003 lalu?

Anonymous said...

Siapa yang untung lebih diantara parti parti komponen Pakatan Rakyat?

Nampaknya DAP pun dah menghentam Anwar sekarang.

Cuba baca ni:

“The whole problem with Anwar is not the sex thing. The problem with him is that he is not leading. He is just not focused at all. We are so close yet so far and it’s all because of him,” said a DAP MP.

According to Dr Ong: “Even if you take away the distractions, there is criticism that he is not adept at building and strengthening institutions in the coalition and was seen as unable to control his own party.”

Ini punca maklumat itu:

http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2011/8/28/nation/9361963&sec=nation

Anonymous said...

Melayu Pecah kerana sikap Bodoh Sombong UMNO/BN!

KUALA LUMPUR, 27 Ogos — Bersetuju dengan pandangan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria, Profesor Madya Mohammad Agus Yussoff menegaskan perpecahan Melayu yang didakwa semakin parah turut disebabkan tindakan kerajaan tidak mahu mendengar pandangan berbeza daripada rakyat.

Selain itu tegas pensyarah dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), perpecahan Melayu juga berpunca daripada tindakan kerajaan mengetepikan hak orang Melayu sepertimana yang berlaku di Kelantan.

“Saya setuju sangat dengan padangan Harussani tapi saya nak tambah lagi dua iaitu perpecahan Melayu juga berpunca dari sikap kerajaan yang tidak mahu buka telinga dan dengar pandangan yang berbeza daripada rakyat... kalau kerajaan tidak mahu orang Melayu berpecah, kerajaan perlu dengar dan terima pandangan yang berbeza sebab itu punca orang Melayu berpecah tapi masalahnya kerajaan takut nak dengar.


“Berpecah orang Melayu ini juga sebab diskriminasi dan ketidakadilan kepada orang Melayu itu sendiri seperti mana yang berlaku di Kelantan sebab itu perpecahan ini berlaku,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Dalam Wacana Ulama Politik Untuk Dakwah Atau Parti baru-baru ini, Harussani berkata perpecahan di kalangan Melayu berlaku disebabkan pentadbiran negara yang cukup lemah, rasuah dan tidak amanah.

Harussani juga berkata, orang Melayu berpecah selepas bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memecat Datuk Seri Anwar Ibrahim pada September 1998.

Tegas Agus, perpecahan Melayu boleh dielakkan sekiranya kerajaan menerima setiap kritikan dan pandangan berbeza yang dikemukakan oleh sesiapa sahaja termasuk Pakatan Rakyat.

“Sedangkan kerajaan boleh lakukan pelbagai cara dan saya takut perpecahan orang Melayu ini akan meruntuhkan negara, kita ada ramai ahli akademik dan pembangkang yang memberikan pandangan tapi kerajaan tidak mahu dengar.

“Sekarang kita lihat tiada lagi orang Melayu yang berani untuk beri pandangan yang berbeza dengan kerajaan, ini yang menyebabkan kelemahan orang Melayu... kerajaan perlu berani mendengar pendapat yang berbeza,” katanya. Tambah beliau:

“Tiada guna adanya ahli akademik kalau semua jadi pak angguk.”

Agus menambah isu perpecahan Melayu bukan isu politik dan pandangan Harussani perlu diambil berat.

“Ini bukan isu politik, ini pandangan mufti untuk beritahu kenapa orang Melayu lemah dan berpecah.

“Saya setuju dengan pandangan Harusani itu, ia adalah pandangan yang baik tapi kerajaan tidak mahu terima,” katanya.

Pensyarah kanan Universiti Sains Malaysia (USM) Profesor Madya Dr Sivamurugan Pandian berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu tampil membuat penjelasan sama ada bersetuju atau tidak dengan pandangan Harussani itu.

“Apa yang dikatakan Harussani itu antara sebab mengapa wujud perpecahan, barangkali perdana menteri perlu mengeluarkan kenyataan balas sama ada beliau setuju dengan pandangan mufti Perak itu atau tidak.

“Penjelasan harus diberikan supaya tiada lagi spekulasi lain kerana ia keluar daripada Harussani,” katanya.

Jelas beliau, banyak faktor yang menyebabkan perpecahan orang Melayu berlaku bukan hanya tiga perkara yang dibangkitkan Harussani.

“Bagi saya perpecahan orang Melayu itu mungkin berpunca daripada parti politik macam PAS dan Umno dan saya rasa kalau kedua-dua parti ini duduk bertemu perkara ini boleh diatasi.

“Sebab isunya sekarang adalah Melayu-Islam, utamakan perpaduan dan ketepikan fahaman politik dan titik imbangan itu, ini bukan kerjasama politik tapi untuk perpaduan orang Melayu,” katanya.

Anonymous said...

Budak Cina ultra kiasu DAP tu dah mula lagi salin copy n paste seluruh apa yang dijumpainya. Langsung tak sebut dari mana dikutipnya, mungkin ditepi kandang babi dsbnya yang dia biasa berada.

Langsung tak ada komen apa apa. Sebab dia tak ada hujah hujah, tak ada akal nak keluar hujah seperti peserta biasa.

Yang dikeluarkannya diatas itu sudah dikeluarkan nya dulu. Dia sengaja nak menunjukkan kebodohannya. Lantak lah dia.

Anonymous said...

