(Sinar Harian 17.11.14)
Saya ucapkan tahniah atas inisiatif MCA yang
telah menubuhkan sebuah jawatan kuasa bertujuan membuat kajian, bagi memandai
anak-anak SJKC menguasai Bahasa Kebangsaan (BM).
Jangan lupa masukkan pakar bahasa dan linguistik,
terutama dari Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Begitu juga di UKM, tempat
presiden MCA hari ini belajar suatu masa dahulu. Jangan asyik fokus dan ambil
ahli akademik UTAR sahaja.
Saya menawarkan diri, jika sudi. Begitu juga
pakar lain seperti, Profesor Teo Kok Siong. Sebelum itu, izinkan membuat
beberapa cadangan.
Pertama,
tambahkan waktu BM seperti mana yang telah diarahkan oleh kerajaan dan
ditentang hebat oleh Dong Zong dan Jiao Zong (DJZ) serta MCA sendiri.
Sejak dahulu, kerajaan cadangkan agar BM diajar 240
minit seminggu di SJKC. Tetapi tidak pernah dipersetuji dan tidak dilaksanakan.
Mereka hanya mahukan 180 minit sahaja. Atas alasan, jika ditambahkan waktu BM,
maka mata pelajaran lain akan terjejas. Murid SJKC tidak dapat menguasai Bahasa
Cina (BC) dengan baik.
Kenapa tidak mahu bersusah sedikit untuk masa depan
negara? Pada saya, 240 minit tidak cukup. Gandakan kepada 600 minit seminggu
yakni 2 jam setiap hari.
Kedua, guru yang mengajar BM tidak perlu
disyaratkan mesti mendapat kredit dalam
BC peringkat SPM. Interaksi amat penting dalam menguasai BM. Jika pekerja
Bangladesh boleh menguasai BM dalam masa yang singkat ketika berada di negara
ini, kenapa tidak rakyat negara tercinta ini? BM adalah bahasa paling mudah di
dunia berbanding bahasa lain.
Ketiga, beberapa subjek lain seperti sejarah juga
hendaklah diajar dalam BM, bukan dalam bahasa ibunda (BC). SJKC tidak wajar
beroperasi penuh kecinaan, dalam sebuah negara yang meletakkan BM sebagai
bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi. Kita tidak perlu menjadi terlampau
kecinaan. Cukuplah sekadar boleh bertutur dan berinteraksi dengan baik.
Subjek sejarah yang hanya menekankan sumbangan
orang Cina sahaja seperti yang mahu diperkenalkan oleh MCA, tidak sepatutnya
diadakan. Alasannya supaya orang Cina tidak lupa akar. Bentuk akar bagaimana
yang hendak diingati?
Rakyat Sabah dan Sarawak, tidak pernah hilang
akar dan jati diri kaum mereka meskipun mereka tidak ada sekolah berasaskan
kaum. Saya amat bimbang, jika cadangan MCA ini diluluskan, selepas ini semua
kaum di Sabah dan Sarawak meminta pula supaya sejarah pemimpin kaum mereka yang
tidak kurang pentingnya dalam sejarah untuk ditonjolkan.
Apakah sumbangan pejuang seperti Mat Salleh,
Rentap, Antanum, Sharif Masahor dan ramai lagi di Sabah dan Sarawak, tidak
sehebat bekas pemimpin MCA?
Keempat, selama ini, silibus BM di SJKC/T berbeza
dengan silibus SK. BM di SJKC/T dimudahkan sedikit kerana tidak mahu
membebankan mereka. Itupun masih ramai yang gagal. Jika ramaipun yang berjaya,
kebanyakan menghafal, bukan dengan kefahaman yang sebenar.
Bukti menunjukkan, ramai yang mendapat keputusan
yang baik dalam BM ketika PMR dan SPM, tetapi bila tiba bab lisan atau
kemunikasi, berlaku sebaliknya. Puncanya mungkin disebabkan ketika di sekolah
rendah, silibus BM dimudahkan. Pertuturan BM dicampuradukkan dengan bahasa
ibunda.
Justeru, sudah sampai masanya silibus BM
diseragamkan di semua sekolah. Tidak kira di SJKC atau SK. Jika MCA hendak
memastikan anak-anak tidak lupa akar, kenapa tidak boleh bersusah sedikit dalam
mengakar agenda negara.
Kelima, pimpinan NGO pendidikan Cina seperti Dong
Zong, Jiao Zong dan Dong Jiao Zong hendaklah dirombak. Mereka yang terlalu
chauvinis dan perkauman hendaklah ditukar kepada yang lebih liberal dan
mementingkan agenda negara.
