Semua artikel adalah pendapat peribadi. Anda berhak untuk tidak meneruskan bacaan atau tidak mengakseskan blog ini serta merta jika anda tidak bersetuju dengan pemikirannya. All the articles written are the personal views. You have absolute rights not to continue reading or to discontinue accessing this blog immediately if you are disagreeable with the personal views.

Sunday, February 06, 2011

Memahami politik kaum Cina

7:42 AM Posted by RIDHUAN TEE 111 comments
Mingguan Malaysia 6 Feb 2011

Pilihan raya Dewan Undangan Negeri Tenang telahpun berakhir. Prestasi Barisan Nasional lebih baik berbanding tahun 2008, terutama peningkatan undi Melayu. MCA mengatakan undi Cina kepada BN meningkat. Sebaliknya DAP pula mendakwa sebaliknya. Pengaruh MCA dikatakan semakin merosot kalangan masyarakat Cina. Siapakah yang berkata benar? Buatlah post-mortem dan kajian, daripada bercakap kosong bagi menunjukkan seolah-olah kita bagus atau boleh buat kerja.

Apapun, pada saya sama ada undi Cina terhadap BN meningkat atau merosot tidaklah penting sangat, kerana amalan demokrasi membenarkannya. Rakyat bebas memilih parti yang disukainya. Cuma yang amat menyedihkan adalah cara berpolitik dengan memberi tekanan atau mengungut kerajaan.

Ketika kempen pilihan raya tersebut berlangsung, Persekutuan Persatuan-Persatuan Cina Johor, Hua Zong, yang turut disokong oleh MCA, memberi kata dua kepada kerajaan supaya membuka semula Sekolah Menengah Persendirian Cina di Segamat. Jika tidak, orang Cina akan beralih arah atau tidak mengundi BN. Ugutan ini seolah-olah menampakkan selama ini mereka mengundi BN. Apakah benar?

Saya berani mengatakan bahawa majoriti Cina tidak mengundi BN. Tidak perlu buat kajian, lihat jumlah undi yang diperolehi oleh BN di kawasan bandar selama ini. Kenapa DAP terus dan begitu mendominasi?

Taktik mengatakan bahawa orang Cina tidak akan mengundi BN adalah taktik basi. Ini bukanlah kali pertama persatuan ini mengamalkan taktik licik sedemikian. Mereka akan mencari seribu alasan, menggunakan segala ruang dan peluang untuk menambah sesuatu yang telahpun mereka dapat. Malangnya, kajian tidak dibuat, kita terus tunduk kepada tuntutan dan desakan.

Rukun

Sebelum saya menulis lebih lanjut, eloklah sama-sama kita memahami tiga rukun atau sangga utama yang menjadi pegangan masyarakat Cina atau perjuangan hidup matinya. Sama ada wajar atau tidak, kita fikirkan bersama. Apa yang penting, bagaimanakah kita boleh memanipulasikan rukun-rukun ini untuk sama-sama menjayakan gagasan 1Malaysia.

Rukun pertama adalah mempertahankan pendidikan Cina. Melibatkan 1300 Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan 60 Sekolah Menengah Persendirian Cina di seluruh negara. Sudah tentu jumlah sekolah ini akan bertambah dari tahun ke tahun. Menurut badan penyelidikan MCA (INSAP), perjuangan pendidikan Cina oleh orang Cina sama seperti perjuangan menegakkan Islam oleh orang Melayu.

Rukun kedua, mempertahankan penerbitan akhbar Cina yang melibatkan 6 akhbar harian di Semenanjung dan 8 di Sabah Sarawak. Akhbar bahasa Cina adalah akhbar yang paling banyak dalam pasaran berbanding akhbar bahasa lain, termasuk akhbar berbahasa Melayu. Kenapa bahasa Melayu kurang dibaca oleh bukan Melayu, jawablah sendiri, tepuklah dada?

Manakala, rukun ketiga mempertahankan persatuan-persatuan Cina (Huatuan). Melibatkan lebih 8000 buah persatuan seperti persatuan rumah ibadat, puak (clan) dan bahasa, persatuan politik dan pendidikan, persatuan perniagaan dan perdagangan. Dalam banyak-banyak persatuan ini yang paling berpengaruh bukannya parti-parti politik mereka, tetapi adalah persatuan bahasa dan pendidikan, seperti Hua Zong, Dong Zong dan Dong Jiao Zong.

Ketiga-tiga rukun ini majoritinya mempengaruhi orang Cina di Malaysia dan tidak boleh disentuh. Mereka bersatu dan berpadu jika hak mereka tergugat. Sesiapa yang mengkaji proses sosialisasi politik, agen-agen ini amat berpengaruh dalam membentuk persepsi dan pendirian seseorang. Hasil sosialisasi inilah yang telah melahirkan bentuk masyarakat Malaysia yang ada pada hari ini.

Bukan Melayu

Bagi bukan Melayu atau minoriti yang lain, saya percaya, mereka juga berpegang kepada rukun tersebut, tetapi tidaklah sekuat pegangan orang Cina. Misalnya, bagi orang India, agama amat penting pada mereka. Justeru, sensitiviti perlu dijaga.

Begitu juga orang Melayu. Perkara berkaitan dengan Islam, seperti iman dan Islam seseorang, kalimah Allah, Rasulullah, babi, dan sebagainya adalah amat sensitif. Kenyataan Lee Kuan Yew yang mahukan umat Islam supaya tidak berpegang kuat kepada Islam dikira amat sensitif. Kontroversi semakin menjadi bertambah hangat apabila Tuan Guru Nik Abdul Aziz menyokong kenyataan tersebut. Pendapat Kuan Yew dikatakan lebih baik daripada perjuangan UMNO yang bersifat nasionalis. Dalam kata lain, pendapat Kuan Yew itu tentang Islam itu betul, perjuangan Melayu dan Islam UMNO itu salah.

Pandangan sebegini perlu dibuat dengan berhati-hati. Seteruk mana pun orang Melayu, mereka amat pantang jika ada seseorang yang mempertikaikan keIslamannya. Kerana bagi orang Melayu tidak kira UMNO atau PAS, agama adalah nombor satu dan tidak boleh diperlekehkan.

Orang Melayu amat sensitif dengan agama, sama seperti sensitiviti orang Cina terhadap bahasa. Dengan sebab itu, sehingga ke hari ini, pemerkasaan terhadap Islam lebih menonjolkan berbanding pemerkasaan bahasa Melayu itu sendiri, walaupun kedua-dua perkara ini jelas termaktub dalam perlembagaan. Pendek kata, agama Islam lebih banyak diarusperdanakan, berbanding kedudukan bahasa Melayu itu sendiri sebagai bahasa kebangsaan.

Malang sungguh kedudukan bahasa kebangsaan ini. Tidak banyak usaha dibuat untuk mendaulatkannya, kerana bagi kita ia tidak penting. Lagi pula menguasai bahasa Melayu tidak dapat membawa kita ke mana-mana. Inilah rata-rata persepsi kita. Lebih menyedihkan lagi apabila membaca iklan temuduga jawatan. Antara syaratnya mesti fasih berbahasa mandarin dan Inggeris.

Maka tidak hairanlah jika bancian penduduk baru-baru ini, membuktikan bahawa penguasaan bahasa Melayu di kalangan orang Cina masih lemah, sehingga terpaksa menggunakan khidmat penterjemah. Semua ini ada kaitan dengan tiga rukun tersebut. Benar, bahasa itu jiwa bangsa. Tetapi perlu juga dibezakan antara kepentingan bahasa negara bahasa bangsa. Yang mana satukah lebih utama?

Berbalik kepada tuntutan dan desakan mendirikan sekolah menengah vernacular, pada saya cukuplah dengan sekolah rendah vernacular yang sedia ada dan bertambah dari tahun ke tahun. Enam tahun dipisahkan sejak kecil adalah suatu jangka masa yang lama untuk mereka mensosialisasikan diri dengan persekitaran selanjutnya. Jika mereka terus berada di sekolah menengah vernacular, apakah sosialisasi begini sihat untuk membina bangsa Malaysia dan menjayakan gagasan 1Malaysia?

Ketua Pemuda MCA pernah berhujah bahawa enam tahun di sekolah rendah vernacular adalah jangka masa yang pendek berbanding dengan sekolah menengah dan pengajian tinggi. Justeru, pada beliau, menyalahkan pendidikan rendah vernacular adalah tidak wajar. Hujah ini menampakkan seolah-olah beliau menyalahkan pendidikan kebangsaan yang sedia ada.

Terus terang, saya masih boleh bersetuju dengan pendapat ini. Persoalannya, apakah kita mahu memisahkan mereka lagi dengan penambahan pendidikan menengah vernacular? Kenapa desakan ini begitu kuat bergema di Tenang dan mungkin juga pilihan raya kecil DUN Merlimau?

Komitmen

Perlu diingat, komitmen kerajaan terhadap sekolah vernacular amat tinggi dan belum pernah dilakukan oleh negara-negara lain. Perdana Menteri secara telus mengatakan pendidikan vernacular adalah sebahagian daripada pendidikan nasional. Bermakna, kewujudan sekolah vernakular telahpun diiktiraf. Ia merupakan satu kredit kepada bangsa Malaysia kerana dapat menguasai bahasa mandarin. Apatah lagi pasaran akan datang akan didominasikan oleh pasaran negeri China.

Malah, ketika Perdana Menteri menjadi Menteri Pelajaran, kedudukan sekolah vernacular terus diperkukuhkan pada tahun 1996. Inilah toleransi yang tidak ada tolok bandingnya. Di Johor sahaja, sekolah vernacular mendapat peruntukan tahunan sebanyak RM1.5 juta. Mana ada satu sistem di dunia ini sekolah berasaskan kaum dibiayai oleh kerajaan?

Dilihat dari sudut positif, memang benar ia suatu kelebihan. Namun, pada masa sama, kita perlu tangani pula kesan negatifnya apabila bahasa kebangsaan tidak dikuasai. Malangnya, setiap kali kerajaan bercadang untuk memperkasakan bahasa Melayu di sekolah vernacular, idea ini terus ditentang habis-habisan oleh persatuan tersebut.

Benar, kita akan berkata selama inipun, sejak kewujudan sekolah vernacular, kita masih tidak berkonflik. Masih berlaku kesepaduan sosial atau social cohesion. Kita hanya bertikam lidah. Masih lagi tidak berlaku parang-memarang atau parang wagging. Dengan maksud, keadaan masih lagi baik.

Persoalan saya, kenapa kita tidak cari jalan untuk mencapai yang terbaik? Bukan maksud saya dengan menghapuskan sekolah vernacular. Tetapi perancangan mesti dibuat, bagaimana sekolah kebangsaan dan sekolah vernacular dapat berinteraksi? Apakah program dan aktiviti yang perlu disusun agar berlaku silang budaya antara sekolah-sekolah ini? Misalnya program lawatan sambil belajar, perlawanan persahabatan, kempen bahasa kebangsaan dan sebagainya.

Saya hanya akan bersetuju dengan pembinaan sekolah menengah vernacular jika benar-benar bahasa Melayu dapat diperkasakan dalam 60 buah sekolah menengah vernakular yang sedia ada. Buatlah kajian akan kesannya terhadap pembinaan negara bangsa. Untuk sementara ini, janganlah terlalu menggugut dan mendesak kerajaan.

Tindakan sebegini akan menyebabkan kaum lain menyimpan rasa dan dendam. Dendam inilah yang akan menjadi bara api perkauman, yang tidak pernah padam. Inilah yang bahaya.

Ketika pilihan raya kecil Tenang berlangsung, saya sempat berada di bandar Tangkak untuk beberapa jam. Apa yang menyedihkan adalah melihat pembinaan semula sebuah rumah ibadat yang menaranya betul-betul sebaris dengan longkang jalan utama.

Saya amat musykil bagaimana Majlis Daerah boleh meluluskan pembinaan tersebut. Saya tidak bermaksud menghalang pembinaan rumah ibadat tersebut. Tetapi pembinaan menaranya sebaris dengan jalan utama sudah tentu tidak mengikuti garis panduan atau spesifikasi perancangan bandar, yakni sebaik-baiknya 40 kaki daripada jalan utama atau sekurang-kurang 20 kaki. Apakah perkara ini juga ada kaitannya dengan politik desak dan ugut seperti di Tenang?

Kebebasan beragama dan menghormati kepelbagaian juga hendaklah berpandu kepada undang-undang. Kita sepatutnya bersyukurlah kerana dikebanyakan di dunia seperti Jerman, Perancis, Indonesia, Thailand dan sebagainya, mereka mengamalkan konsep keseragaman atau unity is uniformity untuk mencapai perpaduan. Dalam kata lain, 1 bangsa, 1bahasa dan 1negara.

Sudah pasti kita tidak dapat melakukannnya kerana kita mengamalkan kepelbagaian atau unity in diversity bagi mencapai perpaduan. Bagi kita kepelbagaian merupakan satu kekuatan. Namun, terlalu banyak berbezapun menimbulkan masalah juga. Bolehkah kita satukan masyarakat yang sejak kecil telah dipisahkan? Jika ditambah lagi dengan pendidikan vernacular peringkat menengah seterusnya diikuti dengan memasuki IPTS berasaskan kaum, apakah citra gagasan 1Malaysia akan tercapai?

111 comments:

Anonymous said...

Salam Semua,

Terimakasih Dr RT diatas usaha memperkenal dan memahamkan kita kepada mentaliti orang cina.

Saya harap ada pembaca bangsa cina lain yang dapat memberi komen/ mengesahkan/ menambah kepada analisis Dr terutamanya kepada 3 'Rukun' orang cina seperti yang Dr. gariskan.

Biarlah perbincangan yang mula2 ni berkisar kepada artikel sebelum dibiarkan melalut.

Abdullah Ngah said...

DR. Ridhuan,

Dr, kata, Seteruk mana pun orang Melayu, mereka amat pantang jika ada seseorang yang mempertikaikan keIslamannya. Kerana bagi orang Melayu tidak kira UMNO atau PAS, agama adalah nombor satu dan tidak boleh diperlekehkan.

Orang Melayu amat sensitif dengan agama.

bagi saya sensitif dengan agama yang dimaksudkan oleh Dr. itu tidak lain dan tak bukan hanya gimik saja atau dengan kata lain hanya teori saja tak lebih daripada.

kenapa saya kata begitu? mengapa tidak? ingat kah Dr dengan tindakan dan peranan yang dilakukan oleh Dr Mahathir ketika baru menjawat jawatan perdana menteri Malaysia ke 4.

Dr Mahathir bukan saja mempersenda sendakan islam agama orang melayu, malah ada juga telah memperolok olok ayat ayat Allah sehingga disaran supaya al Quran ditafsir semula kerana tafsir silam tak sesuai lagi dengan zaman teknologo kini.

Orang Melayu jadi sensitif apabila Nik Abdul Aziz berkata orang umno jahiliah. Orang melayu marah apabila pemimpin PAS kata undi PAS masuk syurga.

Kalau orang melayu yang dikatakan sensitif apabila sentuh pasa agama mereka sudah tentu mereka tak tinggal solat lima waktu sehari semalam.

hingga kini, sama betul atau sebaliknya saya tak tahu tapi kajian yang dbuat oleh ulama malaysia sebanyak 20 peratus saja orang melayu yang solat lima kali sehari semalam.

bermakna 80 peratus mereka tinggal solat fardu yang dinyatakan oleh nabi SAW barangsiapa yang tinggal solat dengan sengaja kafir.

Orang Umno tak pernah sensitif dengan peranan Dr Mahathir. Malah kekal berkuasa selama 22 tahun lebih macam juga Hosni Mubarak yang kekal memerintah selama 30 tahun miskin pun tolak Islam dan sokong Yahudi.

Kalau orang melayu sensitif suntu berang tentu sudah lama orang yang seangkatan dengan Dr mahathir jatuh sepertimana yang disarankan sekarang ini.

sgray said...

Abdullah Ngah said..Kalau orang melayu sensitif suntu berang tentu sudah lama orang yang seangkatan dengan Dr mahathir jatuh sepertimana yang disarankan sekarang ini.

Apa ke heeh nya pak dollah,siapa kata mereka tidak sensitif.Jangan lah samakan Mahathir dengan Nik Ajis.jauh sangat..orang melayu sedar dan faham yang mana betul dan salah dan tidak membuta tuli macam hang tu.
siapa yang mempersendakan Islam diantara kedua manusia yang dipercontohkan.Apakah dengan menafsirkan AL Quran dengan ertikata zaman yang masih mendukong maksud nya akan mencela AL Quran.TDM tidak menyuroh kita mengubah atau menukar ayat2 Al Quran,apa yang disarankan supaya tafsiran itu lebih difahami agar tidak mudah tertipu dengan orang2 cam yang anda pertahankan NICKY tu..yang dok putar2 dengan Alquran..itu baru mempersendakan Al Quran namanya.Berhujah dan berselindung dibalik agama dan Al Quran utk mencapai matlamat nafsunya.

Fikir2kanlah..akal yang diberi utk kita manfaatkan.Ketaksuban pada sesama manusia dilarang , takkan bangkai gajah depan mata tak nampak.Kenapa tidak disanggah bila Nicky meraban.Pak Dol..biar buta mata jangan buta hati..tak masuk hidayah.

Berbalik ke tajuk diatas , saya amat bersetuju dengan apa yang di utarakan oleh Dr.Sikap tidak mahu berkongsi ilmu dan kepakaran dengan bangsa asing [selain org tionghua]begitu tebal dalam diri mereka dan satu punca kenapa adanya ugutan2 yang diperkatakan.

wallahuwa'lam

PEMBANGKANG-DAP said...
This comment has been removed by the author.
zendra said...

Dr Ridhuan berkata, "mengamalkan kepelbagaian atau unity in diversity bagi mencapai perpaduan. Bagi kita kepelbagaian merupakan satu kekuatan. Namun, terlalu banyak berbezapun menimbulkan masalah juga."

Kapada mereka yang menganut konsep "unity in diversity", dan kapada Kerajaan yang membiarkannya sebab mahukan undi, ketahuilah bahawa semalam 5.2.11 Perdana Menteri Britain, David Cameroon, mengatakan dipersidangan empat pihak termasuk Amerika Syarikat yang diadakan diGermany seperti berikut:

Di United Kingdom, “Multi-culturalism, a state policy of encouraging different cultures to live separate lives, has failed.”

Rujukan telah dibuat kapada "respect for British culture, etc." Menghormati kebudayaan yang sedia ada dinegara yang didiami adalah didesakki oleh orang British, yang dikenali dalam sejarah sebagai "luas pemandangan" atau liberal.

Maka kebelakangan ini Kerajaan Britain telah mengejar "overstayers atau mereka yang tinggal berlebihan tempoh yang dibenarkan dipas lawatan berkunjung atau berlajar diBritain.

Dan "culture" atau kebudayaan yang dimaksudkan itu termasuk undang-undang dan peraturan peraturan yang sedia ada dinegara yang dilawati atau didiami.

Maka diMalaysia nyata bahawa Bahasa Malaysia adalah budaya tempatan yang tidak ada so'al tanya lagi. Bukan sahaja sudah menjadi lingua franca atau bahasa tuturan diranatu ini sejak ribuan tahun, malah sudah termaktub sebagai Perkara 152 diPerlembagaan negara.

Saya setuju dengan kebanyakan apa yang diperkatakan Dr Ridhuan direncananya kali ini. Tetapi saya tidak setuju dengan beberapa pendapatnya berkenaan sekolah vernakular.

