Oleh Dr. Mohd Ridhuan Tee, Pensyarah Kanan, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
POLITIK perkauman di Malaysia, bukan sekadar dapat dilihat dengan kewujudan parti-parti politik berasaskan kaum, tetapi media massa turut sedemikian sifatnya, terutama media cetak seperti yang ditunjukkan oleh akhbar dan majalah Cina. Mereka ini seolah-olah tidak boleh disentuh. Serangan dan kecaman akan dilakukan kepada mereka yang tidak sehaluan untuk mempertahankan tindakan mereka.
Inilah akibatnya apabila kita tidak menguatkuasakan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Lebih malang lagi, kita tidak mengenakan sebarang syarat agar makalah perkauman tersebut diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu. Kesempatan ini dipergunakan dengan seluas-luasnya untuk memperkukuhkan lagi kedudukan mereka. Akhirnya, mereka hidup dalam kepompong kiasu dan perkauman yang amat menebal. Menanamkan kebencian terhadap mereka yang difikirkan sebagai ancaman, seperti nasib yang menimpa saya.
Berita sebegini biasanya mendapat sambutan dan mudah dipercayai oleh pembaca mereka. Terbaru akhbar Nanyang Siang Pau memetik beberapa pendapat orang Cina antara lain mereka menyifatkan saudara Cina Islam cuba mendapat simpati orang Melayu dengan menonjolkan keislaman mereka.
Saya ingin menegaskan saudara Islam Cina tidak perlu berbuat demikian terhadap orang Melayu, kerana sifat agama Islam itu sendiri sudah mengajar orang Melayu untuk menerima sesiapa sahaja yang memeluk Islam, tanpa mengira apa latar belakang bangsanya.
Orang Melayu yang memahami Islam tidaklah seburuk yang disangka. Toleransi mereka amat tinggi. Jika mereka boleh menerima orang Cina yang berhijrah ke alam Melayu sebegitu ramai, sehingga menggugat kedudukan mereka sendiri selaku pribumi, adalah tidak mustahil untuk mereka menerima saudara baru Cina Muslim seperti kami. Cuma saya amat hairan, kenapa sehingga ke hari ini, amat sukar untuk orang Cina menerima Cina Muslim sebagai sebahagian daripada mereka?
Inilah sifat Melayu Islam yang amat saya puji. Mereka tidak seperti sesetengah pihak lain yang ultra kiasu. Saya tidak memerlukan simpati sesiapa untuk menulis sesuatu yang benar. Apatah lagi untuk dibayar oleh UMNO seperti yang didakwa oleh akhbar Cina.
Kemuliaan seseorang ditentukan oleh iman dan takwanya, bukan bangsa dan warna kulit. Inilah kemuliaan agama Islam yang bersifat sejagat dan menentang sebarang tindakan perkauman. Dengan sebab itu, tidak sukar untuk orang Melayu menerima orang lain, berbanding dengan mereka yang hanya hidup dalam kepompong kiasu, terutama akhbar yang suka mengecam dan memburuk-burukkan orang lain.
Jika hujah atau fakta saya salah, mari kita perbetulkan bersama dengan hujah dan fakta yang ilmiah, bukannya mengecam dan menanamkan rasa kebencian. Tindakan sebegini adalah amat tidak profesional.
Sebelum saya pergi lebih jauh, izinkan saya menyelusuri sejarah akhbar perkauman ini serba sedikit. Sebenarnya bilangan akhbar harian Cina lebih banyak daripada akhbar harian berbahasa Melayu di bumi Melayu. Inilah nasib Melayu di bumi Melayu. Bahasa sendiri selaku bahasa kebangsaan ketinggalan di bumi sendiri. Bahasa orang lain menguasai bidang persuratkhabaran dan media massa, sehingga bahasa kebangsaan dikesampingkan. Lebih malang lagi, rata–rata orang Melayu tidak boleh memahami berita dan laporan akhbar perkauman tersebut. Manakala, akhbar Melayu boleh dikatakan langsung tidak dibaca oleh bukan Melayu.
Jika ditinjau daripada dahulu, laporan akhbar-akhbar ini tidak pernah berubah. Laporannya bersifat perkauman dan kiasu. Sentimen ini selalu dimainkan untuk meraihkan sokongan rakan sebangsa mereka. Dengan cara ini juga, akhbar ini dapat bertahan lama dan meraih keuntungan. Pemikiran mereka tidak pernah berubah, terutama dalam isu-isu ketidakpuasan terhadap dasar-dasar kerajaan yang lebih memihak kepada orang Melayu seperti yang telah termaktub dalam perlembagaan.
Inilah budaya popular yang selalu digunakan untuk menaikkan semangat dan sentimen orang Cina. Fakta ini pernah diakui oleh Penasihat Parti Gerakan, Lim Keng Yaik yang mengatakan akhbar di Malaysia hanya memperjuangkan satu-satu bangsa sahaja. Akhbar Cina dengan sentimen kecinaannya, manakala akhbar Melayu dengan sentimen kemelayuannya. Stail pemberitaan sebegini kata Keng Yaik amat sukar untuk mewujudkan bangsa Malaysia.
Persoalan saya, bolehkah diwujudkan bangsa Malaysia, jika akhbar bahasa lain yang lebih mendominasi akhbar bahasa kebangsaan? Akhbar bahasa Melayu boleh dikatakan langsung tidak dibeli dan dibaca oleh masyarakat bangsa Cina, kecuali oleh mereka yang berada di Sin Chew, Nanyang Siang Pau, China Press dan lain-lain akhbar Cina. Tujuannya tidak lain untuk mencari berita-berita sensasi untuk lebih disensasikan supaya menjadi lebih kiasu.
Walaupun kadang kala akhbar Melayu seperti Utusan Malaysia menyampaikan dan menulis berita-berita berbau perkauman, sekurang-kurangnya mereka berterus-terang. Bahasa akhbar tersebut dapat difahami oleh semua warga Malaysia, termasuk mereka berada dalam sektor persuratkhabaran Cina. Persoalannya, bagaimana dengan akhbar bahasa lain? Apa yang diberitakan, tidak sampai langsung kepada orang Melayu.
Perkauman
Saya yakin, jika orang Melayu faham bahasa Mandarin, mereka akan merasa terkejut dengan laporan akhbar perkauman ini. Maka sudah sewajarnya akhbar itu diwajibkan untuk diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu sebagai sisipan untuk difahami oleh semua kaum supaya tidak timbul prasangka. Apatah lagi kedudukan bahasa Melayu seperti yang termaktub dalam perlembagaan perlu dihormati dan dipatuhi.
