Insiden ceramah berbau perkauman dalam program Rapat 1Malaysia baru-baru ini, perlu dijadikan teladan oleh semua pihak, terutama dalam membangkitkan perkara-perkara yang sensitif yang menyentuh sensitiviti kaum. Sudah menjadi amalan politik di negara kita, satu kesalahan yang dilakukan akan dijadikan senjata untuk menarik seseorang jatuh dengan melupakan seribu kebaikan yang pernah dilakukan. Inilah hakikat yang perlu kita terima.
Dengan sebab itu, kita perlu berhati-hati dalam berhujah agar tidak masuk perangkap. Hujah-hujah yang dikemukakan mesti disertai dengan fakta yang bernas. Hujah yang beremosi hanya akan memakan diri dan menjatuhkan maruah agama kita, apatah lagi jika tidak disokong dengan fakta ilmiah.
Insiden ini mengingatkan saya akan jemputan pemuda MCA pada 2 Februari 2010 baru-baru ini yang mahukan saya berdebat dengan barisan pemuda mereka mengenai sistem pendidikan Cina bersama-sama Profesor Khoo Kay Kim. Saya terpaksa menarik diri menyertai debat tersebut kerana pihak penganjur agak tidak professional dalam cara pengendaliannya.
Sebelum jemputan dibuat, saya telah beberapa kali mengingatkan pihak penganjur agar memilih tempat yang agak neutral untuk berdebat seperti di dewan-dewan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan bukannya dewan perhimpunan Cina sebagaimana yang dicadangkan, atau paling tidak, dewan berhampiran iaitu Dewan Bahasa dan Pustaka. Namun, cadangan saya tidak diambil berat.
Alasan penganjur amat simplistik, semua dewan IPTA penuh, kecuali dewan perhimpunan Cina. Saya berasa amat pelik, takkan ketua pemuda mereka, seorang timbalan menteri pelajaran, tidak dapat mencari dewan lain atau sekurang-kurangnya dewan sekolah di bawah seliaan kementeriannya. Namun, saya tetap bersetuju untuk hadir walaupun diadakan di tempat yang penuh ultra kiasu, sebab pihak penganjur berkata debat tersebut akan disiarkan secara langsung melalui salah satu saluran televisyen swasta.
Saya berasa lega jika dapat disiarkan secara langsung. Bukan apa, saya tidak mahu debat dan hujah saya dimanipulasikan selepas itu. Dua hari sebelum debat berlangsung, pihak penganjur mengatakan bahawa, tidak ada siaran langsung, hanya debat biasa sahaja, yang akan dihadiri oleh sekumpulan ultra kiasu. Saya terpaksa membatalkan keputusan untuk menyertai debat tersebut disebabkan oleh sikap bias pihak penganjur. Jangan tuduh saya penakut pula untuk berhadapan dengan mereka.
Persoalan saya, kenapa kita begitu beriya-iya benar nak mengadakannya di dewan perhimpunan Cina? Tidak ada tempat lainkah yang lebih baik? Alasan lain mengatakan forum terpaksa diadakan di sana disebabkan Tahun Baru Cina semakin hampir bukanlah alasan yang kukuh. Masa masih panjang. Apa yang penting ialah forum tersebut mesti dianjurkan secara professional, di tempat yang neutral, agar dapat dihadiri oleh semua peringkat masyarakat. Barulah adil kepada saya.
Saya tidak mahu menjadi mangsa manipulasi akhbar-akhbar perkauman dan kumpulan ultra kiasu. Cukuplah dengan apa yang telah saya alami selama ini. Satu perkara yang saya ingin ingatkan bahawa menegakkan kebenaran itu adalah suatu perjuangan yang pahit. Kita perlu banyak bersabar. Kesabaran ini perlu diikuti dengan usaha menimba ilmu melalui pembacaan dan kajian. Perkara ini amat penting supaya fakta atau hujah yang dikemukakan sukar untuk untuk dipatahkan mahupun dipertikaikan.
Lebih baik lagi biarlah hujah tersebut mengikut bidang kepakaran masing-masing, agar ia mempunyai lebih berotoriti. Kadang kala saya amat pelik yang bila mana mereka yang tidak ada kaitan dengan bidang kepakaranpun, beriya-iya hendak menulis dan bercakap sehingga tulisan dan pendapat mereka tersasar jauh. Inilah salah satu ciri ultra kiasu.
Budaya ini juga disebut oleh Syed Hussein al-Attas sebagai budaya pandir, yang merujuk kepada budaya politik yang tidak ada nilai-nilai intelektual. Teringat saya kepada kata-kata pujangga Islam, kita sepatutnya menjadi orang yang tahu, dia tahu, yang dia tahu, inilah yang terbaik. Kalau tidak boleh, jadilah golongan seterusnya iaitu orang yang tahu, dia tidak tahu, yang dia tahu atau mereka yang tidak tahu, dia tahu, dia tidak tahu. Kategori ini masih boleh diterima. Tetapi janganlah jadi manusia yang amat rendah darjatnya iaitu dia tidak tahu, dia tidak tahu, bahawa dia tidak tahu atau dia tidak tahu, pura-pura buat macam tahu. Kategori akhir ini jahil namanya. Perkara inilah yang perlu dihindari apabila mengemukakan hujah.
Dalam membicarakan lanskap politik Malaysia, budaya pandir ini yang amat sukar untuk dihapuskan. Kita suka melabelkan seseorang yang tidak disukai tanpa menilai fakta yang cuba dikemukakan. Lebih serius sampai kita sanggup kita menolak kebaikan yang dilakukan disebabkan oleh sentimen berpolitik.
Lihat sahaja budaya politik antara pemerintah dengan pembangkang, iaitu UMNO (BN) dengan PAS, PKR dan parti ultra kiasu. Di mata pembangkang, tidak ada satupun kebaikan UMNO yang memerintah selama ini, semuanya buruk. Termenung memikirkan, adakah selama ini tidak ada sedikitpun jasa UMNO terhadap negara kita? Adakah apa yang kita nikmati selama ini berlaku secara semulajadi tanpa perancangan? Sekurang-kurangnya berilah pandangan kalaupun tidak banyak, sedikitpun tak apa, akan beberapa kebaikan UMNO. Begitu juga sebaliknya, pandangan UMNO terhadap pembangkang. Jangan tolak semua. Politik pandir sebegini perlu dihentikan. Ia tidak menguntungkan sesiapa.