Saya berpendapat komitmen kerajaan terhadap sekolah vernacular adalah semata mata kerana mengejarkan undi. Sekolah vernakular perlu diserapkan kedalam sistem sekolah kebangsaan. DS Najib sendiri telah mengatakan diParlimen dan diblog 1Malaysianya bahawa "single stream schooling" akan dilaksanakan "apabila rakyat mahukannya". Tetapi dia tidak menyebutkannya bagaimana menentukan sama ada rakyat mahukannya sekarang atau tidak.

Cadangan supaya diadakan penentuan melalui "referendum", yang telah berkali kali dikeluarkan oleh Kempen SSS, yang logonya dipamir lebih dari 200 blog dialam citra, telah didiamkannya. SSS telah dibincangkan diakhbar, radio, TV dan dikemukakan diParlimen. Sehingga PRU13, Najib susah mahu berkata lebih dari "akan dilaksanakan apabila rakyat mahukannya". Sebab mahu mengejar undi Cina PRU12 yang lari keDAP yang cauvinis dan rasis sejak mulanya apa yang dipanggil Malaysian Malaysia ditahun 1960an.

(Disambung)

zendra said...

(Sambungan)

Maka apa kata kata dan tingkah laku Najib berkenaan pendidikan vernacular dan pemberian wang ke sekolah Cina di PRK Hulu Selangor, Sibu dll adalah semata mata kejaran undi. Tidak bermakna pengiktirafan sepenuhnya atau selama lamanya. Tidak boleh. Kerana Perkara 152 adalah nyata.

Perkara "menguasai bahasa mandarin" boleh dilakukan dengan mempelajarinya disekolah kebangsaan sebagai mata pelajaran pilihan. Dan, jika perlu, tambah mempelajarinya dimasa berlebihan diluar masa sekolah biasa.

Kerana adanya Perkara 152, tidak ada justifikasi bagi pasaran negeri China menghalalkan sekolah Cina. Jika demikian, mungkin kita sudah ada sekolah Jepun diMalaysia hingga sekarang, kerana Jepun adalah kuasa ekonomi terbesar kedua demikian lama didunia.

Selagi tidak ada kajian mendalam dan scara profesyional dibuat, saya berpendapat bahawa penguasaan bahasa kebangsaan disekolah Cina tidak akan memuaskan. Bagaimana boleh, bila silabus dan tahap kelulusan yang diperlukan dibenarakan lebih rendah dari sekolah kebangsaan. Benar kata Dr Ridhuan - setiap kali kerajaan bercadang untuk memperkasakan bahasa Melayu di sekolah vernacular, idea ini terus ditentang. Tapi saya percaya keadaan akan bertukar selepas PRU13. Jika tidak kita perlu tukar pucuk pimpinan.

Pada saya jalan apa pun kita cari untuk persepaduan dan social cohesion, sekolah vernakular mesti diserapkan kedalam sistem sekolah kebangsaan. Mesti ada nilai nilai hidup yang sama, harapan dan impian yang sama dikalanagan rakyat, atau common values, hopes and aspirations.

Kerajaan mesti jalankan suatu kajian mendalam diatas tiga sistem pelajaran yang ada sekarang ini dengan tujuan menjadikan hanya satu, ia-itu sistem sekolah kebangsaan. Pembinaan sekolah menengah vernacular tidak boleh dibenarkan dari apa apa segi pun. Melainkan tidak ada Perkara 152.

Maka peruntukan bahasa Melayu disemadikan sebagai Perkara 152 diPerlembagaan negara bukan kerana mengambil kesempatan atau convenience sahaja. Sudah berkurun terdengar dimerata dunia bahawa Bahasa Jiwa Bangsa, Bahasa Menyatu Padukan Berbagai Bangsa.

Sepatutnya tidak ada so'al dendam jika semua rakyat hormatkan dan patuhi Perlembagaan negara. Dendam timbul hanya apabila ada yang mengabaikan tanggong jawab mereka sebagai warga negara. Apakah ta'at setia kapada negara jika tidak menigikuti Perlembagaan negara.

abc said...

Saya tertanya-tanya:Apa salahnya orang Cina membaca akhbar Cina dan kurang membaca akhbar Melayu? Adakah mesti membaca akhbar Melayu barulah layak digelar warganegara tulen? Takkan itu pun menjadi isu kepada si tuan punya blog? Takkan segala aspek kehidupan kita mesti diasimilasikan cara hidup Melayu walaupun kita hidup di TANAH MELAYU seperti si tuan punya blog ini? Sekurang-kurangnya apa-apa yang kita baca tidak menjadikan kita percaya kepada kata-kata sebelah pihak sahaja misalnya parti politik. Kita mendapat maklumat yang tidak berat sebelah. Orang Melayu kini sudah mula menolak akhbar milik gerombolan dan beralih ke sumber alternatif supaya tidak terus dibodohkan dan terperdaya oleh dakyah politik dan api perkauman pihak berkepentingan.
Bahasa kebangsaan masih belum sampai ke tahap "daulat"nya bukan kerana bahasa lain atau kaum lain. Tepuk dada, tanya kerajaan. Kejap PPSMI kejap MBMMBI, lepas ini apa pula? Sebilangan orang Melayu sendiripun membantah PPSMI dimansuhkan kerana mereka sedar kepentingan menguasai Bahasa Inggeris. Lawat http://pagemalaysia.blogspot.com/2009/08/ppsmi-page-next-step-sk-smk-smi.html. Kebanyakan ibubapa murid SK dan SMK yang mengambil bahagian dalam survey ini mahu PPSMI diteruskan atau wujudkan SMI.
Apabila tiba sahaja pilihan raya, pihak gerombolan akan menaburkan 1001 janji dan pujian manis. Bagi peruntukan ini dan itu berjuta-juta, "memuji" orang Cina macam-macam dan mengiktiraf(kononnya) sekolah Cina ini dan itu. Semua ini semata-mata mahu menambat hati orang Cina demi undi. Seperti kata salah seorang pemimpin gerombolan "I help you, you help me". Sistem barter ini telah menjadi budaya. Jika peluang atau rezeki datang, apa salahnya kita menggunakan peluang ini secara optimum? Apa salahnya kita menuntut jika ada pihak sanggup memberi?

Anonymous said...

Rakan-rakan semua,

GONG XI FA CAI!

Hujah saudara Abdullah Ngah pada 9:50AM amat menyedarkan kita tentang hakikat "sensitif keagamaan" orang Melayu dan kaum lain.

Benar kata Abdullah Ngah, jika Melayu betul-betul sensitif dgn agama kenapa 20% saja yang bersembahyang?

Saya ingin menambah, maaf jika ada yang rasa tersingung, jika Melayu benar sensitif dgn agama, kenapa gejala rasuah berleluasa di kalangan pegawai kerajaan yang rata-rata orang Melayu?

Sekarang saya bicara kaum lain pula. Adakah kaum Cina dan India benar-benar sensitif dgn agama mereka?

Jawapan saya: tidak!

Jika kaum Cina sensitif dgn agama, sudah tentu mereka tidak lantik Dr. Chua yang melanggar ajaran agama sebagai presiden parti MCA.

Jika kaum Cina sensitif dgn agama, tidaklah ada banyak kedai judi, arak, urut wujud dalam masyarakat kita!

Kaum India pula. Jika kaum India sensitif dgn agama, tidaklah ramai mereka yang ditemui mabuk di tepi jalan!

Kita rakyat Malaysia rata-rata membesar di bawah sistem pendidikan sekular yang tidak menitik berat sangat "nilai agama". Judi, arak, zina, rasuah adalah perkara biasa dan "normal".

Bila ada orang Islam dihukum sebat kerana melakukan kesalahan minum arak, ia menjadi berita yang mengejutkan langit dan bumi!

Bila ada cadangan hukum hudud dilaksanakan, yang menentang bukan saja orang bukan Islam, orang Islam sendiri menentangnya!

Orang yang sabit kes video lucah boleh dilantik presiden parti!

Orang yang sabit rasuah dalam pemilihan parti masih boleh menyandang jawatan kerajaan!

Inilah tahap sensitiviti agama orang Malaysia!

Agama hanya tinggal kulit saja, isinya telah dibuang!

Agama hanya dijadikan modal politik, bukan untuk dihormati dan diamalkan.

Di bawah sistem demokrasi beraja Malaysia sekarang, agama tidak dijadikan rukun hidup rakyat, kerana golongan pemerintah dan atasan tidak ada kekuatan rohani untuk mematuhi rukun agama masing-masing!

Ada pepatah Arab berkata:"manusia senantiasa mengikut agama raja-raja mereka". Inilah maksud pimpinan melalui teladan!

Persoalan saya: Apakah masyarakat kita telah melantik mereka yang layak menjadi teladan menjadi pemimpin?

Soalan lagi: Apabila rakyat yang membesar di bawah sistem pendidikan sekular rata-rata jahil tentang agama, mungkinkah mereka melantik pemimpin berdasarkan ukuran nilai agama?

Saya sangat hormat pemimpin PAS kerana mereka menilai setiap sesuatu melalui kaca agama. Ini sekurang-kurangnya menandakan mereka ada pegangan prinsip, dan buktinya ialah tidak kelihatan ADUN atau ahli parlimen PAS lompat parti. Tidak juga kedengaran wujud politik wang dalam parti PAS.

Alhamdulillah said...

kalau orang cina masih lagi mahu mempertahankan sekolah2 mereka...biarkanlah....binalah lagi banyak lagi bagus.....

Sekolah cina/india yang dapat membantut/menghalang perkembangan mental kanak-kanak untuk bersosial dan berkomunikasi dengan lebih baik...

Saya adalah seorang pensyarah di universiti swasta, saya tahu orang cina yang datang dari sekolah cina menghasilkan pelajar yang BODOH, dan sentiasa akan menjadi FOLLOWER, mereka akan bergaul bersama dengan kaum mereka saja dan mreka TIDAK BOLEH JADI KETUA dalam class, apatah lagi NEGARA atau DUNIA.....

Itu yang mereka nak....kita akan lihat, mreka tidak dapat jadi YB dan sentiasa PENGECUT UNTUK BERGAUL DAN BERKOMUNIKASI....apa yang mereka tahu KIRA-KIRA....dan buatlah kerja tu selama2nya...sebab mereka tidak ada NILAI/ VALUE UNTUK BERSAING DENGAN BANGSA ASING

Alhamdulillah said...

SAYA HARAP KOMEN SAYA DAPAT DIDENGARI OLEH PEMBACA/ IBU BAPA KETURUNAN CINA AGAR BERHENTI DARI MENGHANTAR ANAK2 ANDA KE SEKOLAH CINA....AGAR ANAK ANDA KEMBALI MENJADI BIJAK ....

SAYA TAK TAHU MEREKA TAHU BACA/ FAHAM BAHASA MELAYU...SUNGGUH KESIAN...

KERANA BAHASA ADALAH ALAT TEKNOLOGI KOMUNIKASI YANG PALING CANGGIH!

Pada orang melayu yang menghantarkan anak mereka ke sekolah cina....bagus! sebab anda dapat berkomunikasi dan bergaul dengan bangsa cina....tapi sungguh malang bagi orang cina...itu sendiri....

pendapat dari seorang pensyarah 8 tahun pengalaman

Anonymous said...

Saudara abc,

Hujah anda dalam post 12:19 sangat baik! Syabas!

Baca akhbar Cina tidak sakit hati! Baca akhbar Melayu membuat orang sakit hati! Sebabnya 2:

1. Akhbar Cina lebih bebas daripada kongkongan parti politik, ia sangat neutral. Berita dan kenyataan pemimpin parti pembangkang turut disiarkan. Kita dapat baca berita mengenai PAS, PKR dan DAP yang dilaporkan tanpa diputarbelitkan.

Akhbar Melayu perdana dikuasai parti UMNO, beritanya berat sebelah. Berita buruk mengenai parti pembangkang disiarkan, berita baik samada disembunyikan atau diputarbelitkan.

2. Akhbar Melayu banyak menyiarkan gossip artis-artis tempatan. Gossip artis dan berita 'lucah' dijadikan tajuk utama demi melariskan surat khabar. Gambar-gambar besar artis Melayu dengan gaya dan pakaian seksi disiarkan demi memenuhi nafsu pembaca!

Lainnya akhbar Cina. Walaupun ada juga berita gossip artis, tetapi tidak diutamakan dan hanya artis luar negeri saja. Tidak pernah siar gambar tidak senonoh artis Cina tempatan kerana pertimbangan kesan pendidikan. Tidak ada pendetailan berita atau cerita 'lucah' seperti yang termuat dalam akhbar tabloid Melayu!

Anonymous said...

@Pengikut Nabi Muhammad,

Barangkali anda seorang pensyarah di Universiti Tunku A. Rahman yang ramai pelajar daripada sekolah Cina. 2 orang anak saudara saya belajar di universiti ini.

Peringatan anda sangat bagus untuk mereka yang bersekolah Cina tetapi abaikan pentingnya bahasa Melayu. Mereka akan dapat manfaat jika teguran anda diberi perhatian!

Sistem pendidikan yang sempurna ialah melahirkan manusia yang dapat berkomunikasi dengan manusia lain terutamanya manusia semasyarakat.

Saya turut harap dan seru para pemimpin Dong Zong beri perhatian serious terhadap teguran anda!

Saya ucapkan terima kasih atas teguran anda.

Anonymous said...

Para pengarang dan wartawan akhbar Cina kebanyakannya dari sekolah Cina, pegangan nilai tradisi Kongfucious lebih kuat. Mereka juga merupakan benteng pertahanan melawan arus pemikiran hedonisme barat. Bagaimanapun saya perhatikan benteng budaya ini tidak sekuat benteng agama Islam yang dibina oleh kaum Melayu.

Anonymous said...

Zendra,

You are Malay-Nationalist. You might support the idea of David Cameron. But what will be the response of those Islamists in British and other parts of Europe toward David Cameron's idea. Let us wait and see.

For me, the Europe Christians fear the invade of Islamic culture and values to their motherland!

I learned that Islam is soon to take over Christianity and become the largest religion in Europe! Tony Blair's sister-in-law already became muslim!

The westerners have ruled the world for several hundred years, if Islam take turn, what's wrong with it? Chinese call this phenomeno 'Feng Shui take turn', why should we fear!

The Chinese in China say, 'Our heads have been down in the past 3 hundred years, now we can raise it up!' The Malays like you may say something similar in their hearts. For me, nothing wrong with it. I believe God's law allows the excellent ones prevail!

Then why should we fear the existence of Chinese schools and Malaysian Chinese who cannot utter Malay words and construct Malay sentenses correctly? Do not bother them, like @Pengikut Nabi Muhammad said!

Let me qoute the full text you mentioned from the web:

"State multiculturalism" has failed and left young Muslims vulnerable to radicalisation, David Cameron, the British prime minister, has said, arguing for a more active policy to heal divisions and promote Western values.

Cameron, in a speech to a security conference in Munich on Saturday, said that Britain and other European nations needed to "wake up to what is happening in our countries" as well as tackling terrorism through military operations overseas.

"Under the doctrine of state multiculturalism, we have encouraged different cultures to live separate lives, apart from each other and the mainstream," Cameron said.

"We have failed to provide a vision of society to which they feel they want to belong ... all this leaves some young Muslims feeling rootless.

"We've even tolerated these segregated communities behaving in ways that run completely counter to our values.

"It is time to turn the page on the failed policies of the past."

His comments echo those made by Angela Merkel, the German chancellor, last year and reflect a push by many European governments to try to better integrate immigrants, given persistent domestic tensions between different cultures.

'Muscular liberalism'

Cameron denied that cuts to defence spending as part of efforts to tackle a record budget deficit mean that Britain is retreating from an "activist" global role.

"That is the complete reversal of the truth," he said. "Yes, we are dealing with the deficit, but we are also making sure our defences are strong."

Aides say his comments on multiculturalism and radicalisation help give a sense of future policy, but it remains unclear how the ruling Conservative-Liberal Democrat coalition intend to turn such a vision into a reality.

Anonymous said...

(continue)
Critics point out that Western foreign policy in the Middle East and beyond, not just a clash of cultures at home, has played a big part in stirring up anti-Western sentiment.

Some members of Cameron's Conservative party, activists in right-wing movements and some voters believe that Britain has become a safe haven for people with anti-Western political views.

Others argue this tolerant approach is the lifeblood of any open and thriving democracy, fearing a crackdown on civil liberties would undermine the kind of society the government is seeking to establish.

Cameron said it was time to replace Britain's "passive tolerance" with an "active, muscular liberalism" to send a message that life in Britain revolves around certain key values such as freedom of speech, equal rights and the rule of law.

"A passively tolerant society ... stands neutral between different values," he said.

"A genuinely liberal country does much more. It believes in certain values and actively promotes them."

abda said...

Sya harap Abdullah Ngah keluar gambar pakai songkok "bukan hanya gimik saja atau dengan kata lain hanya teori saja tak lebih daripada." Pakai songkok itu kuat Islam ke?

Fasal saranan "supaya al Quran ditafsir semula kerana tafsir silam tak sesuai lagi dengan zaman teknologo kini", saya harap Abdullah Ngah tahu bahawa sejak 1,400 tahun yang lalu tafsiran telah dilakukan tidak putus putus. Sedar ke dia bahawa Hadith itu keluar kerana perlunya ummat Islam sejak peninggalan Nabi Muhammad saw mendapat tafsir yang lebih terang dan bertanya kapada Sahabah. Selepas kumpulan Sahabah tiada lagi, ummat Islam bertanya kapada mereka yang rapat dengan Sahabah dimasa hayat Sahabah.

Al Qur'an ditafsir sehingga abad 20. Oleh pakar pakar seperti Abdullah Yusuf Ali yang tafsirannya digunakan oleh Kerajaan Arab Saudi dinaskah Al Qur'an yang diberikan percuma kapada siapa yang memintanya.

Kenapa Abdullah Ngah tak cakap kenapa Nik Abdul Aziz kata orang umno jahiliah. Terangkan sebab sebabnya. Kenapa pemimpin PAS kata undi PAS masuk syurga. Patut ke tidak. Siapa cakap begitu.

Siapa yang boleh gerenti "mereka tak tinggal solat lima waktu sehari semalam" masuk syurga? Bagaimana kalau hati mereka busuk, cakap macam macam, buat macam macam yang tak betul.

Anonymous said...

Zendra,

The Chinese population in Malaysia is becoming smaller and smaller. They have no hope to threaten the Malay's future.

Ignore those Chinese who cannot speak fluent Malay and do not hope for their contribution for national building!

Do more constructive effort to build up the Malay! Let the Malay master the fate of the Malay and the future of this country!

Just ignore those unpatriotic Chinese! They are not going to threaten you! The Malay people's fate is tied on their own necks!

Abdullah Ngah said...

sgray said,

Sesetengah orang melayu beragama islam hairan dengan sesetengah menyokong pemimpin yang zalim. Pada hal Allah telah mengharamkan (berdosa) menyokong pemimpin yang zalim.

Condong dan cenderung pun tak boleh. Apa lagi memberi skongan tak berbelah bahagi.

Saya tak hairan dengan sesetengah orang melayu beragama Islam yang masih memberi sokongan kuat kepada pemimpin yang jelas zalim.

Lihat Mufti Mesir yang beri sokongan kuat pada Hosni Mubarak yang jelas zalim itu.

Apalah sangat dengan orang melayu kita yang masih belum berpegang kuat dengan islam ajaran Rasulullah SAW.

Itu, seorang mufti yang banyak ilmu islam. Apalah sangat dengan orang melayu yang jahiliah moden ini.