Menurut A.F. Yasin (1986), sejarah persuratkhabaran bukan Melayu di Tanah Melayu khususnya akhbar berbahasa Cina, Inggeris dan Tamil, dilihat tidak mencerminkan semangat nasional, tetapi lebih mementingkan kelompok sendiri.
Sejak dahulu lagi, akhbar-akhbar ini langsung tidak menghiraukan hal-hal berkaitan Tanah Melayu di negara tempat mereka berlindung, tetapi lebih kepada isu-isu kaumnya sahaja. Akhbar bukan Melayu lebih cenderung kepada pembacanya, dan prasangka atau ‘penyerangan’ kepada bangsa Melayu, diberatkan lagi dengan adanya kecenderungan berkiblat kepada negara asalnya. Akhbar Inggeris berkiblat kepada penjajah dan Eropah, sementara akhbar Cina menjadi medan pertarungan ideologi yang berlaku di Tanah Besar China.
Ketika itu, banyak tenaga penggerak akhbar Cina ini diimport khas dari Hong Kong dan China. Kajian beliau juga menunjukkan, dari segi sejarahnya suara Cina sentiasa kontra dengan suara Melayu. Sejarah awal akhbar Cina bermula pada penghujung abad ke-19 dengan menonjolkan usaha imigran dan pedagang Cina berkaitan berita-berita ekonomi melibatkan perniagaan dan perdagangan. Bermula dengan akhbar The Chinese Monthly Magazine yang diterbitkan pada 6 Ogos 1815.
Pada tahun 1881, lahir akhbar harian Cina yang pertama Lat Pau (1881-1932), mengambil format dan bentuk akhbar Cina di China dan Hong Kong. Lat Pau mempunyai pengaruh yang kuat ke atas orang Cina kerana liputan beritanya membela kepentingan orang Cina dan berita-berita negeri China.
Hayat Lat Pau tidak lama kerana mendapat saingan yang kuat dari Nanyang Siang Pau dan Sin Chew Jit Poh. Antara akhbar lain yang tidak dapat bertahan lama seperti Lat Pau ialah Thien Nan Shih Pao (1898-1905), Jit Shin Pao (1899-1901) dan Theo Lam Jit Poh (1904-1905). Akhbar Cina yang kekal sehingga ke hari ini ialah Sin Chew Jit Poh (15 Januari 1929) dan Nanyang Siang Pau (6 September 1923) dikuasai sepenuhnya oleh ahli perniagaan dan politik Cina.
Manakala akhbar China Press adalah akhbar perkauman Cina yang telah ilhamkan oleh H.S. Lee pada tahun 1 Februari 1946. Akhbar ini pernah diharamkan suatu ketika oleh mahkamah, terutama selepas insiden 13 Mei 1969. Akhbar ini amat berbau perkauman. Untuk makluman, sebenarnya, akhbar inilah yang paling mendapat sambutan dari kalangan masyarakat Cina berbanding akhbar lain kerana keberanian melaporkan sesuatu isu termasuk menyentuh isu-isu sensitif orang Melayu dan Islam. Akhbar ini diterbitkan dua kali sehari. Saya amat hairan, kenapa China Press tidak menggunakan Cina Press.
Apakah niat mereka menggunakan nama China? Saya fikir China Press sahaja yang boleh menjawab akan kiblat mereka.
Sehingga kini, isu-isu perjuangan mereka masih sama, tidak banyak berbeza. Misalnya, hal-hal pendidikan, ekonomi, ketuanan Melayu (pribumi) antara isu-isu yang terus diperdebatkan sehingga kepada kemuncaknya pada tahun 1987. Kesimpulan kajian yang dibuat mereka yang mengkaji sejarah akhbar Cina menunjukkan bahawa akhbar-akhbar berasaskan etnik ini memang tidak lari daripada sentimen perkauman dan kiasu. Mereka kerap ‘menyerang’ orang Melayu dan Islam.
Saya masih ingat ketika akhbar Cina melaporkan berita Perhimpunan Agung UMNO ke-57 (13-17 November 2006). Memang tidak dinafikan, isu-isu perkauman terus dimainkan oleh UMNO. Akhbar-akhbar yang dikuasai oleh orang Cina terus memanipulasikan isu-isu perkauman yang dibincangkan sehingga menimbulkan ketakutan kepada masyarakat Cina. Presiden UMNO ketika itu terpaksa campur tangan dengan memberi amaran kepada beberapa akhbar Cina supaya tidak memainkan sentimen perkauman selepas beberapa perwakilan UMNO membangkitkan isu-isu sensitif yang meresahkan sesetengah kaum bukan Melayu.
Menurutnya, UMNO boleh bercakap tentang agenda Melayu, MCA juga boleh bercakap soal agenda Cina, begitu juga MIC dengan agenda India. Apa yang penting ialah agenda nasional. Persoalan saya, bagaimana agenda nasional boleh sampai ke akar umbi jika kita terus berada dalam kelompok perkauman dan kiasu?
Jelas di sini bahawa persepsi masyarakat Cina menjadi semakin serius apabila media perkauman suka memperbesar-besarkan (mensensasikan) isu-isu popular yang berhubung kait dengan status agama Islam dan hak istimewa bangsa Melayu yang telah termaktub dalam perlembagaan. Isu ini dipergunakan sewenang-wenangnya tanpa memikirkan akibat dan kesan yang akan berlaku. Sesuatu yang tidak menyebelahi mereka akan diperjuang habis-habisan. Manakala, isu yang menyebelahi mereka disenyapkan begitu sahaja.
Natijahnya, timbullah pelbagai persepsi yang tidak sihat. Persepsi sebeginilah menjadikan hubungan kaum semakin renggang.
56 comments:
Semoga ALLAH melindungi Dr..insyaALLAH
Selamat berpuasa Dr Ridhuan Tee..
Artikel kamu ni mencaci bangsa Cina sperti kamu ni. Tak malu ke kau ni, berdosa mencaci sesama sendiri di bulan puasa!
Baik kamu naik ke bangunan UMNO di PWTC tingkat 20 dan terjun, jadilah makhluk halus, tamatkan riwayat kamu seorang Cina!
Aiyoo Ah Kau
Saya tak sangka hati lu macam ini banyak busuk.
Dr Tee pun tak ada cakap macam lu.
Siapa didik lu sampai boleh cakap macam ini?
Dakwaan Ridhuan Tee terhadap orang Cina dan akhbar Cina amat serius. Saya berpendapat bahawa segala apa yang disebut haruslah diberi ruang pada pihak tertuduh memberi penjelasan di ruangan Mingguan Malaysia. Sekiranya tidak, tidak sesuailah kenyataan sebegitu serius dibuat tanpa pandangan yang mengimbang.
