Semua artikel adalah pendapat peribadi. Anda berhak untuk tidak meneruskan bacaan atau tidak mengakseskan blog ini serta merta jika anda tidak bersetuju dengan pemikirannya. All the articles written are the personal views. You have absolute rights not to continue reading or to discontinue accessing this blog immediately if you are disagreeable with the personal views.

Sunday, February 28, 2010

Bahana perkara remeh

6:55 AM Posted by RIDHUAN TEE 56 comments
Mingguan Malaysia, 28 Februari 2010

Saya merasa pelik kenapa umat Islam hari ini banyak membuang masa membincangkan dan membahaskan perkara yang remeh-temeh, sedangkan banyak lagi perkara penting dan serius yang perlu diteliti mendepani abad ke 21 ini. Isu- isu masa depan agama Islam dan survival umat Islam adalah antara perkara utama yang perlu diberikan perhatian berbanding isu remeh-temeh seperti sama ada wajar atau tidak berarak, ketika menyambut maulidur rasul. Saya yakin semua rakyat Malaysia yang faham dan sudah tahu akan jawapannya. Kenapa perlu dibahaskan perkara yang sudah jelas, termasuk isu-isu lain seperti hukuman sebat ke atas wanita yang telah dijatuhkan hukum oleh mahkamah dan pertikaian sesama sendiri yang tidak pernah habis.

Sempena keputeraan Rasulullah SAW, tidakkah lebih baik kita membincangkan sama ada umat Islam berakhlak mengikut Baginda atau tidak? Perpecahan umat Islam yang semakin menghancurkan dan banyak lagi perkara berkaitan dengan masa depan kita di bumi bertuah ini. Berarak atau tidak menjelang maulidur rasul, itu bukanlah soal akidah atau melibatkan hidup mati Islam. Yang lebih penting adalah pengajaran daripada sambutan tersebut. Apa guna sambutan di buat secara besar-besaran, sedangkan kesannya amat sedikit. Paling baik, sambutan hebat, kesannya juga hebat atau sambutan sederhana, kesannya juga hebat.

Janganlah berlaku sebaliknya, sambutan hebat, wang habis, impaknya kurang atau mungkin sedikit. Paling teruk, sudahlah sambutan tiada, ingatan terhadap Junjungan Besar semakin pupus. Apapun, sekurang-kurangnya sambutan maulidur rasul mengingatkan kita kepada perjuangan Baginda. Begitulah indahnya budaya masyarakat kita yang menunjukkan rasa dan cara kecintaan kepada Baginda SAW.

Kalau kita meninjau sirah, Baginda tidak pernah sama sekali membiarkan hidup sia-sia dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah. Kehidupan Baginda adalah kehidupan yang berkualiti dalam setiap saat yang berlalu. Setiap detik digunakan bagi tujuan jihad fisabilillah, dalam erti kata memastikan Islam dan umatnya terus menjadi hebat, berketrampilan dan berkualiti. Lebih membanggakan lagi, Islam tersebar ke segala ceruk rantau dunia. Inilah kemantapan perjuangan Baginda yang mesti kita ikuti dan contohi.

Selain daripada kemantapan akidah, asas utama perlu dimulakan dengan ikatan perpaduan dan persaudaraan. Kedua-dua elemen adalah asas kekuatan. Kita hanya ada satu Rasul yang terakhir, iaitu Nabi Muhammad SAW. Baginda adalah rujukan kita bersama Al-Quran yang diwahyukan. Cara hidup dan peraturan yang dibawa terbukti mampu mencipta kegemilangan yang disanjungi dan kagumi dunia, tidak ada yang mempertikaikannya, termasuk bukan Islam. Ini kerana, cara hidup Baginda adalah yang terbaik sebagaimana Islam yang dibawa Baginda. Justeru, tidak timbul isu untuk mempertikaikan kredibiliti Baginda dari apa jua sudut sekalipun, untuk diikuti pada hari ini. Michael Hart (2007), menempatkan Baginda sebagai orang yang paling hebat di dunia berbanding tokoh-tokoh terhebat dalam sejarah tamadun dunia. Masihkah kita ragu-ragu?

Justeru, tidak timbul pertikaian sesama Islam berhubung isu atau masalah yang telah selesai dan telah ada jalan penyelesaiannya. Misalnya berkaitan hukuman sebat ke atas penzina dan peminum arak. Mahkamah syariah, sumber tertinggi perundangan Islam negara, berkaitan hal ehwal umat Islam, telah memutuskan, maka hormatilah keputusan tersebut. Kepakaran hakim-hakim yang amat arif dalam bidang mereka tidak sepatutnya dipertikaikan. Kenapa beberapa NGO wanita Islam seperti cacing kepanasan? Siapa yang kena sebat sebenarnya? Kenapa perlu membuang masa mengadakan protes sana protes sini. Kita seolah-olah bertindak bagi pihak orang bukan Islam. Mereka tidak perlu bertindak lagi kerana kita sudah jadi wakil. Kita menghina keputusan mahkamah dan agama sendiri. Apakah tindakan ini wajar? Tidakkah kita sedar bahawa mereka bertepuk tangan melihat kita semakin jauh dari agama dan sunnah Baginda. Tidak bersatu dan bersaudara dalam banyak perkara.

Apakah kita mahu terus membiarkan umat Islam terus melakukan maksiat tanpa diberikan pengajaran? Apakah kita takut nanti kalangan kita yang kena sebat dengan perlaksanaan hukuman tersebut? Kenapa terlalu beriya-iya memperjuangkan hak asasi manusia? Saya teramat ingin melihat kita turut memperjuangkan hak-hak Allah selain hak asasi manusia. Barulah kita boleh mendapat penghormatan orang lain. Saya tidak mengatakan bahawa hukuman yang sedang berjalan seratus-peratus mengikut syariat, tetapi sekurang-kurang sudah ada jalan perintis ke arah itu. Hormatilah, kerana ia di bawah bidang kuasa mereka yang pakar. Budaya merujuk pakar mesti dihidupkan supaya yang bukan pakar tidak memandai-mandai. Jika baca Quranpun masih merangkak-rangkak, eloklah bertanya kepada yang lebih arif. Jangan bertindak seperti jahil berlagak pandai, akhirnya memakan diri.

Pesalah mesti dihukum. Kita tidak boleh melepaskan mereka terus bermaharajalela. Seks bebas, arak, dan maksiat yang lain ibarat dadah, selalunya ketagih. Melepas yang bersalah adalah bertentangan dengan ajaran agama Islam setelah proses kaunseling atau nasihat tidak meninggalkan kesan. Kemungkaran mesti dibenteras, jika tidak ia akan menjadi barah dalam masyarakat, seterusnya merebak merosakkan orang lain.

Inilah bentuk pemikiran yang dikatakan oleh Eleanor Roosevelt, Great minds discuss ideas. Average minds discuss events. Small minds discuss people. Hari ini kita tidak habis-habis bincang pasal orang yang kita tidak suka, bukannya idea yang dibawanya. Idea atau perancangan ini pula ada baik dan buruknya. Yang baik diterima walaupun mungkin ia datang daripada musuh kita, manakala idea yang buruk bukan sahaja kita perlu menolak, malah pada masa sama kita perlu bersedia menentang. Misalnya, perancangan ultra kiasu dengan idea Malaysian Malaysia. Antara idea-idea mereka mahu menghalalkan apa yang diharamkan oleh Islam atas nama hak asasi manusia seperti seks bebas, arak, judi dan sebagainya. Kita tidak menghalang jika mereka mahu melakukannya, tetapi idea ini tidak akan membawa kebaikan umat Islam, malah akan menghuru-harakan negara. Maka kita perlu menolak dan bersedia untuk menghadapi mereka bila-bila masa, sama ada dari segi hujah, fakta dan tindakan. Sepatutnya kita membincang bahaya yang bakal menimpa jika kita biarkan idea-idea orang yang menentang Islam ini bermaharajalela, terutama kerosakan yang bakal diterima oleh orang kita.

Ini tidak, kita asyik menyalahkan orang, siapa benar, siapa salah. Membincangkan perkara yang kecil akan menjadikan minda kita kerdil, tidak kreatif dan inovatif. Ini tidak termasuk cara hidup kita yang lain seperti lebih suka membincangkan kehidupan artis-artis berbanding kehidupan para ilmuan dengan hasil kajiannya dan negarawan dengan pengalamannya. Di negara maju, para ilmuan, negarawan, usahawan dan professional yang benar-benar terbukti cemerlang akan disanjung. Martabatnya dipandang tinggi dan dijemput untuk mengajar di universiti dan diberikan anugerahkan gelaran profesor walaupun mungkin tidak ada penyelidikan yang dibuat. Penghargaan diberikan atas dasar ilmu dan pengalaman yang hebat sepanjang hidupnya.

Berbanding dengan kita, sudahlah budaya ilmu sedemikian tidak seadanya, malahan kita menggalakkan budaya memuja segelintir artis yang kehidupan mereka tidak habis-habis dilanda dengan kontroversi dan gosip-gosip yang tidak membangun minda. Perbincangan seperti ini hanya akan mematikan minda dan tidak menuju kepada kualiti hidup. Sudah sampai masa kita meniru cara pemikiran masyarakat maju yang meletakkan ilmu dan ilmuan di tempat yang tinggi berbanding perkara lain yang tidak berfaedah. Bahan-bahan bacaan atau buku-buku yang dibaca oleh mereka juga berkualiti tinggi, berbanding dengan masyarakat negara membangun yang lebih suka membaca makalah hiburan dan berita-berita picisan.

Perlu diingat, jika kita membaca dan membincangkan perkara-perkara besar, secara tidak langsung minda kita menjadi lebih besar, seterusnya melahirkan umat berjiwa besar. Jika tidak, kita akan terus membuang masa dengan bertikai perkara yang remeh dan kerdil. Perkara besar yang seharusnya difokuskan oleh umat Islam hari ini adalah berkaitan dengan perpaduan umat Islam dan hala tuju umat Islam mendepani abad ke 21 serta kekuatan pertahanan dalam menghadapi ancaman musuh. Kita sepatutnya serius membincangkan perancangan musuh melalui gerakan freemason yang mahu mencairkan akidah dan memusnahkan umat Islam melalui pakatan mereka dengan beberapa parti pembangkang dan NGO sewaktu dengannya.

Gerakan ini nampaknya sudah masuk ke dalam individu dan pertubuhan orang Islam. Matlamatnya mahu memisahkan kehidupan beragama. Agama dianggap sebagai sesuatu yang merbahaya. Mengelakkan umat Islam daripada bersatu, pada masa sama mahu mematikan semangat jihad umat Islam. Jika dahulu sasaran freemason adalah Kristian, hari ini sasarannya adalah umat Islam setelah jatuhnya sistem sosialis.

Kejatuhan sistem sosialis telah memberikan masa depan yang cerah kepada freemason kembali bertapak kukuh pada akhir kurun ke 20. Sistem ekonomi diwujudkan dalam bentuk baru dan dinamakan sistem ekonomi kapitalis moden yang berselindung di sebalik nama globalisasi ekonomi. Nama globalisasi gunakan oleh freemasonry untuk penutup penjajahan order baru imperialis ke atas dunia Islam.

Fathi Yakan dan Yusuf Al-Qardhawi melihat globalisasi sebagai proses hegemoni atau penguasaan politik, ekonomi, budaya dan sosial Amerika Syarikat ke atas dunia khususnya dunia Islam dan dunia ketiga melalui proses pembaratan dan ‘mengAmerikakan’ mereka. Mereka juga berjaya menipu negara-negara ini dengan istilah ekonomi tanpa sempadan atau ekonomi bebas dan terbuka.

Globalisasi ekonomi ini amat merbahaya disebabkan perancangan jahat freemasonry melalui teori 20-80. Hanya 20 peratus kekayaan negara Islam dimiliki dan selebihnya 80 peratus dibiarkan berada dalam kemiskinan. Tujuannya tidak lain untuk menguasai mereka. Langkah seterusnya gerakan ini ialah dengan melalaikan negara Islam sedang membangun dengan hiburan yang merosakkan. Media massa dan teknologi maklumat tanpa sempadan digunakan bagi menjayakan cita-cita mereka sehingga menyebabkan pusat-pusat hiburan berleluasa, nyanyian melalaikan dan pelacuran meningkat.

Kesimpulannya, apakah mungkin penentangan yang kuat terhadap undang-undang sebat dan mahkamah syariah Islam ada kaitannya dengan gerakan freemason yang sedang hangat diperkatakan hari ini? Kenapa yang mungkar seperti hiburan dan maksiat yang merosakkan tidak ditentang? Sama-sama kita fikirkan. Pada saya, tanpa disedari gerakan ini telahpun masuk ke dalam sesetengah individu dan pertubuhan umat Islam. Ini menyebabkan ada segelintir daripada kita sudah tidak sensitif lagi dengan masalah dan masa depan Islam dan umat Islam. Umat Islam bercakaran dan bertentangan sesama sendiri. Kita lebih kecoh dengan perkara kecil, berbanding perkara besar akhirnya fikiran menjadi kecil. Sedangkan kita tahu Rasul kita menuntut supaya kita sentiasa mengambil berat semua perkara besar berkaitan dengan kehidupan kita. Sabda Nabi Muhammad SAW: “Barang siapa yang tidur dan tidak mengambil tahu tentang urusan orang-orang Islam, maka dia bukanlah dari golongan mereka (orang-orang Islam)”.

Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah, Pensyarah Kanan, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia merangkap Setiausaha Agung Dewan Perdagangan Islam Malaysia. Penulisan ini adalah pendapat peribadi penulis

56 comments:

Semerah Padi said...

Salam Dr.,

Sama juga seperti mereka-mereka yang mempertikaikan perkara-perkara yang lebih remeh bersabit dengan pembinaan sebuah negara. Sehinggakan mereka terlupa (atau sengaja melupakan) yang mereka masih lagi belum dapat menguasai Bahasa Kebangsaan, yang merupakan satu perkara yang paling asas kewarganegaraan seseorang itu.

Sedangkan di dalam Perlembagaan, ada dituntut supaya seseorang itu wajib menguasai Bahasa Kebangsaan sebelum di terima menjadi ahli warga negara ini.

Bukan saja membelakangi Perlembagaan Negara, ada sebahagiannya dengan begitu kurang ajar memperjuangkan bahasa asing di bumi ini.

"DI MANA BUMI DIPIJAK, DI SITU LANGIT DIJUNJUNG"

adf55650 said...

Ini lah penyakit masyarakat yang dinamakan MELAYU. Mereka ibarat ketam2 yg dietakkan dalam bakul.

Kalau dalam permainan bolasepak, mereka gah dan bangga berpeleseran menggelecek di tengah padang. Usha untuk menjaringkan gol adalah perkara kedua. Yang penting, mendapatkan sorakan yg sebenarnya tidak menjamin kemenangan.

Ordinary Joe said...

Semerah Padi

Ingin saya imbangkan pandangan dan persepsi Semerah Padi perihal kerakyatan dan kenegaraan. Saya terkilan membaca apa yang ditulis. Kenapa kain ditenun sebidang dipandang cacat sedangkan bayi dibuai di dalamnya. Petiklah bahagian mana perlembagaan negara yang menyebut hanya yang menguasai BM layak jadi rakyat. Bagaimana dengan orang yang lebih pribumi dari bumiputra seperti Senoi, Iban, Kadazan dan sebagainya? Bagaimana dengan golongan yang lahir sebelum merdeka, pendidikan tidak merangkumi pembelajaran BM? Bagaimana dengan golongan yang kerana struktur penempatan tidak berpeluang bergaul dengan orang Melayu (seperti pekerja estet yang amat jauh dari bandar dan orang Melayu)? Kita semua membina negara dengan cara tersendiri. Apakah paradigma SP dalam isu kerakyatan? Itulah yang harus ditelitikan dan dipastikan adil bagi semua.

Saya tidak mengenali Semerah Padi secara peribadi, dari segi jasa pada masyarakat, negara dan kemanusiaan. Tetapi saya banyak melihat dan mengenali mereka yang tak fasih berbahasa Melayu namun menyumbang dalam cara mereka yang tersendiri, jauh lebih daripada Ordinary Hassan, Ordinary Ah Chong, Ordinary Muniandy dan Ordinary Joe sendiri.

Oleh itu, saya merayu kepada SP melihat aspek2 lain masyarakat keseluruhan dan jangan menidakkan kewujudan orang lain yang sudah banyak menyumbang kepada masyarakat, negara dan bangsa Malaysia.

andik79 said...

Salam Ustaz,

Lama tak beri komen dalam kolum blogs ustaz ni, tapi ini tidak bermakna saya tidak membaca dan mengetahuai perkembanag tulisan Ustaz,

Saya tak menafikan isu remah temeh, tapi tidakkah tindakan Kerajaan Negeri PP mengambil dan merampas dan menghapuskan sedikit demi sedikit amalan umat Islam di PP dan menghalau dan menghapuskan identiti bangsa Melayu di PP dengan menghapsukan gerai-gerai melayu, dan menyebabkan orang melayu PP tertekan dan bertindak berhijrah! merupakan tindakan halus...

Secara tidak langsaung tindakan "cucuk jarum halus, sedikit demi sedikit berjaya"?

Akhirnya majoriti undi orang melayu sedikit dan suara orang Islam tergelam, dan secara spontan, kelulusan Masjid dan surau tidak boleh di luluskan oleh kerana negari majoriti umat Islam sedikit di PP.

Tidakkah tindak kan halus seperti ini seperti tindakan tiru daripada Singapura...

Memang isu berarak di jalan raya merupakan isu remeh temah tetapi kenapa nak di hapuskan? Kenapa tukar tarikh?

Boleh ke umat Islam terima arahan daripada KM PP yang bukan beragama Islam bertukar tarikh Haji, Puasa, berbuka puasa dan solat selepas ini?

Jangan lawan ini adalah perintah KM PP...Kena patuh!

Tak perlu tanya pendapat ulamak, tak perlu tanya orang Islam yang beri undi kemenagan kepada parti utra kiasu ni... Janji dulu manis sekarang macum racun! Cantik di luar rencong di dalam!

Saya tak boleh salah kan sesiapa di sini, seperti Ustaz cakap "orang melayu mudah cair"!!!

Saya yakin satu hari nanti orang Islam akan tunduk seperti mana orang Islam di Singapura tunduk...boleh minum minuman dan ambil air solat dengan air rawatan kumbahan!

Seperti biasa jangan perjuangkan isu remeh temeh!

Saya bukan tidak bersutuju dengan pendapat Ustaz, tetapi inilah taktik yang di gunakan oleh parti utra kiasu ni.

Perlu di ingat bisul kalau tidak di rawat boleh menjadi nanah dan racun dalam darah kita!

Saya faham info ustaz, saya baca dengan teliti di surat khabar.

Betul umat Islam perlu bangkit tuntut ilmu, berkerja kuat dan rajin, ikut Nabi Muhammad s.w.t. Tidak mudah mengalah, berniaga, kuasai ilmu perniagaan, akaun, dokter dan guaman. Atau semua ilmu Umat Islam mesti sapu, barulah bangsa lain pandang tinggi pada kita.

Ustaz, mengenai perjumpaan ustaz berkisah artikel 152, sy sendiri tidak tahu, kalau saya tahu dah lama juga saya akan panjangkan kaki untuk pergi. Dan memberi sonkongan.

Saya berharap hasil kertas kerja dan hujanh2 yang bernas yang di bentangkan di 152, dapat Ustaz sampaikan di blogs Ustaz ni. Saya nak baca Ustaz.

Terima kasih Ustaz.

Terika kasih kerana menyedarkan saya dari mimpi tak tahu pulak ada perbincangan dan HARI 152!

Hanya Allah s.w.t yang dapat membalas jasa Ustaz. Amin.

albukhary said...

Assalamualaikum
Saya selalu mengikuti tulisan ustaz. malahan komen saya pernah dimuatkan dlm MM mengulas tulisan ustaz pada permulaan kolum Ustaz dalam MM. Sayabs saya ucapkan kepada Ustaz kerana berani memperkatakan sesuatu yang benar walaupun hakikatnya terlalu pahit. Saya dan rakan-rakan yang selalu mengikuti perkembangan Ustaz akan tetap menyokong perjuangan Ustaz selagi Ustaz meletakkan Allah, Rasul dan Islam di tempat paling atas dalam perjuangan Ustaz. Memang menjadi lumrah ada saja tentangan dan halangan dari golongan yang tidak mahu menerima kenyataan baik dari bukan Islam malahan di kalangan orang Islam sendiri. Percayalah Allah tetap akan bersama-sama orang yang cintakan kebenaran hakiki. Teruskan memperjuang syariat dan syiar Islam. http://yaayyuhalwalad.blogspot.com/

Unknown said...

andik79,

anda berasal dari PP?

datanglah ke PP dan lihat sendiri, anda akan tahu. Rakyat PP di sini hidup berharmoni berbanding dahulu.

terlalu banyak fitnah yang tidak adil terhadap PP, orang luar yang terpengaruh dengan laporan berita yang tidak benar akan menganggap PP sebuah negeri ultra kiasu yang racist, namun PP melayan semua rakyat PP lebih adil berbanding negeri negeri lain.

tindakan merobohkan gerai tanpa lesen boleh pula bertukar menjadi isu perkauman! syabas untuk pihak yang telah berjaya menanam benih kebencian di antara kaum.

begitu juga tentang pembatalan perarakan sambutan Maulidur Rasul oleh kerajaan PP yang sebenarnya tidak wujud. Perarakan persebut berjaya dilangsungkan penuh meriah.

biarlah orang luar munuduh-nuduh kerajaan negeri PP, mengapi-apikan isu, janji rakyat PP faham, dan PP terus berjuang untuk keharmonian, di samping itu pembangunan menuju ke arah bandar bertaraf antarabangsa.

asyMok_Aambo said...

wa caya sama lu beb!!! Rid.tee, jom kita GEGAR kan Dunia dengan Pendekatan masing-masing. Kawe percaya, suatu hari nanti kita PASti kan BerJumpa.

Semerah Padi said...

Ordinary Joe,

(Bhg 1)

Kerana kain itu ditenun tidak mengikut corak, maka cacatlah sebidang kain itu. Jangan babitkan bayi dlm hal ini kerana yang cacatnya adalah tenunan kainnya, bukan bayi. Kenapa cacat? Kerana tidak mengikut peraturan/corak yang telah dimaktubkan. Corak ikut suka hati adalah menyalahi peraturan.

Artikel 16.1(c), 16.1(d), 16.4, 19.1(c), 19.2(c) adalah di antara artikel-artikel Perlembagaan yang menyentuh tentang syarat keperluan menguasai Bahasa Melayu. Artikel-artikel ini adalah merupakan syarat bagi mereka-mereka yang memohon taraf kewarganegaraan Malaysia. Adalah jelas di sini dan boleh juga diandaikan bahawa kalau ingin menjadi warga negara Malaysia, hendaklah kuasai Bahasa Melayu, yakni Bahasa Kebangsaan.

Tetapi Sdr OJ memilih isu mengenai mereka-mereka yang lahir di sini, seperti contoh yang diberikan yakni Bumiputera Sabah/Sarawak.

Dari paparan TV/Radio, pengalaman saya menunjuk bahawa orang Sabah & Sarawak (walaupun begitu pelbagai bahasa ibunda mereka) lebih mendaulatkan Bahasa Kebangsaan di khalayak ramai berbanding dengan orang di Semenanjung.

Bagi yang lahir di sini serta benar-benar jujur menganggap bahawa bumi ini adalah bumi tumpah darah di mana langitnya dijunjung, Malaysia mempunyai Akta Bhasa selain dari Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan kedudukan Bahasa Melayu.
Tidak malukah mereka-mereka yang lahir di sini kepada warga asing Bangladesh/Pakistan yang datang mencari rezeki di sini, tetapi dapat menguasai Bahasa Melayu dalam masa sebulan dua saja?

Walaupun struktur penempatan mungkin ada terasing di setengah-setengah tempat. Janganlah menentang sekiranya hendaklah dibangunkan sekolah Aliran Kebangsaan di tempat itu. Kenapa berpatah arang mempertahankan sekolah vernakular? Ini satu contoh mengenai pelbagai alasan yang diberikan untuk tidak mahu bercampur gaul, tetapi bermatian mengekalkan identiti bukan Malaysia di negara Malaysia ini. Sekiranya benar benar luhur utk menjadi rakyat Malaysia, sepatutnya "asimilisasi" di terima dengan tangan terbuka, buka bermatian menentangnya.

Sumbangan setiap orang itu amat pelbagai. Walaupun sumbangan Nabi Muhamad s.aw., Nabi Isa, Mother Theresa, Mahatma Ghandi, Albert Eistein dll itu amat besar kepada dunia sejagat, dapatkah kita labelkan mereka-mereka ini sebagai warga negara Malaysia? Jangan kait bayi yang comel dengan tenunan yang mencacatkan kain sebidang itu.

Semerah Padi said...

(Bhg 2)

Saya juga merayu kepada Sdr OJ supaya melihat perkara-perkara dasar/pokok terlebih dahulu sebelum mengheret kepada aspek-aspek lain yang pelbagai itu. Kalau agama, kita persoalkan akidah. Kalau kewarganegaraan, soal identiti terlebih dahulu. Apakah bahasa Kebangsaannya utk kita bersatu? Lepas itu barulah kita boleh maju kepada soal sumbangan pula. Apakah makna sumbangan itu sekiranya ianya dimanfaatkan bagi menjunjung langit negara asing? Seperti warga asing bekerja mencari rezki tetapi hasilnya dihantar pulang ke negara asal. Seperti mendaulat bahasa asing di bumi ini, bukan?

