Aura
Najib tanpa ‘seri’ Rosmah
bacaan lanjut, layari ismaweb...
https://www.ismaweb.net/2019/06/10/aura-najib-tanpa-seri-rosmah/
Najib
dan Zahid serta bekas Menteri sezaman dengannya perlu berada di belakang UMNO
bukan di depan. Serahkan kepemimpinan UMNO sepenuhnya kepada Tok Mat.
Saya
setuju dengan saranan Najib Razak, agar kajian dibuat kenapa sambutan luar
biasa diperolehi meskipun beliau tidak lagi menjadi PM dan sedang menghadapi
tidak kurang 50 pertuduhan di mahkamah.
Sekiranya
Najib sedar daripada awal, sudah tentu lain keadaannya hari ini. Sebelum PRU14,
cakap-cakap daripada rakyat marhaen begitu kencang. Rosmah, isteri Najib,
dilihat seolah-olah begitu berkuasa. Meskipun, hanya persepsi, tetapi kepada
rakyat, itulah realiti.
Kenapa Najib
tidak boleh kawal Rosmah sehingga seolah-olah kelihatan Rosmah itulah Perdana
Menteri. Kini, apabila Najib berjalan tanpa Rosmah, rakyat marhaen mengerumuninya
sehingga lupa skandal 1MDB, Jho Low, dan perbicaraan berkaitannya yang sedang
berjalan.
Pun
begitu, jangan tersangat teruja pula dengan sambutan luar biasa rakyat yang
diberikan kepada Najib.
Sama
seperti keyakinan BN untuk menang PRU14. Badan penyelidik, think tank dan
kumpulan akademik pro Najib (BN) terlalu yakin BN boleh menang dan dapat
majoriti lebih besar. Sedangkan mereka yang merakyat, mengatakan sebaliknya.
Rakyat
hanya menunggu masa sahaja tarikh PRU14 diumumkan. Bila diumumkan sahaja, rakyat
sudah nekad dengan pilihannya menolak BN. BN akhirnya kecundang.
Sebab
itu, jangan terlalu yakin dengan sambutan “maluapabossku”. Apa yang penting
hari ini adalah buat kerja yang terbaik untuk rakyat, sebab rakyat sudah muak
dengan apa yang dilakukan oleh PH hari ini.
Tindak
tanduk pemimpin PH semakin memualkan. Percakaran
dalam sesama mereka tidak boleh dibendung lagi. Lebih membahayakan, rahsia
kelemahan keselamatan dan pertahanan negara didedahkan di khalayak.
Lihatlah juga
bagaimana reaksi mereka dengan perlantikan Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baharu.
Justeru,
pimpinan UMNO (BN) perlu mengambil segala ruang dan peluang ini. Cuba hindarkan
kenyataan demi kenyataan yang boleh meluntur hati rakyat. Misalnya, kenyataan
Zahid Hamidi mengenai lailatul qadar dan 18 missed call daripada Najib tahun lalu, kaitan dengan
perlantikan menjadi Timbalan Perdana Menteri, gara-gara tidak dapat menunaikan
umrah kerana passport beliau masih ditahan sementara menunggu perbicaraan.
Pada hemat
saya, lailatul qadar ini adalah sesuatu yang amat bersifat peribadi. Saya tidak
fikir mereka yang bertemu dengannya akan menceritakan kepada orang ramai.
Tetapi Zahid mengambil sikap sedemikian. Sama ada itu petanda lailatul qadar
atau tidak, kita serah kepada Allah. Tetapi ucapan seperti itu tidak sepatutnya
keluar.
Saya
tidak nafikan hari ini Najib dan Zahid serta beberapa menterinya masih popular. Tetapi perlu ingat, apakah
dengan hampir 50 pertuduhan itu, tidak ada satu pun yang akan lekat?
Pada
pengamatan awal saya, sokongan yang Najib dan Zahid terima hari ini, bukan
kerana rakyat terlalu suka atau yakin dengan mereka, tetapi rakyat terlalu muak
dengan cara PH menerajui kerajaan.
