Sunday, August 28, 2011

Apa lagi jawapan Kristian?

(Sinar Harian 29 Ogos 2011)

Pada 5 Ogos 2011, saya telah menulis satu artikel dalam blog saya, http://ridhuantee.blogspot.com, bertajuk “Awasi dakyah Kristian”. Kisah benar bagaimana perancangan Kristian memurtadkan orang Melayu Islam ketika mereka masih kanak-kanak lagi. Namun, tidak ramai yang ambil pusing, sehinggalah berita ini diperbesarkan oleh sebuah akhbar yang dituduh oleh ultra kiasu sebagai akhbar rasis atau ultra Melayu. Akhbar ultra kiasu tidak kurang juga ultranya, tetapi mereka tidak pernah disalahkan, maklumlah sekapal.

Artikel ini pada mulanya saya tulis untuk akhbar ‘ultra Melayu’ tersebut untuk siaran 7 Ogos 2011, kerana ketika itu isunya masih panas, berkaitan pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas sebuah gereja di Damansara Utama. Malangnya, ia tidak disiarkan. Mungkin editor akhbar itu menganggap saya mereka-reka cerita ataupun editornya mungkin takut untuk menyiarkannya. Saya berterima kasih kepada akhbar Sinar Harian kerana begitu neutral dan berani menyiarkan setiap penulisan saya walaupun ada akhbar lain yang merasa kecut.

Cikgu S yang dimaksudkan itu adalah sahabat karib saya, seorang guru bahasa, berbangsa India beragama Kristian yang mengajar di salah sebuah sekolah rendah di Lembah Kelang. Kami sering berhubung dan bertukar-tukar pandangan mengenai agama. Beliau amat menghormati agama Islam. Seperti yang telah saya sebutkan dalam artikel itu, beliaulah yang memberikan segala bukti bagaimana seorang kanak-kanak darjah satu diajar oleh guru tuisyennya mengenai Kristian dan Nabi Isa. Kanak-kanak lebih memahami Kristian daripada Islam. Beliau telah mengambil inisiatif melaporkan kepada pihak berkuasa, tetapi tidak ramai yang mengambil berat sehinggalah berita tersebut disensasikan oleh media. Terfikir juga saya, siapa sebenarnya bertanggungjawab menjaga kepentingan Islam, orang Islam atau orang bukan Islam? Kita hanya sensitif bila isu menjadi sensasi. Maklumlah mahu mencari publisiti. Sedarkah kita akan implikasi ke atas Islam jika ramai yang murtad?

Terus terang, saya amat jarang jumpa non-Muslim yang amat prihatin dengan orang Melayu dan agama Islam. Beliau seolah-olah sudah Islam di sisi Allah SWT. Tertanya-tanya juga dalam diri, kenapa tidak ramai orang Islam seperti beliau. Saya yakin selepas ini jika identiti beliau didedahkan, beliau akan menjadi sasaran bukan Islam, terutama orang Kristian. Saya berdoa kepada Allah SWT, semoga beliau tabah dan kehidupannya diberkati. Tidak mustahil suatu hari nanti beliau akan memeluk agama Islam. Saya memohon kepada umat Islam, jika ditakdirkan beliau menjadi mangsa, marilah kita bersama-sama membelanya, walaupun beliau masih belum Islam. Masih banyak lagi bukti-bukti bagaimana jahatnya perancangan orang lain terhadap Islam yang masih belum diceritakan.

Saya sebenarnya tidak mahu bersangka buruk kepada orang Kristian. Tetapi realiti yang berlaku, membenarkan sangkaan buruk saya ini. Missionari Kristian bergerak aktif dalam segala aspek. Mereka akan mengambil kesempatan, ruang dan peluang untuk menyebarkan agamanya kepada orang Melayu (Islam), walaupun dilarang oleh undang-undang. Namun, atas alasan hak asasi manusia dan mendapat perlindungan antarabangsa, mereka nampak kebal dan tetap meneruskan niat jahat mereka mencabar kedudukan agama Islam. Sedihnya, kita terlalu berlembut.

Sedangkan kita semua tahu, agama Islam tidak boleh disamaratakan dengan agama bukan Islam. Kita boleh berkongsi nilai-nilai baik agama-agama, tetapi kita tidak boleh berkongsi agama, kerana bagi kamu agamamu, bagi aku, agamaku. Itulah ingatan Allah dalam surah al-Kafiruun, Lagipun, Islam mendapat perlindungan dalam perlembagaan. Sila rujuk perkara Perkara 8, iaitu persamaan dan hak sama rata dan pengecualian peruntukan ini dalam soal agama, kedudukan istimewa Melayu dan seumpamanya. Perkara 10 (4), iaitu batasan hak kebebasan bersuara daripada menyentuh kedudukan Raja-Raja, Islam, orang Melayu, kewarganegaraan dan seumpamanya. Perkara 38, iaitu kuasa Majlis Raja-Raja menghalang Parlimen membuat undang-undang yang menyentuh kedudukan Raja-Raja Melayu, orang Melayu, bahasa Melayu dan Islam. Perkara 150 (6a), iaitu kedudukan agama Islam, adat istiadat Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak, kewarganegaraan meskipun dalam keadaan darurat. Perkara lain yang berkaitan dengan kedudukan Agama Islam ialah: Perkara 11 (4) - tentang kebatasan kebebasan agama orang Islam. Perkara 12 (2) - peranan Persekutuan dan suatu negeri dalam memajukan pendidikan Islam.

Peruntukan inilah yang membezakan antara Malaysia dengan negara-negara Islam yang lain. Negara-negara Islam yang majoriti umat Islamnya begitu besarpun tidak ada peruntukan yang sebegini rapi, misalnya Indonesia dan Mesir, tetapi kita ada. Lantaran, golongan ultra kiasu amat tidak selesa dengan peruntukan istimewa ini. Ada percubaan mendesak supaya peruntukan ini dipinda tetapi gagal. Walau bagaimanapun, tidak mustahil peruntukan ini akan dipinda atau mungkin juga dimansuhkan sekiranya umat Islam terus berpolitik dan berpecah. Kita lebih mengutamakan agenda mengekal dan mempertahankan kuasa daripada menjaga kesucian agama Islam yang semakin hari semakin ternoda.

Sedarlah wahai saudaraku, orang Melayu akan hancur tanpa Islam. Islamlah yang memartabatkan orang Melayu selama ini. Tanpa Islam atau jika ditakdirkan Islam tidak sampai ke Alam Melayu, orang Melayu masih lagi menganut agama anamisme dan menyembah berhala. Tidak ada apa-apa yang boleh dibanggakan ketika Melayu belum lagi memeluk Islam. Perlu diingat, ribuan tahun orang Melayu berada dalam kekufuran sebelum datangnya Islam.

Kerajaan Melayu Islam Melaka yang ditegakkan tidak begitu popular dan terkenal. Namun, setelah Melayu menerima Islam 600 tahun dahulu, tiba-tiba nama Melayu dan Melaka melonjak. Siapakah yang melonjakkan nama Melayu kalau bukan Allah SWT. Bangsa ini hanya terdarjat apabila diangkat oleh Allah menjadi bangsa bermaruah dengan Islam.

Malangnya, kita mudah lupa fakta ini. Hari ini, bukan kita ikut Islam, tetapi kita mahukan Islam ikut kita. Dalam kata lain, kita mahu Islam ikut sains, bukannya sains yang mesti mengikut Islam. Begitu juga dalam konteks pemerintahan, Islam memerintah bukannya Islam diperintah.

Justeru, janganlah hari ini kita terlalu sombong dan bongkak sehingga menjadi sukar untuk menjaga kepentingan Islam, semata-mata untuk mempertahankan harta, takhta dan kuasa. Semuanya ini hanya bersifat sementara, kerana ia bukan milik kita, tetapi milik Allah. Kuasa yang ada boleh datang dan pergi apabila tibanya masanya. Tetapi Allah dan Islam tetap akan kekal abadi. Islam tidak akan tercabut walaupun mungkin sesuatu bangsa itu mungkin pupus. Islam tetap akan terpelihara, walaupun ada yang tidak memperdulikannya. Islam mendapat jagaan Allah, tetapi kuasa dan takhta belum tentu.

