Sejak akhir-akhir ini laman blog saya terus mendapat hits yang tinggi dari dalam dan luar negara. Setiap minggu, komen-komen yang diberikan sehingga melebihi 200. Ada yang tidak faham bahasa Melayupun, cuba untuk memahaminya, supaya mereka turut dapat memberikan komen dan maklum balas. Saya ucapkan terima kasih. Seperti biasa, kumpulan ultra kiasu terus menerus menyerang untuk melemahkan semangat saya agar berhenti menulis.
Paling menarik perhatian adalah pandangan yang mahukan saya menjadi jambatan, penghubung antara orang Cina dengan Islam. Bukannya merosakkan hubungan tersebut, dengan tulisan-tulisan saya didakwa merosakkan imej Islam dan dakwah, sehingga Islam dipandang rendah oleh rakan sebangsa.
Agak malang juga mereka yang memberi komen. Hanya melihat saya sebagainya seorang ‘muallaf’ semata-mata, bukan kepakaran bidang yang saya miliki iaitu politik dan kerajaan. Saya sarankan mereka yang ingin membaca pandangan saya sebagai ‘muallaf’ dan dakwah, supaya membeli dan membaca majalah al-Islam setiap bulan. Di situ pembaca akan melihat bagaimana saya bertindak sebagai jambatan (bridge) antara Islam-bukan Islam.
Tetapi tidak dalam kolum Mingguan Malaysia. Kolum ini lebih menonjolkan kepakaran silang budaya politik dan peradaban yang saya miliki dan kaji selama ini. Justeru, kita perlu bezakan antara individu ‘muallaf’ dengan bidang kepakaran, adalah dua perkara yang berbeza. Bidang kepakaran adalah tempat untuk mengasah bakat dan ilmu yang telah ditimba sebelum ini, seperti mana kita menulis jurnal akademik, perlu berasaskan kajian dan fakta.
Bila saya menyentuh dan menyindir serba sedikit bangsa saya, itu bukan bermakna saya menghina dan merendah-rendah mereka, seolah-olah lupa asal-usul. Saya sedar siapa saya dan saya bangga dengan kurniaan itu. Sememangnya saya tidak boleh menjadi Melayu. Malah, saya berbangga peradaban bangsa saya, kerana bangsa saya tidak pernah menjajah bangsa lain, walaupun mereka boleh berbuat demikian dengan kekuatan yang ada. Buktinya hubungan China – ‘kerajaan’ Melayu Melaka ribuan tahun dahulu.
Inilah perkara yang saya selalu hujahkan. Berbeza dengan penjajah Inggeris, di mana ada kesempatan, di situlah mereka menjajah dan mencari peluang, berpegang kepada prinsip 3G, Gospel, Gold and Glory.
Bangsa saya tidak sedemikian sifatnya. Saya tidak mahu bangsa saya meniru kebongkakan penjajah. Biarlah kita mengikut resmi padi, makin berisi, makin merunduk. Hubungan harmonis zaman dahulu kala mesti kekalkan tanpa mengguris hati dan perasaan orang lain. Tidak ada pergaduhan dan penjajahan, yang ada hanya interaksi perdagangan sehingga berlaku asimilasi, akulturasi, akomodasi dan integrasi. Melalui proses ini, hubungan dan kefahaman mereka menjadi semakin mantap antara satu sama lain. Lihatlah perwatakan Baba Nyonya, berbeza sekali dengan ultra kiasu.
Inilah perkara yang mesti diwujudkan kembali, bukan menghidupkan kembali prinsip 3G penjajah yang bongkak itu. Saya tidak kata, 3G itu salah, tetapi biarlah berpada-pada. Apa yang kita mahu di bumi bertuah ini. Agama (gospel) telahpun kita dapat dan bebas diamalkan tanpa gangguan, hatta bilangan rumah penyembahannya melebihi berkali ganda daripada rumah ibadat Islam. Pun begitu masih tidak bersyukur lagi sehingga ada yang cuba berdakwah dan memurtadkan umat Islam yang ternyata bercanggah dengan perlembagaan. Perkara inilah yang menimbulkan sensitiviti umat Islam.
Begitu juga dengan kekayaan (gold). Walaupun, tidak semua yang kaya, hakikatnya bukan Islam menguasai lebih banyak melebihi dari umat Islam. Maka, sudah sampai masanya kita membantu mereka yang masih belum berjaya, bukannya membawa kekayaan itu ke seberang laut. Ketika susah dahulu, orang menolong kita, sudah sampai masanya kini kita membalas balik jasanya itu.
Kekayaan yang dimiliki ini bukan hanya dapat dilihat pada wang ringgit, tetapi kekayaan warisan pusaka nenek moyang terus dikekalkan seadanya tanpa diganggu-gugat. Masihkah kita tidak berpuas hati? Apakah belum mencukupi? Tidakkah kita perlu berpada-pada? Supaya ada umat Islam tidak terasa didominasi kerana mereka mengambil pendekatan tidak mendominasi.
Hal yang sama juga kita dapat lihat kepada kemegahan (glory). Hari ini, ke manapun bangsa saya pergi, mereka terus berjaya kerana mereka begitu kuat berusaha. Saya amat memuji sifat ini. Inilah sifat Islam yang sepatutnya ada pada umat Islam. Tetapi jangan sampai kelihatan seperti Belanda minta tanah? Tidak pernah merasa cukup. Itu yang menjadikan orang lain terasa hati, seolah-olah dipinggirkan di bumi sendiri.
Perkara inilah yang selalu saya bangkitkan untuk diperhatikan dan dipertimbangkan bersama. Keadaan yang ada di negara kita tidak pernah berlaku di tempat lain. Bukankah ini syurga kepada kita? Buatlah kajian dan perbandingan untung nasib kita dengan negara lain. Kenapa setiap kali perlu dipertikaikan? Kita tidak pernah puas. Jangan bertindak seperti Yahudi di Palestin. Disebabkan hak-hak umat Islam yang telah tergadai dan dinodai di bumi sendiri, kita lihat pertikaian Palestin-Yahudi tidak ada penghujungnya sehinggalah hak umat Islam dipulangkan di bumi sendiri. Keadaan ini sudah hampir sama di sini.
Inilah peringatan demi peringatan yang selalu saya titipkan supaya kita sedar diri. Saya menjadi sebegini, sebab saya amat memahami mereka. Sejak dari kecil saya membesar bersama mereka. Kerana kesempitan hidup mereka terpaksa menggadaikan harta kesayangan mereka. Akhirnya kita juga yang menjadi kaya. Mereka juga yang miskin.
Saya yakin saya lebih memahami mereka daripada ultra kiasu, sehingga saya dituduh tidak memahami bangsa sendiri. Tidak mengapalah kalau begitu. Saya tidak kisah sama ada saya diterima atau tidak, oleh bangsa saya, kerana saya masih boleh hidup tanpa bangsa. Tetapi saya tidak boleh hidup tanpa Islam.
Dahulu umat Islam diam, hari ini mereka kembali bangkit. Mereka tidak mahu kekayaan negara ini terus dikaut orang lain. Mereka mahu ianya dikongsi secara bersama kerana inilah bumi yang mereka ada, warisan nenek moyang.
Perkongsian ini mesti dilakukan sekiranya kita ingin melihat masa depan yang lebih gemilang tanpa prasangka. Jika tidak, masalah tidak akan selesai dan kita tidak akan menang. Hari ini kelihatan kita tidak mahu berkongsi, tetapi terus menentang. Kita mahu menjadi ekslusif bukan inklusif. Tidakkah inklusif lebih baik daripada ekslusif?
Artikel saya minggu lepas dicabar dengan mendedahkan perbuatan seks kalangan orang Islam dan umat Islam yang menjadi hamba seks di Bangladesh. Saya diminta oleh puak ultra kiasu ini supaya pergi ke Bangladesh membebaskan hamba seks kalangan umat Islam. Berulang kali saya telah sebut, saya tidak mahu membuka pekung di dada, sebab saya kenal dan tahu cara hidup rakan sebangsa.
Ultra kiasu tidak perlu membawa statistik hamba seks kalangan umat Islam di Bangladesh. Hamba seks di negara kita sendiri yang begitu banyak berleluasa termasuk pemerdagangan manusia bagi tujuan seks dan mengautkan kekayaan, perlu dijaga dahulu. Siapakah yang melakukannya? Kita tidak kisah perbuatan tersebut haram atau tidak, yang penting boleh buat duit dan menjadi kaya raya.
Kita mengambil sikap tidak kisah isu ini. Berapa ramai wanita bukan Islam yang menjadi korban hasil nafsu buas lelaki. Hidup bersekedudukan tanpa kahwin. Saya berani mengatakan bahawa dari kalangan anak muda dan anak gadis mereka, hampir 100 peratus daripada mereka telah melakukan seks bebas sebelum berkahwin secara sah. Itupun bernasib baik jika mereka berkahwin. Jika tidak, orang lain turut menjadi mangsa kerana mendapat teman yang telah ditebuk tupai. Saya masih percaya mereka yang memberi komen dalam blog saya turut melakukan perkara yang sama. Mereka tidak kisah mendapat teman hidup yang telah ditebuk tupai, kerana selepas itu, mereka boleh menyimpan berpuluh-puluh mistress kerana bagi mereka tidak berdosa, asalkan niat baik.
Dengan sebab itu, jangan kita keterlaluan menghina orang Melayu yang terlibat dalam gejala sosial dan seks bebas. Berpada-padalah. Kita paparkan seks bebas yang berlaku di kalangan orang Melayu. Pada saya, itu bukanlah perkara pelik sebab ramai lagi umat Islam yang tidak melakukan seks bebas berbanding kita. Semua bukti ini dalam genggaman saya. Statistik umat Islam yang terlibat dan didedahkan dalam media bagi saya ada baiknya, sebab umat Islam amat sensitif dengan perbuatan haram ini dan mahu mencari jalan penyelesaian.
Sedangkan bukan Islam merasakan ia tidak penting. Tetapi, bila anak luar nikah tidak dapat dibinkan bapanya, kita menyalah kerajaan dan Jabatan Pendaftaran Negara. Namun, bila kerajaan bertolak ansur dengan memenuhi tuntutan dan desakan itu, kita gigit dan kutuk kerajaan habis-habis, bukannya mahu berterima kasih. Adakah tindakan ini wajar?
Jika bilangan anak luar nikah yang menjadi tanda aras, saya fikir bilangannya anak luar nikah umat Islam tidaklah membimbangkan sangat. Berbanding dengan ‘anak luar nikah’ bukan Islam yang digugurkan sejak awal atau menggunakan alat pencegah hamil. Jika dibiarkah seperti mana yang dilakukan oleh anak gadis Islam, paling ramai anak luar nikah adalah orang bukan Islam.
Itupun nasib baik jika mereka bertangungjawab. Ada yang terus ditinggalkan, habis manis sepah dibuang. Justeru, jangan lah menuding jari seolah-olah orang Islam sahaja yang ketagih dan suka seks. Puak ultra kiasu boleh ambil gambar remaja melakukan perbuatan sumbang tersebut dan dilinkkan ke blog saya. Saya hanya tersenyum dan ketawa kecil. Pada saya, sekurang-kurang remaja-remaja ini berterus-terang, daripada melakukan secara diam-diam untuk tujuan ‘cover’. Tidakkah perbuatan tersebut lebih hipokrit?
Kita tidak boleh menutup bangkai, baunya pasti keluar. Ketika itu, terbongkarlah segala skandal demi skandal seks lucah. Tidak mustahil yang memberi komen itupun berzina dahulu sebelum berkahwin. Maklumlah, mereka berpegang kepada janji hati baik, niat berkahwin ada.
Kita jangan terlalu menyerang untuk melindungi sesuatu. Saya berterus terang sebab saya tahu apa yang berlaku. Saya tidak hipokrit. Saya mengenal bangsa saya dahulu sebelum orang lain. Janganlah anggap saya jahil tentang bangsa saya. Lagipun saya kajian PhD berkaitan persepsi bangsa saya terhadap bangsa lain. Dapatan yang saya paparkan bertujuan untuk menyelamatkan bangsa saya bukan untuk memusnahkannya. Masihkah saya jahil soal bangsa saya? Yang berkokok berderai-derai, ekor bergemulang tahi itu ada membuat kajiankah? Jangan asyik pandai bercakap dan mengambil kesempatan?
Mungkin hari ini, kita melihat umat Islam tidak bersatu. Tetapi saya yakin satu hari nanti mereka pasti akan bersatu. Ketika mereka bersatu nanti, bayangkan jika mereka mengambil pendekatan membalas dendam, apakah yang akan tinggal pada kita? Ingatlah bangsaku, kasihku terhadapmu amat tinggi sebab kita adalah dari satu generasi yang sama. Bangsa berdarjat dan terhormat, tetapi jangan sampai kita menjadi bongkak kerana sikap bongkak akan menghancurkan kita dan anak cucu cicit kita.
Namun, saya yakin jika ditakdirkan umat Islam kembali bangkit dan menjadi kuat, mereka tidak akan melakukan sedemikian terhadap kita sebagaimana yang kita lakukan terhadap mereka. Agama Islam yang suci dan mulia, tidak sama sekali mengajar umatnya menganiayai atau menghina orang lain.
Malah Islam amat menjaga darjat orang lain. Sejarah Islam membuktikan, Islam tidak akan menyerang jika tidak diserang. Malah Islam sentiasa melindungi kepentingan bukan Islam sehingga sampai pada tahap yang sukar untuk dibayangkan.
Saya masih teringat, bagaimana hebatnya orang Islam merawat tentera Kristian (bukan Islam) ketika mereka tewas dalam Perang Salib pimpinan Sallahuddin Al-Ayubi. Umat Islam tidak pernah mahu membalas dendam meskipun sebelum itu, umat Islam pernah dibunuh, disiksa dan disembelih sehingga darahnya sampai ke paras lutut ketika itu.
Kenapa umat Islam tidak memperlakukan sedemikian rupa? Jawapannya mudah, inilah indah Islam. Islam sama sekali tidak membenarkan umatnya berlaku zalim kepada bukan Islam, kecuali bukan Islam sengaja mencari pasal dengan orang Islam.
Saya teramat yakin, apabila Islam tertekan dan ditekan, satu hari nanti, Islam pasti akan bangkit. PAS dan UMNO pasti akan bersatu. Mungkin hari ini kita masih belum melihat hasilnya, tetapi masa akan menentukannya.
Dr. Mohd Mohd Ridhuan Tee Abdullah, Pensyarah Kanan, Kumpulan Penyelidik Politik dan Peradaban Islam, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, merangkap Setiausaha Agong, Dewan Perdagangan Islam Malaysia. Penulisan ini adalah pendapat peribadi penulis
211 comments:
«Oldest ‹Older 1 – 200 of 211 Newer› Newest»Saya nampak dengan jelas dan nyata bahawa kebanyakan tulisan Dr banyak silap. Sama ada Dr sedar atau tidak saya tidak tahu, tetapi itulah realitinya.
Dr mungkin tidak mengaku berlaku kesilapan, kerana yakin dengan kepakaran yang sedia ada pada dr sebagai seorang yang memilki PHD bidang politik dan kerajaan.
Sama ada Dr salah faham dan tak faham.
Jika saya berkata demikian mungkin tak munasabah. Tetapi kita kena ingat manusia mana yang tidak melakukan kesilapan diatas muka bumi ini.
Inilah yang wajar diakui. Kalau tidak ia akan menjadi penghalang dan amat sukar untuk kita baiki status qua iman kita.
Kenapa saya begitu? pertama Dr masih memiliki sifat "bangga" yang mana "berbangga" itu adalah "takbur" yang amat dimurkai oleh Allah.
Muka Dr seorang yang memiliki sifat bangga, malahan ramai kalangan ulamak yang memiliki sifat bangga diri yang membuat manusia itu megah diri besar hati yang menjadi dinding menghalang seorang itu mendapat keredhaan Allah.
Masih ramai yang tidak faham dengan istilah "bangga". Kalau mereka faham dengan istilah itu mustahil seorang perempuan beriman mengucap masih mengucapkan "saya bangga" menjadi perempuan kerana kehebatannya.
Betapa ramai bijak pandai islam perempuan di negara ini berasa bangga dilahirkan sebagai perempuan, Pada hal ucapan itu dimurkai oleh Allah, kerana ia menanamkan sifat "takbur".
Sesetengah ulamak mengulas, sesiapa yang memiliki sifat bangga diri Allah telah dan akan membiarkan mereka dengan apa yang menjadi kebanggaan dan ternyata ia tidak dapat pertolongan. hatta suatu kumpulan, parti yang memperjuangkan daulat Islam sekalipun.
Saya bangga kerana dianugerahkan ijazah PHD tidak wajar berarang dalam kalbu seorang, kerana itu adalah takbur namanya.
Jika Dr tidak boleh menerima, ini punca Dr dihentam yang barangkali bertujuan untuk membaiki kedudukan Dr.Tidak dinafikan mereka yang hentam Dr itu kadang kadang lebih teruk dari Dr. Tidak kurang juga yang ikhlas.
Ucapan Syukur adalah paling afdal ada dalam jiwa sesiapa yang mengaku beragama islam. Inilah sifat bagi orang mukmin.
Oleh itu hampir seluruh umat Islam memiliki sifat bangga, kerana tahap keislaman mereka masih ditahap umat Islam miskipun memilki ijazah PHD sekalipun.
Sebutan "mualaf" suatu sebutan yang sangat mulia disisi Nabi SAW, kerana orang kafir yang masuk islam itu telah dilembutkan hati oleh Allah lalu menganut Islam.
sambungan
Hati orang kafir lebih keras daripada batu yang pejal sepertimana hati Umar semasa dalam kafir, tetapi menjadi lembut denga masuk islam. Bukan setakat keras malah degil sedegilnya. Nabi Yahaya AS digergaji dua nabi Zakaria AS dikerat lehernya.Nabi Isa di salib.
Oleh itu mereka yang masuk islam disebut maulaf yang bermakna "lembut". Tidak harus terasa hina apabila disebut mualaf. Yang harus merasa hina mengaku beragama islam, tetapi tidak pernah solat seumar hidup tidak pernah puasa sebulan bulan ramadhan, tidak pernah keluar zakat seumar hidupnya yang ada padanya ialah mengucap dua kalimah syahadat.
Bukan itu sahaja mengaku beragama islam, tetapi minum arak makan riba makan rasuah yang jelas zalim dan keji.Malahan mereka bangga dengan gaya hidup kafirsme. Pada hal Allah minta jangan kamu jadi macam Yahudi, tetapi tetap berbangga menjadi macam Yahudi.
Saya rasa sedih apabila perkataan bangga keluar dari mulut orang islam yang ada PHD dan ustazah ustazah yang bercakap dalam TV bahawa kita bangga dilahirkan sebagai perempuan, kerana perempuan itu hebat hebat belaka tanpa menyedari mereka sebenarnya "takbur". seperti "megah diri", "besar hati".
Macam mana seorang mukmin memiliki sifat takbur sedangkan ia di murkai Allah.Mungkin inilah punca ulamak menjadi syaitan bisu.
Wajar takbur menjadi sifat orang kafir, kerana keengkarannya kepada Allah sepertimana syaitan dan iblis berbangga dengan dirinya sebagai pengasut umat manusia sampai hari kiamat diatas muka
bumi Allah ini.
Minta dijauhkan bersifat bangga, ia adalah takbur yang sangat sangat dimurkai Allah.
Saya juga tidak terlepas dari melakukan kesilapan. Maaf jika ini menyentuh kalbu sesiapa.
"Demi waktu DHUHA. Dan malam apabila ia sunyi-sepi. Bahawa Tuhanmu wahai Muhammad tidak meninggalkanmu dan Dia tidak benci kepadamu, sebagaimana yang dituduh oleh kaum musyrik. Dan sesungguhnya kesudahan keaadaanmu adalah lebih baik bagimu daripada permulaannya. Dan sesungguhnya Tuhanmu akan memberikanmu kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat sehingga engkau reda berpuas hati. Bukankah Dia mendapati engkau yatim piatu, lalu Dia memberikan perlindungan; Dan didapatiNya engkau mencari-cari jalan yang benar, lalu Dia memberikan hidayat petunjuk dengan wahyu Al-Quran; Dan didapatiNya engkau miskin, lalu Dia memberikan kekayaan; Oleh itu, adapun anak yatim maka janganlah engkau berlaku kasar terhadapnya. Adapun orang yang meminta bantuan pimpinan maka janganlah engkau tengking herdik. Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan dan zahirkan sebagai bersyukur kepadaNya"
ad-Dhuha (93:1-11)
Assalamualaikum Ustaz Ridhuan.
Sungguh terharu bila saya membaca posting ustaz pada kali ini.
Harapan kepada yang ultra kiasu, minta tolong hayati dan fahami isi penulisan Ustaz RT yang kali ini.
Pada saya tulisan Ustaz RT kali ini, memberi makna dia tidak lupa siapa dia, apa keturunan dia, bagaimana keturunan dia diterima baik oleh bangsa melayu di awal kedatangan mereka ke tanah melayu (pada ketika itu).
Ustaz RT mengingatkan ultra kiasu dan kaum pendatang bahawa atas sifat murah hati orang melayu pada ketika itu kepada kaum pendatang sehingga kaum pendatang berada pada kedudukan selesa yang mereka nikmati pada hari ini pada hal orang melayu sendiri semakin lama menjadi semakin tidak selesa akibat dari karenah kaum pendatang yang nampak " tidak tahu berterima kasih " dan " tidak tahu mengenang budi ".
Jika ultra kaisu dan kaum pendatang merasakan mereka sebagai manusia yang " bertamadun " (civilised) dan " beradab " (well mannered) maka sahut lah seruan ikhlas dari Ustaz RT itu.
Sebab Ustaz RT tahu segala kebaikan dan keburukan ultra kiasu lebih daripada orang lain, kerana beliau sendiri adalah sama keturunan dengan ultra kiasu.
Akan tetapi, selepas menerima dan mengamalkan " islam as a way of life " beliau menjadi seorang manusia yang " totally different from his origin generation ".
Cabaran dari saya kepada ultra kiasu,
1) kalau Ustaz RT yang sebangsa dengan ultra kiasu boleh berfikiran sebegitu positif tentang kebaikan orang melayu kepada bangsa beliau, apakah tidak boleh anda yang ultra kiasu mengambil sikap yang serupa supaya kita semua yang mengakui sebagai rakyat negara ini akan berusaha mempertahankan (sustain) keharmonian hubungan antara kaum melayu-cina-india yang dibina semenjak kesultanan melayu melaka lagi.
2) belajar lah membentuk diri menjadi manusia yang tahu berterima kasih dan mengenang budi kepada orang yang membantu dan berbuat kepada anda.
3) bantulah orang melayu pula supaya orang melayu juga berada pada kedudukan ekonomi yang seiring dengan kedudukan ekonomi ultra kiasu.
4) buang tabiat buruk " aku mahu kesemuanya " sebaliknya tolong fikir bahawa orang lain juga mahu apa yang anda mahu. Orang melayu juga mahu keselesaan dan kekayaan seperti yang kaum ultra kiasu sedang nikmati pada hari ini.
Jika cabaran saya ini diterima secara yang positif, insyaalah negara kita akan selamat dan hubungan melayu-cina-india akan harmoni sehingga kiamat dunia ini.
Paling penting, masing2 melayu-cina-inda patuhi peraturan hidup yang ditetapkan oleh agama masing2. " Tidak ada satu pun agama dalam dunia ini yang menyeru manusia kepada kejahatan dan permusuhan "
Kepada Abdullah Ngah
Saya tidak rasa bangga menjadi seorang melayu yang menganut agama islam bila melihat betapa bangsa ku yang mengaku islam sebaliknya saling memusuhi antara satu sama lain sehingga sukar menemui jalan ke arah perpaduan.
And as the result, sincerely i am totally not proud at all to be born as malay and at the same time to be a muslim.
So Abdullah what is your comment ?
Saya amat setuju sekali dengan kenyataan Dr Tee
"Malah, saya berbangga peradaban bangsa saya, kerana bangsa saya tidak pernah menjajah bangsa lain, walaupun mereka boleh berbuat demikian dengan kekuatan yang ada. Buktinya hubungan China – ‘kerajaan’ Melayu Melaka ribuan tahun dahulu."
Buktinya:
Updating Dr M on who runs the country
Khas Buat saudara Abdullah Ngah:
Saya sedih melihat orang yg macam awak, nama elok, menunjokkan seorang Muslim, harap bukan orang Melayu sudah, kerana memalukan company.
Tulisan awak menunjokkan awak ada sikit intellectual tetapi terserlah sunnguh hati busok dan hasad dengki.
Awak sepatutnya menilai kandungan dan intipati apa yg di tulis dan bukan menghina penulis. Awak ada masalah peribadi dgn Ustaz Ridhuan ke? Kalau ada masalah peribadi janganlah di bawa ke blok ini, sungguh menonjolkan kebodohan, sombong dan irihati dan busok hati, samlah seperti ahlul2 bahalul dari Parti Ajaran Sesat. Awak berlagak macam gangster kampong dusun, hanya bernai memukol, caci maki bangsa sendiri, rela baring tengah jalan bawa bendera dan solat di tengah jalan mengkiblat bangunan komunsi biaDAP. Orang2 macam awak tidak mahu perpaduan sesama bangsa dan agama, tetapi rela membela dan berkorban nyawa, untuk peliwat tegar negara, barua Yahudi lahanat dan komunis biaDAP yg makan babi dan berak tak chaybok, malah orang seperti awak sanggup chaybokkan merka yg berak mencret. Harap saudara Abdullah Ngah, sedar dan insaf, bersengkongkol dan menyembah, barua lahanat Yahudi, peliwat tegar dan komunis biaDAp yg makan babi dan berak tak chaybok tidak akan membawa kebaikan, malah azab menanti dunia dana akhirat. Hentikan perangai burok, dan hati busok tu. kita semua bole bau dari sini. Nauzbillah
Dr. Tee, saya diberitahu bahawa insiden "haruan makan anak" lebih kerap berlaku dalam masyarakat tertentu. Betulkah? Apa pula pandangan Dr. Tee dalam masalah sosial ini?
Kalau berkesempatan, layarilah ke laman web ini: Haruan Makan Anak
Kpd HangJebatRock
Saya juga macam awak, terasa pelik dengan cara Abdullah Ngah ni.
Dia tak nampak keiklasan Ustaz RT. Dia ni saya rasa bila baca posting Ustaz RT, bukannya dia cari " apa isi atau apa mesej " yang terdapat dalam posting tu. Tapi dia nak cari apa benda buruk atau kecacatan yang terdapat yang membolehkan dia menggodam Ustaz RT.
Kepada Abdullah Ngah, aku tokgaru ingin bertanya :
1. Adakah kau merasa bangga di lahirkan sebagai seorang melayu ?
2. Adakah kau merasa bangga memilih islam sebagai agama kau ?
3. Adakah kau merasa bangga dengan kemajuan yang ditunjukkan oleh PR semasa PRU 12 yang lalu ?
4. Sebagai seorang muslim adakah kau merasa bangga dengan kemajuan yang dicapai oleh negeri kelantan bawah pemerintahan parti islam ?
Harap kau jawab lah satu persatu...
Abdullah Ngah.
Dan dari Ibnu Mas’ud dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam, beliau bersabda: “Tidaklah masuk surga barang siapa yang di dalam hatinya terdapat kesombongan yang sebesar biji dzarah sekalipun”.
Dan dalam satu hadis disebutkan : “Ada tiga hal yang dapat membinasakan diri seseorang yaitu : Kekikiran yang ditaati, hawa nafsu yang diikuti serta seseorang yang membanggakan dirinya sendiri”.
Said bin Jabir berkata : “Sesungguhnya seorang hamba melakukan perbuatan kebaikan lalu perbuatan baiknya itu menyebabkan ia masuk neraka, dan sesungguhnya seorang hamba melakukan perbuatan buruk lalu perbuatan buruknya itu menyebabkan dia masuk neraka, hal itu disebabkan perbuatan baiknya itu manjadikan ia bangga pada dirinya sendiri sementara perbuatan buruknya menjadikan ia memohon ampun serta bertaubat kepada Allah kerana perbuatan buruknya itu”.
Menyembah kepada Allah dan bersikap tawakal kepada-Nya adalah merupakan ubat penawar untuk mencegah kedua penyakit yang buruk ini iaitu Ujub dan Takabur.
Pada aku Umno tak hebat jika setakat berani bertanding dalam kawasan melayu sahaja. Aku akan kata Umno hebat jika berani bertanding di kawasan majoriti cina, dan menang pula tu.
Pada aku diantara Umno dengan MCA, MIC dan Gerakan. MCA, MIC dan Gerakan lebih hebat sebab berani bertanding dalam kawasan melayu dan menang lagi.
PRU 13 nanti, kita harap Umno bukan saja setakat berani berdepan dengan Pas dalam kawasan melayu, tapi kita juga nak Umno berdepan dengan DAP atau PKR dalam kawasan bukan melayu majoriti.
Bukannya apa, kita nak tengok adakah bukan melayu akan menunjukkan semangat setikawan yang tinggi sebagai mana yang pernah ditunjukkan oleh orang melayu sebelum daripada ini.
Setuju dengan cadangan macam ni ?
Salam Dr dan Semua,
Setuju sangat dengan Pendapat Dr satu hari nanti Islam akan bangkit.
Kebangkitan akan lebih pantas sekiranya UMNO dapat dibubarkan dengan segera dan semua ahli-ahlinya menyertai PAS beramai-ramai.
Ikhlas,
Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pernah mencadangkan supaya Umno dan PAS dibubarkan dengan menubuhkan sebuah parti baru berlandaskan Islam bagi menyatukan orang Melayu dan sebagai tempat berlindung kepada semua pihak termasuk bukan Islam.
Beliau berkata Islam menepati semua matlamat perjuangan termasuk politik dan perlu dijadikan asas kepada perjuangan mana-mana parti politik yang inginkan kepada perjuangan sebenar.
"Umno bubar PAS pun bubar, tubuh parti lain dengan syarat berdasarkan kepada Islam," katanya.
Bernama melaporkan Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, Umno tidak ada sebab untuk menolak dasar Islam yang dicadangkan oleh PAS melalui parti itu kerana Islam milik semua kaum termasuk bukan Melayu di negara ini.
"Kalau tidak kena dengan Islam di mana-mana, cuba beritahu dan kalau Umno itu benar dan tidak bertentangan dengan agama cuba beritahu," katanya lagi.
Nik Abdul Aziz berkata dengan cara demikian ia dapat mengembalikan kekuatan Islam di negara ini di samping merapatkan hubungan antara kaum termasuk bukan Islam.
"Islam untuk semua kaum, bukan untuk orang Melayu sahaja atau Cina, India dan Orang Putih, semua perlu bersatu di bawah Islam," katanya.
Tokguru dan hang jebat
Anda mungkin "salah faham" sebab itu bahasa anda sangat "baik" dan "lunak".
Terimakasih dapat saya buat kesimpulan tentang peribadi anda.
oleh lebih baik "tak faham" daripada "salah faham".
Kalau tak faham ada orang yang boleh tolong agar jadi faham, tetapi salah faham sangat bahaya.
Macam Firaun. Allah hantar nabi Musa supaya jangan mempersekutukan serta untuk menyelamatkan dirinya daripada terus kafir.
Inilah jadinya jika "salah faham". Demikian juga lebih baik tak tahu daripada "buat buat tahu"sedangkan anda sebenar tidak tahu dan keliru.
Macam orang salah faham mengenai Islam. Salah faham mengenai kafir.
Bahaya yang paling besar silap haribulan boleh jadi, jadi kafir.
Salah "cakap" juga boleh jadi kafir salah "buat" juga boleh jadi kafir dan salah "niat" juga boleh jadi kafir.
Ada ulamak yang mengharamkan perdebatan, malah ada yang berkata, mereka yang selalu berdekat dan tidak mahu rujuk kepada Quran as sunnah sesat.
Kita berbahas biarlah beradat. Banyak perkara yang baik datang dari tulisan Dr Ridhuan, tapi banyak juga yang silap.
Cuba anda bayangkan apabila Dr Tee berkata, "pandangan Allah". Apa dia padangan Allah yang anda faham berbanding dengan pandangan manusia.
Pandangan adalah bersifat "baru" dan Allah tidak bersifat baru. Ia adalah wahyu jadilah Al Quran kalam Allah dan As Sunnah jadilah Hadis nabi.
Jangan buat buat faham kalau tak faham atau salah faham mengenai tulisan saya.
Maaf kalau tersinggung.
.: macam plik2 je 'pandangan manusia' yg mengomen d blog Dr. ada yg dpt dfhmi, ada yg kurang fhm. entah kenapa bila isu2 panas, ada aje yg membangkang. sungguh perkataan bahasa Melayu yg simple telah disalah anggap hgga "mncabar Tuhan". dari bersusah payah menegur sesuatu yg sudah baik, apa kata bersusah payah menegur sesuatu yg tdk juga baik2 sampai skrg, iaitu masalah umat Islam negara kita yg tercinta ini.
nak kata Dr bercakap dr konteks yg salah, selepas dbaca habis, takde apa yg salah. itulah, rambut sama hitam, tp bila mbaca hati lain2. keterlaluan menegur sesuatu itu melebihi kemampuan menilai dan memahami maksud sebenarnya yg hendak dsampaikan.
bagi saya yg lahir dan menempuh akhir zaman begini, blog2 sebegini amat penting dalam mmbentuk jiwa saya. Zaharuddin.net, UmmuHusna88.blogspot.com, SaifulIslam.com, blog Dr tee sendiri, semuanya ialah makanan jiwa saya. rasa tersinggung jika kebenaran yg saya baca, tp dianggap ditulis dihina sbg "smpah menyeleweng" dr kalangan2 mereka yg sudah bertahun2 membaca.
nak kata saya terlalu bagus, jauh panggang dari api. tp selepas saya melihat2 blog mereka2 yg bijak membaca, blog apakah ini? hnya tahu mngutuk dan mncerca. usaha dunia realitinya mana? apa ilmu yg ada padanya yg membolehkan kata2nya dterima? jika saya banding Dr dgn "mereka2", saya rasa bersyukur Allah kurniakan muallaf yg satu dalam dunia ini. kita Melayu sendiri tdk berbuat apa2, tggelam pula d negara sendiri, tdk malukah dgn bangsa lain yg berusaha dgn hempas pulas? kmudian salahkan mereka yg hdup senang atas usaha mereka sendiri. dmana malu yg diajar oleh Allah pada kita??
Sesungguhnya yg baik2 itu dr Allah seorang, yg buruk dan lemah itu saya sendiri. agak kurang beragama jika mgata org lain sedangkn diri sendiri pun ialah hamba yg hina. bersatulah utk perkara baik, sokonglah, hargailah ilmu2an agama kita. sekarang ini memang udah akhir zaman, kami generasi skrg kurang kuat akidah dan iman kami. bantulah kami. Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar!
Assalamu'alaikum. :.