...perjuangan mendaulatkan BM adalah tanggungjawab semua rakyat Malaysia, bukan hanya orang Melayu sahaja... - Bertegas Perkara 152 - Ridhuan Tee

...They want their mother tongue education, forgetting they are in Malaysia... (read also on "Mother Tongue" by Prof. Khoo Kay Kim HERE)
- When Tun Dr Lim Kheng Yaik speaks - On Da Street

strive to inculcate our children with the goal of being Malaysian: speak, read and write our language Bahasa Malaysia, with ease... - Have A meaningful Chinese New Year - Anas Zubedy

...Malaysian culture must have budaya Melayu at its core...
...It's a question of whether or not all Malaysians can speak Bahasa Melayu fluently. If you can't, then there's a problem somewhere..." (read also here)
Anas Zubedy : An Interview with The Nut Graph
Read also - Racial Polarisation & the Forging of Bangsa Malaysia by Demi Negara


Walaupun bahasa yang sama, belum tentu lagi bersefahaman.

Inilah jadinya, kalau tidak faham bahasa.

Bukankah ianya tidak etikal (secara kasarnya, kurang ajar) untuk bercakap bahasa asing di khalayak warga negara?

Suara-suara yang 'membelakangi' Bahasa Kebangsaan ini adalah dikhuatiri dipandang anti nasional. Kenapa tidak, ini negara Malaysia. Bahasa Kebangsaannya adalah Bahasa Melayu. Kenapa berdolak dalih untuk mendaulatkannya?

"DIMANA BUMI DIPIJAK, DISITU LANGIT DIJUNJUNG"

putrarahman said...

Malaysia,

Insyaallah, saya akan ke Pulau Pinang cuti sekolah nanti bercuti bersama keluarga. Saya ingin melihat Pulau Pinang sebagai sebuah negeri yang mana penduduknya mempunyai budi bahasa yang baik dan juga ramah tanpa mengira kaum. Saya inginkan agar ada kaum cina yang akan sudi untuk menegur saya untuk membantu bilamana saya tercengang-cengang maca rusa masuk kampung.Saya ingin melihat senyuman kemesraan daripada warga Pulau pinang dilokasi-lokasi perkenalan seperti penyambut tetamu hotel, pemandu teksi dan sebagainya, untuk mencari restoran makanan halal yang harganya berpatutan.

Andik79,

Selamat pengantin baru moga kekal hingga ke anak cucu. Fasal yang paling genting dalam sebuah perkahwinan adalah fasal menunggu kelahiran cahayamata pertama. Maksudnya inilah fasal dimana pasangan akan mengenali hati budi pasangan masing-masing secara luar dan dalam. Mungkin secara luaran sudah berpuas hati, tetapi dalamannya yang sering kali menimbulkan konflik.




Dr RT,

Perkara remeh temeh hendaklah diselesaikan oleh orang kecil-kecil dan apabila ianya telah menjadi perkara besar, maka perlulah orang-orang besar memainkan peranan untuk menanganinya. Masalahnya sekarang ini, apabila orang-orang besar juga turut mencampuri urusan hal-hal yang remeh-temeh. Sepatutnya mereka uruskanlah hal-hal yang besar-besar yang memerlukan keputusan yang jitu dan padu. Namun masalahnya adalah ada pihak-pihak yang membesar-besarkan perkara yang remeh-temeh yang boleh diselesakan dimeja kopi ataupun dengan satu sms. Pihak-pihak yang sebegini yang sentiasa mengisukan sesuatu hal telah memaksa para pemimpin kita campur tangan. Banyak berpolitik dari buat kerja. Setiap isu nak dipolitikkan. Setiap keputusan yang hendak dibuat semuanya hendak dilihat kesan dari segi survival politik. Inilah masalah dengan para pemimpin kita sekarang ini.

Dalam pelaksanaan undang-undang sepatutnya apabila ia telah menjadi undang-undang, pihak-pihak yang bukan mempunyai kuasa membuat undang-undang diam sahajalah. Tak perlu lagi nak dibangkit kewajaran dan keadilan terhadap sesuatu hukuman yang dijatuhkan berdasarkan undang-undang yang telah digubal. Sepatutnya sebelum mengubal sesuatu undang-undang itu adalah masa yang sesuai untuk membincangkannya dan bukannya setelah undang-undang digubal dan hukuman dijatuhkan. Apa gunanya ada undang-undang dan hukuman jika sekiranya takut untuk digunakan. Takut kepada implikasi? Negara kita sebuah Negara berdaulat, kenapa perlu takut?

Semerah Padi,

Saya setuju dengan Semerah Padi. Sebagai Rakyat Malaysia, sepatutnya mereka yang mempunyai kemudahan dan peluang untuk menguasai Bahasa Kebangsaan hendaklah dihukum jika sekiranya tidak menguasai bahasa tersebut. Kita boleh andaikan mereka ini sebagai golongan yang tidak menghormati bahasa kebangsaan. Samalah juga mereka yang tidak menghormati lagu kebangsaan. Sepatutnya mereka ini dikenakan denda sebagaimana kes di Indonesia itu yang tidak menghormati lagi Negaraku sewaktu pertandingan Futsal.

Namun demikian, tidak boleh disalahkan kepada mereka yang tidak menghormati bahasa kebangsaan ini kerana perkara ini telah menjadi biasa dalam masyarakat kita. Inilah akibatnya apabila pemimpin kita terlalu mengejar kemajuan dan teknologi. Banyak yang terkorban dan bakal terkorban. Antaranya Bahasa Kebangsaan dan Bunga Kebangsaan. Dulu Merah, tetapi kini berbagai-bagai warna boleh kita lihat. Begitu juga rambut, dulu hitam dan putih sahaja, tetapi kini berbagai warna boleh kita lihat. Inilah masalah kerajaan kita yang terlalu ingin memenuhi keperluan dan kehendak segelintir rakyat tanpa mempedulikan rakyat terbanyak. Cuba buat kajian menyeluruh, kemajuan dan teknologi bagaimanakah yang sebenarnya rakyat terbanyak mahukan. Adakah kita memimpin untuk kesejahteraan rakyat ataupun rakyat terpaksa menerima apa sahaja keputusan dan dasar yang kita lakukan?

RIDHUAN TEE said...

Salam Sdr Andik, Selamat Pengantin Baru. Semoga berkekalan hingga ke akhirat. Terima kasih atas jemputan tempoh hari. Maaf kerana tidak dapat hadir. Boleh dikatakan setiap hujung minggu, saya tidak ada di rumah, asyik keluar menyampaikan ceramah kepada anak bangsa. Saya doakan sdr andik bahagia dan selamat melayari alam rumah tangga. Kesabaran, penghormatan, kasih sayang, tolak ansur dan lain-lain amat penting bila berdua. Salam hormat saya. Terima kasih kerana memberikan komen dan cadangan yang membina. Begitu juga yang lain-lain Zendra, Haiza, Putrarahman, semerah padi, dan lain-lain yang tidak sempat saya nukilkan. Tidak lupa juga kepada OJ. Saya terima semua pandangan dengan dada terbuka. Satu muhasabah untuk saya juga. InsyaAllah satu hari nanti kita akan berjumpa. Seronok berjumpa dan berbincang jika tidak terlalu beremosi.

Ordinary Joe said...

Semerah Padi

Saya meneliti respons SP namun tidak nampak satu jalan penyelesaian jangka singkat. Contoh2 yang diberi terus tak ada jalan keluar: India di estet, mereka yang hidup terasing dari arus perdana kerana realiti demografi, bumiputra bukan Melayu. Ini bukan satu usaha menjustifikasikan yang tidak normal tetapi apakah pendekatannya?

Kita boleh terus meloncat2 macam kera kena belacan dan naik angin memikirkannya. Tetapi soalannya tak terjawab: apakah pendekatannya. Bagi saya, pendekatannya berasaskan prinsip "live and let live" selagi sumbangan pada masyarakat dan negara masih ada. Jangan sampai bayi terjatuh ke lantai kerana kain yang ditenun itu tak menepati corak dan piawai yang kita tetapkan. Ini bukanlah satu kelab sosial atau pun professional - tak ikut peraturan, kena lucut keahlian.

Putrarahman ada saranannya dan saya jemput komen dari blogger yang lain.

Semerah Padi said...

OJ,

Sememangnya yang mudah dan ringkas, tetapi dipayah dan diperpanjangkan kerana kedegilan, tidak mahu mematuhi tatacara, Perlembagaan.

Seperti yang diperkatakan, bicaralah perkara-perkara asas, perkara-perkara dasar, akidah, identiti. Apakah kain itu utk seorg bayi? apakah kain itu utk seekor monyet? Supaya tidak terloncat-loncat macam kera kena belacan dek identiti yang salah di bumi yang salah.

Kain hendaklah di tenun mengikut corak dan piawainya kerana kain tersebut akan menampung seorang bayi yang comel.

Ada yang datang hendak menenun kain ikut suka hatinya tanpa mengikut piawai. Piawai dirangka setelah kajian mendalam dijalankan supaya kain itu bersesuaian utk menampung bayi, bukan main tibai macam itu saja. Salah bahan, maka kasarlah tenunannya. Tergurislah kulit bayi yang lembut. Ada juga mahu yang paling murah, walaupun yang paling murah itu memudaratkan kulit si bayi. Budaya mana ini yang mempertuhankan wang ringgit ? (sebagai contohnya)

Perhalusi "DIMANA BUMI DIPIJAK, DISITU LANGIT DIJUNJUNG"

BUDAK LEKIR said...

Bukan isu remeh yang menjadi persoalannya tetapi yang menjadi persoalannya ialah mereka yang membincangkan hal-hal ini ialah orang melayu sendiri. Kita tak perlu bincang lagi yang kita perlu buat ialah menentang tindakan mana-mana pihak yang cuba untuk menghapuskan amalan yang baik yang kita lakukan. Memang betul zaman Rasulullah sendiri tiada sambutan tetapi inilah cara kita untuk meningkatkan ingatan kita pada Baginda. Sesuatau yang baik dan tidak menyusahkan pihak lain tak perlu disanggah.

Persoalan sekarang apakah motif meniadakan acara perarakan maulidurrasul. Bukankah ini menampakkan agenda halus untuk mengurangkan dan seterusnya sedikit demi sedikit amalan umat islam dikurangkan. Lebih menyedihkan lagi ada pulak negeri yang diperintah oleh orang islam turut sama mengambil tindakan sama.

Sambutan bukan ukuran kasih sayang kita pada Rasulullah tetapi dengan sambutan boleh menunjukkan kita masih sayang kepada Rasulullah. Dengan harapan akan membuka hati dan minda kita agar menjadikan Rasulullah sebagai idola. Sebanyak mana kesannya pada masyarakat tidak dapat dipastikan tetapi yang pasti ianya ada memberi kesan pada umat islam.

Orang melayu bukan menidakkan kewjudan kaum lain di bumi Malaysia jauh sekali menafikan sumbangan mereka. Tetapi orang melayu akan tersa sekiranya agama mereka disamakan dengan agama lain. Kami dengan agama kami kamu dengan agama kamu.

Anonymous said...

Tuanku Sultan Perak disuatu majlis baharu baharu ini memperingatkan rakyat bahawa kedudukan agama Islam tidak boleh dipertikaikan kerana kedudukannya itu tertera diPerlembagaan negara. Oleh itu, mana mana Kerajaan pun dinegara ini perlu mensanjung tinggi kedudukan agama Islam itu.

Masalahnya, agama pun dipolitikkan pihak pihak tertentu dinegara ini sekarang. Ini merbahaya. Agama adalah perkara yang amat penting di hati sanubari maanusia. Mereka yang tidak beragama, yang mendakwa mereka "atheis" pun sabenarnya memegang kapada percayaan. Ada yang percaya bahawa segala didunia ini berlaku sebab kuasa sains dan bukan kuasa Tuhan, ada yang berpendirian bahawa mereka berpandukan kapada kebijaksanaan sendiri sahaja untuk kesempurnaan dan keperluan hidup. Walau bagaimana pun, itu semua ada lah suatu kepercayaan, suatu cara hidup dan boleh dianggap sebagai agama juga. Benar tidaknya, baik buruknya pendirian atau kepercayaan mereka itu bukan hal kita yang menentukannya. Tetapi yang pentingnya agama, terutama yang kedudukannya termaktub diPerlembagaan negara, tidak boleh diabai atau diremeh temehkan. Agama Islam adalah agama resmi negara ini.

Dengan yang demikian, jika sudah adatnya dinegeri-negeri diMalaysia ini, sambutan Maulidur Rasul perlu diadakan. Saya setuju tidak perlu secara besar-besaran. Tetapi adanya sambutan tersebut juga mendatangkan semangat bersatu diantara ummat Islam. Bila kanak-kanak mengikut perarakan, semangat bersama memperingatkan Rasullah itu boleh mendorong mereka, namun yang dewasa juga, mengikut jejak langkah Rasullah.

(Bersambung)

Anonymous said...

