Pensyarah Kanan, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
(Mingguan Malaysia, 20 September 2009)
KADANGKALA saya musykil kenapa orang Melayu mudah menjadi ‘cair’ apabila mendengar orang bukan Islam bercakap pasal Islam atau memuji Islam atau memetik satu dua ayat Quran untuk dijadikan hujah sandaran. Misalnya, ucapan beberapa pemimpin pembangkang bukan Islam yang memetik beberapa ayat suci al-Quran dan mahu mengambil pendekatan urus tadbir negeri mengikut cara pemerintahan Umar Abdul Aziz.
Benar, dari satu segi nampak orang bukan Islam cenderung kepada Islam. Tetapi kita perlu ingat adakah mereka ini benar-benar mahu beriman atau percaya kepada al-Quran atau sekadar lakonan semata-mata untuk mengaburi mata orang Melayu Islam? Saya cukup yakin bahawa golongan ini sudah dapat membaca dan memahami psikologi orang Melayu. Mungkin orang Melayu boleh memberikan jawapan apakah mereka sebenarnya sudah memahami psikologi mereka?
Orang Melayu mudah ‘cair’. Mereka biasanya mudah berasa terpesona dan terpegun bila ada orang lain yang memuji bangsa dan agama mereka. Justeru, mereka akan bermati-matian mempertahankannya tanpa menoleh ke belakang. Mereka akan mendabik berkata ‘tengok orang bukan Islam pun nakkan Islam, sedangkan orang Islam sendiri menolak Islam’.
Lanjutan itu, mereka akan menjaja ke mana sahaja kata-kata ini, bahkan sanggup menolak rakan seagama yang sanggup menghulurkan tangan untuk berbaik-baik. Huluran tangan rakan seagama ini bukan sahaja ditolak mentah-mentah, tetapi dijawab dengan andaian-andaian negatif dan prejudis. Mereka rela bekerjasama dengan orang bukan Islam daripada orang Islam sendiri.
Kita tidak pernah belajar atau mahu belajar dari sejarah, bila berhadapan dengan golongan seperti musang berbulu ayam ini. Pengalaman telah banyak mengajar kita. Mereka ini tidak pernah bersetuju dengan Islam apatah lagi agenda untuk menegakkan negara Islam dan hukum Islam. Penolakan mereka selama ini amat jelas. Tidakkah kita pernah mendengar kata-kata “Langkah mayat aku dulu jika mahu menegakkan negara Islam”, " Malaysia mesti kekal menjadi negara sekular”, “Negara Malaysia bukan kepunyaan orang Melayu”, “Melayu adalah juga pendatang” dan berbagai-bagai kenyataan yang menyakitkan.
Tidakkah orang Melayu sedar akan agenda mereka? Apakah kita tidak takut dengan ancaman golongan ini terhadap agama kita? Tidakkah kita terfikir bahawa parti ini amat baik dengan parti yang memerintah negara Singapura yang merupakan pecahannya? Bagaimana suatu hari nanti, mereka berpakat-pakat untuk melemahkan kita?
Tidakkah kita mengambil pengajaran daripada tindak-tanduk Singapura hari ini yang amat mencurigakan. Cukuplah dengan kita telah kehilangan Pulau Batu Putih dan ruang udara kita sentiasa dicerobohi. Itu belum termasuk kolam takungan air di Johor yang dikawal rapi oleh tentera Singapura sehingga kita sendiripun tidak boleh masuk. Tidak ketinggalan, tanah-tanah negara kita yang telah tergadai ke tangan mereka. Pendek kata, Singapura tidak mahu sama sekali berkongsi dengan kita. Mereka amat ultra kiasu. Sesuatu yang menggugat kepentingan mereka akan ditentang habis-habisan seperti isu perjanjian air, merobohkan Tambak Johor dan menggantikannya dengan jambatan bengkok.
Berbalik kepada isu parti pecahan yang memerintah Singapura hari ini, apakah benar-benar mereka ingin atau akan melaksanakan pemerintahan Umar Abdul Aziz apabila mereka berkuasa nanti? Adakah pemerintahan Umar Abdul Aziz benar-benar akan dilaksanakan? Bagaimana dengan nilai-nilai kehidupan beragama yang dilaksanakan oleh Umar Abdul Aziz? Pernahkah golongan ini mempamerkan nilai-nilai agama tersebut?
Saya diserang dan dikecam habis-habisan oleh golongan ini, semata-mata kerana saya mempertahankan larangan berzina dan arak. Bagi mereka itu adalah hak asasi manusia. Bagi mereka hak asasi manusia mesti dipertahankan berbanding dengan hak Tuhan Yang Maha Esa. Adakah ini corak pemerintahan Umar Abdul Aziz?
Kita jangan tertipu dengan golongan ini. Jika mereka benar-benar mahu laksanakan corak pemerintahan Umar Abdul Aziz, sudah lama parti ini akan melantik rakan sekutunya, yang dikatakan memperjuangkan Islam di salah sebuah negeri yang diperintahnya sebagai exco. Ini kerana, rakan sekutunya memang sudah terkenal dengan imej ‘bersihnya’ seperti kelihatan seolah-olah ‘Umar Abdul Aziz’! Tetapi di manakah kedudukan rakan sekutunya itu di negeri tersebut? Pada saya, mereka tidak pernah suka pada dasar Islam yang dibawa rakannya itu. Mereka amat prejudis sesama sendiri walaupun berada dalam satu pakatan. Bermakna, mereka juga prejudis terhadap Islam. Itu amat jelas sekali. Saya tidak perlu mengajar rakan sekutunya itu kerana sudah terang lagi bersuluh. Sikap biadab mereka berkaitan isu arak dan tuduhan mereka terhadap Jamaah Islah Malaysia sebagai pelampau agama sudah menunjukkan belang mereka yang sebenar. Banyak lagi contoh lain tentang kebiadabannya terhadap Islam.
Terhakis
Umar Abdul Aziz sentiasa memperkasakan identiti Islam di dalam pemerintahannya. Apakah identiti Islam dipelihara di negeri yang diperintah oleh golongan kiasu ini? Apa yang saya tahu identiti Melayu dan Islam semakin terhakis di negeri yang diperintahnya. Contoh kecil, nama-nama papan tanda, medan selera atau nama bangunan sudah langsung tidak mendaulatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
Saya tidak menyatakan kerajaan dahulu lebih baik? Tetapi jika kita benar-benar mahu mengikuti Umar Abdul Aziz, sudah tentu kita perlu tunjukkan yang kita lebih baik berbanding sebelumnya. Sebab Umar Abdul Aziz hebat integritinya, tetapi Umar tidak pernah mengenepikan identiti bangsa Arab Islam selaku penduduk asal. Bahasa al-Quran diperkasakan di mana-mana sahaja. Bagaimana pula dengan Malaysia sebagai sebagai sebuah negara yang berasal daripada Tanah Melayu? Adakah kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan terpelihara?.
Perlu dingatkan bahawa Umar Abdul Aziz tidak mementingkan kekayaan dan kemegahan dan memilih untuk hidup dalam kesederhanaan. Walaupun mendapat sokongan yang tidak berbelah bahagi rakyat, beliau menggalakkan rakyat supaya memilih khalifah yang baru sekiranya mereka tidak berpuas hati dengan pemerintahannya. Umar juga membahagikan tanah jajahan Umayah kepada rakyat dan amat jarang menerima hadiah kerana takut dirasuah. Beliau juga mendesak kaum keluarganya supaya mendermakan barang kemas kepada perbendaharaan awam.