Dr. Tee,
Saya bersetuju dengan kenyataan anda bahawa banyak berlaku seks bebas di kalangan jenerasi muda orang bukan Islam, jauh lebih tinggi daripada orang Melayu. Tetapi apa sebabnya dan puncanya?
Puncanya ialah kerajaan BN memang tidak ambil berat soal nilai-nilai agama dalam sistem pendidikan moral rakyat.
Orang yang melakukan seks bebas boleh mengetuai parti komponen BN!
Pemimpin UMNO yang melakukan seks bebas tidak juga akan dihukum politik asalkan mereka menyokong dan mematuhi segala suruhan pemimpin teratas. Sebaliknya yang melawan pemimpin tertinggi akan jadi mangsa tuduhan melakukan jenayah seks di luar tabii.
Bekas Ketua Wanita UMNO pernah menyatakan jangan kaitan isu moral peribadi pemimpin dengan keupayaan kepimpinan.
Kerajaan BN hanya ambil berat pendidikan agama untuk orang Islam sahaja, akibatnya orang bukan Islam rata-rata jahil tentang agama dan nilai tradisi bangsa.
Bagi saya, UMNO dan BN tidak pernah melakukan KEPIMPINAN MELALUI TELADAN.
Kesimpulannya, berleluasanya gejala seks bebas di kalangan orang bukan Islam jangan Dr. Tee jadikan sebagai hujah untuk menyerang bangsa sendiri. Sepatutnya Dr. Tee mempersoalkan keberkesanan sistem pendidikan moral di bawah kerajaan BN. Jangan pula Dr. Tee kaitkan dan salahkan pendidikan SRJKC dan SRJKI!
Gejala seks bebas adalah masalah pendidikan nilai di rumah dan sekolah, berkaitan rapat juga dengan pengaruh media awam bercetak dan elektronik dan juga struktur sosial. Ia tidak kena-mengena dengan sikap ultra kiasu atau tidak kiasu.
Cuba Dr. Tee beritahu apa remidi untuk mengatasi masalah ini, jangan hanya asyik menyerang ultra kiasu sahaja. Apakah tindakan menyerang ultra kiasu itu melambangkan cinta kepada bangsa sendiri?
saya suka membaca tulisan Dr...
saya harap dr. terus menulis lagi dan lagi...
Sukacita saya merujuk kepada laporan beberapa akhbar 14 Julai 2010, khususnya menyentuh permasalahan hubungan PAS dengan Umno.
Sukacita dinyatakan, isu berunding antara PAS–Umno sudah selesai. PAS sudah menolak untuk berunding dengan Umno. Sekarang PAS sudah menerima kerjasama dalam Pakatan Rakyat.
Kalau Umno ingin sangat menjaga perjuangan orang Melayu, lebih baik Umno menukar dasarnya kepada Islam.
Kerana Islam yang menyelamatkan manusia dan KITA HARUS INGAT penghujung hidup manusia adalah Akhirat.
Sebab itu, Islam mengajar hidup manusia mesti berpandukan ad-Din, iaitu cara hidup berpandukan agama.
Hanya agama diambil kira di Akhirat.
Atas maksud untuk memenuhi tuntutan hidup beragama, maka setiap kali umat Islam sembahyang, hendaklah membaca al-Fatihah yang di dalamnya mengandungi perkataan “maliki yaumiddin” yang bermaksud hari agama, hari berlakunya pembalasan mengikut neraca agama.
Sementara agama itu pula terkandung di dalam 30 juzuk al-Quran. Oleh sebab itu, Islam mengajar kita supaya menerima pakai semua ayat al-Quran sebagai panduan hidup.
Kita tidak boleh pilih untuk pakai ayat-ayat tertentu, sementara ayat-ayat tertentu pula kita tolak.
Atas prinsip agama begini, maka PAS selama 20 tahun mentadbir Kelantan adalah hasil daripada sokongan semua bangsa dan agama dan merekalah yang mengundi PAS atas nama Islam. Kalau tidak masakan PAS dapat menang besar tahun 1990 dan 2008 lalu.
Apa yang berlaku di Kelantan adalah sebagai bukti bahawa dasar Islam diterima oleh majoriti rakyat yang terdiri daripada pelbagai latar belakang politik, termasuklah orang Umno turut menyokong dasar Islam yang dibawa oleh PAS.
Pada saya, kalau Umno tukar dasarnya daripada Melayu kepada Islam, maka Umno boleh bersama PAS dalam Pakatan Rakyat.
Bila Umno boleh bersama PAS atas dasar Islam, orang Islam makin kuat dan politik Melayu bertambah kukuh.
Sekaranglah masanya untuk Umno menukar dasar Melayunya itu.
Jangan terikut-ikut dengan puak Yahudi. Kerana pengasas perjuangan bangsa itu adalah puak Yahudi.
Ia disambung pula oleh puak Arab. Sedangkan perjuangan atas dasar kaum atau bangsa tidak diterima di sisi Nabi Muhammad SAW.
Sedangkan di akhirat kelak kita akan masuk syurga. Untuk masuk syurga mestilah dengan syafaat Nabi. Macam mana untuk mendapat syafaat Nabi sekiranya kita berjuang tidak mengikut seruan Nabi.
Wallahu’alam.
YAB Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat,
Mursyidul Am PAS merangkap Menteri Besar Kelantan.
Satu 2 hari ni sibuk pasal isu Perpaduan Melayu.
Nik Aziz dah setuju bincang dengan Umno.
Dewan Pemuda Pas pula bantah.
Anuar Musa kata, Umno kena mula dulu, dan Umno kena datang kepada Pas.
Pemimpin Umno kata " Umno bersetuju bincang dengan Pas, bukan bermakna Umno dah lemah "
Tan Seng Giau dari DAP kata, DAP percaya Pas tak akan mengkhianati PR.
MCA kata, dia tak kisah kalu Umno dengan Pas nak bincang pasal perpaduan melayu.
Nampaknya saham Pas naik mendadak menjelang PRU 13 ni.
Datuk Harusani Mufti Perak diminta jadi orang tengah. Kata Datuk Harusani, orang Umno ada datang kpd dia, orang Pas pun ada datang jumpa dia, semua nak minta dia jadi orang tengah.
Pasal Datuk Harusani jadi orang tengah aku setuju sangat. Selama ini aku tak nampak dia condong sebelah mana2 parti.
Menyentuh pasal perpaduan melayu ni, aku rasa adik beradik tiri kita semua pakat duk tunggu nak dengar sama ada jadi atau tidak jadi. Dan mereka sudah dapat agak dah the end product.
Fikir 13 kali, rasa malu juga dengan mereka. Umno-Pas nak bincang pasal perpaduan melayu rasanya 13 kali dah kut semenjak selepas PRU 12. Last2 senyap gitu saja, hapah pun tarak.
Tapi ultra kiasu mereka tak riuh pun pasal nak bincang tentang perpaduan mereka, MCA dan Gerakan tak boleh ngam dengan DAP kerana berlainan kem, tapi halatuju perjuangan adalah sama dan satu.
Tapi kita kena tabik dengan perpaduan yang ditunjukkan oleh grass root MCA, Gerakan dan DAP. Pemimpin sama pemimpin nak berkelahi, haa lantak dia orang lah.
Sebagai pengundi peringkat grass root mereka sendiri2 sudah tahu apa yang mereka mau berlaku selepas PRU 12 hari itu.
1) nak gantikan kerjaan BN dengan PR ... mereka hampir2 berjaya, BN dinafikan penguasaan 2/3 di DR.
2) nak perambat BN dari Penang (Tanjung) .. mereka berjaya .. Penang will slowly be little Singapore.
3) nak gantikan BN di negri2 yang mereka kuat ... mereka berjaya, Perak dapat kepada DAP, Selangor dengan bantuan mereka PKR jadi MB ganti Umno punya MB.
Aku ramai juga berkawan dengan bukan melayu, cina ada, india pun ada. Dari mulut mereka (terucap tanpa sedar) kebanyakannya tak pernah sebut pasal MCA, Gerakan atau MIC. Kutuk tu ada la. Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan Karpal Singh, mereka tak pernah puji dan tak pernah kutuk depan aku, mungkin takut aku dapat baca their political inclination.
Timbul isu2 panas yang disiarkan dalam media perdana, komen mereka simple saja " masa BN dulu lagi teruk ".
Dari situ aku dah boleh agak dah kearah mana mereka pada PRU 13 nanti.
Tapi yang kelakarnya, mesyuarat perwakilan Umno peringkat bahagian masih lagi ada kekecohan. Apakah ini merupakan peluang terakhir kepada perwakilan untuk menimbulkan kekecohan dalam mesyuarat2 Umno ? Mungkin kah selepas ini tidak ada lagi kekecohan dalam Umno ? Nak kecoh apa lagi sebab dah tak ada apa yang nak di rebutkan.
Khas Buat Abdullah Ngah:
Awak rasa awak beradab ke dalam komentar awak? Beradab ke awak kalau perpaduan sesama bangsa dan seagama di halang, tetapi perpaduan dengan Syaitan, peliwat tegar negara, barua Yahudi lahanat dan komunis Biadap yg makan babi dan berak tak chaybok di muliakna, disanjung tinngi. Kalau awak tahu peradaban, saudara, masuk kerumah orang mesti tahu jaga budi perkerti. Itulah adab namanya. Ini blog Ustaz Ridhuan, kita semua nak membaca intipati dan message, ada pun komentar, di beri peluang untuk menulis mengenai intipati yg di tulis. Apa yg saudara Abdullah Ngah comment relevan? Anda suka mencari kesalahan yg kecil tetapi memperbesarkan nya, untuk tidak lain menghina penulis. Inilah sifat2 yg awak anggap beradab? Sebiji macam Pork Nik wali terompah. Hello saudara pilah tengok cermin, cermin lah diri anda dulu. Jangan suka lihat kudis orang lain, tetapi tokak dan pekong diri sendiri anda tak nampak. Orang macam awak bersepah di dalam Parti Ajaran Sesat. Kalau pedas terasa, pi ambil wudhu dan buat solat sunnat tetapi make sure kiblat jangan menghadap ke bangunan komunis BiaDAP ok. Ustaz Ridhuan bole berbangga dgn PHD, untuk di jadikan ikutan kepada anak2 bangsa kita. Apakah anak saudara berbangga dgn gelagat dan perangai saudara? Tepuklah dada tanya lah iman. Wassalm
salam dr RT, saya bersyukur pada Allah dikurniakan Dr untuk menulis isu-isu yang wajar diketengahkan untuk renungan bersama. yang baik jadi tauladan yang buruk jadi sempadan.
Dan untuk yang memberi komen menghentam dr tu, kenapa la di hentamnya dr sedangkan ada lagi isu lain yang ditulis oleh orang lain yang melibatkan isu yang mengaibkan, tidak sesuai dan tidak berfaedah tidak dihentam sehingga mereka tu insaf.kalau dah ada orang memperjuangkan perkara baik, cubalah beri sokongan. untuk mencari kesempurnaan atas seseorang manusia, sebenarnya manusia tidak pernah sempurna. dan saya tak faham kenapa perlu ditulis "MUKA DR SEORANG YANG MEMILIKI SIFAT BANGGA". macam mana pula sekiranya saya seorang lelaki yang mumpunyai raut wajah seperti dr RT?
untuk membina yang baik itu sukar, kalau dah tak nak menyokong perjuangan yang baik,tak perlulah menghentam. atau berilah komen yang mencadang kan dengan beribu cadangan yang lebih baik lagi, daripada menghentam kebaikan orang yang cuba usahakan kearah tu
suatu hari nanti kita semua akan berjumpa Allah walau tulisan sedikit dari saya yang kecil ni. bagi yang tersinggung saya mohon maaf dari semua.
komen sdr Abdullah Ngah ada kebenarannya. Biasanya kita masyarakat biasa tidak memperhatikan atau memperhalusi bahasa yg diguna maka timbullah istilah2 yg boleh ditafsir sebagai sombong, ujub dan sebagainya. Penggunaan bahasa ini sensitif bagi org yg memperhatikan penyucian hati dan golongan sufi.Semoga kita akan bersama2 memperhatikan bahasa yg kita gunakan seharian kerana bahasa menunjukkan siapa kita.
Salam semua,
saya rasa bila kita menggunakan sesuatu bahasa dalam penulisan tidak baik kita terus mengatakan yang sesuatu perkataan itu hanya satu makna.. Misalnya bila dikatakan saya bangga menjadi orang melayu...mungkin niatnya menunjukkan yang dia sebenarnya bersyukur kerana menjadi orang melayu..
Tapi bila kita fikir yang itu adalah bangga yang angkuh dan sombong maka begitulah dan sebaliknya..Jadi janganlah sempit sangat fikiran bila kita membaca tulisan orang lain.. jika kita membaca apa2 pun kita harus menggunakan kewarasan akal kita dalam mengintpretasikan maksud tulisan orang itu..
Kadang2 sepandai manapun orang ada masanya apa yang hendak ditulisnya tidak sampai maksudnya...
dalam hal ini kita patut menggunakan akal fikiran kita dalam menentukan apa sebenarnya yang cuba disampaikan oleh penulis..
kpd sahabat2 Islam sekalian, Takkan lah dah berpuluh tahun org cina masuk Islam nak panggil muallaf lg. Entah berapa ramai org cina yg masuk Islam tetapi pengetahuan mereka ttg Islam jauh lebih baik daripada org melayu Islam. Mereka tidak minta untuk dilahirkan dalam keluarga yg tdk Islam ttp itu adalah ketetapan Allah. Bagaimana jika anda lahir dalam keluarga bangsa lain yg tidak Islam? Bersyukurlah bagi mereka yg diberi hidayah oleh Allah. Bangsa tdk ada nilai di sisi Allah. Islam yang akan menjadi ukurannya.....
Salam Tuan Dr..
Alhamdulillah,sejak saya baca tulisan dr di blog ni,saya rasa tenteram.Kadang-kadang terfikir kenapa mereka yang suka komen dengan menggunakan bahasa-bahasa yang kesat dan sering menimbulkan provokasi dan perkauman.Sedikit sebanyak menguis hati mereka lain yang mengikuti dan membaca blog Dr.Saya harap,mereka yang petah 'berkomen' dan 'kritik' punyai ilmu yang tinggi harus menunjukkan contoh yang baik kerana pada saya setiap peringkat umur mampu mengikuti dan membaca blog ini beserta komen-komen pembacanya.dan saya harap,komennya lebih elok dan menggambarkan seseorang yang berakhlak dan berilmu tinggi.
Tuan,
Sesungguhnya,tuan memang layak menceritakan tentang politik dan kerajaan kerana itu adalah kemahiran tuan.
Tuan juga berhak dan layak memperakui bangsa tuan bangsa yang hebat sebenarnya.kalau kita ikuti secara telus,kita orang melayu harus akuinya kerana bangsa cina memang jauh lebih maju dari bangsa melayu.Budaya membaca contohnya,remaja-remaja melayu lebih suka berfoya-foya dan lupa diri berbanding bangsa cina.Kan lebih indah sekiranya bangsa melayu lebih cenderung dan memandang kearah cara mereka menuntut ilmu.saya yakin,seperti yang tuan katakan,seharusnya umat islam memiliki sikap seperti ini.Insyaallah kita semua berdoa agar satu hari nanti umat islam kembali bersatu dan terus utuh.
Insyaallah.
dan yang paling penting,pada saya mereka yang komen "dr banyak silap" dalam komen-komen diatas adalah melucukan sama sekali kerana seharusnya kita sedar diri dan tahap ilmu kita jika mahu komenkan sebegitu.(kelakar Gila)
Junjungan Besar Muhammad SAW Menegaskan:
Innamal a’maalubinniyyat- Setiap Amal diMulai oleh Niat
Apakah itu TAQWA???
1. Rendah diri
- Dalam Bahasa Syurga, dikenali sebagai Tawaddu'
- Sifat rendah diri akan Melahirkan Keperibadian Yang Mesra, Peramah dan Sudi Tolong-menolong.
- Lantas, Insan Sedar Kita Ini Amat HINA dan Berusaha Menuju Redha ILAHI
2. Syukur
- Perasaan Syukur Menjadikan Insan Berasa Cukup apa yang ada (Qanaah) lantas Menghalang Pecah Amanah
- Lalu, Insan Ber TAWAKKAL (gantung harap pada-NYA) dalam Jalankan Tanggung jawab dengan baik semata-mata Harap Redha ILAHI.
3. Berhati-hati
- Berasal dari Kalimah WARA’ maka Mendidik Insan Jujur dalam Melaksanakan Tugas demi Mengelakkan unsur Keraguan/Syubhah
- Kemudian, Segala Bentuk Rasuah yang Menghalang PELAKSANAAN akan Lumpuh demi Mengharapkan Redha ILAHI
4. Yakin dan Percaya
- Dalam kata lain, Yakin dan percaya adalah IMAN yang mana Seumpama RASA dalam MAKANAN; ada MAKANAN Yang Kelihatan CANTIK dari JAUH namun dikira Tiada IMAN Jika RASA tidak Menyelerakan
- Hanya dengan Keyakinan dan Kepercayaan, Insan Mampu Mencapai Takat IKHLAS LILLAHITAALA Kerana Makhluk mengerti Janji ALLAH SWT itu BENAR.
- KLIMAKS nya, Hadir KEIKHLASAN Sejati Yang akan MENJAGA KEHARMONIAN HIDUP di Alam Dunia Sebelum ke Alam Yang Kekal Selama-lamanya.
apa itu IKHLAS?
IKHLAS tidak Perlu diUngkap oleh kata-kata.
IKHLAS SeUmpama Semut Hitam di atas Batu Hitam Legam pada waktu Malam Yang Gelap-Gelita.
IKHLAS Hadhir dengan Sendiri
Yang Penting, orang yang IKHLAS Tidak Akan Cakap Dia IKHLAS;
Jelas, Hanya dengan TAQWA maka akan Lahir IKHLAS.
Manusia diciptakan sebagai khalifah di muka bumi ini. Setiap manusia di muka bumi ini berbeza antara satu dengan yang lain.
Oleh itu kita hidup di bumi ini perlu saling lengkap melengkapi antara satu sama lain.
Ibaratkanlah hidup kita sebagai batu-bata untuk membina rumah. Sekiranya kurang satu batu-batu itu, maka tidak lengkaplah rumah yang ingin dibina.
Sekiranya seseorang manusia diuji dengan ilmu dan kepandaian, janganlah mengaggap dirinya hebat, kita perlulah melihat ke bawah juga.
Kadangkala kehebatan dan kepandaian boleh merosakkan iman seseorang.
Akibat sifat bangga, takbur dan ego pada diri sendiri, boleh merosakkan keimanan seseorang. Nau`zubillahi min zalik !!.
Sekiranya kita amati, Islam menyuruh kita mempelajari ilmu akhlak terlebih dahulu sebelum mempelajari ilmu-ilmu yang lain.
Hal ini amat praktikal, iaitu terjadi apabila seseorang itu, telah menguasai ilmu akhlak, maka dengan mudah baginya menguasai diri dan memandu kehidupannya. Maka hendaklah kita nilai diri kita terlebih dahulu, adakah kita telah menguasai ilmu akhlak?? Atau masih lagi tidak mengetahui asal usul ilmu tersebut.
Apalah yang ada pada ilmu sekiranya tidak disertai dengan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah ta`ala.
Sikap ego dan bangga diri akan lahir apabila melihat diri sendiri hebat dari orang lain. Kehebatan diri jauh lebih baik dari orang lain. Melihat kekurangan yang ada pada diri orang lain sambil mentertawakan orang itu. Begitu juga melihat penderitaan dan kesusahan yang dialami orang lain.
Oleh itu cara terbaik mengelakkan diri daripada sifat ego dan membangga diri ialah dengan selalu mendekatkan diri kepada Allah ta`ala. Beristighfar dengan memikirkan kesilapan yang dilakukan dan bertaubat dengan tidak mengulangi kesilapan yang dilakukan. Sentiasa menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan. Bantulah insan yang memerlukan bantuan dengan berlapang dada, tanpa disuruh dan tanpa diumumkan. Itu lebih baik dissisi Tuhan rabbul i`zzah.
HangJebatrock,
Saya penah menulis dengan satu analinasis mengenai watak “Hang Jebat” berbanding dengan watak “Hang Tuah”.
Saya kagum dengan watak “setiakawan” dan sangat benci dengan watak Hang Tuah yang jadi barua sultan Melaka yang sangat sangat bertentangan dengan ajaran Islam yang diajar oleh Rasulullah SAW.
Kali in saya bertemu dengan watak “Hang Jebat Rock” yang membedas tulisan saya dalam blog Dr Raidhuan Tee.
Saya tak marah, kerana saya tahu dalam diri manusia terdapat “kelemahan”.
Saya juga ada kelemahan yang berpunca daripada hawa nafsu yang berada dalam diri manusia.
Allah melarang orang orang beriman menggunakan hawa nafsu, tetapi kebanyakan manusia, termasuk yang beriman apabila bercakap menggunakan hawa nafsu.
Manusia juga ada sifat pelupa disamping terdedah kepada godaan.
Bukan itu sahaja malahan manusia memiliki “darah syaitan” yang wujud dalam diri sejak Nabi Adam AS lagi hingga kini.
Friman Allah yang bermaksud: “ Allah (sentiasa) hendak meringankan (beban hukuman) daripada kamu, kerana manusia itu dijadikan berkeadaan lemah” ( surah An-Niasa Ayat 28).
Saya lemah dan Dr Ridhuan Tee pun lemah. Pendek kata semua manusia yang ada atas muka bumi ini lemah dan mudah tergoda. Apatah lagi pada mereka yang duduk dalam kerajaan yang memerintah sekarang.
Firman Allah lagi yang bermaksud: “ Dan demi sesungguhnya kami telah berpesan kepada Adam pada masa lalu, tetapi ia lupa, dan kami tidak mendapatinya mempunyai keazaman yang teguh” (surah Taha ayat 115).
Namun ibadat ialah suatu yang bertujuan untuk menentang kelemahan serta menguasainya merupakan jalan untuk meningkat kekuatan, tetapi bukan untuk menindas dan melampui batas, malahan adalah kekuatan untuk mengawal serta bersikap sederhana sehingga hawa nafsu dapat tunduk kepada metodologi Al Quran.
Firman Allah yang bermaksud: “ dan janganlah engkau memalingkan mukamu( kerana memandang rendah kepada manusia. Dan janganlah engkau berjalan dibumi dengan berlagak sombong, sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap tiap orang yang sombong takbur lagi membanggakan diri. Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan, juga rendahkanlah suaramu (semasa berkata kata) sesungguhnya seburuk buruk suara ialah suara keldai” (surah lukman ayat 18-19).
Allah melarang manusia bertindak demikian semata mata untuk menyelamatkan diri mereka, tetapi manusia tidak ambilkira kerana ada yang berpenyakit, terutama sekali yang ada darah syaitan. Mereka yang berpenyakit “sadis” tidak akan akur dengan larangan Allah asalkan berpuashati dengan tindakan, termasuk tergamak memaki hamun orang lain.mereka gemar mengamok.
Firman Allah yang bermasksud: “ Dan janganlah emgkau berjalan dibumi dengan berlagak sombong, sesungguhnya engkau tidak akan dapat menembusi bumi dan engkau tidak akan dapat menyamai setinggi gunung ganag” (Surah Al Israa ayat 37).
Dalam hubungan ini ada di riwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “ Apa yang kamu anggap orang yang terkuat antara kamu? Maka kamu menjawab, orang yang tidak dapat dikalahkan oleh orang lain. Maka jawab baginda, bukan seperti yang demikian itu, tetapi ialah orang yang dapat menguasai dirinya ketika marah Bukan yang kuat itu dengan mengalahkan orang lain, tetapi orang kuat ialah orang yang menguasai dirinya ketika marah” (maksud hadis yang Muttafaq alaih).
Firman Allah yang bermaksud: “ dan orang yang menahan kemarahannya,dan orang yang memaafkan kesalahan orang, dan (ingatlah) Allah mengasihi orang orang yang berbuat perkara perkara yang baik” (surah Ali Imran ayat 134).
Hey doc, just shut up and don't try to act smart-lah. Don't even consider yourself as Chinese cos' nobody never did,stupid!
I also heard a particular group of people in Malaysia is sex-crazed and has always been flooding the cyberspace with low quality homemade 3gp porn, aye? Ah hah, let's not also forget about the army of babies dumped in bushes, drains and even mosque steps. It's of no wonder, really; The more convervative you get, the more lust you are withholding within yourself, waiting for the right moment to burst - what a hidden threat to humanity LOL
salam..
teruskan pejuangan demi agama islam di Malaysia khususnya...
to Abdullah ngah
saya rs anda pun tdk seberani DR utk mengkritik sahabat2 anda dari dekat,mgkin anda rasa anda sdh cukup selesa dgn keadaan skrg atau anda tidak mahu sahabat anda meninggalkan anda???jika anda takut dilambung ombak jgn berumah di tepi pantai...biarkn DR trus dgn usaha beliau smg suatu hari nti anda akan mndapati besarny pngorbann dn jasa beliau pd agama bangsa dn negara....
Kepada semua pelawat blog URT (Ustaz Ridhuan Tee).
1. anda tergolong dalam kumpulan makhluk yang tak bertamadun (uncivilised creatures)jika MENULIS PENUH DENGAN MAKI HAMUN dan SUMPAH SERANAH tak kira lah sama ada yang menghentam URT atau yang menghentam orang lain untuk menunjukkan sokongan kepada URT.
2. anda tergolong dalam orang yang kurang cerdik akal jika perkara kecil atau kesilapan kecil yang dilakukan di tersilap tulis oleh URT selaku pemilik blog ini.
3. anda sangat lemah dari segi pemahaman terhadap sesuatu penulisan jika anda tak nampak apa isi atau mesej baik yang hendak di ketengahkan oleh si penulis.
Dan yang paling penting, jika anda seorang melayu, jangan lah anda mendabik dada dan merasa bangga diri bahawa anda tahu islam lebih banyak dari yang URT tahu kerana dia hanya lah seorang muallaf dan bangsa cina pula tu.
Aku tak akan lupa sampai bila2 teguran Ustaz Hussain Yee seorang mualaf bangsa cina dalam satu majlis forum perdana kira2 10 tahun yang lalu di utara tanah air. Katanya Ustaz Husain Yee :
1. ada dikalangan kita orang muslim yang menjadi muslim sudah berpuluh tahun malahan semenjak dari dalam perut ibu lagi sudah muslim, tapi bacaan fatihah pun tak tau maknanya, bacaan ayat2 dalam solat pun tak tau maknanya, tapi boleh hafal dengan lancar, tak ubah macam burung tiong yang diajar bercakap, burung tiong akan kata apa yang diajar kepadanya oleh tuan yang memeliharanya, kalau diajar ucap salam maka orang islam datang dia bagi salam, orang kafir datang dia bagi salam, malah kalau lembu melintas pun dia beri salam juga, kerana burung tiong itu tak faham apa yang dia ucapkan.
2. ada dikalangan kita orang muslim sudah muslim berpuluh tahun, sudah berkawan dan bersahabat dengan bukan muslim semenjak dari bangku sekolah sampai sudah hampir bongkok tiga. Jumpa Ah Chong dan Ramasamy, tiap hari, minum kopi dengan Ah Chong dan Ramasamy tiap pagi, tapi tak pernah cerita tentang kebaikan dan kehebatan islam kepada si Ah Chong dan Ramasamy, jadi bagimana mereka berdua hendak terbuka hati kepada islam.
3. saya di panggil Husain Yee cina mualaf, tak apa saya tidak marah dan tak kecil hati. Cuma saya nak bagi tahu, saya baru saja jadi muslim kerana sebelum ini saya buddhist, kemudian kristian, tapi sudah ramai yang dulunya kafir kemudian menjadi muslim di tangan saya. Sekarang saya nak tanya ibu2 dan bapak2 yang menjadi muslim sudah berpuluh tahun malah semenjak dari dalam perut ibu lagi, sudah berapa orang kawan2 cina atau kawan2 india yang tidak muslim yang rapat dengan anda menjadi muslim di tangan anda.
Nah. Renungkan lah dan mahasabah lah diri anda. Jangan memandang rendah pada orang yang di gelar mualaf. Pada saya cina mualaf Ustaz Ridhuan Tee ini lah yang komitted nak menyelamatkan orang melayu lebih daripada melayu2 yang tak mualaf yang setaraf dengan Ustaz Ridhuan Tee.
Jadi bentuk lah diri anda supaya jadi melayu yang reti berterima kasih kepada sesama manusia juga, bukan setakat pandai mengucapkan perkataan " syukur alhamdulilah ".
Lain kali kalu ada masa saya akan bicara fasal " Melayu & Ungkapan Terima Kasih ". Insyaalah ....
Pembetulan dan penambahan kepada ayat ... posting terdahulu.
2. anda tergolong dalam orang yang kurang cerdik akal jika perkara kecil atau kesilapan kecil yang dilakukan di tersilap tulis oleh URT selaku pemilik blog ini di jadikan isu untuk menghentam URT seolah2 beliau kurang pemahaman dan penguasaan bahasa. Pertanyaan saya : baik sangat kah penguasaan bahasa melayu anda ???
Biasanya, yang suka maki hamun dan sumpah seranah ahli PAS tegar. Dan jumlah mereka ini ramai. Tapi mereka hanya berani dengan UMNO dan non-partisan. Dengan DAP mereka tidak berani. Sebab itu, jika DAP menghina Islam, Tokguru PAS akan keluarkan fatwa "harus menghina Islam jika anda tidak faham Islam". Mungkin Tokguru PAS patut keluar fatwa "agar masyarakat Islam tidak membantah tindakan Israel membunuh rakyat Palestin kerana Israel tidak faham Islam". Inilah sikap Tokguru politik. Siang dan malam, hanya kepentingan politik sempit menjadi asas pertimbangan.
Tokgaru,
Quran sebut 'muallafatu qulubuhum' (orang yg didekatkan hati mereka kepada Islam) merujuk kepada bukan Islam yang tertarik pada Islam. Tidak sepatutnya kita memanggil mualaf pada sesiapa yg baru dan telah memeluk Islam. Apatah lagi DRT yang telah lama Muslim. Panggillah mereka ini Muslim, bukan Cina Mualaf dan sebagainya.
Allah mewajibkan manusia membaca al-Fatihah di setiap kali hamba-Nya. Dalam al-Fatihah terkandung ayat yang bermaksud: Ya Allah Tunjukkanlah kepada kami jalan yang lurus.
Persoalannya bagaimanakah jalan yang lurus itu akan kita perolehi kalau kita tidak lakukan perubahan dan berkorban?
Di atas dunia ini apabila manusia ingin membina lebuhraya yang baik dan selesa kita mesti melakukan pemotongan, pembetulan, potong sana dan gali sini, luruskan mana yang bengkok, timbun mana yang berlubang dan sebagainya.
Inikan pula kita hendak mendapat jalan yang lurus untuk dunia dan akhirat. Sudah tentulah banyak pengubahan dan pengorbanan yang diperlukan.
Oleh sebab itu Islam mengajar kita melakukan alamru bil ma'ruf wannahyu anilmunkar.
Iaitu mengubah akidah syirik kepada tauhid, mengubah zat pencarian yang haram kepada yang halal, mengubah sikap mendewa-dewakan manusia kepada mendewa-dewakan Allah Azawajalla.
Yang memerlukan terlalu banyak perkara yang terpaksa dibuat perubahan bermula dengan perkara yang pokok yang besar-besar seperti akidah (dasar) dan perundangan hinggalah perkara-perkara lain yang lebih kecil tetapi menjurus dan boleh memberi kesan kepada kebaikan yang hendak dicapai.
Kesimpulannya terlalu banyak perubahan oleh Nabi SAW. dalam usaha untuk mendapat siratul mustaqim.
Kesemuanya ini memerlukan kefahaman yang mendalam dan juga pengorbanan jiwa dan azam yang tinggi.
Oleh hal yang demikian, kalau ada suara-suara yang mengkritik perubahan yang dibuat sekarang untuk mendapatkan siratul mustaqim dengan mencontohi Rasul SAW. maka itu menunjukkan bahawa golongan seperti ini adalah golongan yang tidak faham kandungan ajaran Islam dan tidak faham makna dan hakikat dari peristiwa hijrah walaupun mereka juga menyambut peristiwa hijrah.
Oleh hal yang demikian, kita sebagai umatnya tidak mempunyai pilihan yang lain lagi kecuali kita mesti mengikuti jejak langkah baginda bagi menunaikan tanggungjawab kita sebagai umatnya di dunia ini. Kita bergerak dan bekerja untuk melakukan perubahan di dalam masyarakat kita masing-masing supaya kepincangan di dalam akidah dan sosial dapat diperbetul dan Islam sebagai agama yang mulia dan tinggi akan dapat kita daulatkan dan diletakkan di tempat yang sewajarnya. Sesungguhnya sekiranya Islam itu hanyalah berkisar di atas sembahyang, puasa sahaja maka hijrah tidak akan berlaku kerana kedua-duanya dapat dilakukan di dalam rumah masing-masing., di tempat tertutup. Tetapi oleh kerana Islam melibatkan pembetulan-pembetulan sana-sini, penyusunan semula masyarakat, sampai ke peringkat mengerah bala tentera untuk mempertahankan kedaulatan, maka wajarlah umat Islam menjadikan hijrah sebagai titik renungan supaya Islam hari ini bertaraf sebagaimana yang pernah ditunjuk dan diajar oleh Nabi kita melalui peristiwa hijrah ini.
Sebenarnya yang nak kepada perpaduan Umno-Pas ni kita orang2 melayu yang berada bawah ni sahaja, sedangkan para pemimpin kedua parti tu tak heran pun nak bersatu.
Tak percaya ?
Dah bepuluh kali isu perpaduan melayu ni di perkatakan.
Bila dengar Umno-Pas nak bincang pasal perpaduan melayu, lapang rasa dada kita, sejuk rasa hati kita, sebab kita sebagai orang melayu peringkat bawah ni memang mau Umno-Pas bersatu untuk menjaga kepentingan melayu-islam.
Tapi apa hasilnya ?
Kita seperti ditipu2 oleh para pemimpin kedua2 parti Umno-Pas ni.
Macam aku pernah kata, pemimpin tak nak bersatu, ahhhhhh lantak dia lah. Janji kita sama kita bersatu hati dan bersatu matlamat ... sudah cukup untuk menjamin dan menyelamatkan kita punya future.
Sikap maki hamun timbul akibat kelemahan pihak yang memaki hamun dalam mengemukakan hujah. Maka, mereka bersikap agresif dalam bentuk memaki hamun orang lain semata2 kerana mahu menang dalam penghujahan. Sesiapa yang pernah menghadiri ceramah PAS dapat melihat, tidak banyak idea bernas dikemukakan untuk membangunkan negara. Sebaliknya, ia dipenuhi kata nista dan maki hamun, terutama kpd saudara Muslim mereka sendiri. Saya yakin, DRT mungkin telahpun menjadi subjek maki hamun PAS, akibat drpd perbezaan pendapat dan pendekatan. Sekalipun ceramah dimulai denngan bismillah dan selawat, ia sama sekali gagal menghalang para penceramah PAS drpd memaki hamun, melemparkan fitnah, memburukkan orang lain tanpa bukti serta mencerca pihak yang berbeza pendapat dengan mereka.