Sambungan -

Ummat Islam merata dunia sekarang amat berpecah. Islam pada suatu masa dahulu adalah agung diseluruh dunia. Selama 500 tahun dizaman "the golden period of Islamic civilization" Islam mendahului orang-orang Yunan (Greeks) dll dalam bidang matematik, kedoktoran, undang undang dan falsafah. Buku-buku Arab Islam banyak diterjemahkan ke bahasa Yunan dll. Baghdad menjadi pusat tamadun Islam yang bergelora itu, menjadi tumpuan dunia luar, hinggalah ditempoh roboh, dibakar dan diranapkan tentera Mongol dalam abad 13. Mongol yang juga menyerang, menawan dan memerintah negeri Cina dan India dizaman yang lebihkurang sama. Namun demikian, pemerintah Mongol pun banyak yang menganut Islam kemudiannya. DiIndia, pemerintah Moghul (Mongol) umpamanya.

Kebelakangan ini diMalaysia ummat Islam berpecah belah akibat politik. Lihat sahaja parti parti politik yang berasaskan sokongan Melayu Islam. Segala apa yang boleh dipolitikkan dipolitikkan mereka. Maka dieksploitasi pula oleh parti politik yang bukan berteraskan Melayu Islam dan ini melemahkan lagi ummat Islam. Sehingga pihak Kristian pun mahu menggunakan kalimah Allah. Ini semua boleh mendatangkan rasa marah, syak wasangka tujuan dan menegangkan keadaan. Ini merbahaya.

Marilah kita bersatu. Terutama mereka diparti parti politik. Janganlah asyik menggunakan firman Allah didalam Qur'an dan ungkapan-ungkapan didalam Hadith untuk menjustifikasikan sesuatu pandangan atau pendirian politik. Sehinggakan Nik Aziz dilaporkan berkata tidak masuk Syurga jika mengundi kafir tetapi kemudiannya dia sendiri bersekongkong dengan kafir. Maka timbul pula berita Timbalan Setiausaha Kerajaan Pulau Pinang mengeluarkan surat membatalkan perayaan Maulidur Rasul diatas alasan nasihat alim ulamak masakan perayaan saperti itu sudah menjadi adat berpuluh tahun diMalaysia ini. Lucu pulak membaca berita parti politik yang memerintah Pulau Pinang mengatakan itu bukan arahan mereka.

Ummat Islam perlu sedar usaha usaha memecahkan, melemahkan semangat dan keadan bersatu mereka saperti ini dan ambil langkah supaya jangan berterusan keadaan saperti itu.

Anonymous said...

Saya menyokong Semerah Padi dalam beberapa hal, termasuk tuntutan Perlembagaan negara berkenaan Bahasa Kebangsaan dan pendirian peribumi Sabah dan Sarawak terhadap Bahasa Kebangsaan.

Komen OJ diatas menanya "Bagaimana dengan orang yang lebih pribumi dari bumiputra seperti Senoi, Iban, Kadazan dan sebagainya?" Jika dia membaca berkenaan Rumpun Melayu yang ditulis dibeberapa tempat dan saya perturunkan dipos Dr Ridhuan bertarikh 14 Februari 2010, dia akan sedar bahawa Senoi, Iban dan Kadazan itu juga adalah Rumpun Melayu. Pendapat tersebut telah dikeluarkan oleh berberapa bijak pandai yang berkelulusan tinggi dan berpengalaman mendalam dibidang-bidang yang berkenaan (linguists, archaeologists, sociologists dan sebagainya).

Begitu juga penulisan berkenaan Bahasa Melayu sebagai "A Large Family of Languages in the Malay Archipelago" yang juga telah diperturunkan dipos Dr Ridhuan sabelom yang ini. Bahasa bahasa mereka itu semuanya adalah Bahasa Melayu.

Nama pakar-pakar dan ahli-ahli sains tersebut, buku-buku hasil kajian yang dibuat mereka secara saintifik ada disebutkan didalam penulisan tersebut.

Tidak ada so'al "lebih pribumi dari bumiputra" sebab mereka sama serumpun, dan dengan itu maksud OJ menimbulkan so'alan saperti itu adalah diperso'alkan sekarang.

Pemimpin Melayu dimasa Merdeka telah bermurah hati bukan sahaja menyetujui bukan Melayu diberi kerakyatan (dan balasannya ialah Melayu dapat Kedudukan Istimewa) tapi juga syarat kefasihan Bahasa Kebangsaan itu telah dilonggarkan dimasa pengeluaran sijil kerakyatan salepas Merdeka. Ini yang Tun Tan Siew Sin sebutkan sebagai "The Malays were generous enough" ditahun 1969. Tetapi ini tidak bererti boleh berterusan satu hala atau mereka yang sudah dapat kerakyatan boleh mengabaikan Bahasa Kebangsaan. Semua rakyat mesti berpatutan dan, pada halnya pula, bahasa itu termaktub diPerlembagaan negara.

UMMATAUNWASOTO said...

ASSALAMU 'ALAIKUM.

Demi menyatupadukan ummat Islam, kemudian mengeratkan persefahaman dan perpaduan antara kaum-kaum lain, media-media arus perdana yang sentiasa meniupkan api perkauman dan menfitnah seperti UTUSAN MENFITNAH mesti ditutup terlebih dahulu!

Kepimpinan Pakatan Rakyat di Selangor, Perak dan P. Pinang telah menunjukkan teladan yang sangat cemerlang yang tak pernah dicapai oleh Barisan Nasional. Kita harus lapang dada untuk menilai prestasi PR di 3 buah negeri ini.

LGE walaupun bukan muslim tetapi berani menyatakan hasrat untuk mencontohi pemerintah Khalifah Umar Abdul Aziz! Kita harus sanjung tinggi semangat beliau dan memegang janjinya dan menilai kerjanya berdasarkan kayu ukur Khalifah Umar Abdul Aziz.

Jangan kita muslim hanya pandai iri hati dan pandai kritik saja terhadap seorang Ketua Menteri bukan muslim, tetapi kemungkaran-kemungkaran Menteri-menteri Muslim kita tidak berani kritik!

antusiri said...

Salam Dr & pengunjung sekelian,

Wah! terasa lama tak menulis di sini, macam menghilang diri pulak!

wah ! sama hilang agaknya dgn umat taun wal sotong..

umat taun tup-tup muncul dgn "UTUSAN FITNAH" waduh ! waduh ! waduh! baik nya bahasa, murninya hati si umat taun ni..

Kepimpinan PR di Pulau Pinang, Perak dan Selangor menunjuk TELADAN yang CEMERLANG ? wow! umat taun baru sembuh dari penyakit taun yang kronik ke? Atau baru jatuh dari planet Marikh?

wow! terus menjilat KM Pulau Pinang? Betul ke umat taun org muslim? (sekurang-kurang aku bertanya, bukan terus menuduh!)

sudahlah, nanti terpalit sama kena taun, jadi sotong pulak melayan si umat taun ni.

Ordinary Joe said...

Sekiranya bahasa2 Kadazan, Senoi, Iban adalah kesemuanya Bahasa Melayu, saya ingin mendengar pendapat Semerah Pada sama ada ianya boleh diterima sekiranya golongan pribumi di atas tidak tahu berbahasa Melayu Melayu [sic]?

Saya bersetuju yang sesuatu perkara itu adalah ringkas sekiranya mahu dianggap sedemikian. Oleh itu, wujudlah di kalangan kita mereka yang begitu "meringkaskan" sesuatu perkara itu sehingga seribu satu masaalah digunapakai satu pendekatan dan penyelesaian sahaja. Ah, alangkah sempurnanya dunia yang sedemikian. Benarkah begitu? Biarlah kera itu berdendang keroncong beriramakan Hindustan, dibuai kain bertenun sutera.

Semerah Padi said...

OJ,

1) Fasih/tahu/menguasai bahasa Kebangsaan

2) Menghormati Perlembagaan/menjadi rakyat sejati/mendaulatkan bahasa Kebangsaan

Sepertimana ditulis sebelum ini - orang yang ingin memohon kerakyatan negara ini dikehendakki oleh Perlembagaan negara ini untuk menguasai Bahasa Kebangsaan negara ini.

Sepertimana juga yg ditulis sebelum ini - OJ menyabitkan pribumi negara ini seperti Kadazan, Senoi dan Iban.

Mari kita lihat apa yg disebut di dalam Perlembagaan:-

1. Orang asli (eg Senoi dll)
2. Orang Melayu
3. Bumiputera Sabah(eg Kadazan dll)
4. Bumipitera Sarawak (ed Iban dll)
5. Kaum-kaum lain

Umumnya kita dapati golongan 1, 3 dan 4 yang mungkin belum menguasai Bahasa Kebangsaan tidak akan bermati-matian menjunjung bahasa ibunda mereka di seluruh negara. Oleh kerana mereka (belum) menguasai Bahasa Kebangsaan, mereka mungkin akan lebih berdiam diri dan mengharapkan kepada saudara mereka utk bertindak sebagai jurucakap apabila ada keperluan untuk berkomunikasi dalam Bahasa Kebangsaan (contohnya apabila di temu ramah oleh media masa). Lagipun mereka adalah pribumi, penduduk asal bumi ini. Umumnya mereka ada kecenderungan utk menguasai bahasa Kebangsaan. Mereka menggunakan bahasa ibunda mereka lebih kepada situasi kekeluargaan, bukannya situasi nasional.

Kita lihat golongan 5 pula yang kebanyakannya ada di Semenanjung, yang umumnya tidak boleh dinafikan dari keturunan pendatang negara cina atau india.

Apabila nenek moyang mereka ini diberi taraf kerakyatan negara ini, kelonggaran menguasai bahasa kebangsaan juga diberi. Tetapi mereka ini diberi tempoh utk menguasai Bahasa kebangsaan.

Apa yang terjadi?

Mereka daulatkan bahasa cina dan india. Mereka berpatah arang hendak mengekalkan sekolah vernakular. Mereka dahulukan bahasa ibunda mereka dlm segala segi sehinggakan bertebaran papan-papan tanda tulisan cina di seluruh negara. Ada juga yang langsung tidak tahu berbahasa Kebangsaan sehingga sukar utk di tentukan samada mereka benar-benar lahir di sini ataupun baru saja mendarat melalui tongkang dari negara cina.

Apakah ini soal "fasih bahasa kebangsaan" atau soal "membelakangi perlembagaan dan keharmonian negara ini?"

Yang hairannya, apabila dilabel; sebagai "pendatang" mereka-mereka ini melenting bagai kera kena belacan, tapi tindak tanduk mereka sememangnya tidak ubah sebagai pendatang yang mendaulat bahasa asing di bumi yang asing.

"DI MANA KAKI BERPIJAK, DI SITU LANGIT DI JUNJUNG"

Anonymous said...

Suatu video clip yang terpampang diHome Page blog Demi Negara menunjukkan DS Rais Yatim meng'aibkan seorang disidang akhbarnya yang bertanya didalam bahasa Inggeris dan, salepas disuruh berBahasa Kebangsaan, mengatakan dia tidak boleh bertutur Bahasa Kebangsaan. Saya sokong penuh reaksi Menteri Penerangan itu dan saya sendiri merasai bahawa penyanya itu adalah biadab dan kurang ajar.

Sehubungan dengan ini dan, mengikut jejak langkah blogger yang memanggil dirinya Dot, saya juga membeli dan membaca 1-2 penerbitan The Historical Society of Malaysia.

Didalam suatu makallah berjodol "Masyarakat Melaka 1400-1511 T.M Dengan Tinjauan Khusus Mengenai Orang-Orang Asing" (penerbitan bertajuk "Malaysia: Sejarah Dan Process Pembangunan", 1978), penulis menyatakan "orang asing yang tidak menghormati norma sosial tempatan dianggap 'biadap' dan 'tidak tahu bahasa atau adat'". Maka yang dicerca DS Rais Yatim bukan sahaja tidak tahu bahasa atau adat, tapi juga tidak tahu atau/dan tidak menghormati Perlembagaan negara. Orang saperti itu memang perlu di'aibkan dikhalayak ramai, moga-moga dia sedar biadap dan ketidak setiaannya kapada Perlembagaan negara.

Liaw Yock Fang telah menulis suatu edisi undang undang Melayu lama yang berjodol "Undang-Undang Melaka", diterbitkan diThe Hague, 1976. Liaw membentangkan undang-undang didarat, berbanding dengan edisi lain yang melebihkan undang-undang laut. "Hukum adat" termasuk didalamnya. Orang asing diMelaka yang "menderhaka" dihukum mengikut tradisi tempatan dimasa itu. Mereka yang tidak "meresapkan diri didalam berbagai institusi kemasyarakatan .. tidak menghormati dan mematau nilai-nilai norma dan institusi sosial yang wujud .. tiada dianggap sebagai 'rakyat raja Melaka'. Mereka yang tidak atau enggan berbuat demikian selama-lamanya dipanggil 'orang dagang' - dagang tidak bertempat." - ms 117.

