Semua artikel adalah pendapat peribadi. Anda berhak untuk tidak meneruskan bacaan atau tidak mengakseskan blog ini serta merta jika anda tidak bersetuju dengan pemikirannya. All the articles written are the personal views. You have absolute rights not to continue reading or to discontinue accessing this blog immediately if you are disagreeable with the personal views.

Monday, May 26, 2014

Krisis identiti dan ultra kiasu

8:02 AM Posted by RIDHUAN TEE 69 comments


(Sinar Harian 26.5.14)

Editor kanan, akhbar ultra kiasu berbahasa Inggeris dalam ruangan pojoknya minggu lalu, menuduh saya mengalami krisis identiti kerana selalu bercakap bagi pihak orang Melayu dan mempertahankan Melayu. Sejak dahulu saya jelaskan, saya mempertahankan agama Islam yang dianuti oleh ‘semua’ orang Melayu. Jika orang Melayu, tidak beragama Islam, lantaklah. Neraca saya, bercakap benar.

Hari ini, sama ada kita setuju atau tidak, agama Islam sedang diancam, menjadi tanggungjawab kita untuk membelanya. Saya pernah jadi bukan Islam, saya tahu perancangan busuk segelintir mereka, walaupun mungkin sahabat seIslam saya tidak bersetuju. Saya hormati perbezaan pandangan ini.

Ternyata, editor ultra kiasu tersebut tidak mengenali saya dan tidak membaca sepenuhnya artikel saya. Beliau hanya membaca artikel saya yang telah diputar belitkan atau dimanipulasikan web ultra kiasu. Saya tidak salah beliau, kerana mungkin orang kampung halamannya di Kuah, Langkawi tidak mengajar beliau sejarah Tanah Melayu yang dihuni orang Melayu yang dihijrahi keluarganya.

Beliau mengambil contoh kedudukan masjid bersebelahan dengan tokong, gereja dan kuil sudah melambangkan perpaduan kaum. Nampak sangar cetek pemikirannya. Rugi sungguh akhbar Inggeris ini menggaji beliau. Jika beliau menuduh artikel saya memalukan Malaysia, saya pula boleh berkata pengalaman puluhan menjadi wartawan tidak menampakkan keintelektualannya.

Lokasi rumah ibadat bersebelahan, belum tentu menandakan masyarakat kita hidup harmoni, jika mereka buta dan jahil sejarah. Apa guna duduk dekat, jika penuh syak wasangka. Inilah yang sedang berlaku.

Ibubapanya yang makan pakai tangan seperti Melayu, itupun bukan petanda bahawa perpaduan telah tercapai. Soal lebih penting adalah soal hati, ultra kiasu atau tidak.  

Saya tidak nafikan negara ini sudah berbilang sejak zaman kesultanan Melaka lagi. Tetapi apa yang menyebabkan ia menjadi berbilang kaum mesti juga diketahui. Mesti ada penghijrahannya. Sejarah ini tidak boleh dipadamkan, Ini bukan krisis identiti. Ini bukti. Justeru, iktiraf hak penduduk asal.

Mengambil contoh terhadap Chong Wei vs Lin Dan, adalah contoh yang naif untuk menzahirkan rasa cinta kepada Malaysia. Kedua-dua adalah Cina. Sudah tentu kita menyokong Cina Malaysia daripada Cina China. Itu pun tidak semua. Katakan, Chong Wei vs Misbun atau Lin Dan vs Misbun atau Lin Dan vs Taufik Hidayat (Indon). Ketika itu, siapakah yang akan kita sokong? Justeru, tidak perlulah beliau berpura-pura mahu menunjukkan cintakan Malaysia, tetapi mengundi ultra kiasu.

Mengenai sumbangan cukai pendapatan. Saya memasukkan GLC itu mewakili Melayu (Islam) kerana majoritinya diuruskan oleh orang Islam dan  negara ini ditadbirkan oleh orang Islam serta hasil bumi ini datang daripada bumi Melayu, bukan bumi lain. Bukan saya tidak tahu membezakannya. Saya cabar beliau kemukakan data-data siapakah penyumbang cukai terbesar di negara ini, jika pendapat saya tidak betul.

Lagipun cukai individu mereka yang bekerja dengan kerajaan lebih telus, kerana tidak berlaku penipuan berbanding dengan cukai yang dibayar oleh badan swasta. Jika tidak percaya, tanya syarikat yang mengauditkan kedudukan kewangan syarikat ultra kiasu setiap tahun?