Selaku ahli akademik, saya melihat UMNOpun ada peranan, pembangkang juga ada peranan dalam demokrasi. Kedua-duanya memberikan sumbangan dalam pembangunan politik, baru ada check and balance. Tetapi, janganlah bertindak kerana marahkan nyamuk kelambu dibakar. Disebabkan oleh seorang yang membawa masalah, maka kita pukul rata itulah kesemuanya. Satu dua orang yang terlibat dengan rasuah, maka semua dikatakan rasuah. Persoalan saya, adakah bila kita memerintah, semuanya baik belaka, tidak ada rasuah langsung?
Sebagai umat Islam, kita harus memuji usaha-usaha untuk memerangi rasuah, tidak kira negeri mana sekalipun kerana kita perlu mengikhtiraf kebaikan yang dilakukan oleh sesiapa sahaja, tanpa mengira latar belakang dan ideologi. Tetapi jangan kerana satu kesalahan, sehingga kita sanggup lupa seribu kebaikan yang telah dilakukan orang lain. Saya masih teringat kata-kata seorang ahli tasauf yang begitu terpahat di sanubari sehingga ke hari ini. Katanya, jika mahu hidup selamat dan sepakat, ingat dua perkara dan lupakan dua yang lain.
Selalu ingat pertolongan orang pada kita, lupakan pertolongan kita pada orang. Ingat, salah kita pada orang, lupakan salah orang pada kita. Tidakkah kita boleh berpolitik berlandaskan akhlak sedemikian? Bukankah kita beragama Islam dan bersaudara! Kenapa kita terlalu berkira dan ingin membalas dendam sesama sendiri?
Semua insiden ini mengingatkan saya satu lagi insiden yang hampir sama bila mana orang kuat parti Gerakan, pernah mengeluarkan kenyataan orang Melayu adalah juga pendatang. Kenyataan ini teramat sensitif, namun tidak ramai yang tampil ke hadapan mendesak beliau meletak jawatan. Lebih hiba lagi, kumpulan ultra kiasu ini menyokong kenyataan ini.
Insiden ini memperlihatkan seolah-olah ada pakatan senyap yang begitu licik. Bersatu dalam senyap. Begitu juga isu kalimah Allah yang banyak dibincangkan secara bebas di laman-laman web ultra kiasu. Kadangkala naik ngeri membaca artikel dan komen-komen yang dilontarkan. Mereka yang tidak menyembah Allah pun tidak menyokong kita atau melakukan protes? Ini belum campur lagi ultra kiasu yang menghina kedudukan raja-raja Melayu dan yang terbaru Almarhum Sultan Johor? Bayangkan pula ucapan-ucapan sesama mereka yang tidak dapat difahami oleh kita semua. Kenapa segelintir ultra kiasu ini masih bebas dan tidak dikenakan tindakan?
Itulah yang selalu saya kata, bila kena pada Melayu, heboh satu Malaysia, seolah-olah tidak ada cerita lain. Bila kena pada diri sendiri atau kumpulan sendiri, buat-buat senyap. Inilah nasib Melayu di bumi Melayu. Bila kesalahan dilakukan oleh orang Melayu maka dipaksa letak jawatan dan memohon maaf secara terbuka. Bila kena pada mereka, adakah desakan itu dibuat? Pernahkah mereka meminta maaf secara terbuka sedangkan perbuatan mereka juga amat mengguris hati umat Islam? Saya fikir ahli parlimen Jelutung faham apa yang saya maksudkan.
Saya lihat hubungan kaum di kalangan kita semakin rapuh. Jarang sekali berlaku situasi menang-menang (win-win). Apa yang selalu kita lihat adalah satu pihak menang besar, di pihak lain pula kalah terduduk. Persoalannya, sampai bilakah budaya pandir ini mahu diteruskan? Dalam hidup ini, kita perlu telus dan jangan hanya pandai memanipulasikan isu bagi mendapatkan publisiti murahan.
Saya sungguh teruja melihat cara ultra kiasu mempolitikkan gagasan 1Malaysia. Apa-apa juga kekurangan atau sesuatu yang dirasakan tidak adil, maka gagasan 1Malaysialah disalahkan. Sedangkan mereka sendiri bukan tidak faham akan maksud gagasan itu yang sebenar. Saya masih teringat, satu majlis makan malam yang secara kebetulan dalam majlis tersebut banyak menghidangkan makanan berdaging berbanding vegetarian, kerana bilangan bukan Islam boleh dikira dengan jari. Mereka yang tidak makan daging serta merta memberontak meninggalkan majlis sambil menghamburkan kata-kata, “ini bukan 1Malaysia”? 1Malaysia disalahkan kerana tidak berasaskan sama rata sama rasa iaitu 1 = 1 atau satu daging = satu sayur.
Dalam menyelesaikan kemelut ini, penegasan perlu dibuat segera bahawa gagasan 1Malaysia bukanlah konsep sama rata sama rasa tetapi bersandarkan kepada perlembagaan persekutuan. Perlembagaan adalah sesuatu yang hidup. Justeru, ia mesti dijadikan rujukan asas dalam memahami kehidupan bernegara. Inilah asas ucapan 1Malaysia yang perlu ada apabila kita diberi peluang untuk berucap di khalayak, agar apa yang kita sampaikan, tidak dimanipulasikan.
Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah, Pensyarah Kanan, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia merangkap Setiausaha Agung Dewan Perdagangan Islam Malaysia. Penulisan ini adalah pendapat peribadi penulis
30 comments:
Salam Ustaz,
Mungkin mereka tidak faham maksud konsep 1Malaysia atau buat-buat tak faham tetapi faham...macam mana maksud nya? Hanya utra kiasu sahaja yang tahu.