Maka dizaman Malaysia ini sekarang, hukum adat sudah menjadi "hukum kanun" - diderap, dibincangkan diParlimen dan diluluskan Wakil-Wakil Rakyat yang mewakili berbilang kaum, dikanunkan sebagai Perlembagaan negara. Tidak ada lagi istilah "orang dagang" sekarang ini tetapi istilah "pendatang" memang beralasan sejarah dan memang tepat bagi mereka yang sombong bongkak tidak menghormati bahasa tempatan yang sudah menjadi Bahasa Kebangsaan, tidak menghormati sopan santun adat berbahasa dinegara ini, apatah lagi bila disidang akhbar resmi seorang Menteri negara.

AL-RAZI said...

ANAK BATU KURAU
Salam Dr., dikalangan juta-jutaan umat manusia didunia ini Dr., adalah umat yang paling beruntung kerana mendapat Hidayah daripada Allah s.w.t. sukur alhamdullah teruskan dengan perjuangan anda untuk menegakan kebenaran dan kebesaran allah s.w.t.

Saya dilahirkan sebelum merdeka dan apa yang menghairankan saya, semakin maju kita bergerak semakin mundur kefahaman kita terhadap Islam sehingga perkara-perkara remeh diperbesar-besarkan dan yang paling menyedihkan orang-orang yang cetek pengetahuan agama BERLAGAK pula UNTUK MENJADI HERO dan pertikaian yang dibuat dengan hanya mengunakan hukum akal dan keadaan semasa, walhal sebagai orang islam kita semua ketahui bahawa Allah s.w.t menurukan AL-QURAN adalah untuk dijadikan pedoman dan bahan rujukkan untuk umat Muhammad hingga lah keakhir zaman.Maka jelas dan nyata bahawa Al-Quran adalah relevant dan akan relevant hinggalah keakhir zaman.Masyaallah..............

Wahai Sahabat ku Semerah Padi semangat mu ku junjung tinggi teruskan perjuangan mu dalam mempertahankan hak DIMANA BUMI DIPIJAK DISITU LANGIT DIJUNJUNG dan KALAU MASUK KANDANG KAMBING KITA MENGEMBEK dan KALU MASUK KANDANG KERBAU KITA MENGUEK.Adakala nya kita akan mengikut falsafah HANG TUAN tapi jangan lupa anak falsafaf JEBAT walaupun dianggap derhaka tapi yang pasti perjuangan nya adalah mempertahankan hak dan maruah.

Wassalam...........

haiza najwa said...

Hi ustaz tersayang..
No problem berarak untuk Mauud Nabi..no prolem juga klu tak berarak. Depends on d nawaitu
Yg problem ialah tak izinkan org nak berarak.
As what the bleeding shit LGE tried to enforce. Of all the gibxxx horrendxx species ever lived in this milky way..
Salam pengantin baru buat Andik..moga beroleh putra-putri yg comel2 dan bijak dan soleh dan solehah..kerna itulah bahagia yg tidak ada tanding taranya..

Ordinary Joe said...

Semerah Padi

Terima kasih atas penjelasan anda walau pun saya tidak bersetuju sepenuhnya.

Dengan penjelasan SP, adalah pendatang Indonesia harus diberi kerakyatan serta merta atas sebab2 berikut:

1) Fasih/tahu/menguasai bahasa Kebangsaan

2) Menghormati Perlembagaan/menjadi rakyat sejati/mendaulatkan bahasa Kebangsaan

UMMATAUNWASOTO said...

OJ,

Memang benar pendatang Indonesia cepat mendapat taraf Penghuni Tetap (Permenant Resident, PR) dan kerakyatan Malaysia, berbanding dengan ramai nyoyah Cina tua yang lahir dan membesar di Malaysia tetapi masih menunggu-nunggu permohonan taraf penghuni tetap atau warganegara mereka diluluskan.

Bila Dato Seri Hishamuddin menjadi Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, beliau telah bekerja kuat untuk mengurus permohonan mereka. Ramai nenek tua Cina telah melafazkan kesyukuran dan berterima kasih kpd Hishamuddin yang begitu perihatin kpd nasib mereka. Mudah-mudahan BN akan dapat sokongan undi Cina atas jasa dan budi baik pemimpin UMNO SEPERTI Dato Seri Hishamuddin.

Akan tetapi, pemimpin UMNO lain yang masih kuat memegang 'matlamat akhir' iaitu menutup sekolah venarkular tidak akan disokong oleh pengundi Cina, malahan calon MCA yang sama bangsa yang sekongkol dengan UMNO pun tidak akan disokong.

Kalau letak Dr. Tee di kawasan majoriti Melayu di Johor mewakili UMNO lawan calon Melayu PAS atau PKR, besar kemungkinan Dr. Tee akan menang. Tetapi jika letakkan beliau di kawasan majoriti Cina mewakili MCA melawan calon Melayu DAP, agak pasti beliau akan kalah, kerana beliau sekongkol dengan UMNO! Iktibarnya ialah Prof. Ramasamy kalahkan bekas Ketua Menteri PP Dr. Koh Tsu Koon di kawasan majoriti Cina. Inilah bezanya watak dan otak pengundi Cina dan pengundi Melayu. Dan inilah realiti politik Malaysia.

Mereka yang teramat cinta pada negara dan bahasa kebangsaan, teramat bersemangat mendaulat dan memperkasakan bahasa kebangsaan sehingga bercita-cita menutup sekolah vernakular haruslah bersabar 30 atau 50 tahun lagi. Apabila peratus pengundi Cina dan India hanya tinggal 5% - 10%, cekik sikit pun mereka dah surrender!

Alangkah baik dan indah jika Dr. Tee boleh ambil sikit masa untuk belajar dan menguasai bahasa ibunda sendiri yang tidak pernah dibelajari kerana ibunya hantarnya ke sekolah kebangsaan sejak kecil, kemudian muncul dalam kaca TV berceramah dalam bahasa mandarin menyampaikan dakwah Islamiah atau menulis rencana Islam dalam bahasa Cina untuk disiarkan dalam Nanyang Siang Pao atau Sinchew Daily (Dato Seri Najib telah kunjungi pejabat akhbar ini 2 kali semenjak menjadi PM)atau laman web Persatuan Cina Muslim Malaysia yang beliau menjadi Naib Presidennya untuk menghapuskan kekeliruan dan persepsi salah orang Cina terhadap Islam dan muslim!

Apabila Cina ramai lebih faham tentang Islam, bab kata tak kenal tak cinta, mereka akan lebih menghormati dan menyayangi kaum muslim, dan pengaruh ULTRA KIASU akan kurang berkesan. Takkan ULTRA KIASU mampu lawan Islam yang dibawa oleh pemimpin agong Muhammad Rasulullah s.a.w.!

Saya amat tidak setuju kita muslim membesar-besarkan musuh yang diberi nama ULTRA KIASU. Di manakah senjata Iman dan Islam kita? Kan kita ada JAKIM, IKIM, PERKIM, KIMMA, PERMIM, JAIS, JAWI, YADIM, ABIM, JIM dan MACMA!

Muslim di negeri China sangat sanjung tinggi negara kita sebagai negara Islam contoh yang lebih baik berbanding dengan negara-negara Timur Tengah dan Arab. Di Kolej Universiti Insaniah, Kedah terdapat 130 pelajar Islam dari negeri China. Di Universiti Malaya juga terdapat lebih drpd 100 orang pelajar Islam dari Negeri China. Mereka berjamaah dan menjalahkan kerja dakwah sehingga berjaya mempengaruhi pelajar Cina lain untuk memeluk agama Islam!

Islam bukan alat untuk perpaduan Melayu saja! Ia adalah alat untuk menyatupadukan seluruh manusia. Ia berjaya menyatupadukan hati-hati manusia yang berbeza warna kulit dan bahasa. Jangan pandang remeh pada Islam jika kamu benar-benar ikhlas memperjuangkan perpaduan manusia!

RIDHUAN TEE said...

Salam Sdr Ummataunwasoto, saya mengenali sdr begitu lama dalam MACMA. Sdr pernah menjadi calon PAS beberapa kali tetapi tidak pernah menang. Adakah orang bukan Islam menyokong sdr kerana kefasihan sdr berbahasa mandarin dan mempertahankan sekolahnya? Sdr kalah dengan majoriti yang tinggi di tangan calon BN. I have nothing personal with you bro, but we must be professional. We can agree to disagree. Fahamilah setiap kali penulisan saya, jangan buat-buat tidak faham atau sdr memang sukar untuk faham. Saya langsung tidak menyentuh isu penutupan sekolah vernakular, kita hanya bercakap dan membincangkan tentang sekolah satu sistem (SSS). Bercakap soal nation building dan masa depan negara kita. Bagaimana anak-anak sejak kecil boleh disatukan di bawah satu bumbung, tanpa dinafikan hak-hak mereka untuk belajar bahasa ibunda. Apa masalah sdr sebenarnya? Kalau masih keliru buatlah RESEARCH. Kita hanya akan mendapat jawapan setelah kajian dibuat, bukan dengan melontarkan emosi dengan niat tersembunyi. Bacalah buku mereka yang membuat kajian mengenai masalah sekolah berasaskan kaum ini seperti Yew Yeok Kim (1973,1982). Baca juga buku terbaru Huntington bertajuk Who we are. Jangan hanya pandai bercakap tetapi tidak pernah melakukan kajian. Sesuatu pernyataan mesti disertai dengan kajian barulah ada nilai akademik. Jika tidak ia hanya lontaran emosi daripada seorang yang kecewa. Kita yang berada di IPTA, saban hari berfikir dan melakukan kajian bagi tujuan perbaikan dalam pembinaan sebuah negara bangsa. Sejarah negara ini juga perlu fahami dengan mendalam. Kalau kail panjang sejengkal, jangan lautan hendak diduga. Saya harapkan sdr banyak membaca hasil-hasil yang lalu mengenai pendidikan kebangsaan dan pendidikan vernakular. Kalau masih sukar lagi, baca sahaja artikel saya dengan teliti. Jangan buat tuduhan sembarangan atau memutar-belitkan fakta. Terima kasih. Salam hormat saya.

Semerah Padi said...

OJ,

Orang Indonesia tiada kena mengena dengan kerakyatan negara ini. Mereka pun tidak memohon kerakyatan cuma datang mencari rezeki sahaja di bumi ini. Hasilnya dihantar balik ke Indon juga. Itu suara berdalih tu!

Mereka bercakap bahasa Melayu dengan rakyat Malaysia, agak senang sebab bahasa rasmi mereka adalah bahasa Indonesia. Tetapi sesama mereka, mereka bercakap bahasa ibunda (Jawa, solo etc). Serupa juga dengan orang Bangladesh, Pakistan. Dengan rakyat Malaysia, mereka cuba sedaya upaya menguasai Bahasa Melayu. Itu contoh ORANG ASING yang datang dari luar. Mengutamakan Bahasa Melayu bila berada di sini dan bila ingin berkomunikasi dengan warga Malaysia.

Contoh pribumi Sabah & Sarawak pula,lebih kurang sama. Majoritinya sudah menguasai Bahasa Melayu dan sedaya upaya menggunakan Bahasa Kebangsaan di khalayak ramai, setidak-tidaknya pakai jurubahasa. Dalam rumah mereka sendiri mereka cakaplah bahasa ibunda mereka. Ini pula contoh ORANG YANG LAHIR DI SINI, seorang pribumi.

Kaum-kaum yang lain itu bagaimana pula? Chong-cheng-chiong-cheng tak kira di mana tempat walaupun dikhalayak ramai. Kedai mamak ke, taman rekreaksi ke, pusat membeli belah ke, menjawab telefon ke, serata tempat !

INCREDIBLE !!!

Nak kata ORANG ASING, ada myKad. Nak kata Warga negara, bahasa ASING dipertahankan habisan-habisan sehingga membelakangi Perlembagaan Negara, Akta Bhasa dan undang-undang kecil lain.

INCREDIBLE !!!

Bandingkan lah contoh KAUM INI dengan ORANG ASING dan PRIBUMI dalam soal mendaulatkan Bahasa Kebangsaan Malaysia.

Orang Bangladesh/Pakistan dapat menguasai Bahasa Melayu dalam sebula dua, tak payah tunggu 30, 40 tahun. Itu berdalih namanya.

"Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih."

antusiri said...

Salam Dr.,

Ala.. itukan umat taun wal sotong. Penulisannya sudah cukup terang membayangkan bahawa dia ini orang yang sakit hati. Kita biasa sangatlah dgn umat taun ni di sini, bermuka-muka, kononnya wali suci turun dari langit, walaupun bahasa tulisan dia cuba nak berlembut, tapi memang nampaknya sangat mencarut dengan bahasa yang lebih lembut sahaja.

Kita bukan tidak tahu, dari tulisan dia sendiri:-

1. Lari naik tingkat atas tonton berita cina apabila bini bercakap bahasa lain, anak bercakap bahasa lain. Mana nak ada bersefahaman kalau sesama sendiri pun TAK FAHAM BAHASA (dengar tu OJ?)