Syarikat audit ultra kiasu satu hal lain pulak. Berdasarkan aduan yang saya terima, orang Melayu yang membuat latihan belajar (latihan industri) di sana, hanya diberikan kerja-kerja kerani seperti menyusun fail, photostate dan kerja-kerja ‘sampah’. Pelajar Melayu tidak diajarkan dengan kerja-kerja akaun yang sebenar. Ini tidak termasuk orang Islam yang tidak dibenarkan solat harian (jumaat), kerana dikatakan membuang masa dan merugikan syarikat.

Akhirnya, saya ingin memetik komen Ana Muslim dalam blog saya

“Melayu memang baik, baik dalam serba serbi, tak akan jumpa dalam dunia ini bangsa yang sebaik bangsa Melayu. Dalam pertubuhan politik pula anda tak akan jumpa dalam dunia ini sebuah parti politik sebaik parti Umno, saya berani kata sampai kiamat pun anda tak akan jumpa. Cuba tengok Umno, walau pun MCA itu kalah kerana ditolak oleh bangsa Cina yang cuba diwakili oleh MCA pada PRU 12 dan PRU 13 tetapi Umno sanggup “menebal muka” menyembah MCA merayu supaya MCA menyertai kabinet. Mana mahu cari itu macam punya hemoi beb...Agak-agak kamulah kalau BN itu diterajui oleh MCA dan Umno pula kalah KO dalam PRU, adakah MCA nak sembah Umno merayu supaya Umno masuk kabinet? Jawablah siapa yang tahu akan jawapannya...”

Apapun saya bersetuju dengan pendapat editor tersebut, bahawa bukan Melayu mesti berusaha untuk bertutur dalam BM sebagai bahasa perpaduan. Begitu juga penghargaan beliau kepada negara ini yang dipimpin oleh orang Melayu dan guru-guru Melayu yang telah mendidiknya menjadi manusia berguna.

Persoalannya, adakah perkara ini dihargai ultra kiasu? Kenapa mereka ingin membina negara dalam negara, tanpa mahu mendaulatkan agenda negara?

Monday, May 19, 2014

Musuh sebenar di depan mata

9:53 AM Posted by RIDHUAN TEE 79 comments


(Sinar Harian 19.5.14)

Ketika menaiki pesawat Isnin lalu terbaca berita, ultra kiasu bukan sahaja mahu PAS tangguhkan hudud, tetapi mansuhkan terus. Kuburkan hudud, jangan menoleh lagi. Penegasan ultra kiasu sejak dahulu lagi. Apakah kita tidak faham kenyataan ini?

Ini bukan soal hudud bercanggah dengan perlembagaan persekutuan sebagaimana yang dicanangkan ultra kiasu dan disokong oleh PAS? Ini soal, ultra kiasu secara terang, menentang secara total hudud dan tidak mahu langsung ia dibentangkan atau dilaksanakan. Naif sangat kita kalau masih tidak faham.

Masihkah lagi PAS mahu bersangka baik dengan mengatakan, ultra kiasu lebih baik daripada MCA dan parti komponen BN lain yang menentang hudud? Pada saya, semua mereka yang menentang sama sahaja. Tinggal dalam negara majoriti Islam, tetapi menentang Islam. Musuh ini telah menunjukkan belangnya yang sebenar, apakah kita masih lagi tidak kenal?

Saya amat hairan kenapa mereka begitu benci dengan Islam. Berikan saya contoh, pernahkah negara Islam menganiaya bukan Islam, berbanding negara bukan Islam menganiaya orang Islam? Rata-rata kita lihat umat Islam kerap menjadi mangsa di negara bukan Islam.

Kenapa tidak berlaku sebaliknya? Kerana Islam sama sekali tidak membenarkan kita menganiayai orang bukan Islam. Allah akan menghumban pemimpin Islam ke neraka jika mereka menganiayai orang bukan Islam yang baik-baik, tetapi bukan ultra kiasu.  

Inilah keindahan Islam. Hak-hak bukan Islam mesti diberikan, seperti hak untuk hidup, mencari rezeki, beribadah dan sebagainya.

Persoalannya, kenapa mereka begitu kuat menentang hukum Islam yang tidak ada kaitan dengan mereka langsung. Jika sabitpun dengan kesalahan, mereka akan diberikan pilihan. Ikut undang-undang Islam atau undang-undang mereka yang setimpal. Jadi, apa masalahnya? Kenapa begitu benci dengan Islam, tetapi pada masa sama mengaut keuntungan dari orang Islam?