PAS memang sebuah parti yang bergerak berteraskan ajaran Islam. Maka setiap ahlinya secara langsung atau tidak harus melalui proses tarbiyah untuk bukan sahaja mengenali erti halal haram tetapi bagaimana menentukan keadilan kepada semua dalam tata-kelola negara dan masyarakat.

Pertembungan antara PAS dan Umno perlu difahami dengan jelas oleh setiap pihak sebagai bukan hanya sekadar pertembungan politik, tetapi adalah pertembungan akidah.

Penolakan PAS untuk bersatu dengan Umno BN sememangnya tepat kerana kerjasama PAS dengan Pakatan Rakyat ternyata jauh lebih menguntungkan PAS dan umat Islam dari sudut dakwah dan pelbagai sudut lain.

PAS dengan DAP kini merintis jalan mencari lebih banyak titik persamaan – menumbangkan Umno-BN.

Dalam mengendalikan strategi dalam dakwah dan politik, jamaah Islam mestilah menggambilkira ‘waqi dan biah’ ataupun realiti dan suasana. Realiti politik di Malaysia ialah, tidak ada mana-mana parti politik pun (yang berasaskan kaum atau agama) boleh membentuk kerajaan secara bersendirian.

Pola komposisi kaum yang diwujudkan oleh penjajah, menyebabkan mana-mana parti yang didominasi oleh orang Melayu memerlukan sokongan parti kaum minoriti untuk membentuk kerajaan.

Sejak sistem demokrasi berparlimen diperkenalkan di negara ini, Umno dianggap sebagai parti yang terkuat yang sehingga kini ia belum mampu dicabar dalam mana-mana pilihanraya umum. Umno adalah parti yang berasaskan kaum Melayu dan perjuangannya pun berteraskan asobiyyah Melayu sempit. Sekuat-kuat Umno pun, jika ia memilih untuk menyertai pilihanraya secara bersendirian, bertanding di kesemua kerusi Parlimen; Umno masih tidak mampu untuk membentuk kerajaan.

Tanpa kerjasama dengan bukan Melayu, ditambah dengan persaingan parti politik Melayu/Islam atau individu Melayu/Islam dari parti multi racial, maka Umno tidak berupaya memenangi kesemua kerusi.

PAS buat masa ini belum lebih kuat dari Umno, jika bercadang untuk bertanding di kesemua kerusi Parlimen maka jawapannya tetap sama, PAS tidak mampu menang semua dan jika menang semuanya masih tidak dapat membentuk kerajaan bersendirian tanpa sokongan kaum bukan Melayu/Islam. Ia adalah realiti politik yang sangat mudah untuk difahami.

Justeru itu, PAS perlu jalinan kerjasama dengan parti bukan Melayu untuk membentuk kerajaan di Pusat. DAP bukan parti Cina, tapi imej DAP adalah ‘parti Cina’. DAP adalah ‘parti Cina’ yang berpengaruh setanding dengan MCA dan Gerakan. Sebagai pembangkang, pilihan yang ada bagi PAS ialah DAP, sepertimana sebagai parti kerajaan pilihan bagi UMNO ialah MCA dan Gerakan.

Kerjasama PAS dan DAP dijalin atas banyak persetujuan bersama. Antaranya penentangan berterusan terhadap rasuah, kronisme, ISA, ketidakadilan sosial, beberapa akta Parlimen yang merampas hak rakyat, hedonisme yang keterlaluan, kepincangan sistem kehakiman, penyalahgunaan kuasa polis, penyalahgunaan instrument kerajaan untuk politik dan macam-macam lagi.

Segala kebejatan itu berakar umbi dalam kerajaan tanpa dapat dibendung lagi.

Sehebat-hebat PAS sekalipun, tidak akan dapat melakukan apa-apa untuk membetulkan segala kepincangan itu seandainya bersama dalam BN (Wal’yazubillah, itu cuma andaian).

Satu-satu cara untuk ‘membunuh’ semua kebejatan itu ialah dengan menumbangkan BN di Pusat.

Anonymous said...

Ini PAS Mat Sabu pulak punya hal. Mcm orang tak sekolah. Kata Kominis Bukit Kepong tu pahlawan. Gila punya orang.

Mcm tu PAS nak mmengharap ke Putrajaya ke?

Melayu yang ada saudara mara dibunuh kominis, banyak kampong halaman terjejas, banyak tanah tak terjaga akibat perintah berkurung dizaman dharurat kominis dulu, Tak daat cari makan, susah nak hidup berpuluh tahun, tentu tak akan undi PAS bila Mat Sabu cakap macm dibawah ni:

Many see red over Mat Sabu's statement
2011/08/28 news@nst.com.my

KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin said the alleged remarks by Pas deputy president Mohamad Sabu that the communist terrorists who attacked the Bukit Kepong police station in the 1950s were the true heroes of the country, was an insult to those who had fought for the country's freedom.

Mat Sabu, had allegedly made such remarks at a political talk in Tasek Gelugor, Penang on Aug 21, as reported by a local daily.

"He has arrogantly hailed the CTs as heroes. Such remarks are a manifestation of Mat Sabu's ignorance of the contributions of past Malay leaders in the fight to gain independence for Malaysia," he said in a statement here yesterday.

In Pagoh, Barisan Nasional Youth members yesterday lodged a police report against Mohamad Sabu over his statement on the attack on the Bukit Kepong police station.

Historian Professor Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim said Malaysians who claimed to be communist supporters usually were not aware of what they were fighting for in the country and how communism came here.

He asked if Mohamad was aware that the communists in Malaya were part of a world movement and never had any intention to make Malaya an independent state but were part of a communist order with no boundaries between nations.

