Semua artikel adalah pendapat peribadi. Anda berhak untuk tidak meneruskan bacaan atau tidak mengakseskan blog ini serta merta jika anda tidak bersetuju dengan pemikirannya. All the articles written are the personal views. You have absolute rights not to continue reading or to discontinue accessing this blog immediately if you are disagreeable with the personal views.

Monday, May 27, 2019

Sejak bila wanita PAN obsesi dengan saya....Memalukan 'kuali'...

9:37 AM Posted by RIDHUAN TEE No comments
https://www.ismaweb.net/2019/05/27/sejak-bilakah-wanita-pan-obsesi-dengan-saya-memalukan-kuali/

sila baca dipautan ismaweb

TERUJA saya membaca respond terhadap artikel saya oleh AJK PAN, Senator Raj Munni Sabu @ Aiman Athirah Al Jundi. Nampaknya dia terlalu jahil dalam memahami artikel saya. Nasihat saya, elok mengaji. Sejak bila saya terlebih Melayu?

Yang saya cuba ialah membawa ultra kiasu, termasuk Athirah ini, agar dapat memahami Melayu. Jangan sampai Athirah seorang Melayu tidak kenal diri sendiri itu Melayu Islam.

Dalam Perkara 160(2) Perlembagaan Persekutuan, jelas memberikan definisi Melayu itu adalah beragama Islam, bertutur dalam bahasa Melayu dan mengamalkan adat budaya Melayu. Maksudnya, Melayu dan Islam itu berpisah tiada. Ikut Perlembagaan saya pun boleh menjadi Melayu

Cuba imbau kembali dialog antara Syed Naquib al-Attas dengan bapa ultra kiasu pada tahun 1968. Bapa ultra kiasu ini menuduh tindakan orang Melayu menjadikan bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan adalah tindakan rasis.

Syed Naquib menjawab, orang Cina, jika memeluk Islam, bertutur bahasa Melayu dan mengamalkan budaya Melayu, boleh jadi Melayu. Sedangkan, orang Melayu mana mungkin menjadi orang Cina. Kasihan orang Melayu, pendatang yang mendatang, jika memeluk Islam, dan beberapa syarat yang lain boleh jadi Melayu.

Orang Melayu buat macam mana pun tetap Melayu, tidak boleh jadi bangsa lain. Begitulah baiknya Melayu dalam meraikan kepelbagaian sehingga orang bukan Melayu boleh menjadi Melayu setelah memeluk Islam.

Jika tidak percaya, pergi tanya bapa ultra kiasu ini sebab dia masih hidup lagi menerajui parti ultra kiasu. Parti ultra kiasu inilah juga yang memenangkan PAN dalam PRU14 lalu. PAN begitu terhutang budi kepada parti ultra kiasu sehingga tidak ada keberanian untuk menegur meskipun ultra kiasu begitu jelas menentang dan menghina Islam.

Athirah pernah baca sejarah dialog itu? Jika tidak, pergi baca buku. Buat malu PAN sahaja.

Athirah tidak perlu buang masa menyerang artikel saya, elok sediakan masa menyerang kembali ultra kiasu yang tidak pernah henti menyerang isu berkaitan Islam. Terbaharu, isu pemberian biasiswa kepada rakyat Palestin yang ingin belajar di sini oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Nampaknya, ultra kiasu amat tidak bersetuju dengan cadangan PM. Lantas mengarahkan ‘cybertrooper’ mereka menyerang PM. Kenapa PAN kecut perut tidak berani langsung mengkritik tindakan kurang ajar ultra kiasu yang begitu berani mengkritik cadangan PM.

Kenapa Athirah menikus. Hina sungguh kamu. Artikel saya yang kamu kritik dua minggu lalu tidak ada kaitan dengan kamu, tetapi berkait rapat ultra kiasu. Biarlah ultra kiasu kiasu berurusan dengan saya. Malangnya, kamu jadi jurucakap ultra kiasu. Punyalah kamu bela ultra kiasu seolah-olah ultra kiasu itu suami kamu.

Athirah timbulkan persoalan adakah saya ini menjadi Melayu setelah memeluk Islam? Jawapannya mungkin ya mungkin tidak. Saya adalah insan yang Allah ciptakan berbangsa Cina. Sampai bila-bila saya Cina. Tetapi jika saya beragama Islam, bertutur bahasa Melayu dan berbudaya Melayu, maka saya sudah menepati ciri-ciri Melayu seperti yang dikatakan oleh Syed Naquib.

Tetapi bukan itu yang saya mahukan. Saya akan terus kekal Cina. Cuma semangat saya yang berbeza sedikit. Pertahankan Islam sebab Islam itu terdapat dalam diri Melayu. Faham Athirah.

Siapa kamu Athirah untuk suruh saya berhenti kaitkan Islam dengan Melayu. Dalam Perlembagaan, Islam dan Melayu berpisah tiada. Nak faham artikel saya pun tak boleh, nak suruh tunduk kepada kamu macam mana?
Sejak bila saya sama agama dengan bangsa? Baca dan buka luas-luas mata kamu ketika membaca setiap artikel. Kalau berani lagi, mari kita berdebat?

Kamu kata saya terlebih Melayu, sudah tentu ia lebih baik daripada kamu yang mati hati Melayunya, atau menjadi Melayu yang melayu.

Apa kamu buat ketika Islam dihina dan dikritik oleh musuh-musuh Islam dalam PH? Kamu hanya berdiam diri seribu bahasa, sebab kamu cita-cita nak jadi wakil rakyat PRU akan datang?

Kamu tidak akan menang jika ultra kiasu tidak undi kamu. Inikah amanah yang kamu kata parti amanah. Kamu tidak layak letakkan nama amanah pada parti kamu. Kamu selayaknya digelar PAN sahaja iaitu kuali.

Tidak salah rasanya saya pertahankan Melayu atau UMNO atau mana-mana pertubuhan sekali pun, termasuk Isma, jika mereka mahukan Islam. Tidak salah juga mempertahankan hak-hak Melayu kerana hak itu termaktub dalam Perlembagaan.

Yang salah tu bila duduk diam ketika Melayu, Islam, raja Melayu dihina dan dilanyak. Kamu buta atau tidak melihat program berbuka puasa pemuda PKR seperti pesta sehingga ditegur Anwar Ibrahim? Tegurlah! Kenapa diam?