Bagi yang memberi komen, ada baiknya sekiranya difokus satu bahagian demi satu bahagian supaya ianya objektif. Pendekatan Ridhuan Tee amat merbahaya dan padangan yang berilmiah dan berlandaskan fakta amat diperlukan di sini. Usahlah kita menjaja retorik kita di sini, not impressed, ya.
OneMalaysia...
Bukankah ruangan telah diberikan dalam akhbar-akhbar Cina? Adakah akhbar-akhbar Cina pun memberi ruang yang adil kepada Dr. Ridhuan Tee dalam terbitan mereka?
Apa yang bahayanya? Apa fakta yang salah? Kamu ada bukti? Apa yang retoriknya? Adakah Dr. Ridhuan Tee ingin menjadi ahli politik di sini?
Artikel tajam seperti biasa.
Beberapa pendapat.
Rasanya pemansuhan surat khabar yang menggunakan bahasa lain daripada bahasa kebangsaan amat sukar. Perkara ini mungkin akan menyebabkan banyak pihak menimbulkan isu 'hak untuk memilih'.
Kerja2 penterjemahan artikel surat khabar kepada bahasa kebangsaan juga amat sukar untuk diimplementasikan. Walaupun begitu, perkara ini boleh dilakukan sekiranya pentadbiran akhbar ingin melakukannya dengan kos. Yang boleh dilakukan ialah melampirkan satu penterjemahan di website mereka. Rasanya sekiranya dibuat dengan betul, akhbar terseubt juga akan mendapat peningkatan dalam bilangan pembaca.
Ataupun pembaca boleh guna 'tool' di internet iaitu, 'translate this page' yang secara automatiknya menterjemahkan website tersebut kepada inggeris. Namun, perkara ini agak tidak praktikal kerana translation secara agak tidak menyeluruh dan tepat.
Walaupun begitu, saya percaya bahawa sekiranya semua bangsa dapat memahami surat khabar bangsa-bangsa lain, masalah perkauman dapat diatasi dengan lebih mudah kerana masing-masing mengetahui rintihan dan salah faham antara bangsa dengan informasi 'first-hand'.
Sekiranya boleh, ada sedikit permintaan daripada saya kepada saudara untuk melampirkan artikel akhbar yang berkaitan dengan satu penterjemahan pada blog ini.
To the commentators.
For the sake of your honour, do not flame. The best way to criticise is to quote the text. So, quote it! Flaming is just a sign of protest to the writer, most of the time not to the article. And it is always better to comment with humility and proof.
Just my two cents. :D Lets go to the bazaars and whallop some food.
Kun Mali. Soalan yang baik. Demi menjayakan hasrat untuk diskusi yang membina, marilah kita menampilkan bukti dan rujukan yang membantu.
salam ramadhan semua.
smga amalan kita mendapat keberkatan.
salam tksh & slm perjuangan utk umah demi perpaduan & keamanan.
Ah Kau..
ayat kamu ni tak eloklah.
sebagai mana nama kamu.
KAU(COW)- lembu dlm bahasa inggris.
KAU(KAW)- anjing maksud salah satu bahasa dari kaum cina.
Kepada aH kAU,
Apakata kau terjun dulu,kalau hidup kitaorang terjun la...
Aiyoyo LIM
Mana ada cakap mahu mansuh surat khabar lain.
Haiyah...cepat cepat salah tafsir!
Dr Tee cakap itu surat kahabar Cina kasi terjemah itu bahasa Cina kepada bahasa Melayu.
Orang Melayu pun boleh baca. Semua orang boleh baca.
Kasi transperansi.
LIM
Itu Utusan Online boleh kasi terjemah kepada Bahasa Inggeris, takkan tak boleh?
Lagipun, blog Dr Tee pun boleh kasi terjemah ke Bahasa Inggeris.
Nak seribu daya, tak nak seribu dalih.
Tentu LIM nak kasi itu 1 Malaysia berjaya, kan?
OneMalaysia
Jangan anggap Dr Tee merbahaya.
Bila lu cakap Dr Tee merbahaya, macam lu bayang dia satu orang 'terrorist'.
Lu tenguk semua akbar Cina semua kasi 'condemn' sama dia. Macam dia cakap, berdosa kah dia bagi pandangan?
Lu tenguk itu tulisan Ah Kau sudah cukuplah.
Macam inilah, kalau mahu masyarakat yang SATU, yang tak sangsi satu sama lain, kita mesti ada SATU bahasa.
Jadi apa salah ada terjemahan kepada Bahasa Kebangsaan supaya bangsa lain pun faham.
Yang diminta bukan nak mansuh surat khabar Cina. Hanya minta sisipan Bahasa Melayu. (tak kan itu pun nak dikiasu juga)
"Ancaman" apa dok? Utusan Melayu dan Berita Harian cukup mengancam dengan artikel-artikel rasis dan rhetorik-rhetorik kemelayuan! Kenapa pula Encik Tee ni tak komen pulak tentang surat-surat khabar tersebut? Itu namanya Double standard, si Tee! Berdosa, pak cik Tee!
Rakyat Jati Malaysia, gua dididik di Institut Mara macam kamu le...
KangNasir, takpe lah, panggil saya natang apa pun bo je. Sultan pun orang UMNO panggil Natang, jenis kamu ni, biasa je...
Kembara, jom, nak join terjun? Jangan2 jadi kes TBH pulak! Ha3x!
Harun oh harun, masalah siapa kalau kamu tak paham bahasa Chin? Di Malaysia ni memang ada satu bahasa, Bahasa Melayu le...bangsa lain semua pandai bahasa melayu, kenapa lu pulak tak pandai bahasa jiran kamu?
Pendapat Tee hanya pendapat dia sorang aje... tak penting! BTW, dia ni sapa? Kelulusan PHD internet ke?
Hai, diperli oleh Ah Kau ini - oleh kerana dia dah belajar Bahasa Melayu, dia minta bangsa lain belajar bahasa dia pula.
Bukankah Bahasa Melayu itu bahasa perlembagaan?
ah kau ni tak baca artikel ni btul-betul...tau nak hentam aje...dalam artikel ni pun ada sebut pasal sikap perkauman dalam akhbar-akhbar melayu...
ish!ish!...dah nampak dah kebodohan dia...cuma nak hentam orang ajer...
hahahaha
SALAM,DR.TEE ,TERUSKAN PERJUANGAN MU DEMI MENEGAKKAN KEBENARAN...
Selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak kepada Dr Ridhuan & ahli keluarga.Teruskan berdakwah demi Agama,Bangsa & Tanah air.