Umar menolak sikap pemerintah yang selalu melantik pegawainya untuk mengawasi rakyat. Tetapi Umar melantik rakyat untuk mengawasi diri dan kelakuannya. Jika rakyat mendapati beliau melakukan kesalahan, Umar Abdul Aziz meminta dibimbing atau dihalang daripada melakukan kesalahan tersebut.
Saya harap umat Islam tidak merasa ditipu dengan penonjolan pemerintahan Umar Abdul Aziz oleh golongan kiasu ini. Apakah kita masih belum mengenali isi hati dan hati budi mereka setelah 52 tahun merdeka? Adakah kita boleh bekerjasama dengan orang sebegini, bila mana mereka digalakkan memakai songkok ketika pembukaan Parlimen di hadapan sultan, golongan ini menolak mentah-mentah? Apatah lagi untuk memakai baju Melayu?
Tidakkah kita sedar bahawa selama ini, golongan inilah yang paling kuat menentang Islam atau negara Islam. Lihatlah sejarah penentangan mereka terhadap hukum Islam dan perisytiharan negara Islam oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamed suatu ketika dahulu. Perisytiharan negara Islam ketika itu hanya pada nama sahaja, bukan pelaksanaan hukum yang sebenar. Jika benar-benar hukum Islam dilaksanakan, bagaimanakah gelagat mereka agaknya? Persoalannya, adakah corak pemerintahan Umar Abdul Aziz tidak berasaskan Islam? Soalan-soalan ini hanya boleh dijawab oleh golongan kiasu ini?
Rakan sekutu mereka dalam pakatan selalu berhujah, itu pandangan generasi lama atau generasi tua. Generasi baru tidak sebegitu pemikirannya. Setelah mengkaji parti kiasu ini sekian lama, saya tidak nampak ada perbezaan antara generasi baru dan lama. Sama sahaja. Jika perjuangannya adalah Malaysian Malaysia seperti mana yang diperjuangkan oleh Parti Tindakan Rakyat (PAP), sampai bila-bila saya tidak akan percaya.
Justeru, jangan perjudikan masa depan negara demi mencapai kepentingan masa kini. Apa berlaku pertembungan antara kepentingan masa depan dengan masa kini, maka kepentingan masa depan mesti diutamakan. Begitu juga dengan kepentingan masa depan dan kepentingan parti atau etnik, maka masa depan negara mesti diutamakan. Sama juga halnya apabila kepentingan agama bertembung dengan kepentingan bangsa, maka agama perlu didahulukan.
Biarkan
Jangan biarkan diri kita dipermainkan atau diperkotak-katikkan. Jangan jadi hamba di bumi sendiri. Tetapi bangunlah, bangunlah mempertahankan yang hak tanpa menafikan hak orang lain. Jika tidak, satu hari nanti kita akan menyesal. Ketika itu saya bimbang sudah terlambat. Nasi sudah menjadi bubur. Sebelum ia berlaku, marilah kita merapatkan saf dan merenungkan kembali masa depan kita dan Islam.
Janganlah gunakan nama Umar Abdul Aziz sekadar untuk memenangi hati orang Melayu yang mudah ‘cair’. Orang Melayu hari ini bukannya bodoh. Mereka sudah celik dengan taktik kotor ini. Kembalilah kepada fitrah. Sesungguhnya, hari kemenangan ini menjanjikan kepada kita, yang hak itu tetap hak dan batil itu tetap batil. Sempena Hari Raya Aidilfitri ini, kembalilah kita menghayati manusia fitrah yang bersih dari dosa dan noda dengan mengkaji kesucian agama Islam sendiri, sebelum ‘terlebih’ mempercayai orang lain. Saya bimbang kita akan tertipu dengan permainan silap mata ini. Akhirnya kita sendiri yang rugi. Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir Batin, sepanjang membaca tulisan saya di akhbar ini.
- Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah ialah Pensyarah Kanan, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
44 comments:
Salam Tuan,
saya kagum dgn isu dan isu yang tuan jelaskan,
ianya amat jelas dan tiada sorok-sorok.
Terima kasih tuan krn menyedarkan sispa diri saya sebenarnya.
salam dr. ridhuan,
terlintas di fikiran ayat 9-10 surah hujurat.ada disebut dalam ayat tersebut "2 puak dari ORANG-ORANG MUKMIN bertelagah", memetik kata dr.
"bahkan sanggup menolak rakan "seagama" yang sanggup menghulurkan tangan untuk berbaik-baik. Huluran tangan rakan "seagama" ini bukan sahaja ditolak mentah-mentah, tetapi dijawab dengan andaian-andaian negatif dan prejudis" mengingatkan saya ucapan tg nik aziz yang menyatakan kesediaan untuk bekerjasama ( dalam PERJUANGAN tentunya, bezakan dengan kehidupan seharian ) dengan umno dengan syarat dibuang dasar KEBANGSAAN ( ashobiyyah ) dan mengambil islam sebagai perjuangan.( rujuk ayat 14 hujurat,oleh kerana islam datang dahulu baru iman maka dapat dilihat kesinambungannya dengan ayat di atas, dengan begitu baru dapat diislahkan antara dua puak mukmin yang bertelagah )kenapa dalam isu muzakarah pas-umno, hanya pas sahaja yang perlu mengalah ( dan akhirnya kalah )?
kembali kepada sejarah umno kita dapat tengok bagaimana dato onn melihat dasar parti yang diasasnya sendiri bakal memakan balik bangsa melayu, sila rujuk sejarah dato onn dan cuba buat rumusan tindakannya keluar daripada umno,dan atas bantuan siapa partinya memenangi kerusi dalam pilihanraya.soal bekerjasama dengan parti yang menentang islam dan parti yang tak jelas dasarnya ( perjuangan PR ialah menjatuhkan nepotisme BN ), saya yakin saf kepimpinan parti islam tentu ada "plan b"nya ( dan misalnya pas setuju dengan dasar dap dan keadilan,mengapa tidak dibubarkan sahaja parti pas, dan kini pas cuba berbaik-baik dengan non-muslim,sedikit sebanyak tergugat juga parti komponen lain ).tertanya-tanya juga saya dalam BN, ada tak tempat untuk cina atau india muslim dalam umno? atau harus mendaftar bawah mca atau mic? segala masalah dalaman dan luaran negara,selama ni Malaysia di bawah pemerintahan siapa? di sana pun berusaha yang terbaik,di sini pun bersungguh-sungguh untuk yang terbaik,dan nasihat dr. perlu difahami sebagai peringatan supaya selalu berwaspada. selepas usaha, kita digesa supaya berdoa, sebab doa adalah senjata orang-orang kuat..
اللهم مَن وَلِيَ مِن أمْرِ أمةِ محمدٍ صلى الله عليه وسلم شيئاً فَشَقَّ عليهم فاشْقُقْ عليه، ومَن وَلِيَ مِن أمْر أمةِ محمدٍ صلى الله عليه وسلم شيئاً فَرَفَقَ بهم فارْفُقْ به
Ya Allah, sesiapa yang memegang sesuatu urusan umat Nabi Muhammad S.A.W lalu dia menyusahkan mereka maka Engkau susahkanlah dia, dan sesiapa yang memegang sesuatu urusan umat Nabi Muhammad lalu dia berlaku baik terhadap mereka maka Engkau berlaku baiklah ke atasnya.
amin.
Assalamualaikum Dr. Ridzuan.
Selamat Hariraya Maaf Zahir dan Batin
Meremang bulu roma dan tergenang Air dikelopak mata saya pabila membaca tulisan DR.