Mungkin "kawan" dalam BN sendiri yang tidak faham maksud 1Malaysia. Ini yang menyebabkan sindir menyindir dan pandang sebelah mata berlaku dalam parti pemerintah.
Apapun akar tunjang mesti kuat. Akar perpaduan kaum Bumiputra mesti utuh dan semangat cintakan negara dan tanah air mesti bermula dengan kaum Melayu itu sendiri.
Sekiranya orang Melayu itu berpecah dan lemah dan masih mengikut pengikut-pengikut dalam BN yang bertopengkan cintakan tanah air tetapi mencucuk jarum dalam hati dan menjadi gunting dalam lipatan, alamatnya tidak akan menjadi kenyataan wawasan 2020 sebuah nehara maju Malaysia ini.
Mengenai isu perdebatan antara Ustaz dengan pengajur itu saya memang sudah jangka perkara remah temah akan di mainkan dan di gunakan bagi Ustaz sendiri terpaksa menolaknya. Saya ingat isu "mengangkat keris" di mainkan dan di ulas dengan cukup serius tak kira sensetive atau tidak sensetive isu tersebut. Tetapi untuk mencari idea menyelesaikan masalah sekolah cina ambil masa, sampai semua dewan rakyat penuh dan dewan IPTA dan IPTS pun penuh! Hebat betul alasan mereka.
Bagi tahulah dengan jujur dan iklas bahawa "kami nak hentam ustaz" kami "tak mahu rahsia kami anti pada kaum melayu terbongkar" kami "tidak mahu sistem pendidikan nasional yang tidak ada kualiti dan berguna pada kaum cina, hanya sistem pendidikan kaum sekolah cina sahaja yang berkualiti"....cakap kat TV dan radio dengan menggunakan bahasa Malaysia supaya kita semua rakyat Malaysia tahu. Tak perlu sorok-sorok dan bagi banyak alasan pada Ustaz. Kami dah dapat baca pemikiran mereka.Cantik di luar tetapi rencong di dalam.
Ustaz, mereka tak kan duduk diam, mereka idak akan tutup sebelah mata... Selagi kaum melayu leamh dalam semua bidang selagi itu gunting dalam lipatan ada.
Saya mendoakan Ustaz dab keluarga teruskan perjuangan dan ingatkan bangsa melayu yang mudah cair ini dan mudah tergangah mulut!
Salam Ustaz.
Salam uztaz, Orang kafir di Malaysia ni,panggil apa? Kafir Zimmi atau Harbi?
Dr.,
Perdebatan Pemuda MCA mengenai isu pendidikan nampaknya tidak begitu telus niatnya:-
1. SEBELUM - Ianya tidak di war-war utk pengetahuan umum. Saya hanya mengetahui apabila terbaca ini:- http://manifestogwl.blogspot.com/2010/01/malaysian-chinese-education-debate.html
2. SELEPAS - Ianya juga tidak mendapat liputan sewajarnya
http://satdthinks.blogspot.com/2010/02/satu-sekolah-vs-can-i-fuck-u-today.html
3. Seperti yg Dr. katakan - Ianya dilangsungkan di Dewan China yang tentunya majoriti dihadiri oleh orang China?
Ini macam agenda nak mengenakan orang saja daripada benar-benar nak berdiskusi mengenai isu pendidikan yang menjadi isu seluruh rakyat jelata.
Kita pun agak maklum siapa itu wee ka siong.
salam ustaz
saya amat berbesar hati membaca posting yg dibuat.inilah contoh islam yg diamalkan dgn baik oleh ustaz pada pandangan peribadi saya..
saya berharap org2 cina lebih bersifat "Neutral" tanpa bias serta tepat tentang ulasan isu yg berbangkit..
saya sendiri tidak menganggap semua cina adalah jahat, tertapi wujudnya segelintir yang jahat membuatkan org melayu kurang selesa dgn cara tersebut. org melayu hidupnya ringkas, asal cukup makan pakai tempat tinggal serta tidak diprovoke berlebihan maka akan menjadi org yg tidak akan memberontak dan membenci org lain..
kumpulan ultra kiasau mmg wujud didalam kelompok kerajaan mahupun pembangkang..mereka ini ibarat gunting dlm lipatan..
apabila melayu mengeluarkan fakta sejarah yg benar maka dia akan dicop rasis dan pelbagai label lagi
saya setuju undian ustaz bahawa bahasa cina perlu diterjemahkan kepada bahasa melayu serta dipelajari.dan kerajaan patut kembalikan tulisan jawi utk dipelajari oleh setiap kaum.dengan demikian perasaan prejudis akan hilang dari sanubari setiap dari kita
akhir kata
teruskan posting didalam bahasa melayu dan terima kasih kerana menjadi cina islam yg neutral dan bkn menjadi cina kiasau
Komen Dr kali ini amatlah adil untuk kesemua pihak. Kalau masih ada yang menohmah atau mengecam,their mind is totally zero to the focal..
Sebenarnya mereka nk pujuk Dr berpaling tadah tu.. sy doakan Dr selajar dgn prinsip yg tkkn berganjak k akhir hayat..salamz
...ambil maklum, Happy Chinese New Year Rid.Tee
DR RT,
debat tersebut bias ke tidak kita belum tahu. tapi tuduhan DR bahawa dewan perhimpunan cina sebagai tempat yang tidak neutral adalah tidak betul. Tetamu yang dipelawa seperti Prof Khoo, DR RT sendiri, dan pihak penganjur semua berbangsa cina, jadi apa masalahnya?
Saya juga pernah mengalami insiden yang serupa seperti yang dikata DR. semasa saya menyertai kejohanan MSSM kira-kira 8 tahun yang lalu di selangor, pihak penganjur menghidangkan nasi (dimasak dengan tulang lembu). namun kebanyakan orang cina dan india tidak perasan sehingga terjumpa tulang lembu di dasar periuk.
sebenarnya ramai buddhist dan semua hindu tidak makan lembu. sama seperti islam tidak makan babi. namun sensitiviti ini selalunya diabaikan. memandangkan kami adalah minoriti, dengan semangat toleransi dan integrasi, hal ini cuma dibiarkan, dan kami tinggalkan majlis makan malam tersebut secara senyap.
jangan melihat setiap isu dari sudut perkauman atau agama atau parti politik sedangkan isu tesebut tidak sebegitu. Kalau tidak, baik tulisan yang seberapa bagus pun tidak akan dinampak bersifat neutral.