Khoo said many were also not aware that prior to the Communist Party of Malaya, the first communist organisation here was called the Provisional Commission of the Communist Party of China.

Anonymous said...

Umno cukup sedar bahawa dengan kerjasama antara PAS, DAP dan KeADILan adalah satu-satunya cara BN boleh ditumbangkan di Pusat.

Maka satu-satunya cara untuk menghalang perkara tersebut ialah dengan memecahkan kerjasama PAS, DAP dan KeADILan.

Umno juga tahu bahawa isu besar yang boleh (dianggap) memecahkan PAS dan DAP ialah isu ‘Hudud atau Negara Islam’.

Maka soalan cepu emas yang sering diajukan Umno di kalangan umat Islam ialah, mengapa PAS sanggup bersama DAP yang menolak hudud? Manakala di kalangan bukan Islam pula, mengapa DAP nak bekerjasama dengan PAS yang nak laksanakan hudud?

Tanggungjawab dan kewajipan menumbangkan BN sangatlah besar tuntutannya. Jika PAS perlu memilih parti politik bukan Islam yang kuat, dan sedia terima hudud (sebagai syarat), baru hendak dijadikan rakan kerjasama menumbangkan BN maka PAS tidak akan menjumpainya. Maka Umno/BN akan terus berkuasa.

Apabila DAP menolak perlaksanaan hudud, tidak bermakna PAS memadam terus cita-cita tersebut. Apa yang berlaku ialah PAS mahu tetapi tidak mampu. Terdapat berbezaan yang jelas antara ‘tidak mahu’ dan ‘tidak mampu’.

Pindaan perlembagaan ke arah pelaksanaan hudud perlukan sokongan dua pertiga di Parlimen. Khusus untuk mengizinkan pelaksanaan hudud di negeri, Parlimen perlu meminda Akta 355, Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 terlebih dahulu.

Tanpa sokongan dua pertiga maka PAS bersendirian ‘tidak mampu’ melakukannya.

Tidak berdosa seorang miskin yang tidak mampu menunaikan haji di Mekah lantaran tiada wang, sedangkan dia memang menyimpan cita-cita dan berusaha untuk menunaikannya.

Ini berbeza dengan UMNO yang langsung tiada cita-cita untuk melaksanakan hudud, malah mempersenda-sendakan hukum tersebut dalam perhimpunan Agung UMNO.

Hudud adalah satu juzuk dari tuntutan Islam yang diwajibkan ke atas pemerintah, bukan kewajipan individu.

Bagi individu Muslim, tanggungjawab mengembelingkan kekuatan ummah serta menjana kebangkitan rakyat untuk menumbangkan kerajaan yang tersenarai 1001 kebejatan tadi adalah kewajipan yang lebih utama.

Jika waqi’ dan biah yang ada; menuntut kerjasama dengan DAP sebagai pra syarat mencapai cita-cita tersebut maka tentu ia menjadi keutamaan.

Tidak betul untuk membiarkan pihak yang zalim terus berkuasa hanya kerana merasakan satu juzuk dari ajaran Islam (hudud) tidak dapat dilaksanakan jika berkongsi kuasa.

Umat Islam tidak boleh menunggu mampu buat semua perkara, baru hendak memulakan semua perkara. Kaedah feqah sangat jelas, ‘tak boleh buat semua jangan tinggal semua.’

Tidak boleh buat hudud (untuk sementara) sekurang-kurangnya PAS boleh memegang tampuk kuasa. Banyak perkara yang boleh dilakukan dengan kuasa untuk kebaikan.

Rakyat boleh difahamkan dengan Islam sama ada dengan lisan atau suri teladan yang baik bila parti Islam mentadbir.

Kalau kita mahu 100 peratus jadi macam kita baru boleh kerjasama, tidak wujud lagi DAP dan tiada lagi istilah kerjasama. Mestilah terdapat berbezaan, walaupun banyak aspek bersama yang diperjuangkan.

Umno, MCA, Gerakan dan MIC pun berbeza dalam banyak perkara. Tetapi akibat permuafakatan mereka dapat berkuasa lebih separuh abad. PAS dan DAP kena begitu.

DAP tidak menjadi ancaman kepada kuasa politik Melayu kerana mereka bertanding di semua kerusi majoriti bukan Melayu atau majoriti bukan Melayu agak besar.

Persaingan DAP ialah MCA, Gerakan, MIC atau parti-parti bukan Melayu. Siapa yang menang antara mereka pun tetap bukan Melayu.

Begitu juga dengan PAS pada umumnya hanya bersaing di kawasan yang ditandingi UMNO. Jika UMNO kalah yang menang ialah PAS bukan DAP. Jadi di mana hujah DAP menjadi ancaman Melayu?

Anonymous said...

"Pertembungan antara PAS dan Umno perlu difahami dengan jelas oleh setiap pihak sebagai bukan hanya sekadar pertembungan politik, tetapi adalah pertembungan akidah."

Benar. Sampai sekarang orang Melayu tidak faham mengapa PAS tunduk kapada DAP hingga gugurkan idaman Hukum Hudud dan Negara Islam. Nyata DAP untung lebih dalam perhubungan itu. Di beri dek PAS.

Tidak faham apa yang PAS boleh dapat kalau pun sampai kePutrajaya. Anwar dah kata Lim Kit Siang calon TPM. Tak sebut langsong apa untuk PAS. Lim Kit Siang naik hidung sombong bila dengar calonan itu. Pun tak kata apa untuk PAS yang gugurkan Negara Islam nak dapat tumpang bas kePutrajaya.