Dr. Ridzuan, anda telah melaksana kan:-
Satu pendedahan yang Ikhlas, Telus dan berani, kerana selepas ini sudah pasti akan ada pendapat pendapat curang yang akan meng hentam Dr. sapertimana yang pernah saya katakan dulu, golongan tersebut senantiasa akan mengintai2 tulisan baru drp Dr. Mereka membaca dan mengakui kebenaran nya, tetapi sifat Munafik akan menguasai mereka untuk mencari helah demi helah bagi memutar dan mengilas tulisan Dr.
Apabila seorang yang bukan ISLAM, malahan terang2 menentang ISLAM menyatakan yang ia akan memerintah mengikut cara Umar Ab. Aziz (UAA), maka ramailah dikalangan orang Islam sendiri yang Bertakbir.. Astaghfirullah..saya rasa Dunia ni saperti gelap, tergenang airmata saya mengenangkan begitu mudah sekali saudara seagama ditipu dan tertipu.
Mereka jatuh terkulai dibelai dengan kata2 MUNAFIK tersebut yang pepatnya dilidah sahaja, sehingga sanggup merungkai simpulan tali pengikat persaudraan Islam dan mengerat rotan rumpunan bangsa - Anak dipangku dilempar, kera dihutan dibelai - walaupun saudara seagama yang pernah menghadiahkan surah Alfatihah dan surah Ikhlas kepada Arwah Ibu Bapa atau saudara2 mereka.
Tak taulah kalau2 Umar A.Aziz tiruan yang menjadi KM P.Pinang sekarang ini pernah dan mampu menghaziri majlis2 keugamaan, sa perti membaca Doa, memmbaca Surah Fatihah, surah Alikhlas atau paling tidak menadah tangan sama2 mengamin kan doa bersama2 orang Islam, kalau ada bertuahlah orang2 Islam P.Pinang yang menyokong KM tersebut,?
kalau tidak, tanggunglah kerugian yg dilakukan oleh tangan anda sediri.
Dr. teruskan dengan usaha anda, pedulikan golongan2 yang sedar, tapi sengaja buat buat tak sedar, kerana nafsu Serakah telah mengikat mereka dari hujung kaki kehujung rambut dengan tali yang mereka pintal sediri.
Kita berdoa semuga yang batil ini akan rebah tersungkur dilembah yang hina. Amin
Jaga diri Dr. pandangan Dr. Maseh diperlukan.
Assalamu 'alaikum.
Orang Melayu bukan sahaja mudah 'cair', malahan, mereka mudah 'bakar' bila diapi-apikan. Contoh terbaik ialah rencana saudara Dr. Mohd Ridhuan Tee ini dan rencana-rencana sebelumnya, semuanya bertujuan mengapi-apikan sentimen Melayu-Islam supaya emosi mereka 'terbakar'.
Orang Melayu yang beriman dan berilmu tidak mudah 'cair' dan tidak mudah 'bakar'. Mereka sedar mereka hidup dalam sebuah masyarakat majmuk dan masyarakat Islam antarabangsa juga sebuah masyarakat majmuk. Pengalaman politik samada Dato Onn, Tunku Abd. Rahman atau pemimpin UMNO, PKR dan PAS sekarang memberitahu bahawa melaung-laungkan slogan-slogan keMelayuan atau keIslaman tidak akan capai matlamat dan menyelesaikan masalah pembangunan Melayu atau ummah. Musyawarah antara kaum dan puak-puak adalah pendekatan terbaik.
PAS di zaman Dato Asri melaungkan slogan perkauman Melayu dan memberikan madal politik kepada Tun Abd. Razajk sehingga Dr. Mahathir, untuk menjalankan dasar DEP yang membangunkan ekonomi Melayu. Dato Asri sudah pergi, jasa, dosa dan pahalanya akan dihitung Allah s.w.t., semoga Allah menerima niat baiknya dan ampuni salah-silapnya.
Pemimpin PAS kemudian tidak setuju dengan Dato Asri. Mereka mahukan perjuangan Islam yang tulin, yang tidak dicampur-aduk dengan fikiran asobiyah dan nasionalisme, yang dianggap formula terbaik untuk masyarakat majmuk Malaysia. Apa yang dicapai oleh Pakatan Rakyat hari ini ialah natijah pemikiran perjuangan Islam yang dicetuskan oleh kepimpinan ulama selepas Dato Asri.
Orang PAS tidak mudah 'cair' dan tidak mudah 'terbakar' semangatnya oleh api perkauman yang dinyalakan oleh Dr. Mohd Ridhuan Tee walaupun mereka adalah Melayu. Ini kerana mereka mempunyai ilmu. Mereka dibimbing oleh Al-Quran dan Sunnah. Mereka beradab dalam perjuangan secara berjamaah.
Pelik tp benar. itulah pendapat saya. dulu saya kagumi Dr reduan tee. tp setelah membaca rencana ini saya rasa amat kesal kerana saya x menyangka seorang cina yg memeluk islam juga berani menulis sebuah artikal yg berupa perkauman. yg peliknya beliau menganggap dirinya sebagai MALAYU. MELAYU bukan agama tetapi BANGSA. sepetah mana pun beliau mertutur dalam bahasa MELAYU beliau tetap CINA cuma agamanya ISLAM. kalau beliau boleh mengatakan Cina cuba menakluk Malaysia dan bencikan Islam. beliau sebenarnya menceritakan perihal bangsa beliau sendiri. mereka datang ke Malaysia kemudia cuba menakluki malaysia. belai lebih advance dari pemimpin2 cina yg lain. beliau memeluk islam dan menawan hati orang melayu lebih awal lagi dari pemimpin2 cina yg lain. isu antara UMNO dan PAS adalah isu org melayu. siapa dr reduan tee untuk masuk campur? beliau cina bukan melayu. orang UMNO pun akan bersorak gembira bila ada orang CINA yg membela UMNO. yg menyalahkan PAS sebab berkejasama dengan orang CINA. saya nk tanya dr reduan tee, kalau dulu beliau x berkawan atau bergaul dgn orang melayu masakan beliau akan memeluk ISLAM. saya x nafikan yg ISLAM adalah hidayah ALLAH. begitu juga dgn pemimpin2 cina yg lain. mereka perlu mendapat hidayah ALLAH untuk menerima ISLAM seperti dr reduan tee juga. kalau saya silap, maafkan saya.
Assalamualaikum,
Saya rasa tulisan Dr. Ridhuan Tee terlalu keras. Mungkin faktanya ada kebenaran, tetapi saya rasa caranya tidak berhikmah. Dengan menyerang kaum cina habis-habisan, ia tidak akan membawa apa-apa manfaat selain daripada menimbulkan permusuhan mereka terhadap saudara Ridhwan tee. Apa tah lagi beliau adalah seorang cina Islam dan ia akan dilihat sebagai seorang cina yang mengkhianati kaumnya sendiri setelah beliau memeluk agama Islam. Dalam erti kata lain, orang cina akan mempunyai pandangan negatif terhadap Islam kerana mereka melihat orang yang memeluk agama Islam akan mengkhianati bangsa mereka sendiri. Ini juga menguatkan anggapan mereka yang masuk Islam itu bererti masuk melayu.
Permusuhan orang bukan Islam terhadap Islam tidak perlu diutara dengan cara sedemikian. Cukuplah peringatan dari Allah S.W.T. dalam Al-Quran. Apakah kita dapat berharap ugama Islam ini dapat ditegakkan oleh orang bukan Islam? Ataupun kebajikan orang Islam akan dapat dipelihara oleh mereka ini?
