Semua artikel adalah pendapat peribadi. Anda berhak untuk tidak meneruskan bacaan atau tidak mengakseskan blog ini serta merta jika anda tidak bersetuju dengan pemikirannya. All the articles written are the personal views. You have absolute rights not to continue reading or to discontinue accessing this blog immediately if you are disagreeable with the personal views.

Wednesday, December 18, 2013

Jangan hanya berani di belakang

7:08 AM Posted by RIDHUAN TEE 40 comments


Artikel ini tidak dapat disiarkan oleh akhbar harian kerana sensitif, maka saya paparkan di sini untuk pembaca nilai

Ahli parlimen ultra kiasu nampaknya begitu sensitif dengan tulisan saya minggu lalu. Terus menyerang saya habis-habisan. Desak saya memohon maaf.  Persoalan saya, kenapa gatal sangat menyerang saya tanpa usul periksa? Saya dituduh mengajar pembersihan etnik atau ethnic cleansing. Tuduhan ini amat berat. Takkan saya tidak ada hak untuk membela diri? Kena pada orang lain tak apa, kena pada dia, tak boleh. Ultra kiasu sungguh!

Sabar, sabar, sabar. Jika tidak boleh sabar, cari pasangan untuk mencurah masalah. Ultra kiasu menuduh saya tidak gentlemen, tidak boleh jadikan role model. Ada aku kisah!

Saya tidak akan menyerang jika tidak diserang. Tetapi saya tidak akan menyerang tanpa tentangan. Cuba saudara semua kaji serangan ultra kiasu terhadap saya selama ini daripada serangan saya kepada mereka.

Kenapa saya menjadi target? Tidakkah ahli parlimen banyak lagi kerja lain yang perlu diselesaikan. Nama pun wakil rakyat. Jagalah rakyat, terutama kebajikan mereka. Ini tidak, asyik jaga tepi kain orang. Kain sendiri bernajis, tidak pula dibersihkan.

Saya tidak perlu mendapat pujian atau penghormatan ultra kiasu. Saya kenal mereka. Mereka kafir harbi. Kafir harbi adalah musuh Islam. Perjuangan saya konsisten sejak dahulu. Sesiapa juga yang cuba mengganggu gugat agama Islam atau menentang perlembagaan yang melindungi Islam dan umatnya, akan ditentang.

Saya yakin, keluarga saya, keturunan Tee, berbangga dengan apa yang saya perjuangkan, kerana saya memperjuangkan agenda negara, bukan agenda bangsa yang sempit.

Berbanding ultra kiasu, mendakwa mereka memperjuangkan semua kaum. Hakikatnya tidak. Bila mendapat kuasa, apa yang mereka mahu? Mahu lebih banyak sekolah Cina, Universiti Cina, industri Cina, Bandar Cina, dan semuanya Cina. Mana ada negara di dunia memberi semua ini kecuali di Malaysia? Adakah ini wajar?

Cerminlah diri dahulu,  di manakah kita berada? Kita berada di Malaysia, di kepulauan Melayu. Paling kurang hormatlah bangsa asal negara ini, hak dan sensitivitinya. Melayu sudah cukup bertoleransi dengan kita. Jangan biarkan mereka mengamuk.

Ramai orang bertanya kepada saya kenapa saya jadi begini? Lain, dari Cina yang lain. Jawapannya, saya dilahirkan keluarga yang sangat kecinaan di kampung hampir seratus-peratus Melayu. Melayu menerima Cina dengan baik walaupun bilangannya amat sedikit. Saya amat memahami Melayu.

Malangnya, saya diajar membenci Melayu sejak kecil. Melayu penipu, pengotor, dan macam-macam tuduhan lagi. Saya tidak nafikan ada betulnya. Ramai Melayu ketika itu tidak memberikan contoh yang baik. Sudah tentu yang baik mendapat pujian.