Keenam, jika MCA benar-benar bersungguh-sungguh
mahukan murid-murid SJKC pandai dalam BM, saya cadangkan agar menyokong
terlebih dahulu inisiatif yang telah dirancangkan oleh Kementerian Pendidikan
sejak dahulu lagi untuk memandaikan murid-murid SJKC.
MCA perlu fokus dalam hal ini. Perjuangan MCA akan
diingati dan dihargai jika perancangan ini berjaya. MCA tidak perlu membuang
masa mencampuri hal ehwal agama Islam, seperti isu memakai tudung di kalangan
para pekerja wanita di negeri Kelantan. Itu hak mereka. MCA tidak perlu gatal
mulut dan gatal tangan. Jaga kain sendiri, kerana kain sendiri juga berserabut.
Akhirnya, saya masih beranggapan bahawa sekolah satu
aliran adalah yang terbaik untuk kita semua. Jika tidak dapat dilaksanakan,
jadikan semua sekolah menjadi Sekolah Wawasan (SW) yang menempatkan semua
pelajar dalam satu bumbung.
Untuk makluman, sehingga kini, kerajaan telah menempatkan hampir 40 ribu
guru terlatih di SJKC. Sebanyak RM 2 bilion dibelanjakan setiap tahun untuk
membayar gaji guru-guru dan operasi-operasi mengurus di SJKC di seluruh negara.
Daripada hampir 2000 SJKC, sebanyak 455 mempunyai kurang daripada 150 murid. Itupun
kerajaan terus bantu. Peliknya, arahan
kerajaan masih diabaikan?
10 comments:
Tambah lagi cadangan:
Hari tu didedahkan yang seramai 900++ peserta PLKN daripada bangsa Cina dan India yang tak boleh bertutur dan memahami bahasa Melayu. Orang pun hairan macam mana pula boleh lulus SPM?
Cadangannya adalah dengan menjemput SPRM untuk menyiasat sistem peperiksaan bahasa Melayu, bagaimana orang yang hapah tak faham bahasa Melayu boleh lulus subjek bhasa Melayu SPM. Kalau ada yang lulus dengan cemerlang, ada sebab kuat untuk siasat!
Itu yang dikaitkan dengan teori Darwin "survival of the dumbest". cina tak yang tahu bahasa Melayu mahu diwujudkan persekitaran kecinaan disebabkan kebodohan ini sampai ada cadangan minta bahasa Mandarin dijadikan bahasa rasmi la, bahasa perdagangan la, bahasa ekonomi la.
Kerajaan tak payah layan lagi. Yang perlu disiasat, mereka yang tak tahu bahasa Melayu tak patut lulus dalam sebarang peperiksaan awam. Kalau lulus juga, ada sebab untuk dicurigai.
1:13 PM,
Setuju, Kerajaan tak payah layan lagi. Yang perlu disiasat, mereka yang tak tahu bahasa Melayu tak patut lulus dalam sebarang peperiksaan awam.
Bukan itu sahaja, siasat juga mereka di Dong Zong yang mentadbirkan sekolah sekolah Cina. Jika ada komplot sengaja merendahkan markah, tidak mengikuti peraturan atau garis panduan Jabatan Pelajaran.
Memang sudah lama di ketahui bahawa mutu pengajaran, malahan sukatan pelajaran Bahasa Malaysia di sekolah Cina ada lah lebih rendah dari SK. Jadi, siasat lah sepenuh nya.
Sabelom mengomen tajuk pos RT, ingin nak sebut Tun Dr Mahathir kata dalam blog nya semalam isu isu yang meremehkan sistem pelajaran kita telah di padatkan ke dalam 14 points yang kritikal.
TDM kata keputusan meneruskan sekolah vernakular ada lah politikal. Ini membawa kapada "the children of different races lost all opportunities to grow up together; the Malays to national schools, the Chinese to Chinese primary and secondary schools and the Indians to Tamil primary schools."
Tapi belom baca habis pos dia itu, ha nya nak komen sepintas lalu bahawa sayang dia tak dapat selesaikan masalah itu di 22 tahun pemerintahan nya.
DS Najib Menteri Pelajaran di satu peringkat tempoh itu dan telah menarik kuasa dari Pengarah Pelajaran kapada Menteri Pelajaran, "melembutkan" lagi pengawasan terhadap sekolah vernakular.
Sekarang Najib amat ghairah dengan hendakkan taraf negara maju. Nampak nya macam tak kira apa. Liberalisasikan itu ini. Buang ISA dan nak buang Akta Hasutan, walau pun sekurang kurang nya 170 dari jumlah 191 bahagian UMNO serta Pemuda dan Wanita UMNO mahukan Akta itu di teruskan. Juga di ketepikan DEB, namppaknya tak hiraukan sangat hak dan kepentingan kaum Melayu yang UMNO bersumpah mempertahan dan memajukan di masa penubuhan nya lebih 60 tahun lalu.
