Ultra kiasu sudah tua
dan nyanyuk
Kempen
“malu apabossku” bercanggah dengan Rukun Negara. Kempen “Malaysian Malaysia”
atau Malaysia untuk orang Malaysia, yang mahukan sama rata dan sama rasa
bagaimana pula bapak ultra kiasu?
Malaysian
Malaysia, bukan sahaja bercanggah dengan Rukun Negara, malah lebih dahsyat lagi
bercanggah dengan Perlembagaan Negara. Mahu apa sebenarnya kamu ultra kiasu?
Kamu mahu tunjukkan kamu itu malaikat? Ini tidak termasuk kenyataan demi
kenyataan dan tindakan kamu ketika Peristiwa 13 Mei 1969.
Kamu
kata kempen maluapabossku bertentangan dengan Rukun Negara kelima, kesopanan
dan kesusilaan, ingin saya bertanya, bagaimana tulisan-tulisan dan
ucapan-ucapan anak-anak buah kamu menentang dan menghina Islam dan Raja-raja
Melayu yang dilakukan ultra kiasu di luar sana, tidakkah ia bercanggah dengan
Rukun Negara yang pertama dan kedua, iaitu Kepercayaan kepada Tuhan dan
Kesetiaan kepada Raja dan Negara?
Mana
lebih mudarat antara melanggar Rukun Negara dan Perlembagaan Negara? Mana lebih
besar kesalahannya mengingkari Rukun Negara atau Perlembagaan Negara?
Rukun
Negara tidak mengikat, tetapi Perlembagaan Negara mengikat. Kamu gunakan Rukun Negara untuk salahkah
orang lain. Tetapi kamu lupa diri kamu yang melanggar Perlembagaan Negara. Kamu
diamkan perkara sebesar ini. Jelas sekali, ultra kiasu kamu. Label yang aku berikan
kepada kamu selama ini tidak pernah salah.
Saya
fikir kamu sudah terlalu tua dan mula nyanyuk untuk terus berada dalam arena
politik. Pembunuhan karakter yang cuba dilakukan oleh anak-anak buah terhadap
individu tertentu, tidak akan berjaya menutup kebobrokan kamu.
Rakyat
sudah nampak belang kamu sebenarnya, mereka hanya tunggu PRU15. Sama seperti
apa yang rakyat lakukan ketika PRU14. Mereka hanya tunggu sahaja saat keemasan
itu untuk mengajar-mengajar tokoh-tokoh tertentu, terutama Najib Razak dan
Rosmah.
Saat
keemasan tersebut, sudahpun digunakan untuk mengajar Najib dan Rosmah, akhirnya
BN kecundang, kamu menang. Kedua mereka
perlu buktikan mereka tidak bersalah.
Kini
tinggal giliran kamu, ultra kiasu. Tunggu sahaja masanya. PRK Sandakan yang
kamu menangi baru-baru ini, bukanlah medan yang sebenar bagi menunjukkan rakyat
menyokong kamu atau tidak. Jangan terlalu bongkak dengan kemenangan tersebut.
Kalau
kamu lupa disebabkan oleh faktor usia, biarkan saya ingatkan. Selain kempen
Malaysian Malaysia, anak-anak kamu bangkitkan soal hak istimewa Melayu dan
Bumiputera seperti matrikulasi, tidakkah ia bercanggah dengan perkara 153? Kamu
diamkan sahaja. Kamu tidak pernah tegur. Kenapa?
Kamu
bangkitkan isu sekolah Cina seolah-olah itu hak mutlak orang Cina, tidakkah ia
bercanggah dengan perkara 152, mengenepikan kedudukan Bahasa Melayu sebagai
Bahasa kebangsaan? Saya sudah sebut berulang kali katakana, perlembagaan hanya
membenarkan hak belajar Bahasa asing, bukan belajar dalam Bahasa asing. Bahasa
Negara tetap Bahasa Melayu. Negara ini tetap negara berasaskan sistem
kenegaraan Melayu.
Setiap
kali kamu membangkitkan soal agama Islam, ia menyinggung sensitiviti umat
Melayu Islam, tidakkah ia bercanggah dengan perkara 3-12?
Pendek
kata, selama kewujudan kamu dan parti ultra kiasu kamu, daripada dahulu sampai
sekarang, nyata sekali bertentangan dengan perlembagaan dan perundangan negara,
tetapi tetap ia diberikan kebenaran oleh kerajaan yang diterajui oleh Melayu
Islam.
Jika
di negara komunis China, sudah lama kamu hilang daripada peta dunia. Tetapi, ia
tidak berlaku Malaysia. Betapa baik budinya hati perut orang Melayu Islam.
Tetapi kamu tidak pernah menghargainya.
Kamu
beranggapan bahawa kemenangan besar kamu dalam PRU14, menandakan rakyat telah
menyokong kamu? Kamu salah ultra kiasu. Rakyat tidak menyokong kamu, rakyat
tidak ada pilihan ketika itu.
Kebencian
rakyat terhadap Najib Razak dan Rosmah Mansur ketika itu terlalu memuncak,
sehingga mereka terpaksa memangkah kamu dalam PRU 14.
Cuba
sekarang, PRU sekali diadakan dalam masa terdekat, kamu akan tahu sama ada
rakyat menyokong atau menolak kamu. Sebab itu, kamu jangan bongkak.
Walaupun
kamu tidak ada apa-apa jawatan dalam kerajaan, tetapi kamu tetap menyalak
daripada luar. Kamu mahu rakyat ingat
rakyat, apa yang telah dilakukan ole Najib dan Rosmah. Jangan kerana nila
setitik rosak susu sebelanga. Rakyat mula sedar dan bangkit.