Tapi basnya dah rebeh, drebarnya dah kena kondem orang DAP sendiri (lihat komen & berita 11:38 AM diatas), tengah nazak diMahkamah Sodomi II, dikata tak lagi memimpin, tak ada masa baginya dll.

Ini lagi pendapat yang dikeluarkan dithe Star (Dr Ong yang disebut dibawah ini ialah orang DAP):

"Pakatan used to ride on (Anwar's) name and prestige. Today, he is clinging on to Pakatan as he struggles to wade through his personal problems and his allies feel he is like an albatross around their neck.

“Within Pakatan, there is no one else whom they think is acceptable to the three parties or the electorate. It is not going to be Hadi, Nik Aziz or Mat Sabu. No way is it going to be Guan Eng,” said Dr Ong.

In other words, leading figures like PAS president Datuk Seri Hadi Awang, Mursyidul Am Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, PAS deputy president Mohamed Sabu or DAP secretary-general Lim Guan Eng are ruled out as Prime Minister material in the sense that Hadi would not be accepted by the non-Muslims or even the DAP, whereas Lim would be anathema to the majority of Malay-Muslims. It is about political expediency and not whether he is worthy of the post.

But Anwar's acceptability among Malays outside of the Pakatan milieu should not be assumed.

“He is not going to be my leader whether he is found guilty or not. This guy has too many problems. He was a major factor in the last election but now he is zero to me. It's also the direction he is going he is not seen as a Malay leader, he has failed to stand up on Malay and Islamic issues,” said the hard-hitting Ahmad Mokhtar Muhammad, a quantity surveyor and advisor to Pajim, a Malay NGO in Penang.

What if Anwar has to go to jail? Most Pakatan figures do not want to go into that scenario for now mainly because they have no real answers. Also the issue of prime minister may not be all that urgent because Pakatan leaders privately admit that taking Putrajaya is no longer realistic.

“The road to Putrajaya has become more of a general strategy. That's the way to go if they want to win seats in Sabah and Sarawak. Voters there want a party that can win and deliver the goods and services they need. They will swing only if they think the opposition is on the way to power,” said Dr Ong.

The sodomy trial will be taking centrestage in the next few months and it is not going to be pretty for either side, given all those references to anus, sperm, rectum and what-not thus far. The sympathy factor was much greater the first time he was accused in 1998.

All those sex-related accusations, said Dr Ong, create the impression that Anwar has skeletons to hide, that he is morally and spiritually unfit to lead. The danger is that as the allegations build up, those who are sympathetic will decrease.

His image is that of a charismatic yet flawed human being. He is admired by his supporters but an object of ridicule among his detractors. All those tawdry details about his private life have overshadowed his track record as a political leader and, like it or not, there will be people who think his behaviour has made him unworthy of representing them.

Anonymous said...

Jadi di mana hujah DAP menjadi ancaman Melayu?

12:30 PM -

Banyak hujahnya.

PAS dah serah diri kpd DAP. Tunduk, dicucuk hidung, diheret kesana kemari. Sekarang bukan main pertahankan DAP lagi. Pertahankan dan penaikkan (boleh ke pakai perkataan ini?) kapir DAP yang anti-Melayu, anti-Islam, tak hormatkan Kedudukan Istimwa Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak, dan mcm mcm hal lagi.

Impian Hukum Hudud dan Negara Islam PAS pun dah depa serah. Lim Kit Siang tak payah jerit "Never" dan Karpal Singh tak payah teriak "Over my dead body" kpd Hukum Hudud lagi. Sudah selesai. Sudah beres. Finito. No problem for DAP any more. PAS kagum kapada kapir DAP, kata Nik Aziz. jadi, semuanya boleh bikin untuk kapir DAP. Tak boleh bikin untuk fellow-Muslims.

Itu saja pun dah cukup nak kasi tau "mana hujah DAP menjadi ancaman Melayu". Ada banyak lain. Cukup lah buat sementara.

Anonymous said...

Sebenarnya bukan kerana PAS tunduk kepada DAP; ini kerana PAS dalam soal perjuangan politik bersama Pakatan, jauh lebih matang meninggalkan perkauman lapuk Barisan Nasional.

Peduli apa dengan tarian perkauman UMNO-BN, sedangkan Pakatan Rakyat sudah hampir ke Putrajaya bersama longgokan idea-idea baru untuk pembangunan sosial, ekonomi, dan budaya untuk rakyat Malaysia yang lebih mapan dan cerdas.

Walaubagaimana pun, kesian pulak pada UMNO, parti pejuang tegar Melayu, apa yang sedang UMNO usahakan sebenarnya sekarang ini?

Kerajaan pimpinan UMNO-BN mahu memecahbelahkan Pakatan kerana takut pada pilihan raya umum akan datang UMNO-BN akan dikeluarkan dari galaksi politik Malaysia, seperti planet Pluto ditolak oleh para saintis secara syura dan penuh ilmiah.

Apa yang UMNO-BN nampak ialah bahayanya sifat kepelbagaian kaum DAP dan PKR yang cuba “merasuk” PAS – parti tertua dalam gabungan Pakatan – supaya meninggalkan pegangan lama parti Islam itu.