2. Masuk bakul angkat sendiri - konon ada yg email dia menerangkan maksud memuji nick ummattaunwalsoto tu, kononnya memberi maksud yg suci (hey! sapa nak dengar ni? tak tanya pun! masuk bakul angkat sendiri punya species)

3. Dalam hal bahasa, menggunakan contoh pelbagai kaum di dunia ini dapat bersatu apabila berkumpul menunaikan haji di Mekah, kononnya bahasa bukan masalahnya untuk berkumpul bersatu. Tapi dia kena bantai - ada ke Pak Arab benarkan si ummat taun ni melaung-laung:-

"Tok Pek Kong! Wa lai lah! Tok Pek Kong Wa Lai La!"

Nak kenal bedal dgn Pak arab adalah! Walaupun orang pigmi sekalipun pergi ke Mekah, semuanya kena satu bahasa apabila berseru "La baikallah" tu. Satu bahasa bukan? Tapi species ummat taun akan cuba pertahankan bahasa dia sendiri juga, habis-habis kalau dah kalah, lari naik atas rumah menyendiri dengan bahasa cina kat TV.

Anonymous said...

Ya..Allah…Laknatlah…orang2 MUNAFIK seperti Ummat Taun ni yg berhati busuk dan penuh hasat terhadap pejuang2 Allah….

Si Ummat Taun ni memang fasih Bahasa Mandarin sehingga betina2 dari Negera Cina pun terpesona dgn nya untuk dipakai buang!! Tak caya..tanyalah MACMA…semua org tahu pasal skandal Ummat Taun ni dgn betina2 Negera Cina. Itulah ciri2 nyata org2 Munafik bercakap tentang maarof tetapi di hati penuh dgn kemungkaran, hasat dengki dan dendam. Nampaknya saranan saya untuk dia bertaubat memang dia tak buat. Dan saya percaya Allah SWT tidak akan memberi apa2 hidayah dan petunjuk kepada jelmaaan segala bapak org2 MUNAFIK iaitu ABDULLAH BIN UBAI di alaf baru iaitu SI UMMAT TAUN ini….

Betul kata Dr. RT, org kalau tak buat research…cakap ikut sedap mulut dgn penuh rasa iri hati dan hasat dendam, maka jadilah macam UMMAT TAUN ni… Nampak sgt busuk hati dan tak habis2 memutar belit fakta2 suci Dr. RT untuk memuaskan nafsu KEMUNAFIKKAN dan KEBINATANGAN beliau. Ni lah contoh org2 MUNAFIK yg dengki dgn kejayaan dan kebolehan org lain yg tiada padanya. Seharusnya Si UMMAT TAUN ni wajib mencontohi Dr. RT untuk dihormati bukannya semakin jauh tersasar ke jurang JAHANAM LAKNATULLAH…

Moga2 Si Ummat Taun ni akan segera bertaubat…sebelum Allah SWT turunkan bala ke atas dirinya…. Saya yakin (berdasarkan ciri2 MUNAFIK yg ada padanya)…samada kat dunia atau pun di akhirat, Si Ummat Taun pasti akan dilaknat oleh Allah SWT.

Sekian adanya. Wassalam

Ordinary Joe said...

Semerah Padi,

Bagi membantu para pembaca memahami setakat mana orang Cina di Malaysia tidak memahami dan tidak fasih berbahasa Malaysia, bolehkan SP berkongsi dengan kita statistik berkaitan dengan fenomena ini.

Sekiranya boleh, SP boleh berkongsi statistik mengikut pecahan kumpulan2 kecil berikut:

- kelahiran luar Malaysia pra-merdeka

- kelahiran Malaysia pasca merdeka

- golongan yang dilahirkan pasca perlaksanaan Penyata Razak (bermula 1970 di Semenanjung)

Baik juga kalau ada statistik kajian samada golongan2 tersebut "mendaulatkan" Bahasa Cina atau pun sekadar "menggunakan" Bahasa Cina. Saya "menggunakan" bahasa Inggeris dengan fasih tetapi tidak "mendaulatkannya".

Sebagai penutup, saya merayu kepada SP supaya mengelakkan dari megejek dan memperlekehkan bahasa2 bukan Melayu (contoh: "Chong-cheng-chiong-cheng"). Kalaulah ini tatasusila orang Melayu, janganlah melenting bila orang lain melakukan yang sama. Itu pandangan saya dan saya harap SP ambil berat.

Semerah Padi said...

OJ,

Nampaknya saudara masih belum dapat menangkap maksud saya atau saudara sengaja tidak mahu memahaminya atau sengaja hendak mengalihkan pandangan.

Ini bukan soal fasih / tidak fasih. Ini soal mahu menjunjung Bahasa Kebangsaan negara Malaysia atau berdegil menjunjung bahasa asing di bumi ini. Ini soal di mana bumi dipijak, di situ langit di junjung.

"Mahu seribu daya, tidak mahu seribu dalih"

Semerah Padi said...

Oh ya... terlupa untuk memohon maaf..

Terima kasih kerana menegur saya atas isu "chong cheng chong cheng". Saya juga berharap agar Sdr OJ merenungi dan mengambil iktibar kenapa saya sampai terlanggar batas hingga ke tahap memperlekehkan itu.

Orang kata kita berbudi bahasa. Bila degil, makin keras sikit bahasa kita. Masih lagi berdegil juga? Mungkin bahasa sudah sampai ke tahap "memperlekehkan".

Tak payahlah statistik. Pergila ke mana-mana restoran, tempat membeli belah, taman rekreasi.. terutamanya di KL, Penang etc. Pertubuhan seperti Domng Zong tu, mendaulatkan apa? Kenapa di sini? Kenapa tidak di Beijing sana?

Orang kata adalah tidak beretika bercakap bahasa asing di khalayak ramai. Bahasa kasarnya, "kurang ajar".

"Dimana bumi dipijak, di situ langit dijunjung"

putrarahman said...

Setiap kaum yang menjadi warganegara buila ditanya saya percaya setiap orang akan menyatakan mempunyai rasa kasih dan sayang kepada negara ini. Namun demikian, saya berpendapat rasa kasih dan sayang yang dimiliki itu disebabkan pelbagai sebab dan alasan yang mana sebab dan alasan ini tidak boleh untuk mengambarkan bahawa setiap warganegara itu sanggup untuk mempertahan, memperjuangkan dan berasa bangga dengan negara ini.

Contoh mudah, kalau setiap warganegara itu mempunyai perasaan kasih dan sayang yang sejati kepada negara ini dan bangga dengannya tidak timbul perasaan hendak mendaulatkan budaya dan bahasa yang tidak mengambarkan budaya dan bahasa bagi negara ini.

Oleh yang demikian, saya fikir dan cadangkan kepada setiap warganegara hendaklah diasuh dan dididik untuk mempunyai rasa kasih dan sayang yang sejati kepada negara kita ini yang mana dengannya walau dimana jua kita berada walau diplanet mana kita berada, perasaan bangga dan kasih itu dapat dilahirkan dan diluahkan.

TQ

UMMATAUNWASOTO said...

Mukasurat depan akhbar China Press semalam memaparkan gambar besar berwarna Prof. Khoo dengan tajuk berita yang bermaksud beliau mengadu dianiayai oleh bekas anak-anak muridnya yang menguasai jabatan sejarah Universiti Malaya dengan tidak diberikan tugas mengajar dan tidak diberi gaji. Itulah lebih kurang isi kandungannya.

Apakhah benar Prof. Khoo telah dizalimi? Siapakah sebenarnya pihak yang didakwa oleh Prof. Khoo? Siapakah yang akan membelanya?

Kebenaran mesti dicari, keadilan mesti ditegakkan. Saya bukan ahli akademi, tiada saluran maklumat UM. Barangkali ada di kalangan rakan-rakan blog ini mengetahui cerita sebenarnya.

Terima kasih pada Dr. Tee yang sudi menegur saya. Saya akan muhasabah diri atas teguran ini. Saya memohon maaf kepada Dr. Tee atas kekasaran saya. Apa sekalipun, walaupun kita berbalah dalam blog ini, sehingga kadang-kadang gunakan bahasa kasar dan sindir-menyindir, marilah kita salin maaf-memaaf, atas kefahaman dan sangkaan baik bahawa pihak lain juga mencintai perpaduan dan ingin berjasa, berbakti dan membalas budi negara, hanya berbeza dari segi fasalfah dan persepsi.

Kita rakyat Malaysia dari latar belakang keluarga, sosial, kumpulan etnik, pendidikan sekolah dan agama yang berbeza-beza. Antara orang PAS dengan orang UMNO, anak raja dan anak kampung, walaupun sama-sama keturunan Melayu, wujud juga jurang perbezaan yang besar, apa lagi antara kumpulan etnik yang berbeza bahasa dan agama. Oleh itu, sebagai asas dan permulaan, nilai-nilai universal seperti kemanusiaan, keadilan, bertimbang rasa dan lain-lain mesti ditonjol dan ditekankan untuk mencari titik pertemuan dan merapatkan saf. Banyak pengajaran dan formula dari sirah nabawi boleh kita belajari untuk dijadikan bimbingan dan sumber hikmah, apatah Al-Quranul Karim wahyu ilahi.

asyMok_Aambo said...

anda hebat, bila kita boleh minum kopi sekali?

UMMATAUNWASOTO said...

assalamu 'alaikum.

Dr. Tee,

Maaf jika isu yang saya bawa di sini lari dari tajuk rencana anda.

Orang Kristian mahu gunakan perkataan "Allah" dalam buletin dan buku mereka tetapi dilarang oleh KDN dan dibantah oleh sesetengah masyarakat muslim kerana dikhuatiri perkataan "Allah" akan 'disalahgunakan' atau disangka pihak Kristian mempunyai 'niat tersembunyi atau terselindung'.

Apa pendapat anda orang Islam Melayu yang bernama "Nordin' berulang kali menggunakan perkataan "Allah" dalam blog anda untuk melaknat orang lain?

Bukankah itu perbuatan 'salahguna'(abuse) yang sangat serious? Dan lebih buruk daripada perbuatan Kristian yang belum terbukti 'perbuatan salahguna' dan 'niat buruk' mereka?

Kalau Dr. Tee tidak menegur perbuatan ini, saya anggap Dr. Tee bersetuju dengan perbuatan seperti ini.

For me, God does not has a proper name for HE does not need a proper name! He own all the beautiful names and all the beautiful name belongs to Him. Allah is not God's proper name and if it is, we can only use "Allah" to address HIM and, then, how can we muslim forbid Christians to address God by using Hias proper name?!!!!!!

God does not need a proper name as you imagine each of us need a proper name!

If "Allah" is God's proper name, do you think He will allow that 'Nordin' to abuse it to curse other in your blog repeatedly? Will you, Dr. Tee, allow your name to be misused or abused to curse other?

adf55650 said...

What a stupid remark from a stupid fool called UMMATAUNWASOTO.

Kecemerlangan PR di tiga buah negeri? Cuba sebutkan 1 contoh. Tak payah banyak. 1 pun cukup.

Allah has no specific name? Allah is called GOD in the Bible. God means TUHAN in Bahasa Melayu. In Hindi it is called BHAGWAN. In Hinduism it may be Krishna, Vishnu, or even Siva.

Why in the translations of the Bible in other languages do not use these names? Why only in Bahasa Melayu the need to use 'ALLAH'is greatly emphasized?

We do not want at any time in the future our children and grandchildren to come back home with a statement they get which state that 'ALLAH WUJUD DALAM TIGA BENTUK, BAPA, ANAK DAN ROH SUCI'. and they may even question OUR version of 'ALLAH'.

You may like it but not US. Sebab kami tidak tahu kedudukan keISLAMan anda.

antusiri said...

hmmm... aku rasa, rata-rata orang melaknat iblis, setan dan orang-orang yang berperangai lebih kurang se kaum dengan setan tu...

Kadang-kadang guna "Allah" juga.. Ya Allah.. jauhkan aku dari godaan iblis yang terlaknat.. Ya Allah.. lindungi aku dari bisikan setan-setan yang direjam..

Hati busuk, dengki, bermuka-muka etc tu memanglah boleh jadi calon-calon pengikut setan dan iblis.. menuduh tak tentu fasal. macam UTUSAN FITNAH.. lebih kurang la tu..

Kalau tak mau dilaknat macam tu, cubalah jangan ikut sangat perangai setan dan iblis..

kan Din? he..he..he..

Semerah Padi said...

Salam Dr. dan pengunjung semua,

Terima kasih Saudara Din Jawa kerana menemani saya serta memberi saya semangat untuk bersama-sama mendaulat tanah tumpah darah kita. Begitu juga kepada Sdr/i Zendra, putrarahman dan lain-lain pejuang tanahair tercinta ini, terutamanya Dr. Ridhuan, yang merupakan contoh terbaik bagi menyedarkan kaum-kaum yang masih lagi degil berperangai "pendatang" di bumi ini.

Wassalam.

"Negara ini ada Daulatnya"

UMMATAUNWASOTO said...