Saya cuba bersangka baik dengan andaian, bahawa penerangan Islam masih belum sampai kepada mereka. Tetapi tindak tanduk yang begitu agresif menjadikan saya sukar untuk berbaik sangka. Melainkan terpaksa mengatakan bahawa mereka adalah musuh yang sebenar.

Justeru, tidak perlu terlalu berhikmah lagi. Bincang sesama kita, umat Islam, bila dapat persetujuan, laksanakan sahaja. Lagipun, perlaksanaan ini bukan untuk satu Malaysia, tetapi negeri Kelantan sahaja. Kelantan adalah negeri hampir seratus peratus umat Islam berada di sana. Takkan mereka langsung tidak ada hak. Rakyat telah pilih PAS. Hormati keputusan itu, jika hudud itu adalah pilihannya. Berjaya atau tidak! Kita tunggu dan lihat.

Saya amat yakin, sekalipun hudud gagal di laksanakan di Kelantan, tidaklah sampai semua rakyat negeri Kelantan kudung tangannya. Undang-undang Islam bukan soal hudud semata-mata, tetapi ada Qisas, takzir, diyat dan lain-lain berkaitan.

Perundangan Islam hendak dilihat secara pakej, bukan dicabut satu-satu seperti yang dilakukan oleh ultra kiasu. Sebab itu, hanya pakar sahaja yang dapat memahami sedalam-dalam. Mereka yang bukan pakar, bertanya dan berdiskusilah dengan pakar. Bukan memandai-mandai, seolah-olah kita pakar, wal hal bukan.

Saya fikir itulah juga tujuan seminar yang berlangsung di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam baru-baru ini, mengenai penggunaan kalimah Allah dan Kristologi. Perbincangan dibuat secara akademik. Mengambil kira pandangan pakar.

Tetapi, lihatlah bagaimana mereka begitu menyerang UiTM. Sedangkan semua tahu, seminar ini adalah tindakbalas kepada proses Kristianisasi yang sengaja dilakukan. UiTM begitu bersikap transperance daripada ultra kiasu yang baling batu sembunyi tangan.

Kecaman yang dilakukan tidaklah sedahsyat dengan ucapan paderi dalam sebuah gereja di Jalan Kelang Lama yang pernah saya dedahkan beberapa bulan lalu.  Sayangnya umat Islam tidak pergi ke gereja melihat bagaimana mereka mengecam umat Islam. Kita dituduhkan akan melakukan penganiayaan dan kezaliman terhadap Kristian, dengan mengambil contoh ‘kezaliman orang Melayu melakukan pembersihan etnik Cina pada zaman kependudukan Jepun 1942-1945’. Fakta ini jauh meleset.

Kenapa laporan polis tidak dibuat? Kerana kita tidak tahu apa yang berlaku digereja. Saya harap ada umat Islam yang boleh menyamar masuk ke gereja dan dengar apa yang dibincangkan.

Bulan lalu rakan Kristian saya mendakwa beliau mendapat aduan dari ibu bapa SMK Bukit Jalil bagaimana orang Kristian menyebarkan Kristian di sekolah tersebut.

Strategi baru sekarang ini, pihak gereja membuat lawatan sambil belajar. Setiap pelajar yang ingin melawat diminta dan diwajibkan untuk membawa rakan bukan Kristian bersama. Proses Kristianisasi berlaku secara terancang sekali. Sudah tentu kita belum lupa bagaimana guru Tuisyen Kristian mengajar anak murid Islam mengenai Kristian kira-kira 3 tahun lalu.

Saya memohon kepada guru-guru di seluruh sekolah agar memantau pelajar-pelajar Islam yang telah terpengaruh dengan ajaran ini. Bukan kita takut untuk diKristiankan. Saya tidak pernah takut jika mereka mahu mengajak saya kepada Kristian. Kita tengok siapa yang akan bersunat. Tetapi undang-undang tidak membenarkan mereka melakukan sedemikian. Kenapa hari ini undang-undang terus dilanggar dan kehendak serta hak kita ditentang? Kerana ultra kiasu tahu, walaupun kita tahu musuh sebenar, tetapi kita tidak mampu untuk bertindak, kerana takut kehilangan kuasa. 