Di antara tanda-tanda taqwa ialah keikhlasan kita kepada Allah Ta’ala dalam semua ibadah, meninggalkan segala larangannya kerana firman Allah yang bermaksud :
“padahal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah supaya menyembah Allah dengan dengan mengikhlaskan ibadah kepadaNya.” (surah Al-Bayyinah :5)
Walaupun ayat ini diturunkan berkenaan Ahli Kitab, namun Al-Quran tetap menjadi petunjuk kepada umat Islam seluruhnya.
Dalam perkara keikhlasan ini, Rasulullah SAW menegaskan kepada umat Islam,
“Sesungguhnya amalan itu adalah dengan niat, bagi tiap-tiap seorang itu apa yang dia niat”
Niat itu ialah segala amalan yang ditunaikan semata-mata kerana mengabdikan diri kepada Allah, apabila ada sifat riya’ dan menunjuk-nunjuk kepada orang, maka berlakunya syirik yang tersembunyi yang boleh menghapuskan pahala seseorang itu.
Rasulullah SAW telah menyatakan di dalam sebuah hadis bagaimana pada Hari Kiamat kelak ada tiga golongan manusia yang awal-awal dipanggil untuk dibicara di hadapan Allah Taala.
Orang yang pertama dipanggil ialah seorang yang alim, lalu ditanyakan kepadanya : “Apakah yang engkau amalkan di dalam kehidupan di dunia dahulu?”. Lalu dia menjawab: “Aku menuntut ilmu dan aku diberi ilmu olehMu, wahai Tuhanku, dan aku sebarkan ilmu itu kepada orang ramai.”
Padahal dia menyebarkan ilmu secara tidak ikhlas, lalu Allah SWT mendedahkan bahawa:
“kamu belajar ilmu dan menyebarkannya supaya dikatakan orang bahawa kamu alim tetapi bukan kerana Aku.” Lalu ilmunya ditolak oleh Allah dan dia diseret masuk ke dalam neraka.
Sementara orang yang kedua yang dipanggil ialah seorang yang kaya kemudian ia ditanya :
“apakah amalan kamu pada kehidupan di dunia dahulu?”. Dia menjawab : “wahai Tuhanku, aku bekerja bertungkus-lumus, aku diberi rezeki kekayaan olehMu, aku memberi sumbangan derma.” Lalu Allah berfirman : “engkau bohong! Memang betul engkau memberi sumbangan, tetapi dengan sumbangan itu supaya engkau dikatakan orang bahawa seorang yang pemurah dan bukan kerana Aku,” lalu amalannya ditolak dan dia diseret kedalam api neraka.
Manakala yang ketiga dipanggil ialah seorang yang berjihad, apabila dia ditanya oleh Allah : "apakah yang dia lakukan di dunia dahulu? Dia menjawab : “wahai Tuhanku, di dunia dahulu aku berjihad untuk menegakkan agamamu”, lalu Allah berfirman : “betul engkau berjihad, tapi bukan kerana Aku. Engkau berjihad supaya dikatakan orang bahawa engkau seorang yang berani”, lalu amalannya ditolak oleh Allah dan dia diseret masuk ke dalam neraka.
PAS tidak akan sekali-kali berkompromi dengan perjuangannya untuk menegakkan negara Islam dan melaksanakan hudud kerana ia sebahagian tuntutan agama, tegas menteri besar Kelantan.
"Mana boleh kompromi, ini ibadat. Bila kita tolak politik Islam, (maksudnya) kita tolak ibadat. Sedangkan Tuhan buat manusia ini untuk beribadat.
"Ibadat bukan bermakna sembahyang sahaja," kata Datuk Nik Aziz Nik Mat, juga mursyidul am PAS
Di manakah buktinya terutama di dalam blog ini yang menunjukkan PAS memaki hamun, melemparkan fitnah dan memburukkan orang lain?
salam RT
teruskan perjuangan anda dengan penulisan yang pahit tapi benar. saya sokong 100%.
kepada orang melayu. sudah -sudah la. asyik nak bertekak je. yang rugi pun kita jugak. sedar dan insafla.
jangan sampai nasi bubur. beringat biar dari sekarang. kalau diamati dan dihalusi, kita boleh agak agenda sesetengah masyarakat tertentu. kata tok garu pun ada benarnya.
fikr2 la
Tok Guru Nik aziz ceramah tentang Islam tidak campur aduk dengan fahaman perkauman.
Hj Nizar mantan MB Perak juga sama. Begitu juga Haji Hadi, Dr. Dzulkifli, Khalid Samad dan pemimpin-pemimpin kanan PAS tidak pernah menekankan perkauman Melayu dalam ceramah atau tulisan mereka.
Dulu kami tidak minat mendengar ceramah PAS kerana ada prejudice. Kini, prejudice sudah terhapus.
Kami berharap mana-mana pihak bila cakap tentang Islam, jangan campur aduk dengan sentimen perkauman.
Amat jangkal sekali bila seseorang sekejap membawa mesej Islam, sekejap membawa mesej perkauman! Ini amat mengelirukan!
Rakyat Malaysia berbagai kaum mesti bersatu atas satu prinsip yang tinggi dan murni dan jangan membenarkan mana-mana unsur perkauman untuk menimbulkan perbalahan.
Kita mahu hidup harmoni. Kita menolak segala hasutan yang boleh mencetusan prasangka dan permusuhan antara kaum.
Kita sama kita jadi panas kerana terpengaruh dan terikut2 dengan sentimen yang dimanupulasi oleh pemimpin2 kita.
Melayu Pas dengan melayu Umno sebenarnya tak ada masalah. Begitu juga dengan melayu PKR. Kita semua melayu, kita semua islam, so apa masalah kita ? apa perbedaan kita sehingga kita nak memusuhi antara satu sama lain ? Kita sebenarnya boleh " ngam " antara satu sama lain.
Yang tak boleh " ngam " ada lah pemimpin Pas dengan pemimpin Umno, pemimpin Umno dengan pemimpin PKR.
Yang penting kita jangan jadi bodoh, kita tak ada apa nak direbut2kan. Kita bukan nak jadi PM atau menteri atau MB atau KM atau exco atau wakil rakyat ... kita cuma nak negara ni aman damai supaya kita senang nak cari makan.
Pemimpin2 kita tak boleh " ngam " dan susah nak bersatu kerana pakat nak berebut benda tu lah.
Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata :
Jangan terikut-ikut dengan puak Yahudi. Kerana pengasas perjuangan bangsa itu adalah puak Yahudi.
Perjuangan atas dasar kaum atau bangsa tidak diterima di sisi Nabi Muhammad SAW.
Wahai Tuan Atas Pagar
Komen pertama oleh Tuan Abdullah Ngah telah memberi teguran yang beliau nampak dengan jelas dan nyata bahawa penulisan Dr Ridhuan Tee banyak silap.
Samada anda sendiri faham dan tak faham dengan mengatakan 100% sokongan.
Ingat manusia mana yang tidak melakukan kesilapan diatas muka bumi ini.
Janganlah mengiyakan sahaja dengan 100%.
Pembetulan diharuskan untuk kesejahteraan semua, hanya jangan mudah tersinggung.
Yang baik selalunya datang dari Allah.
Menulis itu memang mudah, namun mempertanggungjawabkannya itu yang berat.
Masalah besar bagi para blogger kerana beban yang dipikul di bahunya kalau sampai tulisannya dibaca orang kurang bernas, dihina orang, rujukannya kurang valid, ilmu yang belum cukup mantap, dan seterusnya.
Sewajarnya seorang Muslim merasa malu kalau berbuat kesalahan. Sebenarnya rasa malu dipuji oleh Allah dan Rasul-Nya, sehingga Rasulullah saw. pun bersabda, ”Jika tak ada lagi rasa malu, maka perbuatlah semaumu.”
Satu prinsip yang berbunyi seperti berikut: ”Jika ingin menyentuh hati, maka gunakanlah hati. Jika tidak menggunakan hati sendiri, maka pasti tidak akan menggapai hati orang lain.“
Maknanya, dakwah dengan bermodalkan pengetahuan hitam dan putih itu nonsense. Seorang muslim harus merasakan riak-riak perasaan masyarakat di sekitarnya dan berusaha menyentuh hati mereka dengan lembut agar mau diajak ke jalan yang benar.
Ada lagi prinsip lain yang mengatakan bahawa kebenaran harus disampaikan, meskipun pahit. Akan tetapi, prinsip ini seringkali disalahtafsirkan secara fatal.
Pahit adalah sensasi yang dirasakan di lidah, bukan di telinga. Maka rasa pahit yang dimaksudkan adalah perasaan tidak enak yang dirasakan oleh yang menyatakan kebenaran, bukan oleh yang menerimanya.
Yang menyatakan kebenaran wajib menimbang-nimbang perasaan orang yang sedang dinasihatinya, bahkan kalau perlu ia mengabaikan perasaannya sendiri.
Mari gunakan perasaan terhalus kita, kerana halusnya perasaan adalah tanda cinta, dan cinta pada sesama Muslim adalah tuntutan iman.
Ada orang yang perasaannya seperti kain yang lembut, ada juga yang tidak terlalu sensitif.
Perasaan adalah masalah yang sangat relatif, sehingga apa yang dipandang biasa oleh seseorang boleh dianggap sangat kasar oleh orang lain.
Perhatian kepada perasaan orang lain adalah salah satu ukuran kebesaran jiwa seorang muslim.
Saya terharu membaca tulisan Dr. Sekiranya semua kaum Cina di Malaysia adalah seperti Dr., maka tidaklah orang Melayu di negara ini merasa tergugat. Diharap Dr. boleh meneruskan perjuangan membuka minda di kalangan orang Melayu. Dr. adalah ibarat lilin yang sanggup membakar diri demi kesejahteraan ummat.
Siapa yg berkehendakkan bukti sikap suka maki hamun PAS, silalah hadiri ceramah PAS. Di blog ini, sebelum ini saya pernah dilabel tidak mengenal tauhid, hanya semata-mata kerana mengutarakan pandangan berbeza.
Inilah tabiat luarbiasa PAS, yg taksub pada perti dan berpandangan tafsiran Islam yang benar ekslusif untuk mereka. Sehingga lupa kezaliman yg dilakukan terhadap rakyat mereka sendiri.
statistics.gov.my/portal/images/stories/files/LatestReleases/gdp/Jadual3.pdf
Statistik di atas menunjukkan pendapatan per kapita negeri diperintah PAS yang paling rendah di Malaysia serta jauh tercicir berbanding negeri kedua terendah. Kadar kemiskinan tegar juga yang tertinggi. Islam apakah yg cuba dipromosi oleh PAS jika rakyatnya sendiri hidup dalam keadaan daif? Kemiskinan jugalah yg menyebabkan kadar jenayah tinggi di negeri PAS ini. DRT menyebut dalam artikel beliau yg lepas, banyak jenayah yg pelik2 berlaku di negeri PAS ini. Bahkan kejadian haruan makan anak selalu kita dengar berlaku di negeri tokguru.
Mulut saban hari mencerca orang lain sehingga lupa kegagalan dan keaiban diri sendiri. Beginikah sikap tokguru teladan?
Buat rakan2 muslim, janganlah kita hilang arah bertekak di ruang ini hingga menenggelamkan niat baik penulisan Dr. Tee. Ia hanya banyak membuka ruang utk terus melemahkan kita dan menyulitkan perpaduan dan ukhuwah umat Islam sahaja.
Perbezaan pendapat dan sifat manusia sekalipun dari bangsa berbeza tetapi taat kpd Allah jgn kita kecam. Kalau menegur biarlah berpada2. Kalau yg menegur pun dah terlalu panjang lebar tu, tak elok juga.
Perbincangan UMNO dan PAS harus berlaku berpegang kpd tali agama Allah kerana Islam mesti mendahului bangsa. Until then.. Allah tidak akan makbulkan. Tetapi sebagai manusia, kita seharusnya terus berusaha.
Saya yakin penulisan Dr. Tee dari kaca mata seorang bukan Melayu telah banyak membuka mata umat Islam di Malaysia. Ini sedikit sebanyak membawa 'gelombang' perubahan sptmana yg pernah dilakukan oleh seorang pemblog yg Melayu/Islam yg mempunyai pengaruh Cina. Pengaruh beliau kuat sehingga saya yakin banyak mengubah keputusan PRU12 yg lalu. Pd waktu2 itu amat sukar membaca komen balas orang Islam apabila mereka didebatkan dgn penuh kata2 yg tidak sedap didengar. Alhamdulillah, nampaknya mereka terpaksa 'join' blog ini kerana ramai di antara kita yg mula sedar.
Saya juga percaya penulisan Dr. Tee sedikit sebanyak memberi tekanan kpd mereka yg bersikap ultrakiasu utk berubah, tidak kira dari mana2 pihak sekalipun. Hakikat kita di Malaysia, kita tidak dapat lari utk hidup bersama. Selain kerajaan yg bertanggungjawab mentadbir negara, kita juga bertanggungjawab menjalankan peranan kita sebagai rakyat, peniaga, pegawai awam dan swasta. Saya kerap mengulas sikap ultrakiasu dan sebhg mereka dari UMNO dan segelintir dlm PAS kerana mereka suka mempertahankan kepentingan peribadi mereka melebihi kepentingan bersama.
Akan tetapi, yakinlah dengan Islam kerana Islam adalah untuk semua.
To Penyokong DAP
didikan bermula dari rumah. akhlak yang baik hasil didikan ibu-bapa yang baik.
benih yang baik pasti jadi pulau bila di campakkan di laut. jangan asyik salahkan orang lain broooo
Umat Islam harus disatukan dgn Islam juga. There is no two way about it.
Setelah berdekad dan sehingga kini saya tidak nampak parti yg konsisten ingin menegakkan Islam selain dari PAS. Walaupun saya bukan ahli PAS dan pernah menyokong BN malah DAP, istiqamah PAS membuat saya tertarik dgn visi mereka.
saya juga bersetuju cadangan zabri agar ahli2 UMNO berhijrah secara ikhlas ke dlm PAS. Kekurangan PAS juga mesti dan terus diperbetulkan bersama2. Dgn itu ukhuwah Islam dapat diperkukuhkan.
Salam Adullah Ngah,
I beg to differ in your point of takkabur. I do understand the message you delivered but the terminology of sentence used by Dr. Tee is refer to 'syukur' rather than boastful or 'takabbur /bongkak'. The sentence when he refer 'ber/bangga' is also can be replaced by 'syukur' and this did not alter the meaning, interpretation and message that he want to deliver.
Ages ago before Islam arrive into malay peninsula and archipelago, the term 'bangga' was used and 'syukur' did not even occur in 'dictionary'. The term syukur is adopted into Malay dictionaries due to it deliver a very specific expression of mild feeling of unspecified 'bangga'. The message Dr. Tee delivered did not exhibit any sign of boastful or takkabur. In Islam, we thought how to understand message and purpose that the someone want to delivered. I.e. this clearly has been shown how do we being teach to learn the message of hadith and Al-quran want to delivers by understanding the ayat of muhkamah and mutasyabihah.
May Allah lead us and unite us in the name of Islam.
Wasalam,
FAIRUS
“Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: Dadamu wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayat petunjuk. Dan Kami telah meringankan daripadamu: Bebanmu menyiarkan Islam; Yang memberati tanggunganmu, dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya. Dan Kami telah meninggikan bagimu: Sebutan namamu dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan. OLEH ITU MAKA TETAPKANLAH KEPERCAYAANMU BAHAWA SESUNGGUHNYA TIAP-TIAP KESUKARAN DISERTAI KEMUDAHAN, SEKALI LAGIDITEGASKAN: BAHAWA SESUNGGUHNYA TIAP-TIAP KESUKARAN DISERTAI KEMUDAHAN. Kemudian apabila engkau telah selesai daripada sesuatu amal soleh, maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha mengerjakan amal soleh yang lain, Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon apa yang engkau gemar dan ingini”
Ash-sharh (94:1-8)
Teguran selalunya berunsur positif, dengan perkataan lain, nasihat namanya.
Tegur atau nasihat adalah peringatan baik kepada yang menegur mahupun yang ditegur.
Kepada mereka yang berani membuat teguran atau memberi nasihat, syabas. Anda mungkin diberi tawfik dan hidayah untuk beramal, tanpa anda sedari. Semoga Allah SWT saja yang membalas amalan yang anda di akhirat nanti.
Kepada anda yang dinasihati, tugas anda adalah mendengar, memahami dan memberi respon yang betul terhadap teguran atau nasihat yang beri. Anda yang dinasihati, kerja anda bukanlah untuk tempelak atau komplen ketidaksempurnaan yang memberi nasihat.
Tiada yang sempurna di dunia ini, kecuali Rasulullah SAW yang maksum. Tugas menghakim terhadap orang yang menasihat adalah kerja Allah SWT.
Kita juga sering melihat umat Islam apabila berbeza pendapat dalam apa juga perkara, maka mereka akan berantakan sehingga terputus tali silaturrahim.
Keadaan ini tidak sewajarnya terjadi kerana Islam benar-benar menolak hidup berpuak yang akhirnya akan menjerumuskan umat Islam kepada lembah perpecahan.
Firman Allah yang bermaksud: “Dan janganlah kamu menjadi dari mana-mana golongan orang musyrik, iaitu orang yang menjadikan fahaman agama mereka berselisihan mengikut kecenderungan masing-masing serta mereka pula menjadi berpuak-puak; tiap-tiap puak bergembira dengan apa yang ada padanya (daripada fahaman dan amalan yang terpesong itu).” (Surah al-Ruum, ayat 31-32)
Salam,
Sila baca 2 link dibawah ini:
Propaganda media Umno terhadap Yayasan Masa Hadapan di:
http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=7774:propaganda-media-umno-terhadap-yayasan-masa-hadapan&catid=1:utama&Itemid=50
Report Exposes Irregularities of Obscure State Department-Funded Organization at:
http://www.commondreams.org/newswire/2010/07/08-0
Saya amat risau dengan siapa PAS berkawan. Saya berharap PAS lebih berhati-hati dalam memilih kawan. Ditakuti kawan membawa rebah pada suatu hari nanti.
Nadim my dear
Pernah dengar istilah strategi pecah dan perintah? Dalam ilmu politik dan sosiologi, pecah dan perintah (atau dalam bahasa Inggeris divide and rule; istilah asalnya dari bahasa Latin divide et impera) ialah satu strategi yang menggabungkan tiga elemen iaitu politik, ketenteraan dan ekonomi.
Ketiga-tiga elemen itu bergabung bagi menguasai dan memelihara kuasa yang ada dengan memecahkan pengaruh dan kuasa yang besar kepada kecil-kecilan. Ini akan mengakibatkan kuasa kumpulan yang berpengaruh atau berkuasa itu berkurangan, berbanding pihak yang melaksanakan strategi itu.
Secara praktisnya, strategi ini digunakan untuk mengelakkan kumpulan kecil ini bergabung dan membentuk kuasa yang besar (atau sebaliknya).
Strategi ini pernah dilakukan oleh pihak British ke atas Tanah Melayu. Memecahkan kaum-kaum dan negeri-negeri yang ada dengan meletakkannya dalam koloni dan sistem pemerintahan yang berasingan bagi memudahkan pihak Inggeris memerintah pada waktu itu.
Kemudian parti Perikatan, yang mengambil alih kekuasaan negara ini mengamalkan strategi itu apabila parti-parti yang mewakili kaum-kaum terbesar digabungkan - dengan mengetepikan parti-parti lawan yang enggan bersama mereka.
Perikatan kemudiannya ditukar menjadi Barisan Nasional (BN) dan strategi itu kekal berjaya sehingga hari ini, selama 53 tahun.
Ia bertahan kerana orang Melayu yang merupakan majoriti rakyat negara ini menguasai kuasa politik dan ketenteraan tanah air.
Orang Melayu bergabung dengan kaum-kaum lain (Cina dan India) bagi membentuk satu kuasa yang kuat. Ia dibuat atas dasar hormat-menghormati dan percaya-mempercayai yang telah dimeterai atas ikatan Perlembagaan Persekutuan termasuk beberapa dasar yang dibentuk kemudiannya.
Walaupun ada sedikit masalah pertelingkahan kaum di pertengahan jalan, namun ia berjaya diselesaikan.
Masing-masing lupa dengan perbezaan masing-masing dan semua pihak dalam pakatan itu berjaya menjana negara ini sehingga Malaysia di anggap negara yang makmur dan mewah.
Namun, apakah strategi 53 tahun itu masih mampu bertahan? Secara akademik ia sudah mulai lemah.
Pada tahun 1978, PAS telah ditendang oleh UMNO daripada gabungan Barisan Nasional setelah UMNO merasakan kedudukan politik mereka kukuh.
Namun, konflik yang ada dalam UMNO di antara pemimpin tertinggi mereka di hujung tahun 1970-an dan di awal tahun 80-an telah menyebabkan Perdana Menteri Malaysia yang keempat, Tun Mahathir Mohammad menggunakan helah lama UMNO dengan menggunakan PAS sebagai penyelamat hayat UMNO.
Strategi politik Mahathir nampak berbeza dengan strategi yang digunakan Tunku Abdul Rahman dan Tun Razak pada tahun 1969.
Tragedi 13 Mei 1969 telah membawa satu kesedaran kepada sikap angkuh UMNO yang telah mencari talian hayatnya dengan merayu satu pembentukan gabungan parti baru yang menggabungkan sembilan parti politik iaitu Umno, MCA, MIC, PAS, Perikatan Sabah, GRM (Gerakan), Parti Pesaka Bumiputra Bersatu Sarawak (PESAKA), Sarawak United Peoples Party (SUPP) dan PPP.
Pengalaman pada tahun 1969 membuktikan UMNO hanya memerlukan PAS semasa parti mereka sedang 'nazak' dan apabila UMNO kukuh, PAS ditendang keluar daripada BN atas alasan cuba mengembangkan pengaruhnya di Johor.
Umno perlukan kawan semasa susah, apabila kuat mereka lupa kawan dan tendang PAS keluar dari BN pada tahun 1978.
Anwar Ibrahim yang merupakan Presiden ABIM yang merupakan satu badan yang berada di bawah naungan PAS telah dipelawa oleh Tun Mahathir untuk menyusup masuk ke dalam UMNO kerana Anwar mempunyai pengaruh yang ramai di kalangan pemuda dan pemudi pada masa itu.
Sebenarnya, pada masa itu, UMNO berjaya menghapuskan seorang bakal Presiden PAS, Anwar Ibrahim daripada menggugat kedudukan UMNO yang baru sahaja bercerai daripada PAS dan Pilihanraya pada tahun 1982 memberi satu makna yang besar kepada kedudukan UMNO untuk bertambah kuat dengan kemasukan Anwar Ibrahim ke dalam Parti UMNO.
Saudara Zaki,
Saya hanya menganjurkan PAS lebih berhati2. Tidak lebih dan tidak kurang. Itu maknanya saya prihatin.
Jangan terlalu ghairah menghentam orang lain sedangkan berkemungkinan rakan sepertiduran yang ditatang bagai minyak yang penuh bergelumang dengan lumpur.
Ini bukan soal isu pecah dan perintah. Anda nilai sendirilah dan jika berkesempatan ulas bahan berita tersebut.
Saya tak berapa kisah sekiranya PKR tak relevan tetapi tidak untuk PAS. Kalau susah2 sangat adalah lebih baik PAS berjuang bersendirian. Itu mungkin adalah lebih baik untuk memelihara dan mengekalkan imej Islam PAS. Biar lambat sedikit pun tidak mengapa.
Saudara Nadim,
Pada tahun 1998, apa yang telah dijangka oleh PAS juga berlaku kepada Anwar Ibrahim sebagaimana PAS ditendang daripada Barisan Nasional pada tahun 1978.
Anwar Ibrahim dituduh melakukan rasuah dan salah laku seks Liwat pada tahun 1998.
Pada awal tahun 1998, surat layang bertaburan di sana sini menyebarkan fitnah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim atas kepentingan menjatuhkan Anwar Ibrahim dan memastikan Anwar Ibrahim tidak akan dinobatkan menjadi Perdana Menteri Malaysia yang kelima.
Buku 50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Layak Menjadi Perdana Menteri dengan sengaja di sebarkan kepada semua ahli UMNO dan diletakkan di setiap beg ahli UMNO yang menghadiri Perhimpunan Agong UMNO tersebut.
Namun, apa yang pasti, Dalil-dalil tersebut begitu busuk dan tidak releven dan penulisannya juga begitu tidak professional dan nampak jelas konspirasi UMNO yang tidak mahu kelibat manusia yang bernama Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri kerana sistem yang hendak dibawa oleh Anwar Ibrahim bercanggah dengan sistem UMNO yang korup dan tidak mahu satu pentadbiran yang bercirikan keIslaman di negara Malaysia.
Apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim dilucutkan jawatan Timbalan Perdana Menteri dan juga Naib Presiden UMNO, satu gelombang Reformasi mewarnai sejarah Malaysia dengan kebangkitan rakyat yang marah dengan sistem perundangan Malaysia ala UMNO yang bersifat tidak bertamadun dan bukannya Demokrasi.
Tun Mahathir menggunakan senjata konspirasi yang awalnya dicipta oleh pemimpin-pemimpin lain bagi menjatuhkan Anwar Ibrahim kerana keengganan Anwar Ibrahim meluluskan sejumlah wang daripada Tabung Petronas kepada Syarikat Perkapalan anak Mahathir yang bankrupt akibat daripada kejatuhan ekonomi yang berlaku pada tahun 1997.
Apa yang pasti, UMNO masih berjaya dengan strateginya menggunakan PAS ataupun Orang berpengaruh dalam PAS bagi mengekalkan kekuasaan politiknya.
Kalau tak kerana angin, masakan pokok bergoyang. Tatkala semua ujian menimpa Pakatan Rakyat, termasuk isu di dalam PAS, yang gagal dilihat pihak musuh ialah, ahli-ahli PAS menjadi semakin matang menilai serta mencari punca ‘penyakit’.
Tak mudah nampaknya untuk diperlekeh kebijaksanaan ini seiring dengan kebijaksanaan sebahagian besar pemimpinnya.
Apakah selamanya pelbagai isu dan polimik sensasi yang cuba dibangkit di beberapa negeri, dan beberapa isu, lantas terus dijadikan dalih untuk senyap-senyap menjalin ‘rundingan peribadi’ dengan elit Umno?
Apakah tomahan pemberikan “tanah kepada Cina di Perak” boleh dijadikan ukuran PAS kini mengkhianati orang Melayu?
Dalih ini, semakin tak laku, terutama kalangan ahli akar umbi dan rakyat Perak yang tahu bahawa tak ada seincipun tanah yang diberikan kepada yang bukan berhak!
Kedurjanaan Umno, terhadap orang Melayu lebih bertompok dan ketara.
PAS, termasuk ketika allahyarham Datuk Ustaz Fadhil Noor, menyaksikan bagaimana permainan silap mata dan kerakusan Umno menangkap aktivisnya. Bahkan membunuh!
Kes Memali, misalnya, sampai kini tak selesai.
Penindasan terhadap PAS, oleh Umno, menjadikan PAS seakan-akan tidak mungkin dapat duduk kembali dengan Umno.
Saya percaya, kepada yang sering bercermin kepada sejarah, tak mungkin dapat menerima apa yang dinamakan Umno sebagai rakan kongsi kuasa hanya atas dalih survival Melayu mahupun ugama.
Dan saya hendak bertanya, siapa yang memulakan label “Erdogan” yang merujuk kumpulan kononnya “pro-Anwar”, kalau bukan elit dan media Umno?
Bukankah mereka jugalah yang tiba-tiba menjuarai agar golongan ulama’ dalam PAS menentang “kumpulan Erdogan” itu, sedangkan sejak bila Umno pro-ulama’?
Saudara penyokong PAS,
Sebagaimana komen saya pada saudara zaki, begitu juga saya panjangkan pada saudara.
Saya hanya menganjurkan PAS mengambil sikap lebih berhati2 supaya PAS tidak rebah dengan rakan yang boleh membawa rebah.
Saudara sebagai penyokong PAS seharusnya tidak memejam mata dengan berita yang saya kepilkan tadi dan terus tanpa berfikir panjang mengambil sikap membela pula sambil menghentam pihak lawan.
Boleh sabar sedikit untuk baca dengan teliti sumber berita tersebut dan kalau boleh cari sumber2 yang lain pula. Kita berbicara dalam konteksnya lah.
Konteks saya adalah selari dengan tajuk diberi, takut nanti, habis manis sepah dibuang.
Dan kalau dapatlah, sila bawakkan sumber berita diatas segala yang didakwa. Saya pun puas bila membacanya. 'hear say' ni dah banyak berleluasa dan membawa kepada fitnah pula.
Tok Guru agama kita kalau berceramah pun selalu sabitkan dengan nas dan dalil bila membawa hujjah.
Saya seronok dengar ceramah Ustaz Shamsuri Ahmad. Sangat adil bila beliau berceramah. Kalbu ini sejuk menerima biji butir pertuturan beliau.
off track sedikit, kepada Media UMNO, boleh tak angkat penceramah2 seperti Ustaz Shamsuri Ahmad ini ke persada utama. Beliau tidak bercakap dalam ruang lingkup politik.
Kalau kamu silap nasiblah. terima sahajalah dan betulkanlah kesilapan itu. Yang penting kita bercakap dan bertindak mengikut AlQuran dan Hadis. Senang cerita.
Saudara Nadim,
Saudara perlu ingat pada pilihanraya Umum ke-12, UMNO mencatatkan sejarah yang paling tragis dalam sistem pemerintahannya dengan kehilangan majoriti 2/3 dalam Parlimen dan telah hilang 4 negeri dan PAS berjaya mengekalkan Kelantan.
Kalau saudara buat analisis, satu politik baru Malaysia telah menjadi penyebab kejatuhan ini apabila satu gabungan yang dinamakan Pakatan Rakyat yang mempunyai 3 parti komponen utama daripada PAS, PKR dan DAP bersatu padu telah menyebabkan UMNO dilanda satu tsunami politik yang hampir menghancurkan karier politik UMNO.
Akibat daripada itu, UMNO dan komponen dalam parti Barisan Nasional menjadi kucar kacir kerana kekalahan yang tidak dijangka kerana Barisan Nasional telah menang besar pada PRU-11 lalu, namun, apa yang berlaku pada PRU-12 berlaku sebaliknya umpama langit dan bumi.
Akibat daripada kekalahan ini, UMNO sekali lagi mencari talian hayat mereka yang utama dengan menagih simpati atas dasar nama Melayu kononnya daripada PAS untuk bergabung dalam Pari Barisan Nasional.
Namun, disebalik rasa simpati UMNO ini, strategi yang dimainkan UMNO dengan isu Muzakarah atau Muqabalah telah sedikit sebanyak menggegarkan ahli-ahli dalam PAS sepanjang Muktamar PAS yang diadakan pada Ogos 2008 dan ianya secara professional ditangani oleh tokoh-tokoh lama dalam politik Malaysia dengan hanya bersimpati dengan nasib UMNO, namun bergabung dengan UMNO adalah satu mimpi ngeri yang patut PAS terima.
Apa-apa pun, UMNO masih meneruskan usahanya menagih simpati daripada PAS untuk meneruskan kuasa UMNO demi kerana penolakan Sistem Keadilan Demokrasi dan Perundangan Islam.
Saudara Nadim tentu perasan provokasi demi provokasi untuk memecah belahkan gabungan Pakatan Rakyat terus dilakukan dan provokasi murahan yang menyatakan Anwar Ibrahim akan menyertai UMNO dan menjadi Perdana Menteri melalui UMNO juga dilakukan untuk memecah belahkan kesatuan yang ada dalam gabungan Pakatan Rakyat.
Abdullah Ahmad Badawi juga pernah memanggil Anwar Ibrahim selepas 8 Mac, iaitu selepas PRU-12 untuk memecahbelahkan Pakatan Rakyat dan meneruskan agenda kuasa UMNO, namun, ditolak mentah-mentah oleh Anwar Ibrahim dengan menyatakan perbincangan anatara Paklah dan Anwar hanya boleh berlaku sekiranya Haji Hadi dan Lim Kit Siang dipanggil.
Saya sudah baca dengan teliti sumber berita yang saudara Nadim kemukakan, tetapi hakikatnya, Anwar Ibrahim yang telah mahir dengan sepak terajang politik UMNO ini telah muak dan jemu dengan agenda UMNO yang bukan sahaja menipu rakyat namun, menipu PAS dan juga pemimpin-pemimpin politik yang lain.
Usaha untuk melemahkan Pas dan Keadilan khususnya juga bukan baru. Ada nama yang dua-tiga bulan menyertai Keadilan, misalnya, kemudiannya meninggalkan parti dengan sidang media yang bukan main tampak hebat sehingga dipersoalkan kejujuran mereka menyertai Keadilan. Apakah direncana, diupah? Kemudian, lenyap.
Juga sejak beberapa tahun lalu, tak kurang pemimpin kanan Keadilan diumpan dengan itu dan ini, ada yang diugut, agar, meninggalkan parti dan perjuangan. Yang gagal bertahan, yang lemah, justeru berpaling.
Kita tahu, dalam sedar tak sedar, Keadilan, malah lebih tepat Anwar wajar dihapuskan.
Kekalahan teruk Barisan Nasional, 8 Mac lalu, diakui mereka banyak disumbang dengan apa yang disebut sebagai “faktor Anwar” selain kesediaan PAS dan DAP berada dalam saf yang melangkah sederap.
Saudara Penyokong PAS,
Saya melihat inilah masanya untuk kita menekan UMNO untuk melaksanakan syariat Islam dan membetulkan kembali segala kepincangan manakala saudara pula melihat inilah masanya untuk mengkafankan UMNO.
Di pihak PR pula, saya melihat inilah masanya untuk PAS menekan DAP untuk menerima konsep Islam. Jangan ditunggu selepas pilihanraya. Kita uji sejauh mana keikhlasan kawan kita tu. Jangan tunggu sampai rumah dah siap tapi pahat masih berbunyi.
Itu perbezaan kita yang ketara dan saya tidak dapat bersetuju dengan pemikiran saudara.
Di dalam temubual yang disiarkan di Detikdaily (Ahad 16 Mac 2008) , Lim Kit Siang menyebut:
Jika diimbas sejarah hubungan DAP dan Pas, ia bermula selepas pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan kedua-dua parti bekerjasama atas objektif yang sama dengan melancarkan manifesto untuk menjadikan Malaysia negara yang adil, demokratik dan bersih. Dalam tempoh itu, isu negara Islam tidak menjadi hal kerana ia bukan objektif jalinan kerjasama antara semua parti pembangkang. Malangnya, selepas pilihan raya 1999, Pas yang memenangi 27 kerusi Parlimen bertindak agresif menekankan pelaksanaan negara Islam dan hukum hudud, menyebabkan DAP tidak tahan. Memandangkan DAP gagal mengubah Pas dan tiada sokongan parti lain, DAP keluar BA dan sejak itu, DAP dan Pas tiada hubungan kecuali melibatkan isu-isu semasa antaranya anti-ISA, bersih dan hak-hak manusia.”