Dear very clever adf5560,

You said:
"We do not want at any time in the future our children and grandchildren to come back home with a statement they get which state that 'ALLAH WUJUD DALAM TIGA BENTUK, BAPA, ANAK DAN ROH SUCI'. and they may even question OUR version of 'ALLAH'."

That is when we find the opportunity to explain to the Christian the meaning of Surah Al-Ikhlas! That is the time we have opportunity to dialog and teach them the concept of Tauhid! Why are we so KIASU (takut kalah)? Malahan ULTRA KIASU (amat takut kalah)?

The Malays (who are ruling and controlling the government and its whole machinery) failed to preach Islam to the non-Malays. They failed to convey the message of Tauhid that Allah command them to do. They are only interested to 'protect', not 'attack'. That is why they are still 'protecting' until now! When are they going to launch their 'attacks'?

There is one Chinese youth from Melaka called Lim xxxx (I do not know his Malay or Arab name for if not mistaken he insist to use his original Chinese name after revert to Islam) are traveling through out whole Malaysia to conduct courses to Muslim to counter attack Christian movement. I salute him. He is not an ustaz, not a graduate from any Islamic university or college, not a paid officer of any Jabatan Agama Islam. He does his job to teach muslim to counter attack Christian movement. What do the vast majority muslim do? Are we preaching Islam to the non muslim? Do we? We are still 'protecting' muslim from the fierce TRINITY GODHOOD of Christianity, to the extend we fear the Christian to use the word 'Allah' and also some of the Malay religion terms, but at the same time we expect the whole nation to 'memperkasakan bahasa kebangsaan'.

Preach Islam to the non muslim! Be offensive, not defensive! Welcome the Christians to call their lord 'Allah'! Explain to them who is Allah!

UMMATAUNWASOTO said...

Say to the Christian: Allahu Rabunaa wa Rabbukum (Allah is our lord and your lord). Invite them to your house and discuss ( in a nice and friendly manner) with them the concept of God and His attributes as expounded by asmaul-husna! Sabar! Jangan laknatnya sekira dia tidak terima pada pertemuan pertama, kedua dan ketiga! Kita hanya menyampaikan, Allah yang menentukan siapa yang akan dapat hidayah.

UMMATAUNWASOTO said...

Jangan sekali-kali marahnya iblis setan sekiranya dia nampak degil dengan konsep Tuhan Tiga Dalam Satu.
Ajaran kristian disampaikan kepadaya lebih awal, maka dia berimanlah dengan konsep yang diajar awal. Kalau muslim rajin dan berani berdakwah, konsep tauhid yang diterimanya lebih awal, maka tauhidlah keimanannya!

Kita mesti rajin dan sungguh menyampaikan risalah Islam dan tauhid kepada non muslim, tak kira ia golongan Kiasu atau Ultra Kiasu. Rasulullah s.a.w. menyeru kepada bani Israil, menulis surat kepada raja Rom dan Parsi mengajak mereka kepada Islam. Islam agama universal, sesuai dengan naluri semua manusia dari semua kumpulan etnik, maka hendaklah kita tonjol dan tekankan nilai-nilai universal dahulu dan kikiskan salahfaham dan salah tanggapan bahawa usaha dakwah kita adalah usaha cuba nak Melayukannya atau Kebangsaankannya.

UMMATAUNWASOTO said...

Saudara OJ,

Berdasarkan tulisan anda, saya percaya anda seorang hamba Allah yang cemerlang dan disegani oleh manusia sekeliling anda! Kalau anda terima Islam dan beriman kepada Allah dan Muhammad Rasulullah s.a.w., anda pasti akan jadi lebih cemerlang dan disegani lebih ramai lagi! Tetapi ujian juga akan datang menguji kesabaranmu terhadap takdir ilahi. Anda mungkin dimusuhi oleh mereka yang salah faham terhadap Islam. Bagaimanapun Allah adalah sebaik-baik pelindung, dan ketahuilah ketakutan tidak bisa menyelubungi orang beriman dan mereka juga tidak akan sedih dan kecewa!

ISLAM WELCOME YOU AND BELONG TO YOU!

Ordinary Joe said...

Sdr Umma

Terima kasih kerana mengambil berat hal keagamaan dan kerohanian saya. Pada masa ini, saya sememangnya tiada minat untuk menyelami konsep ketuhanan Islam di Malaysia.

Sekiranya pertembungan dengan orang2 beragama Kristian dan Buddha biasanya dibalas dengan ajakan untuk berdialog dan hadir pada ceramah2 keagamaan atau pun ceramah2 bukan agama demi untuk mendampingi orang dari agama yang lain, agama Islam di Malaysia begitu berbeza pendekatan dakwahnya. Soalan2 kita begitu mudah sekali diintepretasikan sebagai mencabar kesahihan Islam sebagai agama yang benar. Isu perkauman dan Islam dikait rapat sehinggakan sukar diperbedakan apakah yang sebenarnya diperjuangkan. Pendek kata dan pokoknya, "experience" dengan Islam dan Muslim terasa seperti kita dibenci, dipandang rendah dan tidak dihormati degan tohmahan yang jelas sekali hanyalah bayangan bagi mereka yang melenting. Kasih Tuhan yang maha Esa memang tak terasa walau pun sering dilaungkan di TV dsbnya. Dalam satu tarikan nafas, kita boleh dikeji, diejek dengan sebutan nama Allah dan keagamaan dari ruang hati yang sama.

Renungilah... semasa mubaligh Kristian mendirikan sekolah2 di Malaya dan kemudiannya Malaysia, walaupun orang Cina rata2 menentang agama Kristian kerana larangan menyembah Dewa2 Cina dan juga kerana agama itu mengajar penganut2 mengutamakan Tuhan dari ibu bapa, namun, masyarakat Cina masih dapat didampingi mubaligh2 Kristian dan ramai anak2 Cina yang bersekolah di sekolah2 sedemikian. Nama2 seperti St John, St Joseph, St Michael, Methodist Boy's School, La Salle, Assunta, Bukit Bintang Girl School, Methodist Girl School, Bukit Nenas Convent, Main Convent dsb. tidak asing dikalangan masyarakat Cina. Ramai anak2 Malaysia yang cemerlang dan yang telah mengharumkan nama negara dididik oleh orang2 Kristian. Mengapakah begitu? Ini adalah kerana mereka dinampak begitu mengasihi anak2 bukan Kristian, bukan kulit putih dengan segala jiwa raga. Ramai "brother-brother" yang mengetuai sekolah2 tersebut sebut komited mendidik generasi muda tanpa mengira kaum dan agama. Kasih mereka begitu dirasai sehingga lepas meninggalkan bangku sekolah. Saya adalah salah satu produk dedikasi dan kasih golongan ini. Bagi ibubapa2 seperti ayah dan ibu saya, mereka dihormati pihak sekolah yang beragama Kristian dan oleh itu, lahirnya kepercayaan dan keyakinan terhadap mereka.

Experience saya dengan Islam dan Muslim begitu berbeza. Muslim mudah "terasa" terpijak, diserang, di"perlekehkan" dan sebagainya. Bagaikan jatidiri itu tidak mantap. Dahulunya, dibangku sekolah, saya serang Kristian, masuk meeting mereka dan mengejek. Mereka tak marah, tak melenting, tak terasa dipijak tetapi terus menghulurkan persahabatan kepada saya.

Agenda barat, taktik keagamaan??? Apa sahaja tohmahan, mereka konsisten walau di mana pun. Bila saya diluar negara untuk sedemikian banyak tahun, experience paling menyentuh hati adalah dengan Kristian barat walau pun yang tak beragama (sekarang pun dah ramai) OK juga.

Saya sangat berterus terang. Sebab saya anak Malaysia. Ini tanah tumpah darah ku. Masalah hubungan kaum sudah semakin tenat. Tak boleh nak berdialog. Bukan Muslim buka mulut, silap sebut, mesti kena punya. Sekiranya Islam ala Malaysia/Melayu dapat menghayati sepenuhnya intipati sebenar Islam yang benar dan tulen, mungkin kita yang bukan Muslim akan mengecapi experience yang lebih baik.

Wasalam.

Ordinary Joe said...

Ditambah lagi...

"Christian try to earn the respect of others but in Malaysia, Muslims demand to be respected". Kalau kita tak sehaluan dengannya, maka bersemaraklah semangat nak "pertahankan agama dan bangsa yang tak boleh dipisahkan". Kita dapat lihat diblog ini bagaimanakan kita diperkecilkan dengan ejekan. Alasan yang diberikan bagaikan menghalal perbuatan menghina dan mengejek atas nama Allah dan mendaulatkan bahasa Melayu.

Renungilah.

Anonymous said...

OJ,

Komen-komen anda terakhir ini nampak ikhlas mahu keharmonian, perdamaian antara rakyat yang berbilang agama. Saya juga banyak keluar negara dan pernah tinggal bertahun-tahun diluar negara. Saya faham pendirian anda berkenaan perkara ini.

Melayu Islam dinegara ini pada umumnya bersopan santun, sabar dan ikhlas, saperti dinyatakan Sir Frank Swettenham yang tinggal diStraits Settlements dan Malaya selama 30 tahun sehingga 1901 sebagai Resident General. Dalam suatu penulisannya beliau berkata, bila diperkosa, Melayu boleh mengamok. Walau pun tidak disebutkannya, dia tahu adigan-adigan saperti Dato Sagor dan kumpulannya membunuh Resident British JWW Birch diPasir Salak di abad 19. Sehinggakan perkataan amok itu diguna pakai Inggeris dan ada dikamus Inggeris sekarang.

Saya fikir pemikiran dan watak Melayu Islam bertukar akibat kedatangan bangsa asing beramai-ramai dan apa yang berlaku sejak itu. Ia bermula dengan pelombong Cina yang dibawa masuk oleh Long Jaafar dan Ngah Ibrahim keLarut, keganasan kongsi gelap, penjahat dan gengster yang akhirnya menguasai industri perlombongan diPerak, termasuk lombong Melayu yang pada suatu ketika berjumlah 350. Kapitan Cina dan 44 gengsternya "petition" British diPenang supaya masuk Perak menolong dapatkan semula lombong mereka yang telah dikuasai geng lain. Ini membawa kapada penjajahan British. Melayu mula marah dan menentang British hingga Residen British dibunuh.

Kemudian Chin Peng dan Parti Komunis Malaya pula mengganas hingga orang ramai susah mahu mencari makan. Sehingga berpuluh tahun, walau pun salepas British keluar.

Kebelakangan ini pula, kumpulan chauvinis mengungkit Kedudukan Istimewa Melayu yang nyata telah disetujui pemimpin bukan Melayu sebagai balasan kapada hak kerakyatan bukan Melayu. Sehingga kurang ajar berdemonstrasi menghalang Raja Muda Perak lalu dijalan raya. Lihat sahaja pahit maung anti-Melayu yang ditulis diberbagai laman citra sekarang.

Tambahan pula, timbul tindakan keras negara-negara Barat, yang dipengaruh "Israeli Lobby" dan ejen-ejen Zionist Israel, keatas negara-negara Islam diTimur Tengah, Afghanistan dan Pakistan.
Iraq dibom tanpa bukti "weapons of mass destruction" hingga sekarang. Paletin dibuli Israel.

Terakhir sekali, kalimah Allah pun mahu digunkan Kristian diMalaysia.

Maka, pemikiran dan watak Melayu Islam sudah berubah.

Saya dengan ikhlasnya mencadangkan supaya anda juga coba mempengaruhkan mereka yang telah menyebabkan orang Islam diMalaysia berpendirian tegas dan keras, supaya kurang ada keadaan "confrontational" dikalangan kita semua. Cobalah masuk keblog-blog berkenaan dan memberi pendapat yang boleh mengurangkan keadaan tersebut. Banyak yang tidak membenarkan masuk atau menyiarkan pendapat orang yang tidak mereka ingini. Tetapi mungkin mereka akan melayan anda.

UMMATAUNWASOTO said...

Sdr. OJ,

Terharu membaca jawapan dan ulasan anda yang panjang lebar. Terima kasih. Memang benar, di bumi yang bertuah ini, orang ramai mudah keliru antara agama dan bangsa, Islam dan Melayu. Al-Quran bertanya kepada kita:"Apakah orang yang mengetahui sama dengan orang yang tidak mengetahui? Pasti ianaya tidak sama!". Al-Quran juga berkata:" Sesunggunya yang takut pada Allah hanya kalangan hamba-hamabanya yang berilmu."

Saya faham 'kekecewaan' anda terhadap fenomeno Islam di Malaysia. Pernah seorang alim berkata:'Islam hanya ada dalam buku dan Muslim telah masuk kubur!' Dan seorang pendakwah juga pernah komen: 'Guru kitab mudah dicari, guru teladan susah dijumpa!"

Apa sekalipun, sebenarnya muslim sedang membangun dan imej agama Islam sedang dipulihkan. Muslim sedang berjuang untuk mengembalikan identiti mereka yang sebenarnya.

