(Sinar Harian 9 Feb 2015)
Sama
ada Anwar Ibrahim bebas atau tidak pada 10.2.15, keputusan penghakiman kes
liwatnya, itu sudah tidak penting lagi bagi Malaysia. Adapun, kadang kala seperti
tiada. Tidak banyak menguntungkan Islam. Apa yang lebih penting, agenda masa
depan agama, bangsa dan negara mesti diperkasakan.
Heboh
diperkatakan, siapakah yang akan menerajui PR? Jawapan saya, paling penting, sesiapapun,
mereka tidak boleh tunduk kepada ultra kiasu yang semakin hari semakin agresif
dan celupar mulutnya. Islam dicerca, perlembagaan dihina.
Lihat
sahaja isu banjir. Pemimpin ultra kiasu begitu bongkak mengatakan rakyat
Kelantan seperti tiada kerajaan ketika banjir. Penghinaan itu bukan hanya
ditujukan kepada kerajaan Islam Kelantan diterajui Pas semata, tetapi kepada
raja yang berdaulat.
Saya harap mungkin suatu hari nanti, bandaraya P. Pinang akan diuji sedemikian rupa. Kita nak tengok juga sejauhmana ultra kiasu ini pandai mengurus negerinya ketika banjir. Bukanlah mendoakan.
Menurut
Pas, Kelantan dihina oleh ultra kiasu dengan hanya sumbangan bantuan banjir dan
lawatan sehari ke Kelantan setelah banjir sudah surut.
Mereka tidak datang semasa banjir memuncak. Mereka tidak tahu bagaimana sukarnya kerajaan Kelantan untuk menguruskan bantuan setelah semua perhubungan terputus walaupun dibantu Kerajaan Pusat.
Mereka tidak datang semasa banjir memuncak. Mereka tidak tahu bagaimana sukarnya kerajaan Kelantan untuk menguruskan bantuan setelah semua perhubungan terputus walaupun dibantu Kerajaan Pusat.
Selama
lebih 20 tahun Pas mentadbir Kelantan, tanpa bantuan ultra kiasu, apakah Pas
begitu hina untuk menerima bantuan
mereka kali ini? Saya cadangkan, jika masih perlukan bantuan tambahan, bisiklah
pada PM, saya yakin PM akan beri.
Selepas
penghinaan dibuat, tidak semena-mena mereka datang ke Kelantan untuk membantu,
bagi mengaburi hati rakyat, menunjukkan mereka itu baik. Pandai sungguh
berlakon dan mengaburi mata orang.
Bila
ada bencana, mereka pergi dan cepat-cepat ambil gambar. Tunjukkan dalam laman
sosial, mereka buat kerja, begitu prihatin. Walhal, datang tunjuk muka sahaja.
Misalnya, aksi memberus baju, lantai dan sebagainya.
Sama
juga lakonan yang meloyakan, klip video 5 minit bertajuk 1 goat year, 1 great family, lakonan ultra kiasu dan Pas Shah Alam.
Bukan main rapat lagi duduknya dengan ‘gadis-gadis comel’ di situ. Nasib baik
ada sebiji bantal yang memisah. Jika tidak sudah macam orang bersanding pulak.
Sejak bila orang Pas ini pandai berlakun dan bersosial? Jika marahkan sangat
pada kerajaan hari ini, tidak payah sehingga menggadaikan prinsip. Hodoh sangat
rupanya. Mungkin boleh dicalonkan untuk anugerah skrin.
Ultra
kiasu bernasib baik kerana telah mewarisi negeri yang telah maju dan banyak
duit seperti P. Pinang dan Selangor. Jadi, tidaklah sesuatu yang luar biasa
jika kita berjaya mentadbirkannya. Pemimpin terdahulu, telah berjaya meletakkan
tanda arasnya.
Jika
P.Pinang, dahulunya, sebelum menang pilihan raya, keadaannya masih hutan belukar,
kemudian dimajukan, barulah ultra kiasu nampak hebat. Keadaan tidak berlaku
sebegitu. Ultra kiasu masih tidak insaf, kokoknya berderai-derai, ekor
bergelumang tahi. Hanya yang celik sahaja dapat membezakan.
Sebab
itu, mereka mahu sangat pilihan raya PBT diadakan, terutama di Kuala Lumpur dan
P. Pinang. Sudahlah kawasan parlimen semua mereka sapu. Hari ini Majlis Bandaraya
pun mereka mahu tawan. Kenapa? Agendanya, tidak lain, supaya identiti Melayu Islam tidak terpancar. Sehingga nak cari signage bahasa Melayupun susah. Sedangkan Islam dan bahasa Melayu itu agenda negara, termaktub dalam perlembagaan.