Rasa berdosa pula tidak mempertahankan Islam, ketika mana rakan sekutu parti Athirah mengkritik dan menghina Islam, Athirah buat diam sahaja. Buang sahaja nama Aiman Athirah yang kamu pakai, tidak sesuai dengan maknanya yang begitu mulia ‘yang berkat yang mulia’. Hakikat perbuatan kamu tidak seindah nama. Lebih baik letak nama lain sahaja.

Dengan artikel semudah itu pun kamu tidak boleh fahami, apatah lagi kamu nak fahami ilmu politik yang bukan menjadi bidang kajian kamu.

Buktikan dalam artikel saya, di mana ayat dan paragrafnya saya katakan Islam itu sama dengan Melayu. Sejak dulu saya katakan, Islam itu agama, Melayu itu bangsa. Islam kepunyaan semua, bukan hanya kepunyaan Melayu atau Arab. Sayang sekali seorang pimpinan PAN begitu naif.

Kalau saya nak kata kamu bodoh, marah. Sebenarnya, saya tidak perlu menjadi bodoh sama melayan kenyataan kamu itu. Tetapi atas dasar mempertahankan kebenaran, saya tampil agar tidak menjadi seperti kamu. Jika kamu berani, saya cabar kamu, sediakan platform untuk kita berdebat isu ini. Kalau beranilah.

Sayang sekalipun, sekian lama kamu berada dalam PAS, hanya kerana PAS tidak mahu lagi berkawan dengan ultra kiasu, kamu mengambil keputusan keluar PAS dan menyertai PAN.

Saya berharap bila kamu menyertai PAN, kamu akan menjadi berani dan tegas dalam mempertahankan Islam. Sangkaan itu meleset. Kamu menjadi pengecut dan kecut perut hanya kerana kemaruk undi dan kuasa.

Saya lihat pemikiran kamu ini tidak banyak beza dengan pimpinan PAN lain. Terbaharu, kenyataan Naib Presiden PAN, katanya usaha PAS dan UMNO memeterai piagam bersama sepatutnya turut membabitkan anggota kedua-dua parti pada peringkat akar umbi.

Menurut beliau, pemimpin UMNO dan PAS dirasakan wajar mendapatkan persetujuan daripada penyokong masing-masing untuk merealisasikan piagam berkenaan.
Katanya, hubungan suami isteri pun kadang-kadang bermasalah dan dalam kes tertentu ia boleh membawa kepada konflik yang berakhir dengan perceraian.

Kenyataan ini amat naif sebagai seorang pemimpin politik berpengalaman. Contoh, dalam demokrasi, apabila rakyat memilih PH dalam PRU14 lalu untuk menerajui kerajaan, apakah setiap kali apabila PH membuat keputusan, maka ianya perlu ditanya kepada rakyat untuk mendapat persetujuan?

Tidakkah kamu sedar bahawa rakyat telah memilih wakil rakyat. Wakil rakyat ini yang membuat keputusan. Nama pun wakil rakyat.

Ahli PAS atau UMNO telah memilih wakil mereka. Perwakilan ini yang membawa suara hati rakyat. Takkan setiap kali pimpinan atau wakil rakyat membuat keputusan, kena turun balik kepada rakyat, buat undi semula, bertanyakan kepada rakyat setuju atau tidak.

Tidakkah ahli setiap parti ada platform mereka sendiri. Jika mereka tidak setuju, akan ada Mesyuarat Agung Tahunan atau PRU akan datang. Mereka berhak buat keputusan. Itulah demokrasi. Kenapa jahil sangat dalam memahaminya.

Kasihan saya tengok Athirah dan pimpinan PAN. Saya tidak faham bagaimana mereka ini boleh menjadi pemimpin. Naif sangat.

Monday, May 20, 2019

Ultra kiasu sudah tua dan nyanyuk

12:53 PM Posted by RIDHUAN TEE No comments

Ultra kiasu sudah tua dan nyanyuk

Kempen “malu apabossku” bercanggah dengan Rukun Negara. Kempen “Malaysian Malaysia” atau Malaysia untuk orang Malaysia, yang mahukan sama rata dan sama rasa bagaimana pula bapak ultra kiasu?

Malaysian Malaysia, bukan sahaja bercanggah dengan Rukun Negara, malah lebih dahsyat lagi bercanggah dengan Perlembagaan Negara. Mahu apa sebenarnya kamu ultra kiasu? Kamu mahu tunjukkan kamu itu malaikat? Ini tidak termasuk kenyataan demi kenyataan dan tindakan kamu ketika Peristiwa 13 Mei 1969.

Kamu kata kempen maluapabossku bertentangan dengan Rukun Negara kelima, kesopanan dan kesusilaan, ingin saya bertanya, bagaimana tulisan-tulisan dan ucapan-ucapan anak-anak buah kamu menentang dan menghina Islam dan Raja-raja Melayu yang dilakukan ultra kiasu di luar sana, tidakkah ia bercanggah dengan Rukun Negara yang pertama dan kedua, iaitu Kepercayaan kepada Tuhan dan Kesetiaan kepada Raja dan Negara?  

Mana lebih mudarat antara melanggar Rukun Negara dan Perlembagaan Negara? Mana lebih besar kesalahannya mengingkari Rukun Negara atau Perlembagaan Negara? 

Rukun Negara tidak mengikat, tetapi Perlembagaan Negara mengikat.  Kamu gunakan Rukun Negara untuk salahkah orang lain. Tetapi kamu lupa diri kamu yang melanggar Perlembagaan Negara. Kamu diamkan perkara sebesar ini. Jelas sekali, ultra kiasu kamu. Label yang aku berikan kepada kamu selama ini tidak pernah salah.

Saya fikir kamu sudah terlalu tua dan mula nyanyuk untuk terus berada dalam arena politik. Pembunuhan karakter yang cuba dilakukan oleh anak-anak buah terhadap individu tertentu, tidak akan berjaya menutup kebobrokan kamu.

Rakyat sudah nampak belang kamu sebenarnya, mereka hanya tunggu PRU15. Sama seperti apa yang rakyat lakukan ketika PRU14. Mereka hanya tunggu sahaja saat keemasan itu untuk mengajar-mengajar tokoh-tokoh tertentu, terutama Najib Razak dan Rosmah.