Saudara Has dan Penyokong Pas,
Demi persepakatan dalam PR, saya nampak PAS seolah lunak dengan DAP walaupun DAP tegas dengan dasar perjuangannya.
PAS juga kenalah tegas dan tidak tunduk. Mana ada Islam korbankan dasarnya demi persepakatan. Islam amat tegas dan jelas dengan dasarnya.
Sekiranya DAP tidak mahu terima, tinggalkan sahaja. Barulah kita dapat lihat Islam ikut Kafir atau Kafir ikut Islam.
Saya tak tahulah kalau kata2 saya ini dianggap sebagai 'devide n rule' ataupun usaha2 untuk melemahkan.
Saudara Nadim,
Persoalan yang harus kita renungi bersama ialah adakah PAS belajar daripada sejarah lama dan adakah PAS masih menerima rasa simpati UMNO yang hanya mencari kemewahan pada diri sendiri dan menghimpit nasib rakyat yang dibelenggu kemiskinan?
Adakah PAS masih terus ingin ditipu UMNO yang selama ini menolak Hukum Al-Qur'an dan Al-Sunnah?
Adakah PAS juga percaya hanya UMNO yang mampu memerintah Malaysia?
Adakah PAS tidak terfikir bahawa UMNO lah yang memurungkan nasib Rakyat Melayu dan memajukan kroni-kroninya sahaja?
Lihatlah saja pemimpin-pemimpin atasan UMNO, adakah mereka semuanya daripada kerabat UMNO yang sama?
Adakah PAS tidak terfikir?
Adakah PAS ingin menipu rakyat?
Saudara, buangkanlah rasa simpati daripada UMNO demi rasa simpati rakyat Malaysia yang selama ini derita dengan Sistem Pemerintahan UMNO yang kejam dan tidak pernah mengutamakan rakyat, sekiranya ada sekalipun, projek yang mereka lakukan diibaratkan projek ala "ada udang disebalik batu".
UMNO akan menolong rakyat melalui projek-projek di bawah kontrak anak dan menantu.
Lihatlah projek-projek pembangunan yang dikatakan untuk rakyat, tapi, rakyat senantiasa ditipu, kerana keuntungan itu adalah hanya untuk keluarga dan kroni sahaja.
Semua pemimpin UMNO sama dan menjalankan sistem yang sama.
Adakah PAS terus menerus ingin ditipu oleh UMNO yang berselindung disebalik nama Melayu, padahal merekalah yang menjual harta negara kepada bangsa lain?
Lihatlah Menara KLCC, siapakah dan syarikat apakah yang ada di dalamnya?
Apa yang lebih mustahak, kemaraan Pakatan Rakyat yang dipenghului oleh Anwar mesti disekat. Disekat segera!
Ahli-ahli parti-parti di dalam Pakatan Rakyat dan rakyat semakin jelas melihat isu ini.
Teguh di belakang kebenaran, dan siap untuk menegur mana-mana pemimpin yang terpesung daripada “sumpah perjuangan” bukan hal yang perlu dimalukan. Yang sudah terpesung pula, hanya menanti masa, dimakan tulah.
Kesepaduan Pakatan Rakyat, saat ini menjadi mustahak sekali.
Sangat mustahak kalamana kita hanya beberapa langkah sahaja lagi melawati gerbang Putrajaya.
Umno belum pernah dalam sejarahnya berasa begini gementar, dan memang mungkin akan mereka gunakan apa sahaja, baik mengadu-domba dan cuba memecah-belahkan Pakatan Rakyat agar mereka kekal berkuasa.
Tak tergambar kita, bagaimana nantinya bila kuasa dapat kembali kepada Umno-BN andai kita termakan umpan dan cuai, betapa kuku tajam Umno-BN akan mencengkam rakyat.
Mereka kini sedang menahan nafsu, kerana mereka tak sangat berupaya ketika hilang kuasa di banyak kawasan dan negeri.
Justeru itu, kepentingan Melayu, mahupun Islam adalah kepura-puraan politik, sementara Umno berada dihujung tanduk.
Kita benteng hadapan, bukan barisan di belakang.
Saudara Penyokong PAS,
Saudara tidak sudah2 dengan sikap membenci UMNO. Orang2 UMNO yang saudara maksudkan itu, kebanyakkannya dan bersara ataupun meninggal dunia.
Tak mengapa sekiranya saudara mengambil sikap tak mahu bersatu dengan UMNO dengan alasan2 saudara.
Tetapi saudara tengok2lah juga rakan2 dalam pakatan saudara. Sedang dalam alam bercinta ni, yang busuk pun dikata wangi.
Ambil contoh masa zaman Tun Mahathir dulu, ramai yang kata dia macam2. Tetapi dalam kata nista yang pelbagai, siapa yang begitu sekali cerdik dan petah menghentam Yahudi ' Jews rule the world by proxy' sehingga banyak Yahudi rasa panas. Dan siapa pula yang menggerakkan inisiatif menghantar kapal bantuan ke Gaza baru2 ini sehingga Yahudi panas sekali lagi...
Kita ni hanya tahu maki hamun Yahudi dan bakar bendera dia sahajalah. Rokok Yahudi pun masih hisap lagi. Itu belum kata tinggalkan barang keperluan lain lagi.
Maksud saya, kita selalu nampak kekurangan orang sedangkan kekurangan kita sendiri kita tak nampak. Takkanlah semuanya pada orang itu buruk dan tak ada baiknya.
Raikanlah yang baik dan betulkanlah yang buruk itu. Mak Ayah saya didik saya macam tu. Walaupun ayah saya seorang penyokong PAS tegar tetapi dia tak pernah menanamkam sifat kebencian dalam diri saya. Apa yang beliau mahu hanya perlaksanaan hukum Islam sahaja. cakap banyak tak mahu. Pas ada kearah itu maka dia sokong PAS. katalah apa sahajapun tak akan laku.
Fairus,
Anda mungkin terkejut dan tidak menerima bahawa “berbangga” itu “takbur” dan anda reka istilah bahawa “bangga” itu “bersyukur”.
Anda tergolong dalam golongan manusia yang tidak amanah dengan diri sendiri.
Kita rujuk Kamus Dewan bahasan dan Pustaka, bahawa bangga (1) bermakna “megah” ,“besar hati” .
Berbangga “berasa megah”, “ berasa besar hati” bangga (2) “membangkang” dan “menentang”.
Apa lagi sifat yang ada pada mereka yang megah dan besar hati.
Adakah ada sifat rendah diri pada mereka yang besar hati. Jauh sekali untuk bersyukur.
Yang ada pada mereka ialah mendadik dada akulah aku. Atau akulah yang pakar dalam bidang tertentu sedangkan ramai lagi orang yang lebih pakar berbanding dengan mereka.
Kita kena ingat bahawa kita sudah bijak, tetapi ramai lagi orang lebih bijak daripada kita. Kita rasa kita sudah teruk diuji Allah, tetapi masih ramai lagi yang lebih teruk dari kita bertimpa timpa.
Yang ada pada mereka yang megah dan besar hati ialah sombong , angkuh yang membuahkan rasa takbur yang dilarang oleh Allah sehingga Allah membiarkan mereka kekal dengan perangai jahat yang menjadi pendinding atau penghalang untuk kita beriman dan bertakwa.
Apa yang luahkan ini ialah baru bagi kita, kerana kebanyakan orang yang ada pengetahuan agama islam, termasuk ustaz dan ustazah serta ulamak masih tidak boleh menerima bahawa berbangga itu adalah “takbur”.
Takbur juga sebagai penghalang kita beramal dengan islam syumul.
Bukan setakat itu sahaja malahan ramai orang yang memiliki ilmu islam menentang takdir. Terutama sekali bagi perempuan mengenai poligami.
Ini sesuai dengan istilah bangga (2) “membangkang” dan” menentang”.
Mereka tergamak membangkang dan menentang apabila suami mereka berpoligami yang diharuskan Islam miskipun suaminya cukup syarat mampu lahir dan batil.
Tidak hairanlah jika ada golongan membangkang dan menentang kerajaan hendak melaksanakan hukum hudud. Tidak hairan juga ada pihak mengatakan ini perbankan Islam, sedangkan amalannya masih bercanggah dengan Islam.
Apa akan terjadi apabila kita berkata inilah islam sedangkan ia bukan islam. Bukan itu sahaja malah ada yang mengatakan halal itu haram sedangkan ia halal dan itu halal sedangkan ia haram.
Sudah ada pendapat bahawa arak itu halal jika ia ubat boleh menyembuhkan satu satu penyakit.
Bagaimana mungkin mereka yang sombong, angkuh besar hati megah diri mampu mezahirkan rasa syukur yang bermakna redha dengan apa yang berlaku pada diri sendiri.
Saya percaya kita hanya boleh mengungkapkan perkataan syukur. Tetapi ikhlaskah kita.
Sebab itu. Banyak kesilapan yang berlaku, kerana salah faham istilah, termasuk tajuk : Islam dan barat yang masih kita gunapakai sehingga hari, sedangkan ia silap besar.
Islam dan barat,Sangat tidak tepat kerana tajuk ini adalah tajuk perbandingkan antara Islam dengan yang bukan islam (kafir) dikata islam dan barat, sedangkan dibarat itu adanya umat islam.
Tajuk ini wajar ditulis, Islam dan kafir. Baru tepat. Wajarkah takbur ditukar pada bersyukur.Semua ulamak tafsir menterjemahkan bangga itu takbur.
Demikian juga, dengan jangan buruk sangka. Memang kita tidak boleh beramal dengan sangkaan, kerana sangkaan itu dosa. Oleh itu baik sangka juga dosa, sebab ia lahir dari sangkaan yang dilarang oleh Allah.
tetapi sayang sekali kebanyakan ulamak kita setuju” hendaklah berbaik sangka”.miskipun dia jelas jahat sejahatnya.
Kita boleh berbaik atau berbuat baik dengan seseorang apabila kita sudah tahu melalui kaji selidik yang kita buat.
Demikian juga kepada yang zalim. Kita boleh kutuk orang yang zalim dan jahat setelah kita dapati mereka itu seorang zalim dan jahat.
Kalau kita tidak kutuk, kita berdosa, kerana ramai yang akan jadi mangsa dengan kezaliman itu.
Maaf pergi jauh sikit.
Saya sertakan sekali lagi 2 link dibawah untuk ulasan.
Saya lihat Anwar tidak konsisten melainkan ada orang yang boleh membetulkan pandangan saya kepada beliau 'DALAM ISU INI'. Saya khuatir habis manis PAS dihirup kemudian sepahnya dibuang. Berulang lagi pula cerita sedih PAS.
Propaganda media Umno terhadap Yayasan Masa Hadapan di:
http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=7774:propaganda-media-umno-terhadap-yayasan-masa-hadapan&catid=1:utama&Itemid=50
Report Exposes Irregularities of Obscure State Department-Funded Organization at:
http://www.commondreams.org/newswire/2010/07/08-0
Kemelut politik yang melanda negara kita hari ini puncanya ialah Tun Mahathir.
Tetapi ramai orang tidak mahu menerima hakikat ini, disebaliknya terus memuji Tun Mahathir kononnya beliau telah banyak menabur jasa pada negara ini.
Saya ingin tahu banyak jasa macam mana?
Adakah dengan hanya mendirikan Klcc, Klia, lebuh raya dan kilang-kilang...semuanya itu dikatakan berjasa?
Kita jangan tersilap penilaian.
Kalau setakad buat itu..buat ini dan bina itu..bina ini...semua orang boleh buat. Asalkan ada wang semua boleh buat. Kata orang Jawa 'Ongkos pak...ongkos. Jika ada ongkos semuanya boleh bikin pak'.
Jika tak ada wang pinjam saja dari luar, kemudian hutang kita semua yang bayar. Hingga 7 generasi pun hutang belum selesai dibayar.
Bagi saya, maksud jasa di sini ialah mengujudkan(inisiatif) sesuatu yang tidak menggunakan banyak modal untuk faedah jangka panjang kepada rakyat terutamanya kepada orang-orang Melayu.
Contohnya MARA, Bank Bumiputra, Tabong Haji, Felda, UDA, Bank Islam dan lain-lain lagi.
Maka ini baru boleh diistilahkan sebagai jasa. Persoalannya, adakah semua yang saya sebut itu dilakukan atas inisiatif oleh Tun Mahathir?
Saya masih yakin dan percaya bahawa kemelut yang melanda Umno, Orang-orang Melayu, Raja-raja Melayu dan masalah negara hari ini semuanya adalah berpunca dari Tun Mahathir semenjak 1987 lagi.
Barah atau kanser yang menyerang pada hari ini telah berputik sejak 1987 lagi. Cuma kini baru barah itu pecah dan meletup.
Tidak salah jika saya katakan Tuhan sengaja memanjangkan usia Tun Mahathir supaya beliau dapat melihat sendiri akibat tindak tanduk pemerintahannya selama 22 tahun sebagai Perdana Menteri.
Semasa pemerintahannya Ketua Hakim Negara dipecat, Kuasa Raja-Raja Melayu dicabut, suara mahasiswa disekat, pertandingan jawatan Presiden disekat, yang cerdik dicantas, sistem quota diwajibkan, rasuah vip tiada apa-apa tindakan, kronisma menjadi-jadi, Universiti dan Kolej Swasta tumbuh macam cendawan, Sistem pengswastaan hanya dibolot kroni-kroni, rumah-rumah harga kos tinggi tumbuh di merata-rata, kilang industri bercambah dan mengutamakan warga asing hingga sukar dan tak mampu untuk dikawal lagi.
Selain dari itu, 3 orang Timbalan Perdana Menteri terpelanting keluar. Anak Raja yang cerdik dari Kelantan ditipu dan dimalukan.
Hebat sangat kah seorang ini? Atau pun Melayu mudah lupa?
Saudara Nadim,
Saya pasti saudara pernah dengar ungkapan marahkan nyamuk, pasanglah Fumakilla.
Itu adalah pepatah yang sepatutnya tidak menjadi amalan apa lagi bagi mereka yang bergelar pemimpin dalam kamus UMNO.
Mereka kata ada banyak cara untuk menyelesaikan penyakit kronik atas perbuatan sesetengah ahli UMNO.
Sememangnya kasih sayang sangat penting dan mesti ada dalam diri kita sebagai manusia.
Segala amal dan kebajikan yang kita lakukan kalau beserta dengan rasa kasih sayang ia akan lebih berkesan dan meresap lebih jauh ke dalam sanubari mereka yang menerimanya.
Sebab itulah kita kena tanamkan sifat kasih sayang, barulah ada masyarakat penyayang untuk mengambil berat dan membantu mereka yang kurang bernasib baik.
Masih terlalu ramai rakyat kita yang miskin, menderita penyakit kronik dan hidup dalam keadaan yang menyedihkan. Adakah Kerajaan UMNO/BN peka dan membuat yang terbaik untuk rakyat?
Para pemimpin UMNO/BN perlu semai sifat kasih sayang bukan sahaja untuk membantu golongan yang memerlukan, tetapi ia juga untuk mengekalkan keharmonian rakyat yang terdiri dari pelbagai kaum, bangsa dan agama.
Keamanan dan keharmonian yang berkekalan inilah yang sepatutnya menjadi teras dalam mempertingkatkan lagi pembangunan negara ikut cara Islam.
Sebuah masyarakat yang baik menunjukkan rasa kasih dan saling mengambil berat antara satu sama lain.
Dengan tertanamnya sifat-sifat mulia ini, perpaduan yang lebih erat dapat dicapai dengan sepenuhnya.
Tak payah nak fitnah memfitnah, saman menyaman, penjara memenjara.
Tak payah tubuh pasukan penggempur.
Tak payah rompak duit rakyat dengan pelbagai cara yang licik untuk mempertahankan UMNO/BN.
Kerana rakyat pelik. Sepatutnya kerajaan yang beri rakyat duit bukan rakyat yang mesti beri kerajaan duit untuk tambah dan kekalkan kuasa.
Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata;
Kalau Umno ingin sangat menjaga perjuangan orang Melayu, lebih baik Umno menukar dasarnya kepada Islam.
Pada saya, kalau Umno tukar dasarnya daripada Melayu kepada Islam, maka Umno boleh bersama PAS dalam Pakatan Rakyat.
Bila Umno boleh bersama PAS atas dasar Islam, orang Islam makin kuat dan politik Melayu bertambah kukuh.
Umno vs Pas
Setelah sekian lama dan sekian banyak saya mengikuti komen pelawat blog URT ini,
Saya dapati lebih ramai yang pro kepada Pas atau PR daripada kepada Umno dan BN.
Saya dapat rasai yang ultra kiasu pasti akan menolak BN dan Umno pada PRU akan datang. Saya belum terjumpa lagi ada mereka yang menulis memuji Umno atau BN (walau pun sedikit), walau pun banyak kebaikan yang Umno/BN buat selama 50 lebih tahun memerintah, seolah2 tak ada langsung kebaikan yang pernah dibuat oleh Umno/BN.
Saya dapat merasai jika dibuat rating, pasti rating kepada PR mengatasi rating kepada BN.
Saya dapati ramai pelawat blog ini yang bukan muslim yang membuat pengakuan " dah tak takut lagi dengan Pas ", " dah boleh terima dasar perjuangan yang di bawa oleh Pas " tapi saya tak terjumpa yang memberi pengakuan " menyokong pentadbiran negara ini mengikut perlembagaan islam sepenuhnya sebagai mana yang di inginkan oleh Pas "
Memang tak di nafikan Umno dan BN tak mengurus negara ini mengikut perlembagaan islam, dan memang Umno dan BN itu berfahaman sekular.
Ramai diantara kita yang dulunya suka kepada Umno tapi hari ni tak dapat menerima Umno kerana Umno tolak islam, kerana Umno tak mau laksanakan perundangan islam dalam pentadbirannya.
Tak mengapa. Katakan " luck " menyebelahi PR pada PRU 13 nanti. Maka PR lah yang akan membentuk kerjaan bagi menggantikan tempat BN.
Maka ramailah melayu yang menyambutnya dengan penuh kegembiraan dan kesyukuran. Yang bukan melayu akan bertambah2 lah kegembiraannya.
Dan saya pun kena lah ikut majoriti melayu, turut sama merasa gembira, itu pun jika Pas menang majoriti atau Pas dominan dalam PR sebagai mana Umno dominan dalam BN.
Tapi kegembiraan saya akan bertukar kepada kebimbangan pulak jika sekiranya yang menang majoriti dalam PR adalah DAP, yang dominan dalam PR adalah DAP.
Dalam situasi begitu (Pas bukan dominan). Siapa yang akan jadi PM ? Siapa yang akan monopoli potfolio2 penting dalam kabinet ?
Dalam situasi begitu juga (Pas bukan dominan). Terdayakah Pas nak melaksanakan pemerintahan cara islam ke atas negara ini yang selama ini tidak dibuat oleh Umno yang dilabel sekular selama ini.
Katakan Pas dominan dalam kabinet, tapi bukannya 2/3. Bolehkah Pas nak mengubah perlembagaan negara daripada yang sekular kepada yang islamik ?
Perak selepas PRU 12 adalah sebagai contoh yang paling segar dalam ingatan kita semua.
Penang tolak tepi kerana kehadiran Pas dalam kerjaan PR disana ibarat segenggam padi di dalam segantang beras.
Mungkin ada diantara anda yang boleh membantu saya untuk membina keyakinan (to build up confidence) terhadap matlamat perjuangan Pas melalui PR gabungan DAP-PKR-Pas yang menjurus kepada pemerintahan mengikut perlembagaan islam di negara ini selepas PRU 13 nanti.
tokgaru,
kalu mu tak ada keyakinan, mintaklah UMNO tukar dasarnya daripada Melayu kepada Islam, maka Umno boleh bersama PAS dalam Pakatan Rakyat.
bila Umno boleh bersama PAS atas dasar Islam, orang Islam makin kuat dan politik Melayu bertambah kukuh.
solusinya sudah terang bersuluh.
pi tanya sama UMNO. tok sah garu sangat menyoal kat sini.
saya amat terharu dengan kata-kata Dr...seharusnya Dr menjadi melayu
Saya nak mengutarakan cadangan lagi pada UMNO:
Apa kata saudara Ridhuan gunakan 'platform' dan 'access' yang ada untuk menyarankan kepada YB Menteri Jamil Khir supaya:
1. Diadakan suatu slot rancangan ceramah/pengajian agama yang diadakan di masjid2 dimana mereka berceramah, 'setiap malam' di RTM/TV3 dimana isi pengajian jauh daripada berbicara soal politik. Sebagai permulaan ambil Ustaz Shamsuri Ahmad. Beliau neutral dan hanya mengupas berlandaskan kitab yang muktabar. Jangan ditapis2.
2. Diadakan suatu slot rancangan setiap minggu yang membicarakan Hukum Hudud dan perlaksanaannya. Kumpulkan beberapa ilmuan agama. Jemput sama ilmuan PAS didalam rancangan tersebut. Kita perlu beri faham isu Hudud ini kepada masyarakat. Kita nak tahu juga apakah kekangan yang ada pada PAS sehingga Hudud masih tidak terlaksana di Kelantan. Banyak sangat kekeliruan dan ketidakfahaman pada masyarakat terbanyak ini. setidaknya, kita dapat ilmu daripada perbincangan ilmuan tersebut.
Rasanya baik UMNO cari jalan untuk mengubah persepsi masyarakat yang UMNO itu tidak mengambil berat hal agama. Perkasakan institusi ulama dan ilmuan agama.
Kpd Zubir
Terima kasih kerana sudi bg jawapan kepada pertanyaan saya.
Ini pandangan saya. Perpaduan melayu kalu atas nama Umno-Pas sudah banyak kali cuba diusahakan, dan sekali pun tak pernah berjaya.
Ini juga pandangan saya. Tak berjaya bukan kerana orang melayu tak mau bersatu. Kita orang melayu nak bersatu, kita tak kisah Pas kah atau Umno kah. Yang nak bersatu tapi tak boleh nak bersatu adalah di peringkat pemimpin kerana mereka ada agenda peribadi masing2.
Ini lagi pandangan peribadi saya. Bila pemimpin dengan pemimpin nak mengadakan pertemuan, bukan isu masa depan melayu-islam yang diutamakan. Yang perlu diselesaikan sebelum mereka bersatu ialah :
1. Siapa yang akan jadi ketua diantara mereka. Pas kah jadi ketua atau Umno kah jadi ketua.
2. Siapa yang akan jadi PM. Najib kah terus jadi PM atau Hadi Awang pula jadi PM.
3. Berapa jawatan menteri kepada Umno dan berapa jawatan menteri kepada Pas.
4. Berapa jawatan timbalan menteri untuk Pas dan berapa jawatan timbalan menteri untuk Umno.
5. Pas nak jaga kementerian mana dan Umno pula nak ambil kementerian mana.
6. Negeri mana nak bagi Pas jadi MB dan negeri mana pula nak bagi Umno jadi MB.
7. Berapa banyak kawasan parlimen dan berapa DUN nak bagi Pas letak calon dan berapa pula untuk Umno.
8...... dan banyak lagi yang berkaitan agenda peribadi pemimpin dan puak2nya.
Sebab itu, saya sebelum ini ada menulis, kalu kita nak bersatu maka kita bersatu lah sendiri2, jangan duk ikut kata pemimpin2 kita baik yang Pas mau pun yang Umno.
Yang perlu kita sedar adalah, kita yang menentukan siapa yang nak jadi pemimpin kepada kita, bukan nya pemimpin yang menentukan siapa yang dia nak pimpin.
Masa paling penting untuk nak tunjuk yang kita ni boleh bersatu secara sendiri2 adalah semasa nak " pangkah ". Tapi kalu kita pangkah ikut apa yang di minta oleh pemimpin kita maka " kita jadi macam lembu yang kena cucuk hidung lah ".
Kerana ada yang sanggup jadi lembu cucuk hidung ini lah, maka Pas walau pun bertanding dalam kawasan melayu-islam boleh kalah kepada calon bukan islam. Itu masa belum ada PR.
Tapi sekarang dah ada PR, maka saya menjangkakan akan bertambah2 lagi bilangan yang akan jadi seperti lembu kena cucuk hidung.
Dalam BN akan ada yang jadi macam tu dan dalam PR pun pasti akan ada, itu pun jika " pangkah " ikut seperti yang diminta oleh pemimpin.
Siapa yang jadi " lembu kena cucuk hidung ", lu fikir lah sendiri.
Saudara Nadim
Kenapa susah sangat?
Umno hanya perlu tukar dasar saja.
Kemudian Melayu PAS dan UMNO jadi satu.
Kenapa tak boleh tukar dasarnya daripada Melayu kepada Islam?
Penyokong PAS,
Saya sebenarnya tak faham dasar ni... boleh tunjukkan saya dasar UMNO dan PAS secara bertulis...? Tolong saya.
Selepas itu saya akan kaji dekat mana yang tak sama dan akan dikomen kemudian.
tokgaru
Persoalan utama, sudikah Umno tukar dasarnya dari Melayu kepada Islam?
Jawab yang ini terdahulu, dan insya Allah yang lain akan terjawab.
PAS begitu ikhlas kepada perpaduan Melayu.
Samada UMNO itu sudah berubah dari dulu, perlu dilihat kepada keikhlasannya untuk menukar dasarnya kepada Islam memandangkan semua ahli UMNO beragama Islam.
Saudara Nadim,
Saya sebagai seorang muslim pasti menyokong padu kepada perjuangan Islam.
Saya sedar bahawa politik negara hari ini telah dicemari dengan pelbagai amalan rasuah, penyelewengan dan ketidakadilan.
Ramai ahli-ahli politik di negara ini telah dilabelkan oleh sebahagian besar rakyat sebagai perompak harta negara, yang mana mereka menggunakan kedudukan dan kuasa untuk mendapatkan keuntungan dan wang ringgit bagi kepentingan diri.
Kesibukan mencari ruang-ruang kepentingan diri menyebabkan kurangnya masa untuk memikirkan pembangunan negara dan kepentingan rakyat.
Pelbagai tindakan politik telah dikenakan sehingga ramai yang terpaksa berdiam diri walaupun nampak penyelewengan yang jelas di depan mata mereka.
Sesungguhnya kesyumulan Islam hanya dapat dinikmati melalui amal yang berterusan bukan sekadar retorik sahaja.
Apakah saudara masih tergamak ingin mengkaji dengan terlebih dekat apa itu dasar Islam?
Astaghfirullahalazim!
Bandingkanlah Parti Islam SeMalaysia (PAS), senario lompat parti ini tidak berlaku di kalangan pimpinan mereka.
Mereka jarang menimbulkan masalah dan sentiasa istiqamah dengan perjuangan.
PAS sentiasa meraikan sahabat di dalam PR dan sangat menghormati perjanjian yang telah mereka meterai di dalam PR.
Mungkin ini lahir dari tarbiyyah dan kefahaman yang kuat yang diperolehi di dalam PAS. Dan tentulah juga, atas keyakinan dan keimanan bahawa perjuangan ini akan menjadi bekalan tatkala bertemu dengan ALLAH nanti.
Sebagai parti yang berlandaskan ISLAM, PAS sentiasa menjaga perjanjian dengan rakan pakatan. Kerana dalam ISLAM, perjanjian sangat penting.
Tidak mungkin PAS melanggar perjanjian-perjanjian pakatan yang telah dibuat selagi tidak bercanggah dengan syar’iyyah Islamiyyah.
Tidaklah pakatan-pakatan ini dibuat melainkan hanya dengan niat ingin memperjuangkan ISLAM.
Ingin memperjuangkan nilai-nilai yang ada di dalam ISLAM iaitu keadilan, kesejahteraan, kemakmuran dan kebaikan dalam semua aspek kehidupan.
Kerana apabila ISLAM terbina, pastinya masyarakat samada yang beragama ISLAM ataupun bukan beragama ISLAM akan dapat menikmati kebaikan yang mencurah-curah dan akan dapat menghindar dari bermacam-macam gejala sosial, ekonomi, politik dan jenayah.
Penyokong Pas,
Ni lah yang susahnya. Saya bertanya untuk mendapat keyakinan. Anda pusing saya kelain pula.
Cubalah faham soalan saya betul2...Saya bukan nak kaji dasar Islam...saya NAK KAJI DASAR PAS DAN UMNO secara BERTULIS.
Tok Guru pun bila bercakap disandar dan dipetiknya AlQuran dan Hadis. Itu adabnya. Bukan main cakap ikut sedap mulut kita sahaja.
Jangan 'kona2' la...
Saudara Nadim,
Islam adalah cara hidup Islam yang sifatnya sempurna kerana ia adalah agama Allah Yang Maha Sempurna, adalah satu cara sistem hidup manusia yang berpaksikan kebenaran.
Kesempurnaan sistem hidup ini merangkumi aspek pendidikan dan pembelajaran, kekeluargaan, kemasyarakatan, politik, ekonomi, ketenteraan dan sebagainya.
Sesungguhnya cara hidup yang dianjurkan oleh Islam adalah yang terbaik dan terindah yang tiada tolok bandingnya dengan ajaran-ajaran agama lain.
Semasa zaman jahiliyah dahulu, kita dapati masyarakat hidup tanpa nilai-nilai murni, tiada kesejahteraan hidup, tiada jaminan untuk mengecap kebahagiaan, hidup dalam ketakutan, huru-hara, maksiat berleluasa dan sebagainya.
Kenapa UMNO mempunyai dasar yang bukan Islam?
Saudara Nadim,
Tahukah saudara bahawa para pimpinan PAS sentiasa mengutamakan al-Quran dan as-Sunnah? Dan mentarbiyyah ahli-ahlinya dengan ajaran ISLAM.
Tarbiyyah ISLAM adalah merupakan perkara asas dan pokok yang dikukuhkan di dalam setiap jiwa ahli2nya.
Pimpinan, pendokong dan penyokong PAS sedar bahawa kekuatan PAS bukanlah pada pandainya berpolitik dan banyaknya kerusi dalam Parlimen dan DUN.
Tetapi ia kuat kerana berlandaskan ISLAM. Jadi semua warga PAS selalu bercakap tentang ISLAM yang berpandukan al-Quran dan as-Sunnah.
Warga PAS sentiasa menumpukan usaha menanamkan keyakinan masyarakat Malaysia kepada ISLAM.
Mereka tidak terikut-ikut dengan rentak kawan atau lawan dalam memburuk-burukkan peribadi dan parti lawan. Kerana sokongan yang diperolehi hasil dari benci tidak bertahan lama.
Mereka membina sokongan berasaskan keyakinan yang jitu. Apabila masyarakat telah terbina di dalam diri mereka akan keyakinan terhadap ISLAM, mereka nakkan ISLAM, insya ALLAH secara automatik sokongan dan dokongan akan datang kepada pihak yang memperjuangkan ISLAM.
Dan khas buat rakan2 seagama di dalam UMNO, berhentilah dari membuat fitnah dan tipu terhadap PAS.
Berhentilah dari menghasut dan memutar-belitkan fakta dan cerita demi keuntungan kalian.
Sungguh, kita semua akan dikumpulkan pada hari akhirat. Masing-masing akan dihitung. Dan akan ditempatkan berdasarkan amalan masing-masing semasa hayat di kandung badan.
Saudara penyokong PAS,
Saya faham yang itu. itulah sebabnya saya bangga dan syukur jadi orang Islam.
Yang saya tak faham kenapa sesama Islam bergaduh tak sudah. Kita ada satu kiblat sahaja bukan? kita mengucap shahadah yang sama bukan?
Tolonglah...jawab secara telus. saya nak kaji dimana yang anda dakwa UMNO bukan Islam dan PAS itu ikut islam. Saya nak tahu dimana dasar2 ini ditulis oleh mereka supaya saya jelas. saya nak faham dimana yang tidak sama nya.
Bila saya cadang pada saudara Ridhuan (11.42), apa yang anda respon pada saya (11.59). Kemudian anda respon apa lagi pada (12.16).
Tolonglah jangan berhujjah berpusing2. pening saya dengan sikap anda ini.Saya tak kisah anda nak sehidup semati dengan PAS, tetapi bersikap adil dan jujurlah dalam berhujjah.
Kepada anda yang menjadi penyokong Pas.
Saya timbulkan 7 halangan yang menyebabkan rundingan perpaduan melayu antara pemimpin Umno dengan pemimpin Pas tak pernah menjadi. Tak ada sorang pun yang mau jawab atau kupas.
Saya timbulkan persoalan, siapa yang akan mengetuai kerjaan PR jika Pas tak dominan dalam PR. Katakan DAP dominan, adakah DAP akan beri laluan kepada Pas untuk jadi PM ? Tak ada sorang pun yang mau jawab atau kupas.
Saya timbulkan persoalan. Katakan Pas dominan dalam parlimen tapi bukannya 2/3. Bolehkah Pas nak meminda perlembagaan negara daripada sekular kepada islamik. Tak ada sorang pun yang mau jawab atau kupas.
Soalan saya cukup mudah dan base on democratic principle saja.
Tapi lu orang pusing2 cakap, karpal singh pun kalah lo. Gua tanya lain lu orang jawab lain. Haiya manyak susah la mau sembang sama lu orang.
Kalau disoroti balik, saya tidak pun menyoal keislaman PAS dan apa yang diperjuangkannya, malah saya sokong.
Apa yang saya persoalkan adalah dengan siapa PAS berkawan dan mahu PAS berhati2 dalam nak berkawan.
Untuk UMNO pula, saya syorkan untuk perkasakan Islam. Carilah jalan macam mana sekali pun. Sedikit cadangan telah saya lontarkan.
Dilihat balik komen2 daripada pendokong2 PAS dalam ruangan ini, yang jelas nampak adalah bersikap keras dan aci cakap sembrono.
Sekiranya anda bersikap sedemikian berlarutan, saya tak hairan PAS akan kurang dihormati kelak.
Saudara Nadim,
Sebelum saudara membuat kajian terperinci terutama dari komen-komen yang telah banyak diutarakan, cuba renung-renung soalan di bawah ini;
Kenapa UMNO tidak mahu meluluskan Enakmen Hudud dan Qisas?
Kenapa UMNO tidak suka pada hukum Islam ini?
Secara logiknya, tiada alasan bagi UMNO untuk tidak melaksanakan hukum syariah Islam.
Mengapa UMNO tidak mahu melakukannya?
Saudara Nadim, anda tulis ...
" Tolonglah jangan berhujjah berpusing2. pening saya dengan sikap anda ini..... "
Bukan lu satu orang saja yang penning. Saya yang sudah penning pun jadi lagi tambah penning lo. Manyak susah mau faham mereka lah. Kita tanya lain mereka jawab lain.
Agaknya mereka adalah dari kumpulan " nang bu ti nang, kui bu ti kui "
Penyokong Pas,
Bagaimana saya nak buat kajian sedangkan anda tak membantu saya pun memberi bahan untuk kajian.