Lebih lebih lagi kebanyakan pendapat yang dipakai oleh orang melayu hari ini ialah pendapat ulamak jahat yang bersumberkan hawa nafsu dengan alasan islam itu mudah sehingga boleh buat apa saja yang mereka suka.

Baik bercakap pun lebih kurang serupa, sedangkan bercakap jika salah akan terjerumus kelembah kerosakan akidah.

Atau dengan kata lain menggunapakai akal yang tak lain dan tak bukan hanya alat untuk membezakan antara manusia dan haiwan.

Akal jelas tidak boleh membuat sesorang itu mengenali yang mana kaca dan yang mana pertama.

Sebab itu setakat hari ini kebanyakan orang melayu yang mengaku islam itu masih makan riba makan rasuah dan minum arak berjudi dan berzina amalan orang zaman jahiliah yang dianggap baik oleh hawa nafsu, tapi dianggap buruk oleh ajaran islam syumul.

Hawa nafsu menganggap zina juga baik untuk dirinya. Tapi agama islam menyatakan buruk seburuknya.

Oleh itu akal tidak boleh digunakan untuk menentukan yang mana baik dan yang mana buruk, malahan ilmu agama juga tidak upaya bertindak demikian, sebab itu ada PHD bidang agama yang di gelar ulamak juga sesat,kecuali iman dan takwa saja yang mampu patuh dengan perintah seperti berbuat baik dan menghindarkan segala kejahatan.

inilah ssyarat yang ditetapkan Allah.

bercakap pasal masuk syurga dan masuk neraka mudah saja, kerana Allah telah jelas dan nyatakan bahawa berbuat baik (baik ikut ajaran islam)masuk syurga dan berbuat jahat (ikut ajaran islam)masuk neraka.

Bukan manusia yang menentukan, tetapi Allah dan telah diberi tahu secara jelas dan terang bahawa berbuat baik masuk syurga dan berbuat jahat masuk neraka.

itu janji Allah kepada orang orang yang beriman dan bertakwa.

PEMBANGKANG-DAP said...

PENYOKONG DAP 12:45 PM,

Dengan semangat Gong Hi Fatt Cai tu, harap jagalah jangan senang saja cakap "maaf jika ada yang rasa tersingung" pastu ikut saja apa nak cakap.

Ngapa anda senang saja nak tanya "kenapa 20% saja (Melayu) yang bersembahyang?" Amacam kalau Melayu tanya ngapa dengan ajaran Confucius, Taoism dan Buddhism yang kalian pegang tiga tiga sekali, banyak Cina yang berjudi di Hari Raya Cina, main mahjong, pergi kasino, hantar ang pao rasuah dsbnya?

Yang SPRM siasat diKerajaan PR Selangor tu bukan rasuah ke? Yang perbelanjaan DAP Exco disiasat itu bukan Cina ke? Salah guna kepala surat Exco DAP Ronnie Liu mempengaruh tender tu bukan Cina ke? Yang dilantik DAP diPerbadanan Kerajaan kena tangkap SPRM tu bukan Cina ke? Maka berbaliklah kita kapada hal cakap tak serupa bikin!

Nak cakap pasal kaum Cina dan India sensitif dgn agama ke tidak itu anda punya hak. Kami tahu bahawa kalian yang pegang agama pun banyak muslihat seperti Dr. Chua yang melanggar ajaran agama sebagai presiden parti MCA.

Lim Kit Siang pun gitu juga, kawan. Ada gufreng yang dikatakan berkerja diIbupejabat DAP. Cuma tak siapa DAP yang berani cakap. Gengster akan keluar tutup mulut. Semua DAP tak nampak, tak dengar, tak cakap. Macam cerita tiga monyet. Tapi ada akhbar atau portal kepunyaan MCA cakap. Saya sekali pun tak dengar atau baca sesiapa dari DAP nafikan LKS ada gufreng.

Kalau ada pegang agama pun tapi tak sensitif pasal banyak kedai judi, arak, rumah urut, gufreng dihotel, gufreng diIbupejabat DAP. Tak tau lah macam mana kalau langsung tak ada pegangan agama!

Amacam, bukan ke cakap pasal agama orang lain kena berhati hati? Kalau orang lain cakap, kaum anda pun akan sakit hati?

Pasal lain lain tu - semua kelemahan BN, DAP pun ada, kawan. PAS pun gitu juga. PKR apa tah lagi. Boleh senaraikan panjang lebar jugak. Tapi nak komen lain lain komen anda pulak.

PEMBANGKANG-DAP said...

PENYOKONG DAP 1:18 PM,

Dengan semangat hari raya Cina ni, berterus teranglah, kawan. Jangan kata "baca akhbar Cina tidak sakit hati!" The Star dan Sin Chew banyak yang saya lihat menyakitkan hati musuh mereka, DAP. Kalau anda tak sakit hati, tebal betul muka anda. Inilah jenis ultra kiasu. Muka tebal, sombong, angkuh, menyakitkan hati orang lain. Tapi tak sakit hati pun bila orang sakitkan hati depa. Jenis anarkis ke? Mirip kominis ke?

Tapi anda bayangkan pulak bahawa bila baca akhbar Melayu, anda sakit hati. Tentulah anda sakit hati. Sebabnya 2 juga:

1. Akhbar Cina The Star dan Sin Chew selalu hentam DAP. Tengoklah saja apa depa tulis pasal Ronnie Liu, DAP Selangor dan kerajaan PR Selangor. Juga pasal DAP Penang dan kerajaan Penang. Saya tahu pasal Lim Kit Siang ada gufreng pun dari depa.

"Neutral" atau tidak itu amat subjektif lah, kawan. Tentu tak neutral pasal DAP dan pembangkang punya hal. Bandingkanlah dengan suara DAP, The Rocket. Itu nyata tak neutral. Itu main hentam semua. Melainkan kelemahan DAP. Tak payahlah cerita pasal "Akhbar Melayu perdana dikuasai parti UMNO" beritanya berat sebelah."

2. The Rocket sudah tentu tidak siarkan "gossip" sebab tak mahukan ahli DAP tahu pasal gufreng LKS. Atau langkah langkah membina dinasti LKS. Dan sebagainya.

Anda ngaku pun "akhbar Cina .. Walaupun ada juga berita gossip artis, tetapi tidak diutamakan dan hanya artis luar negeri saja." So'al banyak atau tidak itu juga subjektif, lah. Tak ada masa nak hitung dan kaji yang mana lebih sensational dari yang lain. Anda hanya jual kacang goreng cakap demikian. Banyak makan kacang goreng diHari Raya Cina ke?

Alhamdulillah said...

@ penyokong DAP

ada amat terpegun dengan cara anda berhujah dan memberikan pendapat dalam bahasa melayu dan inggeris...

tahniah...saya ucapkan....

saya pasti anda bukan bersekolah di sekolah jenis cina atau belajar di UNITAR yang majoriti adalah cina....kerana idea pemikiran awak sangat bagus...tuk bangsa cina itu sendiri dan juga negara kita....

Awak sendiri sedar bagaimana "produk" pelajar sekolah jenis cina n universiti cina...sungguh bodoh...bukan hanya bodoh dalam berbahasa melayu malah inggeris juga bodoh, macam mana tak bodoh kalau mereka dibiarkan bergaul dengan bangsa lain, boleh juga berbahasa melayu dan inggeris, kat rumah boleh bahasa cina...itu lebih bagus....

Jadi hentikanlah perjuangan anda DAP tuk memperbanyakkan lagi sekolah atau universiti satu bangsa cina kerana ianya ternyata merugikan bangsa cina itu sendiri ....anda semua akan membantutkan usaha tuk membela bangsa anda sendiri kerana tidak mampu berkomunikasi dan bersosial dengan bangsa lain....macammana nak jadi KETUA? sedarlah ini Malaysia...bukan di China

PEMBANGKANG-DAP said...

PENYOKONG DAP 1.33 PM,

Saya tak faham "drift" dan maksud @Pengikut Nabi Muhammad. Walau pun dia mengaku pensyarah. Mungkin sebabnya dia pensyarah universiti swasta, mungkin sebab saya bukan pensyarah apa pun.

Apa kah dia mahukan berterusan "orang cina yang datang dari sekolah cina menghasilkan pelajar yang BODOH, dan sentiasa akan menjadi FOLLOWER, mereka akan bergaul bersama dengan kaum mereka saja dan mreka TIDAK BOLEH JADI KETUA dalam class, apatah lagi NEGARA atau DUNIA.....

"mreka tidak dapat jadi YB dan sentiasa PENGECUT UNTUK BERGAUL DAN BERKOMUNIKASI....apa yang mereka tahu KIRA-KIRA....dan buatlah kerja tu selama2nya...sebab mereka tidak ada NILAI/ VALUE UNTUK BERSAING DENGAN BANGSA ASING"

Dia mengakhiri komennya dengan berkata

"Pada orang melayu yang menghantarkan anak mereka ke sekolah cina....bagus! sebab anda dapat berkomunikasi dan bergaul dengan bangsa cina....tapi sungguh malang bagi orang cina...itu sendiri....

pendapat dari seorang pensyarah 8 tahun pengalaman."

Tak tahu apa maksud dia. Begini ke pensyarah universiti swasta 8 tahun pegalaman? Saya tak dapat nak komen.

PENYOKONG DAP kata 2 orang anak saudara nya belajar di universiti itu. Harap akan dapat ajaran yang terang maksud dan tujuannya. Pelajaran yang sejajar dengan Perlembagaan negara.

PENYOKONG DAP ini pun tak jelas maksudnya. Mengatakan "Peringatan anda sangat bagus untuk mereka yang bersekolah Cina tetapi abaikan pentingnya bahasa Melayu." Apa masksud dia sebenarnya? Menggalak depa "abaikan pentingnya bahasa Melayu"? Jika demikian itu berupa menghasut atau subversif. Menggalakkan pelajar pelajar mengabaikan Perkara 152 Perlembagaan.

PEMBANGKANG-DAP said...

Pengikut Nabi Muhamad 6.00 PM berbunyi macam orang arus perdana. Kalau menyindir pun pensyarah 8 tahun pengalaman ini tidak akan sampai berpanjang lebar "membodohkan" depa lepasan sekolah Cina.

Mungkin dia berjuang cara "musuh dalam selimut". Jika demikian, baguslah. Teruskanlah perjuangan anda.

Orang_MuOr said...

Pengikut Nabi Muhammad,

Oi pengikut?Ada DRT tulis Sekolah Vernakular patut dihapuskan ke?
Kau pensyarah ke? WTF la..Kalau macam inilah pensyarah, kasik banyak lagi dlm Sk Vernakular atau2Universiti swasta Cina lg bagus..Kasik itu anak murid "genius" sama.hahha

Oh ya kasik ubah itu jd Pengikut Lee Kuan Yew boleh ngak sih?

Orang_MuOr said...

"single stream schooling" akan dilaksanakan "apabila rakyat mahukannya". from zendra

Orang Melayu mahukannya sangat2!Mengapa??Sebab kami tahu perkauman sangat membahayakan,tambahan negara ini berbilang kaum.

"Apabila rakyat mahukannya"..Patut ditulis apabila org Cina mahuknnya.SAMPAI BILA org Cina mahukannya?Bg aku sekolah ini mmg tidak munasabah dimansuhkan kerana dah tua,53 tahun bro..Apabila DRT menulis "jika benar-benar bahasa Melayu dapat diperkasakan" ini pun ditentang oleh Org Cina mmg sesuatu yg tidak wajar.Ini mmg Cina from Cina,not From Cina Malaysia.Balik Kampung..Peace!

Orang_MuOr said...

Kita ramaikan anak-anak Melayu dalam Sekolah Vernakular dan Kita ramaikan anak-anak Cina dan India dalam Sekolah Kebangsaan.

Sekali lagi Melayu terpaksa bertolak ansur.Kalau kerajaan suruh org Melayu masukkan anak2 ke dalam Sekolah Vernakular confirm 50-50 setuju dan tidak setuju.Tidak seperti bkn Melayu menolak sekolah kebangsaan 80-20 setuju dan tak setuju.

LOL andaian kosong taik sahaja..

zendra said...

PENYOKONG DAP,

It's not the invasion of Islamic culture and values to Europe that they fear. It's those people who do not follow the constitution and the established laws of their countries. Laws can be both the written ones like the Constitution and the unwritten ones like customs and traditions or culture.

They certainly include the official language of the their respective countries. All their citizens respect that. But there are those few who don't. Including wanting to promote terrorism. Those are the feared ones and the ones that made David Cameroon say "multi-culturism has died". Of course, they include those billeted, isolated and cocooned in the Chinatowns of British towns, complete with their secret societies, thugs and gangsters.

There is no such thing as 'Feng Shui take turn'. We are living in 21st Century, not ancient history where might and force rules. We must follow laws, written and unwritten, especially the Constitution. Those who don't, have no place in modern societies. Even China would not accept those who do not follow laws and they have very harsh penalties for law breakers there - often death, like for corruption.

The Chinese in China say, 'Our heads have been down in the past 3 hundred years, now we can raise it up!' because they were ruled by the Manchus, foreigners from Manchuria. The Malays were ruled by the British for 80 years but have now ruled ourselves for 54 years. We do put our heads up but look up to the laws and respect he Constitution. Saying "God's law allows the excellent ones prevail" without saying "within the confines of the Constitution" may be mischievous.

Again, it's not a matter of "fear the existence of Chinese schools and Malaysian Chinese who cannot utter Malay words and construct Malay sentenses correctly"? It's a matter of respecting and living by the Constitution, the highest set of laws of the country. Saying do not be bothered by them is being irresponsible, not carrying out one's duties and obligations as citizens.

(To be Continued)

zendra said...

(Continuation)

PENYOKONG DAP,

David Cameron, the British Prime Minister, want to "promote Western values." We Malaysians must promote Malaysian values. Those who don't, do not deserve to be here.

Like Cameron, we need to "wake up to what is happening in our country". The anti-nationals, the non-Constitution respecting and abiding Malaysians need to be reined in.

"Under the doctrine of state multiculturalism, we have encouraged different cultures to live separate lives, apart from each other and the mainstream," Cameron said. We have had no such doctrine but the Government has allowed "different cultures to live separate lives, apart from each other and the mainstream" and this has not been good for national unity and cohesion.

You can repeat what he said a hundred times - "We have failed to provide a vision of society to which they feel they want to belong ... all this leaves some young Muslims feeling rootless." But substitute the word "Muslims" for "the non-Constitution respecting" in Malaysia.

Repeat also Cameron's words, "We've even tolerated these segregated communities behaving in ways that run completely counter to our values .. It is time to turn the page on the failed policies of the past." Change the "we" to "Malaysia".

Good that you also pointed out that "Angela Merkel, the German chancellor, last year and reflect a push by many European governments to try to better integrate immigrants, given persistent domestic tensions between different cultures." You know all those, how about putting them to effect in Malaysia?

What Cameroon said should be applied to Malaysia - "it was time to replace (Malaysia's) "passive tolerance" with an "active, muscular liberalism" to send a message that life in (Malaysia) revolves around certain key values (such as respect for and adhering to the Constitution), equal rights (and acknowledging the Special Position of the Malays and the Bumiputeras of Sabah and Sarawak) and the rule of law.

Yes, "A passively tolerant society ... stands neutral between different values".

I support fully what Cameroon said and quoted by you - "A genuinely liberal country does much more. It believes in certain values and actively promotes them."

Full marks to him and and I'll say "Do follow what he says" to you.

Nazrin Zakaria said...

Nampaknya Kerajaan sendiri pun berada dalam keadaan dilema.Kerajaan pada ketika ini tidak boleh berkata menutup atau mengurangkan sekolah persendirian cina. Sebabnya kalau kerajaan bertindak melulu menutup atau membuat apa-apa dasar mengurangkan peruntukan untuk membina sekolah persendirian cina, maka ianya akan menjadi satu polemik isu yang besar di kalangan masyarakat cina yang rata-rata begitu sensitif aset-aset bangsa mereka yang tidak boleh disentuh seperti yg diperkatakan Dr RT. Seterusnya ,ia akan memberi satu liabiliti kepada pihak kerajaan sendiri sekaligus akan membunuh karier politik parti Barisan Nasional untuk mewujudkan kestabilan dalam negara. Dan yang paling penting sekali DAP akan sedaya upaya mengeksploitasi situasi ini untuk menarik gelombang undi sokongan masyarakat cina dalam negara serta menghasut kaum cina dengan sentimen kebencian terhadap kerajaan dengan alasan kerajaan mengabaikan kepentingan masyarakat cina.

Biasanya jika kita lihat kembali perjuangan DAP, mereka mengharapkan ada lebih banyak masalah yang membabitkan kaum cina serta apa-apa perihal masyarakat cina yang seperti tidak diambil peduli oleh pihak kerajaan dan DAP akan menjadikannya sebagai komoditi politik untuk mempengaruhi pemikiran dan minda masyarakat cina.

Kalau nak mewujudkan sekolah satu aliran dan membubarkan sekolah vernakular, sepatutnya ia bermula sejak sebelum zaman merdeka. Lihat kembali sorotan sejarah pendidikan negara. Bermula dengan Laporan Barnes pada 1951 yang dirangka untuk mewujudkan sekolah kebangsaan dengan menghapuskan sekolah vernakular setiap kaum. Pada masa yang sama,Laporan Fenn-Wu
menentang cadangan laporan barnes serta beranggapan ia menjejaskan penggunaan bahasa ibunda bagi kaum cina. Jalan penyelesaian sehinggalah cadangan penyata Razak yang mewujudkan semangat perpaduan negara dari segi penyeragaman kurikulum yang bercorak kebangsaan.
Penyata razak membenarkan sekolah rendah umum dan jenis umum diwujudkan sehinggalah ke hari ini.Diperkukuhkan lagi dengan Laporan Rahman Talib 1960 yang mengesyorkan sekolah umum dan jenis umum ditukarkan kepada sekolah kebangsaan dan jenis kebangsaan. Ditambah dengan penggunaan bahasa pengantar Melayu disemua sekolah menengah kebangsaan serta pengajaran bahasa tamil dan cina diajar di sekolah kebangsaan sekiranya terdapat 15 orang pelajar yang mengkehendakinya.

Jelaslah bahawa kerajaan pada masa itu bertindak secara berhati-hati dan setiap peringkat demi peringkat supaya matlamat perpaduan yang tulen dapat dicapai menerusi dasar pendidikan kebangsaan. Setiap pembaharuan yang dibuat perlu mengambil kira kepentingan semua pihak dan peka dengan kehendak rakyat dalam mengubal sebarang dasar yang baru.
Bukanlah niat kerajaan untuk meraih undi sahaja, tetapi yang lebih besar daripada itu adalah
mengkaji dahulu sebarang kesan atau impak apa-apa perubahan yang membabitkan sistem pendidikan negara. Sebarang perubahan atau penambahan perlu dibuat melalui jalan rundingan serta perbincangan ilmiah dengan semua pihak. Dan bukannya melalui ugutan mahupun demonstrasi jalanan.

Anonymous said...

@Pengikut Nabi Muhammad,

For your information, every year those brilliant students from Chinese independent schools are offered scholarship in Singpore University and other institutions in Singapore. They are accepted to join the first year of the university. This is a brain drain process that benefit only Singapore. Those less brilliant students either further their study to Taiwan, China or join Unitar for their certificates are accepted equivalent to SPM. I am not surprised when you comment that these students are not good in Bahasa Melayu and Englsih.

Anonymous said...

@Pengikut Nabi Muhammad,

I was told by friend in home town in this CNY that the famous brand "Power Root" was established and owned by a group of ex-students of Chong Hwa Independent High School, Kluang, Johor, whom you address as "bodoh".