Kesalahan sebenar bukanlah pada orang bukan Islam (cina). Dah nama mereka pun bukan Islam, jadi sudah tentu mereka akan memusuhi Islam. Kesalahan yang sebenar adalah pada orang Islam yang sanggup mengutamakan orang bukan Islam daripada saudara mereka sendiri. Orang Islam yang dalam proses mahu menegakkan Islam menjadikan orang bukan sebagai rakan seperjuangan untuk mencapai objektif mereka. Jadi memadailah teguran ditujukan pada orang Islam sedemikian.
Harus saudara Ridhwan ingat, walaupun saudara ini Cina, tetapi pengislaman saudara menjadikan diri saudara berbeza dari orang cina biasa (yang bukan Islam). Mereka akan mengangap saudara ini adalah orang luar yang cuba menyerang integriti bangsa mereka. Cara saudara ini hanya akan menyebabkan mereka ini lebih memusuhi orang Islam (dan juga mungkin cina Islam) kerana pandangan-pandangan saudara yang begitu negatif terhadap mereka yang akan dianggap mereka sebagai persepsi orang Islam terhadap kaum mereka.
Jadi saya berharap agar saudara berhentilah daripada menulis artikel-artikel sedemikian. Sekalipun fakta dalam tulisan saudara ada kebenarannya, tetapi cara olahannya menjurus kepada mengapikan sentimen perkauman. Ini adalah tidak baik. Berdakwahlah dengan cara yang berhikmah.
Wallahualam dan mohon maaf sekiranya tersinggung.
Wassalam
Assalamualaikum,
Saya rasa tulisan Dr. Ridhuan Tee terlalu keras. Mungkin faktanya ada kebenaran, tetapi saya rasa caranya tidak berhikmah. Dengan menyerang kaum cina habis-habisan, ia tidak akan membawa apa-apa manfaat selain daripada menimbulkan permusuhan mereka terhadap saudara Ridhwan tee. Apa tah lagi beliau adalah seorang cina Islam dan ia akan dilihat sebagai seorang cina yang mengkhianati kaumnya sendiri setelah beliau memeluk agama Islam. Dalam erti kata lain, orang cina akan mempunyai pandangan negatif terhadap Islam kerana mereka melihat orang yang memeluk agama Islam akan mengkhianati bangsa mereka sendiri. Ini juga menguatkan anggapan mereka yang masuk Islam itu bererti masuk melayu.
Permusuhan orang bukan Islam terhadap Islam tidak perlu diutara dengan cara sedemikian. Cukuplah peringatan dari Allah S.W.T. dalam Al-Quran. Apakah kita dapat berharap ugama Islam ini dapat ditegakkan oleh orang bukan Islam? Ataupun kebajikan orang Islam akan dapat dipelihara oleh mereka ini?
Kesalahan sebenar bukanlah pada orang bukan Islam (cina). Dah nama mereka pun bukan Islam, jadi sudah tentu mereka akan memusuhi Islam. Kesalahan yang sebenar adalah pada orang Islam yang sanggup mengutamakan orang bukan Islam daripada saudara mereka sendiri. Orang Islam yang dalam proses mahu menegakkan Islam menjadikan orang bukan sebagai rakan seperjuangan untuk mencapai objektif mereka. Jadi memadailah teguran ditujukan pada orang Islam sedemikian.
Harus saudara Ridhwan ingat, walaupun saudara ini Cina, tetapi pengislaman saudara menjadikan diri saudara berbeza dari orang cina biasa (yang bukan Islam). Mereka akan mengangap saudara ini adalah orang luar yang cuba menyerang integriti bangsa mereka. Cara saudara ini hanya akan menyebabkan mereka ini lebih memusuhi orang Islam (dan juga mungkin cina Islam) kerana pandangan-pandangan saudara yang begitu negatif terhadap mereka yang akan dianggap mereka sebagai persepsi orang Islam terhadap kaum mereka.
Jadi saya berharap agar saudara berhentilah daripada menulis artikel-artikel sedemikian. Sekalipun fakta dalam tulisan saudara ada kebenarannya, tetapi cara olahannya menjurus kepada mengapikan sentimen perkauman. Ini adalah tidak baik. Berdakwahlah dengan cara yang berhikmah.
Wallahualam dan mohon maaf sekiranya tersinggung.
Wassalam
Salam dr...
tahniah atas keberanian dalam mengemukakan pendapat....saya bersetuju dgn beberapa perkara yg diutarakan, ttp juga harus melihat kepada aspek menyeluruh terhadap komen kpd semua pihak yang yang berkaitan, kerana masing2 ada kekangan dan batasan yang terpaksa dihadapi utk tindakan sebegitu. jgn hanya melihat pada sudut pandangan dan fikiran kita sendiri semata2. apapun baik pandangan ini utk dilontarkan kpd khalayak untuk orang melayu ini berfikir, sudah terlalu lama bangsa ini hanyut, bermimpi lebih2 lagi kepada keselesaan dan hiburan.... kejutkan mereka....bakar semangat mereka.
Wahai Grand Marquis dan rakan2nya
Dr Tee BUKAN mengapikan sentimen perkauman!
Dr Tee membakar SEMANGAT orang Melayu.
Dr Tee cuma membangunkan dan memartabatkan Islam di kalangan orang Melayu sahaja.(Harus ingat : BUKAN ditujukan kepada kaum lain)
Kenapa kamu semua ini (Grand Marquis dan rakan2) risau?
entahlah kalau berita ni penduduk malaya dah tau atau buat2 tak tau..
Lawatan Lee Kuan Yiew ke Pejabat Menteri Besar kelantan
http://blogtokguru.com/
LKY,rival tradisi sebenar kepimpinan malaya,yang telah menyaksikan jatuh bangun malaysia sejak ayah2 kita main parit lagi,tokoh licik yang menjadi bukti "ketidak maksuman" tunku abd rahman ni mencemar duli turun jumpa "org tua" di hujung cerok malaysia nun.apa agenda LKY agaknya hingga ke sempadan siam perginya? jangan pulak ada manusia pi kata dia nk pakat2 dgn "org tua" kelantan tu utk tumbangkan parti mulia yg menjadi kerajaan malaysia la ni....
ya Allah, kurniakanlah kesihatan pada tuan guru kita dan panjangkanlah umur beliau dalam keberkatan.amin
Assalamu 'alaikum wa rahmatullah.
Saudara Dr. Mohd Redhuan Tee adalah seorang pendakwah yang masyhur dan terkenal di kalangan masyarakat Melayu yang cinta kepada Islam. Saudara disayangi dan disegani. Malangnya, baru-baru ini beberapa rencana yang saudara tulis yang tersiar dalam Mingguan Utusan telah menimbulkan pertikaian, terutamanya di kalangan masyarakat Cina. Saya kira tiada Cina memberikan respon positif terhadap rencana-rencana itu. Ini akan membantutkan jalan dakwah saudara terhadap masyarakat Cina pada masa depan.
Cina dan India telah hidup berpuluh tahun di negara tercinta yang bernama Malaysia ini. Sejak permulaaan penubuhan Malaysia, Islam termaktub dalam perlembagaan sebagai agama resmi persekutuan. Kerajaan Pusat dan semua kerajaan negeri berhak menyediakan peruntukan kewangan yang bukan sedikit untuk memajukan Islam termasuk berdakwah kepada bukan Islam. Negara kita telah merdeka lebih 50 tahun dan tampok kuasa di tangan Melayu. Jabatan Agama Islam dan JAKIM ditadbir oleh ustaz-ustaz dan pendakwah Melayu yang belajar tinggi-tinggi berkelulusan universiti. Namun demikian, wang ringgit dibelanjakan berbillion setiap tahun, ustaz-ustaz dan pendakwah Melayu gagal sampaikan dakwah untuk mengIslamkan walaupun sebahagian kecil orang bukan Islam padahal semua jabatan kerajaan, stesen radio, tv dan media utama kita yang kuasai.
