BERITA HARIAN 17 JULAI 2013
Baharu sahaja saya membahaskan kepentingan
subjek teras universiti seperti, Kenegaraan Malaysia seperti yang dititahkan
oleh Pemangku Raja Perak, tiba-tiba satu lagi subjek teras universiti yang lain,
Tamadun Islam Tamadun Asia (TITAS) dipertikaikan oleh ahli parlimen DAP, pada
11 Julai 2013 yang lalu.
Subjek ini bukan sahaja
mengajar tamadun Islam seperti yang didakwa, tetapi juga tamadun China dan
India. Kenapa tamadun Islam sahaja yang dipersoalkan? Sedarlah Melayu dalam
DAP, keluarlah dari parti perkauman ini. DAP adalah musuh Islam.
Beliau begitu berani menggesa
Kementerian Pendidikan supaya menarik balik subjek ini sebagai subjek wajib
kepada pelajar IPTA dan IPTS, kerana menurutnya tidak memberi manfaat kepada
pelajar. Apakah beliau telah melihat silibus ini sepenuhnya? Jika tidak,
pergilah mengaji?
Ternyata beliau amat jahil
dalam memahami subjek ini. Selaku ahli parlimen dan juga seorang doktor perubatan,
beliau sepatutnya menyelidik terlebih dahulu. Bukan membuat tuduhan semborono.
Lagipun parti DAP selalu mendakwa mereka parti semua kaum. Ternyata parti ini
amat chauvinis. Mereka tidak sepatutnya berada di bumi bertuah ini.
Selaku ketua program subjek
teras universiti, TITAS bukanlah subjek tamadun Islam sepenuhnya, tetapi telah diadunkan
tamadun dunia yang terutama tamadun China dan India. Pada ultra kiasu ini, mengajar
tamadun Islam tidak boleh, tetapi mengajar tamadun China dan tamadun India tidak
mengapa? Pemikiran rimba apakah ini?
Saya masih ingat, dahulu bila
jam 8.00 malam semua saluran televisyen akan menyiarkan berita dalam bahasa
Melayu. Malangnya, kita bagi peluang kepada mereka membaca berita dalam bahasa
ibunda pada waktu perdana tersebut. Bila kita mahu ubah, maka mengamuklah ultra
kiasu ini. Bila hak mereka terancam, mereka melalak. Kita menjadi kelam kabut
dan terus tunduk. Akhirnya, mereka dapat apa yang sepatutnya mereka tidak
berhak dapat. Hak kita pula semakin terhakis dan tidak mustahil hilang. Orang
Melayu terus diam dan ikut sahaja keputusan pemimpin. Masihkah kita buta?
Orang Melayu tidak pernah
bisingpun tamadun China dan tamadun India yang wajib diajarkan. Pelajar Melayu
terima seadanya bagi menambah ilmu dan kepentingan memahami bangsa lain. Inilah
sifat melayu yang amat saya puji.
Peliknya bangsa lain tidak mahu
cuba belajar tamadun bangsa lain, terutama tamadun Islam yang menjadi teras
agama orang Melayu. Kenapa perkara sebegini boleh terjadi bagi mereka yang telah
berjaya mengaut segala keuntungan di bumi bertuah ini? Kita tidak berjaya
melahirkan bangsa Malaysia yang bersyukur. Sebalik mempunyai cita-cita jahat
yang terselindung.
Ingatan saya, jangan terus
menerus mencabar kesabaran Melayu Islam. Buruk padahnya nanti.
Jika benar pun subjek tamadun
Islam diajar? Apa salahnya? Islam adalah agama persekutuan dan agama majoriti
penganutnya. Apakah salah bukan Islam mempelajarinya untuk kepentingan masa
hadapan. Bukan Melayu sepatutnya lebih memahami agama Islam anutan majoriti orang
Melayu Islam sebelum memahami bangsa lain. Itu adalah lebih baik untuk
integrasi nasional. Kecualilah jika ahli parlimen tersebut bercadang untuk
berhijrah ke negara lain. Kenapa kita begitu beriya-iya belajar tamadun barat,
tetapi bukan tamadun Islam (Melayu)? Nampak sangat beliau memandang hina kepada
orang Melayu.
Beliau berkata, universiti
terkemuka di dunia, tiada subjek berkaitan dengan agama yang diwajibkan kepada
pelajarnya. Bagaimana ia dapat membantu seseorang yang sedang belajar untuk
menjadi doktor, peguam ataupun jurutera? Kenapa ia diperlukan di Malaysia?