Berani kerana benar, takut kerana salah. Faktor apakah yang menyebabkan sehingga kita terpaksa tunduk kepada desakan dan tuntutan orang bukan Islam yang tidak munasabah dan amat licik. Sudah terang lagi bersuluh, mereka melakukan kesalahan, kita terus bersangka baik? Mereka yang benar, menjalankan kerja dan tanggungjawab, dipersalahkan. Manakala mereka yang salah, dikatakan betul. Apakah neraca kita yang digunakan dalam penentuan timbang tara ini?










45 comments:

Mengharap RedhaMu said...

As'salam....insya'allah masih ramai lagi dalam Malaysia yang cintakan agamaNya. Maka apakah yang akan kita lakukan untuk memartabatkan agamaNya?? Adakah Ramadan ini dapat membentuk jadidiri dan menguatkan Islam yang hadir dalam diri.
Saudaraku, ketahuilah tiada yang dapat menghalang sesuatu jika DIA menghendaki. Maka laksanakan hukum Allah jika tidak mahu Islam itu hanya dipakai pada nama sahaja.
Puak kufar akan terus-menerus melaksanakan "misi" mereka. Tapi apakah misi utama kita dapat dilaksana??? Martabatkan segera jika tidak mahu anak-anak kita tertindas oleh mereka. Rancangan mereka sungguh banyak. Mereka juga disokong oleh puak-puak zionist dalam hal-hal menghancurkan umat islam, cumanya umat islam itu yang tidak bangkit dari tidur.
Teruskan tidur dengan mimpi yang nyenyak jika mahu islam itu terkubur.
Wallahualam....

Mengharap RedhaMu said...

Saudaraku ingatilah hadith ini:

Sabda Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud :

"Seorang mukmin itu adalah cermin kepada seorang mukmin yang lain dan mereka adalah bersaudara, di samping menjaga barangan mereka yang hilang serta mempertahankan mereka". -
-Riwayat Abu Daud-

Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda:
"Barangsiapa berpegang dengan sunnah-sunnahku ketika dizaman rosaknya ummatku baginya adalah ganjaran syahid (di jalan Allah)".
(HR Tabrani)

tembeleng said...

Salam.

Sebenarnya, nak patahkan hujah Kristian ni mudah saja. Mereka kata Nabi Isa itu adalah anak Allah kerana tak de bapa. Menggunakan logik akal yang sangat simplistik tu, maknanya Nabi Adam tentu sajalah... Tuhan!

Sebab Nabi Adam langsung tak ada ibu atau bapa. Dan mengikut logik akal maka yang tak beribu ataupun berbapa itu adalah... a god.

Jadi kenapa orang Kristian tak mahu sembah Nabi Adam sebagai tuhan? Benda semudah ini mereka sendiri pun tak buat. And they want us to follow them? Di situ, menggunakan teks suci mereka sendiri, hujah Kristian menyalahgunakan Nabi Isa sudah terkantoi.

khaliFah_maahad said...

Semoga kita dapat bersama-sama menentang dakyah mereka.

perkara paling penting,

ajarkan keluarga kita TAUHID mantap2!

Anonymous said...

Sudah pastinya orang Melayu akan bersatu dalam isu agama.

Untuk kesekian kalinya, isu perpaduan Melayu ditonjolkan oleh UMNO melalui blog ini. Parti yang bernafas lama hasil luapan sentimen perkauman ini amat menyedari bahawa kedudukan politiknya adalah semakin terdesak dan terancam.

Sokongan orang Melayu terutamanya generasi muda semakin menurun. Sokongan orang bukan Melayu pula kini amat terhakis. Gelombang sokongan rakyat di Sabah dan Sarawak jelas sudah beralih kepada Pakatan Rakyat.

Lantaran, UMNO sedang menggunakan politik micheavelli yang dianutinya. Isu perpaduan Melayu dikumandangkan lagi sebagai strategi perang psikologi memecahbelah Pakatan Rakyat.

Dalam masa yang sama media penyampai maklumat kepada rakyat cuba disekat dengan harapan 'psywar' yang dilancar ini menjadi.

Sebenarnya, perpaduan yang dijaja ini hanyalah untuk menyelamatkan politik UMNO itu sendiri. Umno ditolak rakyat bukan kerana perpecahan kepimpinan Melayu.

Ia diakibatkan oleh segala kemungkaran dan kezaliman yang dilakukan oleh mereka sendiri. Kegemilangan Melaka jatuh pun kerana kemungkaran dan kezaliman. Segala khazanah negara sedang di 'faraid' sesama sendiri dengan pelbagai cara.

Tabung simpanan Felda susut teruk dan yang terbaru ini harta Petronas pula sedang dikeringkan. Seluruh instrumen pentadbiran negara telah dikembirikan demi menjaga survival UMNO.

Ekonomi negara sedang menguncup dan para pelabur semakin menjarak diri dari kita. Kehidupan rakyat semakin tertekan dan tersepit.

Kita semakin bimbang bagaimana nanti rakyat miskin di bandar-bandar dan luar bandar terutama di Sabah dan Sarawak dapat meneruskan kehidupan mereka yang sudahpun sengsara sekian lama.

Menyedari rakyat semakin meminggirkannya, UMNO melagang isu perpaduan Melayu.

Pelbagai AGENDA perpaduan politik Melayu telahpun dicuba sebelum ini. Namun, semuanya berakhir dengan kegagalan. Paling jelas, gabungan PAS dan UMNO di dalam Barisan Nasional pada tahun 1971 berkesudahan PAS di tendang keluar dari BN.

Kegagalan ini mencetuskan percubaan bentuk baru oleh Anwar Ibrahim, apabila beliau dan rakan-rakannya dari ABIM berijtihad untuk aktif dalam UMNO.

Ia berakhir dengan satu kemelut besar yang paling menyayat hati dalam sejarah politik Melayu Islam. Beliau disingkir dari jawatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO secara cukup hina dan mengaibkan.

Tidak pernah berlaku dalam sejarah Melayu seorang pemimpin hebatnya dijatuhkan dengan fitnah 'liwat' seperti ini. Begitu pelik dan luarbiasa, namun ia boleh berlaku di dalam budaya politik UMNO.

Jelaslah, perpecahan politik Melayu tetap berlaku meskipun para pemimpinnya berada dalam wadah yang sama, sama ada UMNO atau BN.

samb....

Anonymous said...

....samb

Lupakah kita dengan peristiwa pembunuhan Allahyarham Dato Mohd Taha di Gemencheh Negeri Sembilan?
Apakah kita lupa dengan pergolakan politik di antara Team A dan B di dalam UMNO hingga menyebabkan UMNO di bubarkan pada tahun 1987 dan kemudiannya mengakibatkan tertubuhnya UMNO Baru dan Parti Semangat 46? Meskipun kemudiannya Parti Semangat 46 dibubarkan dan kembali bergabung di dalam UMNO, namun isu perpaduan Melayu tidak juga berkesudahan.

Malah, penggabungan Semangat 46 ke dalam UMNO seakan-akan sengaja dirancang sebagai persediaan untuk mencipta krisis baru politik Melayu dengan peristiwa penyingkiran DSAI dari UMNO beberapa kemudiannya.

Bagaimana mungkin UMNO mengemudi perpaduan Melayu sedangkan perpaduan itu tidak wujud dalam tubuh badannya sendiri?

UMNO kini adalah bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing.

UMNO umpama sebuah bangunan yang kelihatan besar dan hebat, sedangkan segala tiang, rasuk dan gelegarnya telahpun hancur luluh dimakan bubuk dan anai-anai. Ia bakal runtuh bila-bila masa sahaja.

Dengan pelbagai perkembangan mutakhir yang berlaku, kita meramalkan satu krisis baru yang amat menggemparkan akan berlaku di dalam kepimpinan UMNO tidak berapa lama lagi. Percayalah!

Perjuangan para pemimpin UMNO bukanlah untuk menegakkan agama dan keadilan kepada rakyat. Asas perjuangan mereka adalah kecintaan kepada dunia dan ketakutan kepada mati.

Maka, amalan rasuah, kronisme, penipuan, khianat, memfitnah sesama sendiri dan jatuh menjatuhkan merupakan suatu kemestian demi merebut dan mengekalkan kuasa.