Melayu tidak berjaya sampaikan dakwah kepada bukan Islam, barangkali kita boleh memberikan alasan bahawa perbezaan bahasa, budaya dan warna kulit menjadikan kerja pendakwah Melayu kepada bukan Islam sangat sulit untuk mendapatkan hasil. Maka kepada siapa hendak kita meletakkan harapan menjalankan tugas mulia ini kalau bukan pendakwah keturunan Cina?
Pendakwah keturunan Cina, yang kita lahirkan di bawah sistem pendidikan kebangsaan, yang kita harapkan sangat-sangat untuk menyampaikan risalah Islam kepada kaumnya sendiri, jangan pula tidak berminat terhadap tugas berdakwah kepada Cina (tak kira mereka dari parti DAP, MCA atau GERAKAN), tetapi lebih berminat menjadi jaguh pembela nasib Melayu dan jaguh penentang kaum ultra kiasu. Kata-kata ini saya tujukan kepada saudara Dr. Mohd Ridhuan Tee.
Saya ingin meningatkan saudara Dr. Mohd Redhuan Tee bahawasanya ‘Melayu tidak akan hilang dari dunia’. Nasib Melayu telah dan akan dibela oleh mereka sendiri. UMNO, PAS, PKR, PERKASA dan lain-lain pertubuhan Melayu, yang berbelang atau tidak berbelang, yang ada sekarang sudah ada agenda masing-masing, samada tersurat atau tersirat, dan cukup berupaya untuk membela Melayu. Janganlah anggap orang Melayu di bawah kepimpinan dan kekuasaan Dato Seri Najib sekarang berada di ampang kepupusan atau kehancuran! Jangan saudara Dr. Mohd Redhuan menjadi bab kata Melayu ‘hidung tak mancong, pipi tersorong-sorong’.
Saudara Dr. Mohd Redhuan Tee lebih diperlukan untuk menyelamatkan kaum Cina Malaysia, tanpa kira mereka dari parti politik mana atau tiada parti, dari api neraka, sepertimana sabda junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w.: ‘Quu anfusakum wa ahlikum naro’. Sekurang-kurangnya saudara boleh bersaksi di depan Tuhan nanti: ‘Wahai Tuhanku, aku telah sampaikan risalahMu kepada kaumku, menggunakan saluran-saluran yang ada yang termampu.’(bersambung)
Akhbar-akhbar Cina dan Inggeris lebih layak dijadikan medan menyerlah ilmu pengetahuan saudara Dr. Mohd Redhuan Tee daripada Mingguan Utusan yang tidak ramai Cina membacanya. Saya bersahabat dengan orang ramai Cina dan memahami sentimen mereka. Berpunca daripada rencana-rencana ‘membela nasib Melayu’ saudara Dr. Mohd Redhuan Tee yang tersiar dalam Mingguan Utusan, Cina-cina dari seluruh pelusuk telah naik berang dan memaki hamun saudara Dr. Mohd Redhuan Tee dengan kata-kata kesat dalam laman-laman web. Mereka menyelar saudara Dr. Mohd Redhuan Tee sebagai pengkhianat bangsa sendiri.
Saudara Dr. Mohd Rdhuan Tee diselar pengkhianat bangsa dan dimaki hamun denagn bahasa kesat, bukan kerana isu zina dan anak luar nikah yang dibangkitkan, tetapi kerana perilaku Dr. Mohd Redhuan Tee ‘membela nasib Melayu’ sambil ‘menyerang kaum Cina sebagai kaum kiasu’ umpama menjolok sarang tebuan.
Pada waktu dan keadaan keluarga Teoh tengah bersedih dan seluruh masyarakat Cina tengah marah dan menuding jari kepada SPRM sambil bersimpati dengan keluarga Teoh, 'bakal isterinya’ dan bakal anak yang akan dilahirkan, saudara Dr. Mohd Redhuan Tee menulis dalam Mingguan Utusan menumpang isu ‘anak luar nikah Teoh’ untuk membangkitkan isu 'Cina bersatu membela Cina' dan 'Nasib Melayu yang malang tidak dibela' dalam rencananya bertajuk ‘Nasib Melayu di bumi Melayu’. Rencana ini amat 'anti climate'! Malahan, saya kira, ia juga 'anti climate' kepada konsep 1Malaysia yang sedang dijana oleh Perdana Menteri Malaysia demi menyatupadukan rakyat Malaysia dan mengembalikan keyakinan rakyat pelbagai kaum terhadap kepimpinan kerajaan sekarang.
Akhir kata, saya nasihatkan saudara Dr. Mohd Redhuan Tee agar menggunakan ilmu pengetahuan, kedudukan sebagai Naib Presiden Persatuan Cina Muslim dan pengaruh yang sedia ada untuk berdakwah secara hikmah kepada masyarakat Cina. Biarkanlah orang Melayu memikul tanggungjawab dan perjuangan 'membela nasib Melayu'. Kerja-karja menyerang kaum Cina atau puak-puak Cina tertentu sebagai ‘kaum ultra kiasu’ atau ‘pelampau’ bukanlah kerja seorang pendakwah Islam.
Aquli qauli hadza wa astaghfirullah al'adzim li wa lakum. Wassalamu 'alaikum wa rahmatullah.
Saya amat bersetuju dengan tulisan UMMATAUNWASOTO. Sepatutnya saudara Ridhwan harus tumpu pada usaha memberikan kefahaman tentang Islam kepada kaum cina dan menjadi contoh yang baik sebagai seorang cina Muslim.
Kita tidak kata apa yang diperkatakan oleh saudara Ridhwan itu salah, cuma saudara bukanlah orang yang sesuai untuk terlibat dalam perbalahan ini. Biarlah orang Melayu sendiri yang menjadi jaguh dalam hal ini.
Kepada akhi Harun, kita boleh kata ia tidak perkauman, tetapi adakah mereka yang menjadi sasaran artikel tersebut juga akan memahami sedemikian? Saya sebagai pembaca juga merasakan serangan yang amat keras terhadap kaum cina dalam artikel ini. Tidak hairanlah kenapa kita lihat orang cina, tak kira parti politik melenting dengan Dr. Ridhwan baru-baru ini.
Kenapa saya risau? Saya risau kerana tindakan kita yang tidak berhikmah dalam dakwah akan menimbulkan fitnah dalam agama dan masyarakat.
p.s. saya ni bukan penyokong PR, malah boleh dikatakan sebagai seorang yang agak/amat anti dengan PR. Apa yang saya utarakan tidak ada kena mengena dengan ideologi politik.
Wassalam.
Wahai Grand Marquis
Kamu SETUJU "ia tidak perkauman'.
Tetapi sasarannya BUKAN kaum cina. Cuba kamu teliti baik2, golongan seperti musang berbulu ayam ini yang dimaksudkan oleh Dr Tee BUKAN kaum cina.
Golongan mana yang telah memberikan ungkapan2 sperti ini; “Langkah mayat aku dulu jika mahu menegakkan negara Islam”, " Malaysia mesti kekal menjadi negara sekular”, “Negara Malaysia bukan kepunyaan orang Melayu”, “Melayu adalah juga pendatang” dan berbagai-bagai kenyataan yang menyakitkan?