These students are "bodoh" in Bahasa Melayu and English and as such not competent to become "ketua dalam kelas". But when they come out to the society, they are able to become 'leader' in business. Imagine how many "cerdek pandai" are consuming their company's products every day!

zendra said...

PENYOKONG DAP,

I fail to understand why you relate the dwindling Chinese population in Malaysia to threatening the future of the Malays. Why are you thinking this way? Do you always see threats in this country?

We have been talking about integration and the need for those who seclude themselves in their own enclaves, promoting schools not having the National Language as the medium of instruction, wanting the so-called multi-nations in a nation, having differing values, varying hopes and aspirations, developing cultures that do not encourage the creation of a united and cohesive Bangsa Malaysia. The kind of thinking and activities that British Prime Minister David Cameroon said have led to a change of British government policies and declaring that multi-culturalism in Britain is dead.

We must, like Britain - which has been known to be a liberal country - get all Malaysians adopt ways of life and values conducive to their claim of being Malaysians. Get everybody to respect and adhere to the Constitution and all the laws of the country.

No such thing as "Ignore those Chinese who cannot speak fluent Malay and do not hope for their contribution for national building!" Are you saying that certain categories of citizens can be excused from speaking the National Language of the country and "contributing to nation building"? It cannot be, old chap.

And then you try to imply people are not "constructive effort to build up the Malay!" What are you talking about, man? You say "Let the Malay master the fate of the Malay and the future of this country!" If you are implying that the Malays are not looking after their interest, their own "fate", you are being nasty.

If so, it can be said that it's because people like you are putting obstacles along their way. Trying to erode their rights and privileges under their Special Position and the racist and subversive so-called "Malaysian Malaysia". Not respecting and abiding by the Constitution of the country.

lagi_biasa_dr_kebiasaan said...

@penyokong dap,

pengikut Nabi Muhammad said:

"TIDAK BOLEH JADI KETUA dalam class, apatah lagi NEGARA atau DUNIA...."

u guys mastery in business is undeniable..but, can the ex-chong hwa independent high school lead this country? especially when they can't speak malay?

unless they're going to run a country like they're going to run a business..

I'm very skeptical of businessman runnin a country.. u knw wht i mean.heh.

abda said...

In the first place, why does the man call himself "Pengikut Nabi Muhamad"?

Anybody knows? Or would the man himself care to say. Is he Muslim, or Malay?

Interested to know because he gives not clear views about products of Chinese schools.

lagi_biasa_dr_kebiasaan said...

and kpd pakcik @Abdullah Ngah,

Kerja manusia ke menilai orang, menentukan siapa layak masuk syurga and siapa tak?

Manusia tak sempurna, Nik Aziz pun bukan maksum..

so, conclusionnyer, tiada siapa pun yang layak menilai...

Itu semua kerja Allah.

lagi_biasa_dr_kebiasaan said...

@ abda,

sebenarnye Pengikut Nabi Muhammad tu mnyindir golongan cina yang mempertahankan skolah vernacular...

maksud komennya lebih kurang cam ni la
" buat la banyak lagi..diorng yang rugi,sbb produk skolah vernakular susah bergaul dengan semua kaum..so x boleh jadi leader"..

heh.

Abdullah Ngah said...

Bercakap pasal tafsir semula Al-Quran teringat saya dengan tafsir yang dibuat oleh H.B. Jasin Indonesia yang telah di haramkan, kerana terlalu bebas.

Teringat juga saya dengan Tafsir Al Azhar (Hamka) PHD Dr Masitah Ibrahim menteri di Jabatan perdana yang membolehkan ibu tunggal melacur jika darurat, sedangkan dalam lapangan pekerjaan tiada istilah darurut kecuali bagi mereka yang mahu hidup mewah dan seronok saja.

Tak lebih daripada. Banyak lagi kerja lain yang halal dari segi Islam boleh dipilih. Mengapa mencari kerja yang telah diharamkan dan cuba dihalalkan.Lainlah jika cakap itu dataang dari mulut orang kafir yang tak ada halal dan haram.

Teringat juga dengan tafsir bahawa orang lelaki Islam (di Indonesia) boleh berkahwin dengan perempuan kristian yang diamalkan oleh presiden Suharto sendiri,sedangkan tafsiran dalam suruh Baqarah haram mengahwini perempuan kafir(kristian yang dinggap sebagai kafir kitabi melalui tafsiran moden)

Di Indonesia sudah sekian lama perempuan boleh melacur jika terpaksa (darurat) dan di Malaysia selepas Dr Masitah membenarkan ibu tunggal boleh melacur, Dr Fidzilah Kamasah pun cuba sambung baru baru baru ini.

Saya sangat bimbang dengan perkembangan ini. Lebih lebih lagi gayahidup generasi hari ini tak ubah macam haiwan. Mereka nak seronok dan makan macam lembu.Tapi Lembu ada musim merawan boleh tahan juga.

Tapi manusia musim mengawannya tak ada batas sepanjang masa sehingga banyak berlaku zina dengan berleluasa.

Buktinya pembuangan bayi semacam adanya tempat “menternak bayi” di Negara ini.

Apa akan jadi jika Al Quran di tafsir semula bersadar “imeginasi” manusia yang pernah saya dengar bahawa Al Quran boleh ditafsir melalui imiginasi manusia yang jelas tidak berpijak dialam nyata itu.

abda said...

lagi_biasa_dr_kebiasaan,

Terima kasih lah beri pendapat Sdr itu. Senang hati saya sikit sebab sebelom 6.00 PM ada orang keluar komen nampaknya memikir Pengikut Nabi Muhamad memuji lepasan sekolah Cina.

Komen Pengikut Nabi Muhamad 6.00 PM nampak lebih nyata maksud dia. Dn komen Sdr iitu menguatkan lagi pendapat bahawa Pengikut Nabi Muhamad tidak memuji mereka, sebaliknya, menyindir mereka.

zendra said...

Sdr Nazrin Zakaria,

Ingin saya mengeluarkan pendapat yang berlainan dari pendapat Sdr.

Sdr berkata, “Bukanlah niat kerajaan untuk meraih undi sahaja, tetapi yang lebih besar daripada itu adalah mengkaji dahulu sebarang kesan atau impak apa-apa perubahan yang membabitkan sistem pendidikan negara.”

Nyata, setiap Kerajaan mesti meraih undi. So’alnya kuat pemusatan perhatian, berapa banyak perkiraan dibuat kapada meraih undi itu. Berapa banyak perkara meraih undi masuk didalam apa apa kajian yang dibuat. Yang sedihnya, “tidak mahu membuat kajian supaya membuat kajian mendalam”.

Cotohnya, tidak mahu membuat kajian mendalam (intensive and comprehensive study) terhadap tiga sistem pelajaran yang ada sekarang, seperti yang disyorkan oleh Kempen SSS. (Sila kunjungi blog Kempen SSS jika mahu butir butir lanjut).

Apa kah sudah ada kajian diatas “kesan atau impak apa apa perubahan yang membabitkan sistem pendidikan negara” yang menyebabkan tak mahu buat kajian mendalam keatas sistem pendidikan sekarang itu? Tetapi, bagaimana mahu tahu “kesan atau impak” jika belom dibuat “kajian mendalam diatas sistem pendidikan yang ada sekarang”? Nampaknya, main agak sahaja bahawa kesan atau impaknya tidak akan baik. Maka tak mahu buat atau gerakkan jentera bagi membuat kajian mendalam yang disyorkan itu.

Ini bermakna terlampau banyak niat meraih undi, atau takut hilang undi, atau tak dapat memujuk pihak yang dituju (contohnya, penyokong sekolah Cina) mengundi parti Kerajaan. Jika tidak demikian, apa halnya tak mahu gerakkan jentera pun bagi membuat kajian mendalam itu.

Apa salahnya buat kajian menyeluruh dan mendalam. Lantik Jawatan Kuasa yang berkenaan. Pilih mereka yang tidak ada kaitan politik. Yang terkenal dibidang pelajaran. Atau dibidang sejarah, seperti Professor Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim. Banyak lagi pakar pakar yang non-partisan, Melayu dan bukan Melayu. Tambah 1-2 dari luar negara bagi meminimakan partisan.

Pada hal tidak melibatkan PRU13. Sebab kajian mendalam akan makan masa 1-2 tahun. Dan Kerajaan tidak semestinya terikat melakukan kesemua yang disyurkan JK tersebut.

Pada hal perlu kita tahu apa kesan tiga sistem pendidekan yang ada sekarang itu kapada pembangunan negara, kapada pembinaan masyarakat yang salitur-rahim, saling menghormati, harmoni dan bersatu padu. Kapada pembinaan suatu Bangsa Malaysia yang kukuh dan bersatu padu.

Tapi nampaknya tidak mahu buat, sebab belom apa apa lagi, sudah fikirkan “kesan”. Khuatirkan reaksi negatif sekumpulan pemegang undi. Jika Sdr fikir tidak begitu, silalah beri hujah hujah baginya.

Orang_MuOr said...

kenapa gejala rasuah berleluasa di kalangan pegawai kerajaan yang rata-rata orang Melayu?
(PENYOKONG_DAP)

Org Melayu yg miskin akhlak dan harta mahu duit secara cepat sebab tu terima rasuah dari towkey Cina yg kaya.Bg 20 ribu dia ambik bg 2 ribu dia ambik.Bg org Cina yg kaya ni apalah sngt 20ribu?

Jikalau org Cina menjadi pegawai kerajaan pun akan terima rasuah juga.Cuma mahukah towkey Cina yg kaya ini berurusan dgn pegawai kerajaan berbangsa Cina?haahahaha mahu taknya 20juta baru kasik lepas pasir..hohooh

Kautim sama Melayu lagi mudah

mun'aim idrus said...

orang melayu kena ada agenda bersama yang wajib diperjuangkan seperti kaum cina bersatu dalam 3 rukun yg Dr tulis. orang melayu kena bersatu dalam agenda memperjuangkan islam, jatidiri melayu (budaya, akhlak, agama dan hak-hak sbg pribumi), begitu juga bahasa org melayu dan tulisan jawi. Walau berbeza parti, yang penting setiap mereka bersatu dalam agenda2 ini. baru mantap. realiti sekarang, semua asyik mencari salah dan nak menang shj. Akhirnya kampung tergadai, sehelai sepinggang je la...menang sorak je la..

tokgaru said...

Abdullah Ngah

apa lagi yang tak kena dengan kau ni ? kau ni aku nak gelar mahathiris fobia la. kau dengar RT sebut saja nama mahathir, kau dah mula melalut sampai kata 80% orang melayu tak sembahyang satu hari 5 waktu.

kesian mahathir, asyik2 dia saja di salahkan. ia lah mahathir tu bukannya pemimpin yang duk terpekik2 nak buat itu islam ini islam. kalau dia buat pun dia buat secara diam2 saja, tak riuh satu dunia.

ni aku nak tanya kau. agak2 berapa peratus orang melayu di kelantan dan kedah sembahyang 5 kali sehari. aku ada lah terbaca satu makalah, katanya dari kajian yang dibuat oleh satu badan non politik (bebas) dinegeri2 yang diperintah cara pemerintahan islam (Pas) kadarnya adalah 95% melayu solat 5 kali sehari. wow .... unbelievable ... susah mahu pecaya la.

nampaknya kalau bagi another 5 tahun lagi Pas pegang Kedah dan Kelantan .. bukan mustahil angka 100% is common. fantastic bukan ???

tokgaru said...

Penyokong DAP.

" Agama hanya dijadikan modal politik, bukan untuk dihormati dan diamalkan "

betul kata awak tu.

parti Pas kalau tak boleh guna agama sebagai modal sudah lama gulung tikar, awak tahu tak.

serupa juga dengan Nicky (Nik Aziz). kalau kunci mulut dia jangan bagi cakap mempolitikan agama, dia boleh jadi bisu terus tahu tak.

tokgaru said...

Siapa yang masih sokong Umno.

melayu kah atau cina kah atau india kah ???

sudah 2 PRK di kawasan melayu berlaku. Galas dan Tenang. daripada setiap peti undi kita sudah boleh tahu puak ini undi siapa dan puak itu undi siapa. peti undi kawasan bandar siapa dapat banyak undi. peti undi kawasan kampong parti mana dapat paling banyak undi.

data ada depan mata, buat lah analisa. depa nak ugut kah nak gertak kah ... Umno kena ingat, ini cara depa " ada peluang kami minta dan tekan, lu bagi kami ambil, lu minta undi kami mulut saja kata ya tapi tangan kami belum tentu lagi pangkah sama lu looo "

jadi harap Umno jangan lah jadi macam peminta sedekah kerana orang melayu pun dah semakin balik sedikit demi sedikit kepada Umno.

sebenarnya orang melayu masih menaruh harapan kepada Umno. jangan abaikan orang melayu kerana Umno hidup kerana sokongan orang melayu dan bukan kerana sokongan "orang lain". calon Umno jadi wakil rakyat (YB) adalah kerana undi daripada pengundi melayu dan bukan sangat kerana undi daripada "orang lain".

Umno kena ingat itu .... insyallah peluang cerah di Merlimau ... tuhan sedia memberikan kemenangan kepada mana2 pihak yang dia mahu.

Aldan said...

saya ke kedai gunting rambut kelmarin..smbil menunggu giliran, baca harakah yg ada kat situ. edisi menjelang prk tenang, dengan isinya penuh dengan keyakinan PAS utk menang serta propaganda utk melemahkan UMNO.

sungguh mengecewakan bila melihat prestasi PAS di Tenang berbanding apa yg ditulis di harakah ini..

saya tertanya2 agaknya org PAS percaya majoriti org cina di kaw bandar mengundi PAS krn apa?

PEMBANGKANG-DAP said...

PENYOKONG DAP 1:55 AM,

What brain drain are you talking about? What kind of brain comes out of Chinese independent schools?

Scholarships from private sources are plenty for Chinese students. Because there are so many Chinese multi-millionaires giving donations that UTAR even refused RM30 million donation from one Chinese Engineer philanthropist some months ago.

Yet Chinese keep asking for Government scholarships that are meant for Malay students who have no where to go for financial assistance except the Government. Is that not ultra kiasu greediness of the extreme kind?

Being offered scholarships by money-rich Chinese are brilliant pupils? Up to you lah.

You glorify those "brilliant" students going to Spore, the "less brilliant" ones going to Taiwan, the dudes going to UTAR based on certificates that are not based on Bahasa Malaysia. And said you not surprised that these students are not good in Bahasa Melayu. You are not respecting Bahasa Malaysia and the Constitution, aren't you. If so, why are you holding on to your Mykad then?

Anonymous said...

@lagi biasa dr kebiasaan,

Orang Cina tidak ramai yang bermimpi to lead this this country. Even pemimpin MCA hanya berhasrat menjadi menteri saja.

Orang Cina kebanyakan ingin menjadi kaya supaya hidup senang di dunia ini, dihurmati dan ada jaminan untuk masa depan anak cucu.

Bagi Cina yang ada ambition politik, mereka akan pastikan penguasaan bahasa Melayu dan Inggeris yang baik.

Anonymous said...

@NAZRIN ZAKARIA,

Tanggapan saudara berikut tidak benar:
"Biasanya jika kita lihat kembali perjuangan DAP, mereka mengharapkan ada lebih banyak masalah yang membabitkan kaum cina serta apa-apa perihal masyarakat cina yang seperti tidak diambil peduli oleh pihak kerajaan dan DAP akan menjadikannya sebagai komoditi politik untuk mempengaruhi pemikiran dan minda masyarakat cina."

DAP berjuang atas prinsip demokrasi dan hak asasi manusia sejagat. DAP tuntut apa yang patut dan boleh dituntut untuk kepentingan kaum Cina tanpa mengorbankan kepentingan kaum-kaum lain.

BN guna taktik pecah dan perintah untuk kekalkan kuasa pemerintahannya. Banyak isu yang berkaitan dgn kepentingan dan tuntutan masyarakat Cina dan India sengaja tidak diselesaikan oleh BN supaya orang Cina dan India berpecahbelah.

MCA walaupun duduk dalam kerajaan BN, tetapi tidak diberi kuasa yang cukup untuk menyelesaikan masalah kaum Cina!

Ini memberi peluang kepada DAP untuk hentam MCA sehingga MCA kalah dalam pilihanraya di kawasan majoriti Cina tetapi menang di kawasan majoriti Melayu. Wakil MCA yang menang atas undi Melayu tidaklah berani "tegang" di depan UMNO!

Nazrin Zakaria said...

Kepada zendra,

Saya rasa anda telah salah faham tentang komen asal saya.Saya menganggap anda tidak memahami secara keseluruhan isi saya.Saya tak pernah kata tak perlu buat kajian menyeluruh cuma kesan penerimaan masyarakat kita perlu kaji.Maksud asal saya adalah kesan daripada perubahan dasar yang dibuat sama ada ia diterima oleh masyarakat bukan Melayu mengenai sekolah vernakular.
Adakah kaum bukan Melayu sudah benar-benar sudah bersedia untuk menerima perubahan dalan sistem pendidikan negara.Bolehkah kesan daripada kesan perubahan tersebut mampu mengubah minda mereka terhadap sekolah kebangsaan?
Dan jikalau kerajaan bertindak secara tergesa-gesa tanpa mengkaji impaknya dahulu, apakah keadaan akan menjadi lebih baik bagi rakyat secara keseluruhannya.
Sekiranya kerajaan mengambil keputusan untuk menutup sekolah vernakular tanpa kajian yang konkrit,saya bimbang disebabkan situasi pada ketika ini, muncul agen-agen penghasut yang mengeksploitasi tindakan kerajaan untuk meracun pemikiran kaum bukan Melayu serta menyemai sentimen kebencian terhadap apa yang dibuat oleh pihak kerajaan. Dan akhirnya masyarakat bukan Melayu tersalah anggap tentang perubahan dasar kerajaan akibat minda mereka dihasut secara berterusan.

Kajian yang dibuat perlu mewakili semua aspek dan tidak dilihat berat sebelah.Kajian menyeluruh yang dibuat perlu diiringi dengan jangkaannya ataupun target bagi memastikan matlamat yang dirangka mengikut apa yang dirancang.Kesan-kesannya juga perlu dikaji secara terancang dan saya tidak kata ia mengikut apa yang kita harap-harapkan.Cuma kita boleh menbuat jangkaan hasil kajian yang dibuat walaupun ia tidak seratus-peratus tepat. Kaji dahulu segala kelemahan yang ada dan memperbaiki kesilapan yang wujud.(Saya sarankan anda sendiri meninjau dan membuat kajian di sekolah rendah/menengah kebangsaan yang mempunyai komposisi pelajar berbilang kaum yang duduk di dalam satu kelas.Kaji juga kesan dan proses integrasi dikalangan pelajar tersebut untuk mendapatkan gambaran yang jelas).Sekolah kebangsaan yang sedia ada dalam negara kita perlu menjadi model untuk mewujudkan sekolah satu aliran.