Dana dan sumber negara di mana jua akan diperah dan khianati semahunya. Maka judi sukan yang jelas haram menjadi halal demi memperkayakan mereka yang sudah kaya dan menjadikan rakyat yang miskin semakin papa kedana.

Perpaduan sejati apa jua kelompok tidak akan wujud apabila tiadanya nilai-nilai teras yang merealitikan perpaduan itu iaitu keikhlasan, kejujuran dan keadilan serta saling menjaga rukun dan adab dalam muamalah dan perhubungan. Inilah yang dapat kita fahami dari firman Allah yang bermaksud:

"Dan berpegang teguhlah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah dan jangan bercerai-berai....." (Ali-Imran: 103)

Isu perpaduan Melayu dan survival Islam di Malaysia ini tidak akan dapat diselesaikan jika kita masih melihatnya melalui teropong UMNO dan para kuncunya.

Ia perlu dikaji dari perspektif baru dalam fenomena baru realiti politik berasaskan demokrasi di Malaysia. Jika UMNO benar-benar ikhlas, hentikan segala kezaliman, penindasan dan kemungkaran yang diamalkan selama ini.

Suburkanlah iklim demokratik di Malaysia berasaskan perlembagaan negara yang ada. Wujudkan ruang persaingan yang terbuka dan sihat dan berasaskan syariat yang ditetapkan Islam.

Ini akan menjadikan kita lebih kreatif dalam usaha menyampaikan khidmat yang terbaik untuk seluruh rakyat tanpa mengira kaum dan agama berasaskan kebenaran dan keadilan. Dengan ini Islam yang murni akan lebih terserlah.

Barisan kepimpinan Islam yang bertaqwa, bijaksana dan adil akan dapat dilahirkan. Masyarakat bukan Islam akan lebih memahami Islam dan melihatnya secara objektif dan tepat.

Perkara ini sedang menjadi kenyataan. Masyarakat bukan Islam tidak lagi menjadi fobia kepada Islam apabila bersedia mengundi parti Islam di dalam pilihanraya, selepas sekian lama, UMNO telah menjadikan segala berunsur Islam sebagai momokan kepada mereka.

Perkembangan inilah yang amat menggerunkan UMNO sekarang ini, lantas menjadikan slogan perpaduan Melayu sebagai gendang perang terakhir sebelum terus tumbang di telan gelombang rakyat yang menuntut keadilan.

Anonymous said...

Isu murtad dan proses Kristianisasi yang dipelopori oleh media arus perdana milik Umno-BN adalah sekadar untuk dipolitikkan menjelang pilihan raya umum (PRU) ke-13, kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

Sehubungan itu, beliau meminta rakyat supaya tidak mempercayai propaganda Umno pada masa ini yang kononnya menampakkan kumpulan tersebut membela Islam.

“Jadi tak perlulah percaya dengan provokasi media Umno pada masa ini yang begitu agresif memainkan isu gereja dan murtad. Kenapa setelah puluhan ribu dilaporkan murtad sepanjang Umno/ BN berkuasa baru sekarang tiba-tiba melenting?

“Saya masih ingat dulu saya telah berceramah tentang ada orang Melayu yang dikristiankan dan saya dedahkan ada paderi berbangsa Melayu, tapi selepas itu saya yang kena ISA,” kata beliau..

Sejak kontroversi serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) di Petaling Jaya pada 3 Ogos lalu yang dikaitkan dengan laporan murtad, rakyat saban hari disajikan dengan ledakan pelbagai bukti oleh media dan blog-blog pro-Umno.

Bagi pesuruhjaya PAS Pahang Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, lebih mencurigakan tindakan itu disusuli dengan demonstrasi yang dilakukan oleh Senator Umno Mohamad Ezam Mohd Nor yang diadakan di masjid negeri dengan membuat kecaman kepada kerajaan Selangor, termasuk membawa penyapu tandas, mangkuk tandas untuk dihantar ke pejabat menteri besar.

“Anehnya, mereka ini dikatakan menentang proses Kristianisasi yang dilakukan pihak gereja, bukankah ia sepatutnya demonstrasi dibuat di hadapan gereja?” soal Tuan Ibrahim dalam kenytaan medianya semalam.

Bagi pemimpin PAS, tindakan itu hanya menguatkan lagi perasaan curiga mereka bahawa dakwaan usaha pengkristianan di negara ini sebenarnya didalangi oleh Umno sebagai modal politik.

Mengulas isu itu, Mohamad Sabu semasa merasmikan Konvensyen Pilihan Raya PAS Pahang di Darul Amin, Sungai Gau, Temerloh semalam berkata pergantungan Umno sekarang hanyalah kepada orang Melayu setelah mereka tidak yakin lagi untuk meraih majoriti undi bukan Melayu sebab itulah mereka mainkan isu agama dan perkauman.

“Saya kalau nak beritahu, Umno kalau betul-betul nak jaga Islam mereka tak tukar cuti hari Jumaat kepada hari Ahad seperti yang berlaku di Johor dan Perlis,” katanya.

Anonymous said...

Persoalan :

1. Kenapa tidak ambil tindakan melaporkan kepada pihak berkuasa seperti JAIS, MAIS dsb?

2. Kenapa tidak menulis terus kepada menteri Jamil jika anda benar benar prihatin?

3. Kenapa surat khabar 'ultra Melayu' tidak menyiarkan? Apakah surat khabar tersebut tidak prihatin? Apakah anda tidak mempunyai bukti yang jelas lagi nyata untuk mereka mempercayai anda?

PEMBANGKANG-DAP said...

"Isu murtad dan proses Kristianisasi yang dipelopori oleh media arus perdana milik Umno-BN adalah sekadar untuk dipolitikkan menjelang pilihan raya umum (PRU) ke-13, kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu."

Siapa kah yang boleh percaya apa Mat Sabu cakap? Kominis yang membunuh Polis diBalai Polis Bukit Kepong dizaman Dharurat pun dikatanya pahlawan. Bacalah apa yang dikatakan TPM dilapurkan semalam.

Cakap begitu Mat Sabu memang sudah mengikut pendirian DAP. Yang mirip pendirian kominis. Lim Kit Siang mahukan ketua pengganas kominis Chin Peng dibenarkan masuk Malaysia. Dia tak fikirkan bahawa benda Allah itu telah menyebabkan beribu rakyat Malaysia mati, azab sangsara, berjuta juta Ringgit llebur, ekonomi negara bantut, dsbnya. Chin Peng tidak langsung insaf dengan perbuatannya, tidak meminta me'af kapada rakyat Malaysia dan tidak membuang kepercayaan kominis nya. Dia masih kominis.

Macam ini kah yang Lim Kit Siang mahu dibenarkan masuk Malaysia? Macam Lim Kit Siang dan DAP kah yang rakyat diminta undi? Jahanam negara.

Malangnya Mat Sabu tak sedarkan bahawa yang mahukan Chin Peng dibenarkan masuk Malaysia atau menyokong pendirian kominis itu hanya segelintir saja. Antara penyokong DAP pun segelintir saja. Tapi sebaliknya yang bangkang dan bencikan kominis adalah majoriti yang berlebihan (overwhelming majority) rakyat Malaysia. Melayu tidak akan menyokong kominis, akan terus membantah kominis. Dengar saja apa yang dibseut 1-2 Melayu bekas kominis yang ditayangkan diHistory Channel Astro. Mereka telah membuang fahaman kominis, sedar bahawa kominis mahukan Malaya/ Malaysia dinaungi kominis China dimasa itu.

Sekarang nyata konsep dan sistem kominis tak boleh berjalan dan tidak lagi dipraktikkan. Russia sudah lama menggunakan cara kapitalisma bagi memajukan negara mereka. China pun turut buat demikian, buang sistem kominis kekayaan dipegang oleh pemerintah (State), benarkan rakyat mengumpul harta dsbnya (free enterprise) dan ekonomi China melambung tinggi sejak 1-2 dekad yang lalu.

Mat Sabu nak kemana dengan menyokong kominis diBukit Kepong? Nakkan undi penduduk Bukit Kepong?

Anonymous said...

Di dalam alam Twitter telah berkokok juak-juak UMNO kononnya mereka memperjuangkan agenda menentang murtad dan kristianisasi.