Biarkan Ah Kau terjun dengan labu-labunya.. Saya sokong terjemahkan akhbar cina ke B.Melayu.. Kerana salah faham sebegini, pernah terjadi saya dimaki oleh penjual di Petaling Street hanya krn tak membeli barang dorang dan saya bertambah pelik kerana mereka libatkan sentimen perkauman, bantuan biasiswa dll sedangkan saya x dpt biasiswa dan berhutang untuk teruskan pelajaran. Apabila membaca artikel saudara Ridhuan saya mulai faham... dan saya ingin memahami persepsi dan masalah mereka melalui tulisan di akhbar cina...
Marilah kita bersikap sopan santun di sini. Walau pun orang lain tidak berupaya berbuat demikian, marilah kita yang yang mengawal diri masing masing, terutama sekali dibulan puasa ini.
Eloklah kalau kita nak membuat satu statement itu, biarlah ada rujukan dan bukti. Dengan itu, perbincangan lebih objektif dan bertamaddun.
Selamat berpuasa.
Surat Khabar Cina mesti akan kondem habis-habisan Dr Ridhuan Tee pada minggu ini kerana rencana ni. Harap, bawa bersabar. Selamat berpuasa.!!!
Ah kAU
Dia ni tak paham bahasa Melayu ni bahasa kebangsaan..
Salam
Kami tetap menyokong Dr Ridhuan....
Apa yang telah Dr. tulis tu memang batul sekali..........
untuk menegakkan kebenaran akan sentiasa ada halangan dari pihak-pihak tertentu...teruskan menulis Dr...saya memang mengikuti rencana dr dari minggu ke minggu...
Tajuk sesetengah akhbar seperti yang melambangkan sesuatu kaum perlu diUbah agar lebih patriotisme....
Berjaga-jagalah dengan sesetengah orang yang menyamar sebagai orang Cina dalam blog ini.
Relax brader semua...
kita bertenang kejap.....
baju raya anak-anak dah beli ke..? nanti mogok budak-budak tu dipagi raya.... dapat gaji cukup bulan nie boleh lah pergi bayar fitrah... lambat bayar nanti habis la pulak duit...
sedih betul la hari nie... pagi tadi pukul 9.000 masa pergi beli ikan kat chow kit ada ramai la pulak lelaki yang bertubuh sihat lagi sasa beratur beli nasi bungkus. Mak Cik yang jual tu pun selamba je jual tanpa rasa bersalah.
Semoga mereka semua dibukakan pintu hati dan diberikan hidayah didalam bulan Ramadhan ini..
Selamat Menyambut Ramadhan
salam diucap pembuka kata...
selamat berpuasa semua..
kepada Dr. teruskan usaha,saya tertarik dengan setiap artikel Dr. setiap kali saya membeli utusan melayu.
saya tertanya-tanya kenapa akhbar2 cina terus menerus memainkan sentimen perkauman sedangkan jika akhbar melayu menulis walaupun secebis akhbar cina akan membesarkan hal ini seperti ayam brtlur riuh sekampung..
Disini juga timbul persoalan mengapa dan dimana silapnya Dr sehingga dihentam difitnah sebegitu teruk oleh akhbar2 cina ini. Saya tertanya mengapa mereka tidak memberi ruang kepada Dr untuk menulis didalam akhbar2 cina bagi memperbetulkan dan menerangkan lebih lanjut kepada mereka???
Betulah kata doktor sifat rasis didalam diri mereka tidak pernah hilang bahkan menjadi-jadi. tidak kesemuanya tetapi orang cina yang tidak bersikap rasis ini bilangannya amat sedikit jika nak dibandingkan dengan yang ada..
Saya harap benda2 ini semua tidak mematahkan semangat Dr untuk terus menulis didalam akhbar ini.
saya akan terus menyokong Dr.
salam dan sekali lagi selamat berpuasa...
sxaifulz66, saya faham sangat dengan pendapat saudara. Tetapi saya tetap rasa was-was selagi perasaan kita berasaskan pandangan Ridhuan Tee semata-mata. Lebih objectif kalau kita dapat membaca penterjemahan apa yang ditulis oleh akhbar-akhbar Cina. Sejarah mengajar kita bahawa media boleh disalahguna oleh sesetengah pihak untuk kepentingan mereka. Ini termasuklah Mingguan and juga akhbar Cina.
Malah, kalau dipercayai tulisan Ridhuan Tee selama 3 minggu berturut-turut, maka tak mungkin PAS boleh menang di Permatang Pasir. Orang Cina tidak menentang Islam. Mereka tahu apa yang betul dan apa yang salah. Kadang kala perbedaan atau jurang pandang dua pihak begitu besar sehingga nampak seperti "serangan" atas Islam. Permatang Pasir membuktikan banyak tesis Ridhuan Tee adalah tidak benar. Sekiranya benar, tentu PAS yang mewakili Islam tentu akan ditolak.
Bayangkan, isu arak di Selangor, isu tulisan Ridhuan Tee di Mingguan yang mengapi-apikan perasaan orang Melayu terhadap orang Cina, isu kematian Teo Beng Hock.... sekiranya kesemua ini dilihat sebagai anti-Islam dan anti-Melayu, bukankah UMNO-BN pilihan yang lebih baik?
Yang atas adalah fakta. Begitu lantang sekali mesej yang datang daripada pengundi Cina. Rata-rata, pengundi Cina di Permatang Pasir lebih konservatif dari Cina di kawasan-kawasan bandar. Merekalah lebih mirip Cina yang dibayangkan oleh Ridhuan Tee dalam tulisan-tulisannya. Namun, secara beramai-ramai, mereka menolak rata-rata (75% disatu saluran yang majority bukan Melayu) BN-UMNO yang lebih liberal dan mengundi PAS yang lebih Melayu dan Islam.
Dengan ini, saya harap semua sedar bahawa mungkin akhbar2 Melayu dan Cina diperalatkan pihak2 tertentu dan tidak sama sekali mencerminkan realiti yang sebenar.
Marilah kita menolak tulisan Ridhuan Tee and akhbar Cina yang cuba menjerumuskan kita ke kancah kebencian yang mungkin berakhir dengan tragedi. Lihatlah di sekeliling kita, apabila manusia disemarakan bara kebencian di dada, apakah kesudahannya? Tidak mengira ugama dan kaum, semuanya berakhir dengan kemusnahan, kesengsaraan, tanpa mencapai apa yang dihasratkan.
Selamat berpuasa dan marilah kita bersama-sama bersyukur kerana kita semua dapat hidup bersama dan membangunkan negara ini dengan harmoni.
Tolak Ridhuan Tee.
Tolak akhbar Cina.