Lagi satu, jangan menganggap semua perkara yang dibuat oleh kerajaan itu semata-mata untuk meraih sokongan politik. Saya rasa anda bersikap prejudis terhadap pihak kerajaan.Apa-apa dasar yang dibuat oleh kerajaan seolah-olah disalahertikan sebagai meraih undi.
Tidak ada satu perkara yang dibuat oleh kerajaan dipandang positif.Kalau kita lihat kembali ketika Penyata Razak dibentangkan pada 1956,adakah anda fikir pegawai-pegawai kerajaan termasuk allahyarham Tun Razak pada ketika itu mengharapkan undi semata-mata sahaja? Begitu juga pada masa sekarang ini, adakah program transformasi ekonomi boleh dianggap sebagai mainan politik oleh kerajaan? Jika hampir semua perkara yang membabitkan dasar kerajaan dianggap untuk meraih undi,maka suatu dasar yang dipersetujui itu tidak akan berjalan dengan baik. Masing-masing telah 'dibrain washingkan' pemikiran mereka bahawa segala tindakan kerajaan dibuat untuk tujuan politik.
Tak perlulah cerita panjang-panjang lagi. Dengan kata-kata sahaja tidak mencerminkan keadaan yang secara realiti berlaku dalam
masyarakat .Kita bercakap seolah-olah kita lebih tahu-menahu
daripada orang yang dah lama berkhidmat dalam kerajaan.Padahal, kita masih belum tahu apa yang berlaku diluar sana.

Agak menyedihkan dalam blog RT, ada orang yang buat komen semata-mata untuk menghentam orang lain yang berbeza pendapat. Sepatutnya kita perlu hormat dengan pendirian dan pandangan masing-masing.
Sekian.....

Anonymous said...

@Orang MuOr,

Rasuah sesuatu yang dibenci dan dilarang keras oleh agama Islam.

BN tadbir negara ini. Islam adalah agama resmi persekutuan. Negara belanja berbillion ringgit untuk pendidikan, pentadbiran dan kemajuan Islam. Pegawai kerajaan rata-rata Melayu beragama Islam. Gejala rasuah di kalangan pegawai kerajaan sepatutnya membuatkan semua orang Melayu rasa malu depan kaum-kaum bukan Islam! Tapi, tidak kelihatan ada penyesalan pun pada muka kebanyakan orang Melayu mengenai hal ini!

Yang ada rasa malu dalam hal ini ialah orang PAS dan Melayu dalam PKR (kecuali beberapa ekor katak yang telah terlompat). Orang Melayu PAS dan PKR beriltizam melawan kerajaan yang dipimpin oleh kaum sendiri (ia itu orang UMNO) demi menebus maruah Melayu!

Kenapa orang PAS sanggup bekerjasama dengan DAP melawan UMNO? Kerana ingin membebaskan negara ini dan orang Melayu daripada kancah rasuah.

Selagi pemimpin politik Melayu masih leka dan sangkut dengan amalan rasuah selagi itulah nasib Melayu tidak akan terbela kerana Tuhan tak akan ubah nasib suatu kaum yang bergelumang dengan dosa rasuah!

Mantan Presiden Taiwan Chen sui Pen terima rasuah, akibatnya masuk penjara. Mantan Presiden Korea bunuh diri kerana ahli keluarganya terlibat skandal rasuah! Kerajaan parti komunis P.R. China tidak lama lagi akan digulingkan rakyat kerana rasuah!

Pemimpin UMNO mesti cepat taubat dari amalan rasuah sebelum rakyat gulingkan mereka!

Anonymous said...

Zendra,

Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan tidak dapat menyelamat nasib Melayu jika pemimpin mereka masih tagih amalan rasuah!

Tuhan akan ubah nasib sesuatu kaum bila mereka bersedia ubah jiwa mereka!

Rasuah hanya menguntungkan para kapitalis!

Anonymous said...

Rakan-rakan semua,

"MEMAHAMI POLITIK KAUM CINA" adalah tajuk rencana Dr. Tee kali ini.

Orang Cina umumnya tidak beriman kepada kehidupan akhirat seperti orang Melayu. Untung rugi mereka hanya di dunia saja. Konsep dosa dan pahala tidak biasa dibicarakan dalam kehidupan harian mereka seperti orang Melayu. Bagaimanapun, pemikiran rasional dan pendidikan moral membuatkan mereka benci amalan rasuah kerana rasuah boleh menghancurkan negara dan masa depan anak cucu.

Orang DAP kuat menentang rasuah, dan rasuah adalah musuh utama negara. Sebab itulah PAS sanggup bekerjasama dengan DAP.

Pemimpin UMNO, MCA dan MIC memang pandai bermuafakat dan berpakat 'senyap' mengenai amalan rasuah di kalangan mereka.

Undang-undang cegah rasuah di Malaysia kelihatan sangat berkesan menjerat ikan kecil, tetapi buaya besar selalu terlepas!

Undang-undang Malaysia ibarat sarang laba-laba, nyamuk kecil akan terjerat, burung besar boleh langgarnya saja tanpa mudharat!

Nazrin Zakaria said...

Kepada penyokong DAP,

Anda mengatakan:
"DAP berjuang atas prinsip demokrasi dan hak asasi manusia sejagat. DAP tuntut apa yang patut dan boleh dituntut untuk kepentingan kaum Cina tanpa mengorbankan kepentingan kaum-kaum lain".

"BN guna taktik pecah dan perintah untuk kekalkan kuasa pemerintahannya. Banyak isu yang berkaitan dgn kepentingan dan tuntutan masyarakat Cina dan India sengaja tidak diselesaikan oleh BN supaya orang Cina dan India berpecahbelah".

Hujah anda tidak berpijak dibumi yang nyata.Seolah-olah anda cuba untuk menyembunyikan sesuatu perkara yang sudah diketahui umum.
Bagaimana anda boleh berkata berkata begitu?
Apa dalil anda untuk mengatakan DAP berjuang atas prinsip demokrasi dan hak asasi manusia sejagat. Ini hanyalah satu pembohongan untuk menutup niat sebenar DAP.Perjuangkan hak asasi manusia? Apa nasib Melayu di Pulau Pinang? Adakah DAP menjaga kepentingan mereka yang menjadi minoriti disana? Menjunjung prinsip demokrasi konon,akhbar utusan sendiri dilaknat sebegitu rupa.Apakah DAP juga menjunjung perlembagaan negara yang menjadi undang-undang tertinggi negara?
Dimana pendirian mereka terhadap perkara 153 dan ketuanan Melayu yang dianggap oleh mereka sebagai hamba dan tuan?

Sejak berpuluh tahun,DAP tidak akan sunyi daripada konsep Malaysian Malaysia.Mereka bermati-matian mempertahankan sekolah vernakular cina dan mengkritik usaha kerajaan yang lebih menumpukan pembangunan sekolah kebangsaan.Ini jelas menampakkan sikap cauvinis mereka.
DAP hanya hebat dengan taktik mereka untuk menghasut rakyat.Bukannya ada apa-apa pun yang boleh dibanggakan.DAP mendakwa memperjuangkan semua kaum, tetapi pemimpin dan ahli mereka hampir kesemuanya orang cina.Tak pernah nampak satu batang hidung orang Melayu yang pegang jawatan dalam DAP.
Selama lebih 50 tahun,BN berjaya membentuk asas kestabilan dan perpaduan dalam negara.Berbeza dengan DAP,kewujudannya sebagai meneruskan legasi PAP untuk perjuangan Malaysian malaysia serta menulis semula perlembagaan negara!!!!
Tak perlulah saya panjangkan lagi komen saya ni lagi.Tak gunapun,kalau saya mengatakannnya pada anda.

zendra said...

Sdr Nazrin,

Saya fikir tidak ada so'al silap faham. Saya mulakan komen saya 4.15 PM itu dengan nada yang baik, mengalamatkan anda dengan perkataan "Sdr", dan mengatakan "Ingin saya mengeluarkan pendapat yang berlainan dari pendapat Sdr."

Saya akhiri dengan nada baik juga, dengan kata kata "Jika Sdr fikir tidak begitu, silalah beri hujah hujah baginya."

Saya khuatir ada nada berlainan dikomen Sdr 2.06 AM. Saya berharap kita tidak berseliseh faham. Saya akan cuba teruskan berdailog dengan Sdr jika boleh.

Saya tak sebut Sdr ada mengatakan tak perlu buat kajian menyeluruh. Saya katakan Kerajaan tak buat kajian menyeluruh.

Sebenarnya kita bersetuju bila Sdr katakan kesan penerimaan masyarakat kita perlu kaji. Mungkin kita berbeza pendapat bila saya berkata Kerajaan tidak buat kajian itu. Sehingga sekarang tidak ada kajian sebenaranya dilakukan bagi menentukan apa sebenar kesan itu.

Contohnya, tidak ada pungutan suara atau "survey" yang dilakukan oleh suatu pihak yang mempunyai kelayakan, pengalaman dan reputasi diantara bangsa sebagai non-partisan. Menggunakan cara cara membuat survey yang diakui antarabangsa sebagai "fair and free (tidak dipengaruh politik)". Menentukan pendapat dan pendirian berbagai kaum terhadap tiga sistem pendidkan diMalaysia sekarang ini.

Apa yang ada hanyalah "anggaran" atau "anggapan" mengatakan ada beberapa tentangan terhadap cadangan sekolah satu aliran atau Satu Sekolah Unutk Semua (SSS). Peratus rakyat yang menentang pun tidak ada dianggar dengan cara yang boleh diterima.

Saya fikir tidak ada so'al menunggu semua bukan Melayu "sudah bersedia" baru dilaksanakan SSS. Atau sekurang-kurangnya memulakan kajian mendalam keatas sistem pendidikan sekarang. Kita demokrasi dan perlu berdasarkan kapada kehendak majoriti. Bukan kah patut Kerajaan ikut kehendak majoriti didalam perkara ini.

Pada hal DS Najib sudah kata "sistem sekolah satu aliran akan dilaksanakan bila rakyat mahukannya". Kempen SSS telah mencadangkan "referendum" sebagai cara yang selamat bagi politiknya bagi menentukan jika rakyat mahukannya sekarang atau tidak. sekurang kurangnya adakan "survey" secara yang saya sebut diatas, sebelum adakan langkah besar secara "referendum".

Jika survey atau referendum dilakukan, tidak akan timbul so'al "kerajaan bertindak secara tergesa-gesa tanpa mengkaji impaknya dahulu". Tidak timbul so'al menutup sekolah vernakular jika kajian mendalam atau "yang konkrit" dilakukan.

Dalam hal ini, Kempen SSS tidak mengesyorkan sekolah vernakular ditutup. Hanya "diserapkan" kedalam sistem sekolah kebangsaan jika kajian mendalam itu menunjukkan perlunya dibuat demikian. "Menyerapkan" bermakna sekolah sekolah vernakular boleh berterusan tetapi hanya bahasa pengantarnya dan silabus ditukar, ikut sekolah kebangsaan. Guru-guru dan kakitangan lainnya tidak perlu khuatir kehilangan kerja, hanya diaturkan kursus dsbnya didalam satu sekim penyesuaian yang boleh dilakukan.

(Bersambung)

zendra said...

(Sambungan)

Nazrin,

Tidak perlu bimbangkan "muncul agen-agen penghasut yang mengeksploitasi tindakan kerajaan untuk meracun pemikiran kaum bukan Melayu serta menyemai sentimen kebencian terhadap apa yang dibuat oleh pihak kerajaan." Ini sudah ada berpuluh tahun. Bermula dengan Lee Kuan Yew bila Singapura ada diMalaysia 1963-65 dengan konsep malaysian malaysianya. Konsep subversif yang dipikul Lim Kit Siang dan DAP apabila Singapura keluar dari Malaysia ditahun 1965. Mereka sudah pun lama "menyalah
anggap apa sahaja dasar kerajaan akibat minda mereka dihasut secara berterusan" sejak 1965.

Hasutan begitu kuat sehingga tercetus pergaduhan kaum di13 Mei 1969. Tragedi itu banyak diperkatakan diblog Jebat Must Die. Pos terakhirnya sekarang juga menyentuh peristiwa itu.

Tetapi Kerajaan perlu mengadakan dasar menimbulkan perpaduan jangka masa panjang. Berdasarkan kehendak majoriti. Berdasarkan pungutan suara yang "reliable" dan kajian mendalam yang menyeluruh.

Perkara kajian tidak "berat sebelah" dan "kajian menyeluruh" telah saya sebut dikomen saya dahulu. Saya setuju dengan pendapat Sdr bahawa "perlu diiringi dengan jangkaannya ataupun target bagi memastikan matlamat yang dirangka mengikut apa yang dirancang. Kesan-kesannya juga perlu dikaji secara terancang". Kempen SSS sudah menyebutkan kajian mendalam itu perlu merangkumi "segala kelemahan yang ada dan memperbaiki kesilapan yang wujud."

Tidak perlu saya sendiri meninjau dan membuat kajian di sekolah rendah/menengah kebangsaan. Sebab saya tidak ada kemahiran atau pengalaman yang sesuai. Segala kajian perlu dilakukan oleh mereka yang profesyenal dan berpengalaman dan dikawal oleh Jawatan Kuasa Kajian yang telah disarankan Kempen SSS. Silalah lawati laman citra Kempen SSS itu. Google saja "Kempen SSS" dan Sdr akan sampai kesana.

(Bersambung Bah 3)

zendra said...

(Sambungan - Bah 3)

Nazrin,

Anda cetek pemikiran bila mengatakan "Saya rasa anda bersikap prejudis terhadap pihak kerajaan .. Apa-apa dasar yang dibuat oleh kerajaan seolah-olah disalahertikan sebagai meraih undi". Tohmahan Sdr "Tidak ada satu perkara yang dibuat oleh kerajaan dipandang positif" itu sepatutnya ditujukan kapada puak DAP. Jika Sdr bertugas dengan Kerajaan dan menyokong Kerajaan, itu pendirian yang baik. Tetapi Sdr sepatutnya dapat menilai siapa musuh siapa lawan. Jangan kerugian sokongan sebab salah nilai siapa musuh siapa lawan. Jika saya yang silap dari segi ini, saya amat berdukacita.

Mungkin Sdr masih muda, belom banyak pengalaman, tidak membaca komen komen saya didalam blog ini, juga dipos ini dengan teliti dan berkata kapada saya "jangan menganggap semua perkara yang dibuat oleh kerajaan itu semata-mata untuk meraih sokongan politik." Kata kata yang Sdr gunakan pun nampaknya tidak tepat. Bukan saya kata "semata mata untuk meraih undi". Saya kata "kebanyakannya" untuk meraih undi.

Saya setuju "Tak perlulah cerita panjang-panjang lagi .." Saya mula komen ini dengan pemikiran terus berdailog. Tapi bila anda keluar kata kata seperti itu, dan berkata "Kita bercakap seolah-olah kita lebih tahu-menahu daripada orang yang dah lama berkhidmat dalam kerajaan", nampaknya tidak ada guna saya teruskan. Pemandangan anda suntuk bila mengatakan "Padahal, kita masih belum tahu apa yang berlaku diluar sana" dan membayangkan tidak perlu mengeluarkan pendapat kerana "belum tahu apa yang berlaku diluar sana".

Tambah pulak anda mengatakan "menyedihkan dalam blog RT, ada orang yang buat komen semata-mata untuk menghentam orang lain yang berbeza pendapat." Anda tidak membaca komen-komen ramai peserta disini dengan cukup dan mengeluarkan pendapat selepas membaca sepintas lalu. Anda menggunakan perkataan "semata mata" dengan rambang. Saya sedih bahawa anda tidak langsung dapat lihat nada baik komen pertama saya kapada anda. Juga anda tidak membaca dengan teliti tetapi mahu mengeluarkan pendapat seperti bercakap kapada murid bila tak cukup tidur disuatu pagi. Anda sepatutnya hemahkan kata kata anda "kita perlu hormat dengan pendirian dan pandangan masing-masing."

Sayang, yang patut boleh berdialog, berpendirian begini. Saya yaakin selepas ini akan keluar mereka yang berfikiran kebudak budakan dari kumpulan DAP menyorakkan pertelingkahan ini disini. Biarlah. Saya pun kesibukan beberapa hari selepas ini.

tokgaru said...

Penyokong DAP

Kata kau :

1. Pegawai kerjaan bangsa melayu tak rasa kesal dan malu makan rasuah.

2. Orang cina benci kepada rasuah.

Kelakar bunyi nya. aku pun ingin bertanya kepada kau :

" yang selalu duk amalkan budaya menghulur (merasuah) untuk mendapatkan sesuatu secara yang tidak sah dari segi undang2 tu, siapa dia dan orang apa ? "

contoh :

1. lori bawa muatan lebih, siapa yang hulur kepada pegawai JPJ ?
2. menjalankan perniagaan tanpa lesen, siapa yang hulur kepada pegawai PBT ?
3. istihar dalam borang kastam benda lain, tapi yang dibawa masuk dalam kontainer benda lain, siapa yang hulur kepada pegawai kastam ?
4. menjalankan perniagaan tikam ekor haram, siapa yang hulur kepada polis ?

Kau tolong jawab. Aku nak tanya kau " siapa yang paling jahat dan paling busuk hati, yang hulur rasuah atau yang terima rasuah ? "

Kau ni tak ubah seperti resmi ayam " berkokok berdegar2 tapi pungkoq (buntut) penuh tahi "

Kau hanya nampak buruk pegawai melayu saja, tapi kau buat2 tak nampak jahatnya orang kau yang " sikit2 hulur, sikit2 hulur ".

Kau tolong faham " kalau tak ada yang menghulur tentu lah tak akan ada yang menerima ".

sgray said...

The saying goes like this 'Chinese are the descendent of the country of the dragons.We are tough race and we are born to conquer new lands and we bring our culture...when thing get better in the homeland we will return..

Sejauh mana kebenaran kata2 ini dengan politik yang diamalkan oleh Kaum Cina.

It's either diorang adapt atau they will leave in the end..even some migrated.

Harus di sedari politiks mereka is about winning dan survival ....to conquer a new lands.Janganlah keaplaan kita bangsa melayu melalaikan sesama sendiri..tentang kelicikan mereka ini.

Rasuah dan segala macam budaya yang bertentangan dengan agama yang dibawa mereka diamalkan sehingga mereka kelihatan bersih dan bangsa melayu yang kotor..we bring our culture.[jangan lah kita lalai dengan kesatuan bangsa melayu..mereka lebih dari kita dalam soal tu..look around.

Ibarat pisau yang tajam sakitnya selepas berdarah tidak semasa di toreh badan ini.fikir2kan.

Adat resam dan budaya serta agama orang2 melayu yang tinggi membolehkan mereka mengambil kesempatan..kerana kealpaan dan kecuaian kita sehingga tidak sedar di perkudakan oleh mereka.

Bukankah sudah jelas yang menjahanamkan sesuatu bangsa itu bangsa itu sendiri..

SEKADAR INGATAN buat Pak Dol.[4 :42].Akal di perlukan dalam kehidupan manusia tanpanya jadilah saperti yang Pak Dol alami sekarang...loosing your marbles ,merapu cam takde pedoman je..nauzubillah.. mengikut nafsu semata.Tanpa akal iman dan takwa takde pak dol..orang gila jadinya..Tahap gila nie lebih baik Pak Dol..dari yang tak berakal..lebih hina dari hewan kalau kita tidak berakal ,tak gitu kata nya.
wallahuwa'lam

sgray said...

sambung sikit lagi..

Pak Dol..kiat dituntut mengembangkan syiar Islam bukan negara Islam.Itu yang di lakukan rasulullah dan para anbia dari dulu lagi.Agama hanya satu je dalam dunia nie menurut Islam,selagi ada yang menegakkan hukum dan syariatnya jelas mereka akan sejahtera..mahu individu atau kerajaan.Berbali kepada LA IQRA FIDDIN dan surah AL kafiruun.wallahu wa'lam

Itu yang diamalkan kerajaan UMNO.menegakkan agama resmi dan hukum2 Islam.

Fikirkan.

tokgaru said...