Mereka cuba menunjukkan seolah-olah mereka juara memerangi murtad di Selangor.

Ada pula juak UMNO mengatakan gejala murtad makin serius semenjak Pakatan Rakyat memerintah. Saya amat terkejut dengan sikap hipokrit UMNO dan Barisan Nasional ini.

Bukankah UMNO begitu konsisten menyokong usaha murtad?

PERTAMA
Sokongan UMNO terhadap murtad ini bermula semenjak tahun 50’an lagi sebelum Merdeka.Ia bermula dari Peristiwa Permutadan Natrah.

Mengikut tulisan Allahyarham Hj Ahmad Fuad: Dalam tulisannya, ”Ulamak Malaya Belum Bersatu dan Belum Punya Persatuan”, Haji Ahmad Fuad menyifatkan kedudukan ulamak ketika itu umpama sampah yang tidak dihargai kerana tiada kekuatan.

Lebih-lebih lagi ketika itu ulamak telah muak dengan sikap Umno yang mengabaikan isu pemurtadan Natrah, pengajuran judi loteri, fun fair, kaberat dan lain-lain.

Dengan kata lain, isu Natrah telah memaksa ramai ulama2 dalam UMNO untuk keluar UMNO dan menubuhkan PAS.

Sepanjang kes Natrah dibicarakan di Mahkamah Singapura pada tahun 1950 itu, UMNO BERDIAM DIRI dan TIDAK MENGAMBIL APA-APA SIKAP.

Yang mengembeling umat Islam Singapura memprotes murtadnya Natrah adalah Mujahid Prof Burhanuddin Hilmi serta Karim Ghani.

Sikap berdiam diri UMNO itu membuat pihak penjajah begitu berani menculik Natrah dan menghantar beliau kembali ke Belanda seterusnya menjadi murtad.

Rupanya dah lama UMNO bersikap lunak dengan murtad ni.

KEDUA
Suka saya memetik kenyataan Ustaz Idris Ahmad seperti di bawah:

”Soalnya, di mana suara Umno dan Utusan ketika isu Noraishah Bukhari, Hartina Kamarudin dan lain lagi yang keluar agama Islam.

Tambahnya, sejarah telah mencatatkan berlaku penangkapan ISA terhadap pemimpin pemuda PASdalam operasi Lallang 1987 kerana isu kristianisasi.

Jelasnya, UMNO konsisten menolak serta mengecilkan isu murtad selama ini. Baru sekarang ni bising, itupun atas sebab kepentingan politik sendiri bukan sebab Islam

KETIGA
Dalam Operasi Lalang 1987, lebih 30 pemimpin-pemimpin PAS ditangkap ISA kerana membuat pendedahan berkaitan Kristianisasi di Sabah.

Pada waktu itu yang memerintah Sabah adalah PBS yang menjadi salah sebuah parti komponen Barisan Nasional.

Tangkapan ISA itu dibuat oleh UMNO ke atas pemimpin-pemimpin PAS.

KEEMPAT
UMNO menolak rang undang-undang pribadi murtad yang ditaja oleh PAS melalui Ahli Parlimen PAS, Salahuddin Ayub.

Mengikut Salahuddin Ayub: "Saya bercakap mengenai pengalaman peribadi kerana dalam sidang Parlimen yang bermula pada Mac 2006, saya mengemukakan rang undang-undang persendirian yang dinamakan Rang Undang-Undang Murtad.

"Rang undang-undang itu bukan sahaja tidak dipedulikan oleh ahli-ahli Parlimen Umno malah ditolak mentah-mentah," katanya.

Kalau UMNO ikhlas berjuang isu Murtad, mengapa halang Rang Undang2 Pribadi berkaitan Murtad ini?

KELIMA
Di mana suara UMNO sepanjang isu Lina Joy berlaku? Adakah UMNO keluar ke jalan raya seperti yang berlaku sekarang bercakap pasal Murtad?

Tidak. UMNO senyap sunyi dan menghilangkan diri.

Malahan, demonstrasi di Bar Council memprotes forum berkaitan Lina Joy juga dihadiri 90% ahli2 dan penyokong PAS.

Mereka dari UMNO seperti tidak wujud.

KEENAM
Di Wilayah Persekutuan, UMNO luluskan Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Pesekutuan) 1997 (Akta 559).

Akta tersebut TIDAK MENGHARAMKAN MURTAD.

Kesimpulannya, UMNO hipokrit.

Dalam sejarah Malaysia, UMNO tidak pernah memperjuangkan isu murtad.

Malahan, di Wilayah Persekutuan, UMNO tidak haramkan murtad sama-sekali.

Kenapa tiba-tiba nak tonjol diri kononnya pejuang murtad yang tersohor. Berhentilah bersandiwara.

Kita dah kenal siapa UMNO. Satu Malaysia kenal siapa UMNO.

Islam hanya bahan tunggangan untuk mendapatkan undi dan mempertahankan kuasa.

Kalau benar UMNO ikhlas memperjuangkan isu murtad, sila luluskan Rang Undang-Undang Murtad di Parlimen.

Anonymous said...

11:23 AM,

UMNO hipokrit? Bukan kah PAS yang
TUNDUK-KPD-DAP-KRIT?

Benar, kita dah kenal siapa UMNO. Satu Malaysia kenal siapa UMNO. Tapi PAS orang dah tak kenal sekarang. Dah tukar corak, dah tukar rupa, dah tukar hati. Sejak buang Hukum Hudud dan Negara Islam diMuktamarnya yang lalu. Kesian mereka yang berpuluh tahun dijanjikan PAS.

PAS dah jadikan Islam sebagai bahan tunggangan untuk mendapatkan undi dan kuasa. Sanggup dicucuk hidung dan diheret dek DAP. Bonglong, kow tow kpd kafir DAP.

Kalau benar "PAS ikhlas memperjuangkan Islam", sila lah runding dengan UMNO. Kenapa sekongkol dengan kafir DAP? DAP nakkan PM Kristian, nakkan Kristian jadi agama resmi dinegara ini, pada hal Islam nyata diPerlembagaan sebagi agama negara ini. Lim Guang Eng pegi sembahyang diGereja Methodis yang cuba Kristiankan orang Islam tu.

Macam tu, mcm mana PAS nak dapat undi Melayu/ Muslimin negara ini? Hanya ahli korang saja lah yang undi PAS dan DAP. PKR tak payah cerita lah. Dah tunggang langgang. Orang DAP pun dah fedap dengan Anwar. Tanya MP DAP, Dr Ong, baca the Star semalam.

Anonymous said...

Satu cara lagi Kristian cuba menarik Muslimin dan Muslimat kapada agama mereka ia lah dengan menggambarkan dimedia massa bahawa ada banyak Muslimin dan Muslimat sudah memeluk agama mereka.

Baca lah berita seorang bekas Guru Besar Melayu "mengamok" dan membuat laporan Polis bila mendapati nama nya ada didalam senarai mereka yang telah masuk Kristian, kononnya:

KUALA LUMPUR (Aug 28, 2011): A former headmaster lodged a police report today claiming that a weblog has published his name in a list of over 400 alleged apostates of Islam in the country.

Zainal Ratin Zainal Abidin, 67, said after lodging the report at the Taman Tun Dr Ismail police station at 2pm, that his son had gone through the weblog www.malaysiatimes.my on Saturday for other news before stumbling on a write-up dated June 25 on apostasy in Malaysia.

He said the writer of the article who went by the pseudonym MSK had listed the names and MyKad numbers of 428 Malays and other bumiputras who had allegedly denounced Islam to embrace Buddhism, Christianity, Hinduism and Sikhism.

The writer claimed he had acquired the list from the Election Commission's official website.

"When my son went through the list he found my name on it and that I had converted to Christianity. That is slanderous and not true.
"I urge the police to investigate the matter thoroughly as it involves so many Muslims who are supposedly apostates. I am giving the police 14 days to reveal their findings or I will take legal action," said the former secondary school headmaster who is from Bandar Sri Damansara.

http://www.thesundaily.my/news/126159

mualaf said...

saya ingin kongsi pengalaman saya semasa anak saya di masukkan ke icu dan tersangat nazak.. terdpt seorg doktor kristian yg selalu dtg bertanyakan khabar anak kami dan sentiasa menasihat saya dan suami, sedangkan doktor melayu yg beragama islam senyum pun tidak.jadi bayangkan kami yg sedang berdukacita ni rasa betapa baiknya org kristian berbanding bangsa seagama kami... org kristian ni sungguh pandai berdakwah secara halus dan setiap masa cuba menarik minat org kpd kristian.