Hari demi
hari berlalu, keadaan ekonomi tidak banyak berubah, malah rakyat semakin
terhimpit. Begitu juga dengan kenyataan demi kenyataan yang dikeluarkan oleh
pemimpin PH, semakin menyakitkan hati dan gagal mencuri perhatian rakyat.
Terus
terang, saya lebih suka Najib dan Zahid duduk di belakang UMNO. Begitu juga
dengan mereka yang pernah memegang jawatan Menteri sebelum itu.
Apa yang
boleh dilakukan oleh semua bekas Menteri ini adalah, terus aktif dengan laman
sosial mereka dan ciapan setiap hari. Rakyat suka membaca dan mendengarnya.
Pengamalan-pengalaman yang ada pada kamu begitu mahal harganya, meskipun kamu
pernah melakukan kesilapan semasa memegang kuasa dahulu.
Jangan
malu mengakui kesilapan.
Ingat
kata-kata ini, old generation are using walking sticks…young generation are
using Selfie sticks…
Serahkan
kepimpinan UMNO sepenuhnya kepada Tok Mat tanpa diganggu gugat oleh pengikut-pengikut
yang agak fanatik.
UMNO
memerlukan suntikan baharu di bawah pimpinan Tok Mat. Tok Mat tanpa Najib dan
Zahid serta bekas Menteri yang diragui integritinya, perlu membuktikan bahawa
UMNO benar-benar bersih daripada rasuah dan politik wang dalam dan luar parti.
Integriti UMNO mesti menyerlah tanpa diselubungi dengan noda. Success
without integrity is failure.
Selain
itu, UMNO tidak boleh terlalu bergantung kepada bukan Melayu (Cina) untuk
menang sehingga Melayu dan bumiputera merasa terpinggir. Dalam kata lain, terlebih
menjaga BN sehingga terguris hati Melayu sama ada di dalam atau di luar UMNO.
Jaga
ketuanan Melayu/bumiputera, yang lebih boleh diharap dari ketuanan BN yang
sudah tertiarap. Ingat, berdasarkan congakan saya, dalam PRU15, undi Melayu di
Semenanjung mampu memberikan kemenangan kepada UMNO dan PAS. Untuk memerintah
dan membentuk kerajaan, tidak ada cara lain, melainkan mendapatkan sokongan
padu daripada bumiputera Sabah dan Sarawak.
Suka atau
tidak, dalam PRU15 akan datang, UMNO dan PAS perlu menekankan dan menjaga aspek
kemajoritian Melayu atau bumiputera, tanpa mengenepikan bukan Melayu yang lain.
UMNO dan rakan
baharunya, PAS perlu segera bertindak untuk memulihkan ‘damaged’ yang telah
dibuat selama ini. Pasukan khas atau taskforce hendaklah ditubuhkan bagi tujuan
pemulihan tersebut.
Antara
perkara yang perlu dilakukan segera adalah, pertama, memulihkan kedaulatan
negara yang telah dirobek oleh ultra kiasu. Kedua, bertindak segera ke atas
jembalang-jembalang ultra kiasu yang begitu berani merobek kedaulatan Islam,
Melayu dan bumiputera serta raja-raja Melayu. Ketiga, segera memperkasakan
kedudukan Islam, Melayu/bumiputera dan raja-raja Melayu seperti termaktub dalam
perlembagaan. Keempat, pulihkan sistem Pendidikan negara berasaskan
perlembagaan.
Pendek
kata, selagi tindakan yang dilakukan berpaksikan perlembagaan, selagi itu kita
akan berada di pihak kebenaran. Tidak perlu takut.
Apa yang
saya dapat simpulkan, kegagalan UMNO membina jatidiri Melayu Islam yang kuat
pada masa lalu, adalah punca apa yang berlaku hari ini.
Saya
harap muhasabah ini dapat diterima UMNO
dengan lapang dada. Sudah lama saya pendamkan. UMNO perlu berani mengakui
kesilapan dan kelemahan yang pernah dilakukan terhadap Melayu dan bumiputera
Sabah Sarawak selaku tuan tanah bersama bumi bertuah ini berbanding yang lain.
0 comments:
Post a Comment