PAS mempunyai ahli Melayu paling ramai berbanding DAP dan PKR, maka menjadi satu tanggungjawab besar bagi UMNO – parti Melayu konservatif yang mana pemimpin kaya manakala ahli banyak merempat – untuk memecahkan dan kalau boleh, meyakinkan PAS menyertai UMNO-BN.

Bagai pungguk rindukan bulan, kesiannya, usaha UMNO-BN sudah pasti ditolak mentah-mentah oleh PAS.

Anonymous said...

Bagai pungguk rindukan bulan, kesiannya, usaha UMNO-BN sudah pasti ditolak mentah-mentah oleh PAS.

1:40 PM -

Jangan pasti sangat. PAS gugurkan Hukum Hudud dan Negara Islam korang pun tak tau. Alih alih berdentum. Tak ada keluar ura ura pun, tak ada bincang dengan ahli-ahli yang lama mengharapkan Hukum Hudud dan Negara Islam.

Kumpulan Erdogan berkomplot cara rahsia, tak mau ada bantahan (demokrasi baru) jika diurakan, alih alih letupkan usul diMuktamar, berdentum keluar Hukum Hudud dan Negara Islam.

Anda takda dengar ke komplot Ulamak nak gulingkan Erdogan? Rahsia juga. Tunggulah. Nanti berdentum keluar pengumuman baru pulak. Banyak ahli PAS dah tak tahan tengok pemimpin PAS diamkan saja usaha pengKristianan orang Islam di Gereja Methodis tu.

Anonymous said...

11.53am,

" PAS dengan DAP kini merintis jalan mencari lebih banyak titik persamaan – menumbangkan Umno-BN. "

ya, dengan semangat 1malaysia, bersama sama kita jahanamkan melayu bodoh UMNO dan parti parti komponen UMNO-BN yang telah menghisap wang rakyat dan negara sejak kemerdekaan.

Anonymous said...

1.18pm,

cukupla dengan hujah2 basi kau tu.
terasa nak muntah terbaca hujah2 basi beracun kau.

kan tadi kau cakap makin lama makin banyak orang bencikan DAP.

kenapa pula muka kau ditampar oleh blogger lain yang mempertahankan pakatan PAS-DAP-PKR?

nampaknya makin lama makin ramai yang bencikan melayu bodoh UMNO tu.
hahaha....

Anonymous said...

"Bagai pungguk rindukan bulan, kesiannya, usaha UMNO-BN sudah pasti ditolak mentah-mentah oleh PAS. "

satu hujah yang sangat sedap untuk dibaca dan minda.

Anonymous said...

" Anda takda dengar ke komplot Ulamak nak gulingkan Erdogan? Rahsia juga. "


RAHSIA? RAHSIA KEPALA HOTAK KAU.

TUNGGU SAMPAI JADI KENYATAAN BARU KAU CERITA, MELAYU BODOH UMNO!

Anonymous said...

Memang sikap pembangkang sentiasa memandang negatif semua parancangan BN. Jawatankuasa Pemilihan Parlimen adalah antara perkara yang akan dicanangkan oleh mereka sebagai kononnya ketidakadilan kerajaan.

Tapi kalaulah Pembangkang sebagai kerajaan, apakah mereka akan laksanakan penubuhan Jawatankuasa Pemilihan Parlimen sebagaimana yang dilakukan oleh kerajaan BN? Jawabnya sudah tentu tidak sama sekali kerana pembangkang hanya mahukan kuasa tapi untuk melaksanakannya, cakap tak serupa bikin lah.

Pembangkang perlu elakkan nampak sangat kebodohan dan kecetekan akal mereka. Saya tak suka Pembangkang tapi tak tahan juga bila selalu nampak bodoh dan cacat akal.

Pembangkang tidak tahu bersyukur dan menghargai cadangan Jawatankuasa Pemilihan Parlimen itu, sebalinya memperkecilkan memanipulasikannya.

Pembangkang tidak pernah menunjukkan kematangan mereka dan memainkan peranan dengan penuh tanggung jawab. Ini menunjukkan mereka langsung tidak layak untuk menerajui Jawatankuasa Pemilihan Parlimen.

Mereka tuduh kerajaan zalim dan tidak telus sedangkan mereka sendiri keluarkan berita-berita palsu.

Kalau mereka berangan mahu jadi kerajaan sepatutnya mereka belajar untuk bersikap positif dan melaksanakan tanggungjawab serta amanah yang telah diberikan oleh rakyat.

Kerajaan PR negeri Selangor telah membiayai kursus jentera politik pembangkang dengan menggunakan wang kerajaan negeri di kem Belia Hulu Selangor. Ingat, itu kursus untuk mereka yang menggerakkan jentera politik mereka. Tapi mereka beri wang saku dan wang perbelanjaan perjalanan, tiket penerbangan dsbnya. Dari wang Kerajaan Selangor - wang rakyat. Fikirkanlah. Urusuan politik mereka, tapi mereka gunakan wang rakyat.

Anonymous said...

" Maka soalan cepu emas yang sering diajukan Umno di kalangan umat Islam ialah, mengapa PAS sanggup bersama DAP yang menolak hudud? "

KERANA PAS TELAH LIHAT DENGAN JELAS YANG MELAYU UMNO ADALAH BUKAN SEBARANG ORANG MELAYU.

MEREKA DILAHIR TANPA OTAK. MEREKA SUKA RASUAH, FITNAH DAN MENYAMUN WANG RAKYAT. MEREKA SUKA MEMBULI MELAYU YANG LAIN. MEREKA MEROMPAK WANG ROYALTY KELANTAN DAN TERENGGANU.