Apakah golongan ini yang merupakan sebuah parti yang baik dengan parti yang memerintah negara Singapura yang merupakan pecahannya itu merupakan kaum cina?
Wahai Grand Marquis
Ungkapan kamu;"Saya risau kerana tindakan kita yang tidak berhikmah dalam dakwah akan menimbulkan fitnah dalam agama dan masyarakat."
Di manakah Dr Tee menimbulkan fitnah dalam agama dan masyarakat di dalam artikelnya?
Dr Tee ada menyatakan kalau golongan tersebut (BUKAN kaum cina, ya) benar-benar mahu laksanakan corak pemerintahan Umar Abdul Aziz, sudah lama parti itu (golongan tersebut) akan melantik rakan sekutunya, yang dikatakan memperjuangkan Islam di salah sebuah negeri yang diperintahnya sebagai exco.
Golongan tersebut (parti itu) amat prejudis sesama sendiri walaupun berada dalam satu pakatan. Bermakna, golongan tersebut (parti itu dan BUKAN kaum cina) juga prejudis terhadap Islam.
Dr Tee merupakan satu ancaman kepada golongan ini sebagaimana yang telah dinyatakan oleh YB Jeff Ooi;
1. Ridhuan Tee Abdullah berdering seperti bateri jam penggera.
2. Coretan pena beliau membuat DAP sekelompok Syaitan (perkataan DAP adalah syaitan ini sendiri dinyatakan oleh Jeff Ooi di dalam blognya)
3. Menganggap Ridhuan Tee sebagai fanatik Munafiq yang meludah racun.
4. Mengecam Ridhuan Tee seorang Munafiq daripada pengamal sempurna Islam politik.
YB tersebut juga menyatakan Dr Ridhuan Tee yang merupakan pensyarah senior, dibayar oleh pembayar cukai wang yang terkumpul dosa (a senior lecturer, remunerated by taxpayers' money collected sinfully ).
Apakah YB tidak dibayar oleh pembayar cukai wang yang terkumpul dosa?
YB tersebut juga menulis di dalam blognya bahawa Universiti Pertahanan Nasional Malaysia merupakan buaian yang melahirkan banyak askar tanah kami.
Sebagai seorang YB dalam golongan tersebut, sungguh mengejutkan YB tidak dapat membezakan antara Universiti, Akademi dan Kem askar.
Betulkah universiti itu melahirkan askar?
Kepada saudara Harun,
Please get it right. Saya tidak kata apa yang diperkatakan oleh saudara Ridhuan Tee itu salah. Cuma saya kata beliau bukan orang yang sesuai untuk masuk campur dalam hal-hal sedemikian.
Wahai Grand Marquis
Bila kamu menyatakan, "Saya tidak kata apa yang diperkatakan oleh saudara Ridhuan Tee itu salah."
adakah kamu SETUJU yang golongan yang dimaksudkan oleh Dr Tee itu;
1) golongan tersebut sudah dapat membaca dan memahami psikologi orang Melayu.
2) golongan tersebut seperti musang berbulu ayam.
3) golongan tersebut tidak pernah bersetuju dengan Islam apatah lagi agenda untuk menegakkan negara Islam dan hukum Islam.
4) golongan tersebut prejudis terhadap Islam.
5) golongan tersebut adalah golongan kiasu.
6) golongan tersebut tidak memperkasakan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan terpelihara.
7) golongan tersebut cuba menipu rakyat dengan penonjolan pemerintahan Umar Abdul Aziz.
8) golongan tersebut paling kuat menentang Islam atau negara Islam.
9) golongan tersebut gunakan nama Umar Abdul Aziz sekadar untuk memenangi hati orang Melayu yang mudah ‘cair’.
10) golongan tersebut pandai tipu dengan permainan silap mata.
Kepada saudara Harun,
Saya simpulkan point-point anda kepada beberapa point yang sama dan memberikan jawapan saya.
1. Anti Islam (3), (4) & (8).
Jawapan: Dah nama mereka pun bukan Islam, apakah mereka ini akan menegakkan negara Islam, melaksanakan hukum Islam.
2. Musang berbulu ayam (2)& (10)
Orang-orang politik ni memang licik. Ini tidak dapat dinafikan. Kita sudah diberi amaran oleh Allah S.W.T. dalam hal ini
“Wahai orang-orang yang beriman! janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi “orang dalam” (yang dipercayai).
Mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu.
Telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah Kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya.” Al Imran ayat 118
3. Kiasu (5)
Jawapan: Ini satu tuduhan pada mereka yang saya rasa tidak bersifat adil. Tuduh menuduh dan label melabel ini tidak ada kesudahannya.
4. Tidak memperkasakan bahasa kebangsaan (6)
Jawapan: Tidak dinafikan mereka ini memang tidak memperkasakan bahasa kebangsaan.
5. Memperalatkan nama umar abdul aziz untuk "mencairkan" orang melayu (1), (7) & (9)
Jawapan: Ya. Ini adalah norma manusia. Mereka mudah menggunakan sesuatu yang akan menarik perhatian orang lain, walaupun ia jauh panggang dari api.
Wahai Grand Marquis
Daripada simpulan yang telah dibuat, hanya SATU sahaja yang kamu tidak setuju iaitu;
a) golongan tersebut BUKAN kiasu
b) malah, golongan tersebut
1. merupakan golongan anti Islam oleh kerana golongan tersebut mempunyai nama bukan Islam, maka golongan tersebut TIDAK akan menegakkan negara Islam dan TIDAK akan melaksanakan hukum Islam.
2. merupakan golongan musang berbulu ayam sebab golongan tersebut adalah orang politik yang bermain licik oleh kerana al-Quran itu telah memberi amaran.
3. merupakan golongan yang memang tidak memperkasakan bahasa kebangsaan.
4. merupakan golongan yang memperalatkan nama Umar Abdul Aziz untuk "mencairkan" orang melayu oleh kerana ia mudah menarik perhatian orang lain.
1. terbuka dengan kritikan dr.ridhuan kepada org melayu
2. mungkin ada org melayu tidak menyukainya.tetapi kenapa kita hendak prejudis terhadap simpati dr.ridhuan pada org melayu
3. mungkin kata2 nya pedas.namun,saya kecewa dengan sesetengah komentar yang menyarankan dr.ridhuan supaya tidak ambil campur lagi soal org melayu
4. saya percaya dr.ridhuan berniat baik menyedarkan org melayu
5. kritikan drp ulama islam bukan melayu telah lama ada.sebagai contoh muslim berketurunan arab yang mengkritik pedas orang melayu iaitu arwah abdullah munsyi melalui buku nya hikayat abdullah
6. ada sebab nya dr.ridhuan mengkritik 'sesetengah' org melayu.jgnlah disebabkan beliau org cina,kita mencemuh nya.lebih2 lagi cemuhan itu dtg dari org melayu
Salam,
Kita selalu menegur arab muslim atas segala kesilapan mereka dan kita menegakkan teguran kita adalah benar. Mereka tersinggung dan melawan. Tetapi sebaliknya apabila ada pihak yang menegur kesilapan kita. Kita terasa tersinggung, kita melawan. Kita berada dalam kepompong, kita tidak nampak. Hanya orang diluar dapat melihat kesilapan kita. Oleh itu, perlu ditegur atas dasar persaudaraan.
Melayu,
Kenapa golongan melayu perlu ditegur, kerana mereka majoriti Islam di negara kita. Maka, perlunya teguran dari saudara kita utk menegur kesilapan kita. Tetapi kita melawan, menghirup yang keruh. Sama sahaja kita dengan golongan arab-muslim.