Sejak kecil, saya mencari jawapan, apakah benar orang Melayu dipersepsikan sedemikian? Kesempatan belajar agama Islam di sekolah rendah dan menengah telah mengubah persepsi tersebut. Bangsa Melayu dan agama Islam adalah dua isu berbeza.

Orang Melayu yang mengamalkan Islam adalah sebaik-baik Melayu. Saya memahami Melayu melalui Islam yang menjadi anutannya. Sebab itu, saya sangat sayangkan Melayu yang beramal dengan Islam. Akhirnya, saya memeluk Islam. Islam menjadi darah daging hingga ke akhir hayat ini.

Saya hanya akan berlembut dengan ultra kiasu, meskipun tidak memeluk Islam, hanya, jika mereka lembut atau menerima sistem Islam dalam sebuah negara berasaskan kenegaraan Melayu. Umat Islam berhak mendapatkan haknya dalam negaranya sendiri.

Umat Islam yang menjadi minoriti tidak pernah diberikan hak mereka di negara yang diperintah majoriti bukan Islam. Lihatlah nasib umat Islam di Singapura, China dan India. Peliknya apabila bukan Islam berada dalam negara Islam, mereka mahukan semua hak mereka dipenuhi. Bukan Islam di Malaysia amat bernasib baik, kerana boleh dikatakan semua hak mereka telah diberi.

Malangnya, mereka tidak pernah merasa cukup. Sentiasa mahu lebih. Adakah ini wajar? Saya tidak kata, kerajaan hari ini telah sempurna. Saya akui, masih banyak kelemahan yang perlu diperbaiki. Begitu juga dengan UMNO. Tetapi jangan mengambil kesempatan atas kelemahan umat Islam hari ini. Ultra kiasu bertindak seperti gergaji dua mata. Kiri kanan mereka lipat, dan sapu.  

Rakan-rakan saya selalu menasihatkan, demi dakwah, janganlah berkeras dengan ultra kiasu. Perbuatan saya menjauhkan mereka dari Islam. Saya disarankan supaya membimbing mereka memahami Islam. Mudah-mudahan ultra kiasu memeluk Islam.

Saya akui, memang kerja kita sebagai dai’ (pendakwah) membawa mereka kepada Islam. Tetapi, hakikat sebenar tidak sedemikian. Semakin ultra kiasu memahami Islam, semakin kuat mereka lawan kita.

Contoh, setelah sekian lama PAS berkawan dengan mereka. Ultra kiasu semakin memahami Islam.

Masalahnya, semakin dia faham Islam, semakin mereka tidak cenderung kepada Islam, malah segala perkara berkaitan Islam ditentang. Sedangkan pada masa sama agama mereka juga menentang. Misalnya, isu LGBT, arak, judi dan sebagainya. Sehinggakan umat Islam tidak dapat melaksanakan haknya di bumi sendiri. Justeru, apa sebenar yang tinggal pada umat Islam jika perkara-perkara asas hidup beragama tidak dapat dilaksanakan. Bagaimana kita hendak menjawab kepada Allah SWT di akhirat nanti?

Apabila kita mengambil demokrasi sebagai satu sistem pemerintahan, mereka bertindak menuntut semaksima mungkin atas nama hak asasi manusia, sehingga menyebabkan maruah dan identiti agama Islam mulia itu tercemar. Jadi, perlukah lagi kita terus bersangka baik dan berlembut?

Hari ini saya mengambil pendirian melawan mereka. Ultra kiasu mengisytiharkan perang terhadap saya. Saya ingin menyahut perisytiharan itu. Mari kita berdebat! Baru boleh tahu saya ini gentlemen, boleh menjadi role model atau tidak?

Tetapi bukan di Dewan Perhimpunan Cina. Kita ada televisyen. Gunakan platform tersebut. Tajuknya, siapa lebih rasis? atau apa-apa tajuk berkaitan perpaduan nasional dan sebagainya. Saya bersedia bila-bila masa untuk berhadapan dengan ahli parlimen ultra kiasu tersebut. Jangan hanya berani di belakang.