Persoalannya, kenapa perlu dibanding dengan universiti lain? Di manakah kita
tinggal?
Mentang-mentang beliau belajar
di luar negara, jangan memperlekehkan cerdik pandai IPTA dan IPTS di sini.
Latar belakang negara ini berasaskan kepada sistem kenegaraan Melayu Islam. Ia
mesti dipertahankan. Kenapa nak samakan universiti Malaysia dengan universiti
lain seperti universiti tempat ultra kiasu itu belajar.
Akhirnya, semakin bertambah
ramai ultra kiasu dilahirkan. Saya ingatkan setelah sekian lama merawat
pesakit, sikap beliau semakin terbuka. Rupanya bila menjadi ahli parlimen ultra
kiasu, keadaan semakin buruk. Saya harap pesakit-pesakit Islam berhati-hati
berjumpa doktor perubatan sebegini. Mungkin elok juga menjalankan praktis di
negara China yang lebih sesuai kerana masyarakatnya bersifat homogenous. Tidak
perlulah berada di sini jika tidak mahu mengenali tamadun orang lain.
Banyak universiti di dunia yang
menawarkan subjek teologi dan perbandingan agama. Tamadun Islam dikaji begitu
mendalam. Jadi, hujah beliau amat dangkal selain mahu menyakitkan hati umat
Islam yang semakin terluka. Jangan hanya mendengar cerita-cerita ini daripada
anak-anak ultra kiasu yang ada di IPTA atau IPTS. Menteri Pendidikan ada di
parlimen, tanya mereka.
Untuk makluman, kursus ini
merupakan satu kursus yang memperkatakan tentang ilmu ketamadunan yang
mencakupi pengenalan ilmu ketamadunan; interaksi antara pelbagai tamadun (Mesopotamia,
Mesir, China, India, Islam, Barat); Tamadun Islam, Tamadun Melayu serta
peranannya dalam pembinaan Tamadun Malaysia; Islam dalam Tamadun Melayu;
Tamadun China; Tamadun India; isu-isu kontemporari Tamadun Islam dan Tamadun
Asia; Globalisasi; dan Islam dalam proses pembangunan negara.
Seperti subjek kenegaraan, tujuan untuk
memberikan pemahaman komprehensif mengenai sejarah, nilai dan aspek utama.
Pertama, membina satu generasi Malaysia yang berpengetahuan dan peka mengenai
isu-isu ketamadunan dan peradaban dan kedua; memperkukuh jati diri bangsa
Malaysia sebagai sebuah negara pelbagai kaum dengan mengamalkan kehidupan yang
bertoleransi dan bertamadun.
Selepas mengikuti kursus ini kita harapkan
pelajar akan dapat memahami dan menjelaskan aspek-aspek utama tamadun, tamadun
Islam dan tamadun Asia serta berpengetahuan dan peka mengenai isu-isu
ketamadunan. Seterusnya memahami dan mengaplikasi pengetahuan tentang ciri-ciri
tamadun dalam kehidupan bermasyarakat
TITAS amat penting kepada
rakyat Malaysia yang ingin hidup dalam masyarakat berbilang kaum. Negara lain,
kebanyakan sebangsa, mungkin mereka tidak perlu mempelajari banyak tamadun
berbanding kita di sini.
Saya
tidak dapat bayangkan jika mereka berjaya memerintah dalam PRU14, apa akan
berlaku kepada subjek agama Islam, TITAS dan sebagainya. Apakah nama Islam akan dikeluarkan daripada negara dan dinonmuslimkan? Inilah kebimbangan besar kepada saya apabila ultra
kiasu ini diberi peluang memerintah.
Saya
harapkan umat Islam tidak buta dengan perancangan jahat dan licik ultra kiasu
ini. Yang hairan kenapa PAS membisu seribu
bahasa. Tegurlah ultra kiasu kerana mereka telah menjadi semakin kurang ajar.
Apakah PAS dan PKR telah buta kerana terlalu ingin berkuasa?
Dr. Mohd
Ridhuan Tee Abdullah
Prof Madya/Ketua
Program
Program Kenegaraan,
Kepimpinan dan Ketamadunan
Faculty Pengajian
dan Pengurusan Pertahanan
Universiti
Pertahanan Nasional Malaysia
Sungei
Besi Camp
57000
KUALA LUMPUR
MALAYSIA