Sebelum
terlambat, eloklah Datuk Bandar KL fikirkan, menggantungkan kalimah Allah dan
tulisan jawi di merata tempat di KL, agar terpancar sedikit identitinya. Apa
nak ditakutkan, bukankah puak-puak ultra kiasu mahukan gunakan kalimah Allah,
tentu mereka setuju.
Ingatan
saya kepada Pas, Jadikanlah banjir ini sebagai titik tolak perpaduan umat
Islam, tolaklah musuh yang sebenar, hulurkan tali silaturahim kepada sebangsa
dan seagama.
Datuk
Kazim Elias dan Dato’ Ismail Sabri sedang menjadi sasaran serangan ultra kiasu disebabkan
oleh kenyataan mereka. Saya tidak nampak ada salahnya dari segi fakta akademik,
walaupun mungkin ada sedikit berbau perkauman.
Berbanding
dengan tuduhan khutbah Jakim ekstrem, pelukis yang menterbalikkan gambar Agong
serta simbol negara, penternak ikan keli babi, kes belacan dan bihun kotor,
tofu babi dan lain-lain. Sengaja atau tidak dilakukan?
Peliknya,
ultra kiasu dan sekutunya MCA dan Gerakan tidak pula lantang mengkritik perlakuan
hina ini seperti yang dilakukan terhadap Ismail Sabri. Begitu juga segelintir pemimpin
Sabah dan Sarawak yang menuduh saya rasis dan ekstremis. Mari kita berdebat
secara anak jantan untuk leraikan kekeliruan. Baru ada telor.
Bila
ultra kiasu bercakap atau bersuara, semua akan berkata, itu hak asasi manusia
atau kebebasan bersuara. Bila kita atau sesiapa sahaja bercakap atau menulis atas
nama hak dan fakta, seperti yang berlaku pada kami semua, maka akan dituduh
rasis. Akhirnya, kami yang benar jadi salah, ultra kiasu salah jadi betul. Meloyakan.
15 comments:
PUAK PUAK HARAMJADAH NI KALAU TIADA.. BARU NEGARA AMAN DAN AKAN LEBIH MAJU.
MEREKA SUNNGUP BIADAP DAN TIDAK BERTAMADDUN.
Anon 9.47 nak maju tanpa pembangkang?
Ini mungkin hasilnya...
Maju dengan Islam ketinggalan.
Maju dengan jurang ekonomi antara bangsa yg tinggi.
Maju dengan ada negeri2 yg paras kemiskinan tinggi.
Maju dengan ramainya orang Melayu harapkan brimm, penuhi pusat serenti atau masalah sosial lain.
Terbaru.... maju dengan ramai pelajar sekolah main golf????
Thaipusam , orang India dapat anugerah PM sebanyak 2 juta ... memperindakhan tempat sembayang.
Chinese New Year , mungkin cina dapat lebih banyak dari India dapat .... tak lama dah.
Malay New Year , Najib beri apa kepada kepada Rumah ibadat orang melayu.
Pembangkang memang kena ada tapi bukan macam PKR yang tak pernah perjuang untuk Melayu dan Islam, begitu juga PAS cakap sahaja pasal Islam tapi setengah pemimpin-pemimpinnya jarang yang bela Islam,sibuk nak bela agama lain.
Assalam prof...saya suka baca blog prof mohon sedikit pencerahan prof mengenai golonga ultra kiasu ini yang selalu prof tekankan dalam blog...adakah teridir dalam kalangan gol cina sahaja atau india atau mungkin melayu pun ada??? saya konfius
Malaysia akan aman bila si nuwar kembali bertapa ke gua sg buluh.
Apela lembab kau ni ... maksud anon 947 tu... maju tanpa pembangkang haramjadah.. pembangkang xde integriti.. negara akan lbh maju lg klu ade pembangkang yg berintegriti... tinggi motivasi.. dan cakap serupa bikin.. bukan lidah biawak.. pembohong tegar.. hanya nk kuasa.. pembangkang boleh tawan putrajaya klu lebih baik dr bn.. tp malangnya.. pembangkang malaysia ni sume makan taik.. asal cakap je bau taik.. dah la anon 1243.. jgn la kau komen lagi.. makin banyak kau komen makin nampak bangang kau..
" Akhirnya, kami yang benar jadi salah, ultra kiasu salah jadi betul." = Tanda akhir zaman.... kita semua menghampiri kiamat...
Bismillah.....
AsSalamu'alaikum...Wbt...