Hidup Malaysia.
One Malaysia
Anda tahu mengapa orang Cina tetap undi Pas?Kerana Pas tak mampu berbuat apa apa...tgk la kat selangor dgn isu arak.Kat Kedah,tutup kandang babi je,tapi Dap berjaya membuatkan kan Pas tak senang duduk.Orang Cina tahu Pas hanya mampu jadi pak turut je, jadi tentera demonstrasi kat jalanan atau bermusuhan dengan orang Umno seperti nak melawan Zionis.
Pas sekarang lebih terbuka sehingga menggadaikan prinsip.Dulu mereka tuduh kafir kepada Umno kerana bersahabat dengan parti bukan Islam.Tapi sekarang,dimana nas2 al Quran dan hadis2 yang digunakan?Disimpam dalam almari atau dalam muzium?
Kafir mengkafir ni bukan perkara baru,malah saya pun pernah menyokong Pas.Walaupun saya mengkritik Pas,tapi tak bermakna tidak menyokong Pas seperti mana Pas menolak secara total parti Umno.Tapi hari ini kita perlu bersatu dalam satu payung dalam menangkis serangan kepada orang Islam yang hari ini berlaku secara halus..
Dulu orang Islam pun pernah menyokong kerajaan Rom bertempur dengan Parsi walaupun Rom itu Kristian,inikan pula sesama umat Islam...
One Malaysia
Anda tahu mengapa orang Cina tetap undi Pas?Kerana Pas tak mampu berbuat apa apa...tgk la kat selangor dgn isu arak.Kat Kedah,tutup kandang babi je,tapi Dap berjaya membuatkan kan Pas tak senang duduk.Orang Cina tahu Pas hanya mampu jadi pak turut je, jadi tentera demonstrasi kat jalanan atau bermusuhan dengan orang Umno seperti nak melawan Zionis.
Pas sekarang lebih terbuka sehingga menggadaikan prinsip.Dulu mereka tuduh kafir kepada Umno kerana bersahabat dengan parti bukan Islam.Tapi sekarang,dimana nas2 al Quran dan hadis2 yang digunakan?Disimpam dalam almari atau dalam muzium?
Kafir mengkafir ni bukan perkara baru,malah saya pun pernah menyokong Pas.Walaupun saya mengkritik Pas,tapi tak bermakna tidak menyokong Pas seperti mana Pas menolak secara total parti Umno.Tapi hari ini kita perlu bersatu dalam satu payung dalam menangkis serangan kepada orang Islam yang hari ini berlaku secara halus..
Dulu orang Islam pun pernah menyokong kerajaan Rom bertempur dengan Parsi walaupun Rom itu Kristian,inikan pula sesama umat Islam...
One Malaysia
Kalau kamu tolak RT, kenapa masih datang ke blog ini?
Cakap tak serupa bikin!
ah kau,
komen pertama.
1) "Artikel kamu ni mencaci bangsa Cina sperti kamu ni. Tak malu ke kau ni, berdosa mencaci sesama sendiri di bulan puasa! "
- kena faham bukan bulan puasa je yg berdosa,bulan lain pun berdosa juga.
- apapun,Dr. ridhuan bukan mencaci.tapi bagi peringatan yang keras.orang melayu pun kena juga.
ni dari petikan Dr. di atas.
Dr Ridhuan:
"Walaupun kadang kala akhbar Melayu seperti Utusan Malaysia menyampaikan dan menulis berita-berita berbau perkauman, sekurang-kurangnya mereka berterus-terang."
tapi beza antara akhbar melayu dan cina, akhbar melayu berterus terang.
jadi kenapa akhbar cina tak boleh berterus terang dengan orang Melayu?ada masalah?
2) "Baik kamu naik ke bangunan UMNO di PWTC tingkat 20 dan terjun, jadilah makhluk halus, tamatkan riwayat kamu seorang Cina!"
- mungkin Dr. akan buat macam tu kalau dia bukan orang Islam. Islam larang perbuatan bunuh diri.
komen kedua
1) "Harun oh harun, masalah siapa kalau kamu tak paham bahasa Chin? Di Malaysia ni memang ada satu bahasa, Bahasa Melayu le..."
- kalau dah satu bahasa je kt Malaysia,buat la akhbar cina dlm bahasa Melayu.kan senang.tak perlu nak tampung kos untuk translate.
by the way,kenapa perlu akhbar bahasa cina di Malaysia ye?apa motif?
2) "bangsa lain semua pandai bahasa melayu, kenapa lu pulak tak pandai bahasa jiran kamu?"
- saya bagi contoh,kalau orang cina tinggal di negara Perancis,dah tentu orang cina kena belajar bahasa france.sebab nk tinggal dan hidup di Perancis.
tapi orang Perancis belum tentu faham bahasa cina. Sebab apa? sebabnya...dah tentu tu negara Perancis dan bukan negara China.
3) "Pendapat Tee hanya pendapat dia sorang aje... tak penting! BTW, dia ni sapa? Kelulusan PHD internet ke?"
- salah tu.sangat penting.Dr Ridhuan beri pendapat yang sering difikirkan oleh orang-orang melayu.
Dan dia adalah seorang dari bangsa cina yang telah memeluk Islam.
Dia dapat phd sebab dia banyak buat research.banyak kajian.Jadi awak pun kena buat banyak research untuk buktikan yang awak betul(kalau awak betul..)
apa-apapun,no heart feeling ok..
Rakyat Malaysia yang berbilang kaum mestilah menolak konsep melaga-lagakan satu sesama yang lain demi kepentingan diri dan parti. Bersama-sama kita meneguhkan hasrat kita mengelak dari kacau-bilau dan kemunduran. Kalau kita mula percaya perjuangan ugama dan ideologi yang berhabis-habisan tanpa mengendahkan realiti semasa, maka bayangan Malaysia menjadi seperti Iraq, Iran, Korea Utara, Afghanistan akan menjadi kenyataan. Anak-anak kita akan bersenjatakan AK-47 menjadi teman tidur dan membinasakan masa depan mereka. Yang dewasa pula terpesong dengan kata-kata dan janji-janji akhirat sehingga mengisi kereta Persona baru mereka dengan bahan letupan dan membinasan segalanya yang ada. Kerugian berjuta-juta ditanggung semua termasuk mereka-mereka yang memberi komen pro-agama, pro-etnik ultra diblog ini. Keperitan dan kepahitan hidup menyusul tetapi terlalu lewat. Janganlah kita sampai ke tahap ini kerana tidak ada hasilnya. Bila kita berbangga dengan tindakan ugutan parang dan amuk kita, berdoalah demi diri kita supaya tidak digoda syaitan dengan hasutannya.