Saudara Sgray

" ... kita dituntut mengembangkan syiar Islam bukan negara Islam.Itu yang di lakukan rasulullah dan para anbia dari dulu lagi "

betul kata awak tu dan saya bersetuju. saya nampak logiknya :

kalau rasullallah dulu duk kalut nak bentuk negara islam lebih daripada duk kalut nak mengembang ajaran islam, saya ingat baginda tak sampai ke mana pun, mungkin pusing pi pusing mai setakat dunia arab tu saja lah.

tapi dek kerana baginda mengambil pendekatan dan pendirian mahu mengembangkan ajaran islam ini kalau boleh ke serata pelusuk dunia maka hari ni kita di tanah melayu mendapat nikmat islam yang di bawa oleh baginda malah ke benua cina juga islam sampai.

cuba bayangkan kalau matlamat utama rasullallah hanya lah setakat nak membentuk negara islam supaya baginda dapat jadi raja yang berkuasa dan boleh memerintah. entah2 kita di tanah melayu ni bila orang sebut islam, kita ingat itu adalah sejenis fast food jenama baru.

di sini lah letaknya kelemahan para pemimpin Pas. nak ikut nabi tapi tak ambil strategi yang nabi gunakan. nabi tak perlatkan islam untuk membina kekuatan dan kuasa, tapi pemimpin Pas peralatkan islam untuk menarik sokongan orang melayu kepada perjuangan membina kekuatan dan kuasa.

mudah cakap dan senang cakap " pemimpin Pas berselindung disebalik islam ".

dalam hal ni orang melayu kenalah berhati2 dan celik2 sikit dalam memberikan sokongan kepada mereka.

tokgaru said...

Penyokong DAP

aku masih tunggu kau untuk berbicara pasal rasuah. aku tabik dengan kau kerana kau sangat anti kepada rasuah. aku juga sangat anti kepada rasuah baik yang memberi mahu pun yang menerima.

pada aku kalau nak hukum, hukum lah kedua2nya sekali. tapi yang kerap duk kena adalah yang menerima saja.

sekali lagi nak tanya kau :

Siapa yang banyak menerima. dan siapa pula yang banyak dan kerap memberi (menghulur) ?????

Jawab kawan jangan tak jawab walau pun mungkin sangat pahit.

tokgaru said...

Antara Pas dengan Umno. Siapa yang lebih mendapat perhatian tuhan ???

mungkin akan ada yang marah kepada saya. tak apa itu hak anda.

selepas PRU 12 pada 2008. cuba lihat kepada keputusan 3 PRK selepas itu. semua PRK itu melihatkan pertembungan diantara Pas dengan Umno.

Pas berjuang untuk islam, itu lah modal Pas. Umno pulak berjuang untuk kesejahteraan rakyat, itulah modal Umno.

Pas sebut nak buat islam (mungkin itu janji Pas dengan tuhan). Mungkin tuhan mendengar apa yang Pas janji kepada Nya.

Umno tak sebut pun nak buat islam (tapi dalam diam Umno bergerak untuk memperkasakan umat islam meliputi segala aspek kehidupan). Mungkin tuhan nampak apa yang Umno buat untuk islam.

masuk bertanding dalam pilihanraya. setiap parti yang letak calon akan mengharapkan kemenangan. kemenangan itu ditentukan oleh rakyat. dan tuhan lah yang menggerak dan membuka pintu hati rakyat untuk memilih parti mana sebagai jurucakap mereka.

di Manek Urai ... Pas lawan Umno, siapa yang rakyat pilih ?. di Galas ... Pas lawan Umno, siapa jadi pilihan rakyat ??. terbaru di Tenang ... Pas lawan Umno lagi, akhirnya siapa yang rakyat pilih ???.

sudah ada 3 PRK, apa kah masih tak cukup lagi buat orang melayu untuk mahasabah politik.

khabarnya di Merlimau juga Pas bakal berdepan dengan Umno.

mari lah kita tunggu untuk melihat tuhan akan menggerak dan membuka hati rakyat untuk memilih siapa di antara Pas dengan Umno.

itu pun jika anda orang yang percaya kepada takdir serta kada' dan kadar tuhan.

Alhamdulillah said...

@penyokong DAP,
student2 yang awak maksudkan dapat buat power root, jadi businessman yang bagus ada juga datang dari sekolah cina....

saya tidak nafikan....ada budak yang bijak dan ada budak yang tidak bijak..

TETAPI, cuba awak bayangkan, budak yang bijak ni boleh pandai bahasa melayu dan english? apa akan jadi pada power root tu?
sudah tentu lebih bijak kan?

cuba bayangkan budak yang kurang bijak/ bodoh/average.....awak fikir masa depan diorang kat ada ke kat msia ni? setakat keja kat company cina, bergaul ngan orang cina je la....kan...
tahu ke nak isi form kerajaan? tahu nak buat aduan?
tempat yg sesuai di CHINA...

maaflah aku berbahasa agak kasar/guna teknik reverse psychology...

tokgaru said...

Kepada mereka2 yang condong kepada pembangkang.

ingin aku bertanya :

adakah korang ni dihantar ke dunia sekadar untuk jadi pandai melontarkan fitnah kepada pihak yang korang tak senangi ?

aku pelik dengan korang :

bila di ajak berhujah secara fakta dan logik. korang tak pernah nak jawab. bila benda yang di hujah balas itu terkena atas kepala korang, korang lesap dari blog ni buat beberapa ketika.

di antara nya adalah Penyokong DAP, Izam, Abdullah Ngah dan ramai lagi.

nampak sangat mereka2 melayu yang pro kepada Pas ni udah selesa dan sebati dengan irama kopi dangdut dendangan DAP.

kasihan sungguh aku dengan melayu jenis korang ni ....

tokgaru said...

Kasihan kepada Pas

walau pun aku tak berapa senang dengan Pas. tapi aku masih menyimpan perasaan kasihan kepada Pas kerana mereka adalah saudara seagama dan sebangsa dengan aku.

apa yang aku kasihan kepada Pas ?

sudah 3 PRK mereka kena bungkus dengan rakyat. manek urai ... terburai harapan dan impian. galas ... gena galas dengan umno. tenang ... jiwa jadi kacau dan tak tenang kerana fatwa yang karut. melimau ... ?????????.

PEMBANGKANG-DAP said...

Sedap dengar komen Pengikut Nabi Muhamad 1.41 PM. Nyata pendirian dia fasal depa lepasan sekolah Cina.

Menarik pulak teknik Reverse Psychology dia.

Jawablah, Penyokong DAP. Saya minat nak dengar hujah hujah anda.

Nazrin Zakaria said...

Kepada Zendra,

Anda memang cukup bijak untuk memanipulasi kenyataan yang saya buat dalam ruangan komen ini.Anda sedaya upaya untuk mencari kesilapan saya dan menggunakannya untuk melawan hujah-hujah saya.Saya tidak tahu apa niat anda sebenarnya. Seolah-olah anda tidak ada cacat celanya ketika mengemukakan hujah anda sendiri. Saya telah pun membaca komen anda sebelum ini.Saya menghormati pendirian anda sebelum ini.Tapi saya tak rasa anda benar-benar mengerti apa yang saya nyatakan.Anda mengambil sebaris ayat saya dan menterjemahkannya mengikut interprestasi anda sahaja.Tapi,saya sendiri tidak tahu mesej yang cuba anda sampaikan dan ia tidak seperti apa yang saya gambarkan dalam pemikiran saya.Setiap orang lain pandangannya.Bahkan,kita sendiri kadang-kadang tidak mengetahui maksud tersirat kenyataan individu tersebut.Hanya individu tersebut yang mengetahui sendiri maksud tersirat kenyataan mereka.Sebab tu,saya sebenarnya tidak mahu membalas hujah/komen yang berbentuk pandangan peribadi.Takut tersalah niat dituduh memutarbelitkan kenyataan orang lain.Inilah yang selalu terjadi dalam dunia maya.Lagi satu,saya tak paksa anda untuk menerima komen saya dan saya juga tidak mengharapkan anda untuk membacanya.Saya tidak merasakan kenyataan saya itu betul 100 peratus dan begitu juga kenyataan anda.Masing-masing ada kelemahan termasuk diri anda.Perkara yang betul seolah-olah diperkecilkan,dan perkara yang salah diperbesar-besarkan oleh anda sendiri.Itu saya tak nafikanlah

Kalau nak diikutkanlah, agen penghasut yang wujud pada zaman dahulu berbeza dengan zaman sekarang.Pada zaman inilah,dunia maya/siber berkembang begitu pantas
dan agen penghasut bergerak dengan lebih radikal dalam ruangan blog,facebook,twitter serta kewujudan pelbagai lamanweb yang digunakan sebagai modus operandi mereka.Dakyah dan fitnah ditabur merata-rata tempat untuk meracuni pemikiran masyarakat berhubung sesuatu perkara.

Anda menuduh saya cetek pemikiran tapi tentu ada sebab kenapa saya kata anda lebih bersikap prejudis terhadap kerajaan dan saya tidak akan tarik balik kata-kata saya.Perkataan 'meraih undi' itu
yang disebut oleh anda itu adalah tidak benar sama sekali.Kalau anda berjumpa dengan mana-mana pegawai kementerian yang bertugas dalam menjayakan misi kerajaan, adakah anda mengetahui apa yang mereka fikirkan?Mereka bertungkus lumus menjalankan tanggungjawab mereka.Turun naik pejabat di Putrajaya.Mesyuarat demi mesyuarat dijalankan untuk membincangkan plan pembangunan negara. Mereka tiada masa nak cakap soal politik.Tiada dalam kepala otak mereka nak fikir soal meraih undi.Masing-masing sibuk dengan urusan pejabat dan juga melayan delegasi luar negara.Begitu jugalah dengan Menteri Kabinet.Mungkin anda belum pernah berurusan dengan pegawai kerajaan di Putrajaya. Mereka yang bekerja dengan kementerian itu memang kerja separuh mati.Menguruskan fail-fail,dokumen sulit yang tak diketahui umum dan bermacam-macam lagilah.Lainlah kalau yang mereka tak pernah bekerja dengan kerajaan.Mereka tidak tahu apa yang kerajaan buat.
Saya ulangi sekali lagi, adalah suatu penghinaan kepada pihak kerajaan sendiri jikalau anda mendakwa mereka yang dalam kerajaan tersebut berkhidmat untuk meraih undi.Saya fikir ia suatu kenyataan yang jahil.

Kenyataan anda yang berbunyi,
Pemandangan anda suntuk bila mengatakan "Padahal, kita masih belum tahu apa yang berlaku diluar sana" dan membayangkan tidak perlu mengeluarkan pendapat kerana "belum tahu apa yang berlaku diluar sana".

Ada saya cakap tidak perlu mengeluarkan pendapat?Ada saya memaksa anda untuk tidak mengeluarkan pendapat anda sendiri?
Anda sekali lagi memutarbelit kenyataan saya.Maksud saya cukup jelas.Kalau kita tak tahu,jangan pandai-pandai mengarang cerita.Kalau dah tahu,cakaplah dengan sejujurnya.

Nazrin Zakaria said...
This comment has been removed by the author.
Nazrin Zakaria said...

Kepada zendra,

Anda mengatakan pada saya:
"Saya sedih bahawa anda tidak langsung dapat lihat nada baik komen pertama saya kapada anda. Juga anda tidak membaca dengan teliti tetapi mahu mengeluarkan pendapat seperti bercakap kapada murid bila tak cukup tidur disuatu pagi".

Anda seolah-olah sudah kehilangan modal untuk memberi komen.Skrip yang sama diulang berkali-kali.Anda pun dua kali lima juga!!!
Membaca semua komen-komen ni pun hanya membuang masa.Kita bukan penggubal dasar negara.Kita hanya menyuarakan isi hati kita,buah fikiran dan pandangan peribadi kita sendiri.Masing-masing bebas bersuara dalam ruangan ini.Tak semua pandangan kita itu betul dan orang lain salah.Masing-masing boleh menilai pendapat sendiri.Betul atau salah,lain ceritanya.Pihak yang bertindak itulah patut dipuji.Bukannya duduk menjadi pengkomen yang setia dalam blog ini sambil menaip kenyataan yang panjang yang berbelit-belit.Ia tak mengubah apa-apa selagi situasi masih sama.Lebih baik bertindak untuk mengubahnya daripada berkata kosong!!!!!
Saya pun dah malas nak berbalas komen lagi selepas ini.Tak memberi sebarang faedah dan kesan pada saya.

Anonymous said...

tokgaru,

Tak payah kesian pada PAS, mereka adalah pejuang sejati!

Saya pula kesian pada BN, ia terpaksa berbelanja bermilium-milium untuk menang satu pilihan raya kecil!

Syabas saya ucapkan kepada Cikgu Normala dan suaminya, demi perjuangan sanggup korbankan pekerjaan tetap dan menanggung risiko hilang pendapatan.

Begitu juga pejuang-pejuang DAP. Jika mereka mahu kaya raya seperti orang MCA, berkawan saja dengan orang UMNO dan jadikan mereka rakan kongsi alibaba.

Orang DAP ADA MARUAH dan prinsip SEPERTI ORANG PAS.

Anonymous said...

Saudara Nazrin zakaria,

Tidak tersangka anda juga tertipu oleh pembohongan dan propaganda UMNO dan Utusan (Penghasut)Melayu!

Kerajaan DAP tidak pernah menindas orang Melayu. Itu semua pembohongan dan propaganda UMNO dan BN untuk memburukkan DAP.

Sebaliknya orang Melayu mendapat layanan yang lebih baik berbanding dengan kerajaan BN dahulu.

Dalam kerajaan P. Pinang ada wakil orang Melayu dari PAS dan PKR yang ikhlas, jujur dan teguh pendirian.

Pemimpin UMNO P. Pinang setelah hilang peluang-peluang projek pilih kasih dan rent-seeking, mereka berpakat dengan Utusan (Penghasut) Melayu mula menaburkan fitnah terhadap kerajaan P. Pinang pimpinan DAP.

Saudara perlu lapangkan masa dan buat tijauan sendiri di P. Pinang, jangan terus tertipu oleh mush rakyat!

20 tahun dahulu, apabila PAS baru membentuk kerajaan di Kelantan, MCA dan Gerakan berpakat membuat fitnah orang Cina di Kelantan hidup sengsara kerana tertekan di bawah pemerintahan Islam kerajaan PAS. Cina tidak boleh minum arak lagi, tidak boleh jual daging khinzir lagi dan berbagai tohmahan.

PAS terpaksa melalui kerjasama penyokongnya di pantai barat mengatur rombongan ziarah membawa orang Cina ke kelantan untuk tengok dengan mata sendiri kehidupan orang Cina di Kelantan. Saya dan rakan-rakan DAP turut serta rombongan ini untuk mencari kebenaran.

Rombongan kami telah disambut oleh Haji Anwar Tan yang kemudian dianugerah pangkat Dato.

Dato Anwar Tan pernah menyandang Timbalan Ketua Pemuda Parti Gerakan. Beliau tidak sudi melihat dasar Islam kerajaan PAS ditohmah dan Tok Guru Nik aziz difitnah oleh pemimpin MCA dan Gerakan, beliau telah ke depan membela kerajaan Kelantan dengan menerima perlantikan jawatan sebagai ahli majlis bandaran Kota Bahru sehingga beliau diberi amaran oleh Dr. Lim Keng Yik dan akhirnya dipecat dari parti Gerakan.

Selepas 2 tahun berkhidmat sebagai ahli majlis bandaran Kota Bahru, Dato Anwar Tan baru menyertai PAS dan bertanding dalam pilihanraya mewakili PAS. Beliau bertanding di kawasan bandar yang kuat MCA dan mengalahkan calon MCA. Beliau kemudian dilantik ke jawatan exco kerajaan negeri.

Hari ini kebanyakan orang Cina di Kelantan sokong PAS. Jadi, apa salahnya orang Melayu P. Pinang sokong DAP?

Anonymous said...

Rakan-rakan semua,

Berita berikut membenarkan kritikan saya terhadap UMNO dalam post saya 12:45 PM yang lalu: (Orang yang sabit rasuah dalam pemilihan parti masih boleh menyandang jawatan kerajaan!)

"Pelantikan bekas menteri besar Negeri Sembilan, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad sebagai pengerusi Felda menyebabkan pasaran saham menjadi tidak menentu, kata ketua pegawai eksekutif, Maybank Investment, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz.

NONE“Terdapat banyak GLC yang mempunyai bekas ahli politik dilantik sebagai pengerusi tetapi bagi Felda, adalah kes yang jarang berlaku di mana pasaran bimbang dengan pelantikan itu. Ia memberi isyarat yang salah,” katanya.

Bercakap di forum anjuran badan pemikir, Ideas, Tengku Zafrul bagaimanpun berkata pelantikan berkenaan mungkin disebabkan kekurangan calon di mana jawatan utama di syarikat-syarikat berkepentingan kerajaan mesti diisi oleh calon bumiputera.

Meskipun Tengku Zafrul agak berdiplomasi ketika memberika alasannya, rakan panel Anggota Majlis Penasihat Ekonomi Negara (NEAC), Zainal Aznam Mohd Yusof berkata rekod Mohd Isa yang terpalit dengan gejala rasuah adalah punca kebimbangan pasaran.

Mohd Isa didapati bersalah kerana terbabit dengan politik wang ketika pemilihan parti itu dan digantung jawatannya oleh lembaga disipin Umno pada 2005."

(http://www.malaysiakini.com/news/155494)

Abdullah Ngah said...

Apabila membaca hujah tokgaru dan sgray menjawap tulisan saya jelas kedua dua orang ini tak faham apa itu Islam.

Sgray tak tahu apa itu "syiar" manakala takgaru pula tak tahu apa dia "ajaran Islam" yang dibawa oleh Rasulullah SAW.

kalau dia faham dia tak berkata "Pak Dol..kita dituntut mengembangkan syiar Islam bukan negara Islam.

Ini disokong pula oleh Tak Garu yang membuat rakyat jadi keliru deng mengelirukan.

Tak mustahil ini boleh sesat lagi menyesatkan.

Profesor Dr Hussien Nasr pernah sesat kerana menggunakan fikiran yang difikirkan lojiknya islam itu sosialisme dan sosialis itu Islam.

Ali Raziq juga demikian ketika menulis bukan politik dan Islam mengatakan islam tiada kaitan dengan politik dan politik tiada kaitan islam.

Inilah punca tak garu berkata "betul kata awak tu dan saya bersetuju. saya nampak logiknya :

kalau rasullallah dulu duk kalut nak bentuk negara islam lebih daripada duk kalut nak mengembang ajaran islam, saya ingat baginda tak sampai ke mana pun, mungkin pusing pi pusing mai setakat dunia arab tu saja lah.

Ini juga akalan hujah lojik hawa nafsu saja. Tak lebih daripada itu.

Maaf ya.

tokgaru said...