Monday, December 16, 2013

Jangan perjudikan agenda negara

9:08 AM Posted by RIDHUAN TEE 12 comments


(SH 16 Dec 2013)

Saya ucapkan tahniah atas ketegasan Menteri Pendidikan ketika soal jawab di Parlimen, pendirian untuk tidak mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) yang dikeluarkan oleh Dong Jiao Zong dan sekutunya.

Alasan Menteri, UEC tidak mengikuti aliran pendidikan kebangsaan. Justeru, tidak ada alasan untuk diiktiraf. Ini jawapan seorang negarawan. Apa-apa jua dasar yang bertentangan dengan dasar kebangsaan atau perlembagaan, mesti dimuktamadkan pendirian. Jika tidak, kita tidak ke mana-mana.

Ingatlah wahai pemimpin negaraku, kita sedang membina negara (nation building), bukan membina rumah, yang boleh dibuat sesuka hati. Justeru, bertegaslah, tidak kira menang atau kalah pilihan raya.

Ketegasan yang sama hendaklah juga dibuat dalam isu perebutan tanah antara Kementerian Pelancongan dengan Kebudayaan (KPK) dengan sebuah SJKC Chin Woo, Pudu, Kuala Lumpur.

Pada Julai lalu, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan bertegas akan mengambil tanah seluas 0.169 hektar yang telah digunakan oleh SJKC Chin Woo secara haram, bagi tujuan membina Kampung Budaya menerusi projek Kota Warisan Kuala Lumpur yang dianggarkan bernilai RM32.5 juta, berhampiran Jalan Pudu.

Menurut KPK tanah tersebut adalah tanahnya dan pengambilalihan akan diambil pada 24 September yang lalu.

Bagaimanapun keputusan itu mendapat bantahan daripada SJKC tersebut,  terutama kalangan guru-guru dan ibu bapa, kerana mereka mendakwa tanah tersebut adalah tanahnya. Gelanggang bola keranjang telah dibina di situ sejak 1938. Sedangkan dalam pelan, menunjukkan sebaliknya iaitu kepunyaan KPK.

Untuk makluman, isu ini telah dibangkitkan sebelum ini lagi. Terbaharu, SJKC Chin Woo telah menerima notis pemberitahuan pengosongan tapak gelanggang sukan yang dikeluarkan Pentadbir Tanah Galian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (PTG WPKL) bertarikh 28 Ogos 2013. Notis tersebut meminta pihak SJKC Chin Woo mengosongkan tapak gelanggang sukan sekolah itu sebelum 23 September 2013. Jika tidak perobohan struktur dan pengosongan akan dijalankan pada 24 September.

Peliknya, pentadbir SJKC Chin Woo dalam tidak dapat menerima keputusan tersebut. Dalam akhbar dan laman sosial ultra kiasu, mereka mendakwa KPK adalah penceroboh.

Apabila KPK mahu mengambil tanah tersebut pada 24 September lalu, kira-kira 300 orang berkumpul bagi membantah hasrat KPK. Akhirnya, pengambilan tertunda. Kita mengalah lagi.

SJKC Chin Woo telah didirikan sejak 75 tahun lalu di atas tanah milik sekolah sendiri yang menempatkan lebih 500 pelajar. Selepas itu, SJKC tersebut telah melakukan pencerobohan ke atas tanah kerajaan dengan membina gelanggang sukan tanpa kebenaran.

Ultra kiasu berhujah jika KPK mengambil tanah tersebut, ia akan menjejaskan aktiviti pembelajaran sekolah itu. Pengosongan dan perobohan tapak itu akan mengakibatkan sekolah kerugian kerana hilang dua gelanggang permainan sekaligus menjejaskan aktiviti persekolahan.

Persoalan saya, apa yang terjejas? Isunya gelanggang sukan, bukan roboh sekolah. Kenapa pejabat tanah tidak dirujuk terlebih dahulu sebelum pembinaan dibuat? Tanah tersebut atas nama siapa? Siapa yang berhak? Biar undang-undang yang menentukan.