Should be stated in the Menu - kesilapan yg tak seharusnya berlaku. Anyway jarang org guna resepi tu.
Kafir Zimni ialah kafir yang bermastautin di negara yg mengamalkan hukum hudud dan harus patuhi undang-undang mereka. Malaysia bukan negara yg mengamalkan hudud sepenuhnya. Sory Dr eh..tolong jawab bg pihak you..Hepi Chinese N Year to Dr, to all the bloggers and also yg 'sorang tu'..
2-
kafir Zimmi juga bebas mengamalkan rutin kepercayaan mereka dan haram bg org Islam mengganggu atau menganiaya mereka..
[no existance of such- meskipun agama rasmi M'sia Islam, there's no reality of hukum Hudud here.]
Assalamualaikum Dr.,
Saya amat berminat dgn pandangan Dr. ttg golongan ultra kiasu ini walaupun Dr. dihentam habis-habisan oleh mereka dlm blog2 Malaysia Today, Malaysiakini dan yg sedihnya oleh org Melayu sendiri dll.
Cuma saya rasa Dr. perlu kupas dan dedahkan scr spesifik sikap secara satu persatu agar dpt ditepis hujah lemah mereka. Yg jelas mereka riuh akan keburukan orang tetapi senyap dlm untung dan keburukan mereka. Juga saya mohon Dr. join forum agar komen dan isu-isu dpt diperjelas dan dihalusi.
Senario yg saya dapati skrg mereka 'win all' dlm percaturan byk isu samada dgn pihak kerajaan BN mahupun dgn rakan PR. Kelemahan kerajaan BN jg memudahkan golongan ultra kiasu ini memanipulasikan keadaan untuk kepentingan mereka semata-mata.Dlm pemerhatian saya kepentingan dan hujah mereka adalah bersandarkan kpd faktor cari makan, bahasa, pelajaran, keturunan, budaya dan sekali-sekala mengambil kesempatan di atas isu agama, yg sebenarnya tidak salah tetapi dimainkan scr berlebih-lebihan oleh golongan ultra-kiasu ini. Isu2 tersebut jika melibatkan org lain jelas mdpt reaksi berbeza berbanding diri mereka.
Cthnya:
1. Cari makan. Terbaru, kerajaan tunduk dgn golongan ultra kiasu ini dlm menghentikan serbuan ke atas PATI yg bekerja dgn mereka sehingga slps CNY kerana ini masanya mereka membuat untung. Sebaliknya mereka menempelak peniaga Melayu yg jgk haram, dirobohkan perniagaan mereka di P.Pinang semata2 krn menyokong golongan ultra kiasu spt mereka.
2.mereka menyokong penggunaan Bible dlm B.M tetapi menentang usul menghapuskan sekolah vernakular dan menyokong PPSMI atas alasan kualiti sekolah kebangsaan amat teruk dan bahasa inggeris adalah bahasa antarbangsa. Hasilnya, yg terbaru, kerajaan menambahkan peruntukan bg sekolah vernakular ini. Sekiranya mereka mengaku bangsa Malaysia bantulah kerajaan menambahbaik sekolah kebangsaan dan mencadangkan pengajaran bahasa cina dan tamil dlm sekolah kebangsaan.
3. Mereka bising kerana tdk dpt biasiswa utk melanjutkan pelajaran ke luar negeri. Bila dpt tak nak balik berkhidmat dgn kerajaan,kononya dgn pengalaman luar negara slps belajar mereka tak mahu balik alasannya gaji kecik. Biasiswa yg mereka terima, entah dibyr blk entak tdk. Yg dlm negeri,tak dpt kerja pun dikejar. Terbaru, menteri SM mahu lanjutkan kontrak doktor sehingga 10 thn ttpi Menteri Kesihatan nak pendekkan ke setahun.Golongan ultrakiasu ini sentiasa terbela dan 'dibela' kerana buat apa kerja dgn kerajaan, buka klinik sendiri lebih 'ong'. Mereka ini juga golongan yg selalu menghentam kerajaan krn tdk membuka peluang mereka bekerja di sektor kerajaan. Tp sbnrnya mereka hny berminat utk mengejar jawatan 'decision maker' je dlm sektor kerajaan agar kepentingan mereka dpt terus dijaga. Dlm hal2 lain, cari makan lbh utama.
There are many ultra kiasu related-issues which are 'conveniently diverted' and 'protected' which we fail to realise. Dan saya melihat kelemahan org Melayu biasa juga spt saya ialah terlalu simplistik dan tidak tahu atau tidak mahu berhujah dgn gol ini. Namun begitu saya bersetuju, dgn tindakan Dr. yg enggan berdebat dgn gol. ini, because it is not a level playing field spt yg mereka selalu perjuangkan dlm isu2 lain spt ekonomi.
Saya sarankan forum ini mengupas isu 'menang pada satu pihak' dgn memberikan contoh-contoh lain. C'mon guys we have to be alert and be able to understand apa yg tersurat dan tersirat dgn apa yg berlaku di sekeliling kita. We must learn from it and be comfortable to debate with these ultra-kiasus spt yg dihadapi oleh Dr. Tee. Sesungguhnya ujian Allah terhadap Dr. Tee dari kaumnya sendiri adalah besar..
My suggestion, emulate what these ultra-kiasus are doing.
Langkah pertama, voice out your views in forums. SMS columns in mainstream multimedia (MSM) especially in english newspaper such as the STAR, NST, Metro, Kosmo whatever are very effective. The more the better because it may represent majority views. Skrg ni depa je dok bising org Melayu wlpun majoriti senyap je.
Secondly, join ultra-kiasu based english blogs by submittingb a comment. You may be surprised to see your comment being shot down like Dr. Tee is experiencing... he..he..
Thirdly, repeat langkah satu dan dua or istiqamah.
Oops tertinggal pasal kafir harbi..