Akan tetapi, baiklah penyokong PAS. Dah awak letakkan soalan, maka saya cubalah jawab..
Kenapa UMNO tidak mahu meluluskan Enakmen Hudud dan Qisas?
- Saya tidak pasti ada enakmen yang dibentangkan di Parlimen oleh PAS untuk diluluskan oleh UMNO. sekiranya anda boleh berikan saya tarikh atau gambaran peristiwa tersebut, saya ucap terimakasih.
Kenapa UMNO tidak suka pada hukum Islam ini?
Secara logiknya, tiada alasan bagi UMNO untuk tidak melaksanakan hukum syariah Islam.
Mengapa UMNO tidak mahu melakukannya?
Untuk soalan 2 hingga 4 begini sahajalah jawapan pada fikiran saya: Saya tidak tahu kenapa UMNO begitu dan begini kerana saya tidak dalam UMNO. Walaupun begitu, saya yang diluar ini menggesa UMNO untuk memberi perhatian kepada hukum Islam ini.
Akan tetapi, yang saya tahu juga, PAS pun tidak melaksanakannya di negeri yang diperintah oleh pakatan rakyat tetapi dalam masa yang sama menghentam UMNO seperti yang disoal oleh penyokong pas.
Kenapa pula ya..?
Soalan saya pula kepada penyokong PAS:
1. Kenapa Hudud tidak dilaksanakan di Kelantan dan negeri Pakatan Rakyat?
2. Dimana saya boleh baca dan lihat kerangka kerja, kaedah dan 'blueprint' hudud yang hendak dijayakan oleh PAS?
Tolong jawab 2 perkara ini. Tolonglah jangan pusing2 lagi..
Soalan 1: Hudud tidak dilaksanakan di Kelantan dan negeri Pakatan Rakyat kerana tertakluk kepada perlembagaan persekutuan yang bukan mengikut dasar Islam.
Soaln 2: Blueprint sebagaimana yang dinyatakan oleh Tok Guru Nik Aziz;
Kami menggunakan Islam sebagai panduan yang telahpun ada “blue print”nya.
"Berapa ramai wanita bukan Islam yang menjadi korban hasil nafsu buas lelaki. Hidup bersekedudukan tanpa kahwin. Saya berani mengatakan bahawa dari kalangan anak muda dan anak gadis mereka, hampir 100 peratus daripada mereka telah melakukan seks bebas sebelum berkahwin secara sah. Itupun bernasib baik jika mereka berkahwin."
Ridhuan Tea , i cant speak for Chinese as they might behave like westerners in names, relationship , lifestyle....but I do know majority of Indians dont have sexual relationship before marriage. I am sure Malays and Chinese have higher sexual relationship before marriage compared to Indians.
Even then, I dont think close to 100% of Chinese have sex before marriage. You are assuming just because we are kafir, we dont hold to Eastern values....
You just go see how malays in tudung behave in public. the manja-manja things the do sometimes worse than the Non Malays....All the Bohsia, Bohjan, Mat Rempit are Malays. You dont see even Iban Mat rempit...only malays.....as well as Ganja and Daun Ketum junkies.
Al Quran menyebut secara umum "harta kekayaan jangan hanya beredar di kalangan orang-orang kaya di kalangan kamu semata-mata”
Apa perancangan PAS untuk memastikan perkara di atas berlaku?
Sememangnya PAS tidak mempunyai blueprint akibat sikap malas membaca tokguru PAS. Kalaupun mereka membaca, hanya terhad buku2 agama. Itupun buku sama dibaca berulang2 sehingga tidak berkembang akal pemikiran mereka.
Sbb itu, kata2 tokguru PAS tidak ada nilai hikmah dan taqwa. Kata2 berkisar politik taksub dan benci-membenci. Bertan2 air liur dibazirkan untuk mencerca saudara seagama. Sumbangan pada agama, bangsa dan negara tidak ada langsung.
Oleh kerana En Tan yang tolong jawab dulu, maka saya responlah dahulu kepada jawapan En Tan:
Soalan 1: Hudud tidak dilaksanakan di Kelantan dan negeri Pakatan Rakyat kerana tertakluk kepada perlembagaan persekutuan yang bukan mengikut dasar Islam.
- Ada sesiapa yang tahu artikel mana didalam perlembagaan persekutuan yang menghalang hudud daripada dilaksanakan? Mari kita semua kenalpasti dan sekiranya nyata ada ianya menghalang, maka kita akan usahakan supaya ianya diubah bagi memberi laluan kepada perlakasaan hudud. (mungkin kita buat di Kelantan dahulu)
Soaln 2: Blueprint sebagaimana yang dinyatakan oleh Tok Guru Nik Aziz;
Kami menggunakan Islam sebagai panduan yang telahpun ada “blue print”nya.
- Dalam AlQuran itu terlalu umum. Itu kita semua tahu dan boleh baca dengan terang. Maksud blue print bagi saya adalah merujuk kepada cara perlaksanaan yang lebih terperinci. ie. pemilihan hakim, pelaksana hukuman, kriteria saksi, hukuman untuk orang Islam yang mencuri harta orang bukan Islam dan sebaliknya dsbg. Isu2 semasa dizaman moden ini seperti bolehkah DNA ataupun rakaman digunakan bahan bukti bagi kes zina.
Apapun, rakyat kena faham dan ditarbiyah dahulu mengenai kaedah pelaksanaan hukuman ini.
Tak boleh jawab mudah sahaja en Tan. Tapi u jawab macam tu pun saya sudah boleh tabik sesuai dengan nama u.
Teras kepada sekularisme ialah politik yang berasaskan kepada perkauman atau pun kebangsaan, atau apa yang kita panggil nasionalisma.
Manakala ekonominya pula berasaskan laissez faire dan falsafah individualisma.Ia kemudiannya merebak ke dalam masyarakat dan menjadi sebahagian dari gaya hidup mereka yang merupakan pemujaan kepada modenisma, materialisma dan pemujaan hawa nafsu.
Bila Tanah Melayu merdeka pada 31 Ogos, 1957 dasar pemisahan di antara agama dan negara itu diteruskan dan dikekalkan dalam bentuk konstitusi iaitu dalam Perlembagaan Persekutuan .
Dalam Bahagian 1, ceraian 1,2,3 dan 4, soal agama diserahkan kepada Sultan dan Majlis Agama Islam tiap-tiap negeri manakala soal pemerintahan diserahkan kepada wakil rakyat tidak kira samada Islam dan bukan Islam.
Akhirya terpisahlah Islam dari pemerintahan kerajaan Tanah Melayu itu.
Sebagai langkah untuk menguatkan lagi sekularisme, penjajah Inggeris merancang dan telah pun berjaya melahirkan segolongan pemimpin di kalangan Melayu Islam sendiri yang telah disekularkan dengan sistem pendidikan.
Golongan ini kemudiannya menjadi pentadbir, perancang negara dan pemimpin yang menjadi agen kepada kesinambungan dasar penjajah itu sendiri.
Golongan ini kemudian berjaya memesongkan akidah dan perjuangan masyarakat Islam di Tanah Melayu, dan mereka seterusnya berjaya menanamkan fahaman sekular itu ke dalam tubuh masyarakat Melayu sehingga orang-orang Melayu yang beragama Islam itu turut memuja fahaman kebendaan dan sesuatu yang berlandaskan hawa nafsu.
Perkara yang menjadi perhatian Inggeris ialah bidang ekonomi. Mereka memperkenalkan sistem kapitalis yang mengagungkan riba, jika tidak berasaskan riba sesuatu sistem itu tidak akan dapat dijalankan(kalu nak taw lebih lanjut, sila rujuk buku sejarah tingkatan 3).
Sistem ini berasaskan dasar laissez-faire yang berteraskan kebebasan individu yang hanya mementingkan keuntungan peribadi.
Manusia diajak berlumba-lumba untuk mengumpul harta dan kekayaan di mana akhirnya tindas menindas dan tipu menipu turut berlansung dan menjadi amalan masyarakat.
Akhirnya manusia menjadi haiwan ekonomi, dan mereka pun memilih cabang-cabang Islam yang hanya sesuai dengan jiwa mereka, dan tidak lagi berfikir untuk menegakkan Islam dan melaksanakan jihad seperti yang dikehendaki Islam.
Demikianlah masyarakat Melayu mula membenci orang-orang yang hidup sederhana, yang tidak menyintai dunia, dan yang mengamalkan sikap zuhud. Segala-galanya dinilai dengan wang ringgit.
Masalah negara dilihat penyelesaiannya dari sudut ekonomi, dan bukannya dengan cara yang dikehendakki oleh Islam.
Kemudian pada dekad-dekad terakhir lapan puluhan lahirlah Dasar Ekonomi Baru, Amanah Saham Nasional, 30 peratus penyertaan bumiputra dalam sektor perusahaan, Loteri Kebajikan Masyarakat, dan berbagai lagi perkara yang menjurus kepada soal kebendaan semata yang kesemuanya bertentangan dengan prinsip Islam.
Aspek politik adalah yang paling utama menerima kesan dari sekularisme.
Perlembagaan Malaysia adalah bukti yang paling jelas dalam hal ini. Ia menafikan kekuasaan Allah, Rasulnya dan AlQuran.
Politik dan agama menjadi terpisah.Sedangkan sepertimana yang kita tahu dalam Islam agama dan politik adalah satu.Tidak bercerai berai.
Ini bermakna Islam dan politik tidak dapat dipisahkan, di mana ia bertentangan sama sekali dengan hakikat perjalanan politik di Malaysia.
Politik kita sekarang adalah acuan dari Barat, politik yang mengutamakan nafsu dan kebendaan.
Apabila benda-benda menguasai manusia, maka mereka pun tenggelam dalam suasana hidup yang tidak ada berpedoman, semuanya bertuhankan nafsu.
Sebab itulah hidup masyarakat kita hari ini sedang menuju ke arah kehancuran, akibat merebaknya pengaruh sekularisme itu, bahkan ianya dibelai pula oleh pemerintah kita, oleh kerajaan BN, menjadikan orang Islam di Malaysia terlalu individualistik, hidup mementingkan diri, mengejar kemewahan dan sebagainya.
Projek-projek membazir sudah menjadi semacam satu pemujaan, semuanya adalah kerana faham kebendaan telah berakar umbi ke dalam jiwa Melayu yang mengaku beragama Islam.
Mampukan orang-orang Melayu sorot balik ke belakang? Soalnya terletak kepada orang Melayu sendiri.
Dan jika sekiranya kita berminat untuk menegakkan Islam, kita haruslah memerangi fahaman ini yang menjadi halangan utama ke arah merealisasikan cita-cita Islam itu.
Kenyataan Presiden Pas :
PAS adalah Parti Islam yang memilih pendekatan Demokrasi. Walaupun demokrasi itu ciptaan manusia, tetapi kelahirannya adalah fitrah menentang kezaliman sejak dulu kala, ia juga adalah kebijaksanaan yang wajib dipungut oleh umat Islam dengan reformasi mengislahkan Demokrasi itu berpandukan Islam, kerana sabda Rasulullah S.A.W.: "Kebijaksanaan itu laksana barang tercicir yang mesti dipungut oleh seorang yang beriman di mana sahaja dia mendapatinya , maka dia yang lebih berhak memililkinya".
Petunjuk Allah dalam Kitab dan Sunnah Rasulnya (SAW) tetap menjadi panduan yang meletakkan sempadan kebebasan kebijaksanaan akal manusia yang tidak dikongkong peranannya untuk berijtihad dalam perkara yang diizinkan.
Di sinilah perbezaan Islam dengan ideologi ciptaan manusia .
Senario politik negara kita mundur ke kebelakang menghakis demokrasi, bukan sahaja oleh cara pilihanraya yang tidak adil, secara penipuan dan pencabulan yang sangat canggih dan seni, dicengkam pula dengan undang-undang yang nyata mencabuli kebebasan rakyat dan menyelamatkan kezaliman, saperti ISA, OSA, Akta Polis, AUKU terhadap pelajar dan pensyarah.
Akta yang mencengkam media, menakutkan semua lapisan rakyat, seperti memaksa pegawai kerajaan berikrar dengan 'Akujanji' supaya ta'at secara mutlak seperti menta'ati Allah bahkan mengatasi perintah Allah .
Mereka juga dikongkong undang-undang dan peraturan yang menyekat pertumbuhan minda.
Kegagalan menangani jenayah menyumbang kepada pertambahan jumlah banduan di penjara.
Institusi keluarga pula menjadi rapuh oleh sistem pendidikan yang lemah dan tarbiyah media yang masuk ke dalam isi rumah tanpa batas dan kawalan yang betul.
Nasib rakyat di semua peringkat, para pegawai, pekerja, petani, nelayan, peneroka bandar bahkan seluruh rakyat dibelenggu oleh berhala Madiyyah (Kebendaan) dan kelemahan sistem ekonomi yang sarat dengan amalan kronisme, nepotisme, penipuan, riba dan rasuah, tanpa memikirkan dosa dan pahala serta memberi keadilan untuk semua.
Kini wujud pula unsur-unsur Kapitalisme Neo-Liberal, jelmaan baru dalam bentuk Perjanjian Perdagangan Bebas kuasa besar seperti Amerika Syarikat atau US-FTA yang memeras-ugut serta menakluki semula negara-negara dunia ketiga dan membangun.
Segala aspek kehidupan dipengaruhi permainan politik yang mahu mengekalkan kuasa secara mutlak dengan menodai adab-adab dan lunas-lunas demokrasi berkhadamkan nafsu yang ingin berkuasa selama-lamanya.
Badan Kehakiman, Badan Pencegah Rasuah, Suruhanjaya Pilihanraya dan seluruh pemantau keadilan ditutup ketelusannya oleh kuasa politik yang mempertahankan kedudukan tanpa batas.
Rakyat pula kebingungan diperbodohkan oleh kemiskinan ilmu yang bermanfa'at dan tanpa maklumat yang telus dan adil.
PAS tetap tidak lupa tindakan kerajaan BN yang tidak Demokratik terhadap kemenangan PAS di Kelantan, di Terengganu dan layanan tidak adil terhadap wakil wakil rakyatnya yang menang dengan perjuangan gigih walaupun terpaksa mengatasi penyelewengan Demokrasi, namun tidak dihormati kemenangannya dengan berbagai cara yang zalim, saperti perisytiharan darurat secara lakunan di Kelantan tahun 1978 semata-mata untuk menjatuhkan kerajaan negeri di masa itu juga menjatuhkan kerjaan Terengganu 1961 secara kotor.
Kerajaan Pusat BN juga tidak menghormati kemenangan PAS di Kelantan kali kedua bermula tahun 1990 dengan menafikan beberapa hak kerajaan negeri dan memulaukannya dalam banyak perkara .
Kemenangan PAS 1999 di Terengganu pula tidak dihormati dengan merompak royalti petroleum serta mengekang kelancaran pentadbiran kerajaan negeri dengan pelbagai cara birokrasi Kerajaan Pusat.
Perjalanan PRU 11 tahun 2004 adalah secara lebih kotor daripada sebelumnya, menafikan hak wakil rakyat pembangkang yang menang di kawasan masing-masing secara kasar dan halus.
Seterusnya BN menang besar dalam pilihanraya itu dengan dirancang secara tidak bermoral, bermula dengan persempadanan semula sehingga kedudukan Daftar Pemilih yang sangat dipertikaikan kebersihannya.
Rakyat menyaksikan peratusan keluar mengundi hampir memecah rekod dunia. Ini didakwa pelbagai pihak sebagai barang pasti melibatkan kementerian dan jabatan tertentu termasuk SPR, Jabatan Pendaftaran Negara dan lain-lain, yang kini diketahui oleh umum dan Allah Maha Mengetahui.
PAS telah berjaya mendidik ahlinya supaya cekal menghadapi ketewasan pilihanraya dengan cara yang tidak adil ini, dan bersabar lagi untuk menunggu pilihanraya sehingga beberapa tahun dan generasi, tetapi ingatlah, bahawa Islam dan maruah manusia secara naluri, mengharamkan kita terus dihina dengan zalim seperti ini.
PAS yang berpegang teguh kepada ajaran Islam tetap istiqamah memilih ‘Muwajahah Silmiyyah’ dengan akhlak yang diajar oleh Islam, dalam masa yang sama Islam mengajar kita menjadi umat yang bermaruah dan maruah adalah tinggi nilainya.
Wajib menentang kezaliman, dan penyelewengan.
Sabar memilih perdamaian ada batasnya, tetapi kita haram dihina dan menyerah kalah kepada mereka yang tidak menghormati cara yang benar dan adil.
PAS wajib memimpin rakyat untuk mempertahankan demokrasi dengan mempertahankan maruah harga diri manusia, tangan-tangan pencuri kuasa melalui jenama demokrasi hendaklah dihukum dengan adil.
Islam meletakkan perjuangan menentang kerajaan yang zalim adalah Jihad Afdal.
Selamatkan Demokrasi serta berjuang Menegakkan Keadilan bagi menjaga martabat insan yang merdeka, agar kita juga mampu menawarkan manusia bagi memakmurkan bumi ini dengan peraturan hidup Islam dan nilai-nilai sejagat.
Haram menyerah kalah kepada kezaliman dan penipuan!
Hudud ?
Saya ada dengar sebelum daripada ini. Saya ada pernah terdengar atau terbaca kenyataan jika Pas berjaya membentuk kerjaan maka Undang2 Hudud akan di laksanakan.
Tapi tak pasti pula, jika Pas berjaya bentuk kerjaan peringkat federal atau negeri. Setakat ini Pas dah ada 3 negeri. Kelantan, Trengganu dan terbaru Kedah. Tak pasti pula saya samada di tiga2 negeri yang Pas perintah itu telah dilaksanakan Undang2 Hudud. Boleh jadi juga Hudud dilaksanakan di tiga negeri itu tapi tidak diheboh2kan untuk mengelakkan publisiti yang mungkin akan menakutkan kemasukan pelabur asing, atau untuk mengelakkan rencatan kepada jalinan kerjasama Pas dengan parti non muslim DAP dalam Pakatan Rakyat.
Secara peribadi saya sokong Undang2 Hudud kerana ianya undang2 tuhan yang diambil dari dalam quran. Sebagai muslim saya wajib menyetakan sokongan walau pun saya sendiri tak tau dan tak berapa faham apa itu Undang2 Hudud.
Secara rengkas pernah tanya kepada kawan dari Pas, apa dia undang2 Hudud. Secara rengkas juga dia xplain, kesalahan mencuri denda atau penjara tak main la, ikut undang2 Hudud kena potong tangan. Kalu berzina, tak ada denda dan tak ada penjara, hukum rejam dengan batu sampai mati sedia menanti di bawah Hudud.
Cantik sangat tu. Sekarang ni pun curi mencuri, rompak merompak, samun menyamun, ragut meragut sampai polis pun dah naik letih. Sama juga dengan sex bebas, kawan dengan kawan, pelajar dengan guru (bukan tok guru), bapa dengan anak, datuk dengan cucu, mak dengan anak, pak sedara dengan anak sedara, sampai pejabat agama pun tak larat nak cekup lagi dah.
So saya memang sokong Hudud. Cuma nak minta kalu ada yang faham dan reti bab Hudud ni tolong cerita sikit benda baik ni supaya lebih ramai orang yang akan tau, dan semakin ramai orang yang akan terbuka pintu hati untuk bersama-sama dengan Pas.
Kenyataan Dato' Dr Haron Din :
Sistem pemerintahan di Malaysia terbentuk daripada dua sistem perundangan iaitu, pertama, pemerintah Kerajaan Pusat atau 'Federal Government' dan kedua, Kerajaan Negeri atau 'State Government'.
Kerajaan Pusat dibentuk selepas parti politik memenangi majoriti kerusi-kerusi Parlimen. Demikian juga di negeri-negeri, mana-mana parti yang dapat membentuk majoriti mudah, maka merekalah yang membentuk kerajaan.
Kuasa tertinggi adalah Kerajaan Pusat, mengikut kehendak Perlembagaan, kerajaan negeri perlu patuh dan tertakluk dengan kuasa Kerajaan Pusat.
Kerajaan negeri tidak boleh membuat undang-undang sendiri yang bercanggah dengan Kerajaan Pusat.
Oleh kerana itu, persoalan hudud adalah termasuk dalam peruntukan undang-undang yang dibolehkan oleh Kerajaan Pusat atau tidak. Buat sementara ini Kerajaan Pusat tidak meluluskan undang-undang berkait hudud dilaksanakan di peringkat negeri.
Ini bererti bahawa undang-undang hudud perlu patuh kepada Parlembagaan Malaysia, maka dengan sendirinya, jika PAS tidak menguasai Kerajaan Pusat atau Perlembagaan yang ada belum diubah, ia tidak dapat dilaksanakan.
Jika sekiranya negeri mahu melaksanakan undang-undang hudud, ia mesti mendapat persetujuan Kerajaan Persekutuan.
Dengan pemahaman yang mudah, kerajaan-kerajaan negeri PAS, belum diizinkan untuk melaksanakan undang-undang hudud.
Kita perlu bersabar sehingga Kerajaan Pusat dikuasai oleh PAS sehingga Perlembagaan Persekutuan dapat diubah, maka barulah ia menjadi keutamaan.
Untuk sekarang ini kita mengambil panduan daripada al-Quran, tentang apakah keutamaan PAS dalam soal pemerintahan.
Renungi kenyataan-kenyataan Nik Aziz berikut,
“Kita bersyukur dengan pendirian DAP sekarang, kerana mereka sudah berubah sikap dan sanggup bekerjasama dengan PAS, asalkan tidak mendirikan Negara Islam.” Berita Harian, 12 Mei 1999.
Sedara2 penyokong Pas minta tolong buat sentuhan sedikit, BOLEH ???
Sedara Nazim, harap beri laluan kepada penyokong Pas dulu, bcoz if you like to touch on the topic I welcome you later.
Cuit menulis ....
" Kerajaan Pusat dibentuk selepas parti politik memenangi majoriti kerusi-kerusi Parlimen. Demikian juga di negeri-negeri, mana-mana parti yang dapat membentuk majoriti mudah, maka merekalah yang membentuk kerajaan "
1. Parti yang menang majoriti (dominan) sahaja yang boleh membentuk kerjaan, bukan begitu ker ????????
2. Bagaimana kalu Pas tidak dominan dalam Pakatan Rakyat, boleh kah Pas membentuk kerjaan ?????
" Ini bererti bahawa undang-undang hudud perlu patuh kepada Parlembagaan Malaysia, maka dengan sendirinya, jika PAS tidak menguasai Kerajaan Pusat atau Perlembagaan yang ada belum diubah, ia tidak dapat dilaksanakan "
1. Haa tau pun kata nak laksanakan Hudud kena patuh kepada Perlembagaan Malaysia.
2. Haa sedar pun kalu Perlembagaan Malaysia tak di ubah atau di pinda, Hudud tak boleh di laksanakan.
Saya nak tanya. Sedar tak, kalu nak usulkan pindaan kepada Perlembagaan Malaysia perlu kepada sokongan tidak kurang daripada 2/3 ahli dewan (Dewan Rakyat tau, bukannya Dewan Pemuda Pas atau Dewan Muslimat Pas).
Ada ker sebanyak itu ahli parlimen Pas dalam DR nanti ? Tak apa kami ada kawan2 ahli parlimen dari DAP. Hmm baguih laa, kalau DAP mengundi sokong Pas ubah Perlembagaan Malaysia untuk memberi laluan kepada perlaksanaan Hudud di negara ini, mudah2an depa boleh ikut sama dengan Pas masuk syurga.
Tak apa lah, Umno masuk syurga kemudian sikit kerana tak undi sokong kepada usul dari Pas, janji masuk jangan tak masuk langsung sudah...
Kepada yang fanatik Pas ...
DAP menolak Penubuhan Negara Islam kerana menurut Karpal, ia bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan. Di atas dasar itu, pada tahun 1990, ketika DAP bersama Parti Melayu Semangat 46 dan PBS di dalam Gagasan Rakyat, Karpal berkata,
“Langkah mayat saya dulu…”
Dan tiga minggu lepas, Karpal sekali lagi berkata,
“Langkah mayat saya dulu…”
Sebanyak 2 kali Karpal Singh sebut, maknanya dia tak main2. Baru2 ni pun dia ulang lagi, masih terdengar2 di telinga saya. Maknanya orang tua tu walau pun duduk atas kerusi roda, hati dia tetap keras sekeras batu pepejal, dan bukan lembut macam batang keladi (rujuk posting saya berkenaan kenyataan Nik Aziz pada Mei, 1999).
So kepada anda yang hujah berdegar2 dan berapi2 tu ... minta sangat2 tolong xplain kpd yang duk kelabu tak habis2 macam saya ni.
Alhamdulillah, nampaknya kita sedang melalui proses alignment yg sihat dlm menentukan arah tuju politik negara kita. Secara amnya, semua menginginkan kerajaan yg bersih. 'Penyokong DAP' pun ada berkata sedemikian.
Sbg seorang muslim, hubungan baik antara manusia, sesama Islam dan org Islam dgn bukan Islam amat penting. Cuma dlm soal kepincangan dlm negara bnyk faktor penyumbangnya, termasuk kerajaan dan sikap masyarakat yg berbilang bangsa itu sendiri.
PAS akur bhw bukan Islam masih belum faham akan Islam pd thn 1999 dan bukan Islam tdk dpt menerima pendirian PAS. Sejak thn 2008, PAS merasakan perlu mendekati mereka dengan baik agar mereka faham ttg Islam. Ini perlu difahami bhw PAS bukannya menukar pendirian spt selalu diwar2kan UMNO. Cuma pendekatan shj yg berbeza sptmn mana kita mengajar seorang mualaf (saya mengganggap Dr. Tee sbg saudara Islam dan bukan lagi mualaf) beribadat, perlu ada tahap2 senang dan sukarnya. Ttg seorang dua pemimpin DAP yg menentang tu, tak dapat kita nafikan. Cuma saya agak bimbang dgn tindakan PAS yg terlalu berlembut dan adkalanya tdk kena tmpt.
Keputusan PRU12 yg membawa kemenangan bsr kpd PR memberi erti yg besar. Perkembangan setahun dua ini saya mendapati PAS memperolehi kredit yg tinggi. Kepada ahli dan penyokong PAS pertingkatkanlah usaha menarik lbh ramai pengundi baru. Tingkatkan juga dakwah kpd ahli UMNO dan yg lainnya.
Mungkin kini anda (PAS) telah diberi kepercayaan oleh ramai rakyat termasuk penyokong DAP (penyokong PKR saya tidak pasti)menggagahi teraju ngr (saya menggunakan perkataan menggagahi dan tidak mengepalai kerana tdk ingin merujuk kepada konteks hiraki kerana jelas byk cabarannya). Terlalu berkeras, dijauhi, terlalu berlembut, dipijak. Selain itu tunaikan dan jagalah tanggungjawab anda dikawasan masing2. Kendurkan sedkit politik dalaman dan sesama rakan, sempurnakan kerja2 hingga selesai apabila tiba PRU seterusnya.
Buat kita, teruskan momentum kita berbincang di sini kerana ketahuilah sentimen seluruh rakyat Malaysia hanya dpt ditentukan dlm PRU13 kelak.
Saudara cuit menulis(4.09),
'Oleh kerana itu, persoalan hudud adalah termasuk dalam peruntukan undang-undang yang dibolehkan oleh Kerajaan Pusat atau tidak. Buat sementara ini Kerajaan Pusat tidak meluluskan undang-undang berkait hudud dilaksanakan di peringkat negeri'
Cuba kita sorot kembali peristiwa yang lepas2.. sebelum kita dengan mudah membuat rumusan sendiri. Saya kutip bicara berkenaan hudud ini dan akhirnya saya keliru. UMNO kata begini dan PAS kata begitu... saudara cuit pula kata beginun... pening sekali lagi.
http://bicaramuslim.com/bicara7/viewtopic.php?f=1&t=4157&sid=dbe4471b5d6be9dcf8e88df8bb6a1b31
http://www.mykmu.net/modules.php?name=News&file=article&sid=2872
http://www.mykmu.net/modules.php?name=News&file=print&sid=2454
http://www.malaysiakini.com/news/11780
Saya sertakan juga link kepada Enakmen hudud dan qisas terengganu. Kelantan saya tak jumpa.
http://www2.esyariah.gov.my/esyariah/mal/portalv1/enakmen/State_Enact_Ori.nsf/f831ccddd195843f48256fc600141e84/cb36901c419ea86448257385002c3dc8?OpenDocument
Maaf:
http://www2.esyariah.gov.my/esyariah/mal/portalv1/enakmen/State_Enact_Ori.nsf/f831ccddd195843f48256fc600141e84/cb36901c419ea86448257385002c3dc8?OpenDocument
Salam Dr dan Semua,
Ribuan maaf Dr lari tajuk.
Ingin berkongsi:
LAGI PENGKHIANATAN UMNO PADA AGAMA, BANGSA DAN NEGARA.
SILA LAYARI :-
http://bigdogdotcom.wordpress.com/2010/07/20/kerajaan-perak-terus-bagi-tanah-kepada-sekolah-cina/#comment-25839
TERBUKTI PERJUANGAN UMNO
Didalam Ketuanan Melayu adalah satu retorik UMNO bagi mencapai/menjadi boneka/proxy tokey2/kaum Cina?
UNDILAH PAS.. PAS FOR ALL.
Saudara-saudara yang beriman dan budiman sekalian,
Untuk mendapatkan maklumat dan berita yang seimbang, saya nasihatkan berikut:
1. Jangan bergantung pada maklumat dari akhbar dan media arus utama yang dikuasai UMNO sahaja. Perlu juga membaca akhbar dan media yang bukan dikuasai oleh UMNO seperti berikut:
akhbar Harian Sinar;
Harakah;
Siasah;
Suara PKR;
Roket; dan saluran tv:
Awani (astro)
laman web MALAYSIAKINI dan
MalaysiaInsider
Mereka yang tahu bahasa Cina kira beruntung, ini kerana semua akhbar Cina siarkan berita UMNO, PAS, PKR, MCA, DAP, MIC, kerajaan negeri BN atau PR secara adil dan saksama, diberikan liputan tanpa 'pilih kasih'.
Jika anda penyokong UMNO dan BN, anda tidak sakit hati membaca akhbar Cina. Tetapi jika membaca Harakah dan Suara PKR, mungkin awak cepat dapat penyakit darah tinggi dan sakit jantung kerana sentiasa marah dan bengang membaca uduhan skandal-skandal yang berlaku di bawah kerajaan BN!
Jika anda penyokong PAS dan PR, awak lagi cepat mengidap penyakit darah tinggi jika hari-hari membaca Utusan Melayu dan Berita TV1 dan TV3 yang menyerang tokoh pemimpin PR dan mengkritik kelemahan pentadbiran kerajaan negeru PR!
Belajarlah bahasa Cina cepat jika tak mahu sakit hati!
Assalam Dr,terima kasih kerana begitu memahami budaya bangsa Melayu. Dari pemerhatian saya, bangsa saya ni, lurus, baik sangat, naif dan 'simple'. Sebab itu mudah ditipu. Sesuatu yang menyedihkan saya, penipu ini bukan dari bangsa2 lain, tetapi penipu dan jerung besar atau pengkhianat adalah dari bangsa kami sendiri. Dari bacaan, kajian dan pengalaman, anak2 muda serta golongan berpendidikan tinggi sekarang ini menentang parti yang Dr sokong kerana sebab2 yang munasabah dan kukuh. Penyokong PAS ada alasan yang munasabah untuk menolak perpaduan yang Dr sarankan. Sebagai pemerhati, saya agak sukar untuk mempercayai keikhlasan pemimpin UMNO. Sejarah serta perlakuan terkini merupakan sempadan dan tauladan yag perlu diambil kira sebagai panduan.
Mana dia jawapan kepada persoalan sekiranya PR menang dan DAP lebih menang banyak dari PAS? Siapa yg jadi PM dan bolehkah undang-undang Islam dilaksanakan? Sila jawab.
Hudud tidak sesuai dilaksanakan di Kelantan. Kadar kemiskinan paling tinggi di Malaysia. Peluang pekerjaan terhad. Rakyat tidak mempunyai akses untuk menikmati taraf hidup yang baik.
Jika hudud dilaksanakan, rakyat akan menjadi mangsa akibat kegagalan PAS menyediakan suasana kehidupan yang kondusif.
Perkara pertama yg PAS perlu lakukan adalah meningkatkan taraf ekonomi dan pendapatan rakyat.
Jika ini gagal dilakukan, janganlah mimpi untuk melaksanakan hudud. Nanti timbul salah faham bukan Islam terhadap Islam spt mengatakan Islam zalim, ala-taliban, ala-PAS dan sebagainya.
Saudara Rakyat
Pakailah sikit common sense bila tanya soalan macam itu.
Andai katakanlah DAP menang lebih banyak kerusi. Lu pikir DAP mau mintak kerusi PM bila majoriti penduduk warga adalah Melayu? Bukankah itu sendiri mengundang nahas? Apakah politik yang dianggap licik sampai tergamak terang lagi bersuluh menggilakan kuasa?
Apa gunanya kuasa kalau tidak direstui oleh rakyat majoriti?
Apa gunanya jadi PM 1 term saja? Silap-silap 1 bulan saja.
Saudara Rakyat, niat yang terselit dalam sanubari itu bila tanya soalan macam itu sebenarnya bersangka baik atau yang sebaliknya?
Mana lu punya iman bila tanya macam itu punya soalan?
ajis
Gua sudah banyak baca lu punya komen.
Kadang2 gua pikir lu orang sengaja bikin pasal macam tak mengerti apa lu orang sudah baca.
Saya baca satu kali pun boleh ingat. Kalu tak mau ingat, lu nanti akan jadi mudah lupa.
Macam mana lu mau itu Kelantan bangun bila lu tahan duit mereka. Tak ada duit, bangun apa? Itu pun tak ada duit sudah ada sikit pembangunan. Kalau duit kasi masuk terus, gerenti banyak perubahan.
Ini semua mau kena kasi tanya itu niat.
Kpd Rakyat
Bukan awak sorang sja yang tertunggu2 jawapan daripada para penyokong Pas, saya yang menimbulkan persoalan itu pun tertanya2 kemana pergi habis mereka2 ini menghilangkan diri.
Sebelum ini mereka berhujah berjela2, petik segala firman daripada tok2 guru mereka yang hebat2 tu.
Tapi bila kita tanya satu soalan mudah saja pun dah jem, tak boleh nak jawab. Kalau jadi salesman, macam tu orang panggil " salesman separuh masak ", setakat pandai cakap saja, barangnya orang tak hingin nak beli pun.
Kepada Orang Biasa.
Ikut sistem demokrasi, siapa yang mendapat mandat terbanyak maka dia lah yang layak menduduki kerusi PM. Tak kira lah bangsa dia tu minoriti ke atau majoriti. Umno jadi PM la ni pasal dia majoriti atau dominan dalam BN ... itu hang kena faham la beb.