Lihatlah betapa liciknya ultra kiasu. Mereka akan mempersalahkan sesiapa juga untuk menjustifikasinya tindakannya. Saya amat pelik dengan ultra kiasu, mereka begitu mempertahankan sekolah Cina, bermati-matian, termasuk gelanggang sukan.

Mereka tidak pernah risau anak-anak mereka tidak boleh berbahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Dalam kepala otak mereka, hanya ada Cina, Cina, Cina. Saya juga orang Cina, tetapi saya penting agenda negara dari agenda bangsa.

Lihat isu terbaharu, ketika lawatan presiden China ke Malaysia, Presiden MCA dan NGO-NGO Cina bukan main lagi mencanangkan peri pentingnya bahasa Mandarin kepada rakyat Malaysia. Rakyat disarankan mesti belajar bahasa Cina.

Kita tidak nafikan keperluan mempelajari bahasa asing, malah Islam amat menggalakkan. Persoalannya, wajarkah kita bahasa asing, sedangkan bahasa kebangsaan masih gagap, ada yang langsung tidak difahami.

Peliknya, kenapa MCA dan ultra kiasu langsung tidak ambil pusing kelemahan orang Cina rakyat Malaysia yang begitu ramai yang tidak faham dan boleh berkomunikasi dalam bahasa kebangsaan.

Asyik-asyik hujahnya China akan menjadi kuasa besar ekonomi di rantau ini. Justeru, orang Malaysia mesti boleh berbahasa Cina. Apakah mereka tidak terfikir tentang kepentingan bahasa lain juga, terutama bahasa negara?

Sebelum ini, akhbar The Straits Times Singapura, melaporkan kerajaan Kelantan menggalakkan orang Kelantan belajar bahasa dan budaya Cina. Katanya lima cucu bekas Menteri Besar (Nik Abdul Aziz) juga belajar sekolah Cina, menunjukkan betapa pentingnya bahasa Cina.

Mereka tidak faham di sebalik. Atau sengaja mahu memprogandakan isu ini. Sama seperti anak saya yang belajar di SJKC. Matlamat saya hanya satu, untuk menyunatkan orang Cina satu hari nanti. Memudahkan dakwah. Bukan kerana kepentingan bahasa itu sangat. Saya harap kita semua faham.

Ingatlah! kita belajar bahasa Cina untuk kepentingan dakwah sepertimana saranan Nabi. Bukan untuk mengagungkan bahasa Cina sehingga memperlekehkan bahasa Melayu (Arab) selaku bahasa kebangsaan. Jika majoriti rakyat Malaysia bukan Islam adalah bukan Cina, saya tidak terfikir Tuan Guru Nik Aziz akan menghantar cucunya ke SJKC.

Nasihat saya, jangan sampai cucu Nik Aziz terlebih pandai berbahasa Cina, tetapi tidak boleh berbahasa Arab. Jika itulah yang berlaku, kerajaan Kelantan sudah silap dalam mengatur kehidupan rakyatnya, selaras kehendak Islam, dari segi fiqh awlawiyyat (memahami keutamaan).

Monday, December 09, 2013

Bersemuka jika berani

8:30 AM Posted by RIDHUAN TEE 24 comments


(Sinar Harian 9 Disember 2013)

Andartu ultra kiasu sekali lagi menyerang saya di parlimen dengan tuduhan saya mengajar pembersihan etnik atau ethnic cleansing di tempat saya mengajar. Timbalan Menteri Pertahanan menjawab akan menyiasat dakwaan tersebut. Boleh dikatakan semua laman web ultra kiasu dan akhbar utama negara menyiarkan berita ini.

Jawapan saya, silakan buat siasatan, saya amat menantikan. Bersedia bila-bila masa bersama ribuan pelajar saya.

Saya juga sangat ingin tahu siapakah dalang atau pensyarah yang menyampaikan maklumat sedemikian kepada andartu tersebut, walaupun saya sudah tahu siapa orangnya.