MEREKA DIKENALI SEBAGAI MELAYU BODOH UMNO.

Anonymous said...

Sedap juga baca cerita Isu Rumah Kos Rendah : Guan Eng dikatakan membisu.

Ketua Pemuda UMNO Negeri Pulau Pinang kata, Lim Guan Eng janganlah jadi pelakon bisu sebaliknya segera menunjukkan di manakah rumah kos rendah yang dia kata telah dibina di Penang.

Guan Eng membisu, tidak dapat memuktikannya. Dia pemimpin yang sentiasa bohong kepada rakyat.

Dulu Guan Eng kata telah membina 11,596 rumah kos rendah dan sederhana berharga antara RM42 ribu hingga ke RM72 ribu, 3,421 buah dibina oleh kerajaan dan selebihnya oleh swasta.

Tapi Guan Eng tidak menyatakan di mana perumahan tersebut dibina.

“Kalau dah buat rumah tersebut mesti ada, kalau ada di mana?', Guan Eng ditanya. Guan Eng dicabar tunjuk rumah tersebut tapi sampai sekarang dia tak tunjuk.

Mungin dia cari tapi tak jumpa.

Di suatu sidang akhbar dulu, dia kata telah meluluskan pembinaan rumah kos rendah tapi tidak memberitahu di mana projek tersebut.

Dah tiga tahun memerintah, DAP Pulau Pinang gagal membela nasib rakyat, termasuk dalam hal rumah kos rendah.

Anonymous said...

3.14pm,

nanti muka kau ditampal lokasi2 rumah kos rendah tersebut oleh LGE kau jangan nangis ya. silap silap nanti persatuan kontraktor2 melayu pulau pinang nanti yang tampar kau.

kau penghuni pulau pinang ke?
apa yang kau paham tentang pulau pinang selain dari membaca akhbar jamban milik melayu bodoh umno-BN tu?

Anonymous said...

Permuafakatan yang ikhlas dan saling hormat menghormati serta toleransi dalam agama yang diperjuangkan oleh negeri-negeri Pakatan Rakyat menyebabkan UMNO berasa iri hati dan sedia melakukan apa saja untuk merobohkan ikatan teguh antara PKR, PAS dan DAP.

UMNO cuba melaga-lagakan parti-parti dalam Pakatan Rakyat dengan mendakwa PAS sebagai alat DAP.

Saya nak tanya…. adakah UMNO alat MCA? PAS mendekati DAP berlandaskan Islam dan membawa Islam ke dalam DAP dan pendekatan ini diterima baik oleh DAP.

Bolehkah UMNO bercakap berkenaan Islam kepada MCA ataupun MIC? Tidak boleh, sebab dia sendiri (UMNO) tidak ada penerapan Islam!

UMNO merupakan penyebab utama semua masalah di negara ini yang menyebabkan berlakunya kekacauan berkaitan kaum dan agama.

BN tahu bahawa kemenangan yang dicapai oleh Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum yang lalu adalah kerana perpaduan.

BN menggunakan media massa untuk meretak dan memecahkan perpaduan tersebut.

Anonymous said...

Pedekatan baik kepala hotak die.Pas haram judi di Kelantan,PAS nak tutup premis hiburan di Kedah,dulu Hasan Ali tarik arak,DAP,MCA melenting dengan PAS itu apa?Perpaduan? Itu perpaduan Cina namanya.Vote for UMNO and PAS.Hidup Melayu!Takbir!

Anonymous said...

Kalau pemerintahan Islam tidak mahu berhadapan dengan wujudnya perkara-perkara yang sebegini, maka pemerintahan Islam akan terhad kepada kawasan Haramain sahaja, (Mekah dan Madina) kerana di sana tiada orang bukan Islam.

Kefahaman sempit terhadap Islam yang sebeginilah sebabnya mengapa sejak dari awal lagi, UMNO beranggapan bahawa Islam tidak boleh digunapakai sebagai asas pemerintahan di Malaysia.

Oleh kerana Malaysia adalah sebuah negara majmuk yang berbilang budaya dan berbilang agama, maka pemerintahan yang berasaskan Islam, mengikut fahaman UMNO, akan tergamam dan serba salah untuk mentadbirnya.

Dalam usaha untuk mencorakkan masyarakat mengikut acuan Islam, mengikut anggapan UMNO lagi, maka hak bukan Islam akan hampir pasti dinafikan. Gereja akan diroboh, kuil akan dibakar. Daging khinzir akan diharamkan jualannya di tempat-tempat awam sepertimana juga minuman arak dan sebagainya. Segala makanan dan minuman yang haram bagi ummat Islam, tetapi dibenarkan oleh agama lain untuk ummatnya, akan turut diharamkan kerana Islam adalah asas pemerintahan.

Hak penganut agama lain untuk mengikut ajaran agama mereka yang menghalalkan apa yang diharamkan Islam tidak akan diambil kira sama sekali kerana sebuah pemerintahan Islam menurut kaca mata mereka akan hanya mengambil kira ajaran Islam semata-mata. Maka, apa yang diharamkan Islam akan diharamkan untuk semua.


Malangnya ada juga ahli PAS yang beranggapan begitu. Tanpa mereka sedari, mereka mengiyakan tanggapan songsang UMNO, walaupun mereka dalam PAS. Tetapi AlhamduliLlah, golongan ini tidak ramai.