Yg Brbhg Prof, Jutn tksh Prof.. Sy sgt meminat setiap bcra Prof dlm apa jua prkr yg brbgkit mngenai Negara dn Rakyat Ngra kita yg trcinta ini..
Prof, cuma 1 satu yg akn buatkn kita Muslim Bersatu iaitu dgn Brpegang kpd Kalam Allah Swt dan Sunnah Nabi Muhammad Saw...
ALTRA KIASU...! Mrk nmpk peluang demi peluang krn ada antara Muslim yg mmbuka ruang... Ada mrk ada yg terIkut Rentak Insan yg Belum lgi Muslim ygmn DUNIA INI ADALAH SGLA2NYA... Sdgkn hakikatnya DUNIA INI ADALH SMNTRA SHJ DN HANYA PENTAS LAKUNAN SEMATA2...
MENGEJAR DUNIA SEOLH TAKKN SAKIT / TAKKAN MATI / TAKKAN TEMPUHI S A KA R A T U L MAUT!!!
Emmm entahlh Na'uZubillahiMinzalik....jauhkn kita dri prkr spt ini ye Yg Brbhga Prof dn sahabat yg MNJGA AKHLAK YG BAIK DN MULIA SBG INSAN MUSLIM SPTMN PRJANJIAN KITA SEMUA DGN ALLAH SWT IAITU..
- SPTMN YG TERMAKTUP DLM DOA IFTITAH.....
Sekian, tksh dan WasSalam....
Ujian Rambang
Hari ini saya buat test untuk menilai response kekawan saya yang bukan melayu. Bila saya dapat berita terkini tentang penghakiman kes rayuan Anwar , saya copy paste dan forward melalui wasaap kepada kekawan bukan melayu , saya bagi lah sikit ulasan yang tidak menyebelahi Anwar.
Anda nak tahu apa jadi ? Ada yang jawab dalam nada frust dengan penghakiman , ada yang kata penghakiman dibuat oleh orang buta , seolah Anwar diinayai oleh musuh politik. Ada yang langsung tak response , pada hal sebelum ini boleh kata hari2 kami sering bermesej tanpa sentoh isu politik.
Nah sekarang baru saya tahu rupanya kawan2 saya yang mesra di depan rupanya menaruh harapan agar Anwar bebas. Kenapa ? Apa untungnya mereka kalau Anwar bebas ?
Kepada anda yang lain boleh test kawan bukan melayu anda dalam kes Anwar vs Saiful .... kita boleh share response mereka. Dari situ dapat membaca hati perut mereka.
Saya bersyukur dan majoriti melayu bersyukur bila Anwar masuk penjara. Tetapi kenapa bukan melayu not happy .... Why ?????
Al Mukmin
pembangkang lemah ke... pembangkang kuat ke...
Islam terus dipermainkan di negara yang diperintah oleh kerajaan bee end selama lebih 50 tahun.
Melayu terus dipermainkan di negara...lebih 50 tahun.
MASALAH SOSIAL TERUS MENINGKAT DI NEGARA..... walaupun penceramah agama penyokong tegar kerajaan terus berceramah lebih 50 tahun.
Keselamatan negara terus terjejas dengan PATI ..... lebih 50 tahun.
Kewangan ...... lebih 50 tahun.
Alam Sekitar terus terjejas ..... lebih 50 tahun.
Nak cakap apa lagi?
Pemikiran sesetengah orang Melayu ni kurang mantap. Ada agama yang baik tapi ada yang x mahu menghayati. Ada bangsa yang baik(Melayu) tapi x bangga dan kurang jatidiri. Itulah masalahnya....
Senang saja , kau pergi pergi la jadi PATI KAT NEGERI LAIN PLAK
Anon 14/2. Kalau kau di zaman Firaun. Tentu dapat pingat.
Suruh Nabi Musa ke negeri lain.
Kadang-kala Umat Islam di Malaysia lebih mementingkan ideologi politik sehingga mengenepikan persaudaraan umat Islam. Dari pengamatan saya sebagai seorang yang tidak influence kepada mana2 parti politik, Sewaktu Pak Najib menziarahi jenazah Tuan Guru Nik Aziz, musuh-musuh Islam di Malaysia sudah mula berasa Gerun kerana bimbang perdamaian antara UMNO & PAS seterusnya menjadikan umat Islam lebih bersatu padu dan kuat. Saya berharap, umat Islam di Malaysia akan lebih bersatu padu, mengurangkan pertelingkahan, meraikan perbezaan pendapat demi kemajuan dan menyayangi antara satu sama lain.
Post a Comment