Sudah ramai yang meminta UMNO gantikan dia dengan Timbalan nya TS Muhyiddin. Yang memestikan Sejarah di sekolah sekolah mulai 2013. Yang kata kata nya berkenaan Sistem Sekolah Satu Aliran nampak nya nampah semenggah.
Saya sokong permintaan gantian itu.
Hah, tambahkan waktu BM seperti yang telah diarahkan oleh kerajaan pun nak tentang? Apa kedarah nya Dong Zong, Jiao Zong dan MCA sendiri?
Sudah lebeh tu, beb. Dah lah tak mahu BM sebagai bahasa pengantar, arahkan tambah masa BM pun nak bising.
Serapkan saja sekolah Cina ke dalam sistem SK. Dia orang reaksi, beri hujah hujah dan penerangan sapenuh nya. Jika mereka langgar undang undang, Polis boleh ambil tindakan. Jika nak demo besar besaran, dulu masa Bersih 2.0, Tentera pun kata mereka sanggup bantu mengawal keselamatan dan ketenteraman jika di perlukan.
Apa mengarut pulak nakkan Subjek sejarah yang hanya menekankan sumbangan orang Cina sahaja? Alasan MCA supaya orang Cina tidak lupa akar, memang perlu lah di tanya bentuk akar bagaimana yang hendak di ingati.
Asalkan rakyat tahu kebanyakan nya di bawa masuk dek British kolonial sebagai "coolie" di lombong lombong bijih timah, di ladang ladang getah, kemudian berniaga, berjaya, sehingga menjadi kaum yang terkaya di negara ini salepas British berambus, cukup lah.
Jangan jadi ultra kiasu macam DAP pulak, dah dapat hak kerakyatan, tak berterima ksih, tak hormatkan Perlembagaab, kamdian nak itu ini tak habis habis.
Tak boleh. Semua nya mesti berlandaskan Perlembagaan negara.
Nakkan Subjek sejarah yang hanya menekankan sumbangan orang Cina sahaja? Yang menyebut Sun Yat Sen ada tumpang duduk di Penang semasa cabut lari dari pergolakan revolusi di tanah besar China dulu ke?
Macam yang Tokong Lim Ketua Menteri P Pinang resmikan pembukaan bangunan bernama Sun Yat Sen di Pulau Pinang ke?
Amat mengarut kalau gitu. Langsung tak boleh, tak perlu langsung sebut Sun Yat Sen. Dia tak ada apa apa sumbangan kapada negara ini. Dia lambang revolusi di China. Uktra kiasu tak reti berterima kasih Cina Bukit pendatang DAP mahu serapkan secara licik dan subversif ke dalam kepala kaum pendatang berkenaan revolusi atau membantah Kerajaan Pusat, menggugat Perlembagaan negara tak habis habis.
Saperti di buat mereka di masa sabelom Lee Kuan Yew dan PAP di halau dari Malaysia dulu. Di teruskan dek rasis dan chauvinis Lim Kit Siang, menyo'al Kedudukan Istimewa Melayu dsb nya. Sehingga mencetus pergaduhan kaum 13 Mei 1969.
Terima kasih di atas maaluman kerajaan telah menempatkan hampir 40 ribu guru terlatih di SJKC. Harap sama latihan dengan guru di SK.
Jika demikian, senang lah bika mengimplementasi sistem Sekolah Saru Akiran. Ha nya arahkan sahaja sekoalh sekolah vernakular itu supaya menggunakan BM sebagai bahasa pengantar dan sukatan pelajaran (syllabus) yang sama dengan yang di gunakan di DK.
So'al asset bangunan, makmal dll boleh di runding.
Bakpa nak tambah tambah masa utk BM. Serapkan saja SRKJC dan SKJC ke dalam sistem SK. Dah bnyak yg cadang gitu.
Saya bersetuju dengan penambahbaikan mutu BM di SJKC. Cuma saya rasakan lebih baik ditingkatkan kualiti pengajaran daripada kuantiti masa. Kalau ada kuantiti tetapi tak ada kualiti pun tak da gunanya
Itu orang cakap sekolah agama perkauman dll, depa tak tau atau tak mau terima Perlembagaan negara Perkara 3 kata "Islam ada lah agama Persekutuan ini".
Takda agama lain pun di sebut dalam Perlembagaan. Sorang bekas Hakim Mahkamah Rayuan dah kata hal ini dll yang berkaitan dengan nya bermakna Islam ada tempat khas, ada keutamaan.
Kalau depa tak mau hormat dan patuhi Perlembagaan, perlu berhijrah. Bagus untuk depa, bagus untuk yang tinggal di negara ini.
Post a Comment