Saat keemasan tersebut, sudahpun digunakan untuk mengajar Najib dan Rosmah, akhirnya BN kecundang, kamu menang.  Kedua mereka perlu buktikan mereka tidak bersalah.

Kini tinggal giliran kamu, ultra kiasu. Tunggu sahaja masanya. PRK Sandakan yang kamu menangi baru-baru ini, bukanlah medan yang sebenar bagi menunjukkan rakyat menyokong kamu atau tidak. Jangan terlalu bongkak dengan kemenangan tersebut.   

Kalau kamu lupa disebabkan oleh faktor usia, biarkan saya ingatkan. Selain kempen Malaysian Malaysia, anak-anak kamu bangkitkan soal hak istimewa Melayu dan Bumiputera seperti matrikulasi, tidakkah ia bercanggah dengan perkara 153? Kamu diamkan sahaja. Kamu tidak pernah tegur. Kenapa?

Kamu bangkitkan isu sekolah Cina seolah-olah itu hak mutlak orang Cina, tidakkah ia bercanggah dengan perkara 152, mengenepikan kedudukan Bahasa Melayu sebagai Bahasa kebangsaan? Saya sudah sebut berulang kali katakana, perlembagaan hanya membenarkan hak belajar Bahasa asing, bukan belajar dalam Bahasa asing. Bahasa Negara tetap Bahasa Melayu. Negara ini tetap negara berasaskan sistem kenegaraan Melayu.

Setiap kali kamu membangkitkan soal agama Islam, ia menyinggung sensitiviti umat Melayu Islam, tidakkah ia bercanggah dengan perkara 3-12?

Pendek kata, selama kewujudan kamu dan parti ultra kiasu kamu, daripada dahulu sampai sekarang, nyata sekali bertentangan dengan perlembagaan dan perundangan negara, tetapi tetap ia diberikan kebenaran oleh kerajaan yang diterajui oleh Melayu Islam.

Jika di negara komunis China, sudah lama kamu hilang daripada peta dunia. Tetapi, ia tidak berlaku Malaysia. Betapa baik budinya hati perut orang Melayu Islam. Tetapi kamu tidak pernah menghargainya.

Kamu beranggapan bahawa kemenangan besar kamu dalam PRU14, menandakan rakyat telah menyokong kamu? Kamu salah ultra kiasu. Rakyat tidak menyokong kamu, rakyat tidak ada pilihan ketika itu.

Kebencian rakyat terhadap Najib Razak dan Rosmah Mansur ketika itu terlalu memuncak, sehingga mereka terpaksa memangkah kamu dalam PRU 14.

Cuba sekarang, PRU sekali diadakan dalam masa terdekat, kamu akan tahu sama ada rakyat menyokong atau menolak kamu. Sebab itu, kamu jangan bongkak.

Walaupun kamu tidak ada apa-apa jawatan dalam kerajaan, tetapi kamu tetap menyalak daripada luar. Kamu  mahu rakyat ingat rakyat, apa yang telah dilakukan ole Najib dan Rosmah. Jangan kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Rakyat mula sedar dan bangkit.

Kamu lupa agaknya, kedua mereka sedang melalui detik getir untuk membuktikan bahawa mereka bersalah. Saya mahu tunggu dan lihat. Jika Najib dan Rosmah kena, pada saya, face the music. Berani buat berani tanggung. Disabitkan atau tidak, biar proses perundangan menentukan.

Pendek kata, Najib dan Rosmah, sedangkan melalui cara hidup berperlembagaan, meskipun mereka masih belum dibuktikan bersalah. Tetapi kewujudan ultra kiasu dan perjuangan sehingga kini terus bercanggah dengan perundangan perlembagaan dengan kenyataan-kenyataan yang bercanggah dengan Rukun Negara dan Perlembagaan, tetapi kamu teruskan juga.

Kekuatan kamu hanya bergantung kepada orang Cina, selaku majoriti bukan Melayu terbesar, yang mempunyai bargaining power atau kuasa tawar menawar. Ini yang menjadi sesetengah pihak terpaksa melayan kamu kerana berkuasa takut kehilangan kuasa.

Jika kamu lupa, biar aku ingatkan, ketika kamu dan anak kamu dipenjarakan, suatu ketika dahulu, tindakan kamu bukan sahaja bercanggah dengan Rukun Negara, tetapi bertentangan dengan Perlembagaan Negara.

Tetapi kamu tidak pernah mahu belajar, kamu teruskan perjuangan Malaysian Malaysia. Kamu tidak pernah jemu mempertikaian kedudukan Islam, Melayu Bumiputera, kedudukan Bahasa Melayu dan raja-raja Melayu.

Janganlah kamu terlalu bongkak ketika sedang berada di tampok kuasa. Ia tidak kekal lama. Percayalah. Tidak payah kamu canangkan sumbangan kamu terhadap Islam. Rakyat tahu apa yang disebaliknya.

Saya cukup teruja membaca kenyataan demi kenyataan anak buah kamu, akan betapa besarnya sumbangan ultra kiasu terhadap Islam. Maka dikorek satu persatu sumbangan mereka terhadap Islam. Antaranya,ultra kiasu berkata, dalam konteks Pulau Pinang, kerajaan negeri pimpinan DAP telah menambah peruntukan tahunan kepada sekolah agama, selain memberikan elaun kepada guru agama.

Ia juga menyediakan tanah seluas 4O hektar untuk dibangunkan sebagai sebuah hab halal.

Kerajaan negeri juga dalam proses menyediakan perpustakaan Islam digital pertama di Asia Tenggara.

Ultra kiasu turut mendakwa, di peringkat persekutuan, ketika membentangan Belanjawan 2019, menteri kewangan, turut memberi peruntukan tambahan RM100 juta untuk hal ehwal Islam, dengan menambah peruntukan sebanyak RM1.1 bilion pada 2018 kepada RM1.2 bilion bagi 2019.

Selain itu, kerajaan pusat juga memperuntukkan RM25 juta kepada sekolah agama dan tambahan RM25 juta lagi untuk “sekolah pondok” yang berdaftar.

Menteri juga berkata, dua jenis sekolah itu tidak diberikan apa-apa dana dalam Belanjawan 2018 yang dibentangkan oleh terdahulu.