Kafir Harbi implied to those unbelievers of Islam who fought or battle or wars against Islam and it’s followers and in return wajib be fought back where their blood and other related things considered halal to these Muslims retaliators. But to label kafir in Malaysia as kafir Harbi in my opinion somewhat a little defamatory and libelous, since there’s no bloodshed or declaration of war [fr them] against this religion. That includes in regard of d issue on kalimah “ALLAH’. One way or another, they should call a halt to their resolution to persist the kalimah usage in order to uphold national unity as well as to avoid racial and believer’s sentiment since Islam is forever the official religion.
Menang pada satu pihak memang tepat tajuk Dr. Sayang sekali ramai orang melayu tidak faham bahasa cina dan tamil dan kalau ada pun tak ada yang nak pergi dengar ceramah mereka.
Orang melayu yang faham kedua2 bahasa ini tolonglah semak akhbar mereka supaya mereka tidak sewenang2nya mengeluarkan hujah yang lebih perkauman.
Kalau orang melayu bercakap, berhujah yang menyentuh hal kaum lain kita dikatakan rasis tetapi kalau mereka dikatakan keadilan dimana keadilan sebenarnya.
Bukankah keadilan itu meletakkan sesuatu pada yang hak. Hak melayu sebagai bumiputera sudah tentulah melebihi hak kaum lain. Itulah keadilan. Jika hak melayu ini pun di pertikaikan adilkah namanya.
Jika melayu berceramah menyentuh sensitiviti kaum lain melayu disuruh letak jawatan. Kalau beginilah keadaannya siapa lagi yang akan menyentuh sensitiviti mereka. Nak harapkan kaum mereka sendiri sudah tentu kita tak akan dapat. Kenapa kaum lain langsung tidak melihat teguran itu sebagai satu pandangan yang positif agar penambahbaikan boleh dilakukan.
Kepada Dr. teruskanlah perjuangan anda insyaalah keikhlasan anda akan diberkati.
Saya berpendapat, diketika kita melihat UMNO sekarang ini seolah-olah sedang berusaha keras untuk memenangi hati para pengundi, NGO Melayu dan Islam hendaklah memainkan peranan mereka dengan aktif untuk memberi kesedaran kepada pemimpin UMNO supaya tidak terlalai hingga boleh mengadai hak dan keistimewaan orang melayu dan Agama Islam kepada bangsa lain. Peranan NGO sebagai badan bebas amat penting untuk menyedarkan kerajaan UMNO.
Oleh itu, saya harap lebih ramai MP yang menyertai NGO-NGO Melayu Islam dari PKR menjadi wakil rakyat bebas seperti MP Pasir Mas untuk menyuarakan rasa tidak puashati orang Melayu islam di dalam Parlimen. Saya mengharapkan YB Zulkifli Nordin akan menjadi wakil bebas dan menyertai mana-mana NGO Melayu Islam yang ada. Jadikan UMNO sebagai wakil kuasa Melayu Islam dalam kerajaan.
Ini adalah harapan dan cadangan saya bagi menyelamatkan kuasa Bangsa Melayu dan Islam dari sedikit demi sedikit terhakis.
Bila Guan Eng tidak mengguna pakai dasar DEB dalam urusan pentadbiran, ia jadi isu sensitif, perkauman, dilabelkan sebagai racist, mencabar hak keistimewaan melayu.
namun apabila PM Najib kata nak membuka sesetengah sektor misalnya hapuskan pegangan 30% ekuiti oleh bumiputera, isu ini ... bukan isu.
sama juga di PP. Apabila gerai milik melayu yang haram diroboh, ia diperbesar-besarkan. sehingga jadi isu perkauman. tetapi gerai-gerai cina haram yang dirobohkan di kek lok si misalnya tidak dipaparkan.
nak kata racist pun tak masuk akal, sebab pengerusi MPPP melayu juga!!
apa yang dapat dilihat, apabila seseorang melakukan sst ke atas bangsa lain, serta-merta ia menjadi isu perkauman. Tapi tindakan yang sama berlaku tetapi oleh kaum sendiri, ia menjadi isu am.
(cadangan saya, lain kali pihak berkuasa hanya boleh bertindak ke atas pesalah yang sama bangsanya untuk mengelakkan isu sensitif. Misalnya polis melayu hanya boleh tangkap pesalah melayu, premis peniaga haram cina hanya boleh diroboh oleh pihak berkuasa cina, dan sebagainya) --- just joking
Dah banyak kali cakap, janganlah melihat setiap isu menjadi isu perkauman, bahaya tu!
kalau nak terus api-apikan isu, tak dapat saya nak buat apa2, cuma boleh saya berharap agar Tuhan memaafkan segala perbuatan anda yang jahat.
Of all the hassle anyone could spitefully conjure. Of all the provocation anyone could simply bring to mind..Heaven forbids!
Then what’s the sole purpose and rationale of enacting any law..peraturan?
Betullah kenyataan our benevolent Dr RT, if all the Malaysians gallantly follow his footsteps..if only..
Lalu kuanalisis kenyataan Andik..alangkah benarnya..
Bagi tahulah dengan jujur dan iklas bahawa "kami nak hentam ustaz" kami "tak mahu rahsia kami anti pada kaum melayu terbongkar" kami "tidak mahu sistem pendidikan nasional yang tidak ada kualiti dan berguna pada kaum cina, hanya sistem pendidikan kaum sekolah cina sahaja yang berkualiti"....cakap kat TV dan radio dengan menggunakan bahasa Malaysia supaya kita semua rakyat Malaysia tahu. Tak perlu sorok-sorok dan bagi banyak alasan pada Ustaz. Kami dah dapat baca pemikiran mereka.Cantik di luar tetapi rencong di dalam.
Malaysia, memang benar isu di P.Pinang dijadikan isu perkauman. Dan gerai2 t'sbt memang haram.Juga banyak lg pusat sembelihan babi dan kilang2 haram yg kebanyakannya beroperasi di Selangor dll tmpt.
