(Sinar Harian 9 Disember 2013)
Andartu
ultra kiasu sekali lagi menyerang saya di parlimen dengan tuduhan saya mengajar
pembersihan etnik atau ethnic cleansing
di tempat saya mengajar. Timbalan Menteri Pertahanan menjawab akan menyiasat
dakwaan tersebut. Boleh dikatakan semua laman web ultra kiasu dan akhbar utama
negara menyiarkan berita ini.
Jawapan
saya, silakan buat siasatan, saya amat menantikan. Bersedia bila-bila masa
bersama ribuan pelajar saya.
Saya
juga sangat ingin tahu siapakah dalang atau pensyarah yang menyampaikan
maklumat sedemikian kepada andartu tersebut, walaupun saya sudah tahu siapa
orangnya.
Jika
berani, saya cabar andartu tersebut, sebutkan kenyataan tersebut di luar
parlimen, jika ada telur. Hahhh, malangnya andartu tersebut memang tiada telur.
Apakan daya. Saya yang perlu cari telur itu di kalangan pemimpin mereka.
Saya
bukan sahaja mengajar subjek Hubungan Etnik, tetapi juga Kenegaraan Malaysia
dan Tamadun Islam Tamadun Asia (TITAS). Semua subjek ini wajib diambil oleh
setiap pelajar tanpa berkecuali. Mungkinkah saya turut menyelitkan unsur-unsur
pembersihan etnik selain subjek hubungan etnik? Kepada pemberita laman web dan akhbar
ultra kiasu yang saban hari menelefon saya, bacalah akhbar Sinar Harian setiap
Isnin. Jawapan saya ada di sini.
Kepada
andartu tersebut, saya tidak pasti beliau ada ijazah atau tidak. Jika ada pun,
mungkin ijazah pertama sahaja. Cadangan saya, sambunglah belajar lagi, buat
ijazah kedua, seterusnya ketiga. Boleh pilih profesor yang disukai. Cadangan
saya carilah profesor andartu juga. Banyak lagi rahsia boleh dikorek dari
beliau.
Sebelum
itu, mari saya ajarkan apa yang dikatakan dunia akademik dan universiti. Dalam
akademik, kami oleh membahaskan apa jua isu, sama ada sensitif atau tidak. Apatah
lagi jika berkaitan dengan bidang yang diajar mengikut silibus. Jika tidak,
lebih baik pergi ke sekolah. Nampak sangat ahli parlimen ini tidak sekolah.
Tuduhan
terhadap saya amat berat. Saya tidak akan biarkan. Laporan polis telahpun saya
buat, selain laporan polis sebelum ini. Saya mahu tahu siapa dalang di sini
yang memberi maklumat tersebut. Jika saya dapat dalang tersebut, barulah akan
disusuli dengan tindakan undang-undang terhadap andartu dan sekutunya, termasuk yang bersubahat.
Saya
yakin, profesor yang menyalurkan maklumat tersebut, sedang panas ponggong. Kita
lihat sahaja permainan itu nanti. Saya tidak akan menyerang jika tidak
diserang. Tetapi saya tidak menyerang tanpa tentangan. Ribuan pelajar saya ada
di universiti. Tanyalah pendapat mereka tentang pengajaran dan pembelajaran
(P&P) saya. Apa yang saya tahu, pelajar di sini berebut-rebut nak masuk
kelas saya. Maklumlah selebriti popular. Hahaha.
Sejujurnya,
sebagai seorang Islam, sudah tentu saya tidak mengajar seperti yang dituduh.
Islam adalah agama rahmat untuk seluruh alam. Sekiranya saya menganjur
pembersihan etnik, ternyata amat bertentangan dengan ajaran Islam kerana Allah
SWT berfirman:
"Katakanlah (wahai Muhammad): "Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan
kamu dari seorang lelaki dan perempuan serta menjadikan kamu berbangsa-bangsa
dan berpuak-puak supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang
paling mulia di sisi Allah ialah orang yang paling takwa di antara kamu.
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal" (Al-Hujurat: 13)
Hatta
dalam peperangan sekalipun dengan musuh, Islam tidak benarkan kita melakukan
pembersihan etnik kerana ada kalangan mereka makhluk tidak berdosa, seperti
orang tua, kanak-kanak, wanita, alam sekitar dan rumah beribadah. Inilah yang
saya ajar.
Adakah
saya begitu jahil dalam memahami asas ajaran Islam? Saya tidak tahulah jika
kafir harbi ultra kiasu yang memerintah. Berdasarkan bukti, jelas berlaku
pembersihan etnik. Jangan pergi jauh, lihat sahaja keadaan umat Islam di
Singapura. Sudahlah hak mereka dinafikan di bumi sendiri, sehinggakan hak untuk
menutup aurat pun dinafikan dalam institusi awam mereka seperti di sekolah.
Janganlah
dibandingkan dengan umat Islam di Burma, Bosnia, Angola dan sebagainya. Pendek
kata, bila ultra kiasu kafir harbi memerintah, umat Islam dibunuh dan dianaiya
sewenang-wenangnya.
Dalam
P&P subjek Hubungan Etnik dan Kenegaraan Malaysia, kita memang tidak dapat
lari daripada mengajar sejarah negara bertuah. Antara silibus adalah sejarah
asal-usul Tanah Melayu, sejarah pluraliti Tanah Melayu, Kebangkitan
Nasionalisme Melayu, Malayan Union, Darurat, Bahaya Komunis dan MPAJA,
Kemerdekaan, Peristiwa 13 Mei 1969, Demokrasi Berparlimen, Perlembagaan dan
Dasar-Dasar Kerajaan.
Sebagai
pensyarah, takkan saya tidak boleh mengajar dan membincangkan tentang bahaya
komunis iaitu ultra kiasu. Begitu juga Peristiwa 13 Mei. Itupun dalam P&P,
kita mengajar begitu berhikmah sekali. Tidak ada langsung menyentuh pasal ethnic cleansing, kecuali mengambil
contoh negara-negara lain.
Wahai
andartu ultra kiasu, marilah masuk dalam kelas saya. Biar saya ajar apa dia
hubungan etnik dan sejarah negara ini. Saya cadangkan, marilah kita berdebat di
dalam televisyen atau radio. Saya yakin mereka akan menyediakan platform untuk
kita berdua. Mungkin kita berjodoh selepas itu. Biar buruk dalam seluar. Hahaha.