Pada tahun 2019, Kementerian Kewangan juga memperuntukkan RM5 juta kepada Kompleks Nasyrul Quran bagi membolehkannya mencetak lebih banyak al-Quran, kata Sim.

Kementerian Kewangan turut menyuntik RM17.8 bilion bagi “memulihkan Tabung Haji berikutan salah urus oleh kerajaan lepas.

Kesimpulannya kamu berkata; DAP sentiasa menghormati kedudukan Islam sebagai agama rasmi persekutuan seperti termaktub dalam perlembagaan negara. Bagaimanapun ia terus menjadi sasaran pembangkang yang menuduhnya anti Islam.

Saya menggeleng kepala membaca kenyataan bodoh anak buah kamu ini. Ya rabbi, itu bukan duit kamu, teramat bodohlah ultra kiasu kiasu mereka tidak berlakon sedemikian rupa. Jika Islam terus dikesampingkan, lagi cepatlah kamu terkubur.

Untuk makluman, sumbangan itu bukan datang daripada duit poket ultra kiasu tetapi duit rakyat. Islam ada hak ke atas wang negara kerana ia termaktub dalam perlembagaan. Ultra kiasu tidak wajar menjadikan sumbangan wang rakyat itu menyatakan itu bukan mereka terhadap Islam

Peruntukan Islam dalam perlembagaan daripada perkara 3-12, membenarkan wang rakyat digunakan untuk Islam. Yakinlah jika mereka tidak lakukan semua itu pasti rakyat akan bangkit.

Maka duit rakyat yang dibelanjakan kepada yang berhak dicanangkan sebagai hak Menteri kewangan. Tidak boleh begitu ultra kiasu. Kamu sudah tersasar jauh.

Kebongkakan kamu, akan rakyat ajar tidak lama lagi. Kamu kata kamu begitu terbuka, tetapi bila kamu berkuasa, kamu ‘gam’ mereka yang kamu tidak suka. Tindakan kamu, saling tidak tumpah dengan ultra kiasu Singapura.

Oh! Aku lupa rupanya, tidakkah kamu adik beradik, cuma berbeza tempat sahaja. Pemikiran tetap sama, ultra kiasu.




Monday, May 13, 2019

‘Jangan sampai imej baik Melayu bertukar ganas’

8:35 PM Posted by RIDHUAN TEE No comments

SAYA teruja membaca artikel yang ditulis oleh pemimpin ultra kiasu bertaraf senator, bertajuk ‘Peralihan rejim memperkukuh sistem demokrasi’. Faham atau tidak apa dia dimaksudkan oleh sistem demokrasi? Selaku pelajar Sains Politik, izin saya jelaskan.

Demokrasi berasal daripada perkataan latin, demos dan kratos bermaksud pemerintahan rakyat. Abraham Lincoln, memanjangkan lagi kepada pemerintahan rakyat, untuk rakyat, kepada rakyat. ‘Government of the people, by the people, for the people’.

Asasnya adalah kebebasan atau ‘freedom’ dan keterbukaan menerima pandangan rakyat serta ‘check and balance’. Kebebasan bersuara rakyat, sebagaimana yang sangat ditekankan dalam manifesto Pakatan Harapan.

Apakah nadi demokrasi ini benar-benar dirasai rakyat marhaen seperti saya ini? Maaf saya tidak nampak lagi. ‘Seteruk-teruk’ UMNO ketika menerajui kerajaan, kita dapat lihat bagaimana UMNO meraikan kepelbagaian dan pembangkang.

Ramai dalam kalangan pemimpin dan ahli pembangkang diberikan tempat dalam beberapa perkara institusi berkaitan Islam. Ini belum dikira lagi kepada empat profesor yang dikangkungkan dek kerana menyuarakan persoalan yang sememangnya menjadi kesepakaran mereka.

Tidak mengapalah jika mahu dikaitkan juga UMNO dengan rasuah, saya akui semuanya itu. Tetapi dalam buruknya UMNO dengan imej rasuah, kebaikannya tetap ada. Misalnya, sifat keterbukaan UMNO dalam meraikan amalan demokrasi.

Jikapun UMNO dikaitkan dengan rasuah, PH juga kini tidak dapat dielakkan dari dikaitkan dengan fitnah setelah banyak tuduhan terhadap UMNO kini dilihat rakyat sebagai persepsi yang masih belum dibuktikan. Lebih malang lagi jika rakyat mengimbau janji dan manifesto yang dinilai rakyat sebagai bohong dan palsu.

Saya pernah di’gam’ suatu ketika dahulu oleh UMNO. Tetapi gam itu berjaya dibuka semula. Kini, apabila PH mengambilalih, saya ingatkan tidak ada lagi gam sana sini, pemimpin-pemimpin selalu bercakap soal keterbukaan dan meraikan kepelbagaian. Rupanya, tidak. Saya terus digam lagi kuat daripada gam dahulu.

Saya masih ingat apabila Majlis Perundingan Islam ditubuhkan di bawah Jabatan Perdana Menteri, dipengerusikan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, semua wakil daripada parti politik diraikan.

Malah mereka diberikan kepercayaan untuk mengetuai beberapa kluster. Seperti Almarhum Haron Din (PAS), Profesor Dato Dr Redzuan Othman (PKR), Dr Siddiq Fadil (ABIM-PKR), begitu juga dengan pemimpin IKRAM (PAN).
Pendek kata, pemimpin pembangkang diberikan tempat untuk memberikan pandangan secara profesional.

Tetapi hari ini, tidak perlu pergi jauh, lihatlah apa yang ada YADIM, dipenuhi dengan PAN, DAP dan PKR. Boleh dikatakan jika ada profesional pun, profesional yang dipilih adalah dalam kalangan yang pro-PAN, pro-DAP dan pro-PKR.

Apa sudah jadi? Janji dahulu tidak mahu kacau institusi-institusi awam. Tetapi mereka cipta janji, mereka yang langgar janji.

Bukan itu sahaja, mereka turut ragu dengan penjawat awam sehingga Tun Daim Zainuddin terpaksa mengeluarkan kenyataan, kerajaan yang diterajui PH ‘mati’ jika tidak mula kerjasama dengan penjawat awam.