Habis kalu DAP dominan dalam PR, apa hang ingat senang2 DAP nak bagi laluan dekat Pas pi duduk kerusi PM ? Apa hang ingat DAP tu tunggul mati ker ?
Kalu tadi hang minta Rakyat supaya guna common sense, la ni nampaknya hang pun tak guna common sense juga, pada saya hang " make no sense "
Kalu boleh Penyokong DAP tolong bagi Orang Biasa ni clear sikit tentang sistem dalam demokrasi. Penyokong Pas nampaknya tak boleh di harapkan.
mereka yang sebelum ini
Ku tujukan phrasa ini khas buat para sahabat di kalangan Penyokong Pas dan Penyokong DAP.
" Orang-orang Islam yang berkongsi dengan orang-orang kafir untuk memerintah negara, menjadi kafir atau haram " (Hukum Dewan Ulama PAS Kelantan, Ogos 1993)
" Begitulah tegasnya Nik Aziz dan begitulah juga tegasnya pimpinan-pimpinan PAS lain di dalam menentang kerjasama dengan Parti-Parti Politik Bukan Islam "
" Bahkan, kita tentu masih ingat laungan di tahun-tahun lapan puluhan dan awal sembilan puluhan bahawa, PAS menentang UMNO bukan sebab namanya UMNO, tetapi sebab UMNO itu kafir, Perlembagaan UMNO adalah kafir dan UMNO berkerjasama dengan Parti-Parti Politik Kafir "
Hendaknya adalah di kalangan kalian yang berani berhujah balas bagi mematahkan fitnah ini yang berniat jahat terhadap Pas.
Jika kalian tak response maka saya anggap kenyataan diatas itu bukan lah fitnah tetapi adalah suatu kenyataan yang wajar diterima.
Soalan tambahan : Sekarang ini sudah jadi islam kah para pimpinan dan penyokong DAP ?
Aiyah, lu cakap macam musuh itu orang DAP. Maklumlah, DAP banyak orang Cina, tapi ada orang Melayu juga.
Gua pelik, UMNO kawannya MCA yang 100% tulen Cina. DAP bukannya 100% Cina. Ada Melayu dan ada Cina.
Kalu PAS kawan sama DAP yang bukan 100% Cina, apa pasal lu tak cari pasal sama UMNO berkawan MCA yang 100% Cina?
Ini apa punya logik? UMNO kawan Cina boleh. Tapi PAS kawan DAP tak boleh.
Saudara penyokong PAS
setelah membaca komen2 dan hujah2 anda dan nadim saya tak jumpa lagi dasar2 PAS. tulis la saya nak tahu
Bila tokgaru tulis pasal hukum dewan ulama PAS, gua pun buat research sikit.
Google kasi satu cerita pasal Dewan Ulama PAS minta umat Islam boikot majalah Al-Islam.
Lagi satu pasal orang kafir. Jadi gua kasi kopi dan pes kat bawah sini,
1. Al-Quran juga merakamkan kisah dua orang pekebun dalam surah al-Kahfi. Firman Allah yang bermaksud: “Dan berikanlah kepada mereka sebuah perumpamaan dua lelaki, kami jadikan bagi seorang di antara keduanya yang kafir dua buah kebun anggur dan kami kelilingi kebun anggur itu dengan pohon-pohon kurma dan di antara kedua kebun itu kami buatkan ladang.
2. Ada juga yang menganggap bahawa dunia ini sebagai tempat yang buruk dan menolak kehidupan dunia kerana mereka berdasarkan beberapa ayat-ayat al-Quran dan hadis yang menggambarkan bahawa dunia tempat bagi orang kafir sahaja. Sebagai contoh mereka berdalilkan sabda Rasulullah saw yang bermaksud “Dunia merupakan penjara bagi orang mukmin dan syurga bagi orang kafir”. (Diriwayatkan oleh Muslim dari Abu Hurairah – 2956)
3. Bukan maksud dari hadis ini mengharamkan orang mukmin menikmati perkara-perkara baik malah ia merupakan antara amalan yang baik dan dikira sebagai amal soleh. Maksud hadis ini bahawa orang mukmin dalam dunia ini adalah terikat dengan tanggungjawab dan amanah yang mesti ditunaikan terikat dengan halal dan haram, tidak boleh melakukan kecuali dibenarkan oleh syarak. Berapakah banyak perkara yang kita idam hendak lakukan tetapi tidak dilaksanakan kerana perkara itu bertentangan dengan roh syariat Islam. Kita hanya mengharap keredhaan Tuhan. Inilah yang dimaksudkan dunia penjara bagi orang mukmin.
Maksud dengan syurga bagi orang kafir kerana mereka bebas untuk melakukan apa sahaja yang disukainya tanpa ada had batasan dan tidak terikat dengan mana-mana peraturan dan syariat.
Lagi sikit cerita pasal kafir dari Dewan Ulamak PAS,
Ia adalah fahaman penyatuan yang bercanggah dengan syariat Islam yang berhubung dengan hukum al-wala'. Yang dikehendaki dengan hukum al-wala' ialah ajaran Islam yang melarang Muslimin daripada memberikan hak persahabatan, perlindungan, kepimpinan, kasih sayang dan pertolongan kepada golongan kuffar dan musyrikin dalam perkara yang menyalahi ketaatan kepada Allah s.w.t. atau di dalam perkara yang menyalahi hak persaudaraan sesama Muslimin.
Dari sini dapatlah difahami bahawa hukum wala' di dalam masalah kepimpinan bukanlah semata-mata persoalan setakat memastikan kekuasaan mutlak tidak berada di tangan golongan kuffar seperti yang difahami secara menyeleweng oleh penulis buku "Permasalahan Agama dan Politik" tetapi ia sebenarnya adalah persoalan memastikan bahawa orang-orang kafir tidak mendapat kuasa yang boleh menghalang orang-orang Islam daripada melaksanakan ketaatannya kepada Allah s.w.t. secara sempurna.
Di dalam negara yang mengamalkan nasionalisme sekular pada hari ini kuasa yang diberikan oleh perlembagaan negara kepada Muslimin adalah kuasa yang tidak melibatkan kebebasan mereka melaksanakan hukum Allah s.w.t. atau dengan kata lain ia adalah kuasa yang tidak menafikan kemestian orang-orang Islam mentaati orang-orang kafir di dalam hukum dan peraturan ciptaan mereka. Oleh itu persoalan para khalifah Islam yang terdahulu melantik dan memberi ruang kepada orang-orang kafir menjawat beberapa jawatan negara tidaklah boleh disamakan dengan corak pentadbiran negara sekular pada hari ini. Pemberian jawatan kepada golongan kafir zimmi pada zaman itu adalah berlaku di dalam suasana terlaksanya hukum Allah s.w.t. secara sempurna dan megah dan tidak pula membawa kerugian kepada umat Islam.
Seterusnya perlulah diingatkan mengenai kesesatan penulis tersebut yang cuba meletakkan persoalan melantik orang-orang kafir di tanah air pada hari ini sebagai termasuk di dalam rukhsah yang dibenarkan oleh syariat Islam. Perlulah difahami bahawa rukhsah di dalam Islam adalah digantungkan di dalam perkara ketaatan kepada Allah s.w.t. semata-mata. Ia sama sekali tidak dibenarkan dalam perkara maksiat dan mungkar seperti rukhsah yang difahami oleh penulis buku tersebut kerana rukhsah seperti itu adalah rukhsah yang membuka jalan untuk melakukan perkara yang amat mungkar iaitu menolak hukum Allah s.w.t. yang wajib dilaksanakan di dalam negara yang merupakan syarat kerjasama di antara orang-orang kafir dengan orang-orang Islam yang diletakkan oleh penjajah. Menolak hukum Allah s.w.t. dan menggantikannya dengan hukum ciptaan manusia adalah perbuatan syirik yang mengeluarkan seseorang daripada Islam, firman Allah s.w.t. di dalam Surah As-Syura ayat 21 yang berbunyi:
Apakah mereke mempunyai sembahan-sembahan selain Allah s.w.t. yang mensyariatkan untuk mereka agama yang tidak diizinkan Allah s.w.t. .
Seterusnya perlulah ditegaskan pula mengenai kesesatan penulis buku tersebut apabila beliau meletakkan perkara memberi sebahagian kepimpinan umat Islam kepada orang kafir sebagai termasuk di dalam taqiyyah yang dibenarkan oleh Islam. Perlulah difahami bahawa hukum taqiyyah hanyalah dimaksudkan oleh syarak sebagai rukhsah kepada orang perseorangan sahaja dan di dalam keadaan yang berkait dengan paksaan sahaja. Ia tidak dibenarkan untuk menjadi suatu kaedah umum yang boleh dipakai oleh umat Islam di dalam menghadapi golongan kuffar kerana hal tersebut akan menghilangkan kewajipan hukum jihad.
Gua pun periksa pasal Nik Aziz. Gua buat google nak tahu apa Nik Aziz cakap pasal kawan dengan parti bukan Islam,
Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat berkata, bagi menjayakan perjuangan Islam, umat Islam masih perlu bergantung kepada masyarakat bukan Islam bagi menjayakannya.
Itu atas berita 13 Jun 2010, linknya boleh kasi periksa di http://www.malaysiakini.com/news/134428
Katanya, Nabi Muhammad - yang diibaratkannya sebagai "pemandu pertama" ajaran Islam - juga melakukannya pada zaman awal penyebaran agama Islam, termasuk mendapatkan perlindungan daripada bapa saudaranya Abu Talib yang tidak memeluk agama itu.
Mengaitkannya dengan politik semasa di mana PAS bergabung bersama parti bukan Islam seperti DAP, Nik Aziz berkata, tahaluf atau kerjasama politiknya dalam Pakatan Rakyat mengambil iktibar daripada sunah Rasulullah itu.
"Bagaimana hendak bawa Islam kalau timbul lagi isu tahaluf (kerjasama), dulu dengan Semangat 46, sekarang ini dengan DAP? (Hendak) marah kita kawan dengan DAP.
"Tolong beritahu pada Umno, bagaimana susah nabi (berjuang) sampai kena potong perkataan 'rasulullah' dalam perjanjian dengan Mekah. Sampai begitu Nabi buat asal Islam boleh bertahan," katanya yang juga menteri besar Kelantan.
Nik Aziz berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penangguhan mursyidul am dalam muktamar PAS ke-56 bertemakan "Islam Adil untuk Semua" di Pengkalan Chepa petang ini.
Dalam perjanjian Hudaibiah antara Nabi Muhammad dan kafir Quraish, baginda terpaksa menggugurkan perkataan "rasulullah" sebagai gandingan namanya kerana bagi menjayakan 'gencatan senjata' dengan golongan itu.
Walaupun ditentang banyak sahabatnya, tindakan itu akhirnya membawa banyak faedah kepada kerajaan Islam yang baru bertapak di Madinah ketika itu.
Gua pikir itu tokgaru taklah elok fitnah sama Tok Guru Nik Aziz.
Banyak orang kasi sama respect dengan Tok Guru Nik Aziz.
joe
saya bikin satu google pasal itu dasar PAS, itu wikipedia kasi tulis macam ini,
Dasar
Dasar yang diperjuangkan oleh PAS ialah lslam dengan seruannya ialah Allahu Akbar. Hukum tertinggi sekali dalam pegangan PAS ialah Kitabullah (al-Quran) dan Sunnah Rasul serta ljmak dan Qias yang terang dan nyata.
Bagi mencapai tujuan atau matlamat perjuangannya, usaha-usaha yang dilakukan oleh PAS termasuklah:
1. Menyeru umat manusia kepada syariat Allah dan sunnah Rasulullah melalui dakwah, sama ada secara lisan, tulisan mahupun amalan.
2. Memperjuangkan Islam sebagai akidah dan syariah serta menjadikannya sebagai panduan berpolitik dan bernegara serta memperkenalkan nilai-nilai ke-lslaman dalam usaha menegakkan keadilan dan kemajuan di segenap bidang termasuk pemerintahan dan pentadbiran, ekonomi dan sosial serta pelajaran dan pendidikan.
3. Memupuk dan memperkuatkan ukhwah lslamiah dan menyuburkan rasa perpaduan di kalangan rakyat bagi memelihara kehidupan politik dan masyarakat yang sihat dan berkebajikan.
4. Mengajak dan menggalakkan badan-badan, pertubuhan-pertubuhan dan orang-orang perseorangan bagi mengenali dan memahami serta memperjuangkan konsep dan pandangan hidup lslam.
5. Menyediakan rencana-rencana dan bertindak bagi memperbaiki susunan serta institusi-institusi masyarakat, bentuk politik, keadilan ekonomi dan negara untuk membela kepentingan umat lslam dan rakyat seluruhnya.
6. Menyertai dan bekerjasama dengan badan-badan, persatuan-persatuan atau pertubuhan-pertubuhan yang tidak berlawanan tujuannya dengan PAS bilamana dan selama ia mustahak dan sesuai serta tidak bercanggah dengan undang-undang negara.
7. Mempertahankan Bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi negara yang tunggal dalam amalannya disamping berusaha mengembangkan bahasa al-Quran.
8. Memperjuangkan wujudnya kebudayaan negara berasaskan nilai-nilai yang tidak bercanggah dengan ajaran lslam.
9. Memperjuangkan hak dan kepentingan umat lslam di negara ini tanpa mengabaikan tanggungjawab melaksanakan keadilan terhadap seluruh rakyat Malaysia dan tanggungjawab mewujudkan keharmonian antara kaum di dalam negara ini.
10. Menyertai dan bekerjasama dengan Bangsa-Bangsa Bersatu serta badan-badan lain yang sah bagi mengekalkan keamanan dan menjamin hak-hak asasi manusia serta menghapuskan segala macam kezaliman, kepalsuan, perhambaan dan penindasan di kalangan umat manusia.
11. Melakukan apa-apa juga usaha dan tindakan dalam batas-batas Perlembagaan dan undang-undang negara bagi mencapai semua tujuan-tujuan PAS ke dalam dan ke luar.
Saudara Penyokong PAS,
Saya telah cuba menjawab soalan saudara, soalan saya kepada saudara bagaimana pula ya...?
Marilah kita berlapang dada berbincang dan berbahas dengan jujur dan adil.. jangan main dakwa tanpa rujukan dan aci tangkap borong saja.
Saya mohon sekiranya Ustaz Nasrudin terbaca soalan penyokong Pas pada (1.02)dan saya pada (1.24), apalah kiranya dapat respon dan ulas mengenai isu ini supaya kami jelas dan nyata serta dapat mengelak fitnah sekiranya ada.
Aiyah Nadim
Bukankah En Tan sudah tolong kasi jawapan?
Lu tak lah baca kenyataan Dato' Dr Haron Din?
Gua baca satu kali pun boleh ingat. Mesti ingat baru tak mudah lupa. Baru satu hari sudah kasi lupa.
Kasi scroll up dan baca Dato Dr Haron Din punya kenyataan.
Gua pun ada google pasal Dato Dr Haron Din. Ini dia cakap,
Perlu disedari dan diamati bahawa hakikatnya undang-undang hudud Islam adalah undang-undang Allah SWT. Dia Tuhan kita, Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Allah yang sedemikian sifatnya, bolehkah berlaku apabila Dia menciptakan undang-undang untuk manusia, diciptakan undang-undang yang zalim, kejam dan tidak berperikemanusiaan? Mana mungkin demikian.
Apa yang berlaku sebenarnya adalah salah faham dan salah tanggapan.
Yang pasti adalah, kerana sifat belas kasihan Allah kepada manusialah, maka diciptakan undang-undang hudud, yang amat serasi dan sesuai dengan manusia, demi kebaikan hidup manusia di dunia hingga ke akhirat.
Jangan hanya dilihat kepada hukuman itu secara prejudis atau kerana kononnya kasihan kepada penjenayah yang dihukum sedangkan mungkin kesalahannya tidak seberapa.
Yang ini pulak Dato Dr Haron Din cakap pasal perundangan Islam,
Perundangan Islam adalah sesuatu yang perlu. Keperluan itu lebih mendesak apabila keadaan masyarakat Islam itu sendiri masih jauh ketinggalan dalam bidang penghayatan undang-undang Islam. Apatah lagi pada zaman orang-orang tertentu sering-sering mempergunakan ungkapan penghayatan nilai-nilai Islam dalam masyarakat, sedangkan undang-undang Islam diketepikan dengan alasan yang bukan alasan.
Undang-Undang Islam telah lama dihayati oleh umat Islam, tetapi kerana tentangan dan permusuhan yang sering melanda umat Islam daripada berbagai-bagai sumber maka kelangsungan pelaksanaan Undang-undang Islam terbantut.
Kini semakin ketara bahawa umat Islam mula menyedari betapa perlunya undang-undang itu dihayati semula oleh pemerintah-pemerintah Islam demi menjaga dan membersihkan diri manusia daripada kesesatan dalam pegangan hidup beragama.
Kelangsungan pelaksanaan undang-undang Islam memberi keuntungan duniawi dan ukhrawi kepada orang-orang Islam. Jika tidak, iman seseorang itu boleh dipertikaikan tentang mengapa mereka lebih suka memilih dan melaksanakan undang-undang ciptaan manusia dengan membelakangkan undang-undang Allah s.w.t. Apakah undang-undang ciptaan manusia lebih sesuai daripada undang-undang Allah? Adakah peraturan-peraturan yang direka oleh manusia lebih mulia dan lebih baik daripada undang-undang Allah? Apakah sistem hidup ciptaan manusia lebih mulia dan lebih praktis daripada undang-undang "Rabbani" yang diturunkan oleh Allah?
Disebabkan itu semualah, maka persoalan pelaksanaan undang-undang illahi bagi orang-orang Islam bukanlah suatu persoalan dolak-dalik, tetapi persoalan sebenar yang perlu diberi perhatian dan dicari jalan untuk pelaksanaan undang-undang itu.
Dato Dr Haron Din memberi kesimpulan pasal perundangan Islam,
Pada asasnya tujuan Allah s.w.t menurunkan undang-undang dan peraturan-Nya adalah untuk menjaga lima perkara utama yang amat dititikberatkan oleh manusia sejagat:
i. Menjaga Agama
- dengan cara menjatuhkan hukuman bunuh ke atas orang yang murtad
ii. Menjaga nyawa
-dengan menghukum qisas ke atas pembunuh
iii. Menjaga akal
-dengan menyebat orang yang meminum minuman yang memabukkan
iv- Menjaga keturunan
-dengan menghukum rejam atau sebat ke atas orang yang sabit berzina
v- Menjaga harta
-dengan menghukum memotong tangan (pencuri) atau tangan dan kaki (perompak)
Nadim
Kalau gua boleh dapat jawapan dari google, apalah kurangnya pada lu?
Tak kan lu mau gua tolong kasi cari jawapan tiap2 kali.
Lu bukan budak baby bayi kecil lagi yang perlu kena tolong kasi suap tiap2 kali.
Orang biasa,
Baiklah...Lu punya reference cakap PAS tak boleh jalan Hudud pasal Perlembagaan persekutuan dan Kerajaan Persekutuan tak kasi lulus...baik.
UMNO punya cakap pulak PAS sendiri tak jalankan walaupun sultan sudah lulus diperingkat negeri. Mereka kata bertentangan dengan perlembagaan pulak. Tapi ada PAS bentang diparlimen ke utk kelulusan.
Wa mau tau bila PAS bentang di parlimen dan Kerajaan Pusat tak lulus pula...mesti ada kenyataan bertulis. saya mau tahu dan tengok. baru puas hati. Tolong saya google tengok..lu cakap saya baby pun tak apa. wa no heart feeling. Tapi u kasi tolong saya lor..
Kita mau tau dan siasat sampai habis...ini cerita tergantung tatak bagus lor
Kalaupun betul UMNO/Kerajaan Pusat tolak Hudud PAS yang dibentangkan di Parlimen, Kita mahu gesa PAS membentangkannya sekali lagi dalam masa terdekat ini dan UMNO kena kaji dan buat penambahbaikan dan sokong untuk dilaksanakan. Kalau tak dapat disemua negeri di Kelantan dulu pun jadilah.
Tetapi kalau PAS sendiri kerja separuh jalan dan terhenti setakat diperingkat Negeri sahaja, dan dalam masa yang sama menjemput serta mencipta fitnah kepada saudara sendiri, maka jawablah didepan Tuhan nanti kelak.
Pada fikiran saya, Sekarang ramai orang Islam baik PAS dan UMNO mahukan hukum Islam tersebut.
Apa pun, saya fikir lagi, adalah lebih baik hentikan dulu cakap perpaduan Melayu ini. Kita mula bercakap dan bersatu dulu buat Hudud ini jadi kenyataan pada suatu hari nanti. Disinilah titik mulanya kesatuan kita.
Kita mahu UMNO dan PAS bersatu dalam melaksanakan hukum Islam ini.
We can say to Karpal and the gang that they can go to hell. Kita akan dapat tahu samada karpal menentang secara peribadi ataupun satu kapal DAP berdiri dibelakang dia. Kita nak tengok juga samada Zaid Ibrahim nak ambil tindakan undang2 ataupun tidak seperti yang dilakukannya dahulu.
Aku sendiri nak langkah mayat dia kalau dia nak cakap banyak lagi.
Aiyoh Nadim
Apa punya soalan lah?
Lu mau cakap politik tapi lu tanya soalan yang tak masuk logik.
Kalu PAS bentang apa lu suruh kat parlimen, mana boleh lulus?
Mau tukar perlembagaan, dua per tiga mesti setuju.
Sekarang PAS mana ada dua per tiga.
Apa punya soalan kasi macam ini?
Bila mau bincang, intelektual sikit lah. Jangan malas. Usaha kasi sikit sama google. Kalu tak rajin, jadi kurang ilmu dan nanti bagi soalan yang tak masuk akal.
Hmm.. Saya biarkan orang lain sahaja untuk mengadili apa yang saya lontarkan.
Letih nak layan orang cakap serupa cina ni.
Nadim
Lu pikir YB Zulkifli Nordin berani bentang usul ini?
Sama-sama kita tunggu dan lihat keikhlasan semua pihak yang akan terserlah waktu itu.
Nadim
Kalu niat betul, letih boleh hilang.
Nadim
Kenapa UMNO tak mau bentang usul tersebut?
Gua pasti PAS akan sokong.
Orang biasa, Aku letih dengan 'orang bebal' macam lu. Sori lah, biar orang lain pulak yg komen.
Orang biasa, Aku letih dengan 'orang bebal' macam lu. Sori lah, biar orang lain pulak yg komen.
Nadim
Tak kan cepatnya putus asa.
Perjuangan PAS pun sudah lebih dari 50 tahun.
Tak kan baru tak sampai 30 minit sudah melabelkan gua dengan sifat yang tak manis?
Nadim
Lu tulis lu mau UMNO dan PAS bersatu dalam melaksanakan hukum Islam ini.
Boleh mintak UMNO cadang dan bentangkan usul ini di parlimen?
Gerenti PAS akan sokong.
Sama ada PAS berjuang bersendirian atau bersama Pakatan Rakyat , PAS tidak akan sama sekali meninggalkan matlamat perjuangannya untuk menegakkkan Islam yang syumul yang merangkumi seluruh aspek kehidupan termasuk hukum hudud.
Dalam masa yang sama PAS juga amat maklum di atas kejahilan majoriti rakyat negara ini tentang hukum hudud tersebut dan batasan serta halangan perundangan, perlaksanaan hukum hudud mungkin tidak dapat disegerakan perlaksanaannya meskipun diandaikan Pakatan Rakyat dapat memerintah negara ini.
Atas dasar itu hasrat melaksanakan hudud tidak pernah menjadi penghalang kepada Pas untuk berkerjasama dengan mana-mana pihak yang menuntut keadilan dan menentang kezaliman.
PAS maklum DAP masih belum menerima hasrat perlaksanaaan hudud di negara ini.
Penentangan DAP bagi PAS bukan perkara yang pelik. Jika Umno yang bermajoritikan orang Islam juga menentang hasrat PAS untuk melaksanakan hudud apalah yang nak dihairankan DAP yang bermajoritikan orang bukan Islam juga menentang hudud. Apabila Kelantan dan Trengganu ( ketika diperintah oleh PAS ) ingin melaksanakan hudud , siapa yang mencabarnya di Mahkamah ? DAP atau Umno ?
Saya optimistik DAP yang mempunyai ramai para intelektual boleh menerima hudud satu hari nanti kerana isu hudud bukan sahaja boleh dipertahankan dari sudut agama malahan juga menurut perspektif intelektual.
Melihat sokongan yang makin meningkat ke atas kelab penyokong PAS dari kalangan orang bukan Islam, DAP kini tidak boleh menyatakan hudud ditentang oleh semua orang bukan Islam.
fatima azzahrah,
Saya setuju dengan pendapat anda. PAS memang sangat serious dengan perjuangan Islam, tidak pernah lihat mereka bertolak ansur. UMNO pulak, kalau benar ia mengambil berat ajaran Islam, tidaklah akan berlaku begitu banyak skandal-skandal di bawah pemeintahan Barisan Nasional. Contohnya kes PKFZ, wang kerajaan (wang rakyat) begitu mudah ditipu dan dicuri oleh buaya-buaya Cina.
Dato Ong Tee Kiat yang membongkarkan kes PKFZ tidak dibela oleh UMNO. Jika UMNO berhati perut Islam, kes PKFZ mesti ditangani dengan pantas dan serious!
Kesimpulan saya, ahli UMNO biasa yang ikhlas sembah Allah, tetapi pemimpin UMNO sembah wang! Taukeh-taukeh Cina yang banyak wang, tak kira wang suci atau wang haram, lebih sesuai dijadikan sekutu UMNO. Tak usahlah UMNO sibuk-sibuk nak bersatu dengan PAS, biar orang DAP yang tidak banyak wang seperti taukeh MCA berkawan dengan PAS. Kalau orang Melayu tidak sokong PAS, sekurang-kurangnya 70% Cina akan sokong PAS asalkan jalannya betul.
Hukum hudud bukan milik eksklusif PAS. Ia adalah tanggungjawab bersama baik Umno atau orang-orang Islam yang lain .
Meskipun Umno menuduh PAS hanya berpolitik di dalam isu hudud , siapa yang boleh menidakkan kesungguhan PAS untuk cuba melaksanakan hukum Allah tersebut. Bukankah PAS yang telah bersungguh-sungguh menggubal enakmen hudud di Kelantan dan Trengganu ( semasa Pas memerintah ) .
Apa yang lebih menarik sebelum Kerajaan PAS Trengganu mengemukakan enakmen hudud di DUN Trengganu , PAS telah mengadakan seminar dan memanggil semua pihak termasukah Umno untuk memberikan pandangan dan kritikan mereka terhadap Enakmen yang ingin dibentangkan tersebut.
Setahu saya ini tidak pernah berlaku dalam sejarah perundangan negara.
Jika PAS berusaha bersungguh-sungguh cuba melaksanakan hukum hudud semasa memerintah Kelantan dan Trengganu, Umno juga tidak ketinggalan bersungguh-sungguh cuba menghalang perlaksanaan hukum Allah tersebut.
Tidak cukup dengan pemimpin Nombor 1 UMNO ( pada masa itu ) menulis surat amaran kepada Kerajaan Kelantan agar tidak melaksanakan hukum hudud, ada juga pemimpin UMNO yang sanggup mencabar undang-undang hudud tersebut di Mahkamah.
Malahan yang lebih teruk sekali pemimpin UMNO sanggup melabelkan hukum Allah tersebut sebagai hukum hudud PAS.
Jika PAS boleh menyokong Bank Islam, Takaful , Universiti Islam mengapakah Umno amat sukar menerima hudud hanya kerana ianya digubal oleh Kerajaan PAS.
Mengapa Umno tidak boleh sama sekali memberi ruang kepada PAS dalam isu hudud ini.
Jika Perlembagaan menjadi penghalang sepertimana yang dikatakan oleh Zahid Hamidi mengapa selama ini Umno tidak bersedia memindanya bagi membolehkan PAS melaksanakan hudud di Kelantan.
Paling minima yang Umno lakukan adalah jangan terus mengeluarkan kata-kata bodoh dalam isu hudud ini.
Ini kerana kamu bercakap tentang hukum Islam.
Dalam perkara yang bukan agama jika kamu salah bercakap, kamu hanya membuat kesilapan dan kesilapan tersebut tidak akan menjejaskan aqidah kamu.
Sebaliknya isu agama lain. Jika salah bercakap sila-silap akan tergelincir aqidah.
Atas dasar itu dalam isu hudud diamnya para pemimpin Umno lebih baik daripada mereka bercakap.
Ini kerana jika mereka diam kita mungkin rasa mereka jahil dalam isu hudud ini sebaliknya jika mereka bercakap barulah kita sedar memang confirmlah mereka ini memang jahil.
Firman Allah swt :
Dan hendaklah kamu menjalankan hukuman antara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah swt. Surah al Maaidah : 49
Sesudah itu , patutkah mereka berkehendak lagi akan hukum Jahiliyyah ? Siapa lagi yang terlebih baik hukumnya ( berbanding hukum Allah swt ) bagi mereka yang yakin . Surah al Maaidah : Ayat 50
Saya tidak bersetuju apabila UMNO sendiri yang mempertikaikan hudud . Mereka mempunyai kuasa memerintah Negara tetapi sejak merdeka mereka gagal melaksanakan hukum Allah swt ini .
Persoalannya kenapa tanggungjawab melaksanakan hukum Allah ini mahu dibebankan kepada Kelantan yang hanya bersifat Kerajaan Negeri dan pasti sahaja banyak halangan dan ketidakupayaan mengatasi kekangan undang – undang bagi membolehkan Kelantan melaksanakan hudud .
Kenapa UMNO sebagai sebuah kerajaan yang telah menguasai Kerajaan Pusat sejak awal malah pernah menang besar pada tahun 2004 , mendapat mandat rakyat yang hampir solid menguasai parlimen enggan melaksanakan hudud ?
Paling tidak , kenapa UMNO tidak pernah membawa usul ke parlimen agar kerajaan BN melaksanakan hudud sedang UMNO juga turut mendakwa mereka adalah parti umat Islam ?
Apa yang tidak kena dengan hudud sehingga ia mahu ditolak dan hasrat PAS mahu melaksanakannya dibantah keras ?
Kenapa tidak memberi peluang kepada Islam menunjuk atau membuktikan keupayaannya menghadapi jenayah yang dilakukan oleh manusia ?
Melaksanakan Islam dan hukumnya bukan bermakna non muslim dipaksa masuk atau menerima Islam .
Melaksanakan Islam juga bukan bermaksud semua orang mesti dihukum , yang dihukum hanyalah mereka yang bersalah dan disabitkan kes .
Hudud tidak zalim , jauh sekali ganas sebagaimana tohmahan sebahagian mereka yang jahil dan berniat jahat terhadap Islam .
Hudud adalah hukum Allah swt dan Allah telah menitahkan seluruh hambanya agar berlaku adil dan membasmi kezaliman/keganasan .
Firman Allah swt :
Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil dan berbuat kebajikan serta member bantuan kepada kaum kerabat dan melarang daripada melakukan perbuatan keji dan mungkar serta kezaliman . Dia mengajar kamu dengan suruhan dan laranganNya ini semoga kamu mengambil peringatan dan mematuhinya . Surah an nahl : Ayat : 90
Salam Ustaz Nasrudin,
"Adam dan Musa berdebat di sisi Tuhan keduanya. Maka Adam mengalahkan argumen Musa. Musa berkata, 'Kamu adalah Adam yang diciptakan oleh Allah dengan Tangan-Nya. Dia meniupkan ruh-Nya kepadamu. Dia memerintahkan malaikat sujud kepadamu, dan Dia mengizinkanmu tinggal di surga-Nya. Kemudian gara-gara kesalahanmu, kamu menjadikan manusia diturunkan ke bumi.'
Adam menjawab, 'Kamu adalah Musa yang dipilih oleh Allah dengan risalah dan Kalam-Nya. Dia memberimu lauh(kepingan kayu atau batu; pent) yang berisi penjelasan tentang segala sesuatu. Dia telah mendekatkanmu kepada-Nya sewaktu kamu bermunajat kepada-Nya. Berapa lama kamu mendapatkan Allah telah menulis Taurat sebelum aku diciptakan?' Musa menjawab, '40 tahun.'
Adam bertanya, 'Apakah di sana tertulis, 'Dan durhakalah Adam kepada Allah dan sesatlah dia.(Thaha: 121)?' Musa menjawab, 'Ya.' Adam berkata, 'Apakah kamu menyalahkanku hanya karena aku melakukan sesuatu yang telah ditulis oleh Allah atasku 40 tahun sebelum Dia menciptakanku?'" Rasulullah Shallallahu Alahi wa Sallam bersabda, "Adam mengungguli argumen Musa."
Sumber: diadaptasi dari DR. Umar Sulaiman Abdullah Al-Asyqar, Shahih Qashashin Nabawi, atau Ensklopedia Kisah Shahih Sepanjang Masa
Saya memetik peristiwa diatas untuk menjawab persoalan kenapa tidak UMNO begitu/begini dan buat itu atau ini dahulu. Nak memudahkan jawapan, Semuanya telah ditulis oleh Allah SWT.
Tetapi yang pentingnya soal sekarang dan masa depan. Apakah kita masih nak berlagu dengan nada yang sama?
Generasi baru dari kedua parti telah mengisi masa sekarang ini dan kita yang baru ini tak ada masa nak berdondang sayang lagi. Kita mahu 'direct to the matter most'.
Sekarang lah masanya untuk kita suburkan kembali usaha untuk melaksanakan Hukum Islam ini.
Sekiranya PAS dan Umno berhati besar, mereka boleh dapat 2/3 diparlimen untuk menggubah perlembagaan bagi memberi laluan pada Hukum Islam ini ditegakkan.
Tinggalkanlah nada politik syak wasangka dan kebencian yang ada sekarang ini dimana kita tidak nampak kesudahan yang baik dihujung jalan.
Wallahualam
Ustaz Nasrudin dan Saudara Ridhuan,
Anda berdua berupaya untuk mendekati pimpinan diatas sana. Boleh tak diusahakan agar apabila pertemuan Tok Guru dan Muhyiddin menjadi kenyataan, perkara pelaksanaan Hukum Islam ini diketengahkan.
Kemungkinan suatu platfom bersama dapat diwujudkan bagi membincangkan rangka kerja dan kaedah serta sasaran masa bagi Hukum Islam ini dijalankan.
Kami dibawah ini jauh beribu batu jaraknya untuk suara kami ini sampai kepada mereka. Anda merupakan generasi baru yang diberi kelebihan oleh Tuhan untuk menggerakkan sesuatu yang baik dan mulia. Lakukanlah...
Apa yang PAS boleh buat wahai penyokong PAS di Selangor?
Tidak dinafikan Sama ada PAS berjuang bersendirian atau bersama Pakatan Rakyat , PAS tidak akan sama sekali meninggalkan matlamat perjuangannya untuk menegakkkan Islam yang syumul yang merangkumi seluruh aspek kehidupan termasuk hukum hudud.