Monday, May 12, 2014

Pahitnya berkata benar

9:27 AM Posted by RIDHUAN TEE 67 comments


Sinar Harian 12 Mei 2014

Artikel saya minggu lalu mendapat banyak komen dan kritikan yang amat menyakitkan Apa nak buat, itulah Ridhuan Tee! Kalau tidak kontroversi, bukan dia. Saya sudah lali. Hanya mahu mengingatkan sahaja, tidak lebih dari itu. Kena pada kita tak apa, kena pada mereka tidak boleh. Jadi, dimanakah keterbukaannya? Takkan saya nak membiarkan kita terus diserang, tanpa menyerang.

Dalam banyak yang mengutuk, saya amat terkesima dengan komen yang berbunyi;

“Komen Prof yang saya baca dalam Yahoo News sebentar tadi amat saya menarik perhatian saya. Kebetulan saya sedang menonton klip video riwayat Muhamammad Ali yg mana beliau pernah "migrate" ke Europe atas desakan racis orang Amerika kerana statusnya sebagai immigran Negro dan juga Islam. Sekembalinya Ali, kemudian dijelkan atas sebab yang lebih kepada anti Islam dan bertentangan dengan pentadbiran US. Agaknya kerajaan Malaysia juga harus ikut contoh ini. Saya agak "flabbergasted" dengan segelintir Malaysian yang tidak tahu bersyukur dengan kebebasan dan kemewahan ketoleransian yang telah mereka nikmati. Pada hemat saya lebih 5 juta pendatang asing yang datang sini cari makan di Malaysia menunggu untuk menggantikan mereka ini.

Cuba saudara baca artikel ultra kiasu dalam laman web ultra kiasu minggu, mengenai sumbangan bukan Islam di negara ini. Langsung tidak mengaitkan orang Melayu selaku majoriti. Seolah-olah bukan Melayu sahaja yang menyumbang, orang Melayu tidak. 

Kerana terlalu marahkan NGO PERKASA dan ISMA, atas pandangan mereka, laman web ultra kiasu telah menonjolkan 10 sumbangan bukan Melayu kepada negara ini, berbanding orang Melayu. Teruja saya untuk menjawabnya.

Pertama, katanya, orang bukan Islam adalah penyumbang terbesar pendapatan cukai kepada negara. Salah. Saya jawab, penyumbang terbesar adalah Petronas dan GLC yang lain. Buat kajian betul-betul. Cukai tak langsung iaitu cukai kepenggunaan. Paling banyak dibayar oleh orang Melayu sebab mereka adalah majoriti. Cukai langsung kita bincang kemudian.

Kedua, daripada 29 juta penduduk negara, hanya dua penyumbang  pingat dalam sukan Olimpik 2012 adalah bukan Melayu iaitu Lee Chong Wei dan Pandela Rinong. Kenapa tonjolkan tahun 2012? Banyak lagi tahun-tahun sebelum itu. Bagaimana dengan nama Mokhtar Dahari, Kamarudin Maidin, Keluarga Misbun Sidek.

Jika ada bukan Melayu berjaya, bukanlah sepenuh dari mereka. Sistem negara itu sendiri yang menyumbang dan menyokong kejayaan mereka. Lagipun ia bukan percuma. Ada ganjaran dan balasannya. Siapa yang membantu menjayakan Arena Lee Chong Wei dan gelaran yang diterima.

Ketiga, Jimmy Choo adalah pereka kasut terkenal dunia. Saya akui, tetapi berapa banyakkah kasut Jimmy Choo yang terjual di pasaran berbanding jenama-jenama kasut yang menjadi rebutan?

Keempat, orang pertama menjejaki puncak gunung Everest adalah M. Magendran in 1997. Bagaimana dengan lambakan orang Melayu yang telah mendaki gunung tertinggi di dunia selepas itu? Apakah orang pertama sahaja yang dikira sumbangannya? Bagaimana dengan perenang yang merentas Selat Inggeris seperti Datuk Malik Maidin ?

Kelima, kejohanan motorsports dunia, yang diwakili oleh Yoong Yin Fah, anaknya Alex Yoong F1 dan Karamjit Singh. Saya tidak nampak nama-nama mereka ini begitu besar dalam arena motorsport dunia. Biasa-biasa sahaja.

Keenam, pemain squash antarabangsa dunia, Nicol Ann David. Squash tidak termasuk dalam sukan Olimpik. Walau begitu, saya mengagumi kejayaan Datuk Nicol. Sebab itu kerajaan beri pengikhtirafan. Gelaran datuk dan pusat squash negara turut diberikan atas nama beliau. Ini tidak termasuk kemudahan lain.