Seseorang yang memperjuangkan Islam semestinya yakin bahawa pemerintahan yang berasaskan Islam relevan untuk semua jenis masyarakat dan semua negara.

Ianya terbaik dan teradil untuk semua, termasuk untuk mereka yang bukan Islam.

Inilah sebabnya mengapa PAS terus memperjuangkannya untuk negara Malaysia yang diketahui umum merupakan sebuah masyarakat majmuk.

Sejarah Islam yang panjang telah menyaksikan pemerintahan yang berasaskan Islam tertegak di dalam pelbagai jenis masyarakat, termasuklah masyarakat yang berbilang kaum, budaya dan agama.

Pemerintahan yang berasaskan Islam ini telah tebukti berjaya memerintah masyarakat yang berbilang kaum, agama dan budaya tanpa menafikan hak orang bukan Islam di dalam kesemua aspek.

Ini termasuk dari aspek politiknya, di mana orang bukan Islam pernah diamanahkan jawatan menteri ataupun wazir dalam pemerintahan Islam.

Namun dasar dan matlamat Islam digunapakai dalam mentadbir kementeriannya walaupun oleh Menteri yang bukan beragama Islam.

Anonymous said...

Inilah yang perlu difahami kerana dasar dan matlamat Islam mengambil kira wujudnya masyarakat bukan Islam dan hak mereka untuk mencorakkan kehidupan mereka mengikut ajaran agama atau pegangan hidup mereka.

Jaminan kebebasan ini mengatasi walaupun apa yang diamalkan oleh negara Barat yang kononnya memperjuangkan kebebasan bersuara, seperti Perancis, yang ingin memaksa fahaman Sekular-ekstrim mereka ke atas ummat Islam sehingga mengharamkan Muslimat bertudung di tempat awam; dan baru-baru ini, mereka juga telah mengharamkan kewujudan kedai yang menjual barang halal semata-mata. Mungkin selepas ini mereka ingin pula memaksa pekedai Islam menjual daging khinzir dan arak!

Namun, hakikat yang seperti ini tidak akan difahami oleh sebuah parti seperti UMNO. Pada dasarnya, Islam hanya merupakan satu alat untuk digunapakai untuk mengekalkan kedududkan mereka supaya terus berkuasa.

Ianya amat berkesan untuk menaikkan semangat dan kemarahan orang Islam supaya mereka terus menyokong UMNO dalam keadaan takut akan ‘kemaraan orang bukan Islam’.

Dan inilah apa yang sedang dilakukan UMNO dewasa ini. UMNO tidak gusar dengan imej keterlaluan dan pelampau yang ditonjolkan oleh mereka atas nama ‘Islam’ walaupun akan mencemarkan dan terpalitnya imej Islam itu sendiri dengan sikap keterlaluan mereka.

Yang melucukan, dalam keghairahan UMNO menaikkan semangat orang Islam-Melayu, mereka sering lupa tindakan mereka bagaikan meludah ke langit. Isu duit judi yang dihebohkan di Pulau Pinang merupakan salah satu dari banyak contoh-contoh tindakan membodohkan diri mereka dan pengikut mereka sendiri.

Sedangkan umum mengetahui bahawa hanya satu negeri sahaja, setakat ini, yang telah secara terancang, mengasingkan pendapatan kerajaan dari jenis perniagaan haram dan pendapatan yang dari jenis yang halal. Ianya kerajaan Kelantan dan akan diikuti insyaAllah, selepas ini oleh kerajaan negeri-negeri PR yang lain.

Malahan, mengikut pegawai kerajaan Negeri Pulau Pinang, pendapatan sebanyak 2 Juta dari litar lumba kuda di Pulau Pinang telahpun diasingkan dari wang hasil yang lain untuk bayaran kepada orang bukan Islam semata-mata.

Perkara sebegini tidak diamal atau diusahakan oleh kerajaan Pusat BN ataupun mana-mana kerajaan Negeri BN. Termasuklah Negeri Pahang di mana terletaknya Casino yang terbesar di negara kita ini iaitu Genting.

Anonymous said...

Hakikat wujudnya kaedah Islam yang mengharuskan pemisahan wang dari sumber yang tidak halal bagi kegunaan sebuah kerajaan yang berteraskan Islam adalah juga bukti akan kesediaan Islam memerintah sebuah Negara majmuk.

Ianya juga merupakan bukti bahawa perkara yang haram di sisi Islam tetapi dibenarkan oleh agama yang lain akan terus dibenarkan sebuah pemerintahan Islam untuk rakyat bukan Islamnya dan hasil ataupun cukai boleh diambil darinya, diasingkan dan digunapakai untuk tujuan-tujuan tertentu.

Ini merupakan bukti akan pemerintahan Islam yang dinamik dan orang bukan Islam tidak perlu khuatir tentang kebebasan mereka dalam menghayati ajaran agama serta budaya mereka sendiri.

Oleh yang demikian, orang Islam harus cuba memahami kaedah Islam dalam soal sebegini agar tidak diperdayakan oleh tipu daya UMNO.

Namun, kaedah perlaksanaan terperincinya akan berbeza mengikut keadaan dan suasana masyarakat. Di sebuah negeri seperti Kelantan, di mana orang Islam adalah lebih dari 95%, perlaksanaannya agak berbeza berbanding Selangor di mana ummat islam hanya 51%.

Namun prinsip asasnya tetap sama. Prinsip utamanya adalah mengiktiraf dan menghormati hak semua kaum dalam membentuk sebuah pentadbiran berasaskan Islam yang mengutamakan keadilan.