Bagaimanakah yang berlaku di negeri Selangor ketika memerintah bersama dengan pakatan rakyat.
Apakah yang boleh buat . Nak had penjulana arak pun tidak dapat kerana mendapat tentang kuat daripada DAP.
Adakah wajar alasannya di atas kejahilan majoriti rakyat negara ini tentang hukum hudud tersebut dan batasan serta halangan perundangan, perlaksanaan hukum hudud mungkin tidak dapat disegerakan perlaksanaannya meskipun diandaikan Pakatan Rakyat dapat memerintah negara ini.
Bagaimanakah yang terjadi apabila memerintah Negara nanti .
Adakah atas dasar itu hasrat melaksanakan hudud tidak pernah menjadi penghalang kepada Pas atas berkerjasama dengan DAP sedangkan PAS maklum DAP masih tetap tidak boleh menerima hasrat perlaksanaaan hudud di negara ini.
Ini tesangat pelik dan tak masuk akal, kerana UMNO sendiri yang mengaku beragama islam menolak hukum hudud .
Jika Umno yang bermajoritikan orang Islam juga menentang hasrat PAS untuk melaksanakan hudud apatah lagi DAP musuh Allah yang menentang hudud.
Sesiapa yang optimistik bahawa DAP yang mempunyai ramai para intelektual boleh menerima hudud satu hari nanti, mereka tidak percaya dengan wahyu Allah.
Walaupun isu hudud bukan sahaja boleh dipertahankan dari sudut agama malahan juga menurut perspektif intelektual.
Saya boleh kesimpulan bahawa penyokong PAS tergoda dan yakin bahawa bantuan DAP daulat Islam dapat ditegakkan .
Sokongan tidak boleh dijadukan kayu ukur, kerana Allah telah jelaskan dengan nyata fungsi dan pernana orang kafir diatas muka bumi ini.
Seperkara lagi yang sangat pelik dan tidak boleh diterima akal orang beriman bahawa penyokong PAS sangat yakin PAS tidak boleh menang dalam pilihanraya jika tidak bekerjasama dengan DAP.
Oleh itu kerjasama dengan DAP dijalinkan untuk menang dan memerintah Negara.
Ini Nampak dengan jelas penyokong PAS tidak yakin dengan janjii Allah bahawa Islam akan menang.
PAS yakin boleh menang apabila bekerjasama dengan DAP dan dapat melaksanakan syariat Allah apbila memerintah nanti.
Ia jelas tidak berpijak dialam nyata kerana sejarah telah membuktikan bahawa Yahudi pernah khianat pada kerajaan Rasulullah SAW di Madinah.
Jika kerajaan Rasulullah SAW dikhianati apalah sangat dengan kerajaan pakatan rakyat yang dasarnya masih tak keruan.
maaf ya, tumpang sekaki.
Dan sekiranya Allah SWT memberi keizinan, bimbingan dan kekuatan kepada saudara berdua, Insyaallah pimpinan diatas akan terima saranan saudara berdua.
Saudara berdua bukan sahaja menjadi pencetus kepada tertegaknya Hukum Allah di Malaysia ini malah lebih jauh lagi saudara berdua dapat memadamkan persengketaan dan perselisihan sekian lama dan kita semua dapat bersatu di atas tali Tuhan kita.
Alangkah seronoknya kami dibawah ini sekiranya ianya benar2 terjadi.
"Musuh Allah", "kaffir", WHAT THE HELL?! And I thought only BN plays the race and religion card huhuhu. How would you like it for your prophet to be called a pedophile and you lots potential terrorists? This is a multi-racial country. Your Islamo-centric sentiments are of no help to our unique society built on plurality. If you lots still want to live in denial, then I feel sorry for you. Worse comes to worse, there's always Saudi Arabia or Iran. Malaysia belongs to all Malaysian citizens, not just a particular race or religion. Fact.
Come to think of it, I'd rather live with a noble "kaffir" than a self-proclaimed holier-than-thou prophet (*ptuiiii) who's prejudiced against me simply because I don't believe in his/her religion...
Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor (DPPN Selangor) memandang serius kekecohan yang berlaku dalam pentadbiran kerajaan Selangor ekoran isu kawalan penjualan arak sekarang ini.
Memang tidak dinafikan bahawa DPPN Selangor membantah keras tindakan Exco Kerajaan Selangor, Y.B Ronnie Liu yang telah campur tangan dalam menghalang penguatkuasa MBSA yang bertindak ke atas premis yang menjual arak secara terbuka.
DPPN Selangor juga telah menghantar memorendum kepada Y.B Ronnie tanda ketegasan pihak DPPN Selangor dalam membela isu-isu yang berkaitan Ummat Islam.
Walau bagaimanapun, DPPN Selangor tidak akan melayan sebarang percubaan Umno Selangor untuk mengeruhkan keadaan ini.
DPPN Selangor menolak cadangan untuk berdemostrasi bersama-sama Umno bagi membantah perkara tersebut.
DPPN Selangor melihat percubaan Umno untuk memperalatkan isu ini sebagai satu tindakan munafik kerana merekalah sebenarnya punca kekecohan ini.
DPPN Selangor percaya isu ini tidak memberi kesan buruk kepada kerajaan Pakatan Rakyat Selangor, sebaliknya semua masalah ini akan diselesaikan dalam semangat setia kawan.
DPPN Selangor ingin mempertegaskan di sini bahawa isu arak ini bukanlah berpunca daripada DAP atau Kerajaan PR.
Tetapi ia adalah berpunca daripada kegagalan dasar-dasar Kerajaan Umno/BN sebelum ini yang telah menyebabkan berlaku kerosakan di negeri ini.
Adapun masalah dengan DAP ini hanyalah masalah teknikal pentadbiran sahaja yang boleh diselesaikan secara baik.
samb...
samb...
Punca utama masalah ini ialah apabila Umno yang memerintah Selangor semenjak 52 tahun lalu dengan sengaja membiarkan arak dijual secara berleluasa.
Bahkan, di Selangor sendiri terdapat dua buah kilang arak yang besar yang terletak di kawasan penduduk Melayu.
Ternyata slogan ‘Penerapan Nilai-nilai Islam’ dan ‘Islam Hadhari’ yang dilaung-laungkan oleh Umno selama ini adalah palsu semata-mata.
Pemimpin Umno sengaja membutakan hati dan mata mereka terhadap kesan-kesan sosial yang timbul akibat arak.
Sama ada kita sedar atau tidak, bahawa lebih 4,000 pusat hiburan yang disebut oleh Dr Mohd Khir Toyo itu hampir semuanya menjual arak.
Ini belum diambil kira kedai-kedai runcit yang menjual arak seperti 7-eleven dan juga pasar-pasar raya di seluruh Selangor.
Arak pada masa ini dijual secara berleluasa sehingga mendedahkan masyarakat kepada bahaya keruntuhan moral.
Kesan daripada sikap munafik Umno ini, telah timbul gejala sosial yang begitu parah dalam masyarakat, bukan sahaja di kalangan remaja, tetapi juga golongan dewasa dan warga emas.
Arak yang menjadi ibu segala maksiat dijual secara berleluasa dalam negeri yang kononnya hendak menegakkan Islam Hadhari.
Sekarang ini golongan remaja termasuk pelajar sekolah telah terlibat dengan gejala arak yang dibiarkan penjualannya oleh Umno selama ini.
Kerana itulah timbul isu-isu sosial seperti dadah, rempit, lepak, buang anak, zina, memandu dalam keadaan mabuk dan sebagainya.
Apalah ertinya kerajaan memperuntukkan sejumlah wang yang besar untuk membangunkan minda rakyat dan meningkat kesihatan masyarakat, tetapi dalam masa yang sama membiarkan arak dijual secara berleluasa.
Atas asas inilah, DPPN Selangor menyalahkan sepenuhnya kepada Umno dalam masalah yang berbangkit ini.
DPPN Selangor merasakan bahawa salah satu cara untuk memulihkan masalah sosial dalam masyarakat ialah dengan mengawal penjualan arak ini.
Tidak ada sebab bagi DPPN Selangor bekerjasama dengan Umno untuk memperjuangkan isu ini, kerana Umno sendiri adalah punca kepada masalah ini.
DPPN Selangor sebaliknya menyokong penuh tindakan MBSA untuk menyita kedai-kedai arak yang tidak mengikut peraturan.
Dan tidak timbul bahawa PAS dan DAP berselisih pendapat dalam soal ini, melainkan hanyalah salah faham pentadbiran sahaja.
DPPN Selangor mencabar UMNO melakukan bantahan dan tindakan yang serupa terlebih dahulu ke atas negeri-negeri dibawah pemerintahan UMNO (BN) sekiranya mereka ingin menfikan yang mereka bukan bermuka-muka dan munafik dalam isu penjualan arak ditempat terbuka ini.
AHMAD ZAIDY ABDUL MUTALIB
Timbalan Ketua
Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor
Saya lihat hari ini , negara kita juga terjebak dalam kancah Jahiliyyah , cuma ia moden berbanding dulu .
Maksiat bertambah , mungkar bertambah , rasuah berleluasa . Semuanya gara - gara pemerintahan negara kita yang diterajui oleh UMNO dan BN tidak memerintah dan mentadbir berdasarkan Islam .
Tanpa Islam negara kita jadi begini . Sosialnya parah dan politiknya kejam . Ekonomi menindas dan tentunya rakyat marhain menjadi mangsa .
Terbaru ialah kenaikan harga barang yang dilunakkan dengan Penyelarasan semula subsidi kononnya .
UMNO hulur dan tawarkan perpaduan kepada kita . Saya sarankan agar kita [ PAS ] tidak perlu menolak tawaran itu .
Terimalah tawaran untuk perpaduan ummah kerana kita tidak mahu perpecahan , tetapi kita WAJIB letak syarat iaitu Islam .
Kerana tanpa Islam , tawaran perpaduan itu sia - sia lantaran ia tidak mungkin dapat dibina dengan baik dan kukuh .
Masih segar dalam ingatan saya malah selalu terngiang - ngiang di telinga saya , apabila al Mursyidul Aam PAS Tuan Guru Nik Abdul Aziz dengan segala kerendahan dirinya berkata : "Kalau UMNO terima Islam, PAS ni tak ada pun tak apa !"
Dalam kenyataan lain pula , Tuan Guru Nik Abdul Aziz selalu mengulang pendiriannya : "Kalau UMNO terima Islam sebagai dasar perjuangan parti mereka, kita bubar PAS" cuma mungkin saya berbeza sikit dengan Tuan Guru dalam menyusun ayat tersebut .
Kalau boleh saya sebut: "Kalau UMNO terima Islam sebagai dasar perjuangan parti mereka , maka bubarlah UMNO , Jom sertai PAS" sebab , masa tu perjuangan UMNO dan PAS telah serupa dan sama .
Kalau bubar PAS yang telah sekian lama dibina dengan sistem Islam dan tarbiyyahnya , ikhlasnya saya sebut ia akan merugikan masa kita , kerana membina UMNO baru yang belum memiliki sistem tarbiyyah islamiyyah , akan memakan masa yang lama untuk menjadikan ia mantap .
Jika UMNO ikhlas dan serius mahukan perpaduan sebagaimana tawaran yang berikan , maka sewajarnya UMNO menerima syarat yang diberikan iaitu Islam .
Apakah UMNO sukar untuk menerima Islam ?
Apakah payah UMNO mahu menerima syarat Islam ?
Bukankah pemimpin dan rata - rata ahli UMNO adalah beragama Islam ?
Kita bukan letak syarat supaya UMNO bubarkan partinya , cuma kita minta supaya UMNO menerima Islam sebagai dasar perjuangan .
Sukarkah begitu ?
Kalau sukar , maka sukarlah kita ummat Islam mahu bersatu.
Saudara Nadim
Memang benar semuanya telah ditulis oleh Allah SWT.
Hakikatnya, perbuatan semua manusia telah tertulis sejak dia berada di perut ibunya, sebagaimana tercatit dalam hadis.
Manusia tetap akan disiksa kerana hujjah telah sampai kepada mereka, jalan kebenaran telah dijelaskan, lalu para rasul telah diutus kepada mereka, kitab-kitabnya pun telah diperturunkan.
Juga telah dijelaskan petunjuk dan kesesatan dan mereka diberi motivasi untuk menempuh jalan petunjuk, sekaligus menjauhi jalan yang sesat.
Mereka memiliki akal dan kehendak ; mereka memiliki kemampuan untuk berikhtiar.
Seharusnya mereka berusaha meraih manfaat dalam urusan-urusan agama mereka sebagaimana mereka berusaha keras meraih manfaat dari urusan dunianya.
Kewajiban mereka adalah menuju jalan yang menghantarkannya kepada keselamatan dan kebahagiaan, bukan menuju jalan yang menyempitkan mereka pada kebinasaan dan kesengsaraan.
Allah SWT berfirman :
Dan siapakah yang lebih aniaya daripada orang yang membuat-buat suatu kedustaan terhadap Allah, atau mendustakan ayat-ayat-Nya Sesungguhnya orang-orang yang aniaya itu tidak mendapat keberuntungan. (Al-An’am (6): 21)
Dalam ayat diatas disebutkan dua golongan yang sesat, aitu:
1. Pembuat kebatilan, kedustaan dan pelopor keduanya, serta menghasut manusia agar masuk kedalam jalannya.
2. Pendusta bagi kebenaran (yang mendustakan kebenaran)
Golongan tersebut menyebarkan setiap kebatilan dan menghalang-halangi manusia dari berbuat kebenaran.
Golongan yang seperti inilah pantas mendapat azab yang berlipat ganda, keaena kekufuran dan kejahatan mereka berlipat ganda. Allah SWT berfirman :
Orang-orang yang kafir dan yang menghalangi manusia dari jalan Allah, Kami tambahkan kepada mereka siksaan diatas siksaan, disebabkan mereka selalu berbuat kerosakan. (An-Nahl: 88).
Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat, berkata :
PAS adalah sebuah parti politik yang diasaskan berteraskan kepada Islam.
Tujuan penubuhan PAS bukan sahaja sebagai sebuah parti politik semata-mata tetapi merupakan satu medan dakwah bagi menarik sokongan bukan Islam terhadap Islam.
Sebagai sebuah parti politik yang telah lama ditubuhkan, PAS telah mempunyai banyak pengalaman dan bekerjasama dengan parti-parti politik termasuk mengadakan kerajaan Perpaduan bersama-sama dengan Barisan Nasional (Bn) satu ketika dulu, PAS berharap dengan kerjasama tersebut Umno benar-benar ikhlas untuk bekerjasama dengan PAS, tetapi Umno telah melakukan sebaliknya dengan menikam PAS daripada belakang, akibatnya PAS telah ditendang keluar daripada Bn.
Akibat daripada peristiwa tersebut, PAS telah kehilangan Kerajaan Negeri Kelantan yang ditadbir sejak tahun 1959.
PAS juga mengalami perpecahan, apabila segelintir pimpinan PAS bertindak keluar daripada parti dan menubuhkan parti Hamim dan Berjasa.
PAS juga telah menjadi lemah pada waktu itu, ujarnya yang juga Menteri Besar Kelantan sewaktu berucap dalam Perasmian Serentak Muktamar Dewan Ulama’, Pemuda dan Muslimat PAS yang diadakan di Pusat Tarbiyyah Islamiyyah Kelantan (PUTIK).
Selepas daripada itu, PAS berseorangan dalam menghadapi pilihanraya sehingga pada tahun 1986 Umno telah berpecah dan tertubuhkan Parti Melayu Semangat 46 (PMS46).
PAS bersama-sama dengan PMS46, Hamim dan Berjasa telah bergabung diatas nama Angkatan Perpaduan Ummah (APU) dan akhirnya Kerajaan Negeri Kelantan berjaya dikuasai semula dalam pilihanraya umum tahun 1990.
Walau bagaimana pun kerjasama dengan PMS46 tidak bertahan lama selepas parti tersebut dibubarkan dan ahli-ahlinya telah bertindak menyertai semula Umno.
Pada tahun 1999 PAS sekali lagi telah mengadakan kerjasama politik bersama dengan Parti KeADILan Rakyat (PKR) dan DAP melalui Barisan Alternatif (BA) sehingga berjaya menawan Negeri Terengganu selain mengekalkan pemerintahan PAS di Negeri Kelantan.
Sehinggalah dalam Pilihanraya umum ke-12 yang lepas PAS bersama-sama dengan Pakatan Rakyat (PR) berjaya menawan 5 buah negeri selain berjaya buat pertama kalinya menafikan kuasa 2/3 Bn di Parlimen Malaysia.
Ini menunjukkan PAS semakin diterima baik oleh masyarakat khususnya di kalangan bukan Islam.
Ini terbukti dengan tertubuhnya Dewan Himpunan Kelab Penyokong PAS (DHPP) baru-baru ini.
Ini juga membuktikan usaha dan dakwah yang dijalankan oleh PAS selama ini kepada masyarakat bukan Islam yang telah dimomokkan oleh Umno telah berjaya dipecahkan.
Oleh yang demikian, ahli-ahli PAS diseru supaya mengukuhkan kerjasama yang telah terjalin ini serta meneruskan usaha dakwah yang dilakukan terhadap bukan Islam untuk menerangkan matlamat dan hala tuju perjuangan PAS selama ini.
Hapuskanlah segala dakyah yang ditanam oleh Umno kepada masyarakat bukan Islam selama ini yang menakut-nakutkan mereka dengan PAS serta hapuskanlah kepercayaan orang Melayu terhadap Umno yang mendakwa mereka adalah pejuang Melayu selama ini.
Jika sebelum ini PAS dianggap sebagai hantu oleh masyarakat bukan Islam, sekarang hantu itu sudah tiada lagi.
Jika selepas ini timbul lagi masalah tersebut, maka Umno dan Bnlah yang menjadi hantu.
Why we always highlight the differences among ourselves more significantly than our similarities?
Orang yang berhati besar akan mencari dahulu mana2 persamaan yang ada dalam usaha untuk merapatkan jurang perbezaan.
Entahlah, Saya mungkin letak harapan yang terlalu tinggi agaknya.
Mungkin benar Tuhan sedang menguji kita apabila DIA telah menidakkan permintaan kekasihnya untuk melihat kesatuan umatnya.
Ooh..Some say it's just a part of it, We've got to fullfil the book (Bob Marley)
hello orang biasa
terima kasih sebab response kpd saya punya posting.
saya nak jawab sikit.
1. memang Umno kawan dengan MCA yang 100% cina. Mca tu kan parti orang kafir. maka Pas pun kata Umno jadi kafir kerana bekerjasama dengan kafir untuk memerintah. masa tu Pas tak kawan dengan mana2 parti bukan melayu. betul tak ? maka ramai lah melayu percaya dengan Pas bahawa Umno ni kafir. tapi hari ni Pas dah kawan dengan DAP parti cina. Umno tak pun kata Pas dah jadi kafir. dan nik aziz sendiri pun kata tak apa sebab nabi pernah buat.
sebelum Pas kawan dengan parti kafir tak timbul pun cerita nabi pun pernah pakat dengan kafir. tapi bila dah Pas mula pakat dengan orang kafir maka nik aziz pun buat cerita bahawa nabi pun pernah buat macam tu.
kesimpulan dari saya.
nik aziz ni cakap berbelit belit. nik aziz ni sanggup sorok fakta sejarah perjuangan nabi daripada pengetahuan orang melayu supaya orang melayu tak lari dari sokong dia dan parti Pas. nampak sangat bahawa orang melayu Pas dah kena kencing dengan nik aziz pasal isu kafir mengkafir sesama melayu.
memang betul lah orang Umno selalu duk kata kepada Pas " wa halalun bila Pas buat, tapi wa haramun pulak bila Umno buat walaupun benda yang serupa "
“ Dengan Nama ALLAH SWT Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Segala Puji Bagi ALLAH SWT Tuhan Pemilik Sekalian Alam. YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG. Yang Menguasai Hari Pembalasan. Kepada-MU Kami Sembah dan Kepada-MU Kami Memohon Pertolongan. Tunjukilah Kami Jalan Yang LURUS. JALAN Orang-orang Yang KAU KURNIAKAN Nikmat Kepada Mereka; Bukan Jalan Orang-orang Yang KAU Murkai dan BUKAN Jalan Orang-orang Yang Sesat. “
al-Fatihah (1:1-7)
MALAYSIA BUMI BERTUAH
Jurulatih: Wali ALLAH SWT Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat
Formasi Taktikal
4-5-1
Penjaga Gol: tokGuru AYOHCHIK abdul Hadi Awang
Pertahanan Akhir: Ulama’ Mujahid Yusuf Rawa
Bek Kanan: Supremo Lim Kit Siang
Bek Kiri: Maulana Karpal Singh
Bek Tengah: Singa ALLAH SWT Salahuddin Ayub
Tengah Bertahan: the Lion Gobind Singh Deo
Tengah Merancang: Pedang ALLAH SWT Husam Musa
Tengah Menyerang: the Wesley Sneijder Tony Pua
Sayap Kanan: the Arjen Robben Dr.Dzul
Sayap Kiri: the Cristiano Ronaldo Ir.Khalid
Serangan Tunggal: Srikandi Lo’Lo Titiwangsa
Simpanan:
1. Profesor Taib Azamuddeen
2. The Taiko M Kula Segaran
3. Srikandi Zuraida Ampang
4. Harimau ALLAH SWT Hatta Ramli
5. The all-rounder Tan Seng Giaw
6. Wirawati Siti Mariah
WATAWAKKAL A'LALLAH
Orang Biasa ini lu yang tulis tau...
" Mau tukar perlembagaan, dua per tiga mesti setuju "
" Sekarang PAS mana ada dua per tiga "
nampaknya lu pun tau undang2 juga yer. mula2 gua ingat lu tak reti undang2. gua kira lu compare dengan Penyokong Pas lu lagi pandai, ada juga reti undang. itu Penyokong Pas dia pakai hentam saja, sebab tu dia sepuluh kali sebut Umno tak islam pasal tolak Hudud.
tak apa gua suggest itu Penyokong Pas boleh pi berguru dengan lu sebelum posting hal2 yang bersangkut dengan perlembagaan malaysia. lu boleh terima dia jadi lu punya snak murid kut ?
Abdullah Ngah
syabash. tahniah dari saya tokgaru. teguran dan cabaran anda kepada Pas sungguh tajam.
Pas menaruh harapan kepada Dap untuk menegakkan kerjaan islam dinegara ini. memang aneh sungguh. sedangkan saudara sebangsa lagi seagama ada untuk diajak berbincang dan berpakat.
apa nak buat Pas lebih percaya kepada Dap daripada Umno. amat malang bagi bangsa melayu bila nik aziz lebih senang berpakat dengan karpal singh dan lim kit siang daripada berpakat dengan najib atau mahyudin untuk menegakkan pemerintahan islam dinegara ini.
Tokgaru,
PAS harus lebih percaya kepada pemimpin DAP daripada pemimpin UMNO. UMNO nama saja mahu Islam, hakikatnya menentang Islam!
Hujah saya:
1. Pemimpin UMNO nama dan cakapan saja Islam, amalan rasuah, 'pilih kasih' antara 'perasuah' dan kelakuan 'munafik' mereka jauh pesong daripada tuntutan Islam. Pemimpin DAP tidak lahir Islam, tidak juga menganut Islam, tetapi perjuangan menegakkan sistem demokrasi dan ketelusan pentadbiran harta awam, menentang rasuah, menjaga kepentingan negara, membela rakyat tertindas, adalah secucuk dengan tuntutan Islam.
2. Kerajaan pusat yang dikuasai UMNO menindas dan menekan kerajaan negeri kelantan, Kedah, Perak dan Terengganu yang dikuasai PAS. Kelakuan ini bercanggah dengan prinsip demokrasi dan adalah bukti nyata 'kemunafikan' UMNO.
3. Sekutu-sekutu UMNO dalam BN melontarkan berbagai tohmahan tidak berasas kepada kerajaan PAS di Kelantan dan Terengganu, UMNO tidak melarang malahan bergembira kerana tohmahan itu berkesan menakutkan pengundi Cina di negeri lain dan mereka tidak akan undi PAS selama-lamanya. Dengan ini UMNO bolehlah perintah Malaysia selama-lamanya.
4. Semua parti PR menentang judi bola. Semua parti BN termasuk UMNO bersetuju memberikan lesen judi bola. Jika PAS dan DAP tidak menentang hasrat UMNO dan BN, pasti kerajaan UMNO akan memberikan lesen judi bola kepada Berjaya Group kali ini.
5. Pemimpin UMNO tidak malu-malu cakap pasal Islam. Saya nak beritahu mereka: 'Poolah, kamu semua cakap tak serupa bikin, lebih baik kamu pergi kelas muallaf PERKIM atau MACMA belajar Islam dulu! Biar ustaz Ridhuan Tee menjadi guru Islam kamu!' Walaupun saya tidak bersetuju dengan sesetengah pandangan Dr. Tee dalam soal hubungan kaum, saya percaya Dr. Tee adalah jauh lebih ikhlas daripada pemimpin UMNO yang ada kuasa di tangan tetapi menggunakannya untuk membina akhlak rakyat sepertimana yang Tok Guru Nik aziz dan para pemimpin PAS lakukan.
6. Saya bukan hasad dengki dan suka melihat orang Melayu berpecah belah. Sebagai seorang peniaga, saya kesian melihat kehidupan orang Melayu di bawah pemerintahan UMNO! Golongan atasan Melayu banyak dapat 'nikmat' dan 'kemajuan' pembangunan, tetapi kebanyakan pegawai kerajaan hidup dalam keadaan berhutang. Kebanyakan orang Melayu akan terus hidup berhutang di bawah pemerintahan UMNO yang disokong oleh kapitalis Cina dan India!
7. Akidah DAP ialah Sosial Demokratik. Dari segi sosial ekonomi, fahaman ini adalah lebih hampir kepada impian Islam yang menolak segala corak penindasan. Kerakusan pemimpin UMNO telah menyebabkan berbagai bentuk penindasan berlaku di Malaysia, termasuk penindasan kepada buruh asing beragama Islam oleh majikan bukan Islam.
8. Saya berharap PAS dengan sokongan dan kerjasama DAP dapat membebaskan orang Melayu dan rakyat Malaysia, sepertimana Nabi Muhammad membebaskan bangsa Arab jahiliah!
PEMBETULAN:
Hujah ke 5, ayat terakhir dibetulkan seperti berikut:
"dalam soal Islam", saya percaya Dr. Tee adalah jauh lebih ikhlas daripada pemimpin UMNO yang ada kuasa di tangan tetapi "TIDAK" menggunakannya untuk membina akhlak rakyat sepertimana yang Tok Guru Nik aziz dan para pemimpin PAS lakukan.
Tokgaru, selamat pagi!
PAS dulu lain, sekarang lain!
Cina juga dulu lain, sekarang lain!
Tetapi UMNO, MCA dan MIC, mula-mula elok, lama-lama semakin buruk, sekarang terlalu teruk! Dr. Mahathir pun mengaku politik wang dalam UMNO seperti darah daging!
Saya tahu kamu dan ramai lagi orang Melayu sayangkan UMNO dan mengenang budi UMNO. Mengenang budi memang satu sifat mulia. Tetapi demi kebaikan orang Melayu dan UMNO sendiri, lebih baik kita rakyat memberikannya 'pengajaran'.
Sebaik-baik pengajaran kepada UMNO ialah tarik balik nikmat kuasa yang dikecapinya selama ini. UMNO jatuh sakit kerana terlalu lama rendam dalam nikmat kuasa, sama seperti orang mengidap penyakit kencing manis, darah tinggi, gemuk dan sakit jantung kerana terlalu lama hidup dalam nikmat makan!
MCA dan MIC pun sama juga! Nikmat kuasa telah menyebabkan pemimpin 2 parti ini korup. Meringankan kesusahan rakyat bawahan bukan lagi menjadi agenda utama perjuangan mereka. Agenda utama mereka ialah kuasa dan kekayaan diri dan keluarga.
Biarlah orang Melayu yang lebih ikhlas dan kuat pegangan agama mengantikan UMNO dan mewarisi kuasa pemerintahan Malaysia! Hanya orang yang berakhlak mulia boleh membawa kemajuan kepada negara!
Dahulu, Cina yang percaya PAS tidak melebihi 20%. amat tidak tersangka, sekarang, 70% Cina lebih percaya kepada PAS daripada UMNO! Cina kata ini adalah giliran nasib dan hukum alam, orang Islam kata ini kuasa Tuhan, bukan?
Ramai Cina telah hijrah ke negara lain yang lebih maju ekonomi kerana terlalu pesimistik dengan masa depan politik dan ekonomi Malaysia. Kenapa? Kerana tidak yakin kepada kepimpinan UMNO!
Dalam UMNO ada manusia baik, saya mengaku. Kawan saya juga ada di dalam MT UMNO dan menjadi Timb. Menteri. Orang baik macam Ong Tee Kiat, saya tahu awal-awal lagi bahawa beliau tidak akan bertahan lama dalam MCA jika beliau tegas menentang rasuah! Begitu juga kawan saya dalam UMNO itu, beliau tidak akan tahan lama jika gagal mengumpulkan wang yang banyak untuk mempertahankan jawatan sebagai ketua Bahagian!
UMNO hilang kuasa pemerintahan, Melayu dapat nafas baru! Itu kesimpulan saya.
Tokgaru,
Jika PAS boleh dulu lain, sekarang lain, DAP juga boleh dulu lain, sekarang lain.
Umar Alkhattab mula-mula menentang Nabi Muhammad, kemudian menjadi pengikut Nabi dan akhirnya menjadi khalifah!
Dr. Tee dilahirkan Cina kafir, kemudian masuk Islam, sekarang jadi pemimpin persatuan Islam.
Dulu, dalam perlembagaan PAS ada dasar perkauman Melayu, sekarang dasar itu telah buang.
Dalam perlembagaan DAP dari dulu hingga sekarang tidak pernah ada dasar perkauman Cina! Hanya kepimpinannya yang mencorakkan warnanya seolah-olah ia sebuah parti perkauman, padahal menurut perlembagaan ia tidak.
Pemimpin boleh bersirih ganti. Pejuang veteran seperti Karpal singh dan Lim Kit siang terpaksa kita hurmati kerana jasa mereka, tetapi tidak semestinya kita mengikut stail atau pendirian mereka dalam isu-isu tertentu seperti isu Negara Islam.
Karpal singh adalah lawyer famous yang cari makan di bawah undang-undang sekular. Jika ia menentang undang-undang Islam yang beliau tidak mungkin ada chance dalam pengamalannya, kita faham-fahamlah motifnya dan psikinya.
Sekarang DAP sudah diam dan mengelakkan isu negara Islam dan Hudud demi menjaga persahabatan dengan PAS, itu tanda baik! Sekurang-kurangnya ia bukti DAP tahu menghurmati sensitiviti kawan.
Lainnya MCA, sehingga hari ini MCA masih provoke DAP, menyoal DAP samada DAP telah berubah pendirian daripada menentang kepada menyokong Negara Islam.
Ini semua permainan politik. Guna isu untuk hentam lawan!
Dalam undang-undang negara ada Akta Hasutan, 6 perkara sensitif tidak boleh diusik, demi menjaga keamanan dan perpaduan rakyat. Bagi saya, jika isu Negara islam juga dimasukkan ke dalam lis isu sensitif, maka kita tidak perlu buang masa membicarakan isu NEGARA ISLAM yang isinya kosong!
Isu kita sebenarnya ialah pemimpin mana yang jujur, mana yang khianat; mana yang bersih dan mana yang rasuah. Kita harus ambil yang jujur dan bersih dan menyisihkan yang khianat dan rasuah.
Di kalangan pemimpin politik orang Islam ada yang jujur dan bersih yang teguh memegang ajaran Islam, tetapi lebih ramai yang khianat dan rasuah! Itu pengamatan saya dan kebanyakan orang Cina.
Sekarang, orang DAP sudah sedar bahawa mereka tiada pilihan yang banyak: pilih bekerjasama dengan orang Islam yang kuat pegangan agama atau yang kuat fahaman sekular!
Saya bukan pemimpin DAP, tetapi saya percaya mereka memilih bekerjasama dengan orang Islam yang kuat pegangan agama.
Saya tidak memusuhi Dr. Tee, tetapi saya amat tidak senang melihat beliau menyerang pemimpin DAP bertubi-tubi dengan menggunakan istilah ultra kiasu yang membawa maksud negatif.
Bagi saya, serangan Dr. Tee terhadap pemimpin DAP bersifat memilih bulu dan hanya akan mengerohkan keadaan sehingga pihak memusuhi perpaduan rakyat mengambil kesempatan.
Saya mula membaca blog DRT ini selepas terbaca kritikan terhadapnya dari blog lain. :)
Selepas membaca dan menilai dengan sendiri, saya berpendapat bahawa kritikan terhadapnya lebih merupakan reaksi emosi semata-mata dan bukanlah memberikan analisa yang lebih konkrit menentang tulisan DRT di sini.
Contohnya, beliau menyatakan tentang hasrat melihat kaum Muslim itu sendiri maju dan tidak lesap dan lenyap di bawa oleh kaum asing terutamanya penjajah. Apa salah tentang hasrat tersebut? Tidak salah malah amat saya menyokong. Cuma saya akan lebih menggunakan kaedah lebih lembut seperti cara yang saya cuba tulis dalam blog saya sendiri. Tetapi soalannya ialah apakah cara lembut berkesan?
Cara DRT lebih kasar seperti dengan berani mendedahkan yang ramai gadis sudah hilang kegadisan mereka sebelum kahwin terutama dari yang bukan Islam. Itu mungkin silap sedikit kerana DRT gagal menyebut yang ramai juga dari kalangan yang bergelar Muslim sendiri yang telah hilang kegadisan mereka. Itu mungkin juga maksud DRT untuk diperingatkan dan tidaklah terus menyatakan sahaja kali ini. Nampaknya DRT sedang mencuba memberi amaran dengan merujuk kepada kaumnya sendiri yang makin hari makin hanyut dalam kebendaan dan idealisma kemodenan tanpa batas perikefitrahan.
Tetapi bagi pihak yang membenci tulisannya akan berpaut kepada satu ayat tadi dan mencincangkannya habis-habisan.
Tiada rasa insaf pun yang fakta itu pelik tetapi mungkin benar dan makin benar, dengan membuat tinjuan sendiri dengan sumber yang tidak jauh.
Dr. Tee,
Anda menulis:
"Mungkin hari ini, kita melihat umat Islam tidak bersatu. Tetapi saya yakin satu hari nanti mereka pasti akan bersatu. Ketika mereka bersatu nanti, bayangkan jika mereka mengambil pendekatan membalas dendam, apakah yang akan tinggal pada kita? Ingatlah bangsaku, kasihku terhadapmu amat tinggi sebab kita adalah dari satu generasi yang sama. Bangsa berdarjat dan terhormat, tetapi jangan sampai kita menjadi bongkak kerana sikap bongkak akan menghancurkan kita dan anak cucu cicit kita."