Arab-muslim dan Melayu
Kenapa kita menegur arab-muslim, kerana kita diluar kepompong dan dapat melihat kepincangan mereka. Kita menegur, mereka melawan. Kita bukan mereka. Arab merupakan kaum pertama menerima kedatangan Islam dan menyebarkan Islam suatu ketika dahulu. Kini sudah berubah. Mereka membalas sudah banyak persatuan dari kalangan membawa panji-panji mereka. Kenapa perlu kita campur tangan mereka? Atas persaudaraan Islam kita menasihat, menegur dan membantu.
Persaudaraan Islam,
Islam utk semua dan dijadikan syumul memerlukan semua bangsa. Ini sebahagian daripada ciri-ciri kesyumulan (kesempurnaaan) Islam. Perlunya bangsa lain dalam Islam. Atas dasar inilah yang menguatkan Islam. Bangsa lain yg melihat kepincangan saudaranya yg lain diwajibkan menegur dan membetulkan kepincangan. Jika semangat ini hilang runtuh lah Islam. Ia antara akar-akar kesyumulan Islam.
Sejarah Melayu,
Berkisar dari penjajahan bangsa asing dan peperangan antara kesultanan Melayu Melaka dan Kesultanan Melayu Aceh. Sudah tertulis dengan jelas kesanggupan kesultan Aceh (Islam) sanggup bekerjasama dengan penjajah utk memerangi kesultanan melayu Melaka yg juga Islam. Padahal penjajah ini merupakan musuh ketat kedua-dua negara. Sejarah berkitar kembali dengan keadaan berbeza. Perlunya bersatu. Tiada siapa yg kalah disebabkan mengalah jika dua wakil Islam bersatu. Yg menang itu bukan UMNO atau Pas tetapi Islam. Hanya golongan yg mementingkan kepartian merasa dirinya kalah, mementingkan parti dari persaudaraan Islam.
Kepada Akhi Fairuz,
Kita bukan kata Dr. Ridhuan tak boleh tegur Melayu, tetapi kita kata yang cara beliau menegur Melayu melalui kecaman keras terhadap kaum cina adalah tidak berhikmah kerana ia akan menimbulkan sentimen perkauman diantara 2 bangsa ini.
Wallahualam
Saya amat kagum dengan penulisan Dr. Ridhuan Tee..
Banyak pengajaran yang sepatutnya kita ambil dari penulisannya..
Saya juga suka membaca maklumbalas dari grand marquis, belanga, urangsabah dan lain2 yang nyata tidak dicantas..
Saya juga suka membaca komen sdr Harun dalam mempertahankankan Dr Ridhuan Tee...
Untuk Dr Ridhuan Tee dan keluarga.. selamat hariraya aidil fitri...
Teruskan penulisan dr.. terutamanya dalam membangkitkan semangat melayu yang amat lemah.. menyedarkan umat melayu yang mudah cair bila dipuji... Menyejukkan hati melayu yang penuh emosi..
Cuma saya harap Dr.Ridhuan Tee yang saya sanjungi akan dapat menulis satu artikel tentang melayu yang suka menjadi 'yes men' dalam menyelamatkan periuk nasi dan jawatan yang telah diberi dalam satu2 syarikat atau organisasi.. hinggakan MD/CEO boleh membuat sesuka hati apabila GM dan orang bawahan dah macam lembu dicucuk tali...kesannya syarikat melayu yang sepatutnya boleh maju kehadapan itu terpaksa merangkak menagih simpati kerana CEO telah mempunyai kroni dikalangan konsaltan2 dan kontaraktor2.. jadilah GM dan orang bawahan bagai 'pengemis ditanahair sendiri'
Saya harap Dr. Ridhuan dapat mengupas isu ini.. Wassalam.
Wahai Grand Marquis
Pembetulan; BUKAN terhadap kaum cina.
Ia merupakan kecaman terhadap golongan (parti yang cuba memerintah di masa depan) musang berbulu ayam.
Kenapa terhadap golongan tersebut? Sebabnya,
a) golongan tersebut anti Islam
b) golongan tersebut TIDAK akan menegakkan negara Islam dan TIDAK akan melaksanakan hukum Islam.
c) golongan tersebut terdiri daripada orang politik yang bermain licik untuk mengatasi amaran di al-Quran
d) golongan tersebut tidak memperkasakan bahasa kebangsaan.
e) golongan tersebut memperalatkan nama Umar Abdul Aziz untuk "mencairkan" orang melayu
SENTIMEN yang berlaku ialah ancaman golongan tersebut dengan ORANG ISLAM dan bukan kaum cina.
Perjuangan golongan tersebut tergugat kerana pendedahan yang menegur orang Islam oleh seorang akademik bertauliah doktor.
Golongan tersebut memang TIDAK memahami bahasa Melayu yang mudah.
Golongan tersebut TIDAK dapat memahami perkataan yang sangat mudah iaitu 'KITA'.
KITA yang dimaksudkan oleh Dr Tee bukan KITA seMelayu! Golongan tersebut SALAH tafsir dan dengan itu telah mengecam Dr Tee sebagai mengkhianati kaumnya sendiri dan ingin menganggap diri sebagai seorang Melayu. Sehingga persoalan kenapa Dr Tee membela nasib orang Melayu.
KITA yang dimaksudkan ialah KITA seIslam. Golongan tersebut sudah 52 tahun di negara merdeka ini tetapi TIDAK memahami Islam dan bahasa kebangsaan yang mudah ini.
Oleh kerana SALAH tafsir dan SALAH memahami bahasa kebangsaan, berlakulah kecam mengecam oleh golongan tersebut.
Apakah golongan tersebut mempamerkan teladan yang baik untuk memimpin negara?
salam Dr.
tulisan tulisan Dr jelas dan benar.
namun bukan baru.
pemikiran dan pemerhatian Dr. telah lama dan sering diperkatakan di warong kopi dan kedai mamak. antara teh tarik kurang manis dan dunhill light. sering diperkatakan!
isu seperti ini adalah isu mengkritik. mengata. isu seperti ini selayaknya bualan saya dan rakan saya. kami bukan pemikir. kami melayu yang duduk duduk buat tak tahu.
saya sarankan penulisan Dr selanjutnya berkisarkan bagaimana ummat boleh lebih bersatu. saya sarankan Dr. menggalakkan pengorbanan sedikit harta orang islam dalam berjihad bisnes. dan yg tak tau nak berniaga, Dr. perlu beri saranan.
saya mengharapkan pemikir islam macam Dr. akan dapat lebih merangsang pemikiran positif ummat.
semoga tulisan saya tidak disalahtafsir.
maaf dipohon sekira terguris.
salam dan selamat hari raya.
Try watching Yasmin Ahmad's movie...might open you up a little.
Dear yipwt
You can open up.
Yasmin Ahmad also can open up.
Has this party open up even 'a little' since 52 years ago?
Have you realized the Malays has not just only opened up a little BUT actually a lot?
And this so called group/party is actually asking for more?
Indeed, It's good to be reminded.
Assalamualaikum Dr.Ridhuan Tee.
Saya mewakili GPMS Cawangan Khas UIAM ingin menyuarakan sokongan terhadap usaha Dr untuk menyedarkan orang2 Melayu Islam walaupun dikritik keras.
Usaha Dr menjadi salah satu pendorong semangat kepada kami. Kami juga sentiasa menyokong usaha murni Dr.
Sekiranya ada sebarang bantuan yang boleh kami hulurkan, kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan.
Tahniah Dr!