Selamat berpuasa.
Wahai Saudara Tee, di bulan puasa ini pun nak cetuskan provokasi antara kaum Melayu dan Cina. Tak habis-habis dengan soal perkauman. Apakah bukti anda bahawa bilangan akhbar harian Cina lebih banyak daripada akhbar harian berbahasa Melayu di bumi Melayu? Sila tunjuk statistik. Betulkah majoriti rakyat keturunan Cina tidak baca akhbar bahasa Melayu? Adakah orang Melayu tidak faham bahasa Cina? Tahukah anda bahawa terdapat beberapa ratus ribu murid Melayu sedang belajar di sekolah-sekolah Cina di Malaysia? Siapakah "kiasu" di sini, akhbar Cinakah, Tee sendiri? Asyik tak habis-habis dengan isu Cina ini, Cina itu, Melayu ini, Melayu itu. Tak ada topik lainkah? Asyik berdendam sahaja dengan orang lain, kemudian cuba membawa isu perkauman dan agama di sini. Tak bolehkah Tee menulis secebis karya yang boleh mencetuskan sikap perpaduan antara kaum? Banyak cerita tentang sikap tolong-menolong antara kaum yang boleh ditulis.
BangsaMalaysia, komen anda bagi embun pagi yang menyerikan hari yang baru. Di bulan yang mulia ini, banyak perkara yang baik yang boleh dilaksanakan. Baru saja semalam dua rakan sekerja berkongsi dengan kami erti sebenar Ramadan. Turut hadir seorang CEO berketurunan Eropah. Mereka menekankan betapa pentingnya bagi umat Islam menggunakan masa berpuasa untuk mendapat lebih pahala dengan berbuat baik dan mengawal diri daripada perbuatan yang tidak elok. RT haruslah menumpukan perhatian kepada arah yang positif. Bagaimanakah kefahaman Islam di kalangan bukan Islam bisa dipertingkatkan? Dengan PhDnya, seharusnya tak sukar. Janganlah melagakan rakyat sesama mereka. Sekiranya tidak, tak tahulah berapa lagi kepala lembu akan diarakkan.
Eloklah juga RT berkongsi dengan para pembaca statistik yang disoal oleh BangsaMalaysia. Marilah kita bersikap objektif dan RT diminta berkongsi statistik yang dipetik dan digunakan untuk mengalas kenyataannya. Soalan yang baik, BangsaMalaysia.
"Betulkah majoriti rakyat keturunan Cina tidak baca akhbar bahasa Melayu?"
Sebenarnya tak perlu statistik pun...pergilah kat kedai cina dan tgk cara bercakap.Selama saya hidup pun saya pernah sekali tengok orang cina beli akhbar Melayu.Di Kelantan,tu pun sebab takde akhbar Cina.
Semoga Tuan tabahkan hati dalam usaha berdahwah.
Dan moga-moga dengan ada sesuatu isu, bertambah celiklah non-muslim untuk mengkaji Islam.
Setiap isu, adalah cabaran, dan setiap cabaran adalah peluang.
Semoga dahwah kita menarik lagi non muslim kepada menjadi muslim yg baik.
Terutamanya yang kuat mengutuk Islam tu, moga2 terbuka hidayah menjadi Muslim seperti mana terdai kepada Umar Al Khatab dan kepada Pemusnah Masjid Babri yg kini menganut Agama Islam.
Salam singgah dari relaxjom.
Relaxjom, anda adalah sinar harapan diketika negara dilanda hasutan yang menghasilkan emosi negatif yang begitu mendalam. Dusta ditabur bagai pasir halus yang terapung diudara dimusim panas - kalau tak berhati-hati, masuk mulut, masuk paru-paru. Begitulah keadaan sekarang. Relaxjom bersikap positif - yang bukan Islam, kita ambil peluang memberi perspektif Islam kepadanya. Yang membenci Islam (pasti ada dikalangan umum, malah dikalangan pribumi - jangan terperanjat!) kita tidak abaikan juga dan tak seharusnya melenting.
Kepada Kembara, percayalah, fakta tidak berdusta. Ambillah inisiatif mengambil tahu, berapa Cina yang baca akbar Melayu - berlanggan, di sekolah, tempat kerja, online, dsb. Janganlah terbawa-bawa perasaan dan hilang objectiviti. Bukti anda (kedai kopi) tidak lengkap dari segi statistik kerana pendekatannya tak lengkap. Saya berhasrat dengan teguran ini dapat membina seorang insan yang lebih adil dalam pertuturan dan perkongsian maklumat. Blog ini dikurnia Tuhan untuk kita berbuat baik. Tuhan mahukan kebaikan. Dibulan puasa yang mulia ini, corakkanlah perwatakan Islam yang dikagumi lain, Islam dan bukan Islam. Projeksi imej yang negatif merosak imej umat. Hindarilah.
Selamat berpuasa dan berbuat baiklah kita sesama satu dengan yang lain (Kepala Lembu jangan diulangi lagilah).
Saya bukan bersifat negetif,tapi kalau itu hakikat.
Pandangan ini diberikan melalui pengalamn.Saya pun ada ramai kawan berketurunan Cina.
Betul ke ada orang Cina yang membaca akhbar Melayu.Memang ada,contohnya Dr Ridhuan Tee..
Ini mungkin bukti apa yang banyak diperkatakan - yang tulisan Ridhuan Tee mampu membawa kesan negatif dan kebinasaan negara. Mungkinkah yang 50 insan itu diracuni fikiran oleh Ridhuan Tee. Saya pasti 200% ini bukanlah sifat orang Islam. Yang kita lihat adalah hasutan berlesen dan berkesudahan begini.
Kepala lembu: Penerusan agenda Utusan Malaysia
KUALA LUMPUR, Ogos 29 — Setelah sekian lama Utusan Malaysia mengasak isu perkauman, akhirnya lahirlah apa yang berlaku di Shah Alam selepas sembahyang Jumaat semalam, apabila sekumpulan umat Melayu membawa kepala lembu ke pejabat SUK Selangor.
Anggota Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkifli Ahmad menyifatkan apa yang berlaku itu adalah penerusan dari siri-siri laporan dan tulisan dari akhbar berkenaan yang bersifat berkauman.
Bagi beliau, apa yang berlaku juga akibat dari pengaruh akhbar Umno itu terhadap pembaca mereka khasnya di kalangan ahli Umno yang memiliki akhbar berkenaan.
Dr Dzul mengulas tindakan sekumpulan yang memperkenalkan diri mereka sebagai penduduk Seksyen 23 Shah Alam yang membantah keputusan kerajaan negeri memindahkan sebuah kuil Hindu di Seksyen 19 ke Seksyen 23, kawasan kejiranan mereka.