Ketujuh, orang Cina adalah yang pertama mengusahakan lombong bijih sekitar tahun 1820an sehingga tahun 1980an. Siapakah yang benarkan ini semua? Adakah mereka boleh mencari makan dengan aman, kalau Melayu menentang?

Kelapan, HN Ridley yang memulakan penanaman getah di Tanah Melayu sehingga menjadi harta kekayaan Negara. Tidakkah penulis ini tahu apa tujuan penjajah membawa masuk tanaman ini? Untuk kepentingan negarakah atau diri mereka sendiri? Hari ini, kelapa sawit yang menjadi komoditi utama, bukan getah lagi.

Kesembilan, BS Rajhan adalah rakyat Malaysia pertama yang memulakan filem Melayu berjudul Laila Majnun. Apakah sumbangan bukan Melayu pula hari ini? Sikap dan persepsi mereka terhadap bahasa Melayu.

Kesepuluh, reka bentuk masjid negara dibuat oleh Howard Ashley, bersama Hisham Albakri  Kasim. Kini, kita ada reka bentuk Masjid Besi, Masjid Putra dan Putrajaya itu sendiri. Kenapa tidak ditonjolkan namanya. Bagaimana pula dengan nama-nama arkitek Melayu yang turut membina bangunan pencakar langit di luar negara seperti di Mekah? Kenapa disenyapkan?

Kenapa tidak berterima kasih kepada pasukan keselamatan (rata-rata Melayu) yang telah menjaga keselamatan negara ini sehingga kita boleh menjadi juara dan kaya raya di sini?

Kalau boleh, saya tidak mahu membalas atau menulis artikel menyentuh soal orang lain. Saya mahukan semua orang saling menghormati. Kita mahu lahirkan Malaysia yang aman, sejahtera dan bersatu padu. Tetapi, serangan dan tohmahan mereka amat keterlaluan.

Orang yang tulis sebegini tidak pula dituduh rasis. Malah, dipuji dan disanjung tinggi dengan komen yang manis-manis. Bila tiba giliran saya menulis fakta, maka dihentam habis-habisan. Pemikiran apakah ini? Pahit sungguh berkata benar.

Monday, May 05, 2014

Kenapa Melayu begitu baik?

4:15 PM Posted by RIDHUAN TEE 22 comments


(Sinar Harian 05.05.14)

Ultra kiasu jahat dan licik, dengan sengaja menggunakan isu ucapan Obama dan temuduga biasiswa MARA untuk menekan kerajaan sedia ada dan orang Melayu, agar berbuat sesuatu untuk memenuhi nafsu serakah mereka. Apa yang pelik adalah, kita begitu cepat melatah tanpa usul periksa. Apa isu sebenarnya? Ingatan saya, kepada orang Melayu jangan jadi bodoh. Mengaku salah tidak tentu pasal. Siasat dan buat penyelidikan dahulu, lepas itu, barulah bincang apa yang benar, apa yang salah. 

Ucapan presiden boneka Yahudi itu mengenai kedudukan bukan Melayu sangat menyakitkan hati. Bukan Melayu dikatakan didiskriminasikan dan ditindas. Tertanya-tanya saya, diskriminasi apa?  penindasan bagaimana yang telah dilakukan kerajaan? Ultra kiasu dengan cepat menyahut, mahukan konsep yang diperjuangkan sejak penubuhannya, Malaysian Malaysia dipraktikkan segera, sama rata dan sama rasa. Ini bermakna, perlembagaan perlu dipinda.

Apa masalahnya? Kenapa tidak dijawab secara akademik? Kenapa orang Melayu begitu baik?

Sistem pendidikan di negara ini, sudah lebih Cina daripada negara China, seperti sekolah jenis kebangsaan dan universiti Cina berasaskan kaum. Sekarang ini, di sana sini, di setiap negeri, ada sahaja, bandar insdustri Malaysia-China diwujudkan. Siapa yang beruntung dalam soal ini?

Kemasukan ke Institusi pengajian tinggi, boleh dikatakan majoriti adalah orang bukan Melayu. Di IPTA, mereka sudah hampir separuh. Di IPTS, majoriti besarnya adalah bukan Melayu. Ini tidak termasuk universiti yang dipunyai oleh parti  politik dan ahli perniagaan berasaskan kaum. Mungkin ada yang membangkitkan UiTM dan Universiti Islam. Persoalan saya, berapa banyak universiti jenis ini berbanding universiti swasta?