Tidak cukup dengan itu, mereka bersungguh-sungguh melakukan ‘pembunuhan karakter’ tokoh-tokoh tertentu daripada bangsa tertentu bagi mematikan kerjaya politiknya.

Manakala tokoh-tokoh yang ada bersama mereka kini pun, hakikatnya adalah setengah hidup kerana separuh karakter mereka telah dibunuh ketika mereka pernah bermusuhan. Separuh karakter yang tinggal dalam diam cuba dibunuh setiap kali ia bertindak tidak bertepatan dengan kehendak yang mereka paksakan.

Lebih dahsyat lagi, ultra kiasu begitu berani campur tangan dalam hal ehwal berkaitan Islam. Tidak siapa berani menegur. Lihat sahaja kenyataan demi kenyataan mereka berkaitan dengan isu rusuhan kuil Subang Jaya, isu Allahyarham Muhammad Adib, zakat, Tabung Haji dan sebagainya.

Kalau dimuhasabah berapa kali orang Melayu mengganggu agama mereka sedang saban hari kekerapan memprovokasi ajaran Islam semakin bertambah. Mujurlah para ulama mereka sentiasa memperingatkan bahawa Allah melarang menghina tuhan agama lain.

Cuma hebatnya orang Melayu, mereka tetap sabar meskipun kenyataan itu menyakitkan hati. Itulah Melayu Islam yang saya kenali sejak dahulu. Saya berusaha keras untuk ultra kiasu memahaminya.

Tetapi nampaknya mereka sengaja buat tidak tahu. Provokasi demi provokasi terus dibuat demi ‘test market’, kemudian dikendurkan dan kemudiannya di’test’ lagi.

Selalu saya ingatkan bahawa ketabahan dan kesabaran Melayu ini berpunca daripada hasil didikan Islam yang menjadikan mereka amat berjiwa besar.

Mujurlah aliran Ahli Sunnah wal Jamaah yang dari sudut politiknya mementingkan aspek kestabilan dan keamanan telah mendominasi perwatakan kenegaraan Melayu sejak zaman berzaman, sesuai sebagaimana yang tampak dari olahan kata Dar al-Salam.

Dengan didikan Islam bawaan kesufian oleh para ulama, Melayu dahulunya sebuah bangsa yang ‘ganas’, berubah menjadi manusia yang lembut, bersopan santun, menghormati orang lain dan meraikan kepelbagaian, meskipun bumi mereka sendiri dikaut segala keuntungan dan hasil masyhurnya oleh orang luar.

Ini dibuktikan lagi dengan pandangan sarjana bukan Islam, Weirtheim (1956) dalam bukunya Indonesia Society in Transition. Beliau mengatakan dengan Islamnya orang Melayu telah membawa perubahan hidup yang sangat ketara.

Keadilan Islam telah berjaya menghapuskan sistem kasta yang membahagikan penduduk alam melayu kepada beberapa susun lapis.

Menurut Weirtheim, Islam juga telah menghapuskan semangat kedaerahan dan membentuk perpaduan dalam kalangan penduduk alam Melayu melalui konsep ummah atau masyarakat Islam.

Konsep perpaduan ini menurut beliau turut diterjemahkan dalam aspek ibadah seperti ibadat haji. Beliau menyamakan peranan Islam di alam Melayu dengan zaman permulaan Islam di negeri Arab.

Islam telah menghapuskan semangat kesukuan orang Arab dalam zaman permulaannya dan mewujudkan masyarakat yang bercorak universal tanpa semangat perkauman atau kebangsaan yang sempit.

Semua keadaan ini telah dibuktikan melalui kehebatan empayar Kesultanan Melayu Islam Melaka.

Pada zaman penjajahan barat di alam Melayu pula, Islamlah yang memberikan semangat yang menentukan langkah perubahan ini melalui pergerakan menentang penjajah dengan cara jihad (perang suci) melawan penjajah.

Watak-watak tradisional kesufian yang dilihat selembut bayu itulah yang pernah menjadi angin kencang menggerakkan perang paderi di Indonesia, perjuangan Tok Janggut, Mat Kilau dan Haji Abdul Rahman Limbong di Tanah Melayu. Jangan lupa untuk tinjau-tinjau juga apa yang pernah berlaku di kepulauan Borneo.

Perlu diingat, sejarah perkembangan faham kebangsaan di alam Melayu, baik di Malaysia mahu pun di Indonesia, pada peringkat permulaannya memperlihatkan pengaruh Islam begitu ketara. Kedaifan dan kezuhudan institusi pondok dan pasantren menyimpan semangat ‘tabut’ yang tak dapat dijangkakan, walaupun dilihat usang dan ketinggalan.

Konsep jihad yang dibawa bukan hanya menyuruh penganut-penganutnya beribadat semata-mata, tetapi mengambil bahagian yang aktif dalam semua lapangan, termasuk politik, sosial, ekonomi, dan lain-lain.

Gerakan Kebangsaan di Malaysia dipeloporkan oleh Syed Syeikh Abdul Hadi, iaitu murid kepada Sheikh Muhammad Abduh, Mesir, begitu menyerlah sehingga menakutkan musuh-musuh Islam (1904).

Pendek kata, dengan datangnya Islam dan berlaku pengislaman orang Melayu secara besar-besaran, karakter Melayu berubah berasaskan kepada nilai Islam, berdisiplin dan beretika.

Pun begitu, perlu juga diingat bahawa DNA Melayu yang ganas masih tersimpan jika terus ditekan. Kerana kefahaman Islam, DNA terpendam, tidak dikeluarkan. Sebab itu, saya selalu ingatkan, jangan dicabar dan ditekan sangat Melayu Islam ini. Jika tidak, Melayu akan mengamuk. Istilah mengamuk inilah yang tidak dapat difahami oleh ultra kiasu hingga kini.

Ultra kiasu ingat dengan wang yang ada, Melayu boleh terus dibeli. Sehinggalah simpulan Islam yang telah sebati itu cuba untuk diputuskan. Dibimbangi DNA ganas akan keluar kembali. Syukurkah Islam masih menyimpan rapi “alter” bangsa yang nampak penuh kesabaran dan kesopanan ini. Setidaknya mereka tidak seperti di Indonesia suatu ketika dahulu.

