(Sinar Harian,
23.2.15)
Ketika lahir, bayi
menangis, orang lain melihat, tersenyum. Ketika mati, mayat tersenyum, orang
lain melihat, menangis. Terasa kehilangan.
Ketika berkuasa,
keberadaanmu disenangi. Tanpa kuasa, orang lain terasa rugi, terasa sepi.
Namun, ke mana pergi, dituruti dan diikuti. Dapat bersalaman, peluk, cium pun
jadilah. Bila mati, terasa kehilangan di hati. Pemergian ditangisi, kerana
tidak ada galang ganti. Kenapa? Iman dan takwa tidak boleh dijual beli.
Harganya terlalu mahal.
Itulah Tok Guru Nik Aziz (TGNA). Mendengar pemergiannya, secara tidak disedari,
air mata ini berlinangan, walaupun saya tidak rapat dengan TGNA, tetapi pernah
beberapa kali bertemu dan bersalaman. Melihat rumah dan pondoknya dari jauh.
Ada dalam beberapa
perkara, saya tidak sependapat dengan TGNA, terutama mengenai ultra kiasu, tetapi
itu bukan bermakna, saya menolak segala kebaikannya. Sifat tawaduk, zuhud dan
gaya kepemimpinan TGNA amat saya kagumi.
Meskipun ada yang
mendakwa Kelantan tidak maju, tetapi jauh di lubuk hati saya berkata Bandaraya
Kota Bharu, jauh lebih membangun dari bandaraya yang lain. Ingat, jangan ukur
kemajuan dengan hanya kaca mata dunia semata, lihatlah sama dari kacamata
akhirat.
Tidak ramai pemimpin
boleh ‘menolak dunia’ ketika berkuasa. Tetapi itulah TGNA. Bukan seperti kita, kadangkala
baharu sahaja dilantik jadi pemimpin sudah kaya.
Kehebatan TGNA menjadi
sebutan sejak dahulu. Saya tidak pernah taksub kepada TGNA. Ketika wacana di
Kota Bharu, suatu ketika dahulu, saya ditanya kenal atau tidak dengan TGNA.
Saya jawab, kenal. Tetapi saya tidak taksub.
Sebab itu, bila melihat
gambar yang dikirim rakan-rakan dalam laman sosial, tentang awan mendung yang
berarak, kalimah Allah terbentuk dan perkara pelik berlaku ketika pengkebumian
TGNA, saya tidak teruja untuk melihat. Itu secara kebetulan, saya berceramah
pun awan mendung.
Bukan itu yang kita
mahu lihat atau dengar tentang TGNA. Tetapi perkara lain yang lebih penting. Kehidupan,
wibawa dan cara berpolitik. Soal lain yang pelik berlaku, serah kepada Allah.
Mana
mungkin kita berjumpa dengan pemimpin seperti ini. Setiap pagi, TGNA menjadi
imam subuh dan memberi tazkirah. Makan minum seperti rakyat biasa. Rumah dibuat
dari kayu, tiada marmar, atau hiasan
yang mahal-mahal. Rumah tidak berpagar, tiada pengawal, apatah lagi cctv. Sesiapa
boleh masuk keluar berjumpa.
Ketika
berkuasa, elaun rumah dan keraian, elaun buka puasa, malah elaun hari raya pun tidak
pernah diambil. Sehingga hujung nyawanya, tetap istiqamah dengan Islam. Memberi
amaran kepada ultra kiasu supaya jangan campuri urusan Kelantan untuk
melaksanakan Islam.
Hina
sungguh kepada mereka yang menjatuhkan fitnah kepada TGNA. Apatah lagi
menyebarkan gambar-gambar yang menyamakan cara makan TGNA dengan babi.
Ingatlah, amaran Allah dalam surah An-Nur: 19
Sesungguhnya orang-orang yang suka terhebah
tuduhan-tuduhan yang buruk dalam kalangan orang-orang yang beriman, mereka akan
beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat dan
(ingatlah) Allah mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui (yang
demikian).
Sempena dengan
pemergian TGNA, saya merayu kepada semua umat Islam, tanpa mengira parti dan
ideologi.
Pertama, contohilah
gaya kepemimpinan TGNA, walaupun tidak kesemuanya mampu untuk kita ikuti.
Jangan dikutuk dan dihina insan yang telah pergi dan banyak berjasa. Saya
memuji PM dan isteri, MB Terengganu, serta pemimpin yang tidak bersefahaman,
kerana menziarahi keluarga TGNA. Itulah sifat negarawan seadanya.
Kedua, jadikanlah TGNA
sebagai katalis perpaduan umat Islam. Umno tidak perlu bertanding di DUN
Cempaka. Kalau boleh selepas ini, biarkan sahaja, Kelantan di bawah Pas. Tidak
perlu bertanding. Kita tidak akan rugi apa-apa, jika itu yang rakyat suka. Kelantan
tidak pula makin mundur. Pi mai pi mai, di tangan umat Islam juga.
Kalau nak rampas juga, bukanlah
Kelantan, tetapi Pulau Pinang dan negeri yang dikuasai ultra kiasu. Seteruk-teruk
Kelantan, integriti masih lagi lebih baik berbanding negeri lain. Untuk BN
kembali merampas Kelantan, selaku pengkaji politik, saya fikir hanya sia-sia.
Apatah lagi setelah perginya TGNA. 20 tahun lagi pun belum tentu dapat. Gunakanlah
wang ringgit bertanding dan kempen pilihan raya, untuk membantu mereka yang
memerlukan, terutama mangsa banjir.