Saya amat yakin, Obama yang menjadi boneka Yahudi yang telah dibrainwash oleh musuh musuh Islam sebelum ke mari. Tidak mustahil ia adalah ultra kiasu. Sebab itulah, kita lihat NGO-NGO bukan Islam begitu ghairah bertanya soalan kepada Obama. Soalan-soalan dan pandangan mereka, tidak sedikitpun memuji negara yang didiaminya, sanak saudara dan tempatnya mencari makan secara senang lenang.

Pada saya mudah sahaja, jika di sini,  bukan lagi syurga untuk dijadikan tempat tinggal, carilah tempat lain yang boleh menjanjikan syurga itu. Kenapa mereka tidak berbuat demikian? Jawapannya, mudah. Di sini sudah ada syurga. Kenapa mereka masih meminta dan mendesak? Mereka mahukan syurga yang lebih indah. Kita yang masih buta.

Kita pula terlalu bersangka baik dengan mengharap Obama memuji pentadbiran negara kita. Wal hal, kunjungan Obama sebenarnya agenda untuk memporak-perandakan negara ini.

Begitulah liciknya strategi Yahudi dan bukan Islam, akhirnya mereka yang menang, kita terus berada di pihak yang kalah, sejak dahulu lagi.

Sekarang inipun kita masih tidak mampu untuk menjawab. Saya sudah naik muak, dengan dasar pengecut dan mudah mengalah kita semua.

Timbul pula cerita isu temuduga biasiswa MARA. Apa salahnya jika temuduga turut turut bertanya soalan pasal Islam? Dapat jawab, itu dikira kredit. Tidak dapat jawab, tiada masalah. Bukan bermakna pelajar yang tidak dapat menjawab akan diketepikan. Kuota mereka tetap ada. Saya tidak kata tindakan penemuduga itu betul. Tetapi serangan mereka amat keterlaluan. 

Kita begitu beriya-iya untuk berkongsi kalimah Allah. Ini tidak termasuk kepercayaan kepada Nabi-nabi Islam, Nabi Adam, Musa dan Isa. Kenapa dalam hal ini begitu beremosi? Apa yang tidak relevannya?

Kadangkala dalam temuduga, kita juga ditanya mengenai perbandingan agama yang berkaitan dengan agama lain. Semuanya itu ada dalam subjek sejarah dan moral. Pelajar Melayu tidak pernah bisingpun.

Jika tidak dapat jawab, terus terang sahaja, saya tidak tahu. Apa yang penting kita dapat. Adalah perkara biasa dalam temuduga jika kita tidak dapat menjawab. Itu bukan satu kemaluan yang besar.

Dahulu, ketika saya masih kecil, saya adalah anak pertama bukan Islam Malaysia yang belajar dan mengambil mata pelajaran agama Islam dalam peperiksaan. Ketika itu, saya beranggapan, tidak salah mempelajari ilmu-ilmu Islam kerana ia bersifat universal. Hari ini saya, merasai keuniversalannya. Saya memahami erti adil.

Adil itu adalah meletakkan sesuatu pada tempatnya. Jika adil itu adalah Malaysia Malaysia, Malaysia ini sangat tidak adil. Diskriminasi sangat jauh bezanya. Rumah ibadat di negara ini sudah tidak nampak macam negara Islam, tetapi sudah jadi negara bukan Islam, dengan lambakan kuil, tokong dan gereja yang melebihi 500 ribu berbanding surau masjid sekitar 50 ribu, 10 kali ganda

Bahasa Melayu tidak lagi berdaulat. Bahasa asing lebih mengakar terutama bahasa Inggeris dan bahasa Cina. IPTS langsung tidak mempraktikkan bahasa Melayu selaku bahasa kebangsaan, juga IPTA

Ekonomi dan harta kekayaan negara ini rata-ratanya dibolot dan dikaut oleh bukan Islam. Orang Islam hanya pandai memberikan lesen dan menerima habuan rasuah daripada bukan Islam. Di mana diskriminasi dan penindasan? Kenapa tidak dipertikaikan nasib bangsa Fijian di Fiji yang diperintah India dan orang Melayu yang diperintah Cina di Singapura? Adakah di situ ada sama rata dan sama rasa? Maju sangatkah negara-negara ini dengan konsep sama rata dan sama rasanya?