Jika berani, saya cabar andartu tersebut, sebutkan kenyataan tersebut di luar parlimen, jika ada telur. Hahhh, malangnya andartu tersebut memang tiada telur. Apakan daya. Saya yang perlu cari telur itu di kalangan pemimpin mereka.

Saya bukan sahaja mengajar subjek Hubungan Etnik, tetapi juga Kenegaraan Malaysia dan Tamadun Islam Tamadun Asia (TITAS). Semua subjek ini wajib diambil oleh setiap pelajar tanpa berkecuali. Mungkinkah saya turut menyelitkan unsur-unsur pembersihan etnik selain subjek hubungan etnik? Kepada pemberita laman web dan akhbar ultra kiasu yang saban hari menelefon saya, bacalah akhbar Sinar Harian setiap Isnin. Jawapan saya ada di sini.   

Kepada andartu tersebut, saya tidak pasti beliau ada ijazah atau tidak. Jika ada pun, mungkin ijazah pertama sahaja. Cadangan saya, sambunglah belajar lagi, buat ijazah kedua, seterusnya ketiga. Boleh pilih profesor yang disukai. Cadangan saya carilah profesor andartu juga. Banyak lagi rahsia boleh dikorek dari beliau.

Sebelum itu, mari saya ajarkan apa yang dikatakan dunia akademik dan universiti. Dalam akademik, kami oleh membahaskan apa jua isu, sama ada sensitif atau tidak. Apatah lagi jika berkaitan dengan bidang yang diajar mengikut silibus. Jika tidak, lebih baik pergi ke sekolah. Nampak sangat ahli parlimen ini tidak sekolah.

Tuduhan terhadap saya amat berat. Saya tidak akan biarkan. Laporan polis telahpun saya buat, selain laporan polis sebelum ini. Saya mahu tahu siapa dalang di sini yang memberi maklumat tersebut. Jika saya dapat dalang tersebut, barulah akan disusuli dengan tindakan undang-undang terhadap andartu dan sekutunya,  termasuk yang bersubahat.

Saya yakin, profesor yang menyalurkan maklumat tersebut, sedang panas ponggong. Kita lihat sahaja permainan itu nanti. Saya tidak akan menyerang jika tidak diserang. Tetapi saya tidak menyerang tanpa tentangan. Ribuan pelajar saya ada di universiti. Tanyalah pendapat mereka tentang pengajaran dan pembelajaran (P&P) saya. Apa yang saya tahu, pelajar di sini berebut-rebut nak masuk kelas saya. Maklumlah selebriti popular. Hahaha.

Sejujurnya, sebagai seorang Islam, sudah tentu saya tidak mengajar seperti yang dituduh. Islam adalah agama rahmat untuk seluruh alam. Sekiranya saya menganjur pembersihan etnik, ternyata amat bertentangan dengan ajaran Islam kerana Allah SWT berfirman:

"Katakanlah (wahai Muhammad): "Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang lelaki dan perempuan serta menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan berpuak-puak supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di sisi Allah ialah orang yang paling takwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal" (Al-Hujurat: 13)

Hatta dalam peperangan sekalipun dengan musuh, Islam tidak benarkan kita melakukan pembersihan etnik kerana ada kalangan mereka makhluk tidak berdosa, seperti orang tua, kanak-kanak, wanita, alam sekitar dan rumah beribadah. Inilah yang saya ajar.

Adakah saya begitu jahil dalam memahami asas ajaran Islam? Saya tidak tahulah jika kafir harbi ultra kiasu yang memerintah. Berdasarkan bukti, jelas berlaku pembersihan etnik. Jangan pergi jauh, lihat sahaja keadaan umat Islam di Singapura. Sudahlah hak mereka dinafikan di bumi sendiri, sehinggakan hak untuk menutup aurat pun dinafikan dalam institusi awam mereka seperti di sekolah.

Janganlah dibandingkan dengan umat Islam di Burma, Bosnia, Angola dan sebagainya. Pendek kata, bila ultra kiasu kafir harbi memerintah, umat Islam dibunuh dan dianaiya sewenang-wenangnya.