Mereka telah membuat demostrasi dengan membawa kepala lembu yang masih berdarah dan diletak di depan pintu pagar pejabat Sultan Salahudin yang menempatkan pejabat SUK dan MB Selangor.
Tindakan mereka ini dikira satu penghinaan kepada orang Hindu yang menjadikan lembu sebagai tuhan mereka.
Seorang pembaca The Malaysian Insider menyifatkan langkah ini bertentangan dengan Islam kerana Islam melarang mana-mana umatnya menghina tuhan-tuhan orang lain kerana dibimbangi mereka akan membalasnya dengan menghina tuhan orang Islam iaitu Allah.
Bagi Dr Dzul yang juga AJK PAS Pusat, mereka hanya menyambung apa yang telah disiar dan ditulis dalam akhbar mereka sahaja.
Sejak kebelakangan ini, akhbar berkenaan banyak menyiarkan tulisan yang disifatkan sebagai bersifat perkauman dan dilihat cuba membangkitkan semangat Melayu.
Antaranya tulisan bertajuk "Sedarlahh wahai Melayu" dan sebagainya. Penulis akhbar itu membayangkan seolah-olah Melayu dalam tertekan. Padahal, bagi kebanyakan pemimpin Pakatan, bukan Melayu yang tertekan tetapi Umno.
Atas sebab itulah pelbagai usaha dibuat untuk menarik PAS bersama mereka atas kepentingan Melayu dan Islam. Namun, ianya ditolak oleh PAS.
Sebahagian penyokong dan ahli PAS juga dikatakan ada yang terpengaruh dengan pendekatan perkauman dan agama sempit di Seksyen 23 Shah Alam ini. Atas dasar itulah juga dikatakan ada yang mengaku ahli PAS menyokong tindakan itu.
Sebelum ini, anggota Parlimen Shah Alam, Khalid Samad memaklumkan, pihaknya akan membuat dialog dengan penduduk Seksyen 23 tentang rancangan kerajaan negeri Selangor itu.
Menurutnya, apa yang berlaku adalah, Kuil Mariaman di Seksyen 19 itu dibina di atas tanah PKNS berhampiran dengan rumah penduduk di situ. Ia menyebabkan sering berlaku kesesakan di situ dan menyusahkan banyak pihak.
"Mereka telah 25 tahun membuat bantahan," kata Khalid.
Atas dasar itu, kerajaan negeri dengan persetujuan JK Kuil telah bersetuju memindahkan kuil itu ke seksyen 23 untuk kegunaan penganut Hindu di situ serta Seksyen 19 dan 20.
Tanah tapak industri milik PKNS di Seksyen 23 Shah Alam telah dipilih oleh kerajaan sebagai tapak baru kuil itu. Majlis Bandaraya Shah Alam juga telah bersetuju mengenainya.
"Selepas semua pihak setuju, barulah kita akan bincang dan terangkan kepada penduduk," kata Khalid yang juga YDP PAS Shah Alam.
http://www.malaysianinsider.com/index.php/bahasa/36338-kepala-lembu-penerusan-agenda-utusan-malaysia
Kepala lempu,tapi Umno dapat nama..
Perhimpunan itu pun pun disertai oleh parti pembangkang,yang setiap hari membaca Harakah,Siasah dan Suara Keadilan..
Adakah dengan menyalahkan Umno akan dapat menutup kelemahan pemimpin setelah berjaya menabur ratusan janji manis sebelum pilihan raya?
Sendiri mau ingat..
BAHAGIAN PERTAMA
Wahai Kembara, untuk bacaan anda.
Persoalan kuil Seksyen 19 dan tindakan Pewaris
OGOS 30 — (Artikel ini diterbitkan pertama kali pada Jan 10, 2009)
Kerajaan Barisan Nasional (BN) telah meninggalkan banyak perkara yang perlu diperbetulkan oleh kerajaan Pakatan Rakyat (PR) selepas kami mengambil alih. Selain dari penyelewengan dan salah guna kuasa yang menjadi bagaikan “signature” BN, terdapat juga persoalan projek-projek terbengkalai, projek-projek di lereng bukit yang tidak patut diluluskan tetapi diluluskan, penduduk rumah setinggan, kemiskinan bandar dan “lain-lain”. Di antara yang “lain-lain” itu adalah persoalan kuil-kuil yang bertaburan yang telah tidak diurus dengan baik apatah lagi bertanggung jawab oleh BN.
Kebanyakan dari kuil-kuil ini merupakan kuil yang telah dibina semasa tempat berkenaan merupakan estet getah pada tahun-tahun sebelum Malaya merdeka. Apabila estet itu diambil-alih untuk dijadikan kawasan perumahan, pada tahun-tahun selepas merdeka, pekerja-pekerja ladang dipindahkan tetapi kuil mereka dibiarkan di tempat asal. Ianya tidak dipindahkan bersama penduduknya. Akhirnya penduduk asal terus mengunjungi kuil tersebut sambil kawasan persekitaran dibangunkan. Kuil mereka juga terus dibangunkan mereka.
Kesudahannya adalah seperti apa yang terdapat di Seksyen 19, Shah Alam! Rumah-rumah yang didiami orang Melayu berhampiran dan berhadapan kuil. Keadaan ini lebih merumitkan apabila penduduk memberitahu bahawa semasa membeli rumah-rumah mereka, PKNS telah menjamin bahawa kuil berkenaan tidak akan lagi berada disitu apabila rumah mereka siap. Namun, di bawah BN, janji seperti biasa tinggal sebagai janji. Masalah ini telah wujud selama 20 tahun lebih dan apabila PR mengambil alih, kami terpaksa menyelesaikan masalah yang diwujudkan BN ini. BN hanya pandai menimbulkan masalah tetapi buntu untuk mencari penyelesaian.
Dasar kerajaan PR adalah mudah. Pertama, kuil-kuil yang lama ini perlu dipindahkan ke satu tempat yang lebih sesuai. Tempat perlu dikenal pasti oleh PBT dan semestinya dipersetujui oleh pengguna kuil berkenaan. PBT perlu mengambil kira segala permasalahan yang akan dihadapi oleh pengguna kuil hasil dari pemindahan tersebut. Sambil itu, pembinaan kuil baru, selain dari hasil perpindahan, juga dihentikan.
Pada Khamis 8hb Januari, sambil saya menghadiri mesyuarat berhubung penduduk Rimba Jaya yang telah dirobohkan rumah-rumah mereka oleh kerajaan BN (masalah yang diwarisi lagi!), saya mendapat maklumat dari seorang penduduk Melayu Seksyen 19 bahawa ada sekumpulan Melayu telah datang untuk menimbulkan ketegangan di kuil tersebut.