Anonymous said...

mualaf

TK kongsi pengalaman itu.

Pengalaman saya pulak yang Kristian dihospital selalunya macam memandang serong kapada orang Melayu. Farmasi disuatu hospital penuh dengan yang pakai rantai ada cross Kristian. Cara mereka (3 orang yang saya sudah pengalami dimasa masa berlainan) menerangkan ubat itu pun seperti melepaskan batuk ditangga.

Tak kisah lah tak panggil Encik, Abang, Pakcik ke apa. Tapi macam nak cepat saja. Kita tahu mana yang nak cepat kerana nak efisen, mana yang nak cepat sebab lain.

Mungkin ini masalah budaya atau didikan ibu bapa. Tidak semestinya yang terpelajar itu merendahkan diri, sopan santun sentiasa.

Anonymous said...

Banyak yang membalun Mat Sabu cakap kominis Mat Indera yang serang Polis Bukit Kepong tu hero.

Nak tanya: Mat Indera tu Kristian ke? Dia kominis. Kata orang, kominis tak suka Islam, tak benarkan agama.

Lihat kepala tajuk-tajuk berita berikut:

More Outcry Over Sabu's Bukit Kepong Bombshell

SUNGAI PETANI, Aug 29 (Bernama) -- The descendants of two victims of communist terrorist atrocities have hit out against PAS deputy president Mohamad Sabu for his alleged statement on the Bukit Kepong bloody incident in February 1950. ...

Mat Sabu Lambasted For Version Of Bukit Kepong Tragedy

KUALA LUMPUR, Aug 27 (Bernama) -- PAS deputy president Mohamad Sabu was Saturday blasted for his version of the 1950s Bukit Kepong Police Station bloody incident and asked to apologise for "twisting" the facts. Malaysian Ex-Servicemen's Association ...

T'gganu ex-policemen association lodges police report against Mat Sabu

BESUT, Aug 28 (Bernama) – The Terengganu Ex-Policemen Association today lodged a police report against PAS deputy president Mohamad Sabu for his alleged statement on the Bukit Kepong bloody incident in February 1950. Association chairman Hussin Awang ...

Anonymous said...

Somalia oh Somalia

Rakyat somalia mendeerita, mati kebuluran, mati kena penyakit, nyawa rakyat somalia langsung tak bernilai.

Tapi rakyat somalia juga ghairah berperang sama sendiri. Tak tahu apa yang mereka berebut. Negara mereka penuh dengan kekontangan, hujan dah 7 tahun tak turun, tiada tanaman dan tiada makanan.

Bala dari tuhan. Tapi bagi para pemimpin somalia yang beragama islam adakah kejadian itu bala dari tuhan. Kemurkaan tuhan atas kegagalan mereka memimpin dan menyatupadukan rakyat.

Adakah pemimpin Umno dan Pas mahu benda yang sama terjadi di negara ini. Jangan sampai tuhan pun dah fedup, kalau tuhan dah fedup, mungkin tuhan akan bagi bala seperti mana yang di berinya kepada somalia.

Mudahan2 malaysia selamat, biarlah pemimpin sama pemimpin berbalah, biarlah pemimpin melayu berbalah sesama mereka, yang penting kita sesama kita jangan berbalah .. insyalah melayu akan selamat dan islam akan selamat.

Terus terang, aku dah hilang kepercayaan kepada pemimpin politik melayu, aku juga hilang keyakinan kepada para ulamak politik melayu. Mereka bakal membawa kebinasaan kepada orang melayu jika orang melayu mentaati seruan mereka.

Marilah kita tentukan sendiri masa depan kita tanpa terpengaruh dengan seruan dari mereka yang saya nyatakan diatas.

Anonymous said...

Saya pun bosan juga dengan pemimpin Islam dinegara ini.

Dan pemimpin agama lain yang mengeksploitasi keadaan.

Tapi saya masih mengharapkan dan berdo'a Allah SWT akan menunjukkan jalan yang baik bagi mereka semua.

Saya percaya suatu hari nanti akan timbul pemimpin Islam yang tegas dan berani membetulkan keadaan yang tidak menyenangkan sekarang ini.

Selamat Hari Raya semua.

Anonymous said...

"menunjukkan jalan yang baik bagi mereka semua."

Sepatutnya ditulis

"menunjukkan jalan yang baik KAPADA mereka semua. BAGI KITA SEMUA."

Anonymous said...

Polis dah mula siasat laporan mengatakan Mat Sabu meng"hero"kan pengganas kominis dan mengecilkan pasukan keselamatan negara ini.

Timbalan Ketua Polis Negara kata begitu. Diberitakan oleh Bernama seperti berikut:

Police To Probe Mat Sabu's Alleged Statement Discrediting Security Forces

KUALA LUMPUR, Aug 29 (Bernama) --

The police have opened an investigation into an alleged statement made by PAS deputy president Mohamad Sabu discrediting the security forces, Deputy Inspector-General of Police Datuk Seri Khalid Abu Bakar said today

Anonymous said...

Allah berfirman dalam Al Maidah:3;

Pada hari ini, orang-orang kafir telah putus asa dari ugama kamu.

Sebab itu janganlah kamu takut dan gentar kepada mereka, sebaliknya hendaklah kamu takut dan gentar kepadaKu.

Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu ugama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi ugama untuk kamu.

Anonymous said...

Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar.

Ramadhan Al Mubarak telah pergi meninggalkan kita, setelah kita berpuasa sebulan dalam bulan yang diberkati ini.

Moga-moga Ramadhan yang baru sahaja berlalu itu telah mendidik diri kita menjadi orang-orang yang bertaqwa sebagaimana natijah serta hikmat puasa itu sendiri.

Tanda orang bertaqwa pula ialah kita menjadikan Al Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w. sebagai panduan yang hakiki dalam kita melayari bahtera kehidupan yang penuh dengan cabaran ini.

Ianya merangkumi pelbagai cabang kehidupan kita : bukan setakat makan-minum-pakaian yang halal semata-mata, tetapi juga cara untuk menguruskan rumahtangga, berhubung sesama manusia sebagai rumpun jiran tetangga dalam sebuah masyarakat, bahkan hinggalah kepada cara bernegara.

Anonymous said...

Orang Islam Malaysia memang sukar diselami psikologi mereka. Kerana sentuhan Tuhan, ramai orang Kristian menunjukan kasih sayang mereka kepada insan yang lain, bukan kerana nak berdakwah tetapi kerana kegirangan yang ada di hati. Namun, mereka dituduh bertindak berdakwah secara halus. Orang Kristian juga diajar kitabnya supaya memuji nama Tuhan sentiasa, dalam lagu dan pertuturan. Itu pun salah. Orang Kristian diperlukan berbuat baik kepada yang miskin, anak yatim, janda dan mereka yang memerlukan. Apakah ini juga salah.

Saya berseru kepada orang Islam supaya keluar daripada zon selesa sendiri dan lebih memahami orang lain sebelum melontar tuduhan2 yang lebih bersifat fitnah dari fakta.

Bagi saya, orang Islam di Malaysia mudah membesar diri, mengatakan diri mereka mudah bertolak ansur, bermurah hati, baik pada orang lain tetapi dari pemerhatian orang bukan Islam, ianya semata2 dibuat bukan dari hati tetapi kerana "peer pressure" kerana takut dipandang serong kalau tak buat "cara Islam". Fikir2 lah. Sudah berapa lama orang bukan Islam sudah tinggal selangit dengan orang Islam, kenapa tak ramai yang masuk Islam sedangkan Islam majoriti dan ditampilkan merata tempat di setiap pelusuk negara.

Dihari yang mulai ini, renungilah isu ini dan jangan menyerang. Orang Islam pandai menyerang dan tak pandai berdialog. Berdialoglah demi kebaikan semua. Allah setentunya menyanyangi mereka yang menyayangi yang lain.

Anonymous said...