Saudara Penyokong DAP

ini kau yang tulis :

" BN tadbir negara ini. Islam adalah agama resmi persekutuan. Negara belanja berbillion ringgit untuk pendidikan, pentadbiran dan kemajuan Islam. Pegawai kerajaan rata-rata Melayu beragama Islam. Gejala rasuah di kalangan pegawai kerajaan sepatutnya membuatkan semua orang Melayu rasa malu depan kaum-kaum bukan Islam! Tapi, tidak kelihatan ada penyesalan pun pada muka kebanyakan orang Melayu mengenai hal ini! "

tulisan kau terang2 menyebut para pegawai melayu dalam kerajaan "kuat makan rasuah". lepas tu kau kata lagi "kebanyakan orang melayu tak nampak menyesal pun".

kau sebut bangsa. kau kata bangsa melayu ni bila jadi pegawai kerajaan mesti "makan rasuah". itu persepsi buruk dan jahat kau terhadap para pegawai kerajaan bangsa melayu. yang "makan rasuah" itu yang kau nampak dan kau jaja dalam blog ni.

tapi saya sekali kau telah membutakan mata dan hati kau terhadap mereka yang menjadi kaya raya dan menguasai segala bentuk perniagaan dan ekonomi di negara ini. mereka mungkin tak sampai ke tahap sekarang jika tidak mengamalkan "memberikan suapan".

kau tidak gentlement sahabat bila kau langsung tak jawab beberapa2 pertanyaan yang aku bangkitkan dalam blog ini berkaiatan isu rasuah.

solan aku cukup mudah : bila kau kata pegawai melayu suka "makan suap" maka aku pun tanya kau siapa pula yang suka "beri suapan". TAPI KAU TAK BERJAYA MENJAWABNYA.

jangan lah buruk bangsa melayu saja yang kau nampak. tapi buruk bangsa kau, kau cuba nak sorok.

cuba lah belajar berlaku adil.

melayu jenis aku ni boleh baca niat sebenar korang disebalik pujian melangit yang korang bagi kepada Pas dan Nik Aziz. Pas dan Nik Aziz saja yang tak sedar apa kesudahan wayang korang.

tokgaru said...

Saudara Abdullah Ngah

wah nampak tinggi ilmu islam kau. kau kata aku tak berapa faham islam.

aku tak malu nak mengaku " ya, memang benar ".

islam yang aku faham adalah :

1. semua orang islam adalah bersudara tak kira bangsa dan warna kulit.

2. semua orang islam di suruh bersatu padu.

3. semua orang islam disuruh berpakat dengan orang islam untuk memperkasakan islam baik politik mahu pun ekonomi.

setakat itu saja lah yang aku faham islam. dan kerana itu lah yang aku ni mengidam sangaaaaat nak tengok Pas dengan Umno berbaik2, dan bukannya bermusuhan.

song said...

orang/pegawai yang meminta dan mengambil rasuah tidak bezanya dengan PENGEMIS /peminta sedekah

song said...

orang / pegawai yang meminta sedekah sememangya tidak bermaruah.
pariah lebih bermaruah.

Neutronboy said...

Nampaknya dalam ruangan ini dah ada puak2 perbincangan sendiri dan pastinya dalam mana-mana ruangan komen akan tersasar dari intipati rencana yang diterbitkan. Tidak mengambil kira sama ada orang-orang di sini berkepentingan atau tidak, penggubal negara atau tidak, namun hakikatnya perlu kita fahami secara holistik.

3 rukun Bangsa Cina.

Jikalau ditanya kepada orang Cina mestilah mereka kelihatan pelik dengan 3 rukun ini sebabnya perkara ini bukannya official (rasmi) tetapi bersifat budaya seharian mereka.

Sekolah Vernakular

Setakat kajian dan kajian untuk melaksanakannya tidak akan berhasil selama mana tiada tindakan untuk mengetahui kesannya secara empirik.

Bangsa Kurang Sosial

Ini sememangnya betul. Mana-mana bangsa yang bersekolah berasaskan kaum memang tidak mampu menjana komunikasi yang baik dengan bangsa-bangsa lain melainkan persekitran perumahan mereka sememangnya bercampur.

Hal ini sangat2 dipersetuji oleh pelajar2 sekolah menengah yang terdiri dari komposisi pelbagai kaum yang tinggi. Sebabnya, apabila alam sekolah menengah ini, sebahagian besar produk2 ini akan lebih susah bergaul dengan bangsa lain berbanding dengan pelajar SK.

Rumusan saya

Sememangnya amat2 wajar sekolah vernekular sepera kerajaan seperti SJK n SMJK (private x termasuk) di kurangkan bahkan dihapuskan.

Jangan fikir kesan jangka pendek tetapi kesan jangka panjang. Iaitu unity in diversity.

Bagaimana kita boleh lakukannya?

1) Kerajaan sendiri (golongan prof) terlibat dengan kempen2 (turun padang)untuk menceritaka fenomena yang melanda kini.

1.1) Masalah integrasi kaum yang menetap di Malaysia.

1.2) Masalah penguasaan bahasa kebangsaan yang menjadi penyatu antara bangsa.

1.3) Masih lagi wujud sikap prejudis terhadap antara bangsa

Antara modus operandi yang boleh dilakukan seperti :

1) Penyelarasan silibus untuk seluruh sekolah di Malaysia sama ada di bawah kerajaan ataupun swasta (kecuali silibus agama mengikut badan agama masing2)

2) Pembelajaran bahasa Mandarin dan Tamil dan Arab di seluruh sekolah di Malaysia (kecuali SBP sebab diorang dah ada) agar tidak berlakunya penghakisan budaya ibunda mereka.

Yang tu 2 contoh jer.. Yg lain2 x yah la kan...

Mungkin ada yang persoalkan nnt, klu ada tambahan masa sesi pagi sekolah petang mcm mana?

Tiada masalah pun sebabnya di sekolah sesi pagi sudah ada subjek Bahasa Arab untuk orang Melayu-Islam dan peruntukan masa tidak menjejaskan jadual sekolah ptg. Jadi kalau benar sudah boleh adanya integrasi kaum, just tambah 2 bahasa itu untuk mereka sahaja lah.

Orang_MuOr said...

Wah PENYOKONG_DAP ini selalu hentam UMNO.Semua Melayu yg bekerja dgn kerajaan yg menerima rasuah itu, dia tuduh UMNO.Boleh kau beritahu aku macam mana kau tahu Melayu yg menerima rasuah itu UMNO? Kenapa tidak PAS atau PKR?Ini memang super hero boleh tau ini org UMNO atau sebaliknya.

Ingat! org melayu PAS banyak bekerja dengan kerajaan tau.Ini pasal mahu bela Pakatan Rakyat le ni.

PEMBANGKANG-DAP said...

Nazrin Zakaria kata

"Perkataan 'meraih undi' itu
yang disebut oleh anda itu adalah tidak benar sama sekali.Kalau anda berjumpa dengan mana-mana pegawai kementerian yang bertugas dalam menjayakan misi kerajaan, adakah anda mengetahui apa yang mereka fikirkan?Mereka bertungkus lumus menjalankan tanggungjawab mereka.Turun naik pejabat di Putrajaya.Mesyuarat demi mesyuarat dijalankan untuk membincangkan plan pembangunan negara. Mereka tiada masa nak cakap soal politik."

Ada ke sesiapa cakap pasai Pegawai Kerajaan meraih undi? Bukan ke orang cakap pasai orang politik yang meraih undi.

Dia fikir Kerajaan tu Pegawai Kerajaan saja ke? Rasanya Kerajaan tu selalunya orang maknakan PM, Menteri Menteri dsbnya. Bukan Pegawai Kerajaan.

Kalau orang nak cakap yang lain didalam Kerajaan, orang sebutkan "Pegawai Kerajaan".

Oooops, nanti aku kena marah pulak. Takut kena kata "memutar belit".

Agaknya Pegawai Kerajaan siNazrin ni. Kalau gitu, padanlah banyak yang marahkan Kerajaan. Asyik marah saja dia nampaknya. Panjang lebar dia nulih. Ngata orang mutar belit pulak. Seram bulu roma aku!

Sedaplah kumpulan DAP dengar.

PEMBANGKANG-DAP said...

PENYOKONG DAP 2.05 AM,

Nasib anda baik lah kali ini, kawan. Anda kata Saudara Nazrin zakaria "juga tertipu oleh pembohongan dan propaganda UMNO dan Utusan (Penghasut) Melayu!"

Nazrin kata dia dan Pegawai Kerajaan tak ada masa nak cakap politik. Tak tahulah jika dia baca propaganda anda pasai Kerajaan DAP Penang. Sebab saya takut kena marah, kali ini biarlah sesiapa yang nak percaya anda kata "Kerajaan DAP tidak pernah menindas orang Melayu."

Btw, sebut Kerajaan DAP Penang ke? Saya ingat Kerajaan PR. Macam diSelangor. Tapi baguslah anda kata PAS dan PKR pun ada diKerajaan Penang. Ikutlah hang kata ke tak kata Kerajaan DAP Penang. Aku takut kena marah!

Aku banyak juga kekawan kerja Kerajaan. Pegawai PTD. Kot depa berlainan dari Pegawai Pelajaran - kalaulah siNazrin ni Pegawai Pelajaran. Tak payah cakap panjanglah. Nanti kena marah. Aku taknak cerita kat kekawan aku.

Cuma nak habaq kat Nazrin ada ramai Pegawai Kerajaan. Tak masuk akai ada sesiapa nak kata depa "meraih undi". Depa Pegawai Kerajaan tidak dibenarkan aktif dalam politik. Yang masuk akai ialah orang politik dalam Kerajaan yang meraih undi. Rasanya itu yang orang cakap, bukan Pegawai Kerajaan yang meraih undi.

Biaq pi lah dia. Terima sajalah. This is your day, my friend, PENYOKONG DAP. Enjoy it while it lasts. Bila aku dah hilang takut nanti aku keluaq lagi!

PEMBANGKANG-DAP said...

Sdr islamic neutron,

Bagus melihat Sdr tinggalkan komen diblog ini. Pendirian anda yang, selepas saya baca sepintas lalu, nampaknya bertanggungjawab.

Sya ingin mengalu-alukan penyertaan Sdr diblog seperti ini. Walau pun kekadang ada yang marah, menohmah memutar belit dsbnya. Kita perlu keluarkan pendapat kita berkenaan perkara perkara yang perlu bagi pembangunan negara dengan masyarakat yang hormatkan dan ikuti Perlembagaan negara sepenuhnya.

Walau pun saya takut kena marah pada sa'at ini (haha), saya akan cuba mempertahankan sesiapa yang mengeluarkan pendapat berkenaan hormatkan dan patuhi Perlembagaan negara, jika perlu.

Salam bahagia dan silalah disini selalu. (Saya bukan empunya blog tapi ingin meng "disabuse" DAP propaganda yang selalu keluar disini. Saya tak ahli parti apa apa pun. Gitu juga 2-3 kekawan lain yang membuat komen disini).

Nazrin Zakaria said...

Kepada pembangkang-DAP,

Istilah pegawai kerajaan terlalu umum.Saya lupa nak sebutkan penjawat awam atau sewaktu dengannya memang tidak dibenarkan terlibat dengan politik.Itu memang dah salah di sisi undang-undang.Ada juga ahli politik yang dilantik menjadi pegawai kerajaan contohnya pegawai khas kementerian/setiausaha politik.Mungkin anda tak jelas dalam soal ni.
Janganlah komen macam orang bebal.Anda fikir orang politik yang memegang jawatan dalam kerajaan pun turut merancang nak raih undi ke? Mereka tak campurkan urusan kerja dalam kementerian dengan politik dalam partilah.Tiada agenda politik nak raih undi.Tak kiralah mereka yang dilantik dalam kabinet terdiri daripada orang politik atau tak.Kerja tetap kerja. Negara tetap didahulukan.

Anda tak faham pendirian saya.Baca dahulu komen balas saudara zendra terhadap saya.Jangan main hentam sahaja apa yang nak diungkitkan.Anda pun sama seperti saudara zendra.Tapi,jangan bimbang kalau anda membalasnya dengan kata-kata yang beracun terhadap saya,insyallah saya tak membalasnya.Biar saya bagi anda ruang dan peluang yang luas untuk memuaskan nafsu anda dahulu.

Buat penyokong DAP,
Saya tak nak bazirkan peluru saya nak balas hujah anda itu semua.Buang masa nak layan nafsu anda.Lebih baik kita tumpukan kepada kerja masing-masing.Dalam media maya bolehlah anda nak kata apa sahaja, di dunia sebenar belum tentu anda boleh membuktikannya dengan kata-kata anda.Pergilah berkempen masa PRU nanti.Hebahkan pada satu negara tentang pendapat anda yang dayus itu.Setakat nak main komen dalam ruangan blog ini buat apa.

Anonymous said...

Like to share with both Muslim and Non Muslim.

We must give up the idea of nationalism because it is exactly what is dividing us. Quran says not to be divided, and several hadeeth talk against the disease of nationalism. Is the word of Allah and the messenger of Allah not enough for us ? If we take a look at current problems of Ummah, among other problems, it is obvious that we're divided, and therefore weak.

"Verily, those who divide their religion and break up into sects (all kinds of religious sects), you (O Muhammad SAW) have no concern in them in the least. Their affair is only with Allâh, Who then will tell them what they used to do."
Q.23:52:


"And verily this Ummah of yours IS A SINGLE UMMAH and I am your Lord and Cherisher: Therefore Fear Me (and no other)."Q.23:53:

Nationalism is HARAM because the Prophet Mohammad (saw) said in the following Hadeeths:

"Leave it. It is Rotten " [Bukhari & Muslim] refers to all forms of Asabiyah, nationalism, racism, and patriotism.

Grouping the Muslims on tribalistic lines is clearly forbidden. It is narrated by Abu Daud that the Messenger of Allah (saw) said, "He is not one us who calls for `Asabiyah, (nationalism/tribalism) or who fights for `Asabiyah or who dies for `Asabiyah."


In the Hadith recorded in Mishkat al-Masabith, the Messenger of Allah (saw) said, "He who calls for `Asabiyyah is as if he bit his father's genitals" Also, the Messenger of Allah (saw) said, narrated by At-Tirmidhi and Abu Dawud, "There are indeed people who boast of their dead ancestors; but in the sight of Allah they are more contemptible than the black beetle that rolls a piece of dung with its nose. Behold, Allah has removed from you the arrogance of the Time of Jahiliyyah (Ignorance) with its boast of ancestral glories. Man is but an Allah-fearing believer or an unfortunate sinner. All people are the children of Adam, and Adam was created out of dust."

Neutronboy said...

Sdr. P. DAP,

terima kasih untuk itu.

Sdr Arah,

Saya x lah fasih bebeno bahasa orang putih ni. Klu berhukum, belum sampai mujtahid lagi tapi konsep yang anda bawakan dengan huraian hadis tersebut cukup2 tidak sesuai kombinasi nya.

Keterlepaspandangan (imbuhan apitan) anda terhadap istilah asabiyah, perkauman dan nasioanlisme.

1) Orang yang boleh digelarkan asabiyah menurut al-quran ialah Orang yang berbantu-bantu dalam melakukan maksiat. As long perbuatan itu tidak dilakukan, maka dia bukan asabiyah.

2) Perkauman pula adalah tidak sama sekali dengan rasis. Sebabnya semangat perkauman adalah perlu bagi 1 1 bangsa untuk membina mercu yang gemilang. Namun rasis pula tidak senang melihat kaum lain menempa kejayaan.

3) Nasionalis pula lebih kepada kecintaan terhadap negara namun tidak melebihi Allah dan RasulNya.
Nasionalis mempuku semangat patriotik untuk mempertahankan kedaulatan tempat kita.

Contoh :

1) Asabiyah - Peperangan (lupa nama perang) di Arab yg memakan ratusan tahun hanya kerana seekor kambing milik 1 suku kaum yang makan tanaman suku kaum yg lain. Jadi mereka bantu-membantu untuk mencetuskan peperangan (maksiat)

2) Perkauman - Peniaga Cina bantu-mebantu rakan niaga sebelah2 mereka untuk sama2 meraih maju.

Rasis - peniaga Melayu yang suka pakai guna nak jatuhkan rakan niaga yang lain.

3) Nasionalisme - Rasulullah sendiri menyintai Mekah tetapi disebabkan perintah Allah, maka dia terpaksa berhijrah ke madinah demi keselamatan dan penyebaran syiar Islam. Kemudian Allah akan berikan wahyu untuk membuka kota mekah, tanah kelahiran baginda. Sama lah juga keinginan baginda untuk menghadap kaabah tetapi diperintahkan dahulu untuk menghadap baitul maqdis untuk menarik hati orang yahudi.

Jadi pengintegrasian kaum amat perlu diperingkat sekolah untuk mancapai nilai nasionalisme tanpa mengikis budaya masing2.

Allahu a'lam...

Hal2 politik ni hanya menyusahkan. Tapi kita perlu fokus kepada modus operandinya dan jika orang tersebut x boleh buat, baru kita gayang dia. Be natural..

sgray said...

pak dol said..Sgray tak tahu apa itu "syiar" manakala takgaru pula tak tahu apa dia "ajaran Islam" yang dibawa oleh Rasulullah SAW.

Pertama sekali saya ucapkan terimakasih Tokgaru & Pak Dol.

kira2 akal Pak Dol membuktikan AKAL nya MASIH ada dan diperlukan..padahal dia menafikan keperluan akal dan kurnia yang amat berharga pada mahluk yang bergelar manusia.

Kedua mana Negara Islam didunia ini yang boleh Pak Dol contohkan...mahu juga saya kerana menurut Dr Rozley dari Pas..negara Islam hanya di zaman Rasullullah sekitar Madinah sahaja.Perbetulkan kalau saya salah.

Utk saudara ISLAMIC neutron..WELL terima kasih juga kerana mengingatkan namun saya sekadar merasakan kita fikirkan AYAT 'la iqra fiddin..dan al kafiruun [masih dalam lingkungan topik perbincangan sebagai panduan agar tidak tersasar dari matlamat] 'dengan satu hakikat agar difahami TOLERANSI kehidupan wajib diamalkan [dituntut.. ialah selagi ia tidak melebihi batas] dan tidak menzalimi.

Neutronboy said...

Sdr. Sagray,

Masa awal2 nak wat blog, nak guna neutron jer tapi mcm teriak pula time tuh.. hehe.. Saya x suka kalau berselindung2 ni..tuh yg ada muka comel sekali tuh..

Sekali lagi saya tertanya-tanya, adakah masih ada ruang bagi golongan cendekiawan (bukan cendawan politik), bijak-pandai, elit dan profesional untuk menymbang kepada dasar negara dengan lebih luas dan berkesan?

Sekiranya dalam hal perundangan, ahli pemikir dan bijak-pandai x diberi ruang, maka kita seolah2 mensia-siakan ilmu yang ada disekeliling kita. Kalau setakat senator tuh, ada gak yang kurang telus dengan ilmunya...

Bagaimana suara rakyat boleh didengarkan sebenarnya menerusi DEMOKRASI ni? apa yang SSS tuh? Kat mana nak tahu dan sertai? (maaf macam kurang sopan pulak)

Integrasi kaum diperingkat sekolah rendah dan tadika amat perlu bagi mereka untuk mengadaptasikan diri mereka dengan persekitaran luar dan selasa dengan budaya negara kita yang berbilang bangsa.

Unity in Diversity..

aku said...

salam/selamat sejahtera semua,
"Orang DAP ADA MARUAH dan prinsip SEPERTI ORANG PAS."

1:26 AM

Maruah jenis DAP dan PAS tak sama dengan maruah Melayu/UMNO yang tulen...lebih ke arah KESEDERHANAAN...tak perlu hipokrit..bagi aku, di mana bumi dipijak, di situ langit di junjung..kalau tak suka tinggal di Malaysia atau asyik nak komplen, sila lah berhijrah ke negara lain yang lebih sudi untuk menerima makhluk2 yang tak tahu hidup bersyukur..dan selalu rasa diri mereka sentiasa benar.
TQ

Orang_MuOr said...
This comment has been removed by the author.
Orang_MuOr said...

Dr Mahathir membuat kesimpulan semasa orang Melayu lemah di segi politik dan ekonomi, mereka menjadi kuat hingga mampu melawan Malayan Union dan akhirnya mencapai kemerdekaan kerana mereka bersatu padu.