Saya masih ingat apabila premis2 ini hdk diambil roboh atau pindah, muncul golongan2 yg membela golongan ultrakiasu yg menjalankan bisnes tersebut utk dihalalkan. Org2 Melayu hanya melihat tnpa membuat apa2 bantahan. Sdgkan ini jelas bertentangan dgn undang-undang serta mencemarkan alam sekitar. Cth, isu kebersihan pusat penyembelihan babi di Kedah, penyokong2 ultrakiasu menyalahkan kerajaan tempatan kerana tidak membersihkan saliran dari pusat tersebut. Sikap mereka ini amat menjijikkan dah lah haram, menyalahkan orag lain pula.
Org spt Dr. Tee amat fasih ttg sikap bangsanya, dan dia amat dibenci oleh mereka. Golongan ini hanya tahu menyalahkan pihak lain dan kepentingan mereka, sekalipun haram harus dibela. Dan sekiranya dibangkitkan oleh org lain, ia isu perkauman, ttpi jika mereka yg bangkitkan ia isu diskriminasi, sedangkan ia juga jelas berbaur perkauman. Untuk kes babi di Kedah, sila baca ruang komen di blog malaysia Today. Inilah perjuangan mereka. Tidakkah juga gol. ultrakiasu yg dikatakan mangsa BN memainkan isu perkauman?
Dlm byk perkara, mereka SECARA SENYAP tlh menang bsr dek krn tiada tindakan dan dibantah oleh pemerintah dan org Melayu yg banyak bertolak ansur dan enggan atau tidak tahu berhujah.
Lihat shj pendirian kementerian kesihatan ttg tempoh kontrak doktor. Ia amat bercanggah dgn terma dan syarat pembiayaan pengajian bg bidang2 lain bg penjawat awam. Kenapa mereka akan diberi pengecualian? Ia juga jelas bertentangan dgn kehendak kerajaan menyediakan doktor yg cukup di hospital2 awam. Utk siapa? Untuk semua rakyat termasuk gol. ultrakiasu yg sentiasa riuh membuat aduan itu dan ini ttg kelemahan hospital2 tersebut.
Lihat juga tindakan memberhentikan serbuan ke atas PATI sempena CNY atas desakan dewan perniagaan Cina. Wlpun jelas haram, mereka menang semua.
Sesiapa yg sudi menambah saya amat alu2kan. Kerana setelah sekian lama kita mempersoalkan tindakan berbaur perkauman oleh pemerintah dnn org melayu, mereka berpendirian dan tlh mengambil tindakan yg lebih jelas bersifat perkauman di ruang2 blog yg ada hari ini.
To an acquaintance which comes from gol. ultrakiasu who challenged me into such debate, I said that 'you gain more by holding the government and org Melayu on ransom through the implementation of DEB and other so-called hak keistimewaan Melayu'
Hairankan? Parti ultra kiasu yang beria-ia memperjuangkan ketelusan dalam segenap bidang tp sewaktu debat yang penting begini, kecut pula.
Tsk tsk tsk.
saudara Hazil masih tidak faham dengan maksud saya.
saya juga hairan bagaimana saudara kaitkan isu kontrak doktor dengan ultra kiasu.
teruskanlah perjuangan anda memperkaumkan isu-isu, semoga anda dapat cari seorang untuk berdebat.
malaysia, saya amat faham dgn maksud anda. Saya hanya mengutarakan isu2 tersebut spt juga saudara lakukan spt 'sama juga di PP. Apabila gerai milik melayu yang haram diroboh, ia diperbesar-besarkan. sehingga jadi isu perkauman. tetapi gerai-gerai cina haram yang dirobohkan di kek lok si misalnya tidak dipaparkan.'
Malaysia, Isu kilang haram yg beroperasi atas nama cari makan tlh menjadi isu lapuk tetapi everybody closes one eye to it. I read almost everyday in the-so-called free and fair blogs that bashes the muslims and malays even the indians or others that do not share their same feeling. Wow, they are just beyond comprehension.
Utk menjawab 'teruskanlah perjuangan anda memperkaumkan isu-isu, semoga anda dapat cari seorang untuk berdebat', what I am doing is just take the first advice from that ultra kiasu guy that the muslim malay should speak out. Now when we speak out you tak suka...sigh. Hakikatnya selama ini org Islam dan Melayu jarang bangkit mempersoalkan tindakan golongan ultra kiasu ini, tetapi setelah ada yg bersuara dan dtgnya dari insan spt Dr. Tee, dan setelah dia dihentam habis2an, maka timbul pula cadangan malaysia agar kita menghentikan isu-isu perkauman ini. After all the bashing and tarnishing the Muslim Malays at the international level (through internet postings for example), now you want to 'down play' the issues which are sensitive to you, just because we, the muslim malay retaliates. These ultra kiasus are good at deceiving people.
Utk pengetahuan Malaysia, saya telah mengundi parti ultra kiasu dlm 3 pilihanraya yg lepas (1999, 2004, 2008)dgn harapan Malaysia we can have a free and fair Malaysia. But these ultra kiasus really dissapoint me...They are just the other half of corrupted BN.
Utk menjawab 'saya juga hairan bagaimana saudara kaitkan isu kontrak doktor dengan ultra kiasu', saya cadangkan malaysia baca artikel2 Dr. Tee yg terdahulu. Utk pengetahuan malaysia, walaupun nampaknya ideologi mereka bertentangan, sesungguhnya golongan ultra kiasu ini dibela sebenarnya oleh komponen parti yg sekulit dgn mereka dlm kerajaan. Penjelasan lanjut sila rujuk komen saya terdahulu.
Saya sokong pendapat Hazil berkenaan perobohan gerai-gerai haram diPenang, isu kilang haram, bashing of dissenting Malays/ Muslims and Indians.
I fully support Hazil's statement that the Muslim Malays should speak out in defence, or merely in projecting their true image locally and internationally, irrespective of whether the others like it or not.
I also wish to say here that I fully understand and endorse Dr Ridhuan's decision to pull out of the MCA Youth debate. Hopefully with the consent of all parties concerned, here's what some one has written in the Kempen SSS blog and the response by their Admin about it:
"The debate on single-stream schooling between Prof Khoo Kay Kim and the Deputy Minister of Education recently did not attract much media attention and comments. I have been wondering why. I also wondered whether it was designed to show not much support on the idea.