Wahai Anon 10:14 AM,

Sementara menunggu kumpulan baru dalam perjalanan berhari raya dirumah saya, saya jengok sebentar blog ini.

Yang bertakbir, memberi nasihat baik, mengucap selamat Hari Raya dan sepertinya, baguslah.

Tapi anda mengata "Orang Islam pandai menyerang dan tak pandai berdialog." Anda Islam kah?

Bagus anda menyeru "Berdialoglah demi kebaikan semua." Tapi elakkanlah mengata orang Islam. Niat anda jika baik jadi tak baik bila begitu.

Benar "Allah setentunya menyanyangi mereka yang menyayangi yang lain." Anda pun perlu mengingati dan mengikuti kata kata itu.

Berbaik hatilah kita semua diHari Raya ini. Cuba keluarkan kata kata yang baik saja.

Selamat Hari Raya.

azman adzhom said...

kristian hanyalah karutan lagi sesat,ajaran songsang ni dah jadik 'old fashion' kat barat..REJECT! lah senang cakapnyer.
org barat pun tau nak menilai si ajaran pelik lagi songsang ni..
cth:nak relate bible dng sains,totally out...NOL...habuk pun takda.tapi dia org ada jumpa sebab MENGKAJI!..AL QURAN dan sains memang MATCHING dan COMPATIBLE..
tulah sebabnyer puak kristian ni dok sebok jual 'minyak' kat tempat kita..menumpang kasih laa kononnyer...tapi care ko org nie mcm lebey-lebey laa aku tengok!

teguran ihklas dari aku...dah menumpang jgnlah pulak nak lebey kuah dari sudu yea...
takut nanti kuah yang dihirup nanti berjijiran jatuh ke bumi!
hihi...

Anonymous said...

Kita jangan terlalu bergantung kepada orang politik dalam menegakkan dan mempertahankan Islam. Marilah kita berharap dan bergantung kepada Allah. Orang politik hanya mementingkan undi. Kita sebagai rakyat Islam perlu bersatu dalam Islam dan bukan bersatu dalam parti. Jangan pedulikan pegangan parti tetapi pedulilah dengan kebenaran Islam. Sama-sama berjuang berdasarkan al-Quran dan hadis. Semoga Allah memberikan kekuatan. Insyallah.

Anonymous said...

Kristian bermula menjejak negara ini dizaman Kesultanan Melayu Melaka. Kota Melaka dikenali sebagai pusat perdaganan antarabangsa (entrepot) yang menarik pedagang dari Timur Tengah, Eropah dll.

Bila Portugis tawan dan takluk Melaka mulai 1511, mereka membina kubu A Famosa yang menempatkan askarnya. Disitu juga dibina gereja. Kristian mula bertapak. Portugis telah dinyah keluar oleh Belanda, kemudiannya oleh British. Tetapi pengaruhnya hanya terhad sehingga penghujung abad 18 bila mereka dibenarkan berdagang diPulau Pinang dan awal abad 19 diSingapura.

Usha usha mengkristiankan penduduk tempatan tidak dilakukan dengan giat sehingga penjajahan British keatas seluruh Semenanjung Tanah Melayu, yang bermula di penghujung abad 19, telah berjalan dengan lancar diabad 20. Dimasa mereka mula membawa masuk mubaligh mubaligh Kristian atau Christian missionaries secara dirancangankan dengan teratur. Mereka bina berbagai sekolah berinspirasi dan benama Kristian, seperti yang masih ada lagi sekarang - St John, St Michael, St Xavier, Methodis dsbnya.

Apabila Merdeka, Kerajaan telah mengurangkan, kemudian memberhentikan, kegiatan mubaligh Kristian itu, sebab Perlembagaan Malaysia menyatakan Islam adalah agama negara ini. Padri padri asing yang tinggal disini telah tidak disambung kebenaran tinggal (residence permit) mereka.

Banyak mereka pergi keSabah dan Sarawak yang masih dijajah dan dibawah pemerintahan British sehingga 1963. Apabila Malaysia ditubuhkan dan Sabah dan Sarawak merdeka melalui penubuhan Malaysia, Kerajaan negeri Sabah dan Sarawak juga telah tidak disambung kebenaran tinggal mubaligh mubaligh Kristian itu.

Pengkristianan melalui sekolah memang telah dilakukan sejak zaman kolonial British lagi. Sehingga ada banyak diceritakan bahawa Melayu dikampung kampung tidak mahu menghantar anak anak mereka ke sekolah Inggeris. Ini menjadi satu sebab kemunduran kaum Melayu hingga sekarang.

Kerajaan sekarang mesti awasi, cegah dan bantutkan apa saja dan dimana saja usha mengKristiankan siapa saja. Semua agama mesti hormatkan Islam tercatit sebagai agama negara ini. Mesti tentukan status quo atau tidak bertukarnya nisbah/ peratus pemeluk berbagai agama dinegara ini. Jangan kucar kacirkan atau porak perandakan keadaan.

Anonymous said...

Di Hari Raya tidak salah kita bercerita pasal kelakuan penjajah.

Tamadun maanusia bertukar dari zaman ke zaman. Bermula dengan mempelankgong kepala satu sama lain pakai batu, kemudian pakai kayu, anak panah, senapang, bom, kuasa nuclear. Agama satu sebabnya.

Agama yang tak menyembah patong berhala - Yahudi atau Judaism muncul lebih dari 2,500 tahun dulu, Kristian lebih 2,000 tahun lalu, Islam lebih 1400 tahun lalu.

Agama Yahudi sangat inklusif, tidak disebarkan kapada lain dari kaum Yahudi. Abdullah Yusuf Ali, penterjemah dan pentafsir Al Qur'an yang terkenal, mengatakan agama Kristian timbul kerana itu. Ada bijak pandai yang mengatakan bahawa agama Kristian seperti yang diajar oleh Jesus Christ tidak bergerak sehingga seorang Yahudi bernama Saul - kemudiannya dipanggil Paul - telah menyebarkan ajaran Jesus Christ itu.

Tetapi, sebagaimana disebut oleh Yasser Arafat, pejuang Palestin yang ulung, dan oleh beberapa bijak pandai sebelomnya, tiga agama itu percayakan Tuhan, tetapi orang Islam merasai lebih rapat dengan orang orang Kristian.

Tetapi diMalaysia, Penjajah British telah mula menimbulkan rasa syak wasangka dikalangan kaum Melayu apabila mereka cuba mengKristiankan Melayu.

Sekarng sudah ada Perlembagaan negara Malaysia sejak 54 tahun. Nyata ada undang undang menunjukkan salah mengKristiankan orang orang Islam dinegara ini. Maka kita minta pihak Kristian sekarang membalas atau membuat resiprokasi kapada apa yang dikatakan Yasser Arafat dan bijak pandai itu, supaya merasa rapat dengan kaum Islam dan tidak cuba mengKristiankan orang Islam atau sesiapa lain dinegara ini.

Supaya kita masuk ke zaman tamadun tinggi, saling menghormati antara berbagai penganut agama dinegara ini, tidak cuba mempengaruhi dan memurtadkan sesiapa. Dan elakkan pergaduhan seperti perang agama dizaman Crusaders, Sultan Saladin dan Khalifah Khalifah lain beratus tahun dahulu.

HAMBA YG KERDIL said...

SALAM SYAWAL DAN TA'RUF,

DIJEMPUT PARA SOHABAT SEMUA UNTUK HADHIR KE:

MISTISFILE: Hak kaum Cina yang kita tidak tunaikan

oleh:HERMIT.

Anonymous said...

11:32 AM

Setahu saya tak ada hak kaum Cina yang tidak ditunaikan.

Hak kerakyatan sudah amat digunakan dan Kerajaan telah sangat melonngarkan syarat pengeluaran kerakyatan bila ujian Bahasa Melayu diketepikan selepas Merdeka. Masalahnya meleret, hingga sekarang banyak yang mengaku rakyat Malaysia tidak faham atau fasih dalam Bahasa Kebangsaan.

Bagi saya, siapa yang mahu pembaca tahu apa apa maklumat perlu mengeluarkannya disini. Yang hanya memberi linknya tidak akan dibaca sebab pembaca tidak ada masa. Tambahan pula perlawaan begitu merupakan iklan kapada blog yang dilinkkan.

Anonymous said...