Inilah yang dimaksudkan dengan Siyaasah Syariyyah secara umumnya.

Anonymous said...

5:52 PM,

Memang PAS alat DAP. Takkan anda tak sedar lagi. Tapi anda orang PR, tentu tak mengakunya.

DAP walu macam mana pun tidak akan dapat menarik ramai Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak sebab DAP tak hormatkan Kedudukan Istimewa Melayu dan Bumi Sabah dan Sarawak. Sejak penubuhannya 40+ tahun lalu. Pikul sepandok Lee Kuan Yew dan PAP - Malayaisn Malaysia, kononnya.

Maukan sama rata tapi tak akui Kedudukan Istimewa Melayu dan Bumi Sabah dan Sarawak. Mana boleh. Dah tu, nak cuba kikis pulak hak dan kepentingan Melayu dan Bumi itu. Jadi, bukan saja cauvinis, tapi juga rasis dan subversif. Subversif kapada Kedudukan Istimewa Melayu dan Bumi itu.

DAP tak suka orang cakap mcm ni. Basi kata diorang. Tapi kena cakap dari masa ke masa. Tak mau diaorang melanda landa.

Apa nak tanya fasal UMNO boleh bercakap fasal Islam kapada MCA dan MIC? PAS dah serah kepentingan Islam dinegara ini kapada DAP. Dah buang Hukum Hudud dan Negara Islam. Gereja Methodis nak Kristiankan orang Islam pun PAS diamkan. Nak interbiu Gereja dan JAIS konon. Mana masuk akal. PAS mengaku parti Islam. Parti Islam apa macam tu. Apa nak harapkan PAS meninggikan syi'ar Islam lagi. Mcm mana Melayu/ Muslim nak kasi PAS undi.

Anonymous said...

Saya cuba menghayati penerangan panjang lebar org PAS diatas tu. Namun saya hanya mendapati ianya sekadar impian murni yang tidak berpijak dibumi nyata. Orang yang berjaya adalah orang yang mempunyai logik akal yang tinggi. Logik akal yang tinggi selalunya difahami oleh orang yang memahami sains dan matematik. Bagaimana hendak mempercayai, meyakini impian PAS sekiranya tidak ada bukti yang menunjukkan PAS dpt melakukannya setakat ini.. asyik kena cantas balik dengan DAP...tak ada.. elek..  rumah urut bertambah mcm cendawan tumbuh.. arak & judi lagi bermaharajalela.. sebab apa?? Sebab org2 DAP cintakan benda2 ni . .. orang 2 Cina sentiasa juara dalam industri pelacuran, kelab malam, judi, gores menang, ahlong.. 
Saya nak tanya kat org PAS kat atas tu .. rasanya logik ke korang nak berdakwah, bekerjasama dengan kafir macamni? Gunalah logik akal. Pergi baca komen2 kat Malaysia Today, Malaysian Insider.. komen komen Cina kurang ajar dari DAP terhadap org 2 melayu dan hak2 org melayu semua nak dipertikaikan wlaupun dah kaya raya. Logik ke? Mari saya bagi tau apa yang lebih logik.. bekerjasama bersama orng islam UMNO membetulkan apa yang tak betul daripada nak berbaik  sangka dengan kafir harbi DAP. Tidak kah ada sekelumit perasaan bersalah berpecah sesama  Islam?  It seharusnya menjadi agenda utama PAS. Umat Islam yang kuat & bersatu akan menakutkan musuh2 Islam di luar sana. Banyak yang boleh di capai sekiranya umat Islam bersatu. Keindahan Islam itu akan nampak sekiranya umat Islam bersatu dan memperbaiki masalah kita sendiri. Itulah dakwah sebenarnya..sekiranya kita berjaya dalam peranan ini.. insyAllah dakwah kepada nonmuslim lebih mudah.. Ini tidak ..nak berdakwah dengan melayu islam taknak.. dengan kafir harbi tu yang menjadi keutamaan... logik ke?
Ambillah kesempatan pemerintahan org islam sekarang. Bila kuasa dah jatuh kat kafir harbi DAP.. belum tentu hak2 org melayu terpeluhara. Kebencian mereka terhadap perkara ini terlalu jelas. Banyak profesional melayu lahir dari DEB. Org2 PAS kelantan tak akan mampu hantar anak kat luar negara belajar tanpa bantuan kerajaan melayu sekarang. Ingat.. dibawah DAP.. ini belum pasti dapat...semuanya merit..beringat sebelum menyesal.  Kebanyakan melayu profesional dapat bekerja kerajaan, GLC . Swasta? Lu punya kawan DAP racist ma.. dia mau dia punya orng saja. Lu punya anak boleh masuk kerajaan , kompeni melayu shj. Itu realiti di luar sana yang tok lebai PAS kena faham...

Jerin said...

Setuju dgn Anon 9:33;

DrTee, kami perlukan seorang Cina seperti anda membawa parti politik baru untuk menggalas amanat yang gagal di bawa oleh UMNO dan PAS.

Jerin said...

Just nak tokok dan tambah komen Anon 11:39AM;

"Harussani juga berkata, orang Melayu berpecah selepas bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memecat Datuk Seri Anwar Ibrahim pada September 1998."

Tetapi yg sebenarnya

Perpecahan bertambah buruk setelah Pak Lah bersama menantu kesayanganya KJ membebaskan Anwar...

«Oldest ‹Older   201 – 233 of 233   Newer› Newest»