Dalam P&P subjek Hubungan Etnik dan Kenegaraan Malaysia, kita memang tidak dapat lari daripada mengajar sejarah negara bertuah. Antara silibus adalah sejarah asal-usul Tanah Melayu, sejarah pluraliti Tanah Melayu, Kebangkitan Nasionalisme Melayu, Malayan Union, Darurat, Bahaya Komunis dan MPAJA, Kemerdekaan, Peristiwa 13 Mei 1969, Demokrasi Berparlimen, Perlembagaan dan Dasar-Dasar Kerajaan.

Sebagai pensyarah, takkan saya tidak boleh mengajar dan membincangkan tentang bahaya komunis iaitu ultra kiasu. Begitu juga Peristiwa 13 Mei. Itupun dalam P&P, kita mengajar begitu berhikmah sekali. Tidak ada langsung menyentuh pasal ethnic cleansing, kecuali mengambil contoh negara-negara lain.

Wahai andartu ultra kiasu, marilah masuk dalam kelas saya. Biar saya ajar apa dia hubungan etnik dan sejarah negara ini. Saya cadangkan, marilah kita berdebat di dalam televisyen atau radio. Saya yakin mereka akan menyediakan platform untuk kita berdua. Mungkin kita berjodoh selepas itu. Biar buruk dalam seluar. Hahaha.

Monday, December 02, 2013

Sambut pelawaan PAS wahai UMNO

8:15 AM Posted by RIDHUAN TEE 26 comments


Sinar Harian 2 Disember 2013

Berakhir sudah muktamar PAS ke-59. Saya teruja dengan pelawaan Presiden PAS mengajak UMNO untuk bermuzakarah bagi melaksanakan hukum Islam, jika sekiranya UMNO benar-benar ikhlas dan bersungguh.

Wahai UMNO, sahut pelawaan tersebut. Panggil mesyuarat tergempar. Segera bincangkan agenda ini dalam mesyuarat Majlis Tertinggi. Tunjukkan kesungguhan. Kita sudah tidak banyak masa. Umat Islam dan negara keseluruhan mesti diutamakan. Rakyat sedang memerhati dan menyaksikan.

Saya sangat ingin melihat Presiden PAS dan UMNO duduk semeja. Tidak mengapalah kalau tidak bersetuju buat kali pertama. Tetapi duduklah dahulu, demi masa depan Islam tercinta.

Jika hukum Islam yang menjadi keutamaan, apa salahnya berbincang? Lagipun ia hukum Allah. Untuk orang Islam. Umat Islam berhak untuk mendapatkan haknya dalam negara kepunyaannya. Apakah itu salah dan tidak boleh dilaksanakan?

Presiden PAS menegaskan, PAS bersedia dengan barisan pakar untuk tujuan muzakarah itu seperti ulama, mahupun peguam. UMNO pun tidak kurang dengan pakar-pakarnya. Apa lagi? Mulakan langkah pertama. Kalau tidak ada moderatornya, saya menawarkan diri.

Saya neutral, walaupun ultra kiasu menuduh saya tali barut UMNO. Sejak bila saya masuk UMNO dan UMNO membayar saya? Hidup saya serba sederhana sebagai penjawat awam.

Inilah jahatnya tuduhan ultra kiasu untuk mematikan karektor seseorang yang mahu memastikan agama dan umatnya terdaulat. Saya tidak kisah, walaupun berbagai perancangan busuk mereka lakukan. Saya serahkan kepada Allah, walaupun diugut dan dihina. Selagi Allah ada, jangan sekali kita menyerahkan kalah.

Presiden PAS berkata, mereka telah berbincang dengan ultra kiasu, walaupun ditentang, tetapi dengan UMNO masih belum. PAS mendakwa UMNO paling kuat menentang Islam, bukannya DAP. Persoalan saya, sejak bila  UMNO menentang hukum Allah?