"Namun, saya yakin jika ditakdirkan umat Islam kembali bangkit dan menjadi kuat, mereka tidak akan melakukan sedemikian terhadap kita sebagaimana yang kita lakukan terhadap mereka. Agama Islam yang suci dan mulia, tidak sama sekali mengajar umatnya menganiayai atau menghina orang lain."
Saya percaya, saya juga berharap, umat Islam akan bersatupadu, bukan di Malaysia saja, tetapi seluruh dunia!
Bila umat Islam bersatupadu, dunia akan beruntung, orang Cina juga tidak akan rugi apa-apa!
Hari ini, dunia Islam diperintah oleh manusia yang tidak ada kredibiliti! Kebanyakan pemerintah dunia Islam lebih menjaga kepentingan diri dan keluarga daripada kepentingan umat! Mereka lebih tunduk kepada kuasa besar Amerika Syarikat daripada kuasa Tuhan! Bukankah begitu?
Fakta sejarah membuktikan nasib negeri Cina dari Dinasti Tang (1400 tahun dahulu) hingga Dinasti Ming (600 tahun dahulu) berkait rapat dengan kemajuan umat Islam!
Apabila Dinasti Ming melaksanakan dasar tutup pintu, selepas perlayaran Laksaman Cheng Ho ke Asia Tengara dan dunia Islam, pedagang Arab tidak boleh lagi berdagang antara negeri Cina dan dunia Islam, dari kerajaan Sultan Melaka hingga ke Afrika. Akibatnya ekonomi orang Islam terjejas dan kekuatan Dinasti Ming semakin lemah!
Kebetulan dunia barat Kristian bangkit pada waktu itu. Dunia Islam dikalahkan di takluki oleh kuasa barat dari benua Afrika, India sehinga Melaka. Akhirnya sekali negeri Cina juga diancam oleh kuasa barat!
Jika kuasa Islam bangkit semula, Amerika Syarikat tidak boleh bermaharajalela lagi!
Dunia Islam pernah menjalin hubungan yang erat dan mesra dengan negeri Cina. Tidak pernah berlaku permusuhan yang besar antara kuasa Islam dengan kuasa Cina dalam sejarah. Maka tidak wujud perasaan benci, dendam, curiga dan waspada orang Cina terhadap kuasa Islam.
Saya yakin, sikap orang Cina adalah terbuka terhadap Islam. Mereka tunggu dan lihat apa kebaikan yang Islam akan bawa ke dunia.
Hari ini, dunia Islam adalah mundur dan tertindas, bukan disebabkan oleh kuasa Cina, tetapi kuasa lain. Siapa dia kuasa ini?
salam. kalau bukan sbb aurad muhammadiah, al arqam jauh lebih baik dari PAS. dr segi usaha tarbiyah, meningkatkan syiar, mengembangkan islam, membangunkan ekonomi dan sosial. ia membuatkan kerja PAS seperti semut halusnya- hanya berceramah, berdemosstrasi, dan hantar memorandum..tapi kita xnak sebutla, sebab al arqam pun dh diharamkan-oleh kerajaan UMNO yg di katakan x faham ISLAM.
bg saya mudah aja, UMNO bukanlah parti yang terbaik..tapi sekurang2nya itulah yg paling baik yang kita ada sekarang..PAS? mcm saya sebut awal2 tadi..
Tahukah Kita Semua KISAH APAKAH Yang DiAbadikan TUHAN PEMILIK SEKALIAN ALAM di dalam Surah Yaa Sin?
Antara lain, ALLAH SWT Menghantar Dua Orang Rasul yakni Utusan ALLAH SWT kepada Suatu Kaum.
Dengan Penuh Riak, Angkuh, Sombong, Ujub dan Takabbur kaum Terbabit MEMPERKECILKAN kedua-dua Rasul tersebut dan Tetap Yakin & Percaya kepada Pegangan Mungkar mereka.
Bila mana ALLAH SWT Menghantar Rasul yang ke-3; Sikap dan Tabiat Kaum Tersebut tetap sama Malah mereka Mencaci, Memaki Hamun dan Melemparkan Hinaan Buat Para Rasul ALLAH SWT itu.
Inilah Golongan Yang Amat RUGI.
Pengajarannya, Usahlah Kita Mempersendakan Para Insan Yang DiHantar oleh ALLAH SWT untuk Membimbing Kita MENJAUHI KEBATILAN.
Nabi Muhammad SAW, Penutup Kenabian; Penghulu Segala Nabi dan Rasul adalah Rasul ALLAH SWT yang TERAKHIR; DiUtuskan Untuk SEKALIAN ALAM berbeza/berbeda dengan Sekalian Rasul Yang Lain Termasuk Ulul Azmi yang Empat- Noh, Ibrahim, Musa dan Isa yang diKHUSUSkan Untuk Kaum MEREKA SAHAJA.
Namun Demikian, Tiadanya Para RASUL ALLAH SWT Tidak Bermakna ALLAH SWT Akan Membiarkan Para Hamba-NYA Terkontang-kanting mencari KEBENARAN.
Pada Setiap Zaman, ALLAH SWT Menghantar Para WALI ALLAH SWT @ WALIYULLAH sebagai Penyambung Tugas Junjungan Besar Muhammad SAW; Tidak Lain Tidak Bukan Untuk MENYAMPAIKAN ; Menggalakkan Perkara Makruf dan MENINGGALKAN Segala Larangan-NYA.
Tinggal lagi, daripada TIGA Permintaan Terakhir Nabi Muhammad SAW, ALLAH SWT Tidak Mengabulkan SATU PERMINTAAN Kekasih-NYA Yakni
KESATUAN UMMAH!
Sejarah telah Membuktikan KEPELBAGAIAN secara Relatif (bandingan) akan Menghasilkan UMMAH Terbaik.
Usahlah MENGHARAPKAN Pelan Damai REJIM ZIONIS uXXX-bX LAKNATULLAH dengan Perjuangan ad-DEENIL HAQ.
TIDAK PERLU ADA PELAN DAMAI!
Yang Perlu adalah Seluruh Penyokong dan Ahli REJIM ZIONIS WAJIB Menyertai Para Pejuang ad-DEENIL HAQ.
Think POSITIVE! Sangka Baik TERHADAP ALLAH SWT.
unjungan Besar Muhammad SAW Menegaskan:
Innamal a’maalubinniyyat- Setiap Amal diMulai oleh Niat
ALLAH SWT Confirm kan:
Wamaa kholaktul Jinna wal Ins Illaa Liya’buduun- Tidak dijadikan Jin dan Manusia Melainkan untuk BerIbadat Kepada ALLAH SWT
BENDA YG BAIK MESTILAH DIULANG-ULANG
Untuk kita saling ingat-memperingati sesama makhluk.
Apalah kira untuk Kita Menghitung Diri/memuhasabah amalan.
Menuju Esok Yang Lebih Baik dari Hari ini.
ambo INGATkan diri ambo dan Para Sahabat Sekalian, di sisi Tuhan hanya TAQWA yang DINILAI.
Berbekallah KAMU dan Sebaik-baik Bekalan adalah TAQWA.
Apakah itu TAQWA???
1. Rendah diri
- Dalam Bahasa Syurga, dikenali sebagai Tawaddu'
- Sifat rendah diri akan Melahirkan Keperibadian Yang Mesra, Peramah dan Sudi Tolong-menolong.
- Lantas, Insan Sedar Kita Ini Amat HINA dan Berusaha Menuju Redha ILAHI
2. Syukur
- Perasaan Syukur Menjadikan Insan Berasa Cukup apa yang ada (Qanaah) lantas Menghalang Pecah Amanah
- Lalu, Insan Ber TAWAKKAL (gantung harap pada-NYA) dalam Jalankan Tanggung jawab dengan baik semata-mata Harap Redha ILAHI.
3. Berhati-hati
- Berasal dari Kalimah WARA’ maka Mendidik Insan Jujur dalam Melaksanakan Tugas demi Mengelakkan unsur Keraguan/Syubhah
- Kemudian, Segala Bentuk Rasuah yang Menghalang PELAKSANAAN akan Lumpuh demi Mengharapkan Redha ILAHI
4. Yakin dan Percaya
- Dalam kata lain, Yakin dan percaya adalah IMAN yang mana Seumpama RASA dalam MAKANAN; ada MAKANAN Yang Kelihatan CANTIK dari JAUH namun dikira Tiada IMAN Jika RASA tidak Menyelerakan
- Hanya dengan Keyakinan dan Kepercayaan, Insan Mampu Mencapai Takat IKHLAS LILLAHITAALA Kerana Makhluk mengerti Janji ALLAH SWT itu BENAR.
- KLIMAKS nya, Hadir KEIKHLASAN Sejati Yang akan MENJAGA KEHARMONIAN HIDUP di Alam Dunia Sebelum ke Alam Yang Kekal Selama-lamanya.
apa itu IKHLAS?
IKHLAS tidak Perlu diUngkap oleh kata-kata.
IKHLAS SeUmpama Semut Hitam di atas Batu Hitam Legam pada waktu Malam Yang Gelap-Gelita.
IKHLAS Hadhir dengan Sendiri
Yang Penting, orang yang IKHLAS Tidak Akan Cakap Dia IKHLAS;
Jelas, Hanya dengan TAQWA maka akan Lahir IKHLAS.
Dalam hadis, Nabi s.a.w bersabda:
“Diampunkan dosa seorang pelacur yang melintasi seekor anjing yang berada di tepi sebuah telaga yang lidahnya terjelir. Hampir kehausan membunuhnya. Maka pelacur itu pun menanggalkan kasutnya, lalu dia ikat kasut itu dengan tudungnya lantas dia menceduk air untuk anjing tersebut. Dia diampunkan disebabkan kejadian itu” (Riwayat al-Bukhari).
Kita merenung panjang setiap kali mengingati hadis ini. Betapa luasnya rahmat Allah kepada hamba-hambaNya. Betapa luas peluang yang diberikan untuk setiap insan mendapat keampunanNya, yang lantas akan memasuki syurga yang tidak tergambar keindahan dan segala kurnia yang ada dalamnya.
Betapa Allah itu Pengasih, kadang-kala dengan amal yang sedikit dijadikan sebab untuk diberikan keampunan yang besar.
Namun rahmat Tuhan itu selalu kelihatan hambar disebabkan lidah-lidah sesetengah mereka yang mengaku diri mewakili Tuhan untuk berbicara tentang agamanya. Mereka ini kadang kala yang memakai bahasa, baju dan gelaran agama, seakan mewakili Tuhan dan Nabi.
Malangnya, mereka tidak membawa misi rahmat seperti yang diajar oleh Alah kepada NabiNYA Muhammad SAW.
@red1, sometimes it is difficult to explain to those who are so enthralled by RT's views. I have been observing him and his views are not only self-promoting and calculated to arouse the anger of Malays. This is a matter of grave concern to the nation at large and Chinese in specific. Not only because the intention is harmful to our collective wellbeing in this beloved common abode of ours but also because his assertions are often not founded. Take for example the assertion that most Chinese girls have lost their virginity, he has stooped low enough not to warrant a rebuttal. He also talked about how he is a bridge to non-Muslim and challenged us to read Al-Islam, hmm... how many non-Muslim read Al-Islam? Even most of my Muslim colleague do not read it! He also address his own race in his Utusan/Mingguan article but err... how many Chinese actually read Utusan? His writing are really whole load of cerpen and cereka.
Saya memang faham bahasa orang Melayu amat menghormati golongan "cendiakawan" kerana peranan mereka dalam proses pemodenan kaum Melayu. Dari angkatan guru2 sampai kepada professor2, memang mereka disanjungi. Tetapi dari sudut pandangan orang Cina di Malaysia, dengan persejarahan tamadun kaum Cina yang telah mengharungi segala pengalaman yang merangkumi aspek2 sosial, ekonomi dan politik, pandangan kami lebih menyisih yang baik daripada yang buruk tanpa mengira pangkat dan darjat.
Bagi kami, sebagai rakyat yang mengambil berat keamanan dan kesejahteraan negara, adalah wajib bagi kami mendedahkan salahlaku orang seperti RT. Masaalahnya, Melayu merasakan RT sebagai kesempurnaan seorang Cina yang masuk Melayu, lantas begitu menyanjungnya dan menjadikannya sebagai Sino-Melayu Proto yang harus dilindungi dari segala kritikan. Apa saja pandangan yang kontra RT dilihat sebagai serangan ke atas Melayu, Islam dan kepentingan golongan2 yang disebutkan.
Ini adalah satu situasi yang amat malang dan memalapkan keadaan, lantas menjerumusankan orang Melayu ke dalam psikologi orang terkepung, terdesak, tertekan. Saya merasakan ini satu strategi politik pihak tertentu dan RT merelakan dirinya diperalatkan demi kepentingan peribadi yang mengiring.
@red1, sometimes it is difficult to explain to those who are so enthralled by RT's views. I have been observing him and his views are not only self-promoting and calculated to arouse the anger of Malays. This is a matter of grave concern to the nation at large and Chinese in specific. Not only because the intention is harmful to our collective wellbeing in this beloved common abode of ours but also because his assertions are often not founded. Take for example the assertion that most Chinese girls have lost their virginity, he has stooped low enough not to warrant a rebuttal. He also talked about how he is a bridge to non-Muslim and challenged us to read Al-Islam, hmm... how many non-Muslim read Al-Islam? Even most of my Muslim colleague do not read it! He also address his own race in his Utusan/Mingguan article but err... how many Chinese actually read Utusan? His writing are really whole load of cerpen and cereka.
Saya memang faham bahasa orang Melayu amat menghormati golongan "cendiakawan" kerana peranan mereka dalam proses pemodenan kaum Melayu. Dari angkatan guru2 sampai kepada professor2, memang mereka disanjungi. Tetapi dari sudut pandangan orang Cina di Malaysia, dengan persejarahan tamadun kaum Cina yang telah mengharungi segala pengalaman yang merangkumi aspek2 sosial, ekonomi dan politik, pandangan kami lebih menyisih yang baik daripada yang buruk tanpa mengira pangkat dan darjat.
Bagi kami, sebagai rakyat yang mengambil berat keamanan dan kesejahteraan negara, adalah wajib bagi kami mendedahkan salahlaku orang seperti RT. Masaalahnya, Melayu merasakan RT sebagai kesempurnaan seorang Cina yang masuk Melayu, lantas begitu menyanjungnya dan menjadikannya sebagai Sino-Melayu Proto yang harus dilindungi dari segala kritikan. Apa saja pandangan yang kontra RT dilihat sebagai serangan ke atas Melayu, Islam dan kepentingan golongan2 yang disebutkan.
Ini adalah satu situasi yang amat malang dan memalapkan keadaan, lantas menjerumusankan orang Melayu ke dalam psikologi orang terkepung, terdesak, tertekan. Saya merasakan ini satu strategi politik pihak tertentu dan RT merelakan dirinya diperalatkan demi kepentingan peribadi yang mengiring.
atas nama NYA.
betul...
ISLAM ini amat MUDAH
Tidak Perlu berjela-jela Seperti Rasionalisasi Subsidi,
Dasar Ekonomi Baru, Model Baru Ekonomi, KPI, NKRA, NKEA mahupun berbelit-belit Seperti
Agenda Transformasi Kerajaan.
Dan Lebih Menarik,
ISLAM mementingkan PELAKSANAAN.
Tidak lebih dan Tidak Kurang;
berjuang menempah susah
Menanggung derita Menongkah Fitnah
itulah Gelombang hidup samudera duka
seorang Mujahid membela Tauhid
diPisah dia Berkelana
diBelenggu dia uzlah menagih LILLAH
namun jiwa tetap mara menuju cita
Membara demi ALLAH dan rasul-NYA
BerJuang tak pernah Senang
ombak derita Tiada Henti
tegang Resah Silih berganti
INILAH SUNNAH ORANG BERJUANG
malamnya bagai daÃe merintih sayu
diHiris dosa air mata
Siangnya bagaikan singa di Rimba
Mencurah keringat meluah tenaga
BERJUANG memang Pahit
Kerana Syurga itu MANIS.
berjuang artinya Terkorban...
Rela Terhina Kerana
KEBENARAN.
innaddeena Ãndallahil ISLAM.
herman che mok
Johor bahru, malaysia bumi bertuah.
@Ordinary Joe
We do come across views that seems extreme and drastic on impact. However we have to seek to understand first before been understood.
I been enthralled by this issue of Malay being and psyche for a long time as i myself also 'masuk Melayu' (constitutionally speaking!) and whether i like it or not am embroilled along the river of history.
I feel that Malaysia is at a crossroad. Is it resolving itself as a democracy, of which the majority Malay-Bumi sector will dominate and any minority has to submit to? Or will it rule itself as a meritocracy which will greatly be welcome by the non-bumis? And which is the way to go all over the world today as democracy kept failing even America.
We should let all this play out to its fullest. Sentiments have been embedded in history too long. For both sides. At least let off steam online rather than offline! :)
Peace!
OJ, anda berkata ' I have been observing him and his views are not only self-promoting and calculated to arouse the anger of Malays. This is a matter of grave concern to the nation at large and Chinese in specific. Not only because the intention is harmful to our collective wellbeing in this beloved common abode of ours but also because his assertions are often not founded'.
Saya telah mengulanginya beberapa kali bhw komen2 spt saudara byk tersiar di blog2 lain sjk beberapa thn dulu lg. Kenapa saudara OJ tidak menjawab kenyataan ini? Kenapa juga tidak menegur mereka yg menghentam orang lain sesuka hati dan tanpa hujah yg kukuh? Adakah itu dibolehkan? Atau ini sememangnya sikap ultrakiasu...? Pantang ditegur dan hanya tahu nampak kekurangan orang lain?
Terbaru sekali, lihatlah pengaruh Ngeh-Nga sehingga kini ada kekeruhan dlm DAP Perak. Mereka berdua adalah contoh ultrakiasu terbaik
hebat sungguh komen2 yang ade disini macam president US cakap je. tahniah semua. mungkin ungkapan ini sesuai untuk orang melayu" bangsa yang tahu menjatuhkan bangsa sendiri aje". mari lah kete berubah dari bertelagah sesama sendiri.
Hazil my dear,
Tee started the furore after he upset the Teoh's family and the chinese at large especially the DAP (Teoh Beng Hock was from DAP) when he labeled the baby 'anak haram’.
Then he wrote about the ban on beer in Selangor, "If other people want to do this haram thing, they can go to Kuala Lumpur, drink arak dan visit the night clubs until they pass out because maybe their religions allow them to do so.” He added that “liquor has now become a part of the Chinese culture/way of life, just like sex outside marriage”.
To him, Chinese culture is exemplified by tossing yee sang at Chinese New Year. He believes that the Umno leaders have been generously accommodating of Chinese culture just because during the festive season, they are front-page photographed tossing yee sang using chopsticks.
Another example of his fallacious ethnic stereotyping is his view that the Chinese are embarrassed to speak the national language because they look down on Malays. He conjectures that many Chinese cannot speak Malay well.
Tee later contradicted himself [about whether Chinese reporters are conversant in Bahasa Melayu] when he griped that Malay newspapers do not get take-up from the Chinese community except for those Chinese reporters working in Sin Chew, Nanyang Siang Pau, China Press and other Chinese newspapers.
Tee claimed that they buy Malay newspapers to pick up on sensational news, only to further sensationalize the content in a fit of more kiasu-ness.
In his discussion of racism, Tee declared that people who say Umno is ‘racist’ are the pot calling the kettle black. He asked: “Is Umno so bad; has it neglected the interests of the other races altogether?”
Tee also wrote that if a Chinese is thoroughly assimilated – like he himself submitted to when he chose to ‘masuk Melayu’ (as Red1 claimed to be one)– then this Chinese individual will better fit into the larger society, and become highly successful.
Well, for those who know Islamic history, the role Muslim converts played in being a bridge between Islam and their people is quite well known and they have done it well.
Instead, Tee has converted to Islam, who hails from a people who have less interest in Islam or misunderstand it, and rather than engaging them, appealing to them, explaining Islam to them in a good way, or having good manners to have an impact on his own people, why has he been politicized so much, or does he wants it so much for personal gain that he has forgotten his higher call?
Teoh Beng Hock's case has nothing to do ‘adultery’ (zina), nor the illegitimacy of unborn children.
Ridhuan Tee fails to see the bigger picture of compassion. Legalism has not the warmth of the human heart.
This is probably where he has crossed the ethical boundary by which he incurs the wrath of many Malaysians. And he still cannot understand why.
Ridhuan Tee can make any critical comments about the Chinese or the Chinese culture.
But I am not sure whether he is aware of the cultural lens he himself is using:
the accusative and self-righteous moral language,
the authoritarian tendency of his moral order, and
the sheer lack of the language of the Rights of Humankind.
Racist ideology not only makes a differentiation among people but creates a hegemonic and authoritarian structure of one superior over the other.
Once justified, there is the fight to control resources for only certain members of the group.
Then, the question of Rights of Humankind becomes why the other race is not grateful to the dominant race.
The language of universal ethics is then drowned in the hate speech of violence or coercion.
The obvious example of Ridhuan Tee’s lack of compassion is his moral condemnation of children born out of wedlock.
This helps only to entrench the social stigma and discrimination against this category of children who have done nothing wrong.
Teoh Beng Hock died because civilisation had abandoned him.
Ridhuan Tee does not seem to be sensitive to the tragedy in human relationships. He is much more concerned about the imposition of doctrinal law or the purity of his religious ideology.
Ridhuan Tee has also grouped the moral rules of different religions as if they are all the same.
He has yet to make a distinction of the different moral reasoning between them.
For example, Buddhist morality is neither a commandment nor a rigid law like ‘Buddha banned liquor’.
The Buddhist moral guide of abstaining from alcohol is a simplification of the original version of abstaining from intoxicants.
In modern living like ours, it would logically include refraining from the consumption of [‘intoxicating’] items from the print/electronic media that contain toxins of racist ideology.
The rules are not meant to be used as a big stick to cane its followers into Nirvana. Nor are they to induce toxic shame or toxic guilt or fear so that adherents will conform to fixed rules.
Instead, the rules are guidelines for self-training, awakening and liberation.
This inability to make distinctions also applies to how Ridhuan Tee sees the relationship between the races.
The Chinese culture that he is so critical of has one universal aspect:
The Confucian ethical principle --
"Don't do to others what you don't want others to do onto you".
How far does Ridhuan Tee's religious moral order embrace this maxim?
He has yet to show that he is consistent in this.
[Eminent psychologist Lawrence] Kohlberg had provided some insights into the stages of moral development:
Level 1, for children up to about 9 years old
What is right or wrong to them depends on whether they are punished or rewarded for doing something,
Level 2, for most adolescents and adults
Conforming to other people's expectations -- be a good boy or nice girl, and maintaining [keeping] a society in order.
Level 3, for adults
Defining moral values with social contract orientation and then going further to the higher stage of universal ethical principle (equality of human rights and respect for the dignity of human beings).
Many people get stuck at the social contract stage or below because social or career advantages tend to numb or stifle human conscience.
Besides, there is the fear of being ostracised by their own group members if they choose to think and act differently.
It is difficult to eradicate racism when racism pays.
Setelah mengkaji beberapa artikel Dr Ridhuan Tee, saya mendapati beliau suka menulis sesuatu yang hanya membangkitkan suatu kaum yang mana tidak akan membawa kepada perpaduan makhluk manusia sejagat di dunia ini.
Di samping itu beliau asyik menulis bahawa beliau dikecam hebat dari semua orang termasuklah kaum cina yang beragama Islam.
Saya hairan kenapa beliau tidak mengambil ikhtibar dari komen yang diberikan malahan bertalu-talu mengkritik orang cina sebagai golongan ultrakiasu. Padahal bukan hanya kaum Cina yang sebegitu.
Beliau sepatutnya bertanya kepada dirinya di manakah silap dan kelemahan dirinya sehingga orang membuat komen terhadap penulisannya dengan memperbaiki tulisan artikelnya supaya orang akan menyukai atau menyanjung beliau kerana kebaikan dan keadilannya berhubung dengan sesuatu isu dan bukan sebaliknya.
Bagi diri saya, beliau sepatutnya menerima hakikat bahawa tiada siapa pun antara kita yang boleh memaksa orang lain untuk menerima apa yang dirasakan betul memandangkan setiap orang yang diciptakan oleh Tuhan mempunyai identiti dan perasaan mereka yang tersendiri.
Sebagai contoh, tindakan beliau seolah-olah mengatakan masakan oleh sesuatu kaum itu adalah yang terpaling sedap tanpa mengambil kira cita rasa orang ramai.
Apakah kita boleh mengaku bahawa masakan dari hanya satu kaum itu adalah yang terpaling sedap di dunia?
Seperti mana yang kita ketahui, Tuhan telah mencipta kesemua makhluknya dengan memberi kepandaian dan kelemahannya yang tersendiri.
Oleh itu, janganlah ada sesiapa pun di dunia ini yang boleh mengatakan beliaulah terbijak dalam satu-satu bidang.
Ini juga menunjukkan kebesaran Tuhan di mana semua makhluk manusia diciptakan dengan berbeza untuk mencapai matlamat yang telah dirancangkan olehNYA.
Itulah sebabnya kita hanya merancang dan Tuhanlah yang akan menentukannya.
Kesimpulannya kita semua adalah makhluk ciptaan Tuhan.
Adalah kurang arif untuk mengatakan sesuatu bangsa itu adalah yang terpandai atau terbaik di dunia ini memandangkan kita hanya datang dari dua orang yang mula-mula diciptakanNya tanpa mengira bangsa.
Saya tidak memahami kenapa Dr Ridhuan Tee tidak dapat memahami hakikat sebenar bahawa semua kaum di dunia adalah dari keturunan yang sama dan tiada gunanya kita membuang masa menulis sesuatu yang hanya menimbulkan syak wasangka antara kaum.
Apa yang terjadi di dunia ini semuanya adalah dari kehendak peciptannya termasuklah kita menganut agama yang berbeza-beza.
Sebenarnya kita tahu tiada seorang pun di dunia ini yang dapat memaksa orang lain untuk menerima agamanya memandangkan itu semua adalah kehendak tuhan.
Oleh yang demikian,apa yang paling penting di dunia ini ialah berfikiran secara positif dan menikmati segala perberian dari Tuhan di dunia.
Aiyah Loh Thuan Theng
Apa yang susah nak paham?
Tak perlu heran pun dan Dr Ridhuan Tee memang pun tak silap dalam apa yang ditulis.
Loh mesti tahu, tujuannya dia tulis ialah mau semua orang Melayu di Malaysia bersatu padu.
Kini, mereka sudah pecah kepada UMNO, PAS dan PKR.
Persoalan yang patut dikemukakan ialah kenapa nak mereka bersatu?
Ini semua sebab Melayu paling majoriti dan yang akan menentukan tampok pimpinan negara.
Selepas PRU-12, pihak pembangkang menang besar. Satu cara mengurangkan kuasa pembangkang pada masa yang akan datang ialah menyatukan seperti apa Tun Mahathir bikin iaitu menyatu PAS dan membawa masuk Anwar Ibrahim dari ABIM dalam tahun 80-an.
Bila Melayu bersatu, pucuk pimpinan Melayu tidaklah lagi tergugat.
Hakikat sebenarnya, UMNO telah diberi peluang sebegitu lama untuk menerajui negara. Akibatnya sudah terdapat banyak rekod yang tidak elok.
Dalam situasi perpaduan, pengorbanan memang disanjung tinggi.
Dalam hal ini, gua pikir UMNO yang harus lakukan pengorbanan demi perpaduan Melayu dan Islam sejagat.
Sebabnya Islam boleh diterima oleh semua kaum.
Islam melindungi semua kaum.
Islam menganjur keadilan.
Islam banyak membawa ke arah kebaikan.
Eloklah kalau Dr Ridhuan Tee dapat memujuk UMNO ke arah menukar dasarnya kepada Islam untuk perpaduan sejagat manusia.
@Hazil (10:21am). Sekiranya sdr ternampak nama saya diminggu lepas (5.37 pm), saya mengingatkan pemblog bukan Melayu supaya jangan terbawa2 dalam hujah mereka sehingga melewati batasan. Jadi, apa yg ada kata itu adalah tidak benar.
Seperkara dengan itu, saya menggalakkan Hazil berbuat serupa supaya bersama, kita dapat mengujudkan satu forum yang produktif dan bermakna bagi di antara kita yang inginkan sebuah masyarakat Malaysia yang aman, progresif dan saksama. Versi Malaysia RT jauh dari yang disebut.
Sekiranya Islam yang dicerminkan oleh tulisan RT itu Islam contoh, Malaysia yang penuh dengan "Chinese Convert" seperti RT mungkin tidak begitu disenangi Melayu Malaysia. Saya rasa sekiranya ada seribu orang Cina macam RT, orang Melayu Islam akan terasa bahang bila dibilang Islam mereka tak sempurna, tak sejati, tak ikut kitab dan sebagainya. Sementara itu, yang lainnya seperti kita pula begitu toleran. Yang kita inginkan adalah "boleh cari makan, orang Melayu tak kacau, anak2 boleh baca buku cara kerja baik2". Simple ain't it? Jadi saya rasa pelik2 kenapa orang Melayu begitu teruja dengan RT. Novelty value? Memang seronok tengok orang Cina fasih Melayu, Ustaz pulak... Fikir2lah. Jangan mudah terpedaya dan terikut2 dengan hujahnya yang begitu cetek. Bergelar Dr dah boleh tabur fitnah. Kalau setiap pembohongan RT tentang orang Cina diblog2nya yang lepas bagai bintang dilangit malam, nescaya malam sudah terang benderang macam siang.
Renungilah.
OJ
Hazil sekepala dengan RT.
Sekarang semua ultrakiasu dah jadi sensitif bila rakan sebangsa mereka menegur.
Bila Raja Petra Kamarudin menegur org Melayu/Islam anda semua memuji, kononnya dialah yg terbaik. Orang Melayu hanya berdiam diri sekiranya benar, dan terguris jika ia agak melulu.
Tetapi ultrakiasu terus mengambil pendekatan menghentam orang lain secara keterlaluan. Mereka juga ditegur oleh RPK atas sikap ini, tetapi tetap berdegil malah ada yg vote down komen balas RPK. Setelah mengikuti blog2 tersebut bertahun2 lamanya tembelang ultrakiasu akhirnya semakin jelas dan nyata kebenaran artikel Dr. Tee.
Pada saya, walaupun cara berbeza Dr. Tee merupakan the other RPK.
Saya amat faham isu anak luar nikah TBH amat sensitif kpd bangsa Cina yg amat mementingkan keturunan. Itupun anaknya dpt title Teoh walaupun pd asalnya tidak sah disisi undang2. Ini membuktikan ultrakiasu tetap ultrakiasu walaupun undang2 telah ada. Bagaimana dgn perkara berkaitan Islam, apakah anda tidak atau enggan faham dgn sentiviti umat Islam? Bagi saya, they just think that the world revolves around them, and only them.
Kalau nak sebut tentang isu, terlalu banyak nak dikumpul setelah beberapa tahun. Orang Melayu/islam telah banyak bersabar, faham. Cuba tukarkan nama golongan ini kpd golongan lain berkaitan isu Buah Pala, peniaga dan pusat sembilahan haram. Anda akan lihat impaknya amat berbeza pada mereka. senang cerita mereka ni ibarat tak boleh disentuh, keramat.
Anda belum jawab lagi tentang Ngeh-Nga yg saya lihat begitu tebal keultrakiasuannya? Mengapa berdiam diri? Adakah ini sememangnya taktik anda, divert, down play and ignore?
OJ juga berkata, "boleh cari makan, orang Melayu tak kacau, anak2 boleh baca buku cara kerja baik2. Nah, sekarang terbukti bahawa ultrakiasu amat gusar dgn kesedaran orang Melayu. Ini akan banyak menjejaskan mereka. Patut la bila orang Melayu mula sedar, muncul pulak ceramah moral.
Buat anon, OJ dll, saya ingin melihat blog2 lain terlebih dahulu tdk lg dicemari dgn kata2 nista terhadap orang lain dan memohon maaf secara ikhlas, barulah saya akan berhenti. Kpd saudara Loh, preach your moral values to ultrakiasus sites first.
Jika anda ikuti, penulisan mereka amat keterlaluan sehingga ke tahap menjatuhkan maruah negara yg sedia tercalar. Patriotik konon.
Sekarang semua ultrakiasu dah jadi sensitif bila rakan sebangsa mereka menegur.
Bila Raja Petra Kamarudin menegur org Melayu/Islam anda semua memuji, kononnya dialah yg terbaik. Orang Melayu hanya berdiam diri sekiranya benar, dan terguris jika ia agak melulu.
Tetapi ultrakiasu terus mengambil pendekatan menghentam orang lain secara keterlaluan. Mereka juga ditegur oleh RPK atas sikap ini, tetapi tetap berdegil malah ada yg vote down komen balas RPK. Setelah mengikuti blog2 tersebut bertahun2 lamanya tembelang ultrakiasu akhirnya semakin jelas dan nyata kebenaran artikel Dr. Tee.
Pada saya, walaupun cara berbeza Dr. Tee merupakan the other RPK.
Saya amat faham isu anak luar nikah TBH amat sensitif kpd bangsa Cina yg amat mementingkan keturunan. Itupun anaknya dpt title Teoh walaupun pd asalnya tidak sah disisi undang2. Ini membuktikan ultrakiasu tetap ultrakiasu walaupun undang2 telah ada. Bagaimana dgn perkara berkaitan Islam, apakah anda tidak atau enggan faham dgn sentiviti umat Islam? Bagi saya, they just think that the world revolves around them, and only them.
Kalau nak sebut tentang isu, terlalu banyak nak dikumpul setelah beberapa tahun. Orang Melayu/islam telah banyak bersabar, faham. Cuba tukarkan nama golongan ini kpd golongan lain berkaitan isu Buah Pala, peniaga dan pusat sembilahan haram. Anda akan lihat impaknya amat berbeza pada mereka. senang cerita mereka ni ibarat tak boleh disentuh, keramat.
Anda belum jawab lagi tentang Ngeh-Nga yg saya lihat begitu tebal keultrakiasuannya? Mengapa berdiam diri? Adakah ini sememangnya taktik anda, divert, down play and ignore?
OJ juga berkata, "boleh cari makan, orang Melayu tak kacau, anak2 boleh baca buku cara kerja baik2. Nah, sekarang terbukti bahawa ultrakiasu amat gusar dgn kesedaran orang Melayu. Ini akan banyak menjejaskan mereka. Patut la bila orang Melayu mula sedar, muncul pulak ceramah moral.
Buat anon, OJ dll, saya ingin melihat blog2 lain terlebih dahulu tdk lg dicemari dgn kata2 nista terhadap orang lain dan memohon maaf secara ikhlas, barulah saya akan berhenti. Kpd saudara Loh, preach your moral values to ultrakiasus sites first.
Jika anda ikuti, penulisan mereka amat keterlaluan sehingga ke tahap menjatuhkan maruah negara yg sedia tercalar. Patriotik konon.
Tan, anda menggunakan reverse psikologi terutamanya dalam hal ekonomi. Siapa yg dominate siapa?
Post a Comment