Ketiga, suka atau
tidak, jika Umno mahu kekal berkuasa dan menambah kerusi, gaya kepemimpin TGNA harus
diikuti, terutama integritinya. Pastikan pemimpin cawangan, bahagian, negeri
dan pusat meneladani. Berikanlah royalti. Ingat, kuasa bukan tiket untuk jadi
kaya, tetapi untuk menghambakan diri kepada Allah dan memakmurkan anugerahNya.
Akhirnya, sejuk hati
dan sangat teruja, melihat isteri PM, datang menziarahi keluarga TGNA dengan bertudung.
Alangkah baik jika terus dikekalkan. Rakyat pasti suka. Maaf, jika terlanjur
berbicara.
9 comments:
Hadirnya ditakuti. (Takut dicop pembangkang. Takut pendapatan di sekat. Takut penipuan terbongkar. Takut segalanya....)
Perginya dibuat2 sedih. Habis semua media ingat ALLAH. Boleh pulak bacaan Al Quran kerap berkumandang. Agak2 berapa juta rugi terkurangnya siaran iklan gamaknya.
Memang lawaklah Ummno....................................................................... dan pembodeknya.
Wahai muslim, PAS dan UMNO adalah label, yang hakiki kamu adalah pemilik Khalimah Agung...bersatulah untuk Allah dan Rasulullah...
Kenapa Anon 9:34 hati terlalu gelap sehingga bersangka buruk pada semua?
Adakah kamu ingat setiap kebaikan yang dilakukan oleh orang lain atau dari ideology yang berbeza adalah lakonan semata-mata?
Muhasabahlah diri sendiri yang suka bersangka buruk pada orang lain. Memalukan umat Islam.
Nak bersatu macamana? Seorang nak hukum Allah. Seorang ada share syarikat arak atau syarikat judi atau kaki karoeke atau kaki.... yg x nak ikut Islam.
Itu angan2 Melayu namanya.
Bersangka buruk lagi? Setelah lawak "kangkung" dan lawak "cuci rambut" terjadi. Ntah lawak apa lagi akan terjadi.
Gelap hati ke? Bersangka buruk ke?
Bila realitinya dah lepas 50 tahun berlalu pemimpin be end mencampur aduk halal haram.
Malam beryahanana... Siang berkpop atau terlibat/share buat benda haram.
Islam bagitau jangan bersangka buruk.
Tetapi dalam kes lain Allah ada bagitau sifat munafik. Mksudnyer MUNAFIK ATAU YANG SEALIRAN DENGANNYA TU WUJUD.
Islam juga suruh berhati2 dengan golongan munafik atau penyokongnya.
Munafik susah dikenali dan manusia tak akan mengaku munafik untuk dikenali?
Bukankah itu pun kena bersangka buruk.
Dalam kehidupan seharian. Anak2 selalu balik lewat malam tapi memakai serban atau bertudung labuh. Bukankah itu pun kena bersangka buruk.
Tapi ayat Allah tidak bersalahan.
Yang penting Allah dah bagi petunjuk bagaimana manusia menjalani kehidupan dan UNTUK MEMILIH PEMIMPIN.
anon 554,
Nampak sangat betapa dangkalnya otak kamu ni. dekat Kelantan tu bebas sangat ke dari maksiat? kalau tak kenapa hiv tinggi. dari satu sudut ya, tgna mmg seperti saudara ridhuan tee cerita tu. zuhud, warak dan besederhana dalam hidup. tapi kebencian allahyarham pada umno dah melahirkan banyak haters salah satunya kamu. semua benda dihempuk salah pada umno. seolah2 pas tu parti maksum takde cacat cela. perangai holier than thou atau aku lagi suci dari kamu ni takde bezanya dari perangai ultra kiasu. matlamat mungkin berbeza tapi cirinya tetap sama : pentingkan diri sendiri. bila dah ditanam sifat ni maka jadilah bangsa yang tak boleh nak terima salah sendiri dan kalau dah terang salah sendiri pun tetap disalahkan orang lain. itulah yang ditarbiahkan pemimpin2 pas pada pengikut2nya. ya memang Allah suruh berhati2 dengan munafik. tapi bukan hina caci dia. nak citer munafik pas pun sama munafik dulu nak Negara islam sekarang ok Negara kebajikan je. bukan ke ini munafik jugak kawan? yang kamu kena berhati2 kawan kapir harbi kamu tu. sebab pas nampaknya berani sangat main api dengan geng2 ultra kiasu. jangan sampai tebakar sudah.
jentayu
Rencana berkenaan seorang Hamba Allah yang telah meninggal pun masih ada pula yang mahu mengeluarkan kata-kata yang buruk.
Bukankah lebih baik kita semua mendoakan perpaduan ummah? Kemudian sama-sama memikirkan dan cari jalan yang terbaik untuk bangunkan ummah.
Allah Taala senantiasa menerima taubat hambaNya, tetapi sebahagian manusia memang lebih sukakan permusuhan.
Semoga kita semua tidak termasuk dalam golongan yang suka memecah-belahkan umat. Insya-Allah.
Jangan hanya pandang keburukan itu hanya dai UMNO.
Jelaskan kenapa YB PAS hingga sekarang tidak haramkan kilang Arak Carlberg di Selangor yang mereka beriya-iya sangat nak tutup bila berkuasa.
Apa dah jadi pada Si Khalid Samat. Dia orang mana.
PAS memang dipenuhi oleh manusia2 munafik.
NI la jadinya apabila Islam menjadi isle! Islam ada makna tapi isle tiada makna; kosong! Tu sebab perjuangan macam lalang.
Post a Comment