11:32 AM

Setahu saya tak ada hak kaum Cina yang tidak ditunaikan.

Hak kerakyatan sudah amat digunakan dan Kerajaan telah sangat melonngarkan syarat pengeluaran kerakyatan bila ujian Bahasa Melayu diketepikan selepas Merdeka. Masalahnya meleret, hingga sekarang banyak yang mengaku rakyat Malaysia tidak faham atau fasih dalam Bahasa Kebangsaan.

Bagi saya, siapa yang mahu pembaca tahu apa apa maklumat perlu mengeluarkannya disini. Yang hanya memberi linknya tidak akan dibaca sebab pembaca tidak ada masa. Tambahan pula perlawaan begitu merupakan iklan kapada blog yang dilinkkan.

Anonymous said...

berkongsi rasa betapa lazat dan nikmatnya iman dan islam itu...

Anonymous said...

-ikhwan-

Assalamualaikum Dr Ridhuan dan rakan rakan

Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin kepada semua.

Kepada Ultrakiasu tu; cukup cukuplah ....di bulan baik, hari baik ni eloklah minta maaf dari Orang Malaysia yang dizalimi dan difitnah sekian lama...berpijaklah di bumi nyata.

Anonymous said...

Dua hari cuti raya resmi sudah berlepas. Rasanya sudah boleh kita mula membuat komen seperti biasa, asalkan jangan keluar kata kata kusut dan kotor.

Saya dukacita MB Selangor kata diHari Raya bahawa laporan JAIS berkenaan siasatan mereka keatas usaha pengKristianan Gereja Methodis Damansara Utama dijangka dihujung Sptember pulak. Dulu, selepas dia meminta ma'af kapada pastor HO, dia kata JAIS diberi sebulan bagi menyiapkan laporan itu. Sepatutnya laporan itu siap dan dikemukakan dipertengahan September ini.

Mungkin masalahnya 10 dari 12 yang diminta hadzir dipejabat JAIS itu dinasihatkan oleh peguam jangan berkerja sama. Walau pun demikian, MB Selangor yang berkuasa diatas JAIS sepatutnya menentukan laporan itu disiapkan berdasarkan apa fakta yang mereka ada setakat ini.

Rakyat Islam gelisah menunggu laporan JAIS itu. Mahu tahu apa yang sebenarnya berlaku dan telah dilakukan berbagai pihak yang terlibat, termasuk JAIS. Tidak perlu tunggu yang 10 itu memberi keterangan.

JAIS perlu meminta nasihat Penasihat Undang Undang Negeri Selangor berkenaan apa yang boleh dilakukan akibat peguam menasihat 10 orang itu jangan membuat kenyataan. Pegawai Undang Undang Negeri berupa ketua hal ehwal undang-undang negeri dan bertaraf Ahli Exco, ex-officio.

JAIS juga boleh merujuk kapada pihak berkuasa agama Islam diperingkat Federal. Tapi kita boleh bayangkan bahawa MB digesa Exco Kristian DAP supaya jangan. Maka dicadangkan ada Syura atau Council, MB katakan pula Tuanku Sultan Selangor yang mencadangnya, terpaksa dia mengubah nama bentuk tiga orang itu - dia, Mufti Selangor dan Timbalan Mufti - mendengar cerita dari pihak pengelola gereja Methodis dan JAIS. Itu pun tidak diumumkan apa yang dikata mana mana pihak yang "di dengarnya".

Maka dihari baik bulan baik ini, marilah kita menggesa Kerajaan Selangor memberi penerangan apa yang sebenarnya berlaku digereja Methodis itu, seperti yang dikatakan pengelola gereja dan JAIS setakat ini. Dan pihak berkuasa pentadbiran agama Islam dinegara ini membuat pendirian baginya. Sultan Ketua Agama diperingkat negeri, YDP Agong diperingkat Persekutuan.

Sementara waktu, diharap jangan MB Selangor meminta ma'af kapada greja dan seumpamanya lagi, selagi laporan JAIS itu belom dikeluarkan dan pihak berkuasa agama dinegara ini memberi pandangan. Tidak wajar dan tidak adil dia meminta ma'af sebelom mengtahui apa sebenarnya berlaku dan pendirian pihak berkuasa agama yang tertinggi dinegeri Selangor/ negara Malaysia diumumkan.

Anonymous said...

usah di tanya kenapa ader org melayu yg sebegitu bodoh nak tinggalkan Islam dan menganut agama Kristian yg serba x kena tue..

bila hidayah dah di cabut, tiada lagi iman yg tinggal..

di eropah semakin ramai org yg memeluk Islam, tp di sini gatal nak anut Kristian..mungkin terlalu miskin sampai terpaksa bergantung kpd gereja utk hidup..

so pathetic..

Anonymous said...

Mungkin Melayu/ Islam tak mencari mereka. Tak ada kegiatan mubaligh / missionary activities secara terancang, deliberate.

Kristian ada. Isu Kalimah Allah dsbnya. Itu semua perlu sentiasa diancam. Diberi tahu jangan kacau status quo diantara penganut berbagai agama dinegara ini. Nanti buruk adahnya.

Anonymous said...

Setuju, kita tidak mau beranggap buruk kapada orang Kristian. Jadi, Khalid Ibrahim mesti umumkan apa yang dia dah dengar dari pihak Gereja Methodis dan JAIS itu, disaksikan oleh Mufti Selangor dan Timbalan Mufti.

Jangan tunggu Lapuran JAIS berkenaan dengannya. Sekurang kurangnya beri sedikit bayangan apa yang telah dikatakan. Dan masukkan juga apa Mufti Selangor dan Timbalannya kata. Sebab mereka pihak berkuasa agama diNegeri Selangor.

Atau cepatkan pengeluaran Lapuran JAIS. Jangan tunggu syor-syor dsbnya yang selalunya makan masa. Keluarkan apa yang sebenarnya berlaku, dilihat, disaksikan dll bila mereka pergi siasat lapuran orang Islam "bebuka puasa digerja" itu.

Kita tak mahu syak wasangka berlarutan. Sehingga PAS, yang jadi anggota Kerajaan Selangor, pun mendiam diri. Selepas berkata nak interbiu Gereja dan JAIS. Amacam sekarang? Apa cerita?

Anonymous said...

Mat Sabu yang kelakar..

tolong lah..

rawang said...

Nampaknya apa sahaja yang berjiwa melayu masih terus menerus diancam bagi memastikan agar matlamat untuk melemahkan bangsa melayu dinegara ini tercapai.

Kelemahan dan porak perandanya bangsa melayu sahaja yang boleh mengubah senario politik negara dan seterusnya negara akan mudah dikuasai oleh golongan berkepentingan yang sedar bahawa selagi hak warisan dan kepentingan melayu ini tidak di hakis maka selagi itulah cita-cita dan matlamat perjuangan mereka tidak akan berjaya.

Malangnya kepimpinan melayu kini semakin pula mengalah dan terikut dengan rentak dan mainan halus pihak yang berkepentingan itu. Seolah-olah mereka juga mempunyai agenda tersendiri.

Golongan yang berkepentingan ini sedar bangsa melayu hanya akan diancam kepupusan apabila islam dipisahkan dari pegangan mereka dan bahasa melayu sebagai bahasa ilmu dan penyatuan bangsa terus diperlekehkan.

Apabila mereka gagal untuk memecahbelahkan orang melayu melalui isu kristianiti kini mereka kembali semula dengan isu PPSMI walaupun telah dimuktamadkan.

Mungkin bagi sesetengah pihak menganggap isu ini remeh tapi sebenarnya inilah nanti akan menjadi barah yang akhirnya akan menjadikan bahasa melayu sebagai bahasa kampongan dan akhirnya akan mengalami nasib seperti tulisan jawi.

Apabila jati diri dan warisan bangsa melayu makin di lupakan maka tidak mustahil akan sampai waktunya nanti warisan bangsa ini akan terus lenyap ditelan zaman.

Masih belum terlambat untuk mengubah dan mengelak dari malapetaka yang kini sedang melanda bangsa melayu, ianya umpama api dalan sekam.