Cuba lihat perubahan Melayu sebelum kesultanan Melayu Melaka, selepas Islam, zaman penjajahan, kebangkitan Melayu menentang penjajah, Menentang Malayan Union, seterusnya perjuangan mendapatkan kemerdekaan. Begitu juga peristiwa berdarah 13 Mei 1969. Genap 50 tahun insiden ini berlaku ketika artikel ini ditulis.

Semua bukti ini menunjukkan bahawa, selama ini, apabila Melayu hanya diam atau mengalah, bukan bermakna, tidak ada masalah. Masalah itu tetap ada. Tetapi terpendam kerana kehebatan agama Islam telah menutupi segala sifat-sifat ganas itu yang terdapat pada Melayu.

Saranan saya, ultra kiasu cuba memahami maksud Rahmah, iaitu antara gabungan Mahabbah dan Izzah. Secara falsafahnya Izzah dikaitkan dengan ajaran Nabi Musa yang amat menekankan kekuatan sesuai dengan kedegilan Bani Israel dan Mahabbah adalah ajaran Nabi Isa yang menekankan aspek kerohanian yang cuba mendidik hati.

Jangan ambil kesempatan dengan curahan Mahabbah yang kita limpahkan selama ini. Ultra kiasu mungkin belum tahu gelora izzah yang tersimpan dengan sabar mungkin akan meledak suatu masa nanti. Jangan jadikan demokrasi itu sebagai topeng. Hakikat sebenarnya, demokrasi itu hanya tinggal konsep dan istilah bagi tujuan menutup kelemahan dan keaiban mereka.

Monday, May 06, 2019

Akibat sikitol dan mendeliar

5:19 PM Posted by RIDHUAN TEE No comments


Akibat sikitol dan mendeliar
IBADAT umrah hanya sunat. Dermakan wang itu untuk orang lain yang tidak pernah menjejaki kaki menuju Kaabah atau dermakan kepada umat Islam Palestin bagi meringan penderitaan mereka yang sedang dilanyak oleh Yahudi Zionis laknatullah.

Yakinlah, pahalanya lebih besar menanti anda meskipun tidak dapat menunaikan umrah. Ingat! menunaikan umrah (berkali-kali) adalah sunat, sedangkan ada di luar sana yang lebih memerlukan daripada kita menunaikan umrah atau mungkin mengerjakan haji berkali-kali.

Ibadat umrah bersifat individu, sedangkan membantu mereka (ramai) yang antara hidup dan mati, adalah wajib. Justeru, dermakan wang umrah itu kepada mereka yang benar-benar memerlukan.

Menunaikan umrah berkali-kali belum tentu masuk syurga kerana Islam ada awlawiyyatnya (keutamaannya). Menjaga akidah, memelihara agama dan menyampaikannya, itulah antara asasnya.

Sekiranya jaminan masuk syurga itu dengan menunaikan umrah, jawapannya sudah tentu yang memenuhi syurga nanti adalah orang Arab, sebab mereka tinggal berdekatan Kaabah, Makkah.

Mereka berjiran dengan Kaabah. Setiap hari mereka boleh menunaikan umrah berbanding kita yang mungkin setahun sekali. Tetapi mereka yang tinggal berdekatan Kaabah pun tidak melakukannya setiap hari. Mungkin tidak juga melakukannya setiap tahun.

Saya tumpang sedih nasib yang menimpa bekas Timbalan Perdana Menteri, Zahid Hamidi dan pendakwah, saudara Zambri Vinod. Zahid Hamidi dinafikan hak untuk menunaikan umrah, pasportnya ditahan sementara menunggu perbicaraan.

Manakala, Zambri Vinod ditahan, disoal siasat selama empat hari kerana ceramahnya yang sedikit menyentuh agama Hindu, dengan mengatakan agama Hindu mempunyai berjuta-juta tuhan. Saya tidak pasti saudara Zambri Vinod dapat daripada fakta itu.

Tetapi, jika itu kebenarannya, pertahankan. Tidak perlu takut. Dalam carian internet, jelas mengatakan ada 33 juta. Tetapi sepanjang pengajian saya, asal usul agama Hindu hanya menyembah satu tuhan. Tetapi itulah fakta yang ditemui dalam internet.

Apa yang boleh saya katakan Zahid dan Zambri, inilah semua dugaan dunia, lalui dengan tabah, pasti ada hikmah di sebalik, jangan bersedih. Bacalah buku jangan bersedih, la tahzan karangan Dr Aidh Abdullah Al-Qarni, bagi menghiburkan hati.

Sedihnya, kadang kala sang penguasa tidak berlaku adil kepada orang Islam. Kenapa tindakan tidak diambil terhadap mereka yang bertaraf menteri yang menghina agama Islam.

Kenapa apabila hanya ada seorang Islam yang dikatakan ‘menghina’ agama lain, maka disiasat berhari-hari. Sedangkan menteri bukan Islam hanya disiasat beberapa jam. Jika diteliti dari segi kandungannya, ternyata kenyataan menteri-menteri ultra kiasu itu jauh lebih menyakitkan hati kita. Tetapi mereka masih bebas. Saya fikir, ini tidak adil.

Sebab itu, bila dikatakan, Islam tidak terancam, saya tidak percaya. Kita gagal mempertahankan agama Islam yang suci ini. Raja-raja Melayu sebagai ketua agama Islam, turut dihina sedemikian rupa, pun kita gagal mempertahankan mereka.

Justeru, di manakah fakta mengatakan Islam tidak terancam malah berkembang subur. Apakah ini yang dikatakan rahmatan lil alamin. Orang bukan Islam menghina kita boleh. Kita mungkin ‘menghina’ mereka sedikit tidak boleh.

Berkali-kali saya menulis sebelum ini, apakah bukan Islam tidak pernah menghina agama Islam secara terang. Apakah mereka tidak pernah menghina agama kita ketika memberi ‘khutbah’ digereja. Pergilah siasat.

Masalahnya dalam kita sesama Islam, ada Si Kitol dan Mendeliar. Mereka sengaja viralkan ucapan atau ceramah seseorang yang tidak disukainya di dalam masjid. Mereka mahukan jadikan individu yang tidak disukainya itu sebagai sasaran. Si Kitol dan Mendeliar ini suka melihat saudara seagamanya berada dalam kesusahan.