The debate was organised by MCA Youth, the organisation that opposed the proposal that vernacular schools be absorbed into the national schools system and politicised the issue. The Deputy Minister is himself Head of that organisation. He has been involved in the huge scandal over alleged corruption in the Port Klang Free Zone project, his popularity weakened, lost his position in the MCA Committee. Championing vernacular schools appears to be his flagship in the party. It may not be in his interest that the public comes in droves to attend the debate and the press write ravingly about it.
Consequently, they arranged for the debate to be held in the Chinese Assembly Hall, an old building used to be patronised by traditional Chinese Association members, most of whom have old China values and would be opponents of the proposal to disallow Mandarin being the medium of instruction in schools in this country. They did not use the air-conditioned auditorium of the MCA building that houses the MCA Headquarters, that is centrally located, for the debate.
They also had the debate conducted in Bahasa Malaysia, which may have been a good idea. But they chose a moderator who was not conversant in the language and the Youtube image shows the man pausing frequently to find words to use when explaining the rules for the debate.
The idea of the debate was good but the how it was planned and executed raised a lot of qustions on their intent and sincerity.
Reply:
It can be expected that those who oppose SSS would try to downplay the importance of the proposal and attempt to show that the idea is not appealing to the public.
What is important to us is that there are 189 blogs (as of now and increasing) supporting and carrying the SSS logo, as shown in the e-Patriots In Support list we provide in this blog. The single-stream schooling has in the past been covered not only by the press but also by TV news reports as well as forum discussions. Tan Sri Professor Khoo Kay Kim played an important role in disseminating the single-stream schooling concept and we appreciate his stand in the interest of unity in the country. We are proud of the man – a true Malaysian patriot.
The matter has been raised in Parliament, the Deputy PM and Minister of Education has encouraged discussions on it and the PM has said SSS would be carried out if the rakyat wants it. He has, however, not said or decided on how to determine whether the rakyat wants it or not. We believe there is a silent majority out there wanting it. We believe he will at least get an in-depth study on the education system going; having the study started does not need to wait for a time when it may be politically tenable for him to do so. We hope he will do it sooner rather than later."
Correction:
2nd paragraph - "Muslim Malays" should read "Malays/ Muslims".
Prihal perkauman tidak akan berlaku kalau tiada pemikiran ala Kominis.
Spot on Zendra,thank you.
When I first saw about the debate posted in Malaysiakini, I was very excited because Prof. Khoo is attending. But, the venue they chose is intended not to create crowd. And knowing these kecoh group of people, it's no surprise that they did not make noise this time around. As mentioned by Zendra, I hope everybody are able to read between the two lines that, it is true that any ultrakiasu agenda is supported by their other half in the governmnet.
These ultrakiasu also hantam Prof Khoo just because Prof Khoo said(and echoed by YB Zul) the malays form the base for Malaysia. And I support YB Zul when he said as a base, stability in Malay base is very important.
But these ultrakiasus do not like it. See what happen to them in Indonesia, Timor Leste and many other parts of the world when they try to bully the locals, especially in economy. But this issues are conveniently down played by these ultrakiasus in local blogs. Instead they play the role of a victim for the last 52 years yet IN SILENT win in every bid and gain more than we the ordinary muslims and malay could think of.
I posted similar postings discussing about YB ZUL (he is labeled as Taliban by these ultra kiasus) in response to hate mails in malaysian insider. You know what happened to postings in the so-called free and fair blog- the first was published but the second is nowhere to be seen.
Zendra,
It is true that the name of Muslims and Malays in the international front are tarnished. Just read local and international newspaper, international websites that plays discrimination issues. if we are to disect those issues, they are just a blame game. Please take a deep look into claims such as, why only the malay dominated the public sector? Look at it from the perspective of our country from1957 until now...
Di sini saya sertakan komen saya dlm reaksi blsn terhadap tajuk biar korbankan satu jgn korbankan semua oleh Ingeniur De
komen 1
'Saya mohon saudara selami majoriti org Melayu yg senyap skrg. Saya yakin mereka mula kembali kepada UMNO, kerana apa yg dilakukan oleh PAS dan PKR seolah2 mengaminkan semua tindakan DAP. Tindakan keterlaluan DAP ini sebaenarnya 'back fire' kpd PR. Tidakkah PR rugi jika ini berlaku?.......... Saya masih menyokong PAS dan menyokong kedua-dua pendirian yg bercanggah itu.
Tetapi saudara juga perlu faham , dlm konteks masyarakat Malaysia yg amat berbeza dgn bangsa Arab, serta beratnya penerimaan org Islam Malaysia terhadap penggunaan kalimah itu juga perlu diambil kira. Umat Islam amat resah dgn gejala Kristianisasi spt kes yg dikendalikan oleh YB Zul dan dia lebih memahami implikasinya.
Dan walaupun kita boleh menganggap bahawa tindakan membakar gereja dilakukan oleh pihak yg mengambil kesempatan, ia telah mendedahkan Malaysia kpd situasi yg lebih mudarat. Biarpun masjid dibakar, ia tidak dipandang sbg isu serius, seserius isu pembakaran gereja. Itu yg banyak dilontarkan dlm pelbagai laman blog. Sebagai Melayu dan Islam saya yakin ramai org Melayu spt saya tdk suka dgn keadaan ini.
Nmpknya amat senang Islam diperkotak katikkan ........ Jgn lah kita merasakan terlalu inferior sehingga kita melutut kpd org lain yg membela babi dan arak di masa yg sama menekan rakan dlm parti sendiri.
Berbalik kpd isu Allah, keberanian the Herald seolah mencabar pendirian org Melayu dan setelah melihat perkembangan yg berlaku ini, tidakkah wajar kita menghalang perkataan Allah digunakan oleh mereka utk mengelakkan kemudaratan yg lbh bahaya.
Walaupun saya juga bersetuju dgn analisis Dr. Zulkifli dari PAS ttg isu kalimah Allah, umat Islam di Malaysia perlu dididik sblm kita dpt mencapai ke tahap itu.