Hari ini, orang Melayu mungkin lebih kuat sedikit di segi ekonomi, tetapi mereka lemah di segi politik sehingga terpaksa bergantung kepada kaum-kaum minoriti kerana Melayu berpecah-belah, korup dan mudah diperkotak-katikkan. Penawar kepada maladi (penyakit) bangsa ini, kata Dr Mahathir, adalah perpaduan.

ALLAHUAKBAR!Hidup UMNO-PAS!!

Orang_MuOr said...

Kepada Nazrin Zakaria,

Aku fikir kau sudah malas komen di blog ini.Tapi masih lagi di sini.Kalau dah malas tido je la.Tulis komen pun malas apatah lagi buat kerja?

Dr.Mahathir yg tiada jawatan sekarang ini pun masih mengutarakan idea menerusi alam maya ni kan?Teringat kata ucapan PM Najib di Persidangan UMNO bahwa sekarang kita perlu berperang di alam cyber.Sebab itu adanya para blogger.

Kita(pengomen setia) dok komen berbelit2 di sini pun seperti berdialog supaya ingin menyelesaikan masalah.Ada yg menyebarkan peropaganda kita patut menangkisnya.Kalo tiada pengomen setia di blog ini.Siapa yg akan menangkis propaganda itu?Kau ke?Malas menulis,rajin bekerja.Bagus,bagus.

Orang_MuOr said...

Pasal kau dgn masalah undi,meraih undi tu..Mungkin sekarang masih lagi menjadi teka-teki akan diadakan PilihanRaya Umum.Sebab itu,ada org berbeza pendapat mengenainya.Apapun terpulang la kpd rakyat untuk menilai.Bg aku,kerajaan buat kerja untuk meraih undi memang patut ada kerana pada masa sekarang kn musim PilihanRaya.Kalo bukan pada musim Piliharaya adakah isu ini akan timbul??

Alhamdulillah said...

assalamualaikum pada semua....
@ RIDHUAN TEE
Politik orang cina adalah berasaskan pada KEUNTUNGAN....Jadi saya ingin berikan cadangan pada Dr, untuk memberikan pendapat tentang REVOLUSI MESIR....YANG DISOKONG PENUH OLEH PUAK PEMBANGKANG PAS, PKR....

Di tujukan pada orang cina...

"Haiyya....lu tengok ...itu demo..ada bawak untung ka...?kikiki...kalau lu semua sokong DAP, maknanya...lu semua sokong negara kita jadi macam Mesir! Lu mau ka? kedai semua tutup...olang semua rompak lu punya kedai, rumah2 besar...orang cina manyak kaya....orang kaya la...pencuri manyak.....suka...!!hihihihi...."

@ Penyokong DAP
awak diam berhubung dengan kenyataan saya...jadinya awak bersetuju...la...agaknya....Saya sudah biasa baca hasil penulisan dari student-student bangsa cina dan produk sekolah cina...saya rasa dengan kebolehan awak berbahas dan membidas, saya amat ragu2 awak ni bukan orang cina! maafla...kalau salah atau awak orang cindia, atau orang india yang pandai berbahasa... Di sini saya ingin berkongsi dengan pembaca, pelajar india yang bersekolah di sekolah jenis cina amat MENAKJUBKAN...boleh berbahasa dengan fasih Melayu, Inggeris dan India...Saya lihat masa depan mereka adalah cerah...mereka ni adalah produk yang boleh dijadikan KETUA/LEADER pada dunia...bayangkan...
Sekali lagi saya ingin beritahu, pada mereka yang agak keliru dengan pendapat saya....SAYA AMAT MENYOKONG PENUH SEKOLAH WAWASAN YANG INGIN DIBUAT OLEH DR M, TAPI MENDAPAT BANTAHAN DARI ORANG CINA MALAYSIA...mereka tidak sedar...bantahan itu sebenarnya MERUGIKAN MEREKA SENDIRI....dan juga NEGARA...Jika itu yang mereka mahu...BIARKAN MEREKA MERUGIKAN BANGSA "CINA" BIARKAN MEREKA KETINGGALAN JAUH, BINALAH LAGI BANYAK SEKOLAH JENIS YE...." dan akhirnya mereka rasa ASING di negara mereka sendiri..dan akan sendirinya tampa paksa berhijrah ke CHINA, TAIWAN, HONG KONG, sebab banyak dah masuk universiti di sana, .....orang melayu boleh tepuk tangan.....wakakakakaka.....
Produk sekolah cina adalah KIRA-KIRA, MENGHAFAL, MENIRU (COPY IDEA ORANG LAIN).......

PEMBANGKANG-DAP said...

Nazrin Zakaria,

Kamu kata, "Janganlah komen macam orang bebal.Anda fikir orang politik yang memegang jawatan dalam kerajaan pun turut merancang nak raih undi ke?"

Bukan sahaja kamu yang bebal kata begitu. Kamu juga ngong cakap gitu. Ini satu lagi bukti cetek pemikiran kamu.

Orang politik seperti Setia Usaha Politik tak berpolitik? Tak meraih undi? Tak gunakan masa pejabatnya untuk politik? Aku ingat kamu Pegawai Kerajaan. Kalau kamu Pegawai Kerajaan bodoh benarlah kamu tak tahu hal itu.

Kata orang bebal pulak. Pada hal aku cuma sindir kamu. Tak kata kamu bodoh. Tapi sekarang aku nak kata kamu bodoh, tak bertertib dan ngata orang pulak. Tak ada guna aku berdailog dengan kamu.

Pergi dapatkan fakta fakta yang cukuplah kawan. Lepas itu baru masuk sini, boleh marah orang pun, kalau orang keluarkan fakta salah. Sebab kamu tentang pendapat orang. Kena keluarkan hujah hujah berdasarkan fakta betul. Kalau kamu setuju atau sokong, lainlah. Boleh cakap satu perkataan saja. Umpamanya, "Bagus". Nokhtah.

PEMBANGKANG-DAP said...

islamic neutron,

Kalau boleh saya mencelah - SSS itu ialah sistem pelajaran satu aliran atau Satu Sekolah Untuk Semua (SSS). Tidak seperti keadaan sekarang - ada tiga sistem pelajaran, ia itu Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan SJK Tamil.

Ada kumpulan yang memajukan konsep SSS itu. Depa buka blog bertajuk "Kempen SSS". Sdr boleh google saja dua perkataan itu dan akan sampai ke sana.

Boleh baca Fact Sheet depa dlm Bahasa Malaysia. Juga apa yang depa derap - satu "Memo kpd Menteri Pelajaran".

Banyak rencana depa dalam Bahasa Malaysia. Tapi ada juga dalam Bahasa Inggeris bagi tujuan nakkan depa yang tak fasih BM fahamkan apa yang depa kata sepenuhnya.

Depa kata depa timbul dari blog bertajuk "Demi Negara". Juga boleh google saja dua perkataan itu dan Sdr akan sampai kesana. Tapi kebanyakan disitu dalam Bahasa Inggeris. Bagi tujuan yang sama, kata depa.

Nazrin Zakaria said...

Pembangkang-Dap,

Anda boleh berkata apa sahaja yang anda mahu.Silakan.Kenyataan anda belum cukup meyakinkan saya.Cakap di sini lain,cakap di luar lain.Saya dah jumpa banyak anjing-anjing kurap seperti anda.Hebat di maya,tak bermakna hebat di dunia realiti.Tapi saya tak nafikan kebodohan anda.Minta maaflah,kalau mengeluarkan kenyataan yang kesat...hehe.Dalam dunia maya bolehlah kita menipu,diluar tak boleh menipu banyak orang.
Jangan risau,saya bukan pegawai kerajaan atau apa pun.Saya ada saudara mara yang bekerja pegawai kerajaan.Jadi mereka lebih tahu daripada anda sendiri.

Saya lebih kecewa melihat sikap anda yang dah tua bangka ni.Saya yang belum cecah angka umur 18 tahun ni tak merasakan anda betul-betul matang.Sebagai seorang remaja,saya tak melihat anda menjadi contoh yang baik pada orang muda berdasarkan kata-kata anda tersebut.Saya tidak akan merelakan diri saya untuk menghormati anda sebagai orang yang lebih tua.
Kalau rasa dah tak puas hati sangat,rasa macam dah naik gila baca komen saya ni,boleh search nama saya kat facebook.Tu pun kalau dah rasa dah tak tahan nak berdialog dengan sayalah.
Oppss....saya dah mungkir janji saya tak nak berhujah balas dalam ruangan komen ni.Anggaplah ini kali terakhir komen saya dalam blog ini.
Dan lepas ini pun,saya tak rasa anda akan berdiam diri untuk cepat-cepat balas komen saya ni.Memang menyeronokkan.Pegang pada janji-janji anda, tak berguna nak berdialog dengan saya.

Unknown said...

Memang mereka mahukan 1 bangsa, 1 bahasa, 1 agama

Tapi bangsanya mesti bangsa Cina, Bahasanya mesti bahasa Cina, dan agamanya apa2 sahaja kecuali Islam

Bukankah begitu dari apa yang sentiasa mereka minta?

sgray said...

wani said.....agamanya apa2 sahaja kecuali Islam

correction..tang ini ISLAM tetap pilihan mereka..tapi jenis yang LKY sarankan kat Nicky ..yang ringan2.Kalau tak mahu huru hara negara..itu yang dilakukan LKY di Lion City...to tames d malays kat sana.

Abdullah Ngah said...

tok garu,

Maaf ya.

Orang yang faham Islam sebenar mustahil sokong pemimpin yang zalim.

Allah larang menyokong pemimpin yang zalim.

Bagaimana mungkin menyokong pemimpin yang jelas zalim.

Kita boleh dakwa yang kita faham islam( teorinya )Praktisnya orang nampak.

Tak boleh tipu aku faham islam.Yahudi pernah dakwa dia juga beriman.

Demikian juga kristian yang mendakwa dia juga masuk syurga.

Apa yang didakwa itu jelas bercanggah dengan apa yang Allah nyatakan dalam Al-Quran dan Rasulullah SAW dalam hadis.

Kita boleh nyatakan demikian, tapi bagaimana pula praktisnya?

zendra said...
This comment has been removed by the author.
zendra said...

PENYOKONG DAP,

Anda kata, "Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan tidak dapat menyelamat nasib Melayu jika pemimpin mereka masih tagih amalan rasuah!"

Apa kait mengait Perkara 152 dengan "menyelamat nasib Melayu"? Dan apa kait mengaitnya dengan "pemimpin mereka masih tagih amalan rasuah"?

Ini yang susah cara pemikiran anda dan gerombolan anda. Tak tahu dimana logiknya. Selalu main ikut suka cakap sahaja.

Juga tak faham apa kait mengaitnya dengan "Rasuah hanya menguntungkan para kapitalis!"

Bukan saya meredhakan rasuah UMNO, tapi banyak sudah diperkatakan bahawa DAP pun banyak rasuah juga.

UMMATAUNWASOTO said...

Saudara Zendra,

Kenapa orang Melayu berulang kali menekankan perkara 152? Ini kerana ia merupakan suatu jaminan dan perlindung kepada survival dan nasib masa depan orang Melayu bila berhadpan dengan cabaran-cabaran sosial-budaya-ekonomi.

Perkara 152 ialah satu benteng dan perlindungan kepada Melayu, untuk masa depan mereka.

Akan tetapi nasib setiap orang dan setiap bangsa bergantung pada leher masing-masing, iaitu faktur pemikiran, watak, sikap, kekuatan rohani, tabiat, budaya dan akhlak seseorang dan sesuatu kaum akan menentukan masa depan mereka.

Jaminan dari peruntukan perlembagaan hanya berkesan untuk sementara waktu sahaja.

Freedom ... (photo: Sir William Wallace, Hero of Scottish Independent) said...
This comment has been removed by the author.
Neutronboy said...

Terima kasih P-DAP,

Nanti saya cari maklumatnya.

Sdr. Abdullah Ngah,

Orang yg faham Islam mesti x kan pilih pemimpin yg zalim. Tapi masalahnya sekarang, rakyat sendiri x kenal hati budi calon2 pemimpin. Jadi mcm mana mereka nak tahu mana 1 yg adil dan zalim. Lagi pula, keadilan dan kezaliman tuh bukannya pada perjuangan parti, tetapi pada diri pemimpin sendiri.

Jadi dalam kedua2 parti BN-PR, ada yg adil dan ada yg zalim.

Sitem pembelajaran sekarang ni membuatkan pelajar terutamanya Muslim gagal menjadi pelajar yg pintar seperti ulama2 dulu dan ramai yg masih terkebelakang dengan ilmuan barat kini. Semuanya sebab negara kita mengamalkan sistem pembelajaran sekular...

Disebabkan negara kita berbilang agama yang menyulitkan keadaan untuk jadikan pembelajaran islamic disampin proses islamisasi ilmu pun belum memadai...

zendra said...
This comment has been removed by the author.
zendra said...

UMMATAUNWASOTO,

Perkara 152 tidak ada kena mengena dengan apa yang anda kata "jaminan dan perlindung kepada survival dan nasib masa depan orang Melayu bila berhadpan dengan cabaran-cabaran sosial-budaya-ekonomi."

Aneh sekali mengapa pemikiran anda sampai ke arah itu. Ini yang saya kata susah mahu faham cara kalian berfikir demikian.

Tidak boleh ke masuk kedalam fikiran anda sekelian bahawa orang Melayu "berulang kali menekankan perkara 152" sebab itu termaktub diPerlembagaan negara dan orang Melayu mahukan semua rakyat menghurmatkan dan patuh kapada Perlembagaan? Mengapa pelik sekali anda dan gerombolan anda memikir?

Apa "benteng dan perlindungan kepada Melayu, untuk masa depan mereka" yang anda cakapkan? Tak masuk akal dan tak nampak kaitannya.

Bukan "nasib setiap orang dan setiap bangsa bergantung pada leher masing-masing" tetapi kapada kepala hotak masing masing. Betul, juga bergantung kapada cara "pemikiran, watak, sikap, kekuatan rohani, tabiat, budaya dan akhlak seseorang dan sesuatu kaum" - ia itu sama ada kiasu, ultra kiasu, rasis, subversif, atau ta'at setia kapada negara atau tidak.

Lihat sahaja mereka dinegara People's Republic of China. Dikatakan sudah beribu tahun sejarah. Tetapi dianggap sebagai negara pariah antarabangsa oleh negara negara barat sehingga hanya 1-2 dekad yang lalu.

Juga bergantung kapada kepala hotak yang berkata "Jaminan dari peruntukan perlembagaan hanya berkesan untuk sementara waktu sahaja." Tidak perlu diberi hujah hujah baginya sebab anda juga mengeluarkan pendapat liar yang tidak ada hujah, alasan atau justifikasi baginya.

Sedarlah anda bahawa yang tidak menghurmati Perlembagaan negara tidak layak menjadi warga negara. Tanyalah rakyat yang waras fikiran dan mempunyai perasaan tanggung jawab dimana mana negara maju.

sgray said...

Sedarlah anda bahawa yang tidak menghurmati Perlembagaan negara tidak layak menjadi warga negara. Tanyalah rakyat yang waras fikiran dan mempunyai perasaan tanggung jawab dimana mana negara maju.
Well said sdr Zendra ..Mungkin sudah tiba masanya kerajan mempertimbangkan kaedah bagaimana utk melahirkan generasi yang menghormati perlembagaan dan dasar negara….agar ia tidak dipergunakan sekadar pelindung kepada pengkhianat negara.i.e dithailand setiap rakyat harus berkhidmat utk bumi tercintanya bagi menjunjung perlembagaan mereka ,begitu juga di negara2 yang sdr katakan maju itu..contohnya utk memperolehi green card ada syaratnya ,digerman ,mereka terpaksa fassih dan faham pertuutran german sebelum diberi kerakyatan..malah singapura juga mewajibkan rakyatnya mengangakt ikrar taat setia dan banyak lagi negara2 lain . Marilah kita fikirkan bersama.KITA lihat tali2 yang menjerut leher kita akan terjerut utk negara atau diri kita…bila kita melanggar dan tidak menghormati perlembagaan yang dirangka suatu ketika dulu dengan satu tujuan iaitu kesajahteraan , keharmonian dan perpaduan itu.
PLKN adalah satu yang baik dan seharusnya dikembangkan lagi selain dari menintegrasikan rakyat terdapat kekurangan….kita terlupa menyemaikan sikap cinta negara kepada mereka..i.e serving the country…spt apa yang dilakukan di thailand ,China dan Singapura.Fikir2kan lah hai pak mentri kita.Biarlah wang yang kita hamburkan memanfaatkan negara dan rakyat itu sendiri utk bangsa dan negaranya..we‘re done but the forth coming generations will live on..[yakin ini adalah satu langkah dalam mencapai dan memenuhi KONSEP 1 MALAYSIA]

zendra said...

sgray,

Langkah positive yang nyata akan berlaku ialah mata pelajaran Sejarah dimestikan disekolah sekolah mulai 2013. Saya yaakin ini akan menentukan generasi muda memahami sejarah negara, termasuk latar belakang Perlembagaan negara, dan akan timbul perasaan ta'at setia serta sayangkan negara.

Masalahnya ialah generasi yang ada sekarang ini. Kita laungkan dan tunggukan timbulnya pemimpin yang berpendirian tegas, berani dan ada azam politik atau "political will" mengambil langkah langkah tegas bagi rakyat menghurmatkan dan mematuhi Perlembagaan negara sepenuhnya. Termasuk langkah langak yang Sdr sebutkan itu.

Unknown said...

Dimulakan dengan nama Allah, Maha Pengasih, Maha Penyayang.

Dr. Ridhuan Tee benar2 dibantu oleh Allah dalam penulisan beliau. Semua yang dibentangkan oleh beliau adalah FAKTA-FAKTA yang tidak tersangkal.

Tahniah Dr. Ridhuan! Teruskan perjuangan anda. Doa kami yang sayangkan kesucian Islam bersama Dr!

Semoga Dr. diberi kesihatan dan kesejahteraan untuk terus berjuang demi agama, bangsa, negara.

Thanatos said...

Langkah pertama untuk mengubah keadaan pada jangka masa panjang ; mewajibkan bahasa Melayu di sekolah SJK.
Aku bengang betul tengok ada sesetengah orang bukan Melayu(kebanyakannya Cina) tidak tahu berkomunikasi dengan baik. Tanya itu tak faham, tanya ni tak faham. Nampak macam pandai, tapi tanya guna b.Inggeris pun tak faham. Jadi aku nak cakap macam mana?

Bila komunikasi gagal,'mounting tension' diantara kedua-dua belah pihak wujud. Tapi tu salah siapa?
Kenapa la negara ni tak wajibkan pemahaman b.Melayu dgn baik pd semua rakyatnya...kalau ingkar buang negara terus. Dan kalau ada pihak2 yg berani melawan, ISA je.Benda ni susah nak dibuat, tapi tak mustahil.

Ingat. Simbolik cadangan yg aku bagi tu bagaikan emak yg memarahi anaknya. Faham2 kan la, rata2 anda semua dah besar matang.

Unknown said...

Salam sejahtera kpd semua terutama kpd Dr. Ridhuan Tee,

Saya sangat tertariq dengan kuatan dan taqwaan Agama Dr. Ridhuan Tee sebagai mu'alaf. Bolih kah hubungi saya ke email jamespeterson119@gmail.com kerana ada tanyaan tentang agama yang harus saya tanyakan kepada Dr.

Terima kasih.
Hamba Allah.