Kepimpinan melayu yang berkuasa perlu tegas dalam mendukung hak warisan bangsa. lagi pun sama ada suka atau tidak keharmonian dan kestabilan negara ini hanya akan ujud selagi hak kepentingan melayu terus dihormati dan Bahasa Melayu tetap sebagai bahasa berdaulat dinegara ini.

abdullahngah said...

Kan kristian itu kafir, mana ada kafir yang redha dengan Islam.

Oleh itu usaha mengkristian orang melayu tak pernah berhenti hingga kini.

Lebih lebih lagi melayu hari ini walaupun tak masuk kristian tapi perangainya macam kafir malah sudah terlau ramai yang ikut macam kafir. baik berpakaian dan makan minum pun.

kaloo said...

http://www.facebook.com/#!/Pendedahan.Ekslusif
assalamualaikum....link atas tu ialah identiti hajjah yg mengutuk agama kita...sy pelik mengapa kerajaan tidak bertindak lg...sedangkan bukti2 sudah ada...sia2 mereka berjihad utk mencari siapa yg menghina agama kita...tlg ketengah kan isu ini EN.Ridhuan...mana ulamak kerajaan..jabatan agama,mufti kita..

Anonymous said...

Nampaknya banyak yang masih berHari Raya, mungkin diKampung, sekarang menuju balik ke kota kota, diharap semua nya selamat sejahtera, bersabarlah jika penuh sesak dijalan raya,

Nak komen sikit pasal apa kaloo kata:

Saya fikir Kerajaan nampak teragak agak nak ambil tindakan kerana PM Najib hendak sangat meraih undi bukan Islam, akibat perpecahan ummat Islam dinegara ini. Pihak berkuasa mentadbir hal hal agama, termasuk Mufti dan Jabatan Agama, sepertti pegawai-pegawi Kerajaan biasa, perlu berpandu kapada dasar dasar Kerajaan yang sedia ada, ucapan ucapan dan kenyataan PM dari masa ke masa, bagi mengambil tindakan mereka.

Perkara perkara sensitif memang tidak diberi arahan bertulis. Ketua Jabatan perlu menggunakan kebijaksanaan mereka. Jika tidak, mereka tidak dilantik kejawatan tersebut. Maka ada ramai pulak mereka yang memegang jawatan yang terlalu menjaga periuk nasinya. Walau pun pegawai Kerajaan tidak boleh dibuang kerja dengan sewenang wenangnya, mungkin mereka takut ditukar kejawatan yang tidak disukai, walau pun pangkat dan gaji yang sama. Seorang Mufti, contohnya, tentu lebih suka jawatan Mufti daripada jawatan Penasihat diJabatan Perdana Menteri atau sebagainya.

Di Selangor pula ada masalah politik Pakatan Rakyat. Tidak mahu meminta atau menerima nasihat Penasihat Undang Undang Negeri brkenaan gereja Methodis kerana jawatan PUUN itu ialah jawatan Federal. Dan tidak mahu JAIS meminta nasihat dari pihak berkuasa agama yang lebih tinggi sebab itu juga pihak Federal, Kerajaan Federal.

Itulah tandanya betapa perlu kita memikir panjang bila mengundi diPiilihan Raya. Bila sudah timbul kucar kacir seperti diSelangor, rakyatlah yang jadi mangsa. Hingga sekarang kita tak dengar pun apa yang MB Selangor telah dengar dari Gereja Methodis dan dari JAIS, disaksikan oleh Mufti dan Timbalan Mufti itu. JAIS pulaknya dibenarnya
lebih masa menyiapkan Lapurannya dihujung September - ditangguhnya lagi.

theprofessor said...

Saya sokong sepenuhnya tulisan dan pengajaran yang terkandung dalam nukilan Dr. Sayangnya ramai orang Melayu Islam tidak sedar mereka sedang disesatkan. Itulah sebabnya saya tidak memaaf mana-mana pemimpin dan penyokong Pas kerana mereka bersekongkol dengan DAP, yang nyata anti-Islam dan berniat jahat terhadap Islam.
Sedarlah wahai pemimpin Pas, anda semua sedang ditipu dan diperangkap oleh DAP. Bersatulah dengan orang Melayu semua untuk menyelamatkan umat.
Janganlah melanggar perintah Allah bahawa setiap orang Islam itu bersaudara. Janganlah kerana pangkat, kuasa dan nama, sanggup menggadai masa depan umat Islam di Malaysia.
Belum terlambat untuk kita semua kembali ke pangkalan jalan.

Anonymous said...

kesemuanyakomen yang diberikan sangat menyedihkan bagi pihak rakyat yang menganuti agama kristian. kami bukan kafir sebab ada agama. kafir bermaksud yang tidak mempunyai agama. Dalam alkitab / bible kami tidak di ajar untuk mengutuk dan menyerang kepercayaan orang lain. kami amat menghormati kepercayaan dan hak asasi inidividu. kami mempunyai iman. kami membawa iman kristus / Jesus / Nabi Isa ke dalam kehidupan kami. Kami tdak pernah melakukan dakwah tetapi kerana iman kami bercakap benda yang benar menurut iman kami. Setiap orang mempunyai hak untuk percaya ini dan itu. Kami menyebarkan cinta kasih Tuhan. salahkah untuk sesuatu yang baik?? Sebab itulah ada diantara kawan ( Islam ) menyatakan kristian menyerang islam secara halus. Perlakuan yang baik / buah iman kami dilihat oleh yang belum melihat iman kristian. Jika kita menyatakan Barat sebagai contoh penganut kristian yang teruk, kita harus juga melihat kepada penerimaan individu terhadap ajaran kristian. Adakah mereka membawa iman Kristus dalam hidup mereka? Dalam alkitab kami tidak pernah memusuhi antara sesama. malah kami mengasihi musuh kami. disebabkan perbezaan ini ada penganut Islam menyatakan kami menunjukan cinta kasih kami untuk mempengaruhi masyarakat muslim. Tidak sama sekali! sebab itu adalah iman kami. harus mengasihi sesama kita semua walaupun berbeza kepercayaan, bangsa dan kaum. Jika masyarakat muslim menyatakan islam mengutamakan kedamaian dan kasih sayang, dipersilakan membuktikkanya, adakah konsep membunuh yang murtad itu baik? adakah kristian itu adalah musuh? mana lebih jahat? kristian atau iblis?. hati yang penuh cinta kasih merupakan harta syurga dan hati yang tidak baik merupakan harta neraka. harap kawan-kawan yang membaca artikel ini dapat memahamidan merenungkan ulasan kami. janganlah hina kami disebabkan kpercayaan kerana itu adalah hak kami dan iman kami. semua agama mengajarkan benda yang baik. dsini kita perlu sentiasa hormat menghormati antara satu sama lain. diharap kita lebih matang selepas ini. Amin!

Anonymous said...

hairan!! kan senang UMNO/BN keluarkan statement je "KAMI TAK PERLU PENGGUNI ORANG CINA"

selesai je masalah xyah kat blog ini teka-teki.

yang si RT ni hanya je bagi "andaian" ataupun "illusion" Helo berdepanlan dengan bangsa ko organise la "open debate" secara terbuka sharekan pandangan kau dengan MCA,DAP,Gerakan

Anonymous said...

Tuan,

Saya bukan Islam,dan saya memang anti-mualaf macam tuan,tapi atas isu ini, saya sangat bersetuju dengan tuan.

Tuan harus faham Gerakan Dakyah Kristian tidak akan berhenti sehingga kumpulan sasaran mereka,iaitu kami yg dikatakan 'non-believers' [bukan pengikut] masuk Kristian.

Majoriti orang BUmiputera bukan Melayu telah ditawan. Mereka yang miskin dibeli dengan wang ringgit dan secara psikologi.Mubaligh seolah2 menabur bakti.Setelah termakan budi,maka ajakan masuk Kristian akan bermula.Risalah Kristian dan Bible diagih,lawatan keagamaan bermula.Agama pribumi diperlekehkan.Inilah jadinya.Begitu juga dilakukan atas mereka yang bukan Islam,iaitu Cina dan India.

Tuan,kami berlainan agama,tetapi menghadapi ancaman sama. Moga2 diperbanyakkan usaha untuk mendidik anak2 muda kami.Ibubapa terutamanya, ajaklah anak2 sekali untuk upacara keagamaan.

Selamatkan anak2 kami dari KELICIKAN KRISTINISASI