Selepas mesyuarat berkenaan saya bergegas ke sana dan mendapati sekumpulan orang, kebanyakan mereka orang luar, berkumpul berhampiran kuil tersebut. Mereka ingin membina “gelanggang silat” di tepi kuil dan akan mengadakan kenduri untuk merasmikan pembukaan gelanggang tersebut pada hari Sabtu 10hb ini. Untuk kenduri itu mereka akan tumbangkan 2 ekor lembu! Seterusnya mereka akan menjamu penduduk dan orang ramai di depan kuil berkenaan. Gelanggang mereka akan dibina tanpa membuat apa-apa permohonan kepada phak berkuasa kerana kata mereka, kuil tersebut juga tidak mendapat kebenaran!
Orang yang mengetuai kumpulan tersebut datangnya dari Melaka! Dia menyatakan dia “mewakili rakyat” dan tindakan ini terpaksa mereka ambil melalui persatuan NGO mereka yang bernama “Pewaris” kerana kerajaan PR masih berhoneymoon. Dia berkata penduduk sudah hilang kepercayaan kepada kerajaan dan oleh itu penduduk memanggil mereka turun. Amat jelas, soal gelanggang silat dan sebagainya hanya satu helah. Sebenarnya mereka mahu provoke pihak kuil berkenaan.
Saya menyatakan “wakil rakyat” di sini adalah saya, bukan dia (mungkin dia ingat dia masih di Melaka). Sekiranya dia ingin mewakili rakyat, dia patut turun bertanding dalam PRU yang akan datang. Saya juga memberitahunya bahawa yang “berhoneymoon” selama 50 tahun adalah BN!
... bersambung
BAHAGIAN KEDUA
Saya menjelaskan bahawa pihak kerajaan sedang menguruskan perkara ini dan kita harus diberi masa. Kalau BN tak dapat buat apa-apa dalam tempoh 20 tahun lebih, semenjak rumah-rumah mula didiami, takkanlah saya tidak boleh diberi tempoh setahun, kata saya lagi. Malahan, tambah saya, pada bulan 5 atau 6 tahun lepas, saya telah bertemu dengan penduduk di dewan Masjid Sek. 19 dan berbincang dengan mereka dan memohon tempoh setahun. Mereka telah bersetuju.
Orang Melaka ini terus menuduh bahawa PR mendiamkan diri bila orang India membina kuil-kuil baru di merata Shah Alam. Saya nyatakan tiada kuil baru dibina dan dia gelakkan saya. Saya beritahu dia, “tunjuk saya di mana kalau kamu bercakap benar!” Dia pun terus ke keretanya, minta saya ikut di belakang sambil dengan penuh keyakinan mengatakan, “mari, saya tunjuk awak”!
Maka saya mengekorinya; hai orang Melaka ini yang menganggap dirinya lebih tahu Shah Alam dari orang Shah Alam. Akhirnya dia bawa saya ke sebuah kuil di tepi landasan keretapi di Seksyen 15. Saya beritahu dia kuil itu telah ada di situ “sebelum kamu dilahirkan ke dunia ini”. Dia diam dan terus kembali ke kuil Seksyen 19.
Tidak puas hati lagi dia mencabar saya sebaik sahaja kita sampai di Seksyen 19, “awak orang Melayu, orang Islam, kenapa awak sibuk sangat nak membela kuil ini”? Saya jawab, “kerana Islam mengajar saya supaya bertindak adil terhadap semua manusia. Mereka, walaupun bukan Islam, ada hak dan Islam menuntut kita menghormati hak mereka”. Dia diam. Seterusnya dia berkata dia tak tahu sangat soal agama ini.Saya menambah lagi, “kita marah bila Israel mengasari ummat Islam di Gaza, jangan kita pula mengikut perangai Israel”.
Melihat dia mula teragak-agak saya pun menyatakan bahawa saya tahu Pewaris dan Pekida adalah NGO yang adik beradik. Penaung Pekida adalah PM maka semestinya begitu juga Pewaris. Kedua-dua NGO ini dikuasai oleh ahli UMNO. Saya tahu juga bahawa tindakan mereka ini, pada masa ini, ada hubung kait dengan PR kecil KT.
Mereka ingin menimbulkan ketegangan dan masalah kaum supaya dengan itu mereka boleh menjaja keseluruh negara bahawa PR telah gagal menyelesaikan masalah ini di Selangor; dan Selangor sekarang ada masalah perkauman. Dia diam dan selepas itu dia menegur saya kerana buruk sangka, tetapi dia tidak menafikannya.
Dengan itu saya berundur. Saya memberitahu pegawai Polis dan juga pihak penguatkuasa MBSA yang berada di sana bahawa ini tugas mereka. Mereka kena menjaga keselamatan dan keamanan. Saya difahamkan walaupun gelanggang tidak dibina, namun mereka ingin teruskan kenduri mereka. Mereka kata mereka akan menjemput saya sekali. Saya menjawab, ikut undang-undang. Kalau pembinaan gelanggang dapat kelulusan MBSA, saya datang.
Kalau tidak, program Aman Palestine di stadium Melawati pada 10hb jam 10 pagi adalah tempat yang lebih afdal bagi saya untuk hadir, begitu juga dia!
WalLahu ‘Alam. — khalidsamad.com
* Artikel ini diterbitkan pertama kali pada Jan 10, 2009.
http://www.themalaysianinsider.com/index.php/opinion/khalid-samad/36365-persoalan-kuil-seksyen-19-dan-tindakan-pewaris
Islam itu indah. Tetapi kejutannya ialah respon-respon yang tidak mencerminkan langsung keindahan ini. Terima kasih Khalid Samad kerana berani bersuara demi prinsip dan amalan Islam yang jati.
Itulah,sebelum pilihan raya bukan main lagi cakap boleh ubah itu dan ini.Bila dah dapat kuasa baru tahu..
Tagakkan Islam di Selangor?Isu arak di kawasan majoriti Melayu pun tak mampu nak bersuara...
itulah masalah orang yang komen,komen bukan pada tulisan atau pendapat penulis, tetapi kebanyakan memaki hamun sesama sendiri...lagipun penulis bukan bercakap mengikut emosi semata2 tetapi diberikan fakta..cuma sesetengah rakyat malaysia ini yang tidak mampu untuk menilainya sebagai bahan ilmiah..bersikap terbukalah...tetapi berprinsip...
ALLAH maha mengetahui apa yang sebenarnya berlaku
Post a Comment