Kamu
lupa agaknya, kedua mereka sedang melalui detik getir untuk membuktikan bahawa
mereka bersalah. Saya mahu tunggu dan lihat. Jika Najib dan Rosmah kena, pada
saya, face the music. Berani buat
berani tanggung. Disabitkan atau tidak, biar proses perundangan menentukan.
Pendek
kata, Najib dan Rosmah, sedangkan melalui cara hidup berperlembagaan, meskipun
mereka masih belum dibuktikan bersalah. Tetapi kewujudan ultra kiasu dan
perjuangan sehingga kini terus bercanggah dengan perundangan perlembagaan
dengan kenyataan-kenyataan yang bercanggah dengan Rukun Negara dan Perlembagaan,
tetapi kamu teruskan juga.
Kekuatan
kamu hanya bergantung kepada orang Cina, selaku majoriti bukan Melayu terbesar,
yang mempunyai bargaining power atau
kuasa tawar menawar. Ini yang menjadi sesetengah pihak terpaksa melayan kamu
kerana berkuasa takut kehilangan kuasa.
Jika
kamu lupa, biar aku ingatkan, ketika kamu dan anak kamu dipenjarakan, suatu
ketika dahulu, tindakan kamu bukan sahaja bercanggah dengan Rukun Negara,
tetapi bertentangan dengan Perlembagaan Negara.
Tetapi
kamu tidak pernah mahu belajar, kamu teruskan perjuangan Malaysian Malaysia.
Kamu tidak pernah jemu mempertikaian kedudukan Islam, Melayu Bumiputera,
kedudukan Bahasa Melayu dan raja-raja Melayu.
Janganlah
kamu terlalu bongkak ketika sedang berada di tampok kuasa. Ia tidak kekal lama.
Percayalah. Tidak payah kamu canangkan sumbangan kamu terhadap Islam. Rakyat
tahu apa yang disebaliknya.
Saya
cukup teruja membaca kenyataan demi kenyataan anak buah kamu, akan betapa
besarnya sumbangan ultra kiasu terhadap Islam. Maka dikorek satu persatu
sumbangan mereka terhadap Islam. Antaranya,ultra
kiasu berkata, dalam konteks Pulau Pinang, kerajaan negeri pimpinan DAP telah
menambah peruntukan tahunan kepada sekolah agama, selain memberikan elaun
kepada guru agama.
Ia
juga menyediakan tanah seluas 4O hektar untuk dibangunkan sebagai sebuah hab
halal.
Kerajaan
negeri juga dalam proses menyediakan perpustakaan Islam digital pertama di Asia
Tenggara.
Ultra
kiasu turut mendakwa, di peringkat persekutuan, ketika membentangan Belanjawan
2019, menteri kewangan, turut memberi peruntukan tambahan RM100 juta untuk hal
ehwal Islam, dengan menambah peruntukan sebanyak RM1.1 bilion pada 2018 kepada
RM1.2 bilion bagi 2019.
Selain
itu, kerajaan pusat juga memperuntukkan RM25 juta kepada sekolah agama dan
tambahan RM25 juta lagi untuk “sekolah pondok” yang berdaftar.
Menteri
juga berkata, dua jenis sekolah itu tidak diberikan apa-apa dana dalam
Belanjawan 2018 yang dibentangkan oleh terdahulu.
Pada
tahun 2019, Kementerian Kewangan juga memperuntukkan RM5 juta kepada Kompleks
Nasyrul Quran bagi membolehkannya mencetak lebih banyak al-Quran, kata Sim.
Kementerian
Kewangan turut menyuntik RM17.8 bilion bagi “memulihkan Tabung Haji berikutan
salah urus oleh kerajaan lepas.
Kesimpulannya
kamu berkata; DAP sentiasa menghormati kedudukan Islam sebagai agama rasmi
persekutuan seperti termaktub dalam perlembagaan negara. Bagaimanapun ia terus
menjadi sasaran pembangkang yang menuduhnya anti Islam.
Saya
menggeleng kepala membaca kenyataan bodoh anak buah kamu ini. Ya rabbi, itu
bukan duit kamu, teramat bodohlah ultra kiasu kiasu mereka tidak berlakon
sedemikian rupa. Jika Islam terus dikesampingkan, lagi cepatlah kamu terkubur.
Untuk
makluman, sumbangan itu bukan datang daripada duit poket ultra kiasu tetapi
duit rakyat. Islam ada hak ke atas wang negara kerana ia termaktub dalam
perlembagaan. Ultra kiasu tidak wajar menjadikan sumbangan wang rakyat itu
menyatakan itu bukan mereka terhadap Islam
Peruntukan
Islam dalam perlembagaan daripada perkara 3-12, membenarkan wang rakyat
digunakan untuk Islam. Yakinlah jika mereka tidak lakukan semua itu pasti
rakyat akan bangkit.
Maka
duit rakyat yang dibelanjakan kepada yang berhak dicanangkan sebagai hak Menteri
kewangan. Tidak boleh begitu ultra kiasu. Kamu sudah tersasar jauh.
Kebongkakan
kamu, akan rakyat ajar tidak lama lagi. Kamu kata kamu begitu terbuka, tetapi
bila kamu berkuasa, kamu ‘gam’ mereka yang kamu tidak suka. Tindakan kamu,
saling tidak tumpah dengan ultra kiasu Singapura.
Oh!
Aku lupa rupanya, tidakkah kamu adik beradik, cuma berbeza tempat sahaja.
Pemikiran tetap sama, ultra kiasu.
0 comments:
Post a Comment