Lihat bagaimana strategiknya orang bukan Islam, mereka juga tidak kurang mengutuk orang Islam, tetapi sesama mereka tidak viralkan ceramah ketua agama mereka. Pendek kata, mereka pandai makan, pandai simpan.

Sifat kita tidak begitu. Kita suka menganiaya sesama saudara seagama. Kita suka saudara seagama ditimpa musibah. Kita menganggap dengan tindakan sedemikian, kitalah yang menjadi hero. Walhal, sebenarnya tidak. Kita sebenarnya adalah pengkhianat kepada agama.

Saya teramat sedih ketika menyertai satu persidangan baru-baru ini apabila ada seorang profesor tersohor, Jomo KS mengatakan bahaya ethno-populism di Malaysia. Beliau merujuk kepada orang atau gerakan yang menggunakan bangsa dan agama sebagai alat untuk meraih simpati atau mendapatkan pengaruh.

Walaupun tidak merujuk kepada parti tertentu, sudah tentu kepada yang memahami, ianya merujuk kepada gerakan dalam kalangan orang Melayu Islam hari ini yang merasakan Islam terancam dan mereka keluar serta lantang mempertahankannya.

Terus terang, saya tidak bersetuju dengan pandangan beliau. Kenapa apabila kita mempertahankan hak bangsa dan agama, maka dikatakan ethno-populism, bersifat rasis dan amat bahaya. Sedangkan ada bangsa yang lebih rasis, langsung tidak menghormati Perlembagaan Negara dan agenda nasional, tidak pula dikatakan ethno-populism.

Pendek kata, apabila kita mempertahankan hak agama dan bangsa maka kita dilabelkan rasis. Sebaliknya, apabila bangsa lain atau agama lain mempertahankan hak mereka, jauh lebih ekstrem kadang kala, maka itu dikatakan hak dan itulah keadilan.

Pada hemat saya, Melayu Islam ada hak di bumi mereka sendiri dan wajib dipertahankan. Kemanakah Melayu Islam ini hendaklah pergi apabila mereka sudah tidak ada haknya lagi. Melayu Islam tidak ada tanah lain, melainkan tanah ini, tanah digelar Tanah Melayu.

Berbanding dengan bangsa lain. Jika mereka tidak mempunyai tanah di sini, pasti mereka masih mempunyai nama tanah berasaskan nama bangsa mereka. Jika tidak, mana mungkin wujud nama-nama seperti Tanah Besar China (India). Melayu dan Bumiputera hanya ada Tanah Melayu, tidak mungkin mereka boleh lari ke Tanah Besar China seperti Jow Lo.

Tetapi, apa yang perlu dirisaukan oleh bukan Melayu? Tanah yang mereka punyai jauh lebih banyak daripada Tanah Melayu itu sendiri. Inilah malangnya nasib Melayu di bumi Melayu.

Tanah rezab Melayu, semakin hari, semakin kecil. Semakin hari semakin ramai yang meninggalkan pulau di Pulau Pinang. Sama seperti yang berlaku di Singapura, suatu ketika dahulu. Melayu yang dahulunya majoriti menjadi minoriti. Hari ini, ada apa dengan Melayu di Singapura? Tidak mustahil Pulau Pinang akan menjadi Singapura.

Selagi ada Si Kitol dan Mendeliar, tidak mustahil apa yang berlaku di Singapura, akan berlaku di sini. Melayu sanggup jual tanah, untuk menjadi kaya buat sementara. Tanah Melayu yang dibeli oleh bangsa lain dalam skala yang besar, menjadi mereka kaya seumurkan hidup sehingga bergenerasi makan tak habis.

Lihatlah tanah Melayu yang telah tergadai seperti di Genting Highlands dan banyak lagi tanah-tanah lain yang tergadai. Jangan sampai kita menjadi Palestin.
Sebab itulah, daripada awal saya katakan, tidak perlu bersedih kerana tidak dapat menunaikan umrah atau sekadar disoal siasat selama empat hari. Banyak tugas kita yang lebih besar dan lebih awla (utama) sedang menanti. Pahala mempertahankannya jauh lebih besar daripada mengerjakan umrah itu sendiri.

Ingatlah, dalam Islam, individu dan amal ibadat yang dikerjakan, hanya untuk diri dia sendiri. Sedangkan, individu yang menggunakan segala tenaga dan hartanya untuk pembangunan syiar Islam dan umatnya, pahalanya jauh lebih besar daripada ibadat seorang individu. Jika tidak, mana mungkin solat sendiri dan solat berjamaah, jauh bezanya dari segi pahalanya.