Alasan PAS, UMNO tidak pernah menghadiri majlis penjelasan berkaitan hukum Islam walaupun dipelawa PAS. Wahai PAS, alasan ini bukan bermakna UMNO menolak hukum Allah.

Wahai UMNO buktikanlah, bahawa kamu tidak menentang Islam. Terus terang saya katakan, banyak perkara yang telah dilakukan oleh UMNO dalam meninggikan syiar Islam, cuma hukumNya sahaja masih belum dilaksanakan sepenuhnya. Justeru, tunggu apa lagi! Mulakan… Apakah salah untuk meneruskan agenda tertangguh itu.

Kata Presiden PAS lagi; “DAP memang tidak setuju dengan Islam. Kalau dia setuju, dia dah lama masuk Islam. Tapi DAP boleh dibawa berbincang walaupun tidak setuju. Pernah tahun 90-an kita adakan perbincangan mengenai hudud. DAP datang, persatuan Kristian, Buddha, Sikh datang, UMNO yang tidak datang”.

Wahai umat Islam dalam UMNO, Perdana Menteri telah menyambut seruan PAS. Yakinkanlah Perdana Menteri. Jangan terus membodek dia untuk menolak pelawaan ini.

Jika ditakdirkan, kalahpun dalam perbincangan. Yakinlah di mata Allah kita menang, kerana niat kita betul. Jangan fikir apa yang manusia nak kata, tetapi fikirkan apa yang Allah kata.

Bincanglah apa yang betul, apa yang salah, daripada menuding jari siapa betul, siapa salah. Saya yakin, pasti ada titik pertemuan. Persetankan parti ultra kiasu kafir harbi dan parti ultra kiasu Melayu. Sejak dahulu mereka tidak mahu kepada Islam. Bermakna, mereka adalah musuh Islam.

Buang jauh-jauh segala niat yang tidak baik. Bersihkan hati. Duduklah berbincang.

Ambillah iktibar hati-hati datuk nenek moyang Melayu Islam terdahulu? Hati mereka bersih. Sanggup mempertahankan nyawa, bergolok bergadai memastikan negara ini terus berdaulat hingga ke hari ini.

Nama-nama seperti Tok Janggut, Dato Sagor, Dato Majarajalela, Dato Bahaman, Abdul Rahman Limbong, Mat Salleh, dan sebagainya. Mereka berjuang tanpa kepentingan untuk kita hari ini. Hati ibarat salju. Hanya mengharapkan keredhaan Allah SWT. Akhirnya kita merasai nikmatnya.

Kini, kita tidak dijajah lagi. Penjajah telah lama keluar. Jangan biarkan minda dan hati kita dijajah, agar orang lain tidak mudah memperkotak-katikkan kita. Jika tidak, kita akan merempat di bumi sendiri.

Jika masih buntu, marilah kita renungi bersama kata-kata Imam Al-Ghazali untuk beroleh petunjuk bagi memulakan langkah pertama. Semuanya bermula dengan membersihkan hati: “Carilah hatimu pada tiga tempat.  Cari hatimu ketika bangun membaca Al-Quran.  Jika kau tidak temui, cari hatimu ketika mengerjakan solat.  Jika kau tidak temui, cari hatimu ketika duduk tafakur mengingati mati.  Jika kau tidak temui juga, maka berdoalah kepada Allah SWT, pinta hati yang baru kerana hakikatnya pada ketika itu kamu tidak mempunyai hati.”

Inilah hati Melayu yang sebenar. Bebaskan dari dendam dan hasad dengki. Carilah hati itu. Mudah-mudahan Melayu dan Islam akan menjadi kuat. Sebagai mualaf, saya sentiasa berdoa mudah-mudahan umat Islam kembali sedar bahawa masa sudah terlalu suntuk.

Lakukanlah untuk generasi akan datang, meskipun kita tidak dapat merasainya hari ini. Perkara ini penting, sebelum kita hilang kuasa. Selamatkanlah umat Islam di bumi tercinta ini.