-Mohd Redzuan Bin Mohamed Yusoff
-YDP GPMS Caw Khas UIAM
-012-6646907
-http://gpmsuiam.blogspot.com
Kepada Grand Marquis,
Ridhuan Tee tidak mengecam kaum Cina. Beliau mengecam golongan ekteremis Cina yang bertindak mementingkan bangsa Cina yg sependapat dengan mereka berbanding negara berbilang kaum. Kini sudah 52 tahun merdeka, mereka masih naif akan Islam atau berpura-pura naif pada Islam dan bangsa lain.
Ridhuan Tee menyedarkan kita saudara Islam Melayu akan kewujudan golongan ektrimis/fanatik ini. Perlunya dari pihak kita sedar akan kewujudan golongan dan perlunya tindakan.
Teguran berbalik,
Kita berlaku sama mengecam golongan arab ekstremis yg mempergunakan ajaran Islam utk mengaburi kesilapan mereka dan jelas ini adalah silap. Kita menyedarkan saudara lain akan kewujudan golongan ini dan tindakan diambil samada berwaspada atau sebagainya.
Hikmah,
Kecaman tersebut hanya kepada golongan ektremis dan saudara Cina yg lain sedar akan ancaman ini terhadap diri mereka. Mereka telah mengambil langkah berjaga-jaga.. begitu juga perlunya kita. Tiada sentimen perkauman akan wujud jika golongan ektremis yg sekian 52 tahun merdeka berterusan menghasutkan memperlagakan bangsa Malaysia. Sekian lama akan termakan jua.
Sejarah berulang kembali,
masih kah kita ingat pada kurun 15 dimana saudagar dari India memperingati kesultanan Melaka akan kekasaran dan penjajahan yg akan di bawa oleh Portugis. Kesultanan Melaka ini tidak mengambil peduli akan nasihat saudagar India.. di tegur berkali-kali akhirnya mereka dikecam. Tiba lah Portugis yg bijaksana secara langsung melihat kelemahan Melaka dan menjatuhkan kesultanan Islam Melaka. Kejatuhannya sungguh mudah, Melak a melantik seorang Portugis dalam perbendaharaan mereka. CUkup seorang mengetahui selok-belok Melaka dan menjatuhkan Melaka.. Muslim diperhamba diseksa..
sejarah berulang kembali perlunya kita mendengar nasihat saudara kita.
Perlunya perancangan dalam segala urusan. Sedangkan Rasulullah juga menerima nasihat dari puak yahudi yg setia pada perbendaharaan Islam akan ancaman dari puak Yahudi lain akan ancaman terhadap beliau.
Wasalam.
tahniah dr..
teruskan menulis.sy berharap dr dapat menyedarkan islam2 pas yg musuh islam di mlysia ni tidak hanya umno.smpkan pas ni lupa yg lebih ramai golongan musang berbulu ayam dlm pr sendiri..
diharap dgn tulisan dr dapat menyedarkan pas2 yg asyik mempertikaikan kenapa umno x buat islam,sedangkan jika beginilah cara nya pas pun x mampu nak laksana islam...
Salam Dr Ridhuan.
Saya bersyukur kehadrat ilahi atas kurnian dr sebagai seorang pendakwah dan penceramah. Teruskan perjuangan dr kerana umat islam malaysia sentiasa menyokong perjuangan islam.
Saya telah lama mengikuti tulisan Dr. dan telah memberikan pelbagai komen terhadap tulisan beliau. Saya dapati apa yang ditulis oleh beliau itu adalah apa yang sepatutnya saya sebagai orang melayu mengkaji dan menulisnya. Namun disebabkan kekurangan ilmu dan juga kemudahan, saya tak mampu untuk menukilkannya sepertimana yang ditulis oleh Dr. Ridhuan. Ribuan terima kasih kepada Dr. Ridhuan, dengan harapan masih ada anak-anak muda Melayu yang masih belum ‘terpukau’ agar masih boleh ditarik kembali kealam realiti.
Hairan,macam mana gelaran Khalifah Umar Abd Aziz boleh diberikan kepada orang yang menentang negara Islam?
Adakah kerana orang yang memberi gelaran itu adalah ustaz yg suci , maka dia boleh mengampunkan dosa si penerima?
Jika diteliti satu persatu, ada penulisan Dr yg saya kurang bersetuju.
Namun secara keseluruhan, saya dapat menyimpulkan bahawa Dr hanya ingin memberi kesedaran kpd orang islam bahawa kita tidak boleh leka dlm menghadapi golongan yg memusuhi islam. Bg grand marquis dll yg menentang, cubalah baca penulisan dr gol. yg menghentam Dr. atau lebih baik lagi, search archive dalam website tertentu yg menghentam gol atau kaum lain terutamanya org islam tanpa usul periksa.
mmg sbg Islam kita tidak perlu bertindak spt mereka ttp kita harus mempersiapkan ilmu dan hujjah kita menghadapi mereka yg terlalu celupar dan biadab. stlh beberapa lama mengikuti komen gol.2 tersebut saya amat yakin dgn apa yg diperkatakan oleh Dr. semakin saya ikuti penulisan golongan tersebut, pepatah 'you are what you think' semakin jelas menggambarkan mentaliti gol tersebut
Selepas wafatnya Rasulullah s.a.w. umat Islam diketuai oleh 4 sahabat rasul yg berbeza sifatnya. masing-masing ada kekuatan dan kelemahannya:lemah lembut, garang dan tegas dll. Semuanya utk mempertahankan kedaulatan Islam.
Slps melihat org Islam lemah dan inferior sehingga sanggup melihat umatnya diperlekehkan oleh musuh, masihkah kita sanggup menghalang hujjah umat islam lain yg ingin mempertahankannya?
Saya alu-alukan penulisan Dr krn ia cuba menyeimbangkan penulisan gol.2 tersebut yg bagaikan 'kaduk naik junjung'. saya dpt merasakan bhw sdkt sbyk Dr. terkesan dgn serangan dr gol tersebut yg kebanyakan mewakili kaumnya sendiri.
dan bg forumers islam di sini, marilah kita pertingkatkan ilmu dan berdakwah kpd gol tersebut spt yg anda cadangkan itu.Berdakwah jg ada byk cara, tgk juga golongannya. Mgkin ini cara Dr., sesuai dgn golongan yg dihadapinya
pengalaman saya berdepan dgn gol tersebut? You need to give them hard facts! you need to see them eye-to- eye. I tried berlembut but it never worked because they will bulldoze you. Simply because they are not the harbi type
oops typo error.. it is supposed to read.. Simply because they are the harbi type
salam tuan redhuan
sejak bila pula enta jadi melayu he he
salam...
Dr.Ridhuan...
Terima Kasih dgn pandangan2 Dr yang telah menyedarkan saya sebagai Umat Islam dan rakyat Malaysia...
Semoga dgn pandangan2 Dr. akan melahirkan lebih ramai golongan Professional Islam yang ingin mempertahankan hak2 Islam itu sendiri dan bukan menggunakan Islam untuk kepentingan peribadi dan hanya pandai berpolitik 24 jam...
Semoga Dr akan terus mengeluarkan pandangan2 bersifat 'vokal' Dr...
Selamat Hari Raya...
Maaf Zahir Dan Batin...
Ada betul juga artikel tuan ini. harap tuan dapat memberi nasihat yg lebih lagi kpd umat Islam Malaysia khususnya akan hal2 ini.kerana isu ini juga blh menimbulkan sensitifviti.Dan ramai yg tdk fhm dgn situasi ini. harap pada kaca mata dan hati tuan blh memberi penjelasan yg lbh detail dan padat supaya org ramai lbh mudah memahami.
Post a Comment