Monday, April 29, 2019

ultra kiasu boleh keluar jika tak faham sejarah tanah siapa ini

10:32 AM Posted by RIDHUAN TEE No comments
ASAL usul Malaysia, bukan bernama ‘Tanah Cina’ atau ‘Tanah India’ atau tanah bangsa lain. Tetapi namanya adalah ‘Tanah Melayu’, iaitu tanah untuk bangsa Melayu dan raja-rajanya.
Seluruh dunia mengiktiraf termasuk penjajah Portugis, Belanda dan British. Jika tidak, mana mungkin pegawai-pegawai British begitu lunak amat menghormati raja-raja Melayu dan bangsa Melayu seperti Frank Swettenham, Maxwell, Bradel, Winstedt, Clementi dan lain-lain.
Begitu juga saki baki anak-anak British yang masih tinggal di sini, yang masih bersama syarikat perladangan terbesar kepunyaan bapanya (British), Sime Darby, yang kini menjadi milik PNB iaitu Sime Darby. Henry S Barlow, yang masih bersama Sime Darby sentiasa mengingatkan pengurusan Sime Darby agar tidak melupakan agenda Melayu dan Bumiputera.
Kenapa beliau begitu lunak? Kenapa ultra kiasu yang tinggal sekian lama, sentiasa membangkitkan isu-isu sensitif yang menimbulkan ketegangan dan kemarahan orang Melayu? Justeru, ultra kiasu mesti difahamkan akan hakikat sejarah Tanah Melayu. Jika tidak, setiap kali, pasti isu sensitif akan dibangkitkan dan akan menimbulkan rasa tidak senang orang Melayu.
Ultra kiasu mesti difahamkan, kenapa negara ini mempunyai sembilan raja-raja Melayu dan satu Yang di-Pertuan Agong? Begitu juga soalan kenapa negeri Melaka, yang begitu kuat sistem kesultanan Melayu, hari ini tidak lagi mempunyai raja? Sedar atau tidak, bahawa Pulau Pinang, yang menjadi sebuah negeri (negeri Selat) yang diduduki ultra kiasu hari ini adalah wilayah kepunyaan Sultan Kedah suatu masa dahulu.
Pendek kata, kewujudan raja-raja Melayu seramai sembilan orang ada sebab musababnya dan bukannya direka cipta.
Inilah soalan yang memang sukar dijawab oleh ultra kiasu kecuali beberapa orang seperti sejarahwan negara, Prof Khoo Kay Kim dan anaknya, Eddin Khoo, serta beberapa lagi dalam mereka yang tidak ultra kiasu.
Mutakhir ini, kedudukan raja-raja Melayu dibangkitkan tanpa rasa segan silu dan hilang langsung adab budaya Timur serta rasa hormat.
Pada mereka, kewujudan sembilan raja-raja Melayu tiada membawa apa-apa manfaat kepada negara ini, atau dalam kata lain membazirkan wang negara sahaja. Wang rakyat digunakan untuk menyara istana, keluarga diraja dan kerabat-kerabatnya.
Pernah atau tidak ultra kiasu terfikir bahawa asal usul negara ini bermula dengan raja-raja Melayu. Bacalah sejarah Kesultanan Melayu Melaka. Tanpa kebenaran raja-raja Melayu mana mungkin ultra kiasu diterima di bumi bertuah ini. Dengan kebaikan raja-raja Melayu inilah maka ultra kiasu boleh hidup senang lenang di bumi bertuah.
Tiba-tiba apabila mereka telah senang, mendapat pangkat dan gelaran, muncul suara-suara sumbang mempertikaikan kedudukan raja-raja Melayu. Raja-raja Melayu diperlekeh, dihina, dicaci dan dimaki. Sedihnya, tidak ada sebarang tindakan keras diambil setakat ini, terutama isu terbaharu berkaitan Statut Rome. Raja-raja Melayu dikritik dan dihina secara terang-terangan di khalayak.
Kita tidak nafikan raja juga adalah manusia biasa. Mereka tidak terlepas daripada melakukan dosa. Mereka juga belum tentu masuk syurga, meskipun doa dibaca ketika khutbah Jumaat memohon kesejahteraan bBaginda. Selagi raja-raja Melayu tidak sujud kepada Allah selagi itu mereka belum tentu selamat.
Tetapi kita perlu ingat, dalam konteks negara kita, raja-raja Melayu tetap bersemayam di atas takhta. Raja adalah payung kepada agama Islam, orang Melayu dan Bumpiputera. Lebih kurang sama dengan peranan raja di negara lain, seperti Thailand dan Britain. Raja adalah pelindung kepada agama dan rakyat. Sebab itu, tidak hairan jika raja begitu disanjung dan dihormati.
Jika ultra kiasu lakukan perkara yang sama di Thailand, mempertikaikan kedudukan raja di khalayak, sudah lama mereka dihumban ke dalam penjara di bawah lese mejeste. Lese Majeste, bahasa Latin, bermaksud ‘menderhaka kepada raja’. Undang-undang ini melindungi, memelihara kemuliaan dan menghentikan penghinaan terhadap institusi raja.
Hukuman penjara boleh dikenakan antara tiga hingga 15 tahun jika disabitkan kesalahan. Malangnya, lese mejeste ini tidak ada di Malaysia. Sebab itulah ultra kiasu begitu berani.
Saya cukup bimbang dengan agenda ultra kiasu yang berideologikan komunis. Apakah kita tidak sedar bagaimana lenyapnya kerajaan beraja di negara China setelah dikuasai komunis. Pemikiran komunis masih hidup hari ini meskipun Parti Komunis Malaya berjaya dihapuskan.
Komunis itulah ultra kiasu yang antara lain mahukan sistem beraja ini dihapuskan. Mereka mahu mewujudkan sistem negara republik.
Justeru, kebobrokan ini mesti didedahkan. Ultra kiasu tidak melihat pentingnya asal usul kesultanan di negeri-negeri Tanah Melayu dalam silibus sejarah mereka di sekolah persendirian Cina. Yang lebih banyak diajar adalah asal usul sejarah bangsa dan negara China.
Bayangkan, jika pelajar di alam persekolahan tidak didedahkan dengan sejarah asal usul Melayu dan raja-raja Melayu. Jika ada pun sejarah yang ditekankan adalah sejarah sumbangan bukan Melayu menjelang kemerdekaan sahaja. Asal usul Tanah Melayu tidak diajar. Pada ultra kiasu, asal usul negara ini sudah bermasyarakat majmuk sejak daripada awalnya.
Sebab itu, pada hemat saya, selagi ultra kiasu ini sejak kecil tidak didedahkan sejarah awal negara ini, selagi itulah isu-isu sentitif akan terus dibangkitkan tanpa rasa bersalah. Ultra kiasu mesti difahamkan kenapa kita mempunyai sembilan raja-raja Melayu berbanding hanya ada satu di negara-negara lain di dunia.
Pada masa sama, kita mengharapkan juga, raja-raja Melayu dan semua kerabatnya dapat menunjukkan akhlak yang baik kepada rakyat jelata. Jika tidak, sudah pasti menjadi kesukaran kepada patik pacal yang hina ini untuk mempertahankan kedaulatan raja-raja Melayu.
Patik amat percaya, kedaulatan raja-raja akan terpelihara jika raja-raja Melayu menjaga kedaulatan Allah. Ingatkan tujuh (7) wasiat raja-raja Melayu. Jagalah ia, pasti kedaulatan raja-raja Melayu akan terpelihara
Pertama, Kami namakan dan kami panggil dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama Malaysia);
Kedua, Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYU sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain;
Ketiga, Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hak milik kamu, kami tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara;
Keempat, Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini;
Kelima, Kami isytiharkan ISLAM adalah Agama Persekutuan;
Keenam, Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU;
Ketujuh, Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN. (Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak)
Tujuh wasiat ini adalah wasiat keramat. Maka jagalah ia dengan baik. Kepada ultra kiasu yang tidak mahu patuh, maka bersegera untuk kamu kembali ke tempat asal yang tidak ada raja.