Untuk maklumat saudara, ramai ibu bapa muslim menganggap sistem pendidikan yang dijalankan kerajaan tidak dapat memenuhi keperluan pendidikan Islam yang sebenarnya. Oleh itu, di luar sistem sekolah kebangsaan yang dibiayai oleh kerajaan, muslim di sana sini berkorban dan berusaha mendirikan madrasah dan sekolah Islam rakyat untuk mendidik jenerasi baru dan mewarisi ilmu Islam.

Di Amerika Syarikat dan negara-negara Uropah, Islam sedang berkembang pesat dikalangan orang kulit hitam dan kulit putih walaupun pemerintah bukan muslim.

Di Malaysia, dengan hati yang ikhlas almarhum Tunku Abd. Rahman Putra Alhaj telah berjaya mengajak pemimpin-pemimpin MCA memeluk agama Islam, antaranya Tun Omar Ong YOke Lin, Tan seri Tan Tiong Hai, Umar Lim Yew Hock. Pemimpin UMNO selepas Tunku tidak berdakwah seperti Tunku, apa sebab saya tidak tahu!

Tuan Guru Nik Abdul Aziz sejak tahun 80an secara terbuka menyeru dan mengajak Cina dan kaum-kaum lain menerima Islam dalam ceramah politik dan majlis dialog. Dilaporkan kepada saya bahawa Tuan Guru berulang kali berkata dalam majlis ceramah di kampung-kampung Melayu,'kalau Cina menggunakan kebolehannya untuk sama-sama membangunkan Islam dan jika dipilih menjadi pemimpin negara, orang Melayu tidak harus cemburu.' Malahan beliau pernah berkata,'jika orang putih British memerintah Malaya dengan sistem Islam, kita tiada hak untuk menghalau mereka!' Begitulah jiwa seorang pemimpin Islam Melayu yang ikhlas perjuangannya.

Akhir kata, Islam diwahyukan untuk semua manusia yang ingin mencari kebahagiaan di dunia dan akhirat. Islam juga menawarkan formula penyelesaian kepada segala masalah manusia. Semoga Allah terus memberikan hidayah kepada kita, saudara OJ dan saya, memberikan kefahaman terhadap hikmah-hikmah yang terkandung dalam kitab wahyuNya Al-Quran dan juga teladan sempurna yang terdapat dalam sirah Nabi Muhammad s.a.w.

UMMATAUNWASOTO said...

Assalamu 'alaikum.

OJ,

Saya amat bersetuju dengan kenyataan Zendra berikut:
"Melayu Islam dinegara ini pada umumnya bersopan santun, sabar dan ikhlas, saperti dinyatakan Sir Frank Swettenham yang tinggal diStraits Settlements dan Malaya selama 30 tahun sehingga 1901 sebagai Resident General."

Bumi Malaysia bumi bertuah! Islam telah mendalami jiwa bangsa Melayu sehingga menjadi asas utama keharmonian dan kedamaian masyarakat Malaysia. Ciri-ciri Islam dalam budaya dan jiwa Melayu yang bersifat universal ini mesti terus dijaga dan dibajai.

Dengan ikhlas saya nyatakan pendapat saya, bahwa perjuangan kebangsaan yang diterajui oleh Dato Ibrahim Ali melalui pertubuhan PERKASA akan mengerohkan keadaan semasa di mana keharmonian dan perpaduan kaum cuba dipulihkan oleh Dato Seri Najib melalui konsep 1MALAYSIA. Dan perjuangan kebangsaan UMNO walaupun berjasa membangunkan Melayu dan Islam, ia tetap mengandungi ciri-ciri yang bercanggah dengan ruh Islam. Saya minta komen Zendra pandangan saya.

Ordinary Joe said...

Zendra

Terima kasih atas pandangan anda. Sememangnya tingkah laku, tindak tanduk yang tidak membina keharmonian antara kaum mesti dibendung dan ini adalah tanggungjawab kita semua. Saya membuat apa yang perlu sebolehnya saya. Sekiranya kita semua senada dan seirama dalam hal ini, kita tentu akan berjaya. Tetapi sekiranya kita mempertahankan sesuatu itu atas dasar kepentingan kaum sewenang2nya, maka hampalah tentu hasrat kolektif kita.

Saya dalam profesion pembelajaran dan pembanguan insan dalam sebuah MNC. Hasrat saya adalah until melihat kita semua membina satu negara yang progresif dan harmoni. Inilah landasan di atas perkongsian pendapat saya di blog ini.

Anonymous said...

UMMATAUNWASOTO,

Dukacita saya tidak minat mengeluarkan pendapat saya dari segi agama. Dahulu pernah saya sebutkan demikian. Satu sebab ialah pengtahuan agama saya tidak setinggi mereka yang telah lulus tinggi dalam bidang agama. Satu sebab lain ialah pendapat berkenaan agama biasa ada banyak berbeza dan ada yang sensitif.

Ini benar berkenaan semua agama. Selalu bergaduh diantara satu sama lain. Yang dikatakan tidak beragama pun, ada yang Athiest tidak percayakan kuasa Tuhan, ada yang percaya kapada kuasa semula jadi yang membayangkan keagamaan juga.

Islam ada mazhab-mazhabnya. Kristian ada Katolik, Protestan dan sebagainya. Seorang Professor Islam menyatakan Protestant sahaja ada lk 180 sects. Penganut Buddha pun ada yang Mahayana ada yang mazhab lain. Pada saya agama adalah diantara kita dengan Tuhan SubhanAllahiwaTa'ala. Berapa tulus dan ikhlasnya kita hanya Tuhan sahaja yang tahu. Sementara itu kita hidup mengikuti undang-undang yang ada. Undang-undang Sivil dan Syariah saperti yang ada. Mana yang sensitif saya coba tidak sentuh.

Berkenaan Ibrahim Ali, Perkasa, PM Najib dan 1Malaysia, saya mahu sentuh tetapi tidak dari sudut agama. Saya belom nampak perseimbangan langkah-langkah dasar Najib dengan 1Malaysianya. Saya mengaku masih belom faham apa sabenarnya 1Malaysia selain dari prinsip-prinsip murni yang telah dikeluarkan. Langkah-langkah yang telah diambilnya nampaknya lebih condong kapada kepentingan bukan Melayu, saperti liberalisasi dan berkenaan sekolah vernakular. Jika benar liberalisasi memulihkan ekonomi, bagus. Tetapi saya mahu lihat langkah-langkah yang mirip kapada kepentingan Melayu pula, terutamanya yang dalam rangka DEB dan "affirmative action". Terutama sekarang katanya ekonomi negara sudah mula pulih.

Perlunya langkah-langkah DEB dan justifikasi bagi "affimative action" sudah banyak dihuraikan dimasa-masa yang lalu. Mempertahankan dan memajukan kepentingan kaum tidak salah. Berat sebelah dipihak Pemerintah atau melampau dipihak rakyat adalah salah. Perkara ultra kiasu sudah dibincangkan diblog ini juga pada masa yang lalu.

Tidak perlu dan tidak minat saya berpanjang lebar diatas isu-isu tersebut diatas dikali ini. Juga tidak minat saya memajukan atau meperjuangkan tujuan-tujuan mana mana parti politik sekali pun. Saya mengeluarkan pendapat peribadi sahaja. Demi kepentingan keharmonian, keamanan dan kemajuan negara dalam jangka masa panjang.

Anonymous said...

Penjelasan:

"pengtahuan agama saya tidak setinggi mereka yang telah lulus tinggi dalam bidang agama" -

harus dibaca sebagai

"pengtahuan agama saya tidak mendalam".

Saya tidak bermaksud bahawa yang tidak bekelulusan tinggi dalam agama tidak boleh megeluarkan pendapat. Ada ramai yang berpengtahuan mendalam.

Kerana banyak perbezaan pendapat, saya fikir sesiapa yang mengeluarkan pendapat yang tidak mengikut arus ramai (not mainstream), atau membangkang/ mengkritik pendapat ramai, perlu menyebut Surah dan sebagainya bila merujuk kapada firman Allah didalam Qur'an atau kesahihan (Bukhari, Muslim dan sebagainya) bila merujuk kapada Hadith.

Bila mengeluarkan pendapat yang mengikut arus ramai, tidak perlulah berbuat demikian.

Sekian, ini hanya pendapat saya bagi kepentingan menguatkan hujah-hujah dari segi agama.

UMMATAUNWASOTO said...

zendra,

Amat berterima kasih atas penjelasan saudara. Agak terperanjat juga mengetahui pandangan saudara mengenai 1Malaysia. Baru saya sedar bahawa konsep 1Malaysia belum pasti dapat laluan mudah untuk direalisasikan kerana tidak semua pihak dari masyarakat Melayu mempunyai persepsi yang sama. Dari penjelasan saudara, saya terasa pemimpin negara kita akan menghadapi suatu 'kekusutan'. Persaingan politik antara parti pemerintah dan pembangkang makin sengit. Konsep 1Malaysia mungkin berhadapan dengan halangan dan tekanan daripada Dato Ibrahim Ali dan juga dari dalam UMNO.

Sementara itu keadaan kacau birau dalam MCA tidak tahu bila akan reda. Keadaan ini membimbangkan kerana pasti akan menjejaskan program pembangunan ekonomi.

Bagi saya, seburuk-buruk pemimpin Melayu, samada dari UMNO, PKR atau PAS, mereka tetap akan menjaga kebajikan dan kepentingan orang Melayu dalam negara, mungkin pendekatan berbeza. Tanggungjawap kita ialah memastikan hanya pemimpin yang benar-benar berjiwa rakyat yang tidak ada kepentingan diri dan masalah peribadi dilantik memimpin negara ini.

haiza najwa said...

Se teruk-teruk, sehebat-hebat Umattaun membelitkan fakta so that every heads becomes topsy turvy , beliaulah satu2nya 'Umat' yg tampil mendakwah OJ agar masuk Islam. Tak terkomen aku..???!!!???[bengang] ##???

Mr RT - the benevolent Ustaz..
Kes Syafia dan yg terbaru K. Harresvarrant..people are getting brutal everyday-bagaikan sudah tiada agama dan sifat insaniah..sudilah kiranya memberi penghujahan rather than commentary tentang sikap manusia akhir zaman [dunia Fitan] supaya tersedar dan bangkit dari lena..banyak sangat kanak-kanak dianiaya di mana-mana ..alangkah kasihannya..tak kiralah bila anda bermasa, tapi demi anda seorang ustaz yg sangat berilmu dan notakanlah sedikit metoda yang praktikal menangani gejala murtad di kalangan para gadis Muslim..

haiza najwa said...

dan another thing Ustaz Prof,
bler you sentuh tentang 152 and all those constitution stuff, all senang2 can be derived from the internet. Bukan susah sgt nak klik the Net untuk mengaksesnya or paste the already bation[basi] stuf from other blogger, tapi untuk mendengar hujahan you tentang perkara-perkara yang saya sebutkan di atas macam menunggu hujan emas dr langit..dan saya tunggu dan tunggu dan tunggu..and encapsulate bende2 tu semua..argh..moga ada mentari utk minggu sekali lagi..sekali lagi..sekali..?

UMMATAUNWASOTO said...

ASSALAMU 'ALAIKUM.

haiza,

Biarpun pernah seorang ustaz dari PAS berkata kepada saya bahawa arak telah menjadi darah daging Tunku, walaupun atas hormat orang tua saya tidak membantahnya depan-depan, tetapi hati saya menjawapnya,'Ia, Tunku minum arak dan main kuda, semoga Allah ampunkan dosanya, tetapi atas jasa dan sebab Tunku dan PERKIM di bawah pimpinannyalah saya dan ramai Cina dapat hidayah Islam, apakah jasamu pulak terhadap penyebaran Islam di kalangan orang Cina?'

Allah minta kita menjadi pendakwah, bukan menjadi penghukum!

Apabila menjadi pemerintah dan pemimpin kita perlu menjadi pengadil dan menghukum setiap sesuatu dengan adil.

Hakim ialah orang yang mempunyai hikmah, mahkamah ialah tempat mempraktikkan hikmah.

Hari ini ramai 'penghukum' tiada hikmah. Bagaimanakah mereka mempunyai hikmah sedangkan mereka membelakangkan Al-Quran yang penuh hikmah (WAL-QURANUL-HAKIM, ayat 2, Surah Yasin).

Wallahu a'lam. Kami manusia siang beriman malam kufur, malam beriman, siang kufur. Kami berdosa dengan fikiran, pandangan, pendengaran, percakapan, penulisan, niat dan perbuatan. Kepada Allahlah kita memohon keampunan. Semoga Allah menrahmati kita semua.

Kita bershukur menjadi rakyat Malaysia. Jika ditakdirkan kita dilahirkan di negeri komunis China, atau Afghanistan, atau Palestin, kita tetap kena bersyukur kepada Allah. DIAlah yang memberikan nyawa dan rezeki, DIAlah yang menjadikan kita bijak dan boleh berbahasa. DIAlah yang melembutkan hati dan mencucuri rahamat sehingga manusia tahu mengasih sayang antara satu sama lain. Maka bahagialah mereka yang tahu mengenang budi dan rajin bersyukur.