Jgn terperanjat nanti, sekiranya sokongan terhadap PAS dan PKR merosot dan akhirnya kita menang sorak, kampungb tergadai
Komen 2
Juga ingin saya menambah ttg hujah mereka akan justifikasi penggunaan kalimah Allah tersebut di Malasyia..Sekiranya ia mengambilkira bahasa yg mudah difahami oleh penganut setenpat agama Kristian, mengapa pula kita tidak blh mengatakan bahawa, di atas faktor lokaliti juga, agama Kristian di Malaysia tidak wujud sblm kedatangan islam di Melaka. Ia hanya wujud setelah agama tersebut diSEBARkan oleh pendakwah2 Kristian. Oleh itu justifikasi, pro kalimah Allah amat meragukan bg penganut Islam dan membawa konotasi PENYEBARAN semata-mata. Lihat shj pendirian bercanggah mereka terhadap PPSMI.
I think every sane Muslim, have this feeling that something is not right regarding this issue, but cannot really point it out. If you think harder abt the consequence,you will agree with me. Why long before this issue, kalimah Allah dipermainkan oleh musuh Islam dgn meletakkan nama Allah di tapak kasut dan lain2 tmpt hina. Dan tindakan mereka memperjuangkan isu ini, pada saya, merupakan change of strategy semata2 to undermine Islam and muslims in malaysia.
Komen 3
Hazil said...
Tidakkah firman Allah yg berbunyi lbh kurang begini'sesungguhnya musuh2 Allah tidak pernah akan reda dgn kamu (islam)...Pernahkah kita terfikir mengapa dlm solat sunat spt tahjjud dan istikaharah, disunatkan membaca surah al-kafirun dan dan al-ikhlas. HablumminaAllah dan Hablumminnas...adalah kuncinya
smg kita dpt mengambil iktibar dan dpt berdepan dgn musuh2 Allah dgn tenang dan kekuatan, Amin..
Akhir sekali, terima kasih zendra, saya tlh mengundi sistem satu sekolah di laman petition2sign. Marilah beramai-ramai kita melakukannya krn saya percaya sbg masyarakat majoriti we are accountable to act
salam ustaz,
saya bkn pandai sangat dan bukan tahfiz quran,saya nak ty apakah tujuan nabi SAW berhijrah dari mekah ke madinah?apakah huraian tentang ayat dari surah annisa 59,al baqarah 178,al maidah 45,38,surah hud 113,an nur ayat 2.semua ini berkaitan hukum hudud dan qisas,jadi saya nak tgk komen ustaz orang yang lebih berilmu drp saya ttg apa yg dituntut dalam ayat2 tersebut.jadi adakah umno memperjuangkan semua yang Allah turunkan dalam quran.mmg x dinafikan perbezaan pendapat dan perselisihan pendapat mmg biasa terjadi dalam mana2 parti pun,cuma kalo boleh ustaz huraikanlah semua maksud ayat2 tadi dengan sebetul2nya.kalo nakdikatakan majmuk,masyarakat madinah dulu pun majmuk dgn puak2 bani israel,musrikin dll.negara kita dah diperintah oleh umno lbih 50 tahun,jadi apakah dlm memperjuangkan agama Allah.mmg kerajaan ada menyediakan kemudahan utk orang islam beribadah dan kaum2 lain,ttp yang mungkar pun xkurang hebatnya.kasino di genting,kilang calsberg di shah alam,konsert sana sini,anak 2 muda berdisko,berzina,dan sebagainya.jadi apakah Al Quran ini kita boleh pakai separuh/separuh.mane yang kita berkenan pakai,yang tak berkenan abaikan,jadi apakah golongan yang berbuat sedemikian telah Allah jelaskan dalam surah Al Baqarah ayat 85.kalo saya nak luahkan x muat blog ustaz ni rasanya.tp ape2 pun saya mitak ustaz huraikanlah dulu potongan2 ayat2 yang saya tuliskan tadi.semoga menjadi petunjuk kepada kita semua yang masih belum tahu..
sekian dan wassalam
Assalamu 'alaikum.
Saudara Wan janganlah sengaja tanya soalan yang pedas-pedas untuk dijawap oleh Ustaz Ridhuan! Wajarkah tanyakan soalan yang jawapannya pasti "Menang pada satu pihak"?
Bagi orang Melayu, mestilah hujah al-quran akan menang! Kan ikut perlembagaan Malaysia, Melayu seratus peratus beragama Islam, takkanlah mereka membantah hujah Al-quran!
Di sini Ustaz Ridhuan cerita tentang KeMelayuan, untuk mengatasi KeCinaan (yang kiasu dan ultra kiasu), KeMelayuan wakil Islam, KeCinaan wakil bukan Islam. Sebab itu sekolah Cina harus dihapuskan, ganti dengan sekolah kebangsaan yang mewakili identiti Malaysia, yang Melayu menjadi tuannya dari dulu hingga sekarang dan masa akan datang selama-lamanya.
Jangan kita suka melabelkan seseorang yang tidak disukai tanpa menilai fakta yang cuba dikemukakan. Lebih serius sampai kita sanggup kita menolak kebaikan yang dilakukan disebabkan oleh sentimen berpolitik.
Ketahuilah Ustaz Ridhuan adalah pakar kajian makhluk kiasu dan ultra kiasu, maka beliau berhaklah dan bertauliah untuk melabel Cina-cina kafir hatta Cina Islam tertentu sebagai makhluk sifar kiasu, sikit kiasu, kurang kiasu, sederhana kiasu atau ultra kiasu, mengikut skala-skala tertentu yang diwahyukan kepada beliau.
Pendedahan Ustaz Ridhuan akan menyedarkan Melayu yang kurang sedar akan musuh-musuh Cina yang ada disekeliling mereka. Maka sangatlah ikhlas beliau dan berjasalah beliau kepada bangsa Melayu walaupun terpaksa dikutuk dan dimaki hamun oleh bangsa sendiri.
Saudara Wan sebagai orang Melayu patutlah berbanyak-banyak berterima kasih kpd Ustaz Ridhuan dan janganlah tanya soalan yang pedas